You are on page 1of 17

TUGASAN 1: PENULISAN AKADEMIK

1.0 PENGENALAN

Usaha untuk memberi peluang pendidikan kepada murid-murid berkeperluan khas di kelas
aliran perdana mengalami perubahan positif. Hal ini selaras dengan konsep pendidikan
untuk semua dengan menyediakan peluang dan perkhidmatan pendidikan untuk semua
murid berkeperluan khas seperti murid bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran
dan bermasalah pembelajaran termasuk murid-murid autistik, down syndrome dan lain-lain.
Program Pendidikan Inklusif (PPI) telah menjadi matlamat kepada usaha murni untuk
memberi peluang pendidikan yang sama rata kepada semua murid tanpa mengira
ketidakupayaan dan kecacatan mereka. Matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia melalui
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) adalah untuk memastikan semua sekolah dan
murid mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang. Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengenal pasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan
supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan.

2.0 KONSEP, MATLAMAT DAN DASAR PENDIDIKAN INKLUSIF

Konsep Program Pendidikan Inklusif (PPI) adalah selaras dengan penyataan


dalam Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 iaitu “Program Pendidikan
Inklusif” ertinya suatu program pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan khas yang
dihadiri oleh murid berkeperluan khas bersama-sama dengan murid lain dalam kelas yang
sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan. (Kementerian Pendidikan
Malaysia). Oleh itu, jelaslah bahawa KPM mementingkan pendidikan yang sama rata kepada
semua rakyat Malaysia agar berpeluang melibatkan diri dalam pendidikan tidak kira siapa
dan di mana. Selain itu, menurut Norliah Mohd. Amin dan Mohd Hanafi Mohd Yasin (2016),
PPI merupakan satu program yang ditawarkan kepada MBK untuk belajar bersama-sama
rakan mereka yang tipikal di dalam bilik darjah yang sama dan sekolah yang sama untuk
menikmati semua kemudahan belajar dalam keadaan normal tanpa mengira kaum, latar
belakang, status ekonomi dan ketidakupayaan.

Manakala matlamat utama Program Pendidikan Inklusif diwujudkan adalah


meningkatkan penyertaan dan memberi peluang kepada MBK mnegikuti program akademik
dan bukan akademik bersama-sama murid di arus perdana. PPI juga memberi kesedaran
kepada masyarakat supaya tidak menafikan potensi MBK dan percaya bahawa
ketidakupayaan mereka boleh diminimakan jika diberi peluang yang sama. Murnie Bte

1
Hassan (2013) pula menyatakan bahawa PPI bertujuan untuk mewujudkan hubungan
kemanusiaan di antara ahli masyarakat. Selain itu, Pendidikan Inklusif adalah merujuk
kepada percampuran ( mainstreaming ) kanak-kanak Pendidikan Khas di sekolah-sekolah
normal. Hakikatnya, ini memberi peluang kepada kanak-kanak istimewa untuk belajar di
sekolah-sekolah normal dan menyertai aktiviti-aktiviti yang ada. Dengan ini, peluang untuk
mereka menyesuaikan diri dari awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan biasa dapat
dialami dan seterusnya mewujudkan golongan yang berupaya, mampu berdikari dan
berkeyakinan.

Dasar Pendidikan Inklusif dalam Dasar Kebangsaan, melalui Akta 685 di bawah
Seksyen 28 (1), kanak-kanak kurang upaya tidak boleh dikecualikan daripada sistem
pendidikan atas alasan ketidakupayaan. Dasar di peringkat antarabangsa dapat dilihat
melalui pernyataan Salamanca (1994) di mana telah disarankan agar peruntukan kewangan
diberikan dalam sistem pendidikan agar sistem pendidikan dapat diperbaiki bagi
membolehkan kanak-kanak bekeperluan khas diserap dalam sistem pendidikan tanpa
mengira perbezaan individu dan masalah ketidakupayaan mereka (Lee Keok Cheong et.al,
2018). Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
menunjukkan komitmen KPM dalam memperkasa pelaksanaan program pendidikan inklusif
secara terancang dan berfokus itu merupakan dasar pendidikan Inklusif yang berdasarkan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Jadi, Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dibina selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu,
perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan yang
sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup.

