You are on page 1of 519

ABDULLAH AHMAD BADAWI:

LEGASI NEOKONSERVATIF

MUHAMAD TAKIYUDDIN ISMAIL

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

2012
ABDULLAH AHMAD BADAWI:
LEGASI NEOKONSERVATIF

oleh

MUHAMAD TAKIYUDDIN ISMAIL

Tesis yang diserahkan untuk


memenuhi keperluan bagi
Ijazah Doktor Falsafah (Sains Politik)

Julai 2012
PENGHARGAAN

Agak sukar untuk menyampaikan penghargaan kepada seluruh pihak yang menyumbang

kepada penyiapan tesis ini. Secara umum, pihak yang wajar mendapat kredit utama ialah

sumber-sumber yang telah mengisi 1,371 nota kaki yang wujud dalam kajian ini. Tanpa

sumber-sumber yang telah dirundingi ini – baik dalam sebarang jua bentuk – tesis ini

pastinya tidak akan terhasil. Sama pentingnya, penghargaan tertinggi ditujukan kepada

empat pihak utama yang berada paling dekat dengan pengkaji sepanjang tempoh tesis ini

disiapkan. Di tempat teratas ialah ibu tercinta, Patariah Abdul Rahman yang tidak

pernah terlupa mendoakan anak-anaknya pada setiap masa. Tidak terkecuali ialah ibu

dan ayah mertua. Keduanya kepada isteri, Herliza Khairuddin yang sentiasa memahami

bebanan seorang calon Ph.D. Buat penyelia, Profesor Madya Dr. Ahmad Fauzi Abdul

Hamid – pengalaman berada di bawah penyeliaan seorang akademia yang sentiasa

menitikberatkan mutu dan integriti kesarjanaan adalah cukup bermakna. Tidak kurang

penting ialah kepada anak-anak tersayang, Intan Nurfaiza dan Muhammad Imran yang

banyak melapangkan tekanan pengajian dengan tawa dan keletah masing-masing.

Dalam aspek pentadbiran, ucapan terima kasih ditujukan kepada Kementerian Pengajian

Tinggi (KPT) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menguruskan penajaan

pengajian dan beberapa pembiayaan persidangan. Selain dari kemudahan ini, bantuan

kewangan yang diberikan oleh pihak Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Geran

Penyelidikan Siswazah Universiti Penyelidikan (USM-RU-PRGS) dan juga Geran

Insentif Penyelia Ph.D. telah melicinkan lagi proses pengajian dan penyiapan tesis.

Tidak dilupakan ialah Pejabat Yang Amat Berbahagia, Tun Abdullah Ahmad Badawi

ii
khususnya Saudara Teoh Ai Hua, Dekan Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh

(PPPJJUSM), Profesor Madya Dr. Habibah Lateh, Timbalan Dekan Pengajian Siswazah

dan Penyelidikan PPPJJUSM, Profesor Madya Dr. Mustafa Fadzil, Pengerusi

Rancangan Sains Politik PPPJJUSM, Dr. Wan Asna Wan Mohd. Noor, kakitangan

pentadbiran PPPJJUSM, kakitangan Institut Pengajian Siswazah USM, kakitangan

Pejabat Penyelidikan dan Inovasi USM, kakitangan Jabatan Bendahari USM, kakitangan

Perpustakaan Hamzah Sendut USM, kakitangan Perpustakaan Tun Sri Lanang UKM,

kakitangan Perpustakaan Universiti Malaya (UM), Ibu Pejabat UMNO Kuala Lumpur,

Pejabat Perhubungan Awam Universiti Utara Malaysia (UUM), Pejabat Komunikasi dan

Korporat Universiti Malaysia Kelantan (UMK), kakitangan akademik Pusat Pengajian

Sejarah, Politik dan Strategi (PPSPS) UKM dan juga kakitangan am PPSPS UKM.

Tesis ini mendapat kerjasama daripada 19 responden yang telah ditemu bual dan

kesediaan mereka untuk melibatkan diri dalam kajian ini merupakan pengalaman yang

paling tidak ternilai. Mereka terdiri daripada bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad

Badawi, Shahrir Samad (Ahli Parlimen Johor Bahru), Nazri Aziz (Menteri di Jabatan

Perdana Menteri), Zaid Ibrahim (bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Saifuddin

Abdullah (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi), Profesor Dr. Shamsul Amri Baharuddin

dari UKM, Dr. Chandra Muzaffar dari JUST, Profesor Mohamad Abu Bakar dari UM,

Profesor Dr. Edmund Terence Gomez dari UM, Profesor Dr. Mad Nasir Shamsuddin

dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Profesor Dr. Mohd Yusof Othman dari

UKM, Dr. Ooi Kee Beng dari Institute of Southeast Asian Studies (ISEAS), Dr. Nasir

Hashim dari Parti Sosialis Malaysia (PSM), Wan Esuriyanti Wan Ahmad (bekas

Setiausaha Akhbar kepada Abdullah), Ibrahim Suffian (Pengarah Merdeka Centre),

iii
Yazid Othman (Presiden Wartawan Melayu Malaysia), R. Nadeswaran (bekas Timbalan

Editor The Sun), Ahiruddin Atan (jurublog dengan nama Rocky Bru) dan juga seorang

Responden Yang Tidak Dinamakan (yang merupakan kenalan terdekat Abdullah). Turut

memberikan sumbangan menerusi proses pertukaran pandangan ialah beberapa sarjana

dan individu lain seperti Profesor Dr. K.S. Nathan (UKM), Profesor Garry Rodan

(Murdoch University Australia), Profesor Stephen Cohen (New York University),

Profesor Madya Dr. K. Ramanathan (USM), Profesor Madya Dr. Ahmad Nidzamuddin

Sulaiman (UKM), Encik Wan Abd. Rahman Wan Abd. Latiff (bekas pensyarah UKM),

John Liu (bekas penyelaras projek Suara Rakyat Malaysia, SUARAM), Reverand PD

Dr. Sherman Kuek (Pengarah Diocesan Pastoral Institute Diocese of Melaka-Johor),

Chris Anthony (aktivis sosial di Pulau Pinang) dan Eddie Low (jurublog).

Melengkapkan peranan ini ialah input-input yang diberikan oleh para sarjana lain

melalui anugerah penyelidikan, laporan pewasitan jurnal, seminar akademik yang

dihadiri, perbincangan tidak rasmi, e-mel dan pertemuan sosial. Antaranya ialah panelis

Anugerah Persada Kencana USM Untuk Penyelidikan Terbaik 2011 (kategori Sastera

Tulen), pihak editorial jurnal-jurnal yang telah dan akan menerbitkan beberapa artikel

berkaitan tesis ini iaitu Japanese Journal of Political Science (Cambridge University

Press), Asian Survey (University of California Press), Kajian Malaysia (USM), Jebat

(UKM) dan Manusia dan Masyarakat (UM). Tidak terkecuali ialah Profesor Dr. Abdul

Rahman Embong dan Profesor Dr. Wan Zawawi Ibrahim yang memberikan komen yang

berguna dalam Capacity Building Workshop for Young Social Science Scholars 2011

anjuran Persatuan Sains Sosial Malaysia dan kakitangan akademik Program Sains

iv
Politik PPPJJUSM yang kerap bertukar pandangan dalam bentuk konstruktif dalam

seminar-seminar dalaman yang diadakan.

Tidak dilupakan ialah sokongan peribadi dari kenalan serta teman-teman yang begitu

banyak memberikan sokongan moral sepanjang tempoh pengajian; Mohamad Nashrique,

Sri Yunanto, Che Hamdan, Muhd Norizam Jamian, Mohd Zaidi, Nur Afifa, Mohd

Hiezam, Salehudin Abd Munim, Ahmet Dogan, Shintaro Yagi, Yoe Kanai dan Jookyung

Lee. Terakhir tetapi tidak kurang penting ialah kepada para guru dan pensyarah yang

telah selama ini memberikan didikan – Sekolah Rendah Kebangsaan Clifford Kuala

Kangsar (1982-1987), Sekolah Menengah Clifford Kuala Kangsar (1988-1994), Institut

Teknologi Mara Shah Alam (1996-1998), Universiti Kebangsaan Malaysia (2004-2006)

dan University of Sheffield, United Kingdom (2007-2008). Semoga anda semua

diberkati Tuhan.

Tesis ini ditujukan kepada ayah tercinta, Allahyarham Ismail@Fakhri yang tidak pernah

sempat menyaksi dan menikmati segala pencapaian anaknya.

v
SENARAI KANDUNGAN

HALAMAN

Penghargaan………………………………………………………………………..ii
Senarai Kandungan………………………………………………………………...vi
Senarai Rajah...........................................................................................................xii
Senarai Singkatan………………………………………………………........……xiii
Abstrak…………………………………………………………………………. xvii
Abstract………………………………………………………………………..…xix

BAB 1: PENGENALAN

1.1 Pendahuluan……………………………………………………………….1
1.2 Latar Belakang Kajian……………………………………………………..2
1.3 Permasalahan Kajian………………………………………………………7
1.4 Persoalan Kajian………………………………………………………….12
1.5 Objektif Kajian………………………………………………………...…13
1.6 Kerangka Teoritikal………………………………………………………14

1.6.1 Konservatisme………………………………………………..14
1.6.2 Neokonservatisme……………………………………………25
1.6.2.1 Kesatuan Soviet…………………………………..28
1.6.2.2 China…………………………………………..…29
1.6.2.3 Jepun…………………………………………......30
1.6.2.4 Taiwan…………………………………………....31

1.7 Metodologi Kajian………………………………………………………..33


1.7.1 Metodologi Pengutipan Data....................................................33
1.7.2 Kaveat Pengoperasian...............................................................37

1.8 Organisasi Kajian…………………………………………………….......41

vi
BAB 2: SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan…………………………………………………………….…43
2.2 Kajian Mengenai Demokrasi, Perubahan dan Reformasi……………......44
2.3 Kajian Mengenai Kepimpinan Mahathir Mohamad……………………..49
2.4 Kajian Mengenai Konservatisme dan Tradisi……………………………52
2.5 Kajian Mengenai Abdullah Ahmad Badawi…………………………..…57

2.5.1 Kajian Awam dan Separa Ilmiah………………………………...58


2.5.2 Tema Perubahan dan Gaya Kepimpinan Abdullah…………....…59
2.5.3 Tema Islam Hadhari……………………………………………...62
2.5.4 Kajian Mengenai Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) 2008….64

2.6 Analisis Sorotan Kajian…………………………………………………..66

BAB 3 : KEPIMPINAN NEOKONSERVATIF

3.1 Pengenalan..…………………………………………………...………...70
3.2 Latar Agama Abdullah: Antara Etika dan Realpolitik…………….…….70
3.3 Gaya Kepimpinan…………………………………………...……….…..77

3.3.1 Menganjak Budaya Feudal……………………………………... 77


3.3.2 Dilema Kuasa Lunak dan Machiavellian…………………….......81
3.3.3 Demokrat Semulajadi……………………………………...….....86
3.3.4 Falsafah Politik: Persoalan Keseimbangan………………...….....90

3.4 Sistem Sokongan…………………………………………………...........92

3.4.1 Struktur Pasukan Kepimpinan Abdullah………………….…......92


3.4.2 Khairy Jamaluddin dan Intelektual Neokonservatif……….....….99
3.4.3 Kalimullah Hassan dan New Straits Times (NST)…………......113
3.4.4 Kamaluddin Abdullah dan Patrick Lim…………………...……118
3.4.5 Paradoks Reformis…………………………………….…….....120
3.4.6 Khairy dan Legasi Abdullah……………………………...….…123

3.5 Kesimpulan………………………………………………………...…...128

vii
BAB 4: PEMBANGUNAN LUNAK

4.1 Pengenalan..………………………………………………………...…..129

4.2 Penyegaran Semula Sektor Pertanian dan Pembangunan


Luar Bandar: Anak Didik Politik Tun Razak………….........………….131

4.2.1 Strategi Serampang Empat Mata………………………..…..….136


4.2.2 Pembangunan Wilayah…………………………………....……140
4.2.3 Masa Hadapan………………………………………….…....…144

4.3 Penekanan Terhadap Pembangunan Modal Insan……………….….....148

4.3.1 Pembentukan Masyarakat Seimbang……………………......…149


4.3.2 Institusi Kekeluargaan……………………………………....…151
4.3.3 Pembangunan Gender………………………………….…...…152
4.3.4 Aspek Keagamaan dan Moral………………………..……..…153
4.3.5 Demokrasi dan Pembangunan Modal Insan…………………...155
4.3.6 Pembangunan Generasi Muda…………………………………157
4.3.7 Pemuliharaan Alam Sekitar………………………………....…159
4.3.8 Dilema Pembangunan Tidak Nampak…………………..…..…160

4.4 Reformasi Ekonomi Politik: Cabaran Kompleks Parti-Birokrasi..…….161

4.4.1 Transformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC): Antara


Profesionalisme dan Nasionalisme……………………........…162

4.4.2 Projek Mega: Pengurangan atau Penerusan?............................173


4.4.3 Agenda Integriti…………………………………….…….…...179

4.4.3.1 Pembanterasan Rasuah: Selangkah Ke Hadapan,


Dua Langkah Ke Belakang?..................………………179
.
4.4.3.2 Keterbukaan Konstruktif dan Reformasi
Perkhidmatan Awam……………………….……...….188

4.4 Kesimpulan………………………………………………....……...…193

viii
BAB 5: REFORMASI TADBIR URUS DEMOKRATIK DAN INSTITUSI

5.1 Pengenalan…………………………………………………………….197
5.2 Dasar Keterbukaan……………………………………………..…...…198
5.3 Media…………………………………………………………….……202

5.3.1 Media Baru: Kegagalan Strategi Pertautan……………........…202


5.3.2 Blog: Pandangan Alternatif atau Pandangan
Kumpulan Berkepentingan?…………………..……………….208

5.3.3 Media Pro-Reformasi: The Star dan The Sun ……………...…211

5.4 Parlimen………………………………………………………………..218

5.4.1 Sosialisasi Ahli-Ahli Parlimen…………………………………220


5.4.2 Agenda Integriti dan Penubuhan Jawatankuasa Terpilih............221
5.4.3 Dasar Keterbukaan dan Debat Parlimen………………….……222
5.4.4 Kebebasan Ahli Parlimen Kerajaan……………………….....…224

5.5 Sistem Pemilih…………………………………………………..…......226

5.5.1 Sistem Pilihan Raya: Ironi PRU-12……………………...........226


5.5.2 Kesan Boomerang: 16 September dan
Krisis Perlembagaan Perak…………………………...…........231

5.6 Undang-undang Pencegahan dan Kawalan…………………….…..….233

5.6.1 Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)…………………...… 234


5.6.2 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU)…………......…238

5.7 Pasukan Polis: Konservatisme Birokratik……………………..…....…240


5.8 Institusi Kehakiman: Pemulihan Prinsip Semak Dan
Imbang……………………………………………………………...…245

5.9 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM): Satu Lagi


Reformasi Yang Dilunakkan………………………..………..….....…255

5.10 Kesimpulan…………………………………………………...….……258

ix
BAB 6: ISU-ISU PERLEMBAGAAN

6.1 Pengenalan……………………………………………………………263
6.2 Pendekatan Spektrum Sederhana: Dilema ‗Keadilan
Untuk Semua‘……………………………………………….…....…..264

6.2.1 Tindakan Affirmatif: Dasar Ekonomi Baru (DEB)…….…….270


6.2.2 Perhimpunan Agung UMNO 2006: Detik
Ultra-Konservatif……………………………………………..273

6.2.3 Etnik India dan Kebangkitan Hindraf…………….………..…277

6.3 Islam Hadhari: Pelentur Konservatisme Agama Yang Dirampas…….282

6.3.1 Majlis Antara-Agama (IFC)……………………………….…288


6.3.2 Kebebasan Agama: Perkara 121 (1A) Perlembagaan
Persekutuan…………………………………………….….….289

6.3.3 Kumpulan Artikel 11 (KA11)……………………………...…291


6.3.4 Kebangkitan Islamis Ultra-Konservatif………..……….…..…294
6.3.5 Islam Liberal dan Sisters in Islam (SIS)……….………......…301
6.3.6 Pengukuhan Kuasa Birokrat Islamis Konservatif………….…302
6.3.7 Islam Hadhari: Belasungkawa..................................................306

6.4 Kebangkitan Semula Peranan Raja-Raja Melayu…………..….....…..310

6.4.1 Institusi Beraja Sebagai Pertahanan dan Pelindung……….....314


6.4.2 Krisis Perlembagaan di Perak………………..…………..…..317

6.5 Isu Bahasa Melayu: Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan


Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)……………..….…….…323

6.6 Kesimpulan…………………………………………….……...……...327

BAB 7 : BERAKHIRNYA DETIK NEOKONSERVATIF

7.1 Pengenalan………………………………………………………...…330
7.2 Struktur Kekuasaan UMNO dan Perlantikan Kabinet………...…..…331

x
7.3 Politik Penaungan dan Politik Wang…………………………..........…337
7.4 Konflik Mahathir dan Abdullah: Sindrom Reaksioneri…………..........346
7.5 Pasca PRU-12: Kebangkitan Gerakan Konservatif dan
Reaksioneri………………………………………………..………..….356

7.6 Muzakarah UMNO-PAS: Tentangan ‗Neokonservatif Pas‘…………..362


7.7 Desakan Peralihan Kuasa ……………………………………….….....366

7.8 Hari-Hari Terakhir Seorang Neokonservatif dan Pengukuhan


Semula Pengaruh Konservatif………………………………..……..…378

BAB 8: KESIMPULAN …………….….………………………………...392

8.1 Kepimpinan Najib Razak: Dari Konservatif Ke Neokonservatif?.........397


8.2 Abdullah dan Penilaian Sejarah…………………………………….....406
8.3 Agenda Penyelidikan Masa Hadapan………..............................……...415

RUJUKAN…………………………………………………………………...419

LAMPIRAN.....................................................................................................486

Lampiran A : Senarai Penerbitan..........................................................487


Lampiran B : Kronologi Karier Politik Abdullah.................................489
Lampiran C : Sepuluh Ucapan / Wawancara Terpenting
Abdullah.........................................................................492
Lampiran D : Senarai Bukti Penerbitan Jurnal / Anugerah...................493

xi
SENARAI RAJAH

Rajah 3.1 Struktur Sokongan Abdullah Ahmad Badawi...............................98

xii
SENARAI SINGKATAN

ABIM Angkatan Belia Islam Malaysia


ACA Anti-Corruption Agency (Agensi Pencegahan Rasuah)
ACCIN Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (Jawatankuasa
Gabungan Badan Islam Bukan Kerajaan)
ADUN Ahli Dewan Undangan Negeri
AP Approved Permit (Permit Import)
ASLI Asian Strategy and Leadership Institute
AUKU Akta Universiti dan Kolej Universiti
BADAI Badan Bertindak Anti-IFC
BADAK Bahagian Pengurusan dan Dasar, Jabatan Perdana Menteri
BERNAMA Berita Nasional Malaysia
BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil
BN Barisan Nasional
BPR Badan Pencegahan Rasuah
BTN Biro Tatanegara
CPI Corruption Perceptions Index (Indeks Persepsi Rasuah)
DAP Democratic Action Party (Parti Tindakan Demokratik)
DBP Dewan Bahasa dan Pustaka
DEB Dasar Ekonomi Baru
ECER East Coast Economic Region (Wilayah Ekonomi Pantai Timur)
GLC Government-Linked Company (Syarikat Berkaitan Kerajaan)
GMI Gerakan Mansuhkan ISA
GMP Gerakan Mansuhkan PPSMI
GPMS Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung
HINDRAF Hindu Rights Action Force (Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu)
IDR Iskandar Development Region (Wilayah Pembangunan Iskandar)
IFC Inter-Faith Council (Majlis Antara Agama)
IKIM Institut Kefahaman Islam Malaysia

xiii
IKS Industri Kecil dan Sederhana
IPCMC Independent Police Complaints and Misconduct Commission
(Suruhanjaya Bebas dan Salah Laku Polis)
ISA Internal Security Act (Akta Keselamatan Dalam Negeri)
ISEAS Institute of Southeast Asian Studies
ISIS Institute of Strategic and International Studies (Institut Kajian
Strategik dan Antarabangsa)
JAC Judicial Appointments Commission (Suruhanjaya Perlantikan
Kehakiman)
JAIS Jabatan Agama Islam Selangor
JAIWP Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
JPM Jabatan Perdana Menteri
JPN Jabatan Pendaftaran Negara
K20 Kumpulan 20 (Syarikat Utama Dalam GLC)
KA11 Kumpulan Artikel 11
KMT Kuomintang Party (Parti Kuomintang Taiwan)
KPWKM Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
KWSP Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
LDP Liberal Democratic Party (Parti Liberal Demokrat Jepun)
MAGERAN Majlis Gerakan Negara
MAIWP Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
MAS Malaysia Airlines System (Sistem Penerbangan Malaysia)
MCA Malaysian Chinese Association (Persatuan Cina Malaysia)
MIC Malaysian Indian Congress (Kongres India Malaysia)
MIER Malaysian Institute of Economic Research (Institut Penyelidikan
Ekonomi Malaysia)
MIHAS Malaysian International Halal Showcase (Pameran Perdagangan
Halal Antarabangsa)
MITI Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
MT Majlis Tertinggi (UMNO)

xiv
NCER North Coast Economic Region (Wilayah Ekonomi Koridor Utara)
NECC National Economic Consulatation Council (Majlis Perundingan
Ekonomi Kebangsaan)
NEM New Economic Model (Model Ekonomi Baru)
NGO Non-Governmental Organisation (Badan Bukan Kerajaan)
NST New Straits Times
NSTP New Straits Times Press
OIC Organisation of Islamic Conference (Organisasi Persidangan
Negara Islam)
OSA Official Secrets Act (Akta Rahsia Rasmi)
PAC Public Accounts Committee (Jawatankuasa Kira-kira Awam)
PAS Pan-Malaysian Islamic Party (Parti Islam Semalaysia)
PAU Perhimpunan Agung UMNO
PBB Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
PBS Parti Bersatu Sabah
PDRM Polis DiRaja Malaysia
PEKIDA Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia
PEMBELA Pertubuhan Pembela-Pembela Islam
PEMUDAH Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan
PERKASA Pribumi Perkasa Negara
PGCC Penang Global City Centre
PKFZ Port Klang Free Zone (Zon Bebas Pelabuhan Klang)
PKR Parti Keadilan Rakyat
PM Perdana Menteri
PPI Peguam Pembela Islam
PPP People‘s Progressive Party (Parti Progresif Rakyat)
PPSMI Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa
` Inggeris
PR Pakatan Rakyat
PRK Pilihan Raya Kecil
PRU Pilihan Raya Umum

xv
PSM Parti Sosialis Malaysia
RMK Rancangan Malaysia Ke-
SCORE Sarawak Corridoor of Renewable Energy (Koridor Pembaharuan
Tenaga Sarawak)
SDC Sabah Development Corridoor (Koridor Pembangunan Sabah)
SIAP Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa
SIS Sisters in Islam
SPR Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
SPRM Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
SUHAKAM Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
TERAJU Unit Peneraju Agenda Bumiputera
TNB Tenaga Nasional Berhad
TPM Timbalan Perdana Menteri
UIAM Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
UiTM Universiti Teknologi Mara
UKM Universiti Kebangsaan Malaysia
UM Universiti Malaya
UMK Universiti Malaysia Kelantan
UMNO United Malays National Organisation (Pertubuhan Kebangsaan
Melayu Bersatu)
UPM Universiti Putra Malaysia
UUM Universiti Utara Malaysia

xvi
ABDULLAH AHMAD BADAWI: LEGASI NEOKONSERVATIF

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan memposisikan secara teoritikal kepimpinan Abdullah Ahmad

Badawi dalam konteks rejim konservatif UMNO. Ia mengemukakan hipotesis bahawa

legasi yang ditinggalkan Abdullah merupakan cerminan ideologi neokonservatif.

Neokonservatif merupakan satu aliran atau tokoh yang memaparkan penyimpangan

signifikan dari kerangka asas rejim konservatif menerusi pendekatan penyegaran semula

dasar-dasar lalu, penyesuaian politik, dan paling penting, tindakan reformasi politik.

Dengan memanfaatkan ideologi konservatisme sebagai dasar teoritikal, kajian ini

membangunkan konsep neokonservatif berdasarkan kajian yang telah dilakukan dalam

beberapa buah parti dominan seperti Parti Komunis Soviet Union, Parti Liberal

Demokrat di Jepun, Parti Komunis China dan Parti Kuomintang di Taiwan. Dengan

menggunakan tiga metodologi iaitu pengumpulan data primer melalui temu bual

langsung, kajian perpustakaan dan juga kajian lapangan, dapatan kajian memaparkan

bukti bahawa era Abdullah dicerminkan oleh penyegaran semula dasar-dasar era Tunku

Abdul Rahman dan Razak Hussein beserta reformasi ekonomi politik. Walaupun

Abdullah berjaya meletakkan legasinya yang tersendiri, ia tidak berlaku dalam skala

yang lebih meluas kerana penginstitusian konservatisme iaitu tentangan unsur

konservatif dan reaksioneri yang mempertahankan grid keseimbangan sistem. Proses

liberalisasi yang dilakukan Abdullah khususnya dari segi ekonomi, tadbir urus

demokratik, hubungan etnik dan agama telah menyebabkan berlakunya

ketidakseimbangan dalam sistem yang telah dicorakkan oleh Mahathir sebelum itu.

xvii
Mahathirisme dihujahkan merupakan satu bentuk konservatisme dan biarpun sarat

dengan kelemahan, ia telah menghasilkan elemen keharmonian dan kebolehramalan.

Dengan beberapa nilai yang telah terinstitusi dengan kukuh dalam rejim pemerintah

seperti developmentalisme, hubungan kompleks parti-birokrasi, politik penaungan,

pendekatan kawalan, sikap kerajaan lebih mengetahui dan konservatisme etno-agama,

sebahagian besar perubahan yang dibawa Abdullah menerima reaksi defensif daripada

keseluruhan pihak yang telah mendapat manfaat dan mempunyai hubungan simbiotis

dengan sistem tersebut – UMNO, Mahathir, elit ekonomi, elit birokrasi dan juga

golongan Islamis. Pada masa yang sama, fakta ini tidak meremehkan paradoks yang

menghakis legitimasi reformis Abdullah. Wujud bukti bahawa Abdullah menangguhkan

beberapa reformasi yang boleh dibuat lebih awal dan tidak mengambil peluang untuk

memperkenalkan barisan kepimpinan yang membayangkan reformasi yang ingin

dibawa. Beliau juga meletakkan kepercayaan yang lebih besar kepada intelektual

neokonservatif‘ yang diketuai Khairy Jamaluddin. Walaupun pasukan ini memberikan

dimensi teoritikal yang penting, perkara ini dibayangi oleh fakta bahawa mereka turut

mengukuhkan kuasa yang besar dan menjadikan Abdullah merungkaikan sistem

sokongan tradisionalnya dalam UMNO. Pemberat lain yang wajar dipertimbangkan

ialah kekurangan realpolitik Abdullah bagi mengimbangi kelasakan politik UMNO.

xviii
ABDULLAH AHMAD BADAWI: A NEO-CONSERVATIVE LEGACY

ABSTRACT

This study aims to theoretically position the leadership of Abdullah Ahmad Badawi

within the context of the conservative regime of UMNO. It puts forward the hypothesis

that the legacy left by Abdullah serves as a reflection of the neo-conservative

ideology. A neo-conservative strand or figure is one that displays significant deviations

from the basic framework of a conservative regime through the revival of past policies,

political reconciliation, and most importantly, political reform. By leveraging the

ideology of conservatism as a theoretical basis, this study develops the concept of a

‗neo-conservative‘ based on studies of several other dominant parties such as the Soviet

Union Communist Party, the Chinese Communist Party, the Liberal Democratic Party of

Japan, and the Kuomintang Party in Taiwan. By using three methods, viz. collection of

primary data through direct interviews, library research and field studies, the findings

reveal that Abdullah‘s era was distinguished by the revival of policies of Tunku Abdul

Rahman and Razak Hussein along with the reform of Malaysia‘s political economy.

Although Abdullah managed to carve a legacy of his own, its breadth and scale were

restricted by the institutionalisation of conservatism – the resistance of conservative and

reactionary forces defending the systemic equilibrium. Abdullah‘s liberalisation policies,

particularly in the economic, ethnic and religious realms and in democratic governance,

led to imbalances in a system previously shaped by Mahathir. Arguably, Mahathirism is

a form of conservatism and though loaded with excesses, it has produced the elements of

harmony and predictability. With some values that have been institutionally embedded

in the ruling regime such as developmentalism, the party-bureaucratic complex,


xix
patronage politics, the control approach, the ‗government knows best‘ attitude and

ethno-religious conservatism, most changes brought about by Abdullah were received

defensively by forces which have benefited from and enjoyed a symbiotic relationship

with the system – UMNO, Mahathir, the economic elite, the bureaucratic elite and the

Islamists. At the same time, this fact does not underestimate the paradoxes that eroded

the reformist legitimacy of Abdullah. There exists evidence that Abdullah delayed some

of the reforms and failed to take the opportunity to introduce a new leadership reflecting

reforms to be carried out. He also put greater faith on the ‗neo-conservative intellectuals‘

led by Khairy Jamaluddin. Although the team provided significant theoretical

dimensions, it was overshadowed by the fact that they also wielded considerable power

and forced Abdullah to dismantle his traditional support systems within the party. Also

to be considered is the lack of Abdullah‘s realpolitic in dealing with the robustness of

UMNO politics.

xx
BAB 1

PENGENALAN

As a Malaysian conservative I have admired you from a distance. Your


tenacity and singleness of purpose are qualities that we need for ourselves
here. We are a developing country and to develop we must face many
challenges within and outside our country. Learning from you we will
persevere. We will not be deterred by adverse criticisms of our
industrialisation programme, or of our political system or of our economic
policies.

Mahathir Mohamad 1

1.1 PENDAHULUAN

Pada 31 Oktober 2003, Perdana Menteri Malaysia Keempat, Mahathir Mohamad

menamatkan pemerintahan selama 22 tahun dan menyerahkan tampuk kepimpinan

kepada Abdullah Ahmad Badawi. Fakta bahawa pemerintahan Abdullah merupakan

tempoh kepimpinan yang paling singkat mungkin memberi kesimpulan awal bahawa era

pemerintahannya tidak meninggalkan kesan yang begitu signifikan – sekurang-

kurangnya jika dibandingkan dengan era Mahathir. Apatah lagi mempertimbangkan

hakikat bahawa Abdullah melepaskan jawatannya melalui desakan dari parti UMNO

yang diterajuinya selepas prestasi teruk Barisan Nasional (BN)2 pada Pilihan Raya

Umum ke-12 (PRU-12) pada 2008. Namun kajian ini berpendirian bahawa era Abdullah

1
Mahathir Mohamad, ‗Ucapan The Official Dinner in Honour of the RT. Honourable Margaret Thatcher
Prime Minister of the United Kingdom of Great Britain & Northern Ireland‘, (5 April 1985),
http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=mahathir&id=1385 (akses pada 13 September 2009).
2
Perikatan Barisan Nasional ditunjangi tiga parti utama iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
(UMNO), Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan Kongres India Malaysia (MIC). Ia turut dianggotai oleh
sembilan parti komponen lain yang mewakili pelbagai etnik termasuklah dari Sabah dan Sarawak.
merupakan tempoh masa yang cukup penting kerana perubahan-perubahan yang

diambilnya membayangkan pemikiran konservatif baru ataupun ‗neokonservatif‘.

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Hanya dalam tempoh empat tahun selepas mencipta rekod sebagai Perdana Menteri

(PM) yang mengetuai kemenangan terbesar BN dalam PRU-11 2004, Abdullah terpaksa

pula kemudiannya memikul beban sejarah apabila BN mengalami kekalahan terburuk

sejak penubuhannya apabila tewas di lima buah negeri kepada Pakatan Rakyat (PR)3 dan

gagal mengekalkan dominasi majoriti dua pertiga di Parlimen. Seperti yang dijangka,

retorik yang mengiringi peristiwa ini ialah persoalan perubahan – sesuatu yang

dipandang secara pesimis sebelumnya oleh sarjana politik mempertimbangkan sifat

politik Malaysia yang amat mempertahankan bentuk sistem politik yang diamalkan.4

Namun, dengan perkembangan yang berlaku dalam PRU-12, prospek terhadap

perubahan yang kali terakhirnya dirasai pada PRU-10 1999 mula kembali menjadi

perdebatan. 5 Begitu pun, kajian ini beranggapan faktor pertama yang harus diletakkan

3
Pakatan Rakyat merupakan gabungan tidak rasmi tiga parti pembangkang iaitu Parti Islam Semalaysia
(PAS), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP).
4
Antara pelabelan yang dibuat sarjana adalah seperti ―quasi-democracy‖ dalam Zakaria Ahmad,
‗Malaysia: Quasi-Democracy in a Divided Society‘, dalam Larry Diamond, Juan J.Linz dan Seymour
Martin Lipset (pnyt.), Democracy in Developing Countries, Volume Three, Asia (Boulder: Lynn Reiner
Publishers, 1989); ―semi-democracy‖ dalam William Case, ‗Semi-Democracy in Malaysia: Withstanding
the Pressures for Regime Change‘, Pacific Affairs, 66, no. 2 (1993); ―statist-democracy‖ dalam James J.
Jesudason, ‗Statist Democracy and the Limits to Civil Society in Malaysia‘, Journal of Commonwealth
and Comparative Politics, 33, no. 3 (1995); ―neither democracy nor authoritarian‖ dalam Harold Crouch,
Government and Society in Malaysia (St. Leonards, NSW: Allen & Unwin, 1996), 12, 240; ―soft
authoritarianism‖ dalam Gordon P. Means, ‗Soft Authoritarianism in Malaysia and Singapore‘, Journal
of Democracy, 7, no. 4 (1996); ―restricted-democracy‖ dalam Anne Munro-Kua, Authoritarian-Populism
in Malaysia (London: Macmillan Press, 1996); ―pseudodemocracy‖ dalam William Case, ‗Malaysia‘s
Resilient Pseudodemocracy‘, Journal of Democracy,12, no. 1(2001).
5
Dalam PRU-10 1999, kerajaan BN mengalami penurunan sokongan yang agak mengejutkan kesan dari
gerakan reformasi yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim. Walaupun masih mampu mengekalkan majoriti
dua pertiga di Parlimen, cabaran yang dikenakan oleh pakatan pembangkang iaitu Barisan Alternatif (BA)

2
sebagai titik mula analisis ialah kepimpinan dan dasar-dasar Abdullah yang dilihat

bertentangan dengan orde politik era Mahathir. Sebelum lagi berlakunya peralihan

kuasa, kebanyakan sarjana bersetuju bahawa siapa jua yang akan menggantikan

Mahathir harus berusaha untuk memisahkan dirinya dari Mahathirisme dalam

mendapatkan legitimasi baru. Selain dari memastikan legasi tidak popular Mahathir

seperti korupsi dan autoritarianisme tidak diteruskan dalam pentadbiran seterusnya,

UMNO juga dilihat berhadapan dengan masalah ―kejumudan‖ (inertia) dan ―kelesuan‖

(malaise) yang serius selepas PRU-10 1999.6 Kesedaran ini ditunjukkan Abdullah

apabila memperkenalkan dasar-dasar yang melambangkan ―pusingan 360 darjah‖7 atau

―menyah Mahathirisme‖ (de-Mahathirisation).8 Selain dari personalitinya yang tidak

seagresif Mahathir, beliau juga membawa masuk tenaga-tenaga muda sebagai

pembantunya, menukar prioriti pembangunan negara, membuka lebih banyak ruang

kebebasan, memperbaiki tadbir urus demokratik dan mengambil spektrum yang lebih

sederhana dalam aspek hubungan kaum serta agama. Hanya setahun selepas

pemerintahannya, beliau dihujahkan telah mencipta identiti tersendiri9 walaupun pada

akhirnya, rekod Abdullah dianggap sebagai ―kontroversi‖. 10

dianggap begitu signifikan sehingga ia dipandang sebagai era ―politik baru‖. Lihat antaranya Mohd Yusof
Kasim dan Azlan Ahmad (pnyt.), Politik Baru dalam Pilihanraya Umum (Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia, 2002); Francis Loh Kok Wah dan Johan Saravanamuttu (pnyt.), New Politics in
Malaysia (Singapura: Institute of Southeast Asian Studies, 2003).
6
Maznah Mohamad, ‗The UMNO Malaise‘, Aliran Monthly, 20, no.2 (2000); Hari Singh,
‗Democratization or Oligarchic Restructruring? The Politics of Reform in Malaysia‘, Government and
Opposition, 35, no. 4 (2000), 545-546; N. Ganesan, ‗Malaysia in 2003: Leadership Transition with a Tall
Shadow‘, Asian Survey, 44, no. 1 (2004), 70; Ahmad Fauzi Abdul Hamid, ‗The UMNO-PAS Struggle:
Analysis of PAS‘s Defeat in 2004‘ dalam Saw Swee-Hock dan K.Kesavapany (pnyt.), Malaysia: Recent
Trends and Challenges (Singapura: Institute of Southeast Asian Studies, 2006), 113.
7
Ahmad Atory Hussain, Politik Melayu Di Persimpangan: Suatu Analisis Pilihan Raya Umum 2008
(Kuala Lumpur: Utusan Publications, 2009), 259.
8
Khoo Boo Teik, ‗De-Mahathirising Malaysia‘, Aliran Monthly, 23, no. 8 (2003).
9
Bridget Welsh, ‗Malaysia in 2004: Out of Mahathir Shadow‘, Asian Survey, 45, no. 1 (2005), 153-154;
Mely Caballero-Anthony, ‗Political Transitions in Southeast Asia‘, Southeast Asian Affairs (2005), 27-30.
10
‗Terukir dalam sejarah – Musa Hitam‘, Utusan Malaysia, 9 Oktober 2008.

3
Mengapakah pemerintahan Abdullah tetap dianggap sebagai kontroversi seperti juga

pemerintahan Mahathir sebelumnya? Umumnya, Abdullah mewarisi sebuah kepimpinan

yang menekankan konsep pemerintah yang kuat 11 dan pembangunan ekonomi dalam

mengekalkan legitimasi kekuasaan. Kelangsungan kuasa BN khususnya di bawah

pemerintahan Mahathir mencerminkan penekanan terhadap status quo. Mahathir juga

berjaya menginstitusi dan mempertahankan sebarang dasarnya secara konsisten. Biarpun

terdapatnya beberapa krisis getir seperti Krisis Perlembagaan 1983 dan 1993, perebutan

jawatan Presiden UMNO 1987, krisis ekonomi 1997 dan pemecatan Anwar Ibrahim

pada 1998, beliau berjaya keluar dari semua krisis ini dengan impak yang sederhana

iaitu dengan maksud masih mampu mengemudi kemenangan BN dengan majoriti dua

pertiga dalam setiap PRU yang diadakan. Era pemerintahannya dianggap sebagai

―Mahathirisme‖ mempertimbangkan kejayaannya membangunkan negara mengikut

acuan ala-Malaysia.12 Dalam maksud kajian ini, Mahathir telah berjaya meletakkan satu

konservatisme politik yang begitu kukuh demi kelangsungan rejim pemerintahannya.

Sebagai definisi permulaan di awal perbincangan, konservatisme yang dimaksudkan di

sini ialah elemen yang dianggap Mohamad Abu Bakar sebagai ―nilai-nilai dominan‖ dan

―pemikiran dasar‖ yang bertindak sebagai ―konsep pengorganisasi dan modus operandi

dalam perlakuan politik‖ dan sentiasa dipertahankan ketika berinteraksi dalam keadaan

semasa. 13

11
Pemerintah yang kuat merujuk kepada sifat pemerintahan sesuatu rejim yang mengenakan kawalan
yang besar dalam aspek politik dan ekonomi serta berupaya mendominasi atau mencairkan kumpulan-
kumpulan bebas yang lain seperti parti politik, pertubuhan perniagaan, pertubuhan bukan kerajaan atau
kesatuan sekerja. Lihat Clark D. Neher, ‗Asian Style Democracy‘, Asian Survey, 34, no. 11(1994).
12
Khoo Boo Teik, Paradoxes of Mahathirism: An Intellectual Biography of Mahathir Mohamad (Kuala
Lumpur: Oxford University Press, 1995); John Hilley, Malaysia: Mahathirism, Hegemony and The New
Opposition (London: Zed Books, 2001).
13
Mohamad Abu Bakar, ‗Konservatisme dan Konflik: Isu ‗Kafir-Mengkafir‘ dalam Politik Kepartian
1955-2000‘, Pemikir, Julai 2000, 122-123.

4
Antara nilai-nilai dominan yang jelas didukung kuat oleh Mahathir adalah gagasan Nilai

Asia yang diperjuangkannya dalam menjustifikasikan model demokrasi dan

pembangunan ekonomi Malaysia. Idea-idea seperti kesinambungan pembangunan,

ketidaksesuaian demokrasi beracuan Barat, penekanan terhadap hak-hak komuniti

melebihi hak individu, kepatuhan terhadap orde dan autoriti dan mengandaikan

perubahan sebagai sesuatu yang boleh menggugat proses pembangunan merupakan

antara elemen-elemen yang amat kuat mendasari kejayaan Malaysia menjadi sebuah

negara perindustrian baru.14 Rangkuman kecenderungan-kecenderungan ini menjadikan

era Mahathir sebagai ―agak tertutup‖15 dan mencerminkan ―darjah kawalan yang

tinggi‖.16 Beliau dianggap sebagai ―ahli politik konservatif‖ yang memegang prinsip

orde, undang-undang dan kestabilan hinggakan beliau tidak akan mempertimbangkan

sebarang cabaran terhadap kepimpinan dan rejimnya. 17 Antara elemen yang disenangi

Mahathir ialah kepimpinan autoritarian dan faktor keselamatan dalam jawatan yang

menurutnya dapat menyumbang kepada usaha mengubah taraf hidup rakyat.18

Perubahan menurut Mahathir juga hanya dianggap baik jika ia dilakukan secara

berperingkat biarpun bermatlamatkan maksud yang positif. 19 Ringkasnya, fakta-fakta ini

mencadangkan penghayatan kuat Mahathir terhadap prinsip-prinsip konservatisme.

14
Mahathir Mohamad, ‗Nilai Asia‘, Dewan Budaya, April 1995, 5-12; Abdul Rahman Embong, ‗Nilai
Asia: Kesatuan Dalam Kepelbagaian‘, Dewan Budaya , Mei 2003, 12-15.
15
Ahmad Atory Hussain, Politik Melayu Di Persimpangan, 259.
16
R.S. Milne dan Diane K. Mauzy, Malaysian Politics under Mahathir (London: Routledge, 1999),1.
17
Khoo Boo Teik, Beyond Mahathir: Malaysian Politics and its Discontents (London: Zed Books, 2003),
188.
18
Mahathir Mohamad, ‗Interview: Retired or not, Mahathir is still in his element‘, The Star, 19 Oktober
2004.
19
Mahathir Mohamad, ‗Wawancara: Dr M menilai kepimpinan‘, Mingguan Malaysia 31 Oktober 2004.

5
Sebelum peralihan kuasa, Abdullah menegaskan yang beliau tidak akan melakukan

sebarang ―perubahan radikal‖. Seperti Mahathir, Abdullah juga mempercayai yang

faktor kesinambungan memainkan peranan utama dalam pembangunan negara. 20 Namun

tidak lama untuk mengesani bahawa kenyataan ini mengambil praktik yang berbeza

apabila beliau mula memunculkan identitinya yang tersendiri hanya dalam tempoh

sebulan selepas itu.21 Menariknya, perubahan yang dibawa Abdullah tidak disusuli

dengan tentangan. Manifestasi ini dapat dilihat melalui kepercayaan besar rakyat yang

memberikan undi popular sebanyak 90.4% kepada BN dalam PRU-11 pada Mac 2004.

Kemenangan ini dinukilkan sebagai mencerminkan peranan Abdullah sebagai

―penyimpang‖ bukan ―penerus‖ tradisi Mahathirisme.22 Musa Hitam menyifatkan

golongan ―pelarian sementara‖ yang tidak menyenangi Mahathir pada PRU-10 1999

telah kembali semula menyokong kerajaan. 23

Begitu pun, kejayaan besar ini disusuli dengan permulaan kepada kewujudan konflik.

Dalam teori konservatisme dan amalan sesebuah rejim konservatif, reformasi atau

penyimpangan (deviation) berpotensi menimbulkan konflik dan mendatangkan ancaman

kepada kestabilan rejim kerana ia melibatkan proses mengubahsuai kepentingan,

institusi, struktur, dasar atau nilai yang telah sebati dalam sesuatu sistem politik.24

Konflik yang muncul ini bagaimanapun boleh menjelma dalam bentuk yang konstruktif

20
‗Pak Lah: No radical changes when I become PM‘ , The Star, 8 Julai 2003.
21
‗Abdullah steps out of Mahathir‘s shadow, Malaysiakini, 30 November 2003,
http://www.malaysiakini.com/news/15985 (akses akhir pada 28 Disember 2010).
22
Rustam Sani, ‗Siapa hina usahawan Melayu?‘, Siasah, 28 April 2006.
23
Dipetik dari ‗Sikap Abdullah faktor utama BN menang‘, Utusan Malaysia , 24 Mac 2004.
24
Lihat Francis G. Wilson, ‗A Theory of Conservatism‘, The American Political Science Review, 35, no.
1 (1941), 29; William J.Tompson, ‗Khrushchev and Gorbachev as Reformers: A Comparison‘, British
Journal of Political Science, 23, no. 1 (1993), 79; Mohamad Abu Bakar, ‗Konservatisme dan Konflik‘,
124.

6
atau bersifat destruktif. 25 Antara senario umum yang boleh dikesan selepas berlakunya

penyimpangan ini ialah konflik antara Mahathir dan Abdullah, peranan yang dimainkan

oleh lingkungan terdekat Abdullah seperti Khairy, pengurusan ruang keterbukaan

demokrasi, kemunculan komuniti elektronik dan media baru, tentangan terhadap

perubahan yang ingin dibawa Abdullah, penyegaran semula pengaruh institusi beraja

dan peningkatan momentum dalam isu-isu etno-agama. Impak dari konflik-konflik ini

seterusnya membawa kepada keputusan mengejut PRU-12 dan seterusnya pengunduran

Abdullah sebagai PM.

1.3 PERMASALAHAN KAJIAN

Interaksi antara persoalan reformasi dan konservatisme merupakan persoalan yang

dikesan dengan konsisten sama ada secara implisit atau eksplisit sejak Abdullah

menerajui kepimpinan negara. Dalam kempen PRU-11 2004, Abdullah mengakui ada

mendengar tanggapan sesetengah penulis politik yang berasa tidak pasti sama ada

UMNO akan menyokong perubahan yang ingin dibawanya. Abdullah menjawab yang

beliau meyakini bahawa parti yang diterajuinya akan bersamanya dan beliau mempunyai

‗kasutnya sendiri‘ bagi mengisi ‗kasut besar‘ Mahathir. 26 Tidak sampai setahun selepas

Islam Hadhari diperkenalkan, Fathi Aris Omar mengkhuatiri bahawa gagasan itu akan

digagalkan oleh konservatisme agama.27 Walaupun pada peringkat awalnya Abdullah

berjaya membayangi Mahathirisme, Bridget Welsh mengesan bahawa Abdullah mula

25
Mohamad Abu Bakar, ‗Konservatisme dan Konflik‘, 124.
26
‗PM takes election campaign to Islamic opposition‘, Malaysiakini, 1 Mac 2004,
http://www.malaysiakini.com/news/18847 (akses akhir pada 28 Disember 2010).
27
Fathi Aris Omar, ‗Islam Hadhari Alternatif Konservatisme PAS dan Institusi-Institusi Agama
Kerajaan‘, Al Islam, Julai 2004, 32.

7
berhadapan dengan masalah ―jumud‖ dan ―tentangan‖ dalam membawa reformasinya. 28

Elemen lain yang turut menjadi kekangan menurut K.S Nathan ialah igauan era

Mahathir seperti korupsi, kronisme dan nepotisme. 29 Selepas 18 bulan pemerintahannya,

Abdullah turut menyifatkan beberapa aspek perubahan yang ingin diusahakannya

berhadapan dengan sindrom ―lesu‖ dan ―jumud‖. 30 Menutup tirai 2006, majalah TIME

menganggap konservatisme agama semakin meningkat dan menjejaskan pendekatan

sederhana Abdullah. 31

Selepas berlakunya tsunami politik 2008, persoalan ini menjadi lebih ketara diulas.

Zainah Anwar berhujah yang agenda perubahan Abdullah gagal dilaksanakan kerana

tentangan dari pusat kuasa yang berkuasa di dalam UMNO dan sekutunya BN, di dalam

perkhidmatan awam, polis dan malah kabinetnya sendiri.32 Walaupun berlakunya

keterbukaan, Chandra Muzaffar melihat masih wujudnya keinginan yang kuat di pihak

eksekutif untuk mengekalkan kawalan sebanyak yang mungkin. 33 Rakan rapat Abdullah,

Nordin Kardi turut mengakui betapa berat dilema yang dihadapi Abdullah apabila

idealisme demokratiknya tidak dikongsi oleh mereka yang terhampir dengan Abdullah.34

Bagi Ooi Kee Beng, perubahan yang berlaku dalam era Abdullah tidak begitu berjaya

kerana unsur konservatisme yang begitu kuat dalam pakatan BN.35 Walaupun diketahui

tidak menyenangi kepimpinan Abdullah, jurublog seperti Syed Azidi Aziz (Kickdefella)

28
Welsh, ‗Malaysia in 2004: Out of Mahathir‘s Shadow‘, 155.
29
K.S Nathan, ‗Malaysia: The Challenge of Money Politics and Religious Activism‘, Southeast Asian
Affairs (2006), 168.
30
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan The Harvard Club of Malaysia Dinner‘ (5 Mei 2005),
http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=paklah&id=2945 (akses pada 12 Disember 2009).
31
Joe Cochrane dan Jonathan Kent, ‗Drifting Toward Extremism‘, Time, 4 Disember 2006.
32
Zainah Anwar, ‗How the tables have turned‘, The Star, 30 Mac 2008.
33
Chandra Muzaffar, ‗Undesirable shortcut on the road to power‘, New Straits Times, 9 Ogos 2008.
34
Nordin Kardi, ‗Tidak mudah mengisi kebebasan‘, Utusan Malaysia, 22 September 2008.
35
Ooi Kee Beng, ‗The Struggle for Malaysia‘s political leopards to change their spots‘, 19 Ogos 2009,
http://www.iseas.edu.sg/viewpoint/okb19aug09.pdf (akses pada 28 Ogos 2009).

8
turut menganggap konservatisme UMNO mempercepatkan pengunduran Abdullah. 36

Ahmad Atory pula menganggap perubahan radikal yang dibawa Abdullah seperti dasar

keterbukaan dilihat sebagai tidak sesuai dilakukan dalam sistem yang sebati dengan

perubahan yang beransur-ansur dan bertentangan dengan sifat UMNO serta orang

Melayu yang konservatif.37 James Chin dan Wong Chin Huat juga menganggap legasi

negatif Mahathir yang telah bertapak kukuh menjadi halangan besar buat Abdullah. Parti

seperti UMNO menurut mereka begitu bergantung kepada politik penaungan dan

etnosentrisme dan sebarang proses reformasi terhadap elemen-elemen seperti ini akan

menimbulkan tentangan kuat.38 Sentimen yang serupa turut dikongsi oleh bekas Ketua

Unit Penyelidikan Persatuan Cina Malaysia (MCA), Stanley Koh yang menyifatkan

legasi Mahathir memerangkap Abdullah dan pihak berkepentingan yang wujud dalam

BN khususnya UMNO menghalang Abdullah untuk menunaikan janji-janjinya. 39 Dari

kaca mata aktivis seperti V. Gayarthry, ia antara lain berpunca daripada kabinet

Abdullah yang didominasi oleh konservatif dan anti-reformis serta tidak menyokong

penuh Abdullah.40

Turut membuat ulasan yang sama ialah Denison Jayasooria yang menyatakan dasar

Abdullah banyak ditentang institusi-institusi kerajaan sendiri. 41 Bekas wartawan kritis

36
Syed Azidi Aziz, ‗Najib Will Bring BN To Speedy End‘ (26 Oktober 2008),
http://kickdefella.wordpress.com/2008/10/26/najib-will-bring-bn-to-speedy-end/#comments (akses pada
26 Januari 2010).
37
Ahmad Atory Hussain, Politik Melayu Di Persimpangan, 366-367.
38
James Chin dan Wong Chin Huat, ‗Malaysia‘s Electoral Upheaval‘, Journal of Democracy, 20, no.3
(2009), 81-82.
39
Stanley Koh, ‗The Ghost of Mahathirism‘, Free Malaysia Today, 27 Julai 2011,
http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2011/07/27/the-ghosts-of-mahathirism/ (akses pada
28 Julai 2011).
40
Dipetik dari ‗Special Report: Abdullah Ahmad Badawi‘, The Edge, 6 April 2009.
41
Dipetik dari ‗Special Report: Abdullah Ahmad Badawi‘, The Edge, 6 April 2009.

9
akhbar The Sun, Terence Fernandez memberikan misalan bagaimana kebebasan media

mengalami zaman pencerahan semasa era Abdullah tetapi mereka yang berada di bawah

Abdullah tidak menyokongnya.42 Dalam nada yang lebih keras, pemimpin Parti

Tindakan Demokratik (DAP), Lim Kit Siang meminta kepimpinan UMNO dan BN

berkongsi tanggungjawab dengan Abdullah kerana gagal memberikan sokongan yang

diperlukan dan dalam banyak perkara mensabotaj reformasi yang ingin dibawa

Abdullah.43 Tidak terkecuali memberikan pandangan yang serupa ialah Khairy

Jamaluddin. Walaupun mengakui isu kepimpinan Abdullah dan faktor beliau sebagai

antara penyebab kepada keputusan PRU-12, beliau tidak melupakan faktor tentangan

terhadap perubahan yang datang dari pelbagai pihak termasuklah parti dan kerajaan

yang diterajui Abdullah.44 Nur Jazlan, Ahli Parlimen Pulai dari UMNO turut

menyifatkan Abdullah merupakan ―mangsa terbaru‖ terhadap sindrom ―lesu‖ yang

berlaku dalam UMNO. 45 Bagi kebanyakan pemerhati dan sesetengah sarjana pula,

sejarah Abdullah dihujahkan menyamai nasib yang menimpa pemimpin tersohor

Kesatuan Soviet, Mikhail Gorbachev (1985-1991) yang melakukan dasar keterbukaan

dan penstrukturan semula khususnya dengan melihat kepada keputusan PRU-12.46

42
Terence Fernandez, ‗It‘s all about seeking the truth‘, The Sun, 16 Jun 2009.
43
Lim Kit Siang, ‗Abdullah‘s warning against return of Mahathirism – Will Najib scotch talk of imminent
ISA arrest of Anwar?‘, 26 Mac 2009, http://blog.limkitsiang.com/2009/03/26/abdullah%E2%80%99s-
warning-against-return-of-mahathirism-%E2%80%93-will-najib-scotch-talk-of-imminent-isa-arrest-of-
anwar (akses pada 13 Januari 2010).
44
Khairy Jamaluddin, ‗Conversations: The Truth about Khairy‘, The Sun , 23 Oktober 2008.
45
Nur Jazlan Mohamed, ‗The malaise of Umno and its latest casualty, Pak Lah‘, The Malaysian Insider,
28 September 2008, http://www.themalaysianinsider.com/litee/opinion/article/The-malaise-of-Umno-
and-its-latest-casualty-Pak-Lah/ (akses pada 23 Disember 2008).
46
Lihat Hishamuddin Rais, ‗Pak Lah – Gorby Malaysia‘, Malaysiakini, 2 April 2008,
http://www.malaysiakini.com/columns/80763 (akses pada 13 Julai 2009); ‗South-East Asia‘s
Gorbachev?‘, The Economist, 3 Julai 2008,
http://www.economist.com/node/11670350?story_id=11670350 (akses pada 17 Disember 2010); Baradan
Kuppusamy, ‗Abdullah need only make some changes‘, The Star, 8 Julai 2008; Leslie Lopez, ‗PM
Abdullah‘s legacy‘, The Straits Times, 2 April 2009; Hazlan Zakaria, Wind of change, Malaysiakini, 28
November 2011, http://www.malaysiakini.com/news/182635 (akses pada tarikh yang sama).

10
Malah sehinggalah selepas berlakunya peralihan kuasa antara Abdullah dan Najib,

Karim Raslan menyifatkan cabaran terbesar Najib ialah memastikan ―konservatisme‖

UMNO tidak dijadikan halangan dalam merealisasikan perubahan yang lebih

menyeluruh.47 Akhir sekali, Abdullah pada 2011 membuat dua pengakuan penting

bahawa; Some [reforms] didn‘t find traction because there were influential and

powerful pressure groups and individuals who sought to derail these reforms.48 Tujuh

bulan kemudiannya, beliau dengan lebih terbuka menyelar penentangan ―senyap‖ yang

wujud daripada golongan hardliners yang ―ingin mengekalkan sistem yang lama, yang

masih ingin menguasai aliran maklumat serta menggunakan akta-akta dan enakmen

untuk membisukan rakyat‖.49

Justeru, jika kesemua kenyataan ini dirangkumkan, ia membawa maksud wujudnya

pertentangan antara dua keadaan yang saling berinteraksi iaitu perubahan dan reformasi

yang ingin diambil Abdullah dan juga reaksi yang timbul dari tindakan tersebut

khususnya persoalan lesu, kejumudan, pihak berkepentingan, masalah legasi, tentangan

terhadap perubahan serta konservatisme yang wujud dalam UMNO. Begitu pun,

sebahagian besar dari hujah dan kenyataan-kenyataan ini bukanlah dibuat melalui satu

kajian akademik berteraskan lensa konservatisme. Ia hanya disentuh secara kebetulan

dan sepintas lalu dalam menerangkan secara umumnya pandangan atau penilaian

mengenai kepimpinan Abdullah. Mempertimbangkan hujah bahawa ―konservatisme

47
Karim Raslan, ‗Challenge of Reform‘, The Star Special Issue, 11 Julai 2009.
48
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Interview: The mellow life‘, The Edge,7 Februari 2011.
49
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Balas Penerimaan Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan Dalam
Pembangunan Modal Insan oleh Universiti Malaysia Kelantan‘, 19 September 2011, salinan penuh teks
ucapan disampaikan kepada pengkaji melalui ehsan pihak Universiti Malaysia Kelantan.

11
melibatkan teori mengenai perubahan‖50 dan perubahan dalam teori konservatisme

berpotensi mencetuskan konflik, permasalahan kajian ini tertumpu kepada persoalan

bagaimanakah konservatisme boleh menerangkan dinamika perubahan yang diambil

Abdullah dan juga legasi yang ditinggalkannya? Bagaimanakah kedudukan Abdullah

dapat dilihat secara teoritikalnya kerana fakta-fakta umum yang ada mencadangkan

beliau menerima tentangan yang meluas dari UMNO yang diterajuinya? Justeru, dengan

menggunakan perspektif konservatisme dan sifatnya dalam sesebuah rejim konservatif

yang diterajui oleh parti tunggal dominan iaitu UMNO,51 kajian ini mengemukakan

hipotesis bahawa legasi Abdullah merupakan manifestasi proses penyimpangan yang

dikenali sebagai legasi pemikiran neokonservatif. Hujah mengenai permasalahan kajian

ini boleh diperjelaskan dengan lebih lanjut dengan menghubungkannya dengan

pembangunan kerangka teoritikal dalam bab ini dan sorotan kajian di bab dua.

1.4 PERSOALAN KAJIAN

Berdasarkan permasalahan di atas, kajian ini berhasrat menjawab tujuh persoalan utama

sama ada secara langsung atau tidak langsung menerusi analisis bab satu hingga lapan.

i. Bagaimanakah UMNO dapat dianggap sebagai sebuah rejim konservatif?

ii. Bagaimanakah legasi dan perubahan yang dibawa oleh Abdullah dapat dianggap
sebagai cerminan pemikiran neokonservatif?

iii. Setakat manakah perubahan-perubahan yang diambil Abdullah merupakan satu


penyimpangan dari Mahathirisme?

50
Wilson, ‗A Theory of Conservatism‘, 30.
51
Rejim di sini bermaksud suatu ‗kepimpinan politik nasional‘ khususnya UMNO sebagai parti dominan
yang mengetuai Barisan Nasional. Lihat Simon Barraclough, ‗Managing the Challenges of Islamic
Revival in Malaysia: A Regime Perspective‘, Asian Survey, 23, no. 8 (1983), 958.

12
iv. Bagaimana konservatisme memainkan peranan sebagai penghalang terhadap
perubahan yang cuba dibawanya?

v. Apakah konflik yang wujud dari perubahan-perubahan yang dilaksanakan oleh


Abdullah? Apakah unsur konstruktif dan destruktif yang terbit dari konflik ini?

vi. Apakah reaksi yang wujud dari pihak konservatif tradisional iaitu suara perdana
UMNO terhadap perubahan yang cuba dibawa Abdullah?

vii. Apakah impak reformasi Abdullah terhadap kepimpinan Najib?

1.5 OBJEKTIF KAJIAN

Sejajar dengan persoalan-persoalan kajian yang dinyatakan, kajian ini mempunyai tujuh

objektif penting iaitu:

i. Menjelaskan sifat-sifat UMNO sebagai sebuah rejim konservatif.

ii. Mengaitkan perubahan-perubahan yang dilaksanakan Abdullah dengan


menghubungkaitkannya dengan satu landasan teoritikal baru.

iii. Menilai setakat mana Abdullah berjaya memisahkan dirinya daripada


Mahathirisme.

iv. Membuktikan impak konservatisme dalam konteks perubahan yang diambil


Abdullah.

v. Menganalisis konflik yang timbul kesan dari perubahan-perubahan yang


dilaksanakan oleh Abdullah.

vi. Menunjukkan dinamika dan interaksi yang berlaku antara kepimpinan Abdullah
dan UMNO dalam proses perubahan yang cuba dibawanya.

vii. Menilai impak reformasi yang diasaskan Abdullah terhadap kepimpinan Najib.

13
1.6 KERANGKA TEORITIKAL

Bagi memandu kajian ini, dua perspektif yang akan digunakan ialah konservatisme dan

neokonservatisme.

1.6.1 Konservatisme

Sekian banyak kajian menganggap konservatisme merupakan istilah yang cukup

menimbulkan kesukaran dan sering diperdebatkan.52 Diletakkan secara mudah, pengkaji

mengambil maklum bahawa konservatisme sememangnya perlu dilihat dengan sikap

yang berhati-hati kerana dimensi ―kecairannya‖ (fluidity).53 Namun, fakta ini tidak harus

dijadikan penghalang untuk menerokainya sebagai satu lensa yang berpotensi dalam

menganalisis sifat parti dominan Malaysia, UMNO. Pandangan pertama melihat

konservatisme hanya merupakan karektor atau kecenderungan memilih sesuatu

kebiasaan yang telah terbukti.54 Golongan ini menolak konservatisme sebagai sebuah

ideologi atau sebarang penteorian abstrak sepertimana juga yang dihujahkan oleh tokoh

yang sering dianggap sebagai pengasas konservatisme, Edmund Burke (1729-1797).55

Dalam konteks umum, pandangan pertama ini merupakan sifat konservatif yang secara

52
Lihat antaranya Wilson, ‗A Theory of Conservatism‘; Robert A. Nisbet, ‗Conservatism and Sociology‘,
The American Journal of Sociology, 58, no. 2(1952); Herbert McClosky, ‗Conservatism and Personality‘,
The American Political Science Review, 52, no. 1 (1958); Hans-Gerd Schumann, ‗The Problem of
Conservatism: Some Notes on Methodology‘, Journal of Contemporary History, 13, no. 4 (1978); John T.
Jost, Jack Glaser, Arie W. Kruglanski dan Frank J. Sulloway, ‗Political Conservatism as Motivated Social
Cognition‘, Psychological Bulletin, 129, no. 3 (2003).
53
Pandangan ini dikemukakan oleh seorang sarjana, K. Ramanathan dalam sesi pembentangan cadangan
penyelidikan pengkaji pada 15 Oktober 2009 di Universiti Sains Malaysia.
54
Michael Oakeshott, Rationalism in Politics and Other essays (London: Methun & Co.Ltd, 1967), 168-
169; Russel Kirk, The Politics of Prudence (Detroit: ISI Books, 1993), 1-4.
55
Iain Hampsher-Monk, The Political Philosophy of Edmund Burke (London: Longman, 1987), 32.

14
amnya dipunyai oleh semua manusia pada setiap masa dan tidak dapat dielakkan. 56

Tafsiran kedua pula melihat konservatisme dalam bentuk yang lebih sistematik iaitu

sebagai sebuah falsafah, ideologi, teori, dan sistem kepercayaan.57 Biarpun diakui

istilah-istilah ini mempunyai kedudukan dan perbezaan yang tersendiri, 58 dapatan yang

ditemui dalam kajian-kajian mengenai konservatisme tidak menampakkan satu

pemisahan besar memandangkan ia sering digunakan secara bersilih ganti khususnya

dalam konteks negara-negara Asia seperti Malaysia.59 Duluan (precedent) yang

diperolehi dari kajian-kajian ini juga mencadangkan bahawa konservatisme boleh

digunakan sebagai ideologi yang mendasari sistem politik Malaysia. Hal ini kerana

ideologi boleh dianuti secara tidak disedari dan tidak semestinya diinstitusikan secara

nyata.60 John Funston dalam kajiannya mengenai ideologi parti UMNO dan Parti Islam

Semalaysia (PAS) sememangnya mengakui bahawa ideologi tidak wujud secara jelas

khususnya dalam perjuangan rejim pemerintah. Begitu pun, sesuatu yang menurutnya

mempunyai ―dasar ideologi yang implisit‖ dan unsur ―praktikal‖ boleh mencakupi

56
Hans-Jurgen Puhle, ‗Conservatism in Modern Germany‘, Journal of Contemporary History, 13, no.4
(1978), 692.
57
Lihat kepelbagaian ini dalam Matthew Festenstein dan Michael Kenny, Political Ideologies (Oxford:
Oxford University Press, 2005), 119-174.
58
Menurut seorang sarjana, ideologi politik merupakan kepercayaan sesuatu kumpulan dan tidak harus
digunakan secara bertukar ganti dengan dua lagi istilah iaitu teori politik dan falsafah politik. Teori politik
pula merujuk kepada teori saintifik atau generalisasi mengenai politik berdasarkan himpunan data.
Falsafah politik dalam pada itu lebih bersifat evaluatif dan normatif iaitu satu set idea mengenai keharusan
kerajaan dan masyarakat. Kaitan antara ketiga-tiga ini timbul memandangkan falsafah politik
sebahagiannya didasarkan kepada teori politik. Ideologi politik pula mengandungi kedua-dua unsur teori
dan falsafah politik khususnya generalisasi tertentu. Namun dalam ideologi politik, generalisasi ini
menjadi satu sistem kepercayaan. Lihat Lyman Tower Sargent, Contemporary Political Ideologies,
Ed.Ke-10 (Belmont: Wadsworth Publishing Company, 1996), 4.
59
Lihat contohnya tiga kajian penting yang menghubungkaitkan konservatisme dan Nilai Asia seperti
Garry Rodan, ‗The Internationalization of Ideological Conflict: Asia‘s New Significance‘, The Pacific
Review, 9, no. 3 (1996); Richard Robison, ‗The politics of ‗Asian Values‘‘, The Pacific Review, 9, no. 3
(1996); Kanishka Jayasuriya, ‗Understanding ‗Asian values‘ as a form of reactionary modernization‘,
Contemporary Politics, 4, no.1(1998).
60
Sargent, Contemporary Political Ideologies, 4-5; Jae Hyon Lee, ‗UMNO Factionalism and the Politics
of Malaysian National Identity‘, Tesis Ph.D (School of Politics and International Studies, Murdoch
University, Australia, 2005),10.

15
maksud ideologi yang sebenarnya. 61 Hujah ini dapat menerangkan penggunaan ideologi

dari perspektif yang berbeza seperti yang dilakukan dalam beberapa kajian seperti

ideologi di kalangan elit pentadbiran awam, 62 ideologi Mahathirisme,63 ideologi

developmentalisme64 dan ideologi negara pembangunan. 65 Justeru, ia sekaligus

memperlihatkan bahawa ideologi tidak seharusnya dihadkan tafsirannya terhadap

elemen yang tersingkap secara eksplisit. Bagi melanjutkan hujah ini, perbincangan akan

melihat kepada wacana konservatisme dalam politik Malaysia yang boleh ditemui dalam

dua konteks.

Konteks pertama ialah dalam melihat pengkelasan spektrum politik khususnya dengan

menelusuri perbincangan mengenai gerakan nasionalisme Tanah Melayu. Aliran

―kanan‖ mewakili kuasa politik yang dominan iaitu pemerintahan kerajaan

Perikatan/BN yang ditunjangi UMNO mempertimbangkan sejarah golongan ini yang

mampu mengakomodasi kehendak British dalam mendapatkan kemerdekaan.

Sehubungan itu, mereka secara amnya dianggap sebagai ―nasionalis konservatif‖

berdasarkan kepimpinannya yang datang dari elit aristokrat, pro-British dan cenderung

mengekalkan kelangsungan beberapa aspek tradisional kaum masing-masing. Lawan

kepada kutub ini ialah aliran ―kiri‖ seperti Parti Komunis Malaya (PKM), Kesatuan

Melayu Muda (KMM), Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan Angkatan

61
John Funston, Malay Politics in Malaysia: A Study of UMNO & PAS (Kuala Lumpur: Heinemann,
1980), 134.
62
James C Scott, Political Ideology in Malaysia: Reality and the Beliefs of an Elite (New Haven: Yale
University Press, 1968).
63
Khoo Boo Teik, Paradoxes of Mahathirism: An Intellectual Biography of Mahathir Mohamad.
64
Francis Loh Kok Wah, ‗Developmentalism and the Limits of Democratic Discourse‘ dalam Francis Loh
Kok Wah dan Khoo Boo Teik (pnyt.), Democracy in Malaysia: Discourses and Practices (Surrey: Curzon
Press, 2002).
65
Abdul Rahman Embong, Development and Well-Being (Bangi: Penerbit UKM, 2005).

16
Pemuda Insaf (API). Aliran ini dianggap berbentuk ―radikal‖ dan gagal mendapatkan

pengiktirafan British serta sebahagian besar rakyat Tanah Melayu. 66 Walaupun begitu,

pengkelasan ini sering dicabar oleh sarjana-sarjana tempatan kerana ia banyak

didasarkan atas tafsiran British dan dianggap meminggirkan peranan golongan kiri dan

juga golongan reformis Islam. 67 Satu pengkelasan yang lebih bersesuaian khususnya

dalam konteks politik Melayu ialah dengan melihat kajian Gazaly A. Malek yang tidak

menggunakan pengkategorian ―kiri‖ dan ―kanan‖ sebaliknya merujuk aliran kiri Melayu

sebagai ―radikal konservatif‖ dan UMNO sebagai ―konservatif‖. 68

Walaupun bukan skop kajian ini untuk mendalami debat di atas tetapi dalam konteks

kajian ini harus diingatkan bahawa konservatisme tidak semestinya dikaitkan hanya

dengan penyandang kuasa kerana ia juga boleh wujud dalam mana-mana kontinum

politik sama ada kiri atau kanan, sama ada demokratik ataupun autoritarian dan sama

ada rejim pemerintah atau pembangkang. 69 Seperti hujah Samuel Huntington,

konservatisme lebih merupakan persoalan kedudukan (positional). Beliau melihat

konservatisme sebagai satu sistem idea yang diguna pakai untuk menjustifikasikan

sebarang orde sedia ada dari sebarang cabaran yang boleh menjejaskan sifat dan

bentuknya. Sebarang tindakan yang dilihat bertentangan dengan keadaan atau

66
Gordon P. Means, Malaysian Politics (London: Hodder and Stoughton, 1976), 98; Rustam A. Sani,
Social Roots of the Malay Left (Petaling Jaya: SIRD, 2008), 19.
67
Lihat antaranya Mohamad Abu Bakar, ‗Politik Melayu: Kekirian dan Islamisasi‘, Dewan Budaya, Mei
1990; Mohamed Salleh Lamry, Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan Kemerdekaan (Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia, 2006); Ahmad Fauzi Abdul Hamid, ‗Malay Anti-Colonialism in British
Malaya: A Re-appraisal of Independence Fighters of Peninsular Malaysia‘, Journal of Asian and African
Studies, 42, no. 5 (2007).
68
Gazaly A. Malek, ‗The Outcome of the Radical-Conservative Conflict in Modern Malay Politics : The
Malayan Union Crisis and the Triumph of Conservatism, 1942-1948‘, Tesis Sarjana (Concordia
University, Kanada, 1994).
69
Andrew Heywood, Political Ideologies: An Introduction (Houndmills, Macmillan, 1992), 54; Jost,
Glaser, Kruglanski dan Sulloway, ‗Political Conservatism as Motivated Social Cognition‘, 342-343.

17
persetujuan yang telah diinstitusikan dengan baik akan dianggap sebagai musuh

konservatisme.70

Berdasarkan hujah ini, tidak menghairankan perbincangan mengenai konservatisme di

Malaysia tidak terhad berkisar hanya terhadap rejim pemerintah. Sebagai contohnya,

dalam konteks yang kedua, konservatisme seringkali ditemui dalam wacana mengenai

gerakan Islam. Terdapat tanggapan yang melihat konservatisme merupakan salah satu

daripada aliran pemikiran Islam di Malaysia. 71 Debat juga sering wujud mengenai sifat

parti seperti PAS yang dianggap ―konservatif‖ dan ―tradisional‖ berbanding UMNO

yang mewakili aliran ―progresif‖ dan ―sederhana‖.72 Namun dalam PAS juga, terdapat

usaha untuk mengkelaskannya kepada dua golongan iaitu ―liberal‖ dan ―konservatif‖. 73

Berdasarkan fakta-fakta yang dibentangkan ini, nyata konservatisme harus digunakan

mengikut konteks. Justeru bagi konteks kajian ini, kriteria utama pihak konservatif

dalam kajian ini dirujuk sebagai rejim pemerintah yang diketuai oleh UMNO. Dengan

kata lain dan dalam maksud yang longgar, parti-parti seperti UMNO, MIC dan MCA

yang merupakan tunjang kepada BN merupakan ―parti konservatif‖ serta menjadikan

70
Samuel Huntington, ‗Conservatism as an Ideology‘, American Political Science Review, 51, no. 2
(1957), 455.
71
Lihat contohnya Abdul Rahman Abdullah, Pemikiran Islam di Malaysia: Sejarah dan Aliran (Depok:
Gema Insani, 1997).
72
Lihat contohnya Joseph Chin Yong Liow, ‗Political Islam in Malaysia: Problematising Discourse and
Practice in the UMNO–PAS ‗Islamisation Race‘‘, Commonwealth & Comparative Politics, 42, no. 2
(2004); Ahmad Fauzi Abdul Hamid, ‗The Islamic Opposition in Malaysia: New Trajectories and
Directions?‘, RSIS Working Paper Series No.151 (Singapura: S.Rajaratnam School of International
Studies, 2008).
73
‗Conservatives out to make comeback in PAS‘, The Sun, 1 Jun 2007.

18
―konservatisme status quo‖ sebagai ideologi nasionalnya. 74 Memandangkan kajian ini

menumpukan kepada Abdullah yang datang dari UMNO, maka pihak konservatif

tradisional dalam kajian ini dirujuk sebagai UMNO yang mewakili rejim parti

dominan.75 Parti Liberal Demokrat (LDP) Jepun barangkali boleh diambil sebagai

perbandingan terbaik dalam perbincangan ini. Jepun tidak mempunyai satu parti yang

berideologi konservatif seperti di Amerika Syarikat dan Britain kerana LDP lebih

dikenali sebagai parti pertengahan (centrist). Namun memandangkan LDP merupakan

parti yang berjaya mengekalkan kelangsungan kuasa untuk tempoh yang agak lama

(1955-2009),76 ia sering dirujuk sebagai rejim konservatif yang secara langsungnya

mempraktikkan ideologi konservatisme.77 UMNO pada takat yang besar menyerupai

LDP. Selain hampir seusia dan merupakan parti dominan yang menguasai Malaysia

untuk sekian lama, ia turut mempunyai beberapa persamaan lain seperti kewujudan

―kompleks parti-birokrasi‖, berjaya mengubah wajah negara dan juga begitu lama

74
Lihat Judith Strauch, ‗Tactical Success and Failure in Grassroots Politics: The MCA and DAP in Rural
Malaysia‘, Asian Survey, 18, no.12 (1978), 1280 & 1284.
75
Selain UMNO, empat lagi parti dominan berbentuk ‗negara-parti‘ yang dirujuk dalam kajian ini ialah
Parti Komunis Soviet Union, Parti Liberal Demokrat Jepun, Parti Komunis China dan Parti Kuomintang
Taiwan. Parti dominan di sini mengambil definisi yang diberikan oleh Maurice Duverger iaitu apabila it
represents a whole epoch, when its ideas, its methods, its whole style are identical with those of an epoch.
A ruling party is one that is believed to be one. Even the enemies of a dominant party, even citizens who
do not vote for it, acknowledge its superior status and influence;they deplore it, but admit it. Lihat
Maurice Duverger, Political Parties: Their Organization and Avtivity in the Modern State (New York:
Wiley, 1963), 308-309. Parti dominan menurut Ora John Reuter dan Thomas F.Remington juga
merupakan a party that has the leading role in determining access to most political offices. It shares some
powers over policy making, patronage distribution, and political appointments and uses privileged access
to the public purse and public policy to maintain its position in power. Kajian Reuter dan Remington ini
turut menggunakan Parti Komunis Soviet Union sebagai kajian kes parti dominan. Lihat ‗Dominant Party
Regimes and the Commitent Problem: The Case of United Russia‘, Comparative Political Studies, 42, no.
4 (2009), 503-504.
76
LDP sebelum itu pernah terkeluar sebagai parti pemerintah dalam tempoh yang singkat iaitu selama
sebelas bulan dalam tempoh 1993-1994.
77
Jose Antonio Crespo, ‗The Liberal Democrat Party in Japan: Conservative Domination‘, International
Political Science Review 16.2 (1995); T. J Pempel, Regime Shift: Comparative Dynamics of The Japanese
Political Economy (Ithaca and London: Cornell University Press, 1998).

19
berkuasa dalam iklim politik yang tidak menghargai akauntabiliti. 78 Tidak

menghairankan, beberapa pemimpinnya seperti Abdullah, Mahathir dan Najib seringkali

merujuk kemandirian UMNO dengan menggunakan contoh LDP khususnya selepas

PRU-12.79 Dengan maksud lain, wujud hubungan simbiotis yang jelas antara kedua-dua

parti ini. Fakta ini dapat menjelaskan bahawa rejim konservatif tidak sekadar

mempunyai maksud yang negatif seperti kuno atau terkebelakang kerana ia turut

diaplikasikan terhadap LDP yang memimpin negara yang paling maju di dunia. Namun

elemen yang sebenarnya dikandungi oleh sesebuah rejim konservatif boleh dikesan dari

beberapa pemahaman lain.

Kajian T.J Pempel contohnya mengungkap bahawa konservatisme yang dimaksudkan

dalam rejim konservatif Jepun meliputi elemen–elemen dominan yang menjadi penyatu

dan mengekalkan sistem tersebut. Susunan ini tidak tergoncang dan berjaya

mewujudkan kestabilan politik melalui hubungannya dengan institusi pemerintah.

Dalam maksud lain, ia merupakan satu bentuk keseimbangan dan persetujuan yang telah

dicapai dalam memberikan kelebihan kepada rejim berkenaan dalam usahanya

mengekalkan kekuasaan. 80 Dalam maksud Karl Mannheim, ia merupakan aspek-aspek

yang telah menjadi sebati dalam sesuatu rejim konservatif. 81 Pemahaman di atas dengan

itu boleh mengesahkan definisi konservatisme yang diberikan Mohamad Abu Bakar

78
Lihat perbincangan lanjut di halaman 187-188 dan 345.
79
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Wawancara: Pemimpin Perlu Bersih‘, Utusan Malaysia, 9 Oktober 1993;
‗BN mungkin akan ditolak seperti LDP - Dr M‘, Harakah Daily.Net, 12 September 2009; ‗Najib: Umno
perlu sedar belum bebas ‗ancaman‘‘, The Malaysian Insider, 11 Mei 2010,
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-umno-perlu-sedar-belum-bebas-ancaman (akses
kali terakhir pada 12 Julai 2010).
80
T.J Pempel, Policy and Politics in Japan: Creative Conservatism (Temple University Press:
Philadelphia, 1982) khususnya bab 1.
81
Karl Mannheim, Essays on Sociology and Social Psychology (London: Routledge, 1966), 95-96.

20
sebelum ini iaitu sebagai nilai-nilai dominan dan pemikiran dasar yang berfungsi

sebagai konsep pengorganisasi dan modus operandi dalam perlakuan politik. Maksud

yang sama juga dicadangkan oleh seorang lagi sarjana iaitu Lynne Poole dalam

kajiannya mengenai rejim konservatif di Jerman. Dalam menerangkan pengoperasian

―rejim kebajikan konservatif‖ Jerman, beliau merujuk sifat-sifat konservatif itu terbit

dari ―ciri-ciri khas‖ yang telah dimaktubkan ke dalam perlembagaan Jerman, Basic Law

yang diperkenalkan pada 1949. Tidak sekadar itu, ia juga diperkukuhkan dengan

kewujudan ―prinsip pengorganisasi‖ yang saling berjalinan dan melengkapi. 82

Kriteria kedua yang boleh digunakan ialah dengan mengaplikasikan prinsip-prinsip

konservatisme ke dalam kepercayaan dan amalan politik UMNO. Harus dijelaskan

bahawa tidak semua prinsip konservatisme dipegang oleh mana-mana konservatif tetapi

adalah sesuatu yang pasti bahawa mereka mendukung sebahagian besar daripada

prinsip-prinsipnya. 83 Lantaran itu, empat prinsip utama konservatisme khususnya yang

berkaitan dengan politik dan pemerintahan seperti yang diutarakan oleh Andrew Vincent

diketengahkan bagi tujuan kajian ini.84 Ia juga berdasarkan duluan beberapa kajian yang

menganggap ia sebagai prinsip-prinsip konservatisme yang universal85 dan mempunyai

keselarian dengan beberapa kajian yang telah dilakukan dalam melihat pengaruh

82
Lynne Poole, ‗Germany: A Conservative Regime in Crisis?‖ dalam Allan Cochrane, John Clarke dan
Sharon Gewirtz (pnyt.), Comparing Welfare States (London: Milton Keynes dan The Open University,
2001),154-155.
83
Lihat contohnya Kirk, The Politics of Prudence, khususnya bab 2; Ian Hall dan Nicholas Rengger, ‗The
Right that failed? The ambiguities of conservative thought and dilemmas of conservative practice in
international affairs‘, International Affairs, 81, no.1 (2005), 71.
84
Andrew Vincent membahagikan sifat konservatisme mengikut empat ciri iaitu sifat semula jadi
manusia, penaakulan dan tindakan, politik dan pemerintahan dan juga ekonomi. Lihat Modern Political
Ideology, Ed-2 (Oxford: Blackwell Publishers, 1995), 67-82.
85
Lihat antaranya McClosky, ‗Conservatism and Personality‘, 30-31; Rodan, ‗The Internationalization of
Ideological Conflict: Asia‘s New Significance‘, 340.

21
konservatisme dalam politik Malaysia. 86 Keempat-empat prinsip ini dianggap

merupakan ciri yang dipegang oleh UMNO sebagai parti konservatif.

Prinsip pertama, konservatif berpegang kepada pendekatan preskripsi dan prinsip

pengikatan (attachment) 87 iaitu penekanan terhadap persoalan tradisi, waktu silam,

duluan, konvensyen, institusi, keharmonian dan kelangsungan. Bagi mereka, tradisi

seringkali dijadikan keutamaan kerana ia telah memberikan satu prima facie dalam

memenuhi keperluan tertentu88 dan mengandungi ―kebenaran-kebenaran politik‖.89

Kepada Giddens, tradisi merupakan merupakan nadi kepada konservatisme. 90 Namun

harus dijelaskan bahawa tradisi juga boleh direka bentuk dan dikonstruksi seperti yang

dihujahkan oleh Eric Hobsbwam. Menurut beliau, tradisi seperti ini merupakan

penerapan beberapa nilai dan norma melalui kaedah pengulangan bagi mengandaikan

bahawa ia merupakan satu bentuk kesinambungan daripada praktik waktu lampau.

Dalam mana tradisi yang tulen mengikat kepatuhan dan keakuran masyarakat, tradisi

yang dicipta lebih berbentuk kabur dari segi nilai, hak-hak yang wujud darinya dan

kewajipan yang dituntut dari anggota masyarakat atau sesuatu kumpulan tersebut. 91

Prinsip kedua konservatif ialah mengutamakan kepentingan komuniti dan masyarakat

melebihi individu. Untuk itu, konservatif amat menekankan keperluan untuk memberi

86
Perbincangan lanjut lihat halaman 52-53.
87
Edmund Burke, Reflections On The Revolution in France (pnyt.), Conor Cruise O‘Brien
(Harmondsworth: Penguin Books Ltd, 1968), 184.
88
Jost, Glaser, Kruglanski dan Sulloway, ‗Political Conservatism as Motivated Social Cognition‘, 342.
89
Mohamad Abu Bakar, ‗Konservatisme dan Konflik‘, 123.
90
Anthony Giddens, Runaway World: How Globalisation Is Reshaping Our Lives (London: Profile
Books, 2002), 42.
91
Eric Hobsbwam, ‗The Invention of Tradition‘ dalam Eric Hobsbwam dan Terence Ranger (pnyt.), The
Invention of Tradition (Cambridge: Cambridge University Press, 1983), 1-2, 10.

22
perhatian terhadap aspek-aspek seperti hierarki, autoriti, kepimpinan, undang-undang,

disiplin dan kepatuhan. 92 Konservatisme juga ditandakan menerusi penolakan terhadap

usaha mencari kesamaan sosial. Hal ini kerana sesuatu susunan dan konvensyen

tradisional secara sejarahnya berbentuk hierarki dan kurang egalitarian. Berikutan ini,

aspek-aspek seperti kuasa dan keistimewaan terbahagi secara tidak rata. Justeru,

menentang perubahan bermakna menentang sebarang percubaan untuk mengubah status

quo yang dicirikan oleh ketidaksamaan ini. 93 Bagi Burke umpamanya, [i]n this

partnership all men have equal rights;but not to equal things…By having a right to

everything they want everything.94

Hal ini tidaklah pula bermakna konservatif menentang terus perubahan. Merujuk kepada

prinsip konservatif yang terakhir dalam kajian ini, konservatif tetap mempercayai

bahawa perubahan harus diiktiraf dan diterima. Tetapi ia haruslah diimplementasikan

secara beransur-ansur, tidak mengorbankan kepentingan terdahulu dan bersesuaian

dengan bentuk semula jadi masyarakat tersebut. Idea perubahan yang radikal dan

menyeluruh akan mengalami penentangan.95 Dalam maksud lain, konservatif masih

mempercayai keperluan pada perubahan berbeza dengan pihak ultra konservatif atau

reaksioneri yang bukan sahaja skeptikal terhadap perubahan tetapi menginginkan orde

masyarakat kembali kepada bentuk yang lampau dan sebelumnya. 96

92
Burke, Reflections, 372.
93
Jost, Glaser, Kruglanski dan Sulloway, ‗Political Conservatism as Motivated Social Cognition‘, 342.
94
Burke, Reflections, 150-151.
95
Burke, Reflections, 106 & 153; Noel O‘Sullivan, Conservatism (London: Bent, 1976), 9 dan 12.
96
Leon P. Baradat, Political Ideologies: Their Origins and Impact, Ed.Ke-5 (New Jersey: Prentice Hall,
1994), 13-14

23
Maka setelah meneliti kedua-dua kriteria yang digunakan dalam perbincangan ini,

konservatisme dalam kajian ini bolehlah disimpulkan sebagai elemen-elemen

instrumental yang telah diterima dan mempunyai keabsahan dalam suatu jangka masa

yang lama serta menjadi batu asas terhadap interaksi orde politik rejim konservatif iaitu

UMNO yang mengetuai BN. Konservatisme menjadi satu panduan yang memberikan

keseimbangan, keharmonian dan kebolehramalan dalam kerangka sistem tersebut dan

menentukan bagaimana institusi, kuasa, sumber dan konflik disusun dan diuruskan.

Gabungan komponen dan segmen ini memberikan satu legitimasi dan kelebihan

terhadap ekosistem rejim tersebut dan sentiasa dipertahankan dari perubahan-perubahan

yang boleh mengubah sifat serta karektor rejim.

Sebagai rumusan, apakah yang boleh dirumuskan melalui ideologi konservatisme?

Sekali lagi, kajian ini menghujahkan konservatisme tidak harus dilihat dalam maksud

yang pejoratif kerana ia mempunyai prinsip yang agak rasional, teratur dan berhati-hati

dalam melakukan perubahan. Namun apabila dikaitkan dengan persoalan politik, ia juga

pada hakikatnya berpotensi bertindak dan berfungsi sebagai penjustifikasi dalam usaha

meminimumkan ruang perubahan oleh elit rejim yang berkuasa.97 Tidak menghairankan

kerana itu, konservatisme dianggap sarjana sebagai mempunyai kecenderungan yang

bertentangan dengan semangat demokrasi dan mempunyai karektor autoritarian kerana

penekanannya terhadap rejim pemerintah yang kuat.98

97
Lihat Bernard Susser, Political Ideology in the Modern World (Boston: Allyn & Bacon, 1995), 39.
98
Lihat Roger Scruton, A Dictionary of Political Thought (London: Pan Books, 1982), 91; Clinton
Rossiter seperti dipetik dari Ted Honderich, Conservatism (Boulder: Westview Press, 1990), 126;
Heywood, Political Ideologies: An Introduction, 55-56.

24
1.6.2 Neokonservatisme

Pengertian umum neo bermaksud ―baru‖, ―moden‖ atau ―bentuk baru‖.99 Dalam konteks

konservatisme, ia membawa maksud fahaman konservatif yang telah mengalami

pengubahsuaian atau yang dilahirkan semula dalam persekitaran yang baru dengan

mengekalkan bentuknya yang fundamental. 100 Namun sepertimana juga konservatisme,

neokonservatisme mempunyai variasi dimensi dan harus digunakan mengikut konteks.

Aplikasi pertama dan paling diperkatakan ialah dalam konteks ekonomi seperti yang

dicanangkan oleh bekas Presiden Amerika Syarikat, Ronald Reagan (1981-1988) dan

bekas Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher (1979-1990).101 Aplikasi ini

merupakan aplikasi yang agak popular di mana negara-negara yang mengikuti

pendekatan Reaganomics dan Thatcherisme seringkali digambarkan sebagai mewakili

rejim neokonservatisme khususnya di peringkat pertengahan awal 1980-an.102

Penggunaan kedua dan mungkin yang paling mendapat tempat sejak sedekad yang lalu

99
Oxford Dictionary Of Current English, Edisi Kemaskini (Oxford: Oxford University Press, 1998),
596.
100
David Robertson, The Penguin Dictionary of Politics (London: Penguin Books, 1993), 339.
101
Thatcher contohnya mengambil inspirasi yang kuat dari era Queen Victoria (1837-1901) yang
mencerminkan imej keagungan Britain, nilai kekeluargaan dan moral yang kuat. Begitu juga Reagan yang
bersikap nostalgis terhadap keunggulan Amerika Syarikat era 1950-an dalam aspek kemakmuran ekonomi
dan ketenteraan. Dalam aspek ekonomi pula, Reagan dan Thatcher kembali menggunakan pendekatan
liberal klasik dalam dasar ekonomi iaitu usaha meminimakan peranan kerajaan dalam mencari
kesempurnaan pasaran. Dasar-dasar ini termasuklah peranan kerajaan yang terbatas, menurunkan cukai
individu dan korporat, kepercayaan yang tinggi terhadap pasaran bebas untuk memacu pertumbuhan
ekonomi dan penekanan terhadap aspek demokrasi liberal. Dasar-dasar ini seterusnya mewujudkan
‗Konsensus Washington‘ iaitu pendekatan ekonomi yang berlandaskan liberalisasi, deregulasi dan
penswastaan. Lihat contohnya Anthony Mughan dan Roger M. Scully, ‗The Triumph of Conservatism in
the West‘, The Brown Journal of World Affairs, 3, no. 1 (1996); David N. Balaam dan Michael Veseth,
Introduction to International Political Economy (New Jersey: Prentice Hall, 1996), 55-56; Wendy Brown,
‗American Nightmare: Neoliberalism, Neoconservatism and De-Democratization‘, Political Theory, 34,
no.6 (2006).
102
Lihat contohnya Neil Nevitte dan Roger Gibbins, ‗Neoconservatism: Canada Variations On An
Ideological Theme?‘, Canadian Public Policy, 10, no.4 (1984); Hector E. Schamis, ‗Reconceptualizing
Latin American Authoritarianism in the 1970s: From Bureaucratic-Authoritarianism to Neoconservatism‘,
Comparative Politics, 23, no. 3 (1991).

25
ialah kedudukan neokonservatisme sebagai sebuah aliran dasar luar di bawah

pentadbiran George W. Bush (2001-2008). Walaupun sememangnya aliran ini turut

mengenakan pengaruh yang sama dalam era Reagan berhubung pembentukan dasar luar

Amerika Syarikat, pengaruh mereka menjadi lebih ketara dan radikal dalam era Bush

sehingga menimbulkan konflik dengan pihak konservatif tradisional.103 Selain daripada

itu, terdapat kajian yang melihat neokonservatisme sebagai penstrukturan spektrum

politik seperti kajian Michael Minkenberg di Jerman. 104 Ia juga ada digunakan bagi

merujuk kepada sekumpulan intelektual aliran kanan dalam era Republik Weimar

Jerman (1919-1933) yang tidak dikaitkan dengan mana-mana parti politik (seperti juga

golongan intelektual neokonservatif di Amerika Syarikat yang pada awal

kemunculannya tidak menyokong mana-mana parti politik).105 Terakhir, dalam konteks

kerangka perundangan dan demokrasi Islam, neokonservatisme juga ada dirujuk sebagai

sebagai salah satu dari tiga aliran pemikiran yang dominan. 106 Kelima-lima kes ini

membuktikan neokonservatisme boleh diperlihatkan dalam perspektif yang berbeza.

Dalam konteks Malaysia pula, walaupun istilah neokonservatisme atau neokonservatif

ada digunakan, namun ia masih dianggap sebagai istilah yang agak asing. Wacana

neokonservatisme boleh dikesan daripada dua konteks. Pertama, melalui tulisan sarjana

pengajian pembangunan yang membicarakan pengaruhnya dalam konteks ekonomi

103
Muhamad Takiyuddin Ismail, Aliran Neokonservatif Dalam Dasar Luar Amerika Syarikat (Sintok:
Penerbit UUM, 2007).
104
Michael Minkenberg, ‗The New Right in Germany‘, European Journal of Political Research, 22
(1992).
105
Walter Struve, ‗Hans Zehrer as a Neoconservative Elite Theorist‘, The American Historical Review,
70, no. 4 (1965); Werner E. Braatz, ‗Two Neo-Conservative Myths in Germany 1919-1932: The ―Third
Reich‖ and the ―New State‖‘‘, Journal of the History of Ideas, 32, no. 4 (1971).
106
Muhammad Khalid Masud, ‗Muslim Perspectives on Global Ethics‘ dalam William M.Sullivan dan
Will Kymlica (pnyt.), The Globalization of Ethics (New York: Cambridge University Press, 2007), 104-
108.

