You are on page 1of 16

EDUP3053 Teknologi untuk Pengajaran dan Pembelajaran

1.0

PENGENALAN

Noriati A. Rashid et al. (2012) menerusi buku yang bertajuk Teknologi dalam
Pengajaran dan Pembelajaran menyatakan bahawa proses pengajaran merupakan
satu perkara yang penting dalam sistem pendidikan. Setiap proses pengajaran
seharusnya mempunyai matlamat jelas yang hendak dicapai. Matlamat tersebut
tidak akan dapat dicapai sekiranya tiada perancangan yang lengkap dan sistematik.
Oleh

yang

demikian,

reka

bentuk

pengajaran

ialah

manifestasi

bahawa

pembelajaran pembelajaran tidak seharusnya berlaku dalam keadaan yang tidak


terancang, tetapi perlu dibina mengikut proses yang tersusun atur dan menjurus
kepada hasil pembelajaran yang diukur. Pada asasnya, reka bentuk pengajaran
menetapkan perkara yang hendak diajar dan kaedah bagaimana perkara tersebut
hendak diajar agar pembelajaran dapat berlaku (Yusup Hashim, 1998). Perkara
tersebut termasuklah mengukur pencapaian objektif dan merancang semula
sehingga objektif pengajaran tercupai. Dalam erti kata yang lain, reka bentuk
pengajaran ialah proses yang merangkumi tiga peringkat, iaitu penemuan objektif
yang jitu, perancangan pengajaran dan pembelajaran, dan penilaian pengajaran
dan pembelajaran.

EDUP3053 Teknologi untuk Pengajaran dan Pembelajaran

2.0

PENGHASILAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran
Kelas
Bilangan Murid
Tarikh
Masa
Tema
Unit
Tajuk
Standard
Kandungan
Standard
Pembelajaran
Objektif

:
:
:
:
:
:
:
:

Bahasa Malaysia
3 Ixora
25 orang
21 September 2016 (Rabu)
8.15 pagi - 9.15 pagi (60 minit)
Keselamatan
Unit 4
Jaga keselamatan diri
Mencatat maklumat yang betul tentang

3.5

Pembelajaran

sesuatu

perkara

daripada

pelbagai

sumber
Mencatat maklumat yang betul mengikut

3.5.1

susunan daripada pelbagai sumber


Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
i.

Mencatat

daripada

langkah-langkah

keselamatan diri ketika melintas di jalan raya


mengikut susunan yang betul berdasarkan

:
ii.

paparan slaid.
Mencatat 3 daripada
keselamatan

diri

ketika

langkah-langkah
di

jalan

raya

berdasarkan paparan video.


Sistem Bahasa

Kemahiran Bahasa

Morfologi, sintaksis, sistem ejaan, kosa kata


Kemahiran menulis, kemahiran membaca, kemahiran
lisan
Ilmu: Bahasa
Nilai: Berhati-hati, mematuhi peraturan, kejujuran,
kesabaran,

bekerjasama,

hormat-meghormati

dan

menghargai.
Pengisian
Kurikulum

EMK: TMK
Kemahiran Bernilai Tambah:KB: Penyoalan,
KP: Verbal linguistik, visual ruang, interpersonal,
intrapersonal

Pengetahuan

BCB: Mencatat nota


i.
Murid mengetahui langkah-langkah menjaga

EDUP3053 Teknologi untuk Pengajaran dan Pembelajaran

ii.

Sedia Ada
Bahan

Bantu

Mengajar
Strategi
Pengajaran
Teknik
Pembelajaran
Penilaian

keselamatan diri.
Murid mengetahui cara menulis ayat dengan

betul.
Video, buku teks, paparan gambar, kad gambar, kad
:

aktiviti, lembaran kerja, komputer riba, projektor dan


pembesar suara.

:
:
:

Berpusatkan murid, bahan dan guru.


Soal jawab, sumbang saran, mendengar aktif
Murid dapat mencatat maklumat yang betul mengikut
susunan daripada pelbagai sumber.

EDUP3053 Teknologi untuk Pengajaran dan Pembelajaran

Prosedur Pelansanaan Aktiviti


Langkah

Isi Pelajaran

Aktiviti

Amalan

Pembelajaran
1. Guru
menayangkan

keselamatan diri

Pengenalan

Menunggu
bas pergi.
Memandang

Set Induksi

ke

( 5 Minit )

jalan raya.
Menggunak
an

berkenaan

yang guru tayangkan.


