You are on page 1of 13

Teori Perkembangan Robert Havighurst Robert Havighurst ialah seorang psikologi Amerika Syarikat yang terkenal dengan teori

perkembangan sosio budaya dan antropologinya. Beliau

berpendapat bahawa perkembangan kanak-kanak amat dipengaruhi oleh faktor persekitarannya. Ini merupakan satu elemen yang sangat penting dalam perkembangan kanak-kanak. Ini bermakna perkembangan personality kanakkanak juga dipengaruhi oleh nilai-nilai murni, norma-norma dan budaya masyarakat. Institusi keluarga juga amat mempengaruhi personality dan tingkah laku dalam proses perkembangan kanak-kanak. Beliau juga menyatakan bahawa faktor biologi, psikologi dan sosial seperti rakan sebaya, masyarakat dan sekolah juga akan mempengaruhi perkembangan kank-kanak. Selain itu, beliau telah memperkenalkan konsep-konsep tentang tugas perkembangan kanak-kanak. Tugas-tugas perkembangan ini merupakan satu tugas yang lahir pada satu masa lahir dalam hidup individu tersebut. Kejayaan dalam mencapai tugas ini akan memberikan kegembiraan kepada individu tersebut manakala kegagalan akan membawa kesedihan dan kesusahan dalam melaksanakan tugas-tugas yang selanjutnya. Oleh itu, beliau telah

membahagikan perkembangan kanak-kanak kepada tiga peringkat. Peringkat pertama ialah peringkat bayi dan awal kanak-kanak (0-6 tahun). Kanak-kanak mula bercakap, berintraksi dengan orang lain, belajar bertolak ansur dan bertimbang rasa, sedia mendengar pandangan orang lain dan boleh

membezakan betul dan salah pada peringkat ini. Peringkat yang seterusnya ialah peringkat pertengahan kanak-kanak (6-12 tahun). Di peringkat ini, kanakkanak boleh menguasai beberapa kemahiran dalam permainan, kemahiran 3M, mula berkawan dengan orang lain dan mampu memahami konsep hidup serta moral. Kemahiran 3M bermaksud kemahiran membaca, menulis dan mengira. Peringkat akhir dalam teori perkembangan beliau ialah peringkat awal remaja dan remaja (12-18 tahun). Bentuk badan kanak-kanak pada peringkat ini mula berubah. Mereka juga berminat untuk bergaul dengan rakan berlainan jantina

sama ada lelaki atau perempuan. Mereka juga ingin mendapatkan kebebasan dan konsep baik serta konsep buruk. Secara tuntasnya, peringkat kedua iaitu peringkat pertengahan kanakkanak (6-12 tahun) dalam teori beliau berkaitan dengan tugasan Perkembangan Kanak-kanak EDU 3102 semasa menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) pertama saya di sekolah rendah.

Sukatan Pelajaran Sukatan pelajaran bagi Tahun 1 dan Tahun 2 dalam sekolah rendah adalah berasaskan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), manakala bagi Tahun 3 hingga Tahun 6 pula berasaskan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). KSSR diperkenalkan pada tahun 2011. Menurut Robert Havighurst, kanak-kanak yang berada di peringkat umur 6 hingga 12 sudah boleh membentuk konsep kendiri, kemahiran sosial dan memperolehi kemahiran 3M seperti kemahiran membaca, kemahiran menulis dan kemahiran mengira yang selaras dengan matlamat mata pelajaran Bahasa Cina KSSR dan KBSR. Namun demikian, sukatan pelajaran yang telah saya perhatikan semasa saya berada di SJK (C) Min Te ialah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KBSR). Saya telah memerhatikan KSSR Bahasa Cina Tahun Satu yang telah diajar oleh seorang guru Bahasa Cina yang bernama Lee Sui Ning di kelas 1M. Mata pelajaran yang tergandung dalam KSSR diperkenalkan adalah lebih sedikit tetapi menggunakan pendekatan yang lebih interaktif. KSSR yang diperkenalkan tidak akan menggantikan KBSR tetapi sebaliknya akan

