You are on page 1of 14

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

KULIAH MINGGU 3A
SKGP5104
PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG DAN SISTEM KEADILAN JENAYAH

Edaran Dalaman Sahaja


Shamsuddinbinsuhor
Ringkasan Kuliah

Tajuk:

PENGENALAN KEPADA JENAYAH DAN UNDANG-UNDANG

1.1. Pengenalan
1.2. Pengenalan Kepada Kajijenayah, Jenayah Dan Undang-Undang Jenayah.
1.3. Jenayah Menurut Pendekatan Undang-Undang
1.4. Jenayah Dari Sudut Masyarakat Dan Budaya
1.5. Jenayah Dari Sudut Agama Dan Kepercayaan
1.6. Jenayah Dari Sudut Etika Dan Amalan
1.7. Jenayah Dan Undang-Undang Jenayah
1.8. Jenayah Dibezakan Dengan Sivil
1.9. Dasar Umum Undang-Undang Jenayah
1.10. Kepentingan Undang-Undang Jenayah
1.11. Tujuan Undang-Undang Jenayah
1.12. Punca-Punca Jenayah
1.13. Unsur-Unsur Jenayah
1.14. Kesimpulan

1
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Huraian

1.1 Pengenalan
1.2 Pengenalan kepada kajijenayah, jenayah dan undang-undang jenayah.

Kajijenayah ATAU kriminilogi


 kajijenayah memberikan tumpuan sekurang-kurang kepada tiga perkara utama iaitu:
i. kajian sosiologi undang-undang yang berkaitan dengan aspek kemasyarakatan dan
institusi undang-undang yang juga melibatkan kajian perkembangan undang-undang
jenayah dan takrifan-takrifan kesalahan dan ketetapan terhadap perilaku jenayah;
ii. membentuk teori sebab musabab jenayah (criminogenesis) faktor-faktor penyebab
berlakunya jenayah atau punca-punca jenayah dalam masyarakat;
iii. Kajian tindak balas masyarakat terhadap jenayah, pengawalan tindakan atau perilaku
penjenayah dan juga aspek pencegahan dan pemulihan. Ini akan melibatkan kajian
yang mendalam terhadap institusi pentadbiran keadilan jenayah seperti system-sistem
kepolisan, mahkamah, pusat-pusat tahanan dan penjara serta program latihan dan
pemulihan penjenayah.

Jenayah
Takrif dan pengertian jenayah1.
 Kesukaran mencapai suatu persetujuan kepada takrif lengkap.
 Ini disebabkan oleh konsep jenayah, idea dan tanggapan individu, masyarakat dan
negara mengenainya sangat pelbagai.
Contoh –Di luar negara, homosekual bukan suatu kesalahan tetapi merupakan
jenayah di negara ini.
Dalam negara, perbuatan zina bukan jenayah di bawah Kanun
Keseksaan tetapi di bawah Enakmen Jenayah Syariah Negeri-Negeri di
Malaysia merupakan suatu jenayah berat.

 Jenayah boleh diertikan sebagai:


‘apa-apa perilaku yang sangat bertentangan dengan amalan kebaikan dan seterusnya perilaku
tersebut mendatangkan mudarat kepada diri, masyarakat, harta benda, serta ada unsur
ancaman terhadap keselamatan dan ketenteraman negara sama ada secara langsung atau tidak
langsung yang boleh dikenakan hukuman’.

Perkataan dalam takrif yang mengundang kritikan. –


Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan mudarat?
Apakah darjah atau ukuran kemudaratan dan perilaku atau perbuatan-perbuatan yang
bagaimanakah yang boleh mendatangkan kemudaratan?
Apakah amalan-amalan baik yang dimaksudkan?
Apakah ukuran sesuatu itu di anggap baik atau tidak baik?

1
. Sila lihat Smith & Hogan. 1990. Criminal Law, 8th Ed. London; Butterworth.i hal 16, yang juga
memetik Kenny, Outlines Of Criminal Law. 15th Ed.; Hughes, ‘The Concept of Crime: An American View’.
[1959] Crim.LR 239; Gerald H.Gordon. 1967 The Criminal Law of Scotland. Edinburgh; The Scottish
University Law Institute.

2
Siapakah yang menentukannya?

Takrif ‘jenayah’ berasaskan kepada pendekatan yang digunakan:

 Pendekatan perundangan; bermakna apa-apa yang dikenalpasti dan diperundangkan


oleh negara berkenaan sebagi suatu jenayah maka ianya adalah jenayah bagi negara
berkenaan;
 Kecederaan sosial; apa-apa yang membawa kepada kemudaratan awam; jadinya apa-
apa yang memudaratkan orang ramai maka ianya dianggap jenayah;
 Norma umum merentasi budaya; terdapat beberapa perbuatan yang dikelaskan sebagai
jenayah oleh beberapa negara lain bolehlah diterima sebagai suatu jenayah oleh semua
negara. Ini kerana terdapatnya persamaa dalam penerimaan masyarakat terhadap
perkara yang dikatakan jenayah itu;
 Pendekatan pelabelan; masyarakat yang mengenakan penandaan kepada sesuatu
perbuatan itu sebagai jenayah. Jika tidak ditandakan sebagi jenayah maka tidak
mungkin ia menjadi jenayah;
 Pendekatan berasaskan hak asasi manusia; apa-apa pencabulan terhadap hak
seseorang sebagai seorang manusia maka ia akan dianggap sebagai jenayah;
 Pendekatan kepelbagaian manusia; pendekatan yang menggunakan kuasa dan
kekuasaan oleh golongan tertentu bagi melakukan suatu sekatan terhadap perkara-
perkara tertentu bagi kepentingan tertentu.

