You are on page 1of 3

TUGASAN 1 : PENULISAN AKADEMIK

1.0 PENGENALAN

Program Pendidikan Inklusif merupakan satu program pendidikan bagi murid


berkeperluan pendidikan khas yang dihadiri oleh murid berkeperluan khas bersama-sama
dengan murid lain dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan
kerajaan (Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013). Bagi melihat
pendidikan inklusif ini sebagai satu cabang sistem pendidikan yang cemerlang, pelbagai
usaha yang jitu bagi menyediakan perkhidmatan sokongan dalam melaksanakan program
ini. Fokus utama perkhidmatan sokongan ini adalah untuk mengurangkan impak
kesukaran di persekitaran pembelajaran murid berkeperluan khas (Kementerian Pelajaran
Malaysia, 2013). Dengan kata lain, perkhidmatan sokongan dalam pendidikan inklusif
bukan hanya tertumpu kepada murid berkeperluan khas dan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran mereka, namun ia diperluaskan kepada guru pendidikan khas, guru aliran
perdana, ibu bapa, murid-murid aliran perdana dan agensi-agensi lain yang berkaitan.

2.0 PERKHIDMATAN SOKONGAN

2.1 PERANAN MASYARAKAT


Salah satu perkhdmatan sokongan yang boleh diberikan ialah dengan peranan
yang dimainkan oleh masyarakat yang mampu mempengaruhi kejayaan terhadap
pelaksanaan program pendidikan inklusif dalam sesebuah institusi pendidikan.
Masyarakat yang dimaksukan ini adalah lebih kepada ibu bapa. Sokongan padu
daripada ibu bapa kanak-kanak normal dan kanak-kanak berkeperluan khas amat
penting untuk menjayakan program pendidikan inklusif. Hal ini kerana, sokongan
daripada ibu bapa terhadap pelaksanaan PPI dan kesediaan mereka untuk
melibatkan diri dalam program ini dapat memperkukuhkan struktur dan amalan
sekolah ke arah mewujudkan budaya sekolah yang inklusif. Misalnya, ibu bapa
melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
Pengibatan ini secara langsung memudahkan pihak sekolah untuk berinteraksi
dengan ibu bapa berkaitan anak-anak mereka.
2.2 PERANAN BADAN NGO
Selain Kementerian Pendidikan, perkhidmatan sokongan dari Non-Governmental
Organisations (NGO) juga bergerak aktif untuk murid-murid berpendidikan khas
yang berada dalam program pendidikan inklusif. Peristiwa ‘Tahun Antarabangsa
Orang-orang Cacat pada 1986’ telah membuka mata pelbagai pihak terhadap
pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Antara contoh NGO yang
ditubuhkan bagi murid program pendidikan inklusif ini adalah Persatuan
Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) yang berperanan dalam mengesan dan
menjalankan rawatan pembelajaran dan penerimaan kanak-kanak autism dan
memberi bantuan dan nasihan kepada keluarga yang mempunyai anak autism.

Pertubuhan NASOM ini merupakan satu persatuan yang menjadi rujukan kepada
anak-anak yang mempunyai masalah autism. Menurut pengerusi NASOM dalam
Utusan Online, Bistamam Rahman Siru, tidak dapat dinafikan ramai ibu bapa yang
memiliki anak autisme tidak terlepas daripada mengutarakan masalah ini. Ini
kerana katanya, kanak-kanak autisme lazimnya tidak mampu berdikari, oleh yang
demikian hanya melalui pendidikan khas dapat membantu mereka. Bistamam
memberitahu pihaknya ada menyediakan program intervensi awal hingga dewasa.
Bistamam menjelaskan, NASOM turut menyediakan kelas untuk pelbagai
peringkat umur. Kesemua pembelajaran ini bertujuan untuk membolehkan mereka
berdikari dan menjana pendapatan sendiri apabila ibu bapa masing-masing sudah
tiada. Penghidap autisme paling tua yang pernah mendapatkan pendidikan di
pusat tersebut berusia 36 tahun. Oleh itu, pertubuhan NGO seperti NASOM ini
berperanan penting dalam berkolaborasi bersama ibu bapa dalam melaksanakan
pendidikan kepada murid autism supaya mereka tidak ketinggalan dalam
menerima pendidikan.

2.3 PERANAN IBU BAPA DAN GURU


Selain itu, ibu bapa juga perlu berkolaborasi dengan guru MBK (Murid
Bekeperluan Khas) dalam penyediaan Rancangan Pengajaran Individu (RPI)
bagi kelas PPI. Kolaborasi ini perlulah dilakukan sebelum kelas pengajaran dan
pembelajaran (PdP) berlaku. Ia boleh dilakukan dengan berbincang serta
berkongsi idea antara ibu bapa dan guru MBK. Perbincangan ibubapa yang
dilakukan bersama dengan guru MBK mengenai keselarasan RPI dengan
tahap kemampuan MBK dalam PdP. Dengan penglibatan ibu bapa dalam
penggubalan RPI MBK, ia memudahkan guru untuk memastikan keselarasan
aktiviti yang akan dibuat dalam PdP dengan kemampuan MBK. Sebagai
contoh, semasa guru MBK merancang RPI, guru tersebut boleh mengadakan
sesi perbincangan dengan ibubapa bagi mengetahu sifat peribadi serta tahap
kemampuan MBK. Mungkin sesetengah MBK yang lebih gemar untuk belajar
menggunakan gambar, muzik dan video. Hasil perbincangan ini membolehkan
guru MBK untuk merancang RPI dengan lebih baik dan apa yang dijalankan
didalam kelas tercapai objektifnya. Kemudian, kolaborasi yang boleh dilakukan
oleh ibubapa juga ialah mempunyai hubungan yang baik dengan guru serta
sentiasa bertanyakan perkembangan dari segi akademik mahupun tingkah laku
anak – anak mereka. Ibu bapa juga perlu menghadirkan diri apabila terdapat
program atau aktiviti yang melibatkan anak mereka sebagai tanda sokongan
mereka terhadap PPI. Ibubapa boleh menyalurkan bantuan dari segi kewangan
untuk membeli alatan dan buku untuk digunakan dalam bilik darjah.

3.0 KESIMPULAN
Untuk memastikan PPI berjaya mencapai matlamat dan objektifnya, semua pihak mesti
menunjukkan sokongan dan memberi kerjasama agar keberkesanan program dapat
dicapai. Makna sebenar pendemokrasian pendidikan masih belum mampu dirasai oleh
MBK dengan adil dan sepenuhnya. Masyarakat perlu faham bahawa PPI bukan sekadar
menempatkan MBK di kelas arus perdana semata-mata tetapi untuk mencapai peluang
kejayaan yang sama dengan murid normal di arus perdana. Kejayaan yang dimaksudkan
ialah berjaya meningkatkan pencapaian akademik, sahsiah diri dan mampu berdikari
seiring murid normal yang lain sehingga melahirkan masyarakat yang lebih adil dan
sejahtera.

You might also like