You are on page 1of 23

1

BIL 1 2

TAJUK PENGENALAN KONSEP PEMBINAAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA

MUKA SURAT 2 4

PEDAGOGI RELEVAN BUDAYA

4 5

SOSIOLINGUISTIK PENILAIAN BERASASKAN BUDAYA

19 20

RUJUKAN

22

1.0

PENGENALAN Tugas dan peranan guru adalah besar dalam memastikan murid buka sahaja

melalui proses belajar yang berkesan, malah yang lebih penting ialah memastikan bahawa murid mempunyai ciri-ciri insaniah yang sempurna serta dapat menyempurnakan

kehidupannya dan kehidupan pihak lain. Pengajaran bukan sekadar menyampaikan fakta berhubung subjek yang diajar, sebaliknya guru perlu memastikan bahawa muridnya menjadi insan yang baik mengikut acuan dan fitrah manusia. Oleh itu demi mencapai objektif tersebut, pembelajaran bilik darjah yang kondusif yang mesra budaya dapat membantu guru dalam melakasanakan pengajaran yang efektif dalam suasana pembelajaran yang kondusif. Persekitaran bilik darjah perluah mesra budaya supaya suasana pembelajaran menjadi kondusif untuk murid yang pelbagai latar belakang dan budaya. Ianya turut mengembangkan nilai sivik yang menjadi nadi bagi kehidupan masyarakat yang harmonis dan aman diperingkat nasional dan global.

Antara nilai sivik yang di perlukan oleh masyarakat pelbagai agama, etnik dan budaya ialah hormat-menghormati, toleransi, kasih-sayang terhadap alam sekitar, kepatuhan kepada peraturan dan undang-undang dan semangat patriotik. Matlamat bagi guru adalah mewujudkan suasana pembelajaran yang mengalakkan interaksi dan intergrasi di kalangan murid, di dalam dan di luar bilik darjah.

Malaysia merupakan sebuah negara yang didiami oleh rakyat berbilang kaum daripada pelbagai latar belakang budaya yang hidup aman dan damai bersama. Integrasi antara kaum ini seterusnya membentuk budaya Malaysia. Budaya ini menjadi sebahagian daripada budaya pendidikan di sekolah yang turut meliputi budaya dari segi lokasi, pekerjaan ibu bapa, pendidikan yang diterima, status ekonomi, sosial, keturunan, kuasa politik, bangsa, bahasa, adat resam, kepercayaan dan jantina. Justeru itu, bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif, adalah penting bagi guru dan pihak sekolah untuk membina persekitaran bilik darjah yang mesra budaya.

Guru perlulah kreatif dan bijak dalam menyediakan pelan bilik darjah yang mesra budaya. Umur, tahap persekolahan, minat dan keperluan murid-murid dalam kelas tersebut perlulah diambil kira dalam penyediaan pelan bilik darjah ini. Hasil daripada pembelajaran dalam persekitaran bilik darjah yang mesra budaya ini, kita dapat melahirkan murid-murid tanpa mengira latar belakang sosio budaya yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Murid-murid ini seterusnya akan membentuk masyarakat yang harmonis dan aman serta berjaya. 2.0 KONSEP PEMBINAAN BILIK DARJAH BERASASKAN MESRA BUDAYA Bilik darjah adalh bilik- bilik di sekolah dimana sekumpulan murid atau pelajar

mengikuti pelajaran atau belajar sesuatu mata pelajaran yang diajar oleh guru. Untuk konsep yang lebih luas, bilik darjah tidak semata- mata merupakan ruang untuk proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi mencakupi pelajar- pelajar dan guru yang belajar dan mengajar dan berinteraksi antara satu sama lain didalamnya. Terdapat 2 elemen dalam pembinaan bilik darjah berasaskan budaya iaitu pengurusan persekitaran fizikal dan pengurusan persekitaran sosio emosi. Pengurusan bilik darjah yang dinamik diharapkan dapat mencapai objektif ke arah pembinaan modal insan yang menjurus kepada pembinaan jasmani, emosi , rohani dan intelek . Persekitaran fizikal merujuk kepada bilik darjah dan komponen-komponen yang ada di dalamnya. Perancangan dan penyusunanan suasana fizikal bilik darjah melibatkan kegiatan mengorganisasi , merancang, dan menggunakan perkara yang berkait dengan tempat duduk pelajar, alat tulis dan berbagai-bagai perabot lain dengan sempurna ( Kamarudin dan Hajar, 2003).

