You are on page 1of 3

Pada era pascakemerdekaan ini, semua kanak-kanak tanpa mengira agama,

bangsa, latar belakang mempunyai hak untuk mendapat akses kepada pendidikan
termasuklah murid berkeperluan khas (MBK). MBK terdiri daripada murid yang mempunyai
masalah pendengaran, masalah penglihatan, masalah tahap kebolehtuturan, keterancat
akal serta fizikal. Justeru, Program Pendidikan Inklusif (PPI) dilaksanakan untuk memastikan
MBK mendapatkan hak yang sama rata untuk belajar dan bermain dalam persekitaran
pembelajaran tanpa halangan (Bahagian Pendidikan Khas, 2013). PPI adalah sebuah
program yang dilaksanakan selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025, di sekolah arus perdana yang mengintegrasi satu hingga lima murid
berkeperluan khas (MBK) dalam kelas arus perdana. PPI merupakan satu wahana bagi
menyediakan akses dan peluang pendidikan kepada MBK (Bahagian Pendidikan Khas,
2013).

Menurut Jurucakap Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),


ibu bapa MBK kini semakin terbuka dan mempunyai kesedaran untuk memberi pendidikan
terbaik kepada anak mereka. Beliau menyatakan bahawa dengan wujudnya PPI yang
diperkenalkan di sekolah harian, jumlah MBK yang mendaftar semakin meningkat saban
tahun.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2018), sehingga kini, PPI telah dilaksanakan di
2,890 sekolah rendah di Malaysia. Hal ini membuktikan bahawa PPI berjaya dilaksanakan di
sekolah-sekolah harian di Malaysia.

Antara faktor kritikal yang mempengaruhi kejayaan pelaksanaan PPI adalah


penubuhan Jawatankuasa Program Pendidikan Khas Sekolah (JPPKS) di semua sekolah
yang melaksanakan Pendidikan Khas.

Antara peranan JPPKS ialah merancang dan menyelaras pelaksanaan PPI, memperakui
dan meluluskan kemasukan murid ke PPI, mencadangkan kelas yang sesuai mengikut
tahap pencapaian murid, melaksanakan sesi taklimat kepada ibu bapa dan guru yang
terlibat, dan bertindak sebagai panel rayuan.JPPKS yang boleh terdiri daripada sekurang-
kurangnya lima daripada ahli-ahli berikut :

Guru Besar, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Guru
Penolong Kanan Pendidikan Khas, Guru Disiplin, Guru Bimbingan dan Kaunseling, Guru
Pemulihan Khas, Wakil Guru Arus Perdana, Wakil Guru Pendidikan Khas Dan Yang Di
Pertua Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (YDP PIBG).
JPPKS ditubuhkan bertujuan untuk memastikan kelancaran dan keberkesanan
pelaksanaan PPI. Antara peranan JPPKS ialah merancang dan menyelaras pelaksanaan
PPI. Ahli-ahli JPPKS perlu bekerjasama dalam merangka program dan aktiviti agar dapat
memaksimumkan penglibatan MBK sepanjang tahun melalui PPI. Seterusnya, JPPKS
berperanan untuk memperakui dan meluluskan kemasukan murid ke PPI. Tanpa penapisan
yang terperinci oleh JPPKS, MBK berkemungkinan tidak dapat mengikuti PdP dengan efektif
dan menyebabkan kegagalan PPI. Fungsi JPPKS yang seterusnya ialah mencadangkan
kelas yang sesuai mengikut tahap pencapaian murid. MBK harus ditempatkan bersama
murid aliran perdana yang memiliki kemahiran kognitif serta kemampuan yang setara agar
dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif di samping meningkatkan
kemahiran berkomunikasi dan keyakinan diri MBK.

Selain itu, JPPKS turut berperanan untuk memberikan sesi taklimat kepada ibu bapa
dan guru yang terlibat dengan pelaksanaan PPI agar mereka mendapat pendedahan yang
jelas. Menurut Supiah Saad (2008) dalam kajiannya, kejayaan sesuatu intervensi amat
bergantung pada usaha guru dan ibu bapa. Dalam kajian yang dilakukan oleh (Husna,
Suryani pada 2016 membuktikan bahawa punca kegagalan pelaksanaan PPI di Malaysia
pada tahun 2015 adalah kerana tahap sokongan yang kurang daripada ibu bapa. Menurut
Amin Mustafa (2017) pula, guru yang terlibat dengan PPI perlu diberikan motivasi dan
pemahaman yang jitu berkaitan MBK agar mereka dapat memahami keperluan
kepelbagaian murid. Akhir sekali, JPPKS berfungsi untuk bertindak sebagai panel rayuan.
JPPKS akan mengendalikan segala perkara di bawah rayuan PPI. Malah, bagi
menyempurnakan hasrat ibu bapa murid Pendidikan Khas (PK) yang merayu untuk
menyertai PPI, JPPKS akan melakukan penilaian untuk menentukan kelayakan murid
tersebut untuk dimasukkan ke PPI.

Selain faktor JPPKS, faktor prasarana dan peralatan turut merupakan faktor untuk
menentukan keberkesanan PPI di sekolah. Untuk melaksanakan PPI, pengubahsuaian
aspek fizikal kelas perlu dipertimbangkan mengikut keperluan murid. Contohnya, pihak
sekolah perlu menyediakan meja dan kerusi untuk MBK serta menetapkan kedudukan kelas
di aras bawah untuk kemudahan MBK yang berkerusi roda. Bagi memudahkan pergerakan
MBK, persekitaran sekolah yang mesra OKU harus diwujudkan. Menurut Azyyati Ahmad
(2018), bermula tahun 2019 sebanyak 170 sekolah menyediakan empat kemudahan
lengkap mesra OKU terdiri daripada susur tangan, susur landai, tandas oku dan parkir OKU
untuk MBK. Seterusnya, bagi membantu proses pembelajaran MBK, peralatan khusus
seperti Mesin braille dan kanta pembesar perlu disediakan jika terdapat murid MBK yang
mengalami masalah penglihatan. Jelaslah bahawa prasarana dan peralatan yang lengkap
dapat memberikan keselesaan kepada MBK sekaligus memastikan kejayaan pelaksanaan
PPI.

Kesimpulannya, pelaksanaan PPI di sekolah-sekolah harian Malaysia hari ini mampu


dilaksanakan secara berkesan jika semua pihak dapat menunjukkan sokongan dan memberi
kerjasama dengan baik dalam menjayakan PPI. PPI dilaksanakan bukan sekadar
menempatkan MBK di kelas arus perdana semata-mata, tetapi untuk mencapai peluang
kejayaan yang sama dengan murid yang lain. Kejayaan yang dimaksudkan ialah kejayaan
akademik, sahsiah diri dan mampu berdikari seperti murid normal yang lain sehingga dapat
melahirkan masyarakat yang adil dan sejahtera seiring dengan matlamat PPPM 2013-2020.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kpm-laksana-zero-reject-policy-untuk-murid-
berkeperluan-khas-bermula-2019-193974

170 sekolah menyediakan empat kemudahan lengkap mesra OKU terdiri daripada
susur tangan, susur landai, tandas oku dan parkir OKU.

Saad, S. (2005). Komitmen Dan Peranan Guru Dalam Pelaksanaan Pendekatan Pendidikan Inklusif di
Malaysia. In Seminar Kanak-Kanak Bermasalah Emosi, Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya.
Husna, Suryani. (2016). Challenges Malaysian Teachers Face In The inclusion Of Autistic Students In
Thenormal Classroom. Journal Of Education and Social Sciences, Vol 4.ISSN 2289-9855).

You might also like