You are on page 1of 5

Kurangnya didikan agama dan moral dan seterusnya menimblakan perasaan tamak dalam diri dalam

mengejar kekayaan dan kebendaan. Ini menyebabkan sesorang itu mudah terjerumus ke dalam
kancah rasuah.

1. Merancang takwim kegiatan kokurikulum

2. Merancang anggaran belanjawan mengurus Kelab & Persatuan, Unit Beruniform, Sukan

& Permainan.

3. Mengurus dan pemilihan peserta untuk kegiatan kokurikulum

4. Merancang aktiviti kokurikulum

5. Menyelaras aktiviti kokurikulum di dalam dan di luar sekolah

6. Menyediakan dan mengemaskini data-data penyertaan pelajar

7. Merekod kejayaan yang dicapai oleh pelajar dan unit kokurikulum

8. Membuat penilaian dalam buku rekod kokurikulum

PENDEKATAN DALAM PELAKSANAAN KOKURIKULUM

1)Guru berperanan sebagai pembimbing pelajar dimana

2) Guru-guru harus membimbing pelajar-pelajar mereka ke arah kejayaan secara


berterusan.

3)Para pelajar amat memerlukan guru yang baik dan cekap sebagai pembimbing yang dapat
meningkatkan kualiti serta membawa kepada kejayaan mereka.

4) Guru perlu menstukturkan organisasi dengan membina metod atau kaedah serta
membuat prosedur agar aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan teratur.

KAEDAH DAN STRATEGI PELAKSANAAN KOKURIKULUM

1) Memberi wajaran yang sesuai kepada aktiviti kokurikulum supaya kurikulum dan
kokurikulum boleh saling melengkapi dalam proses pendidikan di sekolah;
 
2) Menambahkan bilangan pasukan pakaian seragam, persatuan/kelab, kelab sukan dan
permainan serta mempelbagaikan aktiviti tersebut,  dengan tujuan memberi peluang 
kepada semua murid melibatkan diri dengan aktif secara individu atau kumpulan;
 
3) Melibatkan murid daripada semua kaum dalam semua aktiviti kokurikulum,  yang sesuai,
untuk tujuan pemupukan perpaduan;
 
4) Melibatkan murid dan pihak sekolah dalam aktiviti khidmat masyarakat;
 
5) Melibatkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah(JBPS), Persatuan Ibu Bapa Guru-
Guru  (PIBG),    guru-guru   dan   murid-murid   dalam    perancangan   dan pelaksanaan
aktiviti kokurikulum;
 
6) Merancang  dengan  teliti  aktiviti  kokurikulum  bagi   mencapai   matlamat  yang
            dikehendaki;
 
7) Merekod dan menilai kemajuan aktiviti kokurikulum yang dijalankan;
 
8) Menganjur dan mengelola pertandingan yang melibatkan semua murid;
 
9) Menyelia dan menilai aktiviti secara sistematik dan berterusan;
 
10) Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada semua pihak, dari semasa  kesemasa.
 
PERBEZAAN PELAKSANAAN KOKURIKULUM GURU PENASIHAT DENGAN
JURULATIH

PENASIHAT PERSATUAN / KELAB / BADAN BERUNIFORM

1.Membentuk jawatankuasa bagi persatuannya melalui cara-cara yang demokratik.

2.Memajukan persatuan dengan cara yang difikirkan perlu dan sesuai.

3.Memastikan jawatankuasa yang dipilih menjalankan tugas dengan betul.

4.Merancang aktiviti persatuan yang akan dijalankan bagi satu-satu tahun dengankerjasama
jawatankuasa murid

.5.Memastikan satu laporan aktiviti disediakan selepas sahaja selesai menjalankan aktiviti
persatuan di dalam Buku Laporan.

6.Melaksanakan aktiviti mengikut jadual.

7.Menyelia dan menjadi penasihat pengurusan kewangan persatuan.

8.Menghubungi pihak tertentu bagi melaksanakan aktiviti luar kawasan sekolah.

9.Mendapat kebenaran ibubapa , penjaga apabila murid-murid diperlukan untuk sesuatu


aktiviti di luar kawasan sekolah.

10.Mengiringi rombongan yang dianjurkan oleh persatuannya. Jika tidak dapat bersama,
hendaklah mencari wakil.

11.Menentukan semua surat menyurat daripada persatuan kepada pihak luar hendaklah
melalui Guru Besar.

12.Memastikan setiausaha persatuan menyediakan Laporan Tahunan dan serahkan satu


salinan untuk disimpan penyelaras.
13.Menjalankan atau menyelaraskan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dan
Guru Kanan Kokurikulum

Jurulatih

1.Memajukan kemahiran murid-murid dalam permainan di bawah jagaannya dengan cara


malatih mereka mengikut jadual yang ditentukan atau pada bila-bila masa yangdifikirkan
sesuai.

2.Membentuk pasukan sekolah mengikut kumpulan untuk pertandingan peringkat


sekolah/zon/cawangan dan MSSK dan melatihnya.

3.Mengurus pengangkutan dengan bantuan Setiausaha Sukan untuk pasukan sekolah ke


pertandingan luar dan menguruskan surat kebenaran.

