You are on page 1of 20

https://www.pendidik.com.my/2017/06/09/pengurusan-bilik-darjah-yang-berkesan/?

cn-
reloaded=1

Pengurusan bilik darjah bagi seseorang guru sememangnya teramat penting selain mengajar dan
mendidik murid. Jika seseorang guru berjaya mengurus bilik darjah dengan sempurna, maka
proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) boleh ditafsirkan sebagai berjaya. Namun jika
seseorang guru gagal mengawal dan mengurus bilik darjah dengan berkesan, berkemungkinan
besar, impak negatif akan wujud yang mencacatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Maka
objektif atau hasil pembelajaran gagal dicapai secara berkesan.

Pengurusan bilik darjah bagi seseorang guru sememangnya teramat penting selain mengajar dan
mendidik murid. Jika seseorang guru berjaya mengurus bilik darjah dengan sempurna, maka
proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) boleh ditafsirkan sebagai berjaya. Namun jika
seseorang guru gagal mengawal dan mengurus bilik darjah dengan berkesan, berkemungkinan
besar, impak negatif akan wujud yang mencacatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Maka
objektif atau hasil pembelajaran gagal dicapai secara berkesan.

Pengurusan bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama daripada murid untuk
mencapai objektif-objektif pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan juga termasuk proses
merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal.{mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}

Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran merupakan tempat
yang terpenting di sekolah. Bilik darjah juga merupakan medan perjuangan utama dalam kerjaya
seorang guru. Pengurusan bilik darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yang menjurus
kepada pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) memerlukan pelbagai pengetahuan,
kemahiran, prosedur, teknik dan strategi.

Pengurusan bilik darjah yang berkesan dan berimpak akan membantu mencapai objektif
pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah:

i. Membentuk suasana pembelajaran yang positif dan berkesan.


ii. Menggalakkan tingkah laku murid yang sesuai dan berkendiri positif.
iii. Mengurangkan masalah disiplin.
iv. Pengurusan rutin bilik darjah yang berkesan.
v. Murid dapat belajar untuk mengawal dan menguruskan diri sendiri.
vi. Menjalinkan hubungan interpersonal antara guru dan murid.
vii. Menggunakan masa yang diperuntukkan untuk pembelajaran yang optimum.

Dalam konteks pengurusan bilik darjah, terdapat pelbagai faktor yang dapat mempengaruhi
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Faktor-faktor ini memainkan peranan dominan
dalam menentukan hala tuju dan objektif sesuatu pengajaran dan pembelajaran sama ada berjaya
atau sebaliknya. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran ialah:
i. Perancangan yang rapi.
ii. Pengelolaan yang berkesan.
iii. Mengawal sesi pengajaran dan pembelajaran.
iv. Menjalin hubungan positif antara guru dan murid
v. Membuat refleksi dan impak.

Selain itu, faktor-faktor yang boleh mempengaruhi corak dan suasana interaksi di dalam bilik
darjah pada lazimnya boleh diklasifikasikan kepada tiga kategori iaitu faktor fizikal, faktor
kemanusiaan yang boleh di lihat dari segi faktor sosial dan emosi, dan faktor teknikal. Faktor
fizikal merangkumi segala bentuk kemudahan dan peralatan yang terdapat di sekolah.

Bilik darjah yang kondusif mestilah mempunyai peralatan asas atau keperluan kritikal iaitu
papan hitam, papan kenyataan, dan ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid,
almari yang dihiasi dengan penyediaan bahan-bahan bacaan, dan bahan bantuan mengajar serta
peralatan sokongan serta dihiasi dengan keceriaan dan kebersihan. Susunan meja dan kerusi
dalam bilik darjah sebaik-baiknya memberi kemudahan kepada murid mengadakan aktiviti
pembelajaran yang berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan. Murid mudah berinteraksi
sesama mereka dan mudah berintraksi dengan guru.

Bilik darjah yang efisien mestilah berukuran 7 meter x 9 meter dan boleh memuatkan 40 orang
murid. Cahaya yang mencukupi dan pintu dan tingkap yang terbuka yang membolehkan
pengedaran udara yang secukupnya.

Papan kenyataan yang dilengkapi dengan jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan
keselamatan, sudut mata pelajaran, sudut bacaan atau rujukan, kata-kata motivasi, termasuk
kemudahan penggunaan laman sesawang, komputer dan LCD sehingga melahirkan
pembudayaan bilik darjah yang kondusif.

Hasilnya terjelma suasana yang harmonis, ceria, dan semangat kepada murid-murid dan guru
untuk berada lebih lama kerana terasa seolah-olah berada dalam sebuah rumah sendiri, wujudnya
perasaan saling berkerjasama dan kekitaan serta semangat berdikari, iaitu bersama berusaha
memajukan diri dan kumpulan secara kolektif.
Faktor sosial pula merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi antara murid dengan murid,
khasnya di dalam bilik darjah. Murid-murid di dalam sesebuah bilik darjah biasanya terdiri
daripada latar belakang dan sifat yang berbeza-beza.

Terdapat juga murid yang mempunyai sifat pendiam atau pemalu, tidak suka bergaul dengan
dengan murid yang lain. Oleh itu, guru perlulah bijak merangsang dan menggalakkan
perkembangan sosial muridnya dengan menunjukkan sikap yang adil semasa melaksanakan
peraturan kelas (Mok Soon Sang, 2008).

