You are on page 1of 14

KUIZ

Nama Dan No. Matriks : Khairul Azizam Bin Abd Maulud ( P103498 )
Subjek : Undang-Undang Perlelmbagaan Dan Undang-Undang Pentadbiran (SKGP5034)
Nama Pensyarah : SUPT Tan Geok Mooi

Soalan 1

- Generasi hari ini dikelilingi cabaran globalisasi yang pelbagai cabaran dan kita perlu
mengetahui dan memahami Perlembagaan Persekutuan. Mempelajari dan memahami
perlembagaan sebagai individu yang menjadi pengamal atau pelaksana undang-undang
adalah satu keperluan selain memberi kesedaran sebagai warganegara ia tertakluk kepada
undang-undang negara dan menanam sifat menghormati pemimpin negara.

- Antara faedah-faedah yang boleh diperolehi daripada mengetahui Undang-undang


Perlembagaan dan Undang-undang Pentadbiran adalah lebih berilmu selain mengenali
fungsi Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara dan Perdana Menteri
sebagai Ketua Pentadbiran. Ini termassuk juga dengan peruntukan berkaitan
kewarganegaraan, suruhanjaya, kehakiman, kebebasan dan sebagainya yang bakal
menjadi 'panduan' kepada diri kita khususnya sebagai pegawai kanan PDRM.

Soalan 2

- Standard Operating Procedure (SOP) merupakan satu doktrin perlembagaan yang


mengesyorkan pengasingan fungsi dan kuasa kerajaan supaya ianya dikuatkuasakan oleh
institusi yang berlainan. Ianya bertujuan mengelakkan berlakunya ketidakadilan yang
dijangka akan wujud jika kuasa itu dipegang oleh satu badan sahaja. Pengasingan kuasa
pada amnya berkisar pada fungsi berlainan yang dijalankan oleh badan atau institusi
pemerintahan yang berlainan. Setiap organ adalah setaraf dan bertanggungjawab terhadap
organ lain melalui amalan semak dan imbang (check & balance).
KUIZ

Nama Dan No. Matriks : Khairul Azizam Bin Abd Maulud ( P103498 )
Subjek : Undang-Undang Perlelmbagaan Dan Undang-Undang Pentadbiran (SKGP5034)
Nama Pensyarah : SUPT Tan Geok Mooi

- Amalan SOP Perlembagaan Persekutuan Malaysia, dapat dilihat wujudnya pengasingan


kuasa dalam pentadbiran kerajaan seperti mana berikut :-
a) Artikel 39 PP: Kuasa Eksekutif
b) Artikel 44 PP: Kuasa Perundangan
c) Artikel 121 PP: Kuasa Badan Kehakiman.

- Ianya mempunyai fungsi-fungsi dalam Doktrin SOP yang mengesyorkan setiap badan
kerajaan mempunyai perbezaan dalam bidang kuiasa masing-masing iaitu :-
a) Badan Perundangan: Berfungsi sebagai penggubal undang-undang melalui parlimen.
b) Badan Eksekutif: Berfungsi sebagai penguatkuasa atau pelaksana terhadap undang-
undang yang digubal.
c) Badan Kehakiman: Mentafsir undang-undang melalui perbicaraan di mahkamah.

- Sehubungan itu, berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan memang didapati memang


tidak ada pertindihan fungsi antara 3 badan kerajaan di Malaysia.

Soalan 3

- Kita telah melihat krisis tentang perlantikan Menteri Besar dan Ketua Menteri seperti
yang pernah berlaku di Sabah, Sarawak, Kelantan dan Perak. Antara sebab krisis ini
adalah berpunca dari hilangnya sokongan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri terhadap
Menteri Besar yang telah dilantik akibat dari ada ADUN yang beralih sokongan kepada
pihak pembangkang.
KUIZ

Nama Dan No. Matriks : Khairul Azizam Bin Abd Maulud ( P103498 )
Subjek : Undang-Undang Perlelmbagaan Dan Undang-Undang Pentadbiran (SKGP5034)
Nama Pensyarah : SUPT Tan Geok Mooi

