You are on page 1of 6

PRKA3021: PERANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENULISAN AKADEMIK

Professional Learning Community (PLC) merujuk kepada usaha para pendidik yang
komited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan untuk membuat inkuiri atau kajian
tindakan bagi mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka[Ric06]. Rosenholtz
(1989) membuat kajian di 78 buah sekolah dan mendapati bahawa peningkatan dalam
pengajaran dan pembelajaran berlaku secara kolektif dan bukan secara individu. Menurut
McLaughlin (1993) juga melaporkan bahawa sekolah dan panitia yang paling berkesan ialah
sekolah yang melaksanakan komuniti pembelajaran yang mantap. Namun, di Malaysia, PLC
merupakan satu pendekatan yang baru dicetuskan oleh KPM rentetan daripada inisiatif NKRA
Pendidikan. Oleh itu, penulisan ini akan bagaimana PLC dapat menambahbaik pengajaran dan
pembelajaran bagi matapelajaran Pendidikan Islam Tahun 3 di bawah tajuk ‘Pakaian Pilihanku’
(Rujuk Lampiran 1).

Dalam penulisan ini, strategi Lesson Study di bawah elemen Penswastaan Amalan
digunakan sebagai salah strategi bagi membuktikan keberkesanan PLC ini. Lesson Study ini
menyediakan suatu wacana atau peluang untuk peningkatan profesionalisme guru. Berbanding
dengan model perkembangan profesional guru yang lain, Lesson Study adalah unik dan model
bottom-up. Strategi ini adalah atas inisiatif guru-guru sendiri dan bukan arahan pihak atasan.
Dalam usaha menerapkan budaya Lesson Study, guru-guru perlu mengubah paradigma selaras
dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat. Melalui pendekatan ini, guru-guru sekolah
secara kolaboratif berusaha menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang berfokus
kepada pembelajaran murid. Amalan kolaboratif yang memerlukan penggemblengan idea,
pengalaman dan kemahiran akan meningkatkan pengetahuan isi kandungan dan juga
pengetahuan kandungan pedagogi guru. Proses dalam Lesson Study yang merangkumi
perjumpaan dan perbincangan sekumpulan guru mampu memupuk percambahan ilmu,
perkembangan idea serta kreativiti individu dalam proses pembinaan RPH secara bersama
(Rujuk Lampiran 2). Amalan begini juga boleh memupuk semangat kekitaan dan rasa
kepunyaan antara guru di sekolah.

Menurut Stigler & Hiebert (1999), Lesson Study merupakan strategi yang berpusatkan
murid. Prinsip ini dibuktikan dengan penilaian keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran
akan dinilai melalui maklum balas murid. Pembelajaran yang berpusatkan murid ialah satu
kaedah yang amat berkesan. Kaedah ini mampu membentuk kematangan peribadi murid dan
membina individu yang akan memiliki pemikiran berdaya tinggi melalui aktiviti-aktiviti yang

23
This study source was downloaded by 100000818879984 from CourseHero.com on 03-19-2022 01:39:01 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/40123464/PENULISAN-AKADEMIK-PLCdocx/
PRKA3021: PERANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

dirancang semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan ini juga melatih pelajar
tentang kemahiran menyelesaikan masalah yang kompleks [Noo11]. Guru bersama kumpulan
Lesson Study akan merangka RPH yang berpusatkan murid serta menjangkakan respon murid
semasa proses pengajaran. Perkara ini sudah pasti memudahkan guru menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid sekaligus menarik minat murid dengan
pelbagai aktiviti yang menarik dan berkesan. Oleh itu, strategi Lesson Study yang berpusatkan
murid ini sudah tentu dapat menambahbaik pengajaran dan pembelajaran. Misalnya, bagi tajuk
‘Pakaian Pilihanku’, guru bersama kumpulan Lesson Study telah merancang aktiviti
berpusatkan murid seperti lakonan daripada murid yang sudah pasti menarik minat murid serta
memberi pengalaman langsung kepada murid.

Seterusnya, dengan menggunakan strategi Lesson Study ini, RPH guru akan dapat
dibina dengan lebih berkesan. Hal ini disebabkan guru bersama kumpulan Lesson Study akan
bekerjasama dalam pembinaan RPH ini. Konsep kerjasama ini akan dapat membuahkan hasil
yang sangat baik. Menurut Alauddin Sidal (2003), menerusi kerjasama secara berkumpulan
membolehkan produktiviti dan kualiti ditingkatkan iaitu hasil penggabungan kepakaran,
pengetahuan dan komitmen semua ahli. Masa dan tenaga untuk menghasilkan sesuatu kerja
dapat diminimumkan dan kos operasi juga akan dapat dijimatkan. Manakala, bagi pembinaan
RPH ini guru akan berbincang bersama kumpulan Lesson Study. Guru perlu membina langkah-
langkah dalam RPH ini dan sediakan sumber pengajaran yang diperlukan. Guru juga harus
berfikir dengan mendalam strategi pengajaran yang sesuai digunakan.dan jangkakan respon
murid semasa proses pengajaran. Hasilnya perlu dibentang dan disemak semula strategi
pengajaran dengan teliti. Walaupun proses ini agak teliti dan mengambil masa yang lama,
namun proses ini akan menatijahkan satu RPH yang terbaik dan berkesan bagi sesuatu
pembelajaran. Dalam konteks ini, guru akan dapat menyampaikan tajuk ‘Pakaian Pilihanku’ ini
dengan mudah dan berkesan kepada murid kerana RPH yang disediakan sudah disaring
dengan baik.