rajah 1 menunjukkan komponen dalam pengurusan bilik darjah yag mesra budaya

2.1

PENGURUSAN PERSEKITARAN FIZIKAL

Guru harus memiliki gaya kepimpinan, kemahiran merancang, kekekapan mengurus, kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran kaunseling dan mampu mengendalikan teknologi maklumat dan komunikasi.

Lemlekh (1988) menjelaskan bahawa pengurusan bilik darjah sebagai orkestra dalam kehidupan. Memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan prosedur dan sumber pengajaran. Keutamaan ditumpukan adalah penyusunan suasana bilik darjah bagi memaksimumkan keberkesanan, pemantauan perkembangan murid serta pemikiran terlebih dahulu mengenai maslaah-masalah yang mungkin timbul.

Marzano (2003) menyatakan tindakan guru dalam bilik darjah mempunyai impak dua kali ganda dalam pencapaian murid berbanding polisi sekolah berkenaan kurikulum, penilaian kerjasama antara guru dan penglibatan masyarakat.

Peralatan asas bagi sesebuah bilik darjah adalah papan tulis, papan kenyataan, ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari, bahan bacaan, bahan bantuan mengajar serta dihiasi dengan kekeriaan dan kebersihan. Susunan kerusi dan meja boleh memberikan kemudahan mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan; cahaya yang mencukupi serta peredaran udara sekukupnya.

Papan kenyataan yang dilengkapi jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut matapelajaran, sudut bacaan, kata-kata motivasi, pengunaan laman web, computer dan CD serta LCD

Kejayaan guru mengurus fizikal, sumber dan suasana bilik darjah yang kondusif bermakna guru berjaya membentuk budaya berdisiplin, kerjasama, saying kepada keindahan alam sekitar, mematuhi setiap arahan, kehidupan berkualiti yang melambangkan sebahagian daripada keimanan.Guru berperanan sebagai pencetus idea, pembimbing, fasilitator dan suasan pembelajaran yang berkondusif, menyeronokkan, bermotivasi, bermoral, kreatif, inovatif menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berfokus.

Peraturan keselamatan dan amalan bilik darjah juga membantu mengawal dan mencorakkan tingkahlaku dan disipilin murid.Pelanggaran peraturan akan dibantu dengan memberi nasihat, amaran dan tindakan. Tindakan yang diambil hendaklah berbentuk mendidik dan bukannya menghukum.Ruang dan pergerakan harus diurus lebih

fleksibel. Kebersihan dan keindahan bilik darjah merupakan elemen meningkat nilai murni dalam diri seperti rasa bertanggungjawab, perasaan kekitaan dan berbangga dengan kelas sendiri.

2.2

PENGURUSAN PERSEKITARAN SOSIO-EMOSI

Pengurusan sosio-emosi yang berkesan akan menjadi perangsang yang membangkitkan dan mengekalkan minat seseorang murid kearah mencapai matlamat termasuk minat, sikap dan tingkah laku terhadap pembelajaran mereka.

Woolfolk (1990) berkata motivasi atau kuasa dalaman akan membangkitkan, mengarah dan mengawal minat dan tingkah laku murid.Emosi murid harus diurus dengan berkesan supaya emosi mereka sentiasa stabil untuk meneruskan aktiviti dalam pembelajaran.

Guru boleh memberikan pujian dan galakkan kepada murid untuk terus terlibat dalam aktiviti-aktiviti di bilik darjah. Penghargaan yang sesuai dengan penglibatan; ganjaran dalam bentuk hadiah atau token ekonomi boleh diberikan kepada murid.

Peneguhan

positif

penting

untuk

menambah

kebarangkalian

gerak balas daripada murid. Peneguhan negatif yang diberi boleh membawa kesan yang tidak menyeronokkan.