3. Guru
bersoal-jawab

ke kiri dan

video

dan

Catatan
BBM:

Video

keselamatan jalan raya.


2. Murid menonton video

sehingga

Pengajaran

kanan

laluan

zebra.

KBT:

dengn murid berkenaan


dengan

mengaitkan

amalan

keselamatan

Kemahiran
maklumat

yang

terdapat dalam video.


4. Guru
mengaitkan
jawapan murid dengan

EMK:

TMK

tajuk pembelajaran.
Nilai:

Langkah 1

Langkah-

( 10 minit)

langkah

1. Guru mengarah murid


membuka halaman 20

keselamatan diri
pengguna

bas

mengeluarkan

sekolah.

latihan.
3. Guru meminta

Murid

murid

dengan sebutan yang

berdiri

memindahkan

amalan
di

dalam bas.
Murid
dilarang

diri

keselamatan

pengguna

Buku teks

KBT:

membaca petikan teks


betul.
4. Murid

buku

mengikut
giliran.
Murid

BBM:

murid

beratur dan

dilarang

pada buku teks.


2. Guru meminta

Berhati-hati

Menghubungkaitkan

BCB:

bas

Mencatat
nota

sekolah di dalam buku


latihan.
5. Murid

menomborkan

menjenguk

gambar yang terdapat

dan

dalam halaman 20 buku

Nilai:

Mematuhi
peraturan

EDUP3053 Teknologi untuk Pengajaran dan Pembelajaran

mengeluark
an

tangan

dari tingkap

teks.
6. Guru

memilih

murid

rawak

untuk

secara
mencatat

bas.
Murid

yang

hendaklah
duduk

di

tempat

Kejujuran

maklumat

ditulis

di

atas

kertas di papan putih.


7. Guru
mengarahkan
murid

bertukar

buku

latihan dengan rakan.


8. Guru
dan
murid

masingmasing.

bersama-sama
menyemak

maklumat

yang ditulis.
Langkah 2

Langkah-

1. Guru

( 15 minit )

langkah

kepada

keselamatan diri

berkenaan

ketika

langkah

melintas

menerangkan
murid

BBM:

langkah-

Paparan
gambar

keselamatan

jalan raya.

diri ketika melintas jalan

KBT:

raya menerusi paparan

Berhenti

di

bahu jalan.
Lihat ke kiri
dan

ke

kanan jalan

raya.
Mendengar
sekiranya
terdapat
bunyi

kenderaan.
Pastikan
jalan

raya

dalam
keadaan
selamat
sebelum

melintas.
Berhati-hati

gambar.
2. Guru

memaparkan

gambar

tersebut

menerusi paparan slaid.


3. Murid melihat paparan
gambar yang diberikan
oleh guru.
4. Guru
mengarahkan
murid
tersebut

berdasarkan

gambar di dalam buku


latihan.
5. Guru
murid

mengarahkan
menyusun

langkah-langkah
tersebut

mengikut

urutan yang betul.


6. Guru memilih murid

EMK:

TMK

Nilai:

Mematuhi

peraturan
Kesabaran

mencatatkan

langkah-langkah

Kontekstual

EDUP3053 Teknologi untuk Pengajaran dan Pembelajaran

apabila

secara

melintas

menulis

jalan raya.

rawak

jawapan

video

jalan raya.

dengan

Memakai tali
pinggang

keledar.
Jangan
mengekori

Langkah 3
( 15 minit )

murid.
1. Guru

keselamatan

kenderaan.
Patuhi
arahan
lampu

isyarat.
Patuhi had
laju.

di

papan putih.
7. Guru membincangkan
jawapan

Panduan

untuk

bersama
menayangkan
berkenaan

lembaran kerja kepada

murid
panduan

keselamatan

jalan raya berdasarkan


video tersebut.
5. Guru membincangkan
bersama
murid
dengan

langkah-langkah
keselamatan

diri ketika melintas di


Penutup sosial

atas jalan raya.


2. Guru
menerangkan
kepentingan

menjaga

keselamatan diri kepada


murid.
3. Guru

memberikan

pujian kepada murid.

Mengenal

EMK:

TMK

mencatat

berkenaan

( 5 minit )

dan

tersebut.
4. Guru
mengarahkan

murid.
1. Guru menyoal

Penutup kognitif

KBT:

video

jawapan

Penutup

Video

pasti
melihat

menghayati

menjaga

panduan

keselamatan jalan raya.


