You are on page 1of 6

1.0 Pengenalan.

Sekolah merupakan satu unit masyarakat yang terpenting. Dalam sebuah sekolah
itu sendiri sudah wujudnya masyarakat seperti Guru besar, Guru Penolong Kanan, guru-
guru, staf akademik dan bukan akademik serta pelajar-pelajar. Mereka mempunyai
peranan dan tanggungjawab masing-masing. Namun, peranan sesebuah sekolah bukan
hanya berada di dalam pagar sekolah sahaja, tetapi ia juga melibatkan komuniti di sekitar
dengannya. Tanpa komuniti dari luar, pihak sekolah tidak akan mengalami proses
sosiolisasi. Sosiolisasi ialah proses pendidikan informal untuk melengkapkan pihak
sekolah dengan pengetahuan, kemahiran, dan pengalaman untuk membolehkan mereka
berinteraksi dalam masyarakat atau komuniti. Proses ini berlaku dengan tidak dirancang.
Sebagai contohnya, seorang kanak-kanak mempelajari bahawa dia tidak boleh
mengambil hak orang lain. Iaitu melalui pengalamannya di ketika berada di rumah atau
di sekolah. Setiap kali kanak-kanak ini mengambil hak orang lain, dia dilarang dan
dimarah oleh ibu, bapa, kakak, abang dan guru-guru di sekolah. Dengan sendirinya
kanak-kanak ini dapat membentuk sikap amanah dan jujur.
Oleh yang demikian, pendidikan murid pada masa kini perlu diberi perhatian oleh
semua pihak. Pihak sekolah bersama komuniti perlu saling bekerjasama untuk
membentuk generasi Malaysia yang berilmu, berkemahiran dan berakhlak mulia serta
menjana transformasi dalam pembangunan negara. Penglibatan komuniti khasnya
Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) hendaklah membina hubungan yang baik dan lebih
proaktif bagi meningkatkan kemajuan pendidikan serta kebajikan murid untuk
memastikan kemajuan pendidikan sentiasa terus maju dan berkualiti.
Dalam gelombang pertama PPPM 2013-2015, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
telah memberi tumpuan membantu sekolah meningkatkan pencapaian dan menjalinkan
permuafakatan dengan komuniti. KPM telah meningkatkan kesedaran dalam kalangan
komuniti tentang peranan komuniti dalam meningkatkan pendidikan pelajar, membimbing
sekolah untuk melaksanakan proses permuafakatan, mengaitkan bantuan kewangan
untuk pelajar miskin bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dan mengupayakan PIBG
untuk memainkan peranan yang lebih besar (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012b).
KPM juga memperluas pelaksanaan Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) dan
Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) atau Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah.
Elemen-elemen dalam sarana ibu bapa dan sekolah menekankan interaksi sosial anak
dengan ibu bapa, sokongan terhadap pembelajaran murid, tanggungjawab bersama,
keputusan bersama, kerjasama dengan komuniti dan kumpulan sokongan ibu bapa untuk
menambah baik prestasi akademik pelajar dan mempergiat aktiviti luar bilik darjah
(Buletin ANJAKAN, 2015). Anugerah PIBG Cemerlang peringkat kebangsaan pula
diberikan kepada PIBG yang berjaya mengurus persatuan dengan berkesan dan
berkualiti (Buletin Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012).

