You are on page 1of 10

ANALISIS PERSEMBAHAN

Tema Persembahan

Lanun

Ahli Kumpulan

Shamil Usrah bin Zulkipli


Kwan Pei Ling

Durasi Persembahan

Qurratu A'yun Binti Hashim @ Fauzi


7 minit 30 saat

Saya telah memilih untuk menganalisis persembahan daripada kumpulan yang terdiri daripada
Shamil, Pei Ling dan juga Qurratu Ayun. Tema persembahan yang mereka pilih ialah lanun
yang mengambil masa selama 7 minit 30 saat.
ANALISIS UNSUR PERGERAKAN DI DALAM PERSEMBAHAN
Kesedaran Tubuh Badan
Badan merupakan satu instrumen atau alat yang digunakan untuk melahirkan idea, pemikiran
atau perasaan. Organ-organ dalam tubuh badan seperti jantung, paru-paru dan organ-organ
yang lain sentiasa bergerak dan bertindak tanpa kesedaran kita. Bahagian luar tubuh badan
seperti kepala, bahu, lengan, tangan, jari-jari, kaki, tapak kaki, hujung kaki, lazimnya menguasai
daya sedar untuk bergerak. Idea-idea pergerakan dilahirkan dengan menggunakan bahagian-

bahagian tubuh badan, permukaan-permukaan (depan, belakang, sisi kiri dan kanan) dan
bentuk yang digayakan oleh tubuh manusia.
Di dalam persembahan mereka, boleh dikatakan mereka menggunakan tubuh badan secara
maksimum dalam menghasilkan pergerakan bertemakan lanun. Tubuh badan mereka
digunakan sebagai alat mencurahkan perasaan dan idea.
Penggunaan kemahiran motor kasar dapat dilihat melalui persembahan mereka. Kemahiran
motor kasar adalah amat penting untuk pertumbuhan kanak-kanak. Kemahiran motor kasar ini
melibatkan otot besar badan seperti anggota tangan,lengan,kaki atau keseluruhan badan yang
membolehkan fungsi seperti berjalan, menendang, duduk tegak, mengangkat, dan membaling
bola.Kemahiran motor kasar seseorang kanak-kanak bergantung kepada kedua-dua nada otot
dan kekuatan. Nada otot yang rendah adalah ciri-ciri keadaan melumpuhkan seperti sindrom
down,gangguan genetik atau otot atau gangguan sistem saraf pusat.
Pergerakan motor kasar yang dilakukan mereka terdiri daripada berjalan, duduk tegak di atas
kerusi, mengangkat payung dan juga membaling dan menyambut payung. Kemahiran motor
kasar yang digunakan kebanyakkan melibatkan koordinasi mata dengan kaki dan koordinas
mata dengan kaki serta koordinasi tangan dan kaki.
Kesedaran Ruang
Ruang merujuk kepada ruang kawasan peribadi atau ruang diri dan ruang am atau ruang
persekitaran. Ruang peribadi atau diri ialah ruang sementara yang mengelilingi individu yang
tidak bergerak. Ruang diri menjangkau sejauh mana seseorang individu dapat membongkok
dan melenturkan badan sebarang arah. Ruang am atau persekitaran merangkumi keseluruhan
kawasan bilik darjah, gimnasium atau padang permainan di mana aktiviti-aktviti pergerakan
diteruskan. Arah (depan,sisi, belakang, pepenjuru), aras (tinggi, sederhana, rendah), jarak
(dekat, jauh) saiz (besar, kecil), laluan (berlengkok, lurus, bersiku keluang-zig-zag), bentuk
(sempit, luas, bersiku-siku, berkitaran, lurus) dan tumpuan mata (arah mata memandang),
merupakan faktor-faktor yang digunakan dalam aspek ruang
Di dalam persembahan mereka, mereka menggunakan ruang diri dan ruang am. Ruang diri
seperti dapat bangun dan duduk dari kerusi. Ruang am merangkumi keseluruhan pentas ( bilik
muzik).

