You are on page 1of 6

Taksonomi Bloom merupakan satu hierarki yang diperkenalkan oleh Benjamin S.Bloom (1956).

Taksonomi Bloom ini merupakan suatu nilai berdasarkan kognitif atau mental yang merangkumi aspek pengetahuan, fakta dan teori. Selain itu, taksonomi bloom ini membina pemikiran untuk pemahaman dan menjadi lebih kreatif dalam suatu pembelajaran. Dalam Taksonomi Bloom, terdapat enam peringkat dan keenam-enam peringkat tersebut dapat dilihat pada rajah 3 di bawah :

Penilaian Sintesis Analisis Aplikasi Kefahaman Pengetahuan

Rajah 3 : Aras Taksonomi Bloom Berdasarkan rajah 3 di atas jelas dapat dilihat enam peringkat Taksonomi Bloom. Antaranya, peringkat pengetahuan berada di aras paling rendah. Pada peringkat pengetahuan, individu dikehendaki mengingat semula tanpa

perubahan serta mengetahui objektif pembelajaran. Aras pengetahuan ini terdiri daripada suatu penyataan yang ringkas, tepat dan tidak memerlukan contoh. Dalam peringkat ini terdapat beberapa istilah khusus bagi guru mengenal pasti peringkat ini iaitu nyatakan, terangkan, namakan dan labelkan.

Seterusnya, peringkat kedua iaitu peringkat kefahaman yang bermaksud kebolehan mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain. Pada peringkat ini juga pelajar boleh menyatakan idea utama dalam ayat sendiri dan ia dilihat sangat berbeza dengan aras pengetahuan di mana pelajar dikehendaki memberikan jawapan tanpa membuat sebarang perubahan. Melalui peringkat ini, pelajar mestilah dapat menterjemah isi kepada huraian dan memahami bahan dengan berkesan. Istilah khusus bagi aras kefahaman ini ialah membanding, menerangkan, membezakan. Peringkat ketiga ialah peringkat aplikasi di mana pada peringkat ini pelajar dapat menggunakan bahan yang telah dipelajari dalam situasi baru yang konkrit. Antara istilah khusus dalam menganalisis peringkat ini ialah menyelesaikan, mengira, mengendalikan, dan meramal. Peringkat seterusnya ialah peringkat analisis. Peringkat analisis merupakan kebolehan memecahkan sesuatu yang kompleks kepada yang kecil,

membahagikan pembelajaran, menaakul sebab dan meleraikan komunikasi serta menilai kerelevanan sesuatu data atau topik. Istilah khusus bagi aras analisis ini ialah bezakan, bandingkan, huraikan, klasifikasikan. Peringkat kelima iaitu peringkat sintesis adalah kebolehan mencantumkan dan mengintegrasikan fakta yang berkaitan dan membentuk sesuatu yang baharu iaitu idea. Melalui peringkat ini, pelajar dinilai dari segi kreativiti serta kebolehan mereka untuk mencipta idea baru berdasarkan pengalaman pembelajaran yang telah mereka lalui sebelum ini. Istilah khusus untuk membina item soalan bagi peringkat ini ialah gabungkan, merekabentuk, cadangkan, senaraikan beberapa cara dan huraikan satu perancangan. Terakhir, peringkat penilaian ialah peringkat tertinggi dalam piramid Taksonomi Bloom. Pada peringkat ini, pelajar diharapkan dapat membuat pertimbangan tentang sesuatu yang diketahuinya berdasarkan kriteria, analisis dan sintesis. Penilaian merupakan peringkat untuk menguji kebolehan, membuktikan,

mengkritik dan menilai. Antara istilah khususnya ialah nilaikan, rumuskan, bandingkan, buktikan serta huraikan. Kesimpulannya Taksonomi Bloom menjadi pemudahcara para guru dan penggubal soalan kerana berfungsi sebagai panduan untuk membina soalan. Dengan adanya hierarki ini, penggubalan soalan yang mencakupi pelbagai aras dan kemahiran dapat dihasilkan di samping dapat memperkembangkan murid dari aspek kognitif, afektif dan psikomotor.

