You are on page 1of 15

ISI KANDUNGAN

1.1 PERSIAPAN GURU SEBELUM MEMBINA ITEM ....................................................... 2

1.2 PEMBINAAN ITEM SOALAN OBJEKTIF, STRUKTUR DAN ESEI MENGIKUT 6


ARAS TAKSONOMI BLOOM ........................................................................................... 4

1.2.1 Soalan Objektif .................................................................................................... 5

1.2.2 Soalan Struktur ................................................................................................... 7

1.2.3 Soalan Esei .......................................................................................................... 8

1.3 REFLEKSI KENDIRI ................................................................................................. 10

RUJUKAN .......................................................................................................................... 13

LAMPIRAN

1
1.1 PERSIAPAN GURU SEBELUM MEMBINA ITEM
Insan bergelar guru tidak dapat dinafikan akan melakukan persiapan sebelum
membina item. Kamus Dewan (2005) menyatakan bahawa item merupakan satu perkara atau
benda dalam sesuatu senarai atau kumpulan yang dibincangkan, pentaksiran pula
didefinisikan sebagai proses untuk mendapatkan maklumat dan membuat penghakiman
tentang produk sesuatu proses pendidikan. Dalam konteks ini, terdapat enam elemen dalam
persiapan guru sebelum membina item. Hal ini menggambarkan bahawa guru perlulah
mengetahui tujuan yang jelas, menepati kehendak ditulis, item yang boleh diukur dan setiap
item hanya mengukur satu kemahiran sahaja untuk membina item.

Antaranya, persiapan yang boleh dilaksanakan oleh guru sebelum membina item ialah
menambah pengetahuan tentang pembinaan item. Hal ini termasuklah jenis-jenis item
dan prinsip-prinsip pembinaan item sebelum membina instrumen dan item pentaksiran.
Supramani (2006) kolaburasi antara tiga domain yang meliputi enam aras mengikut peringkat
dapat menghasilkan item yang baik dan berkesan untuk mengukur kebolehan dan
kemampuan murid. Contohnya, guru mestilah meneliti ciri-ciri setiap aras atau peringkat
domain kognitif, afektif dan psikomotor yang merangkumi aras mengingat, memahami,
mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Buktinya, ciri bagi aras mengingat ialah
menguji murid mengingat semula serta kenal pasti fakta yang dipelari. Sesungguhnya, guru
perlulah kenal pasti ciri-ciri item mengikut aras Taksonomi Kognitif Bloom yang diringkaskan
dalam bentuk jadual agar lebih mudah untuk memahami.

Selain itu, guru juga perlulah menganalisis kandungan kurikulum. Hal ini
menunjukkan bahawa guru hendaklah memahami sukatan kurikulum standard mata
pelajaran yang diajar kepada murid (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2018). Misalnya,
guru perlulah menganalisis tahap keupayaan murid terlebih dahulu sebelum menfokuskan
standard prestasi yang mempunyai tahap penguasaan dan tafsiran seperti tahap satu dalam
tajuk hormati jiran ialah “menyatakan contoh perlakuan menghormati jiran”. Secara tidak
langsung guru dapat menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang menepati
kandungan kurikulum dengan menyelitkan contoh soalan mengikut aras kepada murid.
Jelaslah, guru yang merujuk dan memahami kandungan kurikulum terlebih dahulu dapat
memudahkan proses untuk membina item.

Seterusnya, guru juga boleh menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU).


Fakhrudzafie Mohd (2010) menyatakan bahawa JSU mampu memberi panduan kepada guru
tentang cara untuk membina item kerana JSU merupakan senarai kandungan yang
mempunyai standard kandungan dan aras kognitif murid untuk diuji. Buktinya, JSU
mempunyai kandungan seperti senarai nilai murni serta aras item sama ada objektif atau

2
subjektif mengikut Taksonomi Bloom. Guru boleh mengaplikasikan JSU untuk menghuraikan
domain pencapaian diukur dengan memastikan keseimbangan dan keselarasan ujian yang
dibina. Oleh itu, guru perlulah membina carta atau jadual dua hala dengan memilih hasil
pembelajaran yang hendak diuji agar sasaran ujian seimbang.

