You are on page 1of 22

Konsep kurikulum adalah banyak berkaitan dengan falsafah epistemologi.

Sesungguhnya, teori epistemologi, iaitu teori ilmu, ialah salah satu cabang asas
falsafah. Maka falsafah epistemologi merupakan pemikiran tentang teori ilmu, iaitu
kajian tentang sumber dan asal usul ilmu manusia, hasilan dan proses
perkembangannya dengan kurikulum berlandaskan falsafah tersebut.

Di dalam proses perkembangan epistemologi, sejak tamadun zaman purba kala,


telah wujudnya mazhab materialisme dan idealisme, iaitu pendekatan-pendekatan
dialektik dan metafizik yang bertentangan. Melalui kedua-dua pendekatan ini, maka
materialisme dan idealisme berkembang bersama dengan empirisisme dan
rasionalisme yang mana idea mereka dianggap lebih mantap dan lebih sistematik.

Teori epistemologi yang berlandasakan empirisisme dan rasionalisme merupakan


dua mazhab yang paling pengaruh terhadap pendidikan masa kini. Kedua-dua teori
merupakan huraian falsafah secara sistematik yang berkembang di bawah konteks
revolusi sains pada abad ke-17. Kedua-kedua pendekatan memberi pertimbangan
utama kepada mencari ilmu asas yang kekal.
EMPIRISISME RASIONALISME

1. Semua ilmu diperolehi daripada pengalaman. 1. Semua ilmu diperolehi daripada deduksi secara logikal
dan rasional,

2. Di dalam dunia ilmu, tiada wujudnya idea


2. Idea semula jadi sahaja membentuk ilmu asas yang
semula jadi.
kekal.

3. Pandangan bersifat sintesis, iaitu ilmu dibentuk


3. Ilmu sebagai priori, iaitu ilmu didapati daripada
melalui perkaitan beberapa konsep.
penaakulan tulen, bebas daripada pengalaman.

4. Ilmu sebagai posteriori, iaitu ilmu diperolehi


4.Ilmu sebagai priori, iaitu ilmu didapati daripada
daripada pengalaman.
penaakulan tulen, bebas daripada pengalaman.

RAJAH 1.4 : PERBEZAAN FALSAFAH EPISTIMOLOGI DI ANTARA EMPIRISME DAN


RASIONALISME

Immanuei Kant (1724-1804), seorang ahli falsafah dari Germany dalam abad ke-18, menggabungkan
empirisisme dan rasionalisme dalam teori epistemologi beliau, dan mensintesiskannya di antara
pengalaman dengan konsep. Mengikut beliau, tanpa organ-organ deria manusia, kita tidak dapat
mengenal pasti kesan dan kesedaran benda yang terwujud, tetapi tanpa kefahaman, kita tidak
dapat membentuk konsep daripadanya. Maka, proses memperolehi ilmu ialah menggabungkan
sesuatu yang meli-batkan persepsi, imaginasi dan kefahaman yang berinteraksi dengan proses
penaakulan.
Beliau menghuraikan :

• Yang pertama, ruang dan masa telah sedia diberikan kepada setiap orang individu sebagai intuisi tulen dalam priori. Mereka
Ialah perkara-perkara mutlak, bebas dan berada sebelum kesan sensori berlaku.
• Yang kedua, pemikiran kategori-kategori merupakan kaedah yang berstruktur untuk memperolehi hakikat yang sebenar. Ini
adalah alat konseptual yang asas untuk menjadikan dunia yang bermakna.
Sumber-sumber ilmu berasal dari kajian dengan menggunakan tiga pendekatan, iaitu pendekatan rasional, pendekatan empiris
dan pendekatan pragmatik.

Pendekatan rasionalis lahir daripada andaian bahawa ilmu pengetahuan dapat diperolehi daripada penaakulan semata-mata.
Ahli-ahli falsafah yang menggunakan pendekatan rasionalis berusaha mencari kebenaran atau prinsip dengan cara penaakulan
ataupun melalui perhubungan dengan logik. Misalnya,
Jika A>B, dan B>C
maka, berdasarkan prinsip logik,
A>C

Pendekatan empiris lahir daripada andaian bahawa ilmu pengetahuan yang sah dapat diperolehi daripada organ deria manusia,
iaitu penglihatan, pendengaran, rasa, sentuh dan menghidu.
Pendekatan pragmatik lahir daripada andaian bahawa ilmu pengetahuan dapat diperolehi melalui cara perhubungan manusia
dengan alam sekitarnya.

KONSEP KURIKULUM

Kurikulum dan bahan pelajaran, dikenali pula sebagai isi kandungan pendidikan atau pengajaran dan pembelajaran,
merupakan hasilan kebudayaan intelek, dan pengalaman manusia berlandaskan teori epistemologi yang dikemukakan dari
semasa ke semasa, dan melalui pengajaran guru, mengisi jiwa kognitif kanak-kanak dan remaja, agar membolehkan
pertumbuhan dan perkembangan mereka secara licin dan tanpa gangguan.
Mengikut Kamus Dwibahasa(1992), perkataan "kurikulum" diertikan sebagai bidang pelajaran di sekolah.
Jika ditinjau dari segi sejarah, perkataan kurikulum berasal daripada perkataan Latin curriculum yang bermaksud ruang
tempat di mana pembelajaran berlaku. Perkataan ini telah digunakan sejak zaman Plato, kira-kira tahun 400 SM.
PENGERTIAN KURIKULUM

Perbezaan pandangan di antara mereka terhadap tafsiran kurikulum adalah di-huraikan seperti berikut:

Kurikulum di bawah tafsiran spesifik dan tafsiran umum:


Kurikulum di bawah tafsiran spesifik merujuk kepada pelbagai aktiviti pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah.
Manakala, kurikulum di bawah tafsiran umum merujuk kepada proses aktiviti yang dialami oleh seseorang individu dari
peringkat kematangan mentah kanak-kanak ke peringkat kematangan orang dewasa.

Kurikulum dalam dan luar bilik darjah:


Ada ahli pendidik berpendapat bahawa kurikulum hanya merujuk kepada mata pelajaran-mata pelajaran yang diajarkan dalam bilik
darjah sahaja. Manakala, aktiviti-aktiviti yang tidak disenaraikan di luar bilik darjah adalah dikenali sebagai aktiviti extra-curricular,
demi membeza- kannya dengan kurikulum dalam bilik darjah. Aktiviti luar kurikulum ini pula dikenali sebagai aktiviti semi-kurikulum
atau aktiviti kokurikulum.