2.0 Bentuk-Bentuk Hubungan sekolah Dengan Komuniti


2.1 Ibu bapa
Ibu bapa memberi sumbangan dalam bentuk idea untuk memajukan akademik dan
kokurikulum pelajar kepada pihak sekolah. Sebagai contoh, ibu bapa hadir semasa hari
menandatangani laporan kad kemajuan anak-anak. Ini membuktikan ibu bapa memberi
sokongan walaupun mempunyai komitmen yang lain. Hal ini kerana, aktiviti sedemikian
biasanya dilakukan semasa hari persekolahan dan ada ibu bapa yang bekerja. Jadi
merkea perlu meluangkan masa untuk mengetahui perkembangan anak-anak mereka di
sekolah. Ibu bapa juga boleh memberi sumbangan dalam bentuk kewangan. Mereka
boleh menyumbang dalam nilai yang besar ataupun keci asalkan ikhlas untuk membantu.
Melalui ibu bapa juga telah wujudnya persatuan Ibu Bapa dan Guru. Persatuan ini
menjadi titik perhubungan awal di antara pihak sekolah dan komuniti.
2 .2 Peniaga
Peniaga mempunyai peranan penting dalam member sumbangan kepada pihak
sekolah. Mereka boleh memberi sumbangan tajaan atau menjadi penaja lepada pihak
sekolah jika terdapat sesebuah aktiviti yang dianjurkan. Ataupun, pelajar boleh
membantu berniaga bersama-sama dalam melariskan jualan peniaga semasa Hari
Kantin, Hari Sukan dan Hari Anugerah Cemerlang.
2.3 Masyarakat sekeliling

Dalam komuniti, masyarakat juga memainkan peranan penting. Hal ini kerana, mereka
selalunya memberi bantuan dari segi tenaga. Sebagai contoh, aktiviti gotong-royong yang
diadakan di sekolah. Masyarakat turut membanting tulang bersama dalam menjayakan
aktiviti gotong-royong. Selalin itu, masyarakat boleh member sumbagan dalam bentuk
material seperti botol, kertas, tin minuman dan bahan yang boleh dikitar semula untuk
menampung kos di samping membanteras masalah wabak penyakit berjangkit berlaku

2.4 Agensi Kerajaan

Bentuk hubungan yang diberikan seperi Polis membuat tinjauan di kawasan sekolah
dan member laporan kepada pihak sekolah. Selain itu, pihak bomba dan penyelamat
boelh memberikan taklimat kebakaran dan teknik-teknik menyelamatakan diri. Secara
tidak langsung dua agensi ini membantu pihak sekolah jika berlaku kemalangan seperti
kecurian, kemalangan, dan lain-lain.

2.5 Badan Bukan Kerajaan

Lebih kepada aktiviti yang berkhidmat kepada masyarakat. Pihak sekolah boleh
melibatkan diri bersama membantu mengatasi masalah masyarakat di sekeliling.
Sebagai contoh, memberi sumbangan makanan atau wang kepada mereka yang
memerlukan.
3.0 Kepentingan Penglibatan Komuniti Dalam Aktiviti Pendidikan.

3.1 Merapatkan hubungan antara sekolah dengan komuniti.


Hal ini kerana adalah untuk membentuk sikap saling bergantungan antara satu sama
lain. Tanpa komuniti, sesebuah kawasan akan hidup dalam keadaan sunyi tanpa ada
penghuninya. Begitu juga dengan pihak sekolah, secara tidak langsung komuniti dapat
member bantuan dalam pelbagai bentuk. Sebagai contohnya, sebuah sekolah yang
memiliki asrama dan tidak ada kemudahan masjid untuk pelajar lelaki menunaikan Soalt
Jumaat. Maka di sini pihak komuniti akan memberi bantuan dengan membenarkan
pelajar-pelajar lelaki untuk solat bersama-sama dengan komuniti setempat.

3.2 Mewujudkan kerjasama untuk menyelesaikan masalah semasa


Bagi kawasan penempatan yang mudah dinaiki air setiap kali berlaku bencana alam,di
sini dua pihak perlu bersatu hati untuk memberi bantuan dan semangat. Kebiasaanya
sekolah adalah tempat mangsa-mangsa banjir akan ditempatkan buat sementara waktu.
Dan apabila keadaan pulih seperti biasa, komuniti akan bergotong-royong membersihkan
kawasan sekolah untuk dijadikan tempat belajar seperti sedia kala. Maka hubungan
antara sekolah dan komuniti begitu penting dalam menyelesaikan maslaah bersama.

