You are on page 1of 8

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran.

(Pedagogi)
Perlunya Pelbagaian Kaedah Mengajar
"Mahir hanya dalam satu penggunaan kaedah pengajaran sahaja tidak menjamin
seseorang guru itu boleh menangani secara bijak segala masalah dalam bidang
pengajara dan pembelajaran oleh kerana tidak ada satu pendekatan pun yang boleh
dianggap terbaik da;lam semua aspek, setiap masa dan dengan semua pelajar.
Sesungguhnya mengetahui satu jenis teknik mengajar sahaja ATAU menghadkan kepada
penggunaan suatu kaedah pengajaran tertentu akan menjejaskan kecekapan
/keberkesanan guru dan justeru itu pembelajaran pelajar."
(I.N.Thut & J.R. Gerberich: Foundations of methods in Secondary schools)

Antara PEDAGOGI Dan Kurikulum


"Pedagogi, sebagai satu sans dan seni pengajaran merupakan sebelah "kaki" yang
menyokong pengajaran berkesan sementara sebelah "kaki" lagi ialah kurikulum.
Mengajar secara terbaik perkara-perkara yang tidak berguna ATAU mengajar secara
buruk perkara-perkara yang penting. Kedua-duanya merupakan "dosa" dalam
pendidikan."
(M.Hunter: Knowing Teaching and Supervising)

Kepelbagaian Kaedah Pengajaran Membolehkan Guru:


Mengenalpasti dan memilih kaedah-kaedah pengajaran yang dijangka berkesan dalam
mencapai objektfi-objektif pengajaran yang dirancang, berdasarkan kepada keperluan
pelajar, mata pelajaran yang dipelajari dan persekitaran institusi.

Melaksanakan aktiviti-aktiviti pembelajaran berpusatkan pelajar, lantas


meningkatkan masa untuk tugasan pembelajaran yangproduktif.

Mengelakkan diri daripada dibelenggu oleh buku teks dan kaedah "chalk & talk"
semata-mata.

Meningkatkan "repertoire" pengajarankerana penguasaan pelbagai kaedah


pengajaran menjadikan guru berdaya lentur, dapat mengubah kaedah pengajaran
bila dan dimana perlu, mengikut situasi.

Mengamalkan prinsip kepelbagaian sebagai rempah hidup di bilik darjah yang


dijangka dapat mewujudkan keseronolan dalam pembelajaran dan seterusnya
keberkesanan pembelajaran pelajar itu sendiri.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN STRATEGI KAEDAH


PENGAJARAN

latar bellakang pelajar: peringkat umur, pengalaman/ pengetahuan sedia ada, minat
stail pembelajaran (kesediaan pembelajaran)
Isi kandungan pelajaran: tajuk - konkrit? abstrak? mudah? kompleks? teori? amali?
ulangan? perkara baru?

Objektif pengajaran: berapa dan bentuknya? dalam domain taksonomi apa dan
peringkat mana?
Sumber pengajaran dan pembelajaran (ABM): yang didapati dari institusi, yang boleh
didapati dari luar institusi atau yang boleh disediakan oleh guru dan pelajar.
Peruntukan masa: berapa waktu? berapa minit? bila? pagi? tengah hari? petang?
Latar belakang guru: pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan iltizan/kemahuan
(kesediaan pengajaran)

PENTINGNYA KAEDAH PENGAJARAN


"Perbezaan dalam pembelajaran yang berlaku kepada pelajar berkait rapat dengan
BAGAIMANA bahan bahan pelajaran dikemukakan. BAGAIMANA diertikan sebagai teknik
pengajaran ini dapat menghasilkan perbezaan yang signifikan kepada kejayaan
pembelajaran pelajar."
(P.B. Guild and S. Garger: Marching to Different Drums)
BEBERAPA KAEDAH PENTING PENGAJARAN

Kaedah Inkuari & Penemuan.