Pergerakan mereka juga melibatkan arah di mana ada penggunaan pergerakan atas dan
bawah seperti duduk di kerusi, membaling dan menyambut payung di udara. Pergerakan
mereka juga ada melibatkan penggunaan kiri kanan seperti memutar payung ke kanan dan kiri,
membuka payung dari kiri ke kanan. Mereka juga ada menggunakan arah depan dan belakang
Laluan di dalam persembahan ada pelbagai, iaitu ada lurus, melengkung, zig-zag dan bulatan,
Kesimpulannya, dalam persembahan ini mereka dapat :

Mengenali ruang kendiri dan menghormati ruang orang lain


Bergerak dengan selamat dalam ruang am
Mengenali pelbagai arah dan bagaimana menukar arah Memahami pelbagai aras

pergerakan
Mengharungi pelbagai laluan serta laluan pergerakan pelbagai objek
Menyesuaikan julat pergerakan berdasarkan tugasan dan situasi

Beban
Beban terdiri daripada masa, daya dan aliran. Masa menyatakan tempo (bagaimana cepat atau
perlahan pergerakan itu dipersembahkan), rentak (ritma dasar yang berterusan seperti degupan
jantung), tekanan (accent) (rentak yang lantang atau kuat dalam sesuatu pola ritma), jangka
masa (durasi) (panjang pendeknya setiap rentak).Pola-pola ritma merupakan satu kombinasi
tempo, rentak, tekanan dan jangka masa.
Mereka mempunyai kesedaran rintangan terhadap masa di mana mereka memberi tumpuan
kepada cara tubuh badan bergerak dan pengawalan gerakan sama ada secara serta merta
atau kawal lambat. Contohnya pergerakan secara serta merta ialah sewaktu sebagai lanun
mengacu pedang kea rah lawan. Sementara pergerakan kawal lambat ialah lakonan mencari
harta karun.
Daya digunakan dalam setiap gerakan dan dikategorikan kepada halus-ringan (kurang daya)
dan berat-kuat (bertenaga). Jumlah tenaga yang dikeluarkan dalam sesuatu pergerakan
menunjukkan impak tenaga atau kekurangan tenaga.
Semua pergerakan boleh diubah dengan meminda aliran daya,bergantung kepada impak
(mendadak atau tenang), beban (berat atau ringan), kekuatan (kukuh atau lemah) dan aliran
(bebas, terikat atau dalam imbangan) (Joyce, 1980,m.s. 4).

Aliran berkaitan dengan daya kerana tenaga digunakan apabila melakukan pergerakan.
Pergerakan badan boleh menjadi bebas, terikat atau berada dalam imbangan. Pergerakan
bebas

atau yang

tidak terikat

mempunyai

ciri-ciri

kesinambungan dan

berterusan.

Pemberhentian adalah sukar dilakukan dengan pergerakan- pergerakan bebas. Pergerakanpergerakan yang terikat adalah terkawal, terimbang dan terbatas. Pemberhentian adalah
mudah dilakukan dengan pergerakan-pergerakan terikat. Imbangan menunjukkan kedudukan di
antarapergerakan bebas dan pergerakan terikat
Pergerakan berjalan yang dilakukan mereka di dalm persembahan adalah satu pergerakan
aliran terikat kerana pergerakan ini mudah berhenti dan badan berada dalam keadaan
seimbang.

Perhubungan
Perhubungan adalah berkaitan dengan objek dan manusia. Sebagai contoh;

Objek : atas bawah, dekat jauh, keliling sisi, bertemu berpisah.


Manusia. Memimpin ikat, solo, berpasangan dan berkumpulan.

Di dalam persembahan mereka, mereka dapat memahami perhubungan antara badan dengan
setiap anggota badan. Mereka tahu untuk mengkoordinasi tangan kanan dan kaki kiri semasa
berjalan. Mereka juga bergerak dengan berkesan secara relatif dengan individu lain dalam
kumpulan. Mereka bergerak mengikut giliran dan juga mengikut ketua (Shamil).

Oleh kerana ini adalah persembahan berkumpulan maka penyesuaian terhadap rakan perlu
ada. Penyesuan terhadap rakan ialah ialah kemahiran yang berkaitan dengan hubungan atau
berkomunikasi dalam pasangan atau kumpulan melalui pergerakan. Contoh aktiviti dalam
persembahan mereka ialah:
Ketua dengan pengikut
Kumpulan bekerjasama
Ahli kumpulan bertentangan dengan rakan-rakan

Pertukaran tempat, pergerakan meniru atau bertentangan dengan rakan ialah cara-cara
penyesuaian terhadap rakan yang boleh diteroka. Ahli-ahli kumpulan menyedari kedudukan
rakan dari kedudukan dirinya dan juga kedudukan bahagian tubuh badan dengan bahagian
badan dengan bahagian badan yang lain.
Mereka juga dapat memahami perhubungan antara badan dan anggota badan dengan objek
seperti contoh mereka dapat mengawal penggunaan payung dalam setiap pergerakan yang
dilakukan.

ANALISIS KEMAHIRAN PERGERAKAN ASAS


Kemahiran Lokomotor.
Pergerakan lokomotor bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke tempat yang lain. Pendidikan
pergerakan lokomotor menyokong perilaku pergerakan yang dirancang.
Pergerakan lokomotor berkaitan dengan gerakan atau aliran. Jika pergerakan lokomotor
digunakan dalam persembahan kita akan dapat melihat arah gerakan dalam persembahan itu.
Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalam gerakan lokomotor, gerakan ini melibatkan
arah, aliran, haluan dan masa.

Di antara aktiviti berjalan yang dikenal pasti di dalam persembahan :


1.
2.
3.
4.
5.

Jalan berundur dan kemudian ke hadapan


Berjalan dengan melakonkan gaya mencari arah
Berjalan dengan mengikut arah lawan jam dan arah putaran jam
Berjalan melakonkan aktiviti memedang
Berjalan sambil membongkok perlahan lahan

Di antara aktiviti berlari yang dikenal pasti :


1.
2.
3.
4.
5.

Berlari pantas dan beransur-ansur pelahan


Berlari kehadapan serta berundur kesisi
Berlari mengikut seorang ketua
Berlari dengan pelbagai kelajuan berdasarkan arahan
Berlari mengikut arah zig zag

Kemahiran Bukan Lokomotor.

Pergerakan bukan lokomotor dilakukan dalam keadaan tidak bergerak dari satu tempat ke
tempat yang lain. Pergerakan bukan lokomotor juga di ertikan sebagai keupayaan mengerakan
bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat.
Pergerakan bukan lokomotor adalah pergerakan dalam keadaan statik dan memberi penekanan
kepada keseimbangan. Pergerakan bukan lokomotor membantu kita menjaga dan menjadikan
bentuk badan yang menarik badan seharusnya berada dalam keadaan fleksibel dan seimbang.
Gerakan dalam aktiviti ini perlulah di buat dalam keadaan tenang dan kurang tekanan.
Di antara aktiviti duduk yang dikenal pasti :
1. Duduk di atas kerusi
2. Duduk dengan menyilang kaki
3. Duduk dalam keadaan mengilas kekiri dan kekanan
Di antara aktiviti berdiri yang dikenal pasti :
1. Berdiri lurus
2. Berdiri dengan membongkok ke hadapan
3. Berdiri sambil menghayun kaki kiri ke kiri dan kanan serta diulang caranya dengan kaki
4.
5.
6.
7.

kanan
Berdiri dengan mengilas ke kiri dan ke kanan
Berdiri dengan memusing tangan kiri mengikut lawan arah jam dan putaran jam
Berdiri dengan menggoyangkan pinggang ke kiri dan ke kanan
Berdiri dengan menghayun badan ke kiri dan ke kanan

Kemahiran Manipulasi Alatan


Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang dapat menyediakan diri pelajar untuk
mempelajari asas sukan dan seterusnya menguasai kemahiran sukan yang pelbagai.
Pembelajaran manipulasi alat mesti melibatkan objek seperti pundi kacang, bola kecil,bola
besar, gelung, rotan, batang rotan, tali dan relang getah.
Manupulasi alat ialah bagaimana cara kita mengayakan atau mempergunakan alatan dengan
cara yang betul dan cekap untuk membentuk gerakan.Kemahiran manipulasi alat hendaklah di
bina di peringkat umur pra sekolah atau sekolah rendah. Kemahiran ini memerlukan
penggunaan angota badan untuk mengawal,mengawasi atau menangani sesuatu.objek.

Kemahiran manipulasi alat merupakan asas kepada kemahiran sukan yang perlu dibina
daripada peringkat kanak-kanak. Kemahiran asas manipulasi alat dapat meningkatkan kordinasi
angota badan contohnya tangan- mata, kaki mata dan lain-lain.
Di antara aktiviti membaling yang dikenal pasti :
1. Membaling payung ke udara
Di antara aktiviti membaling yang dikenal pasti :
1.

Menyambut payung yang di dibaling oleh pasangan

ANALISIS JENIS JENIS PERGERAKAN


Di dalam persembahan mereka, terdapat beberapa jenis pergerakan yang dikenal pasti

Melompat
Berlari
Berjalan
Skip
Membuat bulatan
Meregang
Menarik
Menolak
Menghentak kaki

ANALISIS BAHAN RANSANGAN


Penggunaan kostum

Penggunaan kostum mereka sangat bersesuaian dengan tema yang dipilih. Mereka memakai
pakaian lanun yang selalu dilihat di dalam cerita dongeng kanak-kanak. Topi yang ditampal
lambang lanun iaitu tengkorak bertutup mata sebelah sangat sesuai kerana ianya sangat
melambangkan yang mereka adalah lanun. Pemilihan warna baju yang dipilih seperti hitam
melambangkan kejahatan dan misteri seorang lanun. Manakala warna merah melambangkan
perjuangan dan pengorbanan yang mereka tempuh di dalam kapal. Warna putih pula
melambangkan jati diri lanun yang gagah perkasa serta egois.
Penggunaan make-up juga sangat menarik. Lukisan parut di pipi dan mata melambangkan
kesan-kesan tempuran. Manakala kening yang ditebalkan menampakkan wajah yang garang
dan bengis.

Penggunaan Prop

Mereka menggunakan tiga buah kerusi dan 4 buah payung sebagai prop persembahan.
Penggunaan kerusi digunakan pada segmen pertama persembahan di mana mereka
memulakan persembahan dengan memulakan perjalanan kapal lanun mereka.

Penggunaan payung di dalam persembahan mereka pula digunakan secara maksimum iaitu
dari awal persembahan hingga akhir persembahan. Mereka menggunakan payung sebagai
stereng kapal, gear kapal, ombak dan pedang.

Kesedaran kumpulan

Kesedaran kumpulan lebih memberi tumpuan kerjasama kumpulan sebagai satu unit yang
menunjukkan mereka mempunyai minat dan tujuan yang sama. Ahli kumpulan mempunyai
peranan mereka tersendiri sama ada sebagai ketua atau pengikut kumpulan tersebut untuk
membentuk pergerakan.
Ahli dalam kumpulan mempunyai peranannya sendiri sama ada sebagai pemimpin atau
pengikut. Peranan boleh dimainkan apabila seseorang dilantik sebagai ketua. Ahli kumpulan
akan meniru pergerakan ketua. Setiap ahli kumpulan akan bergerak berpandukan pergerakan
ketua. Pergerakan itu boleh disesuaikan mengikut peranan masing-masing.
Di dalam persembahan mereka, jelas mereka telah melantik Shamil sebagai ketua untuk
memipin pergerkan mereka. Kiraan langkah dan pergerakan adalah mengikut ketua.

Komen dan cadangan


Pada pendapat saya, keseluruhan persembahan adalah bagus. Setiap pergerakan yang
dilakukan mempunyai simbolik kepada tema yang dipilih dan bersesuaian. Walaupun ada
sedikit ketidaklancaran dalam pergerakan, namun saya yakin mereka mampu untuk
melaksanakannya dengan lebih sempurna sekiranya latihan yang kerap lagi. Penguasaan
pentas mereka sangat baik dan kelihatan sangat selesa dan yakin semasa membuat
persembahan.
Saya mencadangkan mereka membuat backdrop gambar lautan supaya ianya nampak lebih
menarik.

You might also like