Guru harus mengurus emosi murid dengan berkesan supaya mereka dapat menerima hakikat terhadap kekuatan dan kelemahan mereka. Murid perlu belajar menerima diri, orang lain dan semulajadi sekara seadanya.

Mereka yang stabil emosi akan mempunyai minat yang mendalam, di senangi kawan, menerima demokrasi sekara terbuka, suka berjenaka dan paling utama mampu menanggung konflik yang berlaku.

Emosi murid harus di urus dengan penuh bijaksana supaya mereka tidak berada dalam kebimbingan. Emosi harus di urus dengan berkesan untuk membangkit naluri ingin tahu dan mengelak dari mereka berputus asa.

Emosi harus di urus dengan cara hubungan positif; guru harus mengamalkan kepimpinan demokrasi dengan tidak terlalu mengongkong murid; perlu mengambil berat keperluan fisiologi dan akademik murid dengan pengajaran mengunakan pendekatan asertif dan berpusatkan murid.

Hubungan positif sesama rakan kelas perlulah dibina; mereka harus diberi peluang bersosial dan mengutamakan semangat kerjasama dan memahami emosi rakan. Murid boleh mengunakan bahan mainan bagi menjelaskan perasaan dan menyelesaikan masalah sosio-emosi. Nilai-nilai murni, keyakinan, inisiatif pergaulan diri dan inisiatif pergaulan serta persefahaman perlu dikembangkan bagi mengalakkan menghasilkan keputusan yang bertanggungjawab dan berkesan.

3.0

PEDAGOGI RELEVAN BUDAYA DAN KEPELBAGAIAN KELOMPOK Pedagogi yang relevan menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan

pembelajaran supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna kepada murid.Penekanan diberikan kepada pengintegrasian pengetahuan, kemahiran asas serta nilai murni bagi perkembangan menyeluruh dari kepelbagaian kebolehan dan budaya murid.

Konsep

kebudayaan

dalam

sosiologi,

dikatakan cara hidup yang

dipelajari,

diubahsuaikan dan diturunkan dari generasi ke generasi. Dari sudut perspektif ahli fungsionalisme, sekolah dilihat berfungsi sebagai proses sosialisasi mendidik kanak-kanak mengikut kehendak masyarakat mereka dan guru bertanggungjawab memenuhi keperluan murid tanpa prejudis.

Konsep modal budaya merujuk kepada individu yang mewarisi dan memperolehi keupayaan bahasa dan budaya dari keluarga dan masyarakatnya. Pierre Bourdieu(1930) dalam kajiannya menyatakan pencapaian persekolahan seseorang individu adalah berkaitan rapat dengan latar belakang kebudayaan ibubapanya dan tahap pendidikan ibubapa mempengaruhi pencapaian persekolahan anak-anak mereka daripada kedudukan kerjaya mereka dalam masyarakat. 3.1 KAEDAH DAN TEKNIK

Mewujudkan proses p&p di luar bilik darjah Mempelbagaikan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Mewujudkan pembelajaran koperatif. Mewujudkan pengajaran secara berkumpulan. Pembelajaran secara perbincangan

3.2 PEMBELAJARAN KOOPERATIF Pembelajaran kooperatif memerlukan murid bekerjasama menguasai pelajaran dan menggalakkan pelajar belajar bersama-sama dengan berkesan pembelajaran kooperatif ini dilaksanakan secara kumpulan kecil supaya pelajar-pelajar dapat berkerjasama dalam kumpulan untuk mempelajari isi kandungan pelajaran dengan pelbagai kemahiran social 3.2.1 CIRI PEMBELAJARAN KOOPERATIF

Matlamat kumpulan

Interaksi sosial

Sikap positif
3.2.1.1 MATLAMAT KUMPULAN Kejayaan kumpulan dalam mencapai kecemerlangan dalam menguasai sesuatu konsep yang di ajar. Matlamat ini dicapai melalui usaha bersama semua bersama ahli di dalam kumpulan.