Kurikulum nyata dengan kurikulum tersirat:


Kurikulum nyata (manifest curriculum) merujuk kepada kurikulum formal atau kurikulum rasmi, manakala kurikulum tersirat (latent
(curriculum) merupakan kurikulum tak formal yang digunakan untuk me-mupuk nilai, sikap, dan interaksi sosial yang positif melalui
peniruan, permodelan, aktiviti kumpulan, aktiviti unit beruniform dan sebagainya.

William B. Ragan, seorang pakar kurikulum di Amerika Syarikat, dalam buku beliau, Modern Elementary Kurikulum (1960),
menyatakan : Kurikulum merangkumi segala pengalaman yang sebenar dalam hidup nyata. Bagaimanapun, pengalaman ini yang
terkandung dalam sesuatu kurikulum hendaklah dipilih dengan teliti serta dirancang dan diorganisasikan oleh sarjana pendidikan
dan pakar kurikulum.

D. Tawner & L. Tanner, dalam buku Curriculum Development-Teory into Practice (1975), pula menyatakan kurikulum adalah mem-
punyai organisasi pengalaman pembelajaran (Planned Learning Experience). Pengalaman ini dirujuk sebagai pengalaman yang
mempunyai nilai praktik, sesuai dengan perkembangan fizikal dan psikologikal kanak-kanak dan remaja. la juga merupakan
penghabluran pengalaman, serta intipati kebudayaan tradisi dan moden dalam masyarakat manusia.
Mengikut J. Caven Saylor dan William M. Alexander, dalam buku mereka berjudul Curriculum Planning, menghuraikan kurikulum
yang dilaksanakan oleh pihak sekolah adalah membolehkan pelajar dalam dan luar persekitaran sekolah agar menghasilkan
pembelajaran mereka yang terkandung dalamnya. Dengan perkataan lain, kurikulum ialah rancangan pembelajaran yang
diorganisasikan untuk pelajar-pelajar se-koiah, termasuk pelbagai jenis aktiviti yang dijalankan dalam bilik dar-jah, di padang
sekolah, serta di luar kawasan sekolah.

Maka, tafsiran kurikulum yang lengkap adalah dirumuskan seperti berikut:

" Kurikulum merangkumi pengalaman kehidupan nyata dan tidak nyata yang dipilih, diorganisasi dan disusun oleh
sarjana pen-didikan dan pakar kurikulum secara teliti dan profesional, demi men-jadikan pelbagai jenis aktiviti
pembelajaran nyata dan tidak nyata seperti yang dijalankan dalam dan luar bilik darjah, dalam dan luar sekolah, untuk
semua peringkat persekolahan.“

DEFINISI KURIKULUM

Mengikut perkembangan teori epistemologi dalam bidang pendidikan, berbagai defmisi kurikulum telah dikemukakan oleh
pakar- pakar pendidikan. Di antaranya, ada yang mentakrifkan kurikulum berasaskan rancangan di peringkat sekolah. Misalnya :

Kerr J. K. (1968) mentakrifkan kurikulum sebagai semua pelajaran yang dirancangkan dan dibimbing oleh sekolah, sama ada
dilaksanakan secara individu atau kelompok, baik di dalam mahupun di luar sekolah.

Hirst (1975) mendefmisikan kurikulum sebagai satu program yang mengandungi aktiviti-aktiviti pembelajaran dan disusun oleh
guru untuk membolehkan murid-murid mencapai objektif yang ditentukan.

Nicholls S. H. dan Nicholls A (1978) mentakrifkan kurikulum sebagai semua kesempatan pembelajaran yang dirancangkan oleh
guru-guru untuk murid-murid sekolahnya.
Selain itu, ada pakar-pakar pendidikan mentakrifkan kurikulum berasaskan rancangan bidang pendidikan. Misalnya :

1. B. O. Smith, W. D. Stanley dan J. H. Shores dalam buku Fundamentalsof Curriculum Developement (1957) mentakrifkan
kurikulum sebagaipengalaman-
2. J. G. Saylor dan W. M. Alexander dalam buku Planning Curriculum forSchools (1974) mentakrifkan kurikulum
sebagai rancangan yangmenyediakan semua peluang pembelajaran dengan tujuan memperolehmaklumat dan objektif
pendidikan di bawah bimbingan sekolah.
3. K. Egan dalam bukunya What is Curriculum? (1978) menghuraikankurikulum sebagai isi kandungan untuk dipelajari
dan diperkem-bangkan melalui pedagogi pengajaran.

Ada pakar-pakar pendidikan pula melihat kurikulum berasaskan kepada objektif dan proses. Misalnya :

1. Tyler (1950) mentafsir kurikulum sebagai pelajaran yang dirancang,dikelola, dan dilaksanakan oleh sekolah berdasarkan
objektif yangditentukan. Beliau berpendapat sesuatu kurikulum yang lengkap harus mengandungi perkara-perkara berikut:

• Matlamat pendidikan yang harus dicapai oleh negara atau sekolah.


• Isi pelajaran dipilih untuk mencapai objektif yang ditentukan.
• Metodologi digunakan untuk menyusun dan melaksanakan pengalaman-pengalaman pembelajaran supaya mencapai
• objektifnya.
• Penilaian untuk mengukur keberkesanan pembelajaran.

2. G. A. Beauchamp dalam bukunya Curriculum Theory (1968) berpendapat kurikulum harus mengandungi empat
bahagian berikut:
Pernyataan tujuan-tujuan pendidikan berasaskan aspirasi masyarakat yang hendak dicapai melalui sekolah.
Objektif-objektif dan organisasi isi kandungan untuk setiap mata pelajaran.
Panduan penggunaan kurikulum untuk guru-guru.
Skema penilaian untuk menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta pencapaian objektif dan
matlamatnya.
3. A. S. Robinson dalam buku Curriculum Building (1971) memberi pengertian kurikulum dengan lebih lengkap dan
menyeluruh. Beliau berpendapat bahawa kurikulum harus mengandungi matlamat, objektif, isi kandungan, proses, sumber
dan cara penilaian semua pengalaman pembelajaran yang telah dirancangkan untuk murid-murid di dalam dan di luar
sekolah, seperti lawatan, latihan amali dan aktiviti kokurikulum.

Walker (1990), setelah mengkaji definisi-definisi kurikulum yang diuta-rakan, menyenaraikan lima konsep am yang terdapat
dalam kurikulum sekolah seperti berikut:
1. Pembelajaran yang diinginkan
2. Mata Pelajaran
3. Aktiviti Pendidikan
4. Pengalaman Pelajar
5. Pencapaian Pembelajaran

JENIS-JENIS KURIKULUM

Matlamat kurikulum ini biasanya merangkumi empat kategori yang utama, iaitu:

Kategori kognitif, yang merangkumi konsep asas ilmu, teori dan hukum, serta kemahiran memahami dan berfikir.
Kategori kemahiran, yang merangkumi tingkah laku, amalan, kemahiran sukan dan interaksi sosial.
Kategori afektif, yang merangkumi pemikiran, sikap dan kepercayaan seperti nilai estetik dan nilai moral.
Kategori aplikasi, yang merangkumi kebolehan penggunaan ketiga-tiga kategori yang dinyatakan tersebut di atas, membolehkan
pelajar untuk menyelesaikan masalah sosial dan kehidupan harian.