26
politik.107 Selain daripada itu, neokonservatisme digunakan bagi merujuk kepada aliran

baru gerakan Islam yang mengenakan cabaran terhadap dasar perjuangan Islam yang

lebih progresif dan liberal. Istilah ini dikesan digunakan seawal pertengahan 1980-an

sehinggalah pada era politik Abdullah.108 Justeru, dengan fakta-fakta yang dijelaskan

ini, apakah kaedah dan konteks yang paling sesuai untuk diaplikasikan dalam kajian ini?

Sudah tentu sekali berikutan kepelbagaian ini, penggunaannya dianggap boleh

membawa maksud yang mengelirukan khususnya apabila melihat konteks politik

Malaysia. Contohnya, jika neokonservatisme dianggap sebagai hanya mempunyai

intepretasi ekonomi, maka Mahathir umpamanya layak untuk dianggap neokonservatif

kerana beliau turut memperkenalkan pendekatan ekonomi neoliberal secara besar-

besaran dalam pentadbirannya seperti deregulasi, penswastaan dan liberalisasi ekonomi.

Mahathir juga dapat dianggap sebagai neokonservatif kerana prinsip-prinsip politiknya

yang agak berbeza dengan prinsip konservatif Melayu seperti konfrontasinya dengan

Raja-Raja Melayu pada 1983 dan 1993.109 Ia juga diperlihatkan melalui campur

tangannya terhadap badan kehakiman dalam krisis 1988 memandangkan ketiga-tiga

pemimpin sebelumnya yang mempunyai latar peguam tidak pernah mencampuri urusan

kehakiman seperti yang dilakukannya. 110

107
Lihat antaranya Jomo K. S, The Way Forward?: The Political Economy of Development Policy Reform
in Malaysia (Kuala Lumpur: University of Malaya, 1993); Abdul Rahman Embong, ‗Rethinking
Development and Developmental Studies‘, Akademika, 68 (Januari 2005), 91-94.
108
Lihat antaranya ‗Anwar warns of new Islamic clergy‘, New Straits Times, 14 September 1985; Sophie
Lemiere, ‗Apostasy & Islamic Civil Society in Malaysia‘, ISIM Review, 20 (2007).
109
Lihat perbincangan lanjut di halaman 311.
110
Krisis kehakiman 1988 menyaksikan enam hakim termasuklah Ketua Hakim Negara, Salleh Abas
dipecat atas dakwaan melakukan salah laku kehakiman. Pemecatan tersebut mencetuskan bantahan
meluas berikutan prosedur pemecatan yang salah dan juga sebagai usaha untuk mengukuhkan kuasa pihak
eksekutif.

27
Sehubungan itu, bagi mencari satu kerangka operasional yang lebih bersesuaian, kajian

akan merujuk kepada wacana neokonservatif dalam menganalisis perubahan politik

yang berlaku dalam rejim parti dominan di Soviet Union, China, Jepun dan Taiwan.111

Hal ini kerana wacana neokonservatif di negara-negara ini lebih memfokuskan sifatnya

sebagai satu aliran yang memaparkan perbezaan dengan pihak konservatif yang

menguasai fahaman serta orde politik negara tersebut. Dengan kata lain, pertimbangan

teoritikal dalam pembangunan model ini mengutamakan aplikasi neokonservatif dalam

definisi yang bukan konvensional. Sebagai memberikan gambaran awal, diperturunkan

perbincangan ringkas berkenaan negara-negara ini.

1.6.2.1 Kesatuan Soviet112

Beberapa kajian khususnya Stephen Cohen menggunakan perspektif konservatisme

dalam menganalisis konflik yang berlaku di Soviet selepas kematian Joseph Stalin

111
Selain daripada keempat-empat negara ini, konsep neokonservatif juga turut digunakan di Iran.
Kemenangan Mahmud Ahmadinejad sebagai presiden (2005-kini) dianggap sebagai bermulanya era
neokonservatisme di Iran. Hal ini memandangkan beliau bukan berasal daripada golongan agama yang
mendominasi kepimpinan politik Iran sebelum itu. Kedudukannya dari kelas pekerja yang turut
menyumbang kepada keupayaannya memanipulasi sokongan kelas pekerja bandar dan luar bandar. Dasar
Ahmadinejad mencerminkan pemisahan radikal dari konservatif tradisional seperti pengamalan ekonomi
nasionalisme populis, penekanan terhadap keadilan sosial dan berusaha mengecilkan peranan golongan
agama. Proses pengembalian semula nilai-nilai nasionalisme turut dilakukan melalui program
pembangunan senjata nuklear, menentang hegemoni Amerika Syarikat dan menafikan peritiwa
pembunuhan besar (holocaust) yang dialami kaum Yahudi. Namun harus dijelaskan bahawa aliran
konservatif di Iran bukanlah sebuah parti tunggal dominan tetapi lebih merupakan satu antara dua aliran
utama yang didukung oleh parti-parti politik negara itu selain aliran reformis. Lihat contohnya Hossein
Bastani, ‗The Fight between Iran‘s Neoconservatives and Conservatives, 19 Jun 2008),
http://www.cfr.org/publication/16598/fight_between_irans_neoconservatives_and_conservatives.html
(akses pada 14 November 2008); Anoushiravan Ehteshami dan Mahjoob Zweiri, Iran and The Rise of its
Neoconservatives (London: I.B Tauris, 2007).
112
Bahagian ini didasarkan dari Stephen F. Cohen, ‗The Friends and Foes of Change: Reformism and
Conservatism in the Soviet Union‘, Slavic Review, 38, no. 2 (1979); David Nordlander, ‗Khruschev‘s
Image in the Light of Glasnost and Perestroika‘, Russian Review, 52, no. 2 (1993); Tompson,
‗Khrushchev and Gorbachev as Reformers: A Comparison‘; Carl A. Linden, ‗Khruschev and the crisis of
the regime of the Marxian Prince‘, in Theodore Taranovski (pnyt.& terj.), Reform in Modern Russian
History (New York: Woodrow Wilson Centre Press, 1995).

28
(1922-1953). Era pemerintahan Stalin yang berlangsung dalam waktu yang cukup lama

telah menjadikan semua aspek kehidupan Soviet dipengaruhi oleh dasar dan nilai yang

diletakkan beliau. Penggantinya, Nikita Khrushchev (1953-1964) cuba untuk

melaksanakan proses menyah Stalinisme (de-Stalinisation) seperti pemisahan kerajaan

dan parti, pengecilan kuasa polis dan memberikan lebih kebebasan. Walaupun pada

awalnya usaha ini disambut baik, pembaharuan ini kemudiannya mendapat tentangan

keras daripada pihak konservatif kerana ia mula menggugat keseimbangan rejim.

Khrushchev akhirnya disingkirkan daripada kekuasaan dan Cohen menggelar pemimpin

selepasnya, Leonid Brezhnev (1964-1982) sebagai neokonservatif kerana beliau telah

menyegarkan semula beberapa elemen Stalinisme. Khrushchev disifatkan kurang

berupaya melaksanakan reformasi kerana elemen konservatisme seperti kejumudan,

kumpulan berkepentingan dan masalah legasi telah menghalang perubahan daripada

terus berlaku. Hanya pada era Gorbachev, barulah reformasi lebih menyeluruh dapat

dilakukan menerusi iaitu tindakan yang mendapat inspirasi dari reformasi awal yang

dilakukan oleh Khrushchev.

1.6.2.2 China113

Era neokonservatisme di China bermula selepas berakhirnya era Deng Xiaoping (1980-

1989) pada lewat 1980-an menerusi konflik yang wujud antara neokonservatif-reformis

dan pihak konservatif. Selepas dikejutkan dengan peristiwa berdarah Medan Tiananmen

113
Bahagian in didasarkan dari Joseph Fewsmith, ‗Neoconservatism and the End of the Dengist Era‘,
Asian Survey, 35, no. 7 (1995); Feng Chan, ‗Order and Stability in Social Transition: Neoconservative
Political Thought in Post-1989 China‘, The China Quarterly,151 (1997); David Rolls, ‗The Emergence of
The ‗Jiang Zemin Era‘: Legitimacy and the Development of The Political Theory of ‗Neo-
Conservatism‘:1989-1995‘, Tesis PHD (University Of Southern Queensland, 2004).

29
pada 1989, neokonservatif-reformis yang kebanyakannya diwakili oleh gerakan

intelelektual menuntut agar perhatian diberikan terhadap aspek pendemokrasian,

kestabilan politik, pemusatan kuasa di tangan kerajaan pusat dan melaksanakan langkah-

langkah yang bersifat populis. Menurut neokonservatif-reformis, penyesuaian haruslah

dilakukan terhadap ideologi komunis dengan memberikan tumpuan terhadap ekonomi

pasaran bebas, perubahan dalam struktur ideologi dan penyerapan nilai demokrasi.

Namun ia harus diterapkan bersesuaian dengan kerangka Model Autoritarianisme Asia

Timur. Turut diberi penekanan ialah penyegaran semula nilai nasionalisme dan

patriotisme dalam beberapa aspek seperti campur tangan dan kritikan AS terhadap isu

hak asasi manusia. Idea-idea neokonservatif-reformis banyak diterima pakai dalam era

Jiang Zemin (1993-2003) yang merupakan kepimpinan generasi ketiga China. Pada

eranya, beliau berjaya mewujudkan keseimbangan ideologi bagi memastikan

pembaharuan yang dibuat tidak menjejaskan legasi pemerintahan yang terdahulu.

1.6.2.3 Jepun114

Neokonservatif di Jepun digambarkan dalam beberapa era kepimpinan. Terdapat sarjana

merujuk ia dimulakan oleh kepimpinan Perdana Menteri, Yasuhiro Nakasone (1982-

1987). Selain mengikuti langkah-langkah ekonomi yang diambil Reagan dan Thatcher,

Nakasone mencadangkan agar dilakukan reformasi pentadbiran dengan mengendurkan

114
Bahagian ini didasarkan dari Kenneth B. Pyle, The Japanese Question: Power and Purpose in a New
Era, Ed. Ke-2 (Washington: American Enterprise Institute Press, 1992), 71-74; Eisuke Sakakibara,
Structural Reform in Japan – Breaking The Iron Triangle (Washington: The Brookings Institution, 2003),
xi-xiii; Jim Frederick, ‗Standing Their Ground‘, TIME, 2 Mei 2005; Pätrick Kollner, ‗The Liberal
Democratic Party at 50: Sources of Dominance and Changes in the Koizumi Era‘, Social Science Japan
Journal, 9, no. 2 (2006), 249-254; LI Xiushi, ‗Japanese Neo-Conservative Foreign Strategy‘, Global
Review, Winter (2007); Kentaro Okada, ‗The Transformation of Japanese Conservatism and Koizumi
Revolution‘, Kertas Kerja Canadian Political Science Association Annual Meeting, 2007, University of
Saskatchewan, Saskatoon.

30
struktur kawalan kerajaan yang agak rigid. Selain daripada itu, mereka juga menggesa

agar Jepun mengembalikan semula nilai-nilai agung masyarakat Jepun dan menamatkan

penggantungan terhadap Amerika Syarikat dalam orientasi dasar luarnya. Namun proses

reformasi dalam sistem politik Jepun disifatkan berlangsung dalam keadaan yang

perlahan kerana kewujudan ―kompleks ‗parti-birokrasi‖ iaitu hubungan segi tiga di

antara rejim konservatif LDP, birokrasi dan kumpulan berkepentingan. Kerigidan ini

berjaya dikendurkan di bawah kepimpinan generasi kedua neokonservatif yang diterajui

Perdana Menteri, Junichiro Koizumi (2001-2006). Biarpun ditentang oleh golongan

konservatif, Koizumi dan beberapa tokoh politik yang relatif muda dan berpendidikan

cemerlang berjaya melaksanakan reformasi penting seperti penswastaan institusi

kewangan, pendemokrasian dalam pemilihan calon presiden parti, mengurangkan

pembaziran perbelanjaan, mengurangkan pengaruh parti dan kumpulan berkepentingan,

melakukan pertautan membina dengan generasi pengundi baru dan mengambil

pendekatan yang lebih agresif dalam isu-isu ketenteraan.

1.6.2.4 Taiwan115

Rejim konservatif di Taiwan ialah parti Kuomintang (KMT) yang memerintah dari

tahun 1949 hingga 2000. Pada 1986, pemimpin KMT, Chiang Ching Kuo (1978-1988)

115
Bahagian ini didasarkan dari Ping-hui Liao, ‗Rewriting Taiwanese National History: The February 28
Incident as Spectacle‘, Public Culture, 5, no. 2 (1993); Michael Ying-mao Kau, ‗The Power Structure in
Taiwan‘s Political Economy‘, Asian Survey, 36, no. 3 (1996); Anthony Milner, ‗What Happened to ‗Asian
Values‘‘ dalam Gerald Segal & David S.G Goodman (pnyt.), Towards Recovery in Pacific Asia
(Routledge: London, 1999); Ching-fen Hu,―Taiwan‘s Geopolitics and Chiang Ching-Kuo‘s Decision to
Democratize Taiwan‖, Stanford Journal of East Asian Affairs, 5, no. 1 (2005); Joseph Wong,
‗Maintaining KMT dominance: party adaptation in authoritarian and democratic Taiwan‘ dalam Edward
Friedman & Joseph Wong (pnyt.), Political Transitions in Dominant Party Systems: Learning to lose
(Routledge: London, 2008).

31
memperkenalkan proses pendemokrasian di Taiwan melalui kepimpinan politiknya yang

berkesan. Kerajaan Taiwan menggugurkan undang-undang tentera dan parti politik baru

pertama iaitu Parti Demokratik Progresif dibenarkan penubuhannya. Selepas kematian

Chiang, beliau diganti oleh Lee Teng Hui (1988-2000) yang kemudiannya meneruskan

reformasi politik dengan mengembalikan hak-hak yang tidak pernah dinikmati sebelum

ini seperti kebebasan berucap, media dan berhimpun. Malahan Lee merupakan satu-

satunya pengecualian di kalangan pemimpin negara-negara Asia yang mendukung Nilai

Asia apabila menyifatkan bahawa demokrasi merupakan nilai yang universal dan boleh

subur dalam kerangka masyarakat Asia. Justeru, sarjana seperti Ping-hui Liao

menyifatkan era Lee sebagai era neokonservatif. Pada masa yang sama, kematian

Chiang pada 1988 mewujudkan pergelutan faksi dalam KMT dari 1988 hingga 1993.

Faksi utama berdiri di belakang Lee manakala faksi bukan perdana berdiri di belakang

pihak konservatif tradisional yang kemudiannya menubuhkan New Party. Hanya dalam

sedekad kesan daripada peralihan ke demokrasi ini, KMT mengalami kekalahan apabila

Parti Demokratik Progresif mengambil alih pemerintahan Taiwan bermula pada 2000

hingga 2008 sebelum dimenangi semula oleh KMT.

Perbincangan keempat-empat negara tersebut memperlihatkan bahawa konsep

neokonservatif tidaklah terhad boleh diaplikasikan terhadap maksud neokonservatif

yang konvensional. Di sebalik beberapa kriteria umum yang mengikat definisi

neokonservatif di negara-negara ini, faktor lokal memberikan pemberat penting dalam

menentukan sesuatu pemimpin politik yang layak digelar neokonservatif. Namun

berdasarkan perbincangan terhadap empat negara ini serta tidak kurang penting

32
pemahaman asas mengenai konsep ―neo‖ seperti yang dijelaskan sebelum itu, terdapat

tiga ciri dan tema yang boleh diaplikasikan dalam konteks kajian ini.

i. Aliran, kecenderungan, pemikiran, tokoh atau era yang membayangkan

berlakunya penyimpangan signifikan daripada tradisi pihak konservatif tradisional

walaupun secara fundamentalnya, ia masih mendukung kerangka tersebut.

ii. Penyimpangan ini boleh berbentuk penyegaran semula sesuatu dasar, penyesuaian

dan paling penting, reformasi politik.

iii. Penyimpangan ini boleh menimbulkan konflik dan memberi kesan terhadap orde

rejim konservatif dominan. Usaha ini mungkin berjaya dilakukan atau boleh juga

menerima tentangan khususnya dari konservatif tradisional.

1.7 METODOLOGI KAJIAN

1.7.1 Metodologi Pengutipan Data

Kajian bersifat kualitatif ini dilakukan menerusi pendekatan ―deskripsi mendalam‖

melalui tiga kaedah. Kaedah pertama ialah kajian sumber primer yang dilakukan

menerusi temubual tidak berstruktur bersama tokoh politik, sarjana, pengamal media

dan aktivis sosial yang mempunyai autoriti dalam mengulas kepimpinan Abdullah. Dari

35 senarai responden yang dihubungi, sejumlah 19 orang bersetuju untuk ditemu bual.

Senarai ini termasuklah lima anggota kabinet Abdullah termasuklah Abdullah sendiri.

Beberapa input tambahan juga diperolehi melalui perbincangan tidak rasmi dengan

beberapa ahli akademik dan individu tertentu. Senarai kesemua tokoh dan individu ini
33
telah dijelaskan dalam bahagian penghargaan dan juga boleh dilihat dalam senarai

rujukan.

Pemilihan empat menteri kabinet Abdullah seperti Shahrir Samad, Nazri Aziz, Saifuddin

Abdullah dan Zaid Ibrahim dibuat kerana kedudukan mereka yang berada dekat dengan

konteks perubahan yang dibawa Abdullah dan pendirian politik mereka yang vokal. Ia

bukanlah kerana nama-nama ini dilihat ‗menyokong Abdullah‘ kerana mereka turut

menyuarakan pandangan yang kritis terhadap kepimpinan Abdullah dalam temu bual

yang dilangsungkan. Oleh kerana kesemua temu bual dengan responden yang terlibat

dilakukan antara tempoh November 2009 hingga November 2011, input dan data yang

dikemukakan juga adalah boleh diharap (reliable) kerana ia masih segar dan baru. Hal

ini mempunyai perbezaan yang signifikan jika temu bual tersebut dilakukan dalam

tempoh 5-10 tahun selepas persaraan Abdullah.

Seramai 16 responden pula tidak memberi maklum balas terhadap permintaan untuk

ditemu bual meliputi lima individu yang diketahui berada dekat dengan Abdullah

(termasuklah Khairy). Satu-satunya responden terdekat dengan Abdullah yang

memberikan kerjasama ialah bekas setiausaha akhbarnya, Wan Esuriyanti Wan Ahmad.

Namun, jika dibandingkan dengan senarai responden yang melibatkan diri dalam kajian

ini, responden-responden yang berada di dalam ‗senarai mendiamkan diri‘ tidaklah

berada dalam kedudukan yang ‗amat signifikan‘ (kecuali lima individu yang berada

dekat dengan Abdullah tadi). Hal ini merupakan satu ‗keanehan‘ yang dialami pengkaji

dalam proses menyiapkan tesis ini apabila sebahagian besar mereka-mereka yang

34
sanggup melibatkan diri dalam kajian ini merupakan mereka-mereka yang lebih

‗berkedudukan‘ dan ‗berautoriti‘.

Keputusan untuk mendapatkan Abdullah sebagai responden dipertimbangkan

mengambilkira fakta bahawa ia mampu memberi nilai tambah terhadap kajian yang

dilakukan dan bagi mendapatkan input-input baru. Namun, hal ini tidaklah menjadikan

kajian ini terikat dengan ‗sindrom Stockholm‘.116 Pengkaji memaklumi tanggapan

bahawa mendapatkan input secara langsung daripada sesuatu subjek mempunyai

cabaran tersendiri kerana subjek yang ditemu bual pastilah menginginkan penulisannya

mengenainya dibuat dalam maksud yang positif. Hal ini dapat dilihat melalui

kontroversi yang menyelubungi buku Barry Wain, Malaysian Maverick: Mahathir

Mohamad in Turbulent Times.117 Apabila Wain menulis dengan kritis mengenai

Mahathir, ia menimbulkan rasa tidak senang tokoh itu yang telah memberikan beberapa

siri temu bual langsungnya dengan Wain. Justeru tanpa berselindung, pengkaji telah

menyatakan kepada Abdullah dalam bahawa kajian ini akan mengambil sikap yang

kritikal terhadap kepimpinan beliau. Abdullah tidak menampakkan reaksi tidak senang

dengan penjelasan tersebut dan hanya memohon ia dibuat dengan maksud yang objektif.

Tempoh dua setengah jam yang diberikan Abdullah kepada pengkaji juga tidaklah

mencukupi dan masih banyak soalan-soalan yang tidak sempat ditanya. Begitu pun,

harus dinyatakan bahawa Abdullah mengakui yang beliau tidak pernah memberikan

tempoh selama itu kepada mana-mana media atau individu. Walaupun wujudnya

116
Sindrom Stockholm merujuk kepada keadaan psikologi yang berlaku dalam sesuatu kes penculikan
apabila tawanan akhirnya berasa simpati dengan penculik dan mempertahankan penculik tersebut
kemudiannya.
117
Barry Wain, Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times (Singapura: Institute of
Southeast Asian Studies, 2009).

35
keinginan untuk melakukan temu bual susulan, pengkaji tidak meneruskan hasrat ini

kerana Abdullah juga telah banyak meninggalkan sumber-sumber sekunder lain seperti

temu bual dengan media. Sebahagian besar persoalan yang tidak sempat ditanya dalam

temu bual tersebut telah pun dijawab oleh Abdullah dalam temu bualnya dengan

beberapa media tempatan.

Dalam hubungan inilah, kaedah kedua iaitu kaedah utama kajian menyandarkan kepada

sumber sekunder dari kajian perpustakaan. Antara sumber-sumber konvensional yang

digunakan termasuklah buku, jurnal, akhbar, tesis, laporan rasmi kerajaan, kertas kerja,

majalah, hansard Parlimen, media perdana dan media atas talian. Terima kasih atas

kemajuan teknologi maklumat yang membolehkan sebahagian besar daripada ucapan-

ucapan rasmi Abdullah diakses dengan mudah dari arkib Koleksi Arkib Ucapan Ketua

Eksekutif di laman sesawang http://www.pmo.gov.my/ucapan dan juga portal rasmi

Kementerian Kewangan Malaysia di http://www.treasury.gov.my. Bagi memelihara

maksud ucapan, teks ucapan yang diutamakan adalah yang ditulis dalam sumber bahasa

asal. Kajian ini juga merundingi kesemua bentuk idea yang dizahirkan Abdullah sama

ada melalui ucapan rasmi (khususnya pembentangan bajet dan Perhimpunan Agung

UMNO), temu bual Abdullah dengan media perdana, sidang akhbar dan juga

dokumentari televisyen. Kesahihan sumber jurnalistik seperti maklumat atas talian telah

didiskriminasi dengan begitu teliti dan pengkaji telah sedaya upaya merujuk kepada

sumber-sumber yang boleh disilang rujuk dengan rujukan atau pun maklumat-maklumat

lain. Kredibiliti maklumat juga sebahagiannya ditentukan oleh kredibiliti penulis dan

juga organisasi yang mereka wakili.

36
Kaedah ketiga dan yang bersifat komplimentari ialah pemerhatian dan kajian lapangan.

Pengalaman pengkaji sebagai kakitangan Kementerian Luar Bandar (1999-2003),

pelajar ijazah pertama dan sarjana (2004-2008) serta pensyarah di universiti awam

(2006-kini) sedikit sebanyak membantu analisis kajian. Dalam tempoh penyiapan tesis

ini juga, pengkaji telah melakukan dua kajian lapangan iaitu Perhimpunan Agung

UMNO 2008 pada 26-28 Mac 2009 dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit

Gantang pada 4-7 April 2009. Bagi tujuan kesinambungan, beberapa perkembangan

selepas era Abdullah iaitu dalam era kepimpinan Najib diletakkan di dalam nota kaki.

Analisis ini tidak boleh dipinggirkan memandangkan kemunculan fakta dan pendedahan

baru berupaya mengukuhkan interpretasi yang telah diberi. Batasan kajian ini tidak

melibatkan aspek dasar luar dan hubungan antarabangsa di bawah kepimpinan Abdullah

dan hanya menumpukan kepada aspek-aspek politik domestik.

1.7.2 Metodologi Pengoperasian

Beberapa kaveat harus diperjelaskan terlebih dahulu sebelum kajian ini pergi lebih jauh.

Pertama, seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, kajian ini melihat konservatisme

dalam bentuk politik dan pemerintahan iaitu salah satu dari komponen konservatisme

yang diutarakan oleh Andrew Vincent. Ia tidak melihat konservatisme dari tafsiran atau

pendekatan ekonomi tetapi kuasa. Memandangkan tidak wujudnya suatu kaedah yang

dipersetujui dalam mengukur kuasa dan ia merupakan satu debat yang berterusan, maka

kajian ini akan melihat darjah keresponsifan sesuatu rejim konservatif terhadap

persoalan perubahan atau reformasi politik. Bagi sesuatu rejim konservatif, pengekalan

status quo berkait rapat dengan pengekalan kuasa. Justeru, reformasi dan perubahan
37
disifatkan berpotensi untuk menghakis atau melenturkan darjah kuasa yang dimiliki.

Bagi UMNO umpamanya, penggunaan dan pengekalan kuasa merupakan ciri yang

menyumbang kepada penempaan sejarahnya (epoch making) sebagai antara rejim

dominan yang cukup berkuasa di Asia.

Kedua, memandangkan konservatisme mempunyai sifat yang cair, maka harus

diingatkan bahawa ia boleh berubah mengikut masa. Mahathir umpamanya memulakan

pemerintahannya dengan imej yang liberal sebelum menjadi seorang yang

konservatif. 118 Ezam Mohd Noor sewaktu berjuang dalam gerakan reformasi yang

diasaskan Anwar Ibrahim juga merupakan seorang yang liberal dan kini menjadi

seorang konservatif yang bersuara lantang. Namun dalam konteks kajian ini, mereka

yang berada dalam UMNO secara automatiknya dianggap sebagai konservatif kerana

mereka merupakan pendukung rejim itu. Justeru, kecairan ini haruslah dilihat dalam

aspek keresponsifan mereka terhadap persoalan perubahan dan reformasi politik yang

akan diperkatakan.

Ketiga, menyebut ‗golongan konservatif‘ dalam kajian ini tidaklah secara longgar

merujuk kepada mereka yang berada di dalam UMNO sahaja. Ia juga boleh merujuk

kepada individu, institusi, media, pertubuhan, jurublog atau pihak yang mempunyai

hubungan simbiotis dengan UMNO khususnya dalam aspek-aspek yang membabitkan

kepentingan Melayu-Islam.

118
Lihat perbincangan lanjut di halaman 38.

38
Keempat, kajian ini tidak menganggap bahawa jika seseorang itu merupakan reformis di

dalam sesuatu sistem, ia secara automatiknya merupakan neokonservatif. Kes di Soviet

Union menunjukkan bahawa neokonservatif diaplikasikan kepada Leonid Brezhnev iaitu

pemimpin yang menyegarkan semula beberapa pendekatan Stalin dan bukannya Nikita

Khrushchev yang merupakan seorang reformis. Seperti yang telah dijelaskan, faktor

lokal memberikan pemberat dalam menentukan pemimpin mana yang dianggap

neokonservatif. Namun dalam konteks yang lebih besar, tujuan utama perbincangan

terhadap keempat-empat negara sebelum ini ialah untuk menunjukkan bahawa

neokonservatif bukanlah satu konsep yang eksklusif dengan merujuk kepada aliran dasar

luar Amerika Syarikat era George W.Bush. Tidak dinafikan bahawa pendekatan

‗reformis‘ lawan ‗konservatif‘ seperti yang digunakan Stephen Cohen dalam kes di

Soviet Union lebih sesuai digunakan dalam kajian ini. Begitu juga konsep

‗neokonservatif-reformis‘ seperti di China. Namun menurut Abdul Rahman Embong,

adalah lebih sesuai adjektif ‗konservatif‘ turut diletakkan kepada Abdullah kerana beliau

turut merupakan pendukung rejim konservatif dan Abdul Rahman Embong

mencadangkan penggunaan ‗reformis-konservatif‘. 119

Begitu pun, memandangkan kajian ini turut membincangkan aspek-aspek ‗penyegaran

semula sesuatu dasar‘, maka konsep neokonservatif dirasakan lebih sesuai untuk

diaplikasikan kepada Abdullah kerana kepimpinannya mempunyai dimensi ini seperti

yang diperlihatkan dalam perbincangan bab empat dan lima. Namun bagi tujuan

kependekan, pengkaji hanya memilih istilah ‗neokonservatif‘ dan bukannya

119
Hujah ini disampaikan oleh beliau kepada pengkaji dalam pembentangan Capacity Building Workshop
for Young Social Science Scholars 2011 di Kota Kinabalu, Sabah pada 16 April 2011.

39
‗neokonservatif-reformis‘ kerana maksud reformis telah dimasukkan ke dalam salah

satu ciri neokonservatif. Justeru, bagi konteks kajian ini, istilah reformis adakalanya

digunakan secara bersilih ganti dengan istilah neokonservatif kerana ia merupakan ciri

terpenting bagi seseorang neokonservatif.

Kelima, istilah ‗reformasi‘ dalam kajian ini turut harus difahami memandangkan

penggunaannya sejak akhir-akhir ini (sekurang-kurangnya dalam perbincangan popular)

telah ditonjolkan oleh UMNO sebagai sesuatu yang pejoratif. Bagi tujuan kajian ini, dua

pengertian akan digunakan. Pertama, definisi Stephen Cohen yang menganggap

reformasi sebagai that outlook, and those policies, which seeks through measured

change to improve the existing order without fundamentally transforming existing

social, political, and economic foundations or going beyond prevailing ideological

values.120 Maksud yang hampir serupa turut diberikan oleh William Tompson iaitu a

significant change in the political regime but falls short of transforming it into

something else. 121 Secara mudah, reformasi ialah proses penambahbaikan ke atas

kerangka politik sedia ada tanpa menjejaskan prinsip dan nilai-nilai fundamental yang

menunjangi rejim itu. Namun pengertian ini tidak pula mencadangkan bahawa Abdullah

merupakan satu-satunya PM yang melakukan reformasi. Bagi Cohen lagi:

The universal meaning of reform is not merely change but change that betters
people's lives, usually by expanding their political or economic freedom, or both.
Nor is it revolution or total transformation of an existing order but normally
piecemeal, gradualist improvements within a system's broad historical,
institutional, cultural dimensions… It should also be remembered that reform

120
Cohen, ‗The Friends and Foes of Change: Reformism and Conservatism in the Soviet Union‘, 189.
121
Tompson, ‗Khrushchev and Gorbachev as Reformers: A Comparison‘, 78.

40
has not always or necessarily meant democratization and marketization, though
it has increasingly been the case in modern times.122

Justeru, jika hujah ini disandarkan, tentu sahaja kesemua PM sebelum Abdullah layak

dianggap sebagai reformis kerana sumbangan mereka dalam memajukan pembangunan

negara dan kehidupan rakyat. Hanya istilah reformasi bukanlah satu istilah yang

mempunyai konotasi yang positif khususnya semasa pemupukan Mahathirisme selama

dua puluh dua tahun.123

1.8 ORGANISASI KAJIAN

Tesis ini akan dibahagikan kepada lapan bab. Bab pertama merupakan pengenalan tesis

meliputi aspek-aspek yang telah diterangkan. Biarpun begitu, sebahagian besar daripada

analisis bab pertama ini harus dibaca bersama-sama bab kedua iaitu sorotan kajian lepas

bagi memberi maksud komplimentari terhadap sinergi kerangka kajian. Bab seterusnya

iaitu bab tiga akan melihat kepada latar belakang dan keperibadian umum Abdullah

serta menghubungkannya dengan perubahan yang dibawanya. Komponen terpenting bab

ini ialah melihat pasukan pengurusan Abdullah yang dipanggil intelektual

neokonservatif yang diketuai oleh Khairy Jamaluddin.

Bab empat pula akan melihat perubahan yang diambil oleh Abdullah dalam konteks

pembangunan iaitu yang dipanggil sebagai pembangunan lunak. Ia secara umumnya

memperlihatkan perbezaan prioriti pembangunan yang ditekankan Abdullah dan juga

122
Stephen F. Cohen, ‗Was the Soviet System Reformable?‘, Slavic Review, 63, no.3 (2004), 467.
123
Lihat perbincangan lanjut di halaman 49-51.

41
tentangan serta kesukaran yang dihadapi beliau dalam membayangi developmentalisme

dan legasi yang ditinggalkan Mahathir. Dasar keterbukaan dan reformasi tadbir urus

demokratik merupakan analisis yang dikemukakan dalam bab lima. Sejauh manakah

Abdullah berjaya melentur hubungan simbiotis yang dipunyai rejim pemerintah

terhadap institusi-institusi demokratik dan juga reaksi UMNO terhadap perubahan yang

cuba dibawanya? Apakah demokrasi negara mengalami kemajuan di bawah kepimpinan

beliau?

Bab keenam akan melihat beberapa konflik yang wujud kesan daripada perubahan yang

diambil Abdullah berhubung isu-isu yang berkait rapat dengan kerangka asas

perlembagaan. Tiga fokus utama dalam bab ini ialah pendekatan ―spektrum sederhana‖

yang dibawa Abdullah dalam hubungan perkauman, pengenalan Islam progresif melalui

Islam Hadhari dan juga penyegaran semula peranan institusi beraja.

Analisis bab ketujuh pula akan menyentuh mengenai perkembangan dan interaksi yang

berlaku antara Abdullah serta unsur-unsur konservatif dan reaksioneri di dalam UMNO

sehingga menyebabkan beliau akhirnya berundur dari jawatan. Perbincangan bab

terakhir iaitu bab kelapan akan menyimpulkan tesis dan juga menyentuh tiga perkara

berkaitan iaitu implikasi reformasi Abdullah terhadap kepimpinan Najib, kepimpinan

Abdullah dari aspek penilaian sejarah dan juga mencadangkan beberapa pandangan

pengkaji berkenaan agenda penyelidikan masa hadapan.

42
BAB 2

SOROTAN KAJIAN

Conservatives had been among the most powerful political actors in many
societies during the 20th century and there seems no reason for a substantial
change in the coming years. But the scholar interest to Conservatism still
remains weak and Conservatism is mostly neglected as an ideology or a
theoretical tool to interpret socio-political phenomena.

A Conference of Conservatism Studies: New conservatisms and


New Approaches, Anglo American University, Prague, 14-15 Mei
2010.124

2.1 PENGENALAN

Kerangka konservatisme merupakan sesuatu yang amat jarang digunakan sebagai alat

analisis dalam melihat wacana politik Malaysia. 125 Justeru, bagi membina satu kerangka

sorotan yang boleh menjustifikasikan logik serta hujah tesis ini, kajian ini menyoroti

empat tema utama berbanding hanya melihat kajian-kajian yang berkaitan dengan

Abdullah sahaja. Dengan ini, sorotan akan dapat menggabungkan maklumat yang

disifatkan sebagai berselerak dan tidak selaras. Keempat-empat tema tersebut ialah

kajian mengenai demokrasi, perubahan dan reformasi; kajian mengenai kepimpinan

Mahathir; kajian mengenai konservatisme dan tradisi; dan terakhirnya, kajian mengenai

Abdullah sendiri. Tema pertama dan kedua merupakan perbincangan latar yang penting

untuk difahami bagi meletakkan satu spesifisiti konteks. Meskipun begitu,

mempertimbangkan dua tema yang pertama hanya mempunyai peranan komplimentari,

124
Laman rasmi di http://www.conservatismconference.org/call.html (akses pada 21 Oktober 2009).
125
Mohamad Abu Bakar, temu bual dengan pengkaji, Universiti Malaya, 23 November 2009.

43
pengkaji bersikap selektif dengan hanya memberi perhatian terhadap kajian-kajian

penting yang dirasakan mempunyai kerelevanan dengan capaian tesis ini. Tema ketiga

dan keempat pula lebih merupakan sorotan khusus berkenaan kerangka tesis dan dengan

itu diperihalkan tanpa diskriminasi berbanding dua tema pertama.

2.2 KAJIAN MENGENAI DEMOKRASI, PERUBAHAN DAN REFORMASI

Persoalan utama mengenai pengamalan demokrasi di Malaysia berlingkar kepada

perbincangan mengenai kestabilan dan kelangsungan rejim pemerintah yang

mengamalkan demokrasi hibrid. Hal ini boleh dilihat dalam tiga kajian awal yang

menggambarkan tingkat demokrasi di Malaysia. Zakaria Ahmad (1989) 126 menyatakan

sistem politik Malaysia sebagai quasi-democracy. Konsep ini bermakna demokrasi tidak

diberikan mengikut kaedah demokrasi liberal di Barat kerana ia berisiko untuk

memusnahkan sistem perkongsian kuasa yang terbina. Rejim pemerintah dengan itu

berpegang teguh kepada konsep pemerintah yang kuat dan autoriti demi memastikan

kestabilan politik.

Pandangan ini dilanjutkan oleh William Case yang membincangkan konsep ―semi-

demokrasi‖ (1993)127 dan ―pseudo-demokrasi‖ (2001).128 Case berhujah bahawa

demokrasi Malaysia yang dicirikan oleh ―penekanan sistematik‖ dan dominasi UMNO

telah berjaya mengekang proses perubahan dan pertukaran rejim. Namun pada masa

yang sama, beliau mengakui bahawa keadaan itu juga didorong oleh ketidakupayaan

126
Zakaria Ahmad, ‗Malaysia: Quasi-Democracy in a Divided Society‘.
127
Case, ‗Semi-Democracy in Malaysia‘.
128
Case, ‗Malaysia‘s Resilient Pseudodemocracy‘.

44
parti-parti pembangkang untuk menawarkan satu alternatif kerajaan yang berkesan. Case

juga menunjukkan bagaimana gesaan untuk melakukan perubahan adakalanya akan

dihalang dengan penggunaan tradisi ciptaan seperti penangguhan pemilihan parti dan

syarat tiada pertandingan di kalangan dua jawatan tertinggi parti.

Dalam hubungan ini, persoalan kawalan memainkan peranan penting dalam mewajarkan

pengkategorian di atas. Simon Barraclough (1985)129 berhujah bahawa kaedah

pemaksaan bukan sahaja digunakan bagi pengurusan ancaman keselamatan negara tetapi

menjangkau terhadap pihak pembangkang politik yang sah khususnya dalam waktu-

waktu yang genting. Elemen ini dianggap oleh James V. Jesudason (1995)130 sebagai

antara penyebab mengapa gabungan parti atau pertubuhan politik kurang berupaya

mengenakan cabaran yang berkesan. Menariknya, sistem ini menurut beliau masih

mampu memberi legitimasi kepada rejim pemerintah berikutan keupayaannya dalam

aspek-aspek populisme yang lain. Analisis yang selari turut diberikan oleh Vidhu Verma

(2002)131 yang mengakui bahawa kestabilan politik yang dinikmati rejim pemerintah

telah mewujudkan satu tradisi atau gaya politik yang sukar untuk dirombak. Namun

beliau meramalkan generasi pasca Mahathir berupaya melahirkan era yang lebih terbuka

walaupun memakan masa yang lama.

Tiga lagi kajian turut berlegar dalam persoalan yang sama tetapi mengaitkan amalan

demokrasi ini dengan sifat autoritarian pemerintah. Dalam mewajarkan konsep

129
Simon Barraclough, ‗The Dynamics of Coercion in the Malaysian Political Process‘, Modern Asian
Studies, 19, no. 4 (1985).
130
Jesudason, ‗Statist Democracy and the Limits to Civil Society in Malaysia‘.
131
Vidhu Verma, Malaysia: State and Civil Society in Transition (Petaling Jaya: SIRD, 2002).

45
―demokrasi terbatas‖ yang dihujahkannya, Anne Munro-Kua (1996)132 menyifatkan

rejim pemerintah melandaskan pemerintahannya berdasarkan konsep ―autoritarian-

populisme‖ yang menggabungkan kaedah pemaksaan dan pemberian (benefactor).

Harold Crouch (1996)133 turut meletakkan Malaysia berada di kedudukan tengah di

antara spektrum demokrasi dan autoritarian. Berdasarkan fakta bahawa sistem politik

dikuasai oleh kaum Melayu, sistem yang ada bermatlamatkan keperluan untuk

mengekalkan status quo dengan penggunaan tekanan dan kawalan tertentu. Institusi-

institusi politik seperti pentadbiran awam, tentera, polis, kehakiman dan institusi beraja

mempunyai orientasi yang konservatif dan sering kali mempunyai hubungan simbiotis

yang jelas dengan pemerintah. Namun Crouch tidak menolak kemungkinan bahawa

proses perubahan dan pendemokrasian akan berlaku walaupun tidak mengubah

kerangka fundamental politik Malaysia. Tidak ketinggalan memperkatakan demokrasi

Malaysia dari sudut ini ialah Gordon P. Means (1996)134 yang menganggapnya sebagai

cerminan autoritarian tetapi dalam versi yang ―lunak‖. Kejayaan rejim pemerintah

mengekalkan kelangsungan kuasanya disifatkan sebagai tidak kondusif kepada

semangat demokrasi dan harus diperbaiki menerusi tiga kaedah iaitu keterbukaan rejim

pemerintah, keupayaan massa memobilisasi jaringan kesedaran dan juga peranan yang

dimainkan oleh pihak luar.

Namun harus ditekankan bahawa demokrasi hibrid yang diamalkan tidaklah dapat

dianggap sebagai tidak mempunyai legitimasi. Pertama, kajian Welsh (1996)135

132
Munro-Kua, Authoritarian-Populism in Malaysia.
133
Crouch, Government and Society in Malaysia, khususnya bab 8.
134
Means, ‗Soft Authoritarianism in Malaysia and Singapore‘.
135
Bridget Welsh, ‗Attitudes towards democracy in Malaysia‘, Asian Survey, 36, no. 9 (1996).

46
menunjukkan bahawa penerimaan umum rakyat Malaysia terhadap demokrasi yang

terhad adalah baik dan mereka selesa dengan karektor rejim yang ada khususnya dari

segi kebebasan institusi, partisipasi dan persaingan. Kedua, Mauzy (2006)

menghujahkan bahawa rejim pemerintah dilihat sebagai pihak yang efektif, mempunyai

sumber kewangan yang mantap, bersikap sederhana dalam menangani isu-isu Islam dan

berupaya membentuk gabungan parti yang utuh dalam menjamin kelangsungan

kuasanya. 136

Biarpun begitu, premis bahawa demokrasi di Malaysia kebal dari proses perubahan

seakan-akan dicabar apabila kebangkitan gerakan reformasi yang dipimpin Anwar

Ibrahim berjaya memberikan satu momentum bagi merubah dominasi politik BN-

UMNO. Beberapa kajian ―politik baru‖ selepasnya cuba menggambarkan dinamika

perubahan yang berlaku dalam era 1998-1999 ini seperti yang diutarakan oleh himpunan

artikel dalam Mohd Yusof Kasim dan Azlan Ahmad (2002) 137 dan Francis Loh Kok

Wah dan Johan Saravanamuttu (2003).138 Dengan mengemukakan fakta-fakta empirikal

khususnya melalui PRU-10 1999, kajian-kajian ini mendapati wujudnya pertentangan

yang signifikan antara politik baru dan politik lama yang berbingkaikan perkauman.

Budaya politik baru ini juga tidak lagi berpaksikan kepada soal perkauman dan

nasionalisme yang sempit tetapi mencakupi isu-isu sejagat seperti keadilan sosial, tadbir

urus berkesan, akauntabiliti dan hak asasi manusia. Walaupun faktor etnik masih

berperanan tetapi terdapatnya bukti-bukti jelas bahawa ciri-ciri politik lama seperti

136
Diane K. Mauzy, ‗The Challenge to Democracy: Singapore‘s and Malaysia‘s Resilient Hybrid
Regimes‘, Taiwan Journal of Democracy, 2, no. 2 (2006).
137
Mohd Yusof Kasim dan Azlan Ahmad (pnyt.), Politik Baru dalam Pilihanraya Umum.
138
Loh dan Saravanamuttu (pnyt.), New Politics in Malaysia.

47
monopoli sistem satu pakatan, identifikasi pengundian mengikut kewilayahan dan sikap

tidak berpartisipasi golongan muda telah mula terhakis.

Namun, kajian yang dilakukan oleh Meredith Weiss (2000),139 Maznah Mohamad

(2001),140 dan Lee Hock Guan (2002) 141 nampaknya lebih bersikap realistik terhadap

gelombang perubahan yang berlaku. Walaupun menyifatkan impak PRU-10 sebagai

mengesankan, mereka agak skeptikal dengan keupayaan Barisan Alternatif (BA) untuk

menyelaraskan perbezaan ideologi yang wujud dan takat kapasiti yang dipunyai parti-

parti Melayu untuk menarik sokongan multi-perkauman yang lebih besar. Hal ini jelas

tergambar apabila prestasi parti-parti pembangkang pada 1999 menampakkan kepudaran

dan kecelaruan berikutan faktor-faktor seperti pergolakan dalaman, perbezaan ideologi

dan keutamaan agenda yang ingin dilaksanakan.

Apakah rumusan yang boleh dibuat dari sorotan tema pertama ini? Sesuatu yang nyata,

sebahagian besar kajian-kajian ini menyingkap bahawa pemupukan ideologi

konservatisme serta penekanan terhadap tradisi (sama ada warisan atau ciptaan)

merupakan sesuatu yang dijunjung kuat dalam amalan rejim pemerintah di Malaysia. Ia

memaparkan penghayatan terhadap beberapa prinsip konservatisme iaitu penekanan

kepada status quo, orde dan juga sikap skeptikal terhadap perubahan. Kecenderungan ini

seperti yang dijelaskan tidak harus diterjemahkan dalam maksud yang sempit iaitu

semata-mata untuk mengekalkan kestabilan tetapi boleh berperanan bagi menjamin


139
Meredith Weiss, ‗The 1999 Malaysian General Elections: Issues, Insults and Irregularities‘, Asian
Survey, 40, no. 3 (2000).
140
Maznah Mohamad, ‗The Unravelling of a Malay Consensus‘, Southeast Asian Affairs (2001).
141
Lee Hock Guan, ‗Malay Dominance and Opposition Politics In Malaysia‘, Southeast Asian Affairs
(2002).

48
kelangsungan rejim tersebut. Ciri-ciri ini juga memenuhi satu lagi karektor

konservatisme iaitu kecenderungannya yang bertentangan dengan semangat demokrasi

dan mempunyai nilai autoritarian. Biarpun wujudnya faktor-faktor lain sebagai pemberat

terhadap keadaan ini, konservatisme politik yang dibangunkan rejim pemerintah dapat

dianggap memainkan peranan besar dalam mengekalkan orde sedemikian.

2.3 KAJIAN MENGENAI KEPIMPINAN MAHATHIR MOHAMAD

Tinjauan terhadap kajian-kajian mengenai Mahathir mempunyai peranan yang amat

komplimentari. Sorotan dimulakan dengan kajian Gordon P. Means (1991)142 berkenaan

―generasi kedua‖ politik Malaysia yang sebahagian besarnya diwarnai oleh

pemerintahan Mahathir. Dalam memberikan analisis mengenai kepimpinan Mahathir

semenjak 1981, Means mengesan bahawa Mahathir pada awalnya memaparkan

kecenderungan liberal dan terbuka. Namun krisis politik pada 1987 menjadikan

Mahathir memilih untuk memulakan pendekatan kawalan dan tekanan. Beliau bersikap

sensitif terhadap kritikan, tidak mengendahkan pandangan kedua dan sering kali

mengamalkan pendekatan unilateral. Akibatnya, proses pembuatan keputusan menjadi

lebih terpusat dan keutamaan diberikan terhadap faktor kestabilan biarpun beliau

terpaksa bertindak di luar sempadan kuasa. Kecenderungan autoritarianisme merupakan

salah satu dari lima elemen yang membentuk ideologi Mahathirisme seperti yang

142
Gordon P. Means, Malaysian Politics: The Second Generation (Oxford: Oxford University Press,
1991).

49
dihujahkan oleh Khoo Boo Teik (1995).143 Bersama-sama empat lagi elemen yang lain

iaitu nasionalisme, kapitalisme, Islam dan populisme, ia sentiasa berdialektik dalam

mencipta pandangan dunia yang diinginkan Mahathir dan hasilnya ia sering kali

menjelmakan kontradiksi dan ketegangan. Biarpun begitu, dalam kajian sambungannya

mengenai Mahathir, Khoo mendapati krisis besar yang berlaku seperti yang dilihat

dalam era reformasi tidak sesekali menjadikan Mahathir lebih responsif terhadap

perubahan, malah beliau bertindak lebih agresif terhadap cabaran hegemoni-balas ini.

Justeru, Khoo menganggap kejayaan Mahathir untuk keluar dari semua krisis yang

dihadapinya adalah kerana sifatnya sebagai tokoh politik konservatif yang mendukung

kepercayaan terhadap orde dan undang-undang serta begitu skeptik dengan

perubahan. 144

Dalam analisis yang tidak jauh berbeza, kajian R.S Milne dan Diane K. Mauzy (1999) 145

mengenai Mahathir dibuka dengan hujah bahawa kepimpinannya mencerminkan

kawalan yang tinggi dan pendominasian. Hal ini sekali gus mencerminkan keazamannya

yang kuat tetapi ironinya ia sering dilakukan tanpa mengambil kira kepentingan dan

pendapat pihak lain. John Funston (2000)146 dan William Case (2001b)147 turut

bersependapat bahawa biarpun pengaruh BN agak menurun selepas PRU-10, Mahathir

masih enggan mempertimbangkan sebarang pembaharuan. Malah, beliau lebih

meningkatkan kawalan terhadap keupayaan pembangkang dan meminimumkan peluang

143
Khoo Boo Teik, Paradoxes of Mahathirism.
144
Khoo Boo Teik, Beyond Mahathir: Malaysian Politics and its Discontents, 188.
145
Milne dan Mauzy, Malaysian Politics under Mahathir.
146
John Funston, ‗Malaysia‘s Tenth Election: Status Quo, Reformasi or Islamization?‘, Contemporary
Southeast Asia, 22, no.1 (2000).
147
William Case, ‗Malaysia‘s General Elections in 1999: A Consolidated And High-Quality Semi-
Democracy‘, Asian Studies Review, 25, no.1 (2001b).

50
pertandingan dalam parti. Bagi John Hilley (2001),148 Mahathir berjaya membina

hegemoni ini melalui gabungan kaedah-kaedah konsensus dan pemaksaan bagi

mengekalkan kuasanya. Sebahagian daripada ciri ini menurutnya mempunyai keselarian

dengan pemimpin konservatif Britain, Margaret Thatcher. 149 Faktor personaliti ini juga

mendapat perhatian In-Won Hwang (2003)150 yang berhujah bahawa bermula pada

1990, penyelenggaran rejim di Malaysia telah menampakkan peningkatan elemen-

elemen pemberibadian (personalized) dalam gaya kepimpinan Mahathir.

Berdasarkan kajian-kajian ini, tidak sukar sebenarnya untuk merumuskan gambaran

mengenai gaya kepimpinan dan kecenderungan Mahathir. Dalam era beliau, boleh

dihujahkan bahawa pegangan terhadap ideologi konservatisme semacam mengalami

proses pengukuhan berikutan gaya kepimpinan dan dasarnya yang begitu menekankan

status quo serta tidak begitu responsif terhadap perubahan dan keterbukaan.

Menariknya, ciri-ciri ini mempunyai persamaan jelas dengan pemimpin konservatif

terkenal Britain, Margaret Thatcher yang amat mempercayai konsep pemerintah yang

kuat dan pernah diidolakan oleh Mahathir seperti petikan awal di halaman satu. Oleh

kerana gaya kepimpinan ini juga, beliau seorang yang tidak takut untuk berkonfrontasi

dan amat meyakini bahawa sistem politik yang dibangunkannya telah memberikan satu

legitimasi terhadap kejayaan pembangunan Malaysia.

148
Hilley, Malaysia: Mahathirism, Hegemony and The New Opposition.
149
Hilley, Malaysia: Mahathirism, Hegemony and The New Opposition, 83-84.
150
In-Won Hwang, Personalized Politics: The Malaysian State under Mahathir (Singapura: Institute of
Southeast Asian Studies, 2003).

51
2.4 KAJIAN MENGENAI KONSERVATISME DAN TRADISI

Setelah membincangkan dua tema latar di atas, sorotan kajian akan diteruskan dengan

lebih terperinci melalui tema-tema utama yang berkaitan secara langsung dengan fokus

kajian. Dalam menyoroti tema ketiga ini iaitu konservatisme dan tradisi, perhatian

pertama ditumpukan terhadap wacana Nilai Asia yang popular pada era 1990-an. Clark

D. Neher (1994)151 mengesan bahawa demokrasi negara-negara Asia diasaskan kepada

lima ciri yang dominan seperti konsep penaungan, personaliti, autoriti (keharmonian dan

kestabilan), parti politik dominan dan juga pemerintah yang kuat. Namun ciri-ciri ini

dianggap oleh kajian Kenneth Christie (1995), 152 Michael Freeman (1996),153 dan Khoo

Boo Teik (1999)154 hanya bertujuan menjustifikasikan pemerintahan yang berbentuk

autoritarian dan menyempitkan makna hak asasi manusia demokrasi seperti dalam kes

Malaysia dan Indonesia. Ia tidak lebih merupakan konstruksi ideologi yang bertujuan

menjamin hegemoni pemerintah.

Dalam hubungan ini, ideologi yang dimaksudkan ialah konservatisme. Kajian Garry

Rodan (1996)155 mendapati terdapatnya keselarian antara Nilai Asia dengan

konservatisme. Elemen-elemen seperti sikap skeptikal terhadap sifat semula jadi

manusia, penekanan terhadap hierarki, orde, disiplin dan nilai-nilai tradisional

merupakan usaha untuk menutup kemasukan nilai-nilai pembaharuan dan penentangan

151
Neher, ‗Asian Style Democracy‘.
152
Kenneth Christie, ‗Regime Security and Human Rights in Southeast Asia‘, Political Studies, 43 (1995).
153
Michael Freeman, ‗Human Rights, democracy and ‗Asian Values‘, The Pacific Review, 9, no. 3 (1996).
154
Khoo Boo Teik, ‗The Value(S) Of A Miracle: Malaysian and Singaporean Elite Constructions of Asia‘,
Asian Studies Review, 23, no. 2 (1999).
155
Rodan, ‗The Internationalization of Ideological Conflict: Asia‘s New Significance‘.

52
yang dianggap boleh menjejaskan status quo politik. Richard Robison (1996)156 juga

bersependapat bahawa Nilai Asia mempunyai elemen konservatisme yang kuat dalam

mewajarkan konsep ―negara organik‖ iaitu gabungan kewujudan konservatisme politik

dan ekonomi pasaran. Meskipun gagasan ini dikritik hebat, beliau mengesan bahawa ia

mempunyai beberapa persamaan dengan matlamat yang diperjuangkan oleh pendukung-

pendukung neokonservatisme (neoliberal) di Barat seperti Thatcher. Khusus dalam

aspek ini ialah pengembalian nilai-nilai tradisional dan sikap skeptikal terhadap

demokrasi yang tidak terbatas.

Dalam tema yang serupa, Kanishka Jayasuriya (1998)157 turut menyifatkan Nilai Asia

sebagai satu bentuk modenisme reaksioneri iaitu ―konservatisme radikal‖ yang

bertujuan untuk ―mengorganisasikan semula secara komprehensif‖ struktur ekonomi,

politik dan sosial ―di atas nama konservatisme‖. Dengan merujuk kepada beberapa

pendekatan Mahathir, beliau menggambarkan modenisme reaksioneri sebagai sistem

yang bertunjangkan konservatisme tetapi menggabungkannya dengan kaedah

pendekatan teknologi, pembudayaan ekonomi, berorientasikan futuristik dan anti-politik

pluralis. Turut tidak terkecuali ialah Angel Lin dan Avin Tong (2008)158 yang

menganggap Nilai Asia sebagai ―berbahaya‖ kerana boleh digunakan bagi mengenakan

ideologi konservatif untuk kawalan politik dan sosial. Kesimpulannya, kajian-kajian

berkaitan Nilai Asia amat penting untuk dilihat kerana ia merupakan tema yang

156
Robison, ‗The politics of ‗Asian Values‘.
157
Jayasuriya, ‗Understanding ‗Asian values‘ as a form of reactionary modernization‘.
158
Angel Lin dan Avin Tong, ‗Re-Imagining a Cosmopolitan ―Asian Us‖: Korean Media Flows and
Imaginaries of Asian Modern Feminities‘ dalam Chua Beng Huat dan Koichi Iwabuchi (pnyt.), East Asian
Pop Culture: Analysing the Korean Wave (Hong Kong: Hong Kong University Press, 2008), 122.

53
memfokuskan dengan lebih terperinci aplikasi ideologi konservatisme dalam

pembangunan politik di Asia.

Wacana yang berkaitan dengan konservatisme juga telah diangkat oleh sarjana-sarjana

tempatan dalam pelbagai perspektif. Antara yang dominan ialah persoalan tradisi.

Chandra Muzaffar (1992)159 menggambarkan kesetiaan terhadap raja telah dijadikan

tradisi oleh UMNO yang dilihat menjadi simbol perlindungan kepada orang Melayu.

Simbol-simbol pematuhan seperti konsep mengenang budi, kekangan terhadap kritikan

dan pensyaratan sokongan untuk pembangunan ekonomi diinstitusikan secara sistematik

bagi melegitimasikan satu proses kesedaran. Namun memasuki dekad 80-an, Chandra

mendapati tradisi kesetiaan ini sudah mula merosot nilainya kerana kemajuan

pendidikan, peningkatan kelas menengah Melayu dan perkembangan urbanisasi.

Selari dengan hujah yang dikemukakan Chandra, Hari Singh (1998) turut mengenal

pasti bahawa tradisi merupakan antara faktor penting yang memberikan dinamika dalam

penggantian politik kepimpinan UMNO dan pengekalan kuasa. Baginya:

Conservatism is inherent in such a thought process, which explains why


tradition is resistant to change. As a practicing ideology, tradition promotes the
uncritical acceptance of a social order.160

Begitu pun, beberapa manifestasi seperti ketiadaan pertandingan untuk pemimpin

tertinggi semakin terhakis pada era 1980-an kesan daripada kemajuan ekonomi dan

159
Chandra Muzaffar, Pelindung (Pulau Pinang: Aliran Kesedaran Negara, 1992) (Versi asal 1979).
160
Hari Singh, ‗Tradition, UMNO and political succession in Malaysia‘, Third World Quarterly, 19, no. 2
(1998), 242.

54
penghakisan nilai-nilai feudal. Kajian James Chin (2006)161 mengenai MCA tidak

ketinggalan memperkatakan mengenai tradisi ciptaan ini. Kesan dari konflik yang

timbul dalam pemilihan UMNO 1987, beberapa tradisi baru seperti konsep tiada

pertandingan, pengenalan sistem bonus dan keperluan pencalonan minimum mula

diperkenalkan UMNO. Lebih menarik, tradisi ini menurut beliau dijadikan ikutan oleh

parti-parti komponen BN yang lain seperti MCA.

Dua kajian Mohamad Abu Bakar mempunyai sumbangan yang besar dan

membayangkan aplikasi yang lebih sistematik terhadap persoalan konservatisme. Sejajar

dengan hujah beberapa sarjana lain seperti Chandra Muzaffar dan Hari Singh, Mohamad

Abu Bakar (1994) mengesan unsur-unsur utama yang wujud dalam politik Malaysia

merupakan tradisi yang diwarisi daripada susunan feudal kesultanan Melayu Melaka.

Elemen-elemen seperti ketaatan, perpaduan, kedudukan institusi beraja, status agama

Islam dan bahasa Melayu serta hak istimewa orang Melayu merupakan unsur yang

diperturun dan dipertahankan sehinggalah negara mencapai kemerdekaan. Sekali gus

elemen-elemen ini menunjukkan susunan masyarakat yang mempunyai ketidaksamaan

sosial khususnya setelah ia diinstitusikan secara rasmi dalam perlembagaan.

Kelangsungan kuasa yang dipunyai UMNO pula berjaya mempertahankan unsur-unsur

tradisi ini daripada dicabar oleh sesiapa biarpun ia menjadi titik pergeseran antara

kumpulan-kumpulan yang lebih memperjuangkan nilai-nilai demokrasi. 162

161
James Chin, ‗New Chinese Leadership in Malaysia: The Contest for the MCA and Gerakan
Presidency‘, Contemporary Southeast Asia, 28, no. 1 (2006).
162
Mohamad Abu Bakar, ‗Politik Malaysia: Antara Tradisi dan Demokrasi‘ dalam Mohamad Abu Bakar,
Potret Masa (Jilid 1): Persaingan Ideologi dan Pemulihan Tradisi (Petaling Jaya: Gateway Publishing,
1994).

55
Dalam kajian seterusnya, Mohamad Abu Bakar menggunakan perspektif konservatisme

sebagai alat analisis konflik (2000).163 Tiga hujah yang mendasari kajian beliau terbit

daripada kepercayaan bahawa konflik boleh tercetus apabila berlaku penyimpangan

jelas daripada trend konservatisme. Konflik yang muncul ini pula mungkin boleh

bersifat konstruktif atau destruktif. Selain itu, aspek-aspek konservatisme menurutnya

akan lebih jelas dirasai apabila sesuatu kaum atau pihak itu berada di bawah tekanan dan

pada waktu inilah mereka akan memberi lebih perhatian kepada keperluan untuk

mempertahankan orde, tradisi, institusi atau sebarang simbolismenya daripada

perubahan. Dalam kajiannya terhadap isu kafir–mengkafir antara UMNO dan PAS,

Mohamad Abu Bakar mendapati kedua-dua pihak saling memberikan penekanan

terhadap usaha menghubungkaitkan pendirian masing-masing dengan elemen-elemen

konservatisme yang wujud. Dua kajian Mohamad Abu Bakar mempunyai sumbangan

yang besar kerana ia memperlihatkan satu ciri penting konservatisme iaitu penekanan

terhadap ketidaksamaan sosial dan juga sifatnya sebagai modus operandi dalam

perlakuan politik.

Tidak ketinggalan, impak konservatisme juga turut diutarakan oleh Helen Ting (2007) 164

dalam kajiannya berkenaan persoalan gender dalam politik Melayu. Menjawab kepada

persoalan mengenai kesetaraan gender dalam politik UMNO, beliau menganggap

perkembangannya sebagai tidak menggalakkan kerana ―konservatisme kepimpinan

UMNO‖ yang bertunjangkan feudal, status quo dan hierarki memberi kesan terhadap

takat peranan dan fungsi wanita dalam pertubuhan itu.

163
Mohamad Abu Bakar, ‗Konservatisme dan Konflik‘.
164
Helen Ting, ‗Gender discourse in Malay Politics‘ dalam Edmund Terence Gomez (pnyt.), Politics in
Malaysia: The Malay Dimension (New York: Routledge, 2007).

56
Kesimpulannya, sorotan tema ketiga ini dengan lebih jelas telah menampakkan praktik

dan penginstitusian ideologi konservatisme dalam psikologi politik rejim pemerintah.

Boleh dihujahkan, konservatisme dalam politik Malaysia mempunyai akar yang berkait

rapat dengan nilai feudalisme yang sekian lama mencorakkan pegangan parti utama

yang mendukung kerajaan iaitu UMNO. Memasuki era Malaysia moden, kerangka asas

konservatisme ini telah diinstitusikan ke dalam perlembagaan negara menerusi ciri-ciri

seperti kedudukan agama Islam dan bahasa Melayu, raja-raja dan hak istimewa orang

Melayu. Kerangka ini pula diperkukuhkan dengan beberapa ―prinsip pengorganisasi‖

seperti kesetiaan bulat terhadap kepimpinan, penolakan terhadap tentangan minoriti dan

penerimaan terhadap sesuatu orde, tradisi serta hierarki. Bagaimanapun, sesuai dengan

peredaran zaman, nilai-nilai ini sentiasa mengalami pertembungan dan pergeseran

dengan nilai-nilai demokrasi. Sebagai langkah balas, terdapatnya usaha

menginstitusikan tradisi ciptaan demi menjamin keakuran dan kestabilan sesuatu orde

sosial. Hal ini juga boleh terpapar dalam pengutaraan gagasan Nilai Asia yang

digunakan sebagai ideologi untuk memperkukuhkan legitimasi rejim pemerintah.

2. 5 KAJIAN MENGENAI ABDULLAH AHMAD BADAWI

Dengan ketiga-tiga tema yang telah disoroti setakat ini, perbincangan seterusnya akan

memberi perhatian kepada tema yang terakhir iaitu kajian mengenai Abdullah sendiri.

Untuk melihat dengan lebih dekat tema ini, sorotan boleh dipecahkan kepada empat

tema utama iaitu kajian awam, kajian yang bertemakan perubahan dan gaya kepimpinan

Abdullah, kajian mengenai Islam Hadhari dan kajian mengenai PRU-12 2008.

57
2.5.1 Kajian Awam dan Separa Ilmiah

Sememangnya menjadi kebiasaan, kenaikan seseorang tokoh politik dalam politik

Malaysia kebiasaannya akan disusuli dengan penulisan karya mengenai pemimpin

tersebut. Begitulah juga yang berlaku dalam hubungannya dengan Abdullah. Secara

umumnya, sememangnya terdapat banyak karya seumpama ini seperti Ismail Noor, Pak

Lah: A Sense of Accountability (2003),165 Khoo Kheng-Hor, Abdullah Administration:

Abdullah Ahmad Badawi & His Government From Sun Tzu‘s Perspective (2004),166

Chamil Wariya, Abdullah Ahmad Badawi: Perjalanan Politik PM ke-5 (2004),167

Kesinambungan dan Perubahan (2004),168 Sivamurugan Pandian, Abdullah Ahmad

Badawi: Jalan Ke Puncak (2005)169 dan Paridah Abd Samad, Abdullah Ahmad Badawi:

A New Breeze in Malaysia‘s Politics (2008).170 Tanpa menidakkan sumbangan kajian-

kajian seperti ini, adalah agak nyata ia dibuat dalam maksud yang bukan akademik.

Kandungannya lebih bersifat deskriptif tanpa dipandu oleh sebarang alat analisis.

Bentuknya muncul dalam format yang tipikal iaitu menceritakan dan memberitahu

maklumat tanpa disulami dengan sebarang ulasan dan pandangan yang lebih kritikal. Ia

lebih bersifat penilaian tentatif berdasarkan kecenderungan dan latar belakang penulis.

Lebih penting kerana ia dilakukan bagi tujuan penggunaan umum dan bersifat berkala.

165
Ismail Noor, Pak Lah: A Sense Of Accountability (pnyt.), Elina Noor (Kuala Lumpur: Utusan
Publications, 2003).
166
Khoo Kheng-Hor, Abdullah Administration: Abdullah Ahmad Badawi & His Government From Sun
Tzu‘s Perspective (Subang Jaya: Pelanduk Publications, 2004).
167
Chamil Wariya, Abdullah Ahmad Badawi: Perjalanan Politik PM ke-5 (Kuala Lumpur: Utusan
Publications, 2004)
168
Chamil Wariya, Kesinambungan dan Perubahan: Malaysia di Bawah Pentadbiran Abdullah Ahmad
Badawi (Kuala Lumpur: Utusan Publications, 2004).
169
Sivamurugan Pandian, Abdullah Ahmad Badawi: Jalan Ke Puncak (Kuala Lumpur: Utusan
Publications, 2005).
170
Paridah Abd Samad, Abdullah Ahmad Badawi: A New Breeze in Malaysia‘s Politics (Kuala Lumpur:
Partisan Publication, 2008).

58
Kerana itu, analisis yang dikemukakan adakalanya tidak menyeluruh kerana dibuat pada

peringkat awal pemerintahan Abdullah. Begitu pun, ia tidak bermakna kajian-kajian ini

harus diketepikan sama sekali memandangkan terdapatnya sumbangan empirikal yang

penting.

Ooi Kee Beng mungkin menjadi antara sarjana yang konsisten menulis mengenai

Abdullah dengan tiga buku yang dihasilkan beliau pada 2006,171 2008172 dan 2009.173

Namun adalah agak nyata, karya-karya ini masih tidak boleh dianggap sebagai kajian

akademik sepenuhnya kerana ia lebih merupakan himpunan artikel media yang

diterbitkan dalam bentuk buku. Biarpun analisis yang dikemukakan adalah menarik

khususnya dalam memperkatakan kenaikan dan kejatuhan Abdullah sebagai reformis,

ketiadaan tema atau kerangka teoritikal menjadikan karya-karya seperti ini lebih bersifat

berkala. Seperti yang pernah dinukilkan oleh Syed Husin Ali dalam mengulas buku-

buku seperti ini, ‗walaupun kait-mengait dari segi tema tetapi tidak begitu mantap dan

―integrated‖.‘174

2.5.2 Tema Perubahan dan Gaya Kepimpinan Abdullah

Analisis Caballero-Anthony (2005)175 mengenai transisi politik di negara-negara Asia

Tenggara mendapati era Abdullah telah memberikan satu imej dan gambaran yang

171
Ooi Kee Beng, Era of Transition: Malaysia after Mahathir (Singapura: Institute of Southeast Asian
Studies, 2006).
172
Ooi Kee Beng, Lost in Translation: Malaysia under Abdullah (Petaling Jaya, SIRD & Institute of
Southeast Asian Studies, Singapura, 2008).
173
Ooi Kee Beng, Arrested Reform: The Undoing of Abdullah Badawi (Kuala Lumpur: REFSA, 2009).
174
Syed Husin Ali, ―Pengenalan‖ dalam Lee Ban Chen, Agenda Melayu atau Agenda Rakyat. Petaling
Jaya: SIRD, 2005, (t.hlm).
175
Caballero-Anthony, ‗Political Transitions in Southeast Asia‘.

59
berbeza daripada pemerintahan autoritarian Mahathir. Sikap Abdullah yang menekankan

pembaharuan dalam konteks tadbir urus dan dasar keterbukaan telah melambangkan

satu peralihan besar dalam proses pendemokrasian. Pandangan ini juga dipersetujui oleh

Ghazali Mayudin dan rakan-rakan (2006)176 yang berhujah bahawa era keterbukaan

yang dibawa Abdullah telah memberikan petanda positif terhadap kemajuan demokrasi

di Malaysia. Bagaimanapun, keterbukaan ini tidaklah dipraktikkan sehingga menjadikan

kestabilan negara sebagai galang ganti.

Dalam analisis awal dan berkala, Roziah Omar (2006)177 dan Denison Jayasooria

(2006)178 membincangkan pendekatan Abdullah yang lebih humanis dengan

menumpukan kepada pembangunan sosial khususnya nilai-nilai keluarga dan

pembangunan kemiskinan. Nordin Kardi (2006) 179 pula menganalisis pemikiran ―di luar

kotak‖ Abdullah dan menghubungkan dengan pembaharuan yang dibuat Abdulllah

seperti penumpuan terhadap sektor pertanian dan penambahbaikan sistem penyampaian.

Sebagai orang yang diketahui dekat dengan Abdullah, Nordin meramalkan bahawa

Abdullah akan menghadapi tentangan balas terhadap semua perubahan yang dibawanya.

Dalam aspek personaliti dan bentuk kepimpinan pula, beberapa kajian seperti

176
Ghazali Mayudin, Jamaie Hamil, Sity Daud dan Zaini Othman, ‗Isu-isu Dominan dalam Politik
Malaysia‘ dalam Ghazali Mayudin, Jamaie Hamil, Sity Daud dan Zaini Othman (pnyt.), Demokrasi,
Kepimpinan dan Keselamatan (Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2006).
177
Roziah Omar, ‗Memacu ke Arah Wawasan 2020 dan Millenium Development Goals: Agenda
Pembangunan Sosial‘ dalam Sivamurugan Pandian (pnyt.), Abdullah Ahmad Badawi: Satu tahun di
Putrajaya (Kuala Lumpur: Utusan Publications, 2006).
178
Denison Jayasooria, ‗Agenda Sosial Pak Lah: Kepentingan dan Impak Terhadap Keluarga
berpendapatan Rendah‘ dalam Sivamurugan Pandian (pnyt.), Abdullah Ahmad Badawi: Satu tahun di
Putrajaya (Kuala Lumpur: Utusan Publications, 2006).
179
Nordin Kardi, ‗Cabaran Agenda Sosial‘ dalam Sivamurugan Pandian (pnyt.), Abdullah Ahmad
Badawi: Satu tahun di Putrajaya (Kuala Lumpur: Utusan Publications, 2006).

60
Sivamurugan Pandian (2007),180 Mohamed Fadzil Che Din (2007),181 dan Rashila Ramli

(2007)182 merumuskan dua faktor terpenting yang membezakan pentadbiran Abdullah

dengan Mahathir ialah keterbukaan Abdullah terhadap persoalan demokrasi, gaya

kepimpinannya yang lebih terbuka dan kurang terpusat. Oleh sebab kawalan dalaman

yang dipunyai Abdullah, ia membantu mencorakkan personalitinya yang tidak

menggemari konfrontasi.

Namun secara umumnya, kajian-kajian kompilasi seperti ini lebih sesuai dianggap

separa ilmiah mempertimbangkan ketiadaan rangka analitikal yang berkaitan. Apatah

lagi mempertimbangkan fakta bahawa kesemua kajian ini dihasilkan selepas PRU-11

dan dengan itu menampakkan pengaruh faktor suasana yang baik. Biarpun mereka yang

menyumbang dalam versi ini mempunyai ―tauliah akademik‖ yang tidak boleh

disangkal, acuan kajiannya lebih mensasarkan khalayak umum. Namun ia tidak sesekali

menidakkan beberapa tema penting yang muncul daripada analisis yang dibuat.

Dapatan yang lebih kritikal hanya mulai tertonjol setelah tiga tahun kepimpinan

Abdullah. Dalam menganalisis pembaharuan domestik yang dilaksanakan Abdullah

sepanjang tempoh itu, Mohamed Jawhar Hassan (2007) 183 meletakkan dasar

180
Sivamurugan Pandian, ‗Abdullah Ahmad Badawi: Praktis Gaya Kepimpinan Seorang Perdana
Menteri‖ dalam Sivamurugan Pandian et al. (pnyt.) Abdullah Ahmad Badawi: 3 Tahun di Putrajaya
(Kuala Lumpur: Utusan Publications, 2007).
181
Mohamed Fadzil Che Din, ‗Meneroka Elemen Psikologikal Abdullah Ahmad Badawi‘ dalam
Sivamurugan Pandian et al. (pnyt.), Abdullah Ahmad Badawi: 3 Tahun di Putrajaya (Kuala Lumpur:
Utusan Publications, 2007).
182
Rashila Ramli, ‗Abdullah Ahmad Badawi: Perspektif Governans dan Gender‘ dalam Sivamurugan
Pandian et al. (pnyt.), Abdullah Ahmad Badawi: 3 Tahun di Putrajaya (Kuala Lumpur: Utusan
Publications, 2007).
183
Mohamed Jawhar Hassan, ‗Dasar dan Inisiatif Tiga Tahun Pentadbiran Abdullah‘ dalam Sivamurugan
Pandian et al. (pnyt.), Abdullah Ahmad Badawi: 3 Tahun di Putrajaya (Kuala Lumpur: Utusan
Publications, 2007).

61
keterbukaan sebagai dasar yang paling berani walaupun ia mula melemahkan kerajaan

dan dieksploitasi oleh pihak tertentu. Hal ini kemudiannya disokong oleh kajian Abdul

Rahman Embong (2007)184 yang melihat pengurusan legasi Mahathir telah mula

mencetuskan konflik bagi Abdullah. Untuk itu, beliau menggariskan tujuh cabaran besar

yang perlu dihadapi Abdullah. Tiga cabaran yang mengambil tempat yang teratas

menurut Abdul Rahman Embong ialah persoalan Kontrak Sosial, politik perkauman dan

konservatisme agama. Dalam nada yang lebih kritikal, Thomas B. Pepinsky (2007)185

berhujah bahawa pembaharuan yang dilaksanakan Abdullah tidak menampakkan satu

perubahan tetapi lebih merupakan satu kesinambungan khususnya selepas tiga tahun

pemerintahannya. Dengan membahaskan elemen-elemen semi-demokrasi yang masih

wujud, beliau mendapati masih tidak terdapatnya reformasi institusi yang menyeluruh

dan wujudnya ramalan bahawa rejim pemerintah akan terus menggunakan kaedah

pemaksaan bagi mengekalkan status quo.

2.5.3 Tema Islam Hadhari

Sesuai dengan latar belakang agama yang dimiliki Abdullah, analisis terhadap politik

Islam khususnya Islam Hadhari mendapat perhatian meluas daripada pengkaji. Kajian

Muhammad Syukri Salleh (2005)186 berhujah bahawa gagasan Islam Hadhari

mempunyai prinsip-prinsip yang tidak terselaras serta mempunyai penekanan yang

berbeza-beza daripada agen pelaksananya. Berbeza dengan pandangan ini, Syed Ali

184
Abdul Rahman Embong, ‗Menjejaki Masa Depan Negara Melampaui Wawasan 2020‘ dalam
Sivamurugan Pandian et al. (pnyt.), Abdullah Ahmad Badawi: 3 Tahun di Putrajaya (Kuala Lumpur:
Utusan Publications, 2007).
185
Thomas B. Pepinsky, ‗Malaysia: Turnover Without Change‘, Journal of Democracy, 18, no. 1 (2007).
186
Muhammad Syukri Salleh, ‗Islam Hadhari Dari Perspektif Pembangunan Berteraskan Islam‘, Pemikir,
(Januari 2005).

62
Tawfik Al-Attas dan Ng Tieh Chuan (2005)187 pula mendapati kontroversi mengenai

Islam Hadhari tidaklah begitu siginifikan seperti yang digambarkan. Dengan menelusuri

salasilah keturunan Abdullah yang berpaksikan tradisi intelektual, Islam Hadhari boleh

dianggap merupakan falsafah yang terbit daripada proses penyegaran semula tafsiran

mengenai Islam agar kerangkanya dapat disesuaikan dengan kefahaman semasa dan

bukannya tafsiran yang berbentuk ritualistik.

Kebenaran bagi hujah ini barang kali lebih jelas kelihatan dengan melihat kajian-kajian

lain yang menggambarkan impak dan penerimaan rakyat terhadap Islam Hadhari dalam

Joseph Liow (2005),188 Abdul Rashid Moten dan Tunku Mohar Mokhtar (2006),189 dan

Ahmad Fauzi Abdul Hamid (2006).190 Kajian yang memfokuskan mengenai PRU-11 ini

sepakat mendapati selain daripada faktor ―fenomena Pak Lah‖, kesederhanaan agama

merupakan faktor terpenting yang menyumbang kepada kemenangan besar BN pada

2004. Penekanan BN kepada Islam yang sederhana iaitu Islam Hadhari berbanding sikap

PAS yang cuba mentafsirkan Islam dengan kaedah yang sempit seperti cadangan untuk

mewujudkan pelaksanaan undang-undang hudud telah menyebabkan timbulnya

bantahan yang kuat daripada pengundi. Namun begitu, setelah beberapa tahun

pelaksanaannya, beberapa kajian seperti Ioannis Gatsiounis (2006),191 K.S. Nathan

187
Syed Ali Tawfik Al-Attas dan Ng Tieh Chuan, Abdullah Ahmad Badawi: Revivalist Of An Intellectual
Tradition (Subang Jaya: Pelandok Publications, 2005).
188
Joseph Liow, ‗The Politics Behind Malaysia‘s Eleventh General Election‘, Asian Survey, 45, no. 6
(2005), 907-930.
189
Abdul Rashid Moten dan Tunku Mohar Mokhtar, ‗The 2004 General Elections in Malaysia‘, Asian
Survey, 46, no. 2 (2006).
190
Ahmad Fauzi Abdul Hamid, ‗The UMNO-PAS Struggle: Analysis of PAS‘s Defeat in 2004‘.
191
Ioannis Gatsiounis, ‗Islam Hadhari in Malaysia‘ dalam Hillel Fradkin, Husain Haqqani dan Eric Brown
(pnyt.), Current Trends in Islamist Ideology, Vol.3 (Washington: Hudson Institute, 2006).

63
(2007),192 Gerhard Hoffstaedter (2009)193 dan Ahmad Fauzi Abdul Hamid (2010)194

telah membangkitkan bahawa Islam Hadhari telah menerima imej yang kurang

menyenangkan kerana kebangkitan Islamis telah meningkatkan konservatisme agama

dan sikap tidak bertoleransi.

2.5.4 Kajian Mengenai PRU-12 2008

Keputusan PRU-12 yang mengejutkan dilihat oleh Thock Ker Pong (2008)195 dan

Andreas Ufen (2008) 196 sebagai perubahan besar terhadap senario dan struktur politik

Malaysia. Senario politik baru ini juga ditandai dengan penolakan terhadap politik

perkauman, kewujudan sistem politik dua barisan, penghakisan pengaruh UMNO

sebagai parti dominan negara dan penolakan terhadap politik pembangunan. Namun

begitu, Michael O‘Shannassy (2008)197 yang menganalisis PRU-12 dari perspektif

hegemoni berhujah bahawa kesan yang lebih penting daripada keputusan tersebut ialah

persoalan identiti nasional. Hal ini kerana keputusan PRU tersebut memberi indikasi

bahawa politik perkauman semakin ditolak dan ini turut memberi kesan terhadap

beberapa dasar utama kerajaan seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan hak

keistimewaan orang Melayu. Berkenaan sebab-sebab terhadap keputusan mengejutkan

192
K.S Nathan, ‗Globalization and the Post 9/11 Era: Problems and Prospects for Multi-Religious
Coexistence and Cooperation in Southeast Asia, Europe and America‘ dalam K.S Nathan (pnyt.),
Religious Pluralism in Democratic Societies (Singapore: Konrad-Adenauer-Stiftung, 2007).
193
Gerhard Hoffstaedter, ‗Islam Hadhari: A Malaysian Islamic multiculturalism or another blank
banner?‘, Contemporary Islam, no.3 (2009).
194
Ahmad Fauzi Abdul Hamid, ‗Politically Engaged Muslims in Malaysia in the Era of Abdullah Ahmad
Badawi (2003-2009)‘, Asian Journal of Political Science, 18, no. 2 (2010).
195
Thock Ker Pong, ‗UMNO dalam Dilema‘, Pemikir, 53 (2008).
196
Andreas Ufen, ‗The 2008 Elections in Malaysia: Uncertainties of Electoral Authoritarianism‘, Taiwan
Journal of Democracy, 4, no.1 (2008).
197
Michael O‘Shannassy, ‗Beyond the Barisan Nasional? A Gramscian Perspective of the 2008 Malaysian
General Elections‘, Contemporary Southeast Asia, 31, no.1 (2008).

64
dalam PRU tersebut, Ahmad Fauzi Abdul Hamid (2008)198 mendapati kritikan Mahathir

merupakan faktor instrumental dalam menyumbang kepada kebangkitan masyarakat

sivil dalam tentangan mereka terhadap rejim pemerintah dalam PRU-12. Hal ini turut

diburukkan dengan beberapa kontradiksi yang wujud antara janji Abdullah untuk

mewujudkan tadbir urus berkesan dan langkah pencegahan yang terus digunakan

pentadbirannya dalam mengekang tentangan-tentangan seperti Barisan Bertindak Hak-

Hak Hindu (HINDRAF) dan Gabungan Pilihan Raya Bersih & Adil (BERSIH).

Ahmad Atory Hussain (2009)199 pula melihat pembaharuan dan perubahan radikal yang

dibawa Abdullah seperti dasar keterbukaan dilihat sebagai bermasalah dan menyumbang

kepada prestasi buruk BN dalam PRU-12 kerana ia dilakukan dalam sistem yang telah

sebati dengan perubahan yang beransur-ansur. Sesuai dengan sifat UMNO dan orang

Melayu yang ―konservatif‖, perubahan mendadak yang dibawa Abdullah membawa

implikasi yang bukan sedikit terhadap penentangan dalaman. Turut bersetuju dengan

hujah ini ialah kajian James Chin dan Wong Chin Huat (2009)200 yang menganggap

Abdullah tidak berupaya mengubah legasi negatif Mahathir yang telah bertapak kukuh.

Parti seperti UMNO menurutnya begitu bergantung kepada politik penaungan dan

etnosentrisme dan sebarang proses reformasi terhadap elemen-elemen seperti ini akan

menimbulkan tentangan kuat. Apatah lagi, personaliti Abdullah yang tidak cukup kuat

berbanding Mahathir menjadikan proses reformasi seakan-akan terbantut.

198
Ahmad Fauzi Abdul Hamid, ‗The Impact of the Mahathir-Abdullah Ahmad Badawi Transition on
Civil Society Politics in Malaysia‘, Kertas kerja 6th International Malaysian Studies Conference, 5-7
Ogos 2008, Universiti Malaysia Sarawak, Kuching.
199
Ahmad Atory Hussain, Politik Melayu Di Persimpangan, 366-367.
200
Chin dan Wong Chin Huat, ‗Malaysia‘s Electoral Upheaval‘.

65
2.6 ANALISIS SOROTAN KAJIAN

Dengan menggabungkan keempat-empat tema ini bersama-sama 1) perbincangan latar

yang dijelaskan di bab satu dan 2) konstruk teoritikal mengenai konservatisme dan

neokonservatisme, maka kita berada di kedudukan untuk menggarap kesignifikanan

akademik dan sumbangan asli kajian ini. Berdasarkan penelitian terhadap sorotan-

sorotan ini, agak jelas bahawa kajian yang menggunakan perspektif konservatisme

masih belum dilakukan secara sistematik dan menyeluruh setakat ini baik dalam politik

Malaysia amnya dan kajian mengenai Abdullah khususnya. Ia lebih dinyatakan dalam

maksud yang tersirat dan jika disentuh sekalipun, ia tidak dilakukan dengan begitu

mendalam. Sebahagiannya pula diperkatakan secara kebetulan atau sekali imbas dalam

membicarakan aspek-aspek yang berkaitan dengan politik Malaysia. Usaha yang lebih

mendalam dapat dilihat daripada kajian-kajian berkenaan Nilai Asia seperti Rodan

(1996), Robison (1996) dan Jayasuriya (1998). Begitu juga kajian Mohamad Abu Bakar

(2000) yang menggunakan konservatisme sebagai alat analisis konflik walaupun

skopnya terbatas kepada isu politik Islam.

Sorotan kajian juga telah menunjukkan bahawa terdapat keselarian antara empat prinsip

utama konservatisme seperti yang dijelaskan dalam bab satu dan amalan politik rejim

UMNO dalam menyumbang terhadap pengekalan status quo. Ringkasnya, ia memenuhi

dua elemen yang dicadangkan oleh Funston iaitu sifatnya yang ―implisit‖ dan

―praktikal‖. Namun hujah ini ini tidak pula mengandaikan bahawa konservatisme yang

didukung itu gagal memperolehi legitimasi dari massa. Fakta ini dicerminkan oleh bukti

bahawa rejim pemerintah dilihat sebagai pihak yang dapat menjamin pembangunan

66
ekonomi, mengamalkan pendekatan sederhana dan ketiadaan satu rejim alternatif yang

teguh. Namun pada masa yang sama wujud persetujuan kuat di kalangan sarjana bahawa

kemandirian ini telah melahirkan satu ekosistem politik yang sukar dirombak dan

menjadi penjustifikasi bagi mengekang prospek perubahan.

Sehubungan itu, terdapat tiga sumbangan penting yang ditawarkan oleh kajian ini. Dari

aspek teoritikal, kajian ini menawarkan kerangka alternatif untuk melengkapkan

pendekatan dan teori-teori tradisional yang lazimnya digunakan bagi menganalisis

politik Malaysia seperti kelas, perkauman, demokrasi, permuafakatan, hegemoni,

identiti, budaya dan sebagainya. Hal ini sejajar dengan gesaan agar kajian-kajian

mengenai sains sosial di Malaysia dapat membebaskan diri dari konstruk analitikal yang

hampir serupa dan memperbanyakkan perbincangan teoritis yang dianggap belum begitu

menggalakkan.201 Dengan melihat kepada konteks Malaysia, kajian berkenaan hubungan

antara konservatisme dan reformasi politik kelihatan terabai sedangkan ia merupakan

ideologi yang telah disemai dengan kukuh dalam praktik dan psikologi rejim

pemerintah. Justeru, kerangka yang disediakan merupakan langkah pertama ke arah

memahami konservatisme dalam skala yang lebih holistik dan menjadi panduan ke arah

penyelidikan masa hadapan dalam bidang ini.

Sumbangan kedua ialah secara praktikal. Kajian-kajian mengenai Abdullah boleh

dianggap dibuat secara berkala dan kekurangan kerangka teoritikal dalam melihat

perubahan dan konflik yang berlaku dalam eranya. Pendek kata, masih tidak wujudnya

201
Abdul Rahman Embong, Malaysian Studies: Looking Back, Moving Forward (Puchong: Persatuan
Sains Sosial Malaysia, 2010), 10-11, 114.

67
satu kajian akademik yang menyeluruh mengenai Abdullah. Kajian-kajian yang ada

hanya memfokuskan kepada beberapa persoalan dan tema tertentu serta tidak

memfokuskan kepada legasi dan pemikirannya secara holistik. Jika dipertimbangkan

analisis permasalahan kajian dan sorotan kajian, maka seseorang dapat menanggapi

bahawa persoalan konservatisme seperti kelesuan, kejumudan, tentangan terhadap

perubahan, masalah legasi dan kumpulan berkepentingan merupakan tema penting

dalam melihat era kepimpinan Abdullah. Maka bagaimanakah seseorang itu dapat

mentafsirkan kedudukan Abdullah secara akademik berdasarkan fakta-fakta ini? Justeru,

dengan memfokuskan kepada ideologi konservatisme, kajian ini melihat kepimpinan

Abdullah sebagai salah satu faksi dalam UMNO iaitu neokonservatif.

Sumbangan terakhir kajian ini ialah untuk menilai semula kepimpinan Abdullah yang

umumnya kurang dihargai (under-appreciated) oleh masyarakat umum khususnya

selepas keputusan PRU-12 dan pengunduran beliau pada April 2009. Bagi seorang

sarjana yang mengkaji mengenai penulisan biografi di Amerika Syarikat:

Unsuccessful leaders, especially, tend to be slighted, for material on their lives is


frequently far less readily available than it is for their more successful rivals.
Moreover, failures are not usually popular subjects for biographies, although
they are, from the point of view of the political scientist, no less important.202

Dalam konteks Malaysia pula, penulisan biografi merupakan antara empat bidang sains

sosial baru yang signifikan khususnya apabila sesuatu penulisan itu mempunyai elemen

pandangan dalaman yang didapatkan daripada temu bual. Dalam disiplin sains politik

202
Lewis J. Edinger, ‗Political Science and Political Biography: Reflections on the Study of Leadership
(I)‘, The Journal of Politics, 26, no.2 (1964), 424.

68
dan sejarah khususnya, ia berupaya memperkayakan maklumat dan mengembangkan

kemajuan penyelidikan sains sosial. 203 Biarpun pengkaji tidaklah menganggap kajian ini

berunsur biografi mutlak,204 ia bercadang untuk menghubungkan semula titik-titik

mengenai kepimpinan Abdullah dari aspek yang lebih akademik. Memandangkan kajian

ini telah berjaya menemu bual 19 orang responden, ia telah dapat memperbanyakkan

maklumat-maklumat empirikal yang sebahagiannya tidak ditonjolkan dalam

perbincangan umum dan media massa. Hal ini termasuklah wawancara dengan lima

anggota kabinet era Abdullah meliputi Abdullah sendiri. Berdasarkan pengakuan

Abdullah bahawa beliau tidak akan menulis memoirnya,205 kajian seperti ini boleh

mengisi lompong tersebut dalam takat yang tertentu.

203
Abdul Rahman Embong, Malaysian Studies: Looking Back, Moving Forward, 110.
204
Biografi mutlak yang dimaksudkan pengkaji ialah karya biografi yang memerihalkan dengan begitu
terperinci perjalanan seseorang tokoh politik sejak dari waktu kecilnya. Lazimnya karya seperti ini tidak
menggunakan sebarang perspektif teoritikal dan berdiri dengan begitu bebas.
205
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Pak Lah‘s final interview with the media as PM‘, The Star, 1 April 2009.

69
BAB 3

KEPIMPINAN NEOKONSERVATIF

Sesekali tengoklah di belakang tabir. Sebab di belakang tabir itu banyak juga
aktiviti yang kita tidak nampak dan tidak sedar.

Nasihat Musa Hitam kepada Abdullah sewaktu


dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada
1999.206

3.1 PENGENALAN

Memulakan perbincangan dalam kajian ini ialah perbincangan mengenai kepimpinan

Abdullah. Apakah signifikannya latar belakang Abdullah dan gaya kepimpinannya?

Apakah perbezaan mengenai latar dan karektornya berbanding Mahathir merupakan satu

kelebihan atau pun satu liabiliti? Siapakah yang mengisi pasukan kepimpinannya dan

bagaimana pula interaksi yang mereka mainkan dalam kerangka rejim konservatif

UMNO? Kedua-dua elemen ini amat penting untuk diterokai terlebih dahulu sebelum

kajian pergi lebih jauh.

3.2 LATAR AGAMA ABDULLAH: ANTARA ETIKA DAN REALPOLITIK

Sejak sekian lama, tradisi kepimpinan bangsawan menjadi ciri penting dalam politik

Malaysia. Kesinambungan ini dipecahkan kemudiannya apabila Mahathir mengambil

alih kepimpinan daripada Hussein Onn. Beliau merupakan PM pertama yang tidak

206
Musa Hitam, ‗Wawancara: Jangan ulangi kesilapan saya‘, Mingguan Malaysia, 31 Januari 1999.

70
berlatarbelakangkan aristokrat. Dengan itu, seperti juga Mahathir, Abdullah adalah

dalam kategori rakyat biasa biarpun kelima-lima mereka mempunyai latar profesional –

peguam, doktor serta pegawai tadbir dan diplomatik. Begitu pun, satu perbezaan yang

jelas ketara ialah Abdullah merupakan pemimpin yang lebih terdedah kepada faktor

agama kerana lahir dari keluarga yang mempunyai pengaruh agama yang kuat melalui

datuk dan bapanya.207 Di sinilah Abdullah menemui sumber utama legitimasinya bagi

diidentifikasi ke dalam interaksi politik beliau. Tidak wujudnya keraguan Abdullah

merupakan seorang yang toleran, tidak suka berkonfrontasi, penyabar, merendah diri,

tidak sombong, mempunyai kawalan kendiri yang tinggi, rekod yang bersih daripada

korupsi dan enggan terlibat dalam tindakan politik yang agresif. Justeru, selepas beliau

dilantik menjadi PM, imej ini mempunyai pemberat bagi menarik sokongan rakyat

khususnya masyarakat Melayu. Bagi Ahmad Fauzi, dalam era kebangkitan Islam,

pemimpin yang mempunyai latar tersebut memperolehi kelebihan dan imej yang

dipaparkan Abdullah ―bukanlah superfisial‖.208 Masyarakat umum disogokkan buat

pertama kali gambaran seorang pemimpin tertinggi negara pulang ke pangkuan ibunya

bagi memohon restu dan memimpin solat berjemaah serta tarawih bersama para

menteri.209 Hal ini kemudiannya diperlengkapkan melalui sikap tenang Abdullah semasa

menghadapi kematian ibunya.

