You are on page 1of 40

BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

1




TUGASAN SATU :
PENULISAN ESEI TENTANG
PENDEKATAN, KAEDAH DAN
TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN
MEMBACA









BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
2

PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DALAM KEMAHIRAN
MEMBACA
Pengenalan
Pendekatan merupakan satu penyusunan prosedur yang membezakan
pengajaran seseorang guru dengan seorang yang lain. Mengikut Kamus Dewan (1998),
pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan
melaksanakan sesuatu tugas. Di dalam konteks pendidikan, konsep pendekatan
bermakna cara mendekati sesuatu, misalnya objektif pelajaran yang ditentukan untuk
pengajaran dan pembelajaran. Dengan kata lain, pendekatan kepadacara bagaimana
sesuatu mata pelajaran diajar untuk mencapai objektifnya.

Menurut pendapat Edward M.Anthony (1963), pendekatan ialah satu set andaian
yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai
unsur aksiomatik. Melalui pendapat ini dapatlah kita merumuskan bahawa pendekatan
harus berlandaskan kepada model , prinsip atau teori pembelajaran . Contohnya;






Kaedah pula ialah satu rencana yang menyeluruh yang mengajar sesuatu bahan
bahasa dimana secara keseluruhannya berdasarkan kepada pendekatan yang
diaplikasikan tetapi tidak boleh bercanggah dengan pendekatan tersebut.
Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah
peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur.
Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud
konkrit
kepada
abstrak
mudah
kepada
kompleks
keseluruhan
kepada
bahagian
umum kepada
spesifik
(deduktif)
spesifik
kepada umum
(induktif)
dekat kepada
jauh
diketahui
kepada belum
diketahui
BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
3

jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi
faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah.
Teknik pula merujuk kepada taktik yang digunakan untuk mencapai objektif
pembelajaran yang segera maksimum pada waktu pengajaran dan pembelajaran bagi
sesuatu bahagian.
Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya
Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai
pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana
ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.

PENDEKATAN DALAM KEMAHIRAN MEMBACA
Pendekatan mengajar membaca yang sesuai perlu digunakan oleh guru bagi
memastikan murid dapat menguasai kemahiran membaca. Pendekatan yang sama
tidak boleh digunakan untuk semua individu dan peringkat umur. Pemilihan bahan
tersebut hendaklah bersesuaian mengikut tahap kebolehan membaca, jenis teks dan
juga pengalaman membaca murid. Berikut ialah tiga pendekatan yang boleh diguna
pakai untuk kemahiran membaca.







Pendekatan
Membina
Pendekatan
Cerakinan
Pendekatan
Pengalaman
Bahasa
BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
4

Pendekatan Membina
Menurut Normah Abdullah, Mat Nor Hussin & Marzukhi Nyak Abdullah (1983),
dalam pembelajaran bahasa, murid akan belajar secara beransur-ansur daripada
peringkat yang lebih mudah kepada yang kompleks. Hal ini bertujuan bagi
memudahkan murid memahami apa yang telah dipelajari secara berstruktur dan
menyeluruh.
Dalam pendekatan binaan, murid-murid akan diajar dengan cara atau kaedah
dalam membaca abjad, seterusnya suku kata,perkataan, frasa, ayat sehingga mereka
boleh memahami maksud yang tersirat dan tersurat di dalam pembacaan.
Pendekatan membina ini juga dikenali sebagai pendekatan sintesis yang mana
pendekatan ini menghasilkan kaedah abjad. Dalam pembelajaran bahasa, murid akan
belajar secara beransur-ansur daripada peringkat yang mudah kepada yang lebih
kompleks. Hal ini bertujuan untuk memudahkan murid memahami perkara yang mereka
pelajari secara berstruktur dan menyeluruh. Dalam pendekatan ini, murid akan diajar
dengan cara atau kaedah menulis abjad, suku kata, perkataan, frasa, dan ayat
sehinggalah mereka boleh mencapai kaedah penulisan wacana dengan baik.
Pendekatan Cerakinan
Menurut Kamaruddin Hj Husin (1988), pendekatan cerakinkan adalah
pendekatan mencerai-ceraikan satu bahagian yang besar kepada bahagian-bahagian
yang kecil. Pendekatan ini menghasilkan kaedah pandang dan sebut . Pendekatan ini
pula bertujuan agar murid dapat mengeja dan membaca huruf, suku kata, perkataan
dan ayat dengan baik. Maka daripada sebuah ayat lengkap, guru akan mencerakinkan
kepada beberapa perkataan bagi memudahkan murid untuk membaca.
Menceraikan satu bahagian yang besar kepada bahagian-bahagian yang kecil
merupakan pendekatan dalam membaca seterusnya iaitu pendekatan cerakinan.
Pendekatan ini bertujuan supaya murid dapat mengeja dan membaca huruf, suku kata,
perkataan dan ayat yang baik. Oleh itu, daripada sebuah ayat lengkap guru akan
mencerakinkan kepada beberapa perkataan bagi memudahkan murid untuk membaca.
BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
5

Pendekatan ini akan memudahkan lagi guru untuk mengajar menggunakan kaedah
fonetik dan kaedah membaca dengan betul. Dalam pendekatan ini, terdapat 4 peringkat
latihan yang boleh diberikan kepada murid iaitu latihan menyebut perkataan, latihan
membatangkan perkataan kepada suku kata, latihan membina, dan menyebut semula
perkataan yang sama serta latihan membina dan membaca ayat sempurna.

Pendekatan Pengalaman Bahasa
Pengalaman bahasa merupakan satu pendekatan untuk mengajar membaca
berdasarkan aktiviti dan cerita yang dibangunkan daripada pengalaman peribadi
pelajar. Secara ringkasnya, pendekatan ini adalah yang pertama dibangunkan untuk
penutur. Menurut Jones & Nessel (1985); pengalaman adalah satu kaedah yang
berfungsi dengan baik dengan pengajaran bacaan berasaskan kandungan iaitu bacaan
berasaskan bidang tertentu. Pada pandangan Vacca pula, pendekatan ini sering
dikaitkan dengan teknik imlak cerita.
Terdapat beberapa matlamat apabila melaksanakan pendekatan pengalaman
bahasa ini iaitu untuk merangsang bahasa lisan seberapa banyak yang boleh, tetapi
tidak memfokuskan untuk membetulkan tatabahasa. Selain itu, hasil pengalaman
bahasa ialah menulis dan membaca. Pendekatan ini juga menggalakkan pelajar untuk
bercakap mengenai pengalaman mereka. Untuk melaksanakan pendekatan
pengalaman bahasa ini hanya memerlukan beberapa langkah yang mudah. Pertama,
guru perlu merangsang perbincangan contohnya mengenai kapal. Kemudian
perbincangan tersebut perlu dijana agar ia bercambah atau berkembang. Contohnya
mengenai perkara yang mereka lihat, dengar, rasa, dan bau. Ketiga, kesemua idea-
idea atau pemikiran pelajar akan direkodkan (diimlakkan). Kemudian, perbincangan
akan merujuk semula kepada pemikiran para pelajar dan dibaca bersama sama.
Seterusnya, bahan bahan lain yang berkaitan dengan topik kapal tadi akan dibaca.
Akhirnya, pengukuhan pembelajaran akan dilaksanakan dengan menulis, mendengar,
dan meneliti. Terdapat kekuatan dan kelemahan dalam melaksanakan pengalaman
bahasa (LEA) ini.
BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
6