- Jika kita melihat kaedah melalui Perlembagaan Negeri, Sultan atau Yang Dipertuan
Negeri perlu melantik seorang MB dari kalangan ADUN yang pada pandangan baginda
mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Undang Negeri.
- Namun begitu, sekiranya MB atau KM berkenaan enggan meletak jawatan dan Sultan
atau Yang Dipertuan Negeri tidak memperkenankan untuk pembubaran Dewan Undang
Negeri seperti mana yang pernah berlaku di Kelantan pada tahun 1977 sehingga berlaku
rusuhan. Penyelesaiannya, Kerajaan Persekutuan boleh bertindak menasihati YDPA
untuk mengisytiharkan darurat untuk membolehkan Kerajaan Persekutuan campurtangan
dan menyelesaikan masalah tersebut.

- Isu yang timbul juga adalah tentang peranan Sultan atau YDPA untuk menentukan
sokongan majoriti terhadap MB atau PM. Krisis yang pernah berlaku di Perak dan di
Sabah mahkamah memutuskan sokongan oleh ADUN adalah tidak perlu di dalam Dewan
Undang Negeri, memadai dengan menzahirkan kepada Sultan secara lisan atau melalui
satu deklarasi bertulis.

Soalan 4

- Kebebasan Asasi dalam Perlembagaan Persekutuan (PP) Malaysia termaktub dalam


Bahagian II dibawah Artikel 5 hingga 13. Artikel 10 PP memberi kebebasan kepada
warganegara Malaysia untuk bercakap, berhimpun dan berpersatuan. Namun demikian,
seperti juga peruntukan kebebasan asasi yang lain, kebebasan dibawah Artikel 10 PP juga
mempunyai sekatan-sekatan dan bukan bersifat mutlak. Dibawah perenggan (2), (3) dan
(4) Artikel 10 PP dinyatakan sekatan yang perlu dipatuhi oleh setiap warganegara atas
dasar keselamatan dan ketenteraman awam.
KUIZ

Nama Dan No. Matriks : Khairul Azizam Bin Abd Maulud ( P103498 )
Subjek : Undang-Undang Perlelmbagaan Dan Undang-Undang Pentadbiran (SKGP5034)
Nama Pensyarah : SUPT Tan Geok Mooi

- Artikel 149 PP juga memberi kuasa kepada Parlimen untuk menggubal apa-apa undang-
undang untuk mencegah unsur subversif atau yang boleh mengancam ketenteraman
awam walaupun ianya bertentangan dengan Artikel 5, 9, 10 dan 13 PP.

- Pelaksanaan kebebasan asasi terutama hak bersuara, berhimpun dan berpersatuan di


Malaysia sangat sinonim dengan perkembangan sejarah negara. Selepas peristiwa 13 Mei
1969 kerajaan telah menguatkuasakan sekatan-sekatan terhadap kebebasan ini bagi tujuan
memelihara keharmonian dan keselamatan dalam negara. Artikel 10(4) PP dimasukkan
untuk menyekat sebarang pertikaian terhadap isu-isu sensitif iaitu kewarganegaraan,
Bahasa Kebangsaan, Hak istimewa orang Melayu dan kebesaran raja-raja. Isu-isu sensitif
ini tidak boleh dibangkitkan bukan sahaja ditempat awam, malah ianya juga tidak boleh
dipertikaikan di Parlimen oleh ahli parlimen.

