You are on page 1of 1

PERANCANGAN PENGAJARAN YANG BERKESAN

Perancangan perlu dilakukan bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran menepati kehendak,
objektif dan matlamat pembelajaran. Perancangan mengikut konsep pengajaran dan pembelajaran
terbahagi kepada empat peringkat iaitu pra perancangan, perancangan aktif, perancangan semasa
dan pasca perancangan. Pra perancangan menerangkan tentang gambaran mental guru terhadap
keseluruhan pengajaran, potensi pengetahuan sedia ada murid, isi kandungan pelajaran, strategi
dan bahan yang diperlukan. Perancangan aktif memerlukan guru menulis rancangan mengajar,
menyediakan nota, memastikan alat bantu mengajar berfungsi dengan baik dan menyediakan
senarai semak. Perancangan semasa meliputi aspek di mana guru perlu mendapatkan maklum balas
tentang kefahaman pelajar, mengubahsuai mengikut keperluan dan keadaan semasa dan
mengaitkan serta mengulangi pelajaran sebelumnya. Peringkat terakhir adalah pasca perancangan
iaitu guru perlu mengenalpasti kelemahan pengajaran dan mengesan kekuatan pengajaran.

Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya.
Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan teliti untuk melaksanakannya
dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan
murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan
menguasai kemahiran yang diperlukan. Pendapat ini disokong oleh Thomas F. Green (1971) yang
menyatakan tujuan mengajar ialah menukar tingkahlaku dan kelakuan pelajar melalui perolehan
ilmu pengetahuan atau kepercayaan baru.

You might also like