You are on page 1of 4

Jenis-Jenis Tazir

Tazir

dari

segi

istilah

dan

bahasa

bermaksud

menolak,

mencegah,

atau

menghalang dan kewujudan hukuman tazir adalah bertujuan untuk mencegah


serta menghalang individu atau golongan yang yang sama daripada mengulangi
kesalahan yang telah dilakukan pada masa hadapan. Menurut syarak

tazir

merupakan satu bentuk hukuman yang telah ditetapkan bentuk, kadar dan
pelaksanaannya bagi menunaikan hak Allah dan hak manusia terhadap kesalahan
yang dilakukan selain daripada hukuman qisas, hudud, diyat dan kifarat. 1
Tazir juga merupakan salah satu hukuman daripada Allah namun diberikan
keistimewaan kepada pemerintah islam untuk menjatuhkan hukuman bergantung
kepada kemaslahatan dan keperluan tertakluk kepada budi bicara pemerintah,
badan perundangan atau hakim kerana hukuman bagi kesalahan ini tidak disebut
dalam Al-Quran atau Sunnah dalam hal ini juga hukuman tazir berdasarkan kepada
kehidupan manusia dan berubah mengikut corak kehidupan. 2 Kesalahan tazir
sangat luas skopnya kerana kesalahan ini adalah tidak tertaluk kepada hukuman
qisas dan hukuman hudud adalah tertakluk kepada tazir.
Terdapat pelbagai bentuk hukuman kepada pesalah yang melakukan kesalahan dan
tazir terbahagi kepada dua iaitu kesalahan yang termasuk dalam kategori hudud
namun hukuman hudud tidak boleh dilakukan akibat daripada tidak memenuhi
syarat pelaksanaannya dan yang kedua ialah kesalahan yang dilakukan selain
daripada kesalahan hudud dan qisas yang meliputi semua jenis kesalahan sama ada
yang disebut dalam Al-Quran, hadith atau tidak. Disamping itu, ia juga mencakupi
kesalahan terhadap hak Allah, manusia dan kedua-duanya. Jenis jenis hukuman
tazir adalah hukuman keatas fizikal individu seperti sebatan pada bahagian tubuh
badan, hukuman berkaitan dengan sekatan keatas kebebasan seseorang individu
seperti penjara, buang daerah atau negeri dan lain-lain. Hukuman yang berkaitan
dengan harta benda seperti denda dan pelbagai hukuman lain adalah tertakluk
kepada budi bicara pemerintah.
1 Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997,
CetakanPertama Mac 1997, Halaman322

2 Ibid

Antara jenis jenis hukuman tazir adalah hukuman sebat, hukuman sebat yang
dekenakan keatas jenayah hudud seperti zina yang dilakukan oleh seseorang yang
belum berkahwin dan qazaf juga boleh dikenakan keatas individu yang melakukan
jenayah tazir namun terdapat banyak percanggahan pendapat mengenai bilangan
sebatan yang akan dilakukan kepada pesalah tazir. Sesetengah pendapat
menyatakan bahawa jumlah maksimum sebatan ke atas pesalah adalah sebanyak
75 sebatan, namun ada juga pendapat yang menyatakan sebanyak 99 sebatan dan
yang lainnya menetapkan sebanyak 39 sebatan dan ada juga pendapat yang
menyatakan bahawa sebatan yang dikenakan ke atas pesalah tazir tidak
dibenarkan melibihi daripada 20 sebatan.
Seterusnya ialah, jenis hukuman mengasingkan pesalah daripada masyrakat dan
dunia luar iaitu dengan memberi hukuman penjara kepada pelaku. Terdapat dua
jenis hukuman penjara dalam undang-undang islam yang dijalankan kepada pesalah
iaitu sama ada dalam tempoh tetap ataupun tempoh tidak tetap bergantung kepada
jenis kesalahan yang dilakukan. Hukuman penjara bagi tempoh yang telah
ditetapkan dikenakan kepada pesalah yang melakukan kesalahan-kesalahan kecil
manakala hukuman penjara tidak tetap dikenakan ke atas pesalah yang melakukan
kesalahan yang mana difikirkan oleh pihak hakim agak relevan yang mana tidak
mendatangkan impak kepada pesalah apabila hukuman yang dikenakan adalah
ringan bagi memulihkan akhlak pesalah. Berdasarkan kepada semua mazhab islam
yang ada disahkan bahawa tempoh hukuman penjara yang dikenakan keatas
pesalah boleh dilanjutkan sehingga pesalah bertaubat untuk tidak mengulangi
kesalahan yang dilakukan atau sehingga mati bagi penjenayah yang mendatangkan
bahaya kepada masyarakat.
Selain itu, jenis hukuman tazir yang dikenakan kepada pesalah ialah denda dan
merampas harta benda pelaku yang melakukan jenayah. Hukuman ini pernah
dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW apabila mengenakan hukuman dalam bentuk
kewangan sebagai hukuman tazir. Namun di kalangan fuqaha terbahagi kepada
tiga kumpulan berkaitan dengan pendapat mengenai kesahihan hukuman denda
dan merampas harta benda. Kumpulan pertama menyatakan bahawa menghukum

dengan mendenda dan merampas harta benda individu yang melakukan kesalahan
adalah tidak sah disisi undang-undang, dan menurut kumpulan fuqaha yang kedua
adalah mereka menganggap sah untuk mendenda pesalah dan merampas harta
benda pesalah, manakala menurut kumpulan

fuqaha

yang ketiga mereka

menganggap adalah sah untuk merampas dan mendenda pesalah jika pesalah tidak
bertaubat.
Di samping itu, ancaman juga merupakan salah satu bentuk hukuman yang
dikenakan kepada pesalah tazir. Ancaman dilakukan kepada pesalah bertujuan
mendorong pesalah untuk mengubah tingkah laku bagi membolehkan pesalah
berasa takut seterusnya tidak melakukan sesuatu kesalahan. Pesalah boleh
diancam dengan hukuman berat sekiranya pesalah mengulangi kesalahan yang
berulang ataupun kesalahan baru dan pesalah diancam akan dijatuhi hukuman yang
lebih berat tetapi pelaksanaan hukuman itu ditangguh sehingga pesalah melakukan
satu lagi kesalahan (dalam tempoh tertentu).
Akhir sekali, hukuman yang dikenakan keatas pesalah ialah dengan nasihat dan
teguran. Hukuman yang dikenakan keatas pelaku ini adalah kepada pelaku yang
melakukan kesalahan-kesalahan kecil dan nasihat serta teguran adalah bertujuan
untuk menginsafkan pelaku agar tidak melakukan perbuatan yang sama pada masa
akan datang. Teguran rasmi juga boleh dilakukan oleh hakim agar orang yang
melakukan kesalahan tersebut berusaha memperbaiki dirinya seterusnya tidak
melakukan kesalahan yang sama pada masa akan datang, namun jika pesalah
masih mengulanginya, hukuman ancaman akan diberikan seterusnya membolehkan
pesalah dikenakan hukuman berat.

Qanun Jenayah Syariyyah dan Sistem Kehakiman Dalam Perundangan Islam


Berdasarkan Quran dan Hadith, Haji Said Haji Ibrahim, Darul Marifah Kuala
Lumpur, Cetakan Pertama 1996.
Fiqh dan Perundangan Islam, Wahbah al-Zuhaili, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Cetakan Ketiga 200, Jilid 6.
fiqh jihad, yusuf al qaradhawi, PTS PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS SDN.BHD,
Terbitan Pertama 2013

You might also like