Dalam pendekatan memusatkan bahan, interaksi akan berlaku antara guru dan murid yang
dikenali sebagai komunikasi sehala, interaksi guru dengan murid yang dikenali sebagai
komunikasi dua hala, serta interaksi guru dengan murid, murid dengan guru, dan murid dengan
murid, yang dikenali sebagai komunikasi pelbagai hala.

Selain itu, faktor sosial juga dapat dilihat melalui prosedur semasa menjalankan aktiviti dalam
bilik darjah di mana guru perlu menetapkan perkara atau rutin pergerakan yang murid boleh atau
tidak boleh lakukan dengan sistematik, seperti:

i. Cara murid memasuki kelas dan keluar kelas contohnya keluar ke tandas.
ii. Cara murid bergerak untuk melakukan tugasan dalam aktiviti berkumpulan contohnya
mesti berada dalam kumpulan masing-masing dan tidak merayau-rayau di dalam kelas.
iii. Cara murid untuk mendapatkan bahan-bahan pembelajaran contohnya mendapatkan
pensel warna dan lembaran kertas kerja daripada guru.

Faktor emosi pula merujuk kepada perasaan murid terhadap guru mereka. Suasana emosi ini
akan menimbulkan jenis-jenis tingkah laku murid yang ditentukan oleh sifat guru dan gaya
mengajarnya. Mengikut kajian, suasana emosi bilik darjah yang kondusif biasanya ditimbulkan
oleh guru yang mempunyai sifat-sifat seperti penyayang, bertimbang rasa, peramah dan
kecindan, serta menjalankan tugas dengan bertanggungjawab dan adil, mengamalkan sikap
demokrasi dan tidak memilih kasih (Mok Soon Sang, 2008).

Faktor emosi juga dapat dilihat melalui kepimpinan guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Antara jenis kepimpinan guru ialah:

i. Gaya Kepimpinan Autokratik iaitu mengawal murid melalui ganjaran dan hukuman
sehingga mengwujudkan suasana yang tertekan dan tidak menarik serta tidak kondusif.
ii. Gaya Kepimpinan Demokratik iaitu berkongsi tanggungjawab dengan murid dengan
memberikan galakan bukannya dengan desakan bagi menghasilkan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan.
iii. Gaya kepimpinan Laissez-Faire iaitu kebebasan sepenuhnya dalam apa jua aktiviti
pembelajaran sehingga menjadikan bilik darjah tidak terurus, kucar kucir, dan
perhubungan antara guru dan murid menjadi tidak akrab dan tidak mesra. Selain itu, guru
juga perlu peka dengan tugasan yang diberikan kepada murid berorientasikan kepada
peningkatan interaksi dan pertumbuhan kognitif dalam kalangan murid-murid (Dr. Ragbir
Kaur, 2008).

Faktor terakhir ialah faktor teknikal yang merujuk teknik-teknik yang digunakan oleh guru untuk
merangsang semangat dan kesediaan belajar. Faktor ini merangkumi aspek kemahiran guru,
kecekapan penggunaan alat bantu mengajar mengikut peruntukan masa serta aktiviti-aktiviti
yang boleh merangsang aktiviti pembelajaran seperti pertandingan perbahasan, deklamasi sajak,
kuiz, permainan, drama dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti ini dapat merangsang semangat belajar
murid agar mereka berusaha dengan lebih giat lagi.
Foto: skkampungbaru.blogspot.com

Di samping itu, persediaan guru merangkumi pelbagai alatan dan bahan untuk kegunaan guru
dan murid merupakan sebahagian daripada pengurusan bilik darjah yang dinamik. Ada kalanya,
murid-murid tidak memberi perhatian atau berkelakuan di luar daripada nilai-nilai murni yang
hendak digarap boleh dilihat berpunca daripada tidak terdapat kesinambungan dalam pelajaran
disebabkan persediaan guru dari aspek bahan, peralatan, pengetahuan dan kemahiran yang
kurang mantap.

Bagaimanapun, kehebatan pengajaran guru bergantung kepada kejelasan suara, gaya pengajaran
yang menarik, fleksibiliti iaitu tidak membosankan, inovasi, kreatif, pendekatan yang sentiasa
digunakan untuk membaiki kelemahan murid, penglibatan murid dalam aktiviti kelas dan
pengurusan masa yang berkesan serta adanya unsur lucu atau kecindan.

Faktor-faktor lain dan cara-cara pengurusan bilik darjah yang boleh mempengaruhi pengajaran
dan pembelajaran ialah:

i. Keadaan fizikal dan saiz bilik darjah – Bilik darjah harus selesa serta dilengkapi dengan
peredaran udara yang baik dan pancaran cahaya yang mencukupi. Jika tidak, murid-
murid merasa mengantuk dan situasi ini mengakibatkan mereka kurang memberi
perhatian semasa aktiviti pembelajaran. Saiz bilik darjah harus menampung antara 25
hingga 30 murid untuk mewujudkan keadaan pembelajaran yang selesa.
ii. Kedudukan murid – Pola kedudukan murid akan menentukan interaksi yang berlaku
antara seorang murid dengan rakan-rakan sebaya dan guru. Guru-guru mesti memastikan
bahawa kawasan kerja yang mencukupi disediakan bagi murid untuk menjalankan tugas
semasa mengadakan aktiviti-aktiviti pembacaan, penggunaan komputer atau dalam
penggunaan alat-alat pengajaran.
iii. Perhiasan bilik darjah – Setiap bilik darjah mesti dilengkapi sekurang-kurangnya dengan
tingkap dan kipas dinding untuk mewujudkan keadaan persekitaran yang selesa dan
kondusif. Guru-guru juga perlu merancang perhiasan bilik darjah pada setiap sesi awal
persekolahan supaya perhiasan lama di dalam bilik darjah dapat dihiaskan semula.
iv. Peraturan dan panduan kelas – Panduan dan peraturan bilik darjah yang digunakan dapat
membantu guru mengawal dan mengurus bilik darjah. Peraturan-peraturan ini harus
berfokus kepada aspek-aspek menumpukan perhatian, menunjukkan rasa hormat terhadap
orang lain, mengurangkan kebisingan dan penyelesaian semua kerja rumah dan tugasan
sekolah.

Bagi seseorang guru, kepekaan berkaitan rutin bilik darjah juga perlu diberi perhatian yang
sewajarnya. Ini kerana rutin bilik darjah ialah intipati asas dalam konteks pengurusan bilik
darjah. Rutin bilik darjah yang sistematik dapat mengelakkan sebarang gangguan di dalam bilik
darjah seperti berikut:

i. Meringankan suasana tegang dan menyediakan murid-murid persekitaran untuk menduga


apa yang berlaku dan kelakuan yang diterima.
ii. Membenarkan murid-murid untuk menyediakan tugasan harian mereka.
iii. Menyempurnakan tugasan dengan lancar dengan peluang-peluang gangguan yang
kurang.
iv. Melaksanakan tugas-tugas yang diagihkan kepada mereka dengan bertanggungjawab.
v. Meninggikan lagi sikap positif dan kemahiran sosial murid-murid melalui interaksi sosial
dan kerja kumpulan murid-murid dan,
vi. Memberi kesan kepada guru-guru untuk berfokus pada arahan dan pencapaian matlamat
pembelajaran.
Sesungguhnya kejayaan seseorang guru sebagai pengurus di bilik darjah tidak semata-mata
dinilai daripada aspek kemahiran dan teknik pengajaran dan pembelajaran semata-mata, malah
kualiti peribadi dan sahsiah diri juga menjadi tarikan kepada murid.

Untuk menjadi guru yang berdedikasi dan disukai murid, guru mestilah bijak memainkan
peranannya sebagai pengurus dalam bilik darjah dengan mewujudkan bilik darjah yang kondusif
demi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran sehingga ke peringkat
optimum.

Sesungguhnya, pengurusan bilik darjah yang berkesan dan sistematik oleh seseorang guru dilihat
menjadi kayu pengukur kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Pembelajaran Abad-21 kini, guru dilihat bertindak sebagai fasilitator, pembimbing dan kaunselor yang
sentiasa komited dengan kerjayanya yang serba mencabar ini.

https://aesnote.blogspot.com/2012/12/perancangan-pengurusan-bilik-darjah.html

Perancangan PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG BERKESAN

• Murid-murid mempunyai perbezaan dari segi matlamat, kebolehan dan personaliti. guru harus
mengambil kira faktor-faktor tersebut untuk membentuk satu persekitaran dan pengurusan bilik
darjah yang berkesan

• Susunan kelas perlu diberi perhatian. contoh murid lemah diletakkan bersama murid pandai
tetapi jika silap perancangan murid yang pandai akan membuli murid yang lemah
• Banyak perkara yang berlaku di luar perancangan. contoh LCD rosak, gangguan bising oleh
pemotong rumput dan sebagainya.
• Oleh itu, perancangan guru perlu mantap dengan mengambil kira pelbagai sudut
• Oersekitaran pembelajaran yang kondusif perlu mengambil kira elemen-elemen seperti fizikal,
emosi dan sosial

Kerjasama
• Memerlukan persefahaman antara kedua-dua belah pihak. kerjasama antara guru dengan murid
akan mengeratkan hubungan antara keduanya
• Elemen kerjasama boleh diterapkan semasa memilih bahan bantu mengajar, jangkaan prestasi,
objektif p&p, membina kontrak tingkah laku dan perjalanan bilik darjah

Matlamat pengurusan bilik darjah


• Matlamat utama pengurusan bilik darjah adalah mengekalkan persekitaran bilik darjah yang
positif, kondusif dan produktif
• Tiga elemen yang peru dipertimbangkan:-
a. pengurusan masa
b. peluang pembelajaran
c. pengurusan kendiri

Persekitaran bilik darjah yang positif


a. Persekitaran bilik darjah yang positif tercapai apabila murid dapat melalui proses
pembelajaran dengan baik.
b. Murid berasa tenang, seronok dan bermotivasi untuk belajar
c. Rutin dan peraturan bilik darjah
• rutin bilik darjah
• peraturan
• akibat
d. Perancangan ruang pembelajaran
• perancangan pembelajaran ialah perancangan fizikal ke atas ruang yang terdapat di dalam bilik
darjah
• ruang pembelajaran termasuk ruang persendirian untuk murid-murid, ruang untuk aktiviti dan
ruang untuk bahan-bahan pembelajaran

