You are on page 1of 21

Kaedah Pengajaran Kemahiran Bahasa Kaedah adalah satu rencana atau satu siri tindakan guru yang sistematik

dan menyeluruh untuk mengajar sesuatu bahan bahasa, yang secara keseluruhannya mestilah didasarkan kepada pendekatan yang dianuti untuk mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Sesuatu kaedah tidak boleh bercanggah dengan pendekatan yang telah dirancang. Kaedah bercorak jangka masa pendek dan merupakan usaha keseluruhan yang terdiri daripada prosedur tersusun dan berdasarkan pendekatan yang dipilih. Kaedah bersifat prosedur yang terdiri daripada langkah-langkah dan peringkat-peringkat yang teratur yang harus dituruti dengan saksama untuk mencapai tujuan tertentu (Mangantar Simanjuntak,1982: 72). Menurut Abd. Aziz Abd Talib (2000), kaedah ialah cara yang digunakan dalam sesuatu proses pengajaran. Sesuatu kaedah pengajaran itu dirancang untuk mencapai objektif pengajaran yang berkaitan dengan sesuatu kemahiran bahasa. Terdapat beberapa kaedah pengajaran kemahiran bahasa KEMAHIRAN LISAN (MENDENGAR DAN BERTUTUR) Pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur memerlukan guru menguasai kaedah yang tepat. Kaedah merujuk kepada prosedur-prosedur mengajar yang wujud berdasarkan pendekatan pengajaran bahasa yang digunakan oleh guru. Pendekatan pengajaran bahasa yang digunakan adalah berlandaskan teori linguistik dan psikologi. Oleh itu, sesuatu kaedah yang digunakan tidak boleh bercanggah daripada pendekatan. Kaedah bersifat prosedur yang terdiri daripada langkah-langkah dan peringkat-peringkat yang teratur yang harus dituruti dengan saksama untuk mencapai tujuan tertentu. Rajah Perilaku - Ucapan Teori Chomsky

(Disesuaikan daripada Pengantar Psikolinguistik Moden, 1987: 5)

Kaedah Eklektik Pendekatan eklektik menggunakan dua atau lebih kaedah yang menggabungkan segala ciri yang baik daripada pendekatan tersebut dan menggunakannya dalam satu-satu pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini turut dikenali sebagai kaedah aktif kerana gabungan ciri-ciri yang baik daripada pelbagai kaedah lain yang dimilikinya. Berdasarkan kaedah eklektik, kemahirankemahiran bahasa diajarkan mengikut susunan, iaitu bertutur, menulis, memahami dan membaca. Aspek tatabahasa diajarkan mengikut situasi, iaitu sama ada secara deduktif ataupun induktif. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan meliputi latihan mendengar dan bertutur, bacaan kuat dan bersoal jawab.

Pendekatan eklektik dihasilkan dengan menggunakan gabungan pendekatan induktif dan deduktif. Pendekatan ini sesuai untuk kelas yang mempunyai murid pelbagai kebolehan. Guru tidak terikat dengan mana-mana pendekatan secara tetap tetapi

pengajarannya lebih luas dan mudah diubahsuai mengikut kesediaan pelajar waktu itu. Sebagai contoh, guru boleh memulakan P&P dengan memberikan contoh dan diikuti dengan kesimpulan.

Selain itu, proses P&P boleh diakhiri dengan memberikan contoh diikuti dengan generalisasi. Proses ini lebih menyerupai kepada pendekatan induktif. Jika guru memulakan pelajaran dengan memberikan peraturan atau generalisasi diikuti dengan contoh dan kemudian diakhiri dengan penerangan tentang peraturan, maka ianya lebih kepada pendekatan deduktif. Kebanyakan guru akan menggunakan ini dalam aktiviti pemulihan dan pengayaan.