207
Datuk Abdullah, Sheikh Abdullah Fahim (1870-1961) merupakan seorang ulama yang menjadi mufti
Pulau Pinang pertama dan juga seorang nasionalis. Beliau terlibat dekat dalam perjuangan menentang
penjajah khususnya bersama-sama pemimpin UMNO yang lain seperti Tunku Abdul Rahman dan Tun
Razak. Antara peranannya yang sering disebutkan ialah menetapkan tarikh kemerdekaan negara pada 31
Ogos 1957. Bapa Abdullah, Ahmad Badawi (1907-1977) pula merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO di
bawah era Sardon Jubir dan berperanan penting dalam menghidupkan UMNO di peringkat awal
penubuhannya. Beliau juga merupakan seorang guru agama dan menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas dari
1959-1977.
208
Ahmad Fauzi Abdul Hamid, ‗The UMNO-PAS Struggle: Analysis of PAS‘s Defeat in 2004‘, 114.
209
‗Abdullah mencium tangan ibu mohon restu‘, Utusan Malaysia, 2 November 2003.

71
Mesej yang sama dilanjutkan Abdullah ke dalam sikap berpolitiknya. Dalam kempen

PRU-11 2004 di Terengganu, beliau enggan membalas serangan peribadi yang

dilemparkan oleh Presiden PAS, Hadi Awang dan tidak memaparkan sikap lebih

beragama dalam meyakinkan rakyat negeri tersebut mengenai keislaman UMNO. 210

Politik dendam juga bukan menjadi satu ciri yang dekat dengan Abdullah. Apabila

pemimpin spiritual PAS, Nik Aziz menerima rawatan sakit jantung, Abdullah

mengarahkan agar bantuan daripada pakar perubatan yang terbaik dihantar kepada Nik

Aziz. Beliau juga membenarkan anak Nik Aziz yang sedang ditahan di bawah ISA, Nik

Adli melawat bapanya sebanyak tiga kali. 211 Selain tidak melupakan Kelantan dalam

koridor Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), Nik Aziz turut mengimbau yang:

Paling saya ingat kepada [Abdullah] kerana sanggup memimpin tangan saya
ketika menuruni anak tangga [ketika majlis perasmian ECER]…Beliau berbuat
demikian mungkin kerana menyedari saya tidak kuat terutama untuk menuruni
tangga. Itu semua menjadi kenangan kepada saya sampai mati. 212

Umum juga mengetahui perseteruan antara Abdullah dan Anwar Ibrahim serta bukan

menjadi rahsia Abdullah dikesampingkan secara sistematik sewaktu Anwar berada

dalam kerajaan. 213 Namun, setelah mahkamah membebaskan Anwar daripada hukuman

penjara, Abdullah mempercepatkan urusan pemberian pasport perjalanan bagi

membolehkan Anwar dirawat di luar negara.214 Beliau juga melayani Anwar secara

210
Abdul Rashid Moten dan Tunku Mohar Mokhtar, ‗The 2004 General Elections in Malaysia‘, 335-336.
211
‗PM doakan Nik Aziz pulih segera‘, Utusan Malaysia, 23 Julai 2004.
212
Dipetik dari ‗Keramahan Pak Lah diingat - Nik Aziz‘, Harakah Daily.Net, 4 April 2009 (akses akhir
pada 26 Disember 2010).
213
Bagi Rustam Sani, kedua-duanya bukan sahaja tidak sealiran dan bersaing dalam kepimpinan UMNO
Pulau Pinang, tetapi ‗kerjaya politik Anwar yang meningkat dalam kerangka pertumbuhan gerakan Islam
sejak tahun 1970-an berjalan ―seiring‖ dengan kemerosotan gerakan yang diperkembangkan Abdullah
melalui GPMSnya‖. Lihat Rustam Sani, ‗Mahathir gila talak terhadap kuasa?‘, Siasah, 2 Mei 2007, 17.
214
‗Tiada janji sulit bebas Anwar: PM‘, Berita Harian, 5 September 2004.

72
mesra dalam kunjungan Anwar ke majlis Hari Raya Aidilfitri – sesuatu yang disifatkan

Anwar sebagai ―budaya baru‖ yang berupa ―sikap bertamadun‖.215 Reaksi yang

ditunjukkan Abdullah dalam menangani ―kepulangan‖ Anwar ini begitu berbeza sekali

dengan reaksi beberapa pemimpin UMNO yang seolah-olah berasa tidak selamat.216

Kekentalan pendirian keagamaan ini turut terpapar dengan melihat sikap sabar dan

kawalan dalaman yang dipunyai Abdullah. Jelas beliau, ―[k]ekuatan fizikal, walau

sebagaimana kuat sekalipun, akan ada hadnya. Tetapi kekuatan dalaman adalah

kekuatan sebenar yang tidak akan terhakis...‖.217 Instrumen inilah yang banyak

mengekang kesedihan dan sikap emosional beliau daripada pandangan umum. Abdullah

berasa amat sedih apabila setiausaha politiknya, Abdul Fatah Abdullah meninggal dunia

beberapa bulan sebelum perlantikannya sebagai PM kerana mereka tidak pernah

berenggang sejak kecil. 218 Tidak lama selepas menjawat jawatan PM, beliau kehilangan

ibunya, Kailan Hassan yang disifatkan sebagai ―penasihat yang mengesankan‖. 219

Dugaan ini lebih dirasai dengan pemergian isterinya, Endon Mahmmod sehingga ia

dijangka akan memberi kesan terhadap semangat ketahanan mental Abdullah. 220

Seseorang pemimpin lazimnya tidak terlepas dari mengalami sindrom ‗kesunyian di

215
‗Don‘t read politics into Raya visit to Pak Lah: Anwar‘, Malaysiakini, 17 November 2004,
http://www.malaysiakini.com/news/31446 (akses akhir pada 25 Disember 2010).
216
‗Don: Anwar release heralds new political culture‘, Malaysiakini, 3 Februari 2005,
http://www.malaysiakini.com/news/33387 (akses akhir pada 25 Disember 2010).
217
Dipetik dari Sang Lamri, ‗Kepimpinan setahun Pak Lah bersandarkan kekuatan dalaman‘, Berita
Minggu, 31 Oktober 2004.
218
‗Perkara Menarik Mengenai Abdullah‘, Sisipan Khas Peralihan Kuasa, Utusan Malaysia, 3 April
2009.
219
Abdullah Ahmad Badawi, temu bual dengan pengkaji, Kuala Lumpur, 18 Mac 2010.
220
Simon Elegant, ‗A Husband‘s Grief‘, 24 Oktober 2005,
http://www.time.com/time/nation/article/0,8599,1122060,00.html (akses pada 23 Julai 2008).

73
puncak‘ dan peristiwa yang diceritakan oleh setiausaha akhbar Abdullah menjadi simbol

mengenai situasi yang dialami Abdullah selepas pemergian Endon:

Ada satu masa, kami dalam pesawat. Tiba-tiba keluar satu lagu Melayu lama.
Pak Lah sedang merenung keluar ke tingkap dan saya pada waktu itu ingin
berbincang sesuatu dengan dia. Dia mengatakan; ‗Yang ini Untie Endon punya
favorite song. Mendengar itu, saya diamkan diri dan terus membaca [dokumen
yang saya pegang] kerana saya tahu dia sedang merindui isterinya pada waktu
itu‘. 221

Namun walaupun agak perit, Abdullah menegaskan, ―saya tidak boleh mengabaikan

tanggungjawab hanya kerana satu masalah peribadi telah timbul‖. 222 Tidak terhenti di

situ, beliau kemudiannya terpaksa pula mengawal dirinya dalam menghadapi kritikan

berterusan Mahathir sejak April 2006.

Kesemua contoh yang diberi ini membayangkan kecenderungan Abdullah untuk

menyerap elemen-elemen keagamaan yang dimiliki beliau dalam konteks politik – etika,

moral, kemanusiaan, kesabaran dan kasih sayang. Namun walaupun percubaan ini

diakui sebagai sesuatu yang menyegarkan dan terpuji, ia adakalanya sukar untuk

beroperasi dalam realpolitik sebenar. Pada tempoh awal kepimpinannya, Abdullah

kelihatan tidak menghadapi masalah dalam membawa pendekatan-pendekatan ini dalam

gaya kepimpinannya. Namun apabila perkiraan realpolitik mengambil tempat yang lebih

penting, imej lelaki budiman (nice guy) seperti yang ditunjukkan Abdullah merupakan

sesuatu yang terasing dalam perhitungan lasak politik. 223 Sebagai contoh, apabila

Abdullah menggunakan pendekatan berdiam diri apabila berhadapan dengan kritikan


221
Wan Esuriyanti Wan Ahmad, temu bual dengan pengkaji, Subang, 22 November 2011.
222
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Temubual: Cabaran Laksana Misi Nasional: Di Sebalik Rancangan
Malaysia Kesembilan‘, Utusan Malaysia, 4 April 2006.
223
Nasir Hashim, temu bual dengan pengkaji, Kuala Lumpur, 28 Disember 2009.

74
Mahathir, kaedah ini sememangnya sesuatu yang terpuji. Namun dalam amalan politik

yang lebih praktikal, kaedah ini tidaklah sepenuhnya mendapat sokongan kerana ada

pemerhati melihat Abdullah seharusnya mengemukakan hujah atau jawapan balas.

Dengan membiarkan Mahathir menyerang kepimpinannya secara berterusan, ia

meningkatkan persepsi yang kritikan Mahathir itu mempunyai kebenaran.224

Lebih ironi, pendirian keagamaan ini juga tidak membantu melepaskan diri Abdullah

daripada kritikan dan tuduhan liar. Dalam kerangka politik Melayu-Islam yang

dirangsangi oleh persaingan antara UMNO dan PAS, imej ‗anak ulama‘ yang dimiliki

Abdullah dijadikan penanda aras oleh PAS yang sering mengkritik beliau secara tidak

adil (hit below the belt). Antaranya ialah kritikan mengenai isteri dan anak

perempuannya yang tidak menutup aurat, kritikan mengenai tindakan Abdullah yang

tidak menyembahyangkan jenazah ibunya 225 (faktanya Abdullah boleh sahaja berbuat

demikian dan beliau merupakan individu yang menyembahyangkan jenazah bekas

Presiden PAS, Fadzil Noor walaupun tokoh tersebut pernah melabelkan Abdullah

dengan panggilan yang kurang menyenangkan),226 tuduhan bahawa Abdullah

mengambil arak seperti yang disiarkan dalam portal berita pro-PAS227 (dalam kempen

pilihan raya kecil Hulu Selangor pada April 2010, Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali

224
Lihat contohnya Rustam Sani, ‗Mahathir menembak kakinya sendiri‘, Siasah, 23 Jun 2006; Shamsul
Amri Baharuddin, ‗Abdullah will have his plate full‘, New Straits Times, 9 November 2006; Ong Kian
Ming dan Oon Yeoh, ‗Why doesnt‘s Pak Lah fight back?‘, Malaysiakini, 22 Mei 2008,
http://www.malaysiakini.com/news/83250 (akses akhir pada 25 Disember 2010).
225
‗PAS chief says Pak Lah‘s Islamic image not authentic‘, Malaysiakini, 6 Mac 2004,
http://www.malaysiakini.com/news/18921 (akses akhir pada 25 Disember 2010).
226
N. Ganesan, ‗Malaysia in 2002: Political Consolidation amid Change‘, Asian Survey 43.1 (2003), 149.
Chamil Wariya, Kesinambungan dan Perubahan, 35.
227
Lihat ‗Pak Lah dan Arak‘ (6 Mac 2008),
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=7298 (akses pada 12
Disember 2009).

75
menyatakan bahawa hanya Abdullah merupakan PM yang diketahuinya tidak

mengambil arak),228 tindakan Abdullah menepuk bahu seorang artis wanita, Michelle

Yeoh (satu simbol kemesraan biasa bagi yang mengenali Abdullah) dan gambar-gambar

beliau dalam sebuah majlis keraian keluarga.229 Kesemua isu-isu ini ditonjolkan sebagai

memberi kontra terhadap imej ―mencari damai abadi‖ yang pernah diungkapkannya. 230

Perbincangan ini tidaklah pula menyarankan bahawa elemen-elemen keagamaan yang

cuba diketengahkan Abdullah merupakan satu liabiliti. Bukti yang ada sesungguhnya

mengesahkan bahawa ia menjadi antara sebab penting kepada pengekalan momentum

karier politiknya dalam UMNO. Namun ia sekadar menunjukkan bahawa perhitungan

realpolitik berpotensi menjadikan elemen-elemen lain sebagai pemberat yang marginal.

Apabila Abdullah mula dianggap sebagai ‗bagasi‘ kepada UMNO selepas PRU-12,

parti tersebut sukar lagi untuk melihat secara positif ciri-ciri kepimpinan yang amat

jarang dilakukan seorang pemimpin UMNO seperti kesanggupan Abdullah mengakui

kesilapan, memikul tanggungjawab, memohon maaf dan mengakui kekurangan

dirinya 231 – elemen-elemen yang pernah dianggap oleh Mahathir sebagai sebagai

―petanda kelemahan‖.232

228
‗PAS: Semua mantan PM kecuali Pak Lah minum arak‘, Malaysiakini, 20 April 2010,
http://www.malaysiakini.com/news/129704 (akses akhir pada 26 Disember 2010).
229
Gambar-gambar ini disiarkan menjelang PRU-12 oleh sebuah terbitan berkala PAS, Fikrah (16-31
Mac 2008), 24-25.
230
Sajak ‗Ku Cari Damai Abadi‘ merupakan sebuah sajak yang dibacakan oleh Abdullah pada 9 Mei 2003
iaitu sewaktu menjadi TPM di mana beliau membayangkan kekagumannya terhadap para ulama Islam
seperti Al-Ghazali dan Al-Shafie dan kecukupannya terhadap faedah duniawi.
231
Lihat contohnya ‗Abdullah: Big mistake to ignore cyber-campaign‘, Malaysiakini, 25 Mac 2008,
http://www.malaysiakini.com/news/80354; ‗Abdullah akui beliau antara penyebab kehilangan undi‘,
Utusan Malaysia, 11 April 2008; Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Dasar Perhimpunan Agung UMNO
2008‘, (26 Mac 2009), http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=paklah&id=3230 ; ‗Pak Lah‘s last day
as PM‘, Malaysiakini, 2 April 2009, http://www.malaysiakini.com/news/101550 (kesemua sumber atas
talian diakses pada 25 Disember 2010).
232
Musa Hitam, ‗Interview: Malaysia-the spirit of ‘46 rises again‘, Aliran Monthly, 9, no.1 (1989), 39.

76
3.3 GAYA KEPIMPINAN

3.3.1 Menganjak Budaya Feudal

Satu manifestasi biasa bagi sesuatu kepimpinan baru ialah ia akan diberi peluang apatah

lagi selepas era yang sangat signifikan seperti Mahathir yang mengalami kemerosotan

legitimasi pada akhir pemerintahannya. 233 Namun, kita juga tidak dapat menolak

kelainan yang ditonjolkan Abdullah dari aspek kepimpinan. Sebagai kesinambungan

daripada keperibadian dan latar yang dipunyai beliau, Abdullah sememangnya

diramalkan akan memperkenalkan gaya kepimpinan yang lunak apabila mengambil alih

teraju negara. Pendekatan lunak bagaimanapun tidak sekadar bermaksud kepimpinan

yang tidak terpusat atau mengamalkan konsensus bahkan juga tercermin melalui watak

beliau yang boleh dianggap sebagai PM yang paling tidak feudal.

Oleh sebab sikapnya yang mudah didekati, Abdullah dianggap mempunyai akses yang

terbuka dan ‗tidak disegani‘. Sewaktu Abdullah berucap dan berdialog dengan golongan

profesional dan pelajar Malaysia yang berada di Britain pada tahun 2000, suasana santai

jelas dirasai oleh seorang pemerhati yang melihat:

The atmosphere in the hall was certainly closer to that of a dialogue, or a


"bersembang-sembang" session, which was what Badawi said he hoped to have.
With Dr Mahathir, both raw fear and outright challenge is in greater
evidence.234

233
Ghazali Mayudin, Jamaie Hamil, Sity Daud dan Zaini Othman, ‗Isu-isu Dominan dalam Politik
Malaysia‘, 62-65.
234
Butiran lanjut mengenai dialog santai antara Abdullah dan para khalayak ini boleh dilihat dalam
Hashimah Suffian, ‗Pak Lah‘s ―kalangan tercemerlang‖‘, Aliran Monthly, 29 September 2000,
http://aliran.com/archives/monthly/2000/0929.html (akses pada 14 Ogos 2011). Dalam majlis ini juga,
Abdullah sebanyak tiga kali menyeru khalayak agar menjadi ‗terbilang antara kalangan tercemerlang‘ –

77
Bukan menjadi satu klise juga apabila mereka yang bertemu dan bersendirian dengan

beliau buat pertama kali merasakan wujudnya rasa keterhubungan dalam layanan yang

diberikan beliau.235 Antara faktor terpenting yang menyumbang kepada perasaan ini

ialah kesanggupannya untuk dibahasakan dengan panggilan nama ―Pak Lah‖.

Seorang menteri pernah mengesyorkan agar panggilan ini hanya digunakan pada situasi

tidak formal sebagai melambangkan hormat. Begitu pun, cadangan ini menampakkan

reaksi yang kurang menggalakkan kerana beberapa pihak menyifatkannya sebagai

menjarakkan kedudukan Abdullah. Lebih pula, panggilan itu sendiri telah digunakan

oleh beberapa pemimpin luar negara.236 Abdullah menyatakan beliau sangat gembira

dengan panggilan tersebut kerana ―jika [rakyat] memanggil saya Datuk Seri, terdapat

ratusan Datuk Seri‖.237 Satu misalan lain yang turut menjerat hati ramai ialah tindakan

Abdullah menyampaikan perutusan Hari Raya pertamanya tanpa berpandukan teks dan

duduk dengan lebih santai. Selepas menyampaikan pesanannya, Abdullah menyapa

Endon yang berada di sebelahnya dan berkata, ―Endon, cakap sikit. Rakyat nak

dengar‖. 238 Justeru, kemesraan beliau mencerminkan simbolik ―Pak‖ yang melekat

keras. Latarnya sebagai orang Pulau Pinang diterjemahkan dalam jenaka dan bahasa

yang sering kali dikaitkan dengan masyarakat negeri ini yang kelihatan ‗kasar‘ tetapi

motto yang kemudiannya diyakini menjadi motto rasmi BN dalam PRU-11 2004 iaitu ‗Cemerlang,
Gemilang, Terbilang‘.
235
Diceritakan oleh Khoo Kay Kim dalam Chamil Wariya, Abdullah Ahmad Badawi: Perjalanan Politik
PM ke-5, 54-55; Johan Jaafar, ‗Najib menjadi PM pada waktu paling mencabar‘; 5 April 2009,
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=3139:pelan-peralihan-
kuasa&catid=16:isu-nasional (akses pada 25 Disember 2009).
236
‗Henti panggil Perdana Menteri Pak Lah-Rafidah‘, Utusan Malaysia, 19 November 2003; ‗Kekalkan
panggilan Pak Lah kerana keistimewaannya‘, Utusan Malaysia, 19 November 2003.
237
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Wawancara: Saya akan gembira apabila indeks rasuah bertambah baik‘,
Berita Minggu, 6 Jun 2004.
238
Perutusan Hari Raya Aidilfitri 2003 ini disiarkan oleh siaran televisyen utama pada 24 November
2003.

78
membayangkan unsur penekanan. ―Saya tak dak masa nak mengeraih‖ ketika ditanya

persepsi mengenai kelembutan kepimpinannya. 239 Beliau menjadikan pekerja-pekerja

sebuah restoran makanan segera kelam kabut apabila datang mengejut seperti ―Pak

Lebai‖ dengan memakai kopiah dan kain pelikat.240 Pada sidang media mengenai

perkahwinannya, beliau ditanya sama ada beliau melutut sewaktu melamar Jeanne

Abdullah, ―Tak...Tak....Yang itu saya ingat. Tak ada melutut pun‖.241

Justeru, umum melihat beliau tidak ditakuti dan disegani berbanding Mahathir yang

disifatkan sebagai ―pemalu‖, ―banyak orang segan nak berbual‖ dan ―hendak senyum

pun susah‖.242 Ia melorongkan jalan untuk sesiapa sahaja mendekati dan bertemu

Abdullah sehingga adakalanya beliau terpaksa melewatkan temu janji yang lain. 243

Abdullah mengakui perkara tersebut sebagai salah satu kelemahannya kerana

memberikan masa kepada mereka yang tidak membuat temu janji. 244 Contoh paling jelas

dalam hubungan ini diceritakan dengan oleh rakan lama Abdullah sewaktu bertugas di

Jabatan Belia pada awal 1970-an, Pak Idrus. Bersama-sama rakan-rakan yang lain, Pak

Idrus ‗menyerbu‘ kediaman Abdullah pada satu pagi Ahad dua minggu selepas

keputusan PRU-12 diumumkan. Hatta tanpa sebarang temu janji dan dalam situasi

Abdullah baru saja berhadapan dengan perkembangan yang mengejutkan, mereka masih

239
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Wawancara: Kita tidak serius berubah‘, Mingguan Malaysia, 17 Julai
2005.
240
‗Pak Lah cerita pengalaman‘, Berita Harian, 2 Mei 2005.
241
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Transkrip Sidang Media: It was just rumours then‘, Malaysiakini, 6 Julai
2007, http://www.malaysiakini.com/news/68284 (akses akhir pada 25 Disember 2010).
242
Diceritakan oleh Daim Zainuddin dalam Fatini Yaakob, Daim Yang Diam (Kuala Lumpur: Imbas
Cemara,1987), 95-96; Endon Mahmood, ‗Wawancara: Semuanya takdir Tuhan‘, Utusan Malaysia, 1
November 2003; Shamsul Amri Baharuddin, temu bual dengan pengkaji, Bangi, 12 Mac 2010.
243
Lihat Endon, ‗Wawancara: Semuanya takdir Tuhan‘; Nordin Kardi, ‗Cabaran Agenda Sosial‘, 66.
244
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Pak Lah‘s final interview with the media as PM‘.

79
dibenarkan masuk dan dilayan dengan mesra oleh Abdullah. 245 Meskipun ia

menggambarkan betapa tidak feudalnya Abdullah, ia dalam takat yang tertentu menjadi

liabiliti kerana ketiadaan garis formal antara seseorang pemimpin dan orang

sekelilingnya boleh menjurus kepada rasa tidak hormat.246

Keputusan Abdullah yang gemar mendelegasikan tugas juga menjadi antara sebab

berlakunya perbezaan antara penggubalan dan takat pelaksanaan dasar. Menurut

Saifuddin Abdullah:

Kerana latar belakang dan latihan yang diterima Abdullah sebagai Pegawai
Tadbir Diplomatik, jadi dia banyak bergantung pada maklumbalas dari orang
bawahan dan sekitarnya. Saya rasa kalau dia lebih hands-on, [keadaan akan jadi
lebih baik]. Bukan bermakna dia langsung tidak hands-on tetapi dia percaya
yang orang bawah akan jalankan apa yang diarahkan. How I wish Abdullah
memastikan orang bawah itu menjalankan apa yang dia telah putuskan. 247

Hal ini berbeza dengan Mahathir yang diketahui sebagai seorang yang begitu teliti dan

memberatkan pembabitannya sendiri mengambil contoh panggilan yang dibuatnya

kepada pihak Proton untuk memberi komen teknikal mengenai kereta syarikat

tersebut.248

245
Lihat perincian lanjut mengenai pertemuan ini dalam Pak Idrus, ‗Of friendship and Pak Lah...‘, 23 Mac
2008, http://idrus.blogspot.com/2008/03/of-friendship-and-pak-lah.html (akses pada 26 September 2011).
246
Rumusan ini dibuat berdasarkan pengalaman pengkaji sebagai kakitangan awam di dua buah organisasi
kerajaan iaitu di Kementerian Pembangunan Luar Bandar (1999-2003) dan Universiti Kebangsaan
Malaysia (2006-kini).
247
Saifuddin Abdullah, temu bual dengan pengkaji, Kuala Lumpur, 29 November 2010.
248
Ooi Kee Beng, temubual dengan pengkaji, Singapura, 30 Mac 2010.

80
3.3.2 Dilema Kuasa Lunak dan Machiavellian

Dalam konsep ―kuasa lunak‖ dan ―kuasa keras‖ seperti yang dipopularkan oleh sarjana

hubungan antarabangsa, Joseph Nye, kuasa lunak semata-mata tidak mencukupi kerana

kedua-duanya saling memerlukan dan adakalanya menimbal satu sama lain. Tokoh yang

budiman dalam politik tidak semestinya akan menjadi seorang pemimpin yang efektif

kerana elemen Machiavellian seperti manipulatif dan eksploitatif telah terbukti

mempunyai korelasi dengan prestasi kepimpinan.249 Dalam konteks Malaysia, walaupun

tokoh seperti Mahathir mengakui tidak pernah membaca karya Machiavelli, 250 ada

sarjana melihat beberapa tindakan politiknya selaras dengan tokoh falsafah klasik

tersebut.251 Persoalannya, bagaimanakah latar dan perwatakan Abdullah dapat mengisi

konteks kepimpinan yang kuat sedangkan beliau sering kali dianggap sebagai lunak dan

tidak menongkah arus? Tidak kurang yang melihat Abdullah sebagai tidak lebih

daripada sekadar mempunyai watak ―penghulu‖ seperti bekas TPM, Ghafar Baba. 252

Dalam konteks Mahathir, satu sebab yang pasti ialah kerana semua ―pengganti yang

kuat‖ seperti Musa Hitam, Tengku Razaleigh dan Anwar Ibrahim telah berjaya

diketepikan oleh beliau.253 Justeru, Abdullah semacam tidak bernasib baik kerana

perbezaan antara beliau dan Mahathir terlalu dekat dan dengan itu ―mudah

249
Joseph Nye, ‗Soft Power, Hard Power and Leadership‘ (27 Oktober 2006),
www.hks.harvard.edu/.../11_06_06_seminar_Nye_HP_SP_Leadership.pdf (akses pada 17 November
2009),1-4.
250
Milne dan Mauzy, Malaysian Politics under Mahathir, 151.
251
Hwang, Personalized Politics: The Malaysian State under Mahathir, 146, 154, 277.
252
Diceritakan dalam Chamil Wariya, Kesinambungan dan Perubahan, 20.
253
Ooi Kee Beng, temu bual dengan pengkaji, 30 Mac 2010.

81
dibandingkan‖. 254 Dalam perkiraan Abdullah, ―[s]ifat agresif atau lembut tiada kena

mengena langsung dengan keberkesananan seseorang pimpinan itu‖.255 Sebagai seorang

Islam, beliau tidak mempercayai praktik falsafah Machiavelli dan menegaskan ―kita

tidak boleh, atas apa jua sebab, melegitimasikan sesuatu untuk mendapatkan apa yang

kita mahu‖.256 Justeru, beliau melihat ―dasar berlembut‖ dalam pentadbiran sebagai dasar

yang paling sesuai untuk diamalkan walaupun mengetahui ia sukar dan dilihat sebagai

kelemahan.257

Meninjau secara lebih mendalam pula, ―kelemahan‖ yang sering dimomokkan terhadap

Abdullah sebahagian besarnya lebih merupakan elemen-elemen yang berkontra dengan

perwatakan Mahathir itu sendiri. Bagi Francis Loh, gaya ―bekerja bersama saya‖ yang

menjadi motto pentadbiran Abdullah merupakan perbezaan jelas dengan pendekatan

Mahathir yang ―combative, temperamental, and haranguing style of ―selalu marah dan

mencaci‖‖.258 Lihat juga beberapa contoh dalam amalan dasar luar yang membayangkan

penekanan Abdullah terhadap diplomasi. Apabila tercetus dakwaan seorang wanita

warga China didakwa berbogel dan diarah melakukan ketuk-ketampi di dalam lokap,

Abdullah dengan segera bersedia memohon maaf jika kejadian seperti itu berlaku

walaupun kemudiannya ia didapati tidak benar. 259 Begitu juga reaksi yang diberikan

Abdullah apabila mengulas peristiwa Presiden Bush dilemparkan kasut oleh seorang

wartawan Iraq pada akhir 2008. Berlatarkan sentimen anti-Amerika yang cukup tinggi

254
Mohamad Abu Bakar, temu bual dengan pengkaji, 23 November 2009.
255
Seperti dipetik dari Sang Lamri, ‗Kepimpinan setahun Pak Lah bersandarkan kekuatan dalaman‘.
256
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Interview: PM Answers The Question‘, New Straits Times, 8 Ogos 2006.
257
‗Jangan uji saya‘, Utusan Malaysia, 14 November 2006.
258
Francis Loh Kok Wah, ‗The March 2004 General Elections in Malaysia: Looking Beyond the ―Pak
Lah‖ Factor‖, Kasarinlan: Philipine Journal of Third World Studies, 20, no.1 (2005), 13.
259
‗Malaysia sedia minta maaf jika salah layan rakyat China‘, Utusan Malaysia, 28 November 2005.

82
pada waktu itu, Abdullah enggan menggunakan suasana itu bagi mewajarkan tindakan

wartawan tersebut. Sebaliknya, beliau menyifatkan ―kita tidak boleh menghina ketua

kerajaan seperti itu‖ dan menganjurkan ―kita boleh mengeluarkan kenyataan keras jika

perlu…cakaplah dengan sekuatnya‖.260 Hal ini memperlihatkan perbezaan yang begitu

jelas bagi rakyat Malaysia yang sedia terbiasa dengan gaya konfrontasi Mahathir

terhadap Amerika Syarikat.261 Justeru, pendekatan Abdullah mencetuskan rasa tidak

senang di pihak konservatif seperti Mahathir yang melihat beliau terlalu berlembut

dengan Amerika Syarikat dan juga negara-negara seperti Australia dan Singapura yang

sebelumnya dirundingi dengan agresif. 262

Menyukarkan lagi elemen ―ketegasan‖ itu untuk menonjol dengan lebih jelas ialah

dengan melihat sejarah Abdullah yang tidak cenderung berkonfrontasi semenjak

memimpin Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).263 Satu-satunya

‗konfrontasi‘ yang pernah dipamerkan secara terbuka oleh Abdullah ialah

penglibatannya dalam Team B sewaktu Pemilihan Perhimpunan Agung UMNO (PAU)

1987. Kuasa yang lebih menyerlah dalam pembawaannya ialah kuasa pengimbang dan

penyerap. Bekas Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia, Ahmad Awang

menceritakan bagaimana Abdullah telah memainkan peranan sebagai orang tengah bagi

mengantara perbezaan pendapatnya dengan Mahathir pada awal 1980-an. 264 Gordon P.

Means ketika menukilkan peranan yang dimainkan Abdullah sewaktu terlibat dalam

260
‗Jangan hina ketua kerajaan‘, Utusan Malaysia, 25 Disember 2008.
261
Mahathir merupakan penentang kuat terhadap dasar luar Amerika Syarikat yang mengutamakan
kekerasan khususnya pada era Bush. Beliau berterus terang mengkritik pihak Yahudi pada 2003 dan
selepas persaraannya memimpin Perdana Peace For Global Foundation yang antara lainnya membina
kesedaran bagi membenci peperangan.
262
Wain, Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times, 268.
263
Lihat Chamil Wariya, Abdullah Ahmad Badawi: Perjalanan Politik PM ke-5, 68-70.
264
Ahmad Awang, ‗Wawancara: PUM Alat Pas?‘, Detik, 15 Oktober 1999, 13.

83
Majlis Perundingan Ekonomi Nasional (NECC) pada 1988 menggambarkan Abdullah

sebagai a competent and non-abrasive Malay leader, who would reflect the government

position without antagonizing too many people.265 Malah kenalan Abdullah seperti

Yazid Othman melihat peranan penyerap Abdullah merupakan faktor penting yang

berjaya mengimbangi kepimpinan agresif Mahathir.266

Sikapnya yang mengutamakan konsensus dan perundingan turut memberikan dimensi

yang begitu penting berbanding kepimpinan Mahathir. Abdullah seperti yang pernah

digambarkan Chandra Muzaffar, ―terlalu prihatin tentang berlaku adil kepada siapa

sahaja‖ merujuk kepada pengalamannya bekerja bersama Abdullah dalam NECC. 267

Beliau seorang yang lebih sanggup mendengar berbanding Mahathir yang cenderung

mengambil pendekatan unilateral.268 Sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri

(TPM), Abdullah melakukan kejutan dengan memberhentikan kenderaannya untuk

menerima memorandum pelajar Universiti Malaya yang sedang berdemonstrasi. Beliau

menyifatkan tindakan tersebut sebagai ―pertautan membina‖ – sesuatu yang lebih

positif berbanding komen berbau feudalistik yang dikeluarkan pemimpin lain berhubung

peristiwa itu.269

Bagaimanapun, konsensus dan perundingan adakalanya boleh memberi kesan yang

bertentangan. Bagi Mahathir, jika konsensus diperlukan dalam semua perkara, ia akan

265
Means, Malaysian Politics: The Second Generation, 266.
266
Yazid Othman, temu bual dengan pengkaji, Shah Alam, 17 Disember 2009.
267
Chandra Muzaffar, ‗The Emerging Scenario Under Abdullah Badawi‘, Trends in Southeast Asia Series
15 (Singapura: Institute of Southeast Asian Studies, 2003), 10.
268
Shamsul Amri, temu bual dengan pengkaji, 12 Mac 2010; Edmund Terence Gomez, temu bual dengan
pengkaji, Kuala Lumpur, 26 Mac 2010.
269
‗TPM kawal emosi pelajar di UM‘, Berita Harian , 9 Oktober 1999.

84
melambat dan merencatkan kerja.270 Dalam sebuah masyarakat yang dilandasi

pertimbangan etnik di Malaysia, sikap konsensus pastinya mencetuskan libasan yang

tersendiri. Begitulah juga dengan Abdullah apabila sifat konsensus ini dianggap oleh

UMNO membuka jalan bagi desakan pihak tertentu dan pihak bukan Melayu kerana

gayanya yang responsif dan toleran terhadap tuntutan.271 Dilema mencari keseimbangan

ini diungkapkan dengan pengakuan Abdullah bahawa ―adalah sukar untuk menjadi

seorang yang budiman‖ tetapi jika beliau menjadi seorang yang lebih tegas, ―beliau akan

menghadapi masalah‖.272 Abdullah mengakui kelembutannya adakala diambil

kesempatan oleh sesetengah pihak kerana beliau jarang mempamerkan kemarahannya

secara terbuka. Beliau biasanya memanggil seseorang secara peribadi kerana enggan

memalukan seseorang di hadapan khalayak. 273 Justeru, apabila Abdullah sesekali

memaparkan ketegasannya secara terbuka, ia seolah-olah sukar untuk dipercayai. Pada

penghujung 2008 contohnya, Parti Progresif Rakyat (PPP) memberi kata dua kepada

Abdullah sama ada kerajaan harus menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri

(ISA) atau parti tersebut akan keluar dari BN. Abdullah kemudiannya memberi jawapan

bahawa PPP boleh keluar dari BN jika ia mahu kerana kerajaan tidak bercadang

memansuhkan ISA. Sebagai reaksi dari kenyataan ini, Ketua Pemudanya, T. Murugiah

menyatakan rasa amat terkejut kerana menyifatkan Abdullah sebagai lelaki budiman.274

Dengan kata lain, bertindak tegas merupakan perkara terakhir yang sesetengah pihak

270
Milne dan Mauzy, Malaysian Politics Under Mahathir, 163.
271
Abdullah Ahmad, ‗Playing Yours And Mine‘, Off The Edge, November 2008, 12; Ahmad Atory
Hussain, Politik Melayu Di Persimpangan, 259; Shamsul Amri, temu bual dengan pengkaji, 12 Mac
2010; Responden Yang Tidak Dinamakan, temu bual dengan pengkaji, Petaling Jaya, 13 Disember 2009.
272
Abdullah Ahmad Badawi, ‗PM answers the question‘.
273
Abdullah Ahmad Badawi, temu bual dengan pengkaji, 18 Mac 2010.
274
‗Pak Lah: PPP can quit BN‘, Malaysiakini, 9 Disember 2008,
http://www.malaysiakini.com/news/94590 (akses akhir pada 25 Disember 2010).

85
jangkakan akan lihat dalam diri Abdullah kerana beliau tertempa kukuh dalam acuan

yang bukan feudal dan lunak.

Terakhirnya, keutamaan kepada kuasa lunak bukanlah sesuai untuk dipraktikkan oleh

pemimpin yang datang dengan lencana reformis seperti Abdullah. Bagi bekas menteri

kabinet, Zaid Ibrahim yang berada di dalam kabinet Abdullah selama enam bulan,

kekecewaan terbesarnya pada Abdullah ialah sikapnya yang ―enggan melawan‖ – suatu

ciri yang menurutnya perlu ada bagi seorang reformis. 275 Hujah Zaid mempunyai merit

yang besar jika dilihat dari sikap pemimpin reformis Jepun, Koizumi yang cenderung

―melawan‖ dalam menghadapi tentangan golongan konservatif dalam parti. Agak

terlambat apabila hanya selepas persaraan, Abdullah mengakui bahawa ia merupakan

antara kesilapan penting dalam kepimpinannya. 276

3.3.3 Demokrat Semula Jadi

Menjadi seorang demokrat dalam UMNO mempunyai risiko yang tersendiri. Satu

contoh penting dalam hubungan ini ialah bekas ahli parlimen Kepala Batas dari tahun

1974-1979, Mohamed Sopiee. Bapa kepada arkitek Wawasan 2020, Nordin Sopiee,

beliau merupakan ahli UMNO terawal yang memaparkan pendirian yang vokal dan

kritis dalam isu-isu yang dibangkitkan di Parlimen. Antara sebab beliau hanya dilantik

selama satu penggal ialah tindakannya yang membantah penggubalan Akta Undang-

Undang dan Kolej Universiti (AUKU) dalam era Razak. Mengulas mengenai Mohamed

275
Zaid Ibrahim, temu bual dengan pengkaji, Damansara, 2 April 2010.
276
Perbincangan lanjut di halaman 404.

86
Sopiee, bekas Ketua Pembangkang, Tan Chee Khoon menyatakan [i]n politics it does

not pay to be outspoken and liberal in a conservative party. 277 Kebetulan, tempat beliau

sebagai ahli parlimen Kepala Batas diambil alih oleh Abdullah yang mengingati:

In the mid-1970s, when there was a need for generational change, Sopiee was
one of the first to volunteer to make way for me because I was a local chap in
Kepala Batas. It was very nice of him and he wished me well and helped me.278

Seperti juga Mohamed Sopiee, Abdullah adalah seorang yang berjiwa demokrat. Beliau

mengakui ―demokrasi mungkin [sistem yang] tidak terbaik… tetapi demokrasi tidak

bertentangan dengan Islam‖. 279 Implementasi dasar keterbukaan yang mendasari era

kepimpinannya merupakan cerminan paling jelas tentang hujah ini. Namun, dasar

keterbukaan yang diperkenalkan Abdullah memunculkan suasana yang agresif dan

memberi kesan kepada ketegasannya dalam mengenakan kawalan dan kepimpinan.

Lebih memberi kesan kepada Abdullah, keterbukaan tersebut disahut sebagai satu

cabaran bagi melemparkan kritikan yang meluas terhadap kepimpinannya. Walaupun

tidak menganggapnya sebagai satu kesilapan, Abdullah menegaskan ―saya terlalu

membiarkannya, sepatutnya harus ada sedikit kawalan‖. 280 Beliau tidak menyesal tetapi

mungkin beliau boleh memberi lebih petunjuk seperti ―memperlahankan [keterbukaan

itu] ketika ia terlalu laju‖. 281

277
Tan Chee Khoon, ‗The rising stars of the future‘, The Star, 21 Mei 1986.
278
Dipetik dari ‗Mohamed Sopiee Led An Exciting Life‘, The Star (t.th), http://www.e-
lasallian.org/index.php?option=com_content&task=view&id=124&Itemid=66 (akses pada 13 Ogos
2011).
279
Abdullah Ahmad Badawi, temu bual dengan pengkaji, 18 Mac 2010.
280
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Wawancara: Saya lakukan yang terbaik‘, Mingguan Malaysia, 22 Mac
2009.
281
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Pak Lah‘s final interview with the media as PM‘.

87
Seiring dengan dasar ini ialah tindakannya membawa masuk suara-suara kritis seperti

Zaid Ibrahim, Shahrir Samad dan Saifuddin Abdullah walaupun kesemuanya agak lewat

dibawa ke dalam kerajaan. 282 Beliau tidak cuba untuk bersikap unilateral apabila

cadangannya menerima tentangan seperti Suruhanjaya Bebas dan Salah Laku Polis

(IPCMC) dan juga penggabungan antara kumpulan Utusan Melayu dan New Straits

Times Press (NSTP). Lantaran itu, sebagai kesan daripada pemerluasan ruang ini,

beberapa keputusan dalam eranya diakui sebagai menggalakkan lebih banyak dialog,

ketelusan dan atmosfera yang terbuka.

Sebaik sahaja keputusan PRU-12 diumumkan, pemerhati luar merasakan ―semua orang

berasa begitu gementar‖ kerana kali terakhir keputusan mengejutkan berlaku ialah pada

1969 – seolah-olah membayangkan akan berlakunya kejadian yang tidak diingini.283

Keadaan bagaimanapun tidaklah seburuk yang dibimbangi kerana sikap Abdullah

mematangkan demokrasi. Selepas PRU-12, beliau boleh sahaja mengisytiharkan darurat

atau menggunakan pendekatan kawalan tetapi tidak berbuat demikian.284 Bagi Abdullah,

keputusan tersebut mencerminkan kematangan rakyat Malaysia sebagai negara

demokrasi dan kerajaan menerima keputusan itu.285 Selain dari mengakui memikul

tanggungjawab dan beberapa kesilapannya, Abdullah turut menegaskan bahawa semua

projek-projek yang telah dirancang oleh kerajaan di negeri-negeri yang jatuh ke tangan

PR akan tetap diteruskan – manifestasi bahawa beliau bukanlah pemimpin yang akan

282
Lihat juga Francis Loh Kok Wah, ‗We Demand Development and Democracy‘, Aliran Monthly, 6
(2009), http://www.aliran.com/index.php?option=com_content&view=article&id=1042:we-demand-
development-and-democracy&catid=87:2009-6&Itemid=45 (akses pada 15 November 2009).
283
Bridget Welsh seperti dipetik dari ‗Malaysian Ruling coalition suffers poll debacle‘, 8 Mac 2008,
http://uk.reuters.com/article/idUKKLR9844320080308 (akses pada 9 Mac 2008).
284
Chandra Muzaffar, temu bual dengan pengkaji, Petaling Jaya, 29 Disember 2009.
285
‗Pak Lah: We‘ve learned our lesson‘, Malaysiakini, 10 Mac 2008,
http://www.malaysiakini.com/news/79593 (akses pasa 15 Julai 2010).

88
menghukum rakyat kerana pilihan politik yang mereka buat.286 Tindakan-tindakan

seperti ini meninggalkan impak yang tersendiri. Seorang jurublog, Zaharin Yassin (Sang

Kelembai) yang merupakan jurublog yang dianggap paling lantang mengkritik

keperibadian dan kepimpinan Abdullah datang memohon maaf secara terbuka selepas

PRU-12. Jelas Zaharin, Abdullah telah mengambil tanggungjawab secara moral dan

tidak wajar beliau terus mengkritik Abdullah lagi dalam kedudukan BN yang lemah

selepas PRU-12.287

Dalam skala yang lebih besar, ia memberi satu pengajaran psikologi yang penting. Di

ambang gerakan reformasi 1998, Rustam Sani berhujah betapa salah satu permasalahan

kepimpinan dan demokrasi di negara-negara membangun ialah sikap pemimpin yang

sentiasa merasakan ―mereka adalah penyelesai kepada masalah‖ dan dengan itu terus

berpaut kepada beberapa tradisi ciptaan bagi mewajarkan kelangsungan kuasa

mereka. 288 Keterbukaan Abdullah menerima desakan peralihan kuasa mempamerkan

mesej bahawa beliau adalah sebahagian daripada masalah itu dan bukannya penyelesai.

Beliau menyedari ―tidak melakukan yang terbaik‖ untuk terus berkhidmat sebagai

PM.289 Kepada orang terdekat dengannya, Abdullah mengatakan ―[w]hen your time‘s

up, your time‘s up. Don‘t fight that‖.290 Tanpa merujuk kepada Mahathir, beliau

286
‗Guan Eng laud‘s Pak Lah‘s assurance‘, The Malaysian Insider, 15 Mac 2008,
http://www.themalaysianinsider.com/litee/malaysia/article/Guan-Eng-lauds-Pak-Lahs-assurance/ (akses
pada 11 November 2011).
287
Zaharin Yasin merupakan bekas Setiausaha UMNO Bahagian Bandar Tun Razak yang dipecat pada
September 2006 kerana mengkritik kepimpinan Abdullah. Lihat ‗Burying the hatchet‘, The Star, 10 April
2008.
288
Rustam Sani, ‗Wawancara: Penyakit pemimpin negara membangun‘, Tamadun, Ogos 1998, 58-59.
289
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Kenyataan Tidak Mempertahankan Jawatan Presiden UMNO‘, Utusan
Malaysia , 9 Oktober 2008.
290
Khairy Jamaluddin, ‗Interview: Time for a makeover‖, Off The Edge, 9 Januari 2009, 43.

89
berulang kali menegaskan tidak akan mentadbir dari luar dan memalukan kerajaan. 291

Hal ini membayangkan keyakinannya terhadap kebebasan bersuara tetapi tidak akan

menggunakannya untuk sesuatu yang boleh memudaratkan – sesuatu yang sering kali

diucapkannya sebagai teras bagi dasar keterbukaan. Bagi Abdullah, ―[j]ika ada beberapa

perkara yang anda tidak gembira mengenainya, anda boleh selalu berbual sambil minum

teh. Saya benci untuk memarahi orang di hadapan siapa jua‖, tegasnya dalam sidang

media yang terakhir.292

Selepas persaraan, Abdullah dengan lebih terbuka menggesa agar ISA dihapuskan.293

Seperti yang dijangka, ia tidak menerima reaksi yang menyenangkan daripada

UMNO.294 Pengkritik lain melihatnya sebagai lambang hipokrasi kerana beliau

sewajarnya berbuat demikian sewaktu berada dalam kerajaan lagi. Faktanya, Abdullah

telah pun membayangkan hasrat untuk memansuhkan ISA semenjak berada dalam

jawatan lagi. 295

3.3.4 Falsafah Politik: Persoalan Keseimbangan

Abdullah tidak pernah memikirkan falsafah hidup beliau tetapi mengakui keperluan

terhadap keseimbangan dalam sebarang jua aspek yang dilakukan. Baginya, ―jangan

291
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Wawancara: Demi parti dan negara‘, Mingguan Malaysia, 12 Oktober
2008; ‗Abdullah says he won‘t embarrass new leader‘, Malaysiakini, 24 Februari 2009 (akses akhir pada
25 Disember 2010).
292
Dipetik dari ‗No personal attacks‘, The Star, 1 April 2009.
293
‗Abdullah mahu ISA dimansuh‘, Utusan Malaysia, 18 Julai 2009.
294
‗UMNO Cheras kecewa kenyataan Pak Lah supaya mansuhkan ISA‘, 18 Julai 2009,
http://umnobahagiancheras.blogspot.com/2009/07/umno-cheras-kecewa-kenyataan-pak-lah.html (akses
pada 2 Disember 2009).
295
Lihat perbincangan lanjut di halaman 237.

90
berlebihan, permudahkan dan bukan merumitkan‖.296 Manifestasi keseimbangan ini

terpapar dalam penekanannya terhadap pembangunan lunak, reformasi tadbir urus

demokratik dan pendekatan sederhana dalam hubungan kaum serta agama –

pembayangan terhadap keseimbangan yang ingin beliau capai. Justeru, beliau berhati-

hati dengan populariti kerana ―populariti tidak harus diutamakan mengatasi melakukan

perkara yang betul‖ ketika mengulas mengenai kecermatan pendekatan ekonominya.297

Contoh paling jelas ialah apabila pentadbiran beliau menaikkan harga minyak sehingga

antara 41-63% selepas PRU-12 – satu keputusan yang paling tidak popular dalam

pentadbirannya dan menyumbang ke arah peningkatan sentimen negatif terhadap beliau.

Spekulasi dan khabar angin merupakan kebencian Abdullah. Pengalamannya dalam

Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) mencadangkan beliau memaklumi kesan yang

bakal terbit daripada kegiatan seperti itu. Abdullah agak rimas apabila soalan-soalan

seperti ini diajukan kepada beliau seperti ―anda mahu mentafsir begitu banyak

perkara‖298 dan ―anda mencipta kredibiliti terhadap semua khabar ini dengan mengarah

orang untuk memberi komen mengenainya‖. 299 Hal ini termasuklah urusan yang lebih

penting seperti perkahwinannya dan juga tarikh pilihan raya. 300 Kecermatan dan sikap

berhati-hati menjadi pilihan beliau walaupun beliau menyedari ia dikaitkan dengan

persepsi tidak tegas apabila membuat keputusan. Beliau mengakui tidak mempunyai

pengalaman yang banyak dalam mentadbir negara dan jika beliau melakukan keputusan

296
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Saya akan gembira apabila indeks rasuah bertambah baik‘.
297
‗Its‘s not about doing what‘s popular‘, New Straits Times, 25 April 2006.
298
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Relaxed Abdullah faces the press‘, Malaysiakini, 18 Mac 2008,
http://www.malaysiakini.com/news/80037 (akses akhir pada 25 Disember 2010).
299
Dipetik dari ‗Abdullah is surprised‘, The Star, 12 September 2008.
300
‗Pak Lah quizzed on marriage rumours‘, Malaysiakini, 6 Mac 2007,
http://www.malaysiakini.com/news/64140; ‗PM dissolves Parliament‘, Malaysiakini, 13 Februari 2008,
http://www.malaysiakini.com/news/77982 (kedua-dua diakses kali akhir pada 25 Disember 2010).

91
yang salah, ―ramai yang akan menderita‖.301 Kritikan Mahathir terhadap kepimpinannya

juga mendorong Abdullah mengingatkan yang setiap pemimpin politik harus

mempelajari keperluan mengadaptasi. Beliau menegaskan tidak akan terganggu dengan

persaraan kerana ―kehidupan adalah mengenai pertukaran peranan‖.302 Menurutnya lagi,

keadaan akan menjadi masalah hanya apabila seseorang menolak untuk menerima

perubahan dan melakukan perkara yang tidak sesuai. 303

3.4 SISTEM SOKONGAN

Setiap PM mempunyai sistem sokongan tersendiri sebelum mereka sampai ke

kedudukan tersebut. Umumnya, sistem sokongan setiap PM boleh dibahagikan kepada

dua kategori iaitu formal dan informal. Struktur formal merujuk kepada sokongan

kabinet, UMNO dan parti-parti komponen lain yang berada dalam BN. Sokongan

informal pula merujuk kepada struktur lingkungan dalaman yang berada dekat dengan

pemimpin tersebut. Tumpuan utama dalam perbincangan ini ialah struktur informal

Abdullah.

3.4.1 Struktur Pasukan Kepimpinan Abdullah

Kedudukan Abdullah yang lama di dalam kerajaan menjadikan beliau mempunyai rakan

yang terdiri daripada berbagai-bagai hierarki sosial. Ujar Abdullah, ―apabila anda

301
Abdullah Ahmad Badawi, ‗PM answers the question‘.
302
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Pak Lah‘s final interview with the media as PM‘.
303
‗We must know our place in life, says former PM Pak Lah‘, The Star, 26 April 2009.

92
menyertai politik, anda bergerak ke dalam bulatan yang berbeza‖. 304 Bulatan dalaman

pertama Abdullah ialah rakan-rakan yang mempunyai sejarah panjang dengan beliau

seperti di dalam GPMS dan Biro Tatanegara (BTN). Apabila Abdullah menerajui

negara, rakan-rakan yang bergelanggang dan pernah bersama dengannya sebelum ini

diletakkan bagi meneraju beberapa organisasi dan jabatan kerajaan. Antaranya seperti

Kamarulzaman Zainal (TV3), Anuar Zaini (GPMS - Berita Nasional Malaysia:

BERNAMA), Firdaus Abdullah (GPMS - Dewan Bahasa dan Pustaka: DBP), Nordin

Kardi (GPMS - Universiti Utara Malaysia: UUM), Shagul Hamid Abdullah (Jabatan

Belia - BTN) dan Kalimullah Hassan (New Straits Times).305

Apabila Abdullah bergerak ke dalam politik pula, beliau mempunyai bulatan dalaman

yang diketahui berada dekat dengan beliau seperti Musa Hitam, Shahrir Samad, Radzi

Sheikh Ahmad dan Kadir Sheikh Fadzir (mereka-mereka yang pernah berada dalam

Team B) dan Aziz Shamsuddin (BTN). Sebahagian dari mereka ini adakalanya turut

berada dalam struktur sokongan formal Abdullah yang lebih besar iaitu kabinet. Struktur

informal ketiga pula ialah mereka yang mengendalikan urusan seharian dan domestik

Abdullah seperti Setiausaha Sulit, Setiausaha Akhbar, Setiausaha Politik, para penasihat

khusus dan pembantu-pembantu yang lain. Bagi Shahrir Samad yang membina

kariernya politiknya bermula dari jawatan Setiausaha Politik, peranan golongan ini

304
Abdullah Ahmad Badawi, temu bual dengan pengkaji, 18 Mac 2010.
305
Maklumat ini diadaptasi dari Chamil Wariya, Kesinambungan dan Perubahan, khususnya bab 5;
Mohd Dzaki Jusoh, ‗Semangat Patriotisme dan Kesukarelaan-KP BTN‘, 15 November 2005,
http://www.btn.gov.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=209:semangat-patriotisme-
dan-kesukarelaan-kp-btn&catid=18:berita-muka-depan&Itemid=178 (akses pada 13 Disember 2009);
Nordin Kardi, ‗Cabaran Agenda Sosial‘; Responden Yang Tidak Dinamakan, temu bual dengan pengkaji,
13 Disember 2009.

93
seharusnya tidak begitu menonjol kerana ia lebih merupakan mekanisme pengurusan.306

Dengan kata lain, ia merupakan keperluan yang lebih bersifat peribadi.

Sebelum transisi kuasa berlangsung, Maznah Mohamad mengulas bahawa seseorang itu

tidak harus terkejut jika Abdullah ada melakukan perubahan drastik khususnya

mempertimbangkan bulatan dalaman beliau yang berkeinginan untuk menjarakkan

Mahathirisme dalam pemikiran rakyat Malaysia. 307 Bulatan dalaman inilah yang

kemudiannya menjadi cause célèbre dalam pentadbiran Abdullah atau pun mereka-

mereka yang secara umumnya dikritik sebagai ‗pasukan penasihat‘. Abdullah

bagaimanapun bukanlah pemimpin pertama yang menggunakan pendekatan ini kerana

pemimpin-pemimpin seperti Razak, Mahathir dan Anwar turut mempunyai kontroversi

tersendiri berikutan kewujudan ‗pasukan penasihat‘.

Razak diketahui menggunakan peranan tenaga penasihat dan ahli akademik yang

sebahagian besarnya berlatarkan sosialis sebagai pembantu mereka dalam menjayakan

rancangan pembangunan ekonomi. Antaranya ialah James Puthucheary, A.Samad

Ismail, Abdullah Ahmad, Abdullah Majid, Agos Salim, Khalil Akashah, Ghafar Baba

dan Ungku Omar. Kepercayaan Razak terhadap pasukan ini telah menimbulkan kritikan

kerana dakwaan bahawa sebahagian nama-nama ini mendukung ideologi kiri dan

bersimpati dengan perjuangan PKM. Kebenaran dakwaan ini seakan-akan dibuktikan

kerajaan dengan penahanan ISA yang dikenakan terhadap A.Samad Ismail, Abdullah

306
Shahrir Samad, temu bual dengan pengkaji, Kuala Lumpur, 15 Disember 2009.
307
Maznah Mohamad, ‗Malaysia in 2002: Bracing for a Post-Mahathir Future‘, Southeast Asian Affairs
2003, 152.

94
Ahmad dan Abdullah Majid selepas Razak meninggal dunia.308 Mahathir juga tidak

terkecuali dalam hal ini. Sewaktu krisis antara Mahathir dan Musa pada 1986, Musa

Hitam pernah mengkritik pemusatan polisi yang berlegar di sekitar ―kabinet dapur‖

Mahathir yang diwakili oleh Daim Zainuddin, Anwar dan Sanusi Junid.309 Mahathir

juga diketahui mempunyai pasukan perunding yang berperanan dalam bidang masing-

masing seperti Ghazali Ismail, Mohammad Noordin Sopiee, Nor Mohamed Yaakob,

Paul Krugman dan Kenichie Ohmae. Dalam bentuk yang lebih sistematik, peranan

pasukan ini lebih ditonjolkan Anwar yang meletakkan pasukannya di media, lingkungan

korporat, akademik dan masyarakat sivil bagi memperkuatkan jaringan dan pengaruhnya

sewaktu menjadi TPM.310 Justeru, kritikan mengenai pasukan penasihat per se dalam

kepimpinan Abdullah bukanlah sesuatu yang harus diperbesarkan.

Terlebih dahulu, wajar kita analisis kedudukan pasukan pengurusan Abdullah ini agar ia

dapat memberikan gambaran yang lebih spesifik. Pada awal perlantikan Abdullah,

beliau melantik pegawai-pegawai yang terdiri dari gabungan muka baru dan lama.

Kesemua mereka boleh dikelaskan kepada empat kategori. 311 Pertama ialah pegawai-

pegawai ‗bulatan lama pengurusan‘ yang telah lama berkhidmat dengan Abdullah dan

disifatkan merupakan orang kepercayaan Abdullah. Mereka ialah Thajudeen Abdul

Wahab (Ketua Setiausaha Sulit yang berkhidmat dengan Abdullah sejak 1991), Ahmad

308
Means, Malaysian Politics: The Second Generation, 55-56; Dominic Puthucheary, ‗James
Puthucheary: His Friends and His Times‘ dalam Dominic Puthucheary dan Jomo. K.S (pnyt.), James
Puthucheary: No cowardly past (Kuala Lumpur: Insan, 1998), 1-37; Nasir Hashim, temu bual dengan
pengkaji, 28 Disember 2009.
309
Means, Malaysian Politics: The Second Generation, 175.
310
Lihat Edmund Terence Gomez, ‗Factionalism and Money Politics in UMNO‘, Aliran Monthly, 13, no.
9 (1993).
311
Maklumat berkenaan kesemua mereka yang berada dalam empat kategori ini telah disahkan oleh
setiausaha akhbar Abdullah, Wan Esuriyanti Wan Ahmad, temu bual dengan pengkaji, Subang Jaya, 22
November 2011.

95
Nazri Yusof (Timbalan Setiausaha Sulit Satu), Ho May Yong (Pegawai Tugas-tugas

Khas), Ahmad Yaacob (Setiausaha Sulit Kanan) dan Aminuddin Md Yassin (Setiausaha

Sulit Satu). Kategori kedua ialah Penasihat Khusus bagi bidang tertentu yang turut

diwakili oleh muka lama seperti Nor Mohamed Yakcob (Kewangan), Ali Abul Hassan

Sulaiman (Ekonomi), Abdul Kadir Mohamad (Dasar Luar), Ahmad Zaharuddin Idrus

(Sains) dan Abdul Hamid Othman (Agama).

Kategori ketiga ialah setiausaha politik kepada Abdullah yang terdiri dari campuran

muka lama dan baru. Antara muka lama ialah seperti Johari Baharum (kemudian

dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri), Mahadzir Khalid (kemudian dilantik

sebagai Menteri Besar Kedah), Othman Desa dan Hasbullah Lebai Isa (kedua-duanya

tewas dalam PRU-12), Md. Alwi Che Ahmad (Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)

Kok Lanas yang dilantik selepas PRU-12). Muka-muka baru pula terdiri dari Vincent

Lim Kian Tick (Setiausaha Politik bagi kaum Cina), Reezal Merican Naina Merican

(Kementerian Kewangan) dan Wan Ahmad Farid Wan Salleh (Kementerian

Keselamatan Dalam Negeri).

Kategori keempat pula ialah golongan yang paling mendapat perhatian iaitu golongan

muda atau pun golongan baru dalam pentadbiran Abdullah. Bersama-sama dua lagi

setiausaha politik Abdullah yang lain seperti Vincent Lim dan Wan Ahmad Farid Wan

Salleh, mereka merupakan golongan yang kemudiannya digelar sebagai ‗budak-budak

Tingkat Empat‘ – bersempena lokasi yang menempatkan sebahagian dari mereka di

Jabatan Perdana Menteri (JPM). Kategori keempat merupakan Bahagian Pengurusan

dan Dasar (BADAK) yang pada asalnya diketuai oleh Khairy Jamaluddin sehinggalah
96
ke Mei 2004. Membantu Khairy ialah dua lagi individu yang telah bertindak sebagai

pegawai khas Abdullah sejak menjadi TPM iaitu Kamal Khalid (Ketua Unit

Komunikasi) dan Ahmad Zaki Zahid (Ketua Unit Dasar).

Unit Komunikasi dianggotai oleh Azhar Osman (Setiausaha Akhbar - meninggal dunia

pada Julai 2008), Teoh Ai Hua (Setiausaha Akhbar yang merupakan ahli akademik di

UUM), Wan Esuriyanti Wan Ahmad (Setiausaha Akhbar dan bekas wartawan Berita

Harian), Muhd Amyzaddin Raya (Pegawai Perhubungan Awam yang merupakan

graduan yang baru menamatkan pengajian di UiTM), Elena Shamsuddin (Pegawai Khas

dan bekas wartawan Business Times) dan Ainon Mohd (Setiausaha Akhbar yang

menyertai pasukan Abdullah selepas PRU-12 dan merupakan bekas wartawan NST).

Mereka yang menganggotai Unit Dasar pula terdiri daripada Syarisa Yanti Abu Bakar

(bekas penyelidik di Malaysian Institute of Economic Research, MIER), Nelleita Omar

(bekas perunding firma perniagaan terkenal, Boston Consulting Group) dan Haizan

Mohd Khir Johari (anak kepada tokoh veteran UMNO, Khir Johari dan merupakan

bekas penganalisis ekuiti di beberapa firma kewangan antarabangsa. Beliau

kemudiannya menyertai Khazanah Nasional pada 2006). Dua lagi nama yang

kemudiannya menyertai unit ini ialah Ravin Ponniah (bekas arkitek professional yang

pernah bertugas di London) dan Ziad Razak (cucu kepada bekas Presiden PAS 1969-

1982, Mohd Asri Muda dan perunding di firma perunding, Ethos & Company). Rajah

mengenai struktur sokongan Abdullah ini boleh dilihat dalam rajah 3.1 di halaman 98.

97
Rajah 3.1: Struktur Sokongan Abdullah Ahmad Badawi

98
Menurut Phar Kim Beng yang juga merupakan kenalan Khairy dan pernah bertugas di

Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), nama-nama seperti Vincent Lim

(fellow di ISIS), Omar Mustapha Ong (pengasas firma perundingan Ethos Consulting

dan bertugas sebagai Pegawai Khas Najib sehingga 2006), Muhd Amyzaddin Raya dan

Ahmad Zaki Zahid merupakan mereka-mereka yang dibawa masuk oleh Khairy. 312

Namun Khairy menyifatkan hanya Zaki Zahid (yang juga Ketua Pemuda UMNO

Putrajaya) dikenalinya secara rapat apabila mereka bersama-sama membantu Ketua

Pergerakan Pemuda UMNO, Hishamuddin Hussein pada 1999. Selebihnya pula

merupakan mereka yang melalui proses perlantikan biasa termasuklah proses temuduga

yang diselia oleh Abdullah sendiri. 313 Antara yang turut berperanan dalam ‗menemukan‘

golongan-golongan yang berada dalam senarai ‗Tingkat Empat‘ ini ialah Karim Raslan,

kolumnis dan penulis progresif di akhbar The Star.314

3.4.2 Khairy Jamaluddin dan Intelektual Neokonservatif

Enam nama yang paling menarik perhatian pengkritik ialah Khairy, Kamal Khalid, Zaki

Zahid, Vincent Lim, Kalimullah Hassan dan Omar Ong. Bekas Ketua Pengarang NST,

A. Kadir Jasin menganggap Khairy dan pasukannya sebagai cabal. 315 Abdullah Ahmad

menggelar mereka sebagai neo-elitis dan ideologue.316 Dua buku popular mengenai

312
Phar Kim Beng, ‗The rise and rise of Khairy Jamaluddin‘, Agenda Daily, 21 Julai 2004 (akses akhir
pada 25 Disember 2010).
313
Lihat Khairy Jamaluddin, ‗Time for a makeover‘, 42.
314
Ooi Kee Beng, temu bual dengan pengkaji, 30 Mac 2010.
315
A.Kadir Jasin, ‗Exorcising the Abdullah-Mahathir demon‘, 14 Julai 2006,
http://kadirjasin.blogspot.com/2006/07/exorcising-abdullah-mahathir-demon.html (akses pada 12 Oktober
2010).
316
Abdullah Ahmad, ‗Playing Yours and Mine‘, 12; Abdullah Ahmad, ‗Noblesse Oblige‘, Off The Edge
Februari 2009, 17.

99
Khairy yang ditulis oleh Yahya Ismail juga tidak dapat lari daripada kontroversi. 317

Namun karya yang lebih mencuri perhatian ialah The Khairy Chronicles hasil garapan

Raja Petra Kamaruddin. 318 Selain kerana diselenggarakan dalam bentuk elektronik dan

tersebar secara umum, buku ini diedarkan secara percuma oleh pihak tertentu dalam

PAU 2006. 319 Pengkritik-pengkritik ini secara umumnya menggambarkan Khairy dan

kumpulannya dalam citra yang pejoratif iaitu sifat mereka sebagai opportunis dan penuh

kemuslihatan, peranan yang dimainkan mereka dalam liberalisasi ekonomi yang

dilakukan Abdullah, keupayaan golongan ini membuat keputusan penting, memberi

arahan kepada ahli politik dan kakitangan awam serta mengagihkan peluang ekonomi.

Tidak lama untuk mengesan impak yang dicetuskan daripada kritikan-kritikan ini

apabila Khairy terpaksa meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Kedua

Abdullah pada Mei 2004 bagi menumpukan perhatian terhadap perebutan jawatan Naib

Ketua Pemuda UMNO dan bagi mengurangkan desas-desus yang terbit.320

Kita tinggalkan perincian tentang kepelbagaian pandangan popular ini. Ia adalah satu

daripada sumbangan asli kajian ini untuk melihat Khairy dan pasukan penasihat

Abdullah dalam konteks yang lebih akademik. Dalam konteks kajian ini, golongan ini

dirujuk sebagai ―intelektual neokonservatif‖. Sebelum itu, definisi intelektual yang

317
‗Khairy - Future PM? Book rattles UMNO, ban mulled‘, Malaysiakini, 8 Mac 2005,
http://www.malaysiakini.com/news/34220 dan ‗Bukan ugut Khairy tapi berunding‘, Malaysiakini, 23
Mac 2009, http://www.malaysiakini.com/news/100764 (kedua-dua diakses kali terakhir pada 25 Disember
2010).
318
Raja Petra Kamaruddin, The Khairy Chronicles di www.mindbloggin.net/ebook/tkc.pdf (akses pada 13
September 2009).
319
‗Khairy says book on him a fiction‘, The Star, 17 November 2006.
320
‗Khairy berpeluang semula dicalon naib Ketua Pemuda‘, Malaysiakini, 25 Mei 2004,
http://www.malaysiakini.com/news/20028; Ahmad Zaki Zahid, ‗Wawancara: Mana ada lulusan
University Oxford dan Cambridge di Tingkat 4‘, Agenda Daily, 24 Ogos 2006 (kedua-dua kali diakses
kali terakhir pada 25 Disember 2010).

100
diguna pakai di sini bukanlah semata-mata didasarkan atas sifat umum golongan ini

yang berpendidikan cemerlang seperti yang akan dijelaskan selanjutnya. Kajian ini

menggunakan rangkuman yang digunakan Antonio Gramsci dalam teori hegemoni

berideologi iaitu mereka yang berhubungan secara organik dan berperanan sebagai

pengorganisasi dalam menyelaraskan kesedaran, keseragaman dan pengkonsepsian

sesuatu dasar dan keperluan.321 Bukti-bukti substantif yang ada boleh memberi sedikit

gambaran sebab-sebab Abdullah meletakkan kepercayaan kepada mereka.

Pertama dan sebab paling jelas, Abdullah tidak dikenali sebagai pemimpin yang

mempunyai sebuah kumpulan pemikir seperti Anwar atau Najib. Justeru, peranan

pasukan ini dalam mengimbangi persepsi mengenai keupayaannya dalam aspek

ekonomi adalah diperlukan. Mempertimbangkan ekonomi merupakan aspek yang

merupakan tulang belakang dalam pemerolehan legitimasi rejim pemerintah, maka

perbezaan ―intelektual‖ antara beliau dan Mahathir dalam aspek ini sering kali tidak

dapat dielakkan. Wujudnya konsensus bahawa latar belakang Pengajian Islam yang

dimilikinya menyebabkan Abdullah terpaksa bergantung kepada kumpulan pemikir

berbanding Mahathir khususnya dalam aspek ekonomi. 322 Namun, hal ini tidaklah

menyatakan bahawa latar belakang ekonomi merupakan prasyarat utama terhadap

keberkesanan sesuatu kepimpinan kerana tidak semestinya seseorang PM perlu

321
Antonio Gramsci, Selections From the Prison Notebooks of Antonio Gramsci, suntingan dan
terjemahan. Q. Hoare & G. Nowell Smith (G.N, London: Lawrence and Wishart, 1971), 258, 274, 403;
Joseph Femia, ‗Hegemony and Consciousness in the thought of Antonio Gramsci‘, Political Studies, 23,
no. 1 (1975), 38.
322
Lihat pandangan seorang penganalisis ekonomi, Chie K.Ngu seperti dipetik dari ‗Special Report:
Abdullah Ahmad Badawi‘, The Edge Malaysia, 6-12 April 2009; Shamsul Amri, temu bual dengan
pengkaji, 12 Mac 2010.

101
mengetahui kesemua aspek mengenai ekonomi seperti yang ditunjukkan oleh empat PM

sebelum Abdullah. 323

Kedua, Abdullah memerlukan satu pasukan yang boleh mencernakan idea-idea politik

baru seperti keterbukaan, keadilan, kebebasan dan demokrasi – idea-idea yang telah

mendapat tempat semenjak PRU-10 1999. Justeru, peranan pasukan generasi baru

seperti yang diwakili oleh Khairy amat diperlukan. Sewaktu pengajiannya di Oxford,

Khairy merupakan penyunting kepada majalah Ethos – majalah yang diusahakan oleh

sekumpulan pelajar Malaysia. Shamsul Amri yang pernah menjadi Penasihat Editorial

majalah ini mengakui Ethos sarat dengan idea-idea yang berkaitan demokrasi. 324

Apabila idea-idea berkaitan dengan demokrasi seperti keadilan dan usaha membanteras

korupsi ini diperjuangkan oleh Anwar Ibrahim dalam era reformasi, ia turut ―memikat‖

Khairy. Begitu pun, beliau masih melihat reformasi tersebut lebih didasarkan kepada

faktor personaliti. 325 Menurut bekas setiausaha akhbar Abdullah, Wan Esuriyanti, beliau

berasa terkejut ketika dijemput oleh Khairy untuk menyertai pasukan Abdullah pada

2003 kerana terdapat ramai lagi wartawan kanan yang boleh mengisi posisi tersebut.

Alasan Khairy kepadanya; ―Pak Lah nak lakukan beberapa perubahan dan dia mahukan

golongan-golongan muda yang boleh memberikan idea-idea yang segar‖. 326

Tidak wajar dilupakan, Abdullah mempunyai nostalgia tersendiri dengan golongan ini.

Sewaktu menjadi Menteri Pelajaran, Abdullah merupakan pendukung kuat kepada


323
Edmund Terence Gomez, temu bual dengan pengkaji, 26 Mac 2010.
324
Shamsul Amri, temu bual dengan pengkaji, 12 Mac 2010.
325
‗KJ: My love-hate relationship with Dr M‘, Malaysiakini, 1 November 2007,
http://www.malaysiakini.com/news/74260 (akses akhir pada 25 Disember 2010); Khairy Jamaluddin,
‗Time for a makeover‘, 40.
326
Wan Esuriyanti Wan Ahmad, temubual dengan pengkaji, 22 November 2011.

102
program penghantaran pelajar Melayu bagi melanjutkan pengajian ke Amerika Syarikat

dan Britain – antaranya ialah program Ox-Bridge.327 Abdullah dilaporkan berkata yang

beliau ―bukan anti orang tua‖ tetapi ingin memberi peluang kepada golongan muda yang

disifatkannya sebagai ―masa depan kita‖. Secara berkias, beliau tidak mahu episod

Singapura Dilanggar Todak berulang di mana seorang budak cerdik, Hang Nadim

dibunuh kerana ideanya yang dicemburui. 328 Secara objektif, hujah Abdullah tidak boleh

diketepikan.

Walaupun frasa ‗Ox-Bridge‘ diakui digunakan secara bebas kerana tidak kesemua

mereka merupakan graduan Oxford dan Cambridge – melainkan Khairy, Vincent Lim,

Omar Mustapha, Ravin Ponniah dan Ziad Razak – ia dari segi tertentu melambangkan

simbolisme golongan intelligentsia baru. Justeru, apabila wartawan aktivis, M.G.G Pillai

menggelar kumpulan ini sebagai ―sarjana‖,329 ia bukanlah satu label yang tidak

mempunyai kemunasabahan. Biarpun tidak mendapat pendidikan Ox-Bridge,

sebahagian besar dari mereka turut merupakan lulusan universiti terkenal dan telah

terlibat dengan kerja-kerja penyelidikan seperti Zaki Zahid (Bristol), Kamal Khalid

(Nottingham), Syarisa Yanti (Warwick), Nelleita Omar (London School of Economics),

Teoh Ai Hua (Kent) dan Haizan Mohd Khir Johari (Universiti Hawaii). Dalam

membayangkan keyakinannya terhadap golongan ini, Abdullah menjelaskan ―mereka ini

semuanya berpelajaran. Mereka guna ilmu yang ada pada mereka untuk mencari

327
Lihat Syed Ali Tawfik Al-Attas dan Ng Tieh Chuan, Abdullah Ahmad Badawi: Revivalist Of An
Intellectual Tradition, 13-14; Nordin Kardi, ‗Cabaran Agenda Sosial‘, 60, 75.
328
Lihat Chamil Wariya, Kesinambungan dan Perubahan, 82; ‗Pak Lah jawab soalan Agendadaily
mengenai dakwaan beliau ‗dikuasai‘ oleh menantunya‘, Agenda Daily, 27 Mei 2004 (akses akhir pada 25
Disember 2004).
329
M.G.G. Pillai, ‗Civil war in Putra Jaya between the scholars and the Ninjas‘, 3 Ogos 2004,
http://newskini.serveftp.net/mgg-pillai-view-1980.html (akses pada 25 Disember 2009).

103
maklumat, menganalisis dan memberikan cadangan...[tetapi] keputusan akhir tetap pada

saya‖. 330 Terakhir, wujudnya hujah yang mengatakan bahawa membawa ahli keluarga

akan membantu dalam membina pakatan dan meningkatkan kerjasama. Secara prinsip,

pemimpin dibenarkan membuat pilihan yang terbaik jika ahli keluarga itu mempunyai

keupayaan cemerlang untuk mengendalikan kerja tersebut tanpa menyekat peluang sama

rata bagi orang lain. 331 Sekali lagi, Abdullah bukanlah contoh pertama dalam kes ini

memandangkan Razak juga diketahui membawa tiga iparnya ke dalam pentadbiran

seperti Hussein Onn (bekas Menteri Pelajaran), Hamzah Abu Samah (bekas Menteri

Belia dan Sukan) dan Muhamad Jusoh (bekas Menteri Besar Pahang).

Anak kepada bekas diplomat, Jamaluddin Abu Bakar, Khairy berkahwin dengan Nori,

anak perempuan tunggal Abdullah. Ibunya, Rahmah Hamid merupakan kenalan lama

Abdullah sewaktu berada dalam GPMS.332 Khairy dibawa oleh Abdullah sebagai

penulis ucapan sejak 1999 dan pada usia 28 tahun itu, beliau dianggap ―individu yang

sangat pintar‖.333 Tauliah akademiknya sentiasa menjadi pertimbangan teratas kerana

beliau memiliki sarjana muda dalam Politik, Falsafah dan Ekonomi dari Oxford dan

sarjana dalam Teori Politik dan Perundangan dari University College London. Bagi

Rustam Sani, ―belum pernah sebelum ini seorang pemimpin politik muda UMNO

muncul dengan lencana ―kecendekiawanan‖ seperti itu. 334 Cerminan ini sebahagiannya

diperlihatkan Khairy apabila beliau menjadi wartawan majalah The Economist,

330
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Kita tidak serius berubah‘.
331
Joanne B. Ciulla, ‗Ethics and Effectiveness: the Fabric of Leadership‘, dalam Charles Sampford &
Carmel Connors (pnyt.), World Ethics Forum Conference Proceedings, Griffith University, 9–11 April
2006, Keble College, University of Oxford, 68.
332
Ahmad Mustapha Hassan, Membina & Meruntuh Malaysia (SIRD: Petaling Jaya, 2008), 74-75.
333
Chandra Muzaffar, ‗The Emerging Scenario Under Abdullah Badawi‘, 13.
334
Rustam Sani, ‗Khairy Jamaluddin: Pemimpin rempit berkelulusan Oxford‘, Siasah, 9 Mei 2007.

104
pengacara rancangan bual televisyen dan Fellow Pelawat di Pusat Pengajian Islam

Oxford. Membaca antara satu tulisan awal Khairy sebelum Abdullah dilantik ke jawatan

PM adalah memadai untuk melihat lencana yang didukungnya dalam aspek keadilan,

kebebasan dan toleransi agama – tema yang kemudiannya turut ditekankan Abdullah. 335

Apabila Khairy menyampaikan satu ucapan terawalnya di Institute of Southeast Asian

Studies (ISEAS) di Singapura pada 2004, khalayak secara umum menyifatkannya

sebagai liberal, penuh dengan idea dan mempunyai daya penarik. 336

Pada PRU-11 2004, intelektual neokonservatif menjawab kritikan mengenai kecetekan

pengalaman yang seringkali dilemparkan terhadap mereka.337 Ia menandakan permulaan

proses penyerapan landasan teoritikal golongan ini ke dalam kepimpinan Abdullah.

Dengan Khairy yang bertindak sebagai ketua strategis, 338 kempen dan slogan yang

dijalankan oleh BN pada tahun 2004 adalah sesuatu yang ―menakjubkan‖ dan

menyerlahkan kewujudan ―tenaga baru‖ dalam pentadbiran negara. 339 Ia menjadikan

―Barisan Nasional yang konservatif dan elitis seolah-olah [bertukar] menjadi unsur yang

liberal dan progresif‖.340 Pertamanya, kerajaan menghantar kad Tahun Baru Cina kepada

pengundi dan pemimpin komuniti Cina. Kad ini ditulis menggunakan bahasa Cina yang

selama ini dipinggirkan oleh kerajaan BN. Kad yang sama dihantar ke pemimpin

komuniti Kristian sewaktu perayaan Krismas. Kerajaan juga menghantar 500,000 surat

khas kepada pengundi. Surat yang dinamakan ―Pesanan dari Pak Lah‖ ini bukanlah

bertujuan memujuk pengundi secara tipikal tetapi agar pengundi melaksanakan hak
335
Lihat Khairy Jamaluddin, ‗Model Nation‘, TIME, 10 March 2003.
336
Diceritakan oleh fellow ISEAS, Ooi Kee Beng, temu bual dengan pengkaji, 30 Mac 2010.
337
Chamil Wariya, Kesinambungan dan Perubahan, 83.
338
Phar Kim Beng, ‗The rise and rise of Khairy Jamaluddin‘.
339
Ooi Kee Beng, temu bual dengan pengkaji.
340
Keith Leong, ‗You Can‘t Trust Old People‘, Off The Edge, November 2008,10.

105
mereka dan menyatakan keterbukaan hati Abdullah dengan pilihan yang akan dibuat.

Ketiganya, siaran komersil hitam putih yang mempersembahkan video tentang Abdullah

disertakan dengan monolog yang melankolik. Selain dari itu, Abdullah juga

melapangkan masa hadir di konti radio bagi menjawab soalan-soalan pendengar.341

Dengan kedudukan intelektual neokonservatif yang turut berperanan sebagai penulis

ucapan Abdullah (sesuatu yang turut menjadi punca ketidaksenangan Mahathir yang

membandingkan amalannya menulis ucapan sendiri)342 – ia lebih memudahkan proses

penyerapan idea dan pengkonsepsian. Jika seseorang meneliti ucapan-ucapan penting

yang disampaikan Abdullah, ia mempunyai ‗dimensi intelektual‘ yang tinggi dan

menyarankan kemasukan elemen teoritikal khususnya dalam aspek yang melibatkan

idea-idea politik baru.

Pembaharuan-pembaharuan seperti ini sekali gus mengilustrasikan pertentangan antara

orde baru dan orde lama. Lebih mendapat perhatian ialah keselarian antara idea

reformasi golongan ini dengan idea reformasi yang dikemukakan oleh Anwar Ibrahim.

Selepas pembebasan bekas TPM itu, perhatian pemerhati tertumpu kepada peranan

Khairy dalam mengaturkan pertemuan antara Wan Azizah dan Abdullah serta sebagai

perantara dalam urusan penyerahan pasport Anwar. 343 Ketua Pengarang NST,

Kalimullah Hassan pula menulis rencana yang bersikap kritis terhadap ―jenaka‖ dan

341
Lihat ‗Pak Lah reaches out to voters via Pos Malaysia‘, Malaysiakini, 19 Mac 2004,
http://www.malaysiakini.com/news/19203 (akses akhir pada 25 Disember 2010); Wong Kok Keong, ‗The
Pak Lah Factor‘, Aliran Monthly, 24, no. 3 (2004), 36 & 40; Loh, ‗The March 2004 General Elections in
Malaysia: Looking Beyond the ―Pak Lah‖ Factor‘, 14; Lee Ban Chen, Agenda Melayu atau Agenda
Rakyat (Petaling Jaya: SIRD, 2005), 36-37.
342
‗Dr Mahathir gambarkan banyak penentang Abdullah di dalam kerajaan‘, 10 Ogos 2006, Harakah
Daily.Net (akses pada 12 Oktober 2011).
343
‗Pengakuan Ezam Mohd Noor‘, Malaysiakini, 1 Jun 2008, http://www.malaysiakini.com/news/83760
(akses akhir pada 25 Disember 2010).

106
―kesilapan‖ yang berlaku dalam perbicaraan Anwar pada 1999 serta kemungkinan

institusi kehakiman menerima campur tangan. 344 Beliau juga mula menjadikan akhbar

tersebut sebagai medan mempertahankan Khairy dari kritikan umum. 345 Tidak lama

selepas Anwar dibebaskan, Rais Yatim turut mengakui kewujudan ―kumpulan muda di

dalam UMNO‖ yang mempunyai hubungan rapat dengan Anwar dan mendapat idea

tentang perubahan tertentu dari pihak tertentu.346

Namun tidak lama untuk mengetahui bahawa imej reformis yang dimiliki Khairy mula

memunculkan kontroversi. Dalam arena ekonomi, kita harus kembali semula kepada

nasihat yang pernah diberikan oleh mentor Abdullah, Musa Hitam agar sesekali melihat

―di sebalik tabir‖. Nasihat ini boleh dianggap merupakan simbolik paling jelas mengenai

kesilapan Abdullah sepanjang menjadi PM kemudiannya. Abdullah tidak dikenali

kerana kerapatannya dengan komuniti perniagaan atau elit ekonomi tertentu. Beliau

menjalinkan perhubungan tetapi mengekalkan jaraknya dengan mereka. 347 Tindakannya

memberi lebih kepercayaan kepada Khairy dan kumpulan penasihat mudanya

merupakan antara manifestasi keputusan Abdullah untuk memisahkan dirinya dari elit

ekonomi tempatan. 348 Namun, pendekatan ini akhirnya turut menyumbang kepada

kemerosotan legitimasi Abdullah. Apabila Khairy diberitakan akan mengetuai syarikat

pelaburan negara, Khazanah Holdings, ketidakpuasan wujud kerana faktor kekurangan

344
Kalimullah Hassan, ‗Buang yang keruh…‘, Berita Minggu, 5 September 2004.
345
Lihat contohnya Kalimullah Hassan, ‗Khairy Jamaluddin – bane or boon‘, New Sunday Times, 16 Mei
2004.
346
Rais Yatim, ‗Wawancara: UMNO perlu bersedia hadapi Anwar‘, Siasah, 19 Ogos 2005.
347
Chandra Muzaffar, ‗Malaysian Politics: The Emerging Scenario Under Abdullah Badawi, 5; Gomez,
‗The 2004 Malaysian General Elections: Economic Development, Electoral Trends, and the Decline of the
Opposition‘ dalam Saw Swee-Hock & K.Kesavapany (pnyt.), Malaysia: Recent Trends and Challenges
(Singapura: Institute of Southeast Asian Studies, 2006), 79.
348
William Case, ‗How‘s my driving: Abdullah Badawi‘s first year as Malaysian PM‘, The Pacific
Review, 18, no.2 (2005), 148.

107
pengalaman selain daripada faktor kekeluargaan yang dikaitkan dengan Khairy. 349

Beliau kemudiannya menyertai ECM Libra, sebuah syarikat pelaburan yang

dipengerusikan oleh Kalimullah Hassan. Kontroversi tercetus apabila Khairy membeli

saham berjumlah RM9.2 juta dari ECM Libra menerusi pinjaman yang diberikan oleh

Kalimullah dan dua lagi pengasas ECM Libra. Selain dari persoalan mengenai penjualan

saham dengan harga yang rendah dan sumber pinjaman tersebut, aspek yang lebih

dikritik ialah apabila tidak lama selepas itu, berlakunya penggabungan yang melibatkan

ECM Libra Capital dan Avenue Capital Resources, sebuah syarikat yang dikawal

kerajaan. Episod ini telah menimbulkan pandangan yang negatif kerana faktor masa,

kerapatan peristiwa dan aktor yang terlibat. Jawapan yang diberikan Abdullah bahawa

beliau tidak tahu menahu tentang penggabungan tersebut juga meningkatkan tanggapan

yang kurang enak terhadap pentadbirannya. 350 Walaupun siasatan Jawatankuasa Kira-

Kira Awam (PAC) Parlimen mendapati tidak ada unsur korupsi yang mengambil tempat

dan kesemua urus niaga tersebut telah diluluskan mengikut prosedur, ia secara

teknikalnya tetap merupakan satu konflik kepentingan. 351

Dengan berlakunya kontroversi mengenai ECM Libra, ia hanya menebalkan lagi

persepsi di kalangan pengkritik mengenai kenaikan meteorik yang menjadi objektif

Khairy. Lebih lagi pada ketika itu, beliau telah pun menyandang jawatan Naib Ketua

Pemuda UMNO yang dimenanginya tanpa bertanding dalam PAU 2004. Walaupun

349
Lihat contohnya Khairy Jamaluddin, ‗Wawancara: Perjalanan saya bukan mudah‘, Utusan Malaysia,
11 Julai 2004; ‗Saya boleh jadi jutawan segera kalau gelap mata-Khairy‘, Agenda Daily, 23 Julai 2004
(akses akhir pada 25 Disember 2010).
350
‗More heats on Khairy‘s RM9.2m shares purchase‘, Malaysiakini, 29 December 2005,
http://www.malaysiakini.com/news/45087; M. Shanmugam, ‗Corporate: Khairy on his share purchase‘,
The Edge, 16 Januari 2006; ‗Merger talks: PM claims to be in the dark‘, Malaysiakini, 20 Januari 2006,
http://www.malaysiakini.com/news/46048 (kedua-dua sumber Malaysiakini pada 25 Disember 2010).
351
Shahrir Samad, temu bual dengan pengkaji, 15 Disember 2009.

108
Abdullah menjelaskan bahawa ia merupakan kehendak Ketua Pemuda, Hishamuddin

Hussein yang mahukan Khairy, 352 episod ECM Libra lebih menyerlahkan dimensi

kelicikan yang dipunyai beliau. Pemerhati mula membandingkan percaturannya dengan

seorang lagi tokoh kewangan, Nazir Razak – peneraju bank CIMB dan merupakan adik

kepada Najib tetapi menaiki jawatannya dari hierarki bawah. 353

Hanya selepas pembatalan projek Jambatan Bengkok, kritikan Mahathir memberi

autoriti tersendiri kepada golongan konservatif dalam tentangan senyap mereka

intelektual neokonservatif. Frasa ―Tingkat Empat‖ menjadi satu enigma berikutan

dakwaan keluasan pengaruh yang dipunyai mereka khususnya dalam konteks liberalisasi

ekonomi yang sedang dimulakan Abdullah. Mempertimbangkan hubungan baik yang

dipunyai Khairy dan Kalimullah dengan Singapura, pengkritik mendakwa wujudnya

motif peribadi yang mendasari isu-isu seperti pembelian lima peratus saham Proton dan

Telekom oleh syarikat pelaburan Singapura, Temasek Holdings, dakwaan kepentingan

mereka dalam pembangunan Iskandar Johor dan juga laluan penerbangan ke Singapura

diberikan terhadap syarikat penerbangan tambang murah, Air Asia. 354 Mahathir pada

ketika ini lebih merasai paradoks tersendiri terhadap golongan ini kerana ia adalah

beliau sendiri yang melancarkan program Ox-Bridge.355 Sebagai kesan dari reaksi-reaksi

352
Abdullah Ahmad Badawi, ‗PM answers the question‘.
353
M. Shanmugam, ‗Corporate: Khairy on his share purchase‘.
354
Lihat contohnya ‗Opening Up‘, Malaysian Business, 16 Mac 2004; Ruhanie Ahmad, ‗Missing Link
dalam pembatalan jambatan‘, Siasah, 19 Mei 2006; ‗Dr M drags Khairy into the fray‘, Malaysiakini, 24
Jun 2006, http://www.malaysiakini.com/news/52975 (akses akhir pada 25 Disember 2010); Izmas,
‗Benarkah mereka di tingkat empat yang buat keputusan?‘ Siasah, 4 Ogos 2006; A. Kadir Jasin, ‗Political
Pressures Frustrates Utusan-NSTP Merger‘, Malaysian Business, 1 Februari 2007; Izmas, ‗WPI untuk
siapa?‘, Siasah, 30 Mei 2007; Feriz Omar, ‗Wawancara: Jangan sampai orang Johor jadi macam Palestin‘,
Siasah, 9 September 2007; Ruhanie Ahmad, ‗Wawancara: UMNO tidak peka dominasi kuasa asing‘,
Siasah, 2 November 2008; Ahiruddin Atan, temu bual dengan pengkaji, Petaling Jaya, 4 November 2009.
355
Hujah ini dimaklumkan kepada pengkaji oleh penyelia tesis, Ahmad Fauzi Abdul Hamid. Beliau
merupakan kumpulan ketiga pelajar yang dihantar ke Oxford.

109
ini, Khairy terpaksa menjual semula kesemua sahamnya di dalam ECM Libra pada Ogos

2006 setelah krisis antara Mahathir dan Abdullah memuncak.

Di mata pihak bukan Melayu pula, pembawaan Khairy turut berkontradik dengan

imejnya sebagai generasi baru yang terbuka dan progresif. Beliau menjadi suara vokal

untuk menyegarkan semula agenda DEB dalam PAU 2005. Imejnya di mata etnik Cina

menjadi lebih kontroversi apabila beliau mengeluarkan kenyataan bahawa orang Cina

akan melakukan tuntutan di atas kelemahan orang Melayu. Tidak lama selepas itu,

beliau menyelar kerajaan Gerakan Pulau Pinang yang dianggap meminggirkan

pembangunan kaum Melayu. Tiga peristiwa ini mencetuskan reaksi yang bukan sedikit

dari etnik Cina khususnya parti-parti komponen BN.356 Tegas Khoo Boo Teik, di

sebalik imej kelas sosial barunya yang liberal, Khairy tidak dapat lari daripada

menghubungkan dirinya daripada acuan politik UMNO dan nasionalisme Melayu. 357 Ia

sekali gus menunjukkan ―kefahamannya amat mendalam lagi perseptif‖ berkenaan

―kerangka percaturan politik BN‖ yang dilandasi interaksi perkauman. 358 Harus diimbas

bahawa Khairy telah memainkan peranan yang signifikan dalam perundingan mengenai

Tuntutan Suqiu menjelang PRU-10 1999.359 Justeru, tidak menghairankan jika amaran

356
Lihat contohnya ‗Khairy jumpa Naib Ketua Pemuda perjelas ucapan‘, Utusan Malaysia, 21 Ogos
2006; ‗Khairy ‗roasted‘ at MCA Youth meet‘, Malaysiakini, 26 Ogos 2006,
http://www.malaysiakini.com/news/55944; ‗Khairy terus dikecam...kali ini oleh Gerakan‘, Malaysiakini,
1 September 2006, http://www.malaysiakini.com/news/56205 (kesemua sumber Malaysiakini diakses kali
terakhir pada 25 Disember 2010).
357
Khoo Boo Teik, ‗Khairy Jamaluddin: A sketch of a young man as a politician‘, Aliran Monthly, 26, no.
8 (2006), 7.
358
Rustam Sani, ‗Khairy Jamaluddin, politikus muda tetapi perseptif‘, Siasah, 1 September 2006,10.
359
Menjelang PRU-10 1999, Persatuan Cina Malaysia (Suqiu) mengemukakan 17 ‗Rayuan Pilihanraya‘
yang ditolak dengan tegas oleh Mahathir Mohamad. Setelah perundingan dilakukan, kumpulan tersebut
bersetuju mengetepikan tujuh perkara yang menyentuh hak keistimewaan orang Melayu dalam 83
tuntutannya.

110
Khairy pada 2006 boleh dianggap merupakan pengulangan sentimen ―Melayu pecah,

Cina buat tuntutan‖ yang lantang kedengaran pada 1999.360

Menggandakan perhatian terhadap Khairy ialah peranannya sebagai pencipta publisiti

sama ada secara positif atau negatif. Walaupun diakui peranan beliau yang bersifat

intelektual seperti pengerusi Forum Halal Sedunia (2006-2007) dan juga Program

PINTAR iaitu meletakkan pelajar Melayu cemerlang ke dalam syarikat berkaitan

kerajaan (GLC), tindakan ini kelihatan terlindung oleh publisitinya yang lain. Ia sedikit

sebanyak membingkaikan lagi perhatian umum terhadap cita-cita politiknya. Antara

yang sering dibangkitkan umum ialah tindakannya mengetuai bantahan agresif terhadap

kekejaman Israel di kedutaan Amerika Syarikat dengan tangan yang berbalut, usahanya

ingin mendampingi Mat Rempit – kumpulan remaja yang terlibat dalam perlumbaan

haram, penglibatannya dalam pasukan bola sepak My Team dan kedudukannya sebagai

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia yang turut dimenanginya tanpa

bertanding. Imej beliau dan intelektual neokonservatif yang lain turut diangkat ke dalam

wacana popular seperti latar keluarga, gaya hidup, imej urban, kemewahan,

kosmopolitan, kontemporari, elit, dan tidak mesra dengan akar umbi. 361 Kolum Khairy

di akhbar NST, Out of the Cage menjadi platform bagi umum mengenali

keperibadiannya berbanding medan melahirkan idea-idea yang konkrit.362 Pada

penamaan calon PRK Ijok pada April 2007, Khairy memaparkan gelagat yang agresif

sehingga digelar sebagai ―budak nakal‖ oleh pembangkang – sesuatu yang diakui

360
Contohnya Harun Idris, ‗Wawancara: Melayu pecah, Cina buat tuntutan‘, Mingguan Malaysia, 10
Oktober 1999.
361
Abdullah Ahmad, ‗Noblesse Oblige‘; Chandra Muzaffar, temubual dengan pengkaji.
362
Khoo Boo Teik, ‗Khairy Jamaluddin: A sketch of a young man as a politician‘, 5.