Setiap perilaku jenayah tidak semestinya terus kekal sebagai suatu jenayah sampai bila-bila.
Ia akan mengalami perubahan demi perubahan dan kekecualian demi kekecualian dari semasa
ke semasa.
Contoh - perbuatan menggugurkan kandungan suatu ketika dahulu adalah suatu
jenayah. Kini ada negara yang membenarkannya dan ada negara menerimanya atas
kekecualian tertentu.
Contoh – suatu ketika dulu Kanun Keseksaan tidak pernah menganggap sumbang
mahram sebagai suatu kesalahan jenayah sehinggalah pindaan dilakukan pada tahun
20022.

Apakah undang-undang?
“Undang-undang” - suatu ungkapan atau kata-kata dalam bentuk peraturan, perintah arahan
atau kaedah yang mengawal dan mengatururuskan sesuatu hal perkara yang dibuat mengikut
tertib dan memenuhi ciri-ciri tertentu yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu. Peraturan,
perintah, arahan atau kaedah ini mungkin dalam bentuk kawalan, sekatan, tegahan, garis
panduan atau aturan-aturan terhadap tingkah laku, perbuatan atau perlakuan bagi
mengwujudkan keteraturan dalam masyarakatnya yang dibuat oleh suatu badan tertinggi atau
pihak berkuasa.

1.3. Jenayah Menurut Pendekatan Undang-Undang


 Pendekatan mudah bagi mengetahui sama ada sesuatu perbuatan itu suatu jenayah
atau tidak hanyalah dengan merujuk kepada undang-undang bertulis yang terdapat di
negara berkenaan.

2
. Sila lihat Kanun Keseksaan (Pindaan) 2001 (Akta A1131; PU(B)234/2002.

3
 Jika sesuatu perilaku itu diperundangkan sebagai kesalahan dan diberikan takrifnya yang
lengkap maka ia adalah suatu jenayah jika dilakukan.
 Jika sesuatu perilaku itu tidak disebut dalam mana-mana statut sebagai suatu perbuatan
salah maka ia bukanlah suatu kesalahan jenayah.
contohnya, zina (persetubuhan suka rela di antara pasangan yang tidak terikat dengan
ikatan perkahwinan) bukanlah suatu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan oleh
yang demikian mana-mana orang yang melakukan zina tidak boleh dituduh melakukan
jenayah seksual.

 Jenayah adalah ciptaan undang-undang.

1.4. Jenayah Dari Sudut Masyarakat Dan Budaya


 Nilai-nilai baik dan murni atau perbuatan buruk dan perilaku cemar dalam sesebuah
masyarakat akan dikaitkan dengan tingkah laku, tata susila, adab dan kesopanan, budi
bahasa dan perkerti.
 Penilaian yang dibuat oleh masyarakat merujuk kepada akhlak setiap orang dan
kelompok masyarakat itu secara keseluruhannya.
 Akhlak individu melambangkan akhlak masyarakatnya dan amalan masyarakat
menggambarkan nilai budaya masyarakat sesebuah negara itu.
 Sama ada perilaku itu jenayah atau tidak bergantung kepada penerimaan masyarakat
dan budaya sesebuah negara itu.

 Mana-mana perbuatan yang bertentang dengan adat atau amalan atau bertentangan
dengan nilai-nilai murni dalam masyarakat setempat itu tentunya tidak direstui dan
dianggap perbuatan itu sebagai tidak sesuai diamalkan.
 Sesuatu amalan yang tidak sesuai atau perbuatan yang tidak disukai umum tidak
diterima oleh masyarakat kerana ia bukanlah amalan dalam masyarakat itu.
 Jenayah atau bukan jenayah biasanya dikaitkan dengan ukuran nilai atau standad
tertentu berdasarkan faktor-faktor seperti adat resam, amalan dan pegangan agama
dan kepercayaan setiap kumpulan atau kelompok-kelompok masyarakat berkenaan.

