You are on page 1of 19

1.

Pendahuluan
Tugasan BMM3043E PEngajaran Kemahiran Bahasa Melayu mengandungi dua
bahagian, iaitu menghasilkan esei ilmiah dan rancangan pengajaran harian. Esei ilmiah
adalah berkaitan dengan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik

pengajaran

kemahiran bahasa melatu sekolah rendah. Manakala rancangan pengajaran adalah


untuk satu sesi pengajaran selama 60 minit.
2. Tugasan 1: penulisan ilmiah
2.1

Pengenalan

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah digubal untuk membolehkan


murid berketerampilan dalam berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan
diri, memperoleh pengetahuan, ilmu, kemahiran, maklumat, nilai dan idea serta hubungan
sosial dalam kehidupan harian. Maka,murid-murid perlu menguasai kemahiran bahasa untuk
mencapai matlamat tersebut.
Kemahiran bahasa terdiri daripada kemahiran lisan, kemahiran membaca dan
kemahiran menulis. Kemahiran lisan termasuklah kemahiran mendengar dan bertutur.
Kemahiran-kemahiran ini penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
sekolah rendah kerana ia merupakan kemahiran asas bagi kanak-kanak untuk menguasai
objektif pengajaran dan pembelajaran.
Guru-guru perlu menggunakan pelbagai pendekatan, teknik dan kaedah yang
bersesuaian untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Pengguaan pendekatan,
kaedah dan teknik yang sesuai akan memberi kesan positif kepada murid-murid.

2.2

Pendekatan, strategi, kaedah, dan teknik pengajaran kemahiran Bahasa

Melayu Sekolah Rendah


Menurut Kamus Dewan (1998), pendekatan adalah cara atau langkah-langkah untuk
memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas. Termasuklah arah atau hala yang kita ambil
untuk menuju sesuatu sasaran. Pendekatan yang dipilih biasanya berdasarkan teori-teori yang
tertentu. Mok Soon Seng (1992) pula mengatakan pendekatan ialah cara mendekati sesuatu
mata pelajaran. Iaitu cara bagaimana suatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya.
Jadi ia merupakan satu set teori yang sistematik.
Strategi pula ialah ilmu tentang cara-cara merancang dan melaksanakan sesuatu
tindakan, rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan (Kamus
1

Dewan,2013). Manakala kaedah pula ialah satu siri tindakan yang sistematik dengan tujuan
mencapai objektif pelajaran dalam jangka masa pendek. Menurut Mok Soon Seng (1992),
kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah penyampaian
yang tersusun. Teknik ialah kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah
mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Kemahiran lisan merujuk kepada keupayaan seseorang atau beberapa orang bertutur,
berkomunikasi atau berinteraksi menyampaikan idea, pandangan, dalam percakapan serta
perbualan. Orang terlibat akan saling menghantar dan menerima maklumat dan memberi gerak
balas tertentu. Kemahiran mendengar ialah proses yang melibatkan aktiviti pemerolehan
maklumat; manakala kemahiran bertutur pula melibatkan proses menjana dan menghasilkan
maklumat.
Pendekatan situasi dan pendekatan komunikatif amat sesuai dipraktikan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan dalam bilik darjah. Pendekatan situasi
diperkenalkan oleh Mackey (1965), menegaskan bahawa pernyataan lisan merangkumi semua
unsur kefahaman mendengar dan penggunaan unsur-unsur bunyi bahasa yang betul dalam
pola, nada, dan intonasi tertentu. Ia juga meliputi aspek pemilihan kata-kata dan unsur-unsur
infleksi yang disusun dengan betul supaya tergambar juga maksud yang betul mengenainya.
Pendekatan situasi berlandaskan teori struktural dan teori pembelajaran behaviouris
beranggapan bahawa murid-murid perlu menguasai kemahiran membuat tanggapan,
mengingat, membunyikan perkataan dan struktur bahasa sebelum dapat menguasai kemahiran
lisan. Ini disebabkan melaluinya aspek penggunaan dan penguasaan bahasa secara lisan
dapat diperbaiki dari semasa ke semasa. Pendekatan ini mementingkan penyebutan unsurunsur bunyi bahasa atau kecekapan bahasa.
Dalam mengaplikasikan pendekatan situasi, guru perlu memberi peneguhan kepada
setiap satu gerak balas murid yang betul supaya gerak balas tersebut diulangi lagi. Selain itu,
guru perlu memahami proses yang terlibat dalam pertuturan supaya dapat memandu dan
melatih murid-murid menggunakan alat-alat pertuturan mereka serta dapat menyebut bunyi dan
struktur bahasa dengan betul.
Untuk mendorong minat murid-murid mempelajari bahasa, pengajaran kemahiran
bertutur perlu dimulakan pada peringkat awal. Pita rakaman merupakan bahan latih tubi yang
boleh digunakan oleh guru dalam melatih murid-murid bertutur. Apabila murid-murid
mempelajari bahasa kedua, guru perlu memandu mereka melalui latih tubi menggunakan alatalat pertuturan mereka bagi menghasilkan sebutan-sebutan bahasa yang baru mereka pelajari
itu.

