You are on page 1of 4

LAPORAN REFLEKTIF PENGAJARAN MAKRO

PENGENALAN

Pada 28 Mac 2018, saya telah menjalankan pengajaran makro mata pelajaran Bahasa
Melayu selama 30 minit, dari jam 9.15 pagi hingga 9.45 pagi. Pengajaran makro ini di bawah
tema benda maujud dan berdasarkan Dokumen Standard Asas 3M Tahun 2 Bahasa Melayu.
Pengajaran makro ini dijalankan dengan rakan saya sebagai anak murid dan juga penilai
terhadap pengajaran makro ini.

Kemahiran yang terlibat dalam pengajaran makro adalah kemahiran membaca dan
kemahiran menulis. Standard kandungan adalah membaca perkataan dan menulis perkataan.
Standard pembelajaran pula membaca perkataan KV+KV dan menulis KV+KV. Objektif
pembelajaran ini terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan 1 dan kumpulan 2.
Kumpulan ini dibahagikan Kekuatan mengikut tahap dan keperluan murid.

Kekuatan

Sepanjang menjalankan pengajaran makro, guru dapat mengurus dan mengawal bilik
darjah dengan tersusun dan berkesan. Hal ini kerana, apabila murid mula berbual-bual
sesama sendiri atau kurang memberikan fokus kepada pembelajaran, guru akan menegur
mereka dan bertanya beberapa soalan untuk mendapatkan perhatian mereka semula.
Kekuatan yang seterusnya ialah kreativiti dalam bahan bantu mengajar (BBM). Guru telah
menggunakan pelbagai BBM yang sesuai dengan perancangan dan pelaksanaan di dalam
bilik darjah. Hal ini disebabkan penggunaan yang berbeza bagi setiap langkah pengajaran
yang mempunyai aktiviti-aktiviti yang berbeza. Disebabkan itu, murid akan lebih seronok dan
gembira dengan aktiviti yang guru lakukan. Antara aktivitinya ialah membuat kolaj perkataan
(dadu dan bola), menguli doh dan membentuknya mengikut perkataan KV+KV dengan
bantuan, memadankan penyepit perkataan dengan perkataan yang diberikan.

Selanjutnya, penggunaan unsur terapi dalam BBM. Terdapat pelbagai terapi yang
guru dapat integrasikan dalam pengajaran, antaranya ialah terapi motor halus, terapi seni dan
terapi pertuturan. Terapi yang guru gunakan dalam pengajaran ini terapi pertuturan dalam
aktiviti interaksi iaitu menyebut dan membaca perkataan KV+KV. Guru juga memasukkan
unsur terapi seni dan terapi motor halus, seperti aktiviti pengukuhan iaitu menguli dan
membentuk tanah liat mengikut perkataan KV+KV. Terapi seni juga meningkatkan kreativiti
serta murid dapat membina aktiviti sosial dengan rakan yang lain. Dengan pelbagai lembaran
kerja serta integrasi unsur terapi dan juga bahan bantu mengajar, murid dapat membina
sesuatu kemahiran dan pada masa yang sama mereka dapat bermain bersama rakan yang
lain.

1
Kekuatan yang berikutnya, guru telah menggunakan sumber pengajaran
pembelajaran yang pelbagai iaitu penggunaan lembaran kerja yang pelbagai serta menarik.
Iaitu saya menggunakan penutup botol untuk memadankan gambar dengan perkataan
KV+KV. Ia juga mempunyai unsur terapi motor halus. Murid perlu menggunakan koordinasi
mata dan tangan supaya murid fokus. Guru juga mempunyai kekuatan dalam komunikasi dan
pengurusan kelas yang baik. Aspek komunikasi mencapai tahap positif yang tinggi. Hal ini
kerana guru menggunakan bahasa yang jelas dan mudah difahami oleh murid-murid yang
mempunyai tahap yang berbeza. Komunikasi yang jelas juga berlaku apabila guru menegur
tingkah laku murid dan teguran yang digunakan adalah peneguhan positif untuk murid urus
tingkah laku murid ke arah yang lebih positif.

Kelemahan

Selain kekuatan yang telah dikenal pasti adalah hasil pembelajaran yang tidak
spesifik. Hal ini kerana hasil pembelajaran ini terlalu umum dan banyak. Tidak memfokuskan
satu kemahiran untuk setiap kumpulan. Hasil pembelajaran juga masih belum dapat diukur
dengan tepat. Hasil pembelajaran juga tidak spesifik kepada isi pengajaran yang
disampaikan. Selain itu, isi pelajaran yang sederhana, kerana tiada huruf yang difokuskan
seperti dalam RPH.