3.2.1.2 INTERAKSI SOSIAL .

Setiap ahli kumpulan akan berinteraksi secara bersemuka dalam kumpulan. Interaksi yang serentak dalam setiap kumpulan melalui

10

3.2.1.3 SIKAP POSITIF Setiap ahli mempunyai tanggungjawab ke atas keberkesanan pembelajaran kumpulan. Untuk mencapai kejayaan dalam prinsip ini, tugas perlu diagihkan kepada semua ahli kumpulan untuk menyumbang jawapan atau hasil dapatan.

3.2.2

PENGAJARAN SECARA BERKUMPULAN

Bagi pengajaran secara kumpulan,kaedah ini merupakan pengajaran berpusatkan murid. Tujuan kaedah ini ialah bagi membolehkan murid aktif dan memenuhi keperluan mereka yang mempunyai pelbagai kebolehan. Murid dari beraneka kebolehan dikelompokkan dalam kumpulan yang dibina.Bagi kaedah ini membina kelompok kecil bagi semua mata pelajaran. (Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan lain-lain). Melalui aktiviti kumpulan, semua murid dapat mengikuti aktiviti yang diperingkatkan mengikut tahap pencapaian mereka. Secara tidak langsung dapat beri peluang kepada semua murid untuk keluarkan pendapat kepada rakan-rakan sekelas 3.2.3 PEMBELAJARAN SECARA PERBINCANGAN

Pembelajaran secara perbincangan merupakan satu kaedah dan teknik mengajar yang melibatkan perbualan di antara guru dan murid-murid di dalam kelas.Dalam bilik darjah, guru akan kemukakan topik perbincangan seperti isu semasa, peristiwa, perpaduan rakyat dan sebagainya.Setiap murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam sesi perbincangan. Terdapat 2 jenis bentuk perbincangan:
Perbincangan keseluruhan kelas, biasanya diketuai dan diarahkan oleh guru. Perbincangan kumpulan-kumpulan kecil, biasanya diketuai oleh murid.

3.2.4

MEMPELBAGAIKAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Mempelbagaikan aktiviti pembelajaran seperti mengadakan kuiz, lakonan atau

simulasi yang berkaitan dengan kebudayaan bangsa Malaysia. Antara contoh yang boleh dilakukan ialah seperti melakukan simulasi sambutan perayaan dan lain-lain.

11

3.2.5

MEWUJUDKAN PROSES P&P DI LUAR BILIK DARJAH

Bagi kaedah in pula, guru perlulah melibatkan semua murid dari pelbagai kelompok untuk menyertai program. Kaedah ini dilaksanakan di luar kawasan sekolah. Contoh bagi kaedah ini ialah perkhemahan integrasi, perkhemahan budaya (tarian, muzik dan pakaian), lawatan muhibbah dan sebagainya.

3.3 TEKNIK PEDAGOGI RELEVN BUDAYA DAN KEPELBAGAIAN KELOMPOK

rajah 2 menunjukkan teknik yang terlibat bagi pedagogi relevan budaya dan kepelbagaian

12

3.3.1

PEMBELJARAN KOOPERATIF

1. Pembelajaran kolaboratif adalah berasaskan pembelajaran koperatif . 2. Adalah dipercayai bahawa pelajar telah memiliki kemahiran sosial yang dikehendaki. Mereka dikehendaki membangunkan kemahiran sedia ada untuk mencapai matlamat pembelajaran. 3. Pelajar-pelajar merunding dan mengorganisasi usaha sendiri. 4. Aktiviti kumpulan tidak dipantau oleh guru. Jika timbul persoalan, soalan itu dijawab oleh kumpulan itu sendiri. Guru cuma membimbing pelajar ke arah penyelesaian persoalan. 5. Pelajar menyimpan draf kerja untuk kerja-kerja lanjutan. 6. Pelajar-pelajar menilai prestasi individu dan kumpulan tanpa dibimbing oleh guru. 3.3.1.1 CONTOH PEMBELAJARAN KOOPERATIF Sebagai contohnya, bila guru mengajar tajuk matematik. Pelajar yang mempunyai pengalaman yang berkaitan dengan konsep membentang diberi peluang menyatakan sesuatu pada sessi pengajaran dan berkongsi idea serta memberi takrifan kasar mengikut aras komunikasi pelajar. Tambahan lagi apabila pelajar tahu dan melihat pengalaman dan pengetahuannya dihargai dan dapat dikongsi bersama dalam jalinan pembelajaran mereka serta pembelajaran guru, mereka akan bermotivasi untuk melihat dan mendengar. Mereka juga dapat membuat satu perkaitan antara belajar dengan dunia sebenar dengan belajar dalam bilik darjah.