bergerak beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Melalui KSSR, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menggunakan modul bagi menggantikan buku teks. Matlamat utama KSSR adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid-murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu yang meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani supaya dapat melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia serta berdaya saing. Matlamat-matlamat yang tergandung dalam KSSR juga meliputi keperluan mata pelajaran tersebut. Sebahagian matlamat yang digariskan dalam KSSR Tahun 1 adalah seperti mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), Pendidikan Jasmani dan Matematik. Matlamat utama TMK dalam KSSR adalah untuk menyediakan penanda aras pencapaian murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Ini membolehkan dan memastikan muridmurid dapat menguasai pengetahuan dan kemahiran asas TMK yang perlu dipelajari, menggalakkan kreativiti dan menyediakan pembelajaran yang menarik

dari peringkat awal umur kanak-kanak yang akan kekal sepanjang hayat. Manakal mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang tergandung dalam KSSR adalah bertujuan membina murid-murid menjadi individu yang cergas dan sihat serta berkemahiran dan berpengetahuan melakukan aktiviti fizikal ke arah mencapai kesejahteraan diri. Selain itu, mata pelajaran Matematik yang tergandung dalam KSSR adalah bermatlamat untuk membina pemahaman murid-murid tentang konsep nombor, kemahiran asas dalam pengiraan memahami idea Matematik yang mudah dan berketrampilan dalam

mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik secara berkesan dan menjadi seorang modal insan yang bertanggungjawab dalam kehidupan seharian. Mata pelajran tersebut juga selaras dengan teori Robert Havighurst, iaitu kanak-kank boleh mempelajari dan menguasai kemahiran membaca, kemahiran menulis dan kemahiran mengira serta membentuk konsep kendiri yang baik. KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul, iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif. Murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 3 menumpu kepada penguasaan 4M, iaitu kemahiran membaca, kemahiran menulis, kemahiran mengira dan kemahiran menaakul. Mereka juga mempelajari dan menguasai kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (TMK), perkembangan sosial, emosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Manakala bagi murid-murid Tahun 4 hingga Tahun 6 tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas TMK, perkembangan sosial, emosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai. Pelaksanaan modul KSSR tersebut juga memperkembangkan kanak-kanak yang berada di peringkat umur 6 hingga 12 boleh membentuk konsep kendiri, kemahiran sosial dan memperolehi kemahiran 3M seperti kemahiran membaca, kemahiran menulis dan kemahiran mengira yang selaras dengan teori Robert Havighurst. Selain itu, objektif Kurikulum Bahasa Cina Sekolah Rendah ini ialah muridmurid dapat mempelajari, menguasai dan melafazkan puisi bertajuk Keunikan Angsa tersebut dengan efektif pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran

(P&P). Mereka juga dapat membezakan perbezaan antara angsa dengan itik. Secara jelas dan tepat. Melaluinya, mereka juga berbincang dan berkongsi pendapat dengan kawan-kawan sekelas yang lain tentang perbezaan antara angsa dan itik secara lembut tanpa bergaduh akibat ketidaksamaan pendapat. Hal ini sekali gus dapat membentuk kemahiran sosial mereka secara tidak langsung. Mereka juga boleh membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan dengan menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperolehi ilmu dan memproses maklumat secara kritis serta memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya pembelajaran berterusan. Melalui amalan membaca, mereka kritis dapat dan