2. Guru
mengedarkan
murid.
3. Murid

BBM:

Nilai:

Mematuhi

peraturan
Berhati-hati

Nilai:

Berhati-hati
Menghargai

EDUP3053 Teknologi untuk Pengajaran dan Pembelajaran

3.0

PEMILIHAN MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN BERDASARKAN


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN YANG DIBINA

Reka bentuk pengajaran merupakan satu proses sistematik yang menterjemahkan


prinsip-prinsip umum pengajaran dan pembelajaran kepada bentuk perancangan
bahan dan penyampaian pembelajaran. Salah satu model reka bentuk yang sering
kali digunakan oleh guru dalam merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran ialah model ASSURE. Menurut Noriati A. Rashid et al. (2012),
model ASSURE merupakan model reka bentuk pengajaran yang berasaskan bilik
darjah. Model ASSURE dapat membantu guru merancang pengajaran dan
pembelajaran dengan baik dan efektif. Hal ini demikian kerana, model ASSURE
melihat media sebagai satu bahan sumber pengajaran yang paling penting bagi
memastikan murid mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah
ditetapkan. Oleh yang demikian, reka bentuk pengajaran model ASSURE dipilih
dan diaplikasikan dalam RPH kerana model tersebut dapat membantu guru
merancang pengajaran yang memanfaatkan penggunaan media. Berdasarkan
rancangan pangajaran dan pembelajaran yang telah dibina, terdapat langkahlangkah model ASSURE iaitu Analyze learner (menganalisis murid), State objective
(menyatakan objektif pengajaran), Select method (memilih kaedah,media dan
bahan sumber pengajaran ), Utilize media and materials (menggunakan media dan
bahan ), Require learner participation (memerlukan penglibatan murid yang aktif)
dan Evaluate and revise (menilai hasil pembelajaran dan buat penambahbaikan).
Menurut model ASSURE, langkah pertama yang perlu dilakukan oleh guru
dalam merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran ialah
melakukan penganalisisan terhadap murid Tahun 3 Ixora. Perkara tersebut adalah
penting bagi membantu guru untuk merancang pengajaran dan pembelajaran yang
bersesuaian dengan dengan murid (Akhiar Pardi dan Shamsina Samsuddin, 2016).
Perkara tersebut membantu guru dalam memilih strategi, bahan sumber, dan media
yang paling relevan digunakan dan dilaksanakan untuk mencapai objektif
pengajaran dan pembelajaran dalam situasi pembelajaran yang sebenar. Murid
dapat dianalisis berdasarkan kepada aspek-aspek seperti ciri umum murid,
pengetahuan atau pengalaman sedia ada dan gaya pembelajaran murid. Signifikan
dengan rancangan pengajaran harian yang guru hasilkan, guru memilih media
pengajaran yang bersesuaian dengan murid tahun 3 tersebut iaitu menggunakan
7

EDUP3053 Teknologi untuk Pengajaran dan Pembelajaran

perisian Course Lab yang mengandungi video dan paparan gambar yang mampu
membantu murid untuk mencapai objektif pembelajaran iaitu mencatat maklumat
yang betul mengikut susunan daripada berkenaan dengan keselamatan diri. Dalam
menentukan objektif pembelajaran, guru mengambil kira akan pengetahuan sedia
ada murid berkenaan dengan isi pembelajaran iaitu murid menguasai asas
kemahiran menulis. Penguasaan murid terhadap asas kemahiran menulis sudah
tentu memudahkan murid mencatat maklumat yang betul berdasarkan media
pengajaran yang guru gunakan. Intihanya, model ASSURE yang menekankan
penganalisisan terhadap murid membantu guru dalam pemilihan media pengajaran
dan objektif pembelajaran yang bersesuaian dengan murid Tahun 3 Ixora.
Setelah melakukan penganalisisan terhadap murid yang merangkumi aspek
ciri-ciri umum murid, pengetahuan sedia ada dan gaya pembelajaran, guru perlulah
menyatakan objektif pembelajaran yang
berlangsungnya

aktiviti

pengajaran

perlu dicapai oleh murid ketika

dan

pembelajaran.