3.3.2 1

KAEDAH DIREKTIF Strategi untuk pemerolehan dan penguasaan pengetahuan, melatih dalam prosedur tertentu termasuk latih tubi, pembelajaran masteri dan pembelajaran secara langsung.

Pelajar menerima maklumat dan pengetahuan melalui penerangan iaitu tunjuk cara, bimbingan dan latihan serta ujian untuk uji kefahaman.

Contoh kaedah : demonstrasi, kuliah atau penerangan dan latih tubi.

13

3.3.2.1 CONTOH KAEDAH DIREKTIF

Subjek : Kajian Tempatan. Tahun : 5 Tajuk : Makanan Tradisional di Malaysia Contoh : Guru memberi penerangan tentang makanan yang ada di Malaysia. Murid-murid diminta menceritakan makanan tradisional kegemaran mereka.

3.3.3

KAEDAH MEDIATIF

Kaedah seterusnya ialah kaedah mediatif. Kaedah ini menggunakan kreativiti guru dalam penggunaan media dalam pembelajaran. Antara bahan media yang sering digunakan oleh guru ialah computer riba, LCD dan lain-lain. 3.3.1 CONTOH KAEDAH MEDIATIF

Sebagai contoh matapelajaran yang memerlukan guru menggunakan media ialah Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Guru akan menggunakan computer untuk mengajar tentang aplikasi seperti hamparan kerja (Microsoft Words). Penggunaan bahan media seperti itu akan lebih berkesan berbanding dengan hanya menyatakan teori.

14

3.3.4

KAEDAH GENERATIF Kaedah ini memerlukan murid untuk menjana idea-idea kreatif dan kritis.

3.3.4.1

CONTOH KAEDAH GENERATIF

Sebagai contoh dalam matapelajaran Bahasa Inggeris. Guru akan menyuruh murid untuk menulis satu karangan bertajuk Culture In Malaysia.

Murid akan menulis berdasarkan kreativiti masing-masing berdasarkan pengalaman sedia ada mereka. Kaedah ini lebih berpusatkan murid.

3.3.5

KONTEKSTUAL .Kaedah ini memerlukan murid untuk mengaitkan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran kepada situasi dunia sebenar

3.3.5.1

CONTOH KAEDAH KONTEKSTUAL o o o o Sebagai contoh dalam matapelajaran Sains. Murid akan menjalankan satu experiment tentang proses

percambahan biji kacang Secara tidak langsung mereka akan mengetahui tentang keperluan asas tumbuhan untuk hidup. Mereka akan mengaplikasikan experiment tersebut dalam kehidupan seharian mereka sama ada bercucuk tanaman sebagainya.

15

3.3.6

KAEDAH METAKOGNITIF

Metakognitif ialah kesedaran tentang apa yang diketahui dan apa yang tidak diketahui.

Strategi Metakognitif merujuk kepada cara untuk meningkatkan kesedaran mengenai proses berfikir dan pembelajaran yang berlaku. Apabila kesedaran ini wujud, seseorang dapat mengawal fikirannya dengan merancang, memantau dan menilai apa yang dipelajari.

3.3.6.1 CONTOH KAEDAH METAKOGNITIF 3.3.7 KONTEKS LUAR

Murid diberi tugasan yang berkaitan dengan budaya masyarakat. Murid perlu meramal apakah yang akan dipelajari sebagai contoh apakah perkara yang perlu ada dalam tajuk kebudayaan? Dalam proses pembelajaran murid perlu bertanya kepada diri sendiri dari semasa ke semasa perkara perkara seperti : Apakah pakaian tradisi orang cina? Apakah perayaan yang diraikan oleh kaum India? Melalui proses ini, murid membuat refleksi sendiri contohnya : Sejauh manakah mereka faham mengenai budaya masyarakat di Malaysia? Adakah mereka dapat membezakan pakaian setiap kaum?