Bukan itu sahaja, pengetahuan tentang aras kesukaran mengikut taksonomi


domain kognitif mengikut Bloom (Aderson dan Kratwolh) dan domain afektif. Seth
Sulaiman dan Jamil Tarmizi (2010) menerangkan bahawa guru haruslah memahami aras
kesukaran item berdasarkan sistem pendidikan di Malaysia yang menggunakan Taksonomi
Domain Kognitif, Afektif dan Psikomotor Bloom. Buktinya, hierarki kognitif Taksonomi Bloom
bagi aras mengingat dan memahami ialah Kemahiran Berfikir Aras Rendah (KBAR),
manakala aras melaksana, menganalisis, menilai dan mencipta ialah Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT). Taksonomi domain afektif pula merujuk kepada penghayatan nilai murni
mengikut lima tingkat, yang bermula daripada aras penerimaan, bergerak balas, penilaian,
pengurusan dan aras penghayatan nilai tinggi. Tegasnya, guru perlulah mengetahui aras
setiap domain bermula aras yang paling rendah kepada tinggi.

Dalam konteks ini, buku teks, panduan pentaksiran dan rujukan amat membantu
dalam proses persiapan guru sebelum membina item. Afinde Othman (2016) menyatakan
bahawa pembinaan item pentaksiran memerlukan guru menggunakan sumber daripada buku
rujukan dan latihan yang berada di pasaran untuk memudahkan dan mempercepatkan guru
dalam membuat pentaksiran. Contohnya, buku rujukan “Pentaksiran dalam Pendidikan
Malaysia” bagi siri pendidikan guru yang diterbitkan pada tahun 2017 oleh syarikat Oxford
Fajar sudah merangkumi buku teks dan panduan pentaksiran secara ringkas untuk guru
pelatih Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Hal ini menunjukkan bahawa guru perlulah
merujuk buku panduan pentaksiran yang disahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM). Tegasnya, buku teks, panduan pentaksiran dan rujukan yang menepati standard KPM
dapat membantu guru membuat persediaan sebelum membina item.

Selain itu, soalan ujian atau peperiksaan lepas juga mampu membantu guru
membuat persediaan sebelum pembinaan item. Abdul Aziz (2009) menjelaskan bahawa guru
membuat inisiatif dengan membina laman sesawang di dalam internet bagi berkongsi contoh
soalan sebelum ini berupaya menjadi panduan dapatan atau instrument pembinaan item yang
baru. Misalnya, laman web SCRIBD yang bertajuk “Pendidikan Moral Tahun 5 Set Soalan
Objektif Aras Taksonomi Bloom” menunjukkan contoh soalan lepas berdasarkan aras
Taksonomi Bloom. Hal ini dapat mempercepatkan proses pembinaan item oleh para guru.
Sesungguhnya, soalan ujian atau peperiksaan yang lepas dapat menjadi penanda aras
piawaian yang boleh dicontohi sebelum guru membina item pentaksiran yang baru.

3
Kesimpulannya, guru hendaklah mengetahui terlebih dahulu tentang persediaan atau
persiapan sebelum membina sesuatu item pentaksiran. Hal ini disebabkan kerana ia dapat
membantu guru membuat item soalan objektif, struktur dan esei yang mengikut enam aras
taksonomi bloom. Secara tidak langsung guru dapat mengenal pasti dengan menganalisis
tahap pencapaian murid untuk membuat refleksi Pengajaran dan Pemudaharaan (PdPc) di
dalam kelas terhadap murid (Supramani, 2006). Oleh itu, guru perlulah membuat bijak
mengatur strategi membina sesuatu item pentaksiran dengan merujuk bahan-bahan yang
mempunyai ciri autoriti serta kredibiliti supaya merangkumi objektif pengajaran yang
ditetapkan oleh KPM.

