You are on page 1of 12

LAPORAN

PERKHEMAHAN
UNIT BERUNIFORM

NAMA :MUHD KHAIRUL AMIN BIN MOHD NOR

ANGKA GILIRAN :2018202340140


NO. K/P :990501087593
KUMPULAN/UNIT :KADET REMAJA SEKOLAH
AMBILAN :JUN 2018
LAPORAN AKTIVITI IPGK PENDIDIKAN ISLAM 2019
(SEPTEMBER 2019)

ANJURAN: UNIT KOKURIKULUM IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

NAMA PROGRAM

MPU3062 UNIT BERUNIFORM I KOKURIKULUM – SEMESTER 3 AMBILAN JUN 2018


(4 HARI 3 MALAM) PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

SASARAN

178 orang pelajar PISMP Semester 3 Ambilan Jun 2018

TARIKH DAN TEMPAT PROGRAM

10 hingga 13 September 2019 (Selasa – Jumaat) bertempat di IPGKPI

PENCAPAIAN

Setiap unit beruniform berjaya mendapat tempat bagi setiap aktiviti dan Pengakap berjaya
meraih johan keseluruhan bagi kesemua aktiviti tersebut. Di akhir kursus, semua peserta
Program Perkhemahan Unit Beruniform PISMP Semester 3 Ambilan Jun 2018 mendapat
ilmu yang secukupnya daripada aktiviti yang dijalankan.

IMPAK (OUTPUT & OUTCOME)

Output
Penubuhan Jawatankuasa Induk Program Perkhemahan Unit Beruniform Pelajar Semester
3 Ambilan Jun 2018 seterusnya penyediaan kertas kerja serta proses untuk mendapatkan
pertimbangan dan kelulusan pihak pengurusan, IPG Kampus Pendidikan Islam.

Outcome
Keperluan sukatan pelajaran Kokurikulum Unit Beruniform MPU3062 seperti yang terdapat
dalam RMK telah terlaksana. Semangat kerjasama, kepimpinan dan daya saing dalam
kalangan siswa didik guru juga telah berjaya dipupuk dan ditonjolkan sepanjang program ini
dijalankan.

POST MORTEM

Post mortem diadakan pada setiap malam dalam kalangan ahli jawatankuasa program
selepas selesai segala aktiviti untuk hari tersebut dan bersurainya pelajar untuk
membincangkan tentang perkara-perkara berbangkit dan penambahbaikan untuk hari
seterusnya.
LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

Pada 10 September 2019 hingga 13 September 2019, ahli-ahli PP telah terlibat

dengan perkhemahan di Taman Etno Botani, Gua Musang, Kelantan. Perkhemahan ini

turut melibatkan unit-unit bberuniform yang lain seperti Kadet Remaja Sekolah,

Persatuan Bulan Sabit Merah, Persatuan Puteri Islam dan Pengakap. Perkhemahan ini

adalah diwajibkan bagi setiap guru pelatih Semester 3 bagi memenuhi keperluan

sukatan unit uniform masing-masing.

Pada hari pertama iaitu, 10 September 2019 bersamaan hari Selasa, ahli-ahli

KRS telah berkumpul di Kawasas parkir Dewan Besar IPG Kampus Pendidikan Islam.

Semua ahli KRS berjaya menghadirkan diri dengan awal dan selepas itu kami

bekerjasama memunggah barang-barang yang ingin dibawa untuk perkehemahan

tersebut. Tepat pada pukul 7.45 pagi kami pun bertolak ke tempat perkhemahan secara

berjalan kaki kerana perkemahan hanya dilakukan di dalam IPG sahaja. Lebih kurang

sepuluh minit perjalanan kami tiba dikawasan tapak perkemahan. Sejurus selepas itu,

kami memunggah barang-barang yang kami bawa ke tapak perkhemahan. Setiap

patrol dikehendaki mendirikan khemah masing-masing ,khemah bagi pelajar lelaki

khemah A Shape yang perlu didirikan sebagai tempat perteduhan sepanjang kem ini.

tidak lupa juga perlu mendirikan gajet yang bersesuaian berdekatan khemah Antara

yang kelihatan ialah rak kasut dan ampaian. Selain itu, setiap patrol juga dikehendaki

membina gajet atau menyediakan kawasan-kawasan tertentu seperti lubang

membuang sampah, dan lain-lain. . Seterusnya, kami bersama-sama berkumpul di


dewan terbuka dan mendengar sedikit taklimat daripada pensyarah bertugas berkaitan

perjalanan perkhemahan ini. Selepas itu, berlangsungnya majlis perasmian

perkhemahan ini yang dirasmikan oleh tuan pengarah Dr Husin. Pada sebelah

malamnya, kami diberikan masa untuk mengemaskini buku Log. Kami berasa sangat

gembira dan tidak sabar untuk meneruskan aktiviti-aktiviti yang selanjutnya pada

keesokan harinya.