Mengekalkan persekitaran berkesan untuk pembelajaran


• Galakkan penglibatan murid
• Langkah pencegahan
- guru sentiasa mengawasi murid dan aktiviti yang berlaku serentak
- murid perlu sedar guru sentiasa mengawasi mereka
- guru merancang dan menyelaras aktiviti dengan berkesan
• Komunikasi berkesan

CIRI-CIRI BILIK DARJAH YANG BERKESAN


• Suasana demokratik di dalam bilik darjah
• Guru perlu mengambil tanggungjawab sebagai pendidik dan fasilitator
• Menimbulkan persekitaran saling mempercayai dan saling menghormati
• Guru mesti percaya setiap murid mempunyai kebolehan untuk mencapai kejayaan
• Guru patut menunjukkan contoh dan teladan yang baik untuk diikuti
• Jadikanlah bilik darjah sebagai tempat yang seronok dan selamat untuk murid-murid
• Guru menunjukkan rasa kecintaan dan semangat yang tinggi untuk mengajar dan mendidik
murid-murid
• Pembelajaran berasaskan individu
• Mempunyai semnagat kekitaan
• Mengamalkan komunikasi yang berkesan di dalam bilik darjah

LANGKAH-LANGKAH PENYEDIAAN PELAN PERANCANGAN PENGURUSAN BILIK


DARJAH YANG BERKESAN
a. Dua perkara utama yang perlu dipertimbangkan oleh guru dalam membuat perancangan ialah
persekitaran pembelajaran dan komuniti murid yang diingini
b. Menetapkan persekitaran pembelajaran ialah membangun dan mengekalkan persekitaran
pembelajran dan mengekalkan persekitaran bilik darjah supaya pembelajran yang berkesan
berlaku
c. Menetapkan jenis komuniti murid ialah mengasuh dan mendidik muird supaya bertingkah laku
untuk menyumbang kepada persekitaran pembelajaran yang kondusif
d. Tiga langkah dalam setiap perancangan
• rancang
• susun
• praktis

Proses membina pelan perancangan pengurusan bilik darjah


• komponen pengajaran
• komponen pencegahan
• komponen pembetulan
• komponen sokongan
• komponen persekitaran fizikal

https://aesnote.blogspot.com/2012/12/pelbagai-model-disiplin-dan-aplikasinya.html

Model-Model Modifikasi Pengurusan Bilik Darjah


Dalam menguruskan bilik darjah, ahli-ahli teoris dan para pendidik telah
mengemukakan beberapa model pengurusan bilik darjah. Model-model ini
berlandaskan aras kawalan yang berbeza, iaitu daripada kawalan luaran sehingga
kawalan kendiri. Berikut merupakan model-model modifikasi tingkah laku yang telah
dipelopori oleh ahli-ahli teoris dalam pengurusan bilik darjah. Antaranya adalah Model
Modifikasi Tingkah Laku Skinner, Model Disiplin Asertif Canter, Model Akibat Logika
Dreikurs, Model Terapi Realiti Glasser dan Model Pengurusan Kelompok (Kounin).

Namun begitu, terdapat juga model-model lain yang berkaitan dengan Pengurusan Bilik
Darjah dan tingkah laku pelajar. Antaranya ialah Model Disiplin dengan Digniti Curwin &
Mendler, Model Melangkah Disiplin Kohn, Model Dalaman Disiplin Coloroso, Program
Organisasi Bilik Darjah & Pengurusan Everston, Model Aliran Kemahiran Goldstein &
Mc Ginnis dan Model Penyelesaiaan Konflik & Mediasi Rakan Sebaya.
1.1 Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner

Menurut ahli Behavioris, pengukuhan adalah elemen yang sangat berkesan untuk
mengajar tingkah laku baru yang wajar serta mengubah tingkah laku semasa yang
kurang wajar. Model ini menekankan suatu pendekatan yang sistematik untuk
mengubah tingkah laku melalui aplikasi prinsip-prinsip pelaziman yang berbentuk
peneguhan positif dan peneguhan negatif.

Untuk mendapatkan tingkah laku yang baik, ia boleh dimajukan dengan menggunakan
peneguhan. Teori Tingkah laku Skinner telah mengutarakan satu konsep yang dikenali
sebagai satu pengukuhan kontigensi iaitu hubungan antara tingkah laku dan kawalan
tingkah laku secara berkesan. Dalam konteks bilik darjah, pengukuhan positif diberikan
kepada murid-murid yang melakukan tingkah laku yang diingini. Pengukuhan positif ini
boleh diberi dalam bentuk ganjaran material dan kata-kata pujian. Manakala,
pengukuhan negatif pula adalah rangsangan yang ditarik balik supaya murid-murid
menunjukkan tingkah laku yang diingini.

Secara umumnya, terdapat tiga andaian asas yang menerangkan tentang konsekuen
tingkah laku. Pertama iaitu tingkah laku yang diikuti oleh ganjaran iaitu pengukuhan
akan lebih kerap berlaku.Kedua, tingkah laku yang diikuti oleh hukuman tidak akan
berlaku dengan kerap ataupun langsung tidak akan berlaku. Ketiga, tingkah laku akan
dihapuskan atau lenyap sekiranya ianya tidak diperkukuhkan.