4.Mengiringi dan menjaga disiplin pelajar di dalam sesuatu pertandingan atau perlawanan.

5.Bertanggungjawab atas kedatangan pemain-pemain pada masa latihan dan perlawanan.

6.Bertanggungjawab atas membahagi alat-alat dan pakaian permainan dan memungut balik
alat-alat dan pakaian yang dipinjamkan.

7.Menyimpan rekod perlawanan yang disertai pada semua peringkat dengan mencatat
butir- butir seperti tarikh, pasukan lawan, tempat perlawanan dan keputusan.

8.Menjaga kebajikan pemain-pemain seperti minuman,kecederaan dan sebagainya.

9.Menentukan peralatan dan gelanggang permainan sentiasa dalam keadaan sempurna


danselamat untuk digunakan.

13.Menilai prestasi pasukannya dalam permainan.

11.Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa

Cara yang sesuai bagi guru penasihat/jurulatih berinteraksi dengan pelajar

- menyesuaikan tingkah laku untuk memenuhi keperluan pemain/ pelajar

-membenarkan pemain/pelajar berkongsi pendapat dalam melaksanakan keputusan

-mewujudkan suasana mesra, muhibah dan persaudaraan demi kebajikan pemain/pelajar


-menolong pemain/pelajar yang mempunyai masalah peribadi

-memuji persembahan baik seorang pemain/pelajar di depan orang lain

Pada pendapat saya, persamaan gender semasa melakukan aktiviti sukan sangatlah wajar
dan perlu. Ini disebabkan oleh terdapat banyak perbezaan antara lelaki dan wanita dari segi
fizikal seperti contoh bentuk badan, saiz dan kualiti otot. Selain daripada itu, keupayaan
berlatih dan daya tahan menahan sakit juga berbeza. Dalam satu kajian yang dibuat oleh Cox
(1994) menyatakan wanita mempunyai perasaan malu dalam penyertaan sukan yang tidak
sesuai dengan peranan jantina mereka.

Namun begitu, sekarang kita telah mula melihat wujudnya sukan yang kebiasaan
dimainkan oleh kaum lelaki tetapi sekarang turut d ceburi oleh kaum wanita. Contohnya
sukan Bola Sepak. Ini adalah kerana adanya persamaan gender yang membantu kaum wanita
dapat bermain sesama jantina yang mana perlawanan tersebut tidak berat sebelah kerana
keupayaan dengan pihak lawan adalah lebih kurang sama.

PELAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM BERPUSATKAN MURID

Pelaksanaan aktivi kokurikulum berpusatkan murid bermaksud


1) Penglibatan murid secara aktif dalam sesuatu aktiviti dan
2) Mereka diberi tanggungjawab atas aktiviti atau permainan yang ingin mereka
laksanakan itu sendiri.
3) Di bawah pelaksanaan aktiviti kokurikulum berpusatkan murid ini, murid
memainkan peranan yang penting dalam kerana pelaksanaan aktiviti digerakkan
atas minat, dorongan dan keperluan murid itu sendiri.
4) Murid juga diberi kebebasan untuk memilih jenis aktiviti ataupun bahan dan
alatan semasa pelaksanaannya.
5) Guru merupakan pemudahcara atau pembimbing yang memandu murid
menjalankan aktiviti tersebut.

Pengelolan aktiviti kokurikulum oleh pelajar

Pada pendapat saya , sekiranya pelajar yang mengelola aktiviti kokurikulum ianya dapat
menimbulkan rasa minat murid dalam sesuatu aktiviti atau permainan tersebut. Ini adalah
kerana semua pelajar terlibat dalam pelaksanaan aktiviti itu. Selain itu, pelajar juga akan
berasa lebih yakin kerana mereka dapat menyampaikan idea secara bebas.

Pelajar juga dapat melatih kemahiran mereka merancang dan menguruskan sesuatu
aktiviti. Kemahiran berkomunikasi dengan rakan-rakan dan guru juga dapat diasah.Guru juga
dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pelajar melalui penilaian yang dibuat
sepanjang pelajar mengelola aktiviti.
Pada pendapat saya, adalah wajar pendidikan seksual diterapkan dalam kokurikulum. Ini
adalah kerana, pelajar yang akan memasuki fasa remaja perlu didedahkan dengan pendidikan
seksualiti sejak di bangku sekolah bukan sahaja melalui pembelajaran dalam kelas tetapi juga
ketika di luar kelas. Ini adalah supaya mereka tidak mendapatkan maklumat mengenai naluri
seksual daripada sumber yang salah.

Selain daripada itu, pendidikan seksual juga bertujuan untuk untuk memberikan benteng
kepada pelajar dan untuk mencegah penyalahgunaan organ seks yang dimilikinya.Seterusnya,
untuk mengajar remaja agar berhati- hati ketika berkomunikasi dengan orang yang
berkemungkinan melakukan gangguan seksual. Tambahan pula, pendidikan seksual juga
dapat membentuk pelajar agar menjaga tingkah laku dan perlakuan yang sesuai dengan
ajaran agama serta memelihara kehormatan diri masing-masing.

You might also like