111
olehnya sebagai benar dengan tujuan ―untuk merosakkan dan menimbulkan masalah‖

kepada pembangkang.363 Jurublog pula disifatkan Khairy sebagai ―monyet‖ kerana

bertindak bebas tanpa peraturan seperti di hutan. 364 Sebagai gema daripada amaran

Abdullah, beliau juga mencabar penganjur demonstrasi BERSIH 2007 untuk bertanding

dalam pilihan raya dan tidak sekadar menjadi ―beruk‖ di jalanan.365 Ulas Case, kritikan

Khairy terhadap pemimpin-pemimpin gerakan sosial menyumbang terhadap imejnya

yang tidak toleran.366

Tidak menghairankan Khairy dilihat dengan sentimen yang begitu negatif di ruang maya

khususnya oleh jurublog yang pro-Mahathir dan pro-pembangkang. Laman bual seperti

MYKMU.Net367 dan UMNO-Reform368 menjadi saluran dalam kritikan golongan pro-

konservatif terhadap kepimpinan neokonservatif. Hal ini dibantu oleh beberapa jurublog

yang memainkan peranan yang lebih kritikal seperti Sang Kelembai (Zaharin Yasin),369

Rocky‘s bru (Ahiruddin Atan), 370 Nuraina Samad,371 Kuda Kepang (Ruhanie Ahmad),372

The Scribe (A. Kadir Jasin),373 bigdogdotcom (Zakhir Mohamed),374 Jebat Must Die,375

363
‗Tugas saya rosakkan parti pembangkang- Khairy‘, Utusan Malaysia, 24 Februari 2008.
364
‗Khairy: Beri pengajaran kepada ‗monyet-monyet‘...Nazri: bukti blog sebar fitnah...Shahrir...bebas
bukan cek kosong buat fitnah‘, Agenda Daily, 29 Julai 2007 (akses akhir pada 25 Disember 2010).
365
‗Khairy: Tangkap penganjur perhimpunan 10 November‘, Utusan Malaysia, 6 November 2007.
366
William Case, ‗Interview [between Chaan Foon Hong] with William Case‘, 29 Jun 2008,
http://extramplification.blogspot.com/2008/07/interview-with-professor-william-case.html (akses pada 23
Oktober 2010).
367
http://mykmu.net
368
http://www.umno-reform.com
369
http://sangkelembai2006.blogspot.com
370
http://rockybru.com.my
371
http://nursamad.blogspot.com
372
http://kuda-kepang.blogspot.com
373
http://kadirjasin.blogspot.com
374
http://bigdogdotcom.wordpress.com
375
http://jebatmustdie.wordpress.com

112
Another Brick in the Wall,376 Screenshots (Jeff Ooi),377 Zorro-Unmasked (Bernard

Khoo),378 Din Merican,379 dan Kickdefella (Syed Azidi Syed Abdul Aziz).380 Biarpun

tidak kesemuanya merupakan penyokong UMNO, mereka kini bergabung dalam

mengkritik musuh yang serupa. Dalam mana perkembangan ini berlangsung, Khairy

bagaimanapun tidak menampakkan bahawa beliau terkesan dengan kritikan-kritikan ini.

Pada penghujung 2007, Khairy mengakui akan terus menggunakan ―perlindungan‖ yang

diperolehi melalui hubungannya dengan Abdullah bagi melakukan perubahan yang lebih

baik bagi UMNO tanpa gangguan daripada pihak-pihak dalam parti.381 Menjelang PRU-

12, satu kajian membuktikan beliau menerima liputan yang lebih tinggi dalam akhbar

perdana berbanding Hishamuddin dan Noraini Ahmad (Ketua Puteri UMNO) yang

berada dalam hierarki yang lebih tinggi daripada beliau. 382

3.4.3 Kalimullah Hassan dan New Straits Times (NST)

NST merupakan salah satu dari instrumen organik UMNO selain daripada media seperti

Utusan Malaysia, TV3 dan Radio Televisyen Malaysia (RTM). Sebelum kemasukan

Kalimullah Hassan sebagai Ketua Pengarang, peranan itu diterajui oleh Abdullah

Ahmad, bekas pegawai kepada Razak dan orang yang diketahui mempunyai hubungan

dekat dengan Mahathir. Abdullah bagaimanapun disifatkan terlalu bebas dan beliau

376
http://anotherbrickinwall.blogspot.com
377
http://www.jeffooi.com/
378
http://zorro-zorro-unmasked.blogspot.com
379
http://dinmerican.wordpress.com
380
http://kickdefella.wordpress.com
381
‗Khairy: I want to use protection to change things‘, The Star, 2 November 2007.
382
Ismail Sualman, Ngu Teck Hua dan Saraswathy Cinnasamy, ‗Pilihan Raya Umum 2008: Kajian
Analisa Isi Kandungan di Akhbar Terpilih‘, Kertas Kerja Seminar Media dan Pilihan Raya Umum 12, 12
Mei 2008, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara.

113
dipecat setelah menulis satu artikel yang mengkritik keluarga diraja Arab Saudi. Namun

sebab sebenar bagi pemecatan ini mempunyai kaitan dekat dengan tindakan beliau yang

sering memberi isyarat terbuka agar Najib dilantik ke jawatan TPM. 383 Perlantikan

Kalimullah tidaklah mengejutkan kerana beliau merupakan kenalan lama Abdullah yang

setia dan banyak membantu Abdullah ketika kesusahan. 384 Beliau telah berperanan

sebagai ‗intelektual‘ Abdullah semenjak Abdullah menjadi TPM lagi apabila ditugaskan

mengetuai BERNAMA. Kalimullah juga merupakan bekas wartawan di akhbar The Star

dan Straits Times, Singapura, pernah menjadi setiausaha akhbar kepada Ghafar Baba

dan merupakan seorang ahli perniagaan.

Di bawah kepimpinannya, pendekatan NST mengalami perubahan penting dengan

membongkar isu-isu berkaitan rasuah, integriti dan menekankan konsep ke-Malaysiaan.

Namun perubahan ini menimbulkan ketidaksenangan golongan konservatif seperti yang

terlihat dalam beberapa isu:

i. Selain dari tindakan akhbar tersebut yang seringkali menjadi medan publisiti
bagi Khairy, Kalimullah turut membuat pengakuan terbuka bahawa Abdullah
seringkali menelefonnya untuk bertanyakan beberapa isu yang ingin
dibangkitkan akhbar itu.385

ii. Kritikan NST terhadap mutu perbahasan di Parlimen yang bukan sahaja
membangkitkan kemarahan pembangkang, malah ahli parlimen kerajaan yang
menguasai sebahagian besar Parlimen. Dalam satu sesinya, NST dibidas lantang

383
Lihat contohnya ‗Abdullah dismissed as NST editor-in-chief‘, The Star, 22 November 2003; ‗Former
journalist appointed as new top editor‘, Malaysiakini, 2 Januari 2004,
http://www.malaysiakini.com/news/18232; Abdullah Ahmad, ‗Q & A: Mahathir told me to be careful,
says Dollah‘, Malaysiakini, 13 Mac 2004, http://www.malaysiakini.com/news/19058 (kedua-dua sumber
Malaysiakini diakses kali terakhir pada 25 Disember 2010).
384
Samsuri Roslan, ‗Mahathir lebih mesra media berbanding Pak Lah?‘, Siasah, 19 Ogos 2005;
‗Kalimullah takes the stand against Matthias‘, New Straits Times, 10 November 2011.
385
Lihat contohnya Kalimullah Hassan, ‗Untouchable we‘re not but we stand firm‘, New Straits Times, 27
April 2005; ‗Kadir Jasin jadi sasaran kerana tegur Kalimullah‘, Harakah Daily.Net, 3 Mac 2006 (akses
akhir pada 25 Disember 2010).

114
oleh ahli-ahli Parlimen yang menyifatkan Kalimullah menulis secara semborono,
tidak berdasarkan fakta dan membayangkan yang ahli-ahli parlimen berpakat
dengan pembangkang dalam menghentam NST. 386 Malah Shahrir Samad turut
menyifatkan Kalimullah tidak memahami konsep keterbukaan kerana ia
digunakan ―untuk kepentingan dia dan kumpulan dia‖ khususnya ―cara dia
mewarnakan laporannya‖.387

iii. Tindakan Kalimullah melaporkan perbincangan dalam mesyuarat tertutup Biro


Penerangan UMNO selepas berlaku rombakan kabinet Abdullah pada awal 2006.
Kalimullah menganggap Zainuddin Maidin yang dilantik sebagai Menteri
Penerangan sebagai tidak mempunyai hubungan baik dengan para wartawan
kanan akhbar negara dan mendedahkan tindakan Zainuddin yang mendesak
beberapa editor kanan NST dipecat.388 Selain itu, Zainuddin menyifatkan NST
menjadi antara media yang berperanan sebagai alat dalam pembentukan
―Malaysian Malaysia‖.389

Dilatari oleh perkembangan ini, maka NST dilihat mula menampakkan statusnya

sebagai tidak boleh diusik. Walaupun Kalimullah meletakkan jawatan sebagai Ketua

Pengarang pada November 2005, beliau masih dilantik sebagai Timbalan Pengerusi

NSTP. Peranan Kalimullah turut dibantu oleh editor kumpulan NST, Brendan Pereira,

bekas wartawan akhbar Straits Times Singapura yang menyertai NST pada 2004. Tiga

peristiwa selanjutnya lebih menimbulkan kejengkelan golongan konservatif. Pertama,

apabila akhbar tersebut menyiarkan lakaran kartun yang mengaitkan isu karikatur

menghina Rasulullah S.A.W yang mencetuskan bantahan umat Islam seluruh dunia.

Biarpun NST memohon maaf secara terbuka selepas itu, ia terus mempertahankan

tindakannya dengan memberi alasan bahawa RTM juga turut menyiarkan kartun yang

386
‗Humiliated‘ MPs attack NST – DAP‘s Kit Siang leads with support from BN members‘, New Straits
Times, 21 April 2005; ‗NST, ketua pengarang jadi sasaran di Dewan rakyat‘, Malaysiakini, 26 April 2005,
http://www.malaysiakini.com/news/35667 (akses akhir pada 25 Disember 2010).
387
Shahrir Samad, temu bual dengan pengkaji, 15 Disember 2009.
388
Kalimullah Hassan, ‗Getting the right player for a winning team‘, New Straits Times, 16 Februari
2006; Syed Ali Alhabshee, ‗Wawancara: Isu Kalimullah-Zam: Perbuatan bocor mesyuarat parti kepada
pihak luar tidak harus berlaku –Syed Ali‘, Agenda Daily, 22 Februari 2006 (akses akhir pada 25 Disember
2010).
389
‗Zam dakwa NST siar rencana hapus identiti Melayu di M‘sia‘, Malaysiakini, 31 Mac 2006,
http://www.malaysiakini.com/news/49419 (akses akhir pada 25 Disember 2010).

115
sama. Lebih menimbulkan ketidakfahaman sesetengah pihak ialah NST terlepas dari

sebarang tindakan dan hanya dikenakan amaran. Hal ini bertentangan dengan tindakan

penggantungan permit yang dikenakan terhadap akhbar Sarawak Tribune dan

Guangming Daily kerana menyiarkan semula kartun yang sama. Dwistandard ini

mengundang bantahan sesetengah pihak seperti PAS yang mengadakan demonstrasi di

hadapan pejabat NST.390 NST turut dikritik apabila menyiarkan iklan minuman keras

sehingga mendapat teguran daripada Abdullah sendiri. 391 Ia meningkatkan lagi

tanggapan bahawa NST tidak sensitif dengan kedudukannya sebagai instrumen UMNO

yang dikuasai pihak Melayu-Islam dan juga kesannya terhadap imej Abdullah.

Akhir sekali, dalam konflik yang berlaku antara Mahathir dan Abdullah, NST dianggap

mengambil pendirian memihak dan tidak berusaha memberikan laporan yang seimbang.

Dalam satu laporannya, Kalimullah menceritakan bagaimana Mahathir memohon untuk

bertemu Abdullah di Jepun sedangkan keadaan sebenar adalah sebaliknya. 392 Pihak

konservatif juga berasa marah kerana wartawan bukan Melayu seperti Pereira

memaparkan keangkuhannya ketika memimpin NST, memperbesarkan isu yang

mewakili kaum tertentu, dan merendah-rendahkan Mahathir.393 Situasi ini menurut

390
Lihat antaranya ‗Siaran kartun: Ketua Pengarang dan editor NST dipanggil beri keterangan‘,
Malaysiakini, 23 Februari 2006, http://www.malaysiakini.com/news/47335 ; ‗NST ‗confident‘RTM could
be next‘, Malaysiakini, 23 Februari 2006, http://www.malaysiakini.com/news/47400; ‗PM: Apology
accepted, no action on NST‘, Malaysiakini, 24 Februari 2006, http://www.malaysiakini.com/news/47419;
‗Langkah kerajaan maafkan NST dianggap tidak adil‘, Malaysiakini, 24 Februari 2006,
http://www.malaysiakini.com/news/47460; Mohd Sayuti Omar, ‗Kisah akhbar di Jalan Riong‘, Siasah 3,
Mac 2006; ‗Siapa Sebenarnya Kuasai New Straits Times‘, Era Baru, 24 Mac 2006 (kesemua sumber-
sumber Malaysiakini diakses kali terakhir pada 25 Disember 2010).
391
‗PM: NST tidak patut siar iklan minuman keras‘, Malaysiakini, 28 Mei 2006,
http://www.malaysiakini.com/news/51694 (akses akhir pada 25 Disember 2010).
392
Kalimullah Hassan, ‗And who, really, is demonising whom?‘, New Straits Times, 11 Jun 2006; ‗Dr
Mahathir responds to points raised‘, New Straits Times, 12 Jun 2006.
393
Lihat contohnya Laporan Dewan Negara, Parlimen Kesebelas, Penggal Ketiga, Mesyuarat Pertama.
Bil 1, 8 Mei 2006 di www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DN-08052006.pdf (akses pada 15 Januari

116
Mahathir berlaku berikutan tindakan NST yang telah ―membuang‖ pegawai-pegawai

Melayu dan telah dikuasai oleh ―Melayu Baru‖.394 Pereira menerima tamparan tersendiri

apabila keghairahannya mengkritik Mahathir mengakibatkan beliau terjebak dengan

dakwaan memplagiat artikel Mitch Bloom dari akhbar Detroit Free Press. Beliau

meninggalkan NST pada 31 Disember 2007.395

Perkembangan-perkembangan ini dapat menjelaskan tentangan meluas yang muncul

daripada UMNO terhadap cadangan Abdullah agar dilakukan penggabungan antara

NSTP dan Utusan Melayu Berhad pada penghujung 2006. Sebahagian besar mereka

melihat tindakan tersebut bakal menghilangkan peranan Utusan sebagai suara orang

Melayu dan menyifatkan ia sebagai ―dayus‖, ―perkahwinan antara orang sihat dan yang

mempunyai HIV‖ dan menegaskan bahawa ―NST mesti diperbetulkan‖.396 Dalam

konteks teoritikal kajian ini, NST di bawah pimpinan Kalimullah seolah-olah telah

mendemonstrasikan gambaran yang berbeza kepada pihak konservatif dalam konteks

kedudukannya sebagai instrumen ideologi UMNO. Peranan yang sewajarnya dilihat

oleh UMNO sebagai suara parti telah bertukar menjadi suara pentadbiran Abdullah

semata-mata. Walaupun Kalimullah meletakkan jawatannya di NSTP tiga bulan

2010),70-71; Ruhanie Ahmad, ‗Perlu bertindak bijaksana ke atas ‗Keranis‘‘, Siasah, 2 Jun 2006; Brendan
Pereira, ‗Arrest and jail me‘ if you dare‘, New Straits Times, 18 September 2006; ‗Brendan Pereira
Menghina Melayu‘, Era Baru, 13 Oktober 2006.
394
‗Dr M sasar anggota keluarga serta rakan-rakan Pak Lah‘, Malaysiakini, 2 Ogos 2006,
http://www.malaysiakini.com/news/54806 (akses akhir pada 25 Disember 2010).
395
Lihat Brendan Pereira, ‗How dearly we miss June 6‘, New Straits Times, 30 Oktober 2006; ‗Malaysian
editor in plagiarism row‘, 2 November 2006, http://news.bbc.co.uk/2/hi/asia-pacific/6108666.stm (akses
pada 7 November 2011).
396
‗Penggabungan Utusan dan NSTP terus dibantah‘, Malaysiakini, 12 Disember 2006,
http://www.malaysiakini.com/news/60864 (akses pada 25 Disember 2010); ‗Dayus jika biar Utusan
Melayu dikawal pihak lain‘, Utusan Malaysia, 20 Disember 2006.

117
sebelum persaraan Abdullah, peranan beliau terus diberi perhatian oleh golongan

konservatif dalam era Najib. 397

3.4.4 Kamaluddin Abdullah dan Patrick Lim

Endon merupakan individu yang berasal daripada keluarga perniagaan. Bapanya,

Mahmood Ambak merupakan Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu yang pertama dan

disifatkan antara ahli perniagaan Melayu Muslim pertama yang berjaya.398 Oleh sebab

itu, Abdullah dan Endon menyifatkan semua anak-anaknya mewarisi darah Endon yang

terlibat dengan perniagaan khususnya Kamaluddin. 399 Walaupun tidak berada dalam

pasukan kepimpinan Abdullah, Kamaluddin menjadi tumpuan pengkritik kerana

tuduhan nepotisme. Seperti Khairy, beliau mempunyai latar pendidikan yang cemerlang

dari Cambridge. Kamaluddin mengetuai Scomi, syarikat berkaitan gas dan minyak

walaupun tidak menduduki lembaga pengarah dan pengurusannya. Scomi menjadi

perhatian umum apabila sahamnya meningkat sebanyak 588% dalam tempoh enam

bulan sebelum Abdullah dilantik menjadi PM. Pada tahun berikutnya, Kamaluddin

disenaraikan sebagai salah seorang daripada 40 orang terkaya di Malaysia dengan

kekayaan yang dianggarkan bernilai RM1.14 billion. 400 Tuduhan juga dikemukakan

kepada abang Abdullah, Ibrahim yang memperolehi kontrak pembekalan makanan bagi

Malaysian Airlines Systems (MAS). 401 Menambahkan perhatian apabila salah sebuah

397
Lihat perbincangan lanjut di nota kaki 719 di halaman 211.
398
Paridah Abd. Samad, Abdullah Ahmad Badawi: A New Breeze in Malaysia‘s Politics, 305.
399
Endon Mahmood, ‗Wawancara: Semuanya takdir Tuhan‘; Abdullah Ahmad Badawi, ‗Wawancara: Apa
salahnya anak saya berniaga‘, Mingguan Malaysia, 7 Mac 2004.
400
Lihat Joanna Sze, ‗40 MB‘s Richest Malaysian‘, Malaysian Business, 16 Februari 2004.
401
‗Pak Lah too is ailed by charges of nepotism, says don‘, Malaysiakini, 18 Mac 2004,
http://www.malaysiakini.com/news/19182 (kedua-dua diakses kali terakhir pada 25 Disember 2010).

118
subsidiari Scomi didakwa terlibat membekalkan peralatan nuklear kepada Libya melalui

jaringan pasar gelap yang diketuai pakar nuklear Pakistan. Tuduhan itu bagaimanapun

dibersihkan kerajaan.402 Abdullah sejak dari awal mempertahankan hak Kamaluddin

untuk terlibat dengan perniagaan memandangkan beliau tidak pernah masuk campur dan

terlibat dengan urusan perniagaan anaknya. 403 Parti-parti pembangkang telah

menggunakan isu ini sebelum PRU-11 tetapi keputusan bersejarah PRU tersebut dapat

mentafsirkan takat keberkesanannya. Ia turut dibantu oleh fakta yang konkrit bahawa

Kamaluddin dan Ibrahim telah menceburi bidang perniagaan lama sebelum Abdullah

menjadi PM. 404 Scomi hanya menarik perhatian yang lebih signifikan apabila pertikaian

antara Abdullah dan Mahathir bermula. Selain mempertahankan Khairy, Abdullah sekali

lagi mempertahankan Kamaluddin dalam temubual di televisyen pada Ogos 2006. 405

Bagaimanapun penjelasan Abdullah bahawa Scomi tidak menerima kontrak daripada

kerajaan dinafikan oleh beberapa pihak walaupun Abdullah bersedia memohon maaf

jika beliau tersalah.406

Mahathir kemudiannya mengheret pula nama Patrick Lim, ahli perniagaan yang

didakwanya berada di belakang projek-projek pembangunan di Terengganu. Patrick

mengetuai Equine Capital, syarikat hartanah yang membangunkan arena lumba kuda

dan terlibat dalam beberapa pembangunan di Pulau Pinang. Pengkritik melihat Patrick

berperanan penting dalam Pertandingan Kapal Layar Piala Monsun yang berprestij,

402
‗PM vows ‗no favours‘ probe into son‘s alleged Libyan nuclear link‘, Malaysiakini, 6 Februari 2004,
http://www.malaysiakini.com/news/18579 (akses kali terakhir pada 25 Disember 2010).
403
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Wawancara: Apa salahnya anak saya berniaga‘.
404
Chandra Muzaffar, ‗The Emerging Scenario Under Abdullah Badawi‘, 14-15.
405
Abdullah Ahmad Badawi, ‗PM answers the question‘.
406
‗Pak Lah: No favours given to Scomi‘, Malaysiakini, 9 September 2006,
http://www.malaysiakini.com/news/56543 (akses kali terakhir pada 25 Disember 2010).

119
projek Taman Tamadun Islam di Terengganu dan projek Penang Global City Centre

(PGCC).407 Peningkatan mendadaknya dalam sektor korporat berubah selepas PRU-12

apabila Equine Capital mengalami kejatuhan khususnya apabila projek PGCC di Pulau

Pinang dibatalkan oleh kerajaan pimpinan DAP. Tiga hari selepas Abdullah

mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada Oktober

2008, Patrick meletakkan jawatannya dalam Equine Capital. 408

3.4.5 Paradoks Reformis

Salah atau benar, adalah agak sukar untuk menidakkan beberapa paradoks yang

menghakis legitimasi reformis Abdullah. Dengan kredibiliti beliau yang berintegriti

tinggi dan permintaannya agar ―beritahu perkara yang sebenar‖, 409 umum meletakkan

harapan yang besar untuk melihat mantra kepimpinan melalui akauntabiliti

diterjemahkan secara menyeluruh dalam pentadbirannya. Seorang rakan terdekat

Abdullah menganggap tindakan Abdullah yang begitu mempertahankan keluarganya

banyak memberi kesan kepada persepsi rakyat dan rakan-rakan lama Abdullah

sendiri. 410 Tidak dinafikan beberapa penjelasan Abdullah adalah berasas seperti

Kamaluddin tidak menduduki pengurusan Scomi, Khairy membeli saham dengan wang

pinjaman serta beliau tidak mempengaruhi pemberian kontrak. Tetapi ia tetap memberi

implikasi moral yang besar terhadap kedudukannya sebagai seorang reformis. Ia

407
Mahathir Mohamad, ‗Transkrip Dialog: Saya sanggup direndam ke dalam tong tahi…‘, Siasah, 29
September 2006; ‗Siapakah Patrick Lim‘, Malaysiakini, 28 September 2006,
http://www.malaysiakini.com/news/57438 (akses kali akhir pada 25 Disember 2010).
408
‗The politics of business‘, The Star, 6 Disember 2008.
409
‗Pak Lah wants all leaders to tell him the truth‘, Malaysiakini 9 November 2003,
http://www.malaysiakini.com/news/17780 (akses akhir pada 25 Disember 2010).
410
Responden Yang Tidak Dinamakan, temubual dengan pengkaji, 13 Disember 2009.

120
membenarkan hujah mengenai penggunaan faktor teknikal atau takrifan dalam

mewajarkan tindakan tertentu.411 Bukan sahaja Abdullah tidak ―memeriksa‖ kontrak-

kontrak yang diperolehi Kamaluddin bagi memastikan ia dilakukan dengan telus dan

juga menangani isu ECM-Libra,412 namun pada satu ketika, Abdullah mengemukakan

logik bahawa anak Mahathir juga memperolehi kontrak yang lebih besar. 413 Begitu juga

kekalahan BN di Pulau Pinang dan ketidakpuasan hati rakyat Terengganu yang

mempunyai kaitan dengan kontroversi yang menyelubungi penglibatan Patrick Lim

dalam projek-projek pembangunan. 414 Dengan itu, apabila hubungan politik dan

perniagaan yang membabitkan kalangan yang terdekat dengan Abdullah menjadi lebih

menonjol, Abdullah terus dilemparkan dengan berbagai-bagai tuduhan yang bersifat

korupsi seperti pembelian kapal layar,415 pembelian jet peribadi,416 dan memiliki rumah

di Australia. Biarpun kesemuanya didapati tidak benar, tetapi pada ketika itu imej beliau

telah diwarnakan dalam keadaan yang berbeza berbanding sebelumnya. Pemerhati mula

melihat hubungan politik dan perniagaan yang dipraktikkan dalam era Mahathir turut

menjalar ke kepimpinan Abdullah.

Kontradiksi yang serupa turut dimiliki oleh intelektual neokonservatif yang terlibat

dalam usaha membantu Abdullah untuk membebaskan diri dari Mahathirisme. Dalam

mana cuba membawa perubahan-perubahan penting, golongan ini menurut Edmund

Terence Gomez:

411
Rustam Sani, ‗Dari segi teknikalnya, kita tak mungkin korup..!‘, Siasah, 18 Ogos 2006.
412
Edmund Terence Gomez, temubual dengan pengkaji, 26 Mac 2010.
413
‗Abdullah sifatkan kritikan Tun Dr Mahathir sebagai serangan berbisa‘, Agenda Daily, 26 Oktober
2006 (akses akhir pada 25 Disember 2010).
414
Ooi Kee Beng, temubual dengan pengkaji, 30 Mac 2010.
415
‗Laporan PM beli kapal layar RM30 juta satu pembohongan‘, Utusan Malaysia, 21 Disember 2006.
416
‗PM: I did not buy a private jet‘, Malaysiakini, 30 Januari 2007,
http://www.malaysiakini.com/news/62757 (akses akhir pada 25 Disember 2010).

121
consolidated too much power within themselves… They were on the right track
but on the other hand, they were caught within the system that Mahathir had
created. Mahathir under his 22 years of political power concentrated power of
the office of the executive. [So], they really have all this power that sitting there
underneath Abdullah.417

Kesan lebih penting terhadap Abdullah ialah kegagalannya untuk mengimbangi sistem

sokongannya sebagai PM seperti yang dinyatakan oleh Shahrir Samad:

Bila Pak Lah jadi PM, dia rungkaikan political apparatus. Pak Lah tak akan
sampai ke peringkat Timbalan Presiden atau Naib Presiden tanpa struktur
sokongan penyokong-penyokongnya dalam parti dan itu jadi kekuatan untuk dia
bertahan walaupun ada kalah sekejap. Tapi apabila dia menjadi presiden, dia
rungkaikan struktur dan sistem kerana anggapan bahawa dia merupakan PM dan
Presiden kepada semua rakyat Malaysia. [Kepercayaan ini] memang betul dari
segi konsep tetapi beliau masih perlu mempunyai sistem maklumbalas yang
berjalan secara biasa… Jadi bila dia rungkaikan struktur sokongan, itu satu
kesilapan dan menjadikan beliau lebih lemah. Mahathir pada peringkat awal
menjadi presiden tidak mempunyai sistem sokongan yang kuat seperti Pak Lah.
Tapi lama kelamaan dia makin kukuhkan sokongan itu dan akhirnya Mahathir
menjadi kuat kerana dia gunakan sistem sokongan yang berasaskan Menteri
Besar dan badan-badan perhubungan [UMNO negeri]. Tapi Pak Lah hanya
setahun selepas jadi PM, dia rungkaikan jentera sokongan itu… Sokongan dia
hanya berada di peringkat pejabat dan tidak berada di peringkat yang lebih
meluas seperti akar umbi, cawangan, cabang dan jaringan [UMNO]. Tinggal di
peringkat atas sahaja. Inilah sebab Pak Lah tidak menjadi kuat. Dan apabila
orang sekelilingnya diserang, susah untuk [pertahankan].418

Kenyataan Shahrir mempunyai merit yang besar. Dalam sistem Amerika Syarikat

umpamanya, peranan kumpulan penasihat seperti H.R Haldeman dan John Ehrlichman

mempunyai kesan yang besar ke atas akses dan imej yang dipunyai oleh Presiden

Richard Nixon (1968-1974). Dari satu segi, tindakan yang dilakukan mereka

mempunyai maksud yang positif iaitu untuk melindungi ketua politik mereka daripada

417
Edmund Terence Gomez, temu bual dengan pengkaji, 26 Mac 2010.
418
Shahrir Samad, temu bual dengan pengkaji, 15 Disember 2009.

122
diakses dan dipengaruhi oleh individu yang salah. Namun pada masa yang sama, ia

menimbulkan rasa alienasi kepada anggota kabinet dan anggota pentadbiran yang lain

berikutan sikap terlalu melindungi dan mengukuhkan kuasa.419 Tidak menghairankan,

―faktor penasihat‖ atau ―faktor Khairy‖ dibangkitkan dengan lebih terbuka oleh

beberapa tokoh kerajaan sendiri selepas PRU-12. Presiden Gerakan, Lim Keng Yaik

sebelum melepaskan jawatannya menggesa agar Abdullah menggugurkan semua

penasihatnya yang telah memberikan ―nasihat yang salah‖. Salah satu yang disentuh

Lim ialah campur tangan Vincent Lim terhadap strategi pilihan raya parti Gerakan di

Pulau Pinang.420 Sehari kemudiannya, Zainuddin Maidin mengeluarkan kenyataan

umum bahawa percubaan golongan muda untuk ‗mengambil alih kepimpinan negara

secara terurus dan terancang‘ menemui kegagalan berikutan tsunami politik yang

berlaku.421 Pada 2012, Zainuddin Maidin mengakui bahawa kenyataan tersebut

ditujukan terhadap golongan Young Turks yang diketuai Khairy. 422

3.4.6 Khairy dan Legasi Abdullah

Memperkatakan paradoks ini, peranan intelektual neokonservatif sebagai ―tangki

teoritikal‖ bagi idea idea-idea perubahan yang cuba dibawa Abdullah tetap harus diberi

pengiktirafan penting seperti yang akan diperlihatkan dalam bab-bab selanjutnya. Bagi

419
Lihat Stanley I. Kutler, The Wars of Watergate: The Last Crisis of Richard Nixon (New York: W.W
Norton & Company, 1990), 81-86; Charles E.Walcott, Shirley Anne Warshaw dan Stephen J.Wayne,
‗The Chief of Staff‘, Presidential Studies Quarterly, 31, no. 3 (2004), 477-478.
420
‗Syor PM tukar penasihat‘, Utusan Malaysia, 11 Mac 2008; ‗Knives are out for Abdullah‘s boys‘, The
Malaysian Insider, 13 Mac 2008 (akses akhir pada 25 Disember 2008).
421
―Cubaan golongan muda ambilalih kepimpinan gagal‖, Utusan Malaysia 12 Mac 2008.
422
Zainuddin Maidin, ‗Khairy Can Become PM In His Old Days‘, 13 Jun 2012,
http://zamkata.blogspot.com/2012/06/khairy-can-become-pm-in-his-old-days.html (akses pada 22 Jun
2012).

123
Edmund Terence Gomez, walaupun beliau melihat Abdullah memindahkan kuasa yang

besar kepada Khairy dan pegawai-pegawainya yang lain:

I don‘t think [Pak Lah said to Khairy]; ‗You decide‘. I don‘t think so. But I think
it could have been out of his depth in terms of the scale and enormity of the
problems. When he suddenly realized what he was confronted with, it probably
quite too burden for him. Which is why he depended on them a lot. [But] I
wouldn‘t say Pak Lah didn‘t understand [the reforms he wanted to
implement].423

Saifuddin Abdullah turut melihat:

[Tindakan Abdullah membawa tenaga muda dalam kepimpinannya] adalah satu


kekuatan. Di sebalik kesemua persepsi UMNO terhadap mereka ini, persepsi
rakyat pula melihat UMNO sebagai sebuah parti dinosaur dan sebuah kerajaan
lama. Mereka inginkan satu idea yang baru… Sama ada [perubahan-perubahan
yang berlaku itu] itu dibawa Abdullah atau kesan dari penasihat-penasihat muda
ini, ia adalah trajektori yang betul. Ia merupakan tindak balas Abdullah terhadap
undercurrent yang sedang berlaku di seluruh dunia.424

Justeru, adalah sesuatu yang simplistic untuk mengaitkan kesemua kontroversi yang

berlaku dalam kepimpinan Abdullah semata-mata dicetuskan oleh pengaruh yang

dipunyai oleh intelektual neokonservatif. Selain dari menganggar-rendahkan kedudukan

kabinet dan Majlis Tertinggi UMNO (MT) yang berperanan sebagai kuasa pemutus,

sebahagian kritikan yang dilemparkan lebih bersifat peribadi dan cuba untuk connecting

the dots dengan keterlaluan. Sebahagian konflik yang tercetus haruslah dilihat dalam

konteks antara pertentangan orde lama dan orde baru. Ia menjadi paparan mengenai

‗Nilai Asia‘ yang telah sekian lama tertanam dalam sebuah masyarakat seperti Malaysia

mengenai keperluan penghornatan golongan muda terhadap golongan tua. Hal ini lebih

423
Edmund Terence Gomez, temu bual dengan pengkaji, 26 Mac 2010.
424
Saifuddin Abdullah, temu bual dengan pengkaji, 29 November 2010.

124
ketara wujud dalam parti seperti UMNO yang diketahui tidak begitu responsif dengan

kehadiran golongan inteligensia.425

Dalam kes Khairy umpamanya, meskipun Abdullah sudah pasti memberi autoriti moral

kepada Khairy dalam peningkatan karier politiknya, tetapi tidak bermakna ia boleh

menidakkan hakikat mengenai keupayaan sebenar menantunya itu. Di sebalik imejnya

yang sarat dengan kontroversi, Khairy memaparkan reaksi yang harus diberi kredit

dalam usahanya menangani kritikan yang ditujukan terhadapnya. Dalam bentuk yang

paling mudah umpamanya, tidak ada satu pun pihak yang disaman oleh Khairy di

sebalik kesemua dakwaan dan mitos yang dilemparkan terhadap diri beliau. Keputusan

PRU-12 sekaligus menjadi titik pematangan yang lebih penting bagi Khairy apabila ia

sekali gus telah mengubah semula pendekatan beliau yang ‗berprofil tinggi‘ dan kembali

semula ke imej reformis.

Sejajar dengan pengakuannya bahawa beliau tidak termasuk dalam ―ideologi perdana

parti,‖,426 Khairy memaparkan bahasa politiknya yang berbeza dengan suara perdana

UMNO dengan mengemukakan cadangan seperti pendaftaran automatik bagi pengundi

21 tahun, gesaan mempertingkatkan kebebasan media, mencadangkan agar Petronas

membentangkan laporan kewangannya, kesediaannya mengisytiharkan harta, membawa

masuk Badan Pencegah Rasuah (BPR) (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia:

SPRM) bagi menyiasat politik wang UMNO dan bersetuju mengenai penambahbaikan

425
Contoh terbaik mengenai keterpinggiran golongan inteligensia dalam UMNO ialah Affifuddin Omar,
bekas ahli parlimen Padang Terap, Kedah yang merupakan bekas ahli akademik ternama dan mempunyai
Ph.D dari Universiti Cornell.
426
Khairy Jamaluddin, ‗I‘m not a political opportunist‘.

125
terhadap ISA.427 Secara umum, sebahagian besar idea-idea ini diakui sebagai sesuatu

yang sering kali tidak dikongsi oleh UMNO. Malahan bagi sesetengah pengkritik,

Khairy adakalanya dilihat bercakap dalam nada yang lebih rasional berbanding

kebanyakan ahli Parlimen BN sendiri. 428

Pengarah Merdeka Centre, Ibrahim Suffian yang pernah berurusan dengan kumpulan ini

mengakui dalam mana wujudnya elemen yang menyebabkan umum tidak menyenangi

mereka, golongan ini disifatkan beliau melihat politik dengan lebih terbuka iaitu ―sedia

menerima pandangan yang berbeza‖ dan menggalakkan ―debat dan wacana‖. 429 Tanpa

diragukan, pendekatan ini menjelma jelas dalam interaksi politik Khairy seperti

debatnya bersama Tony Pua (DAP) dan Nik Nazmi (PKR) – dua tokoh muda yang

mempunyai kapasiti ―intelektual‖ sepertinya.430 Dalam debatnya bersama Exco PAS

Kelantan, Husam Musa, Khairy tanpa ragu diberi ‗kemenangan‘ oleh editor tabloid

politik, Siasah, yang diketahui organ yang cenderung kepada PAS. 431 Kedudukannya

sebagai ―calon ganjil‖ lebih jelas dirasakan dalam debatnya bersama dua lagi calon

konservatif iaitu Khir Toyo dan Mukhriz Mahathir menjelang perebutan jawatan Ketua

Pemuda UMNO 2008.

427
Lihat contohnya ‗Khairy: I want to use protection to change things‘, The Star, 2 November 2007;
‗Khairy all out for press freedom‘, Malaysiakini, 10 Mei 2008, http://www.malaysiakini.com/news/82641;
‗Bentang penyata untung Petronas‘, Utusan Malaysia, 13 Mei 2008; Khairy Jamaluddin, ‗Wawancara:
Saya rela jadi mangsa dari jadi seorang biadap‘, Siasah 16 November 2008; Khairy Jamaluddin, ‗Time for
a makeover‘; ‗Clash of UMNO‘s Young Turks‘, Malaysiakini, 17 Februari 2009,
http://www.malaysiakini.com/news/98509 (kesemua sumber Malaysiakini diakses kali terakhir pada 25
Disember 2010).
428
Abdullah Ahmad, ‗Noblesse Oblige‘, 16.
429
Ibrahim Suffian, temu bual dengan pengkaji, Bandar Baru Bangi, 8 Disember 2009.
430
Forum ‗2nd Malaysian Student Leaders Summit 2008‘. Video 13 bahagian bagi forum ini boleh dilihat
di http://www.youtube.com/watch?v=dHFcsLeJ8II&feature=related (akses akhir 15 Januari 2010).
431
Mohd Sayuti Omar, ‗Wacana Politik: Tidak mencapai matlamat sebenarnya?‘, Siasah, 28 Disember
2008.

126
Khairy juga mengeksploitasi sepenuhnya media progresif seperti Malaysiakini, The Nut

Graph, Off The Edge dan The Sun bagi menyakinkan idea laluan sederhana yang

diperjuangkannya. 432 Bagi Khairy, laluan tersebut merupakan jalan terbaik bagi lanskap

politik pasca PRU-12 dan menegaskan keperluan untuk mengembalikan semula agenda

reformasi Abdullah berbanding spektrum konservatif yang bercirikan perkauman. 433

Namun hasrat dan keinginan beliau untuk merubah UMNO dari dalam tidaklah menjadi

lebih mudah sebaik sahaja Abdullah mengundurkan diri sebagai PM. Selain terpalit

dengan salah laku politik wang dalam pemilihan UMNO 2008, beliau juga tidak

menerima sebarang perlantikan dalam pentadbiran Najib – sesuatu yang aneh bagi

seseorang yang memenangi jawatan Ketua Pemuda. Walaupun secara umum, beliau

berjaya memulihkan reputasinya dalam era Najib, kepimpinannya masih tidak disenangi

oleh golongan konservatif berikutan pendekatan beliau yang liberal dan sejarah

lamanya. 434

432
‗Khairy: I want to use protection to change things‘, The Star, 2 November 2007.
433
Lihat Khairy Jamaluddin, ‗Time for a makeover‘; Khairy Jamaluddin, ‗Interview: I‘m not a political
opportunist‘, Malaysiakini, 6 Mac 2009, http://www.malaysiakini.com/news/99709 (akses akhir pada 25
Disember 2010).
434
Dalam pentadbiran Najib, Khairy meneruskan pertautan dengan masyarakat bukan Melayu dan
menyeru agar kaum Melayu membebaskan diri dari mentaliti terkepung dan beralih kepada persaingan
terbuka. Turut menjadi sasaran terbuka Khairy ialah pertubuhan ultra-konservatif seperti PERKASA yang
diketuai oleh bekas ahli Parlimen UMNO, Ibrahim Ali dan mendapat sokongan kuat dari Mahathir.
PERKASA telah dikritik keras oleh pelbagai pihak khususnya golongan bukan Melayu kerana
melaksanakan pendekatan yang konfrontasi dalam membela kepentingan orang Melayu. Hal ini
termasuklah tekanan yang diberikan mereka terhadap liberalisasi ekonomi yang dianjurkannya Najib.
Selain dari seorang lagi menteri kabinet Najib iaitu Nazri Aziz yang vokal menyuarakan tentangan
terhadap Perkasa, Khairy merupakan seorang lagi individu yang tidak merahsiakan tentangannya. Khairy
pernah menyuarakan hasrat untuk berehat selepas PRU-13 tetapi baru-baru ini mengeluarkan kenyataan
untuk memimpin Pemuda UMNO selama sepenggal lagi.

127
3.5 KESIMPULAN

Bab ini hanya bertujuan memberikan gambaran umum terhadap kepimpinan Abdullah

agar perbincangan bab-bab seterusnya dapat disilang rujuk dan disatukan dalam

kerangka yang lebih besar. Dengan menghuraikan beberapa petunjuk, bab ini cuba

menjelaskan beberapa aspek preliminari berkaitan dengan latar Abdullah, gaya

kepimpinannya dan bulatan dalaman yang mengelilingi beliau. Sebarang jua gambaran

permulaan yang diperolehi melalui perbincangan bab ini, kita tidak harus tergelincir

dalam melihat ia dalam konteks yang lebih besar seperti yang akan dihuraikan

selanjutnya dalam bab-bab selepas ini. Bab ini lebih diniatkan sebagai satu prolog bagi

melihat secara umumnya kedudukan teoritikal kepimpinan neokonservatif. Soalan yang

wajar untuk direnungi selepas ini ialah bagaimanakah dasar-dasar Abdullah merupakan

simbol kepada legasi neokonservatif?

128
BAB 4

PEMBANGUNAN LUNAK

[Pemikiran] luar kotak ialah [sesuatu yang] unusual. Yang tidak pernah kita buat.
Yang tidak pernah menjadi tradisi. Tidak bermakna tradisi mesti selama-lamanya
begitu. Kalau alam sudah berubah, kalau persekitaran sudah berubah, kalau ilmu
sudah berkembang dengan begitu [pesat] sekali, apakah kita hendak buat cara
yang macam dulu lagi? Sebab itu, kita [harus] learn, unlearn dan relearn.

Abdullah Ahmad Badawi435

4.1 PENGENALAN

Apabila Abdullah mengungkapkan pandangannya berkenaan hubung kait antara tradisi

dan perubahan seperti di atas, ia boleh dianggap mencerminkan falsafah utama yang

mendasari penyimpangan-penyimpangan yang dilakukan dalam pemerintahannya.

Tumpuan pertama dalam kajian ini ialah kerangka pembangunan dan pengurusan

ekonomi. Malaysia dikenali sebagai sebagai model negara pembangunan yang

meletakkan ekonomi sebagai prioriti terpenting rejim pemerintah khususnya di bawah

era Mahathir. 436 Kesan daripada model ini dihujahkan oleh Francis Loh sebagai

mewujudkan budaya developmentalisme iaitu penekanan terhadap peningkatan

keselesaan hidup kesan daripada pertumbuhan ekonomi. Elemen yang menunjangi

penekanan ini antaranya ialah dasar penswastaan, penekanan terhadap industri berat,

pembangunan kelas menengah Melayu, pembangunan projek-projek, pengwujudan

435
Abdullah Ahmad Badawi, temu bual dengan pengkaji, 18 Mac 2010.
436
Abdul Rahman Embong, ‗Developmentalist State in Malaysia: Its Origin, Nature and Contemporary
Transformation‘ dalam Joan M. Nelson, Jacob Meerman dan Abdul Rahman Embong (pnyt.),
Globalization & National Autonomy: The Experience of Malaysia (Singapore: Institute of Southeast
Asian Studies & IKMAS, 2008).

129
budaya konsumerisme dan penawaran kestabilan politik. Elemen-elemen inilah yang

menurutnya berjaya menjinakkan wacana berkenaan demokrasi di Malaysia. 437 Dalam

era Abdullah, model dan kerangka ini diteruskan oleh beliau tetapi di bawah rubrik yang

berbeza iaitu pembangunan lunak. Pada PAU 2006, Abdullah berterus terang

memberitahu yang beliau tidak lagi akan ―mengurus ekonomi secara biasa‖ dan dengan

―cara yang sama‖. Perubahan yang ingin beliau lakukan dalam ekonomi ialah proses

―transformasi... yang tidak akan memperlihatkan hasil dalam tempoh yang singkat‖. 438

Pembangunan lunak merupakan aspek pertama yang menandakan penyimpangan yang

cuba diambil beliau dalam kerangka pembangunan negara yang ditinggalkan Mahathir.

Sejajar dengan visi keseimbangan yang ditekankannya, Abdullah tidak mempunyai

pilihan selain melaksanakan perkara yang ―boleh‖ beliau lakukan. Jika Mahathir

melakukan kesilapan dalam sepuluh tahun yang pertama, beliau masih mempunyai

ruang untuk memperbaikinya pada sepuluh tahun yang kedua. Namun pilihan yang sama

tidak dipunyai oleh Abdullah kerana dia tidak akan berada selama mana Mahathir

berkuasa.439 Begitu pun dalam penyimpangan ini, Abdullah sering kali menegaskan

yang beliau masih berpandukan matlamat akhir iaitu untuk mencapai Wawasan 2020 –

gagasan negara maju yang diperkenalkan Mahathir pada 1991.440 Dokumen utama yang

boleh merumuskan legasi ekonomi beliau ialah Rancangan Malaysia Kesembilan

(RMK-9) yang mengandungi Misi Nasional – satu rangka kerja dalam tempoh 15 tahun

437
Loh, ‗Developmentalism and Limits of Democratic Discourse‘.
438
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Dasar Perhimpunan Agung UMNO 2006‘, Utusan Malaysia, 16
November 2006.
439
Mohamad Abu Bakar, temu bual dengan pengkaji, 23 November 2009; Shamsul Amri, temu bual
dengan pengkaji, 12 Mac 2010.
440
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Cabaran laksana Misi Nasional‘ ; ‗Pak Lah: I‘m still the commander‘, The
Star, 15 Oktober 2006.

130
sebelum tahun 2020. 441 Elemen penting yang jelas terpapar dari RMK-9 walaupun telah

mengalami pengubahsuaian ialah penyegaran semula DEB yang digubal pada 1971

khususnya komitmen terhadap pembasmian kemiskinan. 442

4.2 PENYEGARAN SEMULA SEKTOR PERTANIAN DAN


PEMBANGUNAN LUAR BANDAR: ANAK DIDIK POLITIK TUN
RAZAK

Dalam cabang ekonomi, antara kejutan besar yang diambil Abdullah ialah mengalihkan

semula tumpuan enjin pertumbuhan terhadap sektor pertanian dan penekanan terhadap

pembangunan modal insan. Di sinilah wujudnya petunjuk mengenai kewujudan dasar

berbentuk penyegaran semula. Abdullah menggambarkan bahawa dua komponen ini

merupakan pengaruh daripada dasar yang telah ditekankan oleh Razak.443

Apabila Abdullah mengambil alih kepimpinan, sektor pertanian merupakan sektor yang

semakin malap kerana ketiadaan usaha untuk menarik pelabur dan pemberian insentif

kepada pengusaha. 444 Sumbangan sektor pertanian kepada ekonomi negara telah

mengecil daripada 30% dalam tahun 1970-an kepada 8.2% pada tahun 2005 dengan

prioriti diberikan terhadap sektor perindustrian dan perkhidmatan sebagai penjana

pertumbuhan. Dari segi pengeluaran bahan mentah seperti getah dan kelapa sawit yang

dijalankan oleh syarikat konglomerat seperti Sime Darby, sektor ini masih memberikan

441
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Pembentangan Rancangan Malaysia Kesembilan‘ (31 Mac 2006),
www.mampu.gov.my/pdf/rm9%202006-2010.pdf (akses pada 13 Februari 2010).
442
Shamsul Amri Baharuddin, ‗Not just a mechanic but a good social engineer‘, New Straits Times, 10
April 2006.
443
‗Pengaruh Tun Razak masih ada pada saya – PM‘, Utusan Malaysia, 6 Jun 2007.
444
Lihat Mohd Zuki Pileh, Hamidah Zabidi dan Rahaiza Ismail, ‗Harapan Baru Masyarakat Tani‘,
MASSA, 1 Mei 2004.

131
hasil yang menggalakkan. Begitu pun, perkara yang sama tidak berlaku kepada sektor

industri makanan yang dicerminkan oleh nilai import makanan negara yang mencecah

RM15.46 billion pada 2005.445

Pada pandangan pertama, fakta sebegini tidaklah menyarankan yang sektor pertanian

sengaja dikesampingkan kerana Dasar Pertanian Negara telah dimaktubkan pada era

Mahathir semenjak 1984 dan era Abdullah merupakan tempoh pelaksanaan Dasar

Pertanian Ketiga yang mewakili tempoh antara 1998-2010. Namun, beberapa situasi

yang ada menampakkan fakta bahawa ia bukanlah suatu sektor yang diberi perhatian

utama dalam era Mahathir. 446 Pertumbuhan produktiviti sektor tersebut adalah perlahan

dan hal ini terus menyumbang terhadap membesarnya jurang pendapatan antara

penduduk bandar dan luar bandar serta peningkatan kadar import makanan.447

Pendidikan pertanian pula kelihatan tenggelam di sebalik keghairahan korpus ilmu yang

lebih terkehadapan. Universiti Pertanian Malaysia yang telah sekian lama dikenali

dengan nama tersebut ditukarkan nama kepada Universiti Putra Malaysia (UPM) pada

1997. Walaupun masih mengekalkan nic pertanian, ia merupakan tindakan yang masih

445
Fatimah Arshad, ‗Pertanian sebagai Perniagaan‘, Kertas kerja Konvensyen Pertanian Kebangsaan 2007
anjuran Biro Pertanian UMNO Malaysia, 27-28 September 2007, Seremban, Negeri Sembilan, 3-4; Mad
Nasir Shamsudin, temubual dengan pengkaji, Serdang, 9 April 2010.
446
Bekas Setiausaha Akhbar Mahathir menceritakan bagaimana Menteri Pertanian, Manan Osman tidak
pernah ditanya oleh Mahathir berkenaan aktiviti yang kementeriannya lakukan. Ia dianggap oleh Manan
sebagai cerminan jelas mengenai kepercayaan Mahathir bahawa masa depan Malaysia tidak bergantung
pada sektor pertanian. Lihat Ahmad Mustapha Hassan, Membina & Meruntuh Malaysia, 65.
447
Lihat Ishak Shaari, ‗Penerusan Agenda Sosial di Malaysia dalam Era Globalisasi: Isu dan Cabaran‘
dalam Norani Othman dan Sumit K. Mandal (pnyt.), Malaysia Menangani Globalisasi (Bangi: Penerbit
UKM, 2000), 219-220; Ragayah Mat Zain, ‗Explaining The Trend In Malaysian Income Distribution‘,
EADN Income Distribution Project (2003), www.eadn.org/reports/iwebfiles/i06.pdf (akses pada 13
Disember 2009), 28-29.

132
disambut dengan reaksi berbelah bahagi.448 Menurut sarjana pertanian, Mohd Khanif

Yusup, sebelum kerajaan menyegarkan semula dasar ini:

We have lost almost a decade of agriculture education…Agriculture education


has dropped its standards. We are unable to get the best students for the
university. Our Faculty of Agriculture undergraduates are here merely because
they did not get their first choice (of faculties).449

Hasilnya, penumpuan yang tidak seimbang ini bukan sahaja memberikan kesan kepada

dimensi ekonomi itu tetapi juga dimensi politik. Aliran pengundian semenjak PRU-9

pada 1995 menunjukkan yang wujudnya kemerosotan pengundi di kalangan penduduk

miskin luar bandar khususnya di bahagian utara semenanjung yang menjadi nadi

pengundi Melayu. Walaupun terdapatnya aliran peningkatan sokongan bukan Melayu,

ayunan yang sama tidak berlaku kepada golongan pengundi Melayu. Faktor ini berlaku

kerana penekanan Mahathir terhadap perindustrian berat, penswastaan dan projek

infrastruktur mega tidak menarik minat mereka dan lebih ditumpukan di kawasan

bandar. Walaupun pertumbuhan ekonomi meningkat dalam tempoh tersebut, golongan

ini tidak menikmati faedah daripadanya dan berasa ditinggalkan. Dengan demikian,

dalam manifesto BN pada 2004, kerajaan berjanji untuk menumpukan perhatian kepada

masalah kemiskinan, mempromosikan industri kecil dan sederhana (IKS) serta

menyegarkan semula sektor pertanian. Faktor ini merupakan antara sebab terhadap

peralihan undi yang besar sehingga BN dapat merampas semula Terengganu dan

hampir-hampir menawan semula Kelantan.450

448
Dikemukakan oleh sarjana, Ragayah Mat Zain dalam sesi soal jawab Seminar ‗Malaysian Agriculture
In Transitions: 1960-2010‘ yang disampaikan oleh Colin Barlow pada 15 April 2010, IKMAS, UKM.
449
Dipetik dari Clarence Y.K Ngui, ‗Seeing The Green Lights‘, Malaysian Business, 16 November 2004,
22.
450
Edmund Terence Gomez, temu bual dengan pengkaji, 26 Mac 2010.

133
Dimensi politik kedua pula ialah usaha Abdullah untuk mengurangkan pergantungan

kontraktor kelas F yang kebanyakannya merupakan ahli UMNO terhadap kontrak

kerajaan. Semenjak lewat 1980-an, politik penaungan atau pork barrel politics telah

mengakibatkan pertambahan mendadak kontraktor kelas ini. Biar pun krisis ekonomi

yang berlaku pada 1997 mengakibatkan industri pembinaan mengalami penguncupan,

bilangan kontraktor terus meningkat disebabkan kerajaan terus meningkatkan

perbelanjaan awam. Justeru, Abdullah dalam ucapan PAU 2005 telah mengisyaratkan

bahawa penggantungan golongan ini terhadap kerajaan harus dihentikan dan menggesa

mereka beralih ke bidang yang mempunyai potensi keuntungan jangka panjang seperti

pertanian, perikanan dan industri berkaitan. 451

Sebagai ‗anak didik politik‘ kepada Tun Razak,452 Abdullah sememangnya mempunyai

sentimen tersendiri terhadap masyarakat luar bandar dan pertanian. Walaupun diketahui

minat Abdullah pada permainan golf, beliau juga meminati aktiviti memancing. 453

Aktiviti berkebun dan bercucuk tanam herba pula merupakan rutin yang dilakukannya di

kediamannya di Seri Perdana. Bersama-sama isterinya, Jeanne Abdullah, mereka

mengusahakan Kebun Ramuan yang menempatkan tanaman herba tradisional. 454 Lokasi

yang dipilih bagi rumah persaraannya ialah di Sungai Penchala – sebuah perkampungan

di Petaling Jaya yang masih dilitupi kehijauan hutan. Malahan beliau berkeinginan ingin

membina perigi di belakang rumah tersebut sebelum membatalkannya atas faktor

451
Masashi Nakamura dan So Umezaki, ‗Malaysia in 2005: Long journey to structural reform‘ dalam
Yearbook of Asian Affairs (Chiba: Institute of Developing Economies, 2006), 376.
452
Lihat Najib Razak, ‗Ucapan Penerimaan Jawatan Sebagai Presiden dan Penggulungan‘ (28 Mac 2009),
http://1malaysia.com.my/my/news_archive/transkrip-ucapan-penerimaan-jawatan-sebagai-presiden-dan-
penggulungan/ (akses pada 20 Jun 2012).
453
‗Up close with the new PM‘, The Star, 1 November 2003.
454
‗Abdullah dan Jeanne berkongsi gembira di kebun‘, Mingguan Malaysia, 22 Mac 2009.

134
keselamatan. 455 Kesemua minat ini membantu menyerlahkan simbol mengenai

penekanannya. Lantaran itu, sejak ucapan pertamanya di Parlimen, Abdullah telah

memberikan isyarat bahawa pembangunan luar bandar perlu dirangkaikan dalam arus

perdana ekonomi.456 Sama ada secara kebetulan atau dirancang, program pertama yang

dihadiri Abdullah sebaik dilantik sebagai PM ialah menyampaikan bantuan kepada para

petani yang terjejas dengan masalah banjir di Seberang Perai Utara dan Baling. Dalam

majlis itu, beliau mengulangi komitmen untuk menyegarkan semula sektor berkenaan.457

Inisiatif pertama Abdullah ialah menukar nama Kementerian Pertanian kepada

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Beliau melihat pertanian bukan lagi

dalam pengertian ―memelihara kambing, lembu dan ikan‖ tetapi satu bentuk perusahaan

asas tani. 458 Tunjang utama dalam amalan ini ialah dengan menggunakan aplikasi

teknologi moden seperti bioteknologi, teknologi maklumat dan komunikasi, perladangan

komersil berskala besar dan yang dapat meningkatkan nilai rantaian. 459 Sebagai

membuktikan kesungguhannya, Abdullah melantik Muhyiddin Yassin, menteri bertaraf

kanan bagi mengetuai kementerian tersebut. Tindakan itu bagi memaparkan penekanan

seriusnya terhadap sektor itu walaupun pada awalnya amat mengecewakan

Muhyiddin. 460 Pada pembentangan RMK-9, Abdullah menamakan cita-cita ini sebagai

455
Wong Chun Wai, ‗Pak Lah is ready to move on‘, The Star, 2 April 2009.
456
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Mewarisi Kejayaan‘ (3 November 2003),
http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=paklah&id=2817 (akses pada 13 November 2009).
457
‗Abdullah goes to the aid of farmers‘, The Star, 3 November 2004.
458
Abdullah Ahmad Badawi, temu bual dengan pengkaji, 18 Mac 2010.
459
Lihat Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan di Persidangan Halatuju Sektor Perindustrian dan Asas Tani‘
(12 Ogos 2004), http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=paklah&id=2879 (akses pada 7 November
2010); Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Bajet 2005‘ (10 September 2004), di
http://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/ub05.pdf (akses pada 18 April 2009).
460
Abdullah Ahmad Badawi, temu bual dengan pengkaji, 18 Mac 2010.

135
gagasan ―pertanian baru‖ dan memperuntukkan RM11.4 billion ringgit bagi disalurkan

kepada sektor tersebut iaitu peningkatan 70% daripada peruntukan RMK-8.461

4.2.1 Strategi Serampang Empat Mata

Pendekatan Abdullah dalam sektor pertanian mempunyai serampang empat mata iaitu

kesan rantaian yang wujud dari sektor itu. Pertamanya ialah penekanannya kepada

pembangunan bioteknologi. Abdullah menyedari bahawa Mahathir telah menyediakan

semua kemudahan seperti infrastruktur, bioteknologi dan teknologi maklumat. Tindakan

lanjut yang perlu dilakukannya ialah mengambil semua peluang ini untuk diterjemahkan

dalam konteks pertanian baru yang ingin dimajukannya. 462 Bagi Abdullah, beliau tidak

mahu anugerah sumber dan biodiversiti yang wujud di negara ini tidak diutilitikan

semaksimum mungkin khususnya dalam menambah baik kualiti pengeluaran

makanan. 463 Biarpun pelaburan ke atas bioteknologi berisiko dan mengambil masa yang

panjang, namun potensinya begitu besar sehinggakan wujudnya pandangan bahawa ia

akan mengambil alih peranan teknologi maklumat berikutan kekayaan sumber genetik

negara. 464 Menurut bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Malaysia,

Iskandar Mizal Mahmood (2005-2011), Dasar Bioteknologi Negara yang digubal pada

era Abdullah berbeza dengan pendekatan era Mahathir kerana ia dilihat melalui

pendekatan yang holistik iaitu daripada peringkat penyelidikan hinggalah

pengkomersilan sesuatu penemuan. Tambahan pula, sektor itu tidak bergerak pada era

461
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Pembentangan Rancangan Malaysia Kesembilan‘.
462
Mad Nasir Shamsudin, temu bual dengan pengkaji, 9 April 2010.
463
Lihat antaranya Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Perasmian BioMalaysia 2005‘ (28 April 2005),
http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=paklah&id=2942 (akses pada 6 Mac 2010).
464
Salleh Mohd Noor, ‗Bioteknologi akan mengambilalih peranan IT dalam pembangunan negara‘,
Dewan Ekonomi, April 2005, 13-15; Fatimah Arshad, ‗Bajet pertanian 2006 propertumubuhan‘, Utusan
Malaysia, 4 Oktober 2005.

136
Mahathir kerana tidak adanya tindakan susulan. 465 Sejajar dengan hasrat itu, kerajaan

telah menumpukan terhadap pemfokusan keupayaan bidang ini seperti penubuhan

BioNexus Malaysia dan pusat kecemerlangan yang diterajui Institut Penyelidikan dan

Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), UPM dan UKM.

Turut dijadikan inisiatif penting ialah pembangunan industri halal dan langkah

menjadikan Malaysia sebagai Hub Halal Antarabangsa. Malah sektor pertanian dan hub

halal sering kali diletakkan Abdullah seiringan dalam penekanannya. Usaha terhadap

perkara ini telah dimulakan sejak era Mahathir lagi tetapi hanya pada era beliau,

perhatian lebih khusus diberikan. 466 Penekanan ini diberi keutamaan berdasarkan hujah

yang menganggap ia lewat dilaksanakan di sebalik semua kemudahan yang wujud dan

imej negara Islam contoh yang dimiliki Malaysia. Malah ada pihak melihat ia sebagai

bidang yang lebih kompetitif berbanding sektor bioteknologi dan teknologi maklumat

berikutan pasaran industri halal dunia yang dianggarkan bernilai RM8.4 trillion.467

Dengan penggubalan MS 1500 iaitu piawai pengeluaran produk halal yang mendapat

pengiktirafan di seluruh dunia dan juga kedudukan penting Malaysia dalam Organisasi

Persidangan Negara Islam (OIC), ia memberikan lebih ruang kepada Malaysia untuk

muncul sebagai pemain global. Turut membantu ialah kerana Malaysia merupakan satu-

465
Iskandar Mizal Mahmood, ‗Wawancara: Serving the Country‘s Needs‘, Malaysian Business, 1
November 2005, 32.
466
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Perasmian Malaysia International Halal Showcase (MIHAS 2004)‘
(16 Ogos 2004), http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=paklah&id=2880 (akses pada 17 April 2010).
467
Jumaatun Azmi, ‗Tiada Koordinasi Punca Industri Halal tempatan lembab‘, Dewan Ekonomi, April
2006, 21-23; Hayati @ Habibah Abdul Talib dan Khairul Anuar Mohd Ali, ‗Aspek Kualiti, Keselamatan
Dan Kesihatan Di Kalangan PKS Makanan: Satu Sorotan Kajian‘, Jurnal Teknologi, 49 (E) Disember
2008, 70.

137
satunya negara yang mempunyai pensijilan halal yang dikeluarkan kerajaan. 468 Antara

inisiatif penting yang diambil pentadbiran Abdullah ialah menubuhkan Halal

Development Corporation, mengadakan acara tahunan seperti Malaysian International

Halal Showcase (MIHAS), Forum Halal Sedunia dan membina hub halal seperti di

Tanjung Manis, Sarawak; Sungai Petani, Kedah dan Pulau Indah, Selangor.

Serampang ketiga ialah pembangunan IKS yang disifatkan Abdullah sebagai ―peneraju

penting pertumbuhan ekonomi negara‖.469 Penumpuan terhadap IKS dianggap sebagai

penyimpangan penting kerana acuan ekonomi sebelum ini yang banyak tertumpu pada

pembangunan korporat dan sistem penaungan ternyata menimbulkan kesan negatif.

Krisis kewangan 1997 membuktikan syarikat-syarikat besar yang menerima penaungan

kerajaan gagal mengekalkan daya saing. Namun IKS yang tidak menerima sebarang

konsensi seperti ini terpaksa bergelut dalam suasana yang lebih kompetitif. 470 Dengan

penumpuan Abdullah terhadap industri halal, IKS yang terlibat dalam pemprosesan

makanan umpamanya merupakan antara penerima manfaat terpenting dalam usaha ini.

Bermula dari bajet 2005, Abdullah menambahkan peruntukan dari RM1.5 billion kepada

RM4.5 billion kepada tabung IKS. Hal ini dituruti dengan pelbagai insentif galakan dan

pengkemasan institusi yang berkaitan seperti penubuhan Bank Perusahaan Kecil dan

Sederhana dan Bank Pembangunan Malaysia Berhad, mewujudkan beberapa taman

468
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Perasmian Malaysia International Halal Showcase (MIHAS
2004)‘; Jumaatun Azmi, ‗Tiada Koordinasi Punca Industri Halal tempatan lembab‘, 22.
469
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Bajet 2008‘ (7 September 2007),
http://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/ub08.pdf (akses pada 6 Mei 2010).
470
Edmund Terence Gomez, ‗Q & A: Pak Lah has power to wipe out corruption‘, Malaysiakini, 15 Jun
2005 (akses pada 12 Julai 2009).

138
teknologi dan kelompok industri serta pemberian insentif untuk pengusaha yang terlibat

dengan industri halal. 471

Objektif yang terakhir pula ialah menjamin bekalan makanan negara. Krisis Kewangan

Asia 1997 menunjukkan bahawa sektor makanan mempunyai daya saing yang tinggi

dan menjadikan ia mula kembali diberi perhatian. Pentadbiran Abdullah telah

memperkenalkan semula Buku Hijau dan memperkenalkan Dasar Bumi Hijau bagi

menambah baik bekalan makanan semenjak 2006. Inisiatif ini diberi penekanan yang

lebih penting apabila krisis ekonomi melanda dunia dengan lebih buruk pada 2008 yang

seterusnya memberikan kesan kepada krisis bekalan makanan dan kenaikan harga

minyak. Sebagai reaksi daripada situasi tersebut, Abdullah mengumumkan Dasar

Jaminan Bekalan Makanan Negara sebanyak RM5.6 billion bagi tahun 2008 dan 2009.

Memandangkan defisit makanan yang meningkat dengan konsisten dan ia merupakan

krisis yang berulang, perancangan jangka panjang dan sistem pertanian yang dapat

bertahan merupakan strategi yang begitu penting.472

471
Lihat Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Bajet 2005‘; Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Bajet 2006‘
(30 September 2005), http://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/ub06.pdf (akses pada 12 November 2010);
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Pembentangan Rancangan Malaysia Kesembilan‘; Abdullah Ahmad Badawi,
‗Ucapan Bajet 2008‘; Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Bajet 2009‘ (29 Ogos 2008),
http://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/ub09.pdf (akses pada 23 Jun 2010).
472
Mohd Mokhtar Ismail, ‗Need to strike the right balance‘, The Star, 31 Oktober 2009; Mad Nasir
Shamsudin, temu bual dengan pengkaji, 9 April 2010.

139
4.2.2 Pembangunan Wilayah

Pembangunan wilayah sememangnya telah lama dilaksanakan semenjak era Razak

lagi. 473 Namun aliran pembangunan yang terlalu pantas dan menekankan pembangunan

fizikal serta perindustrian menjadikan pembangunan negara muncul dalam pola yang

tidak sekata dan tidak dinikmati semua pihak khususnya masyarakat luar bandar. 474 Bagi

Abdullah, kemajuan hanyalah bermakna sekiranya ia tersebar ke seluruh pelusuk

negara. 475 Beliau menegaskan sudah sampai masanya pusat perkembangan dan

pertumbuhan tidak harus tertumpu di Lembah Klang dan menyatakan hasratnya untuk

membangunkan lima koridor wilayah. 476 Jelas Ungku Aziz, penekanan kepada

pembangunan luar bandar dalam RMK-9 merupakan pengembalian kepada semangat

DEB di peringkat awal. Konsep lelehan (trickle-down) yang diharapkan menjelma

daripada pembangunan industri tidak berlaku mengambil kira keadaan yang berlaku di

kawasan desa di negeri seperti Kedah dan Kelantan. Justeru menurutnya, perubahan

yang dilakukan dalam RMK-9 merupakan sesuatu yang wajar dilakukan kerana

penduduk luar bandar telah banyak terabai.477

473
Seperti penubuhan KEJORA (Lembaga Kemajuan Johor Tenggara), KESEDAR (Lembaga Kemajuan
Kelantan Selatan) dan KETENGAH (Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah).
474
Zainal Abidin Wahid, ‗Wawancara: Membangun tetapi tidak maju‘, Tamadun, Disember 1997, 32-35;
Asan Ali Golam Hassan, ‗Ekonomi: Hendak Membangun Bersama Siapa?‘, MASSA, 31 Januari 2004, 35.
475
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Pelancaran Wilayah Ekonomi Koridor Timur‘ (29 Oktober 2007),
http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=paklah&id=3150 (akses pada 15 Mei 2010).
476
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Pembentangan Rancangan Malaysia Kesembilan‘.
477
Ungku Aziz, ‗Wawancara: Bara kesedaran sudah ada‘, Mingguan Malaysia, 9 April 2006.

140
Konsep pembangunan wilayah digarap daripada kepercayaan Abdullah bahawa setiap

negeri mempunyai kekuatannya sendiri. 478 ECER dan Wilayah Ekonomi Koridor Utara

(NCER) dikhaskan bagi membangunkan potensi pertanian. 479 Koridor Pembangunan

Sabah (SDC) pula difokuskan kepada agropolitan dan pelancongan 480 manakala potensi

sumber asli dan pertanian dikhususkan untuk Koridor Pembaharuan Tenaga Sarawak

(SCORE).481 Dengan masih berpegang kepada konsep limpahan, Abdullah berharap

pembangunan koridor dapat mencontohi impak yang dikenakan dalam pembangunan

Kuala Lumpur terhadap negeri-negeri terdekat. Pengecualian yang jelas dalam hal ini

ialah pembinaan Wilayah Pembangunan Iskandar (IDR) (kemudiannya dikenali sebagai

Iskandar Malaysia). Iskandar merupakan pembangunan wilayah pertama yang

dilancarkan Abdullah dan mendapat perhatian yang lebih besar daripada keempat-empat

koridor yang lain. Ia merupakan cubaan untuk mewujudkan sebuah kota metropolis

yang merangkumi kawasan pembangunan seluas tiga kali ganda Singapura. Dibantu

oleh kesan langsung daripada kemantapan ekonomi Singapura, projek yang mengambil

masa dua dekad itu dijangka mampu menjadi sebuah pusat pertumbuhan seperti wilayah

Shehzen China yang dibangunkan bersebelahan Hong Kong.

Bagi Abdullah, beliau tidak menafikan Iskandar mempunyai status mega tetapi bukan

dalam pengertian yang biasa. Ia melihat semua aspek sesuai dengan sifatnya sebagai

478
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Pelancaran Wilayah Koridor Ekonomi Utara‘ (31 Julai 2007),
http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=paklah&id=3123 (akses pada 6 Julai 2010).
479
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Pelancaran Wilayah Koridor Timur‘; Abdullah Ahmad Badawi,
‗Ucapan Pelancaran Wilayah Koridor Utara‘.
480
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Pelancaran Koridor Pembangunan Sabah (29 Januari 2008),
http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=paklah&id=3169 (akses pada 6 Julai 2010).
481
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Pelancaran Sarawak Corridor of Renewable Energy‘ (11 Februari
2008), http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=paklah&id=3170 (akses pada 6 Julai 2010).

141
kawasan pembangunan baru dan akan mengambil masa. 482 Teras utama Iskandar juga

adalah bertunjangkan pembangunan lunak. Walaupun bercirikan pembangunan

metropolitan, Abdullah menegaskan yang Iskandar akan turut dicirikan oleh penekanan

terhadap serampang-serampang lain seperti industri halal, pembangunan modal insan

dan yang lebih penting memanfaatkan penglibatan penduduk luar bandar agar mereka

tidak dikesampingkan dalam proses pembangunan.483 Namun tumpuan utama kajian ini

bukanlah berkisar terhadap perbahasan mengenai status projek tersebut. Aspek yang

lebih menjadi tumpuan ialah reaksi golongan konservatif dalam UMNO.

Latar negeri Johor yang terkenal sebagai kubu kuat UMNO dan ―sindrom Singapura‖484

menjadikan pembangunan Iskandar dilihat dengan rasa curiga berikutan proses

liberalisasi ekonomi yang ingin dilakukan Abdullah. Bagi menarik pelaburan luar untuk

menampung projek bernilai RM383 billion itu, Musa Hitam yang turut merupakan

anggota penasihat projek ini mencadangkan bahawa kuota bumiputera sebanyak 30%

digugurkan dan sebarang projek hanya diberi berasaskan merit. 485 Cadangan yang

kemudiannya dipersetujui oleh Abdullah ini bukanlah perkara baru kerana insentif

seumpamanya telah diberikan kepada pelaburan luar dalam pembuatan teknologi tinggi

dan juga Koridor Raya Multimedia (MSC). Namun skala insentif yang lebih meluas ini

telah membangkitkan kebimbangan bahawa ia akan menerima libasan politik daripada

482
Abdullah Ahmad Badawi, temu bual dengan pengkaji, 18 Mac 2010.
483
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Pelancaran Wilayah Ekonomi Johor Selatan‘ (4 November 2006),
http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=paklah&id=3054 (akses pada 6 Julai 2010).
484
Istilah ini dikemukakan oleh Musa Hitam bagi menerangkan kepimpinan Tun Dr Ismail yang tidak
mempunyai ‗sindrom Singapura‘ iaitu dengan memandang tinggi visi pembangunan negara itu. Lihat
‗Musa Told Aspiring Leaders To Emulate Tun Dr Ismail‘, 22 Mac 2007,
http://www.bernama.com.my/bernama/state_news/news.php?id=252768&cat=st (akses pada 10
September 2011).
485
‗Musa: Drop race quota to help woo foreign investors to South Johor‘, The Sun, 21 Mac 2007; ‗Johor
investor perks unlikely to create Malay backlash‘, Straits Times, 23 March 2007.

142
UMNO. Satu daripada cadangan yang terpaksa dibatalkan ialah pengwujudan zon akses

bebas antara Singapura dan Iskandar berikutan kebimbangan mengenai masalah

kedaulatan.486 Penarikan cadangan ini bagaimanapun tidak mendiamkan Mahathir dan

golongan konservatif yang terus membimbangi bahawa peluang ekonomi akan jatuh

lebih banyak ke tangan Singapura. Kerapatan individu-individu seperti Khairy dan

Kalimullah dengan Singapura juga mewujudkan dakwaan bahawa projek tersebut

merupakan percubaan untuk memajukan agenda peribadi dan bukannya kepentingan

orang Melayu. 487 Menteri Kanan Singapura, Lee Kuan Yew yang menyedari sentimen

ini menggesa agar syarikat-syarikat Singapura tidak mengharapkan layanan istimewa

daripada projek Iskandar kerana:

On one side Pas is trying to topple the prime minister but when Umno leaders,
particularly from Johor, are also doing the same, Singaporean investors must
seriously ask themselves when this attitude will change and whether they
welcome us in IDR.488

Bagi Shahrir Samad yang menolak sepenuhnya dakwaan berbentuk konspirasi yang

membabitkan kalangan terdekat dengan Abdullah:

Dari segi logistik, ada tiga pelabuhan yang dikuasai kepentingan Melayu.
Tanjung Langsat yang dikuasai Johor Corporation [serta] Pasir Gudang dan
Tanjung Pelepas yang dikuasai MMC Corporation. Lapangan terbang juga
dikuasai kepentingan Melayu iaitu MMC Corporation. Lebuh raya dalam
[Iskandar] juga dikuasai oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) iaitu PLUS. Jadi
dari segi logistik, peranan dan kedudukan Melayu sudah kuat dan lebih kuat dari
Lembah Kelang... Begitu juga beberapa industri perkhidmatan seperti hotel dan

486
Dennis Hew, ‗The Malaysian Economy: Developments and Challenges‘, Southeast Asian Affairs
(2008), 219.
487
Lihat Izmas, ‗WPI untuk siapa?‘; Feriz Omar, ‗Jangan sampai orang Johor jadi macam Palestin‘;
Mahathir Mohamad, ‗Wawancara: Sekarang tidak ada Umno, yang ada ‗Umyes‘…- Dr M‘, Siasah, 26
Ogos 2007; Ruhanie Ahmad, ‗UMNO tidak peka dominasi kuasa asing‘; Ahiruddin Atan, temubual
dengan pengkaji, 4 November 2009.
488
‗Don‘t expect special treatment in IDR, Singaporean Investors Told‘, 30 Jun 2007,
http://www.bernama.com/bernama/v3/news_lite.php?id=270520 (akses pada 10 September 2011).

143
hospital yang juga dikuasai kepentingan Johor dan Melayu... Yang uniknya ialah
mengelilingi bandar Johor Baharu itu adanya apa yang saya panggil Lingkaran
Melayu... Kawasan ini diduduki oleh mereka-mereka ini yang kuat dari segi ciri-
cirinya. Bukan kuat dari segi pemilikan harta tapi kuat dari segi kegiatan
masyarakatnya seperti keagamaan dan badan-badan amal. Jadi tak mudah untuk
golongan ini berasa tercabar… Saya tidak lihat Iskandar sekadar soal perniagaan
dan pelaburan. Saya lihat juga ia sebagai proses memajukan mutu hidup orang
Melayu.489

Pada Ooi Kee Beng pula, perubahan yang dilakukan Abdullah merupakan satu ―jawapan

balas‖ kepada dakwaan Mahathir yang menyifatkan beliau tidak mengerti perkiraan

membangunkan negara khususnya selepas pembatalan projek Jambatan Bengkok.

Dalam mana Mahathir memfokuskan kepada pembangunan Cyberjaya dan Putrajaya

sebagai sebahagian daripada gagasan koridor multimedia, Abdullah pula memfokuskan

semula pembangunan pusat bandar lama seperti Johor Bahru dan Pulau Pinang yang

boleh mendefinisikan semula kemajuan orang Melayu. 490

4.2.3 Masa Hadapan

Pada Pameran MAHA 2008, Abdullah berada selama sepuluh jam setengah di tapak

pameran tersebut491 – satu manifestasi kecintaan beliau terhadap sektor ini. Beliau

dengan bersungguh-sungguh cuba menukar persepsi mengenai sektor pertanian

walaupun sejak dari awal, Abdullah menyedari penyimpangan yang diambilnya

disambut dengan sinis khususnya tanggapan berpatah balik.492 You can refrain from

buying clothes, cars or shoes, but you must have enough food to eat – justifikasi yang

489
Shahrir Samad, temu bual dengan pengkaji, 15 Disember 2009.
490
Ooi Kee Beng, Lost in Translation, 153-160.
491
Mustapa Mohamad, ‗Transkrip 60 Minit Bersama Menteri‘ (13 Ogos 2008),
pmr.penerangan.gov.my/index.php/.../24-yb-dato-mustapa-mohamed.html (akses pada 10 Januari 2009).
492
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Menambah nilai perjuangan‘, Mingguan Malaysia, 12 November 2006.

144
digunakan beliau bagi menggambarkan keperluan untuk meneruskan dasar pertanian. 493

Kepada pihak yang mendukung atau telah terbiasa dengan kerangka ekonomi

sebelumnya, perubahan ini dilihat sebagai tidak memberi impak kepada pertumbuhan

ekonomi. Bagi Mahathir, pertanian untuk sekuriti makanan tidak mampu mencipta

peluang pekerjaan kerana ia lebih bergantung pada teknologi. 494 Pertentangan ini

diperlihatkan dengan lebih jelas dalam kritikan Mahathir terhadap projek koridor.

Dalam menafikan dakwaan yang beliau boros berbelanja untuk projek mega, beliau

memberikan justifikasi yang projek-projek berkenaan ―boleh dilihat oleh rakyat‖

sedangkan pembangunan koridor adalah ―kosong‖. 495 Daim Zainuddin, bekas Menteri

Kewangan dan arkitek dalam menjayakan developmentalisme turut menyifatkan

pertanian bukanlah idea yang kurang baik tetapi harus efisyen untuk bersaing dengan

negara-negara lain. 496 Ramai pihak di dalam UMNO juga melihat bahawa dasar

pertanian sukar untuk menyumbang kepada hasrat mencapai Wawasan 2020. 497 Hujah

ini lebih dapat disahkan apabila dalam pembentangan RMK-10 (2011-2015) yang

dibentangkan Najib, sektor pertanian tidak mendapat perhatian yang besar. 498

Menyukarkan lagi elemen penilaian kerana sifat sektor seperti pertanian yang memakan

masa yang lama untuk membawa kesan menyeluruh hatta dari segi kesedaran mahupun

493
‗Pak Lah: NEP No Longer In Existence‘, My Sinchew Com, 19 Disember 2008 (akses pada 12
September 2011).
494
Mahathir Mohamad, ‗Vision 2020: Are we on track?‘, Malaysian Business, 16 Ogos 2008.
495
Mahathir Mohamad, ‗Malaysian Maverick‘ (24 Disember 2009),
http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/12/malaysian-maverick.html (akses pada 23 Januari 2010).
496
Daim Zainuddin, ‗Wawancara: Saya tidak pernah diam‘, Dewan Ekonomi, Mei 2008.
497
Nur Jazlan Mohamed, ‗Umno gaining confidence but not ready for election yet‘, The Edge, 29 Oktober
2010, http://www.theedgemalaysia.com/in-the-financial-daily/176226-umno-gaining-confidence-but-not-
ready-for-election-yet.html (akses pada 2 November 2011).
498
Colin Barlow, ‗Agriculture in Malaysia‘s economic and social transformation — Colin Barlow‘, The
Malaysian Insider, 10 Mei 2012, http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/article/agriculture-in-
malaysias-economic-and-social-transformation-colin-barlow (akses pada 21 Jun 2012)

145
kemajuan teknologi.499 Dalam sektor pertanian umpamanya, pandangan pertama

sememangnya menampakkan bahawa penyegaran semula sektor ini telah meninggalkan

beberapa kesan yang jelas. Bagi Abdullah, sektor tersebut kini telah menjadi ―lebih

baik‖ dan beliau berasa amat gembira kerana apabila berkunjung ke agensi seperti

MARDI, beberapa gesaannya berkaitan penyelidikan tanaman dan kejuruteraan telah

berjaya dilakukan. 500 Dari segi kesedaran pula, motto ―pertanian itu perniagaan‖ diakui

telah mewujudkan impak psikologi yang jelas khususnya di kalangan golongan muda. 501

Pameran MAHA yang telah dimulakan dalam era Mahathir juga telah diangkat dalam

skala yang lebih popular di bawah kepimpinan Abdullah. 502 Begitu juga peningkatan

dana, pembiayaan dan latihan telah diperancakkan bagi menggembeleng kemajuan

sektor ini. 503 Namun dari sudut yang lebih teknikal, pencapaiannya tidaklah begitu

memberangsangkan. Walaupun banyak yang dilakukan Abdullah dari segi penubuhan

institusi dan penambahan bajet, perkembangan pembangunan bioteknologi, industri

halal dan IKS adalah tidak menggalakkan dengan masalah kompetensi dan daya saing

terus menjadi isu di kalangan usahawan bumiputera. Hal ini merencatkan kemajuan

yang boleh dicapai seperti yang diperlihatkan dalam kerjasama pembangunan sistem

vendor antara GLC dan IKS.504

499
Fatimah Arshad, ‗RMK-9 era pertanian‘, Utusan Malaysia, 5 April 2006.
500
Abdullah Ahmad Badawi, temu bual dengan pengkaji, 18 Mac 2010.
501
Rogayah Atan, dalam sesi soal jawab Seminar ‗Malaysian Agriculture In Transitions: 1960-2010‘ yang
disampaikan oleh Colin Barlow; Mad Nasir Shamsudin, temu bual dengan pengkaji.
502
‗Maha Dulu dan Sekarang‘, 9 Jun 2008,
http://web10.bernama.com/fama/news.php?lang=&id=338150 (akses pada 13 Januari 2010); Mustapa
Mohamad, ‗Transkrip 60 Minit Bersama Menteri‘.
503
Lihat Rupa Damodaran, ‗Abdullah‘s keen interest in developing agriculture‘, New Straits Times
Special, 2 April 2009; Mior Isfandy Mior Azizan, ‗Legasi Pak Lah Mentransformasi Sektor Pertanian‘, 20
April 2009, http://www.waubebas.org/ms/node/643 (akses pada 23 Julai 2009).
504
Disesuaikan dari ‗Usahawan Kecil dan Sederhana Tidak Fokus‘, Milenia, Januari 2009; Edmund
Terence Gomez, temu bual dengan pengkaji, 26 Mac 2010; Mad Nasir Shamsudin, temu bual dengan
pengkaji, 9 April 2010; ‗Tok Pa kritik industri halal negara‘, Kosmo, 10 September 2011.

146
Turut berada dalam status ‗kekal untuk dilihat‘ kerana sifatnya yang merupakan projek

jangka panjang ialah impak pembangunan koridor. Walaupun perkembangan sehingga

era Najib menyaksikan ia terus menerima perkembangan yang positif khususnya bagi

projek Iskandar,505 realiti politik pasca PRU-12 dan pengunduran Abdullah didapati

memberi kesan kepada tempo pelaksanaan koridor tertentu. Dalam kes NCER,

meskipun wujudnya persefahaman antara Abdullah dan pemimpin-pemimpin negeri PR

untuk meneruskan program pembangunan yang telah dirangka, ia masih dihambati oleh

takat persefahaman di antara agensi pelaksana dan pentadbiran negeri. Hanya pada

penghujung 2010, momentumnya kembali terlihat. Turut berhadapan dengan situasi

yang sama ialah ECER apabila momentumnya menjadi perlahan berikutan persaraan

beberapa aktor utama seperti Pengerusi Petronas, Hassan Merican yang memberikan

perhatian peribadi terhadap koridor tersebut.506

Namun, dalam konteks kajian ini, sebahagian dari persepsi negatif yang muncul

menyarankan kesukaran yang wujud apabila berlakunya sesuatu penyimpangan radikal.

Sejak sekian lama, falsafah pembangunan negara dimeterai dalam sifatnya yang

―nampak‖, ―berimej kontemporari‖ dan ―memberikan hasil yang segera‖. Selama 22

tahun, nilai-nilai itu telah terjelma kuat dalam program pembangunan yang dijalankan

Mahathir. Penyegaran sektor pertanian dan pembangunan wilayah pula merupakan

kaedah yang tidak mengikuti preskripsi sebelumnya kerana ia tidak mempunyai nilai-

nilai yang serupa.

505
‗Iskandar Malaysia making progress‘, The Edge, 8 September 2011.
506
Disesuaikan dari Wong Sai Wan, A Review Has Many Meanings‘, The Star, 2 Mei 2008; Wong Sai
Wan, ‗Changing corridors‘, The Star, 21 Mei 2010; Abdullah Ahmad Badawi, ‗The mellow life‘.

147
4.3 PENEKANAN TERHADAP PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Jika dilihat dari tujahan yang konvensional seperti kekeluargaan, pendidikan, kesihatan,

perumahan, sumber pekerja – elemen-elemen ini turut boleh dianggap sebagai

komponen pembangunan modal insan dan telah dimulakan sejak kemerdekaan lagi.

Namun perbezaan yang dilakukan Abdullah ialah menonjolkannya dalam bentuk yang

lebih holistik dengan disertai penekanan yang begitu vokal. Sejak menjawat jawatan

TPM lagi, Abdullah telah mengisyaratkan bahawa pembangunan modal insan akan

mengambil alih bentuk pembangunan di eranya. Dalam ucapan bertajuk Competing for

Tomorrow, Abdullah melihat bahawa:

The malaise affecting Malaysia that may well jeopardise our way forward is a
case of having first world infrastructure and third world mentality from poor
execution and inept management to shoddy maintenance and appalling customer
service. Malaysia is in danger of possessing the hardware, but little software. 507

Justeru, dua bulan selepas dilantik sebagai PM, Abdullah mencadangkan agar

berlakunya ―revolusi pendidikan‖ bagi memastikan keperluan modal insan boleh

dibangunkan sejajar dengan cabaran akan datang.508 Tiga inisiatif penting yang

dilaksanakan pentadbirannya ialah penggubalan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan,

pengwujudan Kementerian Pengajian Tinggi yang dipisahkan dari Kementerian

Pelajaran pada 2004 dan pengantarabangsaan pengajian tinggi yang dicerminkan oleh

Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara. Bagi mengukuhkan lagi komitmen ini,

507
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Competing For Tomorrow‘, Ucaptama Oxbridge Society of Malaysia (6
Mac 2003), www.oxbridgemalaysia.com/.../OC%20Acting%20PM%20Keynote%20Address.pdf (akses
pada 23 November 2009).
508
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan The NEAC Dialogue Forum‘ (13 Januari 2004),
http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=paklah&id=2828 (akses pada 4 Ogos 2011).

148
kerajaan dalam RMK-9 telah memperuntukkan sejumlah RM45.1 billion bagi pelbagai

program pendidikan dan latihan. 509 Begitu pun, bagi Abdullah:

By human capital, I do not only mean people studying in the universities… It is


also important to view human capital development from a holistic perspective,
not just from the point of mental or cognitive development. 510

Bagi tujuan kajian ini, tujuh komponen dapat dikesan bagi menggambarkan penekanan

menyeluruh Abdullah dalam rubrik pembangunan modal insan.

4.3.1 Pembentukan Masyarakat Seimbang

Apabila Mahathir memperkenalkan Wawasan 2020 iaitu gagasan menjadikan Malaysia

sebagai negara maju, antara sembilan cabaran yang ditetapkan ialah hasrat mewujudkan

―masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika‖, ―masyarakat penyayang‖,

―sistem sosial yang mengutamakan kepentingan masyarakat‖ dan ―sistem keluarga yang

kukuh‖.511 Begitu pun, wujudnya konsensus yang besar bahawa ia mempunyai

penegasan yang berbeza dalam praktik realiti. Hal ini kerana apabila program

pembangunan dilaksanakan, ia cenderung melebihkan pertumbuhan ekonomi iaitu

elemen peningkatan pendapatan dan juga pembangunan fizikal. 512 Seperti ―teori kos

509
Lihat Rancangan Malaysia Kesembilan: 2006-2010 (Putrajaya: Unit Perancang Ekonomi) khususnya
bab 11; ‗PIPP merealisasikan misi nasional‘, Utusan Malaysia, 18 Januari 2007; Zaini Ujang, ‗Lonjakan
Pengajian Tinggi Sepanjang Kepimpinan Pak Lah‘, Berita Harian, 2 November 2008; ‗Ubah Minda
Untuk Berjaya – Tun Abdullah‘ (9 September 2009),
http://bhepp.usm.my/v2/default.asp?tag=10&p=1&d=1&t=178 (akses pada 4 Ogos 2011).
510
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Temu bual dengan Open University Malaysia‘ (18 Januari 2011),
http://www.oum.edu.my/oum/index.php?c=handbook&v=art_view&domid=24&parent_id=247&cat_id=2
47&art_id=562&lang=eng (akses pada 5 September 2011).
511
Mahathir Mohamad, ‗The Way Forward‘ (Terjemahan) (28 Februari 1991),
http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=mahathir&id=537 (akses pada 16 Disember 2010).
512
Ishak Shari, ‗Wawancara: Nasi Belum Menjadi Bubur‘, Tamadun, Disember 1997; Abdul Rahman
Embong, Malaysian Studies: Looking Back, Moving Forward, 54-55.

149
lepas‖ yang amat popular dalam bidang ekonomi, pemilihan sesuatu kecenderungan

akan disertai dengan ―kehilangan‖ sesuatu aspek yang lain. Penurunan nilai

kemanusiaan, penghakisan sikap keprihatinan, peningkatan jenayah dan lain-lain

kemerosotan sosial merupakan cerminan ―paradoks zaman kini yang menyakitkan‖.513

Abdullah menyifatkan kemajuan yang ada telah menggadaikan perkara-perkara yang

penting seperti sikap mengambil tahu, kejiranan, budi bahasa sehinggalah penghormatan

anak-anak terhadap ibu bapa. 514 Beliau mengisytiharkan bahawa ―kemajuan dan

kekuatan ekonomi bukanlah segala-galanya‖515 dan menyatakan ―kerajaan yang

bertanggungjawab ialah kerajaan yang memberikan penekanan yang seimbang‖.516

Namun, Abdullah tidak menyatakan bahawa developmentalisme itu tidak diperlukan.

Hanya baginya, ―kalau manusia itu tidak baik, apa sistem yang baik pun tidak akan

membawa apa-apa kesan‖. 517 Antara perincian pembangunan minda ini dirujuknya

sebagai ―ketulusan, kejujuran, integriti, adil, beramanah dan akauntabiliti‖.518 Beliau

juga tidak mahukan insan yang diukur semata-mata dari segi reputasi profesion,

kelayakan pendidikan dan kekayaannya kerana elemen-elemen itu tidak menjamin

seseorang itu untuk tidak terjebak dengan perlakuan jenayah.519

513
Abdul Rahman Embong, Negara-bangsa: Proses dan Perbahasan (Bangi: Penerbit UKM 2001), 98.
514
Lihat Abdullah Ahmad Badawi, ‗Saya akan gembira bila indeks rasuah bertambah baik‘; Abdullah
Ahmad Badawi, ‗Wawancara: Faktor manusia amat penting tentukan kemajuan negara‘, Berita Harian,
11 Februari 2004; Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Perasmian Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai
Murni‘ (11 Januari 2005),
http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=paklah&id=2914 (akses pada 13 September 2010).
515
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Bajet 2005‘.
516
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Pelancaran dan Perasmian Islam Hadhari‘ (30 Januari 2004),
http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=paklah&id=2830 (akses pada 11 Jun 2010).
517
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Wawancara: Faktor manusia amat penting tentukan kemajuan negara‘,
Berita Harian, 11 Februari 2004.
518
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Perasmian Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni‘.
519
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Keenam (MAPPA VI)‘ (23
Januari 2005), http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=paklah&id=2918 (akses pada 12 Jun 2010).

150
4.3.2 Institusi Kekeluargaan

Abdullah meletakkan institusi keluarga sebagai teras bagi pembangunan modal insan

yang ingin mengambil tempatnya. 520 Dalam menyatakan ketidaksenangannya terhadap

sikap ahli-ahli UMNO yang terlalu ghairah membazir masa dengan aktiviti seperti

berspekulasi, mempercayai teori konspirasi dan budaya surat layang, Abdullah

menyarankan ―daripada habis masa begitu eloklah balik ke rumah kepada keluarga‖.521

Turut ditekankan Abdullah ialah nilai institusi keluarga sebagai nilai yang universal.

