You are on page 1of 6

PENDEKATAN BINAAN

Pendekatan ini dikenali juga sebagai pendekatan sintesis. Pendekatan ini menghasilkan kaedah abjad. Dalam pendekatan binaan, murid akan diajar dengan cara atau kaedah yang betul dan mengikut aturan.

Murid-murid diperkenalkan dengan huruf-huruf terlebih dahulu.

Dimulakan dengan memperkenalkan unsur-unsur yang terkecil terlebih dahulu.

PENDEKATAN CERAKINAN

Mencerai-ceraikan satu bahagian yang besar kepada bahagian-bahagian yang kecil. Pendekatan ini menghasilkan kaedah pandang dan sebut.

Pendekatan ini akan mempermudahkan lagi guru untuk mengajar menggu nakan kaedah fonetik dan kaedah membaca dengan betul.

Empat peringkat latihan seperti latihan menyebut perkataan, latihan membatangkan perkataan kepada sukukata, latihan membina dan menyebut semula perkataan yang sama serta latihan membina dan membaca ayat sempurna.

PENDEKATAN KOMUNIKATIF
Bermula daripada satu teori yang menganggap bahasa sebagai satu komunikasi. Tujuan dan bagaimana bahasa digunakan dalam situasi dan konteks tertentu. Matlamat pengajaran bahasa mengikut pendekatan ini ialah untuk membentuk apa yang dimaksudkan oleh Hymes (1972) sebagai keupayaan berkomunikasi.

EMPAT PRINSIP PENDEKATAN KOMUNIKATIF

Murid mengetahui tujuan aktiviti dilakukan.

Pengajaran bahasa dibuat dalam konteks wacana.

Mempelbagaikan aktiviti komunikasi.

Pengajaran bahasa mengikut proses komunikasi yang sebenar.

PENDEKATAN KOMUNIKATIF

Untuk melaksanakan komunikasi dalam kemahiran membaca, guru harus merancang pembelajaran.

Mewujudkan situasi di mana: 1. Pelajar boleh berkomunikasi dengan cekap 2. Tidak hanya tertumpu kepada penguasaan struktur bahasa sahaja 3. Pelajar perlu berinteraksi dalam bentuk kerja kumpulan atau secara berpasangan, dalam melakukan pelbagai aktiviti bagi mewujudkan hubungan interpersonal yang positif.

Aktiviti yang boleh dilaksanakan:-

Bercerita
Teater pembaca Laporan/ulasan buku Choral speaking

PENDEKATAN PENGALAMAN BAHASA (LEA)


Memberi penekanan kepada pengalaman atau pengetahuan sedia ada muridmurid dalam membaca. 3 peringkat dalam proses membaca iaitu: Lateral Interpretasi dan inferens. Penilaian makna Murid murid perlu mempunyai pengalaman atau pengetahuan sedia ada untuk memudahkan mereka menguasai peringkat peringkat tersebut.

Tindakan yang boleh diambil oleh seorang guru ialah:


1. Beri sebanyak mungkin pengalaman kepada murid-murid untuk membantu mereka memahami bahan yang dibaca. Pengalaman boleh terdiri daripada pengalaman sendiri atau pengalaman orang lain. 2. Bahan bacaan yang dipilih oleh guru untuk dibaca oleh murid-murid perlu sesuai dengan pengetahuan sedia ada mereka. 3. Sediakan bahan-bahan sokongan lain seperti gambar, grafik, bahan maujud dan sebagainya untuk membantu murid-murid mengusai konsep. 4. Perbincangan mengenai bidang yang terdapat dalam teks bacaan perlu dijalankan sebelum aktiviti membaca. 5. Guru perlu mempelbagaikan bentuk atau laras bacaan dalam

pengajaran pembelajaran bacaan.

You might also like