Kesimpulannya, pendekatan eklektik ini sebenarnya dapat mengatasi kelemahan dan kekurangan yang terdapat pada kedua-dua pendekatan induktif dan deduktif. Mengikut pendekatan ini, guru menjadi lebih fleksibel dan mampu mengandalikan kelas mengikut kehendak dan keperluan murid

Kaedah Komunikatif Kaedah komunikatif mementingkan proses pemerolehan bahasa kanak-kanak yang melibatkan kognitif dan interaksi bahasa. Kaedah ini menitikberatkan pengajaran kecekapan bahasa, iaitu tatabahasa dan kecekapan komunikatif khususnya kemahiran mendengar dan bertutur. Ketika murid-murid melalui proses pemerolehan bahasa, mereka menguasai makna terlebih dahulu sebelum dapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat tertentu. Proses menggambarkan makna dalam struktur ayat tertentu tersebut memerlukan guru-guru melatih murid-murid menguasai kemahiran mendengar dan bertutur melalui aktiviti bahasa yang bermakna. Sehubungan itu, aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna dalam kaedah komunikatif ialah penyelesaian masalah, perbincangan, dialog, sumbang saran, wawancara dan sebagainya. Pendekatan komunikatif merupakan pendekatan yang berpusatkan murid iaitu berfokus kepada bentuk-bentuk komunikasi iaitu seperti meminta maaf, bercerita ataupun laporan. Situasi ini berlaku dalam amalan masyarakat seharian. Kebolehan murid melibatkan diri dalam situasi pengajaran dan pembelajaran bermakna di dalam bilik darjah merupakan kehendak standard untuk setiap warganegara yang bertanggungjawab dalam masyarakat moden dan demokratik. Kita harus melahirkan murid sebagai pemikir berkesan dan ini merupakan matlamat penting dalam dunia pendidikan. Jika kita inginkan murid bertindak secara efektif dalam setiap aktiviti yang dianjurkan, maka kita perlu menyesuaikan pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Melalui pendekatan ini, penekanan tentang penyerapan bentuk gramatikal adalah bagi tujuan komunikasi. Pendekatan ini wujud kerana didapati pendekatan lain lebih mementingkan penguasaan bahasa pada peringkat membina ayat-ayat yang betul secara pencilan yang terkeluar daripada konteks wacana. Hasilnya, murid tidak menguasai kecekapan

berkomunikasi. Penguasaan komunikasi adalah perlu agar murid dapat membuat pemilihan struktur ayat yang betul mengikut konteks bahasa.

Dalam kaedah komunikatif ini, beberapa prinsip perlu dipatuhi oleh guru agar murid dapat menggunakan bahasa yang betul dalam berkomunikasi antaranya ialah murid perlu mengetahui aktiviti yang dilakukan dan guru haruslah merancang terlebih dahulu aktiviti agar murid menggunakan bahasa dalam berkomunikasi. Selain itu, pengajaran bahasa dibuat dalam konteks wacana dan guru perlu mengajar bahasa yang melampaui batas ayat agar pelajar

dapat berkomunikasi secara berkesan. Pengajaran bahasa lebih mengikut proses komunikasi sebenar iaitu seperti perbualan dalam kehidupan sehari-hari.

Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak umum dan pendekatan ini seolah-olah menunjukkan suatu haluan tetapi tidak menerangkan bagaimana caranya untuk menuju haluan itu. Cara-cara yang digunakan untuk menuju arah yang ditetapkan oleh sesuatu pendekatan pengajaran adalah melalui kaedah-kaedah pengajaran.

Kaedah Fonetik

Kaedah fonetik kini serupa dengan kaedah terus kerana mementingkan penggunaan bahasa dalam konteksnya daripada keperluan menghafaz rumus- rumus bahasa ataupun

menghuraikan ayat-ayat secara pencilan.

Sehubungan dengannya, guru terlebih dahulu,

perlu memastikan penggunaan latih tubi unsur- unsur bahasa dalam aktiviti bertutur itu dikuasai sebaik-baiknya oleh murid sebelum mereka dibenarkan membaca bahan dalam konteks bahasa yang dipelajari itu. pengajaran dipilih Bahan-bahan yang digunakan dalam

dan disusun mengikut prinsip-prinsip yang terdapat dalam ilmu

linguistik. Justeru, ketika memilih perkataan, kaedah ini mendahulukan perkataan yang hampir- hampir sama bunyi daripada kedua-dua bahasa yang dibandingkan itu.

Kaedah Terus Kaedah terus beranggapan bahawa murid-murid dapat mempelajari bahasa dengan cara mendengar pelbagai perbualan dalam bahasa sasaran dan kemudian melibatkan diri dalam perbualan tersebut. Hal ini berlaku sebagaimana kanak-kanak belajar bahasa ibunda mereka, iaitu dengan cara mendengar, meniru dan mengulangi perlakuan bahasa yang mereka dengari sehinggalah mereka dapat membentuk satu kelaziman dalam berbahasa. Pengajaran bahasa kaedah ini mengutamakan bahasa lisan kerana menganggap bahawa dalam pembelajaran bahasa ibunda (natif) kanak-kanak belajar secara mendengar dan bertutur. Oleh kerana sebutan yang betul diutamakan, kaedah ini memerlukan ilmu fonetik. Jadi kaedah ini merupakan gabungan linguistik dengan pengajaran bahasa.