Pendekatan komunikatif pula mengutamakan kecekapan komunikatif. Ia menegaskan


bahawa kemahiran bertutur merangkumi kecekapan menggunakan unsur-unsur bahasa yang
terkandung dalam kemahiran bertutur tersebut serta kecekapan berkomunikasi dalam sesuatu
interaksi atau komunikasi bahasa. Untuk memastikan kemahiran bertutur meliputi kecekapan
bahasa dan kecekapan komunikasi, pendekatan komunikatif mencadangkan bahawa
pengajaran bertutur mestilah berlandaskan beberapa prinsip.
Antaranya, guru perlu mendorong murid berinteraksi dengan rakan-rakan mereka.
Komunikasi sebagai objektif kemahiran bertutur perlu menjadi objektif dalam proses pengajaran
dan pembelajaran guru dalam bilik darjah. Murid menguasai kecekapan berbahasa dan
menggunakannya dalam konteks penggunaan bahasa yang sebenarnya.
Selain itu, guru perlu mendedahkan murid-murid kepada pelbagai situasi formal dan tak
formal dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur. Tujuannya,
murid dapat menggunakan pelbagai strategi komunikasi yang sesuai dengan situasi bertutur
tersebut. Pendedahan ini dapat melatih murid berfikir dan menggunakan pelbagai bentuk
bahasa, paralinguistik dan bukan linguistik bagi menyampaikan mesej mereka dengan lebih
berkesan.
Di samping itu, guru juga perlu membentuk hubungan yang positif dengan murid dan di
antara murid. Dengan ini, persekitaran pembelajaran yang mendorong murid untuk bertutur
dengan lebih selesa, yakin dan berkesan dapat dibentuk. Aktiviti bertutur dapat terlaksana
dengan jayanya sekiranya murid berpengalaman dan berpengetahuan tentang perkara yang
dibincangkan. Oleh itu, guru perlu mendedahkan murid kepada pengalaman dan pengetahuan
yang berkaitan melalui alat bantu mengajar, lawatan, keratan akhbar, bahan bacaan dan bahan
rakaman.
Terdapat beberapa kaedah yang boleh dipraktikkan dalam pengajaran kemahiran lisan.
Kaedah terus beranggapan bahawa murid-murid dapat mempelajari bahasa dengan cara
mendengar pelbagai perbualan dalam bahasa sasaran dan kemudian melibatkan diri dalam
perbualan tersebut. Murid-murid digalakkan memahami perkataan dan frasa yang sukar
berdasarkan konteks penggunaan bahasa tersebut. Guru perlu menghuraikan makna dengan
menggunakan bahasa sasaran, lukisan, lakaran, lakonan, gerak laku dan sebagainya.
Dengan pengaplikasian kaedah terus, tatabahasa diajar melalui tunjuk cara dan contoh
yang sesuai. Murid dilatih untuk membuat kesimpulan terhadap bentuk-bentuk struktur yang
dipelajari secara induktif dan guru bahasa perlu menggunakan pengetahuan linguistik bagi
mengajar sebutan dan intonasi yang betul. Kaedah ini membolehkan murid menguasai
kemahiran bertutur dengan baik. Kaedah ini berjaya sekiranya murid terlibat secara aktif dalam
pertuturan dan mempraktikkan kemahiran yang diajar di luar bilik darjah.
3