1.5. Jenayah Dari Sudut Agama Dan Kepercayaan


 Apabila menggunakan pendekatan dari sudut keagamaan dan atau kepercayaan
ketika membuat tafsiran jenayah ia perlu dilakukan dengan berhati-hati kerana
terdapat berbagai agama yang dianuti oleh masyarakat dalam negara ini.
 Pastinya akan terdapat sedikit sebanyak perbezaan dalam beberapa aspek amalan
pegangan dan kepercayaan masing-masing.
 Jadi, apabila memberi tafsiran jenayah dari sudut ini ada perbuatan yang ditentang
keras oleh semua agama dengan mengatakan ianya adalah suatu kesalahan.
 Ada pula sebahagian yang tidak dihalang dalam suatu agama sebaliknya dilarang
keras dalam agama tertentu. Contoh -
o persetubuhan di luar perkahwinan.
o Poligami / monogami.

4
1.6. Jenayah Dari Sudut Etika Dan Amalan
 Ketertiban atau tatacara yang diselitkan dalam setiap amalan perbuatan, proses atau
pekerjaan adalah bagi maksud memperlihatkan akan ketelitian, kehalusan, kesopanan
dan keberadaban dalam melakukan sesuatu bidang tugas atau perbuatan itu. Setiap
perkara perlu dilakukan menurut tatacara yang khusus.
 Kegagalan mematuhi tertib, susunan, tatacara, aturan dan amalan kerja atau kaedah
perlaksanaan terbaik di anggap sebagai melakukan sesuatu yang tidak beretika.
 Kesalahan di bawah kod etika boleh menjurus kepada suatu jenayah sungguhpun kod
etika itu bukan suatu undang-undang dalam erti kata cara pembuatannya.
 Tingkah laku yang tidak beretika tidak dengan sendirinya tergolong sebagai jenayah
tetapi semua jenayah adalah perbuatan yang tidak beretika.
 Oleh yang demikian, mana-mana perbuatan yang tidak beretika itu akan tergolong di
bawah jenayah sekiranya ia mendatangkan mudarat kepada mana-mana orang.
o Contoh - seorang peguam yang diamanahkan dengan sejumlah wang oleh anak
guamannya telah menyalahgunakan wang tersebut. Perbuatannya itu bukan
sahaja tidak beretika menurut pandangan kerjayanya sebagai seorang peguam
tetapi ia tergolong sebagai suatu jenayah.

1.7. Jenayah Dan Undang-undang Jenayah


Apakah undang-undang jenayah?
 “apa-apa peruntukan atau himpunan undang-undang yang memperuntukkan kesalahan-
kesalahan yang dikelaskan oleh masyarakat dan negara sebagai suatu jenayah, yang
turut memperuntukan kaedah penangkapan pesalah, yang menyediakan bagaimana
kaedah pertuduhan dibuat, yang menggariskan kaedah pembuktian unsur-unsur
jenayah dalam perbicaraan tertuduh, serta penetapan jenis hukuman dan seksaan
terhadap pesalah jika sabit kesalahannya.”

 Undang-undang jenayah tidak pernah bersifat kekal beku sebaliknya sangat dinamik dan
berubah-ubah mengikut persekitarannya dan rentak masyarakatnya pada setiap masa
dan ketika.

 Undang-undang jenayah perlu disesuaikan dari semasa ke semasa menurut


perkembangan persekitaran fizikal dan sosialnya. Maksudnya, sesuatu perbuatan itu
suatu ketika dahulu adalah dibenarkan kemudiannya ia dijadikan suatu kesalahan
kerana perbuatan itu sekarang ini mendatangkan mudarat kepada masyarakat.
o Contoh - membakar atau bermain mercun adalah dibenarkan suatu ketika
dahulu kerana kaitannya dengan amalan dan budaya sesetengah masyarakat
tetapi kini perbuatan tersebut telah diharamkan dan ditegah oleh undang-
undang.

1.8. Jenayah dibezakan dengan Sivil


Undang-undang jenayah V. undang-undang sivil.
 Perbezaan dari segi sifat, bentuk permasalahan dan kaedah penyelesaian serta tatacara
pengendalian kes-kes berkenaan.
 Setiap yang bukan jatuh di bawah kategori jenayah itu adalah sivil.

5
 Tatacara-tatacara / prosedur.
 Semua kes jenayah akan dibicarakan di mahkamah bahagian jenayah
 Semua kes sivil diputuskan di mahkamah bahagian sivil atau dagang.
 Selain dari mahkamah tempat perbicaraan, panggilan terhadap pihak-pihak yang terlibat
juga dibezakan – contoh -
o gelaran yang diberikan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam kes jenayah
disebut sebagai orang kena tuduh atau tertuduh.
o Kes sivil panggilan-panggilan seperti plaintif atau pihak menuntut atau
pempetisyen ataupun defandan akan digunakan.
o Pendakwaan dalam kes jenayah dilakukan oleh Pendakwaraya atau
wakilnya bagi pihak kerajaan
o Kes sivil tuntutan dibawa oleh pihak yang tidak berpuas hati, yang
mempunyai kemusykilan atau yang mengalami kerugian atau kerosakan.