3.0 PELAKSANAAN DAN FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI KEJAYAAN


PENDIDIKAN INKLUSIF

Terdapat beberapa faktor utama yang mempengaruhi kejayaan pendidikan inklusif


yang berjaya memperkenalkan PPI kepada pelbagai lapisan komuniti. Antaranya ialah
khidmat sokongan dari aspek peralatan dapat menjamin keberkesanan PPI. Contohnya,
penyediaan mesin braille dan kanta pembesar membantu dalam pelaksanaan aktiviti PdP
murid bermasalah penglihatan di sekolah. Begitu juga dengan faktor infrastruktur dan
prasarana yang disediakan di sekolah di mana adanya kemudahan asas seperti kerusi, rak
buku, almari dan meja yang mencukupi serta susun atur yang memudahkan pergerakan
MBK.

2
Kejayaan PPI juga dipengaruhi oleh sokongan daripada ibu bapa. Sokongan ini
melibatkan ibu bapa bagi murid normal dan ibu bapa bagi murid MBK itu sendiri. Ibu bapa
MBK perlu yakin dengan kemahiran guru kelas biasa mengendalikan keperluan khas anak
mereka dan ibu bapa murid normal perlu yakin dengan kemahiran ini, guru tetap dapat
menumpukan perhatian kepada anak mereka. (Muhammad Nadhir dan Alfa Nur Aini ,2016).
Ibu bapa MBK perlu yakin anak mereka tidak akan dibuli dan ibu bapa normal yakin anak
mereka tidak diganggu oleh MBK bagi memastikan tiada diskriminasi kepada mana-mana
pihak. Pandangan negatif ini muncul kerana kedua-dua pihak tidak mempunyai pengetahuan
sama ada berpendapat individu ini kurang bermanfaat dan pendidikan hanyalah diperlukan
untuk memenuhi kebajikan dan bukannya hak pendidikan. Justeru, pandangan dan
pemahaman negatif seperti ini menyukarkan kejayaan PPI.

Bukan itu sahaja, sokongan daripada masyarakat juga merupakan faktor untuk
mempengaruhi kejayaan pendidikan inklusif. Sebagai contoh, masyarakat melaksanakan
program kemasyarakat iaitu program pemulihan dalam komuniti yang melibatkan banyak
pihak. Program ini bagi meningkatkan kesediaan masyarakat untuk menerima orang kurang
upaya dalam pendidikan di samping memupuk kesedaran ibu bapa untuk menghantar anak
mereka yang kurang upaya ke sekolah.

Akhir sekali, sokongan personal turut mempengaruhi kejayaan PPI. Contohnya,


kolaboratif antara pelbagai personal mewujudkan perkongsian maklumat, pengetahuan dan
kemahiran mengenai MBK. Begitu juga dengan kolaboratif antara agensi kerajaan dan
agensi bukan kerajaan. Kerjasama yang wujud membolehkan keperluan dan kebajikan MBK
terjamin.

Oleh itu, semua pihak perlu memupuk sifat toleransi dan memahami pelaksanaan
program pendidikan inklusif dengan bersungguh-sungguh. Hal ini kerana, faktor-faktor
kejayaan program ini iaitu pihak pihak pentadbir, guru, masyarakat dan ibu bapa membantu
menjayakan pelaksanaan program pendidikan inklusif di sekolah.