Jenis-jenis kurikulum ini adalah dibincangkan seperti berikut:


1. Kurikulum Ideal (Ideal Curriculum)
Kurikulum ideal ialah sesuatu kurikulum digubal dan dibentuk berlan-daskan pedagogi, psikologi dan teori kurikulum. Biasanya,
kurikulum ideal ini adalah dibentuk oleh sarjana pendidikan dan pakar kurikulum dengan merujuk kepada pandangan-pandangan
anggota yang terlibat dalam sistem pendidikan persekolahan, termasuk ahli-ahli pendidikan dalam institusi pendidikan tinggi.
2. Kurikulum Rasmi (Official Curriculum)
Kurikulum rasmi pula dikenali sebagai kurikulum formal atau kurikulum piawai. Penggubalan kurikulum ini biasanya dipimpin
oleh sarjana pendidikan ataupun pakar kurikulum di Kementerian Pendidikan. Di Malaysia, Pusat Perkembangan Kurikulum
adalah bertanggungjawab menggubal dan membentuk kurikulum rasmi untuk sekolah rendah dan sekolah menengah, misalnya
KBSR dan KBSM. Kurikulum rasmi ini biasanya merangkumi dua bahagian, iaitu kurikulum formal dan kokurikulum yang pula
dikenali sebagai kurikulum takformal
3. Kurikulum Formal (Formal Curriculum)
Kurikulum formal ini pula dikenali sebagai kurikulum rasmi (official curriculum), kurikulum terbuka (overt curriculum), atau
kurikulum nyata (manifest / explicit curriculum).
Kurikulum formal adalah digubal berlandaskan matlamat pendidikan negara, dan mengandungi segala isi pengajaran dan
pembelajaran serta penilaian di dalam bilik darjah, termasuk aktiviti-aktiviti kokurikulum yang merujuk kepada aktiviti-aktiviti
persatuan, kelab, per-mainan dan unit beruniform di luar bilik darjah.
Kurikulum formal pula merangkumi kurikulum akademik yang dilaksanakan melalui kurikulum pengajaran dan kurikulum operasi.
Kurikulum pengajaran ialah kurikulum formal mengikut pentafsiran guru sendiri, manakala kurikulum operasi merujuk kepada
kurikulum yang benar-benar dilaksanakan melalui proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, mengikut sesuatu
jadual waktu yang ditetapkan.
4. Kurikulum Operasi (Operational Curriculum)
Kurikulum Operasi juga dikenali sebagai kurikulum pengajaran (teaching curriculum) atau kurikulum praktik (practical curriculum)
Kurikulum operasi ini sebenarnya merujuk kepada ringkasan mengajar yang disediakan oleh guru, mengikut jadual waktu sekolah
dan Sukatan Pelajaran yang terkandung dalam kurikulum rasmi atau kurikulum formal.
5. Kokurikulum (Co-curriculum)
Kokurikulum juga dikenali sebagai kurikulum tambahan (extra-curriculum) atau pendidikan untuk waktu lapang (education for
leisure) atau aktiviti kelas tambahan (extra-class activities). Aktiviti-aktiviti kokurikulum merupakan sebahagian kurikulum formal
yang merangkumi aktiviti-aktiviti persatuan, kelab, permainan dan sukan, serta unit beruniform dijalankan di luar bilik darjah.

Prinsip-prinsip melaksanakan aktiviti kokurikulum ialah:


• Isi kandungan dan organisasinya hendaklah berlandaskan dasar pendidikan negara.
• Penyertaan pelajar hendaklah berlandaskan minat, kebolehan, bakat kegemaran dan kesukarelaan.
• Pelajar memainkan peranan utama dalam aktiviti kokurikulum. Guru hanya memainkan peranan sebagai pemudahcara (fasilator)
dan penasihat sahaja.
• Aktiviti kokurikulum hendaklah sesuai dengan peringkat perkembangan dan pertumbuhan pelajar.
• Aktiviti kokurikulum hendaklah sesuai dengan situasi, alam sekitar, ekonomi, kebudayaan masyarat dan keadaan sekolah.
6. Kurikulum Teras (Core Curriculum)
Kurikulum teras masa kini dibentuk berlandaskan kurikulum roda (Wheel curriculum) yang bermula digunakan pada awal abad
ke-20. Kurikulum roda ini menggunakan tema utama sebagai paksi roda yang berkait dengan tema bahan pelajaran lain, dirujuk
sebagai ruji-rujinya, dan diintegrasi dengan semua bahan pelajaran yang mengelilingi pusatnya sebagai rim roda.
Pembentukan kurikulum ini ialah menggabungjalinkan satu demi satu temanya, agar menjadikan perhubungan baru di antara mata
pelajaran-mata pelajaran.
7. Kurikulum Integrasi (Integrated Curriculum)
Kurikulum integrasi juga dikenali sebagai kurikulum penyerapan (fusion curriculum) atau kurikulum mata pelajaran
gabungan (broad-field curriculum).
Kurikulum integrasi ini menggabungjalinkan beberapa mata pelajaran yang berkaitan untuk menjadikan sesuatu mata pelajaran
yang baru. Misalnya, di dalam kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang lalu, mata pelajaran Alam Manusia mengandungi
penggabung-jalinan unsur-unsur beberapa mata pelajaran seperti sains, sejarah, geografi dan sivik. Mata pelajaran Kajian
Tempatan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) masa kini merangkumi unsur-unsur beberapa mata pelajaran
seperti sejarah, geografi dan kenegaraan. Mata pelajaran Sains dalam kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pula
merangkumi beberapa mata pelajaran seperti Fizik, Kimia dan Biologi.
8. Kurikulum Aktiviti (Activity Curriculum)
Kurikulum aktiviti pula dikenali sebagai kurikulum pengalaman (experience curriculum) atau kurikulum berpusatan pelajar
(pupil-centered curriculum). Ini kerana kurikulum aktiviti adalah dirancang dan dibentuk berlandaskan minat dan keperluan kanak-
kanak, dengan menggunakan aktiviti-aktiviti sebagai pusat pembelajaran untuk mem-baiki dan mempertingkatkan pengalaman
mereka.
Ciri-ciri kurikulum aktiviti ialah:
• Aktiviti kanak-kanak digunakan sebagai pusat kurikulum. Isi pela jaran dihadkan kepada pengalaman harian kanak-kanak,
memerlukan kanak-kanak belajar melalui kaedah praktik, iaitu belajar daripada kehidupan harian dan pengalaman diri sendiri.
• Isi kandungan kurikulum adalah dipilih berdasarkan minat dan keperluan kanak-kanak serta mengikut perbezaan individu.
• Bentuk mata pelajaran diubah dengan menjadi bentuk sintesis sebagai tugasan, aktiviti dan kerja kursus.
9. Kurikulum Lingkaran (Spiral Curriculum)
Kurikulum lingkaran berlandaskan perkembangan isi pelajaran yang disusun mengikut bentuk bulatan-bulatan sepusat. la mula
diperkenal-kan oleh Johann Amos Comenius (1592-1670) untuk pembelajaran kanak-kanak dalam peringkat umur yang
berbeza. Bruner (1915 - ), ahli psikologi yang terkenal di Amerika Syarikat, membaiki kurikulum lingkaran itu dalam tahun 1960'an,
dengan memperkenalkan rancangan bahan pelajaran mengikut perkembangan pemikiran kognitif kanak-kanak, iaitu bermula
dengan teori asas dalam setiap mata pelajaran, ke-mudian bahan pelajaran ditambah, diperluas dan diperdalam seperti se-suatu
bentuk lingkaran, mengikut peringkat umur dan tahap persekola-han yang kian meningkat.

