You are on page 1of 66

NOOR AZIAH MOHD NOOR

C IR I-C IR I K H U S U S IS LA M
TH A B AT W A L M U R U N A H
Perkataan al-Thabat bermaksud tetap dan
mantap. Al-Murunah pula membawa maksud
anjal atau fleksibel,boleh dilentur, dan boleh
disesuaikan. Hal ini menunjukkan bahawa
kedua-dua unsur ini terdapat dalam ciri
perundangan Islam iaitu tetap pada
kaedahnya tetapi dalam masa yang sama
fleksibel dalam pelaksanaannya. Dalam erti
kata yang lain, perundangan Islam bersifat
tetap dan mantap tetapi boleh dilentur serta
tidak boleh diubah tetapi boleh disesuaikan
M enurutYusufal-Q ardhaw i,ketetapan dan fl
eksibeliti
dalam syariatIslam adalah sepertiberikut:

i.Tetap pada tujuan dam matlamatnya tetapi


fleksibel pada bentuk pelaksanaannya.

ii.Tetap pada dasar dan kaedah umumnya


tetapi fleksibel pada perkara- perkara
cabang.

iii. Tetap pada nilai keagamaan dan akhlak


tetapi fleksibel pada urusan keduniaan dan
ilmu pengetahuan.
Thabat bermaksud tetap atau tidak
berubah. Dalam konteks ajaran
Islam, ada perkara yang telah tetap
dan tidak boleh dipinda dan diubah-
ubah dasar, prinsip dan
perlaksanaannya.
Prinsip-prinsip Ajaran Islam yang tetap
dan tidak berubah :
Antara perkara yang termasuk dalam
konsep thabat adalah aspek akidah
dan hukum-hakam amaliyyah yang
dinyatakan secara qati (pasti) dalam
al-Quran dan al-Sunnah.
1.Akidah

Antara prinsip ajaran Islam yang tetap tidak


berubah ialah dalam aspek akidah. Akidah
ialah kepercayaan dan keyakinan terhadap
Allah swt, tuhan yang Maha Esa; tiada sekutu
bagi-Nya. Kita wajib menyakini Allah sebagai
Rabb iaitu mengakui dengan sepenuh hati
bahawa Allah sahajalah yang memiliki,
menurunkan rezeki, mencipta dan mentadbir
alam ini dan seluruh makhluk dan mengakui
bahawa hanya Allah yang layak disembah,
ditaati dan dipatuhi secara mutlak.













Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang


Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak
disembah) selain dari Allah, yang
Maha Pemurah, lagi Maha
Mengasihani.
(Suroh Al-Baqarah ayat 163)
Dalam keyakinan ini, tidak ada
kelonggaran dan toleransi dengan
sebarang unsur-unsur syirik yang
boleh merosakkan kepercayaan kita
kepada Allah. Antaranya adalah
dengan mempercayai kuasa lain
mampu menandingi kuasa Allah atau
dengan menyembah sesuatu yang
lain daripada Allah
Konsep thabat dalam akidah dapat dilihat
dalam peristiwa Rasulullah s.a.w. yang
ditawarkan dengan pelbagai hadiah dan
harta kekayaan agar baginda bertoleransi
dengan kepercayaan musyrikin Makkah
yang mengamalkan penyembahan
berhala. Namun begitu, walaupun
ditawarkan dengan tawaran yang sebegi
rupa, baginda tetap kekal dengan
pendiriannya iaitu mentauhidkan Allah.
Hal ini jelas dilihat melalui firman-
Nya dalam surah al-Kafirun ayat 4
hingga 6 iaitu :