4.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PIHAK BERKEPENTINGAN DALAM


PELKASANAAN PENDIDIKAN INKLUSIF

Menurut Teori Ekologi Bronfenbrenner, guru, ibu bapa dan rakan merupakan
mesosistem yakni yang paling rapat dengan murid secara langsung memberi pengaruh
kepada murid (Noriati, Boon, Zuraidah, dan Sharifah, 2017). Oleh itu, mereka ini merupakan
faktor penting pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI). Rakan iaitu murid normal

3
sebagai rakan kelas dan MBK itu sendiri sebagai subjek program ini berkait rapat dalam
pelaksanaan pendidikan inklusif. MBK itu sendiri perlu memenuhi syarat mengikuti program
pendidikan inklusif agar tidak menghalang proses pembelajaran dan pengajaran dan tidak
melakukan pengubahsuaian yang besar terhadap pelaksanaan aktiviti pengajaran di dalam
kelas tersebut. Murid normal pula perlu mendapat pendedahan mengenai MBK agar mereka
faham dan menerima perbezaan seterusnya meningkatkan integrasi sosial antara mereka.
Hal ini penting untuk mewujudkan kerjasama dan mengelakkan murid MBK daripada merasa
terpinggir..

Pentadbir dan guru juga memainkan peranan penting dalam pelaksanaan PPI.
Mereka ini merupakan pelaksana kepada dasar kerajaan. Tanpa bantuan mereka, maka
dasar yang ditetapkan hanya menjadi perancangan semata-mata. Pentadbir perlu
mewujudkan suasana pendidikan inklusif di sekolah dengan cara memahami dan
mempraktikkan nilai menghormati perbezaan melalui rutin. (Lee dan Sailajah, 2018).
Pentadbir perlu memberi sokongan seperti struktur pengkongsian maklumat , peruntukan
sumber dan staf.

Selain itu, guru kelas aliran perdana, guru resos dan guru pendidikan khas
mestilah bersama-sama mengambil peranan dalam mewujudkan kerjasama agar mereka
dapat memberikan komitmen apabila tanggungjawab dipikul bersama. Contohnya, bersedia
dan terbuka untuk berbincang dan berkolaborasi dalam membuat keputusan dan bekongsi
maklumat untuk PdP MBK. Mereka juga perlu dikurangkan beban tugas dalam aliran
perdana agar lebih fokus dan dapat mewujudkan inisiatif menambah pengetahuan
menjayakan program ini. Kesediaan guru-guru menyediakan sesi pengajaran dan
pembelajaran (PdP) untuk memenuhi kehendak MBK sangat penting. Oleh itu, guru dalam
latihan dan dalam perkhidmatan perlu diberi latihan dan pemahaman yang mendalam.
Walaupun seorang guru bersikap positif dan menerima kehadiran MBK, namun jika tiada
kemahiran dan latihan, keperluan akademik, sosial dan emosi MBK tidak dapat dipenuhi.
(UNICEFF, 2014). Guru yang tidak mempunyai pengetahuan dan pengalaman asas akan
menggunakan teknik dan kaedah PdP yang sama untuk semua murid tanpa mengambil kira
keupayaan dan potensi murid PPI. Kesannya, murid tidak dapat menyiapkan tugasan dan
ketinggalan dalam pembelajaran.

Bukan itu sahaja, Program Perkembangan Staf atau LDP perlu diadakan di sekolah
kepada semua guru berkaitan teknik dan kaedah PdP yang bersesuaian dengan murid
termasuk MBK. Guru perlu menggunakan pendekatan dan kaedah yang berbeza sewaktu
melaksanakan PdP bersama murid inklusif yang mempunyai tahap pengetahuan dan
pemikiran yang berbeza. Penggunaan BBM juga perlu bagi membantu kefahaman murid.

4
Pengetahuan dan pengalaman guru berinteraksi dan berhubung dengan MBK memberikan
mereka kelebihan dalam menjalin hubungan yang positif. Guru berperanan sebagai sumber
sokongan yang berterusan kepada MBK seterusnya membuka mata ibu bapa tentang
kepentingan pendidikan inklusif.

5.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya, semua pihak perlu bersifat positif serta faham mengapa
program pendidikan inklusif ini dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Hal ini kerana
sokongan daripada semua pihak khususnya pihak pentadbir, guru, masyarakat, ibu bapa
dan murid memainkan peranan penting dalam kejayaan pelaksanaan program pendidikan
inklusif di sekolah.