Dalam sebuah negara Islam yang konservatif, beliau memilih untuk mempraktikkan

sikap yang ―menunjuk‖ seperti mengucup isterinya di hadapan khalayak. 522 Dalam satu

kenyataan Abdullah:

Human capital begins at the time the mother feels she has someone growing in
her tummy, her baby is coming, to inculcate love in the little child, to do well to
your siblings and don‘t quarrel, and leave a little bit when you eat, be obedient,
the little things, we must build a very strong moral foundation, on universal
values.523

Implikasi daripada kenyataan ini menyarankan bahawa bagi Abdullah, Nilai Asia dan

nilai universal mempunyai titik temu tertentu. Dalam debat Nilai Asia yang

berlangsung, pendukung-pendukungnya sering menegaskan yang penekanan pihak Barat

terhadap hak individu merupakan antara punca terhadap pengabaian dan keruntuhan

520
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Bajet 2004‘.
521
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Wawancara: Ini Tanggungjawab Besar‘, Mingguan Malaysia, 19
September 2004.
522
‗Up close with the new PM‘, The Star, 1 November 2003; Simon Elegant, ‗A Husband‘s Grief‘.
523
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Interview: Prime Time For Badawi‘, 10 Julai 2006, Fortune,
http://www.ericellis.com/badawinterview.htm (akses pada 27 Mac 2010).

151
institusi keluarga. 524 Hujah ini bagaimanapun dikritik kerana ia memaparkan unsur

relativisme yang kuat dengan menganggap Nilai Asia sebagai mempunyai kebesaran

moral. 525 Seperti Presiden Taiwan, Lee Teng Hui, Abdullah di sisi yang lain

beranggapan bahawa nilai universal harus turut diiktiraf – sesuatu yang turut

dipaparkannya dalam menghormati kepelbagaian dan dialog antara agama.

Bagaimanapun, keperluan untuk mengiktiraf nilai yang universal ini tidaklah berbentuk

mutlak. Seperti Mahathir, Abdullah tetap mempercayai yang nilai-nilai Barat

mempunyai kepincangan tersendiri. Dalam satu ucapannya selepas persaraan, Abdullah

menyebut bahawa hak asasi berasaskan sekularisme seperti yang terbit dari negara Barat

menjurus ke arah budaya hedonisme. Hal ini berbeza dengan hak asasi berasaskan Islam

yang bertujuan untuk membawa kebaikan kepada umat dan masyarakat.526

4.3.3 Pembangunan Gender

Era Abdullah menyaksikan agenda pembangunan gender diberi penekanan baru sejajar

dengan tindakannya yang memasukkan perlindungan golongan minoriti wanita sebagai

salah satu dari sepuluh prinsip yang terkandung dalam gagasan Islam Hadhari. 527 Dalam

memenuhi tuntutan ini, Abdullah sekali lagi menyarankan harus berlakunya reformasi

dan pembaharuan dalam pemikiran Islam di mana kedudukan wanita tidak sekadar

didasarkan terhadap tafsiran syariah tetapi juga prinsip ―keuniversalan‖, ―pluralisme‖

524
Lihat Lee Kuan Yew, ‗Culture is Destiny‘, Foreign Affairs, 73, no. 2 (1994), 113; Mahathir Mohamad,
‗Nilai Asia‘.
525
Amartya Sen, Human Rights and Asian Values (New York: Carnegie Council on Ethics and
International Affairs, 1997), 30-31; Abdul Rahman Embong, ‗Nilai Asia: Kesatuan Dalam Kepelbagaian‘,
15.
526
Lihat ‗Abandon secular human rights, urges Pak Lah‘, Malaysiakini, 22 Jun 2010 (akses pada 12 Ogos
2011).
527
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Islam Hadhari di The Oxford Centre for Islamic Studies‘ (1
Oktober 2004), http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=paklah&id=2897 (akses pada 6 Jun 2010).

152
dan ―kepelbagaian‖.528 Sejajar dengan hal ini, pentadbirannya telah melaksanakan

beberapa perubahan yang memaparkan sikap sensitif gender seperti memberi sokongan

penuh terhadap usaha membanteras jenayah seksual, menukar nama Kementerian Hal

Ehwal Wanita kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

(KPWKM), menggubal dasar 30% kuota wanita dalam jawatan pembuatan keputusan,

mewujudkan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kesetaraan Gender dan memasukkan

agenda wanita dalam Sidang Pertubuhan Negara Berkecuali 2005. Di bawah pimpinan

Shahrizat Abdul Jalil yang dilantik sebagai menteri pertama KPWKM, pembangunan

gender merupakan komitmen yang menjadi vokal dalam era Abdullah sehingga

membawa kepada penubuhan Institut Pengupayaan Wanita bagi Pergerakan Negara

Berkecuali (NAM) pada 2007.529 Tradisi juga dipecahkan di universiti tempatan apabila

Universiti Malaya (UM) dan UKM menerima Naib Canselor dari kalangan wanita. 530

4.3.4 Aspek Keagamaan dan Moral

Bersesuaian dengan gagasan Islam Hadhari yang dikemukakannya, Abdullah

melaksanakan beberapa tindakan yang kelihatan ‗terpencil‘ tetapi memberikan mesej

keselarian terhadap pembangunan modal insan yang dianjurkannya. Program J-Qaf

528
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Women‘s Institute of Management (W.I.M) Annual Lecture Series‘
(15 Januari 2005), http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=paklah&id=2916 (akses pada 12 Januari
2010).
529
Lihat Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Mesyuarat Bersama Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan
Mengenai Keganasan Seksual‘ (11 Mei 2004),
http://www.kpwkm.gov.my/new_index.php?page=speech_content&speech_groupid=6&year=2004&spee
chID=219&lang=malay (akses pada 13 April 2010); Roziah Omar, ‗Memacu ke Arah Wawasan 2020 dan
Millenium Development Goals: Agenda Pembangunan Sosial‘; Rashila Ramli, ‗Abdullah Ahmad Badawi:
Perspektif Governans dan Gender‘; ‗NAM Seeks To Empower Their Women Thru‘ The Institute For The
Empowerement of Women (NIEW)‘, SSIS Gateway, November 2007.
530
Universiti Malaya melantik Rafiah Salim (berkhidmat dari 2006-2008) dan Universiti Kebangsaan
Malaysia pula melantik Sharifah Hapsah Syed Shahabudin (2006-kini).

153
merupakan contoh pertama dalam hal ini. Ia merupakan cetusan idea beliau bagi

menambahbaik pengajian jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain – elemen-

elemen yang semakin tidak dikuasai oleh generasi Muslim terkini. Beliau menyatakan

hasrat agar pelajar-pelajar Islam di negara ini dapat mengkhatam bacaan al-Quran di

peringkat sekolah rendah lagi dan mewajibkan pembelajaran bahasa Arab di sekolah-

sekolah. Program yang dimulakan pada tahun 2005 ini menerima sambutan yang amat

memberangsangkan daripada masyarakat dan akan diperluaskan ke peringkat sekolah

menengah berikutan keberkesanan pelaksanaannya. 531 Satu lagi tindakan Abdullah yang

tidak wajar dipinggirkan ialah keputusannya yang menolak untuk memberikan lesen

pertaruhan sukan kepada tokoh korporat, Vincent Tan. Mengulas isu yang merupakan

legasi Mahathir ini, Abdullah mendedahkan:

[T]he licence for sports betting was also issued just before I became prime
minister and finance minister. The licence fee had been collected but I only
found out after I took over, I was not informed before by the man who approved
it. I realised that issuing another gambling licence would be indefensible, and
morally wrong. I had the unpleasant task of telling [Tan Sri] Vincent Tan that I
could not agree to the government proceeding with the sports betting that he was
proposing and we returned the licence fee to him.532

Malahan, apabila pentadbiran Najib bercadang untuk memberikan semula lesen ini

kepada Vincent Tan menjelang berlangsungnya kejohanan bola sepak Piala Dunia pada

Julai 2010, cadangan ini terpaksa dibatalkan atas bantahan meluas pelbagai pihak

termasuklah dari kalangan UMNO dan golongan bukan Islam. Abdullah sendiri buat

531
‗J-qaf ke arah merealisasi Misi Nasional‘, Utusan Malaysia, 17 Januari 2008; ‗Penuntut di Mesir dan
Jordon digalak jadi guru J-qaf‘, 17 Oktober 2009,
http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=447662 (akses pada 13 Januari 2010).
532
Abdullah Ahmad Badawi, ‗The mellow life‘.

154
pertama kalinya menyatakan ketidaksetujuannya terhadap keputusan tersebut biarpun

sering kali mengambil sikap menyokong kepimpinan Najib. 533

4.3.5 Demokrasi dan Pembangunan Modal Insan

Bagi Abdullah, jika seseorang ingin membina ―rumah yang elok‖, prasyarat utamanya

ialah ―tiang mesti kuat‖ dan ia adalah metafora dalam menggambarkan aspek totality

modal insan yang ingin ditekankan beliau. 534 Tiang yang dimaksudkan Abdullah ialah:

Institutions such as the judiciary and parliament must be strengthened to become


well-functioning, independent branches of the government. The public sector
must be enhanced to not only provide services to the rakyat, but also to facilitate
progress and development. The private sector, including the G.L.C‘s, must be
conditioned to become more performance-oriented. Civil society must be given
the space to engage with government and express their views constructively and
responsibly. These elements of software development are the bones and tissue
which our country needs to function as a truly developed country.535

Dihujahkan, komponen ini dapat dianggap sebagai modul terpenting yang membezakan

model pembangunan modal insan Abdullah. Dasar keterbukaan contohnya merupakan

manifestasi bagi menggalakkan tradisi perbahasan dalam usaha untuk mengelakkan

kewujudan ―monopoli kebenaran‖.536 Dalam konteks rejim pemerintah di Malaysia,

monopoli ini merupakan instrumen yang berperanan penting dalam mengekalkan

konservatisme sedia ada. Satu contoh terbaik ialah bagaimana perjuangan golongan kiri

dalam mendapatkan kemerdekaan dinafikan dalam sejarah negara walaupun terdapat

pemimpin aliran perdana seperti Tun Dr. Ismail yang tidak bersetuju dengan

533
‗Kerajaan perlu dengar suara rakyat-Pak Lah‘, Utusan Malaysia, 23 Mei 2010.
534
‗Buat rumah...tiang kena elok‘, Agenda Daily, 16 Disember 2008 (akses akhir pada 27 Disember
2008).
535
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan The Harvard Club of Malaysia Dinner‘.
536
Ishak Shari, ‗Nasi belum menjadi bubur‘.

155
peminggiran ini. 537 Wacana perbahasan yang lebih mengambil tempatnya pula lebih

bersifat homogen dan tidak responsif kepada ―keanekaragaman pandangan‖.538

Dalam konteks ini, adalah perlu untuk melihat kaitannya dengan dua konsep yang

ditekankan Abdullah. Pertama ialah personaliti puncak. Mustafa Kamal Anuar melihat

bahawa bersesuaian dengan konsep universal yang ditekankan Abdullah dalam

pencarian personaliti ini, ia juga harus mengiktiraf ―wira yang tidak didendang‖ seperti

bekas Ketua Audit Negara, Ahmad Noordin (yang menyiasat skandal BMF pada era

Mahathir dan berkempen untuk Akta Kebebasan Maklumat), Sasterawan Negara seperti

Usman Awang (yang memperjuangkan nasib penduduk miskin tanpa mengira etnik) dan

juga bekas ketua pembangkang seperti bekas pemimpin Gerakan, Tan Chee Koon (yang

memperjuangkan keadilan dan demokrasi).539 Abdullah secara implisitnya mengakui

kebenaran pandangan ini. Beliau menyebut nama-nama seperti Tan Chee Koon dan

bekas pemimpin DAP, Lee Lam Thye apabila memperkatakan konsep bangkangan yang

efektif dan konstruktif. 540 Sewaktu menganugerahkan Tokoh Melayu Terbilang UMNO

2006, individu yang dipilihnya ialah pengerusi Sapura Holdings, Shamsuddin Abdul

Kadir – tokoh korporat yang berasal dari keluarga yang miskin dan tidak terpalit dengan

politik penaungan berbanding tokoh korporat lain. 541

537
Ooi Kee Beng, The Reluctant Politician: Tun Dr Ismail and His Time (Singapura: ISEAS, 2006), 266.
538
Rustam Sani, ‗Melayu bacul – atau sengaja dibaculkan‘, Siasah, 16 September 2007.
539
Mustafa Kamal Anuar, ‗Towering Figures and Forgotten Heroes‘, Aliran Monthly, 25, no.1 (2005),
http://aliran.com/archives/monthly/2005a/1g.html (akses pada 12 Jun 2009).
540
‗Buat rumah... tiang mesti elok‘, Agenda Daily, 16 Disember 2008 (akses akhir pada 27 Disember
2008).
541
Senarai tokoh-tokoh perniagaan yang mempunyai hubungan politik penaungan ini boleh ditemui dalam
Edmund Terence Gomez, ‗Governance, Affirmative Action and Enterprise Development‘ dalam Edmund
Terence Gomez (pnyt.), The State of Malaysia: Ethnicity, Equity and Reform (New York:
RoutledgeCurzon, 2004), 178.

156
Konsep kedua ialah ―berfikir di luar kotak‖. Pada pelancaran Pelan Pendidikan Nasional

2006-2010, Abdullah menginginkan agar pelajar-pelajar dapat berfikiran kritikal dan

kreatif. 542 Dalam aplikasinya terhadap kehidupan kenegaraan, Abdullah melihatnya

sebagai usaha ―memberi lebih peluang dan ruang kepada semua pihak untuk berbincang

dan berfikir walaupun idea-idea itu datang dari luar‖.543 Namun yang mungkin menjadi

halangan ialah penerimaan konsep ini pada rejim pemerintah. Dalam definisi yang

mudah, berfikir di luar kotak ialah aliran pemikiran yang bukan perdana, bukan

konvensional dan bertentangan dengan arus terbanyak. Retorik di lapisan atas

bagaimanapun boleh mengambil rupa yang berbeza apabila idea ini turun di peringkat

menteri, ahli politik dan birokrasi. Perhatikan contoh kecil di mana seorang penyanyi,

Hattan menyampaikan lagu Negaraku mengikut kreativitinya dalam satu acara sukan

pada 2005. Kreativiti yang terlibat di sini hanyalah kerana nyanyian tersebut tidak

diiringi muzik orkestra tanpa mengubah melodi dan liriknya. Disebabkan itu, Ahli

Parlimen UMNO Sri Gading, Mohamed Aziz lantas mencadangkan Hattan ―dihukum

dan dibuang ke laut‖ kerana menyanyikan lagu berkenaan secara sumbang dan salah. 544

4.3.6 Pembangunan Generasi Muda

Sejarah penglibatan Abdullah dalam GPMS antara 1961-1964 harus diutarakan sebagai

testimonial awal berkenaan kecenderungannya terhadap agenda ini. Sepanjang tiga

tahun menerajui persatuan itu, Abdullah berjaya mengukuhkan Gerakan Obor iaitu

542
‗Pak Lah: Think out of the box‘, The Star, 17 Januari 2007.
543
Abdullah Ahmad Badawi, temu bual dengan pengkaji, 18 Mac 2010.
544
‗Hattan nafi nyanyi lagu Negaraku tidak ikut versi sebenar‘, Utusan Malaysia, 4 Oktober 2005.

157
program kelas bimbingan bagi pelajar-pelajar Melayu.545 Abdullah juga berperanan

instrumental dalam penubuhan Jabatan Belia di bawah pentadbiran Razak bagi memberi

penjelasan mengenai dasar pembangunan negara yang baru sahaja memasuki era DEB.

Menceritakan pengalaman tersebut, Abdullah mengimbas:

Saya masih ingat satu pertengkaran hebat dalam satu pertemuan dengan pelajar
di Kolej Teknikal di Jalan Henry Gurney (kini Jalan Semarak) berhubung
pengenalan Rukun Negara. Para pelajar mempersoalkan kenapa perlu diadakan
Rukun Negara. But I enjoyed [perdebatan tersebut].546

Kecenderungan ini diteruskan apabila beliau memainkan peranan dalam penghantaran

pelajar-pelajar Malaysia ke luar negara seperti yang telah diterangkan sebelum ini.

Justeru, sejak diperingkat awal, Abdullah menampakkan pertautan khususnya dengan

golongan belia dan muda. Selepas ‗ditahan‘ oleh sekumpulan mahasiswa di UM

sewaktu menjadi TPM, Abdullah mencadangkan penubuhan Majlis Perundingan Pelajar

Kebangsaan agar suara-suara mahasiswa boleh didengar.547 Apabila beliau dilantik

sebagai PM, mesej yang tersaran dari beberapa keputusannya ialah keperluan

―meremajakan‖ kerajaan. Selain dari pasukan kepimpinannya yang muda, Abdullah juga

membawa masuk tenaga-tenaga muda dalam GLC548 dan melantik 30% calon parlimen

BN yang terdiri dari muka baru dalam PRU-11.549 Malah reformasi yang diambil

Abdullah seperti dasar keterbukaan merupakan reaksi terhadap kebangkitan generasi

baru. Ulas Saifuddin Abdullah yang juga merupakan bekas Presiden Majlis Belia

545
Abdullah Ahmad Badawi, temu bual dengan pengkaji, 18 Mac 2010. Keterangan lanjut rujuk Chamil,
Abdullah Ahmad Badawi: Perjalanan Politik PM ke-5, khususnya bab 4.
546
Abdullah Ahmad Badawi, temu bual dengan pengkaji, 18 Mac 2010.
547
Saifuddin Abdullah, temu bual dengan pengkaji, 29 November 2010.
548
Lihat perbincangan lanjut dalam bab yang sama.
549
Lihat ‗Abdullah marks new break with Mahathir era ahead of polls‘, Malaysiakini, 12 Mac 2004 (akses
akhir pada 28 Disember 2010).

158
Malaysia, keterbukaan yang didukung Abdullah bukan sahaja menjadi satu kekuatan

tetapi apabila Abdullah mengaplikasikannya kepada mereka yang lebih muda. 550

4.3.7 Pemuliharaan Alam Sekitar

Pembangunan modal insan juga boleh dikaitkan dengan keprihatinan Abdullah terhadap

pemuliharaan alam sekitar seperti yang dimasukkan sebagai salah satu dari sepuluh

prinsip Islam Hadhari. Paradoks pembangunan disampaikan melalui pemerhatian sinikal

Abdullah mengenai Sungai Klang yang boleh membunuh anak buaya hanya dalam masa

tiga minit berikutan kekotorannya.551 Abdullah mengaku dia ―sakit hati‖ dan ―marah‖

apabila memperkatakan perbuatan pemusnahan alam semulajadi bagi tujuan meraih

kekayaan jangka pendek. Hal ini bukanlah kerana dia bersikap anti pembangunan tetapi

kaedah pembangunan yang dilaksana mengabaikan sumber semula jadi yang berperanan

sebagai sumber makanan dan potensi sektor eko-pelancongan. Biarpun

memperuntukkan sebanyak RM1.13 billion dalam RMK-9 bagi pemuliharaan alam

sekitar, Abdullah menegaskan ia boleh diumpamakan satu kerugian kerana alam sekitar

yang sedia elok terpaksa diperbaiki semula. 552 Beliau berasa sedih apabila mengimbas

mengenai air terjun ternama di Pulau Pinang, Air Terjun Kampung Perlis di tempat

kelahirannya yang terbiar dan tidak terurus.553 Bertolak daripada kesedaran ini, program

pembangunan SCORE di Sarawak umpamanya dibangunkan dengan pendekatan

550
Saifuddin Abdullah, ‗Perspektif: Keterbukaan Kekuatan Pak Lah‘, 6 November 2006,
http://belia.org.my/content/view/115/43/ (akses pada 23 Julai 2008).
551
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Keenam (MAPPA VI)‘.
552
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Cabaran laksana Misi Nasional‘.
553
‗Pg CM Dr Koh under `attack' by Pg's highest ranking son‘, 11 Julai 2007,
http://www.penangwatch.net/node/1369 (akses pada 13 Februari 2011).

159
―kesedaran alam sekitar‖ bagi memastikan ia tidak memusnahkan khazanah alamnya. 554

Selepas persaraan pula, beliau dan isterinya Jeanne menerajui Pertubuhan Landskap

Malaysia yang bertujuan untuk membangkitkan kesedaran mengenai alam sekitar

dengan pelancaran program seperti Forum Hijau Malaysia. 555 Minat dan keprihatinan

beliau yang mendalam terhadap isu-isu yang berkait dengan alam sekitar seperti

perubahan cuaca dan krisis makanan mengukuhkan kapasiti intelektual beliau dalam

aspek-aspek pembangunan lunak.556

4.3.8 Dilema Pembangunan Tidak Nampak

Sejak peringkat awal, Abdullah menyedari bahawa agenda pembangunan modal insan

dianggap sesetengah pihak sebagai ―jenaka‖ kerana sifatnya yang tidak nampak, sukar

diukur dan mengambil masa yang lama. 557 Seperti juga hasratnya untuk menyegarkan

semula sektor pertanian dan pembangunan wilayah, penekanan terhadap

developmentalisme kelihatan membayangi sebarang usahanya untuk mengalihkan

prioriti pembangunan. Memudahkan lagi anggapan ini kerana sebahagian besar legasi

yang ditinggalkan Mahathir akan kekal terlihat kerana ia merupakan elemen yang

berbentuk fizikal. 558 Biarpun beberapa program Mahathir menemui kegagalan seperti

kes perusahaan besi Perwaja dan PPSMI, ia seakan-akan terlindung kerana dibayangi

554
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Pelancaran Sarawak Corridor of Renewable Energy‘.
555
‗RM2 juta geran untuk Landskap Malaysia‘, Utusan Malaysia 27 April 2010; ‗Perkenal identiti
landskap hijau‘, Utusan Malaysia, 29 April 2010.
556
‗Back to UKM for a good cause‘, Resonance UKM (26 Jan – Mac 2010), 10-11; Abdullah Ahmad
Badawi, ‗The mellow life‘.
557
Lihat Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan The Harvard Club of Malaysia Dinner‘; Abdullah Ahmad
Badawi, ‗Menambah nilai perjuangan‘ ; Abdullah Ahmad Badawi, ‗Conversations: Man on a mission‘,
The Sun, 4 Disember 2008.
558
Chandra Muzaffar, temu bual dengan pengkaji, 29 Disember 2009.

160
elemen-elemen lain yang boleh dilihat.559 Ujar Abdullah, ―apa boleh saya buat [kalau

sudah begitu persepsinya?] Takkan saya hendak berhenti dari menjalankan [agenda] ini

dan mari kita buat benda yang nampak?‖560

4.4 REFORMASI EKONOMI POLITIK: CABARAN KOMPLEKS PARTI-


BIROKRASI

Reformasi dalam sesebuah rejim konservatif merupakan cabaran yang tidak mudah.

Dalam menerangkan proses kelembapan proses reformasi di Jepun umpamanya, Eisuke

Sakakibara telah menghujahkan bahawa kejayaan Jepun pada masa lalu menjadikan ia

berhadapan dengan kesukaran untuk melakukan reformasi struktural dan institusinya.

Proses reformasi yang bermula pada era Koizumi pada 2001 berlangsung dalam skala

yang perlahan kerana faktor pendominasian ―kompleks parti-birokrasi‖ iaitu hubungan

rapat antara rejim pemerintah, birokrasi dan kumpulan berkepentingan. 561

Diterjemahkan terhadap rejim konservatif di Malaysia, hal yang sama boleh

menggambarkan kesukaran yang dihadapi Abdullah dalam takat yang besar. Kompleks

parti-birokrasi yang ditandai oleh hubungan tiga segi antara UMNO, birokrasi dan

kumpulan berkepentingan merupakan ciri penting yang telah memberi interaksi dalam

kerangka ekonomi negara. Sejak 1993, Abdullah telah menyuarakan kebimbangan jika

UMNO akan menerima nasib yang sama seperti LDP yang kalah buat kali pertamanya

pada tahun berkenaan. Antara elemen yang menjadi perbandingannya ialah ―skandal,

politik wang dan gara-gara mencampur-adukkan politik dan perniagaan dalam parti

559
Shamsul Amri, temu bual dengan pengkaji, 12 Mac 2010.
560
Abdullah Ahmad Badawi, temu bual dengan pengkaji, 18 Mac 2010.
561
Sakakibara, Structural Reform in Japan – Breaking The Iron Triangle, xi-xiii.

161
politik‖.562 Analisis seterusnya akan melihat tiga lagi komponen yang berkait rapat

dengan agenda pembangunan lunak Abdullah.

4.4.1 Transformasi GLC: Antara Profesionalisme dan Nasionalisme

Adalah munasabah untuk dihujahkan bahawa transformasi GLC merupakan antara

legasi Abdullah yang sering tidak diperkatakan biarpun ada pihak melihat ia sebagai

―kejayaan paling besar‖ buat beliau.563 Sebagai bahagian penting dalam struktur

ekonomi negara, GLC merangkumi jumlah RM260 bilion dalam permodalan saham

Bursa Malaysia. Melalui Khazanah Nasional, 564 transformasi GLC adalah komponen

fasa keempat yang dimulakan dengan dasar penswastaan pada 1987. Program

transformasi diambil kerana satu kesan yang ketara dari krisis kewangan 1997 yang

ialah ketidakupayaan GLC untuk menunjukkan prestasi yang membanggakan dari segi

kedudukan kewangan dan juga keefisienan operasi. Satu aspek yang menjadi pertikaian

ialah unsur penyelamatan membabitkan syarikat-syarikat yang mempunyai hubungan

dekat dengan rejim pemerintah. Sebagai contoh, tindakan Danaharta dan Danamodal

yang mengambil alih dan menyuntik modal terhadap syarikat yang hampir muflis seperti

MAS dan Renong yang masing-masingnya dikuasai oleh Tajuddin Ramli dan Halim

Saad.565 Hubungan rapat antara politik dan perniagaan merupakan manifestasi elemen

negatif yang timbul dalam Dasar Persyarikatan Malaysia dan hanya pada era Abdullah,
562
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Pemimpin Perlu Bersih‘.
563
Kathy Fong, ‗Special report: GLC Transformation: Abdullah‘s greatest success‘, The Edge, 6 April
2009.
564
Khazanah merupakan antara lima badan pelaburan berkaitan kerajaan (GLICs‘) selain Permodalan
Nasional Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Lembaga
Tabung Haji.
565
Nor Azizah Zainal Abidin & Halimah @ Nasibah Ahmad, ‗Corporate Governance in Malaysia: The
Effect Of Corporate Reforms And State Business Relation In Malaysia‘, Asian Academy of Management
Journal, 12, no. 1 (2007), 31-32.

162
beberapa implikasi daripada perkara ini diperakui dengan lebih terbuka. Pertamanya,

pengakuan Tajuddin bahawa Mahathir mengarahkan beliau membeli saham MAS

sebagai satu ―khidmat negara‖.566 Keduanya, pengakuan bekas Pengerusi Tenaga

Nasional Berhad (TNB), Ani Arope bahawa pentadbiran Mahathir telah memberikan

kontrak yang ―murah hati‖ secara unilateral kepada pengendali jana kuasa bebas bagi

membekalkan elektrik kepada TNB.567 Legasi projek-projek penswastaan yang tidak

begitu berjaya ini merupakan cabaran yang harus diuruskan Abdullah.568

Lanjutan itu dan sejajar dengan penekanan terhadap soal integriti dalam pentadbirannya,

Abdullah mengumumkan ―pembersihan GLC‖ merupakan sasaran pertama dalam

agendanya kerana jika ia tidak diberi perhatian, ia boleh menjejaskan ekonomi secara

umumnya.569 Perhatian khusus transformasi ini tertumpu kepada Kumpulan 20 (K20) –

kumpulan GLC yang disifatkan sebagai terbaik dan mewakili aset-aset strategik

negara. 570 Bertemakan ―budaya berprestasi tinggi‖, ia menumpukan kepada penyusunan

semula struktur pengurusan, penambahbaikan prosedur perolehan, penetapan Indeks

Kayu Pengukur dan kemampuan daya saing – elemen-elemen yang mencerminkan

566
‗Tajudin bombshell‘, The Sun, 6 Julai 2006.
567
Ani Arope, ‗Interview: Ani: TNB got a raw deal‘, The Star, 6 Jun 2006.
568
Mahani Zainal Abidin, ‗Malaysian Economy Under PM Abdullah Ahmad Badawi‘ (27 March 2006),
http://ccas.doshisha.ac.jp/eng/Eseminars/e2005-09b.pdf (akses pada 12 Februari 2010).
569
Dipetik dari Michael Yeoh dan Farizal Mohd Razali, ‗Reinventing Governance in Corporate Malaysia‘
dalam Saw Swee-Hock & K.Kesavapany (pnyt.), Malaysia: Recent Trends and Challenges (Singapura:
Institute of Southeast Asian Studies, 2006), 220-22.
570
Sehingga 13 Mac 2009 iaitu tiga minggu sebelum persaraan Abdullah, K20 terdiri dari Affin Holdings
Berhad, BIMB Holdings Berhad, Boustead Holdings Berhad, Bumiputra-Commerce Holdings Berhad,
Chemical Company of Malaysia Berhad, Malayan Banking Berhad, Malaysian Airline System Berhad
Malaysia Airports Holdings Berhad, Malaysian Building Society Berhad, Malaysian Resources
Corporation Berhad, Pos Malaysia Berhad, Proton Holdings Berhad, Sime Darby Berhad, Telekom
Malaysia Berhad, TM International Berhad, Tenaga Nasional Berhad, TH Plantations Berhad, UEM
Group Berhad dan UMW Holdings Berhad. Lihat Mid-term Progress Review Report For GLC‘s, 13 Mac
2009, http://www.khazanah.com.my/docs/MediaStatement_PCG19_13March2009.pdf (akses pada 15
April 2010)

163
tindak balas terhadap kerancakan proses globalisasi. 571 Antara inisiatif yang menyerlah

dalam hubungan ini ialah pengenalan Buku Merah iaitu panduan mengenai prosedur

perolehan GLC yang bertujuan untuk meningkatkan ketelusan dan penjimatan kos.

Dianggarkan jumlah berpotensi yang boleh dijimatkan melalui kaedah ini ialah antara

RM4 hingga 9 billion. 572 Apabila berlakunya kegawatan ekonomi pada 2008,

sebahagian besar kedudukan GLC utama telah berada dalam kedudukan kukuh kesan

daripada proses reformasi yang diambil. Malah sebahagian daripadanya berjaya

memaparkan daya saing yang lebih baik sejak tempoh 10 tahun sebelum itu. Bermula

pada 2006, pendapatan K20 GLC meningkat sebanyak 60% iaitu fenomena yang

berlaku buat kali pertamanya sejak 20 tahun. 573 Pendapatan agregat K20 GLC pula

meningkat dari RM10 billion pada 2004 kepada RM19 billion pada 2007 iaitu

peningkatan sebanyak 90%. Walaupun dalam tempoh kegawatan ekonomi, purata

pulangan ekuiti K20 masih meningkat kepada 9.2 peratus pada 2009 daripada 7.1

peratus pada 2005 selepas mencapai kemuncak 13.9 peratus pada 2007. 574

Dua kes contoh GLC pilihan bagi menggambarkan keberkesanan program transformasi

ini ialah TNB dan MAS yang sebelumnya mengalami prestasi kurang

memberangsangkan. Bagi TNB, biarpun ia telah diswastakan pada 1990, ia masih belum

571
Diadaptasi dari Abdullah Ahmad Badawi, ‗Culture of High Performance For G.L.C‘s‘ (14 Mei 2004),
http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=paklah&id=2847 (akses pada 7 Julai 2010); Azman Mokhtar,
‗Interview: Keeping The Engine Running‘, The Star Bizweek, 25 September 2004; Abdullah Ahmad
Badawi, ‗The G.L.C Transformation Programme‘ (29 Julai 2005),
http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=paklah&id=2973 (akses pada 7 Julai 2010); Abdullah Ahmad
Badawi, ‗Initiative for the G.L.C.Transformation Programme: Launch of Green and Red Books‘ (26 April
2006), http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=paklah&id=3009 (akses pada 7 Julai 2010).
572
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Initiative for the G.L.C.Transformation Programme: Launch of Green and
Red Books‘; Saifuddin Abdullah, temu bual dengan pengkaji.
573
‗What price: Malaysia‘s corporate reconstruction?‘, Euromoney, September 2007.
574
Azman Mokhtar, ‗Defence first, then offence‘, The Edge, 1 Disember 2008, 85; ‗Khazanah Nasional
kuasai untung kumpulan 20 GLC‘, Berita Harian, 1 April 2010; Jeeva Arulamam, ‗After seven years of
change‘, StarBizWeek, 25 Jun 2011.

164
dapat meletakkan kedudukannya setanding dengan syarikat swasta yang lain. Ia

merupakan syarikat yang mempunyai aliran tunai yang negatif dan kejadian terputusnya

bekalan elektrik pada 2005 merebakkan persepsi negatif mengenai keupayaannya.

Namun semenjak berada di bawah kepimpinan Che Khalib Mohamad Noh, pengurusan

dan kewangannya berjaya ditadbir dengan lebih berkesan. Keuntungan sebelum cukai

TNB meningkat dari RM1.48 billion pada 2004 kepada RM3.02 billion pada 2008. Pada

2009, TNB menerima Anugerah Platts Top 250 Global yang mengiktirafnya sebagai

syarikat utiliti elektrik terbaik di ASEAN dan keempat di Asia. 575 MAS merupakan satu

lagi contoh mengenai peningkatan konsisten dalam program transformasi yang

berlangsung. Malah terdapat penganalisis yang menyifatkan pretasinya sebagai amat

cemerlang. Sebelum Idris Jala (kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri) dibawa masuk

menerajui MAS pada 2005, syarikat itu diramalkan akan muflis pada April 2006 jika

kerugian sembilan bulan pertama 2005 yang berjumlah RM1.3 billion dijadikan

sandaran. Dengan Pelan Pemulihan Perniagaan yang dilaksanakan seperti skim opsyen

pemberhentian pekerja, penjualan aset tetap dan pelupusan laluan penerbangan, ia

kembali membuat keuntungan pada tiga suku pertama 2006. Pada suku pertama tahun

2007, ia buat pertama kalinya membuat untung bersih sebanyak RM133 juta dan

meningkat ke RM244.3 juta pada setengah tahun pertama 2008. 576

575
Diadaptasi dari ‗Hoping for a brighter future‘, Malaysian Business, 16 Mei 2005; ‗Successes and
Failures: TNB‘, The Edge, 27 Mac 2006; Che Khalib Mohamad Noh, ‗Wawancara: Aspirasi TNB‘,
Dewan Ekonomi, September 2008; ‗More than management capability to reform tenaga‘, The Edge, 1
Disember 2008; Che Khalib Mohamad Noh, ‗Wawancara: Hanya mampu ‗menangis‘ jika…‘, Mingguan
Malaysia, 29 November 2009.
576
Diadaptasi dari Maryann Tann, ‗Malaysia Airlines straightens course‘, The Edge, 27 Disember 2004;
‗Fighting to fulfill expectations‘, Malaysian Business, 16 Mei 2005; Salleh Majid, ‗All Eyes On MAS‘,
Malaysian Business, 16 Januari 2006; ‗Malaysia Airlines made fit to fly‘, Euromoney, 1 September 2007;
‗MAS fast-tracking transformation plans‘, The Edge 1 Disember 2008; ‗Turbulence Expected‘, Malaysian
Business, 1 Julai 2008; ‗Khazanah kuasai sembilan daripada 20 GLC terbesar‘, 16 Mac 2009,
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsbusiness.php?id=396667 (akses 24 April 2009); Song Eu
Jin, ‗The MAS business turnaround‘, The Malaysian Insider, 13 Ogos 2011,

165
Namun fakta-fakta ini tidaklah mencadangkan yang proses reformasi ini berlangsung

dalam kaedah yang lancar. Aspek yang lebih ingin ditekankan ialah konflik yang

menyelubungi proses perubahan yang dibawa khususnya daripada pihak konservatif.

Harus dinyatakan bahawa sifat GLC adalah berhubungan secara organik dengan

UMNO. Oleh sebab itu, pertimbangan politik adalah sesuatu yang menjadi ciri penting

dalam pengoperasian GLC seperti komposisi etnik dalam pengambilan pekerja,

pemberian kontrak dan perletakan ahli politik dalam lembaga pengurusan. 577 Pengenalan

transformasi GLC yang dimulakan pada Mei 2004 bagaimanapun telah disertai dengan

kecurigaan terhadap komitmen GLC dalam penerusan agenda Melayu. Mengapakah

timbulnya pertentangan ini?

Pertama, seperti juga intelektual neokonservatif, Abdullah membawa masuk teknokrat

muda dan profesional untuk menerajui GLC – pemilihan yang diselia oleh Nor

Mohamed Yakcob. Perhatian utama harus diberikan kepada Azman Mokhtar, tokoh

yang menerajui Khazanah dan menjadi tenaga utama dalam program transformasi

Abdullah. Berlatarkan pendidikan Cambridge, beliau mempunyai reputasi sebagai antara

penganalisis pelaburan terbaik negara. Namun kedudukannya sebagai bekas Pengarah

Urusan Bina Fikir telah mencetuskan rasa skeptikal dan polemik. Bina Fikir merupakan

sebuah syarikat konsultan yang antara lainnya dilantik bagi memperbetulkan kerugian

yang dialami MAS. Usaha itu tidak memberikan kesan dan dikritik oleh golongan

konservatif. Setelah dilantik mengetuai Khazanah, Azman mencadangkan dengan jelas

http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/article/the-mas-business-turnaround-song-eu-jin/ (akses
pada 23 Ogos 2011).
577
Yeoh dan Farizal Mohd Razali, ‗Reinventing Governance in Corporate Malaysia‘, 220-221; ‗The
Malay way of business change‘, The Economist, 18 Ogos 2005.

166
bahawa pertimbangan politik tidak akan menjadi keutamaan dalam transformasi yang

berlangsung. Merit dan ―orang yang betul‖ ditekankan dalam pelaksanaan transformasi

GLC berbanding budaya untung atas angin (rent-seeking) dan sistem penaungan. Hal ini

diperkukuhkan dengan melihat latar teknokrat lain yang menerajui beberapa GLC utama

seperti Abdul Wahid Omar (Telekom Malaysia – kini Maybank), Che Khalib (TNB),

Idris Jala, Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir (Proton) dan Iskandar Mizal (Biotech

Corp). Kesemua mereka berasal dan terdidik dengan budaya kerja syarikat-syarikat yang

mengutamakan ―budaya kecemerlangan‖ seperti Bumiputera Merchants Banker Bhd,

Amanah Capital Group, Pengurusan Danaharta Nasional Bhd dan Shell. Hal ini

menampakkan perbezaan penting berbanding tokoh-tokoh seperti Halim Saad dan

Tajuddin Ramli yang menekankan faktor hubungan. Tidak menghairankan pengurusan

GLC merupakan antara aspek yang sentiasa mendapat perhatian khusus daripada pihak

konservatif berikutan persepsi bahawa golongan ini tidak mampu bergerak seiring dalam

menjayakan agenda Melayu.578 Dalam usaha Khairy untuk menyertai Khazanah

contohnya, beliau juga tidak terkecuali diberi pilihan oleh Azman iaitu sama ada ―anda

bekerja di sini atas apa jua posisi atau anda bergerak dalam UMNO, anda tidak boleh

melakukan kedua-duanya pada waktu yang sama‖.579 Satu lagi contoh relevan ialah

kejayaan TNB yang kelihatan disumbangkan kerana ketiadaan ahli politik di dalam

578
Diadaptasi dari Azman Mokhtar, ‗Keeping The engine Running‘; ‗Khazanah quiet revolution‘,
Finance Asia, November 2004; P. Gunasegaram, ‗It‘s all in the execution now‘, The Edge, 27 Disember
2004; Azman Mokhtar, ‗Interview: Leading The Change‘, The Edge, 27 Disember 2004; ‗The reformer‘,
CFA Magazine, November-December 2005; Abdul Razak Chik, ‗Bright babes in arms‘, Malaysian
Business, 16 Mei 2005; Abdul Aziz Mustafa, ‗Semuanya salah Dr Munir sahaja‘, Siasah, 30 Disember
2005; ‗GLC Ceo hunt‘, StarBiz, 5 September 2009; ‗Groomed to lead‘, StarBiz Weekly, 10 Oktober 2009;
‗GLCs need not be led by Umno members: PM‘, Malaysiakini, 9 Julai 2008,
http://www.malaysiakini.com/news/85866 (akses akhir pada 26 Disember 2010) ; ‗Kaji Semula Kaedah
Pemilihan Pengurusan Di Syarikat GLC‘, 25 Februari 2009,
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=392410 (akses pada 13 Julai 2009).
579
Dipetik dari P. Gunasegaram, ‗It‘s all in the excecution now‘.

167
pengurusannya. Pencapaian yang sama dijangkakan tidak mudah untuk berlaku sewaktu

organisasi tersebut dipengerusikan oleh individu seperti Jamaluddin Jarjis dan Awang

Adek kerana ia mewujudkan persepsi kepada pihak berkepentingan bahawa mereka

lebih berkuasa dari Ketua Pegawai Eksekutif. 580 Mesej penting yang tergarap di sini

ialah pertimbangan dan campur aduk politik harus diminimumkan semaksima mungkin

dalam proses reformasi yang berlangsung.581

Keduanya, pendekatan liberalisasi ekonomi yang mula dipraktikkan kerajaan memberi

kesan kepada persepsi golongan konservatif terhadap hala tuju kepentingan ekonomi

negara. Jika diteliti temu bual Azman Mokhtar dengan akhbar Utusan Malaysia pada 30

Julai 2006, hampir keseluruhan soalan yang dikemukakan terhadap beliau merupakan

cerminan kebimbangan UMNO terhadap pencarian keseimbangan antara nasionalisme

dan profesionalisme khususnya dalam aspek agenda Melayu. Seperti yang telah

dijelaskan sebelum ini, hal ini termasuklah kecurigaan terhadap penjualan 5% saham

Telekom dan Proton terhadap Temasek Holdings, peluang peniaga bumiputera dalam

program pembangunan Iskandar yang diterajui oleh Khazanah, penjualan MV Augusta

sebanyak satu euro dan juga ketidakprihatinan GLC terhadap usahawan bumiputera.582

580
M. Shanmugam, ‗Long road ahead for TENAGA‘, The Edge, 27 Disember 2004; ‗Hoping for a
brighter future‘, Malaysian Business, 16 Mei 2005.
581
Dalam era Najib, perlantikan Isa Samad sebagai Pengerusi FELDA telah dikritik oleh Ketua Pegawai
Eksekutif Maybank, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dan juga ahli Majlis Penasihat Ekonomi
Kebangsaan, Zainal Aznam Mohd Yusof kerana latar beliau yang mempunyai rekod terlibat dalam rasuah.
Zainal Aznam juga mencadangkan agar ahli politik dilarang secara muktamad dari menerajui GLC.
582
Selain daripada beberapa rujukan yang telah diterangkan dalam nota kaki 354 di halaman 109, sila juga
lihat Azman Mokhtar, ‗Wawancara: Pertahankan aset strategik‘, Utusan Malaysia, 30 Julai 2006;
‗Perbetulkan peranan GLC‘, Utusan Malaysia, 23 Julai 2005; ‗GLC unions want a meeting with
Abdullah‘, The Star, 1 April 2006.

168
Episod yang paling mencuri tumpuan ialah Pelan Pemulihan Perniagaan yang

dilaksanakan MAS. Sejak peringkat awal, pelan yang dirangka oleh Idris Jala seperti

penjualan bangunan MAS di Kuala Lumpur dan skim opsyen pemberhentian pekerja

menerima rasa tidak senang dari golongan konservatif sehingga memaksa Abdullah

untuk campur tangan. Pelan rasionalisasi domestik yang dimeterai MAS bersama Air

Asia juga dilihat lebih memberi keuntungan kepada syarikat yang diterajui oleh Tony

Fernandes itu.583 Lebih menarik perhatian golongan konservatif ialah apabila

pentadbiran Abdullah memberikan laluan tambahan ke Singapura kepada Air Asia dan

bersetuju terhadap cadangan pembinaan terminal penerbangan tambang murah di Labu

yang dicadangkan Air Asia (dibatalkan oleh kerajaan kemudiannya). Sekali lagi,

peranan Khairy dan Kalimullah yang mempunyai hubungan langsung dengan Tony

Fernandes turut dibangkitkan oleh golongan pro-konservatif.584 Air Asia merupakan

syarikat yang menaja pasukan bola sepak My-Team yang dikendalikan Khairy ke

Manchester United manakala Kalimullah merupakan pengerusi Air Asia-X yang

menyelia laluan antarabangsa. Sementara proses connecting the dots ini tidaklah

meyakinkan seperti yang telah dijelaskan pengkaji dalam bab tiga, kecurigaan golongan

konservatif pada masa yang sama turut dibantu oleh dua episod yang menyarankan

583
‗Mas pernah janji tidak akan jual bangunan‘, mStar Online, 24 Disember 2005,
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2005/12/24/TERKINI/Mutakhir/MAS_pernah_janji_tidak_aka
n_jual_bangunan&sec=mstar_berita (akses akhir pada 26 Disember 2010); ‗Berilah Idris peluang
pulihkan kewangan MAS‘, Utusan Malaysia, 24 Disember 2005; ‗Malaysia travel: Air Asia not the
‗golden child‘‘, 21 Julai 2006,
http://www.ebusinessforum.com/index.asp?layout=rich_story&doc_id=8988&title=Malaysia+travel%3A
+AirAsia+not+the+%27golden+child%27&channelid=4&categoryid=30; Jed Yoong, ‗In Malaysia, Signs
of Government Reform‘, Asia Sentinel, 29 Mei 2008,
http://www.asiasentinel.com/index.php?option=com_content&task=view&id=1228&Itemid=31 (kedua-
dua diakses pada 31 Disember 2009).
584
Lihat Zakhir Mohamed, ‗Kalimullah back in ECM Libra, Tony Fernandes now in‘, 29 April 2007,
http://bigdogdotcom.wordpress.com/2007/04/29/kalimullah-back-in-ecm-libra-tony-fernandez-now-in/;
Another Brick In The Wall, ‗Watch Closely Now: Kali and the Robbing of ECM Libra Avenue, 30 April
2007,http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2007/04/watch-closely-now-kali-and-robbing-of.html
(kedua-dua diakses pada 30 Oktober 2011); ‗Untuk apa LCCT Labu‘, Harakah, 26 Januari 2009.

169
‗keterputusan‘ Abdullah dengan perkembangan yang berlaku disekelilingnya. Pertama,

apabila Abdullah mengaku ―tidak tahu menahu‖ mengenai penggabungan yang

melibatkan ECM Libra Capital dan Avenue Capital. Kedua, apabila Abdullah

menegaskan tidak ada kepentingan negara beralih ke kepentingan asing – merujuk

kepada kes pembelian 31% saham Pantai Holdings kepada Parkway Holdings. 585

Namun seminggu selepas itu, Abdullah mengakui bahawa penjualan tersebut telah

berlaku dan mengarahkan Perbendaharaan meneliti langkah-langkah pembetulan.586

Ketidaktelitian dalam episod-episod seperti ini seolah-olah lebih merangsang kecurigaan

golongan konservatif.

Pada masa yang sama juga, Khairy terus memaparkan paradoksnya sebagai seorang

reformis dengan memaparkan pendirian yang berbeza terhadap liberalisasi ekonomi

yang dianjurkan Abdullah. Selain menjadi suara vokal yang menyokong penyegaran

semula semangat DEB (berbeza dengan gesaan Abdullah yang menginginkan

masyarakat Melayu bergerak ke arah meritokrasi), 587 beliau juga tidak dapat

mengelakkan diri daripada terus menyokong ―tanggungjawab sosial‖ yang harus

dimainkan GLC iaitu penaungan ekonomi kepada UMNO. Dalam PAU 2006

umpamanya, Khairy di atas platform Pergerakan Pemuda membidas GLC yang tidak

memberikan kerjasama kepada UMNO dan mengingatkan bahawa kedudukan mereka

didapati atas ―kekuatan UMNO‖ dan bukannya kerana sifat ―mereka yang terbaik‖.588

Sentimen yang lebih keras disuarakan Khairy dalam Kongres Jihad Ekonomi yang

585
Abdullah Ahmad Badawi, ‗PM answers the question‘.
586
‗Perbendaharaan teliti penjualan Pantai Holdings‘, Utusan Malaysia, 14 Ogos 2006.
587
Lihat perbincangan lanjut di halaman 341.
588
‗Amaran kepada ketua GLC‘, Utusan Malaysia, 15 November 2006.

170
diadakan tiga bulan selepas itu. Selain mengulangi pandangannya terhadap GLC,

ketidakpuasan dimarakkan oleh ketidakhadiran empat ketua eksekutif GLC yang

dijemput sedangkan Abdullah sendiri dapat melapangkan masa. 589

Faktor terakhir dan boleh dianggap terpenting, Abdullah menghadapi kesukaran kerana

kedudukan beberapa GLC yang mempunyai hubungan simbiotis dengan Mahathir.

Misalan terpenting ialah dalam kes Proton. Sewaktu program transformasi berlangsung,

Proton sedang berhadapan dengan polemik penurunan jualan domestik dan kualiti

pengeluaran. 590 Biarpun begitu, ia masih berjaya mencatatkan keuntungan kasar

sebanyak RM780 juta pada 2005.591 Di bawah pengurusan Tengku Mahaleel Ariff yang

merupakan orang kepercayaan Mahathir, Proton berjaya membina kilang kedua di

Tanjung Malim tanpa sebarang pinjaman dan mempunyai aliran tunai sebanyak RM2

billion. Beliau juga bertanggungjawab membeli syarikat automobil Itali, MV Augusta,

melakukan perjanjian persefahaman dengan Volkswagen dan seperti juga Mahathir,

merupakan penyokong kuat dasar perlindungan kepada industri tempatan khususnya

terhadap kesan daripada pelaksanaan Asean Free Trade Association (AFTA). 592

Konflik awal mula dikesan pada Februari 2005 apabila pengerusi Proton, Abu Hassan

Kendut meletakkan jawatannya. Walaupun Abdullah pada asalnya bersetuju dengan

pengguguran Mahaleel, beliau menukar fikirannya setelah Mahathir mahu mengekalkan

589
‗Pemuda UMNO tegur GLC‘, Utusan Malaysia, 11 Mac 2007; ‗Kongres Jihad Ekonomi Berakhir
Panas‘, Agenda.Daily, 13 Mac 2007 (akses akhir pada 26 Disember 2007).
590
Mohamed Ariff, ‗The Drivers of Competitiveness in Malaysia‘ (t.th), www.apec.org.au/docs/amfta-
ariff.pdf (akses pada 12 Disember 2010).
591
‗Untung kasar Proton mencecah RM780 juta‘, Utusan Malaysia, 1 Jun 2005.
592
‗Dr M‘s appointment: Revolt In proton, PM intervenes‘, Malaysiakini, 19 April 2004,
http://www.malaysiakini.com/news/19595 (akses akhir pada 26 Disember 2010); Leela Barrock, ‗A year
of twists and turns for Proton‘, The Edge, 27 Disember 2004.

171
Mahaleel. Tidak lama selepas itu, Mahathir melahirkan kebimbangan mengenai

kebanjiran permit import (AP) yang mengancam industri automatif negara dan meminta

kerajaan mendedahkan nama penerima permit berkenaan. Abdullah pula

membayangkan bahawa dasar perlindungan terhadap Proton tidak akan kekal dan

syarikat tersebut haruslah memajukan kualiti produknya agar boleh berdaya saing dalam

persaingan terbuka. Mahaleel kemudiannya mengkritik dasar automatif nasional yang

disifatkannya sebagai mendiskriminasi kepentingan Proton. Bagi meredakan situasi,

kerajaan mengumumkan senarai nama pemegang AP di mana daripada 67,000 AP yang

dikeluarkan bagi tahun 2005, sejumlah 28,000 dikongsi bersama empat individu iaitu

Nasimuddin SM Amin (pengerusi Naza Motor Group yang memberikan persaingan

pada Proton), Syed Azman Syed Ibrahim, Mohd. Haniff Abdul Aziz dan Azzuddin

Ahmad. 593 Persepsi terhadap Proton tidak dibantu oleh laporan yang dikeluarkan oleh

The PricewaterhouseCooper bagi tempoh 1996-2005. Laporan tersebut antara lain

menyatakan bahawa sesetengah projek telah dilaksanakan oleh Proton tanpa

perundingan dan berbilion-bilion ringgit dibelanjakan tanpa mengambil kira implikasi

perundangan. 594 Ketiga-tiga faktor ini dapat menerangkan ketidaksenangan berterusan

golongan konservatif terhadap program transformasi GLC sehinggalah ke era Najib. 595

593
‗Proton boss quits over differences with Mahathir‘, Malaysiakini, 4 Februari 2005,
http://www.malaysiakini.com/news/33403; ‗Proton names new chairperson‘, Malaysiakini, 7 Februari
2005, http://www.malaysiakini.com/news/33446 ; Mahathir Mohamad, ‗Wawancara: Apa salah saya?‘,
Mingguan Malaysia, 13 Februari 2005; ‗Dedahkan nama dapat permit import kepada umum‘, Utusan
Malaysia, 31 Mei 2005; ‗Kerajaan tidak dapat kekal beri perlindungan kepada Proton‘, Utusan Malaysia,
2 Jun 2005; ‗Dr M: Tengku Mahaleel tidak diminta berhenti‘, Malaysiakini, 5 Julai 2005,
http://www.malaysiakini.com/news/37618 ; ‗Pak Lah vows to slash Proton protection‘, Malaysiakini, 7
Julai 2005, http://www.malaysiakini.com/news/37714 ; Mahathir Mohamad, ‗Interview: Not simply a
car‘, Malaysian Business, 16 Julai 2005; ‗Penerima AP didedah‘, Utusan Malaysia, 19 Julai 2005; ‗Proton
‗singkir‘ Mahaleel‘, Utusan Malaysia, 26 Julai 2005 (kesemua sumber Malaysiakini diakses kali terakhir
pada 26 Disember 2010).
594
‗Tighter systems for Proton now in place, says MD‘, New Straits Times, 1 Ogos 2006; ‗Kelemahan
Proton rugikan pengguna‘, mStar Online, 17 Ogos 2006,

172
4.4.2 Projek Mega: Pengurangan atau Penerusan?

Untuk menyatakan semua projek mega Mahathir sebagai suatu pembaziran pastinya

suatu kenyataan yang klise. Namun fakta menunjukkan bahawa beberapa projek beliau

seperti projek hidroelektrik Bakun, Perwaja, Menara Berkembar Kuala Lumpur dan

Proton merupakan antara projek yang sering diperdebatkan kerana hujah-hujah seperti

tidak mendesak, mengalami kerugian atau juga masih belum menampakkan daya saing

yang tinggi.596 Seperti hujah Milne dan Mauzy, Mahathir merupakan seorang pembina

tetapi ia juga bertujuan untuk memberi satu kesan psikologi. 597 Dalam pembinaan

Menara KLCC, Mahathir menyatakan [t]he Twin Towers is to our ego what the box is to

the shorties.598 Beliau konsisten berpegang kepada teori pusingan bahawa perbelanjaan

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2006/8/17/TERKINI/Mutakhir/Kelemahan_Proton_rugikan_p
engguna&sec=mstar_berita (akses akhir pada 26 Disember 2010).
595
Dalam era Najib, Sime Darby didedahkan mengalami kerugian RM1.63 bilion berikutan berlakunya
lebihan kos dalam beberapa projek di bawah Bahagian Tenaga dan Utilitinya. Kerugian ini mencetuskan
kritikan bukan sahaja dari pembangkang malah dari golongan konservatif seperti Mahathir dan
PERKASA yang menggesa agar kesemua lembaga pengarah Sime Darby yang diketuai Musa Hitam
meletakkan jawatan. Sebuah lagi GLC iaitu Pos Malaysia turut didakwa mengalami kerugian oleh bekas
Pengerusinya, Adam Kadir sebanyak RM546 juta. Adam meletakkan tanggungjawab tersebut terhadap
Khazanah dan Nor Mohamed Yakcob. Desakan juga dibuat oleh badan pro-konservatif seperti Jaringan
Melayu Malaysia (JMM) agar penjelasan diberikan berhubung dakwaan tersebut. Golongan konservatif
juga mempersoalkan kaedah merit yang digunakan GLC dalam pemberian kontrak bagi pembinaan Projek
Mass Rapid Transit Lembah Klang dan pembangunan Bukit Bintang City Centre yang dilakukan di atas
tapak Penjara Pudu. Azman Mokhtar bagaimanapun menegaskan bahawa kaedah merit akan diteruskan
dalam pemberian kontrak walaupun ia bukan merupakan dasar yang popular. Perkembangan dua GLC
yang dipetik dalam kajian ini turut mendapat perhatian umum. MAS kembali mengalami kerugian
semenjak perpindahan Idris Jala yang dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Kerajaan
akhirnya melepaskan 20% pegangan dalam MAS kepada Air Asia. Tindakan ini menerima
ketidaksenangan meluas dari golongan konservatif sehingga membawa kepada tertubuhnya satu siasatan
rasmi oleh PAC. Dalam kes TNB, tindakan kerajaan yang menaikkan tarif eletrik menyebabkan Ani
Arope sekali lagi menghubungkaitkan tindakan itu sebagai kesan panjang dari langkah yang telah diambil
Mahathir sebelum itu.
596
Ishak Shari, ‗Nasib belum jadi bubur‘, 16; Jomo K.S, ‗Silap Mahathir dan Anwar‘, Tamadun, Julai
1998, 11; Simon Elegant, ‗Regime Change‘, TIME, 31 Oktober 2003,
http://www.time.com/time/asia/2003/mahathir/story.html (akses pada 18 Mac 2010).
597
Milne dan Mauzy, Malaysian Politics under Mahathir, 67.
598
Dipetik dari Anil Netto, ‗Mega-projects are back to boost Malaysian egos‘, 3 September 1999,
http://www.atimes.com/se-asia/AI03Ae02.html (akses pada 18 Mac 2010).

173
seperti projek mega perlu dilakukan untuk merangsang ekonomi dan akan menghasilkan

kesan berantai kepada hasil kerajaan. 599

Kepada pasukan kepimpinannya, Abdullah seringkali bergurau bahawa ―orang selalu

cakap I mewarisi success tetapi sebenarnya I mewarisi hutang yang banyak‖. 600 Defisit

yang tinggi sewaktu mengambil alih pentadbiran iaitu pada kadar 5.3% menyebabkan

Abdullah menegaskan tidak akan berbelanja lebih dari hasil yang diterima kerajaan.601

Justeru, hanya selepas dua hari memegang jawatan, beliau menangguhkan projek

landasan berkembar Ipoh-Padang Besar bernilai RM14.5 billion yang merentasi

sempadan Malaysia-Thailand. Projek tersebut pada asalnya telah dianugerahkan kepada

MMC-Gamuda pada akhir pemerintahan Mahathir. Selain daripada itu, Abdullah juga

mengarahkan pengecilan saiz projek hidroelektrik Bakun di Sarawak dengan kadar

separuh daripada skala asal. Kedua-dua projek ini dipunyai atau mempunyai kaitan

dengan Syed Mokhtar Albukhary, ahli korporat Melayu terakhir yang membina nama

pada era Mahathir. Selain daripada itu dan seperti yang telah disebutkan sebelum ini,

Abdullah juga meminta usahawan bumiputera tidak mengharapkan kontrak daripada

kerajaan semata-mata kerana sektor pembinaan yang sedang mengalami penguncupan

dan projek prasarana tidak akan dilaksanakan dengan banyak.602 Tindakan ini disambut

dengan reaksi yang amat positif daripada pelbagai pihak dan menandakan kesediaan

Abdullah untuk beralih dari corak pembangunan era Mahathir. Namun tindakan ini

jugalah yang disifatkan Abdullah sebagai tugas paling mencabar sepanjang tahun

599
‗Mega projects generate more revenue for country‘, The Edge, 26 Oktober 2009.
600
Wan Esuriyanti Wan Ahmad, temu bual dengan pengkaji, 22 November 2011.
601
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Menambah nilai perjuangan‘.
602
Lihat Loh, ‗The March 2004 General Elections in Malaysia: Looking Beyond the ―Pak Lah‖ Factor‘,
10-11;‗Usah harap kontrak kerajaan: PM‘, Utusan Malaysia, 11 Jun 2005.

174
pertama pentadbirannya.603 Kesukaran itu bukan sahaja terbit kerana mengambil

keputusan sedemikian tetapi juga kerana apabila beliau membuat keputusan tersebut, ia

memberi kesan kepada pandangan ahli UMNO berikutan kedudukan Syed sebagai

individu yang sering melakukan sumbangan politik kepada parti. 604

Pertentangan dalam pandangan mengenai projek mega mencapai tingkat baru apabila

projek Jambatan Bengkok dibatalkan. Mahathir yang sekian lama berasa resah dengan

perkembangan dalam Proton akhirnya memulakan kritikan terbuka kepada kerajaan

apabila projek yang menghubungkan Johor dan Singapura itu dibatalkan pada April

2006. Projek tersebut merupakan satu lagi projek terakhir yang diluluskan Mahathir

sebelum persaraannya. Singapura pada asalnya setuju untuk bekerjasama dalam

pembinaan jambatan tersebut tetapi mengenakan tuntutan berkaitan penjualan pasir, air

dan penggunaan ruang udara sebagai sebahagian daripada syarat kerjasama. Rundingan

demi rundingan yang diadakan gagal mencari kata sepakat dan akhirnya memaksa

kerajaan memutuskan untuk tidak meneruskan projek itu. Dua alasan yang diberikan

kerajaan ialah bantahan rakyat Johor mengenai tuntutan berkenaan dan juga kerumitan

mengenai implikasi undang-undang yang timbul jika ia diteruskan secara sebelah

pihak. 605

603
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan The Harvard Club of Malaysia Dinner‘.
604
Case, ‗How‘s my driving: Abdullah‘s first year as Malaysian PM‘, 149-150; Patricia Martinez,
‗Abdullah Badawi Defines His leadership‘, Southeast Asian Affairs (2005), 200.
605
‗Jb bridge project must go ahead, says Abdullah‘, The Star, 31 Januari 2006; ‗Dr M: Singapore agreed
to bridge without any conditions‘, The Sun, 28 April 2006; ‗Batal jambatan bengkok – langkah untuk
kurangkan kerugian‘, Agenda Daily, 11 Mei 2006; ‗Kenyataan penuh JPM mengenai Jambatan Bengkok‘,
Malaysiakini, 14 Julai 2006, http://www.malaysiakini.com/news/53903; ‗Bridge saga: Point-by-point
rebuttal‘, Malaysiakini, 17 Julai 2006, http://www.malaysiakini.com/news/53995 (sumber-sumber Agenda
Daily dan Malaysiakini diakses kali terakhir pada 26 Disember 2010).

175
Pada imbasan pertama, fakta yang ada tidak mencadangkan bahawa projek tersebut

dibatalkan kerana faktor penjimatan. Namun kerana selepas itu Abdullah menyebut

bahawa beliau ―tidak akan membina monumen besar atau kota bergemerlapan‖,606 ia

meningkatkan tafsiran mengenai keengganan Abdullah untuk berbelanja bagi projek

mega seperti yang turut ditafsir pihak lain. 607 Malah dalam sidang media terakhirnya

sebagai PM, Abdullah tidak memberikan alasan bantahan rakyat Johor atau masalah

perundangan tetapi kerana defisit negara yang tinggi.608 Bagi Mahathir, selain daripada

menganggap tindakan tersebut sebagai ―menjual kedaulatan‖, beliau menyifatkan ia

sebagai sindiran terhadap kecenderungannya berbelanja. Beliau mempertahankan

bahawa simpanan negara masih kukuh dan mencadangkan pendekatan yang diguna

pakai beliau sebelum ini iaitu menggunakan wang Petronas dan Kumpulan Wang

Simpanan Pekerja (KWSP) boleh diteruskan.609 Dalam PAU 2006, Abdullah

menegaskan tidak akan berbuat demikian atas dikotomi sumber kerajaan-sumber

Petronas.610 Tanpa mengira justifikasi yang dikemukakan, pembatalan ini dilihat

menyumbang kepada kejayaan Abdullah mengurangkan defisit ke paras 3.5% pada

2005.

Namun tidak lama untuk mengetahui yang preskripsi projek mega tidak menjadi

pengecualian bagi Abdullah. Biarpun menegaskan projek mega kali ini dilaksanakan

606
‗Its‘s not about doing what‘s popular‘, New Straits Times, 25 April 2006.
607
‗Anwar sokong tindakan Pak Lah batal projek mega Dr.M‘, Malaysiakini, 29 Jun 2006,
http://www.malaysiakini.com/news/53197 (akses akhir pada 26 Disember 2010).
608
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Pak Lah‘s final interview with media as PM‘.
609
‗Dr M: Tidak munasabah S‘pura anggap pindah paip air satu ‗tindakan peperangan‘‘, Malaysiakini, 15
April 2006, http://www.malaysiakini.com/news/49819 (akses akhir pada 26 Disember 2010); ‗Mahathir
kritik kerajaan‘, Utusan Malaysia, 8 Jun 2006; ‗Dr M tukar rentak‘, Berita Harian, 10 Jun 2006.
610
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Dasar Perhimpunan Agung UMNO 2006‘.

176
setelah ―meneliti dengan teliti manfaat yang akan dibawa terhadap negara‖, 611 ia

menghantar beberapa mesej yang bertentangan. Selain daripada projek koridor bernilai

RM1.1 trillion yang akan mengambil masa selama 18 tahun, kerajaan pada dasarnya

bersetuju melancarkan sebelas projek mega yang bernilai RM90 billion bermula pada

2007. Justifikasi bagi beberapa projek seperti Monorel Pulau Pinang (RM2 billion) dan

Pemanjangan Laluan LRT Lembah Kelang (RM10 billion) sememangnya tidak

dipertikaikan dan dianggap satu keperluan. Namun bagi beberapa projek lain, ia

menimbulkan persoalan yang munasabah. Antaranya ialah projek Trans-Peninsular Oil

Pipeline (RM25 billion), Keretapi Berkelajuan Tinggi ke Singapura (RM8 billion),

Kabel Dasar Laut Bakun (RM9 billion) dan termasuklah Landasan Berkembar Ipoh-

Padang Besar yang dibatalkan sebelumnya (RM12.4 billion). Walaupun sebahagiannya

merupakan pembiayaan inisiatif kewangan swasta, ia menimbulkan kebimbangan

berikutan impaknya terhadap defisit bajet awam, tiadanya ketelusan dalam urusan

pemberian kontrak, persoalan mengenai pulangan daripada projek dan keperluan

merundingi pihak berkepentingan.612

Episod yang turut memperkukuhkan pandangan ini ialah apabila projek mega Zon

Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) didedahkan mengalami peningkatan kos sehingga

611
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Interview: Steps Forward‘ dalam The Report: Malaysia 2007 (Oxford:
Oxford Business Group, 2007), 18.
612
Lee Hock Guan, ‗Malaysia in 2007: Abdullah administration under siege‘, Southeast Asian Affairs
(2008), 199-200; ‗RM90 billion boomtown‘, 25 Jun 2007, The Edge,
http://www.mbam.org.my/mbam/index.php?option=com_content&task=view&id=696&Itemid=331;
‗PFI & Mega Projects # 2‘, 25 Jun 2007, The Edge,
http://us.asiancorrespondent.com/jeff-ooi-blog/2007/07/rm90b_for_11_mega_projects_and.php (kedua-
dua diakses pada 23 November 2009).

177
RM4.6 billion. 613 Dilatari dengan projek koridor ekonomi dan kenaikan harga minyak

yang sedang berlangsung, ia dalam takat yang tertentu menyerlahkan pertentangan

dalam keutamaan yang ingin dilaksanakan kerajaan. Contoh lebih baik bagi

menggambarkan kontradiksi ini ialah projek PGCC. Tindakan Abdullah yang

menyokong projek tersebut menerima kritikan meluas daripada beberapa pihak dan

menjadi antara sebab meningkatnya sentimen ketidakpuasan hati penduduk Pulau

Pinang yang terkenal dengan keaktifan badan bukan kerajaan (NGO). Walaupun ia

merupakan projek yang dibiayai pihak swasta tetapi dari aspek moralnya, ia

memberikan implikasi yang berbeza daripada kebimbangan Abdullah mengenai

pembangunan infrastruktur yang berlebihan. Lebih ironi apabila Abdullah menyamakan

kepentingan PGCC seperti KLCC.614 Selain daripada dijangka menimbulkan masalah

alam sekitar, kesesakan dan perumahan – suatu elemen yang menjadi perhatian berat

Abdullah, ia juga dijalankan tanpa perundingan maksimum dengan penduduk setempat

dan pihak-pihak berkepentingan. 615

Begitu pun, penerusan ini sebahagiannya haruslah dilihat dalam konteks khususnya

cabaran yang dihadapi Abdullah dalam mengejar agenda keseimbangan. Oleh sebab

sifat berhati-hati Abdullah dalam berbelanja, ia memberi kesan kepada elit perniagaan

613
Dalam era Najib, dua bekas Menteri Pengangkutan era Mahathir dan Abdullah, Lim Liong Sik dan
Chan Kong Choy dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan dalam kes PKFZ. Chan didakwa atas tiga
dakwaan menipu Abdullah.
614
‗PGCC boost for Penang‘, The Star, 13 September 2007.
615
Lihat antaranya Anil Netto, ‗Mega City Project Robs Common Green‘, 12 September 2007,
http://ipsnews.net/news.asp?idnews=39227 ; ‗Joint Press Release By A Group of Concerned NGOs To
Oppose The Development of Penang Global City Centre (PGCC)‘, 15 September 2007,
http://www.pht.org.my/press_releases_20070915_pgcc.htm; ‗Koridor Ekonomi Perlu Kajian semula‘, 20
Oktober 2007, http://temanteras.wordpress.com/2007/10/20/koridor-ekonomi-perlu-kajian-semula; ‗STOP
PGCC‘, 25 September 2007, http://www.penangwatch.net/index.php?q=pgcc;‖teng:‖Teng (kesemua
diakses pada 23 Mei 2010); ‗No public hearing‘, The Star, 5 Oktober 2007.

178
yang mendesak dan malah memberi ―ugutan‖ agar kerajaan memberi lebih banyak

kontrak kepada firma pembinaan tempatan. 616 Tekanan yang lebih ketara diperlihatkan

oleh desakan daripada delegasi UMNO yang bergantung kepada kontrak kerajaan.617

Berkenaan dengan projek Landasan Berkembar Ipoh-Padang Besar pula, Abdullah

menjelaskan:

… the LOI [letter of intent] for the double tracking project was issued prior to
my taking over as prime minister. In fact, many last minute deals were pushed
through. Therefore, the government was already committed and there was
nothing I could do about it. So I told Gamuda that if the project were to be
reactivated, the first right of refusal would be given to Gamuda-MMC.
Otherwise, the government could be sued.618

4.4.3 Agenda Integriti

4..4.3.1 Pembanterasan Rasuah: Selangkah Ke Hadapan, Dua Langkah Ke


Belakang?

Di atas kertas, sememangnya agenda peningkatan integriti telah disuburkan secara

berterusan. Hal ini boleh dilihat melalui Akta Pencegahan Rasuah yang diperkenal pada

1961, penubuhan Agensi Pencegahan Rasuah (BCA) pada 1967 dan penggubalan Akta

Pencegahan Rasuah 1997. Mahathir juga memperkenalkan konsep Bersih, Cekap

Amanah apabila beliau menjadi PM pada 1981. Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai

Pengurusan Integriti Kerajaan pada 1998 juga ditubuhkan sebagai salah satu komponen

616
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Perhimpunan Agung UMNO 2005‘ (21 Julai 2005),
http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=paklah&id=2970 (akses pada 10 November 2010); Ramon
Navaratnam, ‗Conversations: Use the whiplah‘, The Sun, 8 Julai 2006; Lee Hock Guan, ‗Malaysia in
2007: Abdullah administration under siege‘, 199; ‗Malaysia political row unsettles investors, caps stock
market moves‘ (t.th), http://archives.liewchintong.com/en/?cat=21 (akses pada 14 Mei 2010).
617
Lihat perbincangan lanjut dalam bab 7.
618
Abdullah Ahmad Badawi, ‗The mellow life‘.

179
dalam penambahbaikan sektor awam. Namun demikian, gambaran yang menimbal balik

kelihatan tidak menjelma dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dikeluarkan

Transparency International. Hal ini boleh ditinjau menerusi kedudukan negara yang

berada pada tangga ke-23 pada 1995 dan merosot secara konsisten ke tangga 39 pada

2004.619 Paradoks yang tersaran melalui fakta ini ialah betapa pengukuhan ekonomi

membuka lebih ruang kepada peningkatan rasuah, nepotisme dan kronisme seperti yang

telah diperjelaskan dalam beberapa bahagian sebelum ini. 620

Salah atau benar, satu hujah yang tidak dapat dielakkan ialah ketiadaan sokongan yang

kuat daripada pentadbiran Mahathir bagi memerangi gejala ini. Lima kes yang seringkali

menarik tumpuan umum dalam eranya ialah penyiasatan skandal BMF yang tidak

berakhir dengan sebarang pendakwaan dan dipenuhi kerahsiaan, siasatan rasuah

terhadap Rafidah Aziz berhubung tuduhan pemberian saham kepada menantunya,

tuduhan penyelewengan saham MAIKA Holding membabitkan Samy Vellu, teguran

Mahathir ke atas siasatan BPR terhadap bekas Gabenor Bank Negara, Ali Abul Hassan

Sulaiman dan ketiadaan pendakwaan terhadap Eric Chia yang didakwa

bertanggungjawab atas kerugian Perwaja. Sekian lama, isu-isu seperti ini dilihat menjadi

penanda aras dalam mengukur komitmen kerajaan memerangi rasuah walaupun

sebahagiannya dibersihkan daripada dakwaan. 621 Pemusatan kuasa eksekutif yang

619
Abdul Rahman Embong, ‗Public Opinion Survey and Anti Corruption Reform‘, 5th Regional Anti
Corruption Conference, Beijing, China, 28-30 September 2005, 1-2.
620
Lihat juga Harun Hashim, ‗Wawancara: BPR masih belum telus‘, Mingguan Malaysia, 13 Julai 2003.
621
Means, Malaysian Politics: The Second Generation, 120-123; Syed Hussein Alatas, Corruption and
the Destiny of Asia (Petaling Jaya: Prentice Hall, 1999), 88-93; ‗Bekas pegawai tinggi BPR buat laporan
polis rasuah PM‘, Malaysiakini, 15 Mei 2001, http://www.malaysiakini.com/news/3004 ; ‗Former Maika
director, incensed over allegations, plans legal actions‘, Malaysiakini, 6 Disember 2003,
http://www.malaysiakini.com/news/18033 ; ‗Trade minister Rafidah cleared of corruption‘, Malaysiakini,

180
berlaku bermula pada 1985 menyukarkan lagi proses keterbukaan dalam pengaliran

maklumat dan seterusnya memberi kesan kepada proses semak dan imbang. 622

Fakta-fakta ini merupakan antara cabaran yang dihadapi Abdullah yang berikrar untuk

menjadikan agenda integriti sebagai mantra penting pentadbirannya. 623 Dengan nada

penuh yakin, beliau berazam untuk tidak akan memikirkan mengenai libasan politik

yang timbul kesan daripada keazamannya itu.624 Menjelang PRU-11, tanpa diragukan

Abdullah berjaya memaparkan satu kesungguhan politik baru melalui agenda ini.

Kemenangan besar BN dalam PRU-11 menjadi bukti lebih konkrit berkenaan

keberkesanan agenda ini. Antara langkah-langkah yang mengilustrasi komitmen

Abdullah pada fasa pertama ini ialah:

i. Melakukan lawatan mengejut di jabatan-jabatan yang sering kali dikaitkan


dengan rasuah dan karenah birokrasi seperti Jabatan Imigresen dan juga
menegaskan penekanan kepada sistem penyampaian seperti pembayaran kepada
kontraktor dan kes tertunggak di Pejabat Tanah.

ii. Meminta para menteri dan pegawai kanan agar bersederhana dalam penampilan
dan dalam menganjurkan majlis perasmian sesuatu projek atau acara rasmi.

ii. Sebagai reaksi daripada persepsi mengenai kemerosotan imej dan salah laku
pasukan polis, Abdullah menubuhkan Suruhanjaya Khas Penambahbaikan dan
Pengurusan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

3 Jun 2004, http://www.malaysiakini.com/news/20152 (kesemua sumber Malaysiakini diakses kali


terakhir pada 26 Disember 2010).
622
Antaranya ialah pindaan Akta Rahsia Rasmi (OSA) yang tidak menggalakkan kewartawanan
penyiasatan, penahanan pemimpin pembangkang dalam Operasi Lalang 1987, pengharaman akhbar
progresif seperti The Star, pindaan terhadap Akta Polis dan Akta Penerbitan dan Percetakan Akhbar, krisis
kehakiman 1988 dan pindaan perlembagaan berhubung kekebalan raja-raja. Lihat Param
Cumarasmawany, ‗Conversations: Speaking up for justice‘, The Sun, 26 Nov 2005.
623
‗PM mahu semua kes rasuah diselesaikan‘, Utusan Malaysia, 14 November 2003; Abdullah Ahmad
Badawi, ‗Ucapan The World Ethics and Integrity Forum 2005‘ (29 April 2005),
http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=paklah&id=2943 (akses pada 27 Ogos 2010).
624
Dipetik dari ‗Abdullah: Nothing will stop me‘, The Star, 11 Februari 2004.

181
iii. Mencadangkan pemberian tender secara terbuka untuk mengelakkan peningkatan
kos dan kaedah rundingan terus hanya dipakai bagi kes tertentu.

iv. Pendakwaan yang dijalankan terhadap Eric Chia dan juga Menteri Tanah dan
Pembangunan Koperasi, Kasitah Gaddam yang didakwa terlibat dalam penjualan
saham secara salah dalam sebuah anak syarikat negeri Sabah. Selain dari itu,
antara kes-kes penting yang turut didakwa ialah bekas Exco Kerajaan Negeri
Selangor, Sharif Jajang, bekas Ahli Parlimen PAS, Mohamad Apandi Mohamad,
bekas Pengarah Urusan Amanah Ikhtiar Malaysia, Ramli Mukhtar, bekas Ketua
Eksekutif Telekom Malaysia, Ibrahim Mohd Noor, bekas Presiden Majlis
Perbandaran Kangar, Baharudin Ahmad, Ahmad Zukni Johari dari Perbadanan
Usahawan Nasional Bhd dan bekas Ketua Eksekutif Malaysian Technology
Development Corporation, Annuar Md Noor.

v. Selepas PRU-11, Abdullah memperkenalkan Kod Etika untuk ahli parlimen dan
mewajibkan mereka mengisytiharkan harta termasuklah yang dipunyai isteri,
anak dan pemegang amanah.

vi. Pelancaran Pelan Integriti Nasional pada 2004 dan penubuhan Institut Integriti
Malaysia bagi memantapkan usaha pengukuhan integriti di semua lapisan
masyarakat.

vii. Dalam konteks UMNO, parti tersebut menggantung keahlian Isa Samad yang
didapati bersalah kerana menggunakan wang dalam PAU 2004. Satu lagi kes
yang turut memaparkan kesungguhan ini apabila seorang rakan baik Abdullah
sendiri, Azman Mahalan turut didakwa di mahkamah atas kesalahan rasuah
dalam pemilihan UMNO bahagian.

Namun sejak peringkat awal, pasukan kepimpinan Abdullah menyedari yang mereka

tidak boleh memperbetulkan keseluruhan sistem kerana ia begitu sukar. 625 Salah satu

cabaran bagi Abdullah ialah usaha membandingkan tindakan beliau dengan

kesungguhan Mahathir dalam pembanterasan rasuah. Akhbar The Star secara terbuka

menyatakan bahawa Mahathir kurang bercita-cita tinggi dalam agenda tersebut sehingga

625
Case, ‗How‘s my driving: Abdullah‘s first year as Malaysian Prime Minister‘, 146.

182
melebarkan pemerluasan gejala itu. 626 Walaupun Mahathir menyokong pendekatan yang

diambil Abdullah,627 kedudukan Eric Chia dan Kasitah yang masing-masingnya

merupakan rakan rapat dan juga menteri yang dilantik Mahathir turut seolah-olah

memberi gambaran bahawa agenda ini merupakan kiasan tidak langsung kepada era

pentadbirannya. 628 Apabila tercetusnya isu AP, ia sebenarnya juga bukan sahaja

merupakan isu yang berkait rapat dengan Proton tetapi juga menyerlahkan kompleksiti

hubungan politik dan perniagaan yang menyumbang kepada korupsi, kronisme dan

masalah ketirisan.629 Ditambah dengan perwakilan UMNO yang mula menampakkan

rasa kurang senang terhadap agenda ini, Abdullah mula memperlahankan momentum

pembanterasan rasuah selepas PRU-11 2004.630 Umpamanya, sebelum PRU-11 2004,

Rais Yatim mengeluarkan kenyataan bahawa 18 individu berprofil tinggi akan didakwa

dan ikrar ini dianggap menjadi satu sebab penting terhadap peningkatan sokongan BN

dalam PRU tersebut.631 Namun sehingga PRU-12, tidak ada perkembangan yang

kedengaran mengenai kes-kes tersebut.

Pada masa yang sama dan sehinggalah PRU-12, kebejatan yang berlaku dalam rejim

pemerintah dibongkar dengan lebih agresif khususnya dari akhbar-akhbar seperti NST,

The Sun dan media alternatif seperti Malaysia Today. Antaranya seperti:

626
Wong Chun Wai, ‗Pile on pressure against the corrupt‘, The Star, 29 Mei 2005.
627
‗Mahathir sokong‘, Utusan Malaysia, 14 Februari 2004.
628
Apabila Kasitah dibebaskan kemudiannya pada Ogos 2009, Mahathir menyindir Abdullah yang
membawa kes tersebut ke mahkamah dan menganggap ia tidak lebih sebagai satu usaha perhubungan
awam. Lihat ‗Dr M tidak terkejut‘, Utusan Malaysia, 13 Ogos 2009.
629
Rustam Sani, ‗Isu AP pelik dan luar biasa‘, Siasah, 5 Ogos 2005.
630
Lihat perbincangan lanjut di halaman 341-342.
631
‘18 lagi kes besar‘, Utusan Malaysia, 14 Februari 2004.

183
i. Pendedahan Suruhanjaya Khas Penambahbaikan Polis bahawa terdapatnya
pegawai polis kanan yang mengisytiharkan harta sebanyak RM34 juta.

ii. Pendedahan perbelanjaan bagi meraikan persaraan Ketua Pengarah Jabatan


Kastam dan Eksais, Abdul Halil Abd Mutalib yang menelan belanja RM220,000.

iii. Isu Ahli Parlimen Jasin, Mohd Said Yusof yang mengaku meminta Jabatan
Kastam dan Eksais untuk ―menutup sebelah mata‖ berkaitan dengan balak
syarikat tertentu yang dirampas. UMNO memutuskan ‗tidak ada kes‘ terhadap
Mohd Said dan tiada tindakan pendakwaan dijalankan terhadap beliau.

iii. Laporan Audit 2006 hingga 2009 yang menyentuh pelbagai penyalahgunaan dana
dan pembaziran dalam beberapa jabatan dan kementerian.

iv. Pendedahan akhbar The Sun mengenai dakwaan perbelanjaan jutaan ringgit oleh
Kementerian Belia dan Sukan yang berada di bawah teraju Azalina Othman
dalam isu penubuhan pusat latihan sukan di Britain dan beberapa pembelian lain.

v. Isu pembinaan ―istana Zakaria‖ oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan
Klang, Allahyarham Zakaria Deros tanpa mendapat kelulusan pelan pembinaan.
Beliau juga didapati tidak membayar taksiran satu harta lain selama 12 tahun dan
menjalankan perniagaan atas tanah simpanan kerajaan.

vi. Pendedahan mengenai skandal PKFZ di mana wujudnya pertembungan


kepentingan politik dan urusniaga korporat yang menyebabkan kos pembinaan
projek melambung sehingga RM4.6 billion ringgit.

vii. Pendedahan mengenai dakwaan salah laku dan penyalahgunaan kuasa oleh
Pengarah BPR Sabah, Ramli Manan bahawa Pengarah BPR, Zulkipli Mat Nor
pernah menyalahgunakan kuasa sewaktu menjadi Ketua Cawangan Khas Polis
Sabah. Zulkipli dibebaskan dari dakwaan tersebut tetapi tidak disambung
kontraknya selepas itu.

viii. Pendedahan bahawa Timbalan Menteri Dalam Negeri, Johari Baharum didakwa
memberi rasuah bagi melepaskan penjenayah yang ditahan di bawah Ordinan
Darurat. Kes tersebut kemudiannya merebakkan pertikaian antara beliau dan
Ketua Polis Negara, Musa Hassan apabila Johari mendakwa pasukan polis
banyak melepaskan penjenayah Ordinan Darurat tanpa pengetahuan
kementeriannya. Johari dilepaskan dari tuduhan tersebut tetapi kemudiannya
184
membuat laporan kepada BPR mengenai dakwaan bahawa Musa menerima
rasuah bagi melepaskan sekumpulan penjenayah. Kedua-dua Johari dan Musa
dibersihkan dari tuduhan ini.

ix. Kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Hanif Omar bahawa 40% pegawai kanan
polis boleh ditahan tanpa siasatan lanjut kerana mengamalkan gaya hidup
mewah.

x. Pendakwaan yang dilakukan terhadap Pengarah Jabatan Penyiasatan Jenayah


Komersil, Ramli Yusuf, pegawai bertaraf nombor tiga dalam PDRM atas
kegagalan mengisytiharkan aset dan terlibat dalam perniagaan.

xi. Pendedahan dakwaan pengaturan perlantikan dan keputusan hakim yang


dilakukan oleh V.K Lingam.

Walaupun pendedahan-pendedahan seperti ini memaparkan proses keterbukaan yang

dianjurkan Abdullah, golongan pro-reformasi melihat ia dicacatkan oleh ketiadaan

tindakan susulan dalam isu-isu penting seperti isu AP, isu ‗tutup mata sebelah‘, isu

Zakaria Deros dan isu V.K Lingam. Sistem tender terbuka juga masih tidak

dilaksanakan dengan menyeluruh dan menimbulkan kemusykilan dalam urusan

pembahagian projek khususnya projek mega yang dianugerahkan secara terus kepada

syarikat-syarikat berkaitan UMNO.632 Dalam kes pembinaan Jambatan Kedua Pulau

Pinang yang dianugerahkan kepada UEM, Abdullah selepas persaraannya turut

632
Navaratnam, ‗Use the whiplah‘; Tengku Azlan Sultan Abu Bakar, ‗Conversations: Right royal
politician‘, The Sun, 8 Mei 2008; ‗Keng Yaik: It‘s all money, money, money, money, money‘, 4
September 2008, The Malaysian Insider,
http://www.themalaysianinsider.com/litee/malaysia/article/Keng-Yaik-Its-all-money-money-money-
money-money/ (akses akhir pada 26 Disember 2010); Wiliam Case, ‗Malaysia in 2007: High Corruption
and Low Opposition‘, Asian Survey, 48, no. 1(2008), 12.

185
mengakui bahawa perhaps we should have called for an open tender and let UEM

compete on its own merits. 633

Justeru, apabila CPI negara terus mengalami kemerosotan konsisten sehingga tahun

2011,634 ia sekadar membenarkan hujah beberapa suara berautoriti bahawa penekanan

terhadap pembinaan institusi tidak mencukupi kerana ia turut diperkukuhkan oleh

faktor-faktor lain seperti kebebasan institusi pemerintah, semakan terhadap Akta Rahsia

Rasmi (OSA) dan terpentingnya, kepimpinan dan individu yang berintegriti tinggi.635

Kenyataan ini mempunyai kebenaran besar dengan merujuk kepada penubuhan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas PRU-12. Selain dari lewat

ditubuhkan, SPRM yang tertubuh lebih merupakan ‗versi yang telah dilunakkan‘

(watered-down version) berikutan tentangan golongan perwakilan berpengaruh dalam

UMNO. Badan itu juga dilihat dengan lebih sangsi berikutan tanggapan bahawa ia

melakukan pendakwaan terpilih dan menampakkan minat yang lebih khusus dalam kes

yang melibatkan ahli politik pembangkang. 636 Turut memperbesarkan lagi jurang

kredibiliti SPRM ialah apabila ia tewas dalam beberapa kes berprofil tinggi yang

didakwa dalam era Abdullah seperti Eric Chia (bebas pada Jun 2007), Kasitah Gaddam

(bebas pada Ogos 2009), Ramli Mokhtar (bebas pada Februari 2010), dua ADUN Perak

yang mengisytiharkan menyertai UMNO pada Februari 2009, Mohd. Osman Jailu dan

633
Abdullah Ahmad Badawi, ‗The mellow life‘.
634
Kedudukan Malaysia dalam CPI ialah tempat ke-39 pada 2004 dan 2005, 44 pada 2006, 43 pada 2007,
47 pada 2008, 56 pada 2009 dan 2010 dan 60 pada 2011.
635
Gomez, ‗Q & A: Pak Lah has power to wipe out corruption‘; ‗Be alert for ‗creative corruption‘, ACA
told‘, Malaysiakini, 29 Januari 2007 (akses akhir pada 26 Disember 2010); Tunku Abdul Aziz, ‗Malaysia,
no pass in the corruption index‘, 22 November 2009,
http://news.asiaone.com/News/AsiaOne%2BNews/Asian%2BOpinions/Story/A1Story20091122-
181469.html (akses pada 11 Mei 2010); ‗Bribe and Prejudice‘, The Star, 27 September 2009.
636
Lihat perbincangan lanjut di halaman 256-257.

186
Jamaluddin Mohd. Radzi (bebas pada April 2010), Wahid Md. Don (bebas pada

Oktober 2010) dan Sharif Jajang (bebas Disember 2011).637

Sementara kita memperkatakan fakta-fakta ini, analisis haruslah sebahagiannya dilihat

dalam perspektif. Melalui bukti-bukti yang dibahaskan, ia dengan jelas menyarankan

bahawa Abdullah berhadapan dengan gejala yang telah terinstitusi khususnya dalam

sebuah sistem yang berasaskan kompleks parti-birokrasi. Menurut sarjana ulung

mengenai korupsi, Syed Hussein Alatas, korupsi hanya diiktiraf sebagai satu masalah

serius 50 tahun selepas merdeka sedangkan ia boleh diiktiraf lebih awal. 638 Chandra

turut melihat bahawa:

Nilai dan budaya yang telah berakar bukan sekadar selama 22 tahun
[pemerintahan Mahathir] tetapi sejak [kemerdekaan] pada 1957. UMNO dari
dahulu begitu selesa dengan kemenangan. [UMNO] selalu buat perbandingan
dengan LDP [dari Jepun]. Kedua-dua parti dari benua Asia. Kedua-dua parti
berjaya mengubah wajah negara, mengubah struktur masyarakat dan pelbagai
lagi pencapaiannya. Tetapi mereka juga begitu lama berkuasa dalam satu iklim
politik yang tidak menghargai akauntabiliti. 639

Pandangan ini turut dikongsi oleh Wan Esuriyanti Wan Ahmad yang banyak berhadapan

dengan golongan konservatif UMNO dan birokrat yang tidak senang dengan perubahan

yang cuba dilakukan Abdullah:

637
Kemuncak kepada krisis keyakinan terhadap SPRM tercetus dalam era Najib apabila seorang ahli
DAP, Teoh Beng Hock didapati mati sewaktu berada dalam siasatan SPRM pada Julai 2009. Salah
seorang ahli Jawatankuasa Terpilih Parlimen Mengenai Rasuah iaitu Radzi Sheikh Ahmad mengakui
bahawa kes Teoh Beng Hock dan kekalahan beberapa kes SPRM di mahkamah telah menjejaskan imej
SPRM (lihat ‗MACC‘s image has suffered, says Radzi‘, The Star, 19 Mei 2010). Lihat lagi perbincangan
lanjut mengenai SPRM di halaman 255-257.
638
Syed Hussein Alatas, ‗Conversations: Debunking the myth‘, The Sun, 2 September 2005.
639
Chandra Muzaffar, temu bual dengan pengkaji, 29 Disember 2009

187
When people say we are criticizing the legacy of Mahathir, I don‘t see that way
because the things that been criticized is kelemahan yang berlaku. Ia bukan
kelemahan yang berlaku selama 22 tahun [pemerintahan Mahathir] tetapi
kelemahan yang telah ada dalam sistem. It is in the blood of the governemnt.640

Hal ini dapat menjelaskan mengapa arahan perisytiharan harta menteri yang

dicadangkan Abdullah selepas PRU-12 tidak dapat dilaksanakan berikutan tekanan

anggota kabinet yang mengugut untuk meletakkan jawatan. 641 Apabila SPRM menahan

seorang pembantu Menteri Pelancongan, Azalina Othman dengan wang tunai RM70,000

pada Mac 2009, The Sun melaporkan Azalina datang ke kediaman Abdullah dengan

bapanya, Othman Said dan mengadakan pertemuan sehingga tiga jam. Episod ini

mencetuskan kritikan mengenai kewajaran Azalina berbuat demikian walaupun

Abdullah menegaskan bahawa beliau akan membiarkan undang-undang mengambil

jalannya sendiri. 642 Bagi Param Cumaraswamy, agenda pembanterasan rasuah:

[will] take time. Sometimes we need to be patient. Corruption has become so


endemic. To bring about positive changes, it‘ll take a long time because these
structures are damaged — they are not destroyed — they are damaged.643

4.4.3.2 Keterbukaan Konstruktif dan Reformasi Perkhidmatan Awam

Dilihat dari lapisan positif bagaimanapun, kajian ini tidak menganggap agenda integriti

sebagai agenda yang gagal. Melalui dasar keterbukaan yang dianjurkan Abdullah, ia

640
Wan Esuriyanti Wan Ahmad, temu bual dengan pengkaji, 22 November 2011.
641
Khairy Jamaluddin, ‗Interview: UMNO‘s resistance to change‘, The Nut Graph, 16 Februari 2009,
http://www.thenutgraph.com/umnos-resistance-to-change (akses akhir pada 26 Disember 2010); Zaid
Ibrahim, temu bual dengan pengkaji, 2 April 2010.
642
‗Azalina meets PM over probe‘, The Sun, 13 Mac 2009; R. Nadeswaran, ‗No evidence of MACC‘s
neutrality‘.
643
Cumarasmawany, ‗Conversations: Speaking up for justice‘.

188
merangsang pengutaraan atau pendedahan isu-isu tertentu yang berperanan menjadi

instrumen semak dan imbang terhadap dasar rejim pemerintah. Sejak peringkat awal,

kepimpinan Abdullah membenarkan persoalan rasuah dan integriti dibahaskan secara

terbuka melalui konsep kewartawanan penyiasatan. 644 Biarpun kebanyakannya

memberikan persepsi yang negatif, ia membuka ruang dan kepekaan yang lebih besar

kepada masyarakat dan media untuk menyiasat dengan lebih dekat amalan-amalan yang

diragui dan seterusnya memberikan input bagi mempengaruhi kesedaran dan proses

pembuatan keputusan. Menurut Wan Esuriyanti:

[Bukan sahaja NST yang dikritik kerana lebih terbuka] tapi juga TV3 yang
berada di bawah [pengurusan] Kamarulzaman. Masa itu, tengoklah bagaimana
Karam Singh membongkar isu-isu [berkaitan integriti]. Kami dapat banyak
[rungutan] dari UMNO dan dari dalam kerajaan sendiri seperti ‗Kenapa tak
control NST dan TV3?‘. Tapi Pak Lah hendak keterbukaan benda-benda macam
ni [dengan membangkitkan] isu-isu berkaitan rakyat seperti rumah tak siap, [sijil
menduduki] tak dapat dan korupsi di pejabat tanah. [Hanya dengan pendedahan
seperti ini], barulah mereka dapat meningkatkan perkhidmatan mereka. Dalam
satu mesyuarat yang dihadiri semua kementerian, ada satu kementerian marah
dengan [paparan kemiskinan dan kesusahan rakyat dalam program] Bersamamu
yang baru dimulakan pada waktu itu [oleh TV3].645

Dua impak positif lain yang saling berkait rapat dalam hal ini ialah kepentingan laporan

audit negara dan juga sistem penyampaian perkhidmatan awam. Sesuai dengan gagasan

peningkatan integriti dan keterbukaan Abdullah, laporan audit negara kini merupakan

satu ‗penerbitan berimpak tinggi‘. Di bawah kepimpinan dua Ketua Audit Negara iaitu

Hadenan Jalil (2000-2006) dan Ambrin Buang (2006-kini), badan tersebut berjaya

memaparkan sikap tiada rasa takut dan pilih kasih terhadap laporan yang dikemukakan.

