You are on page 1of 18

1.

PENGENALAN
Apabila mendengar perkataan kaunseling, ramai yang akan berprasangka buruk

dan mengaitkan ia dengan perkara yang negatif ataupun perlakuan yang buruk. Namun
kaunseling bukanlah satu bentuk hukuman yang dijatuhkan pada mana-mana pihak.
Malahan ia adalah satu bentuk bantuan kepada mereka yang memerlukan. Ini dapat
dilihat melalui definisi kaunseling itu sendiri. Menurut English dan English ( Mohd. Noor
Saper, 2009) kaunseling adalah satu perhubungan menolong yang melibatkan
penolong dan individu yang ditolong. Penyataan ini dikuatkan lagi dengan penyataan
oleh Berk dan Steffire ( Mohd. Noor Saper, 2009) tentang maksud kaunseling. Menurut
Berk dan Steffire, kaunseling malambangkan satu perhubungan antara kaunselor yang
terlatih dengan orang yang menghadapi masalah.

Di sekolah perkataan kaunseling itu akan diawali dengan perkataan bimbingan.


Bimbingan ini boleh diertikan sebagai. Bimbingan merupakan satu proses yang
berbentuk bantuan, tunjuk ajar, nasihat, mebimbing dan sebagainyauntuk mencapai
matlamat tertentu yang telah ditetapkan. Ini bertepatan dengan apa yang dikatakan oleh
Sabariah ( Mohd. Noor Saper, 2009) mengenai bimbingan. Menurut Sbariah, bimbingan
adalah proses menolong orang lain membuat pemilihan penting yang memberikan
kesan kepada gaya hidupnya. Menurut Abdul Malek ( Mohd. Noor Saper, 2009),
bimbingan adalah proses membantu individu memahami diri dan dunia sekelilingnya
supaya ia mampu menggunakan kebolehan dunia sekelilingnya supaya ia mampu
menggunakan

kebolehan,

keupayaan

dan

yang

ada

sepenuhnya.

Bagi

memperkukuhkan lagi penyataan bahawa bimbingan bersifat pertolongan, Shertzer dan


Stone ( Mohd. Noor Saper, 2009) menyatakan bahawa bimbingan ialah pertolongan
yang diberikan kepada pelajar-pelajar yang biasanya sedang dalamperkembangan atau
pertumbuhan mental, social, intelek, fizikal, emosi, kejiwaan dan kerohanian.

Bimbingan dan kaunseling di sekolah menawarkan banyak perkhidmatan kepada


klien bukan sahaja membantu mereka yang bermasalah dari segi disiplin dan juga
peribadi. Seorang guru yang tidak mempunyai keahlian atau pung pengkhususan dalam
bidang kaunseling tidak boleh menjadi seorang kaunselor, namun hanya boleh menjadi
1

seorang pebimbing. Oleh itu, seorang guru biasa berkebolehan dalam memberikan
bimbingan kepada murid-murid. Ilmu bimbingan dan juga kaunseling perlu ada dalam
setiap guru kerana, setiap guru akan tempuhi pelbagai masalah yang bekaitan dengan
murid. Ia membantu guru mengatasi maslah serta membantu murid itu sendiri. Oleh
sedemikian, tugasan ini mengkehendaki kami untuk mendiagnosis salah satu kes yang
terdapat dalam buku Kajian Kes IPG Kampus Tuanku Bainun berdasarkan teori-teori
yang telah dipelajari, kami perlu mengaplikasikan teori yang bersesuaian yang boleh
diaplikasikan kedalam isu yang terdapat dalam kes kami. Kes yang kami kaji bertajuk
Aman dan Cikgu Ina. Secara kasarnya, ia mengenai seorang guru yang bernama
Cikgu Ina yang terpaksa berhadapan dengan Aman seorang anak murid yang
mengganggu sesi pengajaran dan pembelajaran serta enggan menerima kerjasama
dan teguran dari Cikgu Ina.

Terdapat pelbagai jenis teori dalam pelaksanaan bimbingan dan kaunseling.


Antaranya ialah teori Terapi Pemusatan Klien yang diperkenalkan oleh Carl Rogers,
(1951). Teori Behaviorisme, Teori Terapi Gestalt oleh Fredrick Perls (1951), Teori
kaunseling Psiko-Analisis oleh Sigmind Freud, Teori Terapi Kewujudan oleh Van Kaam
dan Frankl (1953), Teori Terapi Rasional-emosi yang dibentuk oleh Albert Ellis (1962)
dan pelbagai teori lagi. Terdapat tiga fungsi sesuatu teori iaitu, pertama untuk
menjelaskan sesuatu kejadian yang berlaku setelah membuat beberapa pemerhatian,
kedua menggunakan sesuatu teori untuk menguasai keadaan tertentu dan ketiga
menggunakan sesuatu teori untuk membuat ramalan. Bagi menghuraikan isu Aman dan
Cikgu Ina ini, kami akan menggunakan salah satu teori dari kategori tersebut.

2.0

ISU/MASALAH UNTUK DISELESAIKAN


Aman merupakan seorang pelajar remaja yang masih bersekolah

dan baru

berpindah ke sekolah itu sebulan yang lalu serta didapati tidak berbudi bahasa semasa
berkomunikasi dengan orang. Percakapannya adalah bersifat kasar serta tidak
menghormati guru. Malah, dia juga suka mengganggu proses pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas dengan berjalan ke sana dan ke mari. Apabila ditegur oleh
guru, dia akan tengking semula kepada guru dengan cara yang agak kasar dan kurang
hormat.

Berdasarkan maklumat yang dikumpul oleh guru Aman, iaitu Cikgu Ina berkaitan
diri Aman, didapati berasal dari keluarga tunggal di mana ibunya telah meninggal dunia.
Aman juga tidak mendapat kasih sayang dari ayahnya sebab ayahnya telah berkahwin
lain serta tidak mengendahkan Aman. Keadaan yang memeritkan di sini ialah,
walaupun masih berayah, namun Aman terpaksa tinggal seorang diri di rumah sewa
yang disediakan oleh ayahnya agar Aman tinggal di rumah tersebut seorang diri. Ini
menunjukkan Aman mengalami kekurangan kasih sayang.

Disebabkan tidak mendapat bimbingan dari ibu bapa, Aman gagal membuat
pertimbangan serta tidak dapat membezakan antara sifat serta perlakuan yang baik dan
buruk. Ini dapat jelas diperlihatkan melalui cita-cita Aman. Berdasarkan perbincangan
antara Cikgu Ina dan Aman, Cikgu Ina mendapati bahawa Aman bercita-cita untuk
menjadi seorang boss atau lebih spesifikasi sebagai seorang Along setelah dia
menjadi dewasa kelak. Pada pendapat Aman, kerja sebagai Along ini merupakan suatu
pekerjaan yang amat rasional bagi Aman kerana dapat membantu orang lain yang
berada dalam masalah kewangan dengan memberi bantuan kewangan. Malah, Aman
juga turut menyokong bahawa tindakan Along yang kasar dan ganas semasa mengutip
balik wang yang dipinjam adalah juga releven dan menyokong tindakan Along dengan
alasan bahawa dia berbuat demikian untuk mengutip semula wang yang telah
dipinjamkan kepada orang lain.

Situasi di atas ini jelas mempamerkan bahawa Aman gagal memiliki sifat moral
yang berpatutan. Keadaan ini dapat jelas dibuktikan melalui cara pembawakan diri
Aman di kelas dengan cara dia bertutur kasar dengan Cikgu Ina apabila Cikgu Ina
memintanya duduk sebelum beliau mula mngajar. Berikut ialah contoh cara pertuturan
Aman ketika berkomunikasi dengan Cikgu Ina di kelas :
Kalau nak mengajar, mengajar sahajalah, tak payah bising-bising, cakap banyak
buang masa, tak mengajar, makan gaji buta!
Saya tak mengganggu kamu, saya hanya bercakap dengan kawan saya, saya
tak bersalah, kau nak mengajar, mengajar sahajalah, jangan cari pasal aku.

Sebagai seorang guru yang prihatin terhadap anak muridnya, Cikgu Ina perlu
bertindak untuk merujukkan Aman kepada seorang guru bimbingan dan kaunseling bagi
menangani masalah yang dihadapi oleh Aman.

3.0

TEORI YANG SESUAI DIGUNAKAN


Berdasarkan kajian terhadap kes Aman dan Cikgu Ina ini, didapati bahawa

Aman bertindak sebagai klien yang memiliki konsep kendiri yang negatif di mana dia
memiliki suatu pandangan yang rasional terhadap bidang kerja sebagai Along, iaitu
dapat membantu orang dalam keperluan kewangan serta turut menyokong dengan
perbuatan khianat Along sebagai usaha untuk mengutip semula wang yang telah
dipinjamkan kepada orang lain.

Dengan situasi sebegini, teori yang sesuai digunakan oleh saya selaku guru
kaunseling untuk menangani masalah Aman ini ialah Teori Terapi Pemusatan Klien
yang lebih memberi penumpuan terhadap pengalaman kini, perasaan-perasaan serta
interaksi klien. Teori Terapi Pemusatan Klien ini telah diperkenalkan oleh Carl Rogers
dalam buku pertamanya, Counseling and Psychotherapy yang diterbitkan pada tahun
1942. Rogers lebih menekankan kepada individu sebagai kliennya yang dianggap
mempunyai banyak pengalaman sendiri dan berguna untuk ditinjau serta diketahui
bersama. Oleh yang demikian, Cral Rogers banyak menekankan pendekatan baru yang
mewujudkan suasana penerimaan, tenang dan persefahaman, yang mana Teori Terapi
Pemusatan Klien ini menumpukan kepentingan hubungan erat antara kaunselor dan
kliennya. Rogers mengulas tentang pendekatan ini dalam buku Kaunseling Teori,
Proses dan Kaedah (1993) dengan mengatakan :
Essentially, the client-centered approach is a specialized branch of humanistic
theraphy that highlights the experiencing of a client and his or her subjective and
phenomenal world. The therapist functions mainly as a facilitator of personal
growth by helping d client discover his or her own capacities for solving
problems. The client-centered approach puts great faith in the clients capacity to
lead the way in therapy and find his or her own direction.

Rogers percaya bahawa setiap individu mempunyai sumber bakat untuk


mengurus diri secara berkesan dalam kehidupan serta berupaya menangani pelbagai
masalah yang berlaku. Sumber bakat individu ini kadangkala dikaburi, dilupai atau
5

dinafikan, tetapi ia selalu wujud bersama dengan potensi untuk perkembangan dan
pertumbuhan. Rogers juga percaya bahawa jika ada syarat dan peluang yang kondusif,
individu itu akan dapat menuju kearah diri serta mencapai autonomi. Teori ini
menekankan bahawa perubahan boleh berlaku di dalam diri manusia kerana manusia
hakikatnya memiliki desakan semulajadi untuk majukan diri dan bergerak ke arah
kesejahteraan

serta

mempunyai

nilai

positif

dan

negatif

terhadap

pengalaman. Anggapan penghargaan terhadap diri mempengaruhi tingkah laku.


Konsep kendiri terbentuk hasil persepsi individu berhubung dengan pengalaman positif
atau negatif. Individu boleh mengasingkan pengalaman positif dan negatif. Ia boleh
menolak, menerima dan memberi erti yang bermakna terhadap pengalaman dalam
pembentukan konsep kendiri.

Jika kehendak desakan tidak tercapai ia akan memendam pengalaman. Ia


menganggap orang lain tidak dapat menerima secara positif desakan tadi dan
menghasilkan konsep kendiri yang negatif. Ini menimbulkan konflik antara kendiri ideal
dan kendiri sebenar. Individu menerima syarat-syarat penilaian yang telah dipelajari
agar diterima oleh orang lain. Syarat-syarat ini lebih menguasai desakan. Konflik
berlaku kerana tidak kongruen antara kendiri dengan pengalaman. Konflik adalah
ancaman kepada pertumbuhan individu dan menimbulkan helah bela diri.

Teori ini menekankan bahawa, apabila konsep kendiri seseorang telah dibentuk,
dia akan mempertahankannya jika terdapat realiti bertentangan dengan konsep
kendirinya. Maka, apabila orang itu dibawah keadaan tidak sepadan, dia akan berasa
gelisah, dan berusaha memutarbelitkan realiti supaya menjadi sepadan dengan konsep
kendirinya. Akibatnya ini akan menghasilkan tingkah laku negatif.

Menurut Rogers, kecenderongan aktualisasi (actualizing tendency) ialah motivasi


dalaman yang sering beroperatif dalam setiap individu ke arah merialisasikan potensi
secara sepenuhnya dan melepaskan dirinya daripada kawalan daya luaran. Halanganhalangan aktualisasi tendensi akan membawa masalah psikologikal, dan tujuan
kauseling ialah membantu klien mengatasi atau memusnahkan halangan-halangan itu.
6

Rogers yakin Teori Terapi Pemusatan Klien ini adalah berlandaskan kepada teori yang
kukuh daripada teori-teori lain kerana ia lebih dekat kepada hubungan teori
perkembangan dengan teori personaliti.

Berdasarkan penerangan teori di atas, dapat disimpulkan bahawa Teori Terapi


Pemusatan Klien memusatkan pada konsep kendiri yang melibatkan persepsi tentang
diri kita berdasarkan interaksi kita dengan orang lain. Setiap individu akan bertingkah
laku dalam bentuk yang boleh meningkatkan konsep kendirinya. Teori ini turut
menyatakan bahawa masalah-masalah timbul disebabkan konflik yang wujud antara
konsep kendiri dengan pengalaman-pengalaman hidup yang dialami oleh seseorang
individu. Teori ini juga menekankan bahawa seseorang individu akan bersedia berkonsi
masalahnya

hanya

berdasarkan

pada

penerimaan

diterimanya.

dan

penghormatan

yang

4.0

SEBAB PEMILIHAN TEORI


Dalam kes Aman dan Cikgu Ina ini, pandangan dan penerimaan nilai diri Aman

tidak selaras dengan sekitarnya. Ini beraksud Aman mempunyai konsep kendiri yang
negatif. Individu yang mempunyai konsep kendiri yang negatif merupakan seorang yang
sentiasa berasa tidak puas hati, tidak gembira, cepat merajuk serta perasaanya mudah
tersinggung. Ini dapat dilihat melalui kelakuan Aman ketika Cikgu Ina meminta Aman
untuk tidak menggangu rakan yang lain ketika ingin mula sesi pengajaran. Aman
melenting kepada Cikgu Ina lalu memarahi Cikgu Ina kembali dan meinta Ckgu Ina
melakukan kerjanya dan jangan makan gaji buta.

Tambahan pula, individu yang

mempunyai konsep kendiri yang positif ini, kurang menerima kasih sayang atau
perhatian. Ini berbalik pada latar belakang Aman yang tidak mempunyai sosok Ibu
dalam hidupnya. Ayahnya pula telah berkahwin lain dan tidak memberi perhatian
kepada dirinya. Meskipun ayanhya telah menyediakan tempat tinggal untuk Aman,
Aman kurang kasih saying, perhatian dan perlindungan daripada ayahnya.

Antara ciri lain orang yang mempunyai konsep kendiri yang negatif ini, adalah
suka melakukan kerjakerja yang mudah dan senang untuk menjamin kejayaan. Ini
dapat dilihat melalui impian Aman yang ingin menjadi Along keran mahu menjadi Boss.
Aman bercita-cita seumpama ini kerana dia mahu mengejar kekayaan dengan cepat.
Katanya, ramai orang yang belajar tinggi-tinggi menjadi kuli manakala ramai yang tidak
berpelajaran tinggi mampu menjadi orang kaya seperti Along. Meskipun begitu, wujud
nilai positif dalam diri Aman, apabila dia mengatakan bahawa dia membantu orang
apabila memberi pinjaman kepada yang memerlukan. Penjelasan Aman tersebut,
melalui mengikut logik serta nilai yang setara dan diterima oleh dirinya.

Masalah konsep kendiri Aman ini boleh dikaitkan dengan terapi teori pemusatan
klien, oleh itu terapi teori ini dipilih.Kerana dalam teori pemusatan klien yang diasaskan
oleh Carl Rogers ini ada memperkatakan tentang konsep kendiri seorang individu.
Menurut Amir (Amaludin Abdul Rahman, 2008), dalam memahami teori pemusatan
klien ini ada dua perkara yang perlu dikuasai iaitu konsep kendiri dan juag nirwana-diri.
Menurut Amir lagi, konsep kendiri boleh dikatakan seperti berikut :
8

Konsep kendiri boleh ditakrifkan sebagai suatu gambaran persepsi kendiri


yang tersusun yang boleh dibawa ke peringkat sedar. Ia terdiri daripada unsurunsur seperti persepsi seseorang mengikut ciri-ciri kebolehanya, persepsi dan
konsep kendiri berbanding dengan orang lain dan persekitaranya. Kualiti nilai
yang dipersepsikan berkaitan dengan pengalaman dan objketif. Satu matlamat
yang yang dipersepsikan sebagai mempunyai velensi positif dan negative.
Kendiri adalah satu ciri yang dipelajari dan mempengaruhi individu mengenai
dirinya.

Pembentukkan konsep kendiri berkait rapat dengan pengalaman seseorang. Ini


kendiri dibentuk hasil daripada interaksi individu. Menurut Mohammad Aziz Shah dan
Nazariah (2008) dalam teori yang diperkenalkan Rogers ini manusia mampu
memperbaiki diri sendiri yang mencapai matlamat dalam hidup. Semuanya berdasarkan
pada diri individu itu sendiri. Dia yang menbentuk nilai dalam dirinya sendiri
berdasarkan pandangan yang diterima daripada dunia luar. Tambahan lagi, Rogers
turut mengaitkan rasional seseorang individu itu dengan pengalaman. Pengalaman
pada masa sekarang lebih penting dari pengalaman lepas. Oleh itu, kaunseling perlu
memfokuskan pada perasaan klien pada masa sekarang walaupun isu yang
dibincangkan adalah perkara lepas.

Antara sebab lain mengapa terapi teori ini bersesuaian untuk kes Aman adalah
kerana dalam terapi teori ini, ia berpusatkan klien itu sendiri. Kaunselor akan melihat
pandangan satu-satu isu berdasarkan kaca mata klien. Memandangkan Aman seorang
yang sukar didekati, kaunselor melayari perspektif Aman untuk mendekati dirinya.
Dalam kes Aman, individu seperti Aman bertindakbalas dengan bidang fenomena
sebagaimananya yang dialami dan diterimya. Individu tidak bertindak balas terhadap
kenyataan sebagaimana yang seharusnya diterima. Justeru itu, pendapat pemusatan
klien ini terhadap pemahaman seseorang individu tentang bidang fenomenanya akan
dabat dibantu menerusi tanggapannya sendiri sebagai sebahagian daripada proses
teraputik.
9