Pernyataan

objektif

pembelajaran yang jelas dan spesifik dapat membantu guru menyediakan


perancangan pengajaran yang bersesuaian dan berkesan. Menurut Noriati A.
Rashid et al. (2012), objektif pembelajaran perlu menyatakan secara jelas dan
khusus berkenaan dengan keupayaan baharu yang perlu dicapai oleh murid. Guru
seharusnya menyatakan objektif pembelajaran untuk membantu guru tersebut
memilih media dan kaedah penyampaian yang bersesuaian. Dengan itu, guru dapat
menentukan langkah-langkah pengajaran yang membantu murid mencapai objektif
tersebut. Dalam konteks rancangan pengajaran harian Bahasa Malaysia yang guru
hasilkan, guru menetapkan objektif pembelajaran yang harus dicapai oleh murid
setelah melakukan analisis terhadap ciri-ciri umum dan pengetahuan sedia ada
murid. Setelah guru mengetahui bahawa muri-murid Tahun 3 Ixora mempunyai
pengetahuan sedia ada berkenaan dengan asas kemahiran menulis, guru
menetapkan objektif pembelajaran yang berkaitan dengan asas kemahiran menulis
tersebut

iaitu

murid

dapat

mencatat

tiga

daripada

lima

langkah-langkah

keselamatan diri ketika melintas di jalan raya berdasarkan paparan gambar dan
mencatat tiga daripada empat langkah keselamatan diri ketika di jalan raya
berdasarkan paparan video. Objektif yang telah guru nyatakan adalah bersifat
eksplisit iaitu boleh diukur. Perkara tersebut dapat membantu guru dalam
menentukan langkah-langkah pengajaran yang membolehkan murid mencapai
objektif yang telah dinyatakan. Deduksinya, objektif pembelajaran yang dinyatakan

EDUP3053 Teknologi untuk Pengajaran dan Pembelajaran

membantu guru memikirkan langkah-langkah pengajaran yang membantu murid


untuk mencapai objektif tersebut.
Berdasarkan model ASSURE, guru melakukan perlu pemilihan terhadap
kaedah media dan bahan sumber yang akan digunakan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Setiap perancangan pengajaran yang baik akan memerlukan
aspek pemilihan idea, kaedah dan bahan sumber dibuat secara sistematik dan
terancang. Proses pemilihan tersebut merangkumi tiga langkah iaitu membuat
keputusan tentang kaedah yang paling sesuai dengan objektif yang hendak
dicapai,memilih format media yang sesuai dengan kaedah yang dipilih dan memilih
atau mereka bentuk bahansumber pembelajaran. Akhiar Pardi dan Shamsina
Samsuddin (2016) menyatakan bahawa pemilihan kaedah pengajaran hendaklah
diasaskan berdasarkan ciri-ciri murid, pengetahuan sedia ada murid, gaya
pembelajaran murid serta objektif pembelajaran yang hendak dicapai. Guru juga
perlu melakukan pemilihan terhadap format media yang bersesuaian dengan
kaedah pengajaran dan hasil pembelajaran yang telah guru gariskan. Dari aspek
pemilihan bahan sumber, guru boleh memilih bahan sumber sedia ada, mengubah
suai bahan sumber sedia ada dan mereka bentuk bahan sumber baharu. Dalam
konteks penghasilan rancangan pengajaran harian, guru mengaplikasikan kaedah
kod kognitif dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis dalam
kalangan murid Tahun 3 Ixora. Hal ini demikian kerana, kaedah kod kognitif
merupakan kaedah pengajaran bahasa yang menekankan aspek penulisan. Hal ini
bertepatan dengan objektif pembelajaran yang guru telah nyatakan guru. Dari segi
pemilihan format media, guru menggunakan format media yang berupa paparan
gambar, video, paparan slaid dan grafik kerana format media seperti relevan
dengan Standard Pembelajaran

yang telah ditetapkan iaitu murid mencatat

maklumat yang betul mengikut susunan daripada pelbagai sumber bahan. Dalam
pemilihan sumber bahan, guru memilih sumber bahan yang berkaitan dengan tema
pembelajaran iaitu keselamatan diri. Antara bahan sumber yang guru gunakan ialah
petikan teks Keselamatan Diri Pengguna Bas Sekolah yang dipetik daripada buku
teks Bahasa Malaysia Tahun 3 KSSR, paparan klip video dan paparan gambar
berkenaan dengan keselamatan diri ketika berada di jalan raya. Ketiga-tiga sumber
bahan tersebut guru integrasikan dalam perisian Courselab untuk menjadi suasana
pembelajaran lebih menarik.
Langkah seterusnya yang perlu guru ambil sebaik sahaja selesai melakukan
pemilihan terhadap kaedah media dan bahan sumber, guru perlu menggunakan

