You are on page 1of 1

NUR FARIHAH BINTI ZAHIDI PDPP PI5-0620

1. Huraikan dan kemukakan contoh pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang anda
praktikkan dalam bilik darjah, merujuk kepada "menjadikan diri sebagai model pendidikan".

2. Sejauh mana "kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah" dapat membantu


kemenjadian murid-murid.

1) Antara contoh pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang telah saya praktikkan
ialah dalam Pendidikan Islam tahun 1 bagi tajuk wudhu’ sempurna. Saya membawa pelajar
ke bahagian untuk mengambil wudhu’ yang terletak di surau sekolah. Seterusnya, saya
menunjukkan kepada murid dengan cara yang betul sebelum mengarahkan murid
melakukannya seorang demi seorang bersama bimbingan dari saya. Melalui kaedah ini
murid akan mencontohi perbuatan guru. Oleh itu, seorang guru mesti memiliki Ilmu yang
benar dan baik di hadapan murid-murid untuk dicontohi.

2) Untuk memastikan kemenjadian murid yang dihasratkan iaitu mempunyai pengetahuan


dan kemahiran bertaraf dunia, setiap murid perlu mempunyai kemahiran berfikir dan
penyelesaian masalah kerana kemahiran-kemahiran ini akan membantu murid terus
mendapatkan pengetahuan sepanjang hayat supaya mereka boleh menghubung kait
pelbagai pengetahuan dan mewujudkan pengetahuan baru. Kemahiran berfikir dan
menyelesaikan masalah dapat menjadikan pelajar lebic cemerlang dari aspek akademi,
kokurikulum dan juga sahsiah.

You might also like