Dengan kata lain, tingkah laku dilazimkan oleh konsekuen yang timbul, ia akan
bertambah teguh jika pengukuhan diberikan dengan serta merta dan sebaliknya akan
menjadi lemah jika pengukuhan tidak diberikan.
1.2 Model Disiplin Asertif Canter

Model Disiplin Asertif telah dipelopori oleh Lee and Marlene Canter pada tahun 1976.
Model ini melatih murid-murid untuk menerima konsekuen bagi tindakan mereka. Model
ini mempunyai beberapa prinsip tersendiri.

Pertamanya adalah guru harus memberi pengukuhan pada tindakan yang wajar.
Kedua, tanggungjawab merupakan nadi disiplin asertif dan guru harus bersifat asertif
ketika mengawal kelas. Selain itu, guru juga haruslah merangka sistem ganjaran dan
dendaan yang boleh dijadikan rujukan murid mengenai tingkah laku yang baik dan
buruk.

Canter juga memberi pandangan beliau terhadap guru asertif. Menurut Canter, “guru
asertif menggangap murid mereka sebagai pesalah”. Dalam model ini, jika guru ingin
mengawal kelas tersebut dan mengajar dengan berkesan, maka guru hendaklh
sentiasa bersifat tegas. Perbuatan mereka ini mungkin memberi rasa tidak selesa
kepada murid-murid di dalam kelas yang diajar oleh mereka tetapi masalah tingkah laku
akan dapat diselesaikan. Menurut Model Disiplin Asertif Canter juga, guru berkuasa
menetapkan peraturan bilik darjah bagi mengawal tingkah laku murid-murid.

Ciri-ciri guru asertif yang ditekankan dalam Model Disiplin Asertif Canter adalah seperti
guru asertif percaya kawalan guru yang tegas dalam sesebuah bilik darjah adalah yang
terbaik untuk murid-murid mereka. Di samping itu, dengan adanya disiplin asertif,
komunikasi di antara guru dengan murid adalah positif dan saling menghormati apabila
tindakan diambil terhadap tingkah laku yang sesuai dalm bilik darjah. Pandangan guru
asertif terhadap murid adalah bukan musuh, dan tidak menggunakan cara kasar,
menyindir, ataupun bermusuhan dalam megawal kelas. Justeru, guru asertif mendengar
secara teliti dan hormat penjelasan murid, bercakap dengan hormatnya kepada mereka
dan melayani setiap individu secara adil.

Antara cara untuk mengaplikasikan model Disiplin Asertif Canter adalah jangan layan
sebab yang ingin diterima untuk tingkah laku yang tidak diingini. Seterusnya, tentukan
peraturan yang guru hendak melaksanankannya dalam bilik darjah. Selain itu, tentukan
akibat negatif kerana tidak mematuhi peraturan bilik darjah. Di samping itu,jangan
teruskan menghukum jika teknik perbincangan boleh mengurangkan situasi
ketegangan. Tentukan akibat positif untuk tingkah laku yang sesuai, misalnya
peneguhan positif atau ganjaran kumpulan pun boleh dipertimbangkan.

2.0 MODEL DISIPLIN SKINNER

Burrhus Frederic Skinner (1904-1990) memperoleh Ijazah Kedoktoran dari Universiti


Harvard pada tahun 1931 dalam bidang Psikologi dan banyak menerbitkan artikel dan
buku berdasarkan kajian-kajian beliau terhadap tingkah laku manusia. Beliau
berpendapat tingkah laku manusia banyak dipengaruhi oleh apa sahaja tingkah lakau
yang berlaku sebaik sahaja ditunjukkan. Beliau tidak mengkaji secara langsung tentang
tingkah laku murid di dalam bilik darjah tetapi pengikut-pengikutnya telah
mengaplikasikan konsep modifikasi tingkah laku ke dalam pengajaran di dalam bilik
darjah, perkembangan kanak-kanak dan hubungan sosial antara individu.

Model Tingkah Laku ini menggunakan prinsip peneguhan yang menjurus kepada
elemen-elemen luaran bagi mempengaruhi tingkah laku murid iaitu peneguhan yang
menjadi rangsangan untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini. Terdapat dua jenis
peneguhan, iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif berlaku
apabila rangsangan diberikan seperti hadiah, pujian, dan sebagainya yang bertujuan
untuk meningkatkan tingkah laku murid yang diingini. Manakala peneguhan negatif
berlaku apabila rangsangan seperti majalah, komik dikeluarkan supaya murid-murid
kembali menunjukkan tingkah laku yang diingini.
Sebagai contoh, murid akan diberikan ganjaran yang positif seperti mendapat hadiah
dan pujian jika murid tersebut yang menunjukkan tingkah laku yang baik seperti tidak
berbuat bising, melakukan kerja rumah dengan baik dan menyiapkan tugasan tepat
masanya. Untuk peneguhan negatif pula, guru memberikan hukuman atau dendaan jika
murid-murid melanggar peraturan seperti membaca komik semasa guru sedang
mengajar dan guru merampas komik tersebut dengan harapan supaya murid kembali
menumpukan perhatian kepada pengajaran guru. Komik tersebut bertindak sebagai
rangsangan yang tidak diingini. Guru melakukan peneguhan negatif apabila murid-
murid melakukan rangsangan yang tidak diingini. Apabila rangsangan dikeluarkan, guru
dapat meningkatkan kembali tingkah laku murid yang diingini, iaitu memberikan
perhatian semasa guru sedang mengajar.