Bagi Hadenan Jalil:

644
Loh, ‗The March 2004 General Elections in Malaysia: Looking Beyond the ―Pak Lah‖ Factor‘, 11.
645
Wan Esuriyanti Wan Ahmad, temu bual dengan pengkaji, 22 November 2011.

189
In the past, the audit report tended to be neglected, but with (Prime Minister)
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi and his commitment to accountability, our
audit report and the work of the Audit Department come to the forefront.646

Justeru, sejak pembentangan laporan audit negara 2006, wujudnya perubahan yang jelas

terhadap reaksi dan debat yang berlangsung kesan daripada laporan tersebut. Perubahan

ini merupakan situasi yang positif mengambil kira peningkatan kesedaran masyarakat

berkaitan hal-hal penyelewengan, salah pengurusan dan pembaziran. Ia menjelaskan

dengan terperinci kelemahan pengurusan awam dari sebesar-besar perkara seperti

peningkatan kos landasan berkembar elektrik Rawang-Ipoh sebanyak RM1.43 bilion

sehinggalah pembelian sebutir skru bernilai RM224.94 berbanding kos sebenar iaitu

RM40. Selain daripada pendakwaan yang dilakukan berhubung penyalahgunaan kuasa

yang dikesan dari laporan audit tersebut,647 aspek yang lebih menarik ialah

profesionalisme laporan tersebut yang turut memberi kredit terhadap pengurusan

kewangan yang dilakukan oleh negeri-negeri PR semenjak Mac 2008. 648 Hal ini

sekaligus memaparkan pendirian Ambrin Buang yang dilihat bebas dari pengaruh politik

dan mempunyai integriti yang tidak dipertikaikan.649

646
Hadenan Jalil, ‗Interview: Not simply fault finding‘, Malaysian Business, 1 Disember 2005, 36.
647
‗Laporan Ketua Audit Negara 2008: ‗SPRM buka 41 fail siasatan‘, Utusan Malaysia, 9 November
2009.
648
‗Ketua Audit Negara Puji Urustadbir Selangor‘, 21 Oktober 2009,
http://selangor.pas.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=450&Itemid=2 ; ‗Laporan
kewangan PP dapat pujian Ketua Audit‘, 24 Oktober 2009,
http://n37batumaung.blogspot.com/2009/10/laporan-kewangan-pp-dapat-pujian-ketua.html (kedua-dua
diakses pada 12 Februari 2010).
649
Dalam era Najib, Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang diselia Ambrin terus mendapat perhatian
dengan mendedahkan beberapa isu pembaziran dan salah laku pengurusan kewangan kerajaan BN dan
negeri-negeri yang berada di bawah PR. Malah golongan pro-reformasi melalui portal berita Malaysiakini
turut menyelar sikap Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang disifatkan tidak professional kerana
seolah-olah tidak boleh menerima teguran yang disampaikan oleh laporan tersebut berkenaan pengurusan
kewangan negeri Selangor. Bagi penulis ini, kredibiliti laporan audit berkenaan tidak perlu dipersoalkan
memandangkan integriti dan kecenderungan politik Ambrin yang neutral. Lihat Jasbant Singh, ‗Prestasi
siapa janggal: Amrin atau Khalid?‘, Malaysiakini, 27 Oktober 2011,
http://www.malaysiakini.com/news/179715 (akses pada tarikh yang sama).

190
Keduanya, penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan awam. Sejajar dengan

latar Abdullah sebagai bekas pegawai perkhidmatan awam, beliau memberikan

perhatian besar kepada birokrasi sejak mengambil alih kepimpinan. Hal ini berbeza

dengan era Mahathir yang lebih memberikan tumpuan kepada Komuniti Perdagangan

dan Perindustrian Bumiputera (BCIC) yang mencerminkan penekanannya terhadap

ekonomi neoliberal. 650 Abdullah menyedari bahawa ―penghentaman perkhidmatan

awam‖ berlaku dengan meluas berhubung isu-isu ketidakcekapan, pembaziran, korupsi

dan penyalahgunaan kuasa. 651 Salah satu langkah yang diambilnya bagi merangsang

produktiviti sektor awam bagi tujuan mencapai khidmat yang berorientasikan rakyat

ialah menaikkan gaji kakitangan awam antara 7.5-35% pada Mei 2007 – kenaikan yang

merupakan tertinggi dalam sejarahnya.652 Abdullah turut memberikan perhatian kepada

penginstitusian Napolean Kecil. Dari sistem terpusat yang popular pada era Mahathir,653

sistem desentralisasi yang diperkenalkan Abdullah menyumbang pula kepada

kewujudan:

[mereka] yang boleh buat keputusan [tetapi] terlajak iaitu membuat keputusan
yang tidak sepatutnya dilakukan. Ataupun dia sudah menganggap I am a big shot
dan menjadikan kebolehan untuk membuat keputusan sebagai satu pendekatan to
terrorise. [Satu contohnya] ialah apabila menteri memberi arahan dan setelah
membaca surat itu, [pegawai ini] mencampakkan surat itu depan hamba Allah
yang menghantarnya.654

650
Loh, ‗The March 2004 General Elections in Malaysia: Looking Beyond the ―Pak Lah‖ Factor‘, 13.
651
Abdullah Ahmad Badawi, temu bual dengan pengkaji, 18 Mac 2010.
652
Loh, ‗We want democracy and development‘.
653
Shamsul Amri, temubual dengan pengkaji, 12 Mac 2010; Ooi Kee Beng, temu bual dengan pengkaji,
30 Mac 2010.
654
Abdullah Ahmad Badawi, temu bual dengan pengkaji, 18 Mac 2010.

191
Antara langkah yang diambil Abdullah dalam melaksanakan reformasi pentadbiran

awam ialah melantik Sidek Hassan sebagai Ketua Setiausaha Negara pada September

2006. Berlatarkan pengalaman sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan

Antarabangsa dan Industri (MITI) yang terdedah dengan budaya kerja berprestasi tinggi,

Sidek merupakan seorang lagi individu yang harus diberi kredit dalam menjayakan

agenda pembangunan lunak Abdullah. Beliau telah mengambil beberapa langkah yang

radikal dalam menjalankan reformasi pentadbiran awam seperti memendekkan

pembayaran Perbendaharaan dari 30 ke 14 hari, memperluaskan konsep delegasi kuasa,

memantau sendiri prestasi pembayaran kerajaan, mengambil pendekatan responsif

terhadap dasar keterbukaan dan sikap tidak bertolak ansur dalam masalah disiplin.

Beliau berterus-terang mengisytiharkan tentangan terhadap golongan Napolean Kecil

dan memberikan e-melnya kepada umum untuk mengadukan sebarang masalah.

Pendekatan pertautan membina juga digunakan Sidek apabila beliau konsisten

memberikan temu ramah kepada akhbar progresif seperti The Sun yang banyak

menyelongkar kelemahan sistem penyampaian dan penyalahgunaan kuasa perkhidmatan

awam.655 Sebagai inisiatif terpenting daripada masalah ini, Sidek memainkan peranan

instrumental dalam menggerakkan PEMUDAH yang dilancarkan Abdullah pada

Februari 2007. Hanya setahun selepas penubuhannya, PEMUDAH telah meninggalkan

beberapa impak penting seperti penubuhan Pusat Hentian Setempat, penyiapan pasport

dalam masa sejam oleh Jabatan Imigresen, pertautan kerjasama yang lebih jitu bersama

sektor swasta dan kemajuan dalam aspek-aspek seperti pelesenan, pentadbiran harta dan

655
Sidek Hassan, ‗Wawancara: Ubah sikap, turun kuasa‘, Mingguan Malaysia, 4 Februari 2007; Sidek
Hassan dan Ismail Adam, ‗Conversations: In the public service‘, The Sun, 12 Disember 2007; Sidek
Hassan dan Yong Poh Kon,‘Conversations: Progress and shortfalls‘, The Sun, 21 Ogos 2008.

192
urusan pekerja asing. Dalam konteks PEMUDAH, pemilihan tujuh bekas kakitangan

MITI sebagai ahli panelnya membuktikan kesungguhan Abdullah dalam membawa

virus MITI ke dalam budaya kerja sektor awam. 656 Tidak keterlaluan untuk dianggap

Sidek merupakan Ketua Setiausaha Negara yang paling terbuka dan tidak menampakkan

sikap government knows best sejak sekian lama.657

4.4 KESIMPULAN

Walaupun Abdullah masih mengekalkan matlamat Malaysia untuk menjadi negara maju

pada 2020, beliau telah mengubah prinsip-prinsip pengorganisasi yang digunakan bagi

mencapai matlamat tersebut. Berdasarkan kepercayaan bahawa tradisi tidak semestinya

harus diteruskan, beliau mengambil langkah yang mengejutkan kerana memberi semula

perhatian kepada aspek-aspek yang terpinggir dalam kerangka negara pembangunan

Malaysia. Era yang menjadi rujukan beliau ialah era Razak iaitu dengan menyegarkan

semula dasar pertanian, pembangunan wilayah dan kepentingan modal insan. Biarpun

sebahagian perubahan-perubahan ini masih kekal untuk dinilai, ia merupakan satu

656
Lihat temuramah dan tulisan dua ahli panel Pemudah iaitu G. Gnanalingam, ‗At your service‘, The
Sun, 29 Januari 2008; Yong Poh Kon, ‗Pemudah has made doing business in Malaysia easier‘, New Straits
Times Special, 2 April 2009.
657
Dalam era Najib, Sidek umpamanya melakukan lawatan dan pertautan dengan akhbar dalam talian,
The Malaysian Insider – akhbar yang banyak dikritik oleh golongan konservatif kerana orientasinya yang
kritikal terhadap rejim pemerintah. Sebagai reaksinya terhadap Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang
banyak diperkatakan, Sidek bersikap terbuka dengan kelemahan yang wujud dan menyifatkan perkara
yang mendatangkan masalah kepada beliau bukanlah teguran-teguran yang dibangkitkan dalam laporan
tersebut tetapi jika Ketua Audit Negara enggan mendedahkan kelemahan yang berlaku. Reputasi Sidek
bagaimana pun terjejas apabila terpalit dengan kontroversi kenaikan gaji Skim Baru Perkhidmatan Awam
yang lebih menguntungkan pegawai-pegawai peringkat atasan. Skim yang kemudiannya dibatalkan
tersebut turut menimbulkan kemarahan golongan konservatif kerana didakwa boleh menjauhkan sokongan
kakitangan kerajaan. Namun dalam konteksnya, kajian ini menghujahkan bahawa kritikan tersebut turut
dilandasi oleh sikap liberal dan urban Sidek dan isu kenaikan gaji sekadar merupakan pencetus terhadap
kritikan terbuka tersebut. Hal ini boleh lebih dilihat apabila golongan konservatif turut membantah
perlantikan beliau sebagai Pengerusi Petronas selepas beliau menamatkan perkhidmatan dalam kerajaan
pada Jun 2012.

193
peralihan yang tidak dapat untuk dielakkan bagi mencapai agenda keseimbangan

pembangunan.

Kewujudan kompleks parti-birokrasi dan masalah legasi menyukarkan lagi perubahan

untuk berlangsung dengan lebih berkesan kerana ia melibatkan proses mengubah

interaksi yang telah wujud sejak sekian lama. Justeru, sebarang perubahan memberikan

kesan libasan kerana dianggap mengugat keseimbangan sistem tersebut. Pembangunan

Iskandar dan transformasi GLC menjadi contoh terbaik bagaimana pertentangan yang

wujud daripada pihak konservatif berkenaan liberalisasi ekonomi yang cuba diambil

Abdullah. Hal yang hampir sama juga terpapar dalam usaha Abdullah untuk tidak

memperbanyakkan pembangunan projek mega. Sementara beliau juga kemudiannya

tidak dapat melepaskan diri dari preskripsi ini, sebahagiannya haruslah dilihat sebagai

reaksi yang muncul berikutan tekanan kumpulan berkepentingan. Cabaran yang lebih

besar dihadapi Abdullah dalam agenda peningkatan integriti. Biarpun cuba membawa

satu agenda yang penting, kesannya tidak dapat dilihat dalam waktu yang segera kerana

persoalan korupsi yang telah melekat kuat dalam fabrik rejim pemerintah. Meskipun

wujudnya bukti bahawa beliau memperlahankan momentum agenda ini, pembukaan

ruang yang dianjurkan Abdullah tetap berjaya menonjolkan isu-isu integriti dan

akauntabiliti dalam skala yang begitu meluas.

Dalam analisis yang lebih teknikal, kemajuan ekonomi pada era Abdullah secara

keseluruhannya adalah baik dengan pertumbuhan ekonomi berada di atas 5% bagi empat

tahun pertama sebelum menurun ke 4.6% pada tahun 2008 kerana kelembapan

194
ekonomi. 658 Kadar kemiskinan pula berjaya dikurangkan dari 5.7% pada 2004 kepada

3.6 peratus pada 2007.659 Faktor nasib tidak menyebelahi Abdullah kerana pada eranya

berlaku kelembapan ekonomi global yang membawa kepada peningkatan inflasi

sebanyak 8.5% dan defisit sebanyak 4.8% pada 2008.660 Kerajaan terpaksa mengambil

keputusan tidak popular dengan menaikkan harga minyak sehinggalah kenaikan

tertingginya pada pertengahan 2008. Kesan daripada kenaikan ini menyumbang kepada

kenaikan harga barangan yang membuatkan rakyat lebih berasa terbeban. 661 Apabila

keputusan PRU-12 diumumkan, Abdullah mengakui beberapa isu-isu penting seperti

―kenaikan harga barang, jenayah dan rasuah‖ tidak ditangani dengan berkesan.662

Namun bagi Abdullah, isu minyak adalah begitu rumit. Sambil menyifatkan peranan

yang telah dimainkan oleh Shahrir Samad (Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal

Ehwal Pengguna ketika itu) dalam menangani isu berkenaan sebagai ―amat baik‖,

Abdullah mendedahkan:

[I]a adalah sesuatu yang luar biasa kerana kabinet terpaksa mengadakan
mesyuarat khas mengenai minyak dan mengarahkan Hassan Merican
menerangkan semuanya. [Kami melakukan percambahan fikiran]. Tekan lagi.
Tekan lagi. Kalau buat begini, ini kesannya. [Kalau buat begitu], ini kesannya.
Barulah kami faham. [Kalau kerana itu, sokongan kepada saya menurun], tidak
mengapa. [Saya tidak menyesal] dan ia hanyalah sebahagian dari [tugas]. 663

Malah bagi Case:

658
Data ini diberikan oleh seorang penganalisis ekonomi, Yeah Kim Leng seperti dipetik dari ‗Special
Report: Abdullah Ahmad Badawi‘, The Edge , 6 April 2009.
659
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Bajet 2009‘.
660
‗Special Report: Pak Lah‘s economic hit and misses‘, The Edge, 6 April 2009; Chandra Muzaffar,
temu bual dengan pengkaji, 29 Disember 2009.
661
Daim Zainuddin, ‗Saya tidak pernah diam‘; Shamsul Amri, temu bual dengan pengkaji, 12 Mac 2010.
662
Dipetik dari ‗Kerajaan masih kuat‘, Utusan Malaysia, 11 Mac 2008.
663
Abdullah Ahmad Badawi, temu bual dengan pengkaji, 18 Mac 2010.

195
[T]he government has responded bravely by removing at one fell swoop the
petroleum subsidy. This too may gradually be understood as a liberalizing
reform, especially as the government devises rebate systems with which to
compensate persons who are hit hardest or make efforts to consume least (e.g.
owners of small vehicles). Meanwhile, the PR‘s pledge to reintroduce subsidies
will be seen as populist posturing.664

Bab selepas ini akan meneliti satu lagi penyimpangan penting yang diambil Abdullah

iaitu reformasi tadbir urus demokratik dan institusi.

664
Case, ‗Interview [between Chaan Foon Hong] with William Case‘.

196
BAB 5

REFORMASI TADBIR URUS DEMOKRATIK DAN INSTITUSI

Terence Fernandez : Bapa Reformasi? [gelaran paling sesuai untuk Abdullah].

Abdullah : No, I don‘t think he (Anwar Ibrahim) would like that.


[ketawa] 665

5.1 PENGENALAN

Seperti yang telah dijelaskan dalam bab dua, amalan demokrasi di Malaysia lebih

berbentuk hibrid. Namun dengan idea-idea politik baru yang mula tersebar semenjak

1998 dan juga kebangkitan kelas menengah, 666 Abdullah terpaksa bersedia memberikan

reaksi terhadap perkembangan ini. Justeru, agenda ini merupakan antara yang pertama

diberi perhatian oleh Abdullah. Ucapan sulung Abdullah sebagai PM dilakukan di

Parlimen sebagai penghormatan terhadap simbol institusi demokrasi dan menyatakan

iltizam bahawa ―institusi demokrasi perlu dipupuk untuk mencapai tahap

kematangan‖.667 Dalam manifesto BN dalam PRU-11 pula, kerajaan berikrar untuk

menghormati pembahagian kuasa yang termaktub dalam Perlembagaan agar peranan

semak dan imbang dapat diperkukuh.668 Namun persoalannya, apakah Abdullah mampu

melentur hubungan simbiotis yang telah sedia wujud antara institusi politik dengan

rejim pemerintah? Seperti yang telah dihujahkan Crouch, hampir kesemua institusi-

665
Dipetik dari Terence Fernandez, ‗It‘s tough-Lah for a nice guy‘, The Sun, 28 November 2008.
666
Abdul Rahman Embong, ‗Beyond the crisis: The Paradox of the Malaysian Middle Class‘ dalam Abdul
Rahman Embong (pnyt.), Southeast Asian Middle Classes: Prospects for Social Change and
Democratisation (Bangi: Penerbit UKM, 2001), 89; Karim Raslan, ‗What‘s next for Malaysia?‘, The Star,
24 Ogos 2010.
667
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Mewarisi Kejayaan‘.
668
Cemerlang, Gemilang, Terbilang (Kuala Lumpur: Barisan Nasional, 2004), 5.

197
institusi ini berorientasikan konservatif iaitu mempunyai hubungan bertindan dengan

rejim pemerintah. Sistem sebegini telah digelar dengan pelbagai nama seperti ―politi

kerajaan di dalam kerajaan yang ditunjangi UMNO‖, ―politi yang dikuasai eksekutif‖

dan ―negara-parti‖ (party-state). Oleh sebab ia merupakan instrumen terhadap

pengekalan status quo rejim pemerintah, ia akan sentiasa menjaga susun atur dan

kepentingan yang telah terbentuk, mempunyai interaksi tersendiri dan begitu

berkuasa.669

5.2 DASAR KETERBUKAAAN

Seperti yang telah dijelaskan dalam bab dua dan empat, konservatisme yang wujud

dalam amalan pemerintah menjadikan masyarakat tidak bersikap kritikal terhadap orde

sedia ada. Dalam takat yang besar, penekanan kepada kestabilan dan pendekatan

kawalan berjaya mewujudkan iklim ketakutan dan sindrom ―dwi-fikir‖ (doublethink).

Menurut Gorbachev, dwi-fikir merupakan keadaan yang berlaku di Soviet dalam era

pra-keterbukaan apabila masyarakat akan sentiasa menyokong tindakan pihak berkuasa

apabila bersuara dalam konteks umum. Namun apabila berada di rumah atau bersama

lingkungan rakan terdekat, mereka akan menyatakan keraguan dan kemarahan. 670 Salah

satu contoh bagi menggambarkan keadaan ini di Malaysia dihuraikan oleh aktivis sosial,

Raja Ahmad Aminullah. Berdasarkan perbualannya dengan seorang hakim Afrika

Selatan yang berkunjung ke Malaysia pada tahun 2001, hakim tersebut mendapati

669
Lim Hong Hai, ‗Public administration: The effects of executive dominance‘ dalam Francis Loh Kok
Wah dan Khoo Boo Teik (pnyt.), Democracy in Malaysia: Discourses and Practices (Surrey: Curzon
Press, 2002); Maznah Mohamad, ‗Mahathir: Maverick, Machiavellian or merely mainstream?‘, Aliran
Monthly, 1 Mei 2010, http://aliran.com/1409.html (akses pada 23 November 2010); Shamsul Amri,
temubual dengan pengkaji, 12 Mac 2010; Ooi Kee Beng, temubual dengan pengkaji, 30 Mac 2010.
670
Mikhail Gorbachev, Gorbachev: On My Country and the World (New York: Columbia University
Press, 2000)

198
banyak ahli-ahli politik pemerintah dan pegawai-pegawai kanan kerajaan yang

menyatakan ketidaksenangan dalam sistem yang didukung mereka tetapi tidak berani

untuk mengetengahkannya kepada umum kerana sindrom ―enggan dipetik‖. 671 Hal ini

bermakna, biarpun wujudnya ketidaksenangan terhadap pemerintah, sikap kritis

merupakan kecenderungan yang terpaksa dipendamkan. Ia menjadikan rejim pemerintah

gagal untuk mengesan keadaan yang dipanggil Rustam Sani sebagai ―kuantiti yang tidak

diketahui‖ iaitu perubahan nilai yang berlaku secara perlahan dan lebih bertumpu pada

lapisan dalaman672 – sesuatu yang kemudiannya dipaparkan di kalangan generasi muda

pada era reformasi 1998-1999. 673

Seperti yang telah diulas, demokrasi bukan hanya dilihat Abdullah dalam konteks yang

sempit tetapi sebahagian dari teras pembangunan modal insan – pencetusan idea luar

kotak, keanekaragaman pandangan, pembicaraan isu-isu integriti dan juga pertautan

dengan generasi muda. Tanpa komitmen peribadi Abdullah sendiri, ia tidak akan

memberikan makna mendalam terhadap doktrin keterbukaan yang dianjurkannya.

Namun dasar keterbukaan tidak pernah diisytiharkan secara rasmi sebagai satu dasar

rasmi negara seperti dasar-dasar lain yang sedia ada. Hanya Abdullah menegaskan

berulang kali mengenai perkara ini khususnya setelah proses keterbukaan itu mula

menampakkan persepsi ―kehilangan kawalan‖. Mengakui bahawa ada yang menggesa ia

tidak dibenarkan, Abdullah menolak kebimbangan tersebut dan menganggap ―ia adalah

671
Raja Ahmad Aminullah, Minda Tertawan: Intelektual, Rausyanfikir dan Kuasa (Petaling Jaya: SIRD,
2011), 8-9.
672
Rustam Sani, ‗Menggilap-gilap mitos buruk‘, Harakah, 9 September 1999.
673
Musa Hitam, ‗Jangan ulangi kesilapan saya‘.

199
situasi baru dan rakyat keliru. Ia adalah peralihan dari sebelumnya‖.674 Namun pada

masa yang sama, Abdullah tidak pernah terlupa menyertakan kaveat bahawa ia tidak

berbentuk mutlak dan tidak terbatas.675 Hal ini sejajar dengan hujah bahawa kebebasan

penuh adalah ilusi dalam kehidupan khususnya apabila ia mula melibatkan hak serta

keselesaan orang lain dalam sistem sosial berkenaan. 676 Demikian pun, fakta bahawa

Abdullah melakukan keterbukaan ini tidak harus dilihat mengetepikan hakikat bahawa

sebahagiannya merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Ujar Abdullah:

Selepas 50 tahun, saya terpaksa buka ruang sebab [kewujudan] internet semakin
mempengaruhi suasana. Kita ada generasi yang sudah mula mencabar pemikiran
dan perasaan. [Mereka] sudah mula mencuit. Mereka sudah mula melihat semua
jenis perkara. Kita tidak mahu lagi kurung mereka dalam sangkar. Kita mesti
buka ruang dan peluang yang lebih besar. 677

Namun, keterbukaan ini dilihat dengan begitu skeptikal dan berhati-hati oleh ―ramai

kalangan jemaah menteri‖ kerana dasar keterbukaan bukanlah suatu kebiasaan kepada

pemerintah dan dibimbangi akan memberi kesan libasan.678 Pada PAU 2006 iaitu pada

ketika keterbukaan yang didukung Abdullah mula mempercambahkan pembahasan isu-

isu berkaitan integriti, etnik dan agama dalam skala agresif, Abdullah menegaskan

dalam kenyataannya yang paling berani:

Sebenarnya, saya lebih bersedia melihat perbalahan hangat meletus di muka


akhbar daripada rusuhan membara di muka bumi… Apalah ertinya segala
prasarana membangunkan teknologi maklumat, jika pemimpin berasa gentar
untuk mengamalkan budaya yang lebih terbuka dan mesra kepada media… Jika
kita serius untuk membangunkan masyarakat demokratik yang lebih matang

674
‗Abdullah, I believe in open policy‘, The Star, 25 April 2006.
675
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Menambah nilai perjuangan‘.
676
Hussain Mohamed, ‗Kebebasan media: Sekadar Igauan‘, Tamadun, Jun 1999, 26-27.
677
Abdullah Ahmad Badawi, temu bual dengan pengkaji, 18 Mac 2010.
678
Nazri Aziz, temu bual dengan pengkaji, Kuala Lumpur, 15 April 2010.

200
[seperti salah satu teras Wawasan 2020], kita hendaklah menyusuli proses
transformasi ini dengan cara yang bersungguh. Namun demikian, demokrasi
lebih matang yang kita impikan perlulah berakar dalam persekitaran politik dan
budaya kita.679

Contoh tidak terjangka dalam memperlihatkan keterbukaan Abdullah ialah dalam isu

membabitkan ahli akademik Universiti Malaya, Edmund Terence Gomez, sarjana yang

sering menulis dengan kritis mengenai hubungan politik dan perniagaan. Pada Jun 2005,

permohonannya untuk bertugas di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tidak

diberi kebenaran oleh pihak universiti. Abdullah kemudiannya campur tangan dan

berjumpa sendiri dengan Gomez yang memohon perhatian daripada PM. Abdullah

menggesa beliau menarik semula perletakan jawatan dan mengarahkan pihak universiti

membenarkan beliau bercuti. Nasihat Abdullah kepada Gomez, ―teruskan bercakap

benar terhadap negara‖.680 Keterbukaan ini menampakkan keselesaan Abdullah terhadap

sikap ―kritikal tetapi objektif‖ yang dipegangnya kerana pada waktu yang sama, Gomez

terus menulis hubungan politik dan perniagaan yang masih berlaku dalam era Abdullah.

Turut mendapat tempias daripada proses keterbukaan ini ialah institusi berkaitan

demokrasi seperti badan pungutan suara, Merdeka Centre.681 Pada peringkat awal

kewujudannya, badan itu tidak menerima galakan yang kuat untuk menjalankan

operasinya daripada beberapa pihak atas faktor ―akan menimbulkan masalah‖, ―mantra

kerajaan lebih mengetahui‖ dan ―takut‖. Didorong oleh faktor keterbukaan dan juga

679
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Dasar Perhimpunan Agung UMNO 2006‘.
680
Edmund Terence Gomez, temu bual dengan pengkaji, 26 Mac 2010.
681
Reme Ahmad, ‗Opinion polls suddenly hot in Malaysia‘, 14 Julai 2009,
http://blogs.straitstimes.com/2009/7/14/opinion-polls-suddenly-hot-in-malaysia (akses pada 23 Februari
2010).

201
peranan pasukan muda Abdullah yang reseptif terhadap wacana, badan tersebut berjaya

memainkan peranan dalam mengetengahkan beberapa isu penting.682

Bagi menerangkan dengan lebih jelas mengenai perkara ini, kajian akan melihat

beberapa perubahan yang dilakukan Abdullah terhadap aspek tadbir urus demokratik

dan interaksi yang muncul kesan daripada perubahan tersebut. Melalui dasar

keterbukaan, ia tidak harus semata-mata dilihat dalam konteks dikotomi ―tertutup-

terbuka‖ iaitu darjah berekspresi yang tercerna di media tetapi juga proses

―melonggarkan‖ dominasi eksekutif terhadap institusi-institusi berkaitan demokrasi.

5.3 Media

5.3.1 Media Baru: Kegagalan Strategi Pertautan

Keterbatasan pengaliran dan kepelbagaian maklumat boleh dianggap antara faktor yang

mengekalkan hegemoni pemerintah dan mewajarkan konservatisme yang didukung

kesan daripada proses penyaringan, pembingkaian dan pembentukan pandangan.

Walaupun wujudnya pandangan alternatif, ia hanya terbit dalam skala yang kurang

mengesankan. Pertama ialah daripada penerbitan buku politik popular yang diselubungi

dengan elemen pensensasian dan sarat dengan campuran fakta dan fiksyen. Keduanya,

penerbitan suara parti seperti Harakah (PAS) dan Rocket (DAP) yang tidak mampu

682
Ibrahim Suffian, temu bual dengan pengkaji, 8 Disember 2009. Lihat pungutan-pungutan suara yang
dijalankan oleh badan ini di http://www.merdeka.org

202
menembusi ―ruang pembikinan berita‖ walaupun diterbitkan secara berkala.683

Perkembangan ini bagaimanapun mengalami perubahan signifikan dengan kedatangan

era Internet pada pertengahan 1990-an.

Pengkritik sosial, penggiat seni dan aktivis awam, Hishamuddin Rais menyatakan

bahawa aliran kanan atau konservatif sememangnya agak skeptikal dengan kebanjiran

medium-medium seperti seni filem, muzik rock, lukisan moden, video dan yang terbaru,

Internet atas alasan moral iaitu kesan negatifnya terhadap masyarakat dan ketenteraman

awam. Di Malaysia menurutnya, reaksi rejim pemerintah terhadap media baru dapat

menjelaskan kecurigaan ini khususnya apabila medium itu menjadi popular pada era

reformasi. 684 Kegawatan politik pada 1998-2000 telah menyebabkan penerbitan

alternatif seperti akhbar Harakah, Eksklusif, Wasilah serta majalah Detik dan Tamadun

menjadi carian umum dan mengalami peningkatan jualan. Walaupun pada awalnya

dibenarkan beroperasi, ia kemudiannya diberi tekanan seperti penggantungan permit dan

pengurangan bilangan keluaran kesan daripada artikel-artikel yang dianggap terlalu

kritikal. Dengan tumpuan Mahathir terhadap MSC, beliau berikrar untuk tidak

melakukan penyaringan Internet sebagai salah satu dari 10 jaminan galakan bagi

syarikat-syarikat antarabangsa untuk melabur. Justeru, akhbar seperti Harakah yang

mengalami tekanan sebegini masih boleh diakses dalam versi atas talian. Begitu juga

laman-laman seperti Laman Reformasi, Mahazalim, Tranung Kite dan Sang Kancil yang

turut merancakkan lagi wahana penyebarluasan maklumat. Salah satu organisasi berita

baru yang muncul daripada persekitaran ini ialah Malaysiakini yang amat popular di

683
Shamsul Amri Baharuddin, ‗Making Sense of Politics in Contemporary Malaysia: Resisting Popular
Interpretation‘ dalam Trends and Issues in East Asia 2000 (Tokyo: FASID, 2000), 229.
684
Hishamuddin Rais, ‗Bogel dan Perang Siber‘, Detik, 15 Mei 1999.

203
kalangan kalangan kelas menengah yang mencari pengisian yang seimbang. Begitu pun,

kerajaan tidak menampakkan sikap terbuka terhadap perkembangan ini. Selain daripada

terus berusaha melakukan sekatan seperti penutupan tapak berita, Malaysiakini dihalang

daripada membuat liputan rasmi kerajaan dan agensi kerajaan ditegah dari membuat

sebarang pengiklanan di portal tersebut. Serbuan ke atas organisasi itu pada pertengahan

2003 terus membuktikan penggunaan elemen tekanan yang dikenakan ke atas penerbitan

yang dianggap terlalu bebas. 685

Sejak menjadi TPM, Abdullah tidak menampakkan sikap yang antagonistik terhadap

media. Umpamanya, beliau membenarkan Malaysiakini membuat liputan ke atas majlis

anjurannya. 686 Namun dengan kemajuan teknologi maklumat yang lebih rencam yang

berlaku dalam era beliau seperti kewujudan blog, Youtube dan SMS, ia merangsang

semula reaksi yang tidak konstruktif daripada rejim pemerintah. Akhbar The Star

contohnya menerima panggilan khas daripada pihak kementerian apabila wujudnya

ketidaksenangan terhadap liputan yang kritikal. 687 Hal ini menjadi lebih jelas apabila

media konservatif memperbesarkan isu seorang jurublog, Jeff Ooi (kini Ahli Parlimen

DAP di kawasan Jelutong) yang didakwa menghina Islam Hadhari sedangkan komen

tersebut dibuat oleh komen pengunjung yang melayari blognya.688 Selepas Anwar

685
Disesuaikan dari Douglas Appell, ‗Political News Web Site Struggles To Profit In Malaysia‘, The
Asian Wall Street Journal, 15 Februari 2001; Jason P. Abbott, ‗Democracy @ internet.asia? The
challenges to the emancipator potential of the net: lessons from China and Malaysia, Third World
Quarterly, 22, no.1 (2001); Anil Netto, ‗Clampdown on media freedom‘, Aliran Monthly, 23, no.2 (2003);
Johan Fischer, ‗We shift channel when Mahathir appears: The political internet and censorship in
Malaysia‘, Akademika, 75 (2009).
686
Appell, ‗Political News Web Site Struggles To Profit In Malaysia‘.
687
‗Repeal the PPPA, says top Star editor‘, Malaysiakini, 5 Mei 2004,
http://www.malaysiakini.com/news/19787 (akses akhir pada 26 Disember 2010).
688
‗Berita Harian‘s criticism unethical, says blogger‘, Malaysiakini, 2 Oktober 2004,
http://www.malaysiakini.com/news/30487 (akses akhir pada 26 Disember 2010).

204
dibebaskan pada penghujung 2004, sebuah portal berita Malaysia Today ditubuhkan di

bawah kendalian Raja Petra Kamaruddin yang sebelumnya memainkan usaha

mendapatkan sokongan umum dalam pembebasan Anwar. Walaupun Anwar telah

dibebaskan, Raja Petra beranggapan portal itu penting untuk menjadikan kerajaan lebih

responsif terhadap keketatan kawalan.689

Dilatari oleh beberapa isu atau persepsi yang mula menyelubungi pentadbiran Abdullah

bermula daripada isu AP, tuduhan nepotisme membabitkan keluarga Abdullah,

pengaruh yang dimiliki intelektual neokonservatif dan tentu sahaja kritikan Mahathir

terhadap Abdullah, perkembangan ini diteropongi dengan lebih halus oleh komuniti

elektronik. Abdullah mengakui ―benci‖ dengan keterbukaan berbentuk destruktif seperti

―tulis macam-macam [tapi] tak letak nama [dan] tidak berani hendak mendedahkan diri

dia‖. 690 Kajian yang dibuat oleh seorang pengkaji mendapati 118 jurublog menggunakan

nama samaran berbanding 75 yang menggunakan identiti sebenar. 691 Justeru, kerajaan

dalam hubungan ini melaksanakan beberapa siri teguran dan tindakan seperti:

1. Pelaksanaan pendaftaran talian telefon bimbit bagi membendung penyebaran


fitnah, bahan lucah dan ugutan pada 2005. 692

2. Ikrar Abdullah untuk menahan mereka yang menyebar khabar angin dan fitnah
khususnya dalam isu agama dan perkauman.693

689
Raja Petra Kamaruddin, ‗Wawancara: Lepas bebaskan Anwar, saya mahu bebaskan Malaysia‘, Siasah,
21 Julai 2006, 17.
690
Abdullah Ahmad Badawi, temu bual dengan pengkaji, 18 Mac 2010.
691
Suhaimee Saahar @ Saabar, ‗Isu-isu utama sebelum, semasa dan selepas PRU 12: Satu analisis
kandungan blog-blog politik Malaysia terpilih‘, Jebat, 35 (2008), 89-90.
692
‗Daftar telefon prabayar‘, Utusan Malaysia, 20 Jun 2005.
693
‗Malaysia PM warns over text, Internet ‗rumors‘‘,
http://newsinfo.inquirer.net/breakingnews/infotech/view/20060802-
13071/Malaysia_PM_warns_over_text,_Internet_, 2 Ogos 2006 (akses akhir pada 26 Disember 2010).

205
3. Kenyataan kontroversi Tengku Adnan bahawa pengendali blog sebagai
―pembohong‖ dan 80% daripada mereka terdiri daripada wanita yang tidak
mempunyai perkerjaan. 694

4. Kementerian Dalam Negeri (KDN) menghantar pekeliling kepada akhbar


tempatan dan menyatakan ketidaksenangan terhadap akhbar yang menyiarkan
artikel daripada media maya dan blog yang dianggap anti-kerajaan.695

5. Zainuddin Maidin mengarahkan media tanah air untuk tidak memetik sumber
blog sebagai maklumat kerana ia tidak sahih dan hanya bertujuan provokasi. 696

6. Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Malaysia, Shaziman Mansor


mencadangkan agar jurublog didaftarkan untuk mengawal penyebaran bahan
negatif dan fitnah.697

7. Zainuddin Maidin mencadangkan agar penulis blog diklasifikasikan antara


profesional dan bukan profesional bagi membezakan maklumat yang sahih dan
tidak sahih. 698 Beliau juga menggelar golongan ini sebagai ―goblok‖.699

8. Penahanan jurublog PKR, Nathaniel Tan di bawah OSA kerana dakwaan


memiliki dokumen rahsia berkenaan dakwaan korupsi melibatkan Johari
Baharum di blognya.700

9. Siasatan polis terhadap Raja Petra Kamaruddin selepas aduan dibuat oleh
Muhammad Muhammad Taib berkenaan dakwaan menghina raja dan Islam. 701

10. Kenyataan Nazri Aziz yang menganggap maklumat dalam blog sebagai
―sampah‖ dan tidak mempunyai kualiti intelektual. 702

694
‗IWD: Tengku Adnan whacks women bloggers‘, 8 Mac 2007,
http://elizabethwong.wordpress.com/2007/03/08/iwd-tengku-adnan-whacks-women-bloggers (akses pada
23 Mei 2009).
695
Lee Ban Chen, ‗KKDN cuba mempertahankan timbalan menterinya?‘,
http://leebanchen2009.blogspot.com/2007/03/kkdn-cuba-mempertahankan-timbalan.html. 21 Mac 2007,
(akses akhir pada 26 Disember 2010).
696
‗Don‘t trust blogs, Zam tells press‘, Malaysiakini, 21 Mac 2007,
http://www.malaysiakini.com/news/64829 (akses akhir pada 26 Disember 2010).
697
‗Bloggers may have to register‘, The Star, 5 April 2007.
698
‗Penulis blog perlu diklasifikasikan‘, Utusan Malaysia, 6 Mei 2007.
699
‗Zam: Ignore ‗goblok‘ bloggers‘, The Star, 30 Julai 2007.
700
‗Nathaniel Tan remanded for four days under OSA‘, The Star, 14 Julai 2007.
701
‗Raja Petra‘s wife summoned for questioning‘, Malaysiakini, 8 Ogos 2007,
http://www.malaysiakini.com/news/70904 (akses akhir pada 26 Disember 2010).
702
Nazri Aziz, ‗Interview with Nazri Aziz: The video clip, the walk, the panel, New Straits Times, 28
Oktober 2007.

206
Namun pada masa yang lain, Abdullah menegaskan bahawa kerajaan tidak akan

mengambil tindakan terburu-buru terhadap wartawan kerana memahami peranan

mencabar yang dipunyai mereka.703 Beliau juga tidak bersetuju dengan cadangan

mendaftar jurublog kerana ia tidak semestinya akan menyelesaikan masalah. 704

Perkembangan-perkembangan ini bagaimanapun mengundang tingkat reaksi yang lebih

ofensif daripada jurublog khususnya apabila Jeff Ooi dan Ahiruddin Atan disaman oleh

akhbar NST berikutan dakwaan fitnah.705 Pada April 2007, Ahiruddin menubuhkan

National Alliance of Bloggers yang menjadi platform terhadap sebahagian besar

jurublog utama negara yang tidak menyenangi kepimpinan Abdullah. Walaupun UMNO

mengambil tindakan melantik penulis khas untuk menangkis kritikan komuniti

elektronik,706 ia tidaklah mendatangkan impak yang mengesankan. Kekuatan blog

contohnya menjadi faktor penyatu terhadap beberapa siri demonstrasi yang diadakan

khususnya Perhimpunan BERSIH pada November 2007 yang melibatkan golongan

muda, kelas menengah bandar dan pembaca internet.707

Krisis antara Mahathir dan Abdullah juga memberi legitimasi tersendiri kepada media

alternatif. Antara pihak yang mendapat faedah besar dari pertikaian ini ialah media

alternatif pro-pembangkang. Jika sebelumnya portal Malaysiakini hanya berjaya

mendekati pemimpin kerajaan yang mesra media seperti Zaid Ibrahim, Shahrir Samad

dan Nazri Aziz, namun apabila Mahathir sendiri menggunakan Malaysiakini dalam siri

703
‗Gov‘t respects press freedom‘, The Sun, 26 Julai 2006.
704
‗Daftar penulis blog belum tentu selesai masalah – PM‘, Agenda Daily, 9 April 2007 (akses akhir pada
26 Disember 2010).
705
‗NSTP saman blogger Rocky dan Jeff Ooi‘, Malaysiakini, 18 Januari 2007,
http://www.malaysiakini.com/news/62296 (akses akhir pada 26 Disember 2010).
706
‗MT UMNO lantik penulis tangkis fitnah laman blog‘, Utusan Malaysia, 2 Julai 2007.
707
Ming Kuok Lim, ‗The function of blogs in democratic discourse‘, Journal of Global Communication 2,
no.1 (2009), 324-326; Chin dan Wong Chin Huat, ‗Malaysia‘s Electoral Upheaval‘, 79.

207
kritikannya terhadap Abdullah, ia sekali gus memberi legitimasi moral yang besar

terhadap media yang tidak pernah disenanginya itu. 708 Portal Malaysia Today juga

menerima kesan langsung dari perkembangan ini apabila Raja Petra menganjurkan satu

majlis untuk Mahathir dan menyerlahkan kaedah matlamat menghalalkan cara yang

sentiasa dikaitkan dengan tokoh tersebut.709 Tidak ketinggalan ialah akhbar pro-PAS

seperti Siasah yang berjaya mendapatkan temu bual dengan tokoh tersebut.

5.3.2 Blog: Pandangan Alternatif atau Pandangan Kumpulan Berkepentingan?

Keputusan mengejut PRU-12 dengan jelas menyarankan bahawa pentadbiran Abdullah

menganggar-rendahkan pengaruh media baru dan gagal untuk melakukan pertautan

membina dengan kuasa sosial baru ini. Akui Abdullah, ―kita memang ada lakukan

perbincangan mengenai media baru dalam kabinet. Tetapi pada waktu itu kita masih

ingat segala-galanya adalah [bergantung pada] media bercetak... We were wrong‖.710

Pasukan penasihat Abdullah yang sebelumnya diberi kredit kerana kempen yang

progresif dalam PRU-11 turut harus menyalahkan diri sendiri seperti yang dijelaskan

oleh Wan Esuriyanti:

Saya dari awal sudah sarankan supaya kita engage dengan bloggers dan let‘s talk
to the bloggers. But I didn‘t get the support from the office. Kamal is supportive
but when we discussed as a team, I felt a bit resistance. Kita memang ada
panggil bloggers. Buka puasa bersama. Tapi saya kata let‘s do more. That‘s why
kita bawa [seorang lagi setiausaha akhbar] Ainon Mohd [selepas PRU-12] untuk
menyertai pasukan kerana beliau mempunyai hubungan baik dengan Ahiruddin
Atan dan mereka-mereka yang tidak menyenangi Pak Lah. 711

708
Mahathir Mohamad, ‗Q&A: I‘m disappointed, says Mahathir‘, Malaysiakini, 23 Mei 2006,
http://www.malaysiakini.com/news/51427 (akses akhir pada 26 Disember 2010).
709
Joceline Tan, ‗Petra survives the bad press‘, The Star, 14 Januari 2007.
710
Abdullah Ahmad Badawi, temu bual dengan pengkaji, 18 Mac 2010.
711
Wan Esuriyanti Wan Ahmad, temu bual dengan pengkaji, 22 November 2011.

208
Tegas sarjana, walaupun diakui sebahagian besar kandungan dalam media alternatif

seperti blog dipenuhi maklumat yang ‗tidak berkualiti‘ tetapi ia tetap memerlukan reaksi

yang sewajarnya dari kerajaan kerana sesetengah maklumat akhirnya didapati sebagai

benar. 712 Ironi paling besar bagi Abdullah sendiri ialah betapa beliau berasa kecewa

kerana keputusan PRU-12 diketahuinya lebih cepat melalui telefon bimbit dan bukannya

media konvensional seperti televisyen. 713

Kesan daripada kegagalan ini, Abdullah melantik Ahmad Shabery Chek sebagai Menteri

Penerangan dan kedudukan beliau yang secara relatifnya muda dan befikiran terbuka

membayangkan hasrat kerajaan untuk menempatkan orang yang betul di kedudukan

yang betul. Menyatakan dukungannya terhadap dasar keterbukaan, Ahmad Shabery

melaksanakan rancangan seperti Bersemuka Bersama Menteri, Bersemuka Dengan

Media dan Blog. Antara jemputan yang ditampilkan ialah mereka yang melemparkan

kritikan terhadap kepimpinan Abdullah seperti Raja Petra, Ahiruddin Atan, A. Kadir

Jasin, Zaharin Yassin dan juga dari wartawan-wartawan akhbar kritis seperti

Malaysiakini dan The Sun bagi menemu bual menteri dan ketua agensi kerajaan. Tidak

terkecuali diberi ruang ialah salah seorang hakim yang terlibat dalam krisis kehakiman

1988 iaitu Azmi Kamaruddin. 714 Selain dari melakukan debat langsung dengan Anwar

Ibrahim dalam isu kenaikan minyak, keterbukaan Ahmad Shabery juga ditunjukkan

apabila mengesyorkan satu acara khas bagi memperingati Allahyarham Rustam Sani,

sarjana dan intelektual awam yang sering diketahui melemparkan kritikan tajam

712
Shamsul Amri, temu bual dengan pengkaji, 12 Mac 2010; Edmund Terence Gomez, temu bual dengan
pengkaji, 26 Mac 2010.
713
Lihat Pak Idrus, ‗Of friendship and Pak Lah...‘
714
Wong Chun Wai, ‗New politics demands reforms‘, The Star, 28 Mac 2008; Karim Raslan, ‗Focus on
reform agenda‘, The Star, 8 Julai 2008.

209
terhadap rejim pemerintah. Abdul Rahman Embong menganggap latar belakang Ahmad

Shabery sebagai bekas ahli akademik sains sosial memberikan kesan tersendiri dalam

konteks perubahan yang ingin dibawanya. 715 Turut mengukuhkan perkembangan positif

ini ialah apabila Syed Hamid Albar yang menerajui KDN meluluskan permit akhbar

bagi PKR dan berhasrat untuk mengkaji semula keperluan lesen tahunan bagi akhbar. 716

Begitu pun, di sebalik tanggapan popular yang melihat jurublog sebagai antara faktor

yang berperanan penting dalam ‗mengundurkan‘ Abdullah, kita harus melihat perkara

ini dalam konteks. Kajian Cherian George terhadap media di Malaysia menyifatkan:

[A]lternative media [should not] be viewed as uniformly contentious. Citizen


journalism can be colonized by powerful interests. Indeed, one of the enigmas of
Malaysia‘s online space is the extent to which seemingly independent bloggers
may actually be the proxies of established ruling political forces.717

Justeru, peranan dan pengaruh jurublog dalam era Abdullah haruslah dilihat dalam

konteks pertentangan antara golongan konservatif dan neokonservatif. Dengan melihat

senarai jurublog yang telah dijelaskan dalam bab 3, kebanyakan jurublog merupakan

instrumen terhadap kuasa politik tertentu dan kebebasan mereka dalam menyuarakan

isu-isu tertentu dikaburi oleh unsur bias. Syed Azizi (Kickdefella) umpamanya dikenali

sebagai instrumen bagi PAS 718 dan begitu juga Jeff Ooi yang mewakili DAP. Dalam kes

UMNO, kebanyakan jurublog ‗mesra kerajaan‘ merupakan mereka yang menyebelahi

Mahathir dan juga golongan konservatif. Kritikan lantang beberapa jurublog seperti

715
Abdul Rahman Embong, Malaysian Studies: Looking Back, Moving Forward, 79-81.
716
‗Permit for PKR paper approved‘, The Star, 20 April 2008.
717
Cherian George, ‗Media in Malaysia: Zone of Contention, Democratization, 14, no. 5 (2007), 907-908.
718
‗Husam tahu operasi gerak saraf burukkan Pak Lah – Syed Azidi‘, Utusan Malaysia, 2 Mei 2010.

210
A. Kadir Jasin, Ahiruddin Atan dan Nuraina Samad terhadap akhbar NST lebih

merupakan manifestasi konflik dalaman kerana kedudukan mereka sebagai bekas

wartawan di akhbar tersebut. Hal ini lebih dibuktikan melalui serangan berterusan

terhadap Kalimullah dalam era Najib yang lebih bersifat ‗peribadi‘. 719

5.3.3 Media Pro-Reformasi: The Star dan The Sun

Peranan media dalam era Abdullah tidak juga harus dilihat semata-mata dalam konteks

pertentangan antara media konservatif dan media baru. Selain daripada NST, dua lagi

media konservatif yang turut menyumbang kepada peranan ini ialah The Star dan The

Sun. Bersesuaian dengan pendekatan ―spektrum sederhana‖ yang diambil Abdullah

dalam aspek hubungan perkauman, ketiga-tiga akhbar ini merupakan medium yang

dibaca oleh golongan kelas menengah berbanding akhbar berbahasa Melayu. Selain itu,

719
Dalam era Najib, Nuraina dibawa semula ke dalam pengurusan NST sebagai editor mengurus dan
Ahiruddin Atan pula dilantik semula sebagai ketua editor dan kemudiannya penasihat editorial di akhbar
The Malay Mail, sebuah lagi akhbar yang berada di bawah pengurusan NSTP tetapi dijual kepada
Redberry Media pada 2009. Ahiruddin Atan terus menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Editor
untuk mengkritik pentadbiran Abdullah sebelum beliau ditukarkan ke jawatan Group Advisor.Kedua-
duanya turut diberi gelaran ‗Datuk‘ – tindakan yang disifatkan oleh Responden Yang Tidak DiNamakan
dalam kajian ini sebagai pendekatan appeasement oleh pentadbiran Najib. Kalimullah pula bukan hanya
diserang oleh golongan konservatif tetapi termasuklah daripada akhbar-akhbar yang pernah diterajuinya.
Pertubuhan seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) dan Jaringan Melayu Malaysia (JMM)
umpamanya menyifatkan Kalimullah sebagai elemen yang boleh menggugat keselamatan negara.
Antaranya ialah dakwaan bahawa Kalimullah membiayai akhbar dalam talian, Malaysian Insider, menaja
penulis blog Raja Petra yang sedang berada dalam pelarian di London, membingkaikan dakwaan
mengenai penglibatan Najib dalam pembunuhan Altantuya dan mengadakan pertemuan dengan DAP.
Akhbar-akhbar seperti Berita Minggu, New Sunday Times dan juga Mingguan Malaysia turut mendakwa
bahawa Kalimullah terlibat dalam penganjuran makan malam dengan pemimpin kanan Parti Tindakan
Rakyat (PAP) Singapura dan membocorkan rahsia negara. Akhbar-akhbar terbabit kemudiannya
memohon maaf setelah dakwaan tersebut tidak berasas. Akhbar NST yang dahulunya dikritik kerana
menyiarkan iklan minuman keras kini berbuat perkara yang serupa di bawah kepimpinan Abdul Jalil
Hamid, orang kanan Najib. Namun tidak ada kritikan yang kedengaran berhubung perkara ini. Lihat
contohnya akhbar NST bertarikh 11 November 2011, halaman 21.

211
akhbar berbahasa Inggeris lebih cenderung menyokong konsep komuniti pelbagai

bangsa yang menjadi tradisi rakyat Malaysia. 720

Akhbar The Star merupakan organ yang dikuasai oleh parti Cina terbesar dalam pakatan

BN, MCA melalui Huaren Holdings. Pada 1980-an, akhbar ini merupakan akhbar harian

yang begitu popular khususnya sebagai platform menyuarakan pandangan bukan

Melayu. Ia juga berjaya menarik audiens Melayu menengah kerana berjaya

mendapatkan bekas PM, Tunku Abdul Rahman untuk menjadi kolumnisnya. Selepas

Operasi Lalang 1987, akhbar ini merupakan antara akhbar yang diharamkan untuk

waktu yang singkat bersama-sama dua akhbar lain iaitu Watan dan The Sunday Star.

Selepas itu, The Star beroperasi dalam kebebasan yang terbatas.. Oleh sebab

keterbukaan yang dianjurkan Abdullah, akhbar di bawah pimpinan Wong Chun Wai ini

kembali memainkan peranan tersendiri dalam mewakili suara ―liberalisme‖ sehingga

menjadi akhbar yang mempunyai jualan paling tinggi pada 2007 iaitu 309,181 naskhah

sehari. 721 Akhbar tersebut secara terbuka menggesa Akta Penerbitan dan Mesin Cetak

1984 dihapuskan dan membidas sikap birokrat era Abdullah yang terus mengenakan

tekanan terhadap laporan yang tidak disenangi. 722 Mempertimbangkan sifatnya yang

mewakili parti Cina terbesar negara, ia menampakkan minat yang ketara terhadap

spektrum sederhana dan keterbukaan yang dianjurkan Abdullah.723 Menguatkan lagi

pendekatannya ialah barisan kolumnis yang sebahagian besarnya mempunyai lencana

720
Mohamed Samsudeen Sajahan et.al, ‗Media warfare content analysis of the conservative and
alternative media during the Bukit Selambau Malaysian by-election‘, Journal of Law and Conflict
Resolution, 2, no.1 (2010), 5.
721
Laporan Audit Bureau of Circulations (5 Disember 2007), http://www.abcm.org.my (akses pada 23
Januari 2010).
722
‗Repeal the PPPA, says top Star editor‘, Malaysiakini, 5 Mei 2004,
http://www.malaysiakini.com/news/19787 (akses akhir pada 27 Disember 2010).
723
Lihat umpamanya Wong Chun Wai, ‗Minority dictating the rules‘, The Star, 20 Mei 2006.

212
aktivis dan kesarjanaan seperti Marina Mahathir, Karim Raslan, Shad Saleem Faruqi,

Azmi Sharom, Wan Saiful Wan Jan, Tengku Muhriz Abidin dan Zainah Anwar. Mereka

merupakan suara liberalisasi dan pemodenan yang berhujah dalam kerangka rejim

pemerintah tetapi dengan mesej dan pendekatan yang berbeza kerana tidak terikat

dengan idea bagasi lama seperti kontrak sosial, Ketuanan Melayu dan keperluan

mengekalkan status quo. Namun The Star mengambil pendirian yang lebih berhati-hati

berbanding NST khususnya apabila Mahathir mengkritik ulasan Wong Chun Wai

berhubung tulisannya mengenai legasi rasuah Mahathir. Temubual The Star dengan

bekas pengerusi TNB, Ani Arope yang mendedahkan mengenai penjualan harga tenaga

TNB yang tidak adil juga menimbulkan kemarahan tokoh tersebut.

Kajian kes yang lebih signifikan boleh dilihat dalam kes akhbar The Sun. Berikutan

kepasifan akhbar The Star yang diharamkan selepas krisis politik 1987, antara akhbar

yang banyak mengisi peranan sebagai suara progresif ialah The Sun. Akhbar ini

diasaskan pada 1994 melalui Berjaya Group, kumpulan perniagaan yang dikuasai oleh

Vincent Tan, ahli perniagaan yang mempunyai hubungan rapat dengan Mahathir.

Namun walaupun cuba membawa pendekatan yang lebih kritikal sejak era reformasi

1999, akhbar ini masih memainkan peranan yang terbatas dan tidak dapat melepaskan

diri dari kawalan pemerintah khususnya apabila membawa isu-isu yang tidak disenangi

pemerintah mengambil contoh laporan mengenai cubaan membunuh Mahathir dan

timbalannya, Abdullah pada 2000. Pada 2001, The Sun kemudiannya diambialih oleh

Tong Kooi Ong melalui syarikat Nexnews dan digabungkan dengan sebuah lagi

penerbitan mingguan progresif, The Edge.

213
Dalam era Abdullah, The Sun memaparkan pendekatan lebih berani di bawah

kepimpinan Ho Kay Tat (Jun 2005-Februari 2008). Walaupun merupakan akhbar

percuma sejak 2002 dan hanya menemui pembaca di Lembah Klang dan bandar-bandar

utama, liputan dan pendekatan kewartawan penyiasatan yang dibawanya meninggalkan

impak yang signifikan khususnya dalam konteks ketelusan dan integriti yang dianjurkan

Abdullah. Melalui peranan beberapa wartawannya seperti R. Nadeswaran dan Terence

Fernandez, ia berjaya membongkar isu-isu kontroversi seperti kerugian PKFZ, kerugian

dalam pembinaan Pusat Latihan Sukan Brickendonbury di Britain oleh Kementerian

Belia dan Sukan, pembinaan ―Istana Zakaria Deros dari UMNO dan pemindahan wang

RM9.9 juta dari Tabung Badan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Selangor

(BALKIS). Kejayaan mereka menerima beberapa anugerah kewartawanan hasil

daripada pendedahan ini dikreditkan terhadap galakan yang diberikan oleh Abdullah

kepada media untuk mendedahkan isu-isu berkaitan kelemahan sistem penyampaian dan

juga salah laku pegawai awam dan ahli politik. 724

Ruangan temu bual akhbar ini, Conversations merupakan satu lagi cerminan

keterbukaan akhbar ini dengan menjemput tokoh-tokoh yang terdiri daripada pelbagai

aliran daripada aktivis sosial, tokoh pembangkang, tokoh kesatuan sekerja – liputan

yang amat jarang dibawa oleh sebuah akhbar perdana. Malah, pendekatan penyiasatan

yang dimainkan oleh akhbar berkenaan juga telah mengundang pertautan membina

daripada Ketua Setiausaha Negara Sidek Hassan yang konsisten memberikan temu

ramah terhadap akhbar berkenaan. Namun kesemua kebebasan ini masih berhadapan

dengan kos tertentu. Menurut R. Nadeswaran, birokrat daripada beberapa agensi

724
Terence Fernandez, ‗Its all about seeking the truth‘, The Sun, 16 June 2009.

214
kerajaan sering kali mengenakan tekanan terhadap pendekatan akhbar tersebut dan

menampakkan sikap tidak bersetuju dengan keterbukaan Abdullah. 725 Penolong

penyunting berita dan kolumnis terkenal, Jacqueline Ann Surin turut meninggalkan

akhbar ini pada 2008 kerana sekatan yang masih wujud untuk menulis isu-isu sensitif.726

Terkenal sebagai kolumnis anti-konservatisme agama, Jacqueline pernah membidas

Abdullah secara terbuka selepas kontroversi penyerbuan Forum Kebebasan Agama di

Pulau Pinang pada 2006727 – kebebasan yang boleh disifatkan amat jarang diperolehi

oleh wartawan akhbar bercetak perdana.

Namun keberanian yang dipaparkan ketiga-tiga akhbar ini sebahagiannya turut harus

dilihat dalam sudut konteks. Wong Kok Keong menghujahkan bahawa akhbar-akhbar

ini masih terikat dekat dengan ―kewartawanan kiu‖ iaitu dengan membangkitkan sesuatu

perkara apabila mendapat isyarat yang jelas daripada pentadbiran Abdullah. 728 Justeru,

tidak menghairankan golongan pro-Mahathir melihat keterbukaan yang berlaku turut

merupakan usaha untuk mendedahkan kepincangan era Mahathir dan memanjangkan

suara pentadbiran Abdullah. Mengambil contoh akhbar The Sun, beberapa wartawannya

seperti Zainon Ahmad, Nadeswaran dan P. Gunasegaram (editor eksekutif kumpulan)

pernah bertugas di NST dan mempunyai hubungan baik dengan Kalimullah. Dengan itu,

adalah sesuatu yang difahami apabila The Sun turut mengambil pendirian yang kritikal

725
R. Nadeswaran, former deputy editor of The Sun, interview with author, Petaling Jaya, 5 April 2010.
726
Jacqueline Ann Surin, ‗Q & A with KLUE‘, 1 September 2008,
http://www.klue.com.my/articles/1156-QA-Jacqueline-Ann-Surin (accessed 4 August 2011).
727
Jacqueline Ann Surin, ‗An open letter to the PM‘, The Sun, 1 June 2006.
728
Wong Kok Keong, ‗Freer media under PM Abdullah?‘, Aliran Monthly, 26, no.5 (2006), 37-38.

215
terhadap Mahathir khususnya dalam siri konfliknya dengan Abdullah. 729 Selain dari

Kalimullah dan Pereira yang berada di NST, Gunasegaram (kini editor pengurusan The

Star) merupakan ‗trio media‘ Abdullah yang sering dikritik oleh Mahathir dan

penyokongnya kerana melakukan pendedahan sistematik mengenai kepincangan era

Mahathir. 730

Orientasi ke-Malaysiaan akhbar The Sun turut dibidas oleh Zainuddin Maidin yang

melihat akhbar itu seolah-olah memperjuangkan ideologi DAP dan sering membocorkan

rahsia kerajaan. 731 Dua bulan sebelum PRU-12, kebebasan The Sun dan sebuah lagi

akhbar sebumbung, The Edge mencetuskan tanda tanya apabila ia diambil alih

sepenuhnya oleh Berjaya Group – tindakan yang dilihat berpunca dari tekanan politik. 732

Buat seketika, penafian bahawa pengambilalihan tersebut berpunca dari tekanan politik

seakan-akan mempunyai merit apabila akhbar tersebut meneruskan pendekatan

kritikalnya dalam beberapa isu. Abdullah sendiri dalam beberapa perkara memohon

bantuan peribadi wartawan The Sun seperti Nadeswaran dan Fernandez dalam

melakukan beberapa refomasi akhir pentadbirannya seperti penubuhan SPRM yang

banyak ditentang oleh perwakilan UMNO. Ia adalah peranan wartawan seperti

Nadeswaran yang melakukan perundingan pintu belakang dengan pemimpin

pembangkang seperti Lim Kit Siang dalam usaha memberi sokongan terhadap beberapa

729
Lihat ‗The Sun‘ blames it on Mahathir administration‘, New Straits Times, 19 April 2006;
P. Gunasegaram, ‗The myth of Mahathir‘s invicibility‘, The Sun, 3 Ogos 2006; Zainon Ahmad, ‗Best to
exit like a statesman‘, The Sun, 11 September 2006.
730
Lihat Ahiruddin Atan , ‗The Malay Kali, Brendan, Guna‘, 12 September 2006,
http://www.rockybru.com.my/2006/09/malay-kali-brendan-guna.html (akses pada 3 Ogos 2011).
731
‗Zam accuses theSUN of promoting ‗Malaysian Malaysia‘‘, The Sun, 29 Ogos 2007.
732
‗Takeover of newspaper not political, says Berjaya boss‘, The Straits Times, 30 Januari 2008,
http://www.malaysia-today.net/archives/archives-2008/2020-takeover-of-newspaper-not-political-says-
berjaya-boss (akses akhir pada 26 Disember 2010).

216
reformasi akhir Abdullah seperti SPRM.733 Kedua-dua penerbitan ini juga meneruskan

pendekatan kritikalnya hatta terhadap Mahathir yang diketahui mempunyai hubungan

rapat dengan Vincent.734 Dalam kesemua temu bual yang diberikan Abdullah kepada

media, dua temu bual Abdullah yang boleh dianggap ‗paling berterus-terang‘ mengenai

cabaran beliau melaksanakan reformasi diberikan kepada The Sun (pada Disember

2008) dan The Edge (pada Februari 2011). Temubual-temubual yang memfokuskan

kepada tentangan terhadap perubahan yang berlaku dalam pentadbirannya ini tidak

diberikan Abdullah kepada akhbar-akhbar Melayu lain seperti Utusan Malaysia dan

Berita Harian. Ia mencadangkan sikap berhati-hati Abdullah untuk tidak menyentuh

reputasi UMNO dan khalayak yang lebih konservatif iaitu pihak-pihak yang berperanan

penting dalam menyumbang kepada pengundurannya pada April 2009 735

Melalui fakta-fakta ini, adalah selamat untuk disarankan bahawa di dalam media

konservatif itu sendiri, berlakunya ‗perpecahan‘ dalam menerangkan sokongan

keseluruhan media konservatif terhadap agenda reformasi Abdullah. Dengan dua akhbar

seperti The Star dan The Sun didominasi oleh suara bukan Melayu dan intelligentsia

liberal serta NST yang kini didakwa dikuasai oleh ‗Melayu Baru‘, ia menguatkan lagi

733
Lihat perbincangan lanjut di halaman 257.
734
Lihat contohnya ‗The Edge says Dr M at centre of Umno‘s many problems‘, The Malaysian Insider, 5
April 2008, http://www.themalaysianinsider.com/litee/malaysia/article/The-Edge-says-Dr-M-at-centre-of-
Umnos-many-problems/ (akses akhir pada 12 Ogos 2011); ‗Dr Mahathir: Call for apology is stupid‘, The
Sun, 8 April 2008.
735
Bermula pada 2011, akhbar The Sun bagaimanapun menampakkan pendekatan yang lebih pasif
walaupun terus memainkan peranan sebagai akhbar yang neutral. Wartawan seperti R. Nadeswaran tidak
lagi secara umumnya menulis mengenai isu-isu politik tempatan tetapi telah ditugaskan sebagai wartawan
yang berpangkalan di London. Beliau hanya kembali semula menulis isu-isu tempatan pada pertengahan
2012. Akses terhadap berita dan rencana lama dalam versi atas talian juga tidak lagi ditemui. Turut tidak
lagi diteruskan ialah laman popularnya, Conversations. Terence Fernandez turut berpindah ke akhbar The
Malay Mail dan bersama beberapa lagi bekas wartawan The Sun seperti Philip Karuppiah dan Chong
Cheng Hai, akhbar The Malay Mail mula membina semula nama sebagai akhbar yang memaparkan isu-
isu kritikal.

217
kecurigaan pihak konservatif UMNO berkenaan agenda yang cuba mereka bawa. Akui

Ahiruddin Atan, Utusan lebih berhati-hati dan tidak memaparkan pendekatan menurut

kerana sidang editor masih dikuasai oleh orde lama. Mereka ini menurutnya memainkan

peranan tersendiri dengan memilih untuk tidak memihak.736 Tindakan ―orang di

sekeliling‖ Abdullah yang mengeluarkan arahan tertentu terhadap Utusan juga menjadi

sebab ketidaksenangan beberapa wartawan akhbar tersebut.737 Dengan dukungan

Menteri Penerangan, Zainuddin Maidin yang juga merupakan bekas editor Utusan yang

berpengaruh, Utusan berasa jengkel dengan tindakan NST dan TV3 yang menyentuh

isu-isu sensitif dalam pemberitaannya. 738 Mengulas mengenai hal ini, Wan Esuriyanti

menjelaskan:

Utusan memang mempunyai perspektif yang berbeza kerana dia hendak


perjuangkan Melayu dan Islam. Jadi mereka akan go all the way [for it]. Kalau
[anda ingin katakan bahawa] Pak Lah ialah neokonservatif, maka Utusan adalah
elemen konservatif. Utusan dan UMNO memang sama pemikirannya. Tapi Aziz
Ishak [iaitu Ketua Pengarang yang dilantik pada Julai 2008] is very good and
open. Tapi susahlah kalau hanya dia sorang yang macam itu kalau penulis dan
editor yang lain [mempunyai fahaman berbeza]. 739

5.4 PARLIMEN

Sekian lama, hegemoni BN sekali gus menyumbang keadaan yang tidak sihat kepada

mekanisme semak dan imbang di Parlimen. Bekas Presiden Dewan Negara yang kritis,

Hamid Pawanteh (2003-2009) menganggap:

736
Ahiruddin Atan, temu bual dengan pengkaji, 4 November 2009.
737
Pandangan ini dikemukakan oleh bekas wartawan Utusan Malaysia, Syahril Kadir di ‗Apa yang Pak
Lah rasakan sekarang agaknya eh..‘, 2 April 2008, http://syahrilkadir.wordpress.com/2008/04/02/apa-
yang-pak-lah-rasakan-sekarang-agaknya-eh (akses pada 17 Januari 2011).
738
Zainuddin Maidin, ‗Khairy Can Become PM In His Old Days‘.
739
Wan Esuriyanti Wan Ahmad, temu bual dengan pengkaji, 22 November 2011.

218
[P]eople are confused between what is government and what is Barisan
Nasional. Between what is party and what is country. Somehow it has got to that
stage, where 50 years of dominance by one single party, that [this] has been the
mindset — Malaysia is Barisan Nasional, Barisan Nasional is Malaysia.740

Selepas PRU-11, keadaan ini lebih dirasakan apabila ia secara langsung mengurangkan

lagi prospek semak dan imbang berikutan penurunan jumlah ahli parlimen

pembangkang. Abdullah menyedari perkara ini dan beliau tidak mahukan Parlimen terus

menerus dihinggapi dengan stigma ―setem getah‖ khususnya selepas BN menang

dengan majoriti yang besar.741 Kesedaran Abdullah ini mempunyai sebab yang kukuh.

Selepas PRU-11 2004, kebanyakan ahli parlimen yang dilantik terdiri dari mereka yang

telah mempunyai kelayakan tinggi termasuklah dari golongan profesional. Situasi ini

menjadikan perbahasan dan liputan Parlimen menjadi sesuatu yang semakin diminati.

Dengan era politik baru yang telah mengambil tempatnya, hal ini menjadikan

perbahasan di Parlimen harus terbuka untuk berhadapan dengan generasi yang sudah

terkehadapan. 742 Dua langkah penting yang diambil Abdullah dalam hubungan ini ialah

meletakkan ahli-ahli politik yang progresif dalam menyelia urusan berkaitan Parlimen

dan memperluaskan fungsi dan keterbukaan Parlimen.

740
Hamid Pawanteh, ‗Interview: Confusing Party with Government‘, The Nut Graph, 3 Ogos 2009,
http://www.thenutgraph.com/confusing-party-with-government/ (akses pada 4 September 2011).
741
Nazri Aziz, ‗Conversation: Pro-people, passionate politician‘, The Sun, 16 Disember 2005.
742
‗Pemikiran Kritis Wakil Rakyat‘, MASSA, 28 Februari 2004;‗Latar Belakang ahli Parlimen Malaysia‘,
MASSA, 15 Mei 2004; Tan Seng Giaw, ‗Kualiti Ahli Parlimen di Malaysia‘, MASSA, 15 Mei 2004.

219
5.4.1 Sosialisasi Ahli-Ahli Parlimen743

Sebelumnya, elemen sosialisasi di Parlimen tidak ditekankan dan ruang istirehat

Parlimen hanya dipenuhi oleh ahli-ahli parlimen BN sahaja. Keadaan yang tidak sihat

ini mendorong Nazri Aziz (menteri yang menjaga urusan Parlimen ketika itu)

mengisytiharkan bahawa kawasan tersebut mestilah dipenuhi oleh ahli-ahli Parlimen

tanpa mengira daripada parti mana mereka berada. Bagi menarik lagi minat mereka,

Shahrir Samad yang pada ketika itu menjadi Ketua Kelab Penyokong Kerajaan telah

menyarankan bahawa pembayaran bagi makan minum ahli Parlimen pembangkang

ditanggung oleh penyokong kerajaan. Penekanan kepada aspek sosialisasi ini

mendorong kepada percambahan perbincangan dan sikap profesional antara ahli-ahli

Parlimen walaupun di dalam sidang, mereka kelihatan berdebat dengan penuh tegang.744

Sejajar dengan kapasiti barunya itu, Nazri turut berusaha membawa imej baru terhadap

mantra ―pro-rakyat‖. Sewaktu mengetuai Jawatankuasa Kaukus Parlimen Mengenai Hak

Asasi Manusia, Nazri menubuhkan Kaukus Myanmar dalam usaha mempromosikan

demokrasi di Myanmar yang berada di bawah pemerintahan tentera. 745 Walaupun

berbeza platform dengan Teresa Kok iaitu ahli Parlimen daripada DAP dan adakalanya

sering bertegang pendapat di Parlimen, beliau mempertahankan Teresa dalam isu ketuk

ketampi dan membantu Teresa dalam beberapa isu lain kerana ia merupakan isu yang

743
Keseluruhan bahagian ini merupakan adaptasi temu bual pengkaji dengan dengan Nazri Aziz, 15 April
2010.
744
Pengkaji yang berpeluang melawat Parlimen sebagai pengiring lawatan pelajar dan dalam proses
menemu bual beberapa responden dalam kajian ini turut mendapati bahawa sosialisasi ahli-ahli Parlimen
memaparkan ―perbezaan ketara‖ daripada situasi yang dilaporkan oleh media. Lihat juga ―Semuanya
terhenti di sini...‖, Agenda Daily, 21 Mei 2008 (akses pada 28 Disember 2008).
745
Nazri Aziz, ‗Conversation: Pro-people, passionate politician‘.

220
membabitkan rakyat.746 Nazri turut pernah menggesa tuduhan terhadap pelajar yang

memulau pilihan raya kampus digugurkan dan meminta pentadbir universiti bersikap

lebih terbuka.747 Pasukan polis juga tidak terlepas daripada sasaran kritikan Nazri yang

adakalanya bertindak seperti negara polis. 748 Kebencian Nazri terhadap sikap perkauman

menjadikannya terus mendapat perhatian dalam era Najib. 749

5.4.2 Agenda Integriti dan Penubuhan Jawatankuasa Terpilih

Sejajar dengan penekanan Abdullah terhadap soal integriti, salah satu perubahan ketara

yang berlaku di Parlimen ialah penubuhan Jawatankuasa Parlimen yang dianggotai

berbagai-bagai komposisi keahlian. Sejak 1970, hanya wujud tiga jawatankuasa terpilih

di Parlimen. Namun hanya dalam dua tahun pertama kepimpinan Abdullah, tiga

jawatankuasa terpilih telah ditubuhkan iaitu mengenai Kanun Keseksaan dan Kanun

Acara Jenayah, Khidmat Negara dan Perpaduan serta Integriti Nasional.

Namun sebuah badan yang benar-benar menyegarkan semula kredibiliti Parlimen ialah

PAC yang menonjolkan peranannya yang berkesan di bawah pimpinan Shahrir Samad.

Abdullah menegaskan yang dia mahukan PAC dapat menjadi sebuah badan yang dapat

746
Teresa Kok, ‗Abducted‘ Doctor‘s Wife Back In Husband‘s Arm‘ , 27 September 2006,
http://teresakok.blogsome.com/2006/09/27/abducted-doctor-wife-back-in-husbands-arm/ (akses pada 23
Ogos 2010); Nazri Aziz, ‗Pro-people, passionate politician‘.
747
‗Nazri gesa tuduhan terhadap pelajar digugur‘, Siasah, 2 Disember 2005.
748
‗Nazri: Malaysia becoming a police state‘, Malaysiakini, 22 November 2005 (akses akhir pada 26
Disember 2010).
749
Sikap ini lebih dipamerkan Nazri dalam era Najib apabila beliau mengambil pendirian menentang
modul Biro Tatanegara yang didakwa berbau perkauman, membidas pendekatan perkauman PERKASA,
mengkritik sikap Mahathir yang mempertahankan konservatisme perkauman, menggesa tindakan diambil
terhadap dua guru Melayu yang didakwa mengeluarkan dakwaan berbentuk perkauman dan
mempertahankan artis kontroversi Cina, Namawee yang didakwa bersikap perkauman. Beliau dianggap
―salah seorang, jika tidak menteri yang terbaik‖ oleh ahli Parlimen Ipoh Barat dari DAP, M.Kulasegaran,
lihat ‗Nazri stays snazzy at the Dewan‘, The Star, 14 November 2010.

221
memantau perbelanjaan kerajaan. 750 Dengan ruang khusus yang diberikan Abdullah

untuk PAC bertindak,751 ia menjalankan penyiasatan bebas dalam isu-isu penting seperti

penggabungan ECM-Libra, kerugian dalam Naval Dockyard yang membina 27 kapal

TUDM, isu pembelian Eurocopter, isu pembinaan bangunan Matrade dan juga PKFZ.

Malahan beberapa siasatan ini menerima kredit terbuka daripada pihak pembangkang. 752

Dalam memainkan peranan ini, kemasukan dan penyertaan ahli-ahli pembangkang ke

dalam PAC telah mengukuhkan kredibilitinya sebagai sebuah badan yang tidak

memihak. Antara tempoh 2004 hingga 2009, tokoh-tokoh pembangkang yang berada

dalam PAC ialah Timbalan Pengerusi DAP, Tan Seng Giaw, Tony Pua (DAP),

Kamaruddin Jaafar (PAS), Wan Azizah (PKR) dan M.Kulasegaran (DAP). Selain

daripada itu, kerajaan juga mula menghantar wakil ahli parlimen pembangkang dalam

beberapa lawatan ke luar negara bagi mewujudkan pergaulan yang lebih konstruktif.753

5.4.3 Dasar Keterbukaan dan Debat Parlimen

Majoriti yang besar selepas PRU-11 juga menjadikan Abdullah mahukan ahli-ahli

Parlimen mendebatkan semua perkara, dilihat mendengar dan tidak menjadi penurut. 754

Penekanan ini mendorong kepada dua dilema umum. Terdapat sarjana menyifatkan

emosi masih berperanan penting dalam sikap ahli-ahli Parlimen Malaysia berbanding

750
Dipetik dari Habhajan Singh, ‗Reforming parliament‘, Malaysian Business, 16 Februari 2005, 15.
751
Shahrir Samad, ‗Tidak wajar Tun pertikaikan Pak Lah‘.
752
‗PKR ucap tahniah pada Shahrir‘, Malaysiakini, 18 Julai 2005,
http://www.malaysiakini.com/news/38001 (akses akhir pada 26 Disember 2010).
753
Nazri Aziz, temu bual dengan pengkaji, 15 April 2010.
754
Nazri Aziz, ‗Temu bual: Jaga Parlimen: Seperti saya mengantuk PM sorong bantal‘, Agenda Daily, 26
Januari 2005 (akses akhir pada 26 Disember 2010); Nazri Aziz, ‗Pro-people, passionate politician‘.

222
negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Britain yang bersikap lebih terbuka.755

Aliran kedua pula tidak menyifatkan ia sebagai perubahan yang negatif kerana ia dapat

meningkatkan kualiti persidangan, menilai kaliber ahli parlimen dan mempengaruhi

mereka agar dapat menjadi lebih bertanggungjawab. 756 Tumpuan utama dalam

hubungan ini ialah Dewan Negara yang sering kali dianggap sebagai ‗formaliti‘

berbanding Dewan Rakyat. Bagi Hamid Pawanteh yang memimpin Dewan Negara

sepanjang kepimpinan Abdullah, beliau meyifatkan dewan itu telah dapat memainkan

peranan yang lebih berkesan berikutan keterbukaan yang dianjurkan Abdullah. Contoh

terbaik yang menjadi kenangannya ialah bantahan 16 senator wanita berhubung

kontroversi pindaan Undang-Undang Keluarga Wilayah Persekutuan 2005. 757 Beliau

telah membenarkan senator-senator wanita menyuarakan kritikan selama empat jam

terhadap kerajaan berhubung pindaan tersebut.758

Namun selepas berakhirnya era Abdullah, fakta-fakta yang ada menampakkan masih

banyak yang perlu dilakukan oleh ahli-ahli parlimen Malaysia berhubung konsep

keterbukaan konstruktif. Oleh sebab keterbukaan yang wujud, sidang Parlimen

menampakkan kecenderungan untuk lebih memaparkan kejaguhan individu berbanding

penghujahan secara intelektual. Pertama ialah penggunaan bahasa carutan, panggilan

nama tidak beradab serta pembangkitan isu-isu seksis dalam pertikaman-pertikaman

lidah yang berlangsung. Lebih mengejutkan kerana beberapa adegan ini dipertontonkan

755
Fatimah Daud, dipetik dari ‗Pemodenan Parlimen Malaysia: Apa Perlu Diubah?‘, MASSA, 15 Mei
2004.
756
Lihat pandangan-pandangan sarjana dalam ‗Siarkan di TV Kelakuan Ahli Parlimen‘, MASSA, 15 Mei
2004, 32-33.
757
Hamid Pawanteh, ‗Interview: Checking power in Malaysia‘, The Nut Graph, 31 Julai 2009,
http://www.thenutgraph.com/checking-power-in-malaysia/ (akses pada 4 September 2011).
758
‗Bill ignites battle of the sexes‘, The Star, 25 Disember 2005.

223
pada masa Parlimen menerima lawatan daripada ahli Parlimen negara luar dan juga

pelajar sekolah serta universiti. 759 Keadaan ini menampakkan peningkatan yang lebih

ketara selepas RTM menyiarkan secara langsung perjalanan sidang parlimen selepas

PRU-12. Siaran langsung pada 30 April tersebut menjadi yang pertama dan terakhir

diadakan selepas wujudnya kekecohan berikutan keghairahan ahli parlimen yang

membangkitkan Peraturan Mesyuarat dan pertikaman lidah dengan bahasa yang kesat.

Walaupun reaksi yang ditunjukkan oleh ahli parlimen PR adalah difahami

mempertimbangkan peningkatan keahlian mereka di dewan, ahli Parlimen BN juga

tidak terkecuali memaparkan sikap yang serupa. Insiden yang lebih memalukan apabila

sekumpulan Pemuda UMNO melakukan serbuan terhadap Karpal Singh di Parlimen. 760

Antara ahli Parlimen yang menjadi pengecualian jelas dalam hal ini ialah Ahli Parlimen

Kepong daripada DAP, Tan Seng Giaw yang disifatkan mewarisi imej bekas Ketua

Pembangkang Tan Chee Khoon. Beliau memaparkan elemen kepimpinannya yang kuat,

sering melemparkan kritikan yang konstruktif dan tidak banyak menimbulkan masalah

pada dewan. 761

5.4.4 Kebebasan Ahli Parlimen Kerajaan

Di sebalik semua keterbukaan dan perubahan ini, beberapa elemen yang menjadi prinsip

asas rejim pemerintah masih tetap dikekalkan. Hal ini diperlihatkan dalam prinsip
759
‗Newsworthy for the wrong call‘, The Sun, 31 Disember 2005; ‗MPs say sorry‘, The Star, 19 Mei
2007.
760
‗Hari pertama sidang kecoh‘, Utusan Malaysia, 1 Mei 2005; ‗Pelajar terkejut gelagat ahli
Parlimen‘,Utusan Malaysia, 1 Mei 2008; ‗Saya malu apa yang berlaku‘, Utusan Malaysia, 1 Mei 2008;
Baradan Kuppusamy, ‗Tajudin‘s antics shows up BN‘, The Star, 29 November 2008; ‗Defending Umno
Youth‘, The Nut Graph, 5 Mac 2009, http://www.thenutgraph.com/defending-umno-youth/ (akses pada 4
September 2011).
761
Pandikar Amin Mulia, ‗Conversations: Order in the house‘, The Sun, 12 Jun 2008.

224
kolektif anggota kerajaan dan gesaan mengundi mengikut naluri di Parlimen. Pada Jun

2005 dan dalam keputusan yang pertama kali berlaku dalam sejarah, Timbalan Menteri

Alam Sekitar dan Sumber Asli S. Sothinathan digantung oleh Abdullah selama tiga

bulan kerana mengkritik kerajaan dalam sidang Parlimen. Isu bermula apabila

Sothinathan yang juga Setiausaha Agung Kongres India Malaysia (MIC) menyertai

kritikan pembangkang terhadap isu penarikan balik pengiktirafan ijazah perubatan

sebuah universiti perubatan di Ukraine oleh Majlis Perubatan Malaysia. Presiden MIC,

Samy Vellu sebelum itu telah membidas bahawa tindakan tersebut bersifat perkauman

khususnya mempertimbangkan kuota kemasukan ke universiti tempatan yang terhad.762

Dewan Negara pada Disember 2005 pula menyaksikan 16 senator wanita tidak bersetuju

dengan cadangan pindaan Undang-Undang Keluarga Wilayah Persekutuan 2005 yang

didakwa menyebelahi kaum suami. Turut mengkritik keras tindakan ini ialah aktivis

masyarakat sivil khususnya pertubuhan seperti Sisters in Islam (SIS). Walaupun

kerajaan menyatakan bahawa ketidaksenangan tersebut akan diberi perhatian tetapi

mereka tetap diarahkan untuk menyokong pindaan tersebut.763 Biarpun pindaan tersebut

akhirnya ditangguhkan pewartaannya oleh kerajaan sehingga kini, 764 isu ini sekali lagi

memperlihatkan kontradiksi yang wujud daripada gesaan Abdullah untuk membebaskan

Dewan Negara dari persepsi setem getah dan ikrar untuk melindungi hak wanita. Kes

terakhir dan yang paling mendapat perhatian ialah apabila Shahrir Samad menyokong

762
‗Sothinathan digantung‘, Utusan Malaysia, 23 Jun 2005; ‗MMC: Decision not racially motivated‘,
Malaysiakini, 23 Jun 2005, http://www.malaysiakini.com/news/37235 (akses akhir pada 26 Disember
2010).
763
‗Gov‘t to press ahead with controversial family law bill‘, Malaysiakini, 21 Disember 2005,
http://m2.malaysiakini.com/news/44850 (akses akhir pada 26 Disember 2010); ‗Women senators
unhappy, They voted under protest for Islamic Family Law Bill‘, The Star, 23 Disember 2005; ‗PM: We
will act‘, The Star, 23 Disember 2005;
764
‗Cabinet puts on hold gazetting of controversial Islamic Family Law Act‘, The Star, 12 Januari 2006.

225
usul DAP mengenai isu campur tangan ahli Parlimen Jasin, Mohd Said Yusof ke atas

Jabatan Kastam pada Mei 2006. Beliau kemudiannya terpaksa meletakkan jawatan

kerana gagal mendapatkan sokongan ahli Parlimen BN dalam menyokong usul

tersebut.765 Kes-kes sebegini memaparkan dalam mana berlakunya keterbukaan dan

pembaharuan yang dicadangkan, kebebasan masih diberi dengan terbatas dan masih

berpandukan kepada tradisi yang telah diguna pakai sebelumnya oleh rejim pemerintah.

5.5 SISTEM PEMILIH

5.5.1 Sistem Pilihan Raya: Ironi PRU-12

Selepas kemenangan besar BN dalam PRU-11, polemik mengenai kebebasan pilihan

raya masih diberi tumpuan walaupun tidak mempersudutkan faktor Abdullah yang

dianggap berperanan penting dalam kemenangan tersebut. Parti pembangkang enggan

mengiktiraf keputusan PRU-11 dengan menghujahkan alasan-alasan seperti etika

berkempen yang kabur, tempoh berkempen yang singkat, ketelusan undi pos, kewujudan

pengundi hantu, kesalahan mengisi borang pencalonan, media yang tidak memberikan

peranan yang seimbang dan penggunaan wang dalam kempen. 766 Sememangnya alasan-

alasan ini tidak boleh diketepikan begitu sahaja dan mempunyai merit tersendiri.

Persempadanan semula kawasan contohnya telah mewujudkan 26 kawasan baru yang 25

darinya dimenangi BN. Beberapa keganjilan pengundian juga sememangnya dikesan

765
‗Shahrir quits as Backbenchers Club chief‘, The Star, 5 Mei 2006.
766
‗Keadilan: Major polls violations, royal commission needed‘, Malaysiakini, 24 Mac 2004,
http://www.malaysiakini.com/news/19295; ‗Why we lost – PAS leaders explain‘, Malaysiakini, 26 Mac
2004, http://www.malaysiakini.com/news/19312 (kedua-dua diakses kali terakhir pada 26 Disember
2010).

226
dengan meluas dalam PRU tersebut.767 Namun seperti yang turut juga dipersetujui

sarjana, ia tidaklah bermakna sistem tersebut tidak demokratik kerana urusan-urusan

seperti persempadanan semula, penggunaan media dan juga wang merupakan strategi

politik biasa kebanyakan rejim pemerintah di negara-negara demokrasi untuk

mengekalkan kuasa. Strategi yang sama juga akan tetap digunakan pembangkang jika

mereka menjadi kerajaan. 768

Berikutan keputusan PRU-11, desakan dan kritikan lantang ditujukan kepada pengerusi

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Abdul Rashid Abdul Rahman yang didesak

untuk meletakkan jawatan.769 Dengan tiga siri PRK yang dimenangi selepas itu oleh BN

iaitu Kuala Berang, Terengganu (Ogos 2004), Ba-Kelalan, Sarawak (September 2004),

Pengkalan Pasir, Kelantan (Disember 2005), ia merebakkan lagi tanggapan kepada

pihak pembangkang mengenai kebebasan pilihan raya khususnya daripada PAS.770

Peningkatan tekanan terhadap perkara ini tidaklah mengejutkan kerana apabila UMNO

menang di Permatang Pasir, kerajaan PAS Kelantan hanya memegang majoriti

pemerintahan dengan satu kerusi. Sebagai sebahagian daripada reaksi ini, Gabungan

Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) ditubuhkan pada 23 November 2006 untuk

mendesak reformasi sistem pilihan raya. Menambahkan lagi langkah psikologi, PAS dan

PKR kemudiannya memboikot PRK Batu Talam, Pahang yang diadakan pada Januari

767
Untuk perbincangan lanjut, lihat Loh, ‗The March 2004 General Elections in Malaysia: Looking
Beyond the ―Pak Lah‖ Factor‘, 15-17; Ahmad Fauzi Abdul Hamid, ‗The UMNO-PAS Struggle: Analysis
of PAS‘s Defeat in 2004‘, 117-118.
768
Ahmad Fauzi Abdul Hamid, ‗The UMNO-PAS Struggle: Analysis of PAS‘s Defeat in 2004‘, 118-119;
Zainal Kling, ‗UMNO and the BN in the 2004 Election: The Political Culture of Complex Identities‖
dalam Saw Swee-Hock dan K.Kesavapany (pnyt.), Malaysia: Recent Trends and Challenges (Singapura:
Institute of Southeast Asian Studies, 2006), 113.
769
G.Manimaran, ‗Menuding jari tak selesaikan masalah‘, MASSA, 27 Mac 2004, 62-63.
770
Lihat pandangan ahli pemikir PAS, Wan Abdul Rahman Wan Abd Latif, ‗Pengundi hantu mampu
kalahkan PAS‘, Siasah, 2 Disember 2005.

227
2007. Walaupun BN memenangi PRK Machap, Melaka pada April 2007, hanya pada

PRK Ijok, Selangor, tekanan lebih jelas dikenakan terhadap SPR. PRK terakhir sebelum

PRU-12 itu memperlihatkan elemen-elemen politik lama yang digunakan secara

optimum khususnya projek pembangunan segera dan habuan ekonomi – aspek yang

ironinya dikritik oleh Mahathir sendiri.771

Berikutan perkembangan ini, SPR kemudiannya berjanji untuk memperkenalkan

penggunaan dakwat hitam. Ikrar ini bagaimanapun masih disambut dengan reaksi dingin

dan BERSIH kemudiannya menganjurkan perhimpunan di Batu Buruk, Terengganu

pada 8 September 2007. Perhimpunan tersebut bertukar menjadi peristiwa berdarah

apabila beberapa penunjuk perasaan tercedera dan ditembak sewaktu proses penyuraian

oleh pihak polis. SPR pada masa yang sama menyatakan sekali lagi persetujuan untuk

melakukan reformasi dan menggesa kerajaan bersikap responsif. Namun kerana khabar

bahawa PRU akan diadakan pada sekitar November, BERSIH kemudiannya

mengadakan perhimpunan besar-besaran bagi menyerahkan memorandum kepada Yang

Dipertuan Agong pada 10 November 2007. Perhimpunan terbesar selepas era reformasi

1999 itu dianggarkan dihadiri oleh 40 ribu orang dan walaupun badan seperti

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) bersikap positif terhadap

perhimpunan tersebut, ia sekali lagi disuraikan dalam kaedah yang agresif. 772 Sebelum

perhimpunan berlangsung, Abdullah memberikan amaran yang ―beliau pantang dicabar‖

dan menggesa pendemonstrasi menggunakan hak dalam pilihan raya jika ingin
771
‗Pengundi Ijok jangan terperangkap dengan 'durian runtuh' - Mahathir‘, 27 April 2007, Harakah
Daily.Net; K.Kabilan, ‗10 Reasons Why Parthiban Won‘, Malaysiakini, 1 Mei 2007,
http://www.malaysiakini.com/news/66682 (kedua-dua diakses kali terakhir pada 26 Disember 2010).
772
‗The bets are on a November general election‘ (31 Oktober 2007); ‗Hak rakyat untuk berhimpun secara
aman – Suhakam‘, 12 November 2007 (kesemua di akses di laman rasmi BERSIH, http://bm.bersih.org
pada 23 Ogos 2010).

228
melakukan perubahan773 – kenyataan yang dianggap membuatkan ramai pengundi atas

pagar mengalihkan undi mereka daripada BN pada PRU-12.774

Tiga hari sebelum PRU-12, pertikaian ini sampai ke kemuncaknya apabila cadangan

penggunaan dakwat hitam dibatalkan oleh SPR atas alasan perundangan dan

keselamatan. 775 Dengan tarikh PRU yang menghampiri, tindakan ini sekadar

menebalkan lagi persepsi mengenai keberatan kerajaan untuk melakukan reformasi.

Rumah Abdul Rashid disimbah dengan cat merah776 dan BERSIH pula mendakwa

bahawa PRU-12 boleh menjadi PRU yang terkotor dalam sejarahnya.777 Selepas PRU-

12, Abdullah menafikan kenyataan Abdul Rashid bahawa pembatalan tersebut bersifat

‗arahan‘ tetapi sekadar berupa ‗pandangan kabinet‘.778 Kenyataan terbaru Abdul Rashid

bagaimanapun mendedahkan bahawa wujudnya tentangan dalaman dari SPR sendiri

berhubung cadangan tersebut. Sambil menegaskan bahawa beliau menyokong penuh

cadangan tersebut, Abdul Rashid mendedahkan one or two [members of election panel]

quietly resented and even tried to influence the powers that be against it. A very

uncivilized and stupid move, I consider.779

773
‗Saya pantang dicabar‘, Utusan Malaysia, 10 November 2007.
774
Hujah ini dibuat oleh sebuah kumpulan pemikir, Asian Strategy and Leadership Institute (ASLI) dalam
‗An analysis of Malaysia‘s 12th general election‘ (13 Mac 2008),
http://www.asli.com.my/DOCUMENTS/An%20Analysis%20of%20Malaysia.pdf (akses pada 12
November 2009).
775
‗Batal guna dakwat tepat – Najib‘, Utusan Malaysia, 6 Mac 2008.
776
‗Rumah Pengerusi SPR disimbah cat...'tak perlu lepas geram pada pagar saya‘‘, Agenda Daily, 6 Mac
2008 (akses akhir pada 26 Disember 2010).
777
‗Activist warn elections will be ‗dirtiest ever‘‘, Malaysiakini, 5 Mac 2008,
http://www.malaysiakini.com/news/79205 (akses akhir pada 26 Disember 2010).
778
‗PM: Batal dakwat budi bicara SPR‘, Malaysiakini, 18 Mei 2008,
http://www.malaysiakini.com/news/83049 (akses pada 27 Oktober 2011).
779
Abdul Rashid Abdul Rahman, ‗Interview: Ex-EC chief: Ongoing study on indelible ink a 'big joke'‘,
Malaysiakini, 27 Oktober 2011, http://www.malaysiakini.com/news/179751 (akses pada tarikh yang
sama).

