You are on page 1of 39

1.

Pengurusan bilik darjah yang berkesan


https://www.pendidik.com.my/2017/06/09/pengurusan-bilik-darjah-yang-berkesan/

Pengurusan bilik darjah bagi seseorang guru sememangnya teramat penting


selain mengajar dan mendidik murid. Jika seseorang guru berjaya mengurus
bilik darjah dengan sempurna, maka proses pengajaran dan pembelajaran
(PdP) boleh ditafsirkan sebagai berjaya. Namun jika seseorang guru gagal
mengawal dan mengurus bilik darjah dengan berkesan, berkemungkinan
besar, impak negatif akan wujud yang mencacatkan proses pengajaran dan
pembelajaran. Maka objektif atau hasil pembelajaran gagal dicapai secara
berkesan.

Pengurusan bilik darjah bagi seseorang guru sememangnya teramat penting


selain mengajar dan mendidik murid. Jika seseorang guru berjaya mengurus
bilik darjah dengan sempurna, maka proses pengajaran dan pembelajaran
(PdP) boleh ditafsirkan sebagai berjaya. Namun jika seseorang guru gagal
mengawal dan mengurus bilik darjah dengan berkesan, berkemungkinan
besar, impak negatif akan wujud yang mencacatkan proses pengajaran dan
pembelajaran. Maka objektif atau hasil pembelajaran gagal dicapai secara
berkesan.

Pengurusan bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama


daripada murid untuk mencapai objektif-objektif pengajaran dan
pembelajaran. Pengurusan juga termasuk proses merancang, mengelola,
memimpin, mengarah dan mengawal.{mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}

Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran


merupakan tempat yang terpenting di sekolah. Bilik darjah juga merupakan
medan perjuangan utama dalam kerjaya seorang guru. Pengurusan bilik
darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yang menjurus kepada
pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) memerlukan pelbagai
pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi.

Pengurusan bilik darjah yang berkesan dan berimpak akan membantu


mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah:

i. Membentuk suasana pembelajaran yang positif dan berkesan.


ii. Menggalakkan tingkah laku murid yang sesuai dan berkendiri positif.
iii. Mengurangkan masalah disiplin.
iv. Pengurusan rutin bilik darjah yang berkesan.
v. Murid dapat belajar untuk mengawal dan menguruskan diri sendiri.
vi. Menjalinkan hubungan interpersonal antara guru dan murid.
vii. Menggunakan masa yang diperuntukkan untuk pembelajaran yang
optimum.
Dalam konteks pengurusan bilik darjah, terdapat pelbagai faktor yang dapat
mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Faktor-faktor
ini memainkan peranan dominan dalam menentukan hala tuju dan objektif
sesuatu pengajaran dan pembelajaran sama ada berjaya atau sebaliknya.
Antara faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran ialah:

i. Perancangan yang rapi.


ii. Pengelolaan yang berkesan.
iii. Mengawal sesi pengajaran dan pembelajaran.
iv. Menjalin hubungan positif antara guru dan murid
v. Membuat refleksi dan impak.
Selain itu, faktor-faktor yang boleh mempengaruhi corak dan suasana
interaksi di dalam bilik darjah pada lazimnya boleh diklasifikasikan kepada
tiga kategori iaitu faktor fizikal, faktor kemanusiaan yang boleh di lihat dari
segi faktor sosial dan emosi, dan faktor teknikal. Faktor fizikal merangkumi
segala bentuk kemudahan dan peralatan yang terdapat di sekolah.

Bilik darjah yang kondusif mestilah mempunyai peralatan asas atau


keperluan kritikal iaitu papan hitam, papan kenyataan, dan ruang yang
selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari yang dihiasi dengan
penyediaan bahan-bahan bacaan, dan bahan bantuan mengajar serta
peralatan sokongan serta dihiasi dengan keceriaan dan kebersihan. Susunan
meja dan kerusi dalam bilik darjah sebaik-baiknya memberi kemudahan
kepada murid mengadakan aktiviti pembelajaran yang berpusatkan murid
dan aktiviti berkumpulan. Murid mudah berinteraksi sesama mereka dan
mudah berintraksi dengan guru.

Bilik darjah yang efisien mestilah berukuran 7 meter x 9 meter dan boleh
memuatkan 40 orang murid. Cahaya yang mencukupi dan pintu dan tingkap
yang terbuka yang membolehkan pengedaran udara yang secukupnya.

Papan kenyataan yang dilengkapi dengan jadual waktu, jadual bertugas,


carta organisasi, pelan keselamatan, sudut mata pelajaran, sudut bacaan
atau rujukan, kata-kata motivasi, termasuk kemudahan penggunaan laman
sesawang, komputer dan LCD sehingga melahirkan pembudayaan bilik
darjah yang kondusif.

Hasilnya terjelma suasana yang harmonis, ceria, dan semangat kepada


murid-murid dan guru untuk berada lebih lama kerana terasa seolah-olah
berada dalam sebuah rumah sendiri, wujudnya perasaan saling berkerjasama
dan kekitaan serta semangat berdikari, iaitu bersama berusaha memajukan
diri dan kumpulan secara kolektif.
Faktor sosial pula merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi antara
murid dengan murid, khasnya di dalam bilik darjah. Murid-murid di dalam
sesebuah bilik darjah biasanya terdiri daripada latar belakang dan sifat yang
berbeza-beza.

Terdapat juga murid yang mempunyai sifat pendiam atau pemalu, tidak suka
bergaul dengan dengan murid yang lain. Oleh itu, guru perlulah bijak
merangsang dan menggalakkan perkembangan sosial muridnya dengan
menunjukkan sikap yang adil semasa melaksanakan peraturan kelas (Mok
Soon Sang, 2008).

Dalam pendekatan memusatkan bahan, interaksi akan berlaku antara guru


dan murid yang dikenali sebagai komunikasi sehala, interaksi guru dengan
murid yang dikenali sebagai komunikasi dua hala, serta interaksi guru
dengan murid, murid dengan guru, dan murid dengan murid, yang dikenali
sebagai komunikasi pelbagai hala.

Selain itu, faktor sosial juga dapat dilihat melalui prosedur semasa
menjalankan aktiviti dalam bilik darjah di mana guru perlu menetapkan
perkara atau rutin pergerakan yang murid boleh atau tidak boleh lakukan
dengan sistematik, seperti:

i. Cara murid memasuki kelas dan keluar kelas contohnya keluar ke


tandas.
ii. Cara murid bergerak untuk melakukan tugasan dalam aktiviti
berkumpulan contohnya mesti berada dalam kumpulan masing-
masing dan tidak merayau-rayau di dalam kelas.
iii. Cara murid untuk mendapatkan bahan-bahan pembelajaran contohnya
mendapatkan pensel warna dan lembaran kertas kerja daripada
guru.
Faktor emosi pula merujuk kepada perasaan murid terhadap guru mereka.
Suasana emosi ini akan menimbulkan jenis-jenis tingkah laku murid yang
ditentukan oleh sifat guru dan gaya mengajarnya. Mengikut kajian, suasana
emosi bilik darjah yang kondusif biasanya ditimbulkan oleh guru yang
mempunyai sifat-sifat seperti penyayang, bertimbang rasa, peramah dan
kecindan, serta menjalankan tugas dengan bertanggungjawab dan adil,
mengamalkan sikap demokrasi dan tidak memilih kasih (Mok Soon Sang,
2008).

Faktor emosi juga dapat dilihat melalui kepimpinan guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Antara jenis kepimpinan guru ialah:

i. Gaya Kepimpinan Autokratik iaitu mengawal murid melalui ganjaran


dan hukuman sehingga mengwujudkan suasana yang tertekan dan
tidak menarik serta tidak kondusif.
ii. Gaya Kepimpinan Demokratik iaitu berkongsi tanggungjawab dengan
murid dengan memberikan galakan bukannya dengan desakan bagi
menghasilkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih
menarik dan menyeronokkan.
iii. Gaya kepimpinan Laissez-Faire iaitu kebebasan sepenuhnya dalam apa
jua aktiviti pembelajaran sehingga menjadikan bilik darjah tidak
terurus, kucar kucir, dan perhubungan antara guru dan murid
menjadi tidak akrab dan tidak mesra. Selain itu, guru juga perlu
peka dengan tugasan yang diberikan kepada murid berorientasikan
kepada peningkatan interaksi dan pertumbuhan kognitif dalam
kalangan murid-murid (Dr. Ragbir Kaur, 2008).

Faktor terakhir ialah faktor teknikal yang merujuk teknik-teknik yang


digunakan oleh guru untuk merangsang semangat dan kesediaan belajar.
Faktor ini merangkumi aspek kemahiran guru, kecekapan penggunaan alat
bantu mengajar mengikut peruntukan masa serta aktiviti-aktiviti yang boleh
merangsang aktiviti pembelajaran seperti pertandingan perbahasan,
deklamasi sajak, kuiz, permainan, drama dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti ini
dapat merangsang semangat belajar murid agar mereka berusaha dengan
lebih giat lagi.

Di samping itu, persediaan guru merangkumi pelbagai alatan dan bahan


untuk kegunaan guru dan murid merupakan sebahagian daripada
pengurusan bilik darjah yang dinamik. Ada kalanya, murid-murid tidak
memberi perhatian atau berkelakuan di luar daripada nilai-nilai murni yang
hendak digarap boleh dilihat berpunca daripada tidak terdapat
kesinambungan dalam pelajaran disebabkan persediaan guru dari aspek
bahan, peralatan, pengetahuan dan kemahiran yang kurang mantap.

Bagaimanapun, kehebatan pengajaran guru bergantung kepada kejelasan


suara, gaya pengajaran yang menarik, fleksibiliti iaitu tidak membosankan,
inovasi, kreatif, pendekatan yang sentiasa digunakan untuk membaiki
kelemahan murid, penglibatan murid dalam aktiviti kelas dan pengurusan
masa yang berkesan serta adanya unsur lucu atau kecindan.

Faktor-faktor lain dan cara-cara pengurusan bilik darjah yang boleh


mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran ialah:

i. Keadaan fizikal dan saiz bilik darjah – Bilik darjah harus selesa serta
dilengkapi dengan peredaran udara yang baik dan pancaran cahaya
yang mencukupi. Jika tidak, murid-murid merasa mengantuk dan
situasi ini mengakibatkan mereka kurang memberi perhatian
semasa aktiviti pembelajaran. Saiz bilik darjah harus menampung
antara 25 hingga 30 murid untuk mewujudkan keadaan
pembelajaran yang selesa.
ii. Kedudukan murid – Pola kedudukan murid akan menentukan interaksi
yang berlaku antara seorang murid dengan rakan-rakan sebaya dan
guru. Guru-guru mesti memastikan bahawa kawasan kerja yang
mencukupi disediakan bagi murid untuk menjalankan tugas semasa
mengadakan aktiviti-aktiviti pembacaan, penggunaan komputer
atau dalam penggunaan alat-alat pengajaran.
iii. Perhiasan bilik darjah – Setiap bilik darjah mesti dilengkapi sekurang-
kurangnya dengan tingkap dan kipas dinding untuk mewujudkan
keadaan persekitaran yang selesa dan kondusif. Guru-guru juga
perlu merancang perhiasan bilik darjah pada setiap sesi awal
persekolahan supaya perhiasan lama di dalam bilik darjah dapat
dihiaskan semula.
iv. Peraturan dan panduan kelas – Panduan dan peraturan bilik darjah
yang digunakan dapat membantu guru mengawal dan mengurus
bilik darjah. Peraturan-peraturan ini harus berfokus kepada aspek-
aspek menumpukan perhatian, menunjukkan rasa hormat terhadap
orang lain, mengurangkan kebisingan dan penyelesaian semua kerja
rumah dan tugasan sekolah.
Bagi seseorang guru, kepekaan berkaitan rutin bilik darjah juga perlu diberi
perhatian yang sewajarnya. Ini kerana rutin bilik darjah ialah intipati asas
dalam konteks pengurusan bilik darjah. Rutin bilik darjah yang sistematik
dapat mengelakkan sebarang gangguan di dalam bilik darjah seperti berikut:

i. Meringankan suasana tegang dan menyediakan murid-murid


persekitaran untuk menduga apa yang berlaku dan kelakuan yang
diterima.
ii. Membenarkan murid-murid untuk menyediakan tugasan harian
mereka.
iii. Menyempurnakan tugasan dengan lancar dengan peluang-peluang
gangguan yang kurang.
iv. Melaksanakan tugas-tugas yang diagihkan kepada mereka dengan
bertanggungjawab.
v. Meninggikan lagi sikap positif dan kemahiran sosial murid-murid
melalui interaksi sosial dan kerja kumpulan murid-murid dan,
vi. Memberi kesan kepada guru-guru untuk berfokus pada arahan dan
pencapaian matlamat pembelajaran.

Sesungguhnya kejayaan seseorang guru sebagai pengurus di bilik darjah


tidak semata-mata dinilai daripada aspek kemahiran dan teknik pengajaran
dan pembelajaran semata-mata, malah kualiti peribadi dan sahsiah diri juga
menjadi tarikan kepada murid.