Justeru itu, rancangan pelajaran sekolah hendaklah diorganisasikan berdasarkan dua prinsip berikut:
• Pengalaman disusun secara sistematik, iaitu daripada pengalaman asas kepada pengalaman yang kompleks. Misalnya, di dalam
pelajaran matematik KBSR, operasi tambah diajar terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan tolak, darab dan bahagi.
• Perkaitan di antara mata pelajaran-mata pelajaran, iaitu setengahsetengah konsep dalam Matematik dikaitkan dengan Fizik, isi
kandungan Sejarah dikaitkan dengan bahasa, aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah dikaitkan dengan aktiviti kokurikulum, dan
sebagainya.
Mengikut Bruner (1960), penggubalan kurikulum lingkaran hendak-lah berlandaskan kepada dua prinsip seperti berikut:
• Menentukan mana konsep dan prinsip yang utama untuk dirangkumi dalam unit pelajaran.
• Menentukan konsep dan prinsip yang hendak dipelajari mengikut susunan
daripada yang mudah kepada yang sukar, daripada pengalaman sedia ada kepada pengalaman baru, daripada yang dekat
kepada yang jauh, sehingga menjadi satu lingkaran agar pengalaman pelajar dapat dikembang secara meluas dan mendalam.
Robert E. Mason, dalam bukunya Contemporary Education Theory (1972), menganalisis isi kandungan kurikulum lingkaranan
didapati ia merangkumi:
• fakta-fakta yang penting,
• idea-idea asas,
• konsep-konsep, dan
• sistem pemikiran
10. Kurikulum Tersirat (Hidden/Latent Curriculum)
Kurikulum tersirat, kadangkala disebut sebagai kurikulum terlindung, kurikulum tersembunyi atau kurikulum tersisip, meliputi
segala pen-galaman yang dipelajari secara tidak formal, seperti penerapan nilai-nilai murni melalui peniruan tingkah laku guru,
dan penyerapan nilai-nilai murni dalam mata pelajaran, peraturan sekolah, aktiviti bahasa dan budaya sekolah.
P. W. Jackson, dalam bukunya Life in Classroom, berpendapat pembelajaran kurikulum tersirat boleh dapat diperolehi melalui
pengaruh-pengaruh daripada ciri aktiviti kumpulan dalam bilik darjah, sistem ganjaran dan struktur kewibawaan.
Mengikut Bruner, kurikulum tersirat merupakan kurikulum informal yang mengutamakan pembelajaran sikap, nilai dan norma. Isi
kandungan kurikulum tersirat, mengikut beliau, ialah pembelajaran afektif, iaitu pembelajaran budaya sekolah, norma masyarakat,
nilai dan sikap positif.
Kajian W. Waller, dalam bukunya The Sociology of Teaching (1952), menghuraikan pembelajaran objektif dalam kurikulum tersirat
adalah dipengaruhi oleh hasilan interaksi di antara tiga unsur utama yang dihasilkan daripada proses pembentukan budaya
sekolah.ketiga-tiga unsur ini ialah :
• Budaya yang diwakili dalam kurikulum spesifik.
• Budaya yang diwakili di kalangan guru.
• Budaya yang diwakili dalam klik pelajar.

Model-Model Kurikulum
Terdapat pelbagai model kurikulum yang dicandangkan sejak kurun ke-20. i antaranya yang dibincangkan dalam bab ini ialah Model
Kurikulum Tyler, Taba, Stenhouse, dan Kurikulum Trenda Terkini.

1. Model Kurikulum Tyler


Model Kurikulum Tyler (1950) adalah berasaskan kepada objektif dan proses. Di dalam bukunya Basic Principles of Curriculum-and
Instruction, Tyler memberi definisi kurikulum sebagai pelajaran yang diran-cang, dikelola dan dilaksanakan oleh pihak sekolah
untuk mencapai matlamat pendidikan yang ditentukan. Mengikut beliau, objektif pelajaran hendaklah merangkumi dua aspek yang
berkaitan, iaitu :
•Perkembangan tingkah laku kendiri pelajar, dan
•Isi kandungan mata pelajaran yang beroperasi dengan tingkah laku pelajar.

Tyler cadangkan empat perkara yang utama harus dirangkumi dalam kurikulum sekolah, iaitu :
• Perkara dan aktiviti yang harus dilakukan oleh guru;
• Topic dan konsep untuk setiap pelajaran hendaklah disenaraikan;
• Tingkah laku bersama dengan objektif perkembangannya hendaklah dinyatakan dalam setiap topik pelajaran; dan Objektif
pelajaran hendaklah dinyatakan dalam bentuk objekif eksplisit agar menjadi panduan guru untuk menghasilkan perubahan tingkah
laku pelajar.

Berdasarkan huraian tersebut, Tyler mengusulkan suatu Model Kurikulum yang mengandungi perkara-perkara berikut:
• Matlamat pendidikan yang harus dicapai;
• Isi pelajaran yang berdasarkan objektifnya;
• Methodologi yang digunakan untuk melaksanakan kurikulum berdasarkan objektifnya; dan
• Penilaian untuk mengukur keberkesanaan pengajaran dan pembelajaran.