memperkembangkan

kekuatan

imaginasi,

kreativiti,

pemikiran

penghayatan nilai murni seperti nilai hormat-menghormati, toleransi dan tolongmenolong serta memupuk semangat patriotik yang mendalam terhadap negara. Objektif tersebut adalah selaras dengan teori Robert Havinghurst, iaitu kanakkanak dapat menguasai kemahiran menulis, kemahiran membaca secara berdikari, menguasai konsep-konsep moral dan nilai serta membentuk kemahiran sosial yang baik. Kemahiran sosial ialah kanak-kanak boleh berkawan dengan rakan sebayanya. Sebenarnya, Kurikulum Bahasa Cina Sekolah Rendah digubal bertujuan untuk memberikan fokus kepada pembelajaran yang perlu dikuasai dan diaplikasikan oleh murid-murid. Hasil pembelajaran ini berteraskan kemahiran mendengar, kemahiran membaca dan kemahiran menulis serta kemahiran bertutur. Hasil pembelajaran tersebut menggabungkan peraturan dalam sistem bahasa dan disokong oleh elemen pengisian kurikulum. Pengisian kurikulum terdiri daripada elemen yang menggabungkan perkembangan terkini dalam pendidikan yang meliputi aspek ilmu, nilai kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya dan kemahiran bernilai tambah. Kemahiran bernilai tambah merujuk kepada kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (TMK), kajian masa depan dan pembelajaran konstrktivisme dan kontekstual (KBT). Semua elemen tersebut dapat dipelajari

dan dikuasai serta diaplikasi oleh murid dalam dunia pekerjaan serta semangat patriotisme turut diberi penekanan yang selaras dengan matlamat negara membangunkan masyarakat pada masa kini.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Saya telah memasuki ke kelas Tahun 1M dengan iringi oleh Puan Lee Sui Ning untuk melihat proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) semasa saya menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di sekolah ini. Beliau ialah guru bagi mata pelajaran Bahasa Cina kelas tersebut. Kelas ini mempunyai 29 orang pelajar yang terdiri daripada 15 orang pelajar prempuan dan 14 orang pelajar lelaki. Beliau telah mengambil masa selama satu jam untuk menjalankan proses P&Pnya pada hari Rabu, iaitu 7/3/2012. Saya berpeluang melihat dan memerhati cara beliau untuk menjalankan proses P&P dan interasi antara beliau dengan murid sepanjang proses pemerhatian saya di dalam kelas tersebut. Saya juga mengambil gambar tentang situasi beliau sedang menjalankan proses P&P Bahasa Cina Tahun 1 dalam kelas 1M. Tajuk proses P&P beliau pada hari ini ialah sebuah puisi yang bertajuk Keunikan Angsa. Beliau memulakan proses pengajaran dan pembelajarannya (P&P) dengan satu teka-teki. Permulaan proses P&Pnya amat unik dan menarik perhatian saya dan murid-murid. Rupa-rupanya jawapan teka-teki itu ialah angsa. Semasa proses P&P sedang dijalankan, saya mendapati bahawa Puan Lee sentiasa mengingati murid-murid supaya duduk dengan tegak di atas lantai, jangan bersandar di badan kawan-kawan sekelas atau berbaring di atas lantai. Hal ini sekali gus dapat membentuk konsep diri pelajar supaya duduk tegak dan memberi perhatian yang sepenuhnya semasa guru sedang manjalankan proses P&P di dalam kelas. Beliau juga menjelaskan perbezaan antara angsa dengan itik dan mengajar murid-murid tentang cara-cara yang betul untuk membezakan angsa dan itik dengan menunjukkan gambar angsa dan itik. Murid-murid pun berasa amat seronok dan gembira apabila mereka melihat gambar-gambar tersebut dan dapat membeza serta mengetahui ciri-ciri rupa bentuk angsa dengan itik. Secara tidak langsung, murid-murid dapat membezakan ciri-ciri angsa dengan itik dengan lebih tepat dan jelas. Di samping itu, beliau juga menggunakan gambar,

carta dinding dan radio serta kaset sebagai bahan-bahan bantu mengajar beliau. Bahan-bahan bantu mengajar yang sesuai memainkan peranan yang penting dalam P&P seseorang guru kerana murid-murid lebih mudah menguasai kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul serta meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru. Jadi, beliau mula mengajar dan menjelaskan perkataan-perkataan yang terdapat di dalam puisi tersebut dengan menggunakan gambar dan carta dinding yang mempunyai perkataan dan gambar angsa yang jelas supaya pelajar dapat membaca dan