Untuk menjadi guru yang berdedikasi dan disukai murid, guru mestilah bijak
memainkan peranannya sebagai pengurus dalam bilik darjah dengan
mewujudkan bilik darjah yang kondusif demi meningkatkan keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran sehingga ke peringkat optimum.

Sesungguhnya, pengurusan bilik darjah yang berkesan dan sistematik oleh


seseorang guru dilihat menjadi kayu pengukur kepada keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Pembelajaran Abad-21 kini,
guru dilihat bertindak sebagai fasilitator, pembimbing dan kaunselor yang
sentiasa komited dengan kerjayanya yang serba mencabar ini.

PENULIS berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kesusasteraan,


Antropologi dan Sosiologi) yang kini berkhidmat di sebuah sekolah di Kangar,
Perlis.

2. Peranan Guru dalam pengurusan bilik darjah


 

Peranan Guru Dalam Pengurusan Bilik Darjah

Peranan Guru Dalam Pengurusan Bilik Darjah

Guru merupakan pengurus dalam bilik darjah kerana guru yang bertanggungjawab meranc
melaksanakan, memimpin serta menilai para pelajar di bilik darjah. Peranan guru sebagai peng
bilik darjah amat penting dalam pengurusan bilik darjah adalah efisien.  Kajian mendapati bah
guru yang menjadikan pengurusan bilik darjah sebagai proses mewujudkan dan mengeka
keberkesanan persekitaran pembelajaran akan cenderung untuk berjaya berbanding guru
menekankan tugas sebagai guru dispin dan pentadbir semata-mata (Good & Brophy; 1994, Jon
Jones, 2004).

            Antara peranan guru sebagai pengurus bilik darjah ialah mendapatkan kerjasama dari
pelajar, mengurus persekitaran bilik darjah, guru sebagai role model, memastikan rutin bilik d
berjalan dengan baik dan mewujudkan hubungan interpersonal yang baik antara guru dan pelajar.

Peranan guru sebagai pengurus bilik darjah yang utama ialah dalam mendapatkan kerjas
daripada pelajar. Kerjasama daripada amat diharapkan agar segala yang dirancang dapat terlak
dengan baik. Ini disebabkan tanpa kerjasama pelajar, sesuatu perubahan yang dirancang oleh
tidak akan terlaksana. Oleh itu, guru seharusnya berusaha mendapatkan kepercayaan pelajar
pelajar sudi untuk memberikan kerjasama semasa berada dalam bilik darjah. Guru harus
menarik perhatian pelajar agar mereka  berkeinginan untuk mengikuti arahan daripada guru.

            Selain itu, guru bertanggungjawab untuk mengurus persekitaran bilik darjah. Ini diseba
persekitaran bilik darjah yang kondusif mampu meransang suasana pembelajaran yang optim
Keselesaan amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Guru juga berti
sebagai role model kepada pelajar. Peribadi seorang guru seharusnya ideal khususnya semasa d
bilik darjah kerana menjadi ikutan pelajar. Jika seorang guru mempamerkan perlakuan negatif, pe
akan terdorong untuk mencontohi perlakuan negatif itu.

            Guru juga bertindak sebagai pengurus yang memastikan setiap rutin bilik darjah ber
dengan lancar. Rutin bilik darjah seperti peraturan dalam bilik darjah dipastikan untuk berjalan se
yang dirancang bagi memastikan tahap displin pelajar dapat dipelihara. Jika rutin bilik darjah ber
lancar, kelangsungan proses P&P turut terpelihara.

Faktor Fizikal

Faktor fizikal meliputi persekitaran bilik darjah. Persekitaran bilik darjah yang sesuai untuk
pembelajaran akan menyebabkan masalah gangguan tingkahlaku pelajar dapat diminimakan.
Keadaan bilik darjah yang tersusun membantu guru mengajar 20 hingga 30 pelajar dalam satu wa
untuk lima atau lebih waktu dalam sehari (Emmer & et. al, 1994). Ini menunjukkan bahawa
persekitaran bilik darjah yang kondusif memberikan impak kepada pelajar mahupun guru. Ahli
psikologi menyatakan bahawa kebanyakan tingkahlaku dipengaruhi oleh keadaan persekitaran
sesuatu tempat (Levin & Nolan, 1996). Justeru itu, persekitaran bilik darjah yang kondusif dapat
menghasilkan pengurusan bilik darjah yang berkesan.

            Keadaan persekitaran bilik darjah seperti kepanasan, pengcahayaan dan bunyi bising  aka
mempengaruhi tingkahlaku pelajar. Guru seharusnya bijak mengatur keadaan bilik darjah sewaktu
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Ini disebabkan manusia mesti dalam
keadaan selesa sebelum perhatian mereka telah sedia secara sukarela untuk pembelajaran (Levin
Nolan, 1996).

            Susun letak yang sesuai membantu melahirkan bilik darjah berkesan.  Sebuah bilik darjah
seharusnya bersih dan kemas kerana bilik darjah yang tidak teratur mendorong pelajar untuk
berkelakuan buruk.
 

3.1.1   Penggunaan  ruang

Guru tidak mempunyai kawalan terhadap saiz sesuatu bilik darjah, namun guru boleh menggunak
ruang yang ada dengan sebaik mungkin. Penggunaan ruang fizikal yang cermat menjadikan
perbezaan ketara dalam tingkahlaku bilik darjah (Evans & Lovell,1979; Levin & Nolan,1996).

            Terdapat beberapa perkara membantu guru mendapatkan penggunaan ruang bilik darjah
baik iaitu:

(a)       menggunakan susunan bilik darjah yang konsisten dengan pengajaran dan aktiviti yang    
dijalankan.  Guru seharusnya memikirkan mengenai jenis aktiviti pengajaran yang digunakan dala
bilik darjah dan mengorganisasikan tempat duduk, bahan-bahan dan peralatan yang        sesuai
digunakan oleh pelajar.

(b)       memastikan laluan lintas bilik darjah tidak sesak.  Laluan lintas bilik darjah yang sesak  me
kawasan kerja berkumpulan, pintu bilik darjah, rak buku, meja pelajar dan juga meja guru. Bilik da
yang ideal seharusnya tidak sesak, mempunyai ruang dan mudah untuk mendapatkan pelajar.   

                                                                

(c)        memastikan semua pelajar mudah untuk dilihat dan dipantau. Susunan tempat duduk pela
seharusnya mudah untuk dipantau oleh guru khususnya  semasa berlangsungan proses pengajar
Guru boleh memastikan pelajar tidak hilangfokus dan melakukan kerja lain semasa proses P&P jik
susunan tempat duduk mudah     dilihat. Jika guru tidak boleh melihat semua pelajarnya, adalah s
untuk guru       mengenalpasti pelajar yang memerlukan perhatian dan pertolongan semasa prose
P&P.

(d)       memastikan pelajar mudah untuk melihat penyampaian pengajaran guru. Kedudukan papa
tulis dan posisi guru penting semasa menjalankan proses P&P. Jika pelajar tidak dapat melihat
penyampaian guru dengan jelas, maka perhatian pelajar akan tergangu dan penerimaan ilmu juga
terganggu.

(e)       penggunaan ruang perabot dan alatan tersusun dengan teratur.  Susunan perabot dan ala
seperti meja guru, meja pelajar, kabinet dan sudut bacaan NILAM mampu mempengaruhi emosi
pelajar. Kekemasan dan keceriaan kelas memberikan perasaan senang dan bersedia pelajar untu
menerima pengajaran.
(f)        mempunyai papan buletin untuk mempamerkan hasil tugasan dan bahan P&P. Papan       
buletin menyediakan kawasan untuk mempamerkan karya dan tugasan pelajar, bahan            
pengajaran, item perhiasan, peraturan kelas ataupun sekolah, jadual waktu, jam dan    pelbagai la

3.1.1.1            Susunan Tempat Duduk

Penggunaan ruang paling banyak sekali dalam bilik darjah ialah susunan tempat duduk pelajar.
Apapun susunan tempat duduk yang digunakan, susunan itu hendaklah cukup fleksibel untuk
menjalankan dan memantau  pelbagai jenis akitviti dalam bilik darjah. Menurut Emmer & et.al (199
guru seharusnya memastikan semua pelajar boleh memandang kepada kawasan pengajaran
keseluruhan kumpulan (whole-group instruction) tanpa memerlukan pelajar bergerak daripada tem
duduk mereka. Tempat duduk disusun agar semua pelajar boleh melihat pengajaran yang
dipersembahkan oleh guru. Sebenarnya susunan tempat duduk boleh berubah-rubah mengikut
kesesuaian kaedah pengajaran dan aktiviti yang digunakan oleh guru (Levin & Nolan, 1994).

            Susunan tempat duduk yang efektif membenarkan guru untuk berinteraksi dengan lebih de
kepada semua pelajarnya.  Susunan tempat duduk mestilah dirancang agar guru mudah untuk
mendekati pelajarnya tanpa menganggu pelajar lain. Selain itu, tempat duduk pelajar seharusnya
mengelak posisi muka pelajar daripada menghadap punca penumpuan pelajar terganggu seperti
tingkap dan pintu.

 
Persekitaran psiko-sosial

Faktor  Emosi

Faktor emosi amat penting dalam pengurusan bilik darjah. Faktor emosi melibatkan perasaan pe
terhadap gurunya. Persepsi dan pandangan pelajar terhadap guru disebabkan oleh gaya kepimp
guru.
Tingkah laku pelajar dalam bilik darjah akan mencerminkan gaya kepimpinan guru semasa
darjah. Terdapat tiga jenis gaya kepimpinan iaitu demokratik, autokratik dan laissez-faire. S
daripada gaya kepimpinan guru, motivasi yang diberikan guru juga menyumbangkan emosi pe
terhadap guru.

Gaya kepimpinan demokratik menekankan penglibatan bersama antara guru dan pelajar d
setiap aktiviti bilik darjah.  Ini melibatkan perkongsiaan tanggungjawab antara guru dan pe
Contohnya,guru akan menggalakkan pembabitan pelajar dalam aktiviti P&P tanpa memerl
desakan. Pelajar akan berasa seronok dan tidak tertekan dengan guru. Pencapaian pelajar juga d
ditingkatkan dengan lebih tinggi. Oleh itu, iklim bilik darjah yang kondusif dapat diwujudkan.

Guru yang menggunakan kepimpinan autokratik merupakan guru yang tegas dan meng
murid melalui hukuman dan ganjaran. Menurut Hook & Vass (2000), guru yang autokratik
melahirkan pelajar yang pasif dan tidak berkuasa (disempowered). Interaksi antara guru dan pe
juga adalah kurang kerana pelajar takut untuk menyuarakan pendapat. Kawalan kelas mungkin d
dicapai namun iklim pembelajaran yang kondusif tidak dapat dicapai. Guru mengawal k
menggunakan sistem hukuman dan ganjaran dan ini memberikan tekanan kepada pelajar ke
takut salah dan akan didenda oleh guru. Suasana bilik darjah akan menjadi tegang.

Guru yang menggunakan kepimpinan laisser-faire memberikan dan membiarkan pe


menjalankan aktviti bilik darjah secara bebas. Ini menimbulkan masalah seperti bilik darjah yang
terurus, kucar kacir dan hubungan antara guru dan pelajar tidak mesra. Kawalan kelas adalah le
dan sekaligus iklim belajar darjah adalah tidak kondusif.

Guru seharusnya bijak memilih gaya kepimpinan yang sesuai semasa memimpin bilik da
Perwatakan guru seharusnya mesra dan menyenangkan seperti penyayang, bertimbang rasa,
dan peramah. Pelajar akan lebih menghormati guru berperwatakan seperti ini dan hubungan m
dapat dipupuk. Pelajar tidak akan tertekan dari segi emosi dan iklim bilik darjah yang kondusif
diwujudkan. Guru juga boleh memberikan motivasi melalui peneguhan positif, memberi gala
melibatkan pelajar secara aktif dalam P&P seta mewujudkan komunikasi dua hala.

Faktor Sosial

Faktor sosial merujuk kepada pembinaan peraturan, prosedur semasa menjalankan aktiviti, inte
sosial dan rutin bilik darjah. Bilik darjah melibatkan interaksi antara guru, pelajar dan bahan. Inte
yang baik antara pelajar dengan pelajar dan guru dengan pelajar akan menghasilkan suasana
darjah yang harmoni. Oleh itu, prosedur dan peraturan harus ditetapkan dalam memastikan iklim
darjah yang ideal.  Pembinaan peraturan amat penting dalam memberikan gambaran jelas meng
tingkahlaku yang diharapkan semasa di bilik darjah. Contohnya, “dilarang berbuat bising sema
dalam bilik darjah”, “hormati orang lain” dan sebagainya dapat memberikan mesej yang me
tanggungjawab sosial pelajar. Jika pelajar mengikuti peraturan yang telah ditetapkan, maka iklim
darjah akan menjadi kondusif untuk proses P&P kerana mempunyai kawalan kelas yang
Peraturan bilik darjah juga dapat membantu mengalakkan interaksi antara pelajar dan perseki
yang kondusif untuk belajar (Levin & Nolan, 1994). Hubungan antara dua atau lebih orang b
dipengaruhi oleh peraturan dalam satu operasi (Wragg, 1994). Interaksi antara pelajar boleh dip
melalui pembinaan peraturan bilik darjah. Menurut Jones & Jones (1995), langkah pertama d
merangka peraturan bilik darjah ialah untuk mengalakkan para pelajar berbincang untuk mera
peraturan bilik darjah yang boleh dipatuhi oleh semua pelajar. 