Kaedah linguistik ialah kaedah yang mendahulukan perkataan yang hampir sama bunyi
daripada kedua-dua bahasa yang dibandingkan dan ayat yang mempunyai bentuk yang sama.
Dengan ini, boleh memahami dan bertutur dlam bahasa sasaran dengan menggunakan
sebutan yang baik. Guru boleh melaksanakan pengajaran dengan menyebut bunyi perkataan
dalam bahasa sasaran dan murid membunyikan bunyi-bunyi tersebut.Seterusnya, guru
memberi contoh struktur ayat atau unsur-unsur tatabahasa dan murid membuat kesimpulan
berdasarkan contoh-contoh yang diberi oleh guru.
Kaedah komunikatif dibentuk berlandaskan teori interaksi.Kaedah ini berprinsip bahawa
kanak-kanak memperoleh bahasa melalui proses kognitif dan interaksi bahasa.Kaedah ini
bertujuan membolehkan murid menguasai kecekapan bahasa dan kecekapan menggunakan
unsur-unsur bahasa yang dipelajari dalam konteks penggunaan yang sebenar. Oleh itu,
pengajaran guru perlu merangkumi kecekapan bahasa dan komunikatif. Kanak-kanak
menguasai makna terlebih dahulu dan membuat gambaran makna tersebut dalam struktur ayat
tertentu.
Kaedah ini menegaskan bahawa pengajaran bertutur mestilah melalui huraian bahasa
dalam teks dan wacana dan bukan secara ayat pencilan. Pengajaran bertutur hendaklah
mementingkan pengetahuan tentang bahasa dan penggunaan unsur bahasa dalam
konteksnya.
Murid-murid dibenarkan membuat kesilapan di mana mereka melakukannya semasa membuat
percubaan hipotesis terhadap bahasa yang mereka gunakan. Kaedah ini juga mementingkan
pengetahuan tentang bahasa dan penggunaan unsur bahasa dalam konteksnya.
Setelah guru memilih pendekatan dan kaedah untuk menyampaikan sesuatu kemahiran
lisan, guru perlu memilih teknik pengajaran pula. Guru boleh menggabungkan beberapa teknik
pengajaran yang sesuai sebagai strategi pengajaran kemahiran bertutur. Antaranya latih tubi,
bercerita, tunjuk cara, penyelesaian masalah, lakonan, perbincangan , berbahas, perbualan dan
sebagainya.
Kemahiran membaca dan memahami adalah kemahiran yang saling melengkapi.
Kemahiran ini diajarkan kepada murid-murid supaya mereka dapat bertindak balas terhadap
maklumat yang diperoleh dalam bentuk tulisan. Daripada kemahiran ini, mereka dapat
memperluas ilmu dan pengetahuan yang terakam dalam bahan bertulis. Kemahiran membaca
mesti

diajar

mengikut

peringkatnya

supaya

penguasaannya

memperlihatkan

satu

perkembangan yang meningkat. Isi pelajaran yang disampaikaan haruslah bermula daripada
yang mudah kepada yang sukar supaya murid-murid dapat menguasai kemahiran membaca
senyap dan memahami apa yang dibaca pada akhirnya.

Kemahiran membaca perlu diajar menggunakan pendekatan dan kaedah yang sesuai
agar dapat memberi kesan dalam pembacaan. Kemahiran ini perlu diajar secara berperingkat
agar demi penguasaan yang optimum. Bahan bacaan perlu dipelbagaikan dan diajar
menggunakan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang sesuai dan berkesan untuk
mencapai hasil pembelajaran kemahiran membaca. Terdapat empat pendekatan dalam
pengajaran kemahiran membaca. Antaranya pendekatan binaan, pendekatan cerakinan,
pendekatan komunikati, dan pendekatan pengalaman bahasa.
Mengikut pendekatan binaan atau pendekatan sintesis, pengajaran kemahiran
membaca dimulakan dengan memperkenalkan unsur-unsur yang terkecil terlebih dahulu dan
diikuti dengan unsur yang lebih besar. Murid-murid diperkenalkan dengan huruf terlebih dahulu
dan diikuti suku kata, perkataan dan akhirnya membentuk ayat.
Pendekatan cerakinan adalah pendekatan pengajaran yang memperkenalkan unsurunsur besar terlebih dahulu. Unsur-unsur yang besar ini akan dicerakinkan kepaa unsur-unsur
yang kecil dan membentuk struktur yang besar. Contohnya guru memperkenalkan sesuatu ayat
dan kemudiannya mencerakinkan ayat tersebut kepada perkataan, suku kata dan seterusnya
huruf. Tujuannya murid dapat menghubungkaitkan huruf yang tidak bermakna dan abstrak
dengan ayat yang bermakna.
Pendekatan komunikatif mementingkan penggunaan bahasa dalam komunikasi. Guru
perlu

merancang

pembelajaran

yang

boleh

mewujudkan

situasi

murid-murid

boleh

berkomunikasi dengan cekap. Murid-murid perlu mengetahui tujuan aktiviti yang dilakukan
sebelum berinteraksi dalam bentuk kerja kumpulan atau secara berpasangan. Contoh aktiviti
adalah seperti bercerita, teater pembaca, laporan dan ulasan buku.
Pendekatan pengalaman bahasa menitikberatkan pengalaman atau pengetahuan sedia
ada murid-murid dalam membaca. Murid-murid lebih mudah memahami isi pelajaran yang
disampaikan oleh guru sekiranya mereka mempunyai pengalaman membaca bahan yang
menggunakan laras yang sama atau berpengatahuan mengenai bidang yang dibincangkan.
Terdapat tiga peringkat pemahaman dalam proses membaca, iaitu lateral, interpretasi
dan inferens serta penilaian makna. Murid-murid perlu mempunyai pengalaman atau
pengetahuan sedia ada untuk setiap peringkat supaya mereka dapat menguasai peringkatperingkat tersebut dengan lebih mudah. Pengalaman murid-murid membaca bahan bacaan
yang pelbagai laras, susuk ayat dan lain-lain akan memudahkan mereka mengenali tulisan
tersebut.
Oleh itu, guru perlu memberi sebanyak yang mungkin pengalaman kepada murid-murid
untuk membantu mereka memahami bahan yang dibaca. Pengalaman tersebut boleh terdiri
5