- Artikel 149 PP juga membenarkan Parlimen untuk menyekat kebebasan asasi termasuk
juga hak bersuara, berhimpun dan berpersatuan melalui penggubalan undang-undang
persekutuan. Antara undang-undang yang dilihat menyekat kebebasan ini adalah :-

i) Akta Hasutan 1948.


ii) Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (telah dimansuhkan pada 2012.
iii) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
iv) Seksyen 27 Akta Polis 1963 (telah dipinda pada 2011).
v) Akta Rahsia Rasmi 1972.
vi) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.
vii) Akta Pertubuhan 1966

- Semua akta-akta ini digubal selepas menilai keadaan semasa yang berlaku ketika itu.
Boleh dikatakan semua akta-akta yang menyekat kebebasan dibawah Artikel 10 PP ini
KUIZ

Nama Dan No. Matriks : Khairul Azizam Bin Abd Maulud ( P103498 )
Subjek : Undang-Undang Perlelmbagaan Dan Undang-Undang Pentadbiran (SKGP5034)
Nama Pensyarah : SUPT Tan Geok Mooi

adalah bertujuan untuk mengekang anasir komunis dan juga pertikaian kaum sehingga
mengancam ketenteraman awam.

- Penguatkuasaan akta ini dilihat berkesan dimana selepas tragedi 13 Mei 1969 tiada lagi
insiden yang seumpamanya berlaku di Malaysia. Manakala, Parti Komunis Malaya
(PKM) telah meletak senjata pada 1989 melalui Perjanjian Haadyai, Thailand. Secara
logiknya, setelah tiada lagi ancaman yang menjadi tujuan utama akta itu digubal, maka
akta-akta tersebut sudah tidak diperlukan lagi dan perlu dimansuhkan.

- Namun begitu, pertimbangan lain perlu juga diambil kira contohnya dari aspek
masyarakat Malaysia yang pelbagai bangsa, agama dan budaya. Perbezaan ini kadangkala
akan menimbulkan konflik jika tidak dikawal dengan baik.

- Begitu juga ancaman baru seperti Pengganas Daesh, idealogi-ideologi berbentuk ektrimis
dan radikal, perkembangan teknologi komunikasi yang tiada sempadan, semua ini
memerlukan kawalan supaya ia tidak memudaratkan keselamatan negara. Dalam keadaan
seperti inilah akta-akta yang mengawal kebebasan asasi itu diperlukan.

- Hak asasi adalah saling berkaitan dengan keselamatan negara dan harus bergerak seiring.
Pelaksanaan hak asasi perlu terhad agar tidak mengancam keselamatan negara manakala
penguatkuasaan undang-undang keselamatan juga hendaklah tidak sehingga mencabul
hak asasi individu.

Soalan 5
KUIZ

Nama Dan No. Matriks : Khairul Azizam Bin Abd Maulud ( P103498 )
Subjek : Undang-Undang Perlelmbagaan Dan Undang-Undang Pentadbiran (SKGP5034)
Nama Pensyarah : SUPT Tan Geok Mooi

- Malaysia mengamalkan sistem Raja Berpelembagaan dan Demokrasi Berparlimen.


Bermaksud kuasa raja adalah terikat dengan Perlembagaan dan rakyat memainkan
peranan mereka dalam kerajaan melalui wakil di Parlimen. Tiga organ utama pentadbiran
kerajaan iaitu Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman. Yang di-Pertuan Agong bertindak
sebagai ketua negara dan mempunyai peranan dalam ketiga-tiga badan kerajaan.

- Artikel 39 PP mempertuntukkan bahawa kuasa bagi badan eksekutif terletak pada YDPA
namun kuasa tersebut boleh dijalankan oleh Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri
yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri. Mengikut Artikel 43(2)(a) PP, YDPA hendaklah
melantik Perdana Menteri sebagai pengerusi Jemaah Menteri.

- Secara umumnya, kuasa-kuasa Perdana Menteri boleh digariskan seperti berikut:-

a) Sebagai Penasihat kepada YDPA.


b) Menamakan senarai menteri Kabinet untuk dilantik oleh YDPA.
c) Menyelaras dan membuat keputusan tentang semua dasar kerajaan.
d) Menjadi jurucakap dalam hal ehwal antarabangsa dan dalam negara.
e) Memohon dari YDPA supaya membubarkan Parlimen apabila sampai waktunya
untuk PRU dijalankan.