Selain itu, prosedur aktivti yang dijalankan dalam bilik darjah boleh meransang interaksi s
pelajar. Contohnya, aktiviti perbincangan, kaedah Jigsaw, menjalankan eksperimen dan
berkumpulan boleh membantu perkembangan sosial pelajar dan kawalan kelas. Semasa menjala
aktiviti dalam bilik darjah, guru perlu menetapkan rutin atau perkara yang boleh dilakukan oleh pe
Contohnya, semasa menjalankan aktiviti berkumpulan, guru menetapkan bahawa pelajar henda
melibatkan diri secara aktif dan memberikan kerjasama, tidak boleh merayau-merayau sem
berjalan aktiviti serta cara untuk mendapatkan bahan pembelajaran.

 
Peraturan dan rutin bilik darjah

 Peraturan dan rutin bilik darjah

Pada umumnya, murid sekolah rendah mula berdikari namun mereka masih memerl
pemantauan. Pada peringkat ini, mereka suka diberi perhatian dan menunjukkan respon yang p
apabila diberi insentif atau hadiah. Menurut Erik Erison, kanak-kanak pada peringkat ini
mendapat pengalaman baharu dan berfokus kepada pembelajaran pengetahuan dan kema
baharu.

Namun, murid pada peringkat ini memerlukan struktur dan prosedur-prosedur kerja y
jelas agar mereka boleh berfungsi dengan baik di dalam bilik darjah. Oleh itu, guru
perlulah membina peraturan dan prosedur untuk mentadbir aktiviti dalam bilik darjah
Peraturan merupakan pernyataan yang menentukan perkara-perkara yang boleh dan
tidak boleh dilakukan oleh murid. Contoh peraturan yang biasa ditemui ialah setiap m
perlulah mempunyai rasa hormat, mesra dan bersifat membantu rakan-rakan mereka
murid perlu menyiapkan tugasan mereka dan murid perlu mengangkat tangan merek
jika mahu menjawab sebarang pertanyaan.  Mengikut Model Pengurusan Kounin, asas
kepada keberkesanan pengurusan disiplin bilik darjah bergantung kepada pengawasa
dan penyeliaan yang teliti guru terhadap bilik darjah. Faktor utama dalam mengurusk
tingkah laku di dalam bilim darjah menurut Kounin adalah berkaitan dengan keboleha
guru untuk mengawasi semua perkara yang berlaku di dalam bilik darjah. Contohnya
dalam gerak kerja kumpulan, seorang guru berjaya mengawasi dan berinteraksi deng
semua kumpulan kecil walaupun pada ketika itu dia sedang mengajar kumpulan yang
tertentu. Dengan kepekaan ini, seorang guru berupaya menjangka masalah yang aka
timbul dan selalunya dapat menghalang masalah daripada menjadi semakin serius.

Selain itu, guru juga akan membentuk rutin di dalam bilik darjah untuk aktiviti-aktiviti
dilaksanakan. Rutin ialah prosedur atau langkah-langkah yang mesti diikuti oleh murid dalam a
spesifik mereka. Rutin bertujuan melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran. Contoh am
rutin ialah guru mengambil kehadiran setiap hari, cara mengedar dan menyimpan bahan pengaj
membentuk kumpulan dalam kelas, menghantar buku latihan atau kerja rumah dan lain-lain. S
rutin yang dibentuk hendaklah sentiasa dipantau dan diberi peneguhan sehingga prosedur-pros
ini menjadi satu budaya dalam kalangan murid dan seterusnya menjadi suatu budaya di sek
tersebut. Untuk mendapatkan hasil yang efektif lagi, guru bolehlah mengaplikasikan Model A
Logikal Dreikurs di mana menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan
tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah.

 
Rutin Bilik Darjah

Rutin Bilik Darjah

Rutin bilik darjah merupakan aktiviti pengurusan bilik darjah. Penekanan terhadap rutin bilik d
yang sistematik amat penting kerana dapat mewujudkan bilik darjah yang kondusif. Rutin bilik d
akan diterangkan oleh guru pada setiap awal sesi persekolahan. Ini penting agar pelajar
mengenai peraturan dan rutin bilik darjah.

4.1       Jenis-jenis Rutin

Terdapat enam jenis rutin yang terlibat dalam pengurusan bilik darjah:

4.1.1   Rutin Kelas

Rutin kelas boleh dimaksudkan dengan peraturan dan prosedur semasa berada bilik darjah
bertujuan mewujudkan proses P&P yang berkesan. Kajian mendapati bahawa guru yang e
mengambil masa pada awal tahun persekolahan untuk mengembangkan peraturan dan prosedur
darjah untuk menghasilkan perjalanan bilik darjah yang lancar dan meminimakan gangguan
memaksimakan masa pembelajaran pelajar (Jones & Jones, 2004).

            Peraturan dan prosedur bertindak sebagai agen pencegahan tingkahlaku yang negatif d
bilik darjah. Prosedur adalah untuk melatih pelajar untuk melaksanakan tugasan rutin dalam
darjah (Bianco, 2002). Contoh rutin kelas yang terdapat di bilik darjah ialah aspek kebersihan, ja
bertugas dan sebagainya. Jika semua pelajar menjalankan tugas mengikut jadual bertugas, maka
darjah akan berada dalam keadaan bersih dan guru tidak perlu memberikan arahan u
membersihkan bilik darjah sebaliknya terus fokus kepada proses  P&P.

4.1.2   Rutin Pentadbiran

Rutin pentadbiran melibatkan peranan guru dalam mengurus dan mentadbir bilik darjah. Guru
cekap mentadbir bilik darjah untuk memastikan bilik darjah adalah kondusif. Rutin pentadiran ad
seperti guru mengurus kehadiran pelajar, pungutan yuran sekolah, menyediakan laporan akad
pelajar (buku laporan prestasi), menyediakan kad 001 dan kad kesihatan pelajar (Pengurusan
Darjah, n.d.). Ini amat penting dalam pengurusan bilik darjah. Jika guru mengambil sikap sambil
dalam hal pentadbiran, pengurusan bilik darjah berada dalam tahap minima dan kucar kacir ke
tidak ada rekod yang dibuat oleh guru mengenai pelajar.

4.1.3   Rutin Pergerakan Pelajar

Rutin pergerakan pergerakan ialah peraturan pergerakan murid di bilik darjah. Rutin pergera
meliputi peraturan untuk bergerak ke luar atau masuk bilik darjah secara teratur dan tertib.
menekankan untuk beratur semasa pergerakan tersebut kerana pelajar cenderung untuk ber
rebut semasa aktiviti yang melibatkan pergerakan pelajar khususnya yang melibatkan aktiviti
darjah ke luar bilik darjah. Contohnya, aktiviti kelas ke aktiviti kumpulan, pergerakan pelaja
perhimpunan, pergerakan pelajar ke makmal dan juga pergerakan pelajar semasa latihan kebakar

4.1.4   Rutin Pengurusan Tugas

Rutin pengurusan tugasan ialah persediaan, perancangan dan pengurusan guru terhadap pr
pengajaran dan pembelajaran (P&P). Guru perlu menyediakan sumber P&P, aktiviti P&P
persediaan untuk P&P. Persediaan penting dalam memastikan proses P&P berjalan lancar.
perlu menetapkan objektif pembelajaran memulakan persediaan proses P&P agar setiap lan
perancangan dapat dirancang. Hasil pembelajaran yang diharapkan daripada pelajar perlu dinyat
dengan jelas. Selain itu, guru perlu memantau akitviti bilik darjah dan menjalankkan proses peni
ke atas pencapaian pelajar. Penilaian akan menentukan kekuatan dan kelemahan proses
tersebut.

4.1.5   Rutin Pembelajaran

Guru perlu memastikan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam P&P. Pembabitan pelajar se
aktif dalam P&P penting dalam memastikan proses pembelajaran itu berlaku (Norasiah Abdullah
Risah Jamilah Binti Mat Lazim & Rosnah Ahmad Zain, 2009). Guru memainkan peranan pe
dalam memastikan rutin pembelajaran itu berlaku. Guru boleh menyediakan aktiviti se
perbincangan, gerak kerja berkumpulan, latihan dan latih tubi.

4.1.6   Rutin Interaksi

Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan menekankan aktiviti yang berpusatkan pe
Aktiviti berpusatkan pelajar melibatkan interaksi antara pelajar, guru dan bahan. Oleh itu, guru h
menggalakkan interaksi tersebut berlaku mengikut prosedur dan bersopan. Hubungan personal
interaksi antara pelajar dengan pelajar adalah sama penting  dengan hubungan guru dengan pe
Guru boleh memainkan peranan dengan mewujudkan hubungan (Wragg, 2001). Contohnya, a
yang melibatkan perbincangan, eksperimen, kerja lapangan dan projek.