Pelajaran bahasa dimulai dengan menghubungkan murid-murid itu terus dengan bahasa yang hendak dipelajari. Kanak-kanak diperkenalkan dengan sistem bunyi bahasa itu.

Sebutan penutur natif dijadikan model dan pertuturan ini ditiru oleh murid-murid. Manakala soal terjemahan tidak digunakan langsung.

KEMAHIRAN MEMBACA Kamus Dewan Edisi Ketiga mentakrifkan membaca sebagai memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya. Makna lain ialah mengucapkan apa yang tertulis atau tercetak pada buku, papan tanda dan sebagainya secara lisan dengan kuat, memahamkan makna sesuatu seperti tanda, huruf dan sebagainya tidak dengan mata tetapi dengan yang juga dikenali sebagai braille. Ringkasnya, membaca ialah memindahkan tulisan kepada suara untuk menangkap makna dan memahami apa yang diabca. Dengan kata lain, membaca ialah menyuarakan tulisan, mengambil isi dan fikiran yang bertulisan dan memahamkan kandungan teks yang dibaca. Mengajarkan kemahiran membaca kepada murid-murid bererti mengajar mereka memindahkan tulisan kepada suara serta melatih mereka untuk memahami apa yang terkandung dalam sesuatu bacaan tersebut. Ini bermakna sesorang murid yang boleh memindahkan tulisan kepada suara walau bagaimana lancar sekalipun tidak boleh dikira atau dianggap sebagai pandai membaca. Hal ini disebabkan oleh kefahaman dalam bacaan adalah seiring dengan kelancaran membaca. Terdapat tiga kaedah pengajaran kemahiran membaca yang seringkali digunapakai oleh guru-guru di sekolah iaitu kaedah fonik, kaedah abjad, dan kaedah pandang sebut. Pemilihan kaedah yang ingin dilaksanakan sewaktu proses pengajaran bergantung kepada kebolehan murid-murid iaitu cepat atau lambatnya murid-murid tersebut menerima isi pelajaran yang diajarkan oleh guru berdasarkan analisis terhadap pengajan dan pembelajaran lepas.

Kaedah Abjad

Menyebut nama huruf abjad a z; huruf besar dan kecil

Menyebut suku kata V dan KV KAEDAH ABJAD

Mengeja suku kata, perkataan dan frasa

Membaca ayat

Kaedah abjad ialah kaedah yang berfokus pada penghafalan abjad, pembentukan suku kata dan aktiviti mengeja. Usaha menghafal abjad dan membentuk suku kata itu bertujuan untuk membolehkan murid mengeja perkataan, maka kaedah ini dinamakan juga kaedah mengeja. Dalam kaedah ini, nama-nama huruf perlu dikenal pasti dahulu melalui latihan menyebut dan menghafal dari huruf a hingga z mengikut susunan. Seterusnya diikuti dengan mengeja suku kata dan perkataan, huruf-huruf yang terkandung dalam suku kata dan perkataan (Juriah Long et.al, 1994). Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000), biasanya, huruf besar diperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf kecil diajarkan. Manakala menurut Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985) pula, kedua-dua bentuk huruf kecil dan huruf besar didedahkan serentak. Setelah murid menghafal semua nama huruf, pengajaran difokuskan pula pada nama dan bunyi huruf vokal a, e, i, o, dan u dengan nama semua huruf yang terdapat dalam sistem ejaan semasa. Mereka perlu menghafal nama semua huruf yang diperkenalkan itu. Setelah murid menghafal nama semua huruf dan mengenal huruf vokal serta bunyinya, pelajaran diteruskan dengan pembentukan suku kata secara berturutan Daripada suku kata itu dibentuk perkataan. Latih tubi mengeja perkataan diadakan. Lazimnya pengejaan dilakukan dengan menyebut nama huruf pada sesuatu suku kata diikuti dengan penyebutan suku kata itu.