2. Model Kurikulm Taba

Model Kurikulum Taba (1945) adalah berlandaskan kepada Kurikulum Sekolah Dewey (1896-1904) dan Laporan
Jawatankuasa Kajian Kurikulum (1933-1941) di USA.Di bawah Kurikulum Sekolah Dewey, objektif pelajaran ditentukan
berdasarkan falsafah pragmatisme yang mengandungi logik
penyelesaian masalah melalui aktiviti inkuiri-penemuan. Selepas mengaji Kurikulum Sekolah Dewey, Jawatankuasa Kajian
Kurikulum 1933-1941, USA menyenaraikan empat komponen utama
berikut sebagai garis panduan untuk melaksanakan sesuatu kurikulum sekolah :
• Pengenalpastian objektif-objektif kurikulum;
• Penentuan kaedah dan strategi untuk mencapai objektif-objektif kurikulum;
• Organisasi kaedah dan strategi, dan
• Penilaian untuk pencapaian objektif.

Beliau mengusulkan suatu Model Kurikulum yang lebih lengkap dan mantap, seperti di-huraikan secara ringkas berikut :
• Diagnosis atas permintaan kurikulumnya;
• Ringkasan objektif-objektif kurikulum;
• Pemilihan isi kandungan kurikulum;
• Organisasi isi kandungan kurikulum yang dipilih;
• Pemilihan pengalaman pembelajaran;
• Organisasi pengalaman pembelajaran yang dipilih; dan
• Pengukuran dan Penilaian.

3. Model Kurikulum Stenhouse

Model Kurikulum Stenhouse (1975) adalah berlandaskan kepada model proses dan tidak bermula dengan objektif pengajaran dan
pembelajaran sebagai komponen utama dalam sesuatu kurikulum.
Stenhouse bersetuju dengan Peters (1966) bahawa pemilihan isi kandungan kurikulum harus berdasarkan nilai justifikasi.
Mengikut Peters, aktiviti-aktiviti kurikulum seperti Sains, Sejarah dan Kesusas-teraan mengandungi isi kandungan kognitif, dan
boleh membawa banyak sumbangan kepada kehidupan. Manakala, kemahiran manipu-latif dan pendidikan jasmani merupakan
aktiviti pelajaran dikuasai un-tuk mengetahui bagaimcma, dan jarang banyak daripada mengetahui ilmu pengetahuannya.

Model Kurikulum Stenhouse merangkumi aktiviti-aktiviti berikut:


• Aktiviti yang membolehkan pelajar-pelajar membuat keputusan dan refleksinya diri sendiri;
• Aktiviti yang memerlukan pelajar-pelajar melibatkan diri mereka secara aktif dalam situasi pembelajaran.
• Aktiviti yang membolehkan pelajar-pelajar menyelesaikan masalah mengikut kebolehan masing-masing.
• Aktiviti yang memerlukan pelajar-pelajar menggunakan pengamatan dan daya intelek untuk memerhati situasi dan idea baru, serta
aplikasi dalam suatu proses intelek.
• Aktiviti yang melibatkan pelajar-pelajar dan guru dalam penanggungan risiko kejayaan atau kegagalan, dan
• Aktiviti yang melibatkan pelajar-pelajar dalam aplikasi bersama dengan penguasaan peraturan-peraturan, piawai atau disiplin.
Model Kurikuium Stenhouse, jika dikaji teliti, adalah banyak bergantung kepada kemahiran guru untuk melaksanakannya dengan
berke-san. Ini adalah kerana Stenhouse menitikberatkan proses pengajaran guru lebih daripada pemilihan isi kandungan dalam
kurikuium. Kejayaan perlaksanaan kurikuium amat bergantung kepada kemahiran guru yang diperlukan untuk merancang dan
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan garis panduan aktiviti-aktiviti yang disenaraikan dalam model
kurikuium tersebut.

KURIKULUM TRENDA KINI

Kurikulum Trenda Kini merupakan kurikulum yang dinamik kerana perkembangan dan perubahan yang pesat dalam bidang
pendidikan, khas-nya perkembangan ICT diperkenalkan dalam kurikulum sekolah. Maka, kurikulum dinamik ini adalah dikenali
sebagai Kurikulum Emergent yang merangkumi segala kuasa pengaruhi ke atas kurikulum nyata dan berop-erasi.
Perkembangan politik (ideologi dan nasionalisme), ekonomi (sumber-swnber pendapatari), serta falsafah, sosiologi dan psikologi
pendidkan menjadi faktor-faktor penting yang mempengaruhi kurikulum emergent berciri dinamik
Di Malaysia, kurikulum sekolah, KBSR dan KBSM, pula dinilai dan diubahsuai dari semasa ke semasa. Kurikulum sekolah bestari
yang mula beroperasi sejak tahun 2000 adalah dirancang berlandaskan KBSR dan KBSM yang sedia ada. Perlaksanaan mata
pelajaran Matematik dan Sains dengan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar mulai pada tahun 2003, adalah
menunjukkan jelas lagi bahawa kurikulum sekolah, KBSR dan KBSM, merupakan kurikulum emergent yang dinamik dalam trenda
terkini.

Ringkas kata, Kurikulum Trenda Kini ialah kurikulum dinamik dan mempunyai ciri fleksibiliti yang dapat mengakomodasikan segala
tuntutan keperluan dari semasa ke semasa.

KESIMPULAN

Di antara sepuluh jenis kurikulum yang telah dibincangkan di atas, kurikulum rasmi/formal dan kurikulum tersirat merupakan
dua komponen utama dalam pembentukan sesuatu kurikulum yang ideal. Kurikulum rasmi/formal merangkumi komponen kurikulum
akademik yang berlandaskan falsafah epistemologi, menitikberatkan pemerolehan ilmu dan penguasaan kemahiran daripada
pelbagai mata pelajaran, serta komponen kokurikulum yang menfo-kuskan pemupukan dan perkembangan minat, bakat, dan
kegemaran pelajar. Manakala, kurikulum tersirat merupakan pembelajaran afektif secara tidak langsung, iaitu pembelajaran budaya,
norma, nilai dan sikap positif melalui pengaruh budaya sekolah.

Di bawah kurikulum akademik, terdapat pelbagai jenis bentuk kurikulum, seperti kurikulum-kurikulum integrasi, lingkaran, teras,
aktiviti/ pengalaman, yang pula boleh digunakan untuk menggubal sesuatu kurikulum rasmi/formal yang tertentu, misalnya
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PEMBENTUKAN KURIKULUM

Di antara faktor-faktor utama yang biasanya dipertimbangkan oleh perancang kurikulum ialah kehendak dan keperluan pelajar,
kehendak dan keperluan negara serta kehendak sarwajagat.

Perancangan dibuat di atas pertimbangan kehendak dan keperluan pelajar merupakan faktor pertama yang mempengaruhi
pembentukan sesuatu kurikulum sekolah. Sebagai individu, kehendak dan keperluan asas (seperti makan, bernafas. membesar dan
sebagainya), keselamatan, kasih sayang, bermasyarakat sosial dan kehendak penyempurnaan kendiri.