Pada hari kedua, 11 September 2019 semua ahli KRS bangun seawal 5.30 pagi

untuk membuat persiapan diri , melakukan qiamulail dan solat subuh secara berjemaah.

Bagi beberapa orang ahli KRS yang ditugaskan untuk menyediakan sarapan pagi,

mereka telah bersiap lebih awal. Lebih kurang pada pukul 6.30 pagi kami telah

diarahkan untuk berkumpul di kawasan berumput berhampiran dataran bersama-sama

dengan unit-uniform yang lain untuk sama-sama melakukan senamrobik. Setelah itu,

kami terus menjalani ujian pertologan cemas yang dikelola oleh puan Veronica. Kami

diberi tunjuk ajar dan tempoh untuk mengulangkaji sebelum menjalani ujian tersebut.

Selepas sejam, kami bergerak ke stesen seterusnya untuk melakukan ujian kedua iaitu

ujian ikatan. Pada stesen ini, ahli KRS diuji dengan tiga jenis ikatan,iaitu ikatan Seraya,

ikatan Seraya Serong dan ikatan Lilit Kacang yang dipantau dan diuji oleh Tuan Husin

Fateh Din. Melaui stesen ini, pelajar diberi masa secukupnya untuk berlatih dan

melakukan pengujian. Disebelah petangnya pula kami meneruskan aktiviti pengujian

yang ketiga iaitu simpulan dan Tali temali, di stesen ini, ahli-ahli KRS bertungkus Lumus

menyelesaikan lapan jenis ikatan asas yang dipilih sebagai kandungan pengujian.

Antaranya ialah simpul manuk, simpul tindih kasih, simpul bunga geti dan lain lain lagi.

Pada waktu malam di hari yang sama selepas pengurusan diri dan solat
maghrib,Diadakan sedikit pengisian tazkirah dari wakil ahli jawatakuasa kerohanian

sehingga masuk ke waktu solat Isyak. Setelah itu, kami melakukan ujian pembinaan

gadjet yang akan diuji dari aspek ikatan dan kekukuhan gadjet tersebut.maka dengan

berakhirnya ujian tersebut maka usailah aktiviti pada hari ini dengan berbaki satu ujian

lagi yang akan disambung pada keesokannya.

Pada hari yang ketiga, 12 September kami menjalankan aktiviti Masakan Rimba.

Setiap patrol perlu menyediakan menu masing-masing dan mengikut bahan yang

diberikan pada unit masing masing. Kami ahli KRS bertungkus lumus mencari kayu api

sebanyak mungkin bagi menjadi bahan bakar secukupnya.Setiap ahli krs telah

dibahagikan tugas masing masing supaya aktiviti masakan ini dapat diselesaikan tepat

pada masanya. Sekain itu, pelbagai kaedah masakan digunakan untuk menghasilkan

menu masakan yang menyelerakan antaranya masak secara tanam didalam tanah

kemudian ditimbus dengan bara.Tambahan pula,sewaktu aktiviti ini sedikit salah faham

berlaku walaubagaimana pun kami berpuas hati kerana dapat mencuba sesuatu aktiviti

yang baru. Hasil masakan aneka rasa yang berjaya dihasilkan dikongsi secara

bersama-sama. Pada waktu petang kami ahli KRS menjalani ujian terakhir iaitu

berkawad secara beramai ramai dan memberi arahan kawad. Ianya memerlukan

disiplin dan tumpuan yang tidak berbelah bahagi. Pada sebelah malam, kami

menjalankan malam kebudayaan bersama-sama ahli unit-uniform yang lain. Pelbagai

persembahan menarik yang dipersembahkan oleh setiap unit-uniform. Wakil KRS

mempersembahkan drama pendek bertemakan patriotik dan Kami berasa sangat

gembira kerana persembahan kami mampu menarik perhatian semua ahli dari unit-

uniform lain dan juga pensyarah-pensyarah yang turut hadir pada malam tersebut
malahan pula malam itu juga turut diadakan BBQ bagi memeriahkan suasana ketika itu.