Kaedah Fonik

Membunyikan huruf dan asosiasi KAEDAH FONETIK Membatang suku kata dan perkataan Membaca frasa dan ayat

Kaedah fonik adalah antara kaedah mengajar yang kemahiran membaca yang paling digemari oleh guru. Kaedah ini menekankan kepada hubungan bunyi-bunyi dengan huruf-hurufnya. Tambahan pula,kaedah ini pengajaran membaca yang membimbing murid tentang perkaitan antara abjad bagi bahasa bertulis (grafim) dengan bunyi individu (fonem) bahasa pertuturan. Menurut kaedah fonik, hanya bunyi huruf yang diperkenalkan terlebih dahulu dan diikut dengan membunyikan suku kata dan seterusnya membunyikan perkataan. Dalam bidang fonetik, huruf tidak dieja tetapi terus dibunyikan. Kaedah ini hanya mensyaratkan murid mengingat bentuk huruf dan bunyinya tanpa mengingat nama huruf. Kaedah ini bermula dengan memperkenalkan huruf vokal kepada murid, diikuti dengan pengenalan huruf konsonan, pembentukan suku kata, dan pembentukan perkataan yang bermakna dalam satu atau dua pelajaran sahaja. Murid akan dapat membaca beberapa perkataan dengan cepat serta faham apa-apa yang dibaca

Kaedah Pandang Sebut

KAEDAHPANDANG SEBUT

menyebut perkataan

mencerakinkan perkataan dan kata

membina dan membaca ayat

membaca ayat

Kaedah ini dinamakan kaedah seluruh perkataan kerana pelajaran dimulakan dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata. Kaedah ini dinamakan juga kaedah pandang dan sebut kerana aktiviti utamanya ialah memandang dan menyebut. Menurut Juriah Long et.al. (1994) perkataan diperkenal kepada murid-murid dengan menggunakan kadkad perkataan. Semasa kad diimbaskan, murid-murid menyebut perkataan-perkataan itu beberapa kali. Perkara yang dipandang ialah gambar objek yang terdapat pada bahan bantu belajar, dan yang disebut ialah perkataan pada bahan yang ditunjukkan. Pengajaran bacaan tidaklah dimulakan dengan mengenal dan menghafal huruf atau abjad satu persatu tetapi murid-murid terus diperkenal kepada seluruh perkataan yang disertai gambar. Mengikut kaedah ini, pada permulaannya murid-murid cuba mengenali lambang lambang (abjad) secara keseluruhan, iaitu lambang-lambang yang membentuk sesuatu perkataan. Untuk boleh membaca suatu ayat yang pendek, mereka perlu mengenali banyak lambang.

Peringkat kemahiran menulis Pengajaran kemahiran menulis di sekolah rendah dapatlah dibahagikan kepada tiga peringkat (Kamarudin Hj. Husin, 1998) : i. ii. iii. Peringkat pra menulis (pra tulisan) Peringkat mendirikan asas (mekanis) Peringkat pelahiran (penulisan kreatif

Peranan

tulisan

adalah

untuk Menulis melibatkan murid-murid supaya berfikir, menaakul, menyusun dan mengolah idea sebelum dilahirkan dalam bentuk wacana yang lengkap.

mendirikan asas yang kukuh supaya seseorang kanak-kanak itu dapat

melahirkan idea, fikiran serta perasaan dengan baik, pantas dan cekap.

Definisi : Tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk grafik

Kemahiran menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Tujuan Menulis: 1. 2. 3. 4. Ekpresif Pemujukan Informatif Kesusasteraan

KEMAHIRAN MENULIS

bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulis adalah proses memindahkan lambang-

lambang bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirkan bunyi-bunyi dijadikan alat komunikasi. yang bermakna serta

Don Bryne (1979) menyatakan bahawa simbol grafik semasa menulis ialah penggunaan huruf huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan : -menggunakan pelbagai jenis ayat. -mencatat dan menyusun maklumat. -menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif. -membuat ulasan tentang bahan yang didengar,ditonton dan dibaca.

lambang bunyi yang kita buat semasa kita bercakap.

KEMAHIRAN MENULIS Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang paling tinggi dalam senarai kemahiran berbahasa. Kemahiran ini hanya boleh dikuasai jika seseorang itu telah menguasai kemahiran mendengar, kemahiran bertutur dan kemahiran membaca. Penguasaan kemahiran menulis tidak hanya melibatkan aspek teknikal dan mekanikal semata-mata, tetapi penulis turut melibatkan penggemblengan aspek psikologi dan kognitif. Hal ini kerana, penulisan itu sendiri meliputi proses pemilihan dan pengolahan bahan untuk menghasilkan tulisan yang baik. Kemahiran menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat untuk mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul serta tulisan yang jelas, kemas dan cantik. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan imaginatif. Peringkat-peringkat kemahiran menulis terdiri daripada pra tulisan, mekanis, dan mentalis (pelahiran).