Pengajaran makro ini adalah dari segi pengurusan masa untuk guru menyampaikan
isi pelajaran dalam masa yang telah ditetapkan adalah kurang. Hal ini kerana murid Kumpulan
2 masih di Langkah 1 sedangkan murid Kumpulan 2 beralih ke Langkah 2. Ia tidak selari
seperti dalam RPH. Murid kumpulan 1 hasil pengajarannya adalah bola dan dadu tetapi guru
mengajar perkataan yang lain iaitu dadu dan paku. Pengurusan sumber mengikut masa
adalah kurang baik kerana tidak seperti yang dirancangkan dan juga masa yang terlalu
panjang. Dalam langkah 1 untuk kumpulan 1 sesi pengajaran selama 22 minit. Masa yang
digunakan lebih panjang dari masa yang sepatutnya. Untuk masa permulaan, guru telah
menggunakan masa selama 1.5 minit yang sepatutnya 3 minit untuk set induksi. Dari segi
lembaran kerja pula, lembaran kerja yang terlalu banyak dan tidak sesuai dengan masa yang
ditetapkan. Lembaran kerja yang guru berikan adalah 3 manakala masa yang ditetapkan
adalah selama 8 minit. Lembaran kerja ini sesuai untuk tempoh pengajaran selama 1 jam.

Kelemahan yang seterusnya ialah perkembangan pengajaran yang kurang baik, hal
ini kerana aktiviti yang dijalankan tidak seperti yang dirancang. Sepatutnya pada langkah 3,
guru telah tertukar aktiviti antara kumpulan 1 dengan kumpulan 2. Hal ini menyebabkan isi
pelajaran bagi kedua-dua kumpulan ini tidak dapat dicapai dengan sebaiknya. Hal ini tidak
sepatutnya berlaku.

2
Penambahbaikan

Setelah mengetahui kekuatan dan kelemahan daripada rakaman pengajaran makro


guru serta komen daripada penilai, terdapat beberapa penambahbaikan yang guru boleh
lakukan untuk membaiki kelemahan guru. Antaranya adalah guru perlu padankan aktiviti yang
sesuai dengan masa yang telah ditetapkan. Jika masa yang diperuntukkan selama 8 minit,
hanya 1 atau 2 aktiviti sahaja yang boleh guru lakukan. Guru juga perlu mengetahui perjalanan
masa itu dengan teliti supaya masa untuk langkah seterusnya atau perkembangan
pengajaran itu tidak terganggu disebabkan oleh pengurusan masa yang tidak sebaiknya.

Guru juga perlu menguasai pelbagai kemahiran seperti kemahiran penyoalan,


kemahiran soal jawab dengan murid dan juga kemahiran penerangan. Guru juga perlu
menggunakan ilustrasi untuk menarik minat murid supaya murid tidak bosan dengan
pengajaran yang sedang berlangsung. Guru juga perlu mengukuhkan perancangan dalam
menguruskan bahan bantu mengajar supaya isi pelajaran tidak tercicir dan digunakan pada
waktu yang ditetapkan dan sebaiknya.

Seterusnya, guru perlu membuat hasil pembelajaran yang lebih spesifik dan sesuai
dengan tahap perkembangan murid. Seperti di kelemahan, guru tidak meletakkan hasil
pembelajaran yang tepat dan spesifik. Guru juga perlu memperbaiki hasil pembelajaran
supaya dapat diukur dan dinilai perkembangannya. Selanjutnya, guru perlu memperbaiki isi
pelajaran dengan RPH yang telah disediakan untuk pengajaran yang berikutnya.

Penambahbaikan seterusnya, guru juga boleh memasukkan unsur TMK seperti video
dalam sesi pengajaran untuk menarik minat murid. Jika di dalam video tersebut mempunyai
lagu dan pergerakan, guru boleh meminta murid untuk menyanyi dan bergerak mengikut
seperti di dalam video tersebut bersama-sama dengan rakan yang lain.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai kaedah, pendekatan serta strategi yang guru boleh
gunakan untuk melakukan sesi pengajaran makro dan juga pengajaran sebenar dalam bilik
darjah. Seseorang guru itu memainkan peranan penting dalam menjayakan sesi pengajaran
dan juga hasil pembelajaran itu dapat dicapai.

3
Lampiran

You might also like