- Walau bagaimanapun, jika dilihat lebih mendalam, kuasa Perdana Menteri adalah lebih
besar. Antaranya ialah:-

a) Artikel 40(1) PP menyatakan YDPA dalam menjalankan fungsinya, hanya boleh


bertindak atas nasihat Jemaah Menteri dan Artikel 40(1A) PP menyatakan nasihat
tersebut hendaklah diikuti. Jemaah Menteri diketuai PM dan biasanya PM yang akan
menasihati YDPA. Peruntukan ini cukup luas memberi kuasa kepada PM sebagai
KUIZ

Nama Dan No. Matriks : Khairul Azizam Bin Abd Maulud ( P103498 )
Subjek : Undang-Undang Perlelmbagaan Dan Undang-Undang Pentadbiran (SKGP5034)
Nama Pensyarah : SUPT Tan Geok Mooi

Pengerusi Jemaah Menteri hinggakan YDPA tidak boleh bertindak tanpa nasihat dari
PM dan setiap nasihat perlu dipatuhi. YDPA hanya mempunyai kuasa budi bicara
dibawah Artikel 40 (2) PP sahaja.

b) Bagi perlantikan Jemaah Menteri, Artikel 43 PP memberi kuasa kepada PM untuk


menasihati YDPA bagi melantik Jemaah Menteri termasuk Timbalan Menteri,
Setiausaha Parlimen serta Setiausaha Politik.

c) PM boleh memecat Menteri. Walaupun lantikan Jemaah Menteri adalah dari YDPA,
namun PM mempunyai kuasa untuk memecat mana-mana Menteri dan hanya perlu
memaklumkan sahaja kepada YDPA. Kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim vs Perdana
Menteri Malaysia (1999) mahkamah memutuskan pemecatan Timbalan PM adalah
sah dengan hanya YDPA dimaklumkan secara bertulis oleh PM.

d) Bagi Perlantikan Hakim / Ketua Hakim Negara dan hakim-hakim utama negara
adalah atas nasihat PM kepada YDPA. Secara logiknya, PM tentulah akan
mencalonkan dalam kalangan individu yang akan memihak atau menyokong beliau
dan ini memberi kelebihan kepada kerajaan memerintah.

e) Bagi perlantikan ahli Dewan Negara, Artikel 45PP memberi kuasa kepada YDPA
untuk melantik 46 Ahli Dewan Negara. Walaupun tidak dinyatakan, namun Artikel
40 PP jelas menyatakan YDPA perlu bertindak atas nasihat PM dalam menjalankan
fungsinya. Secara tidak langsung bermaksud PM yang berkuasa melantik 46 ahli
Dewan Negara dimana jumlah ini adalah majoriti mudah dalam Dewan Negara yang
ahlinya seramai 70 orang.
KUIZ

Nama Dan No. Matriks : Khairul Azizam Bin Abd Maulud ( P103498 )
Subjek : Undang-Undang Perlelmbagaan Dan Undang-Undang Pentadbiran (SKGP5034)
Nama Pensyarah : SUPT Tan Geok Mooi

f) Dalam Pengisytiharan Darurat pula, Artikel 150 PP - Proklamasi Darurat memberi


kuasa untuk sesuatu undang-undang digubal, dipinda tanpa perlu dibentangkan di
parlimen dan adalah dianggap sah walaupun bertentangan dengan Perlembangaan
Persekutuan. Walaupun tiada dinyatakan dalam Artikel 150 PP tentang peranan PM,
namun mengikut Artikel 40 PP, YDPA dalam menjalankan fungsinya mengikut
Perlembagaan perlu bertindak atas nasihat Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri
yang bertindak atas kuasa Jemaah Menteri. Dengan ertikata lain ialah Perdana
Menteri.

g) Dalam perlantikan ke Jawatan utama kerajaan seperti Ketua Setiausaha Negara,


Ketua Audit Negara, Peguam Negara, Ketua Polis Negara dan banyak lagi adalah
oleh YDPA setelah mendapat nasihat dari PM.