Faktor kedua yang mempengaruhi pembentukan sesuatu kurikulum sekolah ialah kehendak dan keperluan negara, sebagaimana
yang dimanifestasikan dalam aspirasi masyarakat serta cita-cita, ideologi dan falsafah pendidikan negara.

Faktor ketiga yang mempengaruhi pembentukan sesuatu kurikulum sekolah ialah kehendak sarwa jagat. Sebagai manusia zaman
moden, kita tidak dapat melepaskan diri daripada pengaruh-pengaruh politik, ekonomi dan sosial negara-negara yang lain. Urituk
memuaskan keperluan penyempurnaan kendiri, hidup dalam dunia yang aman, progresif dan bertamadun, rancangan kurikulum
harus dapat memberi ilmu pengetahuan dan latihan yang boleh memenuhi kehendak sarwa jagat.

Mengikut pendapat Atan Long (1984), di antara unsur-unsur yang harus dipertimbangkan dalam pembentukan sesuatu kurikulum
yang sesuai dengan negara yang membangun seperti Malaysia ialah :

• Akademik yang berasaskan pemerolehan ilmu engetahuan melalui penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira.
• Jasmani yang berasaskan latihan fizikal untuk membolehkan pelajar dapat hidup dengan selesa dan sihat.
• Kerohanian yang berasaskan usaha membantu pelajar Memperolehi ilmu pengetahuan untuk memahami erti kehidupan yang
sempurna.
• Kemasyarakatan yang berasaskan pembentukan kemahiran sosial di kalangan pelajar supaya mereka dapat berkomunikasi
dan berinteraksi secara positif.
• Vokasional yang berasaskan penguasaan kemahiran bekerja, bersesuaian dengan keperluan tenaga rakyat untuk
pembangunan negara.
FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN KURIKULUM BARU SEKOLAH RENDAH (KBSR)

1. Dasar Pendidikan Negara


Dasar Pendidikan Negara Malaysia dibentuk berasaskan Laporan Razak (1956), yang termaktub dalam Ordinan Pelajaran
(1957), dan Laporan Rahman Talib (1960), yang termaktub dalam Akta Pelajaran (1961). Matlamat Dasar Pendidikan Negara ini
bertujuan untuk mencapai perpaduan rakyat melalui sistem pendidikan kebangsaan dengan pelaksanaan sukatan pelajaran yang
sama serta penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama di dalam semua peringkat persekolahan.
Mengikut kajian terhadap Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) yang telah dilaksanakan sejak Merdeka, Jawatankuasa
Kabinet telah mengenai pasti beberapa kelemahan seperti :
(a) Isi kandungan sukatan pelajaran kadangkala berulang dan tidak ada kaitan rapat antara mata pelajaran atau antara peringkat
persekolahan.
(b) Sukatan pelajaran mengandungi butiran yang terlalu banyak. membebankan dan membosankan murid.
(c) Guru dan murid selalu terdesak untuk menghabiskan sukatan pelajaran, terutamanya apabila ada peperiksaan.
(d) Pengajaran dan pembelajaran terlalu bergantung kepada buku teks. Ini akan menghadkan penggunaan teknik dan bahan
pengajaran lain yang lebih menarik dan berkesan.

2. Cita dan Ideologi Negara


Pembentukan KBSR berhubung rapat dengan cita dan ideologi negara Malaysia, iaitu mewujudkan perpaduan rakyat berbilang
bangsa berpandukan prinsip-prinsip Rukun Negara. Untuk mencapai cita negara ini, kurikulum sekolah harus mengandungi unsur
aktiviti yang boleh membentuk keperibadian dan perwatakan murid ke arah perpaduan negara. Dalam hubungan ini, kurikulum
yang seragam melalui sukatan pelajaran yang sama, aktiviti kokurikulum yang sama dan menduduki peperiksaan awam yang
sama untuk semua jenis sekolah telah menjadi pertimbangan asas pula dalam pembentukan KBSR.

3. Falsafah Pendidikan Sekolah Rendah


Pembentukan KBSR pula mengambil kira Falsafah Pendidikan Sekolah Rendah yang menitikberatkan faktor kehendak individu.
Mengikut Falsafah Pendidikan Sekolah Rendah ini, rancangan dan pelaksanaan KBSR sepatutnya berlandaskan kepada ideologi
yang memberikan pendidikan secara menyeluruh supaya murid-murid mendapat per kembangan yang seimbang di dalam bidang
Intelek, rohani, sosial dan jasmani.

MATLAMAT PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

Pendidikan di sekolah rendah di Malaysia mempunyai beberapa matlamat tertentu. Di antaranya ialah :
• Menguasai Bahasa Malaysia dengan memuaskan, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa
rasmi negara.
• Menguasai kemahiran asas bahasa, iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa pengantar sekolah-sekolah rendah.
• Menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira.
• Menguasai kemahiran-kemahiran belajar berlandaskan kemahiran asas.
• Berupaya memahami, membaca, menulis dan bertutur dalam Bahasa Inggeris selaras dengan kedudukannya sebagai
bahasa kedua.
• Membina sikap dan perlakuan yang baik berpandukan nilai-nilai kemanusiaan dan kerohanian yang diterima dan dihargai oleh
masyarakat berlandaskan Rukun Negara, serta menjadikan asas bagi amalan hidup.
• Mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar.
• Bergaul, menghargai hak dan kebolehan orang lain, serta mempunyai semangat kerjasama dan toleransi.
• Mengembangkan bakat, daya kepimpinan dan keyakinan diri untuk meluaskan pengetahuan serta mempertingkatkan kebolehan
dengan menggunakan kemahiran-kemahiran asas yang telah dikuasai.
• Meminati, memahami, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional.

PERINGKAT-PERINGKAT PEMBENTUKAN KURIKULUM

PERINGKAT OBJEKTIF
Proses perancangan KBSR dan kemudian KBSM dimulakan dengan me-nentukan objektif-objektif kurikulum berteraskan kepada
kehendak pelajar, negara dan sarwa jagat.

PERINGKAT PERANCANGAN
Berdasarkan kepada objektif-objektif yang ditentukan, langkah kedua dalam proses perancangan KBSR dan KBSM ialah
membentuk kaedah dan bahan kurikulum. Langkah ini meliputi perancangan perkara-perkara seperti:
• Bentuk dan organisasi kurikulum;
• Bidang-bidang pelajaran berdasarkan objektif-objektif KBSR/KBSM;
• Sukatan Pelajaran bagi mata pelajaran-mata pelajaran;
• Jadual waktu dengan peruntukan masa setiap mata pelajaran;
• Strategi pengajaran-pembelaiaran, termasuk penyediaan Buku Panduan Guru;
• Bahan-bahan pembelajaran termasuk buku teks dan sumber pelajaran
seperti alat bantu mengajar; dan Kaedah dan strategi pelaksanaan.

