You are on page 1of 3

Huraikan kepentingan teori keperluan hirarki maslow dari aspek keperluan terhadap

motivasi esktrinsik dan motivasi intrinsik dalam kehidupan manusia.

Dr.Abraham Maslow dilahirkan pada 1 April 1908 di Brooklyn, New York. Beliau
merupakan anak sulung kepada tujuh orang adik beradik. Beliau berasal daripada keturunan
yahudi. beliau jarang berkawan pada usia muda malah memfokuskan sepenuhnya dalam
pengajian. Beliau merupakan bapa pengasas kepada psikologi kemanusian (Kleinman, 2014).
Beliau meneruskan pengajian sehingga ke peringkat kedoktoran dalam bidang psikologi di
Universiti Wisconsin. Tambahan pula, beliau juga meneruskan lagi pengajianya di Columbia
University dan di situ beliau dibimbing oleh ahli psikologi Alfred Adler (pengasas konsep
‘inferiority complex’. Beliau juga meluangkan masa bersama dengan Harry Maslow
yang
menjalankan kajian terhadap ‘ Baby rhesus monkey and attachment behaviour’. Beliau
berkhawin dengan Bertha Goodman yang merupakan anak saudara walaupun mendapat
tentangan yang hebat daripada ibu-bapa keluarga beliau. Beliau dikurniakan dua orang anak
perempuan. Beliau mengajar di Brooklyn College dan sempat berinteraksi dengan tokoh-
tokoh psikologi E.L Thorndike, Horney dan lain-lain lagi.

Dr.Maslow (1954) mengemukakan sebuah teori hirarki keperluan setelah memerhatikan


perkembangan pelajarnya. Menurut Dr.Maslow, seseorang individu memerlukan keperluan
asas seperti oksigen, air, makanan, tempat tinggal dan pakaian untuk hidup. Sehingga
individu tidak dapat mengakses keperluan-keperluan asas dalam kehidupanya maka ia akan
menjejaskan kualiti kehidupannya pada masa akan datang (Hamel, Leclerc, & Lefrancois,
2003). Menurut Dr.Maslow, setiap peringkat dalam teori hirarki memiliki kepentingan
tersendiri dan perlu dicapai sebelum ke peringkat yang seterusnya. Gambar rajah di bawah
menunjukkan Teori Hirarki yang dicipta oleh Dr.Maslow,

Keperluan Fisiologi – Manusia memerlukan oksigen, udara, air, protein, mineral, kalsium dan
juga vitamin-vitamin untuk keperluan hidup. Ia merupakan keperluan asas dalam kehidupan
dan menurut Dr.Maslow peringkat ini perlu dicapai sebelum ke peringkat ke-2 iaitu
keperluan keselamatan.

Keperluan Keselamatan - Peringkat ini juga menitikberatkan kepentingan persekitaran yang


selamat dan kondusif untuk meningkatkan motivasi seseorang individu untuk mencapai
matlamat kehidupan. Jika seseorang individu tidak mendapatkan keadaan persekitaran yang
selamat maka individu tersebut kemungkinan besar akan mengalami masalah kebimbangan
dan kemurungan pada usia akan datang.

Keperluan kasih sayang – Manusia memerlukan kasih sayang daripada ibu-bapa,


kawan ataupun penjaga supaya dia mampu untuk menerokai serta megenali potensi diri
yang sebenarnya. Peringkat ini sangat penting kerana ia menentukan tingkah laku, afektif
dan kognisi seseorang individu pada usia akan datang. Jika individu tidak menerima kasih
sayang yang sepatutnya daripada ibu-bapa maka sudah tentu ia akan menjejaskan ketiga-tiga
aspek yang dinyatakan diatas. Kemungkinan besar individu tersebut memiliki konsep kendiri
yang rendah jika tidak mendapat kasih sayang yang sewajarnya.