229
Sebarang jua kekalutan yang muncul kesan dari peristiwa-peristiwa ini, keputusan PRU-

12 membuktikan bahawa sebahagian besar kebimbangan yang dicetuskan pembangkang

terpadam dengan sendiri. Meskipun keputusan PRU-12 merupakan kejutan besar buat

BN-UMNO, ia dari segi yang lain merupakan satu kemajuan terhadap perkembangan

demokrasi di Malaysia. Ironinya, tamparan paling besar barangkali diterima oleh PAS

yang merupakan pihak yang paling lantang mengkritik SPR. Pada hari pengundian,

pengarang akhbar Harakah, Ahmad Lufti Othman mengoyakkan kertas undinya sebagai

menyatakan kekecewaan terhadap SPR.780 Namun lima hari selepas keputusan PRU-12

diumumkan, Ahli Parlimen Kota Bharu dari PAS, Wan Abdul Rahim datang memohon

maaf kepada Abdul Rashid berikutan kenyataan keterlaluan PAS terhadapnya. 781

Kedua, biarpun tiada sebarang reformasi besar-besaran yang dilakukan kerajaan

terhadap sistem pilihan raya (melainkan pengenalan peti undi lut sinar), reformasi yang

paling penting datangnya daripada Abdullah sendiri. Pepinsky mengemukakan hipotesis

bahawa ‗kelemahan‘ Abdullah merupakan faktor yang turut menyumbang kepada

keputusan PRU-12. Berbanding dengan pemimpin-pemimpin sebelumnya seperti Razak

dan Mahathir, Abdullah tidak mengeksploitasi sepenuhnya instrumen pemerintah

seperti:

... lambasting soft-liners and liberals as tools of the West, jailing the BN‘s
opponents, deploying the BN‘s resources to turn out supporters and suppress the
opposition vote, and using the Malaysian media to argue that a DAP or PKR
victory would upset the country‘s delicate ethnic balance and might empower a
780
‗Ketua Pengarang Harakah koyak kertas undi,protes pada SPR‘, 8 Mac 2008,
http://pru12.pas.org.my/index.php?option=com_frontpage&limit=20&limitstart=220 (akses pada 24 Ogos
2010).
781
‗Saya yang minta maaf dari Abdul Rashid, Wan Rahim‘, 26 Mei 2008,
http://siasahdaily.blogspot.com/2008/05/saya-yang-minta-maaf-dari-rashid-wan.html (akses pada 24
Ogos 2010).

230
radical Islamist opposition… In the past, these tactics have kept non-Malays on
the peninsular from turning out against the BN in large enough numbers. The
BN‘s 2008 campaign featured none of these until after the election (penekanan
asal pengkaji dalam italic).782

Dengan melihat kemenangan berturut-turut PR dalam tiga PRK yang diadakan dalam

selepas itu iaitu di Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan Bukit Gantang (diadakan

tiga hari selepas persaraan Abdullah), kebebasan pilihan raya di Malaysia boleh

dianggap masih terpelihara. Bagaimanapun hujah ini tidaklah menyatakan bahawa

sebarang reformasi lanjut dalam sistem pilihan raya tidak perlu dilakukan. 783

5.5.2 Kesan Boomerang: 16 September dan Krisis Perlembagaan di Perak

Era Abdullah juga menyaksikan lunas-lunas pemilihan demokrasi tercabar melalui dua

peristiwa yang berkait rapat. Tidak lama selepas keputusan PRU-12 diumumkan, PKR

mengumumkan akan wujudnya ahli Parlimen BN yang akan melompat parti bagi

membolehkan penubuhan kerajaan baru. Perkara ini kemudiannya dibangkitkan terus-

menerus oleh Anwar Ibrahim khususnya selepas berlakunya tuduhan liwat ke atasnya

pada Jun 2008. Dengan berlatarkan suasana politik yang tidak menentu pada ketika itu

seperti kenaikan harga minyak, dakwaan penglibatan Najib dan Rosmah dalam

pembunuhan Altantuya dan juga tangkapan ISA pada 13 September, Abdullah

bagaimanapun menegaskan yang beliau akan mematahkan cubaan tersebut dan tidak

782
Thomas B. Pepinsky, ‗The 2008 Malaysian Elections: An End to Ethnic Politics?‘, Journal of East
Asian Studies, 9, no.1 (2009): 109-110.
783
Huraian mengenai perhimpunan BERSIH 2011 yang dianjurkan dalam era Najib dihuraikan dengan
lebih lanjut di halaman 400-402.

231
akan membenarkan berlakunya pertukaran kuasa secara tidak terhormat.784 Malah di

kalangan parti pembangkang seperti DAP dan Parti Sosialis Malaysia (PSM), strategi

melompat parti tidaklah mendapat sokongan kerana disifatkan memotong mandat

rakyat.785

Cubaan ―916‖ yang berakhir tanpa berlakunya pertukaran kuasa memberikan semula

‗kesan boomerang‘ kepada PR apabila enam bulan selepas itu, BN mengambil alih

semula kuasa pemerintahan di Perak melalui kaedah yang sama. Dalam konteks

Abdullah, krisis di Perak menandakan kembalinya prinsip Machiavellian seperti yang

ditunjukkan dengan licik oleh Najib yang akan menggantikan Abdullah dua bulan

selepas itu. Walaupun bukti yang ada menampakkan bahawa Abdullah turut menyokong

pengambil alihan kuasa itu, ia harus dikendurkan dengan fakta bahawa pemerintahannya

sudah menghampiri penghujung pada ketika itu. Berdasarkan contoh tertentu, Abdullah

didapati tidak menampakkan minat untuk menggunakan kaedah ini – sesuatu yang selari

dengan pendekatan yang telah ditunjukannya dalam kempen BN pada PRU-12. Satu lagi

contoh bagi menyokong hujah ini ialah dengan melihat peristiwa yang berlaku dalam

kempen PRK Permatang Pasir pada November 2005. Dalam episod tersebut, Abdullah

meminta tindakan cabar mencabar yang berlaku antara PAS dan UMNO bagi

pembubaran DUN Kelantan dihentikan. Sebelumnya, Pengerusi Perhubungan UMNO

Kelantan, Annuar Musa telah mencadangkan agar semua ADUN PAS yang ketika itu

mendahului dengan majoriti yang sedikit meletakkan jawatan kerana berada dalam

784
‗Pak Lah vows to foil Sept 16 plan‘, Malaysiakini, 29 Ogos 2008,
http://www.malaysiakini.com/news/88849 (akses akhir pada 26 Disember 2010).
785
‗DAP: We prefer elections to defections‘, The Star, 18 September 2008; Nasir Hashim, temubual
dengan pengkaji. 28 Disember 2009.

232
kedudukan yang lemah. Gesaan ini dipersetujui oleh Najib yang mencadangkan jika BN

memenangi PRK tersebut, semua ADUN PAS haruslah meletakkan jawatan atas

pertimbangan moral.786 Adalah ironi pertimbangan moral yang sama tidak diaplikasikan

oleh Najib dalam pengambil alihan kuasa yang berlaku di Perak dalam mana wujudnya

desakan meluas agar DUN Perak dibubarkan. Bagi Zaid yang merupakan Ahli Parlimen

Kota Bharu ketika itu:

Abdullah mungkin lemah tapi dia [tidak ada rasa obsesi terhadap] kuasa… Dia
tidak kacau [kerajaan PAS] walaupun majoriti tinggal satu [selepas BN
memenangi PRK Permatang Pasir]. Dia tidak buat special task force untuk
tumbangkan Kelantan. Dan itu adalah integriti. 787

5.6 UNDANG-UNDANG PENCEGAHAN DAN KAWALAN

Satu kenyataan yang dikeluarkan Abdullah selepas tunjuk perasaan Barisan Bertindak

Hak-Hak Hindu (HINDRAF) pada November 2007 ialah pendiriannya yang tidak akan

teragak-agak mengutamakan keselamatan awam berbanding kebebasan awam. 788 Dalam

maksud kajian ini, biarpun Abdullah berusaha menambah baik kualiti demokrasi di

Malaysia, beliau masih memegang kuat satu prinsip konservatisme iaitu orde, kestabilan

dan keutamaan kepada masyarakat yang lebih besar. Sering kali garis pemisah yang

wujud dalam sebuah negara seperti Malaysia ialah menyeimbangkan persoalan

kebebasan dan kestabilan seperti kenyataan di bawah:

786
‗Annuar minta Pas bubar DUN‘, Utusan Malaysia, 13 November 2005; ‗Bubar jika kalah – Najib‘,
Utusan Malaysia, 14 November 2005; ‗Wakil rakyat letak jawatan usah bertanding lagi‘, Utusan
Malaysia 23 November 2005.
787
Zaid Ibrahim, temu bual dengan pengkaji, 2 April 2010.
788
‗Nilai asas masa depan negara‘, Utusan Malaysia, 11 Disember 2007.

233
[H]uman rights must be balanced with the right of the individual, the right of the
community and the right of the state to ensure the security of its citizens as well
as their property. Too much individual rights will lead to violation of rights of
the community. So the legislation must be balanced.789

Justeru, walaupun badan seperti SUHAKAM ditubuhkan pada tahun 2000 untuk

mempromosikan soal-soal berkaitan hak asasi manusia dan menjadi sebuah badan

pemantau, impaknya tidak dirasakan berikutan kebanyakan cadangan dan resolusi yang

dikemukakannya tidak dilaksanakan kerajaan. 790 Situasi yang sama masih ternampak

dalam era Abdullah. Di sebalik pembukaan ruang dan kesedaran yang lebih meluas

terhadap isu-isu membabitkan hak asasi manusia, instrumen pencegahan dan kawalan

masih dikekalkan. Tidak sahaja perkara ini ditunjukkan dalam pendekatan kerajaan

menangani demonstrasi BERSIH dan HINDRAF, tetapi juga langkah pencegahan awal

seperti sekatan jalan raya besar-besaran di Kuala Lumpur pada 14 Julai 2008 bagi

menyekat demonstrasi yang dikhabar akan diadakan. Bagi Abdullah, mereka boleh

berdemonstrasi di stadium tetapi bukannya di jalan raya kerana ia akan menganggu hak

rakyat yang lain.791 Dua contoh yang lebih penting ialah pengekalan ISA dan AUKU.

5.6.1 Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

Pada awal pentadbirannya, Abdullah membebaskan 15 anggota Al-Maunah yang

ditahan di bawah ISA kerana terlibat dalam kes rampasan senjata di Grik pada 2000.

Turut dibebaskan ialah empat daripada 13 pelajar Malaysia yang terlibat dalam kegiatan

789
Abu Talib Othman, ‗Conversations: Baby steps on the rights road‘, The Sun, 2 Disember 2005.
790
‗Abu Talib: Don't let Suhakam remain a toothless tiger‘, The Sun, 10 September 2009.
791
‗Roadblocks needed to keep order, says Pak Lah‘, The Star, 15 Julai 2008. Malah dalam perhimpunan
BERSIH 2011, Abdullah tetap menyifatkan perhimpunan tersebut tidak wajar dilakukan dan
mempertahankan tindakan pasukan polis yang dikritik meluas berikutan dakwaan penggunaan kekerasan.

234
militan. Namun tidak lama selepas itu, Abdullah memperbaharui tempoh tahanan enam

tahanan Jemaah Islamiyah (JI) dan menyatakan undang-undang kawalan seperti ISA

tetap diperlukan.792 Bagi bekas tahanan ISA seperti Pengerusi Parti Sosialis Malaysia

(PSM), Nasir Hashim, tindakan sebegini menyarankan satu strategi liberalisasi yang

diwarisi daripada Mahathir yang membebaskan tahanan ISA pada awal

pentadbirannya. 793 Namun ia tidaklah bermakna wujudnya perubahan signifikan dalam

tanggapan rejim pemerintah terhadap kelebihan ISA. Alasan-alasan konvensional yang

sering diluahkan ialah betapa sensitiviti perkauman, agama dan keselamatan tidak

memungkinkan akta ini dimansuhkan. Apabila berlakunya serangan pengganas ‗9/11‘ di

Amerika Syarikat, ia juga membawa manfaat tidak langsung apabila wujudnya hujah

bahawa negara-negara demokrasi seperti Amerika sendiri melaksanakan undang-undang

pencegahan seperti Akta Patriot dan tahanan di Guantanamo.

Bagaimanapun momentum mengenai persepsi negatif terhadap ISA meningkat ke skala

yang lebih tersusun dalam era Abdullah. Salah satu organisasi yang lantang memainkan

peranan ini ialah Gerakan Mansuhkan ISA (GMI). Perjuangan menentang ISA

mendapat moral tambahan apabila bekas tahanannya, Abdul Malek Husin

dianugerahkan ganti rugi sebanyak RM2.5 juta oleh Mahkamah Tinggi pada 18 Oktober

2007. GMI juga membidas Menteri di JPM, Bernard Dompok yang membuat kenyataan

bahawa kepimpinan Abdullah tidak pernah menggunakan ISA sedangkan faktanya tidak

sedemikian.794 Ia sekali lagi menunjukkan ketidaktelitian mengeluarkan pandangan

792
‗Pak Lah: ISA-type laws needed to preserve racial ties‘, Malaysiakini, 19 April 2004,
http://www.malaysiakini.com/news/19599 (kesemua diakses kali terakhir pada 26 Disember 2006).
793
Nasir Hashim, temu bual dengan pengkaji, 28 Disember 2009.
794
Malaysian Human Rights Report 2007 (Petaling Jaya: Suaram, 2008), 8.

235
dalam era keterbukaan yang memudahkan proses verifikasi. Hanya sebulan selepas itu,

kenyataan Dompok dengan sendirinya terbatal apabila ISA digunakan terhadap tujuh

pemimpin HINDRAF yang mengadakan protes besar-besaran terhadap kerajaan pada 25

November 2007. Penangkapan ini biarpun mengundang reaksi yang tidak

menyenangkan masih diimbangi fakta bahawa kaedah perkauman HINDRAF tidak

dipersetujui dan dikritik oleh pihak pembangkang.

Namun reaksi yang tidak terjangkakan hanya tercetus apabila kerajaan sekali lagi

menggunakan ISA pada September 2008 terhadap tiga individu iaitu Raja Petra, Teresa

Kok dan wartawan akhbar Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng. Ia bukan sahaja

mengundang bantahan daripada pemimpin pembangkang dan pro-reformasi tetapi juga

dari beberapa anggota parti komponen BN dan UMNO sendiri. Dengan keputusan PRU-

12 dan suasana politik yang mengalami perubahan, tindakan rejim pemerintah yang

mengeksploitasi instrumen tersebut merebakkan lagi tanggapan yang kurang

menyenangkan. Lebih mengecewakan kerana penahanan kali ini ternyata dibuat dalam

keadaan yang tergesa-gesa dan tanpa bukti yang kukuh. Individu yang menjadi tumpuan

dalam kekalutan ini ialah Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar. Kenyataannya

bahawa penahanan wartawan Sin Chew dibuat untuk melindungi dirinya menjadi bahan

jenaka banyak pihak. Begitu juga kes yang melibatkan Teresa yang didakwa

menimbulkan isu perkauman apabila tuduhan itu dinafikan sendiri oleh jawatankuasa

masjid yang terlibat. Bagi kes Raja Petra pula, beliau mendapat kredibiliti tersendiri

apabila mahkamah kemudiannya memutuskan bahawa penahanannya sebagai tidak

236
sah.795 Abdullah bagaimanapun tetap mempertahankan bahawa ISA masih relevan dan

kerajaan tidak bercadang untuk meminda undang-undang itu.796

Individu yang paling terkesan dengan peristiwa ini ialah Zaid Ibrahim yang

kemudiannya meletakkan jawatan sebagai Menteri Undang-Undang de facto. Biarpun

tiada kenyataan terbuka yang wujud daripada Abdullah mengenai hasrat untuk

memansuhkan ISA sewaktu beliau masih berada di tampuk kuasa, Nazri Aziz

mendedahkan yang usaha tersebut ada dibayangkan oleh Abdullah sewaktu beliau masih

menjadi PM. Bagaimanapun, langkah ini ditentang oleh Rais Yatim, Syed Hamid dan

beliau sendiri. 797 Walaupun gagal untuk berbuat demikian, Abdullah sekurang-

kurangnya meninggalkan rekod sebagai PM yang tidak menggunakan ISA dengan

meluas terhadap tahanan politik berbanding era Tunku (lebih seribu orang), Razak (574

orang), Hussein (1245 orang) dan Mahathir (1304 orang).798 Beliau juga merupakan PM

terakhir yang merasai bahang penggunaan ISA terhadap momentum politiknya. 799

795
‗Various reactions to ISA arrests‘, The Sun, 14 September 2008; ‗Syed Hamid‘s U-turn on ISA
arrests‘, Malaysiakini, 15 September 2008, http://www.malaysiakini.com/news/89735 (akses pada 22 Jun
2012); Azmi Sharom, ‗Time to get rid of draconian ISA‘, The Star, 18 September 2008; Zainah Anwar,
‗In step with the rakyat‘, The Star, 5 Oktober 2008; Johan Saravanamuttu, ‗Malaysia: Political
Transformation and Intrigue in an election year‘, Southeast Asian Affairs (2009), 181-182.
796
‗PM: No review of ISA‘, Malaysiakini, 18 Oktober 2008, http://www.malaysiakini.com/news/91518
(akses akhir pada 26 Disember 2010).
797
Nazri Aziz, temu bual dengan pengkaji, 15 April 2010.
798
Stanley Koh, ‗Najib‘s non-moment‘, Free Malaysia Today, 20 September 2011,
http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2011/09/20/najib%E2%80%99s-non-moment/
(akses pada tarikh yang sama).
799
ISA dimansuhkan dalam era Najib. Huraian lanjut di halaman 401-402.

237
5.6.2 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU)

Sekian lama AUKU sering dianggap sebagai antara instrumen yang berjaya mengekang

sikap kritikal dan keaktifan gerakan mahasiswa. Dengan melihat perbezaan kepada

perkembangan gerakan mahasiswa lewat 1960-an dan awal 1970-an berbanding

selepasnya, 800 AUKU berjaya mewujudkan ‗kegentaran‘ kepada mahasiswa untuk

mengambil pendirian dan sikap yang lebih kritikal terhadap rejim pemerintah. 801

Walaupun Abdullah seakan-akan memberi isyarat untuk bersikap lebih terbuka dengan

golongan mahasiswa seperti yang ditunjukkan dalam episod di UM, beliau masih

mengambil pendirian yang berhati-hati. Dalam satu kenyataannya selepas persaraan,

beliau menegaskan:

I think students should focus on their studies. Of course, the university is a good
nursery for human capital development and students should be politically aware.
But there must be limits and moderation as extremism will only lead to disaster.
Speak if you want to be heard but don‘t shout down others. Don‘t take the stand
that only you can speak, others can‘t.802

Namun hasrat untuk menyaksikan berlakunya keterbukaan yang relatif tidak tercetus

apabila pendekatan kawalan masih diteruskan dalam era Abdullah khususnya terhadap

pelajar-pelajar yang ‗meraikan‘ aliran pembangkang. 803 Biarpun wujudunya desakan

800
Mohamad Abu Bakar, Mahasiswa Menggugat (Kuala Lumpur: Pustaka Antara, 1973).
801
Lihat Azmi Sharom, ‗Conversations: Seeking academic freedom‘, The Sun, 13 Julai 2006.
802
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Temu bual dengan Open University Malaysia‘.
803
‗Perwakilan pelajar USM didakwa disiasat polis cawangan khas‘, Malaysiakini, 22 Oktober 2004,
http://www.malaysiakini.com/news/30965; ‗Pilihanraya kampus: 24 pelajar UTM hadapi tindakan
disiplin‘, Malaysiakini, 26 November 2004, http://www.malaysiakini.com/news/31688 (kedua-dua
diakses kali terakhir pada 26 Disember 2010).

238
lebih meluas agar AUKU dipinda, 804 ia tidak menerima sebarang reaksi daripada

Menteri Pengajian Tinggi pertama, Shafie Salleh yang didakwa lebih cenderung

menekankan pendekatan konfrontasi.805 Episod campur tangan Abdullah terhadap kes

Edmund Terence Gomez lebih membenarkan hujah ini memandangkan ia boleh sahaja

diselesaikan tanpa bantuan seorang PM. Pengguguran Shafie dari kabinet pada Februari

2006 sedikit sebanyak memberi kredibiliti terhadap dakwaan ini walaupun Abdullah

tidak menjelaskan sebab kepada pengguguran itu.806 Shafie digantikan oleh Mustapha

Mohamad dan walaupun beliau berjaya melakukan beberapa perubahan penting, beliau

juga kelihatan tidak responsif dengan pindaan AUKU. 807 Hanya selepas PRU-12,

kerajaan mula menampakkan usaha lebih bersungguh ke arah ini khususnya apabila

beberapa anggota kabinet seperti Nazri Aziz dan Saifuddin Abdullah menyokong

pindaan terhadap larangan penglibatan pelajar dalam politik. 808 Begitu pun, AUKU

masih tidak dimansuhkan dan kerajaan hanya meminda 61 peruntukannya pada

Disember 2008. Pengekalan klausa bahawa penglibatan pelajar dalam politik masih

tertakluk kepada kebenaran Naib Canselor universiti menyarankan bahawa ia masih

diperlukan sebagai instrumen kawalan.

804
‗Pemuda Gerakan ulangi gesaan supaya Auku dikaji semula‘, Malaysiakini, 24 November 2004,
http://www.malaysiakini.com/news/31624; ‗Suhakam: Auku perlu diperbetulkan‘, Malaysiakini, 1
Disember 2004, http://www.malaysiakini.com/news/31809; ‗Suhaimi: Pinda Auku untuk bolehkan belia
pimpin GPMS‘, Malaysiakini, 20 Januari 2004, http://www.malaysiakini.com/news/46038 (kesemua
diakses kali terakhir pada 26 Disember 2010).
805
Lihat Hamdan Adnan, ‗Wawancara: Suhakam diperbodohkan Naib Canselor‘, Siasah, 16 Disember
2005; Emir Nasran Abdullah, ‗Empat faktor besar Shafie Salleh dipecat‘, Siasah, 17 Mac 2006.
806
‗Popular Rafidah still needed, says PM‘, Malaysiakini, 14 Februari 2006,
http://www.malaysiakini.com/news/46930 (akses akhir 26 Disember 2010).
807
‗Suaram kecam kenyataan Mustapa‘, Malaysiakini, 22 Mac 2006,
http://www.malaysiakini.com/news/48713; ‗38 pelajar IPTA dikenalpasti sokong pembangkang di
Machap, Ijok‘, Malaysiakini, 21 Mei 2007, http://www.malaysiakini.com/news/67491 (kedua-dua diakses
kali terakhir pada 26 Disember 2010).
808
‗Nazri sokong mansuh Auku‘, Malaysiakini 8 Mei 2008, http://www.malaysiakini.com/news/82541;
‗Larangan siswa anggotai politik lawan prinsip‘, Berita Harian, 28 Julai 2008; ‗UUCA: Abolish or
amend?‘, Malaysiakini, 8 November 2008, http://www.malaysiakini.com/news/92687 (sumber-sumber
Malaysiakini diakses kali terakhir pada 26 Disember 2010).

239
Namun, tindakan Abdullah yang membawa Saifuddin ke dalam kabinet selepas PRU-12

dapat dianggap sebagai keputusan yang penting. Walaupun dilantik sebagai Timbalan

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, beliau telah diberi pesanan oleh

Abdullah agar ―menjaga orang muda‖ – arahan yang menurut Saifuddin merupakan

reaksi daripada kesan langsung PRU-12.809 Saifuddin merupakan suara paling vokal

dalam usaha pemansuhan AUKU setelah dilantik sebagai Timbalan Menteri Pengajian

Tinggi dalam era Najib. 810

5.7 PASUKAN POLIS: KONSERVATISME BIROKRATIK

Berkaitan dengan aspek kawalan dan orde, sebuah institusi yang mempunyai peranan

bersepadu dalam hubungan ini ialah pasukan polis. Sebagai reaksi daripada integriti dan

profesionalisme pasukan polis yang sering diperkatakan, Abdullah menubuhkan

Suruhanjaya Diraja Mengenai Penambahbaikan Pasukan Polis bagi menilai semula

peranan, prosedur operasi, perlantikan dan latihan. Selain daripada langkah yang dapat

dianggap begitu berani, tindakan yang lebih mengejutkan ialah suara-suara kritikal yang

dilantik menganggotai suruhanjaya ini seperti bekas Ketua Hakim Negara yang dipecat

809
Saifuddin Abdullah, temu bual dengan pengkaji, 29 November 2010.
810
Pada era Najib, Saifuddin dan Khairy merupakan suara minoriti yang mendesak agar mahasiswa dan
pensyarah dibenarkan berpolitik. Kabinet bagaimanapun menolak keputusan tersebut dan mengekalkan
Seksyen 15 AUKU yang menyatakan penglibatan mahasiswa dalam politik hanya dibenarkan melalui
kebenaran Naib Canselor. Dalam satu debat, Saifuddin membidas pendirian bekas Naib Canselor
Universiti Teknologi Mara, Ibrahim Abu Shah yang mendukung larangan penglibatan pelajar dalam
politik. Selain daripada tidak bersetuju dengan dakwaan yang dikemukakan terhadap empat pelajar UKM
yang didakwa atas kesalahan AUKU, beliau juga dengan terbuka menegur pentadbir universiti dan ahli
akademik yang tidak bersikap terbuka. Kecenderungan Saifuddin yang gemar menyuntik pendekatan
akademik dalam wacananya khususnya yang berkaitan dengan demokrasi akhirnya mengakibatkan
kolumnya di akhbar Utusan Malaysia dihentikan. Beliau juga tidak bersetuju dengan penggantungan yang
dikenakan oleh UIA terhadap pakar perlembagaan, Aziz Bari yang didakwa menegur kuasa Sultan
Selangor. Sebagai reaksi dari kes ‗UKM4‘, Mahkamah Rayuan pada Oktober 2011 memutuskan dalam
keputusan yang bersejarah bahawa Seksyen 15 (5a) AUKU yang melarang sokongan mahasiswa terhadap
parti politik merupakan peruntukan yang bertentangan dengan perlembagaan.

240
Mahathir pada 1988, Salleh Abas, Tunku Abdul Aziz (yang kemudiannya menjadi

presiden Transparency International Malaysia), Kuthubul Zaman Bukhari (yang

kemudiannya merupakan presiden Majlis Peguam) dan Ivy Josiah (Pengarah Eksekutif

Women‘s Aid Organisation). Laporan yang dikeluarkan pada awal 2005 itu telah dengan

kritikalnya mendedahkan situasi semasa pasukan polis daripada pelanggaran hak asasi

manusia sehinggalah isu pegawai polis yang mengisytiharkan harta sebanyak RM34

juta. Namun sebahagian pendedahan tersebut bukanlah sesuatu yang baru kerana

sebahagiannya telah dibangkitkan oleh beberapa pihak seperti SUHAKAM. 811 Salah

satu mekanisme yang dicadangkan oleh laporan tersebut ialah penubuhan IPCMC yang

mendapat sambutan yang amat ditunggu-tunggu daripada golongan pro-reformasi dan

pembangkang. Walaupun wujudnya desakan agar penubuhan IPCMC dipercepatkan,

tiada perkembangan positif yang berlaku sehingga ke penghujung 2005.

Tekanan ini memperolehi nafas baru apabila berlakunya pendedahan mengenai kes

ketuk ketampi di dalam lokap polis. Meskipun kes berkenaan dibuktikan tidak

melibatkan warga negara China seperti yang didakwa, ia daripada satu segi

meningkatkan tekanan ke atas penubuhan IPCMC. Tentangan pertama wujud apabila

tiga persatuan dalaman polis iaitu Persatuan Pegawai Kanan Polis Cawangan Inspektor,

Persatuan Pegawai Kanan Polis Persatuan yang Diwartakan dan Persatuan Polis

Pangkat Rendah menentang penubuhan IPCMC kerana alasan sudah terdapatnya badan-

badan dalaman yang memantau tatatertib anggota polis. Namun rasional ini ditolak oleh

golongan pro-reformasi yang menyifatkan badan-badan tersebut memiliki kuasa yang

terhad berbanding IPCMC yang mempunyai kuasa lebih meluas. Lebih lagi, neutraliti

811
‗Cakap tak serupa bikin‘, Aliran Monthly, 25, no.5 (2005), 2.

241
dan profesionalisme badan-badan tersebut merupakan sesuatu yang tidak terjamin. Turut

menolak IPCMC selepas itu ialah Pergerakan Pemuda UMNO yang menyifatkan ia akan

menurunkan moral pasukan polis. 812

Reaksi rasmi daripada pasukan polis bagaimanapun mengambil sikap yang lebih

berhati-hati dan menampakkan sikap tunggu dan lihat. Ketua Polis Negara ketika itu,

Bakri Omar menegaskan bahawa 80% daripada syor laporan suruhanjaya telah

dilaksanakan khususnya berkaitan isu hak asasi manusia. Anehnya kemudian, beliau

mengakui berasa kecewa kerana ramai pegawai polis masih tidak mengerti aspek hak

asasi manusia.813 Pada penghujung Mac 2006, sidang Parlimen menyaksikan beberapa

ahli Parlimen UMNO mengisytiharkan bantahan terbuka terhadap IPCMC dan

menggesa ia tidak dilaksanakan kerana kuasanya yang begitu meluas. 814 Teresa Kok

yang turut dibidas dalam bantahan tersebut berhubung isu ketuk ketampi menyatakan

it looks like the Opposition leader is the one supporting the PM‘s reform agenda while

the PM‘s boys have betrayed him.815

812
‗Kit Siang to push for police complaints commission‘, Malaysiakini, 31 Mei 2005,
http://www.malaysiakini.com/news/36576; ‗PM: External probe into ‗nude ear squats‘ incident‘,
Malaysiakini, 26 November 2005, http://www.malaysiakini.com/news/43712; ‗An indispensable part of
police reform‘, Aliran Monthly, 26, no.11 (2006); ‗Tiga persatuan polis minta timbang semula tubuh
suruhanjaya‘, Utusan Malaysia, 26 Januari 2006; ‗Pemuda Umno tolak cadangan penubuhan IPCMC‘,
Malaysiakini, 9 Februari 2006, http://www.malaysiakini.com/news/46688 (kesemua sumber Malaysiakini
diakses kali terakhir pada 26 Disember 2010).
813
‗7 arahan baru KPN‘, Berita Minggu, 19 Februari 2006; ‗IGP: Many OCPDs know little about human
rights‘, Malaysiakini, 1 Mac 2006, http://www.malaysiakini.com/news/47669 (akses akhir pada 26
Disember 2010).
814
Lihat debat-debat ini dalam Laporan Dewan Rakyat, Parlimen Kesebelas, Penggal Ketiga, Mesyuarat
Pertama. Bil 4, 20 Mac 2006, http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-20032006.pdf ; Laporan
Dewan Rakyat, Parlimen Kesebelas, Penggal Ketiga, Mesyuarat Pertama. Bil 5, 21 Mac 2006,
http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-21032006.pdf (kedua-dua diakses pada 27 Ogos 2010).
815
Teresa Kok, ‗Sad lah, Pak Lah !!‘, 21 Mac 2006, http://teresakok.blogsome.com/2006/03/21/sad-lah-
pak-lah (akses pada 27 Ogos 2010).

242
Dua hari kemudiannya dan seolah-olah mendapat inspirasi daripada debat di Parlimen

itu, pasukan polis secara rasminya menolak 24 dari 125 perakuan suruhanjaya diraja.

Dengan hanya dua suara perdana yang menyatakan sokongan penuh terhadap IPCMC

iaitu Shahrir Samad dan Zaid Ibrahim, Abdullah kelihatan berada dalam dilema bagi

merealisasikan reformasi ini. 816 Lebih mengejutkan lagi apabila pasukan polis

mengeluarkan buletin dalam sesawang rasminya dan menolak IPCMC sebagai boleh

mencetuskan anarki dan menggugat rejim pemerintah. Ia juga mendedahkan butiran

terperinci mengenai mesyuarat antara tiga persatuan dalam polis dan Abdullah serta

menyatakan kesediaan polis untuk mengundi pembangkang jika IPCMC ditubuhkan.

Tiga pergerakan pemuda BN kemudiannya menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu

bentuk ugutan walaupun Bakri kemudiannya memohon maaf kepada Abdullah dan

menarik semula buletin tersebut.817 Namun pendirian yang sama dikekalkan oleh Ketua

Polis Negara yang baru, Musa Hassan dan pasukan polis menurutnya hanya akan

menerima versi IPCMC yang telah dipinda. 818

Kurang setahun selepas itu dan dilatari beberapa perkembangan yang membabitkan

pengurusan dan integriti pasukan polis seperti yang telah disentuh dalam bab empat, ahli

suruhanjaya diraja, Hanif Omar secara terbuka mengkritik pasukan yang pernah

816
‗Cops must accept IPCMC, like it or not!‘, Malaysiakini, 4 Februari 2006,
http://www.malaysiakini.com/news/46485 ; ‗Polis tolak cadangan penubuhan IPCMC‘, Malaysiakini, 25
Mac 2006, http://www.malaysiakini.com/news/48902 (kesemua diakses kali terakhir pada 26 Disember
2010); ‗Parliament group wants IPCMC set up‘, The Star, 31 Mac 2006.
817
‗Police 'attack' IPCMC in internal bulletin‘, Malaysiakini, 27 Mei 2006,
http://www.malaysiakini.com/news/51654; Bakri Omar, ‗Wawancara: IPCMC: Polis tetap dukung
kerajaan‘, mstar Online, 31 Mei 2006,
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2006/5/31/TERKINI/Mutakhir/IPCMC_Polis_tetap_dukung_k
erajaan_wawancara&sec=mstar_berita; ‗Jangan ugut k‘jaan, kata tiga pergerakan Pemuda BN kepada
PDRM‘, Malaysiakini, 2 Jun 2006, http://www.malaysiakini.com/news/51987 (kesemua sumber diakses
kali terakhir pada 26 Disember 2010).
818
‗IPCMC: Musa clarifies his stand‘, Malaysiakini, 14 September 2006,
http://www.malaysiakini.com/news/56805 (akses akhir pada 26 Disember 2010).

243
diterajuinya. IPCMC menurutnya amat diperlukan kerana persoalan korupsi telah

menjadi perkara yang terinstitusi. Dalam mana Ketua Polis Negara dan Timbalan

Menteri Dalam Negeri menghadapi beberapa dakwaan dan disusuli dengan kemerosotan

kredibiliti Peguam Negara yang tewas dalam beberapa kes berprofil tinggi, hanya

IPCMC merupakan mekanisme yang paling berkesan untuk mencari kebenaran dalam

dakwaan seperti ini. 819

Begitu pun, pandangan ini tidak meninggalkan impak yang berkesan. IPCMC

diimplementasikan sebagai versi yang dilunakkan berupa Suruhanjaya Integriti Agensi

Penguatkuasa (SIAP) pada Disember 2007. Ia tidak hanya meliputi pasukan polis tetapi

juga semua agensi penguatkuasaan seperti jabatan kastam dan imigresen. Perubahan dari

IPCMC ke SIAP bukan sahaja mencetuskan kekecewaan kepada golongan pro-

reformasi dan pembangkang tetapi juga anggota suruhanjaya diraja kerana bidang

kuasanya yang tidak ‗bertaring‘.820 Mengaitkan pula fakta ini dengan beberapa kejadian

yang berlaku dalam era Abdullah seperti peristiwa Batu Buruk, kekerasan terhadap

penunjuk perasaan HINDRAF dan BERSIH, kematian Kugan Ananthan dalam tahanan

lokap dan kekalutan dalam penahanan ISA pada September 2008, ia tidak meningkatkan

lagi persepsi positif mengenai profesionalisme pasukan tersebut. Indeks Pembayar

819
Hanif Omar, ‗The fence that eats the rice‘, Sunday Star, 12 Ogos 2007.
820
‗IPCMC-style Special Complaints Commission Bill tabled‘, Malaysiakini, 13 Disember 2007,
http://www.malaysiakini.com/news/76004 (akses akhir pada 26 Disember 2010); Lim Kit Siang, ‗Special
Complaints Commission – totally different creature and very negation of IPCMC proposal‘, 14 Disember
2007,
http://blog.limkitsiang.com/2007/12/14/special-complaints-commission-totally-different-creature-and-
very-negation-of-ipcmc-proposal (akses pada 27 Ogos 2010).

244
Rasuah 2008 turut meletakkan pasukan polis sebagai agensi yang mempunyai

mengalami masalah korupsi terburuk.821

Tidak keterlaluan, tentangan terhadap IPCMC dapat dianggap sebagai kes klasik

mengenai ―konservatisme birokratik‖.822 Tanpa menafikan peranan penting yang telah

dijalankan oleh pasukan ini dalam pengekalan keamanan, ia menjadi contoh terbaik

mengenai birokrasi dan institusi yang sentiasa menjaga dinamika dan keseimbangannya.

Dalam kes IPCMC, apabila institusi penting kerajaan berhadapan dengan cubaan

penghakisan kuasa, badan tersebut bukan sahaja memberikan reaksi menentang tetapi

juga mengenakan kata dua kepada kerajaan. 823

5.8 INSTITUSI KEHAKIMAN: PEMULIHAN PRINSIP SEMAK DAN


IMBANG

Hanya seminggu selepas dilantik, Abdullah berjumpa dan meraikan anggota badan

kehakiman. Dalam pertemuan itu, Abdullah mengingatkan para hakim agar menjaga

kebebasan kehakiman tanpa rasa takut.824 Beliau juga mengambil tindakan mengejutkan

dengan menjemput badan seperti Majlis Peguam menduduki beberapa jawatankuasa

seperti IPCMC.825 Pertautan konstruktif ini mencetuskan sinar kepada golongan pro-

reformasi yang mengutarakan harapan agar Abdullah dapat melakukan sesuatu dalam

821
‗Need to step up fight against corruption‘, The Sun, 10 Disember 2008.
822
Istilah yang digunakan oleh Nordlander, ‗Khruschev‘s Image in the light of Glasnost and Perestroika‘,
263.
823
SIAP yang akhirnya dikuatkuasakan pada April 2004 berhadapan dengan masalah kepercayaan yang
tipis di kalangan orang awam untuk melakukan aduan dalam kes-kes berprofil tinggi. Kes Teoh Beng
Hock dan kejadian menembak seorang remaja, Aminulrashid di Shah Alam pada April 2010 oleh pasukan
polis terus meningkatkan tekanan terhadap cadangan menghidupkan semula IPCMC oleh golongan pro-
reformasi.
824
Chamil Wariya, Kesinambungan dan Perubahan, 150; Kalimullah Hassan, ‗Buang yang keruh…‘
825
Ragunath Kesavan, ‗Conversations: In the eye of the storm‘, The Sun, 14 Mei 2009.

245
kes-kes penting seperti pemenjaraan Anwar dan tahanan-tahanan ISA. 826 Turut memberi

pemberat tersendiri ialah apabila bekas Ketua Hakim Negara dan juga Sultan Perak,

Sultan Azlan Shah mengingatkan bahawa kebebasan kehakiman haruslah dipelihara

daripada persepsi yang kurang menyenangkan.827

Justeru apabila Anwar dibebaskan pada September 2004, perkembangan-perkembangan

ini boleh dianggap menyediakan konteks dalam usaha badan kehakiman membuat

keputusan itu. Selain menerima keputusan itu dengan terbuka, Abdullah juga enggan

mengungkit pandangan nalurinya sama ada Anwar terlibat dengan tuduhan liwat atau

tidak.828 Seperti dijangka, pembebasan ini menerima timbunan pujian daripada

pembangkang dan masyarakat antarabangsa yang meletakkan inferen bahawa ia

merupakan isyarat kebebasan kehakiman. 829 Pandangan ini tidaklah mengejutkan kerana

selepas pemecatan Salleh Abas pada 1988, keyakinan umum terhadap institusi

kehakiman berada di tempat yang terendah kerana kesukaran untuk mendapatkan

semula legitimasi yang telah terjejas. 830 Setahun kemudiannya, Anwar sekali lagi

menjadi penanda aras dalam pengembalian semula keyakinan ini. Pada 3 Ogos 2005,

mahkamah melaksanakan penyelesaian luar mahkamah berhubung tuntutan saman

Anwar terhadap bekas Ketua Polis Negara, Rahim Noor yang memukulnya sewaktu

826
Lihat Andrew Aeria, ‗An Open Letter to Abdullah Ahmad Badawi‘, Aliran Monthly, 24, no.3 (2004),
20.
827
‗Truly independent judiciary vital‘, says Sultan Azlan Shah, Utusan Malaysia Online, 11 Jun 2004,
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0611&pub=Utusan_Express&sec=Home_News
&pg=hn_02.htm (akses pada 17 Julai 2010).
828
‗PM: We accept court‘s decision to free Anwar‘, New Straits Times, 3 September 2004.
829
Lihat ‗International media show interest in verdict‘, New Straits Times, 3 September 2004; ‗Wan
Azizah hargai Pak lah‘, Berita Harian, 3 September 2004; ‗US, Canada says Anwar‘s release a victory for
justice‘, Malaysiakini, 3 September 2004, http://www.malaysiakini.com/news/29692 (akses akhir pada 26
Disember 2010).
830
Shahrir Samad, ‗Q & A: No strong reasons to sack Salleh‘, Malaysiakini, 25 September 2007,
http://www.malaysiakini.com/news/72830 (akses akhir pada 26 Disember 2010); Raja Aziz Addruse,
‗The Royal Commission‘s task‘, The Sun, 29 November 2007.

246
ditahan pada Januari 1999. Dua minggu kemudiannya, mahkamah menganugerahkan

ganti rugi berjumlah RM4.5 juta kepada Anwar berhubung samannya terhadap Khalid

Jafri, penulis buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Menjadi Perdana Menteri.

Namun, apabila Abdullah melantik Nazri Aziz sebagai Menteri Undang-Undang de

facto bagi menggantikan Radzi Sheikh Ahmad pada 2006, tindakan tersebut boleh

dianggap sebagai perkiraan yang memberikan kesan libasan. Walaupun kedua-duanya

mempunyai latar undang-undang dan telah dikenali di kalangan Majlis Peguam, Radzi

lebih dikenali sebagai seorang yang tidak vokal dan bukan konfrontasi. Malah peguam

dan sarjana perundangan, Salleh Buang menyifatkan perlantikan Radzi pada 2004

sebagai ―menjanjikan satu suasana yang paling baik dan optimis‖ bagi perkembangan

perundangan negara.831 Meskipun Nazri meneruskan pertautan dengan golongan

peguam seperti peranannya dalam pindaan terhadap Akta Profession Guaman 1976, ia

sering dibayangi oleh pendekatannya yang agresif. 832 Perkembangan yang menyusul

selepas itu memperlihatkan kecenderungan ini.

Selepas wujudnya persepsi bahawa institusi kehakiman mengalami proses pemulihan,

golongan pro-reformasi turut mengenakan tekanan agar kerajaan meneliti semula isu

pemecatan 1988. Latar yang lebih merangsang perkembangan ini ialah pertikaian yang

memuncak antara Abdullah dan Mahathir. Beberapa media konservatif pro-reformasi

seperti NST dan The Sun turut mendedahkan beberapa isu kehakiman dalam era

Mahathir. NST menemubual bekas hakim Mahkamah Tinggi, Syed Ahmad Idid, yang

menulis surat mengenai korupsi dan penyalahgunaan kuasa dalam kehakiman. Dakwaan

831
Salleh Buang, ‗Pergi dan kembali orang undang-undang‘, Utusan Malaysia, 30 Mac 2004.
832
Lihat Nazri Aziz, ‗Q & A: Negotiating the shoals‘, Malaysiakini, 22 Februari 2006,
http://www.malaysiakini.com/news/47284 (akses akhir pada 26 Disember 2010).

247
tersebut bagaimanapun dianggap tidak berasas dan Syed Ahmad meletakkan jawatannya

selepas itu. Beliau mendedahkan wujudnya tekanan ―dari atas‖ dalam kes tersebut

seperti yang dibayangkan oleh Peguam Negara ketika itu, Mokhtar Abdullah. 833 Selain

itu, NST juga mengenengahkan semula kes pemecatan hakim 1988 dengan menyiarkan

temuramah dengan aktor yang terlibat khususnya Salleh Abas. 834 The Sun pula memilih

seorang lagi hakim yang dipecat dalam kes tersebut iaitu Azmi Kamaruddin yang

menegaskan semakan semula adalah penting dilakukan bagi maksud keadilan. 835

Kerajaan bagaimanapun menolak untuk melakukan semakan semula melainkan

wujudnya fakta penting dan baru khususnya daripada mereka yang terlibat secara

langsung.836 Pertikaian yang memuncak antara Mahathir dan Abdullah barangkali

menjadikan kerajaan terpaksa mengambil sikap lebih berhati-hati khususnya apabila

Mahathir membidas pendedahan sistematik mengenai isu yang berlaku dalam eranya. 837

Institusi kehakiman menarik perhatian lebih meluas apabila pada September 2007,

Anwar mendedahkan video klip mengenai dakwaan seorang hakim kanan terlibat dalam

urusan pengaturan perlantikan hakim dengan seorang peguam, V.K Lingam. Video yang

kemudiannya dikenali sebagai ―pita Lingam‖ itu melibatkan antaranya lainnya Ketua

Hakim Negara, Ahmad Fairuz Abdul Halim, Vincent Tan, Tengku Adnan Tengku

Mansor (ketika itu Menteri Pelancongan) dan Mahathir sendiri. Pendedahan ini

mendorong lebih 2000 peguam dan NGO berarak di Putrajaya bagi mendesak kerajaan

menubuhkan suruhanjaya diraja dan memecat Ahmad Fairuz. Tindakan ini


833
Syed Ahmad Idid, ‗Interview: I became the invisible man‘, New Sunday Times, 11 Jun 2006.
834
Lihat contohnya ‗Dr M told me to resign‘, New Straits Times, 27 September 2006.
835
Azmi Kamaruddin, ‗Conversations: Review will reveal the truth‘, The Sun, 21 September 2006.
836
‗Review if ‗new facts emerge‘‘, New Straits Times, 22 September 2006; Salleh Abas, ‗Nazri, here are
the new facts‘, Aliran Monthly, 26, no.8 (2006).
837
Mahathir Mohamad, ‗Mahathir tuduh Khairy lebih berkuasa dari PM‘.

248
bagaimanapun diselar oleh Nazri Aziz yang mencabar rakyat boleh mengundi BN keluar

dari pemerintahan jika mereka tidak berpuas hati dengan institusi kehakiman. 838 Temu

bual Nazri dengan wartawan kritis NST, Aniza Damis itu menerima ketidaksenangan

meluas golongan pro-reformasi berikutan sikap Nazri yang memberikan jawapan-

jawapan yang menampakkan keangkuhan. 839

Walaupun Abdullah turut tidak bersetuju dengan kaedah perarakan yang dilakukan

Majlis Peguam, beliau memberi jaminan untuk berbincang mengenai memorandum

yang dihantar.840 Dalam kekalutan ini, Sultan Perak sekali lagi memberi isyarat tidak

langsung bahawa persepsi dan keyakinan umum amat penting bagi institusi

kehakiman. 841 Suruhanjaya Diraja yang ditubuhkan pada November 2007 kemudiannya

memutuskan bahawa pita tersebut adalah tulen dan mengesahkan rakaman perbualan

antara Lingam dan Ahmad Fairuz. Dengan PRU-12 yang diadakan lima bulan selepas

itu, ia diakui merupakan antara faktor terpenting yang menyumbang kepada

kemerosotan undi BN. 842 Bekas Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka dan juga bekas

Duta Malaysia ke UNESCO, Hassan Ahmad menganggap kes V.K Lingam

memperlihatkan ―betapa buruk dan dahsyatnya cara sistem keadilan‖ negara. 843

838
Nazri Aziz, ‗The video clip, the walk, the panel‘.
839
Patrick Teoh, ‗Thank you NST‘, 28 Oktober 2007,http://www.niamah.com/2007_10_01_archive.html;
Bernard Khoo, ‗Move Over Joceline Tan, Here Comes Aniza Damis‘, 30 Oktober 2007, http://zorro-
zorro-unmasked.blogspot.com/2007/10/move-over-jocelin-tan-here-comes-aniza.html (kedua-dua diakses
pada 7 November 2011).
840
‗PM rebukes lawyers over protest‘, Malaysiakini, 30 Oktober 2007,
http://www.malaysiakini.com/news/74136 (akses akhir pada 26 Disember 2010).
841
Sultan Azlan Shah, ‗50 Years of Constitutionalism and the Rule of Law‘ (29 Oktober 2007),
http://www.malaysianbar.org.my/speeches/opening_address_by_hrh_sultan_azlan_shah_at_the_14th_mal
aysian_law_conference.html (akses pada 10 Oktober 2010).
842
Chin dan Wong Chin Huat, ‗Malaysia‘s Electoral Upheaval‘, 84
843
Hassan Ahmad, ‗Akui kesilapan‘, Utusan Malaysia, 12 Mac 2008.

249
Dalam perlantikan kabinet selepas PRU-12, Abdullah melantik Zaid Ibrahim sebagai

senator untuk menggantikan Nazri Aziz. Terkenal sebagai pendukung vokal idea-idea

keterbukaan serta pemisahan kuasa UMNO dan kerajaan, perlantikan Zaid yang pernah

mengetuai firma guaman terkemuka, Zaid Ibrahim & Co merupakan tindakan yang

tidaklah juga mengejutkan. Melalui hubungan rapat yang dipunyai Zaid dengan Majlis

Peguam, Zaid dapat dianggap menjadi ‗suara naluri‘ bagi badan yang ketika itu

dipimpin oleh Ambiga Sreenevasan (2007-2009). Sebelum lagi episod pita Lingam

dibawa ke pengetahuan umum, Zaid telah mencadangkan idea penubuhan suruhanjaya

bebas kehakiman dalam satu debat yang dianjurkan Majlis Peguam pada April 2007.

Nazri yang turut menjadi panelis dalam debat tersebut bagaimanapun memberikan

reaksi defensif dan tidak bersetuju. 844 Justeru, adalah dijangkakan apabila Zaid dilantik

ke jawatan ini, ia turut menimbulkan ketidakpuasan Nazri yang menyifatkan beliau telah

banyak ―mempertahankan‖ pentadbiran Abdullah. 845

Media pertama yang digunakan Zaid bagi memetakan agendanya ialah NST dan

menyatakan cadangan memohon maaf kepada hakim-hakim yang terlibat dalam krisis

kehakiman 1988.846 Menambahkan sokongan moral kepada usaha ini ialah kenyataan

Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah yang menegaskan keperluan penubuhan

suruhanjaya kehakiman; We are now at a critical time in our nation‘s history, one where

the institutions of state – indeed, the foundations of our democracy – which we have

844
Lihat perincian debat ini dalam ‗―I can be convinced, but I want to do it in the proper way‖, says
Nazri‘, 27 April 2007,
http://www.malaysianbar.org.my/bar_news/berita_badan_peguam/_i_can_be_convinced_but_i_want_to_
do_it_in_the_proper_way_says_nazri.html (akses pada 24 September 2011).
845
Nazri Aziz, temu bual dengan pengkaji, 15 April 2010.
846
Zaid Ibrahim, ‗Interview: An advocate for reform‘, New Straits Times , 23 Mac 2008.

250
built up since independence, are under scrutiny.847 Seminggu selepas ucapan ini,

kerajaan mengumumkan akan bayar ganti rugi kepada hakim-hakim yang dipecat dalam

krisis 1988 tetapi tanpa disusuli permohonan maaf. 848 Biarpun Zaid cuba membawa

cadangan permohonan maaf tetapi ia tidak dipersetujui oleh beberapa pemimpin kanan

seperti Najib dan Muhyiddin. 849

Perhimpunan ―memperbaharui kepercayaan‖ bersama-sama para hakim yang terlibat

pada 17 April 2008 berlangsung dalam suasana yang disifatkan bersejarah. Selain

kerana ia turut dihadiri pemimpin-pemimpin PR, pemerhati menyifatkan Abdullah telah

sebenarnya menyampaikan ucapan ―maaf‖ dalam kaedah yang implisit. Selain dari

melihat kerendahan diri dan nada ucapannya,850 Abdullah turut menggelarkan hakim-

hakim yang terlibat dalam krisis 1988 sebagai ―personaliti puncak‖ yang mencerminkan

kebebasan badan kehakiman dan menegaskan yang ―legasi 1988 menghantui kita

sehingga kini‖.851 Bagi Shad Saleem Faruqi, tindakan yang dilakukan Abdullah

merupakan sesuatu yang ―manis‖ mempertimbangkan di mana-mana juga forum

perundangan semenjak krisis 1988, wujudnya harapan agar suatu hari kes tersebut dapat

diperbetulkan.852

847
‗Time right for formation of judicial commission, says Nazrin‘, The Star, 10 April 2008.
848
Zaid memohon agar jumlah bayaran ganti rugi itu tidak didedahkan atas permintaan hakim-hakim
yang terlibat tetapi di atas desakan umum, Nazri kemudiannya mendedahkan jumlah tersebut. Salleh Abas
menerima RM5.5 juta, dua lagi hakim Sulaiman Pawanteh dan George Edward Seah Kim Seng menerima
RM2 juta setiap seorang dan tiga lagi hakim iaitu Hamzah Mohd Salleh, Azmi Kamaruddin dan Eusoffe
Abdolcader menerima sebanyak RM500,000 setiap seorang.
849
Zaid Ibrahim, temu bual dengan pengkaji, 2 April 2010.
850
‗Love was in the air‘, The Malaysian Insider, 18 Mac 2008,
http://www.themalaysianinsider.com/litee/malaysia/article/Love-was-in-the-air/ (akses akhir pada 28
Disember 2010).
851
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Delivering Justice, Renewing Trust‘ (17 April 2008),
http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=paklah&id=3173 (akses pada 12 Januari 2010).
852
Shad Saleem Faruqi, ‗Restoring judicial dignity‘, The Star, 20 April 2008.

251
Walaupun tanpa permohonan maaf, keputusan kerajaan dipandang oleh Mahathir dan

penyokongnya sebagai terlalu apologetik dan dilakukan bagi menggembirakan Majlis

Peguam.853 Ia mengakibatkan Zaid terus dilihat dengan penuh curiga oleh golongan

konservatif khususnya apabila beliau mula menumpukan usaha terhadap penubuhan

JAC. Salah satu peruntukan JAC yang kontroversi ialah cadangan di mana Perdana

Menteri harus menerima cadangan dari suruhanjaya dan jika tidak, beliau dikehendaki

memberikan alasan. Dalam maksud lain, JAC mempunyai kuasa yang lebih besar dari

PM. Beberapa ahli Parlimen UMNO membantah peruntukan ini dan mendakwa Zaid

membawa suara pembangkang serta menggesa agar perlantikan beliau dikaji semula.854

Apabila berlakunya Forum Memeluk Islam yang dianjurkan oleh Majlis Peguam pada

Ogos 2008, peranan Zaid turut dibidas oleh Mahathir yang menyifatkan perlantikan Zaid

telah melorongkan jalan bagi Majlis Peguam untuk menjadi lebih angkuh. 855 Menurut

Nazri Aziz lagi:

Banyak perkara yang berkaitan dengan portfolio saya kadang-kadang Khairy


yang datang bercakap. Saya, Rais Yatim dan Syed Hamid merupakan peguam
dan kita lebih tahu tentang undang-undang dan kerajaan. Tetapi Abdullah ingin
buat sesuatu yang agak mengejutkan kita seperti usaha mereformasikan ISA dan
memohon maaf pada hakim-hakim. Kemudian banyak undang-undang lain yang
pindaannya dibuat oleh [pegawai-pegawai] muda seperti Ahmad Zaki dan
Patricia iaitu kakitangan Pejabat Peguam Negara. Bila membincangkan [pindaan
ini], merekalah yang hadir bersama… [Cadangan-cadangan dalam JAC
umpamanya merupakan] cadangan dari [pegawai-pegawai muda ini].856

853
Mahathir Mohamad, ‗The Ex-Gratia Payment‘, 9 Mei 2008,
http://chedet.co.cc/chedetblog/2008/05/the-exgratia-payment.html (akses pada 29 Disember 2010); Izmas,
‗Bayaran ex-gratia: Jumlahnya terlalu tinggi‘, Siasah, 16 November 2008.
854
‗Mukhriz accuses Zaid of working for Pakatan‘, Malaysiakini, 22 Mei 2008,
http://www.malaysiakini.com/news/83297; ‗Zaid ticked off over 'false allegations'‘, Malaysiakini, 27 Mei
2008, http://www.malaysiakini.com/news/83518; ‗Zaid grilled over judicial matters‘, Malaysiakini, 15
Julai 2008, http://www.malaysiakini.com/news/86161 (kesemua sumber Malaysiakini diakses kali
terakhir pada 26 Disember 2010).
855
‗Dr M; Zaid ‗beri muka‘ pada Majlis Peguam‘, Malaysiakini, 13 Oktober 2008,
http://www.malaysiakini.com/news/87748
856
Nazri Aziz, temu bual dengan pengkaji, 15 April 2010.

252
Dalam mana tentangan terhadap JAC mengambil tempatnya, negara dikejutkan dengan

satu lagi pendedahan mengenai institusi kehakiman apabila hakim Mahkamah Tinggi

Sibu, Ian Chin mendakwa wujudnya ugutan dan cubaan untuk mengindoktrinasikan para

hakim oleh Mahathir pada 1997.857 Abdullah bagaimanapun menolak untuk

menubuhkan satu suruhanjaya siasatan kerana kerajaan telah pun berada dalam proses

reformasi kehakiman. 858 Dalam keadaan kedudukan Abdullah yang begitu rapuh,

meneruskan siasatan berkenaan dakwaan tersebut hanya akan menjadikan beliau

semakin tidak popular di kalangan UMNO. Lebih pula sebelum itu, akhbar-akhbar

perdana telah menyiarkan dengan meluasnya dapatan suruhanjaya di raja mengenai

video V.K Lingam yang turut menegur penglibatan Mahathir.

JAC pada akhirnya dibentangkan dengan kuasa PM masih mendominasi suruhanjaya

tersebut khususnya dalam urusan melantik dan memberhentikan ahli suruhanjaya. PM

juga masih mempunyai kuasa mutlak dalam calon-calon yang dicadangkan oleh

suruhanjaya sebelum dibawa ke Yang di-Pertuan Agong – sesuatu yang mengecewakan

golongan pro-reformasi.859 Zaid yang meletakkan jawatan berhubung penahanan ISA

pada September 2008 kemudiannya dipecat dari UMNO atas kesalahan menghadiri

majlis PKR. Sementara fakta yang ada menampakkan bahawa Zaid menerima tentangan

meluas dari UMNO, sebahagiannya turut dipersulitkan oleh sikap beliau yang dilihat

tidak mampu bekerja secara berpasukan. 860 Abdullah yang pada awalnya meminta Zaid

857
‗Justice Ian Chin tells of threats and indoctrination attempt‘, The Star, 11 Jun 2008.
858
‗PM: Tidak perlu suruhanjaya‘, Utusan Malaysia, 12 Jun 2008.
859
Baradan Kuppusamy, ‗Badawi's 'Toothless Bills' Harm Reform Agenda – Critics‘, 16 Disember 2008,
http://ipsnews.net/news.asp?idnews=45129 (akses pada 23 Julai 2009).
860
‗Reaksi peletakan jawatan Zaid‘, Utusan Malaysia, 16 September 2008; ‗Letak jawatan Senator
sekali‘, Utusan Malaysia, 17 September 2008; ‗Lagi pihak mahu Zaid dilucut Senator‘, Utusan Malaysia,
19 September 2008; Khairy Jamaluddin, ‗Time for a makeover‘, 48. Selepas menyertai PKR

253
mempertimbangkan semula hasrat itu akhirnya menghormati keputusan tersebut dan

mengingatkan ‗[b]ila kita bekerja sebagai menteri, ada masalah yang kita hadapi dan

kesusahan yang kita hadapi, kita kena sabar, bukan senang untuk buat sesuatu perubahan

dalam hal apa juga pun‘. 861

Sementara dua hasrat yang dicadangkan Abdullah ini terlaksana dalam bentuk yang

dilunakkan, Abdullah bagaimanapun boleh berbangga dengan tindakannya memilih

Zaki Azmi sebagai Ketua Hakim Negara. Pada awalnya, perlantikan tersebut dipandang

curiga oleh PR dan golongan pro-reformasi berikutan sejarah Zaki yang pernah bertugas

sebagai penasihat undang-undang UMNO. Namun Abdullah menganggap bahawa Zaki

merupakan calon terbaik berikutan faktor integriti yang dipunyainya. 862 Zaki pula hanya

bersetuju untuk menyandang jawatan itu setelah diyakinkan oleh Abdullah bahawa

beliau boleh bertindak tanpa rasa takut dan pilih kasih. 863 Dengan sejarah Zaki yang

turut mempunyai hubungan baik dengan Majlis Peguam, perlantikannya turut disambut

baik oleh Ambiga yang menyifatkan Zaki sebagai ―reformis‖ dan no-nonsense.864

Sehinggalah tarikh persaraannya pada 12 September 2011, Azmi telah melaksanakan

beberapa pembaharuan penting seperti menyelesaikan kes-kes tertunggak dalam

bilangan yang begitu besar, memperkenalkan Indeks Prestasi Utama (KPI) untuk

mahkamah, meletakkan rakaman video dalam sesi mahkamah bagi tujuan ketelusan,

kemudiannya, Zaid akhirnya turut berasa kehilangan keyakinan terhadap PKR dan menubuhkan sebuah
parti baru, Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA). Tempoh kepimpinannya dalam KITA turut
berakhir apabila berlakunya pergolakan dalaman antara beliau dan kepimpinan tertinggi KITA.
861
‗Abdullah terima perletakan jawatan Zaid Ibrahim‘, Bernama, 16 September 2008,
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=359532 (akses pada 11 September 2011).
862
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Man on a mission‘.
863
Terence Fernandez, ‗The reluctant Chief Justice‘, The Malay Mail, 6 September 2011.
864
‗New CJ vows action against errant judges‘, Malaysiakini, 29 Oktober 2008,
http://www.malaysiakini.com/news/92094 (akses pada 16 September 2011); ‗PM: Zaki a man of reforms‘,
The Star, 30 Oktober 2008.

254
melakukan perundingan lebih kerap bersama Majlis Peguam, mengamalkan sikap yang

tidak feudal dan melakukan temu bual dengan akhbar The Sun bersama-sama hakim

yang lain. Bagi Majlis Peguam, walaupun menyifatkan Zaki terlepas beberapa peluang

untuk menangani isu penting seperti pengambilalihan kuasa di Perak pada 2009, ia

menganggap pencapaian Zaki sebagai melebihi jangkaan. Selain mendapat kredit Bank

Dunia berkenaan kejayaannya menyelesaikan kes-kes tertunggak, Majlis Peguam turut

menyifatkan era kepimpinan Zaki telah dapat menyaksikan keputusan dan penghakiman

yang lebih berani.865

5.9 SPRM: SATU LAGI REFORMASI YANG DILUNAKKAN

Abdullah tidak menafikan beberapa reformasi akhir yang dibuatnya seperti SIAP, JAC

dan SPRM harus dilakukan lebih awal. 866 Pengakuan ini membenarkan hujah bahawa

mandat besar dalam PRU-11 menjadikan rejim pemerintah berasa selesa dan

menangguhkan proses reformasi. 867 Justeru, keputusan PRU-12 bukan sahaja menghakis

legitimasi moral kepimpinannya tetapi juga memberi kesan kepada agenda reformasi

yang ingin diperkukuhkannya semula berikutan ketiadaan majoriti dua pertiga BN di

Parlimen. Dengan keputusan Abdullah untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden

UMNO pada 8 Oktober 2008, ia menjadikan autoriti moral beliau semakin terhakis

(lame-duck). Walaupun Abdullah membuktikan yang ketiga-tiga reformasi akhirnya ini

865
Disesuaikan dari ‗CJ's work ethic wins over Bar Council‘, Malaysiakini, 6 September 2011,
http://www.malaysiakini.com/news/174991; ‗World Bank lauds Malaysia's handling of case backlog‘,
Malaysiakini, 7 September 2011, http://www.malaysiakini.com/news/175101 (kedua-dua diakses pada 18
September 2011); Zaki Azmi, ‗Interview: Judge me by my deeds‘, The Malay Mail, 6 September 2011;
‗Reforms should also have covered constitutional matters‘, The Malay Mail, 7 September 2011.
866
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Man on a mission‘.
867
Chandra Muzaffar, temu bual dengan pengkaji, 29 Disember 2009.

255
dapat dilaksanakan,868 kesemua institusi ini hanya tertubuh dalam versi yang

dilunakkan.

Seperti juga SIAP dan JAC, penubuhan SPRM tidak terkecuali mengambil tentangan

tersendiri. Menjelang penggubalan ketiga-tiga rang undang-undang itu, Anwar

mendakwa bahawa PR mengambil keputusan untuk menyokong inisiatif Abdullah

kerana ia tidak mendapat sokongan daripada pemimpin UMNO dan BN.869

R. Nadesrawan, salah seorang dari dua wartawan The Sun yang menemu bual Abdullah

pada penghujung 2008 mengimbas bahawa:

Before the bill went to Parliament, we had already seen it. Pak Lah instructed
Dato‘ Abu Kassim to show it to us. We were the first non authorized persons to
see it. I was so happy with the bill. So Pak Lah told us ‗we need your support to
push this through‘. It became quite a surpise to me why you need my support?
He said ‗You know, the MPs would not support it‘. I told him that it was a good
anti-corruption move and why would Kit Siang want to oppose you? Little did I
realized that poeple opposing it were UMNO people themselves. I was so excited
about this. I called Kit Siang. We had a drink and I ask him to support this bill.
The day the bill came out, it was different from what I saw. In fact we got angry.
Two important things. One, the power to prosecute is still with the Attorney
General. Two, there was a clause on assets [stating that] it is an offence to have
assets disproprotionate to your income. That [clause] was there and was taken
off… This [clause was adapted] from Hong Kong model. [It means that] if you
buy a new car, they can ask you where you got you money from. [The clause was
taken off] because these UMNO warlord came in.870

Selain daripada itu, SPRM juga dikritik berikutan persepsi bahawa ia merupakan

institusi yang tidak neutral. Sekali lagi, kita harus mengaitkan keadaan ini dengan

kewujudan konservatisme birokratik. Pada 21 Februari 2009, Ketua Pesuruhjaya SPRM,

868
Abdullah Ahmad Badawi, temubual dengan pengkaji, 18 Mac 2009.
869
‗Pakatan sokong Abdullah‘, Siasah, 21 Disember 2008.
870
R. Nadeswaran, temu bual dengan pengkaji, 5 April 2010.

256
Ahmad Said Hamdan menegaskan bahawa pihaknya telah menemui bukti yang kukuh

mengenai penyalahgunaan kuasa yang melibatkan Menteri Besar Selangor, Khalid

Ibrahim. Kenyataannya itu bukan sahaja dikritik keras oleh pihak Khalid tetapi juga

merebakkan lagi tanggapan dari golongan pro-reformasi mengenai sikap tidak

profesional SPRM yang bersungguh-sungguh untuk menyabitkan kesalahan Khalid.871

Akhbar The Sun yang merupakan pihak yang paling mengkritik keras tindakan Ahmad

Said kemudiannya memetik satu sumber yang melaporkan kebimbangan Abdullah

berkenaan kenyataan Hamdan yang telah merebakkan persepsi negatif mengenai SPRM.

Abdullah menurut sumber itu tidak mahu semua kerja keras yang dilakukan berhubung

penubuhan SPRM menjadi sia-sia berikutan keghairahan pegawai yang membuat

kenyataan yang salah. 872 Perkembangan dalam era Najib khususnya selepas kematian

Teoh Beng Hock lebih membenarkan kebimbangan Abdullah.873

871
‗MACC, dead on arrival — The Malaysian Insider‘, The Malaysian Insider, 20 Februari 2009,
http://www.themalaysianinsider.com/mobile/breakingviews/article/MACC-dead-on-arrival-The-
Malaysian-Insider/; ‗Khalid‘s lawyer questions MACC‘s professionalism‘, The Star, 21 Februari 2009;
‗Zaid: Govt institutions are no longer neutral‘, The Star, 23 Februari 2009; ‗Bar Council tells MACC to
stop the harassment‘, Malaysia Today, 27 Februari 2009, http://www.malaysia-
today.net/index.php?option=com_content&view=article&id=18571:bar-council-tells-macc-to-stop-the-
harassment&catid=71:archives-2009&Itemid=100106 (akses pada 5 November 2011); R. Nadeswaran,
‗No evidence of MACC‘s neutrality‘, The Sun, 16 Mac 2009; ‗TI: Anti-corruption efforts wanting‘, The
Sun, 23 September 2009.
872
Lihat ‗Azalina meets PM over probe‘, The Sun , 13 Mac 2009.
873
Sebagai kesan dari kematian Teoh Beng Hock, Ahmad Said Hamdan memohon untuk bersara awal
pada Disember 2009 atas alasan keluarga dan jawatannya digantikan dengan Abu Kassim Mohammed.
Sehingga setakat ini, Abu Kassim berusaha keras memulihkan imej SPRM dengan mendakwa bekas
Menteri Besar Selangor, Khir Toyo berhubung salah laku dalam penjualan tanah dan operasi ‗RM3
billion‘ membabitkan Jabatan Kastam. Namun, imej SPRM terus merudum apabila berlaku satu lagi
kematian di premis SPRM membabitkan Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sharbani. Pada
masa yang sama, siasatan Suruhanjaya DiRaja mengenai kematian Teoh Beng Hock memutuskan beliau
membunuh diri kerana tekanan keterlaluan berpunca dari kaedah siasatan keras yang dilakukan oleh tiga
pegawai SPRM. Tidak lama selepas itu, tiga pegawai SPRM ditahan atas dakwaan merompak RM1 juta
dari tiga pengurup mata wang asing Singapura.

257
5.10 KESIMPULAN

Adalah jelas bahawa reformasi tadbir urus demokratik yang dilakukan Abdullah tidaklah

mengubah secara substantif bentuk demokrasi Malaysia sehingga melayakkan ia

berubah dari pengkelasan demokrasi hibrid. Kebebasan dan keterbukaan masih diacukan

berlandaskan kepentingan masyarakat yang lebih besar dan beberapa contoh yang

dibincangkan memberi indikasi bahawa elemen ‗dominasi‘ masih perlu dikekalkan. Hal

ini lebih jelas tergambar apabila tidak ada satu pun undang-undang kawalan

dimansuhkan dalam era Abdullah. Ia membuktikan bahawa instrumen seperti ini masih

diperlukan sebagai satu simbol psikologi yang penting.

Namun Abdullah memampas semua ini dengan memberikan darjah bersuara yang tinggi

dan membebaskan iklim ketakutan yang selama ini ditanamkan dengan jayanya ke

psikologi rakyat. Beliau juga mengambil risiko memulakan usaha ke arah

penambahbaikan tadbir urus demokratik dan institusi. Perubahan-perubahan ini dengan

itu telah menjejaskan keseimbangan yang telah terinstitusi. Dalam sebuah sistem yang

berlandaskan politi-parti atau negara-parti, UMNO kelihatan tidak bersedia untuk

melupuskan faedah-faedah yang telah selama ini memberi kelangsungan dalam

mengekalkan grid keseimbangan sedia ada. Berikutan institusi-institusi yang wujud

selama ini mempunyai hubungan yang simbiotis dengan rejim pemerintah,

keseimbangan ini akan sentiasa dipelihara mempertimbangkan ia merupakan suatu

pertahanan yang telah mendatangkan kelebihan dalam proses penyelenggaran rejim.

258
Parti itu juga melihat beberapa tradisi umumnya seperti ketertutupan, dominasi institusi

dan pendekatan kawalan menjadi semakin longgar dengan dasar keterbukaan yang

berlaku. Ia memberi ruang untuk suara-suara liberalisme untuk mempercambahkan

debat, mengenakan tekanan dan seterusnya meletakkan rejim pemerintah dalam

penelitian yang kritikal. Sebahagiannya berbentuk destruktif seperti yang mengambil

tempatnya di media alternatif. Birokrat yang selama ini terbiasa dengan kaedah kawalan

meneruskan pendekatan yang sama tanpa pertautan yang lebih konstruktif sehingga

adakala memaksa Abdullah untuk campur tangan. Tentangan dalaman yang wujud dari

institusi-institusi berkaitan pemerintah membayangkan kewujudan ‗konservatisme

birokratik‘ yang sentiasa mempertahankan status quo. Kenyataan yang tidak konsisten

dan kurang meyakinkan daripada anggota kerajaan juga terus dipraktikkan tanpa

menyedari bahawa dalam era pengaliran maklumat, ia boleh dipatahkan dengan mudah.

Kekuatan Abdullah ialah penghormatannya terhadap prinsip semak dan imbang serta

hasratnya ingin memastikan tiga cabang pemerintahan negara dapat berfungsi sebebas

mungkin. Beliau menyegarkan semula peranan Parlimen dan institusi kehakiman serta

meletakkan kedua-dua institusi ini di landasan yang lebih baik. Mempercayai bahawa

pembangkang merupakan bahagian penting dalam sistem demokrasi negara, beliau

sedaya upaya bersikap responsif dengan semua permintaan yang dikemukakan

walaupun beberapa pihak memanipulasikan kesediaan tersebut untuk mencapai

matlamat politik mereka. Dengan melihat bilangan suruhanjaya yang ditubuhkan dalam

eranya, ia dengan sendiri merangsang budaya penghormatan terhadap hak asasi manusia

daripada rejim pemerintah. Tidak sukar untuk menjangkakan kekecewaan golongan pro-

reformasi dan pembangkang apabila beberapa perubahan penting yang amat didukungi
259
mereka seperti IPCMC tidak terlaksana. Namun sebagai reaksi semula jadi, sebahagian

dari keputusan PRU-12 menyaksikan rejim pemerintah terpaksa melonggarkan beberapa

kawalan yang ada. Hujah bahawa sistem pilihan raya yang selama ini dipolemikkan

sebagai menyebelahi rejim pemerintah juga gugur dalam takat yang besar selepas PRU-

12. Kesanggupan Abdullah menerima keputusan tersebut membayangkan

kepercayaannya kepada kebebasan yang wujud dalam sistem pilihan raya dan tidak cuba

untuk mempertahankan kuasa dengan kaedah yang diragui.

Bagi golongan konservatif, konservatisme yang ditandakan ketidaksamaan dan hierarki

perlu dipertahankan kerana liberalisasi sistem politik, kehakiman dan institusi Melayu

akan merugikan orang Melayu. Pandangan ini berhujah kerana keterbukaan dan

ketelusan yang berorientasikan ―pemikiran Barat‖,874 golongan pro-reformasi dan pihak

pembangkang menjadi semakin angkuh, 875 demokrasi dibiarkan menjadi tidak

terkawal876 dan penyebaran fitnah serta dakyah semakin mendapat tempat.877 Tidak

dilupakan ialah fakta bahawa beberapa perubahan yang cuba dibawa Abdullah

dibayangi kuat oleh suara intelektual neokonservatif seperti Khairy. Namun bagi Khairy

sendiri, beliau melihat kejumudan sebagai pemberat yang signifikan:

There is certainly institutional inertia. The political culture of the ruling elite has
been very much one of control. Institutions of governance need to be controlled,
the media needs to be controlled, laws must enable control over potential
enemies and also the public. Control is power and when push comes to shove
you wield that power to stay in power. That‘s more or less how it worked and
how some still feel it should work. When talk of reforms begins, it threatens this
874
Mukhriz Mahathir, ‗Interview: Being Mahathir‘s son‘, The Nut Graph, 12 Mac 2009,
http://www.thenutgraph.com/being-mahathirs-son/ (akses akhir pada 28 Disember 2009).
875
Ahmad Atory Hussain, Politik Melayu di Persimpangan, 372
876
Daim Zainuddin, ‗Wawancara: Nilai Najib secara ikhlas‘, Mingguan Malaysia, 22 November 2009.
877
Lihat pandangan Rais Yatim dalam ‗Ancaman siber kian berbahaya‘, Utusan Malaysia, 14 September
2009.

260
status quo, this rule by power and control. Many would naturally want to stall
these reforms because they believe it will result in a loss of control… One senior
cabinet minister with designs on higher office was even heard saying that the
judicial appointments commission would not only dilute the Prime Minister;s
prerogative but also sideline Malay judges and therefore must be rejected. 878

Dengan Mahathir yang memainkan semula peranan di luar arena kepimpinan dan

sebagai pendukung tegar terhadap idea demokrasi terbatas dan beracuan sendiri,

reformasi juga kelihatan disulitkan lagi kerana sebahagiannya mencerminkan persoalan

legasi dan mencetuskan reaksi berbangkit. Bagi golongan konservatif, seolah-olah

wujudnya usaha terancang dengan melihat pendedahan demi pendedahan mengenai isu

yang berlaku dalam era Mahathir.

Bagi Shamsul Amri, tekanan yang terlalu lama oleh Mahathir menjadikan rakyat tidak

menyangkakan keterbukaan boleh berlaku. Namun ironinya:

Abdullah membuka pintu untuk keterbukaan tetapi dialah yang [akhirnya]


dipijak. Rakyat tertarik dengan pintu yang dibuka dan menyerbu kebebasan
tetapi melupakan dan tidak nampak orang yang membuka pintu itu. [Situasi
Abdullah] sama lebih kurang dengan Gorbachev. 879

Hishamuddin Rais yang turut dikenali sebagai aktivis PR juga sukar untuk tidak berlaku

adil kepada Abdullah. Selain turut menganggap sejarah yang menimpa Abdullah

menyamai laluan yang dialami Gorbachev dan walaupun mengakui masih banyak

kelemahan yang wujud dalam kepimpinan Abdullah, beliau mendapati bahawa:

878
Khairy Jamaluddin, ‗Time for a makeover‘, 44.
879
Shamsul Amri, temu bual dengan pengkaji, 12 Mac 2010.

261
…suara-suara yang menuntut Abdullah Badawi mengundur diri tidak pernah
menyebut, mengusik atau menilai ruang demokrasi yang dibuka oleh Abdullah
Badawi (penekanan oleh pengarang asal).880

Sementara Abdullah mengakui mendengar perbandingan itu, beliau menegaskan:

Saya tidak kisah dengan tanggapan [sebagai Gorbachev]. Apa yang telah
[kerajaan] buat, kita telah buat. Saya tak fikir apa yang saya lakukan dengan
[dasar keterbukaan] itu salah jika dilihat daripada reaksi permulaan. Kita
bercakap mengenai reformasi terbesar... [yang] mengandungi cetusan kebebasan
bersuara. Ia adalah langkah paling besar menuju reformasi. Anda tidak boleh
melakukan reformasi tanpa mereformasikan minda dan sikap… [Kekecewaan
saya hanyalah] kerana sense of liberalism itu masih tidak dapat dihayati.881

Seandainya wujud penghayatan ini, Hamid Pawanteh menjangkakan bahawa UMNO:

…would have appreciated Tun Abdullah‗s leadership, instead of blaming him for
the (post-March 2008) debacle. But because of this Umno-knows-best and
Umno-knows-everything psyche, Tun Abdullah‘s letting things come to the
surface was not appreciated as a positive contribution to Malaysia, but it was
seen as a negative contribution to Barisan Nasional.882

Bab seterusnya akan melihat kepada empat lagi elemen instrumental atau prinsip

pengorganisasi yang menjadi asas dalam kerangka politik UMNO. Ia akan menunjukkan

bagaimana dasar keterbukaan, kebebasan bersuara dan reformasi tadbir urus demokratik

yang dilakukan Abdullah memberikan hubungan simbiotis terhadap reaksi yang muncul

daripada UMNO dalam isu-isu yang membabitkan kepentingan dan kedudukan orang

Melayu-Islam.

880
Hishamuddin Rais, ‗Pak Lah – Gorby Malaysia‘.
881
Abdullah Ahmad Badawi, temu bual dengan pengkaji, 18 Mac 2010.
882
Hamid Pawanteh, ‗Confusing party with government‘.

262
BAB 6

ISU-ISU PERLEMBAGAAN

There are many, many elements to consider in a country [like Malaysia]. For
example, we not only have multi-ethnic and religious groupings, but we also
have varying levels of conservatism and liberalism within those
groupings…[These are some of the] difficulties and intricacies inherent in a
country like Malaysia, with its many, many points of equilibrium …

Abdullah Ahmad Badawi883

6.1 PENGENALAN

Konservatisme bukan sahaja dicerminkan melalui elemen-elemen instrumental yang

menjadi keutamaan rejim pemerintah tetapi juga kerangka asas yang menjadi sandaran

rejim tersebut. Seperti yang telah dijelaskan dalam bahagian teoritikal, ia boleh juga

berupa elemen-elemen yang telah dimaktubkan ke dalam perlembagaan ataupun secara

popularnya dirujuk sebagai paksi atau asas kenegaraan. Perbincangan bab dua telah

menjelaskan bahawa ia antara lain diwakili oleh aspek-aspek seperti hak istimewa orang

Melayu, kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan, kedudukan Raja-raja

Melayu dan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Ia juga mencerminkan

satu lagi prinsip yang wujud dalam sebuah sistem yang konservatif iaitu sistem yang

berhierarki dan mempunyai ketidaksamarataan sosial. Namun harus dijelaskan bahawa

situasi ini tidak sesekali bermaksud ia sengaja diwujudkan oleh rejim pemerintah.

Sebagai contoh, aspek-aspek seperti hak istimewa orang Melayu diwujudkan demi

883
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan The Harvard Club of Malaysian Dinner‘.

263
menimbal hak kewarganegaraan yang telah diberikan kepada kaum-kaum lain. 884 Bagi

UMNO, mendebatkan kerangka asas ini dianggap mempersoalkan ―kontrak sosial‖ –

satu istilah yang digunakan bagi membayangkan persetujuan antara pengasas-pengasas

kemerdekaan berkenaan struktur dan rupa bentuk asas masyarakat negara ini. 885 Bab ini

akan meneliti empat komponen yang melibatkan perubahan yang berlaku dalam era

Abdullah. Dua komponen utama ialah pendekatan spektrum sederhana dalam hubungan

etnik dan juga pengenalan Islam Hadhari. Komponen ketiga pula merupakan kesan tidak

langsung daripada perubahan yang berlaku dalam era Abdullah iaitu kebangkitan semula

peranan Raja-Raja Melayu. Terakhirnya, pengurusan legasi Mahathir iaitu isu PPSMI.

Premis utama yang mendasari perbincangan ini ialah unsur-unsur konservatisme itu

akan lebih dipertahankan dan ditingkatkan proses pengikatan serta invokasinya apabila

sesuatu pihak berada di bawah tekanan.886

6.2 PENDEKATAN SPEKTRUM SEDERHANA: DILEMA ‘KEADILAN


UNTUK SEMUA’.

Walaupun dasar-dasar Abdullah sebelum ini banyak dikaitkan dengan penyegaran dasar

era Razak khususnya dalam agenda pembangunan lunak, ia turut memperlihatkan usaha

untuk menyegarkan semula pendekatan era Tunku Abdul Rahman yang liberal, terbuka

dan toleran berbanding tiga Perdana Menteri selepasnya. Keterbukaan Tunku

bagaimanapun mengundang pandangan yang skeptikal daripada UMNO sehingga

884
Khoo Kay Kim, ‗Wawancara: Berfikir sebagai Bangsa Malaysia‘, Berita Minggu, 21 Ogos 2005;
Chandra Muzaffar, ‗Wawancara: Kembali memahami sejarah‘, Mingguan Malaysia, 28 Ogos 2005.
885
Lihat Kamaruddin Said, ‗Perlembagaan dan Pembinaan Bangsa Malaysia: Satu pandangan Sosiologi‘,
Dewan Budaya, Jun 1992, 34-40.
886
Mohamad Abu Bakar, ‗Konservatisme dan Konflik‘, 123.

264
menyebabkan beliau terpaksa meletakkan jawatan selepas peristiwa 13 Mei 1969. 887

Peranan tersendiri Mahathir dalam pasca 13 Mei jugalah yang menyebabkan status

beliau sebagai nasionalis Melayu tidak tercabar. 888 Razak selepas itu beralih daripada

agenda ―dominasi Melayu‖ ke ―hegemoni Melayu‖ dengan berusaha merapatkan

pembahagian sumber ekonomi menerusi DEB. Kerajaan juga memperkenalkan undang-

undang kawalan seperti Akta Hasutan yang mencegah sebarang perbincangan mengenai

hak-hak ke-Melayuan. 889 Langkah ini diteruskan dengan sikap konservatisme dan

penentangan terhadap perubahan yang menonjol dalam era Hussein. 890

Apabila Mahathir menduduki teraju kepimpinan, beliau banyak menggubal dasar-dasar

yang menjelaskan lagi sikap nasionalisnya seperti kelahiran kelas menengah Melayu,

usahawan korporat Melayu, peningkatan penglibatan UMNO dalam perniagaan dan

membangunkan Bursa Saham Kuala Lumpur sebagai tempat membesarkan pemodalan

konglomerat Melayu. 891 Namun sewaktu mencanangkan Wawasan 2020 pada 1991,

Mahathir meletakkan pengwujudan ―Bangsa Malaysia‖ sebagai cabaran pertama dalam

usaha menjayakan wawasan tersebut. Konsep ‗Bangsa Malaysia‘ menurutnya ialah:

negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama. Ia


mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum,

887
Zainal Kling, ‗UMNO and the BN in the 2004 Election: The Political Culture of Complex Identities‘,
191; Mohamad Abu Bakar, temu bual dengan pengkaji, 23 November 2009.
888
Khoo Boo Teik, Paradoxes of Mahathirism, 17-24; Milne dan Mauzy, Malaysian Politics Under
Mahathir, 22.
889
Shamsul Amri Baharuddin, ‗The Economic Dimensions of Malay Nationalism: The socio-Historical
Roots of New Economic Policy and Its Contemporary Implications‘, The Developing Economies, 35, no.
3 September 1997, 251.
890
Cheah Boon Kheng, Malaysia: The Making of a Nation (Singapura: Institute of Southeast Asia
Studies, 2002), 159-161.
891
Gomez, ‗Governance, Affirmative Action and Enterprise Development‘, 160-163.

265
hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan… mempunyai
kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara‘. 892

Setelah masa berlalu, pihak bukan Melayu bagaimanapun cenderung melihat ia sekadar

retorik dan bukannya satu proses kesamarataan kerana hak-hak ke-Melayuan dan

hegemoni Melayu masih jelas tertonjol. Hal ini juga disumbangkan oleh fakta tuntutan

―ketuanan Melayu‖ yang sentiasa muncul dari dalam parti.893

Beberapa perbincangan sebelum ini menunjukkan bahawa Abdullah cenderung untuk

berlaku adil kepada semua pihak dan etnik. Pengalamannya dalam MAGERAN dan

mengendalikan tragedi 13 Mei 1969 mempunyai kesan tersendiri terhadap pemikiran

politik Abdullah.894 Justeru, beliau adakalanya mengambil peranan langsung dalam isu-

isu sensitif seperti dalam penyelesaian isu pergaduhan di Kampung Medan pada 2001.895

Setelah menjadi PM, agenda perpaduan nasional merupakan antara yang mendapat

perhatian besar Abdullah. Antara ―jambatan-jambatan halus‖ yang diperkenalkan dalam

eranya ialah Program Latihan Khidmat Negara dan juga pengenalan subjek Hubungan

Etnik di universiti bermula pada 2004. Ia merupakan penanda bahawa isu-isu sensitif

seperti etnisiti perlu dibawa ke perbincangan terbuka dan bukan lagi disorokkan ―di

sebalik tiang‖.896 Abdullah juga tidak segan untuk mengakui bahawa sistem

persekolahan semakin bersifat monolitik dengan kemasukan bukan Melayu ke sekolah

892
Mahathir Mohamad, ‗Malaysia: The New Way Forward‘ (Terjemahan).
893
Lihat Ooi Kee Beng, ‗Bangsa Malaysia: Vision or Spin‘ dalam Saw Swee-Hock dan K.Kesavapany,
Malaysia: Recent Trends and Challenges (Singapura: Institute of Southeast Asian Studies, 2006); Lim Kit
Siang, ‗―Bangsa Malaysia‖ – has it been abandoned by Cabinet, UMNO and BN?‘, 23 Mac 2007,
http://blog.limkitsiang.com/2007/03/23/bangsa-malaysia-has-it-it-abandoned-by-cabinet-umno-and-bn
(akses pada 12 Oktober 2010); Edmund Terence Gomez, ‗Jockeying for power in the new Malaysia‘, Far
Eastern Economic Review, Julai/Ogos 2008, 33.
894
Abdullah Ahmad Badawi, The mellow life‘.
895
Chandra Muzaffar, ‗The Emerging Scenario Under Abdullah Badawi‘, 7.
896
Shamsul Amri, ‗Lahir Masyarakat lebih terbuka‘.

266
kebangsaan semakin mengecil dan percampuran multi-etnik tidak berlaku dengan

meluas di universiti. Untuk itu, beliau mencadangkan beberapa langkah seperti

pengenalan pengajian bahasa Tamil, Arab dan Mandarin di sekolah, meningkatkan

perlantikan guru dan guru besar dari bukan Melayu serta menyeru agar mereka bersikap

lebih sensitif terhadap kerangka multi-etnik.897

Tersingkap secara eksplisit dalam tindakan ini ialah niat Abdullah yang ingin membawa

spektrum perkauman negara ke spektrum sederhana dan bukannya kekal dalam

spektrum konservatif yang bersifat perkauman. UMNO pula menurutnya harus menjadi

lebih inklusif dan tidak bersifat etnosentrik seperti yang dicerminkan melalui

perisytiharan Abdullah bahawa beliau merupakan ―Perdana Menteri untuk semua rakyat

Malaysia‖,898 ―keadilan untuk semua‖899 dan juga penyeruan agar UMNO agar turut

membantu kaum-kaum lain. 900 Bagi Abdullah, seorang pemimpin tidak akan berjaya

jika dia hanya memberi perhatian terhadap etniknya sahaja.901 Namun pendekatan

saksama ini mempunyai risiko tersendiri. Sebagai contoh, apabila Tunku bersikap adil

dan tidak menyebelahi mana-mana pihak, beliau dituduh dengan label pro-Cina.902

Namun kerana pendirian ini, imej Tunku di mata pihak bukan Melayu adalah begitu

897
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Malaysian Education Summit 2004‘ (27 April 2004),
http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=paklah&id=2840 (akses pada 12 Ogos 2011).
898
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Plenary Commision on Faith and Order of the World Council of
Churches‘ (3 Ogos 2004), http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=paklah&id=2874 (akses pada 11 Jun
2010).
899
‗Keadilan untuk semua‘, Utusan Malaysia, 11 Mei 2005.
900
‗Help all races, Abdullah tells Umno members‘, New Straits Times, 5 Mac 2005.
901
‗Pak Lah: NEP No Longer In Existence‘, My Sinchew Com, 19 Disember 2008,
http://www.mysinchew.com/node/19429 (akses pada 12 September 2011).
902
Tunku Abdul Rahman, Sudut Pandangan (Petaling Jaya: Heinemann Educational Books, 1979), 105-
106

267
tinggi.903 Dalam kes Abdullah, perisytiharan-perisytiharan seperti ini memberi

rangsangan baru dalam meningkatkan tuntutan dan tawar-menawar daripada pihak

bukan Melayu termasuklah parti-parti komponen BN.

Isu pertama yang memperlihatkan situasi ini ialah dalam episod ketuk ketampi yang

kononnya melibatkan warga China. Sebagai reaksi terhadap kritikan yang dilemparkan

kepada pasukan polis, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Noh Omar telah

menyelar warga luar yang tidak berpuas hati dengan layanan polis agar pulang sahaja ke

negara mereka. Kenyataan ini tidak disenangi Abdullah yang yang menyifatkan ia boleh

menjejaskan kehadiran warga luar ke Malaysia. Noh kemudiannya memohon maaf atas

kenyataan itu. Rencana Pengarang Utusan Malaysia pula bersikap skeptikal terhadap

langkah kerajaan yang ingin menambah kakitangan Jabatan Imigresen Lapangan

Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dari etnik Cina dan pengumuman maklumat

dalam bahasa Cina kesan daripada peristiwa itu.904 Apabila dakwaan ini kemudiannya

terbukti tidak benar dan ditambah dengan tindakan memohon maaf yang telah dilakukan

kerajaan terhadap China, ia seolah-olah memperlihatkan kesegeraan kerajaan yang

terlalu ingin menjaga hati warga China tanpa terlebih dahulu memeriksa kesahihan

dakwaannya.

903
Sebagai contoh, Karpal Singh menganggap Tunku sebagai Perdana Menteri yang paling dikaguminya
kerana memberatkan keadilan untuk semua kaum. Lihat Martin Vengadesan, ‗This Tiger‘s Still Roaring‘,
The Star, 25 Julai 2010.
904
‗Jangan susahkan kerajaan‘, Utusan Malaysia, 29 November 2005; ‗Malaysia police minister 'sorry'‘
30 November 2005, http://news.bbc.co.uk/2/hi/asia-pacific/4485360.stm; ‗PM: Kenyataan Noh tidak
wajar‘, mStar Online, 1 Disember 2005,
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2005/12/1/TERKINI/Mutakhir/PM_Kenyataan_Noh_tidak_wa
jar&sec=mstar_berita (kedua-dua diakses pada 27 Disember 2010).

