You are on page 1of 20

1.

PENGENALAN

Secara umumnya, semua manusia di alam ini memerlukan makan dan minum untuk menjalankan kehidupan seharian mereka. Namun, di dalam Islam diperintahkan kepada umatnya supaya memakan makanan yang halal sahaja dan menjauhi segala bentuk makanan dan minuman yang diharamkan. Sebagaimana firman Allah S.W.T di dalam surah al-Baqarah ayat 168 :


Maksudnya : Wahai manusia, makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa-apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang jelas bagimu. Dalam ayat ini jelas menunjukkan bahawa umat Islam dibolehkan memakan apa sahaja yang terdapat di muka bumi ini selagi mana makanan itu adalah halal lagi baik dan tiada sebarang unsur pengharaman di dalamnya. Sesungguhnya Islam merupakan agama yang syumul dan sempurna daripada semua perkara. Oleh yang demikian, Islam telah menggariskan panduan terhadap makanan dan minuman yang halal dan haram di makan oleh umatnya dan sebagai seorang muslim, kita haruslah mematuhi perintah tersebut dengan mencari sumber makanan yang halal supaya memperoleh keberkatan daripada Allah S.W.T. Selain itu, Islam juga menekankan kepada adab-adab makan dan minum sepertimana yang telah dibawakan dan ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. seperti yang kita maklum Nabi Muhammad merupakan contoh terbaik yang layak diikuti oleh semua umat manusia. Semasa hidup baginda Nabi Muhammad S.A.W, kehidupannya penuh dengan nilai-nilai akhlak yang terpuji daripada semua perkara termasuklah adab makan dan minum. Ianya bukan sahaja adab sewaktu makan dan minum, bahkan, ianya merangkumi adab sebelum dan selepas makan dan minum juga. Justeru itu, perkara inilah yang akan dibincangkan dalam tugasan ini berkaitan adab makan dan minum sepertimana yang telah dilakukan dan diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W semasa hidupnya.

2.0

Definisi Berdasarkan kamus pelajar adab merupakan budi pekerti yang halus atau tingkah

laku yang baik. Manakala, kamus dewan edisi ke-3 dan edisi ke-4 pula mendefinisikan adab sebagai tingkah laku serta tutur kata yang halus (sopan), budi bahasa, budi pekerti yang halus, kesopanan atau cara seseorang berkelakuandalam sesuatu situasi tertentu, budi bahasa dan tingkah laku, pengetahuan mengenai buruk baik bagi kelakuan manusia. Selain itu, adab juga ditakrifkan sebagai sesuatu yang disandarkan kepada perkara yang dipuji samada dari sudut perkataan atau perbuatan (Faisal Ahmad Shah & Nor Saleha Mohd Salleh). Merujuk kepada Masnizah Mohd (2005), adab merupakan akhlak. (hanisnur.blogspot.com/2009/04/adab-etika.html) Menurut Dr. Hj. Abdullah Siddiq (1980), telah mengaitkan adab sebagai satu dasar (Ahkam al-syariati) iaitu salah satu garis panduan yang sangat penting dalam kehidupan manusia di mana ia menjadi panduan ibu bapa, guru, pemimpin, masyarakat dan individu itu sendiri dalam mencorakkan warnahidup seseorang insan. Selain itu ia juga penting kerana menjadi peranan penting dalam menilai buruk dan baik budi seseorang supaya menjadi insan yang akan mendapat ganjaran baik di dunia dan di akhirat. (hanisnur.blogspot.com/2009/04/adab-etika.html) Adab makan dan minum bermaksud sopan santun atau tata karma makan dan minum. Adab makan dan minum yang dimaksudkan disini adalah tata cara (kaifiyah) bagaimana seseorang melakukan makan dan minum sesuai dengan ketentuan syariat Islam, iaitu sesuai dengan petunjuk Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. (yuciapin.blogspot.com/2011/02/adab-makan-dan-minum.html) Adab makan dan minum adalah etika atau cara sikap kita terhadap hal-hal yang berhubungan dengan aktivitasmakan dan minum, baik itu sikap kita ketika hendak makan dan minum, ketika sedang makan dan minum, dan ketika sudah makan dan minum (Multahim. Dkk:2006). (kumpulanmakalahdankomikmanga.blogspot.com)