Peneguhan berbentuk positif atau negatif digunakan untuk meneguhkan atau


meningkatkan tingkah laku yang diingini. Peneguhan adalah berbeza dengan dendaan.
Peneguhan merupakan tindakan untuk menghukum tingkah laku yang salah atau tidak
diingini manakala dendaan pula merupakan tindakan yang diambil untuk mengurangkan
tingkah laku yang diingini. Tingkah laku individu banyak dipengaruhi atau dibentuk oleh
peneguhan yang diterima sebaik sahaja tingkah laku tersebut ditunjukkan. Menurut
Skinner, untuk mendapat tingkah laku yang diingini, peneguhan atau ganjaran perlu
diberi selepas seseorang menunjukkan tingkah laku tersebut. Rangsangan peneguhan
ini diperoleh di dalam bilik darjah dalam bentuk kejayaan yang diraih selepas berusaha,
penyetujuan atau penerimaan rakan sebaya, hadiah, senyuman, anggukan atau pujian
yang diperoleh daripada guru.

Perubahan tingkah laku merujuk kepada tingkah laku yang digunakan oleh guru untuk
membentuk tingkah laku yang diingini melalui peneguhan yang berkala. Tingkah laku
yang seterusnya pula dipengaruhi dengan cara peneguhan itu diberikan. Melalui
peneguhan yang tetap yang diberi setiap kali seseorang murid menunjukkan tingkah
laku yang diingini, hal ini akan membantu membentuk tingkah laku baharu yang diingini.
Sebagai contoh, guru boleh melibatkan murid-murid yang pemalu dalam setiap aktiviti
bilik darjah. Guru perlu menggunakan peneguhan yang tetap dan berkala seperti
memberikan pujian apabila setiap kali murid tersebut mengangkat tangan atau dapat
menjawab dengan betul. Dengan peneguhan ini, murid-murid yang pemalu akan mula
berani untuk mengangkat tangan dan melibatkan diri kerana diteguhkan, mendapat
bimbingan atau mendapat ganjaran selepas dia menunjukkan tingkah laku tersebut.
Apabila tingkah laku yang diingini telah ditunjukkan, guru mungkin akan mengurangkan
peneguhan dan memberikan peneguhan tersebut apabila diperlukan sahaja, iaitu
sebagai pengekalan kepada tingkah laku yang ditunjukkan. Apabila murid sudah berani
melibatkan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) seperti mengangkat
tangan apabila soalan diberikan, guru tidak lagi perlu untuk memberikan pujian setiap
kali murid melakukan perkara tersebut tetapu hanya meneguhkan pada waktu-waktu
tertentu sahaja sekadar utnuk mengekalkan tingkah laku tersebut. Tingkah laku ini juga
boleh hilang atau pupus sekiranya guru tidak memberikan peneguhan dalam jangka
masa yang panjang. Sebagai contoh, murid yang mengangkat tangan tetapi tidak
dipanggil oleh gurunya, lama-kelamaan murid akan berhenti daripada mengangkat
tangan dan melibatkan diri dalam aktiviti bilik darjah.

3.0 MODEL DISIPLIIN ASERTIF CANTER

Model Disiplin Asertif Canter merupakan model disiplin yang berasaskan peneguhan
terhadap tingkah laku yang diingini serta penerimaan murid terhadap akibat daripada
tingkah laku yang ditunjukkan. Canter berpendapat guru mempunyai hak untuk
menentukan peraturan-peraturan di dalam bilik darjah serta memastikan murid
mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Model disiplin ini dilihat lebih
menyerupai Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner, namun model ini lebih
menekankan penetapan dan penguatkuasaan peraturan serta memastikan murid-murid
mematuhi peraturan tersebut dengan tegas . Model ini juga melibatkan ganjaran dan
dendaan akibat daripada peraturan yang ditetapkan.
Dalam model Disiplin Asertif, guru perlu mengendalikan bilik darjah dengan berinteraksi
secara tenang, serius dan konsisten dengan murid. Canter menyatakan bahawa murid-
murid berhak untuk mendapatkan suasana pembelajaran yang tenang dan teratur
manakala guru pula berhak untuk mengajar tanpa gangguan. Canter berpendapat pihak
pentadbir sekolah dan ibu bapa murid-murid perlu memberikan sokongan terhadap
sistem pengurusan guru di dalam bilik darjah.

Menurut Canter, murid-murid memilih untuk bertingkah laku . Oleh yang demikian,
guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat membantu murid
memilih tingkah laku yang sesuai dan bermanfaat. Untuk mencapai persekitaran yang
kondusif, keperluan-keperluan guru dan murid perlu dipenuhi melalui pengurusan bilik
darjah yang asertif. Hal ini boleh dilakukan dengan mengadakan peraturan tingkah laku
yang jelas di dalam bilik darjah. Apabila murid-murid mematuhi peraturan-peraturan
yang telah ditetapkan, guru memberikan peneguhan seperti penghargaan dan pujian.
Sebaliknya apabila murid melanggar peraturan, guru mengenakan peneguhan negatif
yang berstruktur, iaitu murid-murid sedaya upaya akan mengelak daripada akibat
dengan mematuhi peraturan.