EDUP3053 Teknologi untuk Pengajaran dan Pembelajaran

media dan bahan sumber yang telah dipilih. Sebelum melaksanakan sesi
pengajaran dan pembelajaran, guru seharusnya menggunakan media dan bahan
sumber yang digunakan. Perkara tersebut adalah penting bagi memastikan media
dan bahan sumber yang digunakan oleh guru tersebut dapat berfungsi dengan baik.
Hal ini sudah tentu akan melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran
kerana media dan bahan sumber yang digunakan oleh guru dapat berfungsi dengan
baik. Penggunaan media dan bahan sumber pengajaran juga membantu guru untuk
membuat persediaan lebih awal sekiranya media dan bahan sumber yang guru
gunakan tidak berfungsi dengan baik. Ini kerana, guru berpeluang untuk mengatasi
masalah berkenaan dengan penggunaan media dan bahan sumber pengajaran
untuk memastikan media dan bahan sumber tersebut berfungsi dengan baik.
Penggunaan media dan bahan sumber pengajaran oleh guru adalah perlu
khususnya bagi media dan sumber bahan yang melibatkan perisian elektronik.
Signifikan dengan rancangan pengajaran yang telah dihasilkan, guru telah
menggunakan media dan bahan sumber pengajaran yang diintegrasikan dalam
bentuk perisian e-pembelajaran iaitu Course Lab. Setelah melakukan penggunaan,
guru mendapati bahawa terdapat satu klip video yang terdapat dalam perisian epembelajaran tersebut tidak dapat dimainkan. Setelah mengetahui masalah
tersbeut, guru telah menyelesaikan masalah tersebut dengan memuat turun video
yang baharu daripada laman YouTube kemudian mengintegrasikan video tersebut
ke dalam perisian Course Lab. Setelah itu, media dan bahan sumber yang
diintegrasikan dalam perisian Course Lab dapat berfungsi dengan baik.
Sekiranya guru telah selesai menggunakan media dan bahan sumber yang
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu melibatkan
murid secara aktif dalam aktiviti pembelajaran. Menurut Noriati A. Rashid et al.
(2012), aktiviti pembelajaran yang melibatkan murid secara aktif akan menghasilkan
perubahan tingkah laku yang kekal seperti mana yang ditekankan dalam teori
behaviorisme.

Berdasarkan

pernyataan

tersebut,

guru

seharusnya

mengintegrasikan strategi berpusatkan murid yang mana murid terlibat secara aktif
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru. Penglibatan
aktif murid dalam

pengajaran dan pembelajaran berdasarkan rancangan

pengajaran harian yang dihasilkan dapat dilihat menerusi aktiviti yang terdapat
dalam rancangan pengajaran harian tersebut. Pada set induksi, penglibatkan murid
dalam pengajaran dan pembelajaran dapat dilihat menerusi aktiviti bersoal jawab
antara guru dengan murid berkenaan dengan paparan video tentang amalan

10

EDUP3053 Teknologi untuk Pengajaran dan Pembelajaran

keselamatan jalan raya. Perkara tersebut menggalakkan murid untuk menyuarakan


pendapat mereka. Penglibatan murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
pada langkah 1 rancangan pengajaran harian ialah murid mencatat langkah-langkah
menjaga keselamatan diri ketika menaiki bas sekolah. Pada langkah 2, penglibatan
murid dapat dilihat menerusi aktiviti di mana guru mengarahkan murid menyusun
langkah-langkah melintas jalan raya dengan betul mengikut urutan. Murid terlibat
dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada langkah 3 dapat dilihat menerusi
aktiviti di mana murid menjawab lembaran kerja yang diedarkan oleh guru.
Manakala, penglibatkan aktif murid pada langkah 4 dilihat menerusi pelaksanaan
aktiviti secara berkumpulan. Oleh itu, rancangan pengajaran harian yang dihasilkan
oleh guru memenuhi langkah model ASSURE yang kelima iaitu melibatkan murid
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Peringkat terakhir dalam Model ASSURE ialah guru perlu melakukan
penilaian dan menyemak semula perancangan yang telah dilakukan. Penilaian
sering dianggap sebagai aktiviti menilai pencapaian murid menerusi latihan
lembaran kerja atau ujian. Namun demikian, penilaian sebenarnya merangkumi dua
aspek iaitu penilaian pembelajaran dan penilaian pengajaran. Penilaian seharusnya
dibuat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan
pemilihan objektif, media dan bahan sumber sesuai dengan keupayaan murid.
Penilaian semasa proses pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat menerusi
pemerhatian tingkah laku murid semasa pembelajaran. Melalui penilaian semasa
proses pembelajaran, tindakan menangani masalah pembelajaran boleh diambil
untuk tujuan penambahbaikan pada masa akan datang. Dalam konteks rancangan
pengajaran harian yang guru hasilkan, proses penilaian terhadap pembelajaran
dapat