5
TUGASAN 2: PENGHASILAN INOVASI BAHAN BANTU MENGAJAR

SUBJEK

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN 4

TAJUK

UNIT 6: SAINS RUMAH TANGGA

TOPIK

TOPIK: ALATAN JAHITAN

OBJEKTIF

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid akan dapat:

 Mengenal nama alatan jahitan


 Mengetahui fungsi alatan jahitan

SASARAN

MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN (SLOW LEARNER)

Bahan Bantu Mengajar Yang Dibina:

“SEWING TOOLS”

6
BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN

NAMA KIT:
SEWING TOOLS

Kad kertas

Gambar-gambar serta nama alatan jahitan

Hiasan

Gam

Gunting

7
LANGKAH-LANGKAH BAGI MEMBUAT BAHAN BANTU MENGAJAR

1.Menyediakan
bahan-bahan

6.Kit pembelajaran 2. Membuat helaian


sudah siap untuk buku menggunakan
digunakan kad kertas

5.Menghias kulit Menggunting


hadapan dan helaian gambar alatan dan
buku nama alatan

3. Menampal
4.Membuat kulit
gambar alatan pada
hadapan buku
setiap helaian buku

8
MANUAL PENGAJARAN

1. Guru menunjukkan sebuah buku Pop Up kepada murid.


2. Murid diberi masa untuk melihat dan memerhatikan setiap gambar di dalam buku
tersebut yang berbentuk 3D.
3. Guru memberi arahan kepada murid untuk memilih nama alatan jahitan yang
disediakan di dalam poket yang terdapat di dalam buku tersebut.
4. Kemudian, lekatkan nama alatan yang dipilih pada gambar alatan yang betul.
5. Murid dikehendaki mengeja nama alatan tersebut mengikut suku kata.
6. Seterusnya, guru memberi arahan supaya murid membaca setiap fungsi alatan
jahitan yang telah tersedia di dalam buku tersebut berdasarkan gambar.
7. Murid dikehendaki membaca dengan ejaan yang betul.
8. Ganjaran diberikan jika murid melekatkan nama alatan pada gambar yang betul serta
dapat menguasai pembacaan.

9
JUSTIFIKASI PEMBINAAN BAHAN BANTU MENGAJAR

Bahan bantu mengajar yang dihasilkan adalah dinamakan sebagai “Sewing Tools”.
Sewing Tools merupakan satu alat atau kit yang dicipta bagi murid bermasalah
pembelajaran (Slow Learner) untuk meningkatkan kefahaman konsep tentang alatan
jahitan yang meliputi nama dan fungsi alatan jahitan. Kanak-kanak bermasalah
pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar
profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang menganggu proses pembelajaran.
Terdapat kelewatan dalam perkembangan kematangan dan fungsi-fungsi intelek yang
tertentu yang diperlukan dalam perkembangan di sekolah. Sebagai contohnya,mereka
mempunyai tahap daya ingatan rendah serta kebolehan dalam bidang pengamatan dan
perkonsepan juga rendah. Kesediaan belajar dan keupayaan menerima pelajaran bagi
kanak-kanak bermasalah pembelajaran tidak sama dengan kanak-kanak biasa. Contohnya,
mereka hanya dapat mempelajari apa yang dipelajari oleh kanak-kanak biasa berumur 6
tahun pada peringkat umur 8 tahun atau lebih. Selain itu, kanak-kanak bermasalah
pembelajaran mempunyai bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan terhadap
sesuatu. Minat mereka adalah selaras dengan kanak-kanak yang mempunyai mental yang
sama dengan mereka.

Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk mencipta Sewing Tools yang merupakan
sebuah buku di mana gambar yang terdapat di dalam buku tersebut berbentuk 3D atau
dikenali juga sebagai Pop Up Book bagi meningkatkan visualisasi murid. Melalui bahan
bantu mengajar yang dicipta ini murid akan dapat mengenal nama alatan jahitan dengan
lebih berkesan di mana bahan ini dapat membantu murid mengenal pasti nama alatan
jahitan berpandukan gambar berbentuk 3D. Oleh itu, murid dapat membezakan nama alatan
tersebut melalui gambar yang dilihat. Seterusnya, melalui gambar tersebut juga murid dapat
mengetahui fungsi alatan tersebut kerana di dalam buku itu disediakan keratan fungsi bagi
membantu murid untuk mengetahui fungsi-fungsi alatan berdasarkan gambar. Selain itu,
dengan adanya Sewing Tools ia dapat meningkatkan kosa kata murid serta memperbaiki
ejaan murid kerana pada nama alatan tersebut terdapatnya bahagian suku kata
berdasarkan warna huruf bagi memudahkan murid untuk membacanya. Secara tidak
langsung kaedah ini dapat membantu murid yang bermasalah pembelajaran terutamanya
dari segi bacaan dan ejaan.

Sewing Tools juga dicipta dengan pelbagai hiasan bagi menarik minat murid. Hiasan
ini dibentuk daripada pelbagai bahan hiasan yang melibatkan warna yang menarik, bentuk
serta tulisan yang menarik kerana dengan adanya hiasan warna yang pelbagai ia dapat
menarik tumpuan murid serta memaksimumkan penggunaan deria penglihatan murid.

10
Akhir sekali, Sewing Tools dibina dengan bahan-bahan yang berkualiti serta kukuh
kerana bahan-bahan yang digunakan merupakan bahan yang terpakai dan juga bahan yang
baru supaya alat ini dapat digunakan berkali-kali. Sewing Tools juga mudah untuk dibawa ke
mana-mana kerana bahan yang digunakan adalah ringan dan tidak mudah terkoyak atau
rosak serta mudah dikendalikan oleh murid.

11
TUGASAN 3: PENULISAN RANCANGAN PENGAJARAN INDIVIDU

RANCANGAN PENGAJARAN INDIVIDU ( BERMASALAH PEMBELAJARAN )

NAMA : Muhammad Luth TARIKH LAHIR : 5 TARIKH MULA : TARIKH SEMAK


Najmuddin bin Mohd Arif Oktober 2009 10 Mac 2019 : 10 Julai 2019

KOMPONEN : Reka Bentuk UMUR : 10 tahun KATEGORI : Bermasalah


dan Teknologi Pembelajaran (Slow Learner)
PENGETAHUAN SEDIA I. Murid pernah melihat beberapa alatan jahitan yang
ADA : selalu digunakan di rumah
II. Murid boleh mengenal pasti bentuk alatan jahitan
tersebut

MATLAMAT JANGKA i. Murid boleh menggunakan 7 alatan jahitan dengan


PANJANG : tepat mengikut fungsi.
KEKUATAN / MINAT : i. Murid boleh memahami arahan dengan
mudah
ii. Murid berupaya memberikan respon segera
terhadap arahan guru
iii. Murid meminati kaedah visual dalam
pengajaran dan pemudahcaraan

KELEMAHAN MASALAH : i. Kurang tumpuan dan mudah hilang fokus


semasa proses pengajaran dan
pemudahcaraan sedang dilaksanakan.
ii. Murid malas untuk melakukan aktivit yang
dirancang oleh guru
iii. Murid lebih berminat bermain sendiri dan tidak
menghiraukan pengajaran guru
iv. Murid sukar membaca dan berkomunikasi

Objektif jangka pendek Pendekatan : Penilaian / Tarikh /


: Tanggungjawab
1. Guru menyediakan alatan
Murid dapat jahitan sebenar. Pemerhatian
mengenal dan 2. Guru menyusun dan
membezakan meletakkan setiap alatan 1. Memberikan
nama alatan tersebut dihadapan murid. respon yang betul
jahitan dengan supaya murid dapat melihat pada arahan yang
betul. dengan lebih jelas dan dapat diberikan.
merasai alatan tersebut. 2. Penggunaan
3. Murid ditanyakan soalan perkataan yang
mengenai alatan-alatan betul dan sesuai
jahitan. Contonhya,
Tunjukkan kepada cikgu
nama alatan jahitan “jarum”
dan fungsinya.