Dalam Model Asertif ini, guru-guru diberikan cadangan mengenai cara-cara untuk
membimbing murid-murid supaya murid-murid dapat menunjukkan tingkah laku yang
diingini. Perhatian yang positif perlu sentiasa diberikan kepada murid-murid,
berinteraksi dengan murid-murid serta mewujudkan hubungan saling mempercayai dan
menghormati antara satu sama lain.

Konsep utama dalam Model Disiplin Asertif Canter, ialah guru mempunyai hak untuk
mengajar secara professional dan tanpa gangguan. Murid-murid pula mempunyai hak
untuk belajar dalam keadaan yang selamat dan tenang. Hak-hak ini boleh dilaksanakan
sekiranya guru bertanggungjawab memastikan tiada perkara atau tindakan yang boleh
menghalang murid-murid daripada mendapatkan hak mereka. Model Asertif Disiplin
menggariskan tiga jenis guru iaitu guru yang agresif, guru yang tidak asertif dan guru
yang asertif.

a) Guru yang agresif

Jenis guru yang agresif merupakan kalangan guru yang garang , kasar, tidak mesra,
tidak bertimbang rasa dan sering menganggap murid sebagai musuh. Guru yang
bersifat agresif ini berpendapat, untuk mengekalkan dan menguruskan aktiviti bilik
darjah, mereka sebagai guru mesti menunjukkan kuasa dengan menetapkan peraturan
dan tidak perlu bertolak ansur dengan murid. Mereka hanya memberikan arahan dan
murid-murid perlu mengikut arahan tanpa bantahan. Ekspresi muka mereka sentiasa
serius dan tegas. Guru-guru ini selalu menggunakan arahan-arahan yang keras dan
tegas seperti ‘Duduk’, ‘Diam’, ‘Dengar sini!’..Arahan-arahan sebegini tidak menunjukkan
kemesraan dan membuatkan murid berasa terancam dan menjadikan murid-murid
hilang minat untuk belajar.

b) Guru yang tidak asertif

Jenis guru yang kedua pula ialah merupakan guru yang menggunakan pendekatan
yang pasif terhadap murid. Guru jenis ini gagal membantu murid-murid untuk membuat
jangkaan tingkah laku yang diingini dan tidak konsisten dalam menangani tingkah laku
murid. Kadangkala guru yang tidak asertif ini membenarkan suatu tingkah laku yang
ditunjukkan di dalam bilik darjah tetapi pada masa yang lain mereka memarahi murid
yang melakukan tingkah laku terssebut. Mereka selalu menggunakan frasa-frasa
seperti ‘Tolonglah berkelakuan elok sikit’ atau ‘Berapa kali cikgu cakap, tolong
diam!’. Mereka kelihatan kelam-kabut, tidak konsisten, tidak tegas dan sampai
ketikanya murid-murid tidak akan lagi menghormati guru jenis ini. Kadangkala guru jenis
ini akan menjadi putus asa dan tiba-tiba menjadi terlampau garang dengan murid-
murid, tindakan guru yang tidak konsisten ini akan menyebabkan murid keliru dengan
jangkaan dan tindakan guru. Hal ini menyebabkan aktiviti P&P gagal dan tidak
mencapai objektif yang disasarkan.
c) Guru yang asertif

Seterusnya, jenis guru yang asertif pula merupakan guru yang Jelas, yakin dan
menyatakan jangkaan dan arahan yang konsisten dengan tegas. Guru yang asertif
sering membina hubungan saling mempercayai dengan murid-murid dan membimbing
murid-murid cara untuk menunjukkan tingkah laku yang menggalakkan kerjasama
antara gur dengan murid-murid. Canter berpendapat pendekatan yang terbaik untuk
menguruskan disiplin bilik darjah adalah dengan menggunkan pendekatan asertif. Guru
yang mengamalkan pendekatan asertif ini tahu perkara yang diingini daripada murid-
muridnya. Mereka akan menyatakan dengan jelas kemahuan mereka terhadap tingkah
laku murid dan menyokong tindakan-tindakan mereka dengan perlakuan yang boleh
diterima oleh murid. Sebagai contoh, rutin dan perturan bilik darjah ditetapkan dengan
jelas dan diterangkan kepada murid-murid tentang kepentingan rutin dan peraturan
tersebut. Murid-murid juga diberitahu perasaan guru sekiranya mereka mematuhi atau
melanggar peraturan tersebut. Murid-murid diterangkan akibat-akibat yang munasabah
sekiranya mereka melanggar peraturan. Penjelasan guru diterangkan secara
perbincangan dengan murid-murid dan bukannya berbentuk ancaman.

Murid-murid juga sedar dan jelas sebab peraturan tersebut diadakan dan tahu akan
kesan apabila peraturan tersebut tidak dipatuhi. Guru yang asertif akan membantu
murid-muridnya untuk memahami bentuk tingkah laku yang dapat membawa kejayaan
dan tingkah laku yang menyusahkan dan ke arah kegagalan. Guru asertif tidak
membawa imej yang garang, kasar atau terlampau tegas. Mereka dapat mengenal pasti
peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh murid-murid dan pada masa yang sama
mengambil berat dan berlaku adil terhadap semua murid. Mereka memberikan arahan
dengan jelas dan tegas. Contohnya,‘Peraturan kelas kita ialah angkat tangan untuk
menjawab soalan’ atau ‘Angkat tangan dan tunggu dengan senyap, cikgu akan panggil
awak’.
Setiap jenis guru ini akan memberikan kesan kepada pengurusan disiplin di dalam bilik
darjah. Guru yang agresif akan menjadikan bilik darjah suram dan tidak menyeronokkan
dan murid berasa takut dan terancam dengan perwatakan guru dan sering berasa tidak
selesa. Hal ini akan menjadi penghalang kepada hubungan baik antara guru dengan
murid. Hasilnya murid akan memberontak dan menunjukkan kelakuan negatif terhadap
pembelajaran dan guru.