PENTAFSIRAN KBSR

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) menegaskan pembelajaran kemahiran-kemahiran asas, iaitu membaca, menulis dan
mengira (3M). Kurikulum ini mula dilaksanakan pada tahun 1982 di 302 buah sekolah rendah secara berperingkat-peringkat dan
pelaksanaan dengan peringkat sekolah rendah sepenuhnya telah dicapai pada akhir tahun 1987.
KONSEP KBSR

Konsep KBSR adalah dilahirkan daripada hasil kajian atas pencapaian murid-murid sekolah rendah di bawah program KLSR. –
kelemahan yang didapati ialah :
• Isi kandungan sukatan pelajaran kadangkala berulang dan tidak ada kaitan mata pelajaran atau antara darjah.
• Sukatan pelajaran mengandungi butiran yang terlalu banyak.Ini membebankan dan membosankan murid.
• Guru dan murid selalu terdesak untuk menghabiskan sukatan pelajaran, terutama apabila ada peperiksaan.
• Pengajaran dan pembelajaran selalunya berdasarkan buku teks.Ini menghadkan penggunaan teknik dan bahan pengajaran lain
yang lebih menarik dan berkesan.

FALSAFAH DAN MATLAMAT KBSR

Rancangan dan pelaksanaan KBSR adalah berlandaskan kepada ideologi yang memberikan pendidikan secara menyeluruh supaya
murid-murid dapat perkembangan yang seimbang di dalam bidang intelek, rohani dan jasmani. Melalui program KBSR, murid-murid
akan dapat membaca, menulis dan mengira, memperolehi ilmu pengetahuan yang cukup sesuai dengan peringkat umur dan
perkembangan diri mereka, mempunyai akhlak yang mulia, mengamalkan nilai-nilai yang murni serta memelihara tubuh badan yang
sihat. Melalui program KBSR juga, segala minat dan bakat yang ada pada murid-murid dapat dipupuk dan dikembangkan.

OBJEKTIF KBSR

• Menguasai Bahasa Melayu dengan memuaskan sesuai dengan kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa
rasmi negara;
• Menguasai kemahiran asas bahasa, iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa pengantar sekolah-sekolah rendah;
• Menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira;
• Menguasai kemahiran-kemahiran belajar berlandaskan kemahiran asas;
• Berupaya memahami, membaca, menulis dan bertutur dalam bahasa Inggeris selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa
kedua;
• Membina sikap dan perlakuan yang baik berpandukan nilai-nilai kemanusiaan dan kerohanian yang diterima dan dihargai
oleh masyarakat berlandaskan Rukun Negara, serta menjadikannya asas bagi amalan hidup;
• Mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar;
• Bergaul, menghargai hak kebolehan orang lain dan mempunyai semangat kerjasama dan toleransi;
Mengembangkan bakat, daya kepimpinan dan keyakinan diri untuk meluaskan pengetahuan serta mempertingkatkan kebolehan
dengan menggunakan kemahiran-kemahiran asas yang telah dikuasai; dan meminati, memahami, menikmati dan menyertai
aktiviti-aktiviti kesenian dan rekreasi
CIRI-CIRI KBSR

• Bercorak pendidikan asas.


• Mengutamakan kemahiran-kemahiran asas 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira.
• Menggalakkan penglibatan murid dan menitikberatkan aktiviti berpusat kepada murid.
• Bahan dan proses pengajaran-pembelajaran dirancang mengikut umur,kebolehan, minat dan alam sekitar.
• Memberi perhatian kepada perbezaan kebolehan individu.
• Program pemulihan disediakan untuk membantu murid yang lemah dan program pengayaan pula disediakan untuk
mengembangkan kebolehan murid.
• Pendekatan integrasi mernbolehkan beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak dalam sesuatu mata pelajaran.
• Penyerapan ilmu pengetahuan daripada mata pelajaran lain dalam pelajaran bahasa untuk mengurangkan beban belajar.
• Aktiviti pengajaran dan pembelajaran mementingkan cara kumpulan dan cara individu.
• Penggunaan buku teks dikurangkan, tetapi rujukan dan alat bantuan mengajar dipelbagaikandalam lingkungan kebudayaan
nasional.

STRUKTUR KBSR

Sebagaimana yang telah dihuraikan, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang dilaksanakan di semua sekolah rendah pada
tahun 1983 dibentuk berlandaskan Perakauan 57 (a) Laporan Kabinet (1979), iaitu :

"Kurikulum sekolah rendah itu hendaklah dirancang untuk membolehkan murid-murid mencapai
kemahiran dalam tiga bidang asas, iaitu bidang komunikasi, bidang manusia dengan alam kelilingnya
dan bidang perkembangan individu sesuai dengan keperluan, minat, bakat, dan kemampuan mental
serta kesediaan murid-murid itu."
RAJAH MENUNJUKKAN BENTUK KURIKULUM BARU SEKOLAH RENDAH

KOMUNIKASI

KEMAHIRAN ASAS
(MEMBACA, MENULIS,
DAN MENGIRA)

BAHASA MALAYSIA
MATEMATIK

MANUSIA DENGAN ALAM


MURID PERKEMBANGAN DIRI
SEKELILINGNYA INDIVIDU

KEROHANIAN, NILAI DAN


SIKAP KEMANUSIAAN DAN KESENIAN DAN REKREASI
PERSEKITARAN
MUZIK PENDIDIKAN SENI
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
PENDIDIKAN JASMANI
PENDIDIKAN MORAL
KOKURIKULUM
**ALAM DAN MANUSIA
*KEMAHIRAN MANIPULATIF
PERHIMPUNAN
BIDANG DAN KOMPONEN KBSR

Komunikasi merupakan keperluan hidup asas. Perhubungan di antara manusia memerlukan perantaraan bahasa dan
melibatkan aktiviti mengira. Oleh yang demikian, bidang ini ditumpukan kepada Komponen Kemahiran Asas yang
menitikberatkan memahiran membaca, menulis dan mengira (3M). Kemahiran ini meliputi pertuturan, pendengaran, pembacaan
untuk kefahaman, penulisan berasaskan pengetahuan dan pengalaman, serta pengiraan dengan operasi asas dalam matematik,
iaitu tambah, kurang, darab dan bahagi.

Oleh itu, di dalam kurikulum baru ini, bidang Manusia dan Alam Keliling mengandungi komponen kemanusiaan dan
persekitaran. Bidang ini juga merangkumi satu cabang lain yang dinamakan komponen kerohanian, nilai dan sikap. Komponen ini
memberi perhatian khas kepada Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral. Hal ini bertujuan mencapai pembinaan sikap,
watak dan peribadi yang sempurna.