 Undang-undang sivil biasanya melibatkan pertikaian bukan perkara jenayah dan


sebarang tuntutan dalam kes sivil ini yang dibuat oleh pihak menuntut adalah bagi
tujuan mendapatkan pemilihan atau remedi seperti perlaksanaan tertentu (specific
performance), bayaran gantirugi (damages), pampasan atau hanya bagi mendapatkan
tegahan (injunction) semata-mata.
 Undang-undang jenayah - tindakan akan diambil oleh kerajaan bagi pihak mangsa - jika
sabit kesalahan pihak tertuduh akan dikenakan hukuman berdasarkan seksaan yang
ditetapkan oleh undang-undang.
 Mangsa dalam kes jenayah tidak akan mendapat ganti rugi atau pampasan daripada
tertuduh dalam perbicaraan jenayah.
 Mangsa kesalahan sivil boleh mendapat gantirugi atau bayaran pampasan melalui suatu
permohonan baru di bawa acara sivil yang difailkan kemudiannya.
 Tujuan dakwaan jenayah adalah berkaitan dengan balasan, pengajaran, menghukum,
pengajaran serta memberi kesedaran kepada masyarakat keseluruhannya
 Tujuan tindakan sivil adalah untuk memulihkan kembali keadaan kepada asalnya dalam
suasana yang dipersetujui bersama oleh kedua pihak yang bertikai.

 Perbezaan di antara undang-undang sivil dengan jenayah ini juga dapat dilihat daripada
peruntukan undang-undang bertulis atau statut-statut yang terpakai. Statut jenayah -
Kanun Keseksaan (Akta 574), Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336) atau Akta
Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) biasanya menampakkan ciri-ciri jenayah dengan
menyebutkan peruntukkan mengenai sesuatu kesalahan, elemen atau keperluan
membuktikan unsur-unsur jenayah bagi kesalahan berkenaan, seksaan atau hukuman
bagi kesalahan itu jika berlaku pelanggaran statut-statut berkenaan.

 Sebaliknya statut seperti Akta Kontrak 1950, Akta Pembahagian 1958 (Akta
300) atau Akta Wasiat 1959 (Akta 346) tidak menyebutkan sebarang hukuman atau
seksaan jika berlaku pelanggaran statut berkenaan.

1.9. Dasar Umum Undang-Undang Jenayah

6
 Perundangan jenayah memperlihatkan beberapa asas atau dasar-dasar atau prinsip-
prinsip tertentu yang digunakan dalam membentuk dan membangunkan kefahaman
terhadap jenayah. Prinsip-prinsip yang dimaksudkan itu antara lainnya termasuklah 3:
i. Kesahan
ii. Perlindungan pertuduhan kebelakangan;
iii. Perbicaraan pertuduhan/berulangan;
iv. Tiada tempoh masa sekatan;
v. Dakwaan, Kesalahan dan keseksaan;
vi. Tatacara dan bidangkuasa;
vii. Tanggungan keras.

i. Kesahan
 Prinsip ini juga dikenali sebagai principle of legality (nullum crimen sine lege) yang
bermaksud tidak ada jenayah melainkan ditetapkan oleh undang-undang.
 Sah atau tidak sah (kesahan) sesuatu perilaku atau perbuatan bergantung kepada
adanya peruntukan yang menyatakan bahawa perbuatan sedemikian itu adalah suatu
jenayah.
 Jenayah adalah ciptaan undang-undang dan undang-undang dibuat atas dasar
persetujuan masyarakat menganggapnya sebagai jenayah.
 contohnya, kesalahan terhadap tubuh badan yang disenaraikan dalam Kanun Keseksaan
seperti bunuh atau menyebabkan kematian dengan salah, rogol atau mencederakan
orang diterima oleh semua sebagai suatu jenayah. Sementara itu, mana-mana
perbuatan sungguhpun ia tidak bermoral, bertingkah laku anti-sosial, tidak beretika atau
melakukan dosa tidak disekat atau dihalang oleh undang-undang jenayah kerana tidak
ada statut atau tiada apa-apa peruntukan yang mengatakan ianya suatu jenayah maka ia
tidak akan menjadi suatu kesalahan jenayah.

ii. Perlindungan Pertuduhan Kebelakangan.


Undang-undang yang bersifat jenayah yang diluluskan oleh badan-badan perundangan tidak
boleh digunakan untuk mengenakan kuatkuasa kebelakangan.
Prinsip ini sesuai dengan perlindungan dan jaminan yang diperuntukkan oleh Perlembagaan
Persekutuan.

iii. Pembicaraan berulangan


 Contoh - Perkara 7(2) Perlembagaan Persekutuan, memperuntukkan bahawa seseorang
yang telah dibebaskan daripada sesuatu kesalahan atau disabitkan atas sesuatu
kesalahan tidak boleh dibicarakan semula atas kesalahan yang sama kecuali jika sabitan

