You are on page 1of 13

EDUP 3053

PEMBENTANGAN KUMPULAN
Nama: Fong Xi Teng
Khu Jia Hui
Pok Hui Chee
Pensyarah: Dr. Norlia bt. Mat Esa
Masalah yang dihadapi dalam proses PdP
Bahasa Melayu Tahun 1 Murni
Saya telah menjalankan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di SJK(C) Chong
Cheng, Kulim. Sekolah tersebut merupakan sekoah gred B yang terletak di
kawasan kampung baru. Di sekolah, saya memerhatikan Puan Fong mengajar
mata pelajaran Bahasa Malaysia di kelas 1 Murni. Terdapat 30 orang murid
dalam kelas 1 Murni. Menurut Puan Fong, 26 orang murid merupakan kaum
cina dan 4 orang murid merupakan kaum melayu dan india. Tahap penguasaan
Bahasa Malaysia mereka adalah rendah kerana kurang berminat untuk belajar.
Bagi membantu murid menguasai Bahasa Malaysia, Model ASSURE sesuai
untuk digunakan dalam merancang proses pengajaran dan pembelajaran.
Berdasarkan model ASSURE, enam langkah utama
adalah seperti berikut :-
• A – Analyze learner (menganalisis murid)
• S - State objective (menyatakan objektif pengajaran)
• S - Select method (memilih kaedah,media dan bahan sumber pengajaran )
• U – Utilize media and materials (menggunakan media dan bahan )
• R – Require learner perticipation (memerlukan penglibatan murid yang
aktif )
• E – Evaluate and revise (menilai hasil pembelajaran dan buat
penambahbaikan )


A – Analyze learner (menganalisis murid)
• Ciri-ciri
1. kesedaran belajar
• Kurang minat dalam penguasaan Bahasa Malaysia
• Asas murid dalam Bahasa Malaysia adalah lemah
• Murid tidak yakin semasa berinteraksi dalam Bahasa Malaysia
2. Emosi dan tingkah laku
• Murid cepat bosan
• Tidak boleh fokus
• hiperaktif
S-State (menyatakan objektif pengajaran)
Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat:

1. Mengenal pasti jenis-jenis kata nama yang terdapat dalam Bahasa


Malaysia.
2. Mengenali kata nama am dan khas yang terdapat dalam petikan.
3. Memberi contoh kata nama am dan kata nama khas yang betul.
4. Mengetahui penggunaan kata nama am dalam ayat.
S – Select Method ( memilih kaedah, media
dan bahan sumber pengajaran)
1. Memilih kaedah
a. Penentuan kaedah
• Kaedah Pengajaran Situasi (Situational Approach)
• Dalam set induksi, murid-murid diperkenalkan dengan cerita yang
digabungkan video dan animasi yang menarik iaitu Mona menemui Tuan
Ferus, ahli silap mata yang handal di dunia sakti yang akan membawanya
untuk menggembara.
• video yang digemari dan menyeronokkan dapat meningkatkan minat murid
untuk belajar.
b. Kaedah bermain
• yang ditunjukkan dalam rajah adalah dalam
pelbagai bentuk seperti mengklik pilihan dan
teka silang kata.
• Permainan teka silang kata dapat memberi
dorongan kepada pelajar untuk
menyempurnakan latihan dan
memperkukuhkan pengetahuan yang
diperoleh.
• Permainan teka silang kata ini berupaya
mencerna fikiran murid untuk berfikiran secara
kritis dan kreatif.
2. Pemilihan format media
• Penggunaan media interaktif
• (peta minda)
U-Utilize Media and Materials (menggunakan
media dan bahan)
• Semak bahan sumber sebelum digunakan di dalam kelas (guru
hendaklah mengkaji dan menyemak bahan sumbet yang telak dipilih
sebelum menggunakan di dalam kelas)
• Sediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas (penyediaan LCD dan
laptop)
• Sediakan persekitaran yang sesuai untuk penggunaan ( susun atur
kerusi dalam bentuk U )
• Sediakan pelajar untuk mendapat manfaat daripada bahan sumber
• Sediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar (strategi
berpusatkan pelajar, guru sebagai fasilatator)
R-Require Learner Perticipation (memerlukan
penglibatan murid)
• Penglibatan semua murid secara aktif dalam proses PdP
- Melalui penggunaan gambar, gambar bersiri, video, dan nyanyian
dalam proses pengajaran dan pembellajaran. Ia dapat mencetuskan
perbincangan kumpulan, penjanaan idea dan penglibatan murid orang asli
secara aktif.
-murid dibahagikan kepada 6 kumpulan semasa sesi maklum balas
- murid dikehendaki berbincang dan berinteraksi dengan
menggunakan Bahasa Malaysia
• Pengalaman rasa Berjaya (mengekalkan motivasi terhadap pembelajaran)
- cth : peneguhan diberi seperti pujian dan guru boleh menyediakan
ganjaran
E-Evaluate and Revise (melakukan penilaian
dan semakan semula)
• Penilaian
• Penilaian informal
• Pemerhatian (guru memerhatikan tahap penguasaan setiap pelajar
sepanjang PdP dijalankan)
• Hasil kerja pelajar
- Di penghujung sesi pengajaran, guru akan mengedarkan
lembaran kerja yang berkaitan dengan kata nama dengan bimbingan
guru. Melalui aktiviti ini, saya dapat menilai sejauh mana objektif yang
dirancang dapat dicapai. Ini juga membolehkan saya melihat tahap
penguasaan murid terhadap kemahiran yang telah diterapkan.
Dalam langkah ini, beberapa persoalan boleh digunakan untuk melihat
penilaian dan seterusnya membuat pengubahsuaian. Antara persoalan
yang boleh digunakan sebagai panduan adalah :

1. Adakah objektif pengajaran saya pada hari ini tercapai?


2. Adakah media dan bahan sumber yang saya gunakan dapat
membantu murid menguasai kemahiran?
3. Adakah murid dapat menguasai kehamiran asas membaca
perkataan kata adjektif?
4. Adakah bahan sumber yang saya gunakan memudahkan proses
pengajaran dan pembelajaran.
5. Adakah suasana pembelajaran yang terhasil selesa dan
kondusif?
• Soalan-soalan ini akan membantu saya mengenal pasti kelemahan
dan kekuatan yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran
dapat diubahsuai bagi pengajaran dan pembelajaran seterusnya.

You might also like