Maksudnya :
"Dan aku tidak akan beribadat secara kamu
beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat
secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu,
dan bagiku agamaku"
Contoh, dalam aspek aqidah kita tetap
menyakini keesaan Allah swt dan haram
serta membawa kepada murtad seseorang
yang mensyirikkan Allah dengan sesuatu
yang lain. Tetapi, dalam keadaan terpaksa
yang boleh menghilangkan nyawa,
seseorang itu boleh melakukannya tetapi
hatinya tetap mentauhidkan Allah, maka
dia tidak berdosa dan tidak jatuh
agamanya seperti peristiwa yang telah
berlaku kepada Ammar bin Yasir
Sementara dalam konteks amaliyyah
seperti ibadat solat, puasa, haji dan
zakat telah ditetapkan cara dan
waktu perlaksanaan dalam syariat
Islam.
Ibadat. Dalam konteks amaliyyah
seperti ibadat solat, puasa, haji dan
zakat telah ditetapkan cara dan
waktu perlaksanaan dalam syariat
Islam.
Tiada toleransi dalam melaksanakan
ibada-ibadah tersebut. Perkara
tersebut tetap tidak
berubah kerana ianya telah
ditetapkan oleh Allah melalui dalil
Ibadah solat telah ditetapkan
sebanyak lima waktu sehari
semalam dan tidak boleh sesekali
dikurangkan jumlahnya itu. Ibadah
puasa Ramadhan pula telah
diwajibkan untuk dilaksanakan pada
bulan itu sahaja dan tidak boleh
dilaksanakan pada bulan-bulan yang
lain. Begitu jugalah dapat dilihat
dalam ibadah haji dan zakat yang
telah ditetapkan rukun-rukun serta
Kita diwajibkan untuk melaksanakan
ibadah yang wajib ini dalam apa-apa
keadaan sekalipun. Hal ini kerana
ketetapan ini tidak membebankan
kita dan mampu dilakukan oleh
semua manusia
Firman-Nya dalam surah al-Baqarah
ayat 286:

Maksudnya :
Allah tidak memberati seseorang
melainkan apa yang terdaya
olehnya. Dia mendapat pahala
kebaikan yang diusahakannya, dan
dia juga menanggung dosa
kejahatan yang diusahakannya
Islam mementingkan kemudahan dan tidak
sesekali menyusahkan umatnya dalam
mengamalkan segala ajarannya. Sebagai
contoh, solat adalah wajib dan perlu
dilaksanakan mengikut ketetapan rukun.
Walaubagaimanapun, jamak dan qasar
dibenarkan dalam solat sekiranya seseorang
itu bermusafir. Ini terbukti bahawa hukum
Islam tidak statik, sebaliknya bersifat anjal
dan fleksibel dengan memberi keutamaan
kepada keselesaan penganutnya.
Ketetapan hukum syariah yang
diwajibkan dalam al-Quran dan al-
Hadith seperti hukum hudud dan
qisas tidak boleh diubah-ubah
perlaksanaannya. Begitu juga hukum
haram bagi khinzir, minum arak,
berjudi dan riba.
Dalam aspek syariah pula, kita
diharamkan memakan bangkai,
darah, serta daging babi dan
sebagainya yang diharamkan oleh
Allah swt. Namun begitu, jika
terpaksa atau kelaparan yang boleh
menghilangkan nyawa, maka
diharuskan untuk berbuat demikian
dan tidaklah berdosa.
Hal ini jelas digambarkan oleh Allah
swt dalam surah al-Baqarah ayat 173
iaitu :





















Sesungguhnya Allah hanya
mengharamkan bagimu bangkai,
darah, daging babi, dan binatang
yang (ketika disembelih) disebut
(nama) selain Allah. Tetapi
barangsiapa dalam keadaan
terpaksa (memakannya) sedang dia
tidak menginginkannya dan tidak
(pula) melampaui batas, maka tidak
ada dosa baginya. Sesungguhnya
Allah Maha Pengampun lagi Maha
Syariah Islam telah menetapkan
pelbagai hukum bagi mengatur dan
mengawal setiap aspek kehidupan
manusia. Antaranya hukum wajib,
sunat, haram, makhruh, dan harus.
Demikian juga dalam hukum
jenayah, Islam telah menetapkan
beberapa hukuman tertentu
mengikut jenis kesalahan. Ketetapan-
ketetapan ini semestinya tidak akan
berubah bersama perubahan zaman.
Sebagai contoh, hukum halal dan haram
sesuatu perkara seperti riba, makanan
haram, dan rasuah tidak boleh sesekali
diubah keharamannya. Begitu juga
hukuman jenayah seperti hudud dan qisas
tidak boleh diubah sama ada ditambah
atau dikurangkan pelaksanaannya.
Misalnya, hukuman terhadap pencuri telah
ditetapkan agar dipotong tangannya dan
penzina yang belum berkahwin disebat
dengan 100 kali sebatan.
Perlaksaan hukuman ini tidak boleh diubah mengikut
budi bicara seseorang sama ada dikurangkan atau
ditambah kadarnya kerana ianya juga datang secara
pasti oleh Allah s.w.t. Firman-Nya dalam surah al-
Maaidah ayat 38:

Maksudnya :
Danoranglelakiyangmencuridanorangperempua
nyangmencurimaka (hukumnya) potonglah tangan
mereka sebagai satu balasan dengan sebab
apayang mereka telah usahakan, (juga sebagai)
suatu hukuman pencegah dari Allah. dan(ingatlah)
Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Begitu juga beberapa prinsip dalam
muamalat seperti pengharaman riba, gharar
(unsur-unsur yang tidak ketentuan),
kewajipan saling meredai dalam berakad dan
lain-lain. Selain itu, hukum jenayah yang
diwajibkan dalam al-Quran dan al-Hadith
seperti hukum hudud dan qisas tidak boleh
diubah-ubah perlaksanaannya. Begitu juga
hukum haram bagi perkaraperkara yang
dijelaskan oleh al-Quran dan al-Sunnah
seperti khinzir, minum arak, berjudi dan riba.
Perkara-perkara ini ditentukan secara
qati dan tidak mungkin berubah
sampai bila-bila. Perkara-perkara
seperti inilah yang termasuk dalam
konsep al-thabat.
Al-Murunah (anjal) pula bermaksud
bahawa selain daripada perkara-perkara
pokok dan dasar yang tidak boleh
berubah, terdapat juga perkara-perkara
ranting dan cabang yang boleh berubah
mengikut kesesuaian dengan perubahan
maslahah manusia sepanjang peredaran
zaman. Hal ini menjadikan agama Islam
yang diturunkan oleh Allah s.w.t. sentiasa
sesuai dan bersifat senang dan mudah
untuk diamalkan
Murunah ialah anjal atau fleksibel
iaitu boleh berubah mengikut
kesesuaian, namun masih tetap
kepada prinsip asasnya. Dengan
kata lain, hukum boleh berubah
berdasarkan situasi semasa. Namun,
hukum yang boleh berubah,
HANYALAH yang melibatkan perkara
cabang atau furuk sahaja sebagai
IHSAN atau KELONGGARAN syarak
berdasarkan situasi tempat dan
Sebagai contoh, Islam telah
mewajibkan solat fardhu Zohor
sebanyak 4 rakaat dalam waktu
Zohor. Prinsip asasnya, iaitu Wajib
Solat Zohor, tidak berubah walau
dalam apa keadaan sekalipun
sehinggalah seseorang itu meninggal
dunia.
Namun, cabang atau furuknya boleh
berubah kerana desakan tempat @
keadaan. Islam telah memberi
KELONGGARAN atau RUKHSAH
dengan membenarkan solat Zohor
itu dipendekkan kepada 2 rakaat
(Qasar) atau dihimpunkan dengan
solat Asar dalam waktu Asar (Jamak
Takhir) kerana dalam musafir atau
keadaan yang dibenarkan oleh
Syarak.
Begitu juga dalam ibadah Puasa. Allah telah
mewajibkan Puasa bulan Ramdhan sebagai salah
satu rukun Islam yang wajib dilaksanakan. Prinsip
asasnya adalah WAJIB kepada setiap umat Islam.
Tetapi Allah telah memberi KELONGGARAN
kepada orang yang sakit atau dalam perjalanan
berbuka puasa kerana keadaan yang
dihadapinya, TETAPI WAJIB DIGANTI apabila dia
telah sihat atau kembali daripada musafir.
Begitulah juga bagi wanita yang datang haid dan
mengandung, disyaratkan untuk diganti semula
apabila dia telah suci dan sihat.
Ini menununjukkan bahawa Islam
tidak membebankan kepada
umatnya dengan amalan yang sukar
dan berat dilaksanakan pada sesuatu
ketika dan tempat.
Seterusnya, Allah telah meWAJIBkan
umat Islam untuk menutup aurat
masing-masing. Allah telah memberi
KELONGGARAN kepada semua umat
Islam untuk mempelbagaikan fesyen
pakaian masing-masing asalkan
tidak memdedahkan aurat dan
melanggar batas-batas pakaian yang
dibenarkan oleh syarak.
Walaupun Rasulullah SAW telah lama
meninggalkan kita, tiada wahyu
diturunkan selepas itu, Tiada lagi
hadis diriwayatkan.... Namun Islam
tetap sesuai sepanjang masa dan
tempat. Prinsip Islam adalah mudah
dan tepat, walau apapun isunya,
walaupun ia adalah perkara baru,
selagi ia tidak bercanggah dengan
prinsip asas ajaran islam, maka ia
boleh diterima dan digunapakai.
Islam telah mewariskan para ulama'
sebagai penganti nabi dalam menentukan
halal haram sesuatu perkara berdasarkan
al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias dan
beberapa dalil lain yang tidak disepakati spt
al-Istihsan, Masalihul Mursalah, Al-Istishab,
Saddu al-Zarai, Qaul Sahabi, Amal Ahli
Madinah, Syaru Man Qablana dan Al-Uruf
Wa al-Adah. Melalui Ijtihad dan Fatwa para
ulama' inilah yang akan menyumbang
kepada fleksibelnya agama Islam.
Sesungguhnya sifat Murunah yang menjadi
asas ajaran Islam ini, menyebabkan Islam
sesuai sepanjang tempat, masa dan zaman.
Sesuai di zaman Rasulullah SAW, sesuai di
zaman nabi Adam, sesuai di era zaman batu,
sesuai di zaman era penjajahan barat, sesuai
di era mesin taip, sesuai era internet dan
sesuai hingga hari qiamat. Begitulah juga,
Islam sesuai di Amerika, Afrika, sesuai di Asia,
sesuai di tempat salji dan berilklim sejuk @
gurun yang panas dan sesuai seluruh dunia.
Konsep M urunah darisudut:

a) Cara dan jalan untuk mencapai


matlamat dan tujuannya.

b) Cabang-cabang dan ranting-ranting


bagi usul-usul dan prinsip-prinsip
umumnya.

c) Urusan-urusan keduniaan, uruf dan


adat masyarakat.
Kelebihan sifat M urunah:

Ajaran Islam yang tetap tidak


berubah pada prinsip dan asasnya
tetapi terdapat kelonggaran pada
cabang dan furu telah membuka
ruang yang luas untuk kemajuan.
Hakikat ini membuktikan bahawa
ajaran Islam sesuai sepanjang
zaman.
Antara kelebihan bersifat m urunah adalah
sepertiberikut :

i.Menunjukkan bahawa Islam bersifat


toleransi, bertolak ansur dan berhikmah.

ii.Dapat menarik minat bukan Islam untuk


memahami dan mempelajari ajaran Islam.

iii.Mengalakkan umat Islam melaksanakan


perintah Allah dengan sempurna
iv.Memudahkan umat Islam
melaksanakan perintah Allah
walaupun mereka berada dalam
sebarang keadaan dan situasi.

v.Membuktikan bahawa Islam tidak


membebankan umatnya dengan
amalan yang berat dan sukar
dilaksanakan.
Konsep al-Thabat dan al-Murunah ini jelas
ditonjolkan dalam beberapa perkara
ibadah. Contoh, kewajipan menunaikan
solat akan terus kekal dalam apa-apa
keadaan sekalipun, akan tetapi terdapat
kelonggaran dalam melaksanakannya.
Antaranya, seseorang yang bermusafir
boleh untuk solat secara qasar dan jamak.
Begitu juga jika tidak mampu berdiri,
dibenarkan untuk duduk, baring mengiring
atau terlentang dan sebagainya.
Thabat dari sudut matlamat, aqidah,
prinsip dan nilai-nilainya dan
Murunah dari sudut huraian,
perincian, pengecualian dan
perlaksanaan terhadap matlamat,
prinsip dan nilai yang tetap tadi,
begitu juga dalam soal keduniaan,
adat dan kebiasaan hidup.
Dengan adanya ciri-ciri Thabat, maka
Islam akan terus kekal kukuh dan
teguh di sepanjang zaman. Ajaran,
pegangan dan prinsip Islam tidak
pernah goyah dan terumbang-
ambing menghadapi apa sahaja
suasana dan cabaran zaman.
Pada masa yang sama, ciri murunah
dan tatawwur pula menjadikan Islam
sebuah agama yang dinamik dan
berdaya maju. Ciri ini mengelakkan
Islam dari bersifat jumud dan beku.
Dengan itu Islam merupakan agama
yang sesuai dan valid dengan
kehidupan manusia yang sentiasa
berubah dan meningkat dari masa ke
masa.
Prinsip M urunah

a) Islam agama yang mudah


Allah s.w.t Maha Mengetahui kemampuan
dan keupayaan setiap hamba-Nya dalam
melaksanakan seiap perintah yang telah
diamanahkan. Oleh itu, Islam telah
menetapkan sesuatu hukum yang
bersesuaian dengan kemampuan manusia.
Contohnya, dalam pelaksanaan hukum
wajib telah ditetapkan pada tahap
minimum yang mampu dilakukan oleh
manusia.