PERINGKAT KEMAHIRAN MENULIS

- Pratulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak bagi menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang diterima oleh kelompok masyarakat. - Peringkat pratulisan ini adalah bagi kanak-kanak mendapatkan latihan otot, tangan, jari serta kordinasi mata tangan. Peringkat pra tulisan perlu menitikberatkan perkara-perkara berikut : PERINGKAT PRATULISAN i. Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui aktiviti seperti menggunting, mengoyak, menganyam, menampal, menguli tepung dan lain-lain. ii. Menguasai gerak tangan bebas, cara memegang alat tulis, cara duduk dan sebagainya supaya boleh menulis dengan sempurna dan selesa. iii. Melakukan latihan-latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, dari atas ke bawah dan lain-lain. iv. Melakukan latihan-latihan keselarasan (koordinasi) mata dan tangan.

-Sebagai permulaan murid-murid diminta membentuk huruf-huruf pada permukaan kertas kosong tanpa garisan. -Setelah itu diikuti dengan latihan ruang garisan yang lebar/luas membawa kepada lembaran bergaris kecil /sempit. Aktiviti awal adalah tertumpu kepada menulis huruf-huruf secara bebas di atas kertas kosong, kertas petak, dan kertas garis tiga. -Melalui latihan mekanis, murid diharapkan akan dapat : 1. Menguasai kemahiran mengawal dan memegang pensel. 2. Meneliti, mengenal, menyalin bentuk-bentuk huruf mengikut urutan. 3. Mendapat kesedaran tentang perkaitan bunyi dengan tulisan.

PERINGKAT PENULISAN MEKANIS

PERINGKAT PENULISAN KREATIF - Pada peringkat ini murid-murid sudah menguasai pelbagai kemahiran seperti kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan mengeja. Mereka sudah boleh menulis pelbagai jenis karangan. -Murid-murid dapat melahirkan idea dan pendapat tentang pengetahuan serta pengalaman yang telah dilalui. Dalam masa yang sama mereka akan menggunakan kemahiran tatabahasa dan ejaan yang telah dikuasai. -Contoh aktiviti : 1. menulis ayat 2. menulis rencana 3. mencipta pantun, sajak dan sebagainya 4. mengarang cerita atau karangan

Mereka juga

Terdapat beberapa kaedah dan pendekatan yang boleh digunakan untuk mengajar kemahiran menulis seperti yang terdapat dalam rajah di bawah:

Pengalaman Bahasa (LEA)

Bebas

Pendekatan Pengajaran Kemahiran Menulis

Komunikatif

Terkawal

Proses

Rajah 1 Pendekatan dalam Pengajaran Kemahiran Menulis i) Pendekatan Pengalaman Bahasa (LEA)

Pendekatan ini berasaskan prinsip bahawa kemahiran berbahasa tidak boleh dipecahkan dalam bentuk yang berasingan seperti kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Sehubungan dengan itu, pendekatan ini menekankan konsep dan penggunaan struktur bahasa yang bermakna yang boleh dituturkan dan dituliskan . Pendekatan ini juga mengeksploitasi pengalaman bahasa yang bermakna dalam kalangan murid untuk dijadikan bahan perbincangan dalam proses penulisan karangan.

ii) Komunikatif

Pendekatan ini berasaskan prinsip bahawa bahasa ialah alat komunikatif yang penting. Maka, penulisan perlu diajarkan dalam bentuk fungsinya untuk berkomunikasi. Pendekatan ini mencadangkan pengajaran kemahiran menulis dalam konteks situasi sebenar. Dalam pendekatan ini, bahan berbentuk autentik seperti dialog, perbahasan, ceramah dan sebagainya sangat sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran. Hal ini keadaan pendekatan ini beranggapan bahawa penulisan ialah proses menukarkan bentuk pertuturan kepada tulisan. Oleh itu, pendekatan ini mencadangkan agar guru bertolak ansur dengan kesalahan dan kesilapan pelajar, khususnya dalam aspek bahasa. Hal ini kerana kesalahan bahasa dalam komunikasi ialah perkara biasa. Itu menujukkan bahawa berlakunya perkembangan dalam penguasaan bahasa tersebut. iii) Terkawal