3. PENGURUSAN BILIK DARJAH DINAMIK


Ke Arah Pembinaan Modal Insan Berkualiti
Pendahuluan :
Pengurusan bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan,
kerjasama, dan campurtangan ahli untuk mencapai objektif-objektif
organisasi atau kumpulan, gerakerjanya termasuk proses merancang,
mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal.  Bilik darjah sebagai
tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran, merupakan
tempat yang terpenting di sekolah. Bilik darjah juga merupakan medan
perjuangan utama kerjaya seorang guru. Pengurusan bilik darjah
dinamik ke arah pembinaan modal insan yang menjurus kepada
pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek memerlukan pelbagai
pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi. Guru
seharusnya memiliki gaya kepimpinan, kemahiran merancang,
kecekapan mengurus, kepelbagaian dalam pengajaran dan
pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal, kemahiran berkomunikasi,
kemahiran kaunseling dan mampu mengendalikan teknoloji maklumat
dan komunikasi (TMK).
Pelbagai kekangan dan permasalahan akan ujud dalam bilik darjah,
kebiasaannya guru berhadapan dengan tiga cabaran yang besar iaitu
kerenah murid, memastikan hasil pembelajaran tercapai dan hambatan
masa. Guru yang berwibawa bijak bertindak sebagai penyelesaian
masalah, memperjelaskan objektif-objektif setiap perkara yang
melibatkan bilik darjah termasuk pengajaran dan pembelajaran serta
penilaian (pentaksiran), keceriaan, dan pengurusan murid sebagai
pelanggan utama.
Pengurus yang berwibawa sentiasa bersungguh-sungguh menjalankan
tugas yang diamanahkan, kreatif dan innovatif, dedkasi, adil, cekap,
mesra, periang, bertimbangrasa, bersikap terbuka, tenang, sabar dan
sentiasa bersedia untuk mendengar rungutan, kritikan dan teguran
yang dianggap sebagai cabaran dalam kerjaya. Pengurusan tanpa
cacat (zero defect) yang peka dan sentiasa mencari pendekatan baru
untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan serta kekurangan yang
menjadi punca kepada pembaziran dan kegagalan di samping memiliki
gaya pengurusan kualti yang mencakupi semua aspek  bagi
meningkatkan produktiviti, keberkesanan program dan  bertindak
dengan cekap.
Pengurusan bilik darjah yang menyeluruh melibatkan pengurusan
fizikal, peralatan  dan sumber, pengurusan murid (pelanggan),
pengurusan organisasi, pengurusan masa  dan pengurusan pengajaran
dan pembelajaran serta penilaian.
Pengurusan Fizikal, Sumber dan Organisasi
Bilik darjah yang mempunyai peralatan asas iaitu papan hitam, papan
kenyataaan, dan ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan
murid, almari, yang diahiasi dengan penyediaan bahan-bahan bacaan,
dan bahan bantuan mengajar serta peralatan sokongan serta dihiasi
dengan keceriaan dan keberrsihan.
Susunan meja dan kerusi dalam bilik darjah sebaik-baiknya memberi
kemudahan kepada murid-murid mengadakan aktiviti pembelajaran
berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan. Murid mudah berintraksi
sesama mereka dan mudah berintraksi dengan guru. Bilik darjah yang
berukuran 7 meter x 9 meter boleh memuatkan 40 orang murid. Cahaya
yang mencukupi dan pintu dan tingkap yang terbuka yang
membolehkan pengedaran udara yang secukupnya.
Papan kenyataan yang dilengkapi dengan jadual waktu, jadual
bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut mata pelajaran,
sudut bacaan atau rujukan, kata-kata motivasi, termasuk kemudahan
penggunaan laman web, komputer dan CD dan LCD sehingga
melahirkan pembudayaan bilik darjah yang kondusif. Hasilnya terjelma
suasana yang harmonis, ceria, dan semangat kepada murid dan guru
untuk berada lebih lama kerana terasa seolah-olah berada dalam
sebuah rumah sendiri, ujudnya perasaan saling berkerjasama dan
kekitaan dan semangat berdikari, iaitu bersama berusaha memajukan
diri dan kumpulan secara kolektif.
Murid sebagai sumber manusia yang akan dijelmakan menjadi murid
yang berpengetahuan dan berkemahiran dan berketrampilan
memerlukan pengurusan dan perancangan strategik yang berkesan.
Guru berperanan sebagai pencetus idea, pembimbing, fasilitator bagi
melahirkan suasana pembelajaran yang mengcakupi semua bidang
kemahiran sebagai sumber kepada pembinaan modal insan. Suasana
pembelajaran yang kondusif, menyeronokkan, bermotivasi, bermoral,
kreatif, menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih
berfokus.Kejayaan guru mengurus fizikal, sumber dan suasana bilik
darjah  yang kondusif, bermakna guru telah berjaya membentuk
budaya berdisiplin, kerjasama, sayang kepada keindahan alam sekitar,
mematuhi setiap arahan, kehidupan berkualiti, yang melambang
sebahagian daripada keimanan.
Persediaan untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan merupakan sebahagian daripada pengurusan bilik darjah
dinamik. Persediaan yang merangkum pelbagai alatan dan bahan untuk
kegunaan guru dan murid. Ada kalanya murid tidak memberi perhatian
atau berkelakuan di luar daripada nilai-nilai murni yang hendak digarap
boleh dilihat berpunca daripada tidak terdapat kesinambungan dalam
pelajaran disebabkan persediaan guru dari aspek bahan, perlatan,
pengetahuan dan kemahiran yang kurang mantap.
Iklim Dan Aplikasi Bilik Darjah
Suasana bilik darjah harmonis membantu peningkatan pengajaran dan
pembelajaran yang lebih bermakna. Adalah menjadi tanggungjawab
guru untuk membentuk iklim dan budaya bilik darjah yang baik. Gaya
kepimpinan yang berwibawa tanpa terlalu banyak memberi arahan 
dianggap sebagai pemimpin demokratik hanya akan mengambil masa
untuk mendapatkan buah fikiran bagi menyelesai sesuatu isu, dan
kelihatan kumpulan-kumpulan yang ujud di bilik darjah mempunyai
hubungan yang lebih mesra dan saling bekerjasama. Berbeza dengan
pemimpin Laiissez-faire yang memberi arahan-arahan yang tidak jelas
dan jawapan-jawapan yang ringkas tentang sesuatu persoalan.
Pendekatan-pendekatan yang hendak digunakan bagi mengawal iklim
dalam bilik darjah perlu berlandaskan tahap perkembangan murid-
murid. Iklim bilik darjah yang baik biasanya dikaitkan dengan
kepatuhan dan keseronokan murid bersama guru dalam bilik darjah
tersebut.  Guru yang memiliki gaya kepimpinan yang matang sedia
menerima dan menghormati setiap murid dalam bilik darjah,
memperbaiki peraturan-peraturan supaya peraturan itu boleh berubah
mengikut keadaan dan suasana serta menekan kepada jangkaan-
jangkaan yang positif. Apabila keadaan ini berlaku guru sebagai
pemimpin dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi dan
pertumbuhan diri murid-murid serta bersikap keterbukaan dalam
perkara-perkara yang membawa kepada kebaikan.
Pengurusan bilik darjah akan menjadi bertambah baik jika sistem
penyeliaan diurus dengan berkesan. Murid-murid diberikan tugasan
dalam mewujudkan iklim yang kondusif serta membantu dalam
penyediaan bahan dan alatan, tugasan-tugasan yang diberikan kepada
setiap murid pada awal tahun lagi dapat membantu mengembangkan
budaya bertanggungjawab, berkerjasama serta hubungan yang baik
antara mereka dan juga hubungan  antara guru dengan murid, dan
peranan guru sebagai pembantu penyelsaian masalah yang dihadapi
oleh murid-murid.
Secara umumnya, pengurusan bilik darjah sebaik-baiknya merangkumi
ciri-ciri kesesuaian (releven) dengan murid, persediaan suasana
pembelajaran yang berkesan, organisasi pengajaran dan sokongan-
sokongan yang membantu peningkatan aktiviti-aktiviti perkembangan
pembelajaran secara lebih aktif dan produktif, teknik-teknik motivasi
dan penyelesaian konflik dan pergabungan semua elemen dalam satu
sistem bagi menampakkan keberkesanannya. Peranan dan
pengorbanan guru sebagai penggerak dan pengubah iklim yang kurang
menyerlah kepada suasana yang lebih kondusif sebagai jambatan
utama susanan pembelajaran yang memberangsangkan ke arah
pembentukan modal insan di kalangan murid..
Pengurusan Murid
Murid adalah pelanggan bagi setiap  guru dalam bilik darjah, mereka
akan bersama setiap kali pengajaran dan pembelajaran berlangsung
dalam bilik darjah. Hati mereka perlu dibersihkan melalui pendidikan
yang terbaik, yang melampaui tingkahlaku manusia. Terdapat
perbezaan antara individu murid atau kumpulan murid dengan yang lain
yang mendesak guru menggunakan yang optimum dalam pengurusan
bilik darjah, dan adalah penting guru memahami tingkahlaku dan
budaya murid supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut
kaedah yang betul dan tepat.
Pengurusan hal ehwal murid dalam bilik darjah melalui pendekatan
penyayang yang ditunjukkan oleh guru, dapat menjinakkan mereka,
bercakap dengan bahasa yang lembut dan bersopan, menegur dan
membetul kesilapan dengan cara yang berhemah, di samping
menggunakan segala sifat mahmudah, akan mempercepatkan proses
kecintaan dan kesetiaan murid terhadap gurunya, dan kemujaraban
pemindahan maklumat daripada guru kepada muridnya.
Kemahiran berkomunikasi memainkan peranan penting ke arah
pembentukan budaya penyayang, komonikasi berkesan dalam
dijelmakan dalam cara bertutur, penggunaan bahasa badan, penulisan,
juga melalui penggunaaan alat-alat tertentu seperti komputer, telipon
dan sebagainya. Apabila seorang guru menggunakan kemahiran
berkomonikasi terhadap muridnya, dapat menghasil suasana
pembelajaran yang lebih dinamik, pembentukan akhlak, kemahiran-
kemahiran tertentu dapat diterap dengan lebih mudah dan berkesan. 
Komunikasi berkesan menghasilkan motivasi yang berkesan, murid
mudah menerima motivasi yang disampaiakn secara berhemah dan
berhikmah, nilai-nilai murni yang hendak ditanam dalam diri murid akan
melalui laluan yang lebih mudah dan berkesan.
Guru yang berwibawa sentiasa melihat pembelajaran sosial sebagai
satu aspek penting dalam bilik darjah.  Setiap yang dipimpin perlukan
penghargaan dan pengiktirafan, dan guru seharusnnya bijak
menggunakan kebijaksanaan komunikasi serta pendekatan penyayang
dengan menghadiahkan senyuman, memberikan penghargaan apabila
mereka mempamerkan sesuatu yang lebih baik daripada sebelum,
misalnya, kelas yang lebih teratur, kemas yang bersih. Menghabiskan
ayat hafazan sebelum jangka masa yang ditentukan, markah yang
semakin baik. Sekeping kertas berbentuk surat penghargaan, atau
sebatang pen sebagai tanda penghargaan sudah menunjukkan
keikhlaan guru bagi meningkatkan prestasi mereka.
Guru menunjukkan teladan sebagai seorang professional, membentuk
program-program yang bertujuan membangunkan murid, dengan
peraturan dan arahan yang jelas, bagi mengurang segala tingkahlaku
negative. Guru sepatutnya mengelak diri daripada menggunakan
pendekatan-pendekatan yang bertentangan dengan norma
kemanusiaan yang menggalak murid menghargai pertumbuhan
pengetahuanh dan kemahiran diri.
Budaya bilik darjah yang dinamis, mementingkan aspek nilai-nilai
murni, hubungan yang mesra di antara sesama murid, dan murid
dengan guru, budaya belajar yang ceria, meyeronokkan yang
menyentuh emosi, meningkatkan kecergasan mental, kreatif dan
enovatif, penyertaan yang aktif, pembelajaran yang berobjektif dan
bermatlamat, yang sentiasa mendapat dorongan dan bimbingan guru
dan rakan sebaya, tahap disiplin yang terkawal melalui tindakan yang
berhemah, yang dibaluti dengan perasaan kasih dan sayang dapat
memberi peluang yang terbaik untuk mengembang potensi diri mereka
ke arah pembentukan modal insan yang berkauliti.
Guru boleh membuat jangkaan terhadap pelajar, seperti mengurangkan
kadar ponteng dan permasalahan disiplin melalui pendekatan
pengurusan bilik darjah yang berkesan. Kadar bilangan murid yang
terlalu ramai dalam sesebuah bilik darjah, bukan satu ukuran yang
subjektif untuk dibuat satu kesimpulan bahawa kelas tersebut tidak
dapat dibangunkan, tetapi bagaimana guru menyusun kedudukan meja,
mengorganisasikan murid sebagai sebuah pasukan yang mantap,
melalui tindakan guru sebagai fasilitator, pembimbing, penyelia,
pengawal dan penggerak serta menggunakan pelbagai pendekatan
kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran yang disertai dengan
semangat, minat, dan komitmen guru bagi menjayakan visi dan misi.
Kecekapan yang ditunjukan oleh guru bagi menhasilkan bilik darjah
sebagai sebuah rumah dalam slogan,’ bilik darjah ku, rumah ku’.
Kemahiran mengawal kelas apabila guru melangkah masuk ke kelas
tersebut menjadi penting kerana seorang guru tidak boleh
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berkesan sekiranya
muird-murid dalam kelas berkenaan tidak dapat dikawal dengan baik.
Guru mungkin berhadapan dengan beberapa murid yang nakal, tetapi
harus ingat bahawa bukan semua murid menjadi punca permasalahan
tetapi jika tiada pengawalan yang baik, jumlah murid yang akan
menimbulkan ketidakselesaan guru akan bertambah dan akhirnya
menjejaskan penumpuan guru terhadap penyampaian pengajaran .
Strategi bagi mengawal keadaan ini, guru mengenalpasti murid-murid
yang menimbulkan punca permasalahan, supaya murid lain tidak
menjadi ‘pak turut’ dengan permasalahan rakan mereka itu, murid yang
berkenaan dikenalpastikan pula punca yang menyebabkan ia bertindak
sedemikian, cuba membantu menyelesaikan punca permasalahan itu,
dan teruskan aktiviti pengajaran dengan banyak berinteraksi dengan