daripada pengalaman sendiri atau pengalaman orang lain. Bahan bacaan yang dipilih oleh guru
untuk murid-murid perlulah bersesuaian dengan pengetahuan sedia ada mereka. Bahan-bahan
sokongan seperti gambar, grafik dan bahan maujud perlu disediakan oleh guru untuk membantu
murid-murid menguasai konsep yang ingin disampaikan oleh guru.
Selain itu, guru perlu membimbing murid untuk melaksanakan perbincangan mengenai
bidang yang terdapat dalam teks bacaan sebelum aktiviti membaca dimulakan. Bentuk dan
laras bahan bacaan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran perlu dipelbagaikan
Terdapat tiga kaedah yang digunakan oleh guru dalam pengajaran kemahiran
membaca. Antaranya kaedah pandang sebut, kaedah abjad dan kaedah fonetik. Kaedah
pandang dan sebut juga dikenali sebagai kaedah seluruh perkataan kerana pelajaran
dimulakan dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata. Aktiviti
utama kaedah ini adalah memandang dan menyebut.
Juriah Long et. al.(1994) mengatakan perkataan diperkenalkan kepada murid-murid
dengan menggunakan kad-kad perkataan. Semasa kad diimbaskan, murid-murid memandang
gambar objek dan menyebut perkataan pada bahan yang ditunjukkan. Murid-murid perlu
mengenali lambang secara keseluruhan, iaitu lambang yang berbentuk sesuatu perkataan.
Mereka perlu mengenali banyak lambang untuk membaca suatu ayat yang pendek.
Kaedah abjad atau kaedah mengeja ialah kaedah yang berfokus pada penghafalan
abjad, pembentukan suku kata dan aktiviti mengeja. Menurut Juriah Long et. al.(1994), untuk
membolehkan murid-murid mengeja perkataan, mereka perlu berusahan untuk menghafal abjad
dan membentuk suku kata. Nama-nama huruf perlu dikenalpasti terlebih dahulu sebelum
menyebutnya melalui latihan menyebut dan menghafal dari huruf a hingga z mengikut
susunan. Kemudiannya diikuti dengan mengeja suku kata dan perkataan. Abdul Aziz Abdul
Talib (2000), mengatakan huruf besar diperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf kecil.
Manakala Raminah Haji Sabra dan Rahim Syam (1985) mengatakan huruf besar dan huruf
kecil didedahkan secara serentak.
Murid menghafal semua nama huruf terlebih dahulu dan diikuti dengan nama dan bunyi
vokal. Murid-murid perlu menghafal nama semua huruf yang diperkenalkan serta mengenal
bunyinya. Ini disusuri dengan pembentukan suku kata secara berturutan dan membentuk
perkataan. Latih tubi mengeja eprkataan perlu diadakan untuk memperkukuhakan kemahiran
mengeja murid-murid.
Kaedah fonik ialah kaedah yang memfokuskan penguasaan murid terhadap hubungan
antara huruf dengan bunyinya. Murid-murid hanya perlu ingatkan bentuk huruf dan bunyinya
tanpa mengingat nama huruf. Huruf vokal diperkenalkan kepada murid-murid terlebih dahulu
6

dan diikuti dengan pengenalan huruf konsonan, pembentukan suku kata dan pembentukan
perkataan yang bermakna dalam satu atau dua pelajaan sahaja. Murid dapat membaca dan
memahami perkataan yanag dibaca dengan cepat.
Terdapat beberapa teknik yang boleh diaplikasikan untuk mengajar kemahiran
membaca. Antaranya teknik SQ3R, KWLH, RADAR, tatacerita dan teater pembaca. Guru perlu
memilih teknik yang sesuai dengan objektif pengajaran dan pembelajaran dan kebolehan murid
supaya dapt meningkatkan minat murid terhadap pelajaran dan menggalakkan murid untuk
berfikir secara kreatif dan kritis.
SQ3R ialah singkatan untuk tinjau, soal, baca, imbas kembali dan baca semula. Tinjau
ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang isi bahan bacaan
melalui membaca tajuk besar, tajuk kecil, gambar dan ilustrasi, pengenalan dan perenggan
terakhir di bahagian buku atau teks. Seterusnya, murid-murid perlu menyenaraikan satu siri
soalan yang berkaitan dengan bahan bacaan. Soalan ini menjadi garis panduan kepada murid
semasa membaca nanti. Mereka perlu mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut.
Pada peringkat baca, murid-murid membaca bahan bacaan secara aktif dan menjawab
soalan tadi. Soalan tambahan boleh disenaraikan berdasarkan perkembangan kefahaman dan
keinginan murid. Kemudiannya murid perlu mengimbas kembali isi bahan bacaan dan
membaca semula bahagian-bahagian teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapanjawapan kepada soalan yang disenaraikan.
KWLH ialah singkatan untuk know, want, learned dan how. Melalui teknik ini, muridmurid perlu mengingat apa yang diketahui, membayang dan menentukan apa yang ingin
diketahui dan membuat bacaan awal. Teknik ini membolehkan murid-murid mengaitkan
pengetuan sedia ada dengan bahan yang dibaca, menentukan bahan yang telah diperoleh dari
pembacannya, dan menentukan bahan yang perlu dibaca.
RADAR ialah singkatan untuk membaca, menganalogi, berbincang, mengaplikasi dan
menyemak. Teknik ini direka oleh Martin pada tahun 1983. Teknik ini membolehkan murid
menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada dengan perkara yang baharu. Murid-murid perlu
membaca petkan dan medapat maklumat yang dikehendaki. Kemudian, mereka perlu
menerangkan konsep, idea, tempat hubungkait dan menyenaraikan persamaan tentang bahan
bacaan tadi dan membuat perbandingan. Seterusnya, murid-murid berbincang secara
mendalam tentang perkara yang dibandingkan. Akhirnya, murid-murid membuat penyelidikan
lanjutan tentang apa yang dibincangkan atau membuat rumusan.
Teknik teater merupakan teknik yang melibatkan sekumpulan murid untuk menghayati
dan embaca skrip cerita dengan sebutan, nada dan intonasi yang betul supaya gambaran cerita
7

dapat dipersembahkan. Gerak aksi yang sesuai dengan isi bahan bacaan perlu dilakukan oleh
murid-murid supaya penonton dapat memahami dan menghayati cerita mereka.Untuk
melaksanakan teknik ini, guru perlu memilih cerita yang sesuai dengan kebolehan murid dan
bahagikan plot kepada murid-murid. Murid-murid perlu memahami watak dan membaca cerita
dengan baik.
Teknik bercerita dapat membina kecekapan berbahasa murid-murid kerana cerita
merupakan sesuatu yang dpat menarik minat dan perhatian mereka. Latihan pemahaman,
perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan melalui teknik ini.
Penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam kalangan murid
dapat ditingkatkan. Guru perlu memilih cerita yang sesuai dengan tahap murid dan isi pelajaran.
Selain itu, guru perlu memberi perhatian tentang perkembangan cerita dan teknik
persembahan.
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah menyatakan kemahiran menulis
merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea yang
berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi melalui pelbagai jenis penulisan
kreatif dan bukan kreatif. Penekanan juga diberi pada penulisan yang menggunakan ayat yang
gramatis, tanda baca dan tatabahasa serta ejaan yang betuk dengan tulisan yang jelas dan
kemas. Murid-murid digalakkan menggunakan keativiti mereka untuk menghasilkan penulisan.
Kemahiran menulis diajar kepada murid-murid supaya mereka dapat merakamkan
perkara yang didengar, dilihat atau dialami dalam bentuk tulisan. Selain itu, mereka juga dapat
menggunakan kemahiran berfikir dengan sebaik mungkin. Kombinasi yang melibatkan minda,
mata, telinga dan jari ini akan menghasilkan kemahiran menulis yang sistematik. Kemahiran
menulis juga melatih murid-murid bentuk penggunaan bahasa yang betul berdasarkan sesuatu
jenis karangan tertentu di samping menggunakan format karangan yang betul.
Selain itu, murid-murid boleh menggunakan pengalaman menulis karangan ke dalam
kehidupan harian dan menyuburkan minat murid-murid. Murid-murid berpeluang untuk

meluaskan kosa kata apabila mereka berinteraksi dengan orang lain. Kemahiran ini
memberikan kepuasan jiwa kepada semua penulis kerana mampu melahirkan perasaan
mereka menerusi tulisan.
Terdapat dua pendekatan yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran kemahiran
menulis. Iaitu pendekatan proses dan pengalaman bahasa. Menurut Keh (1990), penggunaan
pendekatan proses dalam pengajaran penulisan karangan bukanlah satu yang baru.
Pendekatan ini telah digunakan sejak 1970-an. Schwartz(1990) menerangkan bahawa
8

pendekatan proses berperanan penting dalam penulisan karangan yang mana murid dibantu
untuk melalui proses merancang, membuat draf dan menyemak teks.
Pendekatan proses menekankan proses dalam penghasilan sesebuah karangan, bukan
kepada hasil penulisan tersebut. Penulisan akan dimulai dengan proses menulis draf,
menyemak dan membincangkannya. Murid-murid akan dilihat dari aspek format yang betul,
struktur penulisan yang sesuai dan penggunaan tatabahasa yang tepat sebagai suatu penulisan
yang baik. Oleh itu, pendekatan ini memerlukan penulis menguasai kemahiran bahasa yang
baik, di samping mempunyai pengetahuan tentang format atau model penulisan yang baik.
Untuk melaksanakan pendekatan ini, murid-murid perlu mengumpul bahan berdasarkan
tajuk yang diberikan oelh guru. Pendekatan ini boleh dilakukan secara berkumpulan atau
individu.Murid-murid menyusun isi selepas berbincang dengan guru dan membuat rangka
karangan sebelum menulis karangan yang lengkap.
Pendekatan pengalaman bahasa memberi penekanan kepada murid-murid dalam
membaca. Yahya Othman (2005) menyatakan, pengalaman murid-murid membaca pelbagai
bahan yang mempunyai pelbagai laras memudahkan mereka mengenali dan menulis sesuatu
perkara yang berkaitan. Pada peringkat interpretasi dan inferens, pengetahuan atau
pengalaman murid-murid sangat diperlukan untuk mentafsir makna yang ingin disampaikan
oleh penulis. Murid-murid mudah mentafsir makna sekiranya bahan yang hendak ditulis
berkaitan dengan suatu bidang yang diketahuinya
Pendekatan pengalaman berbahasa berasaskan prinsip bahawa kemahiran berbahasa
tidak boleh dipecah-pecahkan dalam bentuk yang berasingan, seperti kemahiran mendengar,
bertutur, membaca,dan menulis. Oleh itu, pendekatan ini menekankan konsep dan penggunaan
struktur bahasa yang bermakna,yang boleh dituturkan dan dituliskan. Pendekatan ini juga
mengeksploitasi pengalaman bahasa yang bermakna dalam kalangan murid-murid untuk
dijadikan bahan perbincangan dalam proses penulisan karangan
Untuk mengaplikasikan pendekatan ini, guru perlu memberi sebanyak mungkin
pengalaman kepada murid-murid untuk membantu mereka memahami bahan yang dibaca.
Pengalaman boleh terdiri daripada pengalaman sendiri atau pengalaman orang lain. Guru juga
perlu memilih karangan yang bersesuaian dengan pengalaman murid dan menyediakan bahanbahan sokongan lain seperti gambar, grafik, bahan maujud dan sebagainya untuk membantu
murid-murid menulis dan mendapatkan idea. Sesi perbincangan mengenai isi karangan perlu
dijalankan sebelum aktiviti menulis.
Teknik peta minda dan teknik penyoalan ialah teknik yang boleh digunakan untuk
mempertingkatkan kemahiran menulis. Kedua-dua teknik ini boleh diaplikasikan dengan
9

pendekatan proses. Teknik peta minda digunakan untuk membimbing murid-murid agar
menghasilkan isi yang bernas dan tersusun dalam penulisan. Dalam teknik ini, guru perlu
menyenaraikan isi-isi serta huraian yang dihasilkan melalui perbincangan dengan murid, dalam
bentuk peta minda di papan tulis. Murid dapat melihat kesinambungan isi-isi dan perkara yang
berkaitan dengan tajuk karangan dengan mudah melalui peta minda.
Teknik penyoalan boleh digunakan untuk mencungkil idea dalam penulisan karangan.
Guru perlu menyediakan soalan soalan yang berkaitan dengan isu atau perkara yang akan
ditulis. Penyoalan yang melibatkan apa, bila, mengapa, dan bagaimana boleh digunakan untuk
menggalakkan murid berfikir k e arah isi-isi penulisan.
2.3

Rumusan

Perhubungan

antara pendekatan,

kaedah dan teknik dalam

pengajaran

dan

pembelajaran kemahiran bahasa adalah sangat rapat. dan merupakan satu gabungan yang
saling berkaitan dan melengkapi antara satu sama lain bagi mewujudkan satu proses
pengajaran dan pembelajaran. Ciri-ciri yang terdapat di antara konsep-konsep ini ,apabila
diaplikasikan dalam bilik darjah akan membentuk satu pembelajaran yang kondusif, ceria dan
seterusnya objektif akan tercapai.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, unsur-unsur ini adalah saling berinteraksi,
selaras dan menyaling. Oleh itu, perancangan yang baik dan lengkap untuk menggunakan
unsur-unsur ini akan menghasilkan satu pengajaran yang bermutu serta pembelajaran yang
berkesan.
2.4

Rujukan
Abdul Aziz Abd. Talib, 2000. Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan

Teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publications.