Malam kebudayaan berakhir pada sekitar jam 11.30 malam.

Pada hari terakhir iaitu 13 September 2019, seperti biasa semua ahli KRS

bangun awal dan bersiap. Kira-kira pada pukul 6.30 pagi kami telah siap berpakaian

lengkap Kadet Remaja Sekolah dan berkumpul di dataran. Kami mendengar sedikit

taklimat daripada pensyarah pembimbing perkhemahan dan seterusnya diberi masa

untuk sarapan dan menjalankan aktiviti mengikut unit-uniform masing-masing. Selepas

bersarapan, semua ahli PP berkumpul di dewan dan menjalankan aktiviti Refleksi untuk

membincangkan pro dan cons sepanjang perkemahan ini berlangsung. Akhirnya

tibalah masa yang ditunggu-tungu, semua ahli unit-uniform berkumpul di dewan untuk

majlis penutupan. Setiap wakil unit-uniform menerima sijil penyertaan yang

disampaikan oleh Tuan Pengarah IPGKPI. Setelah tamat majlis penutupan tersebut,

kami berkumpul ke kawasan khemah masing-masing dan berkemas-kemas untuk

pulang. Kira-kira pada pukul 11.30 tengah hari semua ahli KRS siap memunggah

barang dan bertolak balik. Keseluruhannya, kami berpuas hati dengan segala aktiviti

yang dijalankan sepanjang aktiviti perkhemahan ini diadakan. Semoga dapat

membentuk jati diri dalam diri setiap guru pelatih dan menambah ilmu serta

pengetahuan dalam diri masing-masing.

Disediakan oleh:
17 September 2019.
_____________________
(MUHD KHAIRUL AMIN BIN MOHD NOR)
Ahli Kadet Remaja Sekolah,
IPG Kampus Pendidikan Islam, Selangor.
LAMPIRAN
Aktiviti

Masakan Rimba

Gadjet selepas majlis penutupan


Refleksi

10/09/2019

5.30-6.30

Roll call, berkumpul dan bergerak ke tapak perkemahan

9.00-11.00

Perasmian perkemahan oleh pengarah IPGKPi

Gimik

11.00-12.30

Memasang khemah secara bersama sama

Membuat gadjet ampaian

14.00-16.30

Taklimat

Ice breaking(suai kenal)

Aktiviti menyeronokan

17.30-18.45

Beriadah

Dapat menyihatkan tubuh badan dan mengeratkan silaturahim

21.00-23.00

Menyiapkan Buku Log


11/09/2019

5.30-6.30

Qiamulail

Pengisian rohani

8.30-11.00

Ujian Pertolongan cemas dan balutan

Dapat mengetahui rawatan yang betul

11.00-12.30

Ujian Ikatan

Dapat mengetahui fungsi dan jenis ikatan

Antaranya, ikatan seraya,ikatan serong dan lilit kacang

14.30-16.30

Ujian tali temali dan simpulan

Mempelajari lapan jenis simpulan

17.30-18.45

Riadah

Menyeronokkan

21.00-23.30

Ujian membuat gadjet


Mempelajari ikatan yang sesuai untuk gadjet

12/09/2019

5.30-6.30

Qiamiulail

Tazkirah

Menginsafi dan menambah ilmu

9.00-12.30

Masakan rimba

Mempelajari sembelihan ayam

Kaedah masak yang pelbagai

Kaedah menghidupkan api

15.00-16.30

Ujian kawad kaki

Memperoleh nilai disiplin dan kefokusan

21.00-23.30

Malam kebudayaan

Melahirkan dan mencungkil bakat kreatif


13/09/2019

5.30-6.30

Qiamulail

Solat Jemaah

Membina kerohanian kukuh

6.30-8.00

Refleksi perkemahan

Perbincangan

9.00-9.30

Sarapan

9.30-10.30

Perasmian penutup

Menyatakan dapatan dan harapan sepanjang perkemahan

You might also like