- Sehubungan itu, kuasa PM adalah sangat luas dan tidak hanya terhad dalam badan
eksekutif sahaja. Kuasa PM dilihat adalah melangkaui kuasa YDPA sebagai Ketua
Negara. Fungsi YDPA hanyalah bersifat formaliti dan hanya untuk terhad dalam
perlantikan PM, penolakan permohonan untuk membubar Parlimen, memanggil
Mesyuarat Raja-Raja, dalam hal agama serta keistimewaan orang Melayu sahaja. PM
mempunyai kuasa lebih besar dalam pentadbiran Malaysia samada secara nyata dan
tersirat. Walaupun Malaysia dilihat mengamalkan Doktrin Pengasingan Kuasa, namun
kuasa eksekutif adalah paling dominan dan mempengaruhi badan-badan yang lain.

Soalan 6
KUIZ

Nama Dan No. Matriks : Khairul Azizam Bin Abd Maulud ( P103498 )
Subjek : Undang-Undang Perlelmbagaan Dan Undang-Undang Pentadbiran (SKGP5034)
Nama Pensyarah : SUPT Tan Geok Mooi

- Secara ringkasnya , kedaulatan undang-undang (Rule of law) bermaksud pemerintahan


yang berlandaskan undang-undang. Kerajaan memerintah mengiktiraf bahawa tiada siapa
pun boleh melangkaui undang-undang. Setiap undang-undang yang digubal adalah atas
prinsip keadilan dan bukan untuk kepentingan mana-mana pihak. Penguatkuasaan
undang-undang tidak terpilih dan terpakai secara samarata kepada semua orang.
Mahkamah juga bebas memainkan peranan mentafsir dan menguruskan perbicaraan
tanpa sebarang tekanan atau sekatan dari mana-mana pihak.

- Maksud yang bertentangan dengan Rule of law ialah Rule by law yang bermaksud
pemerintahan menggunakan undang-undang. Pemerintah menggunakan undang-undang
untuk kepentingan sendiri dan bukan atas dasar keadilan. Undang-undang juga digubal
bertujuan untuk melindungi kuasa pemerintah.

- Menurut bidang perundangan, kedaulatan akan wujud bila :-

a) Seseorang hanya boleh dihukum melalui undang-undang.


b) Setiap orang mempunyai hak sama rata di sisi undang-undang.
c) Mahkamah bebas membuat keputusan dalam sebarang perbicaraan.

Soalan 7
KUIZ

Nama Dan No. Matriks : Khairul Azizam Bin Abd Maulud ( P103498 )
Subjek : Undang-Undang Perlelmbagaan Dan Undang-Undang Pentadbiran (SKGP5034)
Nama Pensyarah : SUPT Tan Geok Mooi

- Pelaksanaan kebebasan asasi merupakan perkara yang sering diberi perhatian. Antara
undang-undang yang dilihat menyekat kebebasan ini adalah :-

a) Akta Hasutan 1948.


b) Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (telah dimansuhkan pada 2012.
c) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
d) Seksyen 27 Akta Polis 1963 (telah dipinda pada 2011).
e) Akta Rahsia Rasmi 1972.
f) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.
g) Akta Pertubuhan 1966.

- Isu yang selalu dibangkitkan oleh rakyat tentang undang-undang pencegahan ini ialah
bukan terhadap sifat undang-undang itu sendiri, tetapi pelaksanaan undang-undang
tersebut dilihat telah disalahguna oleh kerajaan memerintah untuk kepentingan mereka.

- Contoh paling senang seperti Akta Dadah Berbahaya (LLPK) yang juga merupakan satu
undang-undang pencegahan yang membolehkan Menteri mengeluarkan perintah sekatan
atau tahanan kepada pengedar dadah tanpa perbicaraan di mahkamah. Tidak pernah ada
pertikaian tentang akta ini kerana ia tiada kecenderungan politik.