melafazkannya dengan lebih efektif. Hal ini juga dapat memberangsangkan dan menarik minat pelajar untuk belajar dengan secara langsung. Beliau juga menggunakan radio dan kaset untuk mengajar murid-murid membaca, melafazkan dan menyanyi puisi tersebut. Oleh itu, murid-murid dapat melafaz dan menyanyi puisi tersebut secara berkesan. Beliau juga mengajar murid-murid sambil membuat pergerakan dengan menggunakan tangan mereka sambil menyanyi puisi tersebut. Beliau membuat demostrasi sebelum mula membuat pergerakan dengan menggunakan tangan dan kaki sambil menyanyi puisi tersebut. Pada masa itu, keadaan dan reaksi pada murid-murid tersebut amat melucukan dan comel. Kebanyakan murid-murid berasa seronok melakukan pergerakan tersebut manakala sesetengah murid juga berasa segan untuk melakukan reaksi tersebut. Beliau juga sangat mengambil berat terhadap mereka dan sentiasa menanyakan mereka sama ada mereka faham tentang penyampaian pengajaran tersebut semasa menjalankan aktiviti tersebut. Beliau juga membahagikan murid-murid duduk dengan selang-seli antara murid yang lebih pandai dan kurang pandai. Keadaan ini mampu menyelaraskan dan pembelajaran yang sama. Beliau juga mengadakan pertandingan sambil membuat pergerakan tangan dan sambil menyanyikan puisi ini bersamaan dengan radio dan kaset di antara murid lelaki dan perempuan. Murid lelaki dan murid perempuan telah mempamerkan dan menunjukkan aksi mereka yang tertonjol dan terbaik di dalam pertandingan tersebut. Beliau juga memberi ganjaran seperti gula-gula

dan pelekat kartun kepada murid-murid yang telah melakukan pergerakan yang terbaik dan tertonjol. Hal ini dapat membolehkan murid-murid menjadi lebih aktif dalam aktiviti-aktiviti tersebut dan dapat membentukkan murid yang konsep kendiri yang positif. Melalui teknik ini, murid-murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menjawab soalan guru dan wujudnya interaksi antara guru dengan murid secara tidak langsung. Oleh itu, murid-murid dapat membentuk kemahiran sosial dan komunikasi serta berinteraksi dengan rakan sebayanya. Kemahiran ini selaras dengan tugas perkembangan kanak-kanak Robert Havinghurst. Beliau juga menyuruh murid-murid menyalin puisi tersebut ke dalam buku latihan dan menghafalkan puisi tersebut agar mereka dapat menguasai ilmu pengetahuan yang telah disampaikan oleh murid-murid setelah diajar oleh beliau. Tambahan pula, murid-murid juga memberi salam dan penghormatan kepada beliau dan saya semasa beliau dan saya masuk ke dalam kelas. Tujuan ini adalah untuk melahirkan pelajar yang bersopan santun dan hormat-menghormati serta berbudi bahasa antara satu sama lain. Melalui budaya ini, murid-murid telah diterapkan dengan konsep-konsep moral dan nilai moral secara yang selaras dengan tugas perkembangan kanak-kanak Robert Havinghurst tidak langsung. Saya juga mendapati bahawa murid-murid di dalam kelas ini sudah mula membaca buku atau buat latihan subjek lain sebelum guru masuk ke dalam kelas ini. Keadaan ini telah menunjukkan bahawa murid-murid di dalam kelas ini sangat rajin dan berdikari serta mempunyai kemahiran pengurusan masa yang baik. Sebelum memulakan kelas, beliau menyuruh murid-murid menyimpankan semua buku atau buku latihan yang tidak berkaitan dengan mata pelajaran Bahasa Cina dan keluarkan buku teks Bahasa Cina Tahun 1 dari bag mereka agar mereka dapat memberi tumpuan yang sepenuh terhadap P&P beliau. Hal ini sekali gus membolehkan murid-murid membentukkan konsep diri yang baik supaya dapat memberi perhatian terhadap guru semasa P&P sedang dijalankan. Seterusnya, bilik darjah ini juga mempunyai satu sudut bacaan di hujung bilik darjah. Murid-murid boleh menggunakan masa lapang atau masa rehat mereka