murid yang berkenaan sehingga ia merasakan dirinya mendapat
perhatian dan dihargai bukan kerana dirinya tetapi kerana
tingkahlakunya yang tidak disenangi guru. Guru juga sentiasa
mempamerkan pengiktirafan terhadap murid berkenaan ketika berada
di luar waktu pengajaran dan pembelajaran, ketegasan kepada disiplin
pembelajaran perlu dilakukan dengan cara dan pedekatan yang
berhemah yang menampakkan bahawa ketegasan itu bukan bertujuan
penderaan tetapi pengajaran. Sekiranya perlu murid berkenaan
diberikan nasihat, teguran dan kata-kata motivasi yang
menggambarkan bahawa guru menyayanginya. Apabila berlaku
perubahan ke arah kebaikan, berilah pengiktirafan dan penghargaan
terima kasih.  Kesabaran, kecekalan dan kesungguhan untuk
membentuk perangai mereka yang kadangkala mengambil masa yang
agak lama.
Beberapa perkara yang boleh dijadikan panduan mengurus tingkahlaku
murid, antaranya ialah senaraikan maklumat yang perlu murid ketahui
tentang peraturan yang wajib murid patuhi sepanjang masa pengajaran
dan pembelajaran dan disertai dengan sebab-sebab dan objektifnya.
Membiasakan diri datang ke bilik darjah menepati masa, menggunakan
pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap
pencapaian murid, yang dimulakan dengan set induksi yang menarik
dan diikuti dengan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang menghilangkan
rasa kebosanan mereka atau melakukan beberapa tugasan yang
berkaitan dengan isi-isi pengajaran tersebut,  guru tidak melengah-
lengah waktu untuk memulakan pengajaran dan menamatkan
pengajaran diminit-minit yang akhir, untuk mengelakkan murid
melakukan perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan hasil
pembelajaran, banyak merangsangkan minda mereka dengan kata-kata
bermotivasi dan penuh dengan senyuman dan jenaka (sense humor),
dan pujian supaya suasana  senstiasa ceria, di samping memberi
teguran umum yang berupa nasihat tetapi bukan leteran. Guru juga
menghormati murid seperti orang lain,  bersikap adil kepada semua
murid, hukuman berbentuk deraan tidak seharusnya dilaksanakan
kerana menyebabkan hubungan guru dengan murid akan renggang dan
menghilangkan minat murid untuk meneruskan pembelajaran.
Pengurusan pengajaran dan pembelajaran
Pengurusan pengajaran dan pembelajaran adalah  aspek yang
terpenting dalam bilik darjah, merupakan tugas utama yang perlu diberi
perhatian yang serius, pembaziran waktu akan berlaku dalam satu
masa pengajaran dan pembelajaran sekiranya objektif pembelajaran
tidak tercapai.Pelan Tindakan Strategik bagi mata pelajaran yang
diajar perlu disediakan oleh guru. Kajian dari aspek kekuatan,
kelemahan, peluang dan halangan yang disertai dengan perancangan
untuk lima tahun dan perancangan untuk tahun semasa selaras dengan
perancangan staregik sekolah.
Peningkatan profesionalisma guru dalam bilik darjah  dilihat dalam
aspek kebolehan mencorak kualiti pengajaran, kebolehan menyusun
organisasi pembelajaran, kebolehan mencorak iklim dalam bilik darjah,
kebolehan mencorak perkembangan murid termasuk perkembangan
akademik, perlakuan, sosial, emosi, rohani, intelek dan jasmani.
Guru yang bercita-cita untuk menjadi pengurus bilik darjah yang
berkesan dapat memahami perasaan dan kehendak hati nurani murid-
murid, guru perlu cekap mencorak iklim yang memberansangkan,
kecekapan dan kemahiran pengajaran, pengurusan masa, produktiviti
dan tugas pengajaran dan pembelajaran, mencorakkan tingkahlaku dan
pengawalan disiplin murid. Oleh itu  guru berperanan sebagai pendidik,
pemudah cara, pemimpin, pembimbing, penilai, perancang, perunding
dan pendorong ke arah kecemerlangan murid.
Bagi mencapai kecekapan dalam pengurusan pengajaran dan
pembelajaran maka perlukan kebijaksanaan  dan penelitian dalam  
perancangan , pelaksanaan, penyeliaan,  penilaian dan refleksi.
Merancang kurikululum, sukatan, huraian sukatan, buku teks, bahan
rujukan tambahan dan maklumat tambahan daripada pelbagai sumber
termasuk laman web. Perkara-perkara yang melibatkan innovasi dan
kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran supaya kelas tidak
menjadi beku dan kaku diikuti dengan perancangan  kemajuan pelajar,
merangka rancangan kerja tahunan, termasuk ujian, penilaian  dan
pentaksiran. Perancangan yang berkualiti menjamin peningkatan
kuantiti dan kualiti dalam proses perkembangan pembelajaran serta
hasilannya. Biasanya tingkahlaku dan minat murid akan berubah
apabila bertukar guru, ada guru yang digemari murid dan sebalik ada
yang tidak digemari murid.
Pembelajaran yang bermakna  melibatkan proses memahami, berfikir,
berbincang, membuat pertimbangan, menganalisis, kognitif, bagi
mengembangkan minda murid. Diperluaskan kepada kemahiran
komunikasi, menyesuaikan diri, kemahiran sosial, dan perkembangan
tingkahlaku. Prinsip umum pembelajaran, iaitu meningkatkan dan
mengekalkan rasa kejayaan, meluaskan tahap keintlektualan,
kerohanian, kekuatan emosi, dan keteguhan jasmani, merangsang
minat dan menghasilkan keseronokan, memberi ruang dan peluang
untuk mengatasi kelemahan, tidak menakut-nakutkan dan mengungut
murid, sebaliknya memberi peluang kepada mereka memperbaiki
kelemahan, tidak membiarkan kegagalan berterusan, pembelajaran
perlu realistik dan boleh dilakukan, mengambil kira  kemampuan
murid, pembelajaran perlu dapat menentukan objektif iaitu apa yang
hendak dikuasai oleh murid, dan pembelajaran juga mampu mencabar
kebolehan murid bagi mengembangkan potensi mereka.
Guru perlu memiliki beberapa kemahiran penting, kerana kemahiran
mengajar menjadi instrumen untuk kejayaan dalam mengurus bilik
darjah,  antara kemahiran dalam pelbagai kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang boleh diambil dari modul, model, kaedah dan teknik
yang sedia ada atau menggunakan daya innovasi dan kreativiti
membina model-model tersendiri, kemahiran berkomunikasi, kemahiran
interpersonal, kemahiran dalam bimbingan dan kaunseling, kemahiran
dalam menawan emosi atau kesedaran emosi juga menjadi pemangkin
dalam pengajaran dan pembelajaran.
Komunikasi adalah medan pemindahan pengetahuan, penyampaian
pengajaran, mengembangkan kemahiran berkomunikasi, dan mendapat
maklumat. Mengamalkan komunikasi berkesan, penggunaan bahasa,
kesediaan mendengar, meningkatkan proses intraksi, komunikasi
terbuka, kemahiran bertutur dan mengemukakan pandangan,  berhujah
dan berdailog,
Guru seharusnya mampu mengembangkan kemahiran komunikasi,
lebih kreatif dan hubungan yang lebih dinamik kesannya, penyelesaian
konflik yang berrlaku, memberi ruang untuk murid melahirkan
pandangan, guru mampu melakukan pengaliran maklumat yang lebih
berkesan, serta mendapat maklum balas yang benar. Guru berjaya
menghasilkan  kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran, dengan
membina pelbagai kemahiran, yang boleh meningkatkan kecekapan, 
dan meluaskan skop pembelajaran, yang bermatlamat bagi
meningkatkan pengajaran guru.
Justeru itu guru seharusnya mengelakkan masalah yang boleh
menjejaskan keberkesanan  komunikasi seperti  kekeliruan,
salahtafsir, bahasa yang kasar, suara yang tidak jelas, bahasa badan
yang tidak sesuai, memberi tekanan emosi murid, komunikasi tertutup,
tidak memberi perhatian dan tumpuan tentang pengajaran dan
pembelajaran.
Kehebatan pengajaran guru bergantung kepada kejelasan suara, gaya
pengajaran yang menarik, flesibiliti iaitu tidak sehingga membosankan,
inovasi, kreatif,  pendekatan yang sentiasa digunakan untuk membaiki
kelemahan murid, penglibatan murid dalam aktiviti kelas, dan
pengurusan masa yang berkesan. Meransang minat, memenuhi
keperluan diri, sosial, dan psikologi, dorongan dan sokongan,
mengembangkan potensi, kebolehan, minat, bakat dan keyakinan diri
murid.Kepakaran guru diukur dari aspek inisiatif, dedikasi,
perancangan, kerjasama, kepimpinan, kepakaran, integriti yang tekal
dalam organisasi yang dapat mengujudkan keharmonian dan
menunjukkan kesetiaan dan sokongan bagi menjayakan wawasan,
keaktifan, dan pengurusan masa. Pembelajaran murid terhasil melalui
proses pendengaran,pemerhatian, peniruan, membuat, ekplorasi iaitu
pembelajaran yang aktif yang merangsangkan minat murid, melalui
latihan, percubaan, penglibatan dalam aktiviti pembelajaran.
Kejayaan seseorang guru sebagai pengurus di bilik darjah tidak
semata-mata dinilai daripada aspek kemahiran dan teknik pengajaran
dan pembelajaran semata-mata, tetapi kualiti peribadi dan sahsiah diri
juga menjadi tarikan kepada murid-murid. Pada amnya guru yang
disukai murid antaranya ialah yang sentiasa berwajah periang, pandai
berjenaka, bersangka baik, berperasaan yang matang, jujur dan ikhlas
dalam menjalankan tugas, berfikiran positif, tenang menghadapi
sebarang krisis, pendengar yang aktif, berjaya menyelesaikan konflik,
dan tidak mudah menyalahkan orang lain. Imam al-Ghazali
menggariskan ciri-ciri guru yang efektif iaitu guru yang memiliki rasa
simpati kepada setiap murid dan melayani mereka seperti anak sendiri,
meneladan sunnah Rasulullah S.A.W. yang ikhlas dalam memberi
perkhidmatan, tidak membenarkan murid melaksanakan sesuatu tugas
kecuali guru benar-benar mengetahui pengetahuan tersebut, menasihat
murid secara lembut dan berhemah supaya meninggalkan perkara-
perkara yang buruk, tidak sekali-kali merendahkan disiplin ilmu yang
lain di hadapan murid, menghadkan pembelajaran bersesuaian dengan
tahap pencapaian dan pemahaman murid dan tidak memaksa mereka
mencapai sesuatu di luar kemampuan serta menyediakan bahan
pembelajaran yang mudah difahami, jelas dan bersesuaian dengan
tahap perkembangan akal murid.
Pengajaran Dan Pembelajaran
Pengajaran dan pembelajaran yang hendak dikembangkan seharusnya
mengikut instrumen yang telah ditetapkan oleh bahagian-bahagian
pengurusan di atas. Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral adalah satu-
satunya jabatan yang bertanggungjawab untuk memperkenalkan dan
menyelaraskan instrumen-instrumen berkenaan untuk digunapakai oleh
organisasi di bawah kawalan. Modul pengajaran dan pembelajaran
yang disediakan oleh JAPIM telah melepasi piawai yang dikehendaki
oleh pengurusan sekolah dan jemaah nazir sekolah. Beberapa perkara
penting yang dititikberatkan dalam modul berkenaan iaitu hasil
pembelajaran dan fokus, isi kandungan pelajaran, set induksi,
perkembangan pengajaran dan pembelajaran. Penilaian, rumusan,
tugasan dan refleksi.
Set induksi :
Merupakan suatu perkara atau proses yang diperkenalkan pada minit
pertama pengajaran yang bertujuan untuk menarik perhatian dan
mendorong murid mempengaruhi hasil pembelajaran, set induksi yang
menarik dapat menimbulkan minat murid terhadap tajuk yang hendak
disampaikan guru, murid memperolehi gambaran awal sebelum
dimulakan pengajaran tajuk yang sebenar, mendorong pelajar untuk
mengetahui isi pengajaran, dan pemusatan mental murid kepada satu
konsep atau pendekatan yang hendak dikemukakan oleh guru.
Set induksi boleh disediakan dalam pelbagai bentuk dan kaedah yang
menarik, seperti tayangan sedutan filem, sebuah nasyid, pantun, puisi,
satu persembahan atau lakonan, permainan, soal jawab,
mempamerkan suatu bentuk atau objek, suatu penyataan yang
kontroversial, klip vedio tentang sesuatu panorama, atau satu
peristiwa yang telah berlaku, atau menyediakan satu bahan atau satu
persoalan yang mencabar minda murid. Set induksi yang hendak
disediakan hendaklah yang dapat dikaitkan dengan hasil pembelajaran,
isi pelajaran, yang mendorong minat murid terhadap tajuk yang hendak
diajar, dan dimulakan dalam keadaan murid sudah bersedia bagi
memulakan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran, dalam jangka
masa antara satu hingga lima minit.
Perkembangan isi pelajaran :
Perkembangan isi pelajaran berlaku secara berurutan dengan set
induksi, bagi matapelajaran Pendidikan Islam langkah-langkah
perkembangan dibahagikan kepada tiga aras. Aras pertama adalah
aras asas dan semua murid kelas yang di ajar hendaklah menguasai
aras ini, sekiranya gagal mereka dikehendaki mengikuti program
pemulihan melalui pendekatan yang lebih mudah seperti menyediakan
soalan-soalan yang mudah difahami serta nota ringkas dan mereka
membaca dan memahami nota dengan bimbingan guru kemudian
menjawab soalan manakala murid-murid lain akan terus ke aras kedua
iaitu meneruskan perkembangan selanjutnya, setelah itu guru
membuat penilaian, sekiranya ada yang gagal, murid-murid berkenaan
diberikan program pemulihan dengan pendekatan yang lebih sesuai,
murid-murid lain terus ke aras ketiga sehingga selesai dan diikuti
dengan penilaian yang terakhir dipenghujung pengajaran dan
pembelajaran.
Langkah-langkah perkembangan isi pelajaran perlu bermula dari yang
mudah kepada yang lebih kompleks, langkah-langkah disusun dengan
menggunakan kaedah-kaedah dan teknik-teknik pengajaran yang
sesuai, secocok dengan kemampuan serta menarik minat murid untuk
terus menghayati ilmu yang sedang diterokai. Aktiviti-aktiviti yang
dijalankan dapat dilaksanakan dengan berkesan mengikut masa yang
telah ditetapkan, jika tidak, pembaziran masa akan berlaku dan isi
kandungan tidak dapat diselesaikan. Setiap isi pelajaran yang
diperuntukkan dalam masa tersebut dapat dinyatakan, difahami, dan
sebahagian murid pula dapat  menganalisa, membandingbeza  dan