1 2 3 4

Murid mesti berada di luar bilik darjah Guru bertindak sebagai fasilitator Guru sediakan 1 aktiviti penyelesaian masalah Di akhir pembelajaran murid sediakan laporan.

16

3.3.7.1 CONTOH KAEDAH KONTEKS LUAR

Subjek Sains Pnp tumbuhan (guru bentuk beberapa kumpulan yang mengandungi pelbagai kaum) Sirih Herba Ulam

Subjek Pendidikan Jasmani Permainan tradisional pelbagai kaum 3.3.8 Melayu (Congkak, Sepak raga, Gasing ) Cina (Yo-yo Cina) India (Kabadi, Kho-kho)

KAEDAH KAJIAN MASA DEPAN Membolehkan murid-murid mengambil bahagian dalam penciptaan masa hadapan dan berfikiran jauh Merupakan ruang di mana kita mempunyai kuasa dan pilihan untuk bertindak serta melakukan sesuatu terhadap masa hadapan

3.3.8.1 CONTOH KAEDAH KAJIAN MASA DEPAN Sebagai contoh, matapelajaran Kajian Tempatan. Murid diberi satu tugasan tentang pola taburan penduduk, jenis pekerjaan penduduk dan taraf kehidupan masyarakat di sekitar tempat tinggal mereka. Melalui kaedah kajian luar, mereka dikehendaki menyediakan satu borang soal selidik untuk mengumpul maklumat tersebut. Akhir sekali, mereka akan menyediakan laporan tentang kajian tersebut. Guru dijadikan sebagai fasilitator dalam membimbing mereka.

17

3.3.9

KAEDAH KOOPERATIF Kaedah ini diaplikasikan di dalam kelas yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya agar mereka dapat berbincang secara

berkumpulan dan harmonis. Pembelajaran ini berpusatkan murid dan menarik kerana ia

membolehkan murid berbincang antara satu sama lain dengan bebas 3.3.9.1 CONTOH KAEDAH KOOPERATIF

Sebagai contoh, matapelajaran Bahasa Melayu. Guru akan memberikan satu latihan yang berkaitan dengan bahasa seperti melangkapkan pantun, puisi, ayat-ayat dan teka teki.

Mereka akan berbincang dengan rakan-rakan mereka untuk mendapatkan idea dan membentangkan hasil daripada perbincangan mereka. Ini secara tidak langsung meningkatkan proses interaksi mereka.

18

4.0

SOSIOLOGISTIK Sosiologistik adalah gabungan perkataan sosio dan linguistik yang menunjukkan

bidang ilmu adalah perpaduan sosiologi dan linguistik.Perbahasan pokok dalam ilmu adalah masyarakat dan bahasa. Sosiolinguistik adalah ilmu interdisiplin yang membincangkan dan menyusun teori tentang perhubungan masyarakat dan bahasa yang dituturkan dalam komunikasi seharian.

Sosiologi

adalah

ilmu yang

mempelajari struktur

masyarakat

dan

proses

kemasyarakatan termasuk di dalamnya perubahan-perubahan masyarakat. Sosiologi adalah ilmu kemasyarakatan yang mutlak dan abstrak yang memberi pengertian umum, rasional dan emperikal serta bersifat umum (Soekanto 1982:50).

Linguistik adalah ilmu yang mengkaji bahasa sebagai bentuk lisan dan tulisan; linguistik memiliki rumus yang menjelaskan system, rasional, emperikal dan kesimpulan sebagai pemberian daripada kenyataan struktur, penggolongan dan rumus-rumus bahasa termasuklah pernyataan kekekualian.

Istilah sosiolinguistik baru muncul dalam karya Haver C. Currie yang menyarankan supaya di selidiki perhubungan antara perilaku ujaran dengan status sosial ahli masyarakat (Dittmar, 1976:127).Dell Hymes (1962) menyebut sosio-lingusitik sebagai etnografi pertuturan. 4.1 APLIKASI SOSIOLINGUISTIK DALAM PEMBINAAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA Interaksi sosial dan bahasa dalam sesuatu budaya. Bahasa merupakan alat perhubungan dan perantaraan sesuatu budaya. Sosial merupakan interaksi antara masayarakat. Bahasa melayu dan inggeris sebagai bahasa penghantar: Majoriti masyarakat cina dan india menggunakan bahasa inggeris. Masyarakat melayu menggunakan bahasa melayu. Kedudukan pelajar dalam bilik darjah. Mempamerkan info mengenai budaya dalam kelas. Menerapkan nilai kerjasama antara budaya. Menggunakan pelbagai bahasa semasa interaksi dalam bilik darjah.

19

5.0

PENILAIAN BERASASKAN BUDAYA Guru perlu melaksanakan penilaian terhadap murid berasaskan budaya yang sesuai

dengan situasi di dalam kelas berkenaan. Antara perkara yang perlu di beri perhatian adalah aturan dan kedudukan fizikal kelas dalam kumpulan dengan kaum yang berbeza. Murid perlu diberi peluang adat melakukan dan kaum aktiviti yang bersama ada; kaum yang nilai berbeza, kerjasama boleh dalam

memperkenalkan

penerapan

subjek akan memudahkan proses penilaian terhadap murid.

rajah 3 menunjukkan hubungan antara aspek dalam penilaian berasaskan budaya

Penilaian terhadap nilai yang diamalkan merupakan garis panduan, tindakan dan pola tingkah laku yang diingini. Nilai yang dipilih dan diamalkan dapat mencorakkan perkembangan tingkahlaku yang baik dan menjamin keharmonian bilik darjah. Nilai mencakupi satu dimensi tingkahlaku sosial yang luas dan memberi kesan kepada hubungan suasana bilik darjah, sikap dan tanggungjawab, dorongan kejayaan dan lain-lain.

Penilaian terhadap aspek disiplin boleh mempengaruhi suasana dan persekitaran bilik darjah yang efektif mencerminkan adanya disiplin dalam kalangan guru dan murid.Nilai hidup berdisiplin bermula dari bilik darjah yang bertujuan membentuk individu yang bertanggungjawab dan dapat meneruskan amalan cara hidup yang baik. Disiplin juga meliputi dimensi moral dan akhlak yang mencorakkan sahsiah dan tingkah laku yang baik dan terpuji tanpa mengira latar belakang budaya murid.

20

Budaya belajar murid yang dinamik akan meluaskan ruang ekspresi, perbincangan, penyelidikan, pembacaan, penyelesaian masalah, mengasah pemikiran kritikal dan mencorakkan murid bersifat kreatif dan seronok di samping dapat menguasai kemahiran tertentu. Bilik darjah yang berkesan menawarkan pelbagai peluang pembelajaran untuk membantu setiap murid mengembangkan potensi, minat dan bakat yang berbeza.

Penilaian terhadap aspek psikologi murid meliputi kesan pelbagai pengaruh budaya keatas perkembangan dimensi mental, sosial, moral dan psikologi bilik darjah. Psikologi yang membina keyakinan dan keberanian boleh mendorong satu pembentukan sahsiah dan tingkah laku yang baik di bilik darjah. Guru diminta membentuk sikap murid terhadap overdependency atau terlalu bergantung kepada guru atau orang lain untuk belajar dan mendapatkan maklumat.