untuk membaca maklumat yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan maklumat terkini di situ. Kesimpulannya, saya telah mempelajari banyak cara-cara mengajar dan aktiviti-aktiviti yang amat ternilai yang telah dijalankan oleh beliau sepanjang proses P&P di dalam kelas. Teknik-teknik mengajar beliau dapat dicontohi dan dipelajari serta diaplikasi oleh saya ke atas murid-murid yang bakal diajar oleh saya apabila saya telah tamat pengajian di IPGM Kampus Ipoh. Saya juga semakin berminat dalam bidang professional perguruan ini kerana murid-murid di sekolah rendah sangat comel dan menarik hati saya setelah melihat cara beliau menjalankan proses P&P terhadap murid-murid kelas 1M.

Kokurikulum Aktiviti kokurikulum juga memainkan peranan penting dalam sekolah sama ada sekolah rendah ataupun sekolah menengah. Kokurikulum yang terdapat di sekolah SJK (C) Min Te boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu unit beruniform, sukan dan permainan serta persatuan dan kelab. Unit beruniform di sekolah ini terdiri daripada St. John, Boys Brigade, Kadet Remaja Sekolah (KRS) dan Pancaragam. Manakala sukan dan permainan terdiri daripada bola keranjang, badminton, olahraga, bola jaring dan diabolo. Persatuan dan kelab di sekolah ini telah dibubarkan dan digantikan dengan kelas tambahan di sebelah petang. Kelas tambahan ini dijalankan pada setiap hari Rabu, Khamis dan Jumaat selepas waktu persekolahan. Aktiviti-aktiviti kokurikulum di sekolah ini dijalankan pada setiap hari Rabu, Khamis dan Jumaat selepas waktu persekolahan dan kelas tambahan. Aktivitiaktiviti tersebut telah diatur dengan sistematik di dalam jadual dan dijalankan pada masa yang telah ditetapkan. Setiap murid di sekolah tersebut wajib menyertai sekurang-kurangnya tiga jenis kokurikulum, iaitu termasuklah unit beruniform, sukan dan permainan serta persatuan dan kelab. Pihak sekolah telah menyediakan pelbagai aktiviti kokurikulum yang sesuai untuk pilihan setiap murid supaya semua murid dapat dan mesti melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum dengan secara langsung. Setiap aktiviti kokurikulum mempunyai seorang atau beberapa orang guru penasihat untuk membimbing dan mendidik serta memberi cadangan yang bernas kepada pelajar tentang ilmu yang berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan. Guru penasihat juga akan mencatat kehadiran murid-murid pada setiap perjumpaan atau aktiviti dan memastikan setiap murid menghadiri aktiviti kokurikulum pada masa yang tepat dan ditetapkan. Selain itu, saya telah membuat perhatian terhadap satu unit beruniform, iaitu Kadet Remaja Sekolah (KRS). Guru penasihat bagi unit beruniform ini ialah Puan Loi Kuan Mee dan Puan Tan Lee Ling. Pelbagai aktiviti atau pertandingan