Keperluan penghargaan kendiri – penghargaan kendiri membawa definisi bagaimana


seseorang individu menilai diri sendiri. Sebagai contoh jika Ali selalu merendahkan diri
apabila bersama dengan orang lain maka ia secara langsung akan menjejaskan penghargaan
kendirinya. Oleh sebab itu, dia tidak akan mencuba untuk melakukan yang terbaik
disebabkan persepsi negatif terhadap diri sendiri. Menurut Dr.Maslow, jika seseorang
memenuhi setiap keperluan yang dinyatakan seperti diatas maka individu tersebut akan
mempunyai penghargaan kendiri yang positif .
Self- actualization – peringkat ini merupakan peringkat terakhir dalam teori hirarki. Menurut
Dr.Maslow, individu mencapai peringkat ini apabila menyedari potensi diri yang
sebenar.individu tersebut akan berjaya dalam setiap bidang yang diceburi. Sebagai contoh
jika
pada awalnya seseorang individu berhasrat untuk menjadi seorang pakar psikologi
maka
dalam peringkat ini dia telah pun menjadi pakar psikologi yang hebat.
Teori hirarki Dr.Maslow ini secara langsung berkait rapat dengan motivasi intrinsik dan
ekstrinsik seseorang individu apabila diperhatikan dengan lebih teliti.

Motivasi ektrinsik merupakan rangsangan luaran yang mendorong kepada sesuatu tingkah
laku. Individu yang memiliki suasana persekitaran yang kondusif serta rangsangan luaran
yang positif daripada ibu-bapa, guru, kawan akan lebih berpeluang untuk mencapai kejayaan
dalam kehidupan. Dalam teori hirarki keperluan, Dr.Maslow mengkategorikan aspek
keperluan fisiologi, aspek keperluan keselamatan dan aspek keperluan kasih sayang sebagai
motivasi ektrinsik kepada seseorang individu. Dr.Maslow menekankan unsur-unsur yang
meningkatkan motivasi ekstrinsik kerana ianya memainkan peranan yang sangat
penting
dalam perkembangan individu yang sihat.
Manakala motivasi intrinsik pula merupakan rangsangan dalaman atau keinginan diri
seseorang untuk melakukan sesuatu tingkahlaku. Konsep ini berkait rapat juga dengan teori
hirarki Dr.Maslow. Ini adalah kerana jika seseorang individu telah melalui ketiga-tiga

peringkat dalam hirarki keperluan maslow iaitu keperluan asas hidup, keperluan keselamatan
dan keperluan kasih sayang maka secara langsung akan mewujudkan konsep kendiri yang
positif terhadap diri dan meningkatkan motivasi instrinsik untuk berjaya dalam setiap bidang
yang diceburi. Apabila individu tersebut berjaya dalam setiap usaha yang diambil maka dia
akan menyedari potensi diri yang sebenar akhirnya mencapai peringkat akhir dalam hirarki
keperluan Dr.Maslow iaitu ‘self-actualization’.

Rujukan

Anne Greig, Jayne Taylor & Tommy Mackay (2013). Doing research with children:A
practical guide. Los Angeles: Sage Publication
Brooks, I. (2006). Organisational behaviour. London: Pearson Education Limited
Church, E. B. (2006). Creating community at group time. Scholastic Early Childhood Today,
21(1), 44, 46- 47.
Franken, R.E. (2007). Human motivation. U.S.: Thompson Wadsworth
Franken, R.E. (2007). Human motivation. U.S.: Thompson Wadsworth
Hampton, D.R. (1981). Contemporary management. New York: Mc Graw- Hill
Hampton, D.R. (1981). Contemporary management. New York: Mc Graw- Hill
Hoy, A. W., & Spero, R. B. (2005). Changes in teacher efficacy during the early years of
teaching: A comparison of four measures. Teaching and Teacher Education, 21, 343–
356.
Nurmi, J.-E. (2004). Socialization and self-development: channeling, selection, adjustment,
and reflection. In R. M. Lerner, & L. Steinberg (Eds.), Handbook of adolescent
psychology (pp. 85e124). NJ: John Wiley & Sons.
Paul Kleinman (2014). The science of the mind :Psychology facts and basics.
U.S.A.: Advance quest publication.
Scott, J., Leach, D., & Bucholz, J. L. (2008). Organizing the inclusive classroom for grades
K-3. In M. LaRocque & S. M. Darling (Eds.), Blended curriculum in the inclusive
classroom: Teaching all young children (pp. 91-127). Boston: Pearson Education, Inc.
Shapka, J. D., & Khan, S. (2014). Self-perception. In R. J. R. Levesque (Ed.), Encyclopedia
of adolescence (pp. 2576e2585). New York, NY: Springer. http://dx.doi.org/
10.1007/978-1-4419-1695-2_481

You might also like