Orientasi sosial bilik darjah akan menentukan apa yang patut diamalkan dan apakah yang tidak sepatutnya dilakukan di dalam bilik darjah. Ini termasuklah orientasi sikap dan tanggungjawab, orientasi belajar, orientasi pengunaan masa dan orientasi penyesuaian serta pergaulan mereka. Orientasi akan menentukan iklim bilik darjah yang akan

mempengaruhi pembelajaran murid.Fungsi organisasi ialah meningkatkan pengawalan sosial dengan mementingkan kepada keseragaman, kestabilan dan kepatuhan.Keadaan yang tidak kondusif seperti sesak, memberi kesan seperti tidak selesa dan bising, kurang perhatian individu, pengabaian terhadap murid lemah dan iklim dan suasana bilik darjah yang tegang. Faktor streaming mengikut kebolehan boleh memberi impak psikologi yang luas terutama ke atas harga diri, keyakinan dan rasa kejayaan dalam kalangan murid.

5.1

APLIKASI PENILAIAN BERASASKAN BUDAYA DALAM PEMBINAAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA Aturan kedudukan fizikal kelas dalam kumpulan dengan kaum yang berbeza. Melakukan aktiviti bersama kaum yang berbeza. Memperkenalkan adat dan kaum yang ada di malaysia. Menerapkan nilai bekerjasama dalam subjek.

21

6.0

RUJUKAN

Akhiar Pardi, Shamsina Shamsuddin. 2012. Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Freemind Horizons Sdn. Bhd. Kuala Lumpur Asnarulkhadi Abu Samah, Jayum A.Jawan .1997. Kenegaraan Malaysia. Penerbit Universiti Putra Malaysia. Serdang. Dewey.1918. Dalam Choong Lean Keow. 2011. Murid dan Alam Belajar Edisi ke- 2. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Subang Jaya Selangor. Dittmar.1976. Dalam Syed Ismail, Ahmad Subki. 2013. Budaya dan Pembelajaran. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Puchong. Selangor. Felicia Kho. 2007. http://www.scribd.com/doc/22391098/Kaedah-kaedah-Dan-Teknik-

Pengajaran. Diakses pada 1 Mac 2013. Ferdinand de Saussure. 1910. Third Course of Lectures on General Linguistics: Introductory chapter: Brief survey of the history of linguistics.http://www. 13

marxists.org/reference/subject/philosophy/works/fr/saussure.htm. Dilayari pada Mac 2013. Howard Gardner. 1983. Multiple Intelligences and

Education.http://www.infed.org/

thinkers/gardner.htm. Diakses pada 10 Mac 2013. Goodnow. 1995. Parents Knowledge and Expectations. Dalam M.H Bornstein. 1999. Handbook of Parenting. Mahwah, NJ. Erlbaum. J. Lyons. 1968. Introduction to Theoretical Linguistics. Cambridge University Press. Cambridge. JM Nasira. 2009. http://jmnasira.blogspot.com/2009/11/pgsr-sm3-modul-edu-3106.html.

Diakses pada 10 Mac 2013. John W.Santrock. 2007. Essentials of Life Span Development. The McGraw-Hill Companies, Inc. New York. Lesley Erickson .1997. http://www.collectionscanada.gc.ca/obj/s4/f2/dsk2/ftp04/

mq24582.pdf. Diakses pada 10 Mac 2013.

22

Nurfarhanah Ahmad Tarmizi et. al. 2010. Pembinaan Persekitaran Bilik Darjah yang Mesra Budaya. http://www.scribd.com/doc/85370815/Pembinaan-Persekitaran-

Bilik-Darjah-Yang-Mesra-Budaya. Diakses pada 1 Mac 2013. Pierre Bourdieu. 1930. Dalam Syed Ismail, Ahmad Subki. 2013. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Puchong. Selangor. Syed Ismail, Ahmad Subki. 2013. Budaya dan Pembelajaran. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Puchong. Selangor. Tiada nama pengarang. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/profil-malaysia/7961-

bahasa-rasmi.html. Dilayari pada 5 Mac 2013. Tiada nama pengarang. http://www.scribd.com/doc/82085733/nota-edu. Dilayari pada 5 Mac 2013. Tiada nama pengarang. http://www.scribd.com/doc/22596683/sosiolinguistik Dilayari

pada 10 Mac 2013. Tiada nama pengarang. http://www.scribd.com/doc/51862387/pembinaan-persekitaran-

bilik-darjah-yang-mesra-budaya. Dilayari pada 7 Mac 2013.

23

You might also like