You are on page 1of 2

ISU-ISU PERKHIDMATAN KAUNSELING DI SEKOLAH

Secara umumnya kaunseling ialah satu proses menolong seseorang untuk


mengendalikan kehidupan sehariannya. Antara isu-isu yang pernah ditimbulkan
ialah peruntukan kewangan, kaunselor tidak mengajar, kecekapan dan
professionalism kaunselor dan peranan kaunselor dalam menangani masalah
disiplin murid. Isu-isu ini telah timbul kerana kurangnya pengetahuan masyarakat
sekolah tentang bidang kesihatan mental dan kurangnya persediaan dari pihak
kaunselor.
Oleh itu, terdapat beberapa cara untuk menangani isu-isu perkhidmatan
kaunseling di sekolah agar guru boleh membimbing pelajar belajar dengan cara
yang betul dalam menangani masalah. Di sinilah proses kaunseling itu memainkan
peranan yang penting bagi membantu pelajar. ertama, faktor bimbingan dan
kaunseling yang berkesan iaitu suatu proses kaunseling dan bimbingan melibatkan
hubungan interpersonal yang selesa atau kondusif. elajar yang meminta bantuan
atau yang memerlukan bimbingan perlu yakin bahawa orang yang membantunya
adalah seseorang yang boleh dipercayai dan disenangi. !iri-ciri seperti empati,
menerima tanpa syarat, jujur dan mesra harus dipamerkan oleh guru agar pelajar
mempunyai keyakinan yang tinggi untuk mendapatkan khidmat. "edua, ialah
mengenai proses kaunseling dimana ia perlu dijalankan secara tersusun dan
sistematik. Secara umumnya proses ini dapat dikategorikan kepada enam tahap
utama iaitu melibatkan tahap pembinaan hubungan, mendapatkan maklumat,
menentukan matlamat kaunseling, meluaskan penerokaan, mengambil keputusan,
dan penamatan serta tindakan susulan. Secara amnya kaunselor berperanan
sebagai pemudah cara yang penuh dengan kemahiran-kemahiran kaunseling bagi
membantu klien berada dalam landasan yang betul sepanjang sesi kaunseling.
Seterusnya ialah etika perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. erkara ini
mestilah dilaksanakan dengan penuh profesionalisma. "od etika dibina untuk
dipatuhi oleh kaunselor agar sentiasa membuat keputusan yang betul dan tidak
melakukan kesalahan dalam tindakannya. "od etika juga memastikan klien tidak
teraniaya dalam proses kaunseling. #al ini dapat memastikan kaunselor sekolah
dapat menjalankan tugas dengan berkesan, serta dapat menilai keberkesanan
menjalankan tanggungjawab terhadap klien, rakan professional, masyarakat dan
organisasi.
"emahiran kaunseling ini berkait rapat dengan kemahiran komunikasi. Situasi
ini berlaku apabila pengucap dapat menyampaikan sesuatu mesej dengan jelas agar
difahami oleh pendengar. Dalam proses kaunseling kemahiran berkomunikasi ialah
berkenaan kaunselor menyampaikan kepada klien yang kaunselor berminat untuk
mendengar isu klien dan sudi membantu klien mencari jalan menyelesaikan
masalahnya. "emahiran komunikasi terbahagi kepada komunikasi bukan lisan dan
komunikasi lisan. "omunikasi bukan lisan melibatkan tingkahlaku kaunselor dan
pemerhatian ke atas tingkahlaku kaunselor. "ontak mata, jarak duduk, pergerakkan
anggota badan, air muka adalah perkara-perkara yang menjadi petunjuk kepada
perasaan dan pemikiran kaunselor dan klien. "omunikasi lisan terdiri daripada
dorongan minima, parafrasa$ refleksi isi, soalan terbuka dan soalan tertutup dan
refleksi perasaan.
Ad%okasi dilihat apabila guru bimbingan dan kaunseling memberi fokus
kepada keperluan indi%idu murid berkeperluan khas dan membantu merancang
matlamat untuk memenuhi keperluan mereka ini. Setiap tanggungjawab yang
dijalankan adalah untuk memastikan bahawa tiada murid yang tertinggal dalam arus
perkembangan pendidikan semasa.
Dalam pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah
rendah ini, pihak pentadbir dan guru-guru biasa memainkan peranan yang penting
dalam membantu melaksanakan program yang telah dirancang. Adalah diharapkan
dengan adanya guru bimbingan di peringkat sekolah rendah ini, masalah pelajar
dapat dikawal sebelum mereka melangkah ke sekolah menengah.
"esimpulanya disini dapat dirumuskan bahawa khidmat guru bimbingan dan
kaunseling di peringkat sekolah rendah dapat memberi sumbangan yang sangat
bermakna kepada pembangunan sahsiah pelajar yang seharusnya dimulakan di
peringkat awal lagi. Oleh hal yang demikian, guru kaunseling disaran untuk
meningkatkan pengetahuan dan penggunaan teori dalam proses kaunseling , selain
daripada mempunyai kemahiran penilaian dan pengukuran. #al ini bagi
membendung isu-isu yang tidak diingini berlaku dalam kalangan masyarakat kita
dan seterusnya dapat menjadi panduan kepada pelajar untuk memperbaiki diri
mereka sendiri.

You might also like