- Apa yang selalu dibangkitkan ialah penggunaan undang-undang bagi kepentingan politik
pemerintah. Pendedahan dokumen tentang penyalahgunaan wang rakyat dikenakan
tindakan dibawah Akta Rahsia Rasmi, Membangkitkan isu penyalahgunaan kuasa oleh
kerajaan di Parlimen akan dikenakan tindakan dibawah Akta Hasutan, mahasiswa
universiti mengeluarkan pendapat dan kritikal terhadap kerajaan dikenakan tindakan
KUIZ

Nama Dan No. Matriks : Khairul Azizam Bin Abd Maulud ( P103498 )
Subjek : Undang-Undang Perlelmbagaan Dan Undang-Undang Pentadbiran (SKGP5034)
Nama Pensyarah : SUPT Tan Geok Mooi

dibawah AUKU, rakyat berhimpun untuk menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap
kerajaan dikenakan tindakan dibawah Akta Polis dan Akta Hasutan.

Soalan 8

- Keluhuran Perlembagaan bermaksud ketinggian dan keagungan undang-undang atau


perlembagaan itu sendiri. Keluhuran Perlembagan Malaysia terletak kepada
kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada
semua undang-undang. Semua undang-undang lain hendaklah tidak bertentangan dengan
perlembagaan Perkara 4(1).

- Keluhuran Perlembagaan mengatasi YDPA, Parlimen, Perdana Menteri dan Badan


Kehakiman. Ini menjadikannya sebagai pelindung kepada rakyat. Semua undang-undang
mestilah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, jika tidak maka undang-undang itu
adalah terbatal.

- Badan Kehakiman adalah badan yang bertanggungjawab menjaga dan memelihara


keluhuran dan ketertinggian Perlembagaan Malaysia. Badan ini berkuasa menentukan
kesahihan sesuatu undang-undang.

- Ianya berfungsi mewujudkan pemerintahan yang adil di mana Perlembagaan Persekutuan


digubal berdasarkan tolak ansur dan permuafakatan kaum. Ianya memastikan keadilan
ekonomi antara kaum turut memelihara hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera.
Selain itu, membantu pembentukan integrasi antara kaum untuk bersatu padu dan setia
kepada negara.
KUIZ

Nama Dan No. Matriks : Khairul Azizam Bin Abd Maulud ( P103498 )
Subjek : Undang-Undang Perlelmbagaan Dan Undang-Undang Pentadbiran (SKGP5034)
Nama Pensyarah : SUPT Tan Geok Mooi

- Keluhuran Perlembagaan juga mengelakkan penyalahgunaan kuasa serta mengawal


pergerakan kerajaan dan rakyat. Yang di-Pertuan Agong dan sistem pemerintahan
kerajaan terdiri daripada badan perundangan, kehakiman dan esukutif juga tertakluk
kepada Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan panduan dalam
pemerintahan dan tindakan pemerintahan berdasarkan Perlembagaan. Ianya menjamin
keadilan, kecekapan, dan ketelusan sistem pemerintahan selain menjelaskan bidang kuasa
pemerintahan.

- Keluhuran Perlembagaan seterusnya menjaga keamanan dan kestabilan negara.


Sekatan dalam Perlembagaan yang membataskan kebebasan individu akan menjamin
keamanan dan kestabilan negara. Pindaan Perlembagaan tidak boleh dibuat sewenang-
wenangnya. Justeru itu, perubahan pemimpin tidak akan mengubah corak pemerintahan
dan rakyat mendapat jaminan undang-undang serta tiada dikriminasi.

Soalan 9

- Dalam isu pemusatan kuasa Federalisme merupakan sistem yang memberi kuasa
mencukupi buat kerajaan negeri dan pusat dalam ruang masing-masing. Setiap
daripadanya mempunyai fungsi dan peranan sendiri berasaskan kepada perlembagaan
Malah dalam sistem ini, bidang kuasa dan hak yang telah ditetapkan, tidak boleh
dilanggar sewenang-wenangnya.