Antara kekuatannya, kemajuan anakanak berdasarkan individu pada kadar kendiri
dapat dilihat serta melibatkan integrasi semua kemahiran bahasa iaitu mendengar,
bertutur, membaca, dan menulis. Selain itu, pendekatan ini juga amat menjimatkan.
Namun kelemahannya dapat dilihat apabila guru banyak menghabiskan banyak masa
untuk melaksanakan pendekatan ini untuk melakukan kerjakerja merancang
pengajaran, mengambil imlak, merancang program individu dan mengawas prestasi
pelajar.
KAEDAH DALAM KEMAHIRAN MEMBACA
Kaedah Abjad / Huruf
Kaedah Fonik
Kaedah Pandang dan Sebut
Kaedah Gabungan Bunyi-kata
Kaedah Abjad/huruf
Kaedah ini merupakan kaedah yang paling biasa digunakan dalam mengajar mengeja
dan membaca perkataan. Kaedah ini mementingkan kanak-kanak mengenal nama-
nama huruf dari a z. Selepas itu kanak-kanak diajar mengenali huruf-huruf vokal a, e,
i, o, u, huruf-huruf konsonan, dan diftong ai, au,oi. Bunyi-bunyi huruf juga diperkenalkan
pada peringkat ini. Selepas itu huruf-huruf ini digabungkan bagi membentuk suku kata
dan seterusnya perkataan.







Contoh: Memperkenalkan huruf - a - z
Memperkenalkan huruf vokal a, e, i, o, u
Menggabungkan huruf konsonan dan vokal - ba, be, bi, bo, bu
Membentuk perkataan daripada suku kata - ba + tu batu
Seterusnya membentuk rangkai kata dan ayat mudah.
BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
7

Kekuatan kaedah ini adalah kerana sesuai dengan binaan perkataan bahasa Melayu
yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya. Kaedah ini juga membolehkan
kanak-kanak mengeja perkataan-perkataan baru yang belum dipelajarinya. Selain itu,
kaedah ini memberi asas yang kukuh dalam membaca.

Kaedah Fonik
Kaedah fonik merupakan kaedah mengajar membaca dengan melatih pelajar-
pelajar menghubungkaitkan bunyi-bunyi tertentu dengan lambang-lambang tertentu
(Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010:414). Jelaslah bahawa kaedah fonik ini
merupakan kaedah pengajaran membaca yang lebih menekankan terhadap proses
membunyikan huruf-huruf yang hadir dalam teks bacaan. Hal ini kerana kebiasaannya
pada peringkat awal, kanak-kanak menghadapi kesukaran untuk memahami perkataan-
perkataan yang mempunyai suku kata yang panjang dan banyak. Hal ini telah
menyebabkan mereka gagal untuk memahami makna perkataan tersebut. Oleh sebab
itu, sebagai langkah awal, kanak-kanak perlu diajar untuk menyebut huruf-huruf yang
hadir dalam perkataan kerana dengan cara ini mereka akan mencuba untuk menyebut
bunyi huruf-huruf tersebut dengan sebutan yang betul sekali gus mereka akan melatih
diri mereka untuk mengeja suku kata perkataan tersebut.
Selain itu, menurut Naffi Mat (2006:87), kaedah fonik ini amat bersesuaian
dengan pelajar KBSR. Hal ini kerana pendekatan ini lebih mementingkan kaedah bunyi
fonem yang merupakan hasil gabungan antara suku kata dan kaedah pandang sebut.
Sebagai contohnya, jika guru menunjukkan huruf m sambil menyebutnya, murid-murid
akan mengikut bunyi yang disebut oleh guru sehingga mereka dapat mengingati huruf
berserta bunyi bagi huruf tersebut. Kemudian guru akan menggabungkan huruf
konsonan dengan huruf vokal bagi membentuk suku kata seperti m + a = ma. Jika
proses pengajaran berjalan dengan lancar, guru boleh melanjutkan pembelajaran
dengan membentuk satu suku kata tertutup yang lain, iaitu mak. Guru boleh
menggabungkan kedua-dua suku kata tersebut untuk membentuk perkataan mamak
BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
8

dan guru boleh meminta murid-murid untuk membaca perkataan mamak secara
berulang kali sehingga murid-murid mahir dan menguasai makna perkataan tersebut.

Kaedah Pandang Dan Sebut
Kaedah pandang dan sebut datang dalam keadaan ramai kanak-kanak tidak boleh
membaca dengan menggunakan kaedah abjad. Berpadanan dengan namanya, kaedah
ini meminta kanak-kanak menghafal pola-pola sukukata yang ada dalam bahasa
Malaysia. Uniknya bahasa Malaysia adalah kerana pola-pola suku katanya jelas dan
pola-pola sukukata yang ada dalam bahasa malaysia ada lebih daripada 1000 pola-pola
untuk dihafal. Mengikut kajian, jumlah 2000 ke 3000 adalah satu jumlah yang masih
boleh diterima hafal oleh anak kecil kita.
Sama dengan kaedah mengeja, kaedah pandang dan sebut juga tidak termasuk antara
kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengajar kanak-kanak membaca bahasa
Inggeris. Sebabnya bahasa Inggeris tidak mempunyai sukukata yang jelas. Kaedah
pandang dan sebut tidak memerlukan kanak-kanak untuk mengeja atau membatangkan
ejaan. Kanak-kanak hanya perlu mengecam dan menghafal tulisan dan gabungan bunyi
dua, tiga atau empat huruf lalu menyebut terus contohnya:-


ba bi bu be bo (untuk 2 huruf )
ban bin bun ben bon (untuk 3 huruf)
bang bing bung beng bong (untuk 4 huruf)
BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
9

Kaedah ini adalah lebih mudah untuk mengajar kanak-kanak menggunakan kad-kad
imbasan seperti cara yang diperkenalkan oleh Glen Doman. Pola-pola sukukata ditulis
di atas kad-kad imbasan dan diimbaskan kepada kanak-kanak. Setiap perkataan ditulis
di atas kad-kad manila yang dipotong kecil dan diimbaskan kepada kanak-kanak
dengan cepat. Rasionalnya,kanak-kanak dikatakan mempunyai ingatan foto
"photographic memory" . Sebab itulah, ia hanya perlu diimbas dan setiap perkataan
yang diimbaskan akan disimpan di dalam ingatan dan dikeluarkan bila masanya tiba.

Kaedah gabungan bunyi kata ( Dari nama huruf dan bunyi kepada perkataan )
Kaedah ini diperkenalkan oleh Profesor Isahak Haron, dan dalam kaedah ini murid
diajar langkah demi langkah, dimulai dengan bunyi huruf digabungkan dengan nama
huruf (abjad) dan bentuk huruf. Selepas itu membina suku kata dan seterusnya
perkataan. Latih tubi mengeja adalah perlu berdasarkan pendekatan pelbagai deria
(multi sensory).










Contoh;
i. Guru tunjukkan huruf pada kad imbasan dengan gambar di sebelah belakang. Murid
menyebut nama huruf tersebut.
ii. Guru menyebut perkataan dan bunyi huruf.
iii. Murid mengulangi menyebut perkataan dan bunyi huruf.
iv. Guru menyebut bunyi huruf dan kemudian menyebut nama huruf.
v. Murid mengulang bunyi dan menyebut nama huruf, menulis huruf sambil menyebutnya
(terjemahkan bunyi yang didengar kepada tulisan) dan seterusnya murid menulis huruf-
huruf.
vi. Murid membaca apa yg telah ditulisnya, iaitu membunyikan huruf
(terjemahkan huruf yang ditulis kepada bunyi yang boleh didengar).
vii. Murid menulis huruf dengan mata tertutup untuk dapat merasakan huruf itu
BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
10







Hubungan antara nama , bunyi, dan bentuk huruf hendaklah diajar terlebih
dahulu dengan pengetahuan bahawa sesetengah huruf adalah vokal dan sangat
diperlukan dalam setiap perkataan. Kemudian diajar huruf dan bunyi vokal pula.

TEKNIK DALAM KEMAHIRAN MEMBACA
Teknik SQ3R
Teknik Bimbingan Menjangka
Teknik KWLH
Teknik Skimming dan Scanning
Teknik SQ3R
SQ3R ialah teknik membaca kritis yang telah diperkenalkan oleh Robinson
(1961). Ia merupakan suatu kaedah membaca yang memerlukan seseorang
mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca
dengan tugasan yang perlu diselesaikan.
Pelajar dapat membaca secara kendiri bagi memperkukuh kemahiran berfikir. Ini
semua dapat dilakukan dengan memberi penekanan kepada tinjauan dan maklumat
diperoleh melalui penyoalan. Pengukuhan maklumat dibuat dengan menyatakan
kembali dan menyemak semula

Setelah murid sudah biasa dengan nama, bunyi, dan bentuk huruf, guru boleh
teruskan dengan latih/tubi berikut;
i. Murid melihat semula kad imbasan dan membunyikan huruf dengan kuat (proses
bacaan).
ii. Guru membunyikan huruf-huruf tertentu secara rawak. Murid menyebut nama
huruf dan kemudiannya menulis (proses mengeja )
BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
11

SQ3R adalah singkatan bagi;

Survey (tinjau) ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran
keseluruhan tentang apa yang terkandung di dalam bahan yang dibaca. Ini dilakukan
dengan meneliti tajuk besar, tajuk-tajuk kecil, gambar-gambar atau ilustrasi, lakaran
grafik, membaca perenggan pengenalan, dan perenggan terakhir di bagian-bagian buku
atau teks. Disini juga pelajar sebenarnya menggunakan teknik membaca pantas yaitu
skimming dan scanning.
Question (soal atau tanya) ialah langkah yang memerlukan pelajar
menyenaraikan satu ciri soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati teks tersebut
berkaitan dengan keperluan tugasnya. Soalan-soalan tersebut menunjukkan keinginan
pembaca tentang maklumat yang ingin diperoleh dari bahan tersebut, dan ianya
menjadi garis panduan semasa membaca kelak. Pelajar akan coba mencari jawaban
kepada soalan-soalan tersebut.
Read (baca) ialah peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks
tersebut secara aktif serta mencoba mendapat segala jawaban kepada soalan-soalan
yang telah disenaraikannya sebelum ini. Ketika membaca, pelajar mungkin juga akan
menyenaraikan soalan-soalan tambahan, berdasarkan perkembangan kepahaman dan
S (Survey) tinjau
Q (Question) soal/tanya
R (Read) baca
R (Recite) imbas kembali tau nyatakan
secara lisan
R (Review) baca semula
BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
12

keinginan sepanjang melakukan pembacaan. Pelajar mungkin juga mempersoal
pendapat atau maklumat yang terdapat yang ditemuinya.
Recite (imbas kembali) ialah peringkat yang ketiga, setelah selesai membaca
pelajar coba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah
diperoleh. Pemilihan maklumat yang sesuai dilakukan dalam konteks tugasnya. Pelajar
juga boleh coba menjawab soalan-soalan yang disenaraikan sebelumnya tanpa
merujuk kepada nota atau bahan yang telah dibaca.
Review (baca semula) merupakan peringkat terakhir. Pelajar membaca
bahagian-bahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawaban-
jawaban kepada soalan yang dibuatnya di langkah ketiga. Pelajar juga memastikan
tiada fakta penting yang tertinggal.
Tujuan SQ3R adalah untuk membolehkan pelajar membaca secara kritis,
meninjau perkara-perkara yang telah diketahui tentang bahan tersebut untuk dikaitkan
dengan pengetahuan dan pengalaman pelajar, menarik minat pelajar untuk membaca
perkara-perkara yang hendak diketahui dan mengenal pasti perkara-perkara yang telah
dipelajari dan perkara-perkara tambahan yang belum diketahui lagi .
Teknik Bimbingan Menjangka
Bimbingan menjangka adalah bimbingan yang diberi oleh guru khususnya untuk
membantu murid membaca dan memahami. Hj Ismail Hj. Zakaria, Salmah Othman, Elly
Chong, (1992:86), mengistilahkan bimbingan menjangka sebagai aktiviti membaca
terarah. Aktiviti bimbingan menjangka digunakan untuk membimbing murid membaca
dan memahami petikan, rencana dan karya sastera. Aktiviti ini juga sesuai untuk
mengajar bacaan dan kefahaman kepada kumpulan kecil atau keseluruhan kelas.
Terdapat lima langkah yang perlu diikuti oleh guru dan murid ketika menjalankan aktiviti
bimbingan membaca.
LANGKAH 1
Guru perlu melakukan tinjauan terhadap pengetahuan dan pengalaman sedia ada
BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
13

murid berkaitan petikan yang akan dibaca. Sekiranya pengetahuan dan pengalaman
murid kurang mencukupi maka, guru perlu menjalankan beberapa aktiviti awal, iaitu (i)
membaca petikan sepintas lalu, (ii) menyampaikan isi utama petikan kepada murid, (iii)
menyenaraikan perkataan dan konsep baharu dan menghuraikan maknanya dan (iv)
menggunakan gambar, foto, tayangan slaid atau filem sebagai pengukuhan
pengetahuan dan pengalaman murid tentang isi petikan.
LANGKAH 2
Sebelum pembacaan yang sebenarnya dijalankan, guru menjelaskan kepada murid
tentang tujuan pembacaan itu. Penyataan tujuan pembacaan dapat ditunjukkan melalui
empat aktiviti, iaitu (i) mendapatkan isi-isi utama petikan, (ii) memberi makna perkataan
tertentu mengikut konteks, (iii) mengemukakan pendapat tentang kesesuaian tajuk dan
(iv) menghuraikan gerak balas afektif terhadap petikan.
LANGKAH 3
Guru menentukan had masa untuk murid membaca petikan khususnya berdasarkan
pembacaan senyap. Pembacaan kuat pula dijalankan hanya untuk interpretasi terhadap
sesuatu persoalan atau penghayatan keindahan bahasa dalam petikan. Teknik
pengajaran bacaan kuat tidak digalakkan untuk pengajaran dan pembelajaran dalam
peringkat ini
LANGKAH 4
Perbincangan isi petikan dijalankan secara bersoal jawab seperti yang dijalankan ketika
aktiviti mengenal pasti tujuan pembacaan. Perbincangan juga boleh dijalankan
berdasarkan pengalaman baharu yang dialami oleh murid. Perbincangan boleh
dijalankan di peringkat kelas dan dijalankan oleh guru dengan melibatkan murid secara
aktif. Guru boleh berperanan sebagai penasihat dan pemudah cara jika perbincangan
dijalankan dalam kumpulan kecil.
LANGKAH 5
Langkah ini merupakan aktiviti pengayaan yang boleh dijalankan berdasarkan aktiviti
dalam keempat-empat langkah sebelum ini. Aktiviti pengayaan boleh dijalankan dalam
kelas atau sebagai kerja rumah berdasarkan tiga kaedah, iaitu (i) melakukan ilustrasi
peristiwa dalam petikan, (ii) menulis cerita berdasarkan tema yang sama dan (iii)
melakukan bacaan luas tentang tajuk yang dibaca.
BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
14

Teknik KWLH

Teknik ini mempunyai susunan yang sistematik dalam proses membaca.
Daripada maksud-maksud yang diberikan kepada setiap perkataan yang diatas,
bolehlah difahami bahawa kita perlu mengingati dahulu apa yang telah kita ketahui
sebelum membaca sesuatu bahan, kemudian mengimbas kembali dengan menentukan
apa yang ingin diketahui dengan melakukan pembacaan terhadap bahan yang telah
dipilih untuk membaca seperti rencana.
Setelah melakukan pembacaan kita perlu ketahui apa yang telah kita peroleh
dari pembacaan yang baru dilakukan, kita perlu menentukan apa yang harus diperoleh
lagi untuk memperlengkapkan pembacaan kita. Misalnya kita boleh mendapatkan
maklumat tambahan mengenai apa yang kita baca menerusi internet atau sumber
bacaan yang lain. Teknik pembacaan ini akan membolehkan pelajar mengaitkan
pengalaman yang sedia ada dengan pengalaman yang baru.






BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
15

Skimming dan scanning
Teknik skimming dan scanning ini sesuai digunakan untuk pembacaan bahan
yang ringkas seperti sesuatu petikan mahu pun bahan bacaan yang lebih panjang
seperti buku, jurnal dan majalah. Dalam pembacaan sesuatu petikan, kita hanya
memberi perhatian kepada idea penting setiap perengan untuk mendapat gambaram
umum. Idea-idea khusus sengaja diabaikan. Dalam pembacaan sesebuah buku pula.
fokus kita diberikan kepada bahagian tertentu di dalam buku itu seperti pengenalan,
prakata, isi kandungan, tajuk utama, rumusan pada akhir bab dan rujukan indeks untuk
mendapat gambaran umum tentang perkara yang dibaca.
Scanning ialah pembacaan cepat untuk mendapat maklumat yang khusus dan
bukan untuk mendapat gambaran keseluruhan sesuatu bahan bacaan. Pembacaan
cara ini boleh melangkau bahagian-bahagian tertentu yang difikirkan kurang penting.
Ketika kita membaca, kita akan menggerakkan mata kita dari atas ke bawah dengan
pantas mengikut muka surat petikan yang dibaca sambil menberi tumpuan kepada
maklumat yang dicari. Oleh yang demikian, pembacaan cara ini adakah lebih cepat
daripada pembacaan cara skimming.
Dalam konteks pembelajaran, skimming dan scanning boleh digunakan
bersama. Biasanya, kita boleh membaca cara skimming untuk menentukan kesesuaian
sesuatu bahan bacaan . Jika bahan berkenaan itu didapati sesuai maka kita boleh
menggunakan teknik scanning untuk mendapatkan maklumat khusus yang dicari.
KESIMPULAN
Keupayaan membaca di kalangan kanak-kanak adalah berbeza-beza dan guru
hendaklah memberi perhatian terhadap hakikat ini. Oleh itu guru hendaklah
memperkemaskan diri dalam kemahiran menyampaikan pengajaran bacaan.
Pengetahuan tentang pendekatan, kaedah-kaedah mengajar dan teknik bacaan
semata-mata tidak mencukupi, sebaliknya guru perlu mempunyai kreativiti dalam
penyampaian pengajarannya. Kaedah membaca yang digunakan akan lebih berkesan
dengan penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik. Bagi kanak-
kanak yang mengalami masalah bacaan yang teruk dan juga untuk kanak-kanak
BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
16

berkerperluan khas, kaedah pengajaran pelbagai deria sangat sesuai digunakan.
Sekiranya guru memilih untuk menggunakan sesuatu kaedah, maka guru hendaklah
tetap dengan langkah-langkah yang disaran dalam kaedah itu. Sekiranya guru tidak
mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan atau mengikut sebahagian darikpada
langkah sahaja, maka guru tidak boleh mengatakan yang dia menggunakan kaedah
tersebut.

















BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
17

TUGASAN DUA :
MENGENAL PASTI DAN MENGANALISIS MASALAH
MEMBACA MURID TAHAP 2 YANG DIPILIH
- APLIKASI KAEDAH MENGAJARKAN KEMAHIRAN
MEMBACA BERASASKAN MASALAH LISAN
MENGGUNAKAN BBM BERBENTUK AUDIOLINGUAL
- BUKTI PELAKSANAAN PENGAJARAN











BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
18

PROFIL RESPONDEN


Nama Darshan a/l Vasudevan
Umur 10 Tahun
Jantina Lelaki
Bangsa India
Pekerjaan
Ayah
Pengurus Tesco
Pekerjaan Ibu Kerani DHL
Hobi Menunggang basikal
Cita-Cita Jurutera












BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
19

BAHAN BACAAN SEBELUM BIMBINGAN


BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
20


BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
21

BAHAN BANTU MENGAJAR




















BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
22

VIDEO PELAKSANAAN PENGAJARAN




















BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
23

BAHAN BACAAN SELEPAS BIMBINGAN









BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
24

GAMBAR SEPANJANG PROSES RAKAMAN DAN PENGAJARAN




















Proses rakaman bacaan
responden
Bergambar bersama
responden
Rakaman sesi temubual
Proses pengajaran sedang
berlaku
BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
25


TUGASAN TIGA :

LAPORAN PENILAIAN TAHAP
KEMAHIRAN MEMBACA
SEORANG MURID SEBELUM DAN
SELEPAS BIMBINGAN
INSTRUMEN PENILAIAN
KEMAHIRAN MEMBACA
SEBELUM DAN SELEPAS
BIMBINGAN






BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
26

LAPORAN PENILAIAN TAHAP KEMAHIRAN MEMBACA MURID SEBELUM DAN
SELEPAS BIMBINGAN
Pengenalan
Saya telah menjalankan satu kajian terhadap seorang pelajar tahun 4 di Sekolah
Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Kubang iaitu bertarikh 14 Ogos 2014 bagi mengumpul
maklumat, mengenalpasti masalah kemahiran membaca, membina dan menggunakan
bahan bantu mengajar ( BBM ) yang sesuai dengan kaedah yang dipilih untuk
mengatasi masalah bacaan murid tersebut. Murid yang dipilih sebagai responden ini
berbangsa India dan berumur 10 tahun. Responden bernama Darshan dan seorang
pengawas di sekolahnya. Berperwatakan sopan dan kelihatan pendiam berbanding
rakan-rakannya lain. Sentiasa mengikut arahan dan memberi kerjasama yang baik
kepada saya.
Kemahiran Membaca Murid Sebelum Bimbingan
Sebelum merakam tahap kemahiran membaca responden, saya terlebih dahulu
telah berbual dengan responden dan mengenal pasti tahap penguasaan Bahasa
Melayunya. Pada pemerhatian saya, penguasaan bertutur dan memahami Bahasa
Melayu responden adalah sederhana dan masih boleh ditingkatkan.
Bahan bacaan yang diberikan kepada responden adalah sebuah petikan dan
juga sajak. Responden diberi masa sekurang-kurangnya lima minit untuk membuat
bacaan senyap. Kemudian rakaman bacaan diambil.
Saya membuat penilaian bacaan mekanis pada murid tersebut dimana penilaian
pada peringkat ini memerlukan saya menyediakan teks dan murid dikehendaki
membaca teks dengan kuat dan saya akan meneliti aspek sebutan, intonasi,
kelancaran dan kepantasan bacaan murid. Pemarkahan diberi berdasarkan skala yang
ditetapkan seperti lemah, sederhana dan baik. Penilaian intonasi adalah meliputi aspek
hentian, nada, tekanan, dan lagu ayat. Manakala penilaian sebutan pula ialah sebutan
bunyi-bunyi dalam perkataan, frasa dan ayat , sebutan tiada pengaruh dialek , bahasa
ibunda atau bahasa Inggeris. Saya juga menilai kelancaran pembacaan yang tidak
BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
27

menunjukkan kesalahan seperti membaca sambil mengeja, mengulang sebutan
sesuatu perkataan,mengubah perkataan, meninggalkan perkataan, menambah
perkataan atau fonem kepada sesuatu perkataan. Selain itu saya juga menilai dari segi
kepantasan iaitu kadar kelajuan bacaan dan gangguan boleh berlaku kerana gagap,
sukar menyebut sesuatu perkataan, tidak menguasai kemahiran asas bacaan.
Setelah meneliti rakaman yang diambil, terdapat beberapa masalah bacaan yang
telah saya kenal pasti. Antara masalah bacaan yang utama dikenal pasti ialah
tambahan (insertion). Tambahan bermaksud bunyi huruf atau perkataan ditambah
semasa membaca. Masalah pertama yang saya kenal pasti ialah responden
mempunyai kecenderungan menambah huruf h pada huruf vokal. Contoh kesalahan
yang dibuat ialah perkataan anjing; dibaca hanjing, ombak dibaca hombak dan
mempunyai dibaca mempunyahi.
Masalah responden yang kedua pula ialah cenderung untuk meninggalkan bunyi
huruf h pada awal perkataan seperti contoh perkataan hospital dibaca ospital,
harimau dibaca arimau.
Masalah responden yang ketiga dapat dikenalpasti ialah menggantikan bunyi
huruf a kepada bunyi huruf e. Contoh kesalahan membaca responden ialah
perkataan segala dibaca segela, wajah dibaca wajeh, gara-gara dibaca gare-
gare, menempah dibaca menempeh, masalah dibaca maselah dan sebuah dibaca
sebueh.
Seterusnya masalah keempat yang dikenal pasti ialah masalah tanda bacaan
iaitu koma. Responden membaca ayat yang mempunyai koma tanpa jeda dan hentian
yang sepatutnya.
Masalah yang terakhir yang dikenal pasti ialah responden cenderung untuk
menyebut huruf s dengan tebal. Hal ini kemungkinan masalah artikulasi yang dihadapi
oleh responden.

BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
28

Bil Masalah yang dikenal pasti Contoh kesalahan bacaan
di dalam petikan
1 Kecenderungan menambah huruf h pada huruf
vokal terutamanya perkataan yang bermula
dengan huruf vokal

anjing hanjing
ombak hombak
mempunyai mempunyahi
2 Kecenderungan meninggalkan huruf h pada awal
perkataan yang bermula huruf h
hospital ospital
harimau arimau
3 Sebutan huruf a diganti dengan e

segala segela
wajah wajeh
gara-gara gare-gare
menempah menempeh
masalah maselah
sebuah sebueh
4 Masalah tanda bacaan koma iaitu tiada jeda
5 Sebutan huruf s yang tebal
Jadual 1 : Masalah bacaan yang dikenal pasti berdasarkan dua bahan bacaan
Menurut pandangan saya, kelima-lima masalah bacaan ini berkait rapat dengan
faktor persekitaran responden tersebut. Menurut ahli sosiologi, kecerdasan bukanlah
sesuatu yang diwarisi tetapi kecerdasan itu bergantung kepada faktor persekitaran (
Abdullah Sani Yahya : 2004 ). Faktor persekitaran yang memainkan peranan penting
dalam pembentukan kemahiran literasi ialah guru, ibu bapa dan juga kawan-kawan.
Responden yang merupakan bangsa India sememangnya menggunakan bahasa
ibundanya iaitu Bahasa Tamil sebagai bahasa utamanya dalam menjalani kehidupan
harian. Responden mengakui bahawa dia lebih gemar menggunakan Bahasa Tamil
berbanding Bahasa Melayu. Persekitaran bahasa memainkan peranan yang penting
dalam pemerolehan bahasa kedua seseorang murid. Keadaan sedemikian dialami juga
oleh murid-murid India. Persekitaran bahasa murid-murid tersebut masih didominasi
oleh bahasa Tamil. Bahasa tersebut digunakan sebagai bahasa harian terutama dalam
berkomunikasi dengan individu atau kelompok daripada suku yang sama. Keamatan
BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
29