Bahagian Pembangunan Kurikulum.(2014). Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran Bahasa Malaysia Tahun 5.Putra Jaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Juriah Long (1994). Keberkesanan Pengajaran Bahasa Melayu Oleh Guru
Pelatih

UKM Dari Persepsi Pelatih Dan Pengajar Sekolah. Retrieved from

http://eprints.utm.my/12171/1/JEPC-2011-1-004.pdf
Kamus Dewan Bahasa. (1998). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka
10

Kamus Dewan Bahasa. (2013). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan


Pustaka.
Mok Soon Seng (1992). Pedagogi 2: Strategi pengajaran pembelajaran
mikro. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.
Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam, 1985. Kaedah Pengajaran Bahasa
Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

3.0

Tugasan 2:Rancangan Pengajaran Harian


3.1

Rancangan Pengajaran Harih


(Pengajaran Kemahiran Membaca Tahun 5)

Tarikh
Tahun
Bil Murid
Masa
Mata Pelajaran
Tema
Tajuk

: 23.2.2015
: 5 Kasih
: 23 orang
: 0710-0810
:Bahasa Malaysia
:Ziarah Keluarga
:Kunjungan Mesra

Standard Kandungan
2.3 Membaca kuat pelbagai bahan bacaan
dengan

lancar, sebutan

yang

jelas

Standard Pembelajaran
2.3.1 Membaca kuat pelbagai jenis ayat

dan daripada
11

sesuatu

bahan

bacaan

dengan

intonasi yang betul.

lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang


betul dan berjeda.

Objektif

SIstem Bahasa
Tatabahasa
Kosa kata

:Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:


1 membaca petikan dengan intonasi dan nada yang betul
2 menyatakan kata kerja yang terdapat dlam petikan
3 membina lima ayat tunggal atau ayat majmuk
:kata kerja
:beralih, menyuapkan

Pengisian Kurikulum/Elemen Merentas Kurikulum:


Ilmu
:Pendidikan Moral
Nilai murni
:baik hati, prihatin, kasih sayang
Teknologi maklumat dan komunikasi : LCD

Strategi
Kemahiran berfikir

Kecerdasan pelbagai
Kemahiran belajar cara belajar
Pembelajaran kontekstual

:menaakul gambar, mengumpul maklumat,


menjana idea, membuat andaian
:verbal-linguistik, interpersonal
:bacaan intensif
:menghubungkait

Bahan bantu mengajar/Bahan Bantu Belajar:


No
1
2
3
4
5
6

Jenis
Komputer riba
LCD
Teks: Sayangi nenek
Lembaran kerja pengayaan
Lembaran kerja pemulihan
Kamus

Pengetahuan Sedia ada

Bil
1
1
20
17
6
12

:murid-murid ada pengalaman menziarahi orang tua

Isi Pelajaran
Soalan

Langkah dan aktiviti


Set induksi (5 minit)(Lisan)

1.1 Nyatakan tempat dan


suasana berdasarkan
gambar ini.

Aktiviti 1:
1 Murid meneliti gambar
keluarga Soon Keat
12

Catatan
BBB/BBM:
-gambar
(lampiran 1)
-LCD

-watak: doktor , jururawat,


ahli keluarga Soon Keat
-Tempat:rumah nenek
-Suasana:cucu
menyuapkan makanan
kepada nenek
1.2 Apakah yang akan terjadi
kepada nenek jika tidak
dijaga?
-sakit berpanjangan
-meninggal dunia
1.3 Adakah anda akan
menjaga ibu bapa pada
masa hadapan?
Mengapa?
-Ya/tidak
-mereka telah
membesarkan kita
-terlalu sibuk bekerja dan
tiada masa untuk menjaga
mereka
2.1 Ke mana perginya
Soon Keat dan
keluarganya?
-rumah nenek
2.2 Mengapakah keluarga
Soon Keat berkunjung
ke rumah nenek?
-menziarahi nenek
yang jatuh sakit
2.3 Mengapakan Soon
Keat memicit kaki
nenek?
-membantu
mengurutkan kaki
nenek
-supaya nenek berasa
selesa
2.4 Siapa yang
menyuapkan nenek?
-Wei Wei
2.5 Apakah pesanan
doktor kepada Encik
Yap dan Puan Chan?
-nenek perlu
mendapat rehat yang
mencukupi.
1.1 Sila telitikan petikan dan

menziarahi nenek.
2 Guru bersoal jawab tentang
tempat dan suasana
berdasarkan gambar.