Taksonomi Solo John Biggs dan Kevin Collis pada tahun 1982 di New York, Amerika Serikat mengembangkan model taksonomi tujuan pembelajaran yang kemudian dikenal dengan taksonomi SOLO (The Structure of the Observed Learning Outcome). Taksonomi ini dikembangkan dengan alasan menyediakan cara yang sederhana dan kuat menggambarkan bagaimana hasil belajar tumbuh dalam kompleksitas dari permukaan ke dalam untuk konseptual pemahaman' (Biggs dan Collis 1982). Taksonomi SOLO ini terdiri dari lima tahap yang dapat menggambarkan perkembangan kemampuan berpikir kompleks pada siswa dan dapat diterapkan di berbagai bidang. Berikut adalah tahapan respon berpikir berdasar taksonomi SOLO;

1. Tahap Pre-Structural. Pada tahap ini siswa hanya memiliki sangat sedikit sekali informasi yang bahkan tidak saling berhubungan, sehingga tidak membentuk sebuah kesatuan konsep sama sekali dan tidak mempunyai makna apapun. 2. Tahap Uni-Structural. Pada tahap ini terlihat adanya hubungan yang jelas dan sederhana antara satu konsep dengan konsep lainnya tetapi inti konsep tersebut secara luas belum dipahami. Beberapa kata kerja yang dapat mengindikasi aktivitas pada tahap ini adalah; mengindentifikasikan, mengingat dan melakukan prosedur sederhana.

3. Tahap Multi-Structural. Pada tahap ini siswa sudah memahami beberapa komponen namun hal ini masih bersifat terpisah satu sama lain sehingga belum membentuk pemahaman secara komprehensif. Beberapa koneksi sederhana sudah terbentuk namun demikian kemampuan meta-kognisi belum tampak pada tahap ini. Adapun beberapa kata kerja yang mendeskripsikan kemampuan siswa pada tahap ini antara lain; membilang atau mencacah, mengurutkan, mengklasifikasikan, menjelaskan, membuat daftar, menggabungkan dan melakukan algoritma. 4. Tahap relational. Pada tahap ini siswa dapat menghubungkan antara fakta dengan teori serta tindakan dan tujuan. Pada tahap ini siswa dapat menunjukan pemahaman beberapa komponen dari satu kesatuan konsep, memahami peran bagianbagian bagi keseluruhan serta telah dapat mengaplikasikan sebuah konsep pada keadaan-keadaan yang serupa. Adapun kata kerja yang mengidikasikan kemampuan pada tahap ini antara lain; membandingkan, membedakan, menjelaskan hubungan sebab akibat, menggabungkan, menganalisis,

mengaplikasikan, menghubungkan. 5. Tahap Extended Abstract Pada tahap ini siswa melakukan koneksi tidak hanya sebatas pada konsepkonsep yang sudah diberikan saja melainkan dengan konsep-konsep diluar itu. Dapat membuat generalisasi serta dapat melakukan sebuah perumpamaanperumpamaan pada situasi-situasi spesifik. Kata-kerja yang merefleksikan kemampuan pada tahap ini antara lain, membuat suatu teori, membuat hipotesis, membuat generalisasi, melakukan refleksi serta membangun suatu konsep.

DOMAIN KRATHWOHL Krathwohl dan rakan-rakan, (1964) adalah antara penyelidik yang julungkali menggunakan terminologi afektif (affective) dalam memperkenalkan satu lagi domain penting dalam hidup manusia. Ia digunakan sebagai satu lagi objektif pengajaran di samping aras-aras yang terdapat dalam domain kognitif yang telah diperkenalkan oleh Bloom dan rakan-rakan pada tahun 1956. Krathwohl mengkategorikan domain afektif sebagai terdiri daripada; penerimaan (receiving), tindak-balas (responding), menilai (valuing), menyelaraskan sistem nilai (organizing a value set), dan mengamalkan sesuatu mengikut sistem nilai yang kompleks (characterizing by value complex). Diasaskan oleh, David R. Krathwohl. Merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap. Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik. Pembelajaran dapat dijalankandengan berkesan dengan adanya murid yang dapat membentuk sikap positif. Terdapat 5 peringkat bagi domain ini : 1. Penerimaan 2. Gerak balas 3. Menilai 4. Organisasi 5. Perwatakan

Aras taksonomi Krathwohl 1. Penerimaan Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian. Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif. Konteks

pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap. 2. Gerak balas Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.

3. Menilai Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan. Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan. 4. Organisasi Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya. 5. Perwatakan Bermaksud seseorang itu mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai satu cara hidup. Pada peringkat ini, seseorang itu akan memperlihatkan perwatakan berlandaskan kepada nilai tertentu, misalnya dapat membuat keputusan mengikut keadaan, tanpa berasaskan perasaan atau sogokan dan system nilai tersendiri iaitu mempunyai prinsip hidup sendiri.

You might also like