penggunaan bahasa ibunda ini tidak hanya berlaku di luar sekolah. Pada masa
pelajaran bahasa Melayu sedang diajar oleh guru, penggunaan bahasa ibunda masih
berleluasa (Farid M.Onn dan Ajid Che Kob, 1981). Hal demikian terjadi kerana persepsi
mereka tentang linguistik bahasa Tamil telah mantap dalam sistem kognitif mereka.
Persepsi murid tentang aspek semantik, leksikal dan idiom bahasa ibunda
mempengaruhi unsur-unsur linguistik dalam bahasa kedua (Kellerman, 1978; Thomson
dan Kuafman, 1990). Akibatnya daripadanya, apabila murid-murid menggunakan
bahasa Melayu akan berlaku kesalahan ke atas kosa kata bahasa Melayu tersebut
(Alias Shamsuddin, 1969; Abdul Hamid Mahmood, 1990). Menurut kajian yang
dilakukan oleh Musa Ahmad (1988) tentang penggunaan Bahasa Melayu di kalangan
pelajar bukan Melayu mendapati bahawa murid berbangsa India sememangnya
bergelut dengan bunyi huruf h.
Selain daripada lima masalah yang dikenal pasti, murid ini membaca dalam
keadaan teragak-agak (hesitation). Responden sering berhenti sejenak sebelum
menyebut sesuatu perkataan ketika membaca. Melalui pemerhatian saya, responden
kerap membetulkan butang bajunya dan murid ini mungkin mengalami masalah
gemuruh apabila berhadapan dengan saya dan juga video kamera.. Hal ini kerana dia
kelihatan pemalu dan ini diakui oleh rakan-rakan dan gurunya.
Responden juga kelihatan sangat berhati-hati apabila membaca. Perkataan demi
perkataan disebutnya dengan berhati-hati. Ada ketikanya dia membetulkan sebutan
bacaannya yang dirasanya salah. Malah sesi temubual bersama responden, dia
memperkenalkan dirinya secara berhati-hati dan cuba menyusun ayat dengan betul.
Bacaan responden mempunyai jeda. Responden juga membaca dengan
menggunakan intonasi yang sesuai. Nada yang digunakan murid juga sesuai dengan
ayat yang dibaca. Bagi pendapat saya kedua-dua kemahiran masih boleh ditingkatkan
lagi. Responden menyebut bacaan kurang jelas dan terang. Responden mengeluarkan
suara yang perlahan, kemungkinan kerana masih gemuruh.


BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
30

Pelaksanaan Kaedah Kemahiran Membaca dan Penggunaan BBM
Setelah mengenal pasti masalah bacaan responden, saya mempunyai masa
lebih kurang seminggu untuk menyediakan modul kemahiran membaca yang sesuai.
Dalam menyelesaikan masalah ini saya telah menggunakan gabungan kaedah fonik
dengan kaedah pandang dan sebut. Kaedah ini juga disebut sebagai Kaedah Seluruh
Perkataan.
Kaedah gabungan yang dicadangkan ini berasaskan kepada perkara-perkara
berikut iaitu sistem ejaan bahasa Melayu adalah mengikut abjad dan fonemik ertinya
ada hubungan yang rapat di antara simbol/huruf dan bunyinya, suku kata perkataan
Bahasa Melayu adalah jelas (jika dibandingkan dengan bahasa-bahasa lain dengan
bahasa Inggeris misalnya), ciri-ciri yang baik daripada kaedah fonik dan kaedah
pandang dan sebut boleh digabungkan.

Melalui kaedah ini guru tidak perlu menunggu murid mengetahui semua nama
huruf, bunyi huruf dan suku kata sebelum mereka membaca perkataan-perkataan atau
ayat. Malahan guru tidak begitu perlu memperkenalkan dan mengajar abjad dan bunyi
huruf dari a hingga z secara tertib biasa.
Kaedah gabungan ini mencadangkan murid diperkenalkan kepada bunyi
beberapa huruf vokal dan konsonan, dan kemudian terus membunyikan suku kata dan
perkataan-perkataan yang bermakna, dalam satu hingga dua pelajaran. Dengan cara
begini dalam dua atau tiga pelajaran sahaja, murid akan terus dapat membaca
beberapa perkataan dan ayat, dan ini membuatkan murid merasa bangga kerana
mereka boleh membaca serta faham apa yang dibaca.
Melalui kaedah ini, pengajaran membaca adalah berdasarkan perkataan-
perkataan yang biasa diguna seharian yang membentuk kebanyakan pertuturan kita
seperti saya, minum, kopi, sepak, bola emak, bapa, adik, abang, kawan, dan
sebagainya.
Guru akan memperkenalkan beberapa perkataan dahulu dan menyebutnya
berulang-ulang. Kebiasaannya perkataan tersebut disertakan gambar dan murid belajar
BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
31

secara pandang (visual) dan mengecam perkataan. Kaedah ini tidak menggunakan
aktiviti mengeja sama sekali.
Sekiranya murid tidak dapat menyebut perkataan tertentu, guru digalakkan
menggunakan fonik atau bunyi huruf, iaitu menghubungkan satu huruf dengan satu
bunyi untuk membantu murid menyebut perkataan tersebut. Misalnya bagi perkataan
rumah, guru boleh membantu murid dengan menyebut bunyi huruf r, iaitu [ r ] dan
kalau perlu membunyikan suku kata [ ru ]
Dasar kaedah ini ialah menggunakan perkataan dari mulanya tanpa
mengenalkan dan menghafalkan huruf-huruf abjad terlebih dahulu. Perkataan-
perkataan yang diperkenalkan itu disertakan dengan gambar. Kaedah ini
mementingkan bunyi perkataan atau rangkai kata berdasarkan pengalaman melalui
gambar dan bunyi ayat atau cerita berdasarkan gambar.
Kanak-kanak dilatih melakukan dua kemahiran dalam satu masa, iaitu menyebut
keseluruhan perkataan dan melakukan pengesanan terhadap rangsangan berbentuk
gambar. Guru kerap kali menunjukkan seluruh perkataan seiring dengan gambar-
gambar yang dilambangkannya. Contohnya, perkataan bunga ditulis di tepi atau di
bawah gambar bunga. Kadang-kadang ini boleh digunakan sebagai kad-kad imbasan.
BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
32



1. Menyebut perkataan
Murid murid mengecam dan mengenal perkataan dengan memandang
keseluruhannya.Setelahperkataan dicam, perkataan tersebut tidak
dibunyikan dan dieja tetapi terus disebut. Pada peringkat permulaan,
perkataan-perkataan yang disampaikan mengikut kaeadahini disertakan
dengan gambar.
2. Mencerakinkan perkataan
Kaedah ini dikenali sebagai kaedah rangkai kata.Cara ini ialah satu cara yang
berlainan atau berlawan prinsipnya dengan cara menyebut perkataan. Cara ini
berdasarkan prinsip analisa atau cerakin atau dengan perkataan lain mencerai-
ceraikan satu bahagian yang besar kepada bahagian-bahagian yang kecil.
3. Membina dan membaca ayat
Kaedah ini juga dikenal sebagai kaedah ayat. Kanak-kanak diperkenalkan dengan
ayat-ayat yang pendek dan mudah setelah beberapa perkataan dikuasainya.
Kemudian, mereka diminta mengecam terus dengan tidak mengeja satu-satu
perkataan yang terkandung di dalamnya. Setelah mengecam, kanak-
kanak diminta terus membaca. Pada peringkat ini guru seharusnya membuat
pengulangan serta latih tubi perlu diperbanyakkan.
4. Menggunakan bahan bantu belajar untuk melaksanakan kaedah pandang dan sebut
a. Kad perkataan atau huruf.
Guru menampal kad huruf atau perkataan dan menyebut nama huruf atau memcaba perkataan
dan murid dikehendaki untuk mengikut sebutan guru. Apabila sudah mahir, guru menyebut bunyi
huruf dan murid mengikutnya
b. Kad gambar
Guru menunjukkan kad gambar dan murid menyatakan nama objek tersebut. kemudian guru
memperkenalkan kad perkataan berdasarkan gambar. Apabila sudah mahir, guru menyuruh murid
memadankan kad gambar dan kad perkataan.
c. Kad suku kata
Guru menunjukkan kad suku kata terbuka terlebih dahulu. Apabila murid sudah mahir, guru
menggunakan kad suku kata tertutup dan diikuti oleh diftong dan digraf.
Murid tidak perlu
belajar mengeja
perkataan dahulu maka
masa dapat dijimatkan.
Murid dapat memahami
maksud perkataan
semasa menyebutnya.
Kaedah ini merupakan
kaedah terpantas untuk
mempelajari kemahiran
membaca
Ringkasan Langkah Pengajaran
Kaedah Pandang dan Sebut
Kebaikan kaedah pandang
sebut
BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
33


Bahan bantu mengajar yang dihasilkan adalah berbentuk audiolingual di mana
saya menyediakan slaid dan juga pita rakaman. Untuk mengatasi masalah yang
pertama, saya menyediakan BBM modul bacaan perkataan perkataan yang bermula
dari huruf vokal.
BBM yang kedua pula ialah saya memperkenalkan sebutan huruf h dan
kemudiannya h memperdengarkan sebutan perkataan yang bermula huruf h.
Responden kemudian diminta mengulang apa yang di dengar. Latih tubi diteruskan
sehingga murid boleh membaca dengan betul kesemua perkataan tersebut.
BBM yang ketiga pula saya mulakan dengan video nyanyian lagu menyebut
konsonan bersama vokal a. Kemudian murid diminta untuk mengulang apa yang
didengarnya.
Untuk BBM yang keempat pula, saya memperdengarkan murid dengan suku
kata yang mempunyai huruf s dan juga pemintal lidah huruf s. Murid kemudiannya
diminta mengulang pemintal lidah tersebut daripada tahap perlahan sehinggalah laju.
Untuk BBM yang terakhir, saya memaparkan ayat yang mempunyai tanda
bacaan koma dan memperdengarkan intonasi yang sesuai apabila membaca ayat yang
mempunyai tanda bacaan koma. Murid menyebut kembali apa yang didengar dan
seterusnya guru memberi beberapa latihan membaca ayat yang mempunyai tanda
bacaan koma.
Sebelum sesi pengajaran bermula, saya telah menjelaskan kepada responden
tentang kesalahan bacaannya pada sesi yang lepas. Responden mengakui
kesalahannya dan sesi pengajaran pun bermula. Responden memberi kerjasama yang
amat baik.



BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
34

Kemahiran Membaca Murid Selepas Bimbingan
Setelah selesai sesi pengajaran kemahiran membaca menggunakan BBM,
responden telah diberi masa untuk membuat bacaan senyap bagi bahan bacaan yang
baru. Kemudian rakaman video diambil.
Setelah meneliti kembali bacaan responden, terdapat beberapa perubahan yang
menunjukkan peningkatan responden terhadap kemahiran bacaan terutamanya kepada
lima masalah yang dikenal pasti.
Responden sudah tidak lagi menambah huruf h pada perkataan yang bermula
huruf vokal. Responden juga sudah tidak melakukan kesilapan meninggalkan huruf h
pada awal perkataan. Responden ada membuat kesalahan dengan menyebut
perkataan hal menjadi al, namun kemudiannya dibetulkan dengan sendirinya.
Responden sendiri sudah mampu menyedari kesilapan bacaan yang dilakukannya.
Responden juga dapat menyebut bunyi huruf a dengan betul dan tidak menukarnya
kepada bunyi sebutan huruf e. Responden juga dapat membaca ayat yang mempunyai
tanda bacaan koma dengan nada, intonasi dan jeda yang betul. Responden juga sudah
dapat mengurangkan ketebalan bunyi sebutan huruf s.
Pada keseluruhannya murid sendiri sudah mampu untuk mengenal pasti
kesalahan bacaannya dengan sendiri. Murid juga boleh membetulkan kesilapannya
tanpa perlu ditegur. Murid sedar dengan kesalahannya dan cuba untuk membaikinya.
Walaupun kelima-lima masalah yang dikenalpasti mempunyai peningkatan, saya
juga telah menemui satu masalah baru pada murid. Murid mengalami masalah
menyebut sukukata tertutup yang berakhir dengan huruf n. Sukukata tertutup yang
berakhir dengan huruf n menjadi sebutan ng.
Cadangan Penambahbaikan Bahan Bantu Mengajar Yang Telah Diguna Pakai
Bahan Bantu Mengajar merupakan kelengkapan yang digunakan oleh guru
untuk membantu dalam proses menyampaikan pengajaran pembelajaran. Bahan
Bantu Mengajar merangkumi semua benda yang boleh dilihat, didengar, dipegang,
dibaca, dikisahkan, dirasai, dihidu, digunakan dan sebagainya
BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
35