3
. Banyak prinsip yang dikemukakan oleh ahli-ahli kajijenayah dalam membincangkan pendekatan-
pendekatan yang memperihalkan jenayah, hala tuju serta arah pembentukannya. Prinsip merupakan
sesuatu pegangan atau hujahan yang mempunyai asas moral yang kuat atau hujahan berdasarkan kepada
politik (political foundations) antaranya ialah prinsip penjenayahan minimum (principles of minimum
criminalisation); prinsip kebertanggungjawaban sosial (prindiple of social responsibility); prinsip keperluan
(principle of necessity); prinsip keberpatutan (principle of proportionality); prinsip tindakan bukan
kebelakangan (non-retroactivity principle); prinsip lapisan nipis (thin ice principle); prinsip kepastian
maksimum (principle of maximum certainty); prinsip tanggungan keras (strict liability principle) dan
prinsip tanggungan jenayah (principle of criminal liability). Sebahagian sahaja yang akan dibinvcangkan;
sila lihat Anderw Ashworth. 2003. Princilpes of Criminal Law. New York, Oxford University Press di hal 58-
95.

7
atau pembebasan itu telah dibatalkan dan pembicaraan semula telah diperintahkan
oleh suatu mahkamah yang lebih tinggi daripada mahkamah yang telah membebaskan
atau mensabitkannya itu.

iv. Tiada Tempoh Masa Sekatan


 Setiap penjenayah mesti dibawa ke muka pengadilan.
 Mana-mana orang yang melakukan kesalahan jenayah, tiada sekatan tempoh masa yang
ditetapkan untuk mendakwanya - mana-mana penjenayah yang telah melakukan
sesuatu kesalahan tidak boleh mengatakan bahawa perkara itu atau kejadian itu telah
lama berlaku dan dia tidak seharusnya dipersalahkan lagi di atas apa yang telah berlaku
lama dahulu.
 Keadaan ini membezakan sifat statut jenayah dengan sifat statut sivil yang mana
tindakan guaman sivil tertakluk di bawah had tempoh masa tertentu yang ditetapkan
oleh undang-undang atau statute of limitation.
 Selagi pendakwaan tidak dimulakan selagi itulah hak untuk mendakwanya terbuka dan
tidak terikat, terhalang atau disekat oleh tempoh masa tertentu.

v. Dakwaan, Kesalahan dan Keseksaan.


 Dalam kes jenayah hanya kerajaan atau pihak berkuasa sahaja yang boleh mendakwa
tertuduh. Sehubungan dengan itu Peguam Negara akan bertindak sebagai
Pendakwaraya lalu diberikan kuasa budibicara yang luas untuk mendakwa atau
mengetepikan sesuatu kes yang dibawa kepadanya.
 Ini ada kaitannya dengan kontrak sosial di antara negara dengan rakyat di mana
kerajaan diberikan kuasa untuk mengambil tindakan bagi pihak rakyatnya.
 Jenayah adalah suatu kesalahan terhadap Negara.
 Hukuman yang dikenakan terhadap penjenayah juga ditetapkan oleh undang-undang
berdasarkan kepada peruntukan-peruntukan bagi kesalahan yang berkaitan.

vi. Tatacara dan bidangkuasa


 Undang-undang jenayah menetapkan amalan dan tatacara yang mesti digunapakai dan
ianya terikat dengan sistem keadilan jenayahnya sendiri.
 Tatacara tertentu – contoh - dituduh, didakwa, dibicarakan, disabit dan dihukum.
 Semua ini hendaklah disesuaikan dengan sistem keadilan jenayah yang memperincikan
tatacara, kuasa dan bidang kuasa mahkamah.
 Statut yang terpakai seperti Akta Keterangan 1950, Kanun Acara Jenayah, Akta
Mahkamah Kehakiman, Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi perlu diberikan perhatian
khusus disamping jenis kesalahan yang dilakukan.

1.10. Kepentingan Undang-Undang Jenayah


Apa perlunya ada semua peraturan-peraturan dalam kehidupan ini?

1.11. Tujuan Undang Undang Jenayah


Secara umum undang-undang bertujuan mewujudkan suatu:
i. Keseragaman;
ii. keteraturan dan mengatururuskan kehidupan manusia;
iii. menjamin keselamatan setiap orang;
iv. mengekalkan ketenteraman awam;

8
v. mewujudkan suasana hubungan baik dan aman dalam masyarakat,
vi. melindungi orang ramai daripada kekejaman, keganasan dan sebarang perbuatan
salah; dan
vii. memberi dan menyediakan perlindungan serta kawalan yang mencukupi
terutamanya terhadap golongan yang lemah daripada eksploitasi.
viii. melindungi hak-hak asasi setiap orang (primary personal rights) daripada sebarang
perbuatan yang menyalahi undang-undang. Hak-hak asasi yang dimaksudkan di sini
termasuklah hak terhadap nyawa (protection of life); hak terhadap tubuh badan
daripada sebarang kecedaraan (right not to be harm); hak untuk bebas bergerak,
bersuara dan mengeluarkan pendapat (freedom of movement, speech and
expression), hak terhadap tempat tinggal (habitation); hak terhadap keselamatan
(security) dan hak-hak persendirian dan soal-soal peribadi (privacy).