dilihat menerusi aktiviti bersoal jawab bersama murid, hasil kerja murid,

lembaran kerja dan pelaksanaan aktiviti kumpulan. Menerusi aktiviti tersebut guru
dapat mengetahui sama ada objektif pembelajaran yang telah ditetapkan tercapai
atau sebaliknya. Manakala dalam aspek penilaian pengajaran pula, guru telah
melihat semula sejauh mana rancangan pengajaran harian yang telah dihasilkan
berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan. Ringkasnya, penilaian dan
menyemak semula langkah pengajaran membantu guru untuk melakukan
penambahbaikan terhadap perancangan pengajaran pada masa akan datang.
Secara holistik, rancangan pengajaran harian yang telah dibina mengikut
prinsip-prinsip model ASSURE. Rancangan pengajaran harian tersebut mengikut
langkah-langkah yang terdapat dalam model ASSURE. Model ASSURE ini

11

EDUP3053 Teknologi untuk Pengajaran dan Pembelajaran

merupakan persediaan dan perancangan awal guru adalah sangat penting dalam
menyediakan bahan pengajaran yang menarik agar ianya dapat menarik minat
murid untuk belajar dan membantu guru memudahkan tugas-tugasnya dalam
mereka bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Bahan atau
media hendaklah dibina terlebih dahulu sebelum reka bentuk perancangan
pengajaran dilakukan. Gabungan antara keduanya iaitu pembinaan atau pemilihan
bahan dan reka bentuk sistem pengajaran akan dapat memudahkan tugas guru
dalam merangka program pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang
berkesan. Penyampaian maklumat akan menjadi lebih mudah, menarik dan
berkesan. Guru perlu kreatif mencipta idea-idea baru bagi menarik minat dan
citarasa murid pemulihan khas masa kini yang rata-ratanya cenderung dalam
teknologi-teknologi baru. Oleh yang demikian, guru perlu memantapkan diri dan
mempraktikkan kemahiran tersebut seiring dengan minat murid pemulihan khas
masa kini yang lebih moden.

12

EDUP3053 Teknologi untuk Pengajaran dan Pembelajaran

KESIMPULAN
Tanpa perancangan yang lengkap dan sistematik, seseorang guru itu tidak
akan dapat

mencapai kompetensi dalam penggajaran. Semua guru yang

melaksanakan tugas mereka dengan jujur dan penuh

minat akan sentiasa

memikirkan apa yang perlu dilakukan dan bagaimana mereka merancang untuk
melaksanakannya. Justeru itu, Proses Pengajaran dan Pembelajaran perlu
dirancang dengan teliti untuk memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran
yang dirancang tercapai. Oleh yang demikian, Model Reka Bentuk Instruksional
ASSURE boleh digunakan untuk membantu guru merancang dan melaksanakan
pengajaran dalam bilik darjah kerana hanya dengan perancangan pengajaran yang
berkesan membolehkan murid memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap
yang diharapkan disamping mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan rasa hormat
mereka terhadap guru sekaligus membantu membina disiplin yang positif melalui
proses pengajaran yang sistematik dan menarik.
Perancangan