telah dan akan dijalankan dalam KRS. Antaranya ialah memperkenalkan maksud KRS dan Logo KRS kepada ahli KRS, sejarah KRS dan nyanyian lagu KRS, kawad kaki dan nyanyian, permainan, teori pertolongan cemas, cara menerima hadiah dalam majlis rasmi, cara-cara mendirikan khemah, cara dan jenis ikatan, membuat gajet dan sebagainya. Aktiviti yang diperhati oleh saya pada minggu tersebut ialah ujian kawad kaki. Melalui aktiviti ini, teori perkembangan Robert Havinghurst telah diaplikasikan iaitu mementingkan disiplin dalam kalangan murid dan dapat membentuk konsep moral yang mendalam dalam jati diri muridmurid. Hal ini juga amat penting kerana dapat membentuk personaliti yang positif dalam kalangan murid dan mendatangkan faedah kepada sekolah supaya muridmurid tidak akan melanggar peraturan dan tidak menjejaskan nama baik sekolah serta tidak menimbulkan pelbagai masalah seperti ponteng kelas, bergaduh dan mencuri. Guru penasihat akan memberi arahan kawad kaki yang betul dan semua murid mesti memahami arahan tersebut semasa ujian kawad kaki sedang dijalankan. Guru penasihat tersebut akan menerangkan arahan kawad kaki yang kepada murid-murid sebelum memulakan ujian kawad kaki supaya murid-murid dapat memahaminya dan melakukan pergerakan berdasarkan arahan kawad kaki yang diberikan dengan betul dan tepat serta kemas. Sehubungan ini, aktiviti kawad kaki juga dapat membentuk konsep kendiri murid yang positif. Muridmurid dapat melahirkan sikap bertanggungjawab dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian mereka dengan menguasai asas-asas kawad kaki ini. Hal ini juga selaras dengan teori perkembangan Robert Havinghurst, iaitu menguasai dan mengaplikasikan konsep-konsep moral, nilai-nilai murni dan kemahiran hidup dalam kalangan murid-murid. Di samping itu, saya juga memberi perhatian dalam aktiviti sukan dan permainan. Saya telah memilih kelab badminton sebagai bahan pemerhatian saya. Guru penasihat bagi kelab ini ialah Puan Neoh Lee Ai, Puan Chan Choon Len, Puan Tiong Dong Jen dan Puan Lee Sui Ning. Pada awal sukan dan permainan ini, guru penasihat Kelab Badminton ini telah melantik seorang pengerusi bagi kelab tersebut semasa Mesyuarat Agong untuk mengetuai dan membimbing murid-murid dalam kelab ini. Terdapat pelbagai aktiviti telah

dijalankan dalam Kelab Badminton, antaranya ialah latihan pasukan sekolah untuk pertandingan daerah, latihan sukan, pertandingan pasukan badminton, latihan kemahiran asas dan kecergasan, latihan pasukan sekolah untuk tahun depan, latihan strategi permainan dan pertandingan badminton antara kelas. Tujuan menjalankan latihan fizikal berbentuk kumpulan adalah mengajar muridmurid mempelajari dan menguasai teknik-teknik bermain badminton yang betul. Melalui latihan sebegini, mereka juga dapat membentuk kemahiran sosial, membentuk konsep kendiri, mewujudkan semangat kecekalan, nilai kerajian, bertolak ansur dan sikap bekerjasama dengan rakan-rakan yang lain yang selaras dengan tugas perkembangan kanak-kanak yang diperkenalkan oleh Robert Havinghurst. Akhir sekali, saya juga telah menjalankan pemerhatian terhadap kelas tambahan. Hal ini demikian kerana sekolah ini telah membubarkan kelab-kelab dan persatuan-persatuan yang sedia ada pada masa dulu dan menggantikannya dengan kelas tambahan. Kelas tambahan ini dijalankan pada setiap hari Rabu, Khamis dan Jumaat selepas waktu persekolahan. Kalas tambahan ini bermula dari 1.30 petang hingga 3.30 petang. Semua murid Tahun 3 hingga Tahun 6 wajib menghadiri dan menyertai kelas tambahan ini. Mata pelajaran yang diajar dalam kelas tambahan ini adalah subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Matematik dan Sains. Melalui kelas tambahan ini, pelajar juga dapat memupuk minat dan menyakinkan mereka terhadap mata pelajaran tersebut serta meningkatkan kemahiran diri seperti kemahiran membaca, kemahiran menulis dan kemahiran mengira mereka yang selars dengan teori perkembangan Robert Havighurst. Murid-murid juga boleh meperluaskan ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh mereka dengan ilmu pengetahuan tambahan yang telah dicurahkan oleh guru-guru semasa kelas tambahan ini dijalankan. Murid-murid juga dapat memanfaatkan masa dengan belajar secara berdikari sebelum kelas tambahan ini dimulakan. Hal ini juga tergandung dan selaras dengan teori perkembangan kanak-kanak Robert Havighurst, iaitu belajar secara berdikari.

You might also like