12
a) Guru meminta murid
menunjukkan “jarum” Tarikh Penilaian:
yang sebenar.
b) Guru menekankan
perkataan ‘jarum’ dan
fungsinya ‘menjahit’
dengan berulang kali.

4. Guru menggunakan bahan


bantu mengajar Sewing
Tools iaitu sebuah buku
yang berbentuk “Pop Up” di
mana gambar di dalamnya
berbentuk 3D.

5. Murid diberi arahan untuk


melekatkan nama alatan
yang disediakan di dalam
satu poket yang terdapat
dalam buku tersebut. dan
lekatkan dibawah gambar.

6. Murid dikehendaki mengeja


nama alatan jahitan tersebut
mengikut suku kata.

7. Murid mendapat ganjaran


sekiranya berjaya
dipadankan dengan betul
dan dapat menyebut
perkataan yang dieja
dengan tepat.

Murid dapat 1. Guru bertanyakan soalan Pemerhatian


mengetahui kepada murid mengenai
1. Memberikan
fungsi setiap fungsi alatan jahitan
respon yang
alatan jahitan 2. Murid dikehendaki
betul terhadap
membaca setiap fungsi
arahan guru.
yang telah tersedia di dalam
2. Memahami
buku Pop Up berdasarkan
arahan.
gambar 3D.
3. Membaca
3. Guru mengedarkan
dengan ejaan
lembaran kerja sambil
yang betul.
berbual mengenai alatan
jahitan.
4. Guru memberi peneguhan
kepada jawapan-jawapan
murid.

13
5. Ganjaran diberikan
sekiranya murid menjawab Tarikh Penilaian:
dengan betul

Tarikh Awal: ....................... Tarikh Akhir: .......................

Tandatangan Ibu Bapa/Penjaga: Tandatangan Ibu Bapa/Penjaga :

............................................... ...................................................

Nama: Nama:

Tandatangan Guru Mata Pelajaran: Tandatangan Guru Mata Pelajaran:

................................................. ...................................................

Nama: Nur Amalin Binti Abd Rahim Nama: Nur Amalin Binti Abd Rahim

14
RUJUKAN

Ang Chai Tan, Lee Lay Wah. (2018). Pendidikan Inklusif. Selangor: Sasbadi Sdn Bhd.

Azad Athahiri Anuar, Norsayyidatina Che Rozubi. (2010. Keperluan Pendidikan Inklusif
dalam Program Pendidikan Arus Perdana di Malaysia. Selangor: Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Hilda Ain. (2008). Program Pendidikan Inklusif. Retrieved on 9 March 2019, from
https://pkppdlms.wordpress.com/tag/program-inklusif/

Kamil M. (2017, Oktober 27). Pendidikan Khas realisasi matlamat inklusif. Utusan Malaysia.
http://m.utusan.com.my/berita/nasional/pendidikan-khas-realisasi-matlamat-
inklusif1.543543

Laporan Awal. 2012. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Kementerian


Pendidikan Malaysia

Muhammad Haziq Lim. (2017). Masalah Pembelajaran dalam Kalangan Kanak-Kanak. Pulau
Pinang: Universiti Teknologi Malaysia.

Muhamad, N. A. N., Alfa, N. A. E., & Efendi. (2016 ). Special education for children with
disabilities in Malaysia: Progress and obstacles. Malaysian Journal of Society and
Space, 10, 78 – 87.

Noriati A. Rashid, Boon., P. Y., Sharifah, Zuraidah. (2017) Budaya dan pembelajaran. Shah
Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd.

Norliah, M., Amina, Mohd, H., & Mohd Y. (2016). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif
Murid Berkeperluan Khas dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -
2015 . Seminar Antarabangsa Pendidikan Khas Rantau Asia Tenggara Siri Ke-6,
2016

UNICEF, 2014, The Right of Children with Disabilities to Education: A Rights-Based


Approach to Inclusive Education. Retrived from
https://www.unicef.org/malaysia/InclusiveEducationMalaysia_-
_v4_27_May_2014.pdf

15
LAMPIRAN

16
17

You might also like