1.2 PEMBINAAN ITEM SOALAN OBJEKTIF, STRUKTUR DAN ESEI MENGIKUT 6 ARAS
TAKSONOMI BLOOM

Gambar 1: Taksonomi Bloom

Muthy (2013) menyatakan bahawa teori pembelajaran Taksonomi Bloom merupakan


kajian tentang prinsip, peraturan dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan
persaman dan perbezaan sifat organisma itu yang mempunyai enam peringkat. Domain ini
terbahagi kepada tiga iaitu domain kognitif, afektif dan psikomotor. Contohnya, setiap domain
mempunyai peranan dan fungsi yang tersendiri seperti domain kognitif adalah salah satu
domain yang digunakan untuk mengukur kemahiran intelektual. Domain afektif pula
digunakan untuk mengukur kemahiran generik yang telah dialami dan diterapkan kepada
murid. Hal ini menggambarkan murid diterapkan melalui cara kokurikulum, iaitu melibatkan
murid seperti persatuan dan juga penglibatan murid dalam aktiviti berkumpulan. Dalam
konteks ini, Zhidi Omar dan Mahdi Shuid (2014) menerangkan bahawa terdapat tiga bahagian
dalam pembinaan item soalan iaitu objektif, struktur dan esei mengikut 6 aras taksonomi
bloom.

4
1.2.1 Soalan Objektif
SET SOALAN OBJEKTIF JAWAPAN ARAS TAKSONOMI
BLOOM

1. Nyatakan satu sikap anda terhadap ahli keluarga?

A. Kedekut

B. Bergaduh C Pengetahuan

C. Kasih sayang

D. Benci

2. Saling membantu dan menghormati anggota keluarga


antara satu sama lain. Pernyataan di atas boleh?

A. Memburukkan imej dan maruah keluarga.


B Kefahaman
B. Mengeratkan hubungan antara anggota keluarga.

C. Berbudi bahasa.

D. Menyusahkan anggota keluarga.

3. Bagaimanakah setiap ahli keluarga membantu antara


satu sama lain?

A. Saling membantu dan prihatin antara satu sama lain.


A Aplikasi
B. Sentiasa bergaduh antara satu sama lain.

C. Selalu tidak hormat antara satu sama lain.

D. Suka melawan ibu bapa.

4. Mengapakah anggota keluarga perlu saling tolong-


menolong dan menghormati antara satu sama lain?

A. Kejiranan.
D Analisis
B. Bersopan santun.

C. Ramah mesra.

D. Melahirkan keluarga bahagia.

5
5. Nabila melihat ayah membawa pulang banyak
barangan dapur selepas membeli-belah di pasar raya.

Dalam keadaan tersebut, apakah tindakan yang patut


dilakukan oleh Nabila?

A. Meminta ayah membeli ais krim. D Penilaian

B. Membiarkan ayah angkat sendirinya.

C. Tidak mempedulikan ayah dengan tidak bersalaman.

D. Membantu ayah mengangkat barangan tersebut.

6. “Tugu Negara merupakan peringatan kepada lebih 11


ribu parajurit tanah air kita yang terkorban dalam perang
yang siap dibina pada 8 Februari 1966 yang terletak di
Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur. Pada 11 November
setiap tahun, satu perbarisan hormat akan diadakan di
Tugu Negara. Setiap patung tugu melambangkan pimpinan,
getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian dan
pengorbanan parajurit kita.”

Merujuk kepada pernyataan di atas, rumuskan apakah yang C Mencipta


akan berlaku sekiranya kita tidak menyemai dan
mengamalkan semangat cinta akan negara dalam diri kita.

A. Rakyat hidup dalam keadaan yang harmoni

B. Negara sentiasa dikunjungi pelancong luar negara

C. Pihak musuh akan lebih senang untuk menjajah semula


negara kita

D. Negara kita akan sentiasa digeruni oleh pihak musuh

Jadual 1: Soalan objektif Tahun 4 bertajuk keluarga harmoni

6
1.2.2 Soalan Struktur

Aras mengetahui 1. Apakah maksud kejujuran?