Saya mengakui bahawa BBM yang disediakan perlu banyak penambahbaikan.
Penggunaan BBM audiolingual saya hanya merangsang deria penglihatan dan
pendengaran murid sahaja. Murid tidak dapat menggunakan kesemua deria seperti
deria sentuh dan deria bau.
Saya kurang mengggunakan grafik yang menarik. Ilustrasi dan bahan grafik
sangat penting kerana ianya bukan sahaja menghiasi bahan pengajaran, tetapi
berfungsi sebagai manifestasi visual sesuatu maklumat yang akan dapat menambah
atau mengukuhkan pembacaan pemahaman.Oleh itu saya akan memperbanyakkan
penggunaan grafik yang bermakna dan sesuai di dalam BBM saya kelak.
Penggunaan pita rakaman dilakukan dengan menggunakan suara saya.
Walaupun agak janggal, namun saya akan cuba memperbaiki intonasi dan nada yang
sesuai untuk membuat rakaman audio. Saya perlu merujuk contoh-contoh rakaman
suara khas untuk pembelajaran Bahasa Melayu.
KESIMPULAN
Kebolehan membaca sangat penting dan ia merupakan satu ukuran kejayaan
pelajar-pelajar di sekolah. Ini kerana kebolehan membaca dianggap sebagai asas bagi
mencapai semua kejayaan dalam semua bidang, terutama dalam bidang pendidikan.
Kemahiran membaca ditekankan pada peringkat awal lagi bersama kemahiran lain
seperti mengira dan menulis. Kebolehan membaca bukan sahaja dianggap sebagai
asas utama bagi mencapai kejayaan dalam bidang ekonomi dan sosial, malah sistem
persekolahan itu sendiri menganggapnya sehingga ke peringkat yang lebih tinggi
Oleh itu,dalam proses pembelajaran, kemahiran membaca seharusnya tidak
dipandang remeh oleh murid. Kemahiran membaca yang betul akan dapat
meningkatkan pemahaman dengan lebih berkesan. Terdapat banyak masalah yang
berkaitan dengan kemahiran membaca dan masalah ini perlu diatasi sebelum murid-
murid menjadi lebih dewasa. Sebagai seorang guru, kita haruslah mengambil langkah
yang berkesan bagi memastikan murid-murid mempunyai kemahiran membaca yang
cemerlang.
BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
36








INSTRUMEN PENILAIAN KEMAHIRAN
MEMBACA SEBELUM DAN SELEPAS
BIMBINGAN












BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
37

SEBELUM BIMBINGAN
INSTRUMEN PENILAIAN BAHASA
KEMAHIRAN MEMBACA
Kemahiran Membaca ( Bacaan Kuat)
Nama: Darshan
Tahun : 4
Bil. Kesilapan / kelemahan yang dilakukan ( / ) Catatan
1. Peninggalan bunyi huruf / perkataan / imbuhan yang
ditinggalkan.
/

ospital
arimau
2. Ulangan mengulang-ulang perkataan / suku kata. - -
3. Tambahan bunyi huruf / imbuhan / perkataan ditambah. / Hombak
Hanjing
mempunyahi
4. Pembalikan huruf / perkataan / frasa dibaca secara
terbalik atau songsang.
-
5. Membaca cuma selepas mengeja / membatang suku kata
terlebih dahulu.

-

6. Membaca tersekat-sekat perkataan demi perkataan tanpa
mengikut frasa atau unit pemikiran.
-


7. Membaca terlampau cepat / gopoh / tidak menghiraukan
noktah / lain-lain tanda bacaan yang boleh menjejas
kefahaman dalam bacaan.
/ Tanda baca
koma
8. Tidak boleh / tidak mahu membaca langsung. - -
*Tandakan ( / ) pada kotak sekiranya murid ada melakukan kesalahan



BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
38


Markah bacaan akan dinilai berdasarkan item-item berikut:
BIL PERKARA YANG DINILAI SKOR CATATAN / KOMEN
GURU
1 2 3
1 Kelancaran murid dapat
membaca dengan fasih dan
lancar.
/ Teragak-agak
2 Bacaan murid mempunyai
jeda.
/ Ada jeda
3 Murid membaca dengan
menggunakan intonasi yang
sesuai.
/ Boleh bersajak dengan
baik menggunakan
intonasi yang sesuai
4 Nada yang digunakan murid
sesuai dengan ayat yang
dibaca.
/
5 Sebutan bacaan murid jelas
dan terang
/ Suara murid agak
perlahan terpaksa
meminta murid
mengulang bacaan
secara kuat

*Petunjuk :





Skor Pencapaian
1 LEMAH
2 SEDERHANA
3 BAIK
BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
39

SELEPAS BIMBINGAN
INSTRUMEN PENILAIAN BAHASA
KEMAHIRAN MEMBACA
Kemahiran Membaca ( Bacaan Kuat)
Nama: Darshan
Tahun : 4
Bil. Kesilapan / kelemahan yang dilakukan ( / ) Catatan
1. Peninggalan bunyi huruf / perkataan / imbuhan
yang ditinggalkan.
Ada berlaku namun
dibetulkan sendiri
2. Ulangan mengulang-ulang perkataan / suku kata. - -
3. Tambahan bunyi huruf / imbuhan / perkataan
ditambah.
- Sebutan huruf n menjadi
ng untuk sukukata
tertutup yang berakhir
huruf n
4. Pembalikan huruf / perkataan / frasa dibaca
secara terbalik atau songsang.
-
5. Membaca cuma selepas mengeja / membatang
suku kata terlebih dahulu.

-

6. Membaca tersekat-sekat perkataan demi perkataan
tanpa mengikut frasa atau unit pemikiran.
-


7. Membaca terlampau cepat / gopoh / tidak
menghiraukan noktah / lain-lain tanda bacaan yang
boleh menjejas kefahaman dalam bacaan.
Bacaan dibaca sesuai
dengan tanda baca.
8. Tidak boleh / tidak mahu membaca langsung. - Murid sememangnya
sudah mahir membaca
*Tandakan ( / ) pada kotak sekiranya murid ada melakukan kesalahan


BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
40

Markah bacaan akan dinilai berdasarkan item-item berikut:
BIL PERKARA YANG DINILAI SKOR CATATAN / KOMEN
GURU
1 2 3
1 Kelancaran murid dapat
membaca dengan fasih dan
lancar.
/ Masih teragak-agak
namun lebih lancar
berbanding sebelum ini
2 Bacaan murid mempunyai
jeda.
/ Ada jeda
3 Murid membaca dengan
menggunakan intonasi yang
sesuai.
/
4 Nada yang digunakan murid
sesuai dengan ayat yang
dibaca.
/
5 Sebutan bacaan murid jelas
dan terang
/ Suara sudah jelas dan
bacaan yang kuat.

*Petunjuk :



Skor Pencapaian
1 LEMAH
2 SEDERHANA
3 BAIK

You might also like