You are on page 1of 5

Tugasan PI TS Minggu 4 (15.1.

2021)

Soalan 1

Antara perancangan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai digunakan oleh
guru pendidikan Islam untuk dilaksanakan dalam bilik darjah ialah pengaplikasian kaedah tunjuk
cara/demonstrasi. Tunjuk cara atau demonstrasi merupakan satu teknik pengajaran yang
melibatkan individu yang berpengetahuan menunjukkan cara sesuatu perkara itu dan dilakukan
di hadapan murid-murid. Cara ini adalah cara paling sesuai untuk mengajar perkara yang sukar
diterangkan dengan teori, ayat dan gambar. Ini kerana sesuatu ilmu yang praktikal perlu melalui
proses amali. Demonstrasi melibatkan  penglihatan, komunikasi dan pendengaran untuk meniru
kelakuan itu contohnya seperti tunjuk cara berwuduk. Langkah-langkah melakukan kaedah
demonstrasi berwuduk dimulakan dengan penerangan guru tentang cara dan tertib berwuduk dan
beberapa orang murid membuat amali terlebih dahulu. Kemudian, guru akan menyuruh murid
untuk keluar dari bilik darjah dan pergi ke tempat terdapat paip air. Murid akan melakukan
demonstrasi wuduk yang sebenar dengan bimbingan murid lain. Guru akan membuat
pemerhatian semasa demonstrasi wuduk dijalankan dan memgambil gambar untuk hasil
pembelajaran murid di dalam kelas.

Strategi seterusnya ialah melalui pembelajaran koperatif. Pembelajaran koperatif adalah


satu kaedah atau pendekatan dalam pembelajaran di mana murid-murid dalam kumpulan saling
berkongsi, bantu-membantu, mengambil bahagian dan bekerjasama antara satu sama lain dalam
proses pembelajaran. Mereka berkongsi idea-idea dan sumber-sumber dengan ahli kumpulan.
Semua murid berkongsi bakat mereka. Murid yang lebih cekap atau pandai membantu murid
yang kurang pandai dalam pembelajaran. Ahli-ahli kumpulan mengambil bahagian secara aktif
dan mereka bekerjasama mempelajari kemahiran-kemahiran baru. Dalam suasana pembelajaran
koperatif, seseorang murid bukan sahaja bertanggungjawab untuk pembelajaran diri sendiri,
tetapi juga untuk pembelajaran rakan-rakannya. Antara contoh pembelajaran koperatif ialah
melalui aktiviti traveling file. Setiap pasukan dibekalkan satu fail yang di dalamnya terdapat
soalan kes atau masalah untuk dibincangkan. Selepas 10 sehingga 15 minit, soalan dan catatan
jawapan dimasukkan semula ke dalam fail dan diedarkan kepada pasukan lain.Setiap pasukan
yang mendapat fail baharu daripada pasukan lain dikehendaki membaca soalan dan jawapan
yang terdapat dalam fail berkenaan sebelum dibincangkan, ditambah, dihurai atau disunting.
Setelah setiap pasukan memberi respon kepada 2 atau 3 traveling file soalan-soalan dan jawapan-
jawapan tersebut dibincangkan di dalam kelas secara keseluruhan. Aktiviti ini boleh dimasukkan
ke dalam tajuk ibadah untuk merumus dan menjana idea mengenai hukum dan permasalahan.

Strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai guru Pendidikan Islam laksanakan dalam
bilik darjah adalah, menggunakan strategi pembelajaran berasaskan projek. Ini adalah
bertujuan untuk mendedahkan pelajar dengan situasi pembelajaran sejajar dengan
perkembangan dunia masa kini. Dalam pembelajaran berasaskan projek ini, guru melibatkan
murid-murid mengkaji sesuatu isu, menyiasat dan mempersembahkan apa yang di kajinya.
Contoh aktiviti adalah, “trade-a-problem”, dimana pasukan membina masalah atau soalan dan
menghantar kepada pasukan lain untuk mencari penyelesaian dan jawapannya, khususnya dalam
bidang ibadah. Hal ini juga dapat membantu guru menilai perkembangan atau kualiti
pembelajaran murid. Murid juga lebih bermotivasi dan kreatif dalam pembelajaran kerana dapat
menyelesaikanpermasalahan.

Srtategi yang seterusnya adalah, guru seharusnya menggunakan pembelajaran konstruktivisme


dalam bilik darjah. Ini adalah bertujuan untuk menggalakkan murid membina sendiri
pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada.
Dalam kaedah ini juga murid dapat menyesuaikan ilmu pengetahuan dengan pengalaman yang
sedia ada. Antara aktiviti yang diacadangkan adalah “role play” iaitu murid diberi peranan untuk
memegang satu watak dan mempersembahkan watak tersebut, khususnya dalam bidang adab.
Pembelajaran ini juga menjadikan murid lebih faham, yakin dan seronok belajar dan
mengamalkan sepanjang hayat.
Soalan 2

Pembelajran abad ke-21 memberi fokus kepada kemahiran berfikir serta kemahiran hidup dan
kerjaya yang berteraskan amalan nilai murni. Ianya bertujuan untuk melahirkan murid yang
berdaya tahan, mahir berkomunikasi, kerja berpasukan, kreatif dan inovatif.

Antara implikasi pengajaran abad ke-21 kepada murid sekolah rendah adalah, memupuk sikap
kerjasama antara murid. Hal ini kerana guru menggunakan pendekatan pembelajaran secara
berkumpulan dimana ianya mampu memupuk sikap kerjasama dalam kalangan murid. Selain
daripada itu, ianya mampu membentuk sifat kepimpinan dalam diri murid terutamanya dalam
aktiviti membentangkan hasil dapatan. Ini adalah kerana, dengan aktiviti tersebut dapat
memupuk sikap kepimpinan dalam diri pelajar kerana berani untuk berkongsi pendapat serta
meyuarakan hasil kerja dihadapan kelas. Seterusnya, pembelajaran abad ke-21 dapat
meningkatkan kemahiran berkomunikasi antara murid sekaligus menjadikan murid-murid lebih
berkeyakinan untuk berhadapan dengan masyarakat.

Implikasi pembelajaran abad ke 21 kepada murid sekolah rendah antaranya ialah dapat
meningkatkan motivasi pelajar dan pembelajaran lebih bermakna. Hal ini demikian kerana,
peranan yang dimainkan oleh tenaga pengajar dengan menggunakan kemahiran abad ke 21 dapat
meningkatkan pencapaian murid di sekolah rendah serta mereka akan merasai keseronokan
dalam pembelajaran yang banyak berpusatkan murid. Ini dibuktikan daripada beberapa kajian
walaupun tidak tertumpu kepada mata pelajaran pendidikan Islam tetapi masih boleh digunakan
sebagai hujah kepada peningkatan motivasi dalam pembelajaran abad ke 21. Kajian  daripada 
Nurul  Ain  dan  Azizi  Yahaya (2012)  memperoleh  keputusan  yang  mana  terdapat hubungan 
yang  positif  antara  sikap  dengan kemahiran  abad  ke-21.  Selain  itu  juga,  kajian daripada 
Nur  Khaizatul  Fateha  dan  Zamri  (2016) mendapati  terdapat  hubungan  yang  signifikan  dan
positif  antara  sikap  dan  motivasi  pelajar  dengan kemahiran  abad  ke-21.  Kajian  ini  juga 
mendapati motivasi  pelajar  terhadap pembelajaran dengan penerapan  kemahiran  abad  ke-21
pada  keseluruhannya  adalah  berada  pada  tahap yang  tinggi. 
Selain itu, implikasi pembelajaran abad ke 21 juga dapat membantu murid sekolah rendah yang
belum dapat mencapai atau memahami konteks pemikiran secara kreatif dan kritis. Dalam aspek
ini murid yang tidak mempunyai masalah ialah murid yang mampu berfikir untuk
menyelesaikannya kerana aspek pemikiran ini bergantung kepada kecerdasan murid itu sendiri
(Saemah, 2011). Walaubagaimanapun, permasalahan ini dapat diatas dengan adanya
pembelajaran abad ke 21. Menurut Buckley  (1998), menyatakan  bahawa untuk  meningkatkan 
kemahiran  pelajar  dalam menyelesaikan  masalah,  penggunaan  simulasi multimedia  semasa 
proses  PdPc  perlu  ditekankan. Penggunaan  ini  juga  dapat  membantu  dan menambah  teknik 
pembelajaran murid menjadi lebih menarik.  Oleh itu, secara tidak langsung ianya dapat
meningkatkan tahap pencapaian setiap murid dalam aspek pemikiran kreatif dan kritis dan
memupuk sifat berdaya saing. Sepertimana menurut Abdul Shukor, (2000) yang menyatakan dari
satu penyelidikan menjelang 2020 pengetahuan baru bakal digandakan setiap 73 hari. Hal ini
bermakna, jika murid hanya belajar melalui buku teks sahaja dan berorientasikan peperiksaan
semata tanpa ada pengetahuan tentang teknologi  maka  mereka  akan  sukar untuk  berdaya
saing  pada masa hadapan. 
Rujukan

Abdul Shukor. 2000. Development of a learning and thinking society. Prosiding Persidangan

Pengajaran dan Pembelajaran Kebangsaan 2000, 1-16

Adnan Mohd Rafi. (2017). Model Pemprosesan Maklumat Dan Model Bahavioural Dan

Hubungannya Dengan Pembelajaran Abad Ke-21. Retrieved January 14, 2021, from

website:https://www.academia.edu/38256008/Model_Pemprosesan_Maklumat_Dan_Mod

el_Behavioural_Dan_Hubungannya_Dengan_Pembelajaran_Abad_Ke_Doc

Buckley, M. R., Wiese, D. S., & Harvey, M. G. (1998). An investigation into the dimensions of

unethical behavior. Journal of Education for Business, 73(5), 284-290

Kementrian Pendidikan Malaysia. (2018) Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Pendidikan


Islam.Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Nur Khazinatul Fateha Kamarruddin & Zamri Mahamod. 2016. Sikap, motivasi dan kemahiran

abad ke-21 dalam kalangan pelajar Bahasa Melayu. Prosiding Seminar Pascasiswazah

Pendidikan Bahasa Melayu & Pendidikan Kesusasteraan Melayu Kali Kelima, 2016, 373-

392.

Nurul Ain Hamsari & Azizi Yahaya. 2012. Peranan motivasi pembelajaran, gaya keibubapaan

dan sikap dengan pencapaian akademik. Journal of Education Phycology & Counseling, 5.

Saemah Rahman & John Arul Philips. 2006. Hubungan antara kesedaran metakognisi, motivasi

dan pencapaian pelajar universiti. Jurnal Pendidikan, 31: 21-39.

You might also like