Guru yang tidak asertif pula akan menjadikan murid berasa kurang selamat dan
berputus asa di dalam bilik darjah. Guru dalam kategori ini tidak dapat memenuhi
keperluan murid dan seterusnya akan memberikan tekanan kepada kedua-dua belah
pihak. Kadangkala jenis guru tidak asertif ini suka bertindak dengan tegas dan
kadangkala hanya membiarkan sahaja tingkah laku tersebut berlaku di dalam bilik
darjah. Hal ini akan menyebabkan murid berasa keliru dan akan membuatkan hilang
rasa hormat murid terhadap guru.

Guru yang asertif pula akan memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak guru
dan murid. Guru asertif memberikan peluang kepada guru dan murid untuk memenuhi
keperluan masing-masing. Mereka menggalakkan kerjasama dan membantu murid-
murid mengaplikasikan tingkah laku yang diingini. Guru boleh diharapkan untuk
memberikan jangkaan yang sesuai kepada tingkah laku dan kebolehan mereka. Guru
asertif bersifat konsisten, adil dan boleh memenuhi kehendak murid. Hal ini dapat
membantu membina persekitaran pembelajaran yang tenang dan menyokong
perkembangan pembelajaran murid.

Cara pengurusan disiplin asertif dapat dirumuskan melalui konsep yang telah
dibincangkan. Canter mencadangkan guru-guru perlu membuat perancangan disiplin
secara bertulis dan formal yang menyatakan dengan jelas peraturan dan rutin,
pengiktirafan dan akibat daripada salah laku. Peraturan dinyatakan dengan jelas
tentang tingkah laku yang diingini daripada murid, iaitu tingkah laku ini boleh
diperhatikan dengan jelas oleh guru dan tidak berbentuk akademik seperti meminta
murid menghantar latihan yang sudah siap kepada guru dan mengambil latihan
pengayaan bagi memenuhi masa yang ada.

Menurut Canter, pengiktirafan perlu digunakan selalu bagi meningkatkan konsep kendiri
dan keyakinan diri murid. Pengiktirafan dilihat merujuk kepada perhatian khusus yang
diberikan oleh guru apabila murid menunjukkan tingkah laku yang diingini. Dengan cara
ini, guru dilihat sebagai penggalak kepada tingkah laku yang diingini dan boleh
membina persekitaran pembelajaran yang positif. Cara yang boleh digunakan untuk
memberikan pengiktirafan kepada murid termasuklah memberikan galakan,
menghargai tingkah laku murid, memberikan komen positif dan memaklumkan tingkah
laku murid yang baik kepada ibu bapa.

Akibat atau tindakan pembetulan boleh dikenakan kepada murid-murid yang


mengganggu hak murid-murid lain untuk belajar dengan selesa. Tindakan pembetulan
bukanlah bertujuan untuk mendera murid secara fizikal atau psikologi walaupun
kadangkala tindakan pembetulan akan menimbulkan rasa kurang selesa murid. Canter
menegaskan matlamat tindakan pembetulan dapat memberikan keadilan kepada
semua dan tindakan itu perlu konsisten. Apabila tindakan pembetulan hendak
dikenakan kepada murid, murid tersebut perlu diberitahu bahawa disebabkan tingkah
laku yang ditunjukkan oleh mereka bercanggah dengan peraturan yang telah
ditetapkan, maka tindakan pembetulan ini perlu dilaksanakan. Guru perlu merancang
dan melaksanakan pelan-pelan pengurusan disiplin bagi menjelaskan peraturan-
peraturam yang dilaksanakan.

Guru-guru boleh menggunakan langkah-langkah bagi menerangkan pelan-pelan


pengurusan disiplin kepada murid-murid. Pertamanya, guru perlu menerangkan kepada
murid-murid mengapa peraturan-peraturan tersebut diperlukan. Hal ini bertujuan
memberikan pemahaman kepada murid-murid mengenai kehendak guru terhadap
murid-murid. Seterusnya, guru perlulah menerangkan kepada murid-murid bagaimana
peraturan yang telah dibuat itu perlu dilaksanakan supaya murid-murid faham dan jelas
akan tanggungjawab yang perlu dibuat berdasarkan peraturan tersebut. Guru perlu
menyemak kefahaman murid terhadap peraturan yang telah diterangkan. Guru perlu
menerangkan ganjaran yang akan diperoleh oleh murid-murid jika mengikut peraturan
ataupun melanggar peraturan. Seterusnya, tindakan pembetulan perlu dikenakan
kepada sesiapa yang melanggar peraturan dan guru harus menerangkan dan
menunjukkan mengapa pembetulan perlu dikenakan. Seterusnya, guru perlu
menyemak semula kefahaman murid sama ada murid lebih memahami atau sebaliknya
dan tindakan susulan perlu dilakukan sekiranya murid masih tidak memahami.

You might also like