Pendekatan ini mencadangkan pembelajaran kemahiran menulis mengikut peringkatperingkat yang bermula daripada peringkat pra-penulisan hinggalah peringkat penulisan yang memerlukan pemikiran.

iv) Proses

Pendekatan ini menekankan proses dalam penghasilan sesebuah karangan, bukan kepada hasil penulisan tersebut. Pendekatan ini dimulakan dengan proses menulis draf,

menyemak dan membincangkannya. Dalam pendekatan ini juga, penulisan akan dilihat dari aspek format yang betul, struktur penulisan yang sesuai, dan penggunaan tatabahasa yang tepat sebagai suatu penulisan yang baik. Sehubungan dengan itu, pendekatan ini memerlukan penulis menguasai kemahiran bahasa yang baik.

v) Bebas

Menurut pendekatan ini, guru perlu memberi banyak latihan penulisan kepada murid. Latihan ini perlu dipelbagaikan kepada pelajar. Latihan ini perlu dipelbagaikan dari segi jenis dan format penulisan tersebut. Pendekatan ini beranggapan bahawa semakin banyak murid membuat latihan maka semua perkara yang perlu ada dalam sesebuah karangan

seperti ejaan, ketepatan kosa kata, tatabahasa, pemerengganan dan gaya tulisan akan dapat dikuasai oleh murid tersebut secara automatik.

Jenis Penulisan
TERKAWAL -Karangan disediakan guru. -Penggunaan bahasa dan isi ditentukan oleh guru bagi mengelakkan kesilapan dalam penulisan. Contoh: -Mengisi tempat kosong dengan perkataan sesuai dalam karangan. -Menyusun ayat-ayat yang disediakan mengikut urutan supaya menjadi karangan yang lengkap. -Menggantikan beberapa perkataan dengan perkataan yang lain. -Melengkapkan ayat di dalam karangan. SEPARA TERKAWAL -Karangan yang disediakan oleh guru tetapi murid diberi peluang untuk gunakan daya pemikiran dalam melengkapkan karangan. Contoh: -Menulis karangan dengan memindahkan bentuk daripada dialog kepada penceritaaan atau sebaliknya. -Melengkapkan cerita. -Menulis karangan berdasarkan gambar. -Menulis karangan daripada perenggan atau isi yang disediakan. -Menulis karangan daripada ayat atau frasa yang disediakan. BERPANDU -Karangan tulisan yang berdasarkan panduan guru. Contoh: -Menulis semula cerita/petikan yang dibaca. SEPARA BERPANDU -Karangan yang mendapat sedikit maklumat atau panduan daripada guru. Contoh: -Menulis semula cerita yang didengar. BEBAS -Murid diberi kebebasan dalam melahirkan idea tentang tajuk karangan dengan menggunakan perkataan sendiri. Contoh: 1. Naratif- cerita, laporan, rencana. 2. Argumentatifbahas, perbincangan, kritikan. 3. Deskriptifgambaran, peristiwa, benda. 4. Kreatif- puisi, cerpen, drama. 5. Imaginatifpengalaman.

Langkah Pengajaran:

REFLEKSI
ABDUL MUJIB BIN RAHIMI 910819-01-5669

Pertamanya, saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan kerana telah mengurniakan saya akal fikiran dan tubuh badan yang sihat bagi menyiapkan kerja kursus berasaskan ilmu Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan yang telah diberikan oleh Pn Hjh Rafiah merangkap pensyarah pembimbing saya. Ribuan terima kasih juga saya ucapkan kepada beliau kerana telah sudi memberi tunjuk ajar dan nasihat sepanjang proses penyiapan tugasan ini berlangsung. Ternyata, beliau banyak memberikan kami nota-nota yang berkaitan dengan kerja kursus ini dan ini sedikit sebanyak dapat memudahkan tugas kami. Tidak lupa juga ucapan terima kasih ingin saya ucapkan kepada rakan-rakan yang terlibat dalam proses saya menyiapkan tugasan ini. Menimba pengetahuan dalam subjek Pedagogi Bahasa Melayu ini merupakan perkara yang amat bermakna dan berguna. Subjek ini bukan sahaja sekadar teori tetapi secara lahiriahnya juga tanpa disedari adanya amali berkaitan hal-hal tertentu yang di lakukan secara sedar mahupun tidak sedar. Subjek ini bukanlah sebuah subjek yang mudah kerana setiap tajuk atau topik yang dipelajari terkandung segala macam teori yang memerlukan pemahaman yang tinggi dan perhatian yang penuh juga perlu diberikan.