mengajar

merupakan

susun

atur

pengajaran

agar

pembelajaran dapat berlaku secara berstruktur. Pembelajaran berlaku sebagai satu


proses yang berkembang secara berperingkat (Yusup Hashim, 1998). Justeru itu
penyampaian pengajaran perlu disusun secara berperingkat-peringkat. eancangan
pengajaran yang berorentasikan bilik darjah tidak menggalakkan guru membina
bahan pengajaran, sekadar hanya memilih bahan sahaja. Alasannya jelas kerana ia
menjimatkan masa. Namun, realiti masa kini menunjukkan jumlah bahan
pengajaran yang tersedia ada masih kecil, dan ini bermakna guru masih perlu
menyediakannya sendiri. Dengan menggunakan Model ASSURE, ia dapat
membantu guru merancangan pengajaran yang dapat memanfaatkan penggunaan
media. Melalui Model ASSURE, ia memberi fokus kepada perancangan pengajaran
pembelajaran berasaskan media dalam bilik darjah. Model ini dapat membantu guru
merancangan pengajaran berasaskan media dalam bilik darjah masing-masing.
Dalam Model Reka Bentuk ASSURE ini, Analisis Murid sangat perlu jika
sesuatu media hendak digunakan dengan berkesan kerana ia harus disesuaikan
dengan ciri-ciri murid, pengetahuan perlu ada dan stail pembelajaran mereka sama
ada dari kalangan murid auditori, visual atau kinestatik. Objektif pengajaran pula
perlu dinyatakan dengan jelas dan harus difokuskan kepada pengetahuan,
kemahiran dan sikap yang baru untuk dimuridi dan ia merupakan tahap minimum

13

EDUP3053 Teknologi untuk Pengajaran dan Pembelajaran

yang perlu dicapai oleh murid daripada pengajaran yang dijalankan. Selain dari itu,
kaedah pengajaran yang digunakan haruslah sesuai dan dipilih berkait rapat
dengan objektif, kandungan pengajaran dan kumpulan sasaran atau murid kerana
terdapat beberapa peringkat dalam pengajaran yang memerlukan beberapa kaedah
yang berbeza sama ada secara kelas, berkumpulan atau individu. Pemilihan media
pula harus bersesuaian dengan kaedah yang dipilih dan keperluan penggunaanya
dalam satu-satu pengajaran sama ada menggunakan media sedia ada, mengubah
suai atau mereka bentuk media yang telah ditentukan. Selain dari itu, murid juga
harus dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti perbincangan, kuiz dan projek
bagi memastikan proses pembelajaran berlaku. Bagi melihat keberkesanan
rancangan pengajaran yang dibuat, penilaian perlu dilakukan sama ada sebelum,
semasa dan selepas sesi pengajaran yang melibatkan aspek pencapaian murid dan
pembelajaran yang dihasilkan seterusnya

keberkesanan media dan kaedah

pengajaran yang digunakan.


Penjelasan di atas jelas menunjukkan bahawa Model Rekabentuk ASSURE
mengandungi elemen-elemen penting yang boleh dijadikan satu panduan untuk
merancang pengajaran agar matlamat utama yang diharapkan dari pengajaran
tersebut dapat dicapai. Melaluinya juga guru dapat mengintegrasikan ketiga-tiga
aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu yang perlu
dilakukan secara berterusan untuk melahirkan murid yang berfikiran kritis dan
kreatif, seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi seperti yang
dikehendaki dalam Falsafah Pendidikan Negara

14

EDUP3053 Teknologi untuk Pengajaran dan Pembelajaran

RUJUKAN

BUKU
Akhiar Pardi dan Shamsina Samsuddin. (2016). Rancangan Pengajaran Harian.
Petaling Jaya: Sasbadi Sendirian Berhad.
Kamarudin Jeon dan Siti Hajar Abdul Aziz. (2012). Buku Teks Bahasa Malaysia
Tahun 3 Sekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Noriati A. Rashid et al. (2012). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
Shah Alam: Oxford Fajar Sendirian Berhad.
Yusup Hashim. (1998). Teknologi Pengajaran. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti
Sendirian Berhad.

INTERNET
Mohamad Hasan Razali. (2013). Model ASSURE. Dilayari pada 18 September 2016
daripada http://hasan92.weebly.com/tajuk-4--model-assure.html
Mohamad Sazly Bohari. (2012). Model ASSURE. Dilayari pada 18 September 2016
daripada

http://sazlybukhari.weebly.com/tajuk-4--perancangan-pemilihan-

penghasilan-dan-penilain-media-pengajaran-model-assure.html
Zuraina Marzuki. (2012). Pembelajaran Model ASSURE: Aplikasi Dalam Rancangan
Pengajaran. Dilayari pada 16 September 2016 daripada
http://zuraina71.blogspot.my/2012/11/pembelajaran-model-assure.html

15

EDUP3053 Teknologi untuk Pengajaran dan Pembelajaran

LAMPIRAN

16

You might also like