Pengisian Kurikulum:
-Nilai: kasih saying
-Ilmu:Pendidikan Moral
Strategi:
-KB:menaakul gambar
-KP:interpersonal
-Kontekstual:
menghubungkait
Pendekatan/Kaedah/
Strategi/Teknik:
-pendekatan situasi
-Perbincangan

Langkah 1 (15 minit)(membaca)


AKtiviti 1:
1 Murid membaca petikan dengan
sebutan dan intonasi yang betul.
2 Murid-murid dibahagikan kepada
lima kumpulan:pencerita, nenek,
Soon Keat, Doktor Tan dan Encik
Yap
3 Murid membaca petikan
berdasarkan watak yang diagihkan
dan dengan intonasi dan sebutan
yang betul.
Aktiviti 2:
1 Guru menjelaskan petikan.
2 Guru dan murid bersoal jawab
berdasarkan gambar dan urutan
petikan.

Langkah 2(15 minit)(menulis)


13

BBB/BBM:
-Buku teks muka surat 7
(lampiran 2)
Pengisian Kurikulum:
-KP:Verbal-linguistk
Strategi:
-BCB:Bacaan intensif
Pendekatan/Kaedah/
Strategi/Teknik:
-pendekatan komunikatif
-berpusatkan
murid/bahan
Hasil Pembelajaran
yang ingin dicapai:
-2.3.1

BBB/BBM:

nyatakan kata kerja yang


terdapat dalam gambar
-berjumpa
-merawat
-membantu
-memegang
-meletakkan
-menyayangi
-bergerak
-beralih
-memicit-micit
-berdiri
-memerhatikan
-mendapat
-mencukupi

Aktiviti 1:
1 Murid dikehendaki untuk
menyenaraikan kata kerja yang
terdapat dalam petikan ke dalam
bulatan pada microsof words
2 Guru membetulkan kesilapan
penulisan murid (jika ada)
Aktiviti 2:
1 Murid dikehendaki untuk
nyatakan kata kerja yang berkaitan
dengan sayangi nenek.
2 Guru melengkapkan peta buih
dengan kata kerja

-Buku teks muka surat 7


(lampiran 2)
Strategi:
-KB:menaakul gambar
-KB:mengumpul
Maklumat
Pendekatan/Kaedah/
Strategi/Teknik:
-peta buih (lampiran 3)
Hasil Pembelajaran
yang ingin dicapai:
-

2.1 sila nyatakan kata


kerja yang berkaitan
dengan sayangi nenek
-berdiri
-menyuap
-memicit-micit
Memegang

1.1 Sila carikan maksud katakata kerja menggunakan


kamus secara berpasangan.

Langkah 3 (15 minit) (menulis0


Aktiviti 1:
1 Guru mencari maksud kata
kerja yand disenaraikan dengan
kamus secara berpasangan
2 murid-murid menjelaskan
makna kata kerja yang dapat
disenaraikan oleh murid-murid.
3 Guru membetulkan kesilapan
(jika ada)
4 Guru memberikan beberapa
ayat contoh.

/BBM:
-Buku teks muka surat 7
(lampiran 2)
Strategi:
-KB:menjana idea
Sistem Bahasa:
kata kerja
Pendekatan/Kaedah/
Strategi/Teknik:
-berpusatkan
murid/bahan
Hasil Pembelajaran
yang ingin dicapai:
-

Pemulihan (5 minit)
-membina ayat tunggal
14

Kognitif/sosial/unsur didik
hibur
1.1 Nyatakan isi pelajarana
yang kita pelajari hari ini
-kata kerja
-membina ayat tunggal
-membina ayat majmuk
-cara membaca yang betul
1.2Apakah nilai murni yang
kita pelajari:
-baik hati
-kasih saya0ng

Pengayaan
Membina ayat majmuk
Penutup (5 minit):
Murid merumuskan isi
pelajaran pada hari ini.
Guru memberi pujian

BBM:
Pengisian Kurikulum
-Nilai: baik hati
Strategi:
-KB:membuat andaian
Sistem Bahasa:
kata kerja
Pendekatan/Kaedah/
Strategi/Teknik:
Hasil Pembelajaran
yang ingin dicapai:
-

Kerja susulan: kerja rumah (lampiran 4)


3.2

Lampiran

15

Lampiran 1

Petikan

16

Lampiran 2

17

Lampiran 3
Kata kerja
berjumpa

berada

merawat

memegang

membantu

meletakkan

berjumpa

berdiri

memerhati

mendapat

Peta buih

sayangi
nenek

3.3

Rujukan
18

menyayangi

bergerak

Memicit-micit

menyuapkan

mencukupi

19

You might also like