 Melihat kepada perkembangan yang berlaku dalam masyarakat hari ini undang-undang
hanya mampu untuk memberi perlindungan dalam bentuk larangan, kawalan dan atau
pencegahan semata-mata.
 Kita juga harus menerima hakikat bahawa jenayah tidak mungkin dapat dihapuskan
sama sekali kerana ia adalah sebahagian daripada kehidupan, rencah dan ‘asam garam’
manusia itu sendiri.
 Jenayah pasti berlaku atas andaian pepatah berbunyi banyak udang banyak garam,
banyak orang banyak ragam, rambut sama hitam hati lain-lain dan semakin bertambah
penduduk maka makin bertambahlah masalah.

1.12. Punca Jenayah


Satu senarai panjang boleh dibuat bagi menyediakan alasan-alasan yang membawa kepada
jenayah bagi menceritakan hal keadaanya. Walaupun begitu berikut adalah di antara faktor-
faktor yang mempunyai kaitan dengan jenayah dan ada kemungkinan saling berkait dan
mempengaruhi satu sama lain (yang disusun tanpa mengikut punca utama):
a. faktor ekonomi;
b. faktor social;
c. faktor psikologi;
d. faktor agama;
e. faktor pentadbiran;
f. faktor undang-undang;
g. faktor adat; dan
h. faktor politik.

Jenayah kemungkinan tercetus:


jika ekonomi tiada keseimbangan,
jika tiada keadilan dalam agihan,

9
Jika tiada tolak ansur dalam konflik dan pertelingkahan,
Jika tiada kerjasama dan tolak ansur dalam hubungan,
Jika tiada kata sepakat dalam mencapai persetujuan,
Jika tiada penyelesaian dalam rundingan,
jika tiada nasihat yang dipedulikan,
jika tiada didikan yang memberi berkat dan pengajaran,
jika tiada mengambil manfaat dari sejarah dan pengalaman,
jika tiada seksaan yang berat di dalam hukuman,
jika tiada mendatangkan ketakutan dalam seksaan,
jika tiada ubat kepada hasad dengki, dendam dan kebencian,
jika segala macam penyakit hati disimpan dan dimainkan,
jika tiada keTuhanan dalam diri dan kehidupan seharian;
dunia ini akan penuh dengan kejahatan.

Shamsuddin (2008)

1.13. Unsur-unsur Jenayah


Setiap pertuduhan jenayah mesti dibuktikan dengan jelas tanpa keraguan munasabah (beyond
reasonable doubt) iaitu suatu tahap yang paling tinggi dan beban pembuktian yang paling berat
yang diletakkan di bahu pihak pendakwa.
Segala bukti dan keterangan yang di bawa ke mahkamah mesti jelas menunjukkan tertuduh
telah melakukannya dan ini bermakna tiada sebarang keraguan dan tidak syak lagi bahawa
jenayah itu memang dilakukan oleh tertuduh.
Keadaan sebenar yang berlaku dalam proses pertuduhan, perbicaraan dan penghukuman
bukanlah semudah yang digambarkan itu.
Ini tidak bermakna setiap kali pertuduhan dibuat, tertuduh akan terus dipersalahkan di atas apa-
apa kesalahan yang telah dilakukan olehnya.
Dalam membuat tuduhan terhadap seseorang berhubung dengan kesalahan jenayah, ada
ungkapan undang-undang (maxim) yang berbunyi “actus non facit reum, nisi men sit rea yang
perlu diberikan pertimbangan sewajarnya ( ‘seseorang itu tidak boleh disabitkan bersalah
berdasarkan kepada perbuatnnya semata-mata melainkan disertai dengan niat jahat tatkala dia
melakukannya’).
Ini adalah prinsip tanggungan jenayah yang mencorakkan perundangan jenayah sebagaiamana
yang dinyatakan dia atas

jenayah dikatakan mempunyai dua unsur penting berdasarkan kepada maxim actus non facit
reum, nisi men sit rea iaitu, pertama, actus reus dan, kedua mens rea.
Kedua-dua unsur inilah yang membentuk kesalahan jenayah dan mesti dikesan terlebih dahulu
kerana secara amnya tanpa unsur-unsur tersebut tiada sebarang tanggungan jenayah boleh
dikenakan terhadap mana-mana orang.

Mens rea
Mens rea jika diterjemah ringkaskan bermaksud niat jahat.
Ini hanyalah suatu ungkapan teknikal yang dikaitkan dengan keadaan mental seseorang, isi
hatinya, keinginannya atau hasrat yang terlintas dihatinya.

10
Ungkapan mens rea ini bukan hanya sekadar merujuk kepada unsur niat seseorang itu tatkala
dia melakukan sesuatu perbuatan itu tetapi niatnya adalah niat yang jahat.
Dia tahu bagaimana perbuatan tersebut dilakukan, tahu apa akan terjadi, tahu apa
kesudahannya dan keseluruhan siri-siri gerak inilah yang dikaitkan dengan niatnya.

Mens rea ini dalam erti kata lainnya boleh juga membawa maksud suatu lintasan hati; atau
gerak rasa dalam hatinya sebelum dan atau ketika melakukan sesuatu; atau apa yang ‘tertulis’ di
hatinya atau hajatnya yang sebenar.
Semua niat atau lintasan hati itu akhirnya nanti akan dikaitkan dengan suatu perbuatan jenayah.
Walau bagaimanapun harus dingat bahawa mens rea ini tidak boleh disamakan dengan tujuan
seseorang melakukan sesuatu perbuatan.
Tujuan merujuk kepada sebab atau alasan seseorang itu melakukan sesuatu perbuatan itu yang
mungkin didorong oleh sesuatu hal keadaan seperti membalas dendam, sakit hati atau
cemburu.

Memahami mens rea.


Ini tugas sukar yang dipikul oleh pihak pendakwa menzahirkan apa yan terkandung dalam kotak
fikiran tertuduh.
Terdapat beberapa cara yang membolehkan kita melihat mens rea atau niat jahat yang ada
dalam diri seseorang itu tatkala dia melakukan perbuatan tersebut.
Niat jahat seseorang itu biasanya tergambar melalui hal keadaan seperti berikut:
 tertuduh melakukan perbuatan itu dengan sengaja (purposely);
 tertuduh melakukan perbuatan itu dengan pengetahuan (knowingly);
 tertuduh sedar apa yang dilakukannya
 tertuduh ada pengetahuan terhadap akibat perbuatannya;
 tertuduh memang mahukan kesan yang sedemikian itu
 tertuduh bertindak gopoh (recklessly);
 tertuduh melakukannya dengan cuai (negligently);
 tertuduh melakukannya dengan curangnya (dishonestly)

Actus reus.
Unsur kedua yang membentuk tanggungan jenayah ialah actus reus iaitu apa-apa perbuatan
(act) atau ketinggalan (ommission).
Actus reus ini selain daripada merujuk kepada perbuatan dan tingkahlaku ia juga bertindak
sebagai suatu petunjuk yang dapat memberi gambaran secara tidak langsung niat jahat ( mens
rea) seseorang.
Dalam kebanyakan kes atau kebisaannya niat akan mendorong seseorang untuk melakukan
sesuatu perbuatan sama ada kebaikan atau kejahatan.
Actus reus ini lebih mudah difahami kerana ia merujuk kepada perbuatan, tingkahlaku dan gerak
fizikal seseorang yang dapat dilihat dengan mata kasar berbanding dengan mens rea yang
merujuk kepada apa yang sedang bermain difikiran seseorang.

Dilakukan dengan sengaja secara sedar (voluntary act.)


Perbuatan atau ketinggalan itu mesti dilakukan dengan sengaja oleh tertuduh.

11
Perbuatan sengaja bermaksud ianya dilakukan oleh tertuduh ketika dia dalam keadaan sedar
dan siuman.
Sekiranya dibuktikan bahawa perbuatan itu disokong dengan keterangan bahawa ia dibuat
secara sukarela atas pilihannya sendiri dan tiada tekanan daripada sesiapa terhadapnya dan dia
berada dalam keadaan sedar apa yang dilakukan maka tertuduh adalah dikata melakukannya
dengan sengaja.
Tertuduh tahu apa yang hendak dilakukan dan dia melakukannya dalam keadaan yang sedar dan
berakal sempurna tatkala itu.

Perbuatan tidak sengaja.


Maksudnya tertuduh melakukan sesuatu perbuatan dan akibat dari perbuatan itu suatu kejadian
salah terjadi. Walau bagaimanapun tertuduh tidak mempunyai niat (mens rea) menyebabkan
kejadian salah itu berlaku.
Apa-apa yang berlaku adalah di luar kawalan tertuduh dan dia tidak mengharapkan kejadian
salah itu berlaku tetapi ada kemungkinan dia tahu apa yang akan berlaku tetapi bukan itu
niatnya.
Perbuatan tidak sengaja ini bukan bermaksud suatu kemalangan. Ia lebih daripada itu di mana
gerak fizikal tertuduh adalah di luar kawalannya disebabkan oleh mabuk atau tidak sempurna
akal.

Perbuatan cuai,
Kecuaian berlaku apabila seseorang itu mempunyai tugas untuk berhati-hati (duty of care) di sisi
undang-undang tetapi dia telah tidak melaksanakan tugas itu dengan sempurna (breach of duty)
menyebabkan perbuatan menyalahi undang-undang sehingga mendatangkan kerosakan kepada
mana-mana orang (damage).

Perbuatan gopoh
 Dikatakan gopoh sekiranya perbuatan itu dilakukan tanpa mengambil kira langkah-
langkah keselamatan.
 Ini termasuk juga tidak mematuhi arahan yang diberikan atau tidak mengambil berat
terhadap sesuatu tatacara atau gagal melakukan amalan terbaik terhadap tusasannya.
Tertuduh tahu akan bahaya yang mungkin berlaku tetapi dia tidak mempedulikannya
dan akhirnya perbuatan itu menjadi suatu kesalahan di sisi undang-undang itu adalah
suatu actus reus.