Menguji kebolehan murid 2. Senaraikan tiga kepentingan amalan jujur.
mengingat kembali fakta, erti,
istilah, prinsip, hukum dan definisi
yang telah dipelajari.
Aras Memahami 1. Apakah contoh perbuatan yang menunjukkan murid
Menguji murid memahami, seorang yang jujur di sekolah?
menukar dan menjelaskan fakta, 2. Huraikan tiga kepentingan amalan jujur.
konsep, prinsip, hukum dan teori
yang telah dipelajari.
Aras Mengaplikasi 1. Di manakah lagi kita boleh mengamalkan nilai jujur
Menguji kebolehan murid selain di sekolah?
menggunakan fakta, konsep, 2. Bolehkah anda memberikan contoh perbuatan yang
hukum, teori, prinsip, menunjukkan anda mengamalkan sikap jujur dalam
pengetahuan dan kemahiran situasi lain?
untuk menyelesaikan masalah
yang berkaitan.
Aras Menganalisis 1. Mengapakah nilai kejujuran ini mesti kita amakan di
Menguji kebolehan murid sekolah?
membanding dan menghuraikan 2. Berikan pendapat anda bagi kenyataan yang
faktor-faktor kesamaan, mengatakan bahawa masyarakat sekarang sudah tidak
perbezaan dan perhubungan di lagi mengamalkan nilai kejujuran.
antara satu sama lain.
Aras Menilai 1. Apakah perasaan anda apabila rakan anda tidak jujur
Menguji kebolehan murid iaitu tidak mengaku bahawa dia yang meminjam alat tulis
membuktikan, menilai, anda?
mengesahkan, mengkritik, 2. Apakah cadangan yang boleh anda berikan untuk
merumus atau memberi pendapat mengatasi masalah keruntuhan nilai kejujuran dalam
terhadap sesuatu pernyataan. kalangan rakan anda?
Aras Mencipta 1. Bolehkah anda cadangkan cara-cara bagi mengatasi
Melibatkan proses menyusun dan masalah rakan anda yang suka menipu guru?
membuat kesimpulan. 2. Cadangkan satu cara yang anda rasakan sangat
berguna untuk diajarkan kepada rakan-rakan anda
supaya mempunyai nilai kejujuran yang tinggi.
Jadual 1: Soalan subjektif Tahun 3 nilai jujur

7
1.2.3 Soalan Esei
Aras Mengingat

1. Apakah contoh perlakuan menghormati jiran? (1 markah)

Jawapan :

- Senyum dan memberi salam

Aras Memahami

2. Apakah cara yang sesuai yang boleh dilakukan untuk mengeratkan hubungan
silaturahim dengan keluarga? (1 markah)

Jawapan :

- Beriadah bersama-sama sambil membawa bekal masakan daripada rumah.

Aras Mengaplikasi

3. Terdapat selonggok sampah yang terdiri botol plastik, tayar dan kertas di taman
perumahan anda tinggal. Apakah langkah yang sesuai yang boleh anda lakukan untuk
memelihara alam sekitar?

Jawapan :

- Menanam sampah yang dikumpul

- Buang ke pusat kitar semula

- Guna semula sampah yang sedia ada

Aras menganalisis

4. Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan masalah jerebu ? (2 markah)

Jawapan :

- Pembakaran sampah secara terbuka

- Peningkatan jumlah kenderaan dijalan raya

- Kegiatan industry yang tidak terkawal

- Pembakaran hutan secara besar-besaran

8
Aras Penilaian

5. Saban tahun aktiviti merokok dan vape dalam kalangan murid menjadi semakin
berleluasa iaitu akan memberi impak yang besar kepada Negara Malaysia, apakah kesan
merokok dan vape terhadap murid. Huraikan. (4 markah)

Jawapan :

- Sukar fokus di dalam kelas

- Tidak makan semasa rehat di kantin kerana ingin membeli rokok

- Berisiko berlaku masalah disiplin yang lebih berat

- Masalah kesihatan

Aras Mencipta

6. “Seluruh kawasan sekolah bersih daripada sampah sarap sedangkan di luar pintu pagar
dan jalan berhampiran dengan sekolah terdapat banyak sampah sarap yang dibuang oleh
murid sekolah yang sama”.

Berdasarkan penyataan di atas, perjelaskan cadangan yang boleh pihak sekolah lakukan
untuk menyelesaikan isu tersebut.

9
1.3 REFLEKSI KENDIRI
Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurniaNya saya
dapat menyiapkan tugasan ini walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran kesibukan tugas
seharian. Pada mulanya, apabila saya menerima tugasan bagi subjek ELMK kurikulum,
pentaksiran dan pengurusan mata pelajaran pendidikan moral, saya berasa begitu bimbang
dan tercabar untuk menyiapkan tugasan ini. Hal ini kerana pengetahuan sedia ada saya
tentang penggunaan Taksonomi Bloom untuk membuat kerja kursus Pendidikan Moral
amatlah sedikit. Namun demikian, cabaran dan halangan ini tidak mematahkan semangat
saya untuk cuba menghasilkan tugasan yang terbaik, bermula dengan mencari material yang
berkaitan melalui internet, buku dan sebagainya.

Di sini, saya dapat mengenal pasti kekangan semasa menyiapkan tugasan ini iaitu
bahan rujukan yang sukar untuk diperolehi dan tidak mencukupi, kurang memahami kehendak
soalan, kurang pengurusan masa yang berhemah dan selainnya. Oleh itu, saya telah meminta
bantuan dan rujukan daripada pensyarah saya yang sangat mesra iaitu Puan Hajah Faizah
Binti Ali dan tidak dinafikan juga Encik Jafri Bin Jaafar turut membantu saya dengan memberi
pinjam buku pentaksiran 2019.

Umum mengetahui bahawa semasa menyiapkan tugasan ini iaitu bahan rujukan yang
sukar untuk diperolehi. Saya terpaksa meminjam buku daripada pelajar senior yang
mengambil elektif moral. Selain itu, sumber rujukan kredibiliti yang sukar ditemui juga
menyebabkan masa untuk menyiapkan kerja kursus ini agak tergendala. Namun begitu,
halangan ini tidak menghalang saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan penuh kesabaran.
Walau bagaimanapun, saya dapat menemui rujukan yang kredibiliti dan pencapai piawai saya
sebagai pelajar yang membuat penulisan akademik.

Lanjutan daripada itu, saya juga kurang memahami kehendak soalan berkaitan
persiapan perlu dilakukan oleh guru sebelum membina item dan cara pembinaan item soalan
objektif, subjektif dan esei mengikut enam aras Taksonomi Bloom. Pada mulanya, saya telah
melakukan tugasan yang ini tetapi terdapat kesalahan apabila saya bertemu pensyarah.
Dengan gabungan kolaborasi dan tunjuk ajar yang diberikan oleh Hajah Faizah, saya dapat
memahami tugasan ini dan dapat menyiapkan tugasan ini dengan penuh kesabaran dan
komited.

10
Bukan itu sahaja, saya juga akur dengan kelemahan diri saya tentang pengurusan
masa. Bilangan kerja kursus yang banyak secara serentak menyebabkan saya terpaksa
menyiapakan tugasan ini dengan tergesa-gesa. Walau bagaimanapun, bantuan idea dan
pandangan daripada rakan-rakan juga membuat saya lebih bersemangat untuk menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Faizah
kerana sudi sabar dengan karenah saya samasa proses penyiapan kerja kursus berlangsung.

Semasa melaksanakan tugasan kerja kursus Pendidikan Moral ini, saya telah
menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai bakal guru. Setelah
membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama rakan-rakan, saya mula lebih mengenali
serta memahami tentang pendidikan moral dari segi kognitifnya dan sebagainya yang
sebelum ini saya tidak pernah didedahkan secara terperinci terutamanya berkaitan aras
penggunaan Taksonomi Bloom. Saya juga merasakan kepentingan Pendidikan Moral ini
terhadap diri saya kerana sebagai bakal guru, kelak semua ilmu ini perlu diterjemahkan untuk
melaksanakan tugas harian sebagai guru yang begitu mencabar pada masa sekarang.

Selain itu, sebagai bakal guru yang akan mengajar di sekolah rendah pasti akan
menghadapi pelbagai situasi yang mungkin saya tidak pernah fikirkan sebelum ini. Maka,
melalui segala pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang saya telah perolehi, dengan izin Allah
SWT, saya akan mempraktikkannya sebaik mungkin. Di samping itu, dalam proses
menyiapkan tugasan kerja kursus ini yang saya laksanakan bersama rakan-rakan telah
membenihkan semangat setiakawan dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara saya
dengan rakan saya. Oleh itu, Seth Sulaiman dan Jamil Tarmizi (2010) menyimpulkan bahawa
Taksonomi Bloom merupakan salah satu cara yang boleh digunakan dan diaplikasikan
mengikut setiap tahap atau aras yang telah ditetapkan. Aras Taksonomi Bloom ini penting
kerana saya boleh melihat tahap perkembangan seseorang murid mengikut aras yang telah
diberikan sebagai panduan.

Seterusnya, penggunaan Taksonomi Bloom ini juga membantu saya melatih murid
untuk berfikir dengan lebih tinggi. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
memperkenalkan sistem Kemahiran Berfikir Aras Tinggi atau dikenali sebagai KBAT
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2018). Hal ini disebabkan kerana, hasrat kerajaan adalah
untuk menghasilkan masyarakat yang berilmu bukan sahaja daripada segi intelek tetapi dari
segi jasmani, emosi, rohani dan sosial. Penggunaan soalan KBAT ini dibina mengikut aras
dan tahap yang terdapat dalam Taksonomi Bloom iaitu, aras pengetahuan, pemahaman,
pengaplikasian, analisis, penilaian dan mencipta.

11
Kesimpulannya, Taksonomi Bloom merupakan salah satu aras penilain yang boleh
digunakan oleh saya sebagai guru kelak untuk melihat tahap dan aras pemikiran murid. Setiap
aras mempunyai ciri-ciri yang tersendiri untuk melihat tahap kemampuan pemikiran pelajar.
Terdapat tiga domain utama yang terdapat dalam taksonomi bloom iaitu domain psikomotor,
efektif dan kognitif. Selepas selesai sesi pengajaran, saya akan dapat menilai, menghasilkan
refleksi dan membuat tindakan susulan sebaik sahaja habisnya sesi pengajaran. Aras
pencapaian murid dapat dianalisis dengan menggunakan Taksonomi Bloom. Oleh itu,
Taksonomi Bloom amat sesuai digunakan dalam pembinaan soalan (Abdul Aziz, 2009).
Namun begitu, soalan yang dibina haruslah mengikut tahap kemampuan pemikiran murid.

12
RUJUKAN
Abdul Aziz. (2009). Pentaksiran alternatif: Menuju ke arah transformasi pentaksiran di
Malaysia. Universiti Tun Hussein Onn: Tesis Sarjana, 20-31.
Afinde Othman. (2016, Januari 24). Pengetahuan, kemahiran dan amalan guru membina item
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam instrumen pentaksiran pembelajaran.
Retrieved from Universiti Tun Hussein Onn Malaysia:
http://eprints.uthm.edu.my/9106/1/Afinde_Othman.pdf
Fakhrudzafie Mohd. (2010). Persepsi guru terhadap penggunaan Jadual Spesifikasi Ujian
(JSU) dalam membina ujian bilik darjah . Universiti Teknologi Malaysia, 50-62.
Kamus Dewan. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran
sekolah rendah. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Muthy, Gopinat. (2013). Aras penyoalan dan pemikiran dalam proses pembelajaran Bahasa
Melayu sekolah rendah. Bahasa dan Linguistik Universiti Malaya, 50-153.
Seth Sulaiman & Jamil Tarmizi. (2010). Tahap kognitif pelajar fizik di sekolah berasrama di
daerah Kuala Terengganu dalam menyelesaikan masalah fizik berdasarkan kepada
Taksonomi Bloom. Universiti Teknologi Malaysia, 1-8.
Supramani, Subarniam. (2006). Penyoalan guru: Pemangkin pemikiran aras tinggi murid.
Jurnal Pendidikan, 225-246.
Zhidi Omar & Mahdi Shuid. (2014). Pedagogi dan pentaksiran moral. Puchong: Multimedia
Sdn. Bhd.

13
LAMPIRAN

14
15

You might also like