Islam memberi kelonggaran dan kemudahan
kepada umatnya untuk melaksanakan setiap
perintah Allah s.w.t. Namun begitu,
kelonggaran tersebut mestilah mengikut
batas-batas yang telah ditetapkan. Sebagai
contoh, kewajipan menutup aurat. Seseorang
itu wajib menutup auratnya namun Islam
memberi kemudahan kepada umatnya untuk
mempelbagaikan fesyen asalkan tidak
terkeluar dari batas yang ditetapkan
Begitu jugalah Rasulullah s.a.w
dalam menyampaikan dakwahnya
pada peringkat permulaan. Baginda
tidak terus mewajibkan sesuatu,
bahkan menyampaikan dakwahnya
secara berhikmah, toleransi,
bertolak-ansur, dan memahami
sesuatu keadaan.
Firman Allah s.w.t dalam surah al-Nur ayat 31
iaitu:
Maksudnya :
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan
yang beriman supaya menyekat pandangan
mereka (daripada memandang yang haram),
dan memelihara kehormatan mereka; dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan
tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya;
dan hendaklah mereka menutup belahan
leherbajunya dengan tudung kepala mereka
Islam tidak membebankan
pengikutnya untuk melaksanakan
sesuatu yang berat dan sukar.
Contohnya, ibadah puasa dalam
bulan Ramadhan hanya dilakukan
pada siang hari sahaja dan
diharuskan meninggalkannya
disebabkan keuzuran. Begitu juga
jika dilihat dalam kewajipan
melaksanakan ibadah haji, hanya
diwajibkan sekali seumur hidup dan
b) D ilaksanakan m engikut keadaan dan
kem am puan
Islam amat prihatin terhadap
kemampuan pengikutnya dalam
melaksanakan setiap perintah. Oleh
sebab itu, Islam memberi
kelonggaran kepada umatnya untuk
melaksanakan ibadah wajib seperti
solat, puasa, haji dan zakat mengikut
kemampuan dan keadaan mereka
Ibadah solat lima waktu tetap wajib
dilaksanakan walaupun seseorang itu
sakit, musafir dan tiada air untuk
berwuduk. Namun begitu, Islam memberi
kelonggaran dalam melaksanakannya.
Contohnya, jika tidak mampu berdiri
dibolehkan untuk solat dalam keadaan
duduk, dibolehkan solat jamak dan qasar
ketika bermusafir serta dibolehkan
bertayamum semasa ketiadaan air untuk
berwuduk.
Demikian jugalah denagn ibadah
puasa yang boleh ditinggalkan
sekiranya keuzuran dan perlu diganti
pada hari yang lain. Semua ini jelas
dinyatakan oleh Allah s.w.t. dalam
firman-firman- Nya. Contohnya
dalam surah
Surah N isa ayat 43:

Maksudnya :