Kaedah Konseptual

Masteri learning

Konstruktivisme

Kaedah Menyoal

Kaedah kuliah/syarahan

Kaedah perbincangan

kaedah sumbang saran

kaedah perbahasan

kaedah demonstrasi

kaedah projek

Kaedah kes

Kaedah penyelesaian masalah

kaedah permainan

Kaedah simulasi

KAEDAH MENYOAL

untuk menerokai pengalaman/pengetahuan pelajar

untuk meningkatkan ingatan isi-isi pelajaran yang penting

untuk tujuan ulangkaji

untuk merangsang pemikiran pelajar dari tahap pengetahuan hingga tahap


penilaian dan domain kognitif

perlu wujud dalam semua proses pengajaran dan pembelajaran"Seni pengajaran


sebahagian besarnya seni mengutrakan sebanyak tugasan yang mungkin kepasda
pelajar. Dia belajar dengan membuat dan berfikir, dan satu daripada wahana
pengajaran yang berkesan untuk mewujudkan keadaan ini ialah
penyoalan."(L.Gartside (1970): Teaching Business Subject)

PENTINGNYA SOALAN-SOALAN DARIPADA PELAJAR

"Sebenarnya satu cara menilai keberkesanan sesuatu pengajaran ialah dengan


mengira bilangan soalan yang baik yang diutarakan oleh pelajar-pelajar daripada yang
diutarakan oleh guru."
(L.S. Kenworthy (1972): A Guide to Social Studies Teaching)
Beberapa Pertimbangan Penting dalam kaedah menyoal

soalan-soalan jelas dan tepat


selepas sesuatu soalan berhenti sekejap, memberi masa kepada pelajar berfikir
(wait-time)
taburan soalan secara rambang
peneguhan melalui maklum balas segera mengenai jawapan
pelbagai tahap kesukaran dan jenis item soalan diutarakan
pelajar-pelajar sendiri perlu digalakkan mengutarakan soalan

Jenis-jenis Soalan Yang perlu dielakkan/diminimumkan:

Soalan "Ya-Tidak"

Dua soalan sekali gus

Soalan kabur

Soalan yang memberi jawapan

KAEDAH SYARAHAN / KULIAH

untuk menyampaikan maklumat yang telah dirancang

lebih sesuai untuk sekolah menengah atas

pelbagai ABM yang relevan digunakan

diselang-seli dengan kaedaah menyoal

dicatat isi-isi penting di papan tulis

bahasa dan intonasi yang baik digunakan

digunakan "sense of humor"

ada perbincangan pada akhir sesi kuliah

intisari isi (fakta-fakta, data-data, istilah-istilah) dan soalan-soalan pokok


disediakan

penyampaian dibuat secara informal dan tenang

ditentukan dulu pelajar tahu mengambil nota yang penting

kerja susulan diberikan: penilaian bertulis, kerja rumah atau tugasan tambahan,
rujukan tambahan

Kebaikan Kaedah Syarahan/Kuliah

saiz kelas tidak terhad

banyak maklumat dapat disampaikan dalam masa yang singkat

topik-topik baru dapat diperkenalakan dengan mudah

dapat digunakan untuk meringkaskan sesuatu topik

dapat memberi contoh "pidato umum" kepada pelajar, jika disampaikan dengan
baik

berkesan kalau dibantu dengan alat-alat bantu teknologi pendidikan yang sesuai

Kekurangan kaedah syarahan/kuliah;

cepat membosankan
tidak pasti pelajar memahami maklumat yang disampaikan
bersifat monolog --- tidakada penglibatan aktif pelajar-pelajar
pembentukan konsep-konsep yang salah mungkin berlaku dikalangan pelajar, jika
tidak cukup penerangan
tendensi guru membaca teks syarahan/kuliah

KAEDAH PERBINCANGAN
untuk menggalakkan penglibatan aktif pelajar dalam pertukaran idea secara bebas
Sebahagian besar daripada pelajar mengambil bahagian
Sesuatu idea yang disumbangkan/ dikemukakan terus diberi reaksi(dinilai)

BEBERAPA PERTIMBANGAN DALAM KEADAH PERBINCANGAN


ada isu utama berdasarkan topik dan objektif-objektif pengajaran
dirancang engan rapi - isu dan soalan-soalan pokok disediakan untk memberi fokus
kepada pelajar-pelajar terlebih dahaulu; ada peraturan asas dan tatacara perbincanagan
termasuk masa dan corak persembahan hasil perbincangan
guru bertindsak sebagai penggerak/fasilitator
menentukan penglibatan pelajar seramai yang mungkin dan mengelak monopoli
segelintir pelajar
penilaian setiap idea yang di sarankan dibuat secara objektif tanpa emosi/menyentuh
peribadi
rumusan atau ringkasan idea-idea dan kesimpulan perbincanagan disediakan dan
dikemukakan oleh waki-wakil setiap kumpulan
berkesan digunakan dengan kaedah-kaedah lain
elok diberikan nama kepada setiap kumpulan terlebih dahulu agar dapat memberi
dorongan / semangat kepada pelajar