dapat membuat penilaian.
Pembinaan modal insan yang berkualiti yang menjadi agenda Negara
sewajarnya dipupuk dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Pembinaan intelek, rohani, emosi dan jasmani seharusnya disemai
melalui aktiviti-aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran yang
berterusan supaya ianya menjadi amalan, penghayatan dan
pembudayaan. Penyerapan dengan matapelajaran yang lain, termasuk
prinsip-prinsip Islam Hadhari,  penggabungjalinan dengan tajuk-tajuk
lain, serta penerapan nilai. Guru menggunakan  berbagai kaedah dan
teknik bagi meningkatkan penguasaan ilmu di samping menjana
kemahiran berfikir, termasuk kemahiran-kemahiran lain seperti
kemahiran berkomunikasi dan berintraksi, kemahiran menulis,
kemahiran berhujah, kemahiran imiginasi dan sebagainya, bagi
membentuk kemenjadian murid.
Kemahiran menggunakan sumber yang sedia ada menjadikan
pengajaran dan pembelajaran lebih berksan, seperti alat bantuan
mengajar dan bahan bantuan mengajar dan  bahan bantuan belajar
kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi, bahan rujukan
tambahan, bahan maklumat tambahan dan sebagainya menjadi 
inspirasi guru untuk memudah dan mempercepatkan proses pengajaran
dan pembelajaran. Sumber pengajaran dan pembelajaran hendaklah
yang lebih releven dengan hasil pembelajaran serta isi pembelajaran.
Sumber itu dapat mempercepat dan menjimat masa pembelajaran,
menarik minat murid, dan boleh disertai oleh semua murid. Maklumat
dari sumber berkenaan adalah tepat, pengolahan yang mudah difahami,
senang digunakan dan boleh diubah dan sesuai dengan keadaan
semasa.
Apabila seluruh potensi insan dibangunkan secara intergrasi atau
bersepadu, ia bakal melahirkan insan yang berketrampilan yang
mampu menyumbangkan segala kebolehan  untuk kebaikan diri,
masyarakat dan Negara. Hati adalah penentu dalam pembangunan
insan kerana hati menjadi punca penggerak dan keinnginan manusia
dan dari hati juga lahirnya pertimbangan dan nilai sesuatu amalan. Hati
perlu menjalani proses pendidikan supaya lahirnya hati yang bersih,
baik dan bermanfaat. Intergrasi ilmu yang bersandarkan kepada al-
Quran dan as-Sunnah dan dikaitkan dengan berbagai cabang ilmu,
bakal melahirkan modal insan yang berkualiti.
Pengujian, penilaian, pengukuran  dan pentaksiran :
Pengujian adalah merujuk kepada satu cara untuk merealisasikan
maklumat tentang perubahan tingkahlaku seseorang. Ujian terdiri satu
set soalan  atau tugasan murid yang meminta mereka memberi
respons atau tindakbalas. Ujian yang dijalankan yang berfokus kepada
satu atau lebih unit pembelajaran adalah sebagai pengukur
keberkesanan hasil pembelajaran, mengesan kemajuan yang telah
diperolehi tentang sesuatu isi pelajaran yang telah dihasilkan dalam
aktiviti pembelajaran. Ujian petempatan pula adalah bertujuan menguji
pengetahuan yang sedia ada, bagi menentukan aras pembelajaran yang
berikut, dan ujian diagnostik adalah bertujuan untuk menjadi panduan
kepada guru menentukan kaedah pemulihan dan  pengukuhan yang
akan dilakukan selepas ujian tersebut.
Pengukuran merupakan suatu proses untuk menetapkan kuantiti dan
tahap keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran murid. Alat
pengukuran yang biasa digunakan oleh seseorang guru. Tujuan
pengukuran dalam bilik darjah adalah untuk mengesan hasil
pembelajaran, mengesan kemahiran, kemajuan yang telah dicapai
dalam pembelajaran yang lain serta membuat refleksi terhadap
kemampuan dan penguasaan  seeorang murid. Cara pengukuran boleh
dilakukan dengan kaedah yang pelbagai bagi mendapatkan data
kuantitif, bagi menunjukkan pencapaian dalam isi pelajaran yang
diukur.
Penilaian dalam pembelajaran adalah suatu proses mentaksir sama
ada kuantiti atau tahap sesuatu yang diukur itu boleh diterima atau
tidak. Penilaian melibatkan tiga langkah iaitu mendapatkan maklumat
melalui cara mengukur, menetapkan suatu kriteria bagi pengukuran
dan membuat sesuatu pertimbangan berdasarkan hasil pengukuran.
Selain daripada ujian, penilaian boleh dilakukan melalui soal selidik,
senarai semak, bagi mendapatkan maklumat tentang pencapaian dan
tingkahlaku murid secara menyeluruh.Kepentingan penilaian dalam
bilik darjah, antaranya membantu guru merancang strategi pengajaran
setelah mengetahui punca kelemahan dan merancang program
pengukuhan, dan menentukan pengajaran dan pembelajaran yang lebih
efisien dan efektif. Murid dan ibubapa mendapat laporan kemajuan
pelajaran. Mengesahkan tahap pencapaian murid bagi membantu guru
membuat tindakan susulan. Membantu Pengetua atau Guru Besar,
Penolong Kanan, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, kaunselor, Guru
Bidang dan juga Ketua Panitia Mata Pelajaran bagi melaksanakan
berbagai pendekatan membantu meningkatkan prestasi dalam
peperiksaan.
Penilaian terbahagi kepada dua kategori iaitu penilaian formatif dan
penilaian sumatif.  Penilaian formatif bertujuan untuk mengukur
kemajuan pelajaran murid setelah sesuatu hasil pembelajaran telah
selesai dilaksanakan oleh guru, guru dapat mengetahui pencapaian
murid sama ada boleh diteruskan ke hasil pembelajaran yang
berikutnya. Sekiranya mejoriti murid gagal dalam ujian ini, guru
seharusnya melakukan pemulihan atau pengulangan dalam kaedah
atau pendekatan yang lebih mudah. Jika sebilangan kecil murid yang
gagal, maka murid-murid tersebut juga perlu diipulihkan melalui
bimbingan atau menyediakan tugasan tertentu dan dalam masa yang
sama pengajaran dan pembelajaran murid-murid yang berjaya
diteruskan ke aras atau hasil pelajaran yang berikutnya.
Penilaian sumatif ialah penilaian yang dilakasanakan di akhir semester
atau tahun seperti peperiksaan akhir tahun, peperiksaan semester I,
peperiksaan percubaan dan sebagainya. Tujuannya adalah untuk
menentukan gred-gred pencapaian atau untuk memberi
penganugerahan atau sijil. Bidangnya menjadi lebih luas yang
mencakupi semua perkara yang perlu dikuasai murid bagi setiap mata
pelajaran. Guru juga menggunakan keputusan tersebut sebagai menilai
semula keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Beberapa jenis ujian boleh dilaksanakan oleh guru, antaranya, ujian
rujukan kriteria, ujian rujukan norma, ujian objektif, ujian subjektif,
ujian tara, ujian buatan guru, ujian bukan bertulis, ujian bertulis, ujian
kepantasan dan ujian daya.
Ujian rujukan norma ialah ujian yang bertujuan membanding
pencapaian seorang murid dengan murid yang lain. Soalan-soalan yang
dikemukakan terdapat aras mudah, sederhana dan sukar. Ujian rujukan
kriteria ialah  pencapaian seseorang murid diukur dan dibandingkan
dengan kretiria yang telah ditentukan contohnya untuk mendapat
markah yang penuh bagi sesuatu soalan atau tugasan maka murid
berkenaan perlu memenuhi aspek-aspek yang telah ditentukan. Soalan-
soalan dalam ujian ini adalah hampir sama aras kesukarannya, guru
dapat membayangkan tahap pengetahuan dan kemahiran yang dicapai
oleh murid yang berkenaan. Ujian rujukan kretiria ini lebih
mengutamakan pembelajaran bahagian-bahagian tertetu bukan
keseluruhan.
Ujian objektif adalah ujian yang biasanya memerlukan jawapan pendek
iaitu beberapa perkataan sahaja atau menandakan jawapan mana yang
betul, contohnya ujian aneka pilihan, salah-betul, padanan, isi tempat
kosong dan lengkapkan dan pemeriksa akan memberi markah yang
sama dengan pemeriksa yang lain. Ujian subjektif, ialah soalan yang
bertujuan untuk menguji pengetahuan, kefahaman dan kebolehan
murid itu berfikir, menganalisis, membuat sentisis dan penilaian. Calon
diberi kebebasan untuk memberi jawapan dengan pendekatan sendiri.
Soalan ini terbahagi kepada soalan yang memerlukan jawapan yang
ringkas, dan soalan yang memerlukan jawapan yang tiada had.
Ujian tara ialah ujian yang mempunyai prsedur pentadbiran dan
permarkahan yang setara dengan murid di tempat yang lain sama bagi
satu daerah, negeri atau Negara. Ujian buatan guru adalah ujian yang
disediakan untuk mengukur hasil pengajaran dan pembelajaran
seseorang guru bagi mata pelajaran tersebut. Ujian bulanan,
pertengahan tahun dan akhir tahun sama ada berbentuk objektif atau
subjektif.
Ujian bukan bertulis dikatakan sebagai ujian perlakuan, yang tidak
menggunakan perkataan kecuali semasa memberi arahan. Contohnya,
murid menyusun kembali keratan-keratan gambar supaya menjadi
gambar yang lengkap. Ujian bertulis iaitu ujian yang perlu dijawab
menggunakan perkataan yang ditulis di atas kertas.
Ujian kepantasan ialah ujian yang mengandungi jumlah soalan yang
banyak dan perlu diselesaikan dalam jangka masa yang terhad dan
hampir sama aras kesukarannya. Ujian Daya ialah ujian yang terdiri
daripada soalan-soalan yang berbeza-beza aras kesukaran dan
markahnya tertakluk kepada jumlah soalan yang dijawab dengan betul,
masa yang diperuntukkan adalah lebih lama dimana mejoriti pelajar
dapat menyelesaikan semua soalan.
Jadual penentuan ujian (JPU) dan sekarang dikenali sebagai  jadual
spesifikasi ujian (JSU), adalah satu senarai objektif pengajaran dan
aras pemahaman yang hendak diuji dan menjadi satu panduan untuk
menghasilkan satu set soalan yang mempunyai item-item soalan.
Tujuan utama pembinaan  JSU untuk mengawal soalan-soalan yang
akan dihasilkan,  menentukan kesahan dan kebolehpercayaan ujian,
menjadi garis panduan kepada penggubal soalan, menstabilkan aras
kesukaran yang ditentukan oleh pihak bertanggungjawab, dan
membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yang
lain.
Ciri-ciri utama  JSU ialah penentuan tajuk, aras kemahiran yang
hendak diuji, paksi menegak adalah tajuk atau isi pengajaran, paksi
mendatar adalah kemahiran atau konstruk, bilangan soalan, dan
menetukan kesahan setiap ujian. Prosedur pembinaan JSU iaitu
bermula dengan langkah pertama iaitu memilih hasil pembelajaran
yang hendak diuji, menyenaraikan isi atau tajuk-tajuk, dan membina
carta menegak dan melintang.
Rumusan, tugasan dan refleksi :
Guru merumuskan hasil pembelajaran yang telah dikembangkan
melalui pelbagai kaedah yang menarik, bukan sekadar guru
menggambarkan sepintas lalu isi kandungan, tetapi  guru boleh
menggerakkan murid memberi rumusan berdasar pengalaman
pembelajaran tersebut, rumusan juga boleh dipindah dalam pelbagai
bentuk seperti susunan dalam bait-bait puisi, sajak, pantun, soal jawab
dan main peranan.
Tugasan yang disediakan kepada murid adalah untuk pemulihan dan
pengukuhan, bergantung kepada pencapaian hasil pembelajaran,
tugasan boleh dijelmakan dalam bentuk pemantapan isi seperti
meminta murid menyedia peta minda lengkap, menjawab soalan-soalan
yang diberi atau untuk tujuan pengukuhan seperti membuat rujukan di
perpustakaan, menyediakan folio, atau buku skrap, membuat kajian-
kajian luaran, menulis dalam bentuk karangan dan sebagainya.
Guru perlu mencatatkan kemajuan dan kelemahan yang terdapat dalam
pengajaran dan pembelajaran tersebut dan mencari peluang-peluang
bagi pengubahsuaian serta mengemuka pandangan atau cadangan 
bagi menyelesaikan beberapa masaalah pembelajaran supaya
pengajaran dan pembelajaran berikut dapat dilaksakan dengan lebih
sempurna dan terdapat penambahbaikan.
Penutup
Guru yang berkualiti mempunyai wawasan yang jelas, daya kreativiti,
serta peka  terhadap segala perubahan yang dikehendaki oleh
pengurusan atasan supaya tidak berlaku pembaziran waktu disebabkan
berbagai pemantauan yang penyeliaan yang terpaksa dijalankan.
Guru yang berwibawa sentiasa memikir kaedah bagi mencapai
pengurusan yang cemerlang, di antara perkara yang menjadi fokus
ialah mengetahui dan memahami bidang kerjayanya, menghayati hasil
kerja atau objektif kerja untuk jangka panjang dan jangka pendek,
kerja yang dilakukan lebih spesifik, boleh diukur pencapaiannya, boleh
dicapai, realistik, dan bijak dalam  pengurusan masa.
Perancangan yang rapi bagi memastikan objektif-objektif tercapai,
meletakkan keutamaan dalam tugasan. Keupayaan, kemahiran
melaksanakan tugas, kemahiran berfikir, kemahiran berintrkasi, dan
berkomunikasi, kemahiran mengurus dan mentadbir, dan kemahiran
mengaplikasi peralatan yang terkini seperti komputer, kecekapan
menjalankan tugasan yang diamanahkan di samping memiliki wawasan
yang jelas. Kemampuan membuat pemantauan atau refelkesi di atas
kerja-kerja yang telah dilakukan untuk tujuan penambahbaikan, di
samping memiliki sahsiah sebagai seorang guru yang boleh
mempamerkan teladan yang baik kepada semua orang serta mematuhi
tonggak dua belas, nilai dan etika dalam perkhidmatan awam serta
etika kerja dalam Islam.
Guru yang berwawasan bertindak sebagai mualim, muaddib, murabbi,
mursyid, dan dalam masa yang sama sebagai fasilitator, pembimbing
dan kaunselor yang sentiasa komited dengan kerjayanya iaitu
menumpukan perhatian dengan bersungguh-sungguh melaksanakan
tugas. Sabda Rasulullah SAW bermaksud, ‘sesungguhnya Allah suka
apabila seseorang itu melakukan pekerjaan dengan tekun’. (Riwayat
Baihaqi). Guru adalah segala-galanya.
Pengurusan bilik darjah yang dinamik bergantung kepada
kebijaksanaan guru memainkan peranan sebaik mungkin bagi
menghasil bilik darjah harmonis, kondusif dan perlaksanaan
pengajaran dan pembelajaran yang memberansangkan serta mencapai
objektif.

Jumaat, 18 Januari 2013

4. Kepentingan Pengurusan Bilik Darjah yang Baik


Bilik darjah merupakan kawasan atau tempat yang digunakan untuk melaksanakan Pengajaran dan
Pembelajaran. Secara asasnya, di dalamnya terdapat papan hitam, meja murid, meja guru, kerusi,
papan kenyataan, kipas dan lampu. 

Maka, kepentingan dalam pengurusan bilik darjah amat penting untuk menyediakan prasarana yang
baik dalam usaha menyediakan persekitaran yang selesa semasa proses P&P berlangsung. 

Oleh itu, guru haruslah memainkan peranan utama dalam menyediakan bilik darjah yang selesa agar
murid dapat belajar dengan selesa dan mudah serta mampu merangsang mereka untuk menimba
ilmu dengan lebih berkesan. Perhatikan bilik darjah ini. Bilik darjah ini merupakan bilik darjah untuk
tahun satu. 
Saya juga kagum dengan guru kelasnya yang begitu kreatif dalam menguruskan bilik darjah supaya
lebih selesa dan ceria untuk muridnya. Tahniah!

5. KONSEP ASAS KEPEMIMPINAN GURU

Dalam menuju ke arah matlamat Negara maju, Masyarakat kini mulai sedar bahawa
kemajuan  Negara baik dari segi pembangunan sosial, politik dan agama amat bergantung
kepada kecekapan dan keberkesanan sistem pendidikan Negara. Perkembangan
pendidikan yang menyeluruh dan pesat pula memerlukan pemimpin dan penampilan ciri-
ciri kepemimpinan yang berkesan ke arah pencapaian aspirasi Negara.
          Pada amnya, kepemimpinan adalah satu proses yang melibatkan keupayaan dan
kekuatan menyakinkan orang lain. Kepemimpinan adalah satu proses mempengaruhi
tingkah laku orang lain untuk menggalakkan mereka bekerja ke arah pencapaian sesuatu
matlamat yang ditetapkan. Kepemimpinan akan saling berkaitan dengan pemimpin.  Bagi
mengekalkan kepemimpinan orang lain terhadap guru, seseorang guru perlulah sentiasa
meningkatkan kebolehannya dalam bidang yang dipertanggungjawabkan. Dengan itu,
perlaksanaan tugasan melalui kepemimpinan guru memerlukan kriteria-kriteria seperti
keperibadian yang perlu disemai dan dapat melahirkan rasa hormat, personaliti yang
perlu diperkembangkan, kedudukan yang perlu dihormati dan kebolehan yang
mewujudkan kepercayaan dan amanah.
          Justeru itu, banyak yang perlu dihuraikan dan difahami daripada konsep
kepemimpinan ini kerana konsep kepemimpinan guru itu sendiri adalah amat rumit.
          Jika dilihat dalam konteks guru di sekolah dan peranan hakiki seorang guru untuk
menyampaikan ilmu dan pengetahuan, seorang guru itu haruslah mempunyai kepimpinan
dalam bilik darjah. Kepimpinan dalam bilik darjah merupakan satu set kemahiran di mana
guru menggunakan kepimpinannya untuk mengurus dirinya sendiri dan berkomunikasi
dengan yang lain. Kepimpinan guru dalam bilik darjah memerlukan tanggungjawab guru
untuk mewujudkan suasana iklim bilik darjah yang kondusif untuk menyampaikan proses
pengajaran dan pembelajaran secara berkesan kepada murid.  Bagi mewujudkan budaya
bilik darjah yang efektif, guru-guru perlu mampu membangkitkan minat murid untuk
sentiasa seronok, ceria dan tidak mempunyai tekanan dalam menuntut ilmu. Corak dan
suasana interaksi ini lazimnya boleh dicapai dengan mengambilkira tiga faktor yang
mempengaruhi bilik darjah iaitu faktor fizikal, faktor sosial dan faktor emosi. Selain itu,
cara penyampaian dan stail kepimpinan guru dalam bilik darjah merupakan aspek utama
bagi menghasilkan iklim pembelajaran yang berkesan. Perkara ini termasuklah suara guru
yang sesuai, lantang dan jelas menyampaikan pengajaran. Di samping itu, sikap positif
dan berekspektasi tinggi yang dipaparkan oleh seorang guru akan membawa kepada
kecemerlangan murid. Cara kepimpinan guru yang demokratik yang menekankan
kerjasama, berinisiatif dan penggunaan pujian juga mampu membimbing murid ke arah
nilai positf. Contoh Kepemimpinan guru dapat dilihat melalui keadaan seperti ketika
suasana kelas sedang bising, dan apabila guru mengangkat tangan semua murid yang
bising dalam kelas menjadi senyap dan kembali fokus kepada pengajaran guru.
          Kepemimpinan seorang guru turut dipandang dalam sudut pandangan islam.
Menurut perspektif islam, kepimpinan adalah amanah yang wajib ditunaikan. Pemimpin
pula ialah orang memandu dan mengajak orang lain ke arah kebahagiaan, mendapat
kredhaan Allah, membuat segala suruhanNYa dan meninggalkan segala laranganNya.
Seorang pemimpin seharusnya beriman kepada Tuhan dan mempunyai kepercayaan dan
kepatuhan kepada agama. Tidak kiralah sama ada guru tersebut beragama Islam, Kristian,
Hindu ataupun Buddha, kepercayaan ini penting bagi memastikan mereka mempunyai
pegangan dan dasar kepercayaan yang utuh. Bertitik tolak kepada kepercayaan kepada
agama ini lah akan mencernakan peribadi terpuji selaras dengan tuntutan agama. 
Manakala konsep etika dan amalan keagamaan seharusnya member kekuatan jatidiri
kepada para guru yakni pemimpin di dalam memimpin sesebuah organisasi terutamanya
memacu kecemerlangan pendidikan di sekolah. Dalam merealisasikan dan melahirkan
guru yang mempunyai kepimpinan berwibawa seperti yang dianjurkan, beberapa peranan
penting harus lah dimainkan oleh seseorang pendidik.peranan paling utama yang perlu
ditonjolkan adalah menjadi role model kepada setiap murid di sekolah. Guru haruslah
berupaya dan berkemampuan untuk memberikan contoh tauladan terbaik, contoh apabila
berhadapan dengan seorang murid yang bermasalah disiplin, nasihat dan langkah
penyelesaian yang diberikan mestilah sesuai dan bertetapan dengan ciri sikap dan
perilaku serta akhlak guru itu sendiri. Seorang guru yang baik mesti mampu untuk
merubah murid menjadi baik dan begitulah sebalikya.
          Kepemimpinan juga adalah satu proses mempengaruhi tingkah laku orang lain
untuk menggalakkan mereka bekerja ke arah pencapaian sesuatu matlamat yang
ditetapkan. Ini bermaksud, kepemimpinan juga merupakan keupayaan untuk
mempengaruhi ahl-ahli kumpulan untuk mencapai sesuatu matlamat dan untuk
mempengaruhi sistem kepercayaan, tindakan dan nilai ahli-ahli dalam
kumpuannya.konsep asas kepemimpinan yang seterusnya adalah merujuk kepada
kepimpinan diantara pemimpin dengan pengikut. Walaupun pemimpin mempunyai kuasa
tetapi kekuatan pengaruh lebih bergantung kepada pujukan daripada paksaan. Proses ini
selalunya melibatkan pertalian pengaruh yang bersifat dua arah dan tujuan utama ialah
untuk mencapai matlamat bersama. Jadi kepimpinan bukan hanya tanggungjawab
pemimpin, tetapi memerlukan usaha daripada pengikut-pengikutnya.
          Dalam konsep kepimpinan guru dan budaya sekolah, guru merupakan pemimpin
yang berperanan sebagai agen perubahan. Perubahan yang dimaksudkan adalah
melibatkan perubahan ke atas sekolah dan pengajaran dalam bilik darjah. Guru juga
adalah individu yang menggariskan hala tuju dan membentuk murid ke arah
merealisasikannya dengan nilai-nilai kepimpinan yang positif. Guru sebagai pengajar
perlu berusaha untuk memahamkan murid berkaitan konsep dengan mudah, sistematik,
seronok dan bermakna. Di samping itu, guru turut sama berperanan sebagai individu
yang menjadi jambatan rujukan pengetahuan dan maklumat para murid. Justeru, guru
perlulah menunjakkan kepimpinannya dengan sentiasa bersedia dan boleh menyesuaikan
diri dengan keadaan iaitu mempamerkan corak atau gelagat kepimpinan yang sesuai.
Contohnya, dalam zaman globalisasi pendidikan yang mencabar ini, rata-rata murid
terlebih dahulu terdedah dan mahir dalam penggunaan TMK. Maka, sebagai guru, kita
perlu lah mengambil langkah yang lebih besar untuk mempelajari kemahiran TMK dan
berada seiring dengan perkembangan budaya dan persekitaran murid.
          Kecemerlangan sesebuah sekolah bergantung kepada pendekatan dan
kesungguhan guru-guru di sekolah bekerjasama dalam mendukung hasrat misi dan visi
sekolah. Kerjasama dalam kalangan guru bukan sahaja menyerlahkan profesionalisme
keguruan malah turut menjulang kepimpinan guru. Seorang guru yang berkarisma dalam
memimpin sesuatu organisasi juga berupaya untuk memupuk nilai kepimpinan dalam diri
rakan sejawatanya dan seterusnya mewujudkan suasana yang fleksibel untuk sebarang
bentuk kerjasamaantara mereka. Sekolah yang berjaya dan berkesanbiasanya dibantu
oleh penglibatan aktif guru-guru dalam tugas berkumpulan dan lazimnya wujud kerjasama
harmoni dalam kalangan komuniti tersebut. Contoh yang boleh dikaitkan dengan daya
kepimpinan sesame guru ini adalah seperti keupayaan seseorang guru untuk
bekerjasama, berinteraksi serta mendorong rakan sejawatanya dengan menggunakan
kuasa pujukan daripada paksaan untuk mencapai matlamat sesebuah aktiviti yang telah
dirancangkan.
          Konsep kepemimpinan guru ini juga turut meliputi ruang lingkup yang lebih luas
dengan melibatkan masyarakat umum. Guru yang mengamalkan kepimpinan yang
berkesan dapat menarik kepercayaan masyarakat untuk bekerjasama dengan pihak
sekolah. Ahli masyarakat yang dimaksudkan di sini adalah golongan ibu bapa yang
menjadi tulang belakang kepada kehidupan sosial murid. Guru yang berwibawa memiliki
keupayaan untuk melibatkan ibu bapa dalam proses memberikan pendidikan formal
kepada anak-anak mereka. Hubungan ibu bapa dan guru yang tidak hanya terbatas di atas
meja mesyuarat PIBG akan membuka ruang kolaborasi yang lebih dinamik serta mengikis
kebimbangan ibu bapa terhadap kreadibiliti guru dalam aspek pembentukan disiplin dan
jati diri anak mereka. Kepemimpinan guru yang berkesan juga mengurangkan beban
individu kerana kerjasama kumpulan lebih dititikberatkan. Sebagai contoh, pengagihan
tugas dalam  mesyuarat agung PIBG antara pihak guru dan pihak ibu bapa akan
mengurangkan beban tugas sesama ahli dan pada masa yang sama memupuk kerjasama
dua hala melalui kepimpinan guru.
Secara ringkasnya, guru boleh dianologikan sebagai kapten kapal yang sedang
mengemudi sebuah kapal yang tidak ada penghujung pelayarannya tetapi yang ada Cuma
persingahan untuk menurunkan penumpang. Jika baik pengemudiaanya maka
penumpang akan berlabuh dengan selamat. Murid dianalogikan sebagai penumpang
kapal yang belayar tersebut. Ibu bapa pula adalah bebaling yang menyokong dan
memastikan kapal sampai ke destinasi yang hendak dituju sepertimana diharapkan.
Analogi ini memberikan gambaran akan betapa pentingnya nilai kepimpinan seseorang
guru yang juga digelar arkitek pembinaan insan salam melaksanakan tugas yang tiada
penghujungnya. , kepimpinan pendidikan di peringkat sekolah melibatkan satu set proses
pengaruh yang kompleks dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan bagi memperbaiki kesannya
kepada sekolah adalah melalui perubahan secara sukarela. Oleh itu, proses kepimpinan
peringkat sekolah berlaku bermula daripada guru kepada pentadbir, pentadbir kepada
guru-guru dan guru-guru dengan ibubapa, masyarakat, dan lain-lain agen yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung dengan sekolah.