- Ianya adalah perlu untuk meningkatkan kecekapan pentadbiran, sistematik dan


melicinkan pentadbiran mengekalkan kuasa Raja-Raja Melayu, Kedaulatan Negara,
memelihara hubungan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri, mengekalkan kedaulatan
negeri, memelihara hak negeri, mengelakkan perbalahan etnik, memelihara kesucian
KUIZ

Nama Dan No. Matriks : Khairul Azizam Bin Abd Maulud ( P103498 )
Subjek : Undang-Undang Perlelmbagaan Dan Undang-Undang Pentadbiran (SKGP5034)
Nama Pensyarah : SUPT Tan Geok Mooi

agama, memelihara hak bumiputera, mengurangkan beban Kerajaan Pusat dan


mengekalkan pemusatan kuasa.

Soalan 10

- Kuasa Badan Kehakiman dinyatakan dibawah Artikel 121 hingga 131 PP. Mahkamah
Persekutuan merupakan mahkamah paling tinggi diikuti dengan Mahkamah Rayuan dan
Mahkamah Tinggi. Peranan asas Badan Kehakiman adalah mentafsir undang-undang
melalui perbicaraan dan penghakiman yang dibawa ke hadapan hakim-hakim. Doktrin
Pengasingan Kuasa mengesyorkan badan kehakiman yang bebas serta setara dengan
badan-badan lain untuk menegakkan prinsip kedaulatan undang-undang serta
keberkesanan system semak dan imbang.

- Kebebasan Badan Kehakiman di Malaysia boleh dilihat dalam beberapa aspek antaranya:

a) Perlantikan Hakim-Hakim - Artikel 122B PP dengan jelas menyatakan perlantikan


tiga peringkat tertinggi Hakim iaitu Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah
Rayuan dan Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya dan Sabah dan Sarawak adalah
atas nasihat PM kepada YDPA. Kuasa YDPA terikat dibawah Artikel 40 PP dan
hanya boleh bertindak atas nasihat serta perlu mengikut kepada nasihat tersebut. PM
sudah pasti akan menasihati YDPA untuk melantik individu yang memihak kepada
kerajaan yang memerintah iaitu Badan Eksekutif untuk dilantik sebagai Ketua Hakim
Negara dan hakim-hakim lain.

b) Bidangkuasa Mahkamah - Artikel 121 PP telah dipinda pada 1988 yang meletakkan
bidangkuasa mahkamah dibawah undang-undang persekutuan. Sebelum pindaan ini,
KUIZ

Nama Dan No. Matriks : Khairul Azizam Bin Abd Maulud ( P103498 )
Subjek : Undang-Undang Perlelmbagaan Dan Undang-Undang Pentadbiran (SKGP5034)
Nama Pensyarah : SUPT Tan Geok Mooi

bidangkuasa untuk membicarakan sesuatu kes adalah terletak pada mahkamah,


namun setelah pindaan bidangkuasa tersebut diletakkan dibawah undang-undang
persekutuan melalui Peguam Negara. Semua undang-undang persekutuan diluluskan
oleh Ahli Parlimen yang juga Ahli Eksekutif dan Peguam Negara merupakan jabatan
di bawah Badan Eksekutif. Pindaan ini telah menghakis kuasa Badan Kehakiman.

c) Pemecatan Ketua Hakim Negara - Tempoh perkhidmatan dan saran Ketua Hakim
Negara termaktub dibawah Artikel 125 PP yang antaranya menjelaskan bahawa
tempoh perkhidmatan Ketua Hakim adalah sehingga mencapai umur 66 tahun. Ketua
Hakim Negara tidak boleh dilucutkan jawatan kecuali jika didapati melanggar kod
etika dan cadangan dari sebuah tribunal kepada YDPA.

- Badan Eksekutif mempunyai ruang untuk mencerobohi kuasa Badan Kehakiman melalui
perlantikan hakim dan juga mampu menyebabkan hakim dipecat. Bidangkuasa
Mahkamah juga diletakkan di bawah Parlimen melalui undang-undang persekutuan.
Secara keseluruhan dapat disimpulkan bahawa Badan Kehakiman adalah berada di bawah
pengaruh Badan Eksekutif dan tidak bebas berperanan dalam sistem check and balance.

You might also like