Melalui tugasan ini, saya dapat mempelajari mengenai kemahiran berbahasa yang merangkumi tiga cabang iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan menulis. Fokus utama tugasan ini adalah kaedah-kaedah pengajaran yang boleh digunakan oleh guru dalam menyampaikan setiap jenis kemahiran bahasa. Pelbagai sumber bacaan digunakan untuk mencari sumber maklumat mengenai kaedah pengajaran yang boleh dijalankan maka kami telah membahagikan tugas kepada setiap ahli kumpulan. Kaedah yang sesuai perlu digunakan oleh guru dalam memastikan setiap murid menguasai kemahiran berbahasa dengan sempurna. Kaedah yang dikenalpasti bagi kemahiran mendengar dan bertutur adalah eklektik, komunikatif, fonetik dan terus. Bagi kemahiran membaca pula terbahagi kepada tiga kaedah iaitu abjad, fonetik dan pandang sebut. Kemahiran menulis pula adalah pra tulisan, mekanis dan penulisan kreatif. Setiap kaedah memainkan peranan yang penting demi penyampaian kemahiran yang akan diajar oleh guru.

Kaedah kemahiran membaca yang dipilih adalah ialah kaedah pandang sebut yang berfokus kepada kelebihan dan kelemahannya. Kaedah yang dipilih perlu dikaji terlebih dahulu supaya dapat membantu murid meningkatkan kualiti pengajaran yang dijalankan oleh guru.Oleh itu, kaedah pandang sebut merupakan kaedah dilihat paling sesuai untuk melaksanakan pengajaran kemahiran membaca berdasarkan pembacaan saya. Hal ini kerana, kaedah ini memfokuskan murid untuk memandang dan menyebut apa yang dilihat oleh mereka. Melalui kaedah ini, murid dapat menjimatkan masa kerana tidak perlu mengeja sebaliknya terus menyebut perkataan berdasarkan gambar yang ditunjukkan disamping dapat memahami maksud pada masa yang sama. Banyak penyelidik mengakui kaedah pandang sebut merupakan kaedah terpantas untuk mempelajari kemahiran membaca. Kaedah ini juga dilihat realistik kerana pengajaran melalui pandang dan sebut selalunya berkaitan isu dan persekitaran mereka yang dipilih guru untuk pemahaman yang lebih mudah. Disini guru dapat menjalankan aktiviti antaranya menggunakan kad imbasan.

Sudah menjadi lumrah setiap pekara mempunyai kelemahan, tidak terlepas juga dalam perlaksanaan kaedah pandang sebut yang perlu dielakkan guru semasa menjalankannya. Murid yang diajar membaca menggunakan kaedah dilihat tidak pandai mengeja kerana mereka tidak mengenali lambing-lambang huruf. Selain itu, murid tidak dapat menyebut perkataan baharu kerana tiada pendedahan melainkan hanya perkataan yang diajar oleh gurunya. Maka, sebagai guru yang ingn menggunakan kaedah pandang sebut kita perlu mengatasi kelemahankelemahan kaedah ini kerana kaedah ini hanya menggunakan teknik pengamatan dan mengingati.

Berdasarkan kajian mengenai kelebihan dan kekurangan Kaedah Pandang Sebut dalam pengajaran kemahiran membaca, saya telah mendapat idea untuk menjalankan pengajaran kemahiran membaca dengan memggunakan kaedah ini. Sebagai seorang guru, kita perlu berfikiran kreatif dalam menyampaikan isi pelajaran agar sesi pengajaran yang diikuti murid memberi makna dan melahirkan perasaan kegembiraan.. Melalui tugasan ini membantu saya untuk mempelajari bagaimana membina langkah-langkah pengajaran dan bahan bantu mengajar untuk pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca dengan menggunakan kaedah pandang sebut. Tambahan pula, soalan tugasan ini membantu saya membuat persiapan dalam menjalani praktikal di sekolah kelak. Saya telah menjalankan pembacaan ilmiah dan rujukan daripada sumber buku untuk membina langkah pengajaran kemahiran membaca menggunakan kaedah pandang sebut ini. Disamping itu, saya juga merujuk

Kurikulum Standart Sekolah Rendah untuk memastikan langkah pengajaran yang dibina bertepatan dengan tema dan standart kandungan mengikut tahun. Saya juga turut menyediakan bahan bantu mengajar supaya pengajaran yang akan dijalankan kelak berkesan dan murid mampu mengikutinya.

