You are on page 1of 9

TEKNIK SQ3R

SURVEY, QUESTION, READ, REVIEW, RECITE

Teknik SQ3R digunakan oleh guru untuk membimbing muridmurid untuk meningkatkan kemahiran belajar. Murid dapat membaca secara kendiri untuk memperkukuhkan kemahiran berfikir.

Tujuan penggunaan teknik ini adalah untuk menguji pemahaman murid berdasarkan bahan atau teks yang dibaca untuk menyelesaikan tugasan. (Ali Mahmood et.al, 2007:73-76).

SURVEY ( meninjau)
Murid membaca secara pantas untuk mendapatkan gambaran awal tentang isi bacaan mengikut pemahamannya sendiri. Murid bebas dalam erti kata menganggap apa yang dibaca. Pelajar hanya menumpukan bahan/teks kepada tajuk umum/besar, sub tajuk, gambar, simbol ilustrasi, grafik, pemenggalan teks. Teknik bacaan yang sesuai ialah teknik skimming dan scanning.

QUESTION ( menyoal )
Murid menyenaraikan bebarapa isi soalan (intipati) yang terkandung dalam teks. Soalan berdasarkan apa yang ingin diketahui oleh murid tentang topik/isu dalam teks. Soalan juga berupaya penyenaraian siri soalan yang berkaitan demgan tugasan yang diberi. Soalan juga berupa panduan kepada jawapan yang sebenar. Dalam masa yang sama pelajar sendiri mencari jawapanperamalan jawapan yang paling relevan.

READ ( membaca )
Murid dikehendaki membaca secara serius dan memberi tumpuan kepada teks yang dibaca. Dalam masa yang sama, murid cuba mencari jawapan kepada soalan yang disenaraikan tadi dan murid boleh menyenaraikan soalan tambahan. Sepanjang masa membaca, murid boleh menaakul maklumat yang terdapat dalam petikan teks/bahan bacaan. Murid juga boleh bertukar-tukar fikiran sama ada menerima atau menolak konsep maklumat yang dibaca.

RECITE ( mengulang / menyebut )


Setelah murid membaca keseluruhan teks, pada peringkat ini murid dikehendaki mengingat kembali semua/sebahagian maklumat yang terdapat dalam teks. Murid menyenaraikan maklumat yang berkaitan dengan soalan atau tugasan. Seterusnya murid dapat menjawab semua soalan tugasan berdasarkan maklumat dalam teks. Murid juga boleh memberikan jawapan kepada soalan asal sebelum merujuk jawapan yang terdapat dalam teks. Murid boleh membandingkan jawapan mereka.

REVIEW ( menyemak )

Pada peringkat ini, murid dikehendaki membaca semua soalan dan jawapan yang ditulis/dicatat. Peringkat ini adalah untuk pengesahan kepada jawapan yang ada pada peringkat recite (imbas kembali). Pastikan bahagian tertentu sudah dijawab berdasarkan fakta dan maklumat dalam teks. Murid jangan tertinggal maklumat atau fakta dalam tugasan pada peringkat question/pertanyaan.

TEKNIK KWLH
KNOWLEDGE, WHAT, LEARN, HOW
Satu teknik membaca secara kritis yang memerlukan pelajar meninjau perkaraperkara yang telah diketahui, yang akan diketahui dan yang telah dipelajari. Bertujuan menggalakkan pelajar mencari maklumat tambahan daripada pelbagai sumber. Teknik ini juga sesuai dilaksanakan untuk bacaan ekstensif dan kritis.

K ( KNOW ) : Apa yang telah diketahui (sebelum membaca)

W ( WANT ) : Apa yang hendak diketahui ( sebelum membaca).

L ( LEARNED ) : Apa yang telah diketahui ( selepas membaca).

H ( HOW ) : Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan yang berkaitan (untuk membaca seterusnya ).

TEKNIK KLWH
KNOW ( Tahu )
Murid-murid mencatat maklumat yang sudah diketahui berdasarkan tajuk atau perkara yang akan dibincangkan.

WANT ( Hendak / Ingin tahu )


Murid-murid mencatat maklumat yang ingin diketahui dengan lebih lanjut berdasarkan tajuk atau perkara yang dibaca.

LEARN ( Pelajari )
Murid-murid dikehendaki mencatat isi penting yang diperolehi daripada bahan bacaan berdasarkan tajuk atau teks. Dengan perkataan lain, murid-murid menjawab soalan yang dibina sendiri.

HOW ( Bagaimana)
Murid-murid dikehendaki mencatat bagaimana, bila dan di mana untuk mendapatkan maklumat yang belum lengkap berdasarkan tekd yang diberi.

TUJUAN TEKNIK KLWH


Murid dapat mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan bahan atau teks yang diberi untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

Murid sendiri dapat menentukan apa yang diperoleh daripada bahan atau teks yang disediakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Murid dapat menentukan maklumat tambahan yang perlu dicari daripada sumber lain, selain sumber yang telah disediakan.

Murid dapat mengetahui apa yang diperoleh daripada bahan yang sedang diberikan.

TEKNIK RADAR
READ, ANALOGIZE, DISCUSS, APPLY, REVIEW/RESEARCH
Pelajar berpeluang untuk membandingkan konsep yang akan dipelajari dengan pengalaman atau pengetahuan sedia ada pada diri mereka sendiri.

Berfungsi untuk mengesan pengetahuan baru dan mengaitkannya dengan pengetahuan yang telah diketahui.

READ ( Membaca )
Pelajar dikehendaki membaca petikan serta mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Pelajar boleh juga mendapatkan maklumat daripada teks yang diberi seta membandingkan dengan maklumat lain.

Pelajar menerangkan bagaimana konsep, barang, idea, tempat berhubungkait dan mempunyai persamaan.

ANALOGIZE ( Menganalogi )

DISCUSS ( Berbincang )
Pelajar menyenaraikan persamaan yang terdapat pada barang, idea atau tempat. Guru membantu pelajar membuat perbandingan serta menentukan persamaan yang penting tentang konsep barang, idea atau tempat.

APPLY ( Mengaplikasi )
Bincang secara mendalam tentang dua perkara yang dibandingkan.

REVIEW /RESEARCH ( Menyemak / Menyelidik )


Membuat penyelidikan lanjutan tentang apa yang dibincangkan atau merumus semula apa yang telah dibincangkan.

Wujud interaksi antara bahasa dengan pemikiran dimensi yang luas. Murid yang mengambil bahagian dikehendaki duduk atau berdiri dalam separuh bulatan di hadapan penonton. Pencerita sebelah kanan penonton , pelakon membaca cerita masing-masing.

Mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka.

TEKNIK TEATER PEMBACA


Memerlukan skrip pendek yang sesuai dan mengandungi dialog. Terdapat dua cara iaitu ; 1. Pencerita berada dalam kelompok 2. Pencerita berada di luar kelompok cerita

Pemilihan murid sebagai pencerita untuk memulakan dan menyambungkan cerita diperlukan sehingga cerita tamat.

You might also like