KAEDAH SUMBANG SARAN


menggalakkan penggunaan daya imiginasi / pemikiran kreatif pelajar
idea-idea dikemukakan secara bebas dan spontan tetapi difokuskan kepada isu yang
ditetapkan
untuk mencari idea-idea yang baru
- dalam penyelesaian sesuatu masalah
- dalam mencari idea-idea baru untuk bertindak dalam sesuatu situasi
-dalam membuat pelbagai interpretasi bagi sesuatu peristiwa
beberapa orang pelajar dilantik sebagai pencatat semua idea yang dikemukakan
(pada paapn tulis/kertas saiz besar

2 pilihan setelah tamat sesi sumbang saran;


- memberi masa kepada pelajar memikirkan idea-idea atau maklumat-maklumat
tambahan penilaian idea-idea ditangguhkanATAU
- menilai idea-idea yang disaranakan bagi menentukan yang mana berpotensi bagi
mencapai objektif sumbang saran
Peraturan Sumbang Saran

sebarang idea diteriama

dilarang mengkritik sebarang idea

sebanyak idea yang mungkin diperlukan

idea-idea disarankan secara spontan

idea-idea yang dikemukakan boleh diguanakan/diperkembangkanoleh pelajarpelajar lain

Keberkesanan Sesi Sumbang Saran Bergantung Kepada;

sikap positif guru dalam menggalakkan pemikiran kreatif pelajar-pelajar

suasana terbuka untuk membolehkan pelajar-pelajar berani mengemukakan idea


wlaupun dianggap tidak penting

guru bertindak sebagai penyederhana (moderator) memastikan idea-idea


diutarakan secara bebas,tanpa kritikan

idea-idea yang dipilih / diperkemaskan dan diguanakan sebaik-baiknya

KAEDAH PERBAHASAN

kaedah formal untuk menggalakkan perbincangan perkara/isu kontraversial


suasana persaingan sihat untuk menganalisis/menilai sesuatu isu secara rasional
melatih mengemukakan pendapat secara terbuka (latihan "pidato umum")
faedahlebih kepada pembahas-pembahas -- pihak pencadang dan pembangkang
tajuk ditentukan dulu
perbincangan sebelum oleh ahli-ahli setiap pasukan
penyelidikan perlu dibuat

KAJIAN KES

memberikan pnekanan kepada pelajar-pelajar menggunakan maklumat/data


sebagai asas pemikiran.Pembelajaran melalui perbicangan dan soal jawab
mengenai apa yang apa yang tersurat dan tesirat dalam kes-kes yang diutarakan.
Idea dihasilkan oleh pelajar-prlajar dan guru bertindak sebagai pemudah cara dan
penyederhana,

Penglibatan aktif pelajar-pelajar dalam pemikiran, menganalisis serta membuat


generalisasi dan kesimpulan.

digunakan sebagai satu kaedah P&P untuk mengkaji aspek-aspek/ciri-ciri penting


sesuatu personaliti/unit/bahagian/tugasan seluruh institusi peniagaan ,
pemasaran dan sebagainya.

setiap kes yang dikaji perlu pendek, iaitu melibatkan dua atau tiga isu sahaja.
Beberapa soalan pokok disediakan sebagai fokus kepada isu-isu yang ditimbulkan
dalam kes tersebut.

kajian kes boleh diasaskan kepada; *dokumen-dokumen *petikan-petikan


daripada buku/majalah/akhbar/intrnet *data-data kajian *naratif-naratif
benar/rekaan mengenai individu/institusi *lawatan-lawatan pendidikan *pita
video

kajian kes sesebuah institusi peniagaan boleh dibuat daripada perspektif berikut:

- sejarah penubuhan
- status semasa perniagaan
- sumber-sumber perniagaan
- pemilikan
- pesaingan
- strategi pemasaran -- keluaran, harga, agihan, promosi.
- dasar perlindungan daripada risiko-risiko
- kemudahan komunikasi/pengangkutan
- rancanagan pekembangan masa hadapan
(masalah-masalah dan kekuatan-kekuatan institusi diambil kira)

prosedur-prosedur kajian kes

i.fasa penjelasan melalui perbincangan mengenai fakta-fakta kes yang


dikemukakan.

ii.fasa pengenalpastian isu-isu yang kontroversi (yang mempunyai pelbagai


interpretasi) mengenai masalah,kekuatan dan peluang yang wujud secara
tersurat/tersirat.

iii.fasa membuat keputusan berdasarkan kepada isu-isu yang ditimbulkan bagi


menentukan langkah-langkah/strategi-strategi/ dasar-dasar efektif yang boleh
diambil dan mengapa, untuk memperbaiki keadaan.

You might also like