Selain itu, strategi Lesson Study ini juga akan dapat meningkatkan kualiti dan amalan
pengajaran dan pembelajaran guru akan dibimbing dengan bimbingan individu yang lebih pakar
atau lebih dikenali sebagai Knowledgeable Others atau pakar rujuk. Pakar rujuk ini akan
memainkan peranan mereka iaitu memberikan pandangan dan idea terhadap pengajaran guru
serta cadangan penambahbaikan bagi meningkatkan hasil pembelajaran murid. Perkara ini
amat berguna bagi seorang guru, baik guru yang baru ataupun yang sudah berpengalaman.
Perkara ini juga dinyatakan dalam teori perkembangan kognitif Vygotsky (1978) bahawa orang

24
This study source was downloaded by 100000818879984 from CourseHero.com on 03-19-2022 01:39:01 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/40123464/PENULISAN-AKADEMIK-PLCdocx/
PRKA3021: PERANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

yang lebih berpengetahuan atau More Knowledgeable Others (MKO) akan membantu kita
menyelesaikan sesuatu dengan lebih berkesan. Dalam kajian Taylor (2002), MKO ini ialah
individu utama dalam membantu murid dalam mengatasi sebarang masalah termasuk
membuatkan mereka lebih gembira dalam menimba ilmu pengetahuan. Manakala, dalam
konteks Lesson Study, knowledgeable others berperanan sebagai pakar rujuk dalam
pengajaran dan pembelajaran. Pakar rujuk biasanya terdiri dikalangan pensyarah Institut
Pendidikan Guru (IPG), guru cemerlang mata pelajaran atau sesiapa sahaja yang berkebolehan
dan boleh dikategorikan sebagai Subject Matter Expert (SME). Namun, perkara yang paling
penting, pakar rujuk mampu menggunakan sesi refleksi untuk meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran guru dalam pengajarannya. Oleh itu, perkara ini akan dapat menambahbaik
pengajaran dan pembelajaran bagi seorang guru. Sebagai contoh, pakar rujuk ini akan memberi
pandangan beliau tentang bagaimana teknik yang terbaik dalam menyampaikan tajuk ‘Pakaian
Pilihanku’ seperti teknik simulasi dan permainan.

Kesimpulannya, strategi Lesson Study ini merupakan suatu strategi yang amat berkesan
dalam menambahbaik pengajaran dan pembelajaran khususnya bagi matapelajaran Pendidikan
Islam Tahun 3 di bawah tajuk ‘Pakaian Pilihanku’. Perkara ini telah jelas dibuktikan dengan
beberapa bukti yang telah dikemukakan. Justeru, sangat penting untuk guru menyedari faedah
dan manfaat yang diperolehi melalui Lesson Study menjangkaui proses yang dilalui. Secara
sedar atau tidak, pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh akan diaplikasikan secara
langsung oleh guru-guru dalam sesi pengajaran mereka di bilik darjah. Budaya Lesson Study
diharapkan dapat memupuk kesedaran guru untuk lebih komited dan berdedikasi terhadap
profesion perguruan. Bahkan guru harus komited dalam memahami dan mengamalkan PLC
secara keseluruhan kerana PLC ini ialah salah satu inisiatif dalam meningkatkan kualiti guru
adalah berdasarkan trend dan perkembangan pendidikan di negara-negara maju di mana
pemantapan komuniti pembelajaran profesional dalam kalangan pendidik dlihat sebagai usaha
yang dapat meningkatkan profesionalisme guru.

(983 perkataan)

RUJUKAN

25
This study source was downloaded by 100000818879984 from CourseHero.com on 03-19-2022 01:39:01 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/40123464/PENULISAN-AKADEMIK-PLCdocx/
PRKA3021: PERANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Alauddin Sidal. (2003 ). Kerja Berpasukan: Strategi ke Arah Keberkesanannya. Jurnal Pengurusan Awam
Jilid 2 Bilangan 1, 70.

McLaughlin, M. (1993). What Matters Most in Teachers’ Workplace Context? Teachers’ Work.

Noor Hisham, M. N. (2011). Pengajran dan Pembelajaran; Penelitian Semula Konsep-konsep Asas
Menurut Perspektif Gagasan Islamisasi Ilmu Moden. Kongres Pengajaran dan Pembelajaran
UKM 2011 (p. 9). Kota Bharu: Universiti Malaysia Kelantan.

Richard Dufour, R. D. (2006). Professional learning communities at work plan book. Bloomington:
Solution Tree.

Rosenholtz, S. (1989). Teachers' workplace: The social organization of schools. New York: Longman.

Stigler, J.W., & Hiebert, J. (1999). The Teaching Gap: Best Ideas from the World’s Teachers for Improving
Education in the Classroom. New York: The Free Press.

Taylor. (2002). Teaching & Learning Online: The Workers, The Lurkers and The Shirkers. Australia: USQ.

Vygotsky, L. (1978). Mind in society. Cambridge: Harvard University Press.

26
This study source was downloaded by 100000818879984 from CourseHero.com on 03-19-2022 01:39:01 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/40123464/PENULISAN-AKADEMIK-PLCdocx/
PRKA3021: PERANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Lampiran 1

Gambar 1: DSKP dan tajuk yang dipilih

27
This study source was downloaded by 100000818879984 from CourseHero.com on 03-19-2022 01:39:01 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/40123464/PENULISAN-AKADEMIK-PLCdocx/
PRKA3021: PERANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Lampiran 2

Gambar 2: Kitaran Lesson Study

28
This study source was downloaded by 100000818879984 from CourseHero.com on 03-19-2022 01:39:01 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/40123464/PENULISAN-AKADEMIK-PLCdocx/
Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)

You might also like