3.3 Meningkatkan mutu pendidikan melalui program-program tertentu.


Komuniti bukan sahaja difokuskan kepada masyarakat sahaja tetapi ia termasuk
beberapa agensi seperti Polis, Jabatan Kesihatan. Jabatan Bomba dan Penyelamat serta
lain-lain lagi. Sebagai contoh, setiap tahun Jabatan Kesihatan akan membuat
pemerikasaan gigi krepada pelajar sekolah dan ini membantu pelajar tanpa perlu ke klinik
untuk membuat pemeriksaan. Adakalnya, Jabatan Kesihatan akan mendemonstrasikan
cara menggosok gigi yang betul dan ini merupakan pendidikan secara informal yang
diterima

4.0 Cara Mempertingkatkan Hubungan Komuniti dan Sekolah.

4.1 Mengedarkan berita-berita sekolah kepada komuniti


Pihak sekolah boleh mencetak buletin untuk memasukan maklumat semasa yang
berlaku di sekolah. Dan buletin tersebut boleh diedarkan kepada komuniti untuk warga
komuniti juga tahu setiap perkembangan yang berlaku di sekolah. Ataupun, guru boleh
memberitahu kepada wakil atau ketua pemimpin di kawasan tersebut utnuk
memaklumkan info-info sekolah yang terkini.

4.2 Menggalakkan guru-guru banyak terlibat dengan aktiviti luar sekolah yang
banyak melibatkan masyarakat.

Guru besar/ pengetua boleh mengesyorkan semua guru melibatkan diri dengan
komuniti luar seperti membantu dalam aktiviti gotong-royong, kenduri kahwin, majlis
kesyukuran dan lain-lain lagi. Hal ini dapat merapatkan hubungan di antara pihak sekolah
dengan komuniti.
4.3 Kakitangan sekolah hendaklah pandai berhubung dan melayani Komuniti
dengan baik.
Pihak sekolah perlulah berhemah dengan baik kepada komuniti sekiranya wakil
daripada komuniti hadir ke sekolah. Elakkan membiarkan mereka sendiri kerana ini
memberi kesan yang negatif kepada sekolah kerana tidak tahu melayan tetamu dengan
baik. Kehadiran komuniti bukanlah untuk disanjung tinggi, namun cukup mendapat
perhatian daripada pihak sekolah.

5.0 Rumusan
Secara keseluruhannya, sekolah dan masyarkat mempunyai perkaitan yang rapat
dalam arena pendidikan. Terdapat pelbagai cara dan kaedah yang boleh diaplikasikan
dalam memperkasakan dan merapatkan hubungan antara sekolah dan komuniti.

Permuafakatan antara kedua-dua belah pihak amat penting memandangkan sekolah


merupakan sebuah institusi formal yang wujud dalam persekitaran masyarakat serta
mendidik pelajar untuk hidup dalam masyarakat.

Oleh itu, tindakan yang sewajarnya diperlukan untuk membentuk permuafakatan


sekolah dan masyarakat. Kedua-dua pihak perlu mengembeleng tenaga untuk
menjayakan usaha ini dan merealisasikan matlamatnya.

Masyarakat perlu membantu dan melibatkan diri dalam program dan aktiviti yang
dikelolakan oleh pihak sekolah kerana melalui akativit-aktiviti seperti ini, permuafakatan
dan persefahaman akan terjalin dalam menyelesaikan pelbagai masalah pelajar di
samping mempertingkatkan kecemerlangan dan pencapaian akademik dan sahsiah
mereka.

Oleh yang demikian, pihak sekolah haruslah bijak merancang aktiviti yang menarik dan
sesuai untuk menggerakkan dan memupuk hubungan yang baik antara sekolah dan
komuniti untuk menyertai projek yang ingin dijalankan.

You might also like