6. Contoh Laporan Temu Bual Peranan Guru sebagai


Pemimpin Profesional dalam Pelbagai Aspek
Pembelajaran dan Pemudahcaraan
- Julai 19, 2019

Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin

Pada 28 Februari 2019, saya telah menjalankan sesi temu bual bersama dengan salah
seorang guru di Sekolah Kebangsaan Batu 4 Jalan Apas, Tawau. Tujuan saya
melakukan sesi temu bual tersebut adalah untuk mengetahui berkenaan dengan
peranan guru sebagai pemimpin profesional dalam pelbagai aspek pembelajaran dan
pemudahcaraan di dalam bilik darjah. Perkara tersebut bertepatan dengan keperluan
tugasan kursus asas pendidikan iaitu EDUP3083 Asas Kepemimpinan dan
Pembangunan Profesionalisme Guru yang mana memerlukan saya untuk menjalankan
sesi temu bual terhadap guru di sekolah pilihan saya semasa menjalani internship. Guru
yang ditemu bual merupakan Ketua Panitia Matematik di sekolah tersebut dan
mempunyai pengalaman mengajar selama 27 tahun bermula pada tahun 1992. Bentuk
temu bual yang telah saya laksanakan adalah temu bual separa berstruktur untuk
membolehkan saya melakukan penyoalan lebih lanjut berdasarkan jawapan yang
dikemukakan oleh responden. Temu bual tersebut telah dilaksanakan pada 28 Februari
2019 di bilik guru sekolah bermula pukul 10:00 am sehingga 11:00 am.

Semasa melaksanakan temu bual, saya telah mengajukan beberapa soalan yang
merangkumi kefahaman responden terhadap konsep profesionalisme keguruan,
peranan guru sebagai pemimpin profesional dalam pelbagai aspek pembelajaran dan
pemudahcaraan serta beberapa soalan lanjutan. Berlandaskan perspektif responden,
profesion keguruan dianggap profesional kerana , kerjaya sebagai guru dianggap
sebagai profesional kerana memberikan perkhidmatan yang penting iaitu mendidik anak
bangsa, memerlukan keupayaan intelek dalam melaksanakan pembelajaran dan
pemudahcaraan, memerlukan latihan khusus dalam bidang perguruan dan mempunyai
kod etika tersendiri. Berdasarkan temu bual yang telah saya jalankan, terdapat
beberapa peranan guru sebagai pemimpin profesional dalam konteks pembelajaran dan
pemudahcaraan dalam pelbagai aspek kepemimpinan yang telah saya kemukan.
Menurut Syed Ismail Syed Mustapa dan Ahmad Subki Miskon (2010), kepimpinan
profesional dalam kalangan guru dapat diklasifikasikan kepada empat iaitu
perancangan, pengelolaan, pengarahan dan pengawalan. Dalam temu bual yang telah
dilaksanakan, responden telah menyatakan peranan responden sebagai ketua panitia
secara terperinci berdasarkan aspek-aspek kepemimpinan profesional dalam konteks
guru seperti yang telah saya nyatakan pada awal sesi temu bual berlangsung.

Perancangan merupakan antara aspek kepemimpinan profesional dalam konteks


guru. Secara amnya, perancangan merujuk kepada penentuan matlamat jangka panjang
dan jangka pendek (Ragbir Kaur Joginder Singh, 2013). Berdasarkan temu bual
tersebut, peranan responden dari aspek perancangan sebagai ketua panitia di sekolah
tersebut adalah mengadakan mesyuarat untuk panitia matematik. Dalam mesyuarat
tersebut, perkara yang dibincangkan oleh responden bersama dengan guru panitia
matematik ialah pembahagian tugas dari segi kurikulum. Responden juga menyatakan
bahawa pembahagian tugas tersebut  dilakukan secara adil untuk memastikan guru
dalam panitia matematik dapat melaksanakan tugas yang telah diberikan dengan efektif.
Semasa mesyuarat juga, responden bersama dengan guru panitia matematik
berbincang berkenaan dengan penghasilan rancangan pengajaran tahunan, rancangan
pengajaran tahunan, rancangan pengajaran mingguan dan rancangan pengajaran
harian untuk membolehkan guru panitia matematik melaksanakan proses pembelajaran
dan pemudahcaraan dengan efektif dan sistematik. Responden turut menyatakan
bahawa panitia matematik turut membincangkan berkenaan dengan aktiviti yang
menjurus ke arah peningkatan pencapaian murid dalam Ujian Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR) bagi mata pelajaran Matematik seperti kelas tambahan dan bengkel
menjawab soalan-soalan Matematik UPSR untuk mendedahkan murid dengan format
soalan Matematik UPSR untuk meningkatkan pencapaian Gred Purata Mata Pelajaran
(GPMP) bagi mata pelajaran tersebut. Hal ini adalah bertepatan dengan sasaran yang
telah ditetapkan oleh panitia matematik sekolah tersebut.

Aspek kepemimpinan profesional yang seterusnya adalah pengelolaan.


Berdasarkan konsep yang dikemukakan oleh Wong Kiet Wah et al. (2018), pengelolaan
merujuk kepada peningkatan penyempurnaan perancangan untuk mencapai matlamat.
Menurut responden, peranan responden dalam aspek pengelolaan sebagai ketua
panitia ialah mengelola pelbagai program berasaskan akademik dan bukan berasaskan
akademik untuk mengembangkan potensi murid dalam pelbagai aspek. Perkara ini
bertepatan dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan
rakyat Malaysia yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial
(Noriati A. Rashid e tal., 2012). Dalam konteks akademik, responden mengelolakan
pelaksanaan kelas tambahan untuk murid Tahun 6 untuk membolehkan mereka
memahami kaedah menjawab soalan kertas Matematik UPSR dengan mudah.
Responden turut menyatakan bahawa pelaksanaan kelas tambahan tersebut adalah
untuk meningkatkan kefahaman murid terhadap soalan aras tinggi yang telah mula
diperkenalkan dalam UPSR bermula pada tahun 2016 (Raja Noraina Raja Rahim,
2018). Untuk aktiviti bukan berasaskan akademik pula, responden bersama guru dalam
panitia matematik menganjurkan kuiz Matematik untuk memilih murid yang akan
mewakili sekolah dalam pertandingan Kangroo Math Competetion. Responden juga
turut menyatakan bahawa beliau merupakan penyelaras dalam pengelolaan
pertandingan Kangroo Math Competetion tersebut. Perkara ini adalah untuk memberi
peluang kepada murid menyerlahkan potensi diri masing-masing menerusi penglibatan
dalam aktiviti kokurikulum. Menerusi pengelolaan aktiviti sedemikian, kepimpinan
seseorang guru dapat ditingkatkan.

Pengarahan merupakan salah satu aspek kepimpinan profesional guru yang


merujuk kepada cara memimpin melaksanakan tugas dan mempengaruhi individu yang
dipimpin untuk mendapatkan kerjasama mereka bagi melaksanakan tugas (Omar Abdul
Kareem dan Khuan Wai Bing, 2005). Dalam temu bual yang telah dilaksanakan,
responden menyatakan bahawa guru sentiasa menerima arahan daripada pihak atasan
signifikan dengan transformasi bidang pendidikan. Hal ini bertepatan dengan Sufean
Hussin (2004) yang menyatakan bahawa bidang pendidikan bersifat dinamik mengikut
perubahan semasa. Perubahan kurikulum yang berlaku menerusi pelaksanaan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada tahun 2011 telah menyebabkan
responden yang juga merupakan ketua panitia menghadiri kursus pelaksanaan KSSR
yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Responden sebagai ketua
panitia juga menyampaikan input yang diperoleh semasa kursus tersebut kepada guru
matematik sekolah tersebut. Menerusi penyampaian tersebut, guru panitia matematik di
sekolah dapat meningkatkan kefahaman mereka terhadap pelaksanaan proses
pembelajaran dan pemudahcaraan berdasarkan KSSR.

Pengintegrasian elemen Pembelajaran abad ke-21 kini kian diberi penekanan


oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sejajar dengan transformasi yang berlaku dalam
sistem pendidikan negara (Badrul Hisham Alang Osman, 2016). Dalam merealisasikan
hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengintegrasikan pembelajaran abad
ke-21, responden juga telah mengarahkan agar guru matematik di sekolah tersebut
melaksanakan proses pembelajaran dan pemudahcaraan yang mengintegrasikan
elemen pembelajaran abad ke-21 tersebut. Menurut responden juga, penekanan yang
diberikan oleh pembelajaran abad ke-21 adalah seperti peranan guru sebagai fasilitator,
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi, pembelajaran berpusatkan murid dan
juga pembelajaran kolaboratif. Hal ini amatlah penting untuk memastikan penglibatan
aktif murid semasa berlangsungnya proses pembelajaran dan pemudahcaraan di dalam
bilik darjah. Dalam hal ini, responden telah mengikuti kursus berkenaan dengan
pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 dalam proses pembelajaran dan
pemudahcaraan. Untuk meningkatkan kefahaman guru matematik terhadap
pengintegrasian elemen pembelajaran abad ke-21 tersebut, responden sebagai ketua
panitia mengadakan sesi perkongsian untuk meningkatkan kefahaman guru matematik
di sekolah berkenaan dengan kaedah pengimplementasian elemen pembelajaran abad
ke-21 dalam pembelajaran dan pemudahcaraan. Oleh yang demikian, sesi perkongsian
yang dilakukan oleh responden membantu guru matematik yang lain untuk
meningkatkan kefahaman mereka terhadap elemen pembelajaran abad ke-21.

 Selain daripada mengarahkan guru matematik melaksanakan proses


pembelajaran berasaskan pembelajaran abad ke-21, responden turut mengarahkan
guru matematik Tahap 1 untuk melaksanakan pentaksiran bilik darjah dalam
pembelajaran dan pemudahcaraan di dalam bilik darjah. Perkara ini selaras dengan
arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang mana
menyatakan bahawa pelaksanaan pentaksiran bilik darjah dalam kalangan murid Tahap
1 bermula pada tahun 2019. Menurut Luqman Arif Abdul Karim (2018), pentaksiran bilik
darjah telah mula dilaksanakan di sekolah rendah bagi murid Tahap 1. Tambah
responden, pentaksiran bilik darjah memerlukan peranan guru sepenuhnya dalam
melaksanakan pentaksiran terhadap murid. Murid yang dinilai secara berterusan dalam
pelbagai bentuk pentaksiran yang merupakan sebahagian daripada proses
pembelajaran dan pemudahcaraan iaitu dari aspek penilaian merangkumi pengetahuan,
kemahiran dan nilai.  Untuk memastikan perkara tersebut berjalan dengan lancar,
responden menyatakan bahawa beliau memberikan penerangan kepada guru
matematik untuk meningkatkan kefahaman mereka terhadap pelaksanaan pentaksiran
bilik darjah. Bagi memastikan perkara tersebut berlaku, responden meminta guru
matematik Tahap 1 di sekolah tersebut untuk menghantar laporan pelaksanaan
pentaksiran bilik darjah.

            Aspek kepemimpinan profesional yang selanjutnya adalah pengawalan iaitu


proses untuk menentukan dan menjamin agar kegiatan individu yang dipimpin terarah
pada pencapaian matlamat yang telah ditetapkan (Syed Ismail Syed Mustapa dan
Ahmad Subki Miskon, 2010). Berdasarkan temu bual, responden menyatakan bahawa
dalam aspek pengawalan, responden yang juga ketua panitia melakukan cerapan
terhadap guru matematik untuk menilai prestasi pelaksanaan proses pembelajaran dan
pemudahcaraan guru tersebut. Menerusi cerapan yang dilakukan, responden dapat
membantu guru untuk melakukan penambahbaikan terhadap amalan pedagogi guru
tersebut ke arah merealisasikan aspirasi sistem pendidikan negara. Hal ini sejajar
dengan Zuraidah Abdullah et al. (2016) yang menyatakan bahawa penyeliaan
membantu meningkatkan kualiti amalan pedagogi guru. Untuk meningkatkan
kefahaman  amalan pedagogi yang berkesan, responden menyatakan bahawa beliau
turut melaksanakan konsep komuniti pembelajaran profesional yang mana responden
berperanan sebagai mentor kepada guru matematik yang lain. Dalam hal ini, responden
menyatakan bahawa antara strategi komuniti pembelajaran profesional yang beliau
laksanakan adalah bimbingan rakan guru, pembelajaran rancangan pengajaran harian
dan sesi perkongsian guru. Perkara tersebut amat penting untuk meningkatkan
kefahaman guru terhadap pelaksanaan aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan yang
berkesan.

Secara holistik, terdapat pelbagai peranan guru sebagai pemimpin profesional


dalam pelbagai aspek pembelajaran dan pemudahcaraan berdasarkan temu bual yang
telah dijalankan. Berdasarkan pernyataan tersebut, peranan guru sebagai pemimpin
profesional dalam pelbagai aspek pembelajaran dan pemudahcaraan dapat
diklasifikasikan kepada perancangan, pengelolaan, pengarahan dan pengawalan.
Aspek-aspek tersebut memainkan peranan yang fundamental dalam konteks guru
sebagai pemimpin yang profesional.  Perkara tersebut amatlah penting kerana
keberkesanan proses pembelajaran dan pemudahcaraan bergantung kepada
kepimpinan yang dimiliki oleh guru.

You might also like