You are on page 1of 9

PENDAHULUAN

Firman Allah dalam surah al-Tin ayat 4 bermaksud:

“Sesungguhnya Kami (Allah) telah menciptakan insan dalam bentuk yang


sebaik baiknya ( dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)”
(Terjemahan menurut Abdullah Basmeih, 2001).

Secara realitinya setiap manusia pasti akan mengalami proses pertumbuhan dan
perkembangan dalam diri mereka. Perkembangan adalah perubahan yang tidak dapat
diukur secara kuantitatif, namun dapat dilihat perubahannya secara kualitatif mengikut
peredaran masa (Mok S. S., 2009). Perkembangan berlaku daripada peringkat
permulaan percambahan sel sehingga akhir hayat organisma (Muhammad Ridhuan
Hanafi, 2010). Menurut Shaffer dalam Kamarulzaman Kamaruddin (2009)
perkembangan merupakan satu proses perubahan yang berlaku secara kompleks.
Justeru itu, kajian ini cuba untuk menghuraikan perkembangan watak Jefri dan Roy
serta aspek-aspek kecerdasan watak Roy dan Sudin dalam filem Aku Tak Bodoh
terbitan Grand Brilliance.

PERKEMBANGAN JEFRI DAN ROY

Perkembangan Bahasa

Aliran Nativis menyatakan sejak lahir, kanak-kanak memang sudah ada keinginan
yuntuk memahami sesuatu, Noam Chomsky menegaskan dalam Wong K. W.,
Mohamad Isa Azis, & Rafidah Ruhani (2016) bahawa pembelajaran bahasa tidak
terhad kepada peniruan bahasa yang digunakan oleh orang dewasa, kerana setiap
individu telah pun diprogramkan secara genetik untuk menguasai bahasa (Ikalor,
2013; Wong K. W. et al., 2016). Menurutnya lagi dalam Suppiah Nachiappan, Ramlah
Jantan, dan Abdul Aziz Abdul Shukor (2008), manusia memang dilahirkan secara
semulahadi dengan alat penguasaan bahasa. Dalam teori ini dapat dilihat bahawa,
genetik ibu Jefri dan Roy merupakan editor kepada sebuah majalah telah turun kepada
mereka berdua. Perkara ini dapat dilihat dengan pengakuan Jefri yang menyatakan
bahawa markah 70 markah dan keatas bagi kebanyakan mata pelajaran. Jefri juga

1
dilihat mahir dalam berbahasa apabila dia dipilih sebagai tukang cerita juga watak
utama sebagai lebah dalam pementasan drama sekolah. Bagi Roy pula, walaupun
markah karangan beliau hanya 65 markah, namun dalam babak yang lain, beliau
antara pelajar yang tidak didenda oleh Cikgu Anwar kerana mendapat tinggi dalam
karangan Bahasa Melayu, selain itu, beliau mahir menggunakan bahasa dalam blog
beliau.

Perkembangan Kognitif

Teori Jean Piaget dalam Mok Soon Sang (2009); Mohd Yusri Mohamad Noor dan
Noorazura Mohd Makhtar (2015); Noriati A. Rashid, Boon P. Y., dan Sharifah Fakhriah
Syed Ahmad (2017); Suppiah Nachiappan et al. (2008); dan Zainuddin Abu Bakar
(2008) perkembangan kognitif kanak-kanak terbahagi kepada empat peringkat iaitu
peringkat deria motor (0-2 tahun), peringkat pra-operasi (2-7 tahun), peringkat konkrit
(7-11 tahun) dan peringkat operasi formal (selepas 12 tahun). Bagi kanak-kanak
berumur tujuh hingga 12 tahun proses penaakulan logik akan berlaku tetapi masih
terikat kepada peristiwa yang konkrit serta memahami prinsip kekekalan, menguasai
klafikasi, seriasi, dan kebalikan (Suppiah Nachiappan et al., 2008; Wong K. W. et al.,
2016; Zainuddin Abu Bakar, 2008), namun mereka masih belum boleh menaakul
tentang perkara abstrak seperti konsep kenegaraan, ketuhanan, makna hidup dan
lain-lain (Mok S. S., 2009).

Perkara ini boleh dilihat dalam babak Fatin dikatakan mengandung akibat
percaya dengan andaian rakan-rakan mereka hasil dari drama di televisyen dan
soalannya yang tidak dijawab dengan betul neneknya, pembantu rumahnya dan
ibunya. Jefri dan Fatin cuba menaakul perkara tersebut, namun kerana ia bersifat
abstrak, proses penaakulan mereka masih belum tercapai. Menurut Noriati A. Rashid
et al. (2017) dalam peringkat konkrit kanak-kanak akan memahami, membuat andaian
dan membuat generalisasi dengan bantuan benda-benda yang dapat dilihat.
Penaakulan logik berlaku dalam babak dia mencari duit di kantin dengan tujuan
membeli satu jam masa bapanya untuk hadir ke pertunjukannya.

2
Teori pembelajaran Jean Piaget adalah berlandaskan premis bahawa kanak-
kanak umpama saintis yang sentiasa aktif meneroka dunianya bagi mencapai
kefahaman dan ianya terdapat empat konsep iaitu Skema; Asimilasi; Akomodasi; dan,
Ekuilibrasi (Mok S. S., 2009; Noriati A. Rashid et al., 2017; Wong K. W. et al., 2016).
Proses skema dapat dilihat ketika Jefri dan Fatin mendengar bualan guru mereka
bahawa dengan makan nenas akan menggugurkan kandungan. Apabila mengetahui
dengan memakan nenas akan mengakibatkan keguguran maka dia bersungguh-
sungguh meminta Fatin makan nenas yang dibelinya. Ketika itu berlakulah proses
asimilasi Proses akomodasi berlaku ketika Fatin mula sakit perut dan membawa Fatin
ke klinik dengan sangkaan bahawa kandungan Fatin telah gugur. Maka berlakulah
proses ekuilibrasi apabila Jefri mengetahui bahawa Fatin sakit perut bukan kerana
keguguran akan tetapi kerana terlalu banyak makan nenas.

Menurut Noriati A. Rashid et al. (2017); dan Wong K. W. et al. (2016) remaja
sudah mencapai peringkat perkembangan operasi formal apabila dapat berfikir
abstrak dan mendalam Peringkat operasi formal bagi Roy pula berlaku apabila dia
memikirkan perkara yang abstrak seperti dalam babak ibu bapanya sedang
bertengkar, dia bertaruh dengan pembantu rumahnya, bahawa ibunya akan
mengungkap ayat “ceraikan saya”. Menurut Wong K. W. et al. (2016) penaakulan “apa
yang mungkin berlaku?”, penaakulan secara deduktif dan induktif digunakan untuk
mentafsirkan sesuatu isu atau masalah.

Perkembangan Sosioemosi

Menurut Erik H. Erikson dalam Zainuddin Abu Bakar (2008); Suppiah Nachiappan et
al. (2008); dan Wong K. W. et al. (2016), menurutnya lagi terdapat lapan tahap
perkembangan sosioemosi bermula dari kelahiran sehingga usia tua. Pada peringkat
keempat bermula dari umur enam hingga 12 tahun merupakan peringkat inisiatif/
kecekapan lawan rasa rendah diri, pada tahap ini kegagalan kanak-kanak mempelajari
kemahiran baharu akan memupuk rasa rendah diri dan tidak yakin dengan diri sendiri
(Noriati A. Rashid et al., 2017; Wong K. W et al., 2016; Zainuddin Abu Bakar, 2008)
Perkara ini boleh dilihat ketika Jefri cuba mendapatkan persetujuan ibu bapanya agar
dapat hadir ke pertunjukannya, ia lebih jelas dilihat ketika babak dia mendamikan ibu
bapanya dengan menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) menggunakan telefon

3
bimbit mereka, setelah ibu bapanya dilihat kembali berdamai dia mengajukan soalan
yang sama kepada mereka, tapi jawapan yang diterimanya amat menghampakan dan
dilihat raut wajah yang kecewa di mukanya. Ia juga dapat dilihat ketika Jefri cuba
melarikan diri dari Cikgu Diena ketika Cikgu Diena mengedarkan tiket kepada rakan-
rakannya, rasa rendah diri lebih-lebih lagi dirasai ketika berhadapan rakan-rakan lain
yang disokong oleh keluarga masing-masing. Menurut Mok S. S. (2009), ketika usia
ini, kanak-kanak amat peka terhadap kritikan dan sukar menerima kegagalan.

Menurut Erik H. Erikson lagi peringkat kelima bermula dari 12 hingga 20 tahun
(Suppiah Nachiappan et al., 2008), atau bermula dari 12 hingga dimana 18 tahun
(Wong K. W. et al., 2016; Zainuddin Abu Bakar, 2008), iaitu peringkat identiti lawan
kekeliruan peranan. Pada peringkat ini remaja akan menanyakan soalan “siapakah
aku?” (Wong K. W et al., 2016), mereka ingin mengetahui siapakah diri mereka sendiri
dan bagaimana cara menyuaikan diri dalam masyarakat (Suppiah Nachiappan et al.,
2008). Ketika ini, remaja memerlukan seseorang untuk dijadikan role model (Suppiah
Nachiappan et al., 2008), kerana jika mereka bergaul dengan lingkungan baik-baik,
maka identiti yang baik akan terbentuk dan begitu juga sebaliknya (Wong K. W et al.,
2016). Perkara ini yang terjadi kepada Roy, apabila kebolehannya tidak mendapat
pujian, pendapatnya tidak didengari dan kerap dimarahi, Roy mula mengalami
pelbagai konflik, dia meluahkan perasaanya di blog dan kepada Sudin, apabila dia dan
Sudin yang merupakan role model baginya, mula bergaul dengan kumpulan samseng,
maka bermulalah identiti baharu baginya sehinggalah ibu bapanya sedar akan
kesilapan mereka. Menurut Mok S. S. (2009), ketika usia ini, remaja akan mengalami
pelbagai konflik, kurang sabar, kerap marah dan mula menuntut kebebasan.

Perkembangan Moral

Menurut Wong K. W. et al. (2016) perkembangan moral melibatkan perubahan


pemikiran dan tingkah laku terhadap nilai kebenaran atau kesilapan, dan moral
individu terbahagi kepada tiga komponen, iaitu: emosi, kognitif dan tingkah laku.
Menurut Lawrence Kohlberg dalam Suppiah Nachiappan et al. (2008); dan Wong K.
W. et al. (2016), perkembangan moral terbahagi kepada tiga tahap, iaitu:
Prakonvensional, Konvensional dan Poskonvensional. Peringkat kelima dalam tahap
poskonvensional, etika kontrak sosial dan hak individu, seseorang individu memahami

4
keperluan untuk memahami peraturan dan undang-undang untuk keharmonian,
namun, individu tersebut akan membuat atau memilih untuk tidak memilih peraturan
berkenaan sekiranya ia bertentangan dengan prinsip nilai yang dipegang (Wong K. W
et al., 2016). Perkara inilah yang terjadi kepada Jefri memilih untuk mencuri wang di
kantin untuk membeli masa ayahnya dan yang terjadi kepad Roy dan Sudin, meragut
rantai seorang mak cik untuk melepaskan drir dari dakwaan polis.Walaupun begitu,
Suppiah Nachiappan et al. (2008) menyatakan bahawa tahap ini jarang berlaku
kepada pelajar sekolah atau golongan sebelum mencapai 20 tahun, tahap ini hanya
terdapat di kalangan pelajar universiti dan orang-orang yang memperjuangkan
sesuatu prinsip kebenaran untuk kepentingan umum.

KECERDASAN ROY DAN SUDIN

Kecerdasan Pengalaman

Kecerdasan pengalaman adalah salah satu dari tiga bentuk kecerdasan yang
diperkenalkan oleh Sternberg, teori kecerdasan Triarchic Sternberg merangkumi
analitik, pengalaman dan praktikal (Azizi Yahaya, 2008; Sharifah Amnah Syed Ahmad,
Hairul Nizam Ismail, & Mohamad Hashim Othman, 2009; Suppiah Nachiappan et al.,
2008). Kecerdasan pengalaman mempunyai perkaitan dengan kreativiti dan ia boleh
dilihat sebagai kebolehan untuk mengatasi situasi baharu kepada keupayaan untuk
membina idea baru dan menggabungkan idea lama (Sharifah Amnah Syed Ahmad et
al., 2009; Suppiah Nachiappan et al., 2008), dengan bahasa yang lebih mudah
kecerdasan pengalaman ialah merujuk kepada keupayaan untuk membina idea
baharu dan menggabungkan idea lama (Azizi Yahaya, 2008). Teori kecerdasan ini
terdapat pada Roy yang mahir dalam komputer. Walaupun bapanya melarang untuk
menyentuh komputer ribanya, namu dia masih mahu menolong bapanya dan berjaya
membaiki komuter riba bapanya ketika bapanya meninggalkan komputer riba tersebut
di atas meja maka sambil berkata: “Patutlah komputer ini selalu hang, senang je ni”.

Kecerdasan Praktikal

Kecerdasan Praktikal adalah salah satu diri teori kecerdasan Triarchic Sternberg,
kecerdasan praktikal bermaksud seseorang pandai membawa diri dalam apa sahaja

5
situasi yang dituntut dalam kehidupannya (Azizi Yahaya, 2008; Sharifah Amnah Syed
Ahmad et al., 2009; Suppiah Nachiappan et al., 2008). Kecerdasan ini boleh dilihat
pada diri Roy dan Sudin apa bila mereka boleh menyusaikan diri dalam situasi baharu
dialami oleh mereka, iaitu ketika bercampur dengan kumpulan samseng. Menurut
Suppiah Nachiappan et al. (2008) individu tersebut mampu untuk mengeluarkan idea
yang sesuai dengan diri dan persekitaran melalui proses penyesuaian, pembentukan
dan pemilihan. Proses penyesuaian dan pembentukkan boleh dapt dilihat dalam
babak Roy dan Sudin bermain bola bersama kumpulan samseng tersebut dalam
babak lain ketika mereka bergaul dengan mereka, akhirna proses pemilihan terjadi
pabila mereka memilih untuk mengikut mereka dan menurutti kemahuan mereka
dengan mencuri telefon bimbit. Azizi Yahaya (2008) menyatakan bahawa kecerdasan
praktikal diperlukan untuk mnegimplementasi pilihan dan memastikan pilihan tersebut
dijalankan.

Kecerdasan Kinestetik

Salah satu dari lapan kecerdasan pelbagai yang dikemukakan oleh Howard Grardner
adalh kecerdasan kinestetik, kecerdasan kinestetik ialah keupayaan untuk mengawal
pergerakan badan dan untuk menangani objek dengan mahir (Azizi Yahaya, 2008;
Elok Faikoh, 2015; Noriati A. Rashid et al., 2017; Suppiah Nachiappan et al., 2008).
Menurut Elok Faikoh (2015) Kecerdasan kinestetik merupakan salah satu potensi
manusia yang diperintahkan untuk diajarkan kepada pelajar, seperti berkuda,
memanah dan berenang. Teori kecerdasan ini terdapat pada diri Sudin yang mahir
mengawal gerakan tubuh badan, perkara ini dapat dilihat dalam babak dia
menyelamatkan Roy dari kumpulan samseng. Kecerdasan beliau telah disedari oleh
Kak Jah, kawan ayahnya, dengan meminta ayahnya mengajarkan ilmu persilatan
kepadanya, namun perkara ini tidak ambil peduli oleh ayahnya. Akhirnya selepas
kematianya ayahnya dia kembali masuk ke sekolah semula dan hasil latihan dorongan
dari gurunya, dia telah memenangi pingat emas dalam sukan Olimpik. Elok Faikoh
(2015) menyatakan bahawa individu yang mempunyai kecerdasan ini selalu menyertai
aktiviti pembelajaran yang bersifat non-verbal atau memerlukan demontrasi, atas
sebab itu Sudin lebih sukakan kepada sesuatu yang menjurus kepada ilmu
mempertahankan diri yang memerlukan demonstrasi.

6
PENUTUP

Hasil dari analisis yang dijalankan, dapat dirumuskan bahawa faktor perkembangan
dan kecerdasan memainkan peranan yang sangat penting dalam kejayaan seseorang
pelajar. Semua pihak harus memainkan peranan masing-masing terutamanya pihak
ibu bapada dan guru dengan mengenalpasti perkembangan dan kecerdasan yang
terdapat pada diri para pelajar, agar perkembangan dan kecerdasan yang terdapat
pada diri mereka dapat digunakan dan diasah dengan sebaiknya.

7
BIBLIOGRAFI

Abdullah Basmeih. (2001). Tafsir Pimpinan ar-Rahman kepada Pengertian al-Quran.


Kuala Lumpur: Darul Fikir.

Azizi Yahaya. (2008). Kecerdasan. Dalam Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, & Yusof
Boon (Editor), Psikologi Pendidikan. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Elok Faikoh. (2015). Konsep Multiple Intelligences (Aspek Kecerdasan Kinestetik) dan
Implementasinya dalam Strategi Pembelajaran PAI Ranah Psikomotorik di SMP
Lazuardi Kamila Global Islamic School (GIS) Solo. Latihan Ilmiah Sarjana Muda
Pendidikan. Yogyakarta: Univesiti Islam Negeri Sunan Kalijaga. Diambil dari
http://digilib.uin-suka.ac.id/19061/2/10410074_bab-i_iv-atau-v_daftar-
pustaka.pdf

Ikalor, A. (2013). Pertumbuhan dan Perkembangan. Jurnal Pertumbuhan Dan


Perkembangan, 7(1), 1–6. Diambil dari
https://allvanialista.wordpress.com/2013/05/

Kamarulzaman Kamaruddin. (2009). Psikologi Perkembangan: Panduan untuk Guru.


Tanjung Malim: Penerbit UPSI.

Mohd Yusri Mohamad Noor, & Noorazura Mohd Makhtar. (2015). Modul Pembelajaran
EDUP 2023: Psikologi Pendidikan. Cyberjaya: Institut Pendidikan Guru Malaysia.

Mok Soon Sang. (2009). Perkembangan Kanak-kanak. Puchong: Penerbitan


Multimedia Sdn Bhd.

Muhammad Ridhuan Hanafi. (2010). Perkembangan Kanak-kanak. Kerja Kursus


PISMP. Kuala Lumpur: Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2017). Siri
Pendidikan Guru: Murid dan Pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar.

Sharifah Amnah Syed Ahmad, Hairul Nizam Ismail, & Mohamad Hashim Othman.
(2009). Konsep Kecerdasan: Teori Triarchic Sternberg. Diges Pendidik, Jilid 9, B.
Gelugor: Universiti Sains Malalaysia. Diambil dari
http://education.usm.my/images/docs/DigesPendidik/DP2009-1/10.pdf

Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan, & Abdul Aziz Abdul Shukor. (2008). Siri
Pendidikan Guru: Psikologi Pendidikan. Shah Alam: Oxford Fajar.

8
Wong Keit Wah, Mohamad Isa Azis, & Rafidah Ruhani. (2016). Siri Pendidikan Guru:
Perkembangan Kanak-kanak Edisi Kedua. Shah Alam: Oxford Fajar.

Zainuddin Abu Bakar. (2008). Teori-teori Perkembangan. Dalam Azizi Yahaya,


Shahrin Ahmad, & Yusof Boon (Eds.), Psikologi Pendidikan. Skudai: Universiti
Teknologi Malaysia.

You might also like