5.0

TEKNIK YANG DIGUNAKAN DALAM TEORI PEMUSATAN KLIEN


Teori pemusatan klien berbeza dengan teori-teori kaunseling yang lain dari segi

penglibatan itu sendiri. Ini adalah merupakan satu-satunya pendekatan teraputik yang
utama yang bergantung terhadap gerakan dalaman klien untuk menuju ke arah
pertumbuhan. Individu dilihat sebagai boleh memulihkan diri, memerlukan kemesraan,
dan persekitaran yang menyokong untuk mencapai kepuasan kendiri pada tahap yang
tinggi. Dalam perhubungan kaunseling, komunikasi difokuskan kepada individu yang
mengalami masalah. Rogers menyarankan tiga suasana yang fasilatatif iaitu pertama,
ketulenan sebenar atau kongruen. Kedua, penerimaan, mengambil berat dan
bersangka baik dan ketiga mempunyai kefahaman empati.

Rogers menganggap teorinya bersifat fleksibel di mana proses kaunseling itu


bersifat natural. Ia berlaku mengikut aliran ataupun fasa kesediaan klien. Dalam terapi
teori

pemusatan

klien

ia

memberi

fokus

kepada

keupayaan

klien

serta

tanggungjawabnya untuk mencari jalan bagi menghadapi kenyataan, dan seterusnya


menghasilkan tingkahlaku yang sesuai dengan realiti. Pendekatan teori ini memberi
tumpuan utama kepada dunia fenomenologi klien sendiri. Ini bermaksud setiap klien
melihat kenyataan atau realiti menurut sorotan pandanganya sendiri. Bagi pihak
kaunselor pula, ia harus mampu serta bersedia sama-sama melihat melalui sorotan
pandangan klien. Melalui proses empati kaunselor harus mampu merasai dan
mengalami apa yang dialami dan dirasai klien. Kaunselor tidak boleh bersikap
mengkritik dan menilai klien. Jika kaunselor mengkritik pandangan klien, ini bermakana
kaunselor gagal melihat melalui sorotan pandangan klien dan merasa empati terhadap
klien.

Melalui hubungan yang dibina oleh kaunselor bersama klien yang kongruen,
menerima kliennya tanpa syarat dan mempunyai keupayaan untuk berempati, klien
dengan sendirinya akan menemui dirinya sendiri melalui proses kaunseling. Dengan
menggunakan teori ini kaunselor hendaklah ikhlas, jujur, mesra dan bersedia menerima
kliennya, serta mempunyai kebolehan untuk berempati secara tepat.

10

Dalam teknik penerimaan tanpa syarat, kaunselor hendaklah menerima klien tanpa
menilai klien itu sama ada baik atupun jahat. Kaunselor menerima klien tanpa sebarang
prasangka atau sebarang penilaian. Selain itu, kaunselor tidak boleh menunjukkan
sikap keterujaan serta penerimaan klien agar tidak meninggalkan kesan yang negative
terhadap klien. Sikap seperti menunjukkan sikap yang tidak tulen kepada klien, ini akan
membuatkan klien beraa kurang senang. Tanpa mengenakan syarat seperti ini, klien
akan dapat merasa ketulenan kaunselor tadi untuk menolongnya dan dengan wujudnya
persepsi dan perasaan seperti ini, maka lebih mudahlah proses perubahan personaliti
berlaku, kerana tidak akan terasa sebarang ancaman.

Sifat empati adalah kebolehan untuk merasa dan mengenalpasti perasaan orang
lain dan kemampuan memberitahu kepada klien daripada sudut pandangannya, iaitu
cuba masuk ke dalam ruang rujuk klien. Di dalam teknik ini memerlukan kaunselor
mempunyai kefahaman empati yang tepat. Klien yang datang bersamanya membawa
dunia subjektifnya, yang tentu berbeza daripada dunia subjektif kaunselor itu sendiri.
Dari huraian klien, baik melalui bahasa mahupun melalui gerak-geri tubuh badannya,
kaunselor haruslah berusaha menyelami dunia subjektif kliennya, sehingga ia dapat
merasai, mempersepsi dan mengalami segala apa yang dirasai, dipersepsi dari alam
objektifnya dari realiti yang sebenar.

Sifat jujur, ikhlas dan tulen harus ada pada kaunselor yang menggunakan teknik
ini. Ketulenan adalah kebolehan untuk menjadi sejati dan benar dengan orang lain.
Kaunselor tidak sepatutnya menyelewengkan komunikasi, menyembunyikan motif atau
bertindak dengan agenda yang tersembunyi, berpura-pura dan mengelak.
Kaunselor haruslah bersikap terbuka dengan klienya. Ia tidak tersekat-sekat atau
teragak-agak untuk menyampaikan apa jua yang dirasainya, baik yang positif mahupun
negatif. Dengan yang demikian ia dapat menjadi sebagai contoh atau model kepada
kliennya untuk juga bersifat terbuka, jujur dan ikhlas di dalam menyatakan perasaan
dan pengalamannya.

11

6.0

CARA PELAKSANAAN TEKNIK


Untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh klien saya, Aman seperti

diterangkan sebelum ini, pendekatan afektif melalui Teori Pemusatan Klien (Client
Centered) Carl R. Rogers amat sesuai digunakan. Menurut buku Kaunseling Teori,
Proses dan Kaedah (1993), Rogers telah mengemukakan konsep kemesraan dan
pentingnya hubungan yang rapat antara kaunselor dengan kliennya. Kewujudan satu
iklim interaksi yang penuh dengan penerimaan dari kedua pihak kaunselor dan
kaunselor boleh menjamin perasaan yang terpendam diluahkan secara mudah tanpa
sekatan.

Teori Terapi Pemusatan Klien ini memberi fokus kepada klien dimana klien itu
sendiri akan menentukan arah dirinya dan kaunselor (saya) hanya berperanan untuk
menwujudkan rasa selesa. Setiap individu mempunyai keupayaannya sendiri dan boleh
bertanggungjawab serta bebas menjadi seperti yang diimpikan.

Ini sangat sesuai dengan masalah yang dihadapi oleh klien saya iaitu Aman
yang memilih kerja Along sebagai cita-citanya walaupun kerja Along ini merupakan
suatu bidang yang tidak beretika. Namun, bagi diri Aman kerja sebagai Along ini
mempunyai rasional positifnya yang tersendiri iaitu dapat membantu orang yang
memerlukan wang dengan memberikan pinjaman wang. Malah bagi pendapat Aman,
adalah tidak bersalah dengan tindakan Along yang menkhianati serta menggganas
sebab Aman merasakan bahawa itu merupakan satu tindakan yang betul bagi
mendapatkan semula wang yang telah dipinjamkan kepada orang.

Saya sebagai seorang guru bimbingan dan kaunseling akan bertindak sebagai
fasilitator yang akan membimbing mencari penyelesaian untuk masalah yang
dihadapinya. Saya juga akan mengwujudkan suasana yang sesuai dimana Aman akan
berasa bebas untuk meneroka dan mengalami halangan hidup iaitu menentukan masa
depan dengan cara yang betul dengan memberi kesedaran tentang ketidakrasionalan
bidang kerja sebagai Along ini tanpa memaksa Aman, iaitu klien saya. Saya juga akan
membantu Aman agar tidak bersifat defensif dalam membuat keputusan tentang masa
12

hadapan. Klien saya, iaitu Aman juga boleh bersikap lebih terbuka dan dapat menerima
realiti tentang masalah yang dihadapinya dan dapat membezakan kesan positif dan
negatif.

Manusia dilihat mempunyai desakan semulajadi untuk memajukan diri dan


sentiasa bergerak ke arah mencari kesejahteraan diri. Teori Pemusatan Klien ini
akhirnya bertujuan menyatupadukan antara rasa hati organismik sebenar yang akan
dialami oleh klien dengan konsep kendirinya. Perkara yang tak kongruen akan
disamakan semula, ini memupuk semula keseragaman dalam diri individu itu. Roger
menekankan bahawa untuk mendapat perubahan tingkah laku yang baru adalah
tanggungjawab klien itu sendiri. Teori ini amatlah sesuai bagi kes Aman yang
dibincangkan dalam kajian ini kerana berdasarkan penekanan beberapa aspek berikut:

i) Aman bertanggungjawab untuk mendapatkan kesedaran diri serta bertindak.


ii) Fokus ditumpukan kepada fenomena dan dunia dalaman Aman.
iii) Aman perlu digalak memahami persepsi sebenar.
iv) Perhubungan terapeutik anatara kaunselor dan klien.
v) Konsep utama, penerimaan dengan empati, reda, ketulinan dan kongruen.

Empati-kaunselor (saya) dalam ruang rujuk klien, iaitu Aman (menjiwai apa yang
dilalui oleh Aman).
Reda-menerima Aman sebagai klien tanpa ragu-ragu.
Ketulinan-ikhlas dan jujur menerima klien, iaitu Aman tanpa syarat.
Kongruen-serasi apa yang dirasai Aman.

Sesi kaunseling yang diadakan menitik beratkan layanan saya sebagai guru
kaunseling terhadap klien saya Aman, ini sudah tentu memastikan penggunaan
kemahiran layanan yang berstruktur bagi menjalinkan kesungguhan untuk mencapai
empat konsep tadi.. Untuk itu proses komunikasi amat penting dalam pendekatan Teori
Pemusatan Klien. Ciri layanan/ interaksi semasa proses kaunseling sangat penting
kerana inilah punca ikatan yang dapat merapatkan klien (Aman) dan kaunselor(saya).
13

Bagi memastikan kesan interaksi ini ialah dengan melihat mesej verbal dan non verbal
melalui kaedah serta kemahiran melayan dan mendengar. Kaunselor perlu peka gerak
geri fizikal, nada rentak suara, pertemuan mata, cara duduk, riak muka antara cirri
penting yang diberi perhatian.

Ungkapan gerak balas oleh kaunselor juga amat penting, dimana pertemuan
sebolehnya dalam keadaan yang selesa bagi kedua-dua pihak dan tidak merimaskan
klien.

Saya perlu mamastikan bahawa mesej yang disampaikan mestilah sepadan

dengan apa yang tersemat dalam fikiran Aman. Maka, saya tidak boleh terus memberi
komen negatif tentang cita-cita Aman untuk menjadi Along apabila dewasa nanti. Saya
juga perlu mempraktikkan kemahiran mendengar dan melayan dengan baik sepanjang
sesi kaunseling antara saya selaku kaunselor dan Aman selaku klien. Saya juga perlu
memiliki kemahiran-kemahiran memparafrasa, penjelasan, menyemak persepsi,
refleksi, metafsir, konfrantasi, menyoal, menggunakan dorongan minimum, memberi
maklumat dan merumus agar saya dapat engenal pasti masalah Aman serta
mendapatkan suatu alternatif untuk memperbaikinya.

Rogers tidak mempunyai set teknik atau tatacara tertentu sepertimana yang
terdapat dalam setengah-setengah psikoterapi. Baginya teknik atau tatacara haruslah
dikaitkan dengan matlamat bagaimanapun segala kemahiran yang telah diterangkan
perlu diaplikasi agar dapat memimpin klien mencapai persepsi dan matlamat pada
akhirnya. Walau bagaimanapun untuk memudahkan kaunselor menjalankan sesi
kaunseling dan mendapat hasil matlamat yang lebih baik langkah-langkah berikut
adalah perlu diikuti terutama dalam proses atau sesi kaunseling individu yang bersifat
non direntive. Kebanyakan kaunselor mengamalkan beberapa langkah dalam
pengendalian sesi kaunseling, antaranya seperti berikut :

i) Pengstrukturan
ii) Membina hubungan
iii) Menyatakan masalah melalui penerokaan
iv) Meneroka masalah
14

v) Alternatif
vi) Pemilihan alternatif
vii) Penilaian
viii) Penamatan

Langkah Pertama : i) Penstrukturan

Pada peringkat permulaan, saya selaku guru kaunseling akan menerangkan


kepada klien saya iaitu Aman tentang proses serta ekspektasi kepada proses dan juga
menyediakan peluang melalui perbualan. Semasa langkah ini, Aman akan diberi
peluang untuk menanya soalan tentang proses, kerahsiaan, kekerapan, perjumpaan
dan jangka masa sesi.

Memandangkan Aman bukannya datang sendiri dan

sebenarnya dirujuk melalui Cikgu Ina, mewujudkan hubungan terapeutik antara Aman
dengan saya selaku guru bimbingan dan kaunseling adalah agak sukar dan seterusnya
hubungan serta kepercayaan adalah amat rendah antara kaunselor(saya) dengan
Aman. Maka, saya perlu berusaha untuk membina suatu perhubungan positif dengan
Aman agar wujud suatu keadaan selesa baginya untuk berkongsi pendapatnya dengan
saya.

Langkah Kedua : ii) Membina Hubungan


iii) Menyatakan Masalah Melalui Penerokaan
iv) Meneroka Masalah (Senario)

Kemahiran-kemahiran asas kaunseling adalah satu aspek yang penting semasa


menjalankan

sesi

kaunseling.

Saya

akan

menggunakan

kemahiran-kemahiran

kaunseling tertentu untuk menjalankan sesi kaunseling saya bersama Aman yang
mempunyai konsep kendiri negatif dalam dirinya. Kemahiran pertama yang akan saya
berikan perhatian ialah tingkah laku memberi perhatian. Saya akan memastikan
kedudukan saya menghadapi Aman adalah sesuai, ekspresi muka sentiasa ceria dan
15

mengadakan eye contact dengan Aman supaya dapat memberikan mesej kepadanya
bahawa saya sedia mendengar masalahnya. Saya akan sentiasa menggunakan
dorongan minimum seperti gerak isyarat, anggukan kepala atau perkataan tunggal
seperti ya, mmm, A-ha dan lain-lain untuk menunjukkan bahawa saya mendengar
masalah yang diceritakan oleh Aman. Kemahiran kedua ialah kemahiran mendengar
dimana saya akan mendengar secara aktif tentang pekara yang diceritakan oleh Aman.
Saya akan memastikan tiada sebarang gangguan berlaku semasa sesi kaunseling
dijalankan. Kemahiran mendengar yang baik akan membantu saya untuk mentafsir
masalah atau pekara yang ingin disampaikan oleh klien saya dengan tepat. Kemahiran
ketiga ialah kemahiran menyoal iaitu sebagai guru pembimbing saya haruslah bijak
mengemukakan soalan kepada Aman. Soalan-soalan yang dikemukakan adalah terdiri
daripada soalan terbuka yang dapat membantu saya untuk memperolehi lebih banyak
maklumat tentang krisis yang dihadapi oleh Aman.

Langkah Ketiga :

v) Alternatif
vi) Pemilihan Alternatif

Seandainya pengalaman dan konsep kendiri tidak kongruen maka lahirlah


kerisauan (anxiety) dan ketegangan (tension) dalam diri klien saya iaitu Aman. Apabila
perasaan negatif yang dialami selesai dinyatakan dalam sesi kaunseling, penyataan
dan tindakan yang positif perlu dibuat (contoh: kamu masih beruntung sebab kamu
tidak jadi mangsa hutang pada Along. Kalau tidak, pasti kamu pun akan merana sebab
masalah yang diberikan oleh Along tersebut, iaitu dengan kadar faedahnya yang tinggi
dan diberi masalah sekiranya tidak membuat bayaran mengikut kehendak pihak Along
tersebut).

Setelah itu saya akan cuba memahami masalah sebenar yang dihadapi oleh
Aman ebelum cuba menyelesaikannya dan ini termasuk dalam kemahiran memahami.
Seterusnya ialah kemahiran berempati dimana saya akan cuba memahami serta

16

merasai apa yang dirasai oleh Amin sebagai anak yatim yang telah kematian ibu dan
bapanya pula telah berkahwin lagi serta membiarkan Aman tinggal seorang diri di
sebuah rumah yang telah disewakan oleh ayahnya untuk Aman. Melalui kemahiran ini
saya dapat merasakan sendiri konsep kendiri negatif yang terbina dalam diri Aman
sebab dia tidak mempunyai sesiapa untuk memperbetulkan atau membimbing dalam
membuat sesuatu keputusan atau tindakan. Misalnya, keputusannya untuk menjadi
Along apabila dia dewasa nanti. Saya juga akan mengaplikasikan kemahiran refleksi
perasaan dimana saya membalikkan aspek emosi Aman yang akan meningkatkan
tahap kesedaran Aman tentang kekeliruan sebenar yang dialami. Seterusnya saya
akan menginterpretasikan masalah yang dialami oleh Aman untuk pemahaman saya.
Saya akan melakukan pendedahan kendiri kepada Aman bahawa saya juga pernah
menghadapi masalah yang sama supaya Aman dapat berasa lebih lega dan selesa.
Jika diperlukan saya akan melakukan pemparafrasaan, saya akan menceritakan
semula masalahnya secara ringkas kepada Aman. Ini secara tidak langsung, turut
membantu saya menyemak semula pemahaman saya tentang masalah yang dihadapi
oleh Aman.

Langkah Keempat :

vii) Penilaian
viii) Penamatan

Akhir

sekali

saya

akan

membuat

rumusan

berdasarkan

segala

yang

dibincangkan dalam sesi kaunseling bersama Aman. Ini membolehkan saya


memperolehi pemahaman yang lebih mendalam tentang Aman serta meninjau
kemajuan yang akan dicapai nanti.

Pada peringkat ini, saya selaku kaunselor membuat rumusan dan maklumbalas
dan bagaimana nak menamatkan dengan membuat pengukuhan apa yang Aman akan
buat selepas selesai sesi ini seterusnya diharapkan klien dapat menikmati kelegaan,
kesejahteraan diri dan akhirnya menjurus kepada perubahan perlakuannya.

17

7.0

HARAPAN
Berdasarkan kes di atas, klien sedikit sebanyak menemui celik akal dan

menunjukkan kekuatan kendiri hasil dari proses kaunseling tersebut. Melalui


pengaplikasian Teori Pemusatan Klien ini, saya berharap agar konsep kendiri negatif
yang terdapat dalam diri Aman dapat diperbaiki kepada konsep kendiri positif dengan
bimbingan guru kaunseling untuk

memotivasikan serta membuka jalan agar Aman

sentiasa mengambil keputusan berdasarkan pertimbangan baik dan buruknya sesuatu


perkara itu berserta dengan kesan yang bakal dihadapi melalui keputusan yang diambil.
Penemuan terhadap kendiri klien dalam kes di atas lebih menyakinkan bahawa
Pendekatan Pemusatan Klien mampu memberi ruang dan peluang yang cukup baik
bagi klien berubah. Beberapa kemahiran yang ada pada kaunselor digunakan dengan
baik, ditambah dengan kerjasama dan keinginan mendalam klien untuk berubah telah
menjadikan sesi ini agak berkesan dan mampu mengurangkan masalah emosi klien.
Dengan ini, diharapkan agar Aman menyedari bahawa pekerjaan sebagai Along
bukanlah suatu kerja yang mulia seperti yang disangkanya. Ini secara tidak langsung
akan mengubah sifat Aman yang suka bercakap kasar dengan orang lain dan
menjadikannya sebagai seorang remaja yang berbudi bahasa.

18

You might also like