Bidang perkembangan diri individu meliputi semua aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, moral, nilai estetika dan sosial.
Sebahagian besar daripada aspek-aspek ini telah dirangkumi dalam dua bidang yang disebutkan terdahulu tadi. Oleh itu, dalam
komponen kesenian dan rekreasi, yang ditekankan ialah aspek jasmani, nilai-nilai estetika dalam muzik dan seni, kemahiran
manipulatif asas dan kegiatan kokurikulum.

PERANAN GURU DALAM PENTAFSIRAN KURIKULUM

• Ditinjau dari perspektif falsqfah epistemologi, bahan-bahan pelajaran hendaklah sesuai dengan prinsip keseriusan kognitif
(cognitive seriousness), iaitu bahan-bahan pelajaran yang dipilih hendaklah sah dan tepat sekali tanpa sebarang tafsiran
kekaburan dan keraguan.
• Ditinjau dari perspektiffalsafah moral, bahan-bahan pelajaran hendaklah sesuai dengan kriteria nilai moral, iaitu bahan-bahan
pelajaran yang dipilih hendaklah mengutamakan unsur pendidikan yang dapat membantu pelajar memupuk nilai moral yang
tinggi dan sesuai dengan kehendak masyarakat.
• Ditinjau dari perspektif perkembangan psikologi, bahan-bahan pelajaran hendaklah diorganisasi dan disusun mengikut turutan
perkembangan intelek dan fizikal kanak-kanak, iaitu bahan-bahan pelajaranyang dipilih untuk membentuk sesuatu kurikulum
hendaklah distrukturkan daripada senang kepada sukar, daripada mudah kepada kompleks,daripada dekat kepada jauh, dan
daripada konkrit kepada abstrak,mengikut sekuen tahap persekolah yang sesuai serta sistem organisasi bahan-bahan tersendiri.
Dengan perkataan lain, bahan- bahan pelajaran yang dipilih hendaklah diedit dan disusun berlandaskan organisasi secara
psikologikal, logikal, dan sistematik, iaitu mengikut sekuen dan aturan bahan-bahan yang sesuai.
• Ditinjau dari perspektif ekonomi dan pragmatisms, bahan-bahan pelajaran yang dipilih hendaklah berguna, sesuai dengan
keperluan pelajar dan masyarakat. Dengan perkataan lain, bahan-bahan pelajaran yang mempunyai nilai-nilai ekonomi dan
praktikal atau berguna, ialah bahan-bahan pelajaran yang boleh membawa faedah untuk kehidupan
dalam masyarakat, memanfaatkan pelajar daripada pemupukan nilai murni dan tingkah laku positif serta boleh menambahkan ilmu
pengetahuan dan kemahiran, khasnya teknologi maklumat masa kini.

PERANAN GURU DALAM PERANCANGAN KURIKULUM

Biasanya, rancangan kerja meliputi rancangan kerja tahunan, rancangan kerja penggal, rancangan kerja mingguan dan
rancangan kerja harian,

• Rancangan kerja tahunan haruslah disediakan berdasarkan sukatan pelajaran keseluruhan tahun. Perkara-perkara penting seperti
nombor rujukan sukatan pelajaran, objektif-objektif dan tajuk-tajuk pelajaran hendaklah ditulis dalam rancangan kerja tahunan.
• Rancangan kerja penggal haruslah disediakan berdasarkan rancangan kerja tahunan. Semasa menyediakan rancangan kerja
penggal, perkara-perkara berikut hendaklah dipertimbangkan :

o Rancangan kerja penggal harus mengandungi butir-butir penting seperti topik pelajaran, kemahiran, penerapan nilai serta strategi
pengajaran dan pembelajaran.
o Rancangan mengajar penggal harus disediakan sebelum penggal itu dimulakan.
o Rancangan kerja itu hendaklah ditulis dengan ringkas tetapi jelas.
Susunan unit pelajaran haruslah berdasarkan prinsip-prinsip mengajar, iaitu mengikut pemeringkatan perkembangan
mental atau fizikal pelajar, pengetahuan yang sedia ada serta kemahiran- kemahiran yang telah dikuasai. Biasanya, susunan
unit pelajaran dalam buku teks menjadi pertimbangan asas semasa merancang susunan unit pelajaran untuk rancangan
mengajar penggal.
o Rancangan kerja mingguan haruslah disediakan berdasarkan kepada rancangan kerja penggal. Perkara-perkara penting seperti
tingkatan, mata pelajaran, topik, kemahiran dan penerapan nilai harus direkodkan rancangan kerja mingguan.
o Rancangan kerja harian haruslah disediakan berdasarkan rancangan kerja mingguan. Antara perkara-perkara yang harus
dipertimbangkan semasa menyediakan rancangan kerja harian ialah hari, tarikh, tingkatan, waktu pengajaran, isi pelajaran,
objektif pelajaran dan aktiviti pengajaran-pembelajaran. Isi pelajaran harus dipilih berdasarkan kepada topik yang disediakan
dalam rancangan kerja mingguan. Manakala, objektif pelajaran hendaklah ditentukan berdasarkan kepada kemahiran yang
tercatat dalam rancangan kerja mingguan.
PELAKSANAAN KURIKULUM DALAM ERA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Peiaksanaan Konsep Sekolah Bestari menjelang tahun 2000 pula membawa reformasi kurikulum pendidikan bukan sahaja
berlaku dalam KBSR tetapi juga dalam KBSM. Mengikut rancangan Sekolah Bestari di peringkat permulaan, sebanyak empat mata
pelajaran, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains, akan diperkenalkan dalam 90 sekolah rendah dan
sekolah menengah yang telah dikenal pasti sebagai sekolah bestari, dengan menggunakan teknologi terkini sebagai kaedah dan
teknik pengajaran-pembelajaran. Sukatan Pelajaran bagi keempat-empat mata pelajaran tersebut adalah diubahsuai dan
disediakan dalam bentuk perisian oleh Pusat Perkembangan Kurikulum bersama dengan Bahagian Teknologi Pendidikan,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Peiaksanaan Konsep Sekolah Bestari telah menjadi arus perkembangan pendidikan dalam
abad ke-21, yang memangnya didahului dengan reformasi kurikulum sekolah, khasnya KBSR dan KBSM. Mulai tahun 2003,
semua sekolah rendah dan menengah tahun pertama dikehendaki menggunakan bahasa Inggeris untuk mengajar Sains dan
Matematik dengan alat teknologi terkini. Maka, guru hendaklah melengkapkan diri dalam penguasaan kemahiran penggunaan
komputer, demi memainkan peranan dengan berkesan untuk pelaksanaan kurikulum inovatif dalam era teknologi maklumat dan
komunikasi

You might also like