Perbuatan Membuta tuli


 Perbuatan yang dilakukan tanpa mempedulikan kepentingan umum atau
membelakangkan tanggungjawab juga dikata sebagai suatu perbuatan yang membuta
tuli.
 Perbuatan ini termasuk dalam actus reus kerana tertuduh biasanya tahu apa yang
dilakukan dan dia tidak peduli terhadap apa yang akan berlaku jelas menggambarkan
suatu tindakan yang salah.

Ketinggalan (Omission)
 Sekiranya ‘perbuatan’ merujuk kepada sesuatu tindakan langsung, berlainan pula halnya
dengan ketinggalan (omission).
 Ia adalah sebaliknya kepada perbuatan langsung tertuduh di mana tertuduh bertindak
untuk tidak melakukan sesuatu atau enggan berbuat apa-apa dengan sengaja; gagal

12
melakukan sesuatu kewajipan atau tanggung jawab yang sah di sisi undang-undang;
tidak berbuat sesuatu yang sepatutnya dilakukan yang boleh menyebabkan dia
bertanggungan kerana ketingglan itu.
 Cross and Jones4 misalnya membahagikan ketinggalan kepada dua keadaan iaitu:
i. kegagalan mematuhi arahan, tidak melakukan sesuatu sebagaimana
dikehendaki; (misalnya sesuatu yang sepatutnya mesti dilakukan tetapi tidak
dipedulikan) dan
ii. kegagalan melaksanakan kewajipan atau tanggungjawab (misalnya timbul
daripada suatu kontrak; hubungan tertentu ibubapa dan amak-anak; doctor dan
pesakit dan sebagainya).

 Kanun Keseksaan turut memberikan makna kepada perkataan ‘ketinggalan’ sebagai


suatu siri ketinggalan serta jua suatu ketinggalan tunggal 5.
 Tidak memberi nafkah kepada tanggungan adalah suatu kesalahan dan tidak
melaksanakan tanggungjawab sedemikian itu adalah suatu ketinggalan.

Persekitaran yang membentuk actus reus


 Ini dapat dilihat dalam kes-kes yang melibatkan pemilikan. Sebagai contohnya,
seseorang itu ada dalam milikannya barang-barang curi dan menurut Kanun memiliki
barang curi adalah suatu kesalahan6. Walaupun barang itu bukan dia sendiri yang
mencuri atau merompaknya tetapi dengan hanya memiliki sesuatu barangan pada masa
yang salah dan ditempat yang salah seseorang itu dianggap melakukan kesalahan oleh
undang-undang.

Mens Rea dan Actus Reus dalam Kanun Kesiksaan


 Setiap unsur-unsur actus reus dan mens rea yang diperlukan bagi membentuk kesalahan
itu juga diperuntukkan sama ada jelas atau tersirat.
 Pada dasarnya semua kesalahan di bawah Kanun Keseksaan memerlukan pembuktian
kedua-dua unsur ini.
 pihak pendakwaan perlu meneliti unsur-unsur yang membentuk setiap jenayah
berkenaan sebelum sesuatu pertuduhan itu boleh dibuat.

1.14. Kesimpulan.

 Jenayah atau bukan jenayah bermula dengan perbandingan di antara betul dengan
salah apabila meletakkan unsur nilai-nilai umum masyarakat bahawa yang betul itu baik
dan yang salah itu jahat.
 Asas membezakan antara betul dengan salah ini pula terletak pada beberapa faktor
seperti agama yang dianuti atau kepercayaan yang pegang atau fahaman yang diikuti

4
. P. Asterley Jones, R.I.E Card. 1976. Cross & Jones Intrioduction To Criminal Law. 8th Edition.
London: Butterworth, hlm 28-29.
5
Sila lihat Kanun Keseksaan, s 33.
6
Sila lihat Kanun Keseksaan, s 411- Menerima harta curi dengan curang; s 412 – menerima dengan
curangnya harta yang dicuri dalam rompak-berkumpul.

13
oleh seseorang itu di samping beberapa factor lain seperti sosio-ekonomi, politik dan
kepentingan awam.
 Apa-apa yang dipercayainya sebagai betul itu adalah baik bukan sahaja baik untuk
dirinya sahaja tetapi juga baik untuk semua orang. Apabila ramai yang beranggapan
sedemikian maka ia menjadi suatu amalan yang diterima sebagai perbuatan baik dan
begitu juga sebaliknya bagi perbuatan jahat.
 Jika semua bersependapat bahawa perbuatan yang tidak betul itu adalah suatu yang
salah dan jika dilakukan ia menjadi suatu kesalahan. Persetujuan yang dicapai dalam
menentukan sama ada betul atau salah itu akhirnya dijadikan peraturan dalam
kehidupan masyarakat.

14

You might also like