3.0

Dalil Terdapat banyak dalil berkaitan dengan adab makan dan minum ini samada

menerusi dalil Al-Quran mahupun daripada hadith. Antara dalilnya adalah seperti berikut : 3.1 Dalil Al-Quran

Sebagaimana firman Allah S.W.T di dalam surah al-Araf ayat 31:


Maksudnya :Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu Yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat Ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; Sesungguhnya Allah tidak suka akan orangorang Yang melampaui batas.

Firman Allah S.W.T lagi dalam surah al-baqarah ayat 168:


Maksudnya : Wahai manusia, makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa-apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang jelas bagimu.

Firman Allah S.W.T lagi dalam surah al-Baqarah ayat 172: Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari rezeki yang baik-baik dari apa yang Kami kurniakan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu mengabdikan diri.

3.2

Dalil Hadith

Rasulullah S.A.W bersabda:

Maksudnya :Jika seseorang di antara kamu makan, maka hendaklah dia makan dengan

tangan kanannya. Jika minum, maka hendaklah minum dengan tangan kanannya, kerana syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya. (Shahih Muslim, no. 2020. Bab: Adab Makan dan Minum serta Hukum-hakamnya) Rasulullah S.A.W bersabda:

Maksudnya :Apabila salah seorang di antara kamu makan, maka sebutlah nama Allah mengucapkan:


(Sunan Abu Daud, no. 3767. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Taala. Jika dia terlupa untuk menyebut nama Allah Taala di awalnya, hendaklah dia

Maksudnya :Dengan nama Allah di awal dan akhirnya.

4.0

Contoh Sirah

Menerusi Adab makan dan minum ini terdapat banyak kisah atau sirah yang boleh dijadikan sebagai contoh tauladan kepada umat Islam khususnya. Antara sirah yang boleh dicontohi adalah sirah daripada Nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W dan juga para sahabat R.A. 4.1 Sirah Rasulullah S.A.W :

Doa Rasulullah S.A.W sebelum dan sesudah makan Pada suatu hari, kami berada di rumah Rasulullah saw, maka Beliau menyuguhkan suatu makanan. Aku tidak mengetahui makanan yang paling besar berkahnya pada saat kami mulai makan dan tidak sedikit berkahnya di akhir kami makan. Abu Ayub bertanya : Wahai Rasulullah, bagaimanakah caranya hal ini bisa terjadi? Rasulullah saw bersabda : Sesungguhnya kami membaca nama Allah waktu akan makan, kemudian duduklah seseorang yang makan tanpa menyebut nama Allah, maka makannya disertai syetan.(Diriwayatkan oleh Qutaibah Dari Ibnu Luhaiah, dari Yazid bin Abi Habib, dari Rasyad bin Jandal al YafiI, dari Hubeib bin Aus, yang bersumber dari Abu Ayub al Anshari r.a.) Rasulullah saw bersabda : bila salah seorang dari kalian makan,tapi lupa menyebut nama Allah atas makanan itu,maka hendaklah ia membaca :Bismillahi awwalahu wa akhirahu. (Dengan nama Allah pada awal dan akhirnya).(Diriwayatkan oleh Yahya bin Musa, dari abu Daud, dari Hisyam ad Distiwai, dari Budail al Aqili, dari `Abdullah bin `Ubaid bin `Umair, dari Ummu Kultsum, yang bersumber dari `Aisyah r.a.)