Tugasan terakhir yang perlu dilakukan adalah menjalankan satu sesi pengajaran dan pembelajaran membaca dengan menggunakan kaedah pandang sebut yang telah dipilih. Melalaui aktiviti ini,kita sebagai bakal guru kelak mampu menilai tahap kemahiran mengajar ketika menyampaikan sesuatu pengajaran. Tambahan pula, kita juga dapat mengenalpasti sama ada sesi pengajaran yang dijalankan berkesan ataupun sebaliknya. Malahan kita juga dapat mengenalpasti kelebihan dan kekurangan didalam sesi pengajaran yang dijalankan melalui maklumbalas daripada pensyarah penilai mahupun rakan-rakan yang lain. Kemahiran pedagogi juga dapat diaplikasi melalui aktiviti pengajaran yang dijalankan. Selain itu, kita juga boleh menambahbaik cara penyampaian pengajaran melalui aktivti ini.

Kesimpulannya, setiap kanak-kanak perlu menguasai ketiga-tiga kemahiran berbahasa dengan sempurna yang merupakan satu keperluan hidup. Melalui tugasan ini saya juga menyedari bahawa setiap golongan kanak-kanak itu terdapat cara dan kaedah yang bersesuaian untuk diajar mengenai kemahiran berbahasa. Disini saya, dapat melihat bahawa peranan guru amat penting dalam menentukan kaedah pengajaran yang akan digunakan berdasarkan keperluan dan kehendak murid-murid. Oleh itu, sebagai bakal guru saya perlulah peka dengan kanak-kanak dan mengetauhi kaedah yang bersesuaian dengan mereka dan berusaha untuk mengajar mereka menguasai kemahiran berbahasa. Sekian,terima kasih.

RUJUKAN

Buku rujukan : Abdul Aziz Abdul Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Juriah Long, Raminah Hj. Sabran & Sofiah Hamid. (1993). Perkaedahan Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kamarudin Hj. Husin. (1986). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa. Petaling Jaya: Penerbitan Sarjana (M) Sdn. Bhd. Kamarudin Hj. Husin. (1990). Pengajaran dan Pembelajaran Lisan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kamarudin Hj. Husin. (1998). Pedagogi Bahasa: Perkaedahan. Petaling Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mangantar Simanjuntak. (1998). Aspek Bahasa dan Pengajaran. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise. Mok Soon Sang, 1991, Pedagogi 2, Kuala Lumpur Kumpulan Budiman SDN.BHD Nik Hassan Basri Nik Abd. Kadir. (2003). Teori Bahasa: Implikasinya Terhadap Pengajaran Bahasa. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Prof.Dr.Isahak Haron & Prof.Madya Dr. Koh Boh Boon, (1985), Asas-asas Dalam Amalan Pedagogi, Kuala Lumpur Raminah Hj. Sabran & Rahim Syam. (1985). Pengkaedahan Pengajaran Bahasa Melayu. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Zulkifley Hamid. (1994). Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Sumber intrernet

Ariffin. (16 Mac 2010). Konsep Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik. Diperoleh pada 6 Febuari 2013. Daripada http://dadwayne.blogspot.com/2010/03/konsep-strategi-pendekatankaedah.html

Mohd Nor Izwan Sulaiman. Peringkat-peringkat pengajaran membaca. Dilayari pada 3 Febuari 2013 di URL http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2009/05/peringkat-peringkatpengajaran-membaca.html.

Sharbi Ali. (2005). Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Diperoleh pada 3 Febuari 2013. daripada www.ppk.kpm.my: http://www.ppk.kpm.my/sphsp/muka22.htm

Tiada nama pengarang. Dilayari pada 5 Febuari 2013 di URL http://www.scribd.com/doc/39765457/LITERASI-BAHASA

LAMPIRAN

ISI KANDUNGAN
TAJUK PENGENALAN HURAIAN KAEDAH KEMAHIRAN BERTUTUR DAN MENDENGAR HURAIAN KAEDAH KEMAHIRAN MEMBACA HURAIAN KAEDAH KEMAHIRAN MENULIS KELEBIHAN DAN KELEMAHAN KAEDAH PANDANG SEBUT LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN KAEDAH PANDANG SEBUT REFLEKSI RUJUKAN LAMPIRAN M/S

You might also like