268
Kurang sebulan selepas itu, berlakunya penghantaran memorandum oleh sembilan

menteri bukan Islam yang meminta kerajaan mengkaji semula peruntukan kebebasan

beragama iaitu Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan. Disifatkan sebagai tidak

pernah berlaku dalam sejarah, ia juga turut dikejutkan dengan fakta bahawa delegasi

berkenaan telah melaksanakan perbincangan terlebih dahulu dengan Majlis Perundingan

Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST). Kerjasama

beberapa pemimpin kerajaan dan aktivis masyarakat sivil dalam mengenakan tekanan

kepada Perdana Menteri merupakan sesuatu yang agak jarang kedengaran. 905 Walaupun

bertegas tidak akan meminda peruntukan tersebut, Abdullah menggesa perbincangan

lanjut dibawa ke kabinet yang sedia membincangkan sebarang jua perkara termasuk isu-

isu yang amat sensitif demi kebaikan bersama. Memorandum itu ditarik balik sebelum

Abdullah membenarkan lima dari sembilan menteri berkenaan bertemunya. 906 Namun

isyarat yang ada menampakkan bahawa ia bukanlah suatu perkara yang harus

dirundingkan mengambilkira bantahan meluas yang muncul907 khususnya dari golongan

Islamis. 908 Menurut Shamsul Amri:

Isu ini merupakan saat di mana akar umbi UMNO mula melihat Abdullah
dengan penuh curiga. Logik mereka, ‗jika ia dilakukan dalam era Mahathir, tidak

905
Ooi Kee Beng, Lost in Transition, 98.
906
‗Kemukakan dalam mesyuarat, bukan memorandum – PM‘, Utusan Malaysia, 21 Januari 2006; ‗121
(1A) kekal – PM‘, Utusan Malaysia, 21 Januari 2006; ‗Jangan jadikan isu – PM‘, Utusan Malaysia, 22
Januari 2006; Abdullah Ahmad Badawi, temu bual dengan pengkaji, 18 Mac 2010.
907
‗NGO Islam sepakat tolak cadangan pindaan perlembagaaan‘, Siasah, 20 Januari 2006; Pawancheek
Marican, ‗Wawancara: Pindaan perkara 121 (1a) hakis kuasa mahkamah syariah‘, Siasah, 20 Januari
2006; ‗NGO Islam beri amaran kepada 9 menteri bukan Islam‘, Malaysiakini, 27 Januari 2006,
www.malaysiakini.com/news/46321 (akses akhir pada 27 Disember 2010).
908
Islamis di sini ialah pendukung ‗Islamisasi‘ atau politik Islam iaitu tindakan politik terancang yang
dirangka bagi mewujudkan orde sosial atau politik yang meletakkan Islam sebagai sistem yang tertinggi.
Lihat Ahmad Fauzi Abdul Hamid, ‗Politically Engaged Muslims in Malaysia in the Era of Abdullah
Ahmad Badawi (2003-2009)‘, 170.

269
mungkin delegasi itu boleh berbincang malah akan dihalau. Abdullah pula
sebaliknya mendengar luahan mereka‘. 909

Abdullah bagaimanapun mempertahankan tindakan tersebut dan menganggap ―ia adalah

pengurusan politik yang berbeza. Inilah piawai negara-negara maju seperti di Eropah. Ia

adalah aspek masyarakat yang semakin matang [dengan mahu berunding dan

berbincang]‖.910 Pada Julai 2006 pula, setelah mendengar pandangan dan

ketidaksenangan kaum lain berhubung modul Hubungan Etnik yang digunapakai oleh

UPM, kerajaan telah menarik semula penggunaannya dengan alasan ia terikat kepada

tafsiran yang prejudis. 911

6.2.1 Tindakan Afirmatif: Dasar Ekonomi Baru (DEB)

Kepada golongan bukan Melayu, DEB dianggap sebagai manifestasi penting

ketidaksamarataan hak biarpun ia merupakan usaha untuk menyamaratakan peluang

ekonomi kesan daripada penerimaan orang Melayu terhadap kewarganegeraan bukan

Melayu pada 1957. 912 Tidak menghairankan sebarang perbincangan tentang dasar ini

tidak dapat lari dari pertimbangan garis etnik dan dibahaskan berdasarkan agenda etnik

tertentu termasuklah di dalam wacana akademik. 913 Walaupun telah tamat

pelaksanaannya pada 1990, dasar ini dipakejkan semula dalam dasar-dasar lain seperti

Dasar Pembangunan Nasional (1990-2000) dan Dasar Wawasan Nasional (2000-2010).

909
Shamsul Amri, temu bual dengan pengkaji, 12 Mac 2010.
910
Abdullah Ahmad Badawi, temu bual dengan pengkaji, 18 Mac 2010.
911
‗Ethnic relations guidebook withdrawn‘, New Straits Times, 20 Julai 2006; ‗Abdullah sensitive towards
other races, says Ong‘, The Star, 20 Julai 2006.
912
Khoo Kay Kim, ‗Wawancara: Perlembangan hidup mesti berasaskan sejarah‘, Siasah, 3 November
2006.
913
Shamsul Amri Baharuddin, ‗Debating About Identity in Malaysia: A Discourse Analysis‘, Southeast
Asian Studies, 34, no. 3 (1996); 492-493.

270
Penyambungan ini biarpun di dalam bentuk ―semangat‖ menjadikan ia sering kali dilihat

sebagai ―polisi yang tidak pernah selesai‖ khususnya dalam memperkatakan kegagalan

mencapai sasaran ekuiti 30%, masalah ketirisan, agenda meritokrasi dan sindrom

kebergantungan.

Selepas Anwar dibebaskan, beliau menganggap DEB harus dimansuhkan dan digantikan

dengan Agenda Ekonomi Baru yang lebih mengambil kira kepentingan kaum lain. 914

Justeru UMNO meningkatkan reaksinya terhadap perkara ini dengan menjadikan

penyegaran DEB sebagai agenda utama dalam PAU 2004 hingga PAU 2006. Antaranya

ialah cadangan Agenda Nasional Baru oleh Pemuda UMNO. Pembangkitan gesaan ini

merupakan manifestasi dari penyeruan agar Agenda Melayu diperkukuhkan semula.915

Namun Abdullah pada masa yang sama telah mengisyaratkan yang kerajaan tidak lagi

boleh menjadi ―Santa Claus‖ agar ia tidak merencatkan daya saing orang Melayu.

Membantu penyegaran reaksi ini ialah apabila sebuah kumpulan pemikir, Asian Strategy

and Leadership Institute (ASLI) mendakwa bahawa kerajaan telah pun mempunyai 45%

ekuiti korporat dan bukannya 19% seperti yang didakwa. Kajian ini bagaimanapun

ditolak keras oleh kerajaan kerana pengiraan metodologi yang kurang tepat. ASLI yang

diterajui oleh anak Mahathir, Mirzan menarik balik laporan berkenaan disusuli dengan

perletakan jawatan ketua kajian laporan itu, Lim Teck Ghee. 916

914
Anwar Ibrahim, ‗Interview: Renaissance Man II‘, Off The Edge, 26 Julai 2006, 21-22.
915
‗Memikirkan semula agenda Melayu‘, Utusan Malaysia, 20 September 2004; Norraesah Mohamad,
‗Jangan indah khabar dari rupa‘, Mingguan Malaysia, 3 Oktober 2004; Khairy Jamaluddin, ‗Wawancara:
Kita terus terang saja kali ini‘, Mingguan Malaysia, 31 Julai 2005.
916
Lim Teck Ghee, ‗Interview: A tweak in time saves nine‘, The Sun, 19 Oktober 2006.

271
Polemik yang ditimbulkan oleh kajian Lim Teck Ghee ini mempunyai kesignifikanan

penting dalam konteks keterbukaan yang dianjurkan Abdullah. Mempertimbangkan latar

akademik dan kredibiliti yang dipunyai Lim, reaksi sedemikian rupa menyarankan

dilema yang masih dipunyai kerajaan untuk mengambil sikap yang lebih objektif dan

terbuka terhadap hasil penyelidikan. Tambahan pula, kajian yang dilakukan Fazilah

Abdul Samad dari Universiti Malaya turut mendapati bahawa ekuiti bumiputera telah

pun berada pada tahap 33.7% pada 1997 lagi. Namun apabila diminta memberikan

komen, beliau enggan berbuat demikian atas alasan terikat dengan ―Akujanji‖ –

instrumen yang diperkenalkan oleh Mahathir dan menimbulkan polemik dalam wacana

kebebasan akademik di Malaysia. Lebih mengelirukan debat umum ialah apabila

Timbalan Menteri Kewangan, Adek Awang memberitahu Parlimen bahawa ekuiti

bumiputra berada pada kedudukan 36.64% pada 31 Disember 2005. Namun seminggu

kemudiannya, angka ini ditarik balik oleh Menteri Jabatan Perdana Menteri, Effendi

Norwawi yang menghujahkan ia berada pada 21.6%. Kekeliruan yang muncul dalam

kes sebegini bagaimanapun mempunyai hikmah tersendiri kerana pada akhirnya ia telah

berjaya mengenakan tekanan kepada kerajaan untuk menjelaskan dengan lebih

terperinci metodologi pengiraan ekuiti. 917

917
Disesuaikan dari Abdul Rahman Embong, ‗Interview: Better if EPU gives more rationales: academic‘,
Malaysiakini, 13 Oktober 2006, http://www.malaysiakini.com/news/58189; ‗Bumi equity hit NEP target
10 years ago‘, Malaysiakini, 1 November 2006, http://www.malaysiakini.com/news/58885; ‗Some details
of NEP equity methodology unveiled‘, Malaysiakini, 7 November 2006,
http://www.malaysiakini.com/news/59200; ‗Bumi equity: Gov‘t retracts 36.6% figure‘, Malaysiakini, 13
November 2006, http://www.malaysiakini.com/news/59487 (kesemua sumber Malaysiakini diakses kali
terakhir pada 27 Disember 2010).

272
6.2.2 Perhimpunan Agung UMNO 2006: Detik Ultra-Konservatif

Namun bagi UMNO, kesemua perkembangan yang berlaku telah mula dilihat dalam

lensa yang berbeza. Seminggu sebelum PAU 2006, Menteri Besar Johor, Ghani Othman

menyatakan pendirian UMNO Johor yang menolak gagasan Bangsa Malaysia yang

diperkenalkan Mahathir kerana ia melewati peruntukan perlembagaan. Beliau juga

mengkritik dasar meritokrasi yang telah menyebabkan ramai pelajar luar bandar Melayu

menjadi lebih terkebelakang.918 Dirangsangi sama penting oleh kedudukan Islam yang

dilihat UMNO sedang diusik dengan berterusan, maka PAU 2006 yang disiarkan secara

langsung dan dianggarkan ditonton oleh enam juta penonton menjemput tindak balas

yang amat sengit dari perwakilan khususnya Pergerakan Pemuda UMNO. Hishamuddin

buat kali kedua mencium dan menjulang keris serta memberi amaran keras terhadap

Majlis Antara Agama (IFC) dan Kumpulan Artikel 11 (KA11) yang cuba mengusik

sentimen agama. Ketua Penerangan Pemuda, Azimi Daim menegaskan yang darah

pahlawan Melayu akan mengalir apabila keadaan menjadi tegang. Wakil Melaka,

Hasnoor Sidang Hussein memberikan amaran bahawa UMNO sanggup bermandi darah

untuk mempertahankan bangsa dan agama. Hashim Suboh yang mewakili Perlis pula

bertanyakan setelah dua kali keris dihunus oleh Hishamuddin sebagai tanda keraian,

bilakah pula ia akan digunakan? Tidak ketinggalan dalam menghangatkan suasana ialah

tokoh konservatif veteran, Mohamed Rahmat yang memperingatkan kecenderungan

918
‗Ghani: Bangsa Malaysia is rojak and not acceptable‘, New Straits Times, 6 November 2006.

273
orang Melayu yang terkenal dengan sikap amuk.919 Seperti yang dihujahkan oleh

beberapa pihak, ia merupakan PAU yang dibayangi golongan ―ultra-konservatif‖. 920

Menyedari ketidakpuasan meluas bukan Melayu terhadap situasi yang berlaku, Abdullah

mengambil pendekatan penyejuk dalam menenangkan situasi. Beliau menjelaskan

kehangatan pembahas hanyalah berupa reaksi daripada beberapa perkara yang

menggusarkan perwakilan. Beliau sekali lagi berikrar akan mempertahankan hak semua

bangsa dengan adil dan tidak akan memberi tumpuan terhadap kaum Melayu sahaja. 921

Reaksi untuk tidak memanaskan keadaan ini dilihat sebagai keputusan yang tepat kerana

paparan yang ditunjukkan UMNO dalam PAU tersebut ternyata berupa reaksi yang agak

diperbesarkan. Merujuk kepada penguasaan Melayu dalam beberapa sektor seperti

perbankan, pertanian, perladangan, GLC, pendidikan dan sistem birokrasi, secara

umumnya ia masih berada di kedudukan yang kukuh dan tidak seserius yang

digambarkan.922 UMNO kemudiannya memutuskan untuk menarik semula siaran secara

langsung dan sebagai reaksi daripada beberapa laporan polis yang dibuat oleh pihak

bukan Melayu, tiga pembahas iaitu Azimi, Hashim dan Hasnoor diberi amaran oleh

Jawatankuasa Pengurusan UMNO.923 Tindakan yang tidak pernah dilakukan ini

919
‗Race politics is out‘, New Straits Times, 15 November 2006; ‗Umno delegate: Don‘t provoke us‘,
Malaysiakini, 16 November 2006, http://www.malaysiakini.com/news/59629 (akses pada 21 Jun 2011);
‗Jangan sentuh hak orang Melayu‘, Utusan Malaysia, 16 November 2006.
920
P.Ramakrishnan, ‗Troubling times‘, Aliran Monthly, 26, no.10 (2006), 38.
921
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Transkrip Sidang Akhbar: Abdullah jawab pelbagai isu‘, Utusan Malaysia
17 November 2006; ‗Pilih jalan muafakat‘, Utusan Malaysia, 18 November 2006; ‗Finding Strength in
fairness‘, New Straits Times, 18 November 2006.
922
Khoo Kay Kim, ‗Wawancara: Tidak faham sejarah punca masalah kaum‘, Berita Minggu, 26
November 2006.
923
‗‗Hisham and his keris‘ remark shocks Karpal‘, Malaysiakini, 18 Nov 2006,
http://www.malaysiakini.com/news/59757; ‗UMNO may pull plug on live telecast‘, Malaysiakini, 20
November 2006, http://www.malaysiakini.com/news/59823 (kedua-dua diakses kali terakhir pada 27
Disember 2010); ‗Najib: Some speakers went overboard at Umno assembly‘, The Sun, 20 November

274
mengejutkan ramai di dalam parti kerana tidak memaparkan semangat

mempertahankan. 924

Dengan pendekatan ―adil‖ yang ditunjukkan Abdullah, peluang ini kelihatan terus

digunakan bagi pihak bukan Melayu untuk mewar-warkan agenda kesaksamaan. Pada

tahun berikutnya dan sebelum berlangsungnya PAU 2007, empat peristiwa dalam

tempoh yang berdekatan menjelaskan hubungan ini.

i. Penerbitan buku 13 Mei yang ditulis oleh pengarah SUARAM, Kua Kia Soong.
Ia berhujah bahawa keganasan 13 Mei tercetus bukanlah disebabkan pergaduhan
antara etnik tetapi rampasan kuasa pemimpin UMNO yang diketuai Razak bagi
mewajarkan pengwujudan kelas kapitalis Melayu menerusi DEB.925 Kerajaan
bagaimanapun tidak mengharamkan buku ini walaupun pada peringkat awal
merampas beberapa naskhahnya.926 Sebuah tabloid pro-Mahathir mengkritik
keputusan untuk tidak mengharamkan buku tersebut dan menyelar sikap MT
UMNO yang tidak memberikan nasihat yang betul kepada Abdullah. 927

ii. Penarikan semula syarat oleh Maybank bahawa mana-mana syarikat yang ingin
menjadi panel peguam kepada bank itu mestilah mempunyai 50% kepentingan
bumiputera. Langkah tersebut dibantah oleh pihak-pihak bukan Melayu
termasuklah daripada parti komponen. Sekali lagi, golongan konservatif melihat
ia sebagai cerminan beralahnya kerajaan.928

2006; ‗MCA Youth head to meet Hishamuddin over kris issue‘, New Straits Times, 27 November 2006;
‗Umno Reprimands Youth Wing Leaders For Speeches On Race‘, The Straits Times, 2 Disember 2006.
924
Shamsul Amri Baharuddin, ‗"The Amazing "Race" - Revisiting the 2006 UMNO General Assembly‘,
14 Disember 2006, http://opinionasia.com/Revisitingthe2006UMNOGeneralAssembly (akses pada 23
Oktober 2010).
925
Kua Kia Soong, May 13: Declassified Documents in the Malaysian Riots of 1969 (Petaling Jaya:
Suaram, 2007).
926
‗No ban yet on May 13 book‘, Malaysiakini, 16 Mei 2007, http://www.malaysiakini.com/news/67317
(akses akhir pada 27 Disember 2010).
927
‗Pemimpin UMNO pengecut‘, Era Baru, 29 Jun 2007.
928
‗Maybank policy ‗affects small firms‘‘, Malaysiakini, 8 Mei 2007,
http://www.malaysiakini.com/news/66967 (akses akhir pada 27 Disember 2010); ‗PM: Maybank must be
fair to all‘, The Star, 12 Mei 2007; ‗Tindakan Maybank mesti dipertahankan‘, Utusan Malaysia, 11 Mei
2007; ‗Isu Maybank tidak patut ke Kabinet – Hishammuddin‘, Utusan Malaysia, 11 Mei 2007; Rejal
Arbee, ‗The Maybank debacle and race relations‘, Era Baru, 29 Jun 2007.

275
iii. Pengeluaran The Merdeka Statement oleh ASLI yang merupakan rangka kerja
untuk negara Malaysia pada masa hadapan. Dengan merundingi 42 pertubuhan
NGO, ia antara lain menggesa agar pertimbangan meritokrasi diberi keutamaan,
penambahan etnik lain ke dalam perkhidmatan awam dan kebebasan memilih
agama. Kumpulan ini turut menjadikan Tunku Abdul Rahman sebagai rujukan
dengan menekankan kepimpinannya yang banyak memberatkan aspek ke-
Malaysiaan. 929

iv. Pada Perhimpunan Agung MCA lebih dua minggu kemudiannya, ketua Pemuda
MCA menggesa pihak berkuasa agar memansuhkan pelabelan ―Islam dan bukan
Islam‖ dan ―bumiputera dan bukan bumiputera‖ bagi membasmi sikap
perkauman dan memajukan semangat ―rakyat Malaysia‖.930 Presiden MCA Ong
Ka Ting pula memohon agar usahawan Cina diberi peluang yang sama dalam
perniagaan melalui projek tender terbuka. Abdullah yang hadir dalam
perhimpunan tersebut memberikan reaksi positif terhadap gesaan itu.931 Namun
seperti yang dijangka, ia menimbulkan bantahan UMNO termasuklah daripada
PAS yang menyifatkan ia bercanggah dengan semangat DEB.932

Bagaimanapun di sebalik peristiwa-peristiwa ini, PAU 2007 menyaksikan sentimen

umum perhimpunan tidak memperlihatkan reaksi yang serupa seperti tahun sebelumnya.

Disusuli dengan khabar mengenai PRU-12 yang akan diadakan, ia turut menjadi

penyumbang terhadap keperluan untuk kembali semula ke laluan sederhana. Pergerakan

Wanita contohnya mengambil inisiatif dengan memberi anugerah kepada tiga pelajar

bukan Melayu – sesuatu yang tidak pernah dilakukan. Hishamuddin pula cuba

memperbaiki imejnya dengan memberi tumpuan terhadap isu-isu pendidikan masyarakat

Cina dan mengamalkan pertautan yang membina. 933 Namun, dengan melihat penurunan

undi etnik Cina (dari 65% ke 35%) dan etnik India (dari 82% ke 47%) dalam PRU

929
The Merdeka Statement (ASLI: Kuala Lumpur, 2007),
http://www.cpps.org.my/sub_page.aspx?catID=169&ddlID=170 (akses pada 12 September 2010).
930
‗Stick to the constitution‘, The Star, 19 Ogos 2007.
931
‗I have been fair, I want to be fair, I‘ll always be fair‘, The Star, 20 Ogos 2007.
932
‗Help Chinese businessmen enrich country, says Ong‘, The Star, 20 Ogos 2007; ‗Jangan tunduk‘,
Utusan Malaysia, 21 Ogos 2007.
933
Joceline Tan, ‗Party has all to gain by being nice‘, The Star, 7 November 2007; ‗Bayangan pilihan
raya umum dinanti‘, Berita Harian, 8 November 2007; Joceline Tan, ‗Battle for the Chinese votes‘, The
Star, 4 Februari 2008.

276
tersebut,934 dapat disarankan bahawa insiden yang berlaku dalam PAU 2006 telah jauh

meresapi psikologi bukan Melayu sehingga menyebabkan Hishamuddin yang terbabit

dengan isu keris terpaksa memohon maaf secara terbuka.935

6.2.3 Etnik India dan Kebangkitan HINDRAF

Kajian-kajian telah menghujahkan bahawa selain daripada legasi ―pecah dan perintah‖

yang ditinggalkan British, dasar-dasar pemerintah khususnya DEB telah melebarkan

jurang keterbelakangan ekonomi etnik India berbanding etnik Cina dan Melayu. Hal ini

diburukkan dengan kegagalan yang berlaku di peringkat pelaksanaan biarpun beberapa

langkah pembaikan diambil kerajaan. 936 Hanya lapan hari selepas mengambil alih

pemerintahan, Abdullah mengakui bahawa komuniti India berhadapan dengan banyak

masalah dan berazam untuk menyelesaikannya dalam waktu terdekat.937 Pengakuan ini

dianggap dilakukan pada waktu yang tepat dalam mana keterbelakangan kaum India

telah mula dijadikan isu penting pelbagai pihak pada penghujung era Mahathir. Selain

daripada kelemahan pelaksanaan dasar, kepimpinan MIC di bawah Samy Vellu juga

mula dipersoalkan. Setelah menjawat jawatan menteri selama lebih suku abad, tidak

banyak yang dilakukan Samy dalam meningkatkan pemilikan kekayaan etnik India dan

934
Meredith Weiss, ‗Malaysia‘s 12th General Election: Causes and Consequences of the opposition‘s
surge‘, Asia Pacific Bulletin, 17 Mac 2008, 1.
935
‗Isu keris: Tak perlu runsing lagi‘, Agenda Daily, 28 April 2008 (akses akhir pada 27 Disember 2010).
936
Sebahagian dari hujah-hujah ini boleh dilihat dalam K.S Sandhu dan A.Mani (pnyt.), Indian
Communities in Southeast Asia (Singapura: Institute of Southeast Asian Studies, 1993);
Sivachandralingam Sundara Raja, ‗Komuniti India Dalam Arus Pembangunan Malaysia, 1957- 2008‘,
Kertas kerja 6th International Malaysian Studies Conference, 5-7 Ogos 2008, Universiti Malaysia
Sarawak, Kuching; K.Kesavapany, A.Mani dan Palamisamy Ramasamy (pnyt.), Rising Indian and Indian
Communities in East Asia (Singapura: Institute of Southeast Asian Studies, 2008).
937
‗Pak Lah wants all BN leaders to tell him the ‗truth‘‘, Malaysiakini, 9 November 2003,
http://www.malaysiakini.com/news/17780 (akses akhir pada 27 Disember 2010).

277
beliau lebih mengumpulkan pengaruh komuniti India di dalam dirinya sendiri. 938

Mempertimbangkan perkembangan yang masih tidak menggalakkan kemudiannya,

sekumpulan kecil kelas menengah India menubuhkan HINDRAF bagi memperjuangkan

rasa tidak puas hati kaum tersebut. Biarpun ditubuhkan selepas berlakunya kontroversi

perebutan jenazah M. Moorthy pada Disember 2005, HINDRAF mempunyai motif

perjuangan yang lebih luas. Dengan azam Abdullah untuk tidak bersikap etnosentrik,

ikrar ini dilihat HINDRAF haruslah menjelma dalam praktik yang berbeza berbanding

era Mahathir.939

Namun dalam konteks kajian ini, isu HINDRAF juga boleh dianggap merupakan

sebahagian daripada reaksi terhadap penularan konservatisme etno-agama. Isu besar

yang menjadi pemangkin terhadap kebangkitan HINDRAF ialah runtuhan kuil Hindu.

HINDRAF mendakwa sejumlah 79 buah kuil di beberapa buah negeri telah diruntuhkan

atau diberi notis meruntuh semenjak awal 2006 sehingga Jun 2007. Memburukkan

keadaan kerana ada antaranya menerima sokongan daripada pemimpin UMNO tempatan

dan melibatkan kuil yang telah mencecah usia 100 tahun. Kes-kes meruntuhkan kuil

yang berterusan menyebabkan HINDRAF pada 30 Jun 2007 menyerahkan

memorandum bantahan ke pejabat Peguam Negara.940 Menjelang 31 Ogos 2007,

938
Mohamed Nawab Mohamed Osman, ‗Marginalisation and The Indian Community in Malaysia‘, RSIS
Commentaries 131/2007; Raja, ‗Komuniti India Dalam Arus Pembangunan Malaysia, 1957- 2008‘, 23.
939
‗Dr Mahathir behind the plight of Indians in Malaysia, says Hindraf leader‘, 24 Jun 2008,
http://www.malaysianews.net/story/374557; ‗Hindraf on Mahathir ‗sins‘ against Indian‘, Malaysiakini, 18
September 2009, http://www.malaysiakini.com/news/113176 (kesemua diakses kali terakhir pada 27
Disember 2010).
940
‗Century-old Hindu temple in KL torn down‘, Malaysiakini, 21 April 2006,
http://www.malaysiakini.com/news/50088; ‗Pre-dawn strikes against temples decried‘, Malaysiakini, 7
Jun 2006, http://www.malaysiakini.com/news/52139; ‗Hindraf: Stop the bullying, Pak Lah!‘,
Malaysiakini, 31 Julai 2007, http://www.malaysiakini.com/news/70560; ‗Umno banners call for temple's
demolition‘, Malaysiakini, 12 Julai 2007, http://www.malaysiakini.com/news/69832 (kesemua sumber
Malaysiakini diakses kali terakhir pada 27 Disember 2010); Malaysian Human Rights Report 2007, 132.

278
sentimen ini diambil kesempatan oleh sesetengah pihak yang menyebarkan khabar angin

mengenai rusuhan antara etnik India dan Melayu di Pasir Gudang, Johor. 941 Walaupun

kejadian itu tidak berlaku tetapi beberapa tindakan pemimpin UMNO selepas itu tidak

terkecuali memberi rangsangan tersendiri. Hal ini dapat dilihat dalam dua kes yang

berlaku dalam waktu yang terdekat.

i. Dua bulan selepas khabar angin di Pasir Gudang, Naib Presiden UMNO, Ali
Rustam yang dijemput merasmikan Perhimpunan Agung PPP 942 mencetuskan
kejutan apabila mencabar PPP untuk keluar segera daripada BN berikutan
tuntutan untuk diberikan kerusi tambahan. Dilakukan dalam nada yang keras dan
lebih pula di atas kapasiti jemputan, ia mencetuskan kekecewaan mendalam
kepada PPP. Abdullah yang hadir kemudiannya dalam perhimpunan berikrar
akan mengambil perhatian terhadap permintaan itu.943

ii. Sembilan hari selepasnya, kekecohan tercetus di Selangor berikutan runtuhan


kuil di Kampung Rimba Jaya. Dalam peristiwa pada 30 Oktober itu, di sebalik
arahan Abdullah untuk menangguhkan peruntuhan itu dan bantahan keras yang
dikemukakan Samy Vellu, ia tetap dilaksanakan oleh kerajaan negeri Selangor di
bawah pimpinan Khir Toyo. Runtuhan yang dilakukan seminggu sebelum
perayaan Deepavali ini mencetuskan kritikan daripada pemimpin kerajaan
sendiri. 944

941
‗PM: Bohong, tiada rusuhan kaum di Pasir Gudang‘, mStar Online, 28 Ogos 2007,
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2007/8/28/TERKINI/Mutakhir/PM_Bohong_tiada_rusuhan_ka
um_di_Pasir_Gudang&sec=mstar_berita; ‗Explain source of insidious SMS: Johor groups‘, Malaysiakini,
1 September 2007, http://www.malaysiakini.com/news/71867 (kedua-dua diakses kali terakhir pada 27
Disember 2010).
942
PPP merupakan salah sebuah parti gabungan dalam BN. Walaupun pada asalnya merupakan parti yang
mengkhusus untuk etnik India, tetapi ia tidak mempunyai pengaruh sebesar MIC. Di bawah kepimpinan
M. Kayveas selama 15 tahun, ia kemudiannya membuka keahlian kepada bentuk multi-etnik dan kini
mendakwa mempunyai 500,000 ahli.
943
‗Ali Rustam: PPP can leave BN – now‘, Malaysiakini, 20 Oktober 2007,
http://www.malaysiakini.com/news/73770; ‗BN to study PPP‘s quest for more seats‘, Malaysiakini, 21
Oktober 2007, http://www.malaysiakini.com/news/73786 (kedua-dua diakses kali terakhir pada 27
Disember 2010).
944
‗Temple demolition leads to all-out fracas‘, Malaysiakini, 30 Oktober 2007,
http://www.malaysiakini.com/news/74180; ‗Samy: Stop temple demolitions or risk Indian votes‘,
Malaysiakini, 31 Oktober 2007, http://www.malaysiakini.com/news/74206; ‗Nazri: Temple demolition
'stupid, insensitive'‘, Malaysiakini, 3 Disember 2007, http://www.malaysiakini.com/news/75592; ‗But
Samy says it‘s Khir‘s fault‘, Malaysiakini, 29 April 2008, http://www.malaysiakini.com/news/82096
(kesemua sumber Malaysiakini diakses kali terakhir pada 27 Disember 2010).

279
HINDRAF akhirnya mengadakan demonstrasi pada 25 November 2007 dengan dihadiri

oleh 30,000 masyarakat India di Kuala Lumpur. Selain daripada menyuarakan keresahan

masyarakat India berhubung isu pengangguran, ekonomi, pendidikan dan keadaan

sosial, HINDRAF juga menuduh kerajaan mengamalkan pembersihan etnik secara

sistematik.945 Perhimpunan tersebut disuraikan dengan kaedah kekerasan setelah

HINDRAF merebakkan demonstrasi tersebut dalam kaedah yang agresif. Tindakan

HINDRAF bagaimanapun bukan sahaja menerima kecaman keras kerajaan tetapi juga

kritikan meluas pihak pembangkang.

Namun pendekatan kerajaan dalam menangani HINDRAF juga disifatkan tidak

membantu meredakan suasana. Beberapa tokoh perdana menyifatkan perhimpunan ini

boleh dibendung jika kerajaan sanggup mengadakan rundingan diplomasi. Namun

ketegangan perkauman lebih dimarakkan apabila beberapa pemimpin kerajaan dan NGO

Melayu menggelar HINDRAF sebagai ―pertubuhan yang hina‖, ―mempunyai taraf yang

rendah‖, ―pengganas‖ dan ―anti Islam‖. 946 Memburukkan keadaan apabila lima

pemimpinnya ditahan di bawah ISA berikutan khabar mengenai rusuhan yang bakal

meletus.947 Hanya selepas itu, Abdullah bersedia menerima kunjungan beberapa

pemimpin komuniti dan NGO India. Dalam mana perjumpaan tersebut memaparkan

945
‗Abdullah slams genocide claim‘, The Star, 7 Disember 2007.
946
Lihat Rustam Sani, ‗Hindraf terjebak dalam politik perkauman BN‘, Siasah, 2 Disember 2007;
Baradan Kuppusamy, ‗Facing Malaysia's Racial Issues‘, Time, 26 November 2007; ‗Tindakan liar – Pas‘,
Utusan Malaysia, 27 November 2007; ‗Hindraf tidak layak jumpa PM‘, Utusan Malaysia, 4 Disember
2007; ‗Zaid: Protest are the ‗Malaysian way‘‘, Malaysiakini, 5 Disember 2007,
http://www.malaysiakini.com/news/75703 (akses akhir pada 27 Disember 2010); Lee Hock Guan,
‗Malaysia in 2007: Abdullah Administration Under Siege‘, 191; Hassan Ahmad, ‗Akui kesilapan‘.
947
‗No Malay rally planned on Dec 16‘, Malaysiakini, 7 Disember 2007,
www.malaysiakini.com/news/75762; ‗Najib: Crackdown on dissent averted racial clash‘, Malaysiakini, 21
Januari 2008, http://www.malaysiakini.com/news/77261 (kedua-dua diakses kali terakhir pada 27
Disember 2010).

280
keterbukaan Abdullah, butiran yang dibangkitkan dalam pertemuan itu membayangkan

masalah-masalah komuniti India yang masih tidak diselesaikan.948 Naib Ketua Pemuda

Gerakan, S. Paranjothy juga kemudiannya secara terbuka membidas pendekatan

perkauman dan peminggiran kaum India yang didakwa dilakukan UMNO.949 Meskipun

Abdullah melaksanakan beberapa langkah susulan seperti mengisytiharkan cuti umum

bagi perayaan Thaipusam dan menubuhkan jawatankuasa khusus kabinet, ia kelihatan

lebih bersifat sementara. Dalam satu taklimat menjelang PRU-12, Abdullah telah

dimaklumkan bahawa jalan paling baik untuk meredakan kemarahan masyarakat India

ialah dengan mengundurkan Samy Vellu. Namun idea untuk menggugurkan seorang

pemimpin parti yang dipilih amat sukar untuk dilaksanakan. 950

Lima hari sebelum PRU-12, HINDRAF mengubah pendiriannya yang tidak memihak

dan menyeru agar rakyat memilih PR.951 Tidak sahaja undi masyarakat India pada PRU-

12 mengalami penurunan drastik, impak yang lebih mengejutkan ialah kekalahan Samy

Vellu di kawasan tradisinya, Sungai Siput dan juga kemenangan seorang pemimpin

HINDRAF yang ditahan di bawah ISA, M. Manoharan di Dewan Undangan Negeri

Kota Alam Shah di Selangor. Keputusan itu mengubah pendirian Samy yang

kemudiannya memaparkan pendekatan berlembut dengan HINDRAF dengan memohon

kerajaan membebaskan lima tahanannya.952 Pada Rumah Terbuka Aidilfitri Abdullah

948
‗I told PM the truth‘, Malaysiakini, 18 Disember 2007, http://www.malaysiakini.com/news/76170
(akses akhir pada 27 Disember 2010).
949
‗Gerakan rep: Umno incites racial sentiments‘, Malaysiakini, 21 Disember 2007,
http://www.malaysiakini.com/news/76305 (akses akhir pada 27 Disember 2010).
950
Joceline Tan, ‗No easy race to Putrajaya‘, The Star, 13 Februari 2011.
951
‗Vote opposition, Hindraf tells supporters‘, Malaysiakini, 3 Mac 2008 ,
http://www.malaysiakini.com/news/79047 (akses akhir pada 27 Disember 2010).
952
‗Samy calls for Hindraf 5's release‘, Malaysiakini, 30 Mac 2008,
http://www..malaysiakini.com/news/80593 (akses akhir pada 27 Disember 2010).

281
pada 1 Oktober 2008, sekumpulan ahlinya mencetuskan kekecohan pendek dengan

menyerbu majlis tersebut bagi membawa tuntutan pembebasan tahanan ISA. HINDRAF

diharamkan dua minggu kemudiannya oleh kerajaan berikutan dakwaan wujudnya

kenyataan pertubuhan itu yang menyifatkan orang Melayu dan orang Islam sebagai

musuh. 953

6.3 ISLAM HADHARI: PELENTUR KONSERVATISME AGAMA YANG


DIRAMPAS

Dalam konteks yang lebih luas, sentimen terhadap HINDRAF tidak mengejutkan. Di

sebalik kemajuan ekonomi, pemerluasan pendidikan moden dan kebangkitan kelas

menengah, umat Islam di Malaysia secara umumnya amat berfahaman konservatif. 954

Berpandukan kepada beberapa ukuran yang diletakkan sarjana, definisi konservatisme

agama di sini dibahagikan kepada lima bentuk iaitu pengembalian kepada ajaran asal al-

Quran dan Hadis, bersifat mutlak dan tidak toleransi, sikap yang sempit terhadap wanita

dan patriarki, begitu terikat kepada aspek dan tradisi fikah seolah-olah fikah itu lebih

penting daripada ajaran al-Quran dan terakhirnya, sikap yang rigid terhadap undang-

undang dan hukuman tanpa menekankan nilai kesedaran dan dakwah.955

953
‗Provokasi di rumah terbuka Aidilfitri‘, Utusan Malaysia, 3 Oktober 2008; Syed Hamid Albar, ‗Syed
Hamid talks to The Star Online (Part 2)‘, The Star Online, 23 Oktober 2008,
http://thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=/2008/10/23/nation/20081023135041 (akses akhir
pada 12 September 2010).
954
Chandra Muzaffar, ‗Interview: On Islamic Inclusivism and Muslim Exclusivism‘, 19 Oktober 2009,
http://worldmuslimcongress.blogspot.com/2009/10/chandra-muzaffar-on-islamic-inclusivism.html (akses
pada 15 Julai 2010).
955
Disesuaikan dari Judith Nagata, ‗Religious Ideology and Social Change: The Islamic Revival in
Malaysia‘, Pacific Affairs, 53, no.2 (1980), 406; Chandra Muzaffar, temubual dengan pengarang; Claudia
Derichs dan Andrea Fleschenberg (eds.), Religious Fundamentalisms and Their Gendered Impacts in Asia
(Berlin: Friedrich-Ebert-Stiftung, 2010), 8.

282
Sekian lama, wujudnya konsensus meluas bahawa etnisiti memberi pemberat terpenting

dalam mempengaruhi sikap orang Melayu terhadap agama. Oleh sebab ketetapan

perlembagaan bahawa seseorang Melayu itu mesti beragama Islam, maka agama

melengkapkan identiti Melayu itu dan sebarang ancaman terhadap Islam akan turut

dianggap sebagai ancaman etnik lain terhadap perpaduan serta hak istimewa orang

Melayu. Islam dengan itu dianggap sebagai benteng terakhir dalam melindungi identiti

Melayu berikutan kemandiriannya sebagai elemen mobilisasi. 956 Tidak menghairankan,

hubungan tidak terpisah etno-agama ini merupakan wacana paling berkesan dalam

politik UMNO sejak era kebangkitan semula Islam pada 1970-an.957 Walaupun UMNO

mempraktikkan pendekatan Islam sederhana sejak era Tunku lagi dan sering kali

memberi jaminan hak bukan Islam sentiasa terpelihara, impak kebangkitan Islam dan

proses Islamisasi sentiasa mencetuskan kebimbangan pada pihak bukan Islam berikutan

obsesi dan cubaan birokrat agama untuk memperluaskan penyerapan undang-undang

serta budaya Islam dalam kehidupan umum. 958 Hal ini bertentangan dengan matlamat

Mahathir yang ingin menjadi Islamis dalam erti kata yang progresif iaitu mendukung

menggunakan akal dan ijtihad, tidak terkepung dengan tafsiran ulama tradisional dan

956
Nagata, ‗Religious Ideology and Social Change: The Islamic Revival in Malaysia‘, 409; Diane
K.Mauzy dan R.S Milne, ‗The Mahathir Administration in Malaysia: Discipline Through Islam‘, Pacific
Affairs, 56, no.4 (1983), 632; Osman Bakar, ‗Islam and Politics in the Post-Mahathir Era‘ dalam Briefing
Notes on Islam, Society and Politics (Washington: Centre for Strategic and International Studies, 2005),
18; Chandra Muzaffar, ‗Interview: On Islamic Inclusivism and Muslim Exclusivism‘.
957
Lihat antara kajian penting mengenai kebangkitan Islam seperti Nagata, ‗Religious Ideology and Social
Change: The Islamic Revival in Malaysia‘; Mohamad Abu Bakar, ‗Islamic Revivalism and The Political
Process in Malaysia‘, Asian Survey, 21, no.10 (1981); Barraclough, ‗Managing the challenges of Islamic
Revival in Malaysia: A Regime Perspective‘; Mauzy dan Milne, ‗The Mahathir Administration in
Malaysia: Discipline Through Islam‘.
958
Sebahagian daripada hujah ini boleh dilihat dalam Mauzy dan Milne, ‗The Mahathir Administration
Malaysia: Discipline Through Islam‘, 641-648; Raymond L.M Lee, ‗Patterns of Religious Tension in
Malaysia‘, Asian Survey, 28, no.4 (1988); Helen Ting, ‗The Politics of National Identity on West
Malaysia: Continued Mutation or Critical Transition‘, Southeast Asian Studies, 47, no.1 (2009), 44-45.

283
lebih mengutamakan pengisian daripada penampilan.959 Bagaimanapun untuk jangka

masa sementara, pendekatan autoritarian beliau berjaya memperlahankan aliran ini. 960

Di bawah kepimpinannya, Malaysia seperti yang dianggap Nagata, berjaya menjadi

Islamic without being an Islamic state.961 Di sisi yang lain, walaupun PAS mula beralih

ke arah isu-isu keadilan sosial dan demokrasi seperti yang ditunjuk dalam kes Anwar

pada 1998-1999, konservatisme PAS mengalami peningkatan yang besar khususnya

selepas mereka berjaya merampas Terengganu pada PRU-10 1999. Hal ini disusuli

dengan kemenangan golongan ulama dalam Muktamar 2003 dan selepas perlantikan

Hadi Awang sebagai Presiden PAS bagi menggantikan Fadzil Noor yang meninggal

dunia. 962

Sejurus sebelum Abdullah mengambil alih pemerintahan, beliau seakan-akan menyedari

bahawa pendekatan Islam progresif yang diwarisinya daripada Mahathir berada dalam

kedudukan yang tergugat. Bagi Khairy, dengan merujuk kepada tindakan yang

dilakukan kerajaan PAS di Kelantan dan Terengganu seperti larangan membuka kelab

malam, kaunter berasingan untuk lelaki dan wanita serta gambar wanita yang harus

ditutup aurat, Islam yang progresif menurutnya berada di dalam ancaman kerana

monopoli alim ulama terhadap agama telah menjadi suara yang mempertingkatkan

959
Clive Kessler, ‗Islam, the State & Desecularization‘ dalam Norani Othman, Mavis C.Puthucheary dan
Clive Kessler, Sharing The Nation (Petaling Jaya: SIRD, 2008), 68; Ahmad Fauzi Abdul Hamid,
‗Implementing Islamic Law within a Modern Constitutional Framework: Challenges and Problems in
Contemporary Malaysia‘, Islamic Studies, 48, no. 2 (2009), 168-169.
960
Ahmad Fauzi Abdul Hamid, ‗Politically Engaged Muslims in Malaysia in the Era of Abdullah Ahmad
Badawi (2003-2009), 168.
961
Judith Nagata, ‗How to be Islamic without being an Islamic state: Contested models of development of
Malaysia‘ dalam Akber S. Ahmed dan Hasting Donnan (pnyt), Islam, Globalization and Postmodernity.
(New York: Routledge, 1994).
962
Bridget Welsh, ‗Tears and Fears: Tun Mahathir‘s Last Hurrah‘, Southeast Asian Affairs 2004, 148-149.

284
konservatisme.963 Lebih dibimbangi ialah sama ada karektor ini akan menguasai

UMNO. Biarpun secara semula jadinya, MT UMNO sememangnya mengambil

pendirian yang sederhana dalam sesuatu isu berkaitan Islam tetapi hal ini tidak berlaku

di kalangan aliran konservatif akar umbi yang mencari sokongan di kawasan masing-

masing. Di sinilah kelebihan yang dipunyai Abdullah kerana Abdullah has not fostered

conservatism within UMNO; his scholar credentials have given him the space to avoid

deepening the competition with Pas for religious legitimacy that Mahathir began in

1982.964 Walaupun dibesarkan dengan keluarga yang warak agama, ayah dan datuknya

bukanlah berpendirian kuno.965 Hal ini ‗menjangkiti‘ Abdullah yang dilihat lebih

terbuka dan responsif dalam wacana membabitkan Islam. Dalam isu yang membabitkan

Kassim Ahmad pada pertengahan 1980-an, Abdullah yang ketika itu menjadi Menteri

Pelajaran membenarkan Seminar Hadis yang kontroversi diadakan walaupun ditentang

oleh birokrat agama.966

Berikutan kejadian ‗9/11‘, Islam Hadhari merupakan instrumen yang lebih diperlukan

bagi membendung sangkaan buruk kuasa Barat dan sekutunya.967 Dibandingkan dengan

keadaan negara-negara Islam lain, ia merupakan pendekatan yang bersifat liberal

mengambil contoh salah satu prinsipnya yang mempertahankan hak wanita. Namun

liberal di sini bukanlah dalam erti kata yang bercanggah dengan Islam dan ingin

963
Khairy Jamaluddin, ‗Model Nation‘.
964
Welsh, ‗Tears and Fears: Tun Mahathir‘s Last Hurrah‘, 147.
965
Ungku Aziz, ‗Wawancara: Orang Melayu perlu dipaksa berubah‘, Utusan Malaysia, 9 April 2006.
966
Kassim Ahmad, Mencari Jalan Pulang (Petaling Jaya: ZI Publications, 2008), 195.
967
‗9/11‘ merupakan kejadian pengeboman World Trade Centre, New York yang mengorbankan hampir
3,000 mangsa. Serangan pengganas yang terburuk dalam abad ke-21 ini mengakibatkan Amerika Syarikat
melancarkan perang menentang pengganas terhadap Al-Qaeda yang bertanggungjawab terhadap serangan
tersebut. Bagaimanapun, ia pada masa yang sama meningkatkan kegelisahan dan keresahan umat Islam
terhadap niat sebenar Amerika Syarikat khususnya setelah serangan terhadap Iraq dilancarkan selepas itu.
Lihat Muhamad Takiyuddin Ismail, Aliran Neokonservatif Dalam Dasar Luar Amerika Syarikat.

285
mengubah sifat agama. 968 Di sebalik kesemua sepuluh prinsip yang digariskan dalam

gagasan tersebut, kita bagaimanapun boleh berhujah bahawa sebahagian daripadanya

bersifat umum. Antaranya ialah keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T, rakyat

berjiwa merdeka, penguasaan ilmu pengetahuan, kehidupan berkualiti dan kekuatan

pertahanan. Manakala lima lagi prinsip boleh dianggap sebagai cerminan penekanan

khusus Abdullah seperti yang telah dijelaskan dalam beberapa perbincangan sebelum ini

iaitu kerajaan adil dan beramanah, pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif,

pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita, keutuhan budaya dan moral serta

pemuliharaan alam semula jadi.

Prinsip yang menjadi tumpuan utama dalam konteks kajian ini ialah pembelaan hak

kumpulan minoriti dan wanita. Sebelum pergi lebih jauh, salah satu pertimbangan minor

yang harus diberi perhatian ialah dengan melihat latar perkahwinan Abdullah. Selepas

Endon meninggal dunia, Abdullah mengahwini Jeanne Abdullah yang diketahui pernah

dibaptiskan sebagai seorang Kristian dan datang daripada keluarga penganut Katolik.

Sudah tentu fakta ini tidak menafikan bahawa perkahwinan campur telah banyak

berlaku di kalangan elit Melayu lain. Namun dalam takat tertentu, ia mewujudkan

―simbol‖ mengenai agenda toleransi agama dan kaum yang didukung Abdullah.969

Malahan isterinya, Jeanne sentiasa menghantar mesej bahawa pertukaran agamanya ke

Islam tidak mendatangkan sebarang mudarat malah lebih merapatkan hubungannya

968
Osman Bakar, ‗Wawancara: Biarkan mereka berdebat‘, Siasah, 7 Julai 2006.
969
‗Elite Malays and mixed marriage‘, 27 Julai 2007,
http://www.asiasentinel.com/index.php?option=com_content&task=view&id=600&Itemid=34 (akses
pada 13 Julai 2009); ‗In Conversation: all mixed up‘, The Edge, 15 Mac 2010.

286
dengan keluarga asal serta kenalan lama. 970 Dalam temu bualnya dengan akhbar The

Edge pada Februari 2011, Jeanne dilihat selesa untuk terus menggunakan istilah

Christmas shopping971 – diyakini merujuk kepada urusan membeli-belah bagi

menyambut perayaan Krismas 2010 untuk keluarga asalnya.

Diterjemahkan dalam konteks yang lebih besar, elemen toleransi agama dan

penghormatan terhadap hak minoriti merupakan elemen yang menjadi penekanan

Abdullah terhadap pihak bukan Islam. Selepas PRU-11, Islam Hadhari mendapat

perhatian besar di peringkat antarabangsa yang menyifatkan agama itu boleh bersikap

toleran dan demokratik dalam sebuah negara Islam yang konservatif. Pendekatan

Abdullah yang tidak gemar terjebak dalam isu agama tetapi menumpukan pada

reformasi institusi dan ekonomi memberi reaksi yang tidak menyenangkan kepada

golongan Islamis dan konservatisme agama. 972 Abdullah menegaskan keputusan PRU

2004 ―memperlihatkan bahawa pendekatan progresif dan amalan sederhana berjaya

mengalahkan ideologi konservatif dan amalan ekstremisme [agama]‖. 973 Selain daripada

menghantar mesej yang sama kepada Presiden Bush dalam pertemuan mereka pada Julai

2004, gagasan itu turut dicanangkan Abdullah ke peringkat antarabangsa. Berbanding

Mahathir, beliau lebih menekankan kefahaman Barat terhadap ajaran Islam yang

970
Lihat ‗Emotional reunion for Jeanne and Sister Enda‘, The Star, 27 Disember 2007; ‗Jeanne Abdullah:
I am proud to be a Muslim‘, 10 Ogos 2008,
http://www.asiaone.com/News/AsiaOne%2BNews/Malaysia/Story/A1Story20080810-81553.html (akses
pada 7 November 2011).
971
Abdullah Ahmad Badawi, ‗The mellow life‘.
972
S.Mark Heim, ‗A different kind of Islamic State‘, The Christian Century, 5 Oktober 2004; ‗The march
toward a more moderate Islam‘, Asia Times Online, 24 Disember 2004,
http://www.atimes.com/atimes/Southeast_Asia/FL24Ae01.html (akses pada 23 September 2010); ‗Islam‘s
Happy Faces‘, Newsweek, 27 Disember 2005.
973
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Dasar Perhimpunan Agung UMNO 2004‘, Utusan Malaysia, 24
September 2004.

287
sebenar daripada menyalahkan negara-negara Muslim atas pembangunan ekonomi yang

perlahan. 974 Pada Ogos 2004, Abdullah menjadi pemimpin Islam pertama berucap pada

perhimpunan The World Council of Churches. Dengan menekankan mesej toleransi dan

kesederhaaan, beliau menggesa:

what we need more than ever today is a concerted effort to initiate inter-faith
dialogue. We need to talk to one another openly about the issues that impact on
all our lives. Let us go beyond arguing over differences in theology and religious
practice. A meaningful dialogue will not be possible if we do not respect each
other‘s freedom of worship. Islam enjoins pluralism and we are reminded of it in
the Quranic verse ―To you your religion, to me my religion‖.975

6.3.1 Majlis Antara-Agama (IFC)

Salah satu reaksi yang muncul apabila Abdullah menganjurkan dialog antara agama

ialah cadangan penubuhan IFC oleh Majlis Peguam pada awal 2005. Inisiatif ini

mendapat tentangan PAS dan juga NGO Islam seperti Angkatan Belia Islam Malaysia

(ABIM) dan Jawatankuasa Gabungan Badan Islam Bukan Kerajaan (ACCIN).976

Kebanyakan bantahan ini berkisar terhadap 14 tuntutan IFC yang dianggap melampau

seperti kebebasan beragama secara total, peningkatan dana dan infrastruktur bagi

penyebaran dakwah agama lain, peningkatan pendidikan agama lain di sekolah dan

pemerluasan wang zakat pada bukan Islam. 977 Oleh sebab desakan yang kuat, Abdullah

974
Claudia Derichs, ‗Malaysia in 2006: An Old Tiger Roars‘, Asian Survey, 47, no. 1 (2007), 154.
975
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Plenary Commision on Faith and Order of the World Council of
Churches‘.
976
‗No need for Inter-Faith Commission, says ACCIN‘, The Sun, 22 Februari 2005; ‗Inter-faith panel has
its fingers crossed‘, The Sun, 28 Februari 2005; ‗ABIM Bantah Penubuhan Inter-Faith Commission
(ICM)‘, Demi Masa, 15 April 2005.
977
Untuk perincian lanjut lihat Rahimin Affandi Abdul Rahim, ‗Kebudayaan Melayu dan Islam: Analisis
terhadap cabaran semasa (Bhg Akhir)‘, Ummatanwasatan.Net, 19 Mei 2009,
http://ummatanwasatan.net/2009/05/kebudayaan-melayu-dan-islam-analisis-terhadap-cabaran-semasa-
bhg-akhir (akses pada 22 September 2010).

288
memutuskan untuk menangguhkan IFC tetapi akan terus menggalakkan mesyuarat dan

dialog tertutup antara agama.978 Walaupun Majlis Peguam akur dengan keputusan

tersebut,979 perkembangan seterusnya menyaksikan IFC terus dilihat dengan kritikal

oleh Islamis.

6.3.2 Kebebasan Agama: Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan

Peruntukan 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan memberi bidang kuasa eksklusif

kepada mahkamah syariah dalam mentadbir undang-undang Islam. Peruntukan ini

dipinda pada 1988 oleh Mahathir bagi mengelakkan percanggahan kuasa antara

mahkamah sivil dan mahkamah syariah. Bagaimanapun antara kesan sampingan yang

muncul daripada pindaan ini ialah kemasukan pengaruh Islam dalam tafsiran kehakiman

yang adakalanya membayangi pertimbangan yang dianggap lebih penting seperti

keadilan. 980

Isu pertama muncul apabila bekas pendaki Gunung Everest, M. Moorthy atau Muhamad

Abdullah meninggal dunia pada Disember 2005. Begitu pun, beliau tidak memaklumkan

kepada isterinya bahawa beliau telah pun memeluk Islam pada 2004. Mahkamah syariah

yang mendengar permohonan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

(MAIWP) memutuskan bahawa Moorthy merupakan penganut Islam dan harus

dikebumikan mengikut cara Islam. Keluarga Moorthy kemudiannya membawa kes

978
‗Inter-faith commission idea dropped‘, New Straits Times, 27 Februari 2005; ‗No: Postponement of
proposed IFC is not a setback, says Abdullah‘, The Sun, 24 Mac 2005.
979
‗Khutubul: Bar Council to focus on Inter-faith Dialogue‘, The Sun, 6 Mac 2005.
980
Lihat temubual dengan bekas Ketua Hakim Malaya dan bekas Pesuruhjaya Suhakam, Anuar Zainal
Abidin, ‗Q & A: Islamic influence in judiciary worrying‘, Malaysiakini, 5 Julai 2006,
http://www.malaysiakini.com/news/53457 (akses akhir pada 27 Disember 2010).

289
tersebut ke Mahkamah Tinggi tetapi permohonan itu turut ditolak. Walaupun

terdapatnya bukti bahawa Moorthy masih mengamalkan cara hidup seorang Hindu, ia

memutuskan bahawa mahkamah sivil tidak boleh mencampuri urusan mahkamah

syariah. Reaksi daripada keputusan tersebut menimbulkan ketidaksenangan dan

kekecewaan daripada badan agama-agama lain dan pihak bukan Melayu kerana didakwa

melanggar semangat perlembagaan yang menjamin kebebasan beragama. 981 Turut

mendapat perhatian ialah cercaan yang ditunjukkan sekumpulan pihak terhadap keluarga

Moorthy di Hospital Kuala Lumpur – sikap yang tidak memaparkan empati.982

Aspek yang menjadi tumpuan dalam kes ini ialah tindakan birokrat agama yang

menggunakan tafsiran perundangan yang sempit. Dalam kes Moorthy, elemen yang

dipersoalkan ialah tindakan MAIWP yang menggunakan peruntukan ex-parte tanpa

memanggil keluarga Moorthy bagi memberi keterangan di mahkamah. Jika permohonan

itu dibuat secara inter-parte iaitu dengan kehadiran kedua-dua pihak, ia dapat

mengelakkan persepsi bahawa pihak bukan Islam tidak mempunyai sebarang remedi

atau mendapatkan keadilan di mahkamah syariah.983 Walaupun memohon agar semua

pihak tidak beremosi dalam kes tersebut, Abdullah turut mengakui bahawa undang-

undang mengenai perkara yang berkaitan dengan penukaran agama perlu diterangkan

kerana peruntukan yang ada tidak begitu jelas. 984

981
Lihat wawancara dengan jurucakap MCCBCHST, Wong Kim Kong, ‗Wawancara: Tafsiran hakim
cetus konflik‘, Mingguan Malaysia, 22 Januari 2006.
982
‗Tensions run high over Everest hero‘, Malaysiakini, 23 Disember 2005,
http://www.malaysiakini.com/news/44967 (akses pada 21 September 2010).
983
‗Syariah lawyer criticises Islamic council‘s action‘, Malaysiakini, 30 Disember 2005,
http://www.malaysiakini.com/news/45142 (akses pada 21 Jun 2012); Wong Kim Kong, ‗Tafsiran hakim
cetus konflik‘.
984
‗PM sedang teliti agar isu seperti perebutan jenazah wira Everest tidak berulang‘, Agenda Daily, 11
Januari 2006 (akses akhir pada 27 Disember 2010).

290
Seolah-olah mendapat inspirasi daripada pengakuan Abdullah ini, sembilan menteri

bukan Islam kemudiannya mengemukakan memorandum kepada Abdullah berkenaan

cadangan untuk mengkaji semula Perkara 121(1A). Kontroversi yang menyelubungi isu

ini seakan-akan menemui merit tersendiri apabila beberapa hari selepas itu, Mahkamah

Syariah Negeri Sembilan memutuskan bahawa Wong Ah Kiu atau Nyonya Tahir

mengamalkan cara hidup sebagai seorang Buddha dan dengan itu harus dikebumikan

mengikut agama tersebut. Apabila timbulnya kekeliruan mengenai agama sebenar si

mati, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan sekali lagi memohon untuk

menuntut mayat berkenaan. Namun setelah mendengar keterangan daripada anak

perempuannya di Mahkamah Syariah, mahkamah memutuskan bahawa si mati

merupakan seorang penganut Buddha. Berbeza dengan kes Moorthy di mana keluarga si

mati tidak dipanggil untuk memberi keterangan, kes Nyonya merupakan kes pertama di

mana seorang yang bukan Islam dipanggil ke hadapan di Mahkamah Syariah.985

6.3.3 Kumpulan Artikel 11 (KA11)

Keputusan kes Nyonya Tahir bagaimanapun tidak memadamkan kegusaran pihak bukan

Melayu. Sekumpulan gabungan NGO liberal-sekular iaitu KA 11 kemudiannya

mengadakan forum kebebasan agama di Petaling Jaya dan Melaka. Antara nama-nama

yang terlibat dalam forum tersebut ialah Shad Saleem Faruqi, Cyrus Das dan Zaid

Ibrahim. Namun forum seterusnya yang berlangsung di Pulau Pinang pada Mei 2006

menerima nasib yang berbeza apabila ia diserbu oleh ACCIN dan juga Badan Bertindak

985
‗Nyonya Tahir a non-Muslim‘, The Star, 24 Januari 2006; ‗Nyonya Tahir - a landmark judgment‘,
Malaysiakini, 24 Januari 2006, http://www.malaysiakini.com/news/46151 (akses akhir pada 27 Disember
2010).

291
Anti-IFC (BADAI).986 Reaksi pertama muncul daripada Nazri Aziz yang menyelar keras

tindakan tersebut sebagai ―bodoh‖ dan tidak memaparkan penghormatan terhadap hak

minoriti. 987 Abdullah turut menyifatkan serbuan tersebut sebagai ―biadap‖ kerana ia

masih dalam hak yang dipunyai penganjur dan dijalankan secara tertutup. Beliau

bagaimanapun menegaskan forum seumpamanya harus dilaksanakan dengan amat

berhati-hati dan tanpa niat untuk mengenakan tekanan terhadap kerajaan.988 Namun di

sebalik reaksi yang boleh disifatkan adil ini, pihak bukan Melayu terus berasa tidak puas

hati. Penolong penyunting The Sun (kini pengendali akhbar dalam talian, The Nut

Graph), Jacqueline Ann Surin menganggap kenyataan Abdullah seolah-olah bagai

memberi amaran agar ia tidak diteruskan dan bertentangan dengan perisytiharan ―Saya

Perdana Menteri Untuk Semua Rakyat Malaysia‖.989 Forum seterusnya yang diadakan di

Johor Bahru berjaya dilangsungkan pada 22 Julai walaupun diiringi oleh tunjuk

perasaan yang diketuai oleh PAS.990 Tiga hari kemudiannya iaitu selepas Mesyuarat MT

UMNO pada 25 Julai, Abdullah mengarahkan agar sebarang perbincangan mengenai

agama dan IFC dihentikan kerana ia telah mula menimbulkan masalah. 991

Di sisi lain, modus operandi kumpulan seperti BADAI beroperasi di bawah premis

bahawa KA11 melaksanakan ―kebebasan murtad‖.992 Serbuan di Pulau Pinang

umpamanya berlaku berikutan wujudnya maklumat bahawa forum tersebut akan

986
Lemiere, ‗Apostasy & Islamic Civil Society in Malaysia‘, 47.
987
‗Minister condemns Muslim protest as 'stupid'‘, Malaysiakini, 16 Mei 2006,
http://www.malaysiakini.com/news/51104 (akses akhir pada 27 Disember 2010).
988
‗Pak Lah: Forum okay ... but be careful‘, The Star, 17 Mei 2006.
989
Surin, ‗An open letter to the PM‘.
990
‗Article 11 forum ended peacefully amid noisy protesters‘, The Sun, 24 Julai 2006.
991
‗Hentikan perbincangan isu agama – Abdullah‘, Utusan Malaysia, 26 Julai 2006.
992
‗Penegasan BADAI berhubung Aktiviti Kumpulan Artikel 11/IFC‘ (t.th),
http://bantahan-ifc.tripod.com/penegasanBadai.htm (akses pada 27 September 2010).

292
membincangkan soal IFC. 993 Tiga bulan sebelumnya, isu murtad ini telah mendapat

tempat apabila Mufti Perak, Harussani Zakaria mendakwa bahawa 250,000 umat Islam

Malaysia telah menjadi murtad.994 Dengan itu, apabila muncul pula kes Lina Joy,

sentimen ―mentaliti terancam‖ ini telah dengan sendirinya menjadi begitu kukuh. Lina

Joy atau nama sebenarnya Azalina Jailani memohon untuk mengeluarkan perkataan

―Islam‖ pada kad pengenalannya semenjak 1997 namun ditolak oleh Jabatan

Pendaftaran Negara (JPN). Beliau kemudian membawa kes tersebut ke Mahkamah

Tinggi yang turut menolak permohonannya kerana pertukaran agama beliau harus

disahkan terlebih dahulu oleh Mahkamah Syariah. Pada September 2005, Mahkamah

Rayuan mengekalkan keputusan tersebut dengan keputusan 2-1 dan keputusan yang

sama turut dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada Mei 2007.995 Berbanding isu

Moorthy, isu Lina Joy ditanggapi dengan lebih emosi oleh pihak bukan Melayu dan

pertubuhan agama lain.996

Satu lagi kes yang mencuri perhatian ialah isu perebutan mayat Rayappan Anthony.

Penama yang memeluk Islam pada 1990 telah kembali semula menganut Katolik pada

1999 mengikut prosedur JPN. Apabila beliau meninggal dunia pada November 2006,

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menuntut mayat tersebut melalui permohonan ex-

parte. Biarpun wujud perbincangan antara keluarga Rayappan dan JAIS, ketidaktelusan

JAIS mengakibatkan keluarga Rayappan mengemukakan permohonan ke Mahkamah

993
‗Disrupted forum never planned to discuss Inter-Faith Commission‘, The Star, 17 Mei 2006.
994
‗Mufti Perak dakwa 250,000 murtad di negara ini?‘, Harakah Daily.Net, 14 Februari 2006 (akses akhir
pada 27 Disember 2010).
995
‗All eyes on Lina Joy case‘, The Star, 25 Jun 2006; ‗Lina Joy loses appeal to drop 'islam' from her
NRIC‘, The Sun, 30 Mei 2007.
996
Himpunan ulasan-ulasan ini boleh dilihat dalam Nathaniel Tan dan John Lee (pnyt.), Religion Under
Seige (Kuala Lumpur: Kinibooks, 2008).

293
Tinggi. Setelah kes tersebut mendapat perhatian kabinet, JAIS memutuskan untuk

menarik semula tuntutannya atas alasan tidak mempunyai bukti yang mencukupi. Bukan

sahaja tindakan JAIS menyemarakkan persepsi negatif pihak bukan Islam malahan

menimbulkan kemarahan Persatuan Peguam Syariah Malaysia.997

6.3.4 Kebangkitan Islamis Ultra-Konservatif

Apabila Harussani mengeluarkan dakwaan mengenai gejala murtad, ia bukanlah kali

pertama beliau menimbulkan polemik. Sejak peringkat awal pentadbiran Abdullah,

beliau telah menjolok perhatian apabila menyifatkan karnival Sure Heboh yang

dianjurkan TV3 sebagai haram. Dua lagi isu yang menjadi penanda aras sikap ultra-

konservatif beliau ialah cadangannya mengasingkan pesakit AIDS ke pulau terpencil

dan juga gesaan untuk mengkaji semula amalan kongsi raya yang disifatkan bercanggah

dengan syarak. 998 Dalam kes murtad, kajian yang dilakukan seorang penyelidik

menunjukkan jumlah yang murtad jauh lebih rendah daripada yang didakwa.999 Tinjauan

yang dilakukan ke pusat pemulihan akidah di Ulu Yam juga mendapati ia tidak

mencerminkan keseriusan dakwaan berkenaan. 1000 Gesaan berkaitan penolakan amalan

kongsi raya pula ditolak oleh Abdullah yang menyifatkan ia hanya merupakan

997
‗I have to perform the last rites, as his lawful wife‘, The Sun, 1 Disember 2006; ‗PM: A-G will decide
on Rayappan's religious status‘, New Straits Times, 7 Disember 2006; ‗Issue settled – family claims
Rayappan‘s body‘, The Star, 8 Disember 2006; ‗Lawyers criticise Islamic Council‘, New Straits Times, 8
Disember 2006.
998
‗Sure Heboh: Tugas Mufti sepertilah doktor merawat pesakit‘, Agenda Daily, 16 Ogos 2004; ‗Mufti
Perak cadang penghidap AIDS, Selesema Burung dikuarantin‘, Agenda Daily, 23 April 2005 (kedua-dua
diakses kali terakhir pada 27 Disember 2010); ‗Ulama mahu amalan kongsi raya dikaji semula‘, Utusan
Malaysia, 14 Jun 2006.
999
Lihat temu bual dengan penyelidik berkenaan, Mohamed Azam Mohamad Adil, ‗Interview: Very few
have abandoned the faith‘, New Straits Times, 19 November 2006.
1000
Zainah Anwar, ‗Interview: Don‘t let the mob prevail‘, The Star, 28 November 2006.

294
perjumpaan sosial dan bukannya perjumpaan keagamaan.1001 Impak daripada dakwaan

ini mewujudkan kesan berantai apabila empat bulan selepas itu, seorang kakitangan

jabatan syariah Takaful Malaysia mengedarkan emel yang melarang ucapan selamat

Deepavali kerana boleh menjurus kepada syirik. Isu ini sekali lagi mencetuskan

kekecewaan ramai pihak khususnya masyarakat India. 1002

Sebelum berlangsungnya PAU 2006, dua kejadian berasingan memarakkan lagi

peningkatan sentimen etno-agama. Pertama apabila Persatuan Pengguna Islam Malaysia

membuat laporan polis berhubung isu tanda salib pada sebuah produk biskut. Ia

memohon agar tanda itu dibuang untuk tidak mengeruhkan isu murtad yang sedang

hangat diperkatakan.1003 Sentimen yang serupa turut terpancar dalam kontroversi yang

menimpa pelayar kapal solo negara, Azhar Mansor. Pada November 2006, sebuah

kiriman SMS mendakwa beliau telah pun bertukar kepada agama Kristian dan akan

terlibat dalam satu upacara pembaptisan di sebuah gereja di Ipoh. Akibatnya, gereja

tersebut menjadi tumpuan umat Islam dan juga beberapa NGO pada hari yang

berkenaan. Lebih menarik, SMS tersebut turut membabitkan nama Harussani yang

kemudiannya mendakwa tidak tahu menahu mengenai peristiwa tersebut.1004 Walaupun

dinafikan oleh Azhar,1005 si pengirim seolah-olah telah meningkatkan legitimasi

mengenai isu murtad dengan menghubungkannya dengan tokoh seperti Harussani.

1001
‗PM: Kongsi Raya not a religious gathering‘, New Straits Times, 17 Jun 2006.
1002
‗Takaful apologises over e-mail‘, The Star, 14 Oktober 2006.
1003
‗Fear of the cross‘, The Nut Graph, 27 Julai 2010, http://www.thenutgraph.com/fear-of-the-cross/
(akses kali terakhir pada 27 Disember 2010).
1004
‗SMS murtad : 'Raja Sherina', suami bebas‘, Agenda Daily , 27 November 2006 (akses akhir pada 27
Disember 2010).
1005
‗Mariner Azhar: I have not renounced Islam‘, The Sun, 17 November 2006.

295
Dilatari oleh perkembangan-perkembangan ini, Abdullah dalam PAU 2006 menjelaskan

kebimbangan beliau bahawa sesetengah pihak telah menyalahtafsirkan Islam Hadhari

sebagai alasan untuk menjadi ―ultra-konservatif‖ dan membidas sikap tidak toleransi

sesetengah pihak terhadap amalan tradisi masyarakat Malaysia. 1006 Kebimbangan

Abdullah bagaimanapun tidak dikongsi oleh akar umbi dan perwakilan. Selain daripada

beberapa ucapan kekerasan yang dijelaskan sebelum ini, Senator UMNO dari Kedah,

Tajul Urus Md Zain menggesa hukuman pancung dikenakan ke atas Azhar Mansor jika

dia ingin murtad.1007 Wakil UMNO Pulau Pinang Shahbudin Yahya pula membidas

Konrad Adenauer Foundation dan SIS kerana terlibat dalam penyebaran pluralisme dan

liberalisme agama. Beliau turut menyifatkan badan-badan ini sebagai dalang di belakang

IFC, bertujuan melemahkan mahkamah syariah dan meletakkan Islam sebaris dengan

agama-agama lain.1008 Setahun selepas itu, sentimen ini seakan-akan bertukar menjadi

paranoid apabila dua ahli Parlimen UMNO Johor iaitu Syed Hood Syed Edros dan

Mohamad Aziz tidak menyenangi tanda salib yang terdapat di sekolah mubaligh dan

memohon agar ia dimusnahkan. 1009

Di pihak Islamis seperti PAS, walaupun golongan progresif dilihat mula menembusi

parti itu berikutan kemenangan Nasharuddin Mat Isa (Timbalan Presiden) dan Husam

Musa (Naib Presiden) pada 2005 dan 2007, namun pengaruh golongan ini masih

dibayangi oleh kepimpinan ulama yang konservatif. 1010 Hal ini dapat dilihat melalui

1006
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Dasar Perhimpunan Agung UMNO 2006‘.
1007
‗A concept made simple. But did some get it?‘, New Straits Times, 16 November 2006.
1008
‗KAF and SIS under fire‘, The Sun, 17 November 2006.
1009
‗Demolish Statues, Destroy Crosses in Missionary Schools says UMNO MP Parit Sulong‘, 2
Disember 2007, http://blog.thestar.com.my/permalink.asp?id=11870 (akses pada 23 Oktober 2010).
1010
Ahmad Fauzi Abdul Hamid, ‗The Islamic Opposition in Malaysia: New Trajectories and
Directions?‘, 11-12.

296
beberapa peristiwa seperti sokongan terhadap tindakan Jabatan Agama Islam Wilayah

Persekutuan (JAIWP) dalam serbuan kelab malam Zouk yang kontroversi, gesaan

mengharamkan SIS, menyertai demonstrasi membantah pindaan Artikel 121 (1A),

bantahan terhadap forum Artikel 11 dan juga bantahan terhadap konsert artis luar seperti

Mariah Carey. Selepas PRU-12, Pemuda PAS Selangor juga membantah konsert yang

diadakan artis tempatan seperti Ella dan Mas Idayu yang dilangsungkan sempena Piala

Sultan Selangor. Tindakan itu bagaimanapun dibidas oleh Sultan Selangor yang

menyifatkan ia sebagai hipokrit dan tidak mencerminkan dukungan terhadap konsep

gabungan multi-etnik. 1011 Tidak terhenti di situ, Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

kemudiannya terus membantah konsert artis rock Kanada, Avril Lavigne yang diadakan

berhampiran dengan tarikh menyambut kemerdekaan pada 2008. Lebih mengejutkan

apabila reaksi yang sama turut dipersetujui oleh Kementerian Kesenian, Kebudayaan

dan Pelancongan yang ketika itu diketuai oleh Shafie Apdal. Konsert itu dibenarkan

semula setelah menerima campur tangan langsung daripada Abdullah sendiri. 1012

Pengaruh Islamis ultra-konservatif pembangkang bagaimanapun tidak hanya tertumpu

pada PAS memandangkan ia turut menerima sokongan dari beberapa anggota PKR. Ahli

Parlimen Kulim, Zulkifli Nordin merupakan antara yang menonjol dalam hubungan ini.

Beliau merupakan ahli NGO, Peguam Pembela Islam (PPI) dan mengambil pendirian

menentang Majlis Peguam dan golongan Islam liberal. Zulkifli memainkan peranan

penting dalam penyerbuan terhadap Forum Memeluk Islam yang dianjurkan Majlis

1011
‗Sultan to PAS: Call off protest or I call off matches‘, The Star, 18 Jun 2008.
1012
‗Avril Lavigne concert cancelled‘, The Star, 20 Ogos 2008; Wong Chun Wai, ‗Risky venture for
promoters, The Star, 14 Ogos 2011.

297
Peguam pada Ogos 2008.1013 Seorang lagi ahli PKR yang memainkan peranan ini ialah

Badrul Amin. Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini

turut memainkan peranan dalam peristiwa serbuan Ogos 2008 itu. Terjadinya

penyimpangan seperti ini walaupun mereka berada dalam kerangka PKR yang multi-

etnik dihujahkan mempunyai susur galur sejak era reformasi 1998. Pihak Islamis dan

bukan Islamis walaupun berkongsi diagnosis mengenai kekurangan era Mahathir

berbeza pendapat mengenai remedi yang diguna pakai. Islamis lebih menumpukan Islam

sebagai jalan penyelesaian sedangkan bukan Islamis yang berpandukan kepada aliran

liberal-sekular lebih cenderung mengambil prinsip demokratik liberal bagi

menyesuaikannya dengan kepelbagaian etno-agama negara.1014

Namun berbanding Islamis daripada parti-parti politik, kajian ini menghujahkan tidak

ada unsur yang lebih memberikan rasa kesepaduan selain dari gerakan masyarakat sivil

Islamis. Gerakan ini mula menjelma berikutan kontroversi serbuan JAIWP ke atas kelab

malam Zouk pada Januari 2005. Sejumlah 53 NGO liberal sekular kemudiannya

melancarkan kempen Anti-Penguatkuasaan Moral yang disifatkan menceroboh hak

privasi dan cuba menguatkuasakan persoalan moral. Selain disokong oleh parti politik

seperti DAP, PKR dan PSM, kempen ini turut menerima sokongan daripada beberapa

pemimpin kerajaan seperti Shahrizat Jalil, Rais Yatim, Zaid Ibrahim, Azalina Othman

1013
‗Zulkifli: Peguam Islam perlu terajui Majlis Peguam‘, Malaysiakini, 9 Ogos 2008,
http://www.malaysiakini.com/news/87525 (akses akhir pada 27 Disember 2010); Zulkifli Nordin,
‗Wawancara: Bersatulah demi Islam‘, Mingguan Malaysia, 26 Oktober 2008. Pada Mac 2010, Beliau
akhirnya dipecat dari PKR kerana didapati melanggar disiplin parti kerana mengkritik isu kebenaran
penggunaan kalimah Allah pada golongan bukan Islam. Zulkifli menjadi ahli parlimen bebas yang mesra
BN selepas itu dan menonjolkan pendiriannya yang ultra-konservatif dalam beberapa isu seperti gesaan
terhadap UIA agar menggantung pakar perlembagaan, Aziz Bari yang didakwa mempersoalkan titah
Sultan Selangor. Beliau kini merupakan Naib Presiden PERKASA.
1014
Ahmad Fauzi Abdul Hamid, ‗Islamist Realignments and the Rebranding of the Muslim Youth
Movement of Malaysia‘, Contemporary Southeast Asia, 30, no. 2 (2008), 220-221.

298
dan termasuklah Nori Abdullah dan juga Marina Mahathir. Dalam konteks inilah,

kempen balas dijalankan oleh 40 pertubuhan NGO Islam. 1015 Persefahaman ini

dilanjutkan dengan penubuhan ACCIN dan BADAI yang memainkan peranan vokal

dalam kegagalan cadangan IFC dan protes di Pulau Pinang. BADAI juga menyokong

kenyataan Harussani dalam isu larangan berkongsi raya. 1016 Selepas kes Lina Joy,

Peguam Pembela Islam (PPI) ditubuhkan bagi memberi keterangan terhadap isu-isu

perundangan berkaitan kedudukan Islam dalam perlembagaan. Diketuai oleh bekas

peguam Anwar, Zainur Zakaria, PPI menyuarakan ketidaksenangan terhadap sikap

Majlis Peguam yang dianggap memihak. 1017

Empat hari kemudiannya, PEMBELA (Pertubuhan Pembela-Pembela Islam) yang

menaungi 80 NGO Islam ditubuhkan. Diterajui oleh Presiden ABIM, Yusri Mohamad,

PEMBELA membangkitkan kesedaran masyarakat Islam seperti penganjuran forum,

mengutip petisyen 700,000 penandatangan bagi dihantar ke Majlis Raja-Raja dan

Perdana Menteri, membuka laman sesawang bagi urusan jaringan, bekerjasama dengan

pegawai tertinggi pejabat mufti dan agama serta menolak kenyataan The Merdeka

Statement.1018 Peranan vokal ABIM dalam PEMBELA mempunyai kaitan langsung

1015
‗Keeping morality a private affair‘, The Sun, 26 Mac 2005; ‗NGO Islam gesa jangan lupus kuasa
cegah maksiat jabatan agama‘, Malaysiakini, 1 April 2005, http://www.malaysiakini.com/news/34970;
‗PAS MP withdraws from human rights caucus‘, Malaysiakini, 8 April 2005,
http://www.malaysiakini.com/news/35157 (sumber-sumber Malaysiakini diakses kali terakhir pada 27
Disember 2010).
1016
‗BADAI sokong gesaan kaji semula amalan kongsi raya‘, Malaysiakini, 15 Jun 2006,
http://www.malaysiakini.com/news/52590 (akses akhir pada 27 Disember 2010).
1017
‗Muslim lawyers form group to defend Islam ‗from attacks‘, The Star, 14 Julai 2006.
1018
‗Lebih 10,000 hadiri forum cabaran Islam‘, Malaysiakini, 24 Julai 2006,
http://www.malaysiakini.com/news/54351 (akses akhir pada 27 Disember 2010); Khairul Ariffin Mohd
Munir, ‗Wawancara: Pembela: Bukan setakat membela isu murtad‘, Siasah, 18 Ogos 2006; ‗Pembela
bantah agenda 'Merdeka Statement' benarkan murtad di Malaysia‘, Harakah Daily.Net, 7 Ogos 2007. Dua
laman rasmi bagi NGO Islam ialah http://bantahifc.bravehost.com dan
http://membelaislam.bravehost.com

299
dengan visinya ingin kembali memperjuangkan kepentingan Melayu-Islam setelah

sekian lama kegiatan spiritual seperti dakwah mengalami kelesuan di bawah era

Mahathir dan masih tidak diberi perhatian oleh birokrasi agama dalam era Abdullah. 1019

Pada Februari 2007, 30 NGO Islam bertemu Abdullah dan meminta Abdullah bersikap

lebih tegas dan berani terhadap beberapa isu yang melibatkan Islam. 1020

Sebuah lagi NGO Islam yang membina populariti dalam era Abdullah ialah Pertubuhan

Kebajikan & Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA). Sebagai penaung pertubuhan ini,

Abdullah seringkali hadir bagi memberi sokongan dalam aktiviti yang dijalankan.

Namun pertubuhan ini menerima imej yang kontroversi kerana aktiviti yang dijalankan

dibayangi oleh kegiatan samseng dan songsang yang melibatkan ahlinya.1021 PEKIDA

merupakan antara pihak yang berperanan dalam serbuan Forum Memeluk Islam pada

Ogos 2008 yang memperlihatkan kerjasama golongan Islamis pembangkang (PAS dan

PKR), masyarakat sivil (wakil 29 NGO) dan juga UMNO. Forum itu pada asalnya

dijangkakan turut dihadiri oleh wakil Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan

JAIWP sebagai ahli panel. Walaupun wakil kedua-dua agensi itu menarik diri pada saat

akhir, kesediaan mereka untuk menghadirkan diri ini dapat membayangkan pendekatan

dialog yang ingin diambil. Namun para pendemonstrasi memaparkan sikap agresif dan

merempuh masuk ke forum tersebut.1022

1019
Ahmad Fauzi Abdul Hamid, ‗Islamist Realignments and the Rebranding of the Muslim Youth
Movement of Malaysia‘, 229-231.
1020
‗Islamic NGOs: Show courage Pak Lah‘, Malaysiakini, 13 Februari 2007,
http://www.malaysiakini.com/news/63374 (akses akhir pada 27 Disember 2010).
1021
‗Lahir lebih ramai usahawan PKS‘, Utusan Malaysia, 3 Julai 2005; ‗Pekida rayu bantuan
kemanusiaan kerajaan negeri Sabah‘, Harakah Daily.Net, 17 Julai 2008 (akses pada 12 Julai 2010);
‗Program Pemutihan‘, Harian Metro, 14 Disember 2008.
1022
‗Pekida piket jika forum diteruskan‘, Utusan Malaysia, 7 Ogos 2008; ‗Moments of chaos during
forum‘, Malaysiakini, 9 Ogos 2008 (akses akhir pada 27 Disember 2010).

300
6.3.5 Islam Liberal dan SIS

Antara pihak yang menjadi tentangan utama Islamis ialah gerakan yang secara

popularnya dipanggil Islam liberal. Golongan ini merupakan mereka yang dipandu oleh

pertimbangan universal, hak asasi manusia, humanis dan tidak terikat keutamaan etno-

agama khususnya tafsiran perundangan yang konservatif serta mempertahankan status

quo. Mereka berusaha mendefinisikan semula peranan Islam dalam bentuk yang lebih

moden dan inklusif terhadap kerangka multi-perkauman negara.1023 Antara nama-nama

sering dirujuk mendukung aliran ini ialah Zainah Anwar daripada SIS, Haris Ibrahim

dari Majlis Peguam, ahli akademik seperti Chandra Muzaffar dan Farish Noor,

pertubuhan pro-reformasi seperti Aliran, kumpulan pemikir Institut Kajian Dasar yang

ditunjangi Khalid Jaafar, pengarah filem, Allahyarham Yasmin Yusuf dan kolumnis

Mingguan Malaysia, Astora Jabat. Bagi ahli-ahli politik pula, nama-nama yang

ditudingi ialah Ahli Parlimen Balik Pulau PKR, Yusmadi Yusof, Nazri Aziz, Azalina

Othman dan Zaid Ibrahim. 1024 SIS harus diberi tumpuan dalam kajian ini kerana sifat

badan itu yang berhubungan secara simbiotis terhadap agenda perlindungan wanita

Abdullah. 1025 Bagi Osman Bakar, dalam membawa Islam Hadhari yang progresif dan

moden, SIS yang ―kecil tetapi berpengaruh‖ merupakan antara pihak yang dapat

1023
Marzuki Mohamad, ‗Religion, Human Rights and Constitutional-Contract Politics in Malaysia‘,
Intellectual Discourse, 16, no. 2 (2008), 155-158.
1024
Lihat analisis tiga sarjana dan birokrat Islam iaitu Idris Zakaria, ‗Liberalisme/Pluralisme‘, Kertas
Kerja Seminar Ancaman Akidah, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang, 23 September 2006; Zamihan
Mat Zin al-Ghari, ‗Ajaran Sesat dan Bahayanya Terhadap Agama dan Negara‘, Kertas Kerja Seminar
Pemantapan Akidah dan Perpaduan Ummah Negeri Melaka, 3 April 2008; Fadhullah Jamil, ‗Islam
Liberal: Perkembangannya di Malaysia‘, Siasah, 29 Mac 2009.
1025
Untuk analisis mengenai kegiatan SIS, sila rujuk Norani Othman, ‗Muslim Women and the challenge
of Islamic fundamentalism/extremism: An overview of Southeast Asian Muslim women‘s struggle for
human rights and gender equality‘, Women‘s Studies International Forum 29 (2006).

301
membantu Abdullah selain dari individu seperti Chandra Muzaffar.1026 Dalam era

Abdullah, perjuangan SIS mendapat legitimasi tersendiri berikutan peranan yang

dimainkan oleh Endon dan Nori. Pada Mac 2003, Endon menjadi penaung kepada

kempen monogami yang dilancarkan Coalition on Women‘s Rights in Islam. Kempen

tersebut dilancarkan sebagai reaksi daripada pengumuman kerajaan Perlis bahawa lelaki

yang ingin berpoligami boleh berbuat demikian di negeri itu tanpa memerlukan

kebenaran. Walaupun justifikasi yang diberikan lebih berupa keperluan untuk

mengukuhkan institusi keluarga, ia mencetuskan reaksi yang kurang menyenangkan

daripada birokrat Islam. 1027 Peranan Endon turut dibantu oleh Nori yang disifatkan

Zainah Anwar menjadi ―telinga‖ Abdullah dalam isu-isu yang membabitkan

kewanitaan. Atas sokongan Nori dan juga dua lagi anak perempuan bekas PM iaitu

Marina Mahathir dan Hanis Hussein, SIS menjadi NGO terpenting yang meningkatkan

tempo perjuangan isu gender dalam era Abdullah meskipun menimbulkan tentangan

daripada Islamis konservatif baik daripada PAS mahupun UMNO. 1028

6.3.6 Pengukuhan Kuasa Birokrat Islamis Konservatif

Selepas PAU 2006 yang penuh kontroversi, antara yang lantang menyuarakan

pandangannya ialah bekas Pengerusi IKIM dari 2005-2009, Syed Ali Tawfik Al-Attas.

Walaupun turut membidas sesetengah pihak bukan Islam yang mengeksploitasi sistem

perundangan dan pentadbiran Islam, beliau beranggapan bahawa situasi tersebut turut

1026
Osman Bakar, ‗Islam and Politics in the Post-Mahathir Era‘, 19.
1027
Ting, ‗Gender discourse in Malay Politics‘, 95.
1028
Lihat ‗Within Islam‘s Embrace, a voice for Malaysia‘s women‘, The New York Times, 19 Januari
2006, http://www.nytimes.com/2006/02/19/international/asia/19malaysia.html (akses akhir pada 3
Disember 2010); ‗Caring for women in Islam's name‘, New Straits Times, 19 Mac 2006.

302
diburukkan dengan penyempitan fikiran yang berlaku di kalangan alim ulama dan

pentadbiran keadilan. Dalam suasana pemodenan, persoalan ritual seperti halal dan

haram serta tangkapan khalwat masih dilihat sebagai penting. Hal ini disusuli dengan

tindakan-tindakan yang merosakkan imej Islam seperti isu ucapan Deepavali,

penghakiman yang kabur dan tindakan meruntuhkan kuil. Tidak menghairankan

kecenderungan ini menyebabkan orang bukan Islam berasa keliru dan marah. Namun

kemarahan golongan ini menurutnya bukanlah ditujukan terhadap agama Islam tetapi

terhadap mereka yang diamanahkan untuk melindungi orang bukan Islam. Justeru

baginya, mereka yang tidak berkelayakan harus dikeluarkan daripada struktur

pentadbiran dan keadilan Islam kerana tidak melambangkan hikmah.1029

Kekecewaan Syed Tawfik sebenarnya boleh diimbas semula lebih jauh dengan melihat

kesan Islamisasi yang dibawa Mahathir. Di awal pemerintahannya, Mahathir membawa

100 orang ulama untuk bertugas di Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS) yang

kemudiannya ditukar menjadi Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) pada 1997.

Penembusan personel sedemikian membuka jalan kepada penyebaran pandangan-

pandangan tradisi dan konservatif mengenai Islam sama ada di peringkat JAKIM

mahupun pentadbiran agama negeri. Lebih menyulitkan keadaan kerana beberapa ulama

dan pegawai bersimpati serta menyokong PAS sehingga ada antara mereka menyertai

parti itu kemudiannya. Dengan itu, apabila Abdullah menjadi PM dan seperti mana juga

beberapa institusi politik yang lain, birokratik agama telah mempunyai dinamika yang

1029
Diadaptasi dari Syed Ali Tawfik Al-Attas, ‗Wawancara: Jangan sempit makna Islam‘, Mingguan
Malaysia, 19 November 2006; Syed Ali Tawfik Al-Attas, ‗Interview: This has nothing to do with
religion‘, New Straits Times, 31 Disember 2007.

303
tersendiri dan sentiasa mempertahankan status quo.1030 Memburukkan keadaan kerana

keberatan Abdullah untuk mengawal dan mengenakan tekanan kepada birokrat Islamis –

sesuatu yang telah dipraktikkan dengan berkesan oleh Mahathir. 1031 Selain daripada

beberapa perkara lain yang telah dijelaskan sebelum ini, birokrat Islam telah memainkan

peranan besar dalam mengukuhkan peningkatan konservatisme agama dalam era

Abdullah:

i. Arahan JAKIM kepada Astora Jabat untuk berhenti menulis di majalah Al-Islam
dan Mingguan Malaysia berikutan kontroversi tulisannya yang menimbulkan
tentangan ulama dalam kerajaan. 1032

ii. Serbuan penguatkuasaan moral

Abdullah dan kabinet menolak cadangan penubuhan Pasukan Pengintipan


Sukarela Putrajaya dan pasukan pengintip di Terengganu bagi membasmi
maksiat kerana melanggar privasi. Beliau juga mengingatkan kekalutan yang
boleh berlaku dengan merujuk kepada serbuan ke atas pasangan warga asing di
Langkawi pada Oktober 2006. Tidak sahaja berlakunya kesilapan identiti,
pasangan tersebut dilayan dengan kasar sehingga membatalkan hasrat untuk
membina rumah kedua di Malaysia.1033

iii. Penguatkuasaan fatwa

Keputusan Majlis Fatwa yang mengharamkan senaman yoga kerana


mengandungi unsur-unsur pemujaan. Walaupun tidak melibatkan pemujaan, ia
tetap tidak digalakkan. Abdullah kemudiannya menjelaskan bahawa yoga yang
diamalkan tanpa pemujaan boleh diteruskan. Sultan Perak dan Sultan Selangor

1030
Norani Othman, ‗Muslim Women and the challenge of Islamic fundamentalism/extremism: An
overview of Southeast Asian Muslim women‘s struggle for human rights and gender equality‘, 344;
Mohamed Nawab Mohamed Osman, ‗Where to Islam Hadhari?‘, IDSS Commentaries, 120/2006, 28
November 2006; Ahmad Fauzi Abdul Hamid, ‗Politically Engaged Muslims in Malaysia in the Era of
Abdullah Ahmad Badawi (2003-2009)‘, 166-168. Pengalaman penulis di Kementerian Luar Bandar dari
1999-2003 turut mendapati bahawa beberapa kader yang dihantar bertugas di jabatan oleh JAKIM
memaparkan sokongan terhadap PAS.
1031
Gatsiounis, ‗Islam Hadhari in Malaysia‘, 82.
1032
Astora Jabat, ‗Memerangi Ulama PAS diperangi Ulama UMNO‘, Al-Islam Mei 2004.
1033
‗Couple in khalwat raid may drop second home plan‘, The Star, 28 Oktober 2006; ‗PM: No snooping
please‘, Malaysiakini, 23 Februari 2007, http://www.malaysiakini.com/news/63674 (akses pada 21 Jun
2012).

304
bagaimanapun menangguhkan penguatkuasaan tersebut kerana tidak
dirundingi. 1034

iv. Pembatalan Building Bridges Global Interfaith Seminar

Seminar yang dijadualkan diadakan pada 7-11 Mei 2007 dibatalkan walaupun
sarjana-sarjana terkemuka dunia dan pemimpin agama Muslim dan Kristian telah
bersetuju untuk hadir. Biarpun pada awalnya mendapat sokongan Abdullah,
Osman Bakar yang menjadi antara penggerak seminar ini mengandaikan
wujudnya beberapa orang lain yang mengetahui mengenai program ini dan
merasakan ia tidak harus dijalankan. 1035

v. Birokrat Islam dan Persoalan Moraliti

Dalam mana persoalan moraliti yang ditekankan birokrat Islam, beberapa insiden
yang berlaku dalam era Abdullah dianggap melebarkan lagi defisit persepsi
bukan Muslim. Antaranya ialah pegawai agama yang membuat serbuan khalwat
dan membocorkan gambar berunsur seks kepada tabloid harian dan Internet,
pegawai penyiasat agama yang meminta habuan seks daripada pesalah dan
hakim mahkamah tinggi syariah di Perak yang didakwa atas tuduhan rasuah
(didapati bersalah kemudiannya pada Disember 2010).1036

vi. Pengharaman buku

Beberapa buku yang ditulis sarjana berautoriti mengenai Islam diharamkan KDN
setelah mendapat cadangan JAKIM. Antaranya ialah tiga buku karya Karen
Armstrong. Ironinya salah satu bukunya, A History Of God diharamkan sewaktu
Abdullah menjadi Menteri Dalam Negeri. Lebih ironi, kerajaan masih
menjemput beliau memberikan seminar di mana khalayak yang hadir memohon
agar kerajaan menarik semula pengharaman itu – tindakan yang kemudiannya
dilakukan pada 2008. Begitu juga karya sarjana perbandingan agama, John
Esposito, What Everyone Needs to Know About Islam dan buku sarjana UKM
yang juga pengasas SIS, Norani Othman, Muslim Women and the Challenge of

1034
‗Fatwa Council deems ancient form of exercise from India 'haram' for Muslims‘, The Star, 23
November 2008; ‗Yoga fatwa on hold‘, The Sun, 25 November 2008; ‗PM: Yoga for exercise can go
ahead‘, Malaysiakini, 26 November 2008, http://www.malaysiakini.com/news/93796 (akses akhir pada 27
Disember 2010).
1035
‗Confab ban :‗Nobody taking responsibility‘‘, Malaysiakini, 11 Mei 2007,
http://www.malaysiakini.com/news/67125; ‗Confusion reigns over interfaith conference‘, Malaysiakini,
14 Mei 2007, http://www.malaysiakini.com/news/67190 (kedua-dua diakses kali terakhir pada 27
Disember 2010).
1036
Ahmad Fauzi Abdul Hamid, ‗Implementing Islamic Law within a Modern Constitutional
Framework: Challenges and Problems in Contemporary Malaysia‘, 180-181.

305
Islamic Extremism. Pengharaman buku Norani kemudiannya diputuskan sebagai
tidak sah oleh mahkamah. 1037

6.3.7 Islam Hadhari: Belasungkawa

Secara umum, beberapa sarjana bersetuju bahawa Islam Hadhari diperangkap oleh

istilah. Biarpun Abdullah berulang kali menyatakan ia sebagai pendekatan, namun

apabila ―Islam‖ diregukan dengan adjektif lain, maka ia mengundang kekeliruan dan

skeptikal umum. 1038 Menambah lagi ketidakjelasan ini ialah apabila ia tidak dijelaskan

dengan bersungguh-sungguh oleh agensi kerajaan dan birokrat agama yang

menganggapnya tidak mempunyai kaitan signifikan. Seminar dan wacana yang diadakan

daripada para ahli akademik juga lebih merupakan himpunan kertas-kertas kerja lama

yang adakalanya hanya ditambah dengan perkataan ‗Hadhari‘ bagi memberi nilai

terkini. 1039 Digabungkan dengan kegagalan Abdullah untuk mengawal kebangkitan

Islamis, gagasan kesederhanaan yang dianjurkan oleh Islam Hadhari tidak menjelