You are on page 1of 2

KUMPULAN 5 : DAPHNIE ANAK SULAIMAN

MELISSA ANAK SILAI


MOHAMAD HARIFF BIN RAMLAN

Pendidikan Abad ke-21 ialah guru menggunakan kaedah pembelajaran dan


pemudahcaraan berpusatkan pelajar iaitu memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka
sesuatu yang baharu serta menekan elemen penggunaan teknologi terkini dan aspek
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Kaedah ini bagi menggantikan kaedah konvensional
iaitu kaedah pembelajaran berpusatkan guru atau “chalk and talk” semata-mata di dalam
kelas. Kaedah pembelajaran berpusatkan murid memberi peluang kepada murid untuk
menghasilkan, menilai dan mensintesiskan maklumat daripada sumber-sumber yang luas
ditambah dengan pembinaan soft skills dan menghormati budaya lain. Guru pula bertindak
sebagai pemudahcara untuk memastikan kelancaran aktiviti di dalam kelas dan rujukan
kepada murid untuk menjelaskan sesuatu yang pelajar tidak tahu.

Prinsip pembelajaran abad ke-21 yang ditekankan kini adalah berteraskan kepada 4C
iaitu Collaborative (Kolaboratif), Communication (Komunikasi), Critical Thinking (Pemikiran
Kritis) dan Creativity (Kreativiti). Mengikut Program Transformasi Sekolah 2025, prinsip
pembelajaran abad ke-21 yang perlu ditekankan selaras dengan Pedagogi Terkini
Pembelajaran Mendalam Brauer College adalah berteraskan 6C iaitu prinsip 4C yang sedia
ada ditambah dengan Character (Karakter) dan juga Citizenship (Kewarganegaraan).
Prinsip Character adalah pelajar menggunakan ilmu atau kemahiran yang dipelajari untuk
menyelesaikan masalahnya serta tabah dalam meneruskan kelangsungan hidupnya.
Prinsip Citizenship pula adalah berfikir seperti warga global, mengingati isu-isu global
berdasarkan pemahaman yang mendalam tentang nilai-nilai dan pandangan dunia yang
pelbagai, dan dengan minat serta keupayaan yang tulen untuk menyelesaikan masalah
dunia nyata yang rumit dan kompleks yang mampu memberi kesan kepada kemapanan
manusia dan alam sekitar.

Bagi memantapkan konsep 6C dalam diri pelajar ketika berlangsung proses pembelajaran
dan pemudahcaraan, Fullen (1993) telah mengemukakan tiga elemen utama dalam
Pedagogi Terkini iaitu pembelajaran partnership (guru dan murid), tugasan pembelajaran
mendalam dan peralatan digital dan sumber. Pembelajaran partnership antara guru dengan
murid bermaksud guru mempelajari sesuatu daripada murid dan juga sebaliknya. Guru perlu
bertindak sebagai pengaktif di dalam kelas dengan menggunakan kaedah reciprocal
teaching; maklum balas murid; parking lot; sudut OPEM dan kriteria pembelajaran;
metakognisi dan 1 Classroom Traffic Light. Melalui kaedah ini, guru dapat memperbaiki
kelemahan yang ada pada dirinya dan belajar sesuatu daripada murid dan perkara yang
sama berlaku juga terhadap murid. Tugasan pembelajaran mendalam merupakan aktiviti
yang dilakukan oleh pelajar dan guru bersama-sama bagi memenuhi kompetensi 6C. Bagi
memenuhi keperluan dalam Revolusi Perindustrian 4.0, pelajar dan guru kini perlu tahu
menggunakan sepenuhnya sumber-sumber yang ada di sekeliling dan menjadi seorang
yang celik IT.
Terdapat faktor-faktor yang mempengaruhi pengurusan bilik darjah abad ke-21
antaranya adalah susun atur di dalam kelas, sosial dalam kelas dan emosi guru dan murid di
dalam kelas. Yang pertama ialah guru perlu tahu susun atur di dalam kelas yang
bersesuaian dengan jumlah murid dan saiz bilik darjah. Jenis corak duduk murid antaranya
adalah bentuk kumpulan, gaya auditorium, seminar dan lain-lain serta peralatan yang
lengkap memainkan peranan agar memastikan kelangsungan proses pembelajaran dan
pemudahcaraan berkesan. Yang kedua adalah keadaan sosial di dalam kelas. Guru perlu
menetapkan peraturan di dalam kelas untuk membentuk disiplin dan karakter pelajar yang
berkualiti serta menggunakan komunikasi pelbagai hala ketika menyampaikan ilmu agar
pelajar tidak berasa bosan. Dari segi emosi pula, gaya kepimpinan dan cara penyampaian
ilmu oleh guru mempengaruhi suasana di dalam kelas. Sekiranya guru tidak pandai menarik
perhatian murid, suasana di dalam kelas akan menjadi bosan dan timbul perasaan kurang
berminat untuk belajar terhadap pelajar.
Akhir sekali, kaedah mengajar abad ke-21 memberi banyak faedah berbanding
kaedah konvensional akan tetapi terdapat banyak cabaran dalam melaksanakannya.
Antaranya adalah menghubungkan jurang ilmu antara guru dan pelajar dalam pengajaran
dan pembelajaran, budaya generasi abad ke-21 yang aktif menggunakan media sosial,
hubungan yang renggang antara murid Islam dan bukan Islam, kesediaan guru-guru dalam
membina daya pemikiran murid untuk menyelesaikan masalah secara berkesan dan inovatif
serta penggunaan pelbagai teknologi seperti kemudahan Internet mengurangkan nilai
kemanusiaan dan unsur kemanusiaan.

You might also like