.Dan jika kamu sakit, atau sedang dalam


musafir, atau salah seorang di antara kamu
datang dari tempat buang air, atau kamu
bersentuh dengan perempuan, kemudian
kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau
berwuduk), maka hendaklah kamu
bertayamum dengan tanah - debu, yang
suci, Iaitu sapukanlah ke muka kamu dan k
edua tangan kamu.
surah al-Baqarah ayat 184 :
Maksudnya :
(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang
tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit,
atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian
wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu
pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang
yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan
sebagainya) membayar fidyah ;iaitu memberi makan
orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela
memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang
ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan
baginya; dan (Walaupun demikian) berpuasa itu lebih
baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu
mengetahui
Islam juga menggalakkan umatnya
bekerja dengan bersungguh-sungguh
dan mengumpul sebanyak manapun
harta kekayaan. Namun begitu,
dalam melakukan perkara tersebut,
perintah Allah s.w.t janganlah
sesekali ditinggalkan.
Perkaitan antara ketetapan dan
fl
eksibel
Allah s.w.t Maha Mengetahui akan
kekuatan dan kelemahan manusia.
Oleh itu, Dia tidak menetapkan
sesuatu yang tidak mampu dilakukan
oleh hamba-Nya. Justifikasinya,
ajaran Islam yang diturunkan kepada
manusia mampu untuk dilaksanakan.
Allah telah menetapkan bahawa
prinsip dan asas ajaran Islam itu
tetap tidak berubah untuk menjamin
kemuliaan Islam dan mengatur
kehidupan manusia.
Manakala terdapat kelonggaran pada
cabang dan furu untuk
memudahkan umat Islam
melaksanakan perintah Allah serta
memastikan kesinambungan Islam
Islam telah menetapkan asas kepada setiap
perkara di dunia ini. Asas ini tetap dan akan
tidak berubah selama-lamanya. Namun begitu,
terserahlah lepada manusia untuk
melaksanakannya mengikut garis panduan
yang telah diberikan. Sebagai contoh, Islam
menghalalkan umatnya untuk berjual beli
namun diharamkan menindas serta
mengamalkan riba. Islam juga membuka
peluang untuk manusia menuntut ilmu namun
diharamkan menyalahgunakan ilmu-ilmu
tersebut.
Segala sesuatu yang berkaitan dengan perkara
akidah Islam tidak pernah diubah dan dipinda
merupakan ciri-ciri al- Thabat. Hal ini menunjukkan
bahawa Allah ialah tuhan yang sama yang
disembah sejak zaman Nabi Adam sehinggalah
zaman Nabi Muhammad, kini dan selama-
lamanya. Hal ini secara jelas membuktikan
bahawa Allah ialah tuhan yang Esa, tidak akan
berubah dan diganti. Bermula dengan sifat Allah
yang thabat tersebut, maka lahirlah perintah-
perintah beribadah kepada manusia yang
disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w yang
menjadi pelengkap kepada kehidupan beragama.
Oleh itu, maka jelaslah sifat al-
thabat dan al-murunah ini
membuktikan bahawa ajaran Islam
sesuai dengan fitrah manusia. Selain
itu, ianya juga sentiasa sesuai
sepanjang zaman sejak dulu, kini,
dan selamanya
Kesim pulan

Ciri al- Thabat dan al-Murunah


melengkapkan lagi perundangan
Islam seterusnya menjadi panduan
kepada seluruh umat manusia. Selain
itu, ciri-ciri ini juga menjadikan
perundangan Islam satu perundangan
yang istimewa serta tidak mampu
ditandingi oleh mana-mana undang-
undang yang datang sebelum
mahupun selepasnya
Melalui ciri ini, kita dapat lihat
bahawa ajaran Islam bukanlah
sesuatu yang sukar sepertimana
yang didakwa oleh sesetengah
golongan, bahkan ianya amat
memudahkan umatnya terutama
dalam kaedah untuk beribadah
kepada Allah s.w.t. Seorang muslim
tidak perlu bimbang sekiranya
ketiadaan air untuk bersolat. Hal ini
demikian kerana tayamum boleh
Selain itu, al- Thabat dan al- Murunah
memastikan kesucian dan kemuliaan
ajaran Islam terus terjamin. Contohnya,
seorang muslim tidak boleh sewenang-
wenangnya melafazkan murtad sesuka
hatinya kerana ianya dilarang oleh Allah
s.w.t. Namun begitu, tidak mengapa jika
diugut sehingga boleh membawa kepada
kehilangan nyawa sedangkan hatinnya
tetap kepada Allah s.w.t. Demikian jugalah
dalam perkara-perkara yang lain
Akhirnya, kehadiran ciri al- Thabat
dan al- Murunah ini menjadikan
ajaran Islam sesuai sepanjang zaman
sejak dahulu, kini, dan selamanya.
Kita seharusnya sentiasa bersyukur
kerana diberi peluang oleh Allah
s.w.t. untuk bergelar seorang muslim
kerana Islam ialah satu-satunya
agama yang diredhai oleh Allah s.w.t
Rujukan :

1. Ust Shihabuddin Muheimin


2. Abdul Rahim Abdullah
3. Haron Din. 1992. Ciri-ciri al-Thabat wa
al- Murunah. Kuala Lumpur : PTS
Millennia Sdn. Bhd
Irwan Muhammad Sabri. 2012. Al-Ahk
am wa al-Fat awa al-Syariah baina al
-Thabat wa al-Taghyir . Negeri
Sembilan : Penerbit Universiti Sains
Islam Malaysia.
Muhammad Fuad Muhammad
Suwari. 2009. Dirasat al-Fiqh al-
Islami.International Islamic University
Malaysia : IIUM Pres

You might also like