You are on page 1of 2

JENIS-JENIS MESYUARAT

1) MESYUARAT AGUNG TAHUNAN


-Mesyuarat Agung ini lazimnya diadakan sekali dalam setahun.
- Tujuannya adalah untuk
 Membentangkan laporan aktiviti tahunan
 Meluluskan penyata kira-kira
 Merancang kegiatan tahun hadapan
 Memilih ahli-ahli Jawatankuasa baru
• Meluluskan cadangan / usul yang dikemukakan
• Notis mesyuarat dihantar 14 hari sebelum mesyuarat
• Agenda mesyuarat dikirimkan bersama surat jemputan mesyuarat
• Sebarang usul hendaklah dihantar kepada setiausaha 7 hari sebelum mesyuarat .

2) MESYUARAT JAWATANKUASA
- Sesebuah persatuan atau organisai dikendalikan oleh satu jawatankuasa yang dilantik
menerusi mesyuarat agung. Jawatankuasa ini dipanggil jawatankuasa kerja atau
jawatankuasa induk. Jawatankuasa ini diwujudkan bagi menjalankan tugas-tugas khas
- Dihadiri oleh semua AJK yang dilantik dalam mesyuarat agong tahunan.
- Agenda:
 Ucapan pengerusi
 Mengesahkan minit mesyuarat yang lepas
 Perkara-perkara berbangkit
 Agenda lain yang ingin dibincangkan.
 Hal-hal lain.

3)MESYUARAT TERGEMPAR
- Membincangkan sesuatu isu yang memerlukan kata putus dengan segera daripada
pengerusi dan ahli jawatankuasa yang lain.
- Selain itu, mesyuarat ini juga diadakan apabila:
 Pengerusi memikirkannya perlu diadakan.
 Permintaan bertulis oleh tidak kurang drp lapan orang AJK.
 Permintaan bertulis oleh 2/3 atau 60 ahli atau mana yang kurang supaya mesyuarat itu
diadakan.
 Melucutkan keahlian anggota yang melanggar disiplin atau mencemarkan nama baik
persatuan atau organisasi
- Dihadiri oleh semua ahli persatuan bagi membincangkan sesuatu isu .
Diadakan dengan kehendak sebahagian ahli atau jawatankuasa kerja.
Notis 14 hari.
4) MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL/BIRO
- Dihadhiri oleh jawatankuasa kecil yang dipilih.
- Agenda sama dengan mesyuarat Ahli Jawatan Kuasa
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

Pengerusi
 Mengurus dan mentadbir persatuan mengikut perlembagaan
 Mempengerusikan mesyuarat yang diadakan.
 Melaksanakan keputusan mesyuarat agung dan mesyuarat jawatankuasa kecil
 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala tindakan yang diputuskan diambil
tindakan sewajarnya.
 Membincangkan semua program dan aktiviti mingguan, semester dan tahunan bersama-
sama ahli jawatankuasa dan guru penasihat.
 Memastikan semua kegiatan yang dirancang dapat dijalankan dengan baik.
 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin dari semasa ke semasa

Setiausaha
 Mencatat minit mesyuarat dan mengedarkannya kepada ahli.
 Bertanggungjawab dalam urusan surat menyurat dengan badan luar, pentadbir sekolah dan ahli
persatuan
 Menjemput dan mengedar surat panggilan semia jenis mesyuarat
 Bekerjasama dengan pengerusi bagi mentadbir dan mengurus persatuan
 Menyediakan laporan semester dan laporan tahunan untuk diselia oleh Guru Pemimpin.
 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin dari semasa ke semasa.

Ahli Jawatankuasa
 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan dengan
sebaik mungkin.
 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin.

You might also like