Ummu Kultsum binti `Uqbah bin Abi Muith al Umawiyah, adalah salah seorang sahabat Rasulullah saw. dan ia merupakan saudara seibu `Utsman bin Affan r.a.Apabila Rasulullah saw. selesai makan, maka Beliau membaca : Alhamdulillahil ladzi athamana wa saqana wa jaalana muslimin. (Segala puji bagi Allah Yang memberi makan kepada kami, memberi minum kepada kami dan menjadikan kami orang-orang islam)(Diriwayatkan oleh Mahmud Ghailan, dari Abu Ahmad az Zubairi, dari Sufyan as Tsauri,dari Abu Hasyim, dari Ibnu Ismail bin Riyah, dari bapaknya (Riyah bin `Ubaid), yang bersumber dari Abu Said al khudri r.a.) Adapun Rasulullah saw, bila hidangan makan telah diangkat dari hadapannya,maka beliau membaca :Alhamdulillahi hamdan katsiran thayyiban mubarakan fihi, ghaira muwaddaiw wa la mustaghnan `anhu Rabbana. (Segala puji bagi Allah, puji yang banyak tiada terhingga. Puji yang baik lagi berkah padanya Puji yang tidak pernah berhenti. Dan puji tidak akan mampu lisan menuturkannya,ya Allah Rabbal `Alamin) (Diriwayatkan oleh Muhammad 5

bin Basyar, dari Yahya bin Said, dari Tsaur bin Yazid, dari Khalid bin Madanyang bersumber dari Abu Umamah r.a.).(Abizakil.wordpress.com)

4.2

Sirah Sahabat R.A Dari Abu Said al-Khudri r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. melarang meniup dalam

minuman. Ada seorang lelaki berkata: "Ada kotoran yang saya lihat di dalam wadah itu." Beliau s.a.w. bersabda: "Tuangkan saja (minuman yang ada kotoran itu)." Orang itu berkata lagi: "Sesungguhnya saya ini belum merasa puas minum dari sekali nafas." Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Kalau begitu singkirkanlah dulu wadahnya itu dari mulutmu - dan bernafaslah di luar wadah." (Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan dia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan sahih , juga diriwayatkan oleh Ahmad.)

5.0

Faktor Pencetus Faktor pencetus kepada adab makan dan minum ini menerusi pelbagai faktor

antaranya adalah daripada keluarga, sekolah, dan media. 6

5.1

Faktor keluarga Faktor keluarga ini dianggap sebagai faktor pencetus utama pengetahuan dan

didikan manusia terhadap adab makan dan minum ini. Hal ini kerana, setiap manusia pada awal kehidupannya adalah bermula dirumah daripada kecil hingga dewasa. Justeru itu, pendedahan berkaitan adab makan dan minum ini telah diterapkan dan diberi didikan oleh keluarga masing-masing yang terdiri daripada kalangan ibubapa, adik beradik serta saudara mara. 5.2 Faktor sekolah Faktor sekolah pula dianggap sebagai faktor pencetus kedua kepada pendedahan adab makan dan minum kerana sewaktu berada di alam persekolahan, murid-murid akan didedahkan dengan adab makan dan minum ini samada secara langsung mahupun tidak langsung. Pendedahan secara langsung ini bermaksud terdapat matapelajaran yang dipelajari di sekolah mempunyai tajuk khusus berkaitan adab makan dan minum. Manakala, pendedahan secara tidak langsung pula bermaksud murid-murid akan didedahkan melalui nasihat dan peringatan daripada guru-guru secara umum. 5.3 Faktor Media Faktor media pula dianggap sebagai pencetus factor adab makan dan minum kerana setiap hari manusia akan didedahkan dengan pelbagai jenis media samada media cetak mahupun media elektronik. Menerusi media-media ini, manusia akan mempelajari berkaitan adab-adab makan dan minum secara tidak langsung, seperti contoh menerusi televisyen mempunyai iklan-iklan berkaitan adab makan dan minum ataupun iklan-iklan menerusi surat khabar, majalah dan sebagainya.

6.0

Ciri-ciri Adab Terdapat beberapa ciri Adab makan dan minum yang terdapat dalam Islam dan perlu

diikuti oleh umat Islam khususnya, antaranya adalah : 7

6.1 6.1.1

Adab Sebelum Makan Memastikan makanan daripada sumber yang halal Firman Allah S.W.T dalam surah al-Maidah ayat 88 :

Maksudnya :Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.

6.1.2

Membersihkan tangan Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud : "Keberkatan makanan itu ialah membasuh (tangan) sebelumnya (sebelum makan) dan membasuh selepasnya." (Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi).

6.1.3

Duduk dengan betul Makan dan minum secara berdiri adalah bukan daripada adab Islam kerana Nabi SAW menunjukkan contoh makan dan minum baginda secara duduk.

Pada satu ketika Nabi SAW telah dihadiahkan sesekor kambing yang telah dimasak. Maka baginda turun makan secara berlutut. Tiba-tiba bertanya seorang Arab Desa kepada baginda. "Duduk apakah ini?". Maka baginda SAW menjawab : "Sungguhnya Allah telah menjadikan saya seorang hamba yang pemurah, dan Dia (Allah) tidaklah menjadikan saya seorang yang tidak kenal belas kasihan lagi keras kepala 6.1.4 (derhaka)." (Hadis riwayat Abu Daud)

Berniat agar makanan itu mendatangkan kekuatan untuk beribadat kepada Allah Hendaklah ketika makan dan minum berniat bagi menyegar dan menyihatkan tubuh badan supaya memudahkan beribadah dan kerana Allah SWT. 8

Hadis daripada Umar bin al-Khattab r.a, Rasulullah SAW bersabda; Sesungguhnya setiap amalan itu hanya dengan niat. Dan sesungguhnya setiap orang hanya mendapat balasan mengikut apa yang diniatkan. (Riwayat al-Bukhari).

6.1.5

Makan secara berjamaah Dalam satu hadis, daripada Wahsyi bin Harb, daripada bapanya dan daripada atuknya berkata;

: : : :
Maksudnya :Sesungguhnya para sahabat nabi SAW bertanya, Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya kami makan, tetapi kami tidak pernah merasa kenyang. Berkata Nabi SAW, mungkin kamu makan bersendiri-sendirian?. Jawab sahabat, benar. Bersabda Nabi SAW, berhimpunlah atau berjemaahlah pada makanan kamu, dan sebutlah nama Allah atasnya, mudah-mudahan Allah memberi keberkatan kepada kamu pada makanan tersebut[9] 6.2 6.2.1 Adab Semasa Makan Mulakan dengan membaca Bismillah Sabda Nabi SAW yang bermaksud : "Apabila seseorang lelaki memasuki rumahnya, lalu dia menyebut Allah (membaca Bismillaah) di kala masuk dan di kala makan, maka berkata syaitan : "Tiadalah peluang aku bermalam dengan kamu dan tiadalah pada makanan malam kamu." Dan apabila seorang masuk ke rumahnya , maka dia tidak menyebut Allah di kala memasukinya, maka berkata syaitan : "Aku akan bermalam dengan kamu." Seterusnya apabila dia tidak menyebut Allah di kala makan, maka syaitan akan berkata : "Aku akan dapat bermalam dan makan malam (bersama kamu; kongsi makan)" (Hadis Riwayat Muslim) 6.2.2 Makan dengan tangan kanan

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Apabila salah seorang di antara kamu makan, hendaklah dia makan dengan menggunakan tangan kanannya dan apabila dia minum hendaklah dia minum dengan menggunakan tangan kanannya kerana sesungguhnya syaitan itu, dia makan dengan menggunakan tangan kirinya dan minum juga dengan menggunakan tangan kirinya." (Hadis Riwayat Muslim). 6.2.3 Menjamah makanan yang terdekat Nabi SAW bersabda maksudnya : "..dan makanlah (dengan memulakan makan) makanan yang mengiringi engkau." (Hadis Riwayat Bukhari) Maksud makanan yang mengiringi adalah makanan yang terdekat kerana menjadi adab Islam mengutamkan makanan yang berdekatan daripada mengambil makanan yang berdekatan dengan rakannya. Selepas itu barulah ia mengambil makanan yang jauh sedikit daripadanya.

6.3 6.3.1

Adab Selepas Makan dan Minum Berhenti makan sebelum kenyang Nabi Muhammad S.A.W menggalakkan supaya makan apabila benar-benar lapar dan berhenti makan sebelum kenyang. Namun, tiada hadis sahih untuk menguatkan kenyataan ini.

6.3.2

Menjilat jari Sabda Rasululullah S.A.W :

:
Maksudnya : Daripada Ibnu Abbas, Rasulullah S.A.W Pernah Bersabda Apabila Salah Seorang Dari Kamu Selesai Makan, Maka Janganlah Kamu Membasuh 10

Tangan Sebelum Kamu Jilat Jari-Jari Sendiri Atau Menyuruh Orang Lain(Daripada Kalangan Orang Kamu Cintai Dan Tidak Merasa Jijik Dengan Kamu)Untuk Menjilat Jari Tersebut. (H.R.Bukhari,Muslim & Ibnu Majah) 6.3.3 Membasuh tangan Hadis dari sumber Salmaan r.a. telah pun di sebutkan berbunyi : "Keberkatan makanan itu ialah membasuh dua tangan sebelum dan sesudah makan." 6.3.4 Berdoa

: : ": "
Maksudnya :Muaz bin Anas r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang telah memakan makanan, lalu membaca: Segala puji bagi Allah yang memberi ku makanan ini, tanpa daya dan upada daripada diri ku nescaya diampuni dosadosanya yang telah lalu [Sunan at-Tirmizi : 3406, Hasan Gharib]

6.3.5

Membersihkan mulut Hal ini dimaksudkan untuk membersihkan gigi dari sisa makanan dan bakteria. Secara Rasulullah SAW beliau menekankan pentingnya berkumur setelah minum susu: Berkumurlah kalian setelah minum susu, kerana di dalamnya mengandung lemak. (HR. Ibnu Majah)

6.3.6

Bersyukur kepada Allah S.W.T Selepas makan hendaklah memuji dan bersyukur kepada Allah swt yakni membaca doa yang dianjurkan oleh Rasulullah saw menerusi hadis: "Daripada Abu Sa'id ra bahawa Rasulullah saw apabila selesai makan, beliau membaca: (yang ertinya) "Segala puji bagi Allah yang memberi kami makan dan minum dan menjadikan kami orang-orang Islam". (Riwayat Abu Daud & Tirmizi) 11

7.0

Kelebihan / Fadhilat menjaga Adab Makan dan Minum Setiap perkara yang baik mempunyai kelebihan atau fadilatnya, termasuk adab makan dan minum ini juga mempunyai kelebihannya kepada sesiapa yang mengamalkan adab ini. Antaranya ialah :

7.1

Dapat mengelakkan pembaziran Kelebihan menjaga adab makan dan minum ini dapat mengelakkan pembaziran terhadap makanan kerana di dalam adab makan dan minum mengikut sunnah Nabi 12

Muhammad S.A.W tidak menggalakkan umatnya untuk berlebih-lebihan dalam menyediakan makanan. Hal ini berdasarkan hadis yang menyebut berkenaan bahawa amalan membazir adalah sebahagian daripada saudara syaitan. 7.2 Sentiasa di pandang mulia oleh orang lain Seterusnya, mereka yang mengamalkan adab makan dan minum ini akan di pandang mulia oleh orang lain. Hal ini kerana, amalan-amalan yang terdapat dalam adab makan dan minum ini mempunyai nilai-nilai kesopanan yang tinggi dan menjadi contoh kepada orang lain. 7.3 Tidak menimbulkan kebencian kepada orang lain Apabila mengamalkan adab makan dan minum ini, ianya tidak akan menimbulkan kebencian kepada orang lain disebabkan adab yang diamalkan begitu rapi dan tiada unsur-unsur yang boleh menimbulkan kebencian daripada amalan yang baik ini. 7.4 Sentiasa mendapat keredhaan dari Allah Sebagaimana yang semua maklum adab makan dan minum ini merupakan adab yang dibawa daripada Nabi Muhammad S.A.W sebaik-baik manusia yang boleh dicontohi oleh umatnya. Oleh itu, setiap manusia yang mengikuti amalan-amalan baginda akan mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T. 7.5 Dapat menjaga kebersihan dan kesihatan tubuh badan Adab makan dan minum mengikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W ini merupakan amalan yang sebaik-baiknya. Justeru itu, sesiapa yang mengamalkannya dapat terhindar daripada pelbagai jenis penyakit dan ia juga dapat menjadi diet yang seimbang.

8.0

Perkara-perkara yang perlu dijauhi Dalam pada kita menjaga adab-adab makan dan minum ini, terdapat beberapa

perkara yang perlu kita hindari daripada melakukannya, antaranya ialah : 8.1 Tidak menggunakan bekas emas atau perak Penggunaan bekas emas dan perak dilarang ketika makan dan minum kerana ia merupakan sifat sombong, walhal sifat sombong itu tidak patut berada dalam diri manusia. 13

Daripada satu hadis, daripada Huzaifah bin Al-Yaman berkata, aku dengar Nabi S.A.W bersabda;


Maksudnya:Jangan kamu minum dengan menggunakan bekas-bekas yang diperbuat daripada emas dan perak. Juga, jangan makan dengan menggunakan pingganpinggannya. Ini kerana, bagi mereka di dunia, tetapi ia bagi kita di akhirat[5]

8.2

Tidak mencela atau mengaibkan makanan

Abu Hurairah r.a. pernah memberitakan bahawa : "Tiadalah sekali-kali Nabi SAW mengaibkan makanan (yang dihidang), jika baginda berselera baginda memakannya dan jika baginda tidak ingin baginda meninggalkannya." (Hadis Riwayat Bukhari) 8.3 Tidak makan terlalu banyak

Daripada satu hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar, daripada Nabi SAW bersabda;

Maksudnya :Orang kafir makan dengan tujuh perut, walhal orang mukmin itu makan dengan satu perut sahaja[8]

8.4

Tidak makan dan minum secara bersandar dari Abu Juhaifah berkata :

Diriwayatkan

- - :
Maksudnya : "Aku pernah bersama Rosulullah -sholallahu 'alaihi wasallam- ketika beliau 14

berkata kepada seseorang yang bersamanya juga : Aku tidak makan dalam posisi bersandar." (HR Bukhori, Ahmad, At-tirmidzi, Abu Daud dan Ibnu Majah)

Ibnu Hajar menjelaskan maksud bersandar dalam hadist diatas : Macam-macam maksud bersandar seperti dalam hadist diatas diantaranya adalah bersandar ditangan dengan posisi badan miring. juga duduk dengan bersandarkan tangan kiri.

8.5

Tidak meniup pada air minum yang panas

Pada saat air minum masih panas, dibenci untuk meniupnya agar cepat dingin. disarankan untuk menunggunya sampai dingin dengan sendirinya. berdasarkan larangan dalam sabda Rosulullah S.A.W berikut :


Maksudnya : "Jika salah seorang dari kalian hendak minum, maka jangan meniup ke (air) ".dalam bejana (HR Bukhori, Muslim dan Ahmad) 8.6 Tidak minum terus dari mulut teko

Rasulullah melarang minum secara terus daripada mulut teko, seelok-eloknya air tersebut perlu dituangkan ke gelas dahulu. Larangan ini terdapat dalam hadis, sabdanya :


Maksudnya : "Rosulullah -sholallahu 'alaihi wasallam- melarang minum langsung dari mulut ceret atau teko." (HR Bukhori dan Ahmad)

9.0

Cara menerap adab terhadap anak Ibu bapa mempunyai tanggungjawab untuk mendidik anak-anak mereka agar

mengikuti sunnah Rasululullah S.A.W dalam adab makan dan minum ini. Oleh itu, terdapat beberapa cara yang boleh digunakan oleh ibu bapa untuk menerapkan adab ini kepada anak mereka. Antara caranya adalah : 9.1 Ibu bapa menjadi contoh 15

Ibu bapa merupakan orang yang paling terdekat kepada anak-anak, yang telah membesarkan mereka dan banyak waktu bersama. Oleh yang demikian, secara tidak langsung ibu bapa ini telah menjadi role model atau contoh ikutan kepada anak-anak. Dengan itu, ibu bapa perlulah menunjukkan sifat-sifat dan adab makan dan minum yang diajarkan oleh Rasulullah kepada anak-anak daripada mereka kecil lagi, dengan cara demikian, anak-anak akan mengikuti perlakuan ibu bapa mereka dan seterusnya anak-anak ini dapat mengamalkan sunnah Rasululullah S.A.W. 9.2 Ibu bapa mendedahkan adab yang mudah kepada anak-anak sejak kecil Setelah anak-anak ini melihat perlakuan ibu bapa mereka daripada kecil lagi, ibu bapa dapat menerapkan adab makan dan minum dalam diri anak mereka ini dengan mudah dan anak-anak juga dapat menerima dengan mudah. Sewaktu anak-anak masih kecil ini, ibu bapa boleh mendedahkan adab makan dan minum yang mudah kepada anak-anak, sebagai contoh mengajarkan anak-anak membaca doa sebelum dan sesudah makan, membasuh tangan sebelum dan sesudah makan, makan dengan tangan kanan dan sebagainya. kesemua perkara ini anak-anak dapat mengikutinya dengan baik dan mudah. 9.3 Ibu bapa memberikan nasihat dan teguran kepada anak-anak

Cara yang seterusnya ibu bapa boleh lakukan untuk memberi pendedahan adab makan dan minum kepada anak-anak adalah dengan cara sentiasa memberikan nasihat dan teguran kepada anak-anak apabila mereka melakukan perkara yang bertentangan dengan adab makan dan minum kerana mereka kadangkala terlupa akan adab ini. Contohnya, kebiasaannya anak-anak minum dalam keadaan berdiri atau berjalan, dengan itu, ibu bapa perlu memberi teguran dan menasihati anak-anak ini supaya mereka mengetahui perbuatan tersebut adalah tidak elok untuk diamalkan.

10.0

Akibat tidak mengamalkan adab Sekiranya kita tidak mengikuti amalan sunnah Rasulullah S.A.W dalam adab makan

dan minum ini, terdapat beberapa akibat yang akan diterima jika tidak mengamalkannya. Antaranya ialah : 10.1 Menyebabkan pembaziran

16

Adab makan dan minum yang dibawakan oleh Rasulullah S.A.W ini adalah yang paling sempurna dan ianya mengelakkan daripada berlakunya pembaziran kerana dalam adab makan dan minum, kita dielakkan berlebih-lebihan dalam penyediaan makanan dan makan dalam jumlah yang sedikit sahaja bukan keterlaluan. 10.2 Di pandang hina oleh orang lain Sekiranya hidup kita tidak mempunyai panduan dan beradab, kita akan menjalankan semua perkara dengan tidak sistematik. Apabila ini berlaku, kita akan di pandang rendah atau di pandang hina oleh orang lain akibat kita tidak menjalankan sesuatu perkara dengan baik. Oleh itu, Islam ini mempunyai adab-adab yang boleh kita dijadikan sebagai panduan termasuklah adab makan dan minum. 10.3 Perbuatan kita tidak disukai oleh masyarakat Apabila kita tidak mengamalkan adab makan dan minum ini khususnya, kita akan melakukan perbuatan-perbuatan yang kurang sedap dipandang mata oleh masyarakat. Justeru itu, kita akan dibenci oleh masyarakat atas perbuatan yang telah kita lakukan tersebut. 10.4 Tidak di sayangi oleh Allah dan Rasul Sebagai umat Islam, kita wajib taat di atas perintah Allah dan Rasul. Dalam mengamalkan adab makan dan minum ini merupakan suatu tuntutan daripada Allah dan Rasul, dengan itu, sebagai umatnya kita perlu mengikuti dan patuh di atas kehendak-Nya. Disebabkan itu, sesiapa yang tidak mengamalkan adab makan dan minum ini khususnya ia tidak disayangi oleh Allah dan Rasul. 10.5 Boleh mendatangkan penyakit Melalui sunnah Nabi Muhammad S.A.W berkenaan adab makan dan minum ini telah sempurna untuk diamalkan kepada umatnya kerana ianya merangkumi aspek kesihatan yang baik. Sekiranya, tidak mengamalkan adab makan dan minum sepertimana yang telah diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W ini, ia boleh mendatangkan penyakit. Semua perkara yang diajarkan oleh Nabi Muhammad mempunyai kebaikannya dan kita patut mengikutinya. (akhlakdarjah2.blogspot.com)

17

11.0

Rumusan

Makan dan minum ini merupakan suatu perbuatan rutin harian setiap manusia. Perbuatan ini akan sentiasa di lihat oleh masyarakat yang berada di sekeliling kita, sekiranya kita tidak dapat menjaga adab dengan dengan sempurna, kita akan dipandang serong oleh masyarakat di atas perbuatan tersebut. Oleh kerana itu, dalam Islam ini kita 18

mempunyai adab makan dan minum yang mana ianya telah pun diajarkan oleh junjungan Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W iaitu sebaik-baik manusia yang patut kita contohi. Menerusi hadis-hadis baginda telah banyak menyebutkan berkenaan cara adab makan dan minum ini. Ianya bukan sahaja adab ketika hendak makan, malahan sebelum dan selepas makan juga mempunyai adab yang perlu kita amalkan. Kesemua ini baginda Nabi Muhammad S.A.W telah ajarkan kepada kita menerusi hadis-hadis yang telah baginda tinggalkan untuk umatnya supaya mengamalkan segala sunnahnya. Apabila kita mengamalkan sunnah Nabi Muhammad S.A.W ini, kita juga akan mendapatkan kebaikan atau fadilat daripada perbuatan tersebut. Kebaikan atau fadilat ini kita akan dapat bukan sahaja di akhirat nanti, bahkan sewaktu di dunia ini juga kita akan dapat merasai fadilatnya seperti yang telah dijelaskan di dalam tugasan ini. Manakala, bagi sesiapa yang tidak mengamalkan sunnah ini maka mereka akan mendapat akibatnya di dunia dan diakhirat. Oleh yang demikian, di dalam tugasan ini ada dijelaskan berkenaan tanggungjawab ibu bapa untuk menerapkan adab ini dalam diri anak-anak supaya mereka dapat mengetahui amalan sunnah Nabi Muhammad terhadap makan dan minum dan anak-anak dapat mengamalkan sunnah ini sehingga dewasa kelak. Selain itu, ibu bapa juga perlu menjelaskan mengapa Islam menitikberatkan perkara ini, walhal dalam aspek makanan. Dengan itu, anak-anak ini dapat memahami betapa indahnya ajaran Islam ini dalam diri mereka.

12.0

Rujukan & Bibliografi

Al-Quran Hadith Abizakil.wordpress.com 19

akhlakdarjah2.blogspot.com hanisnur.blogspot.com/2009/04/adab-etika.html kumpulanmakalahdankomikmanga.blogspot.com yuciapin.blogspot.com/2011/02/adab-makan-dan-minum.html www.paly.my/tazkirah-pagi-adab-makan-dan-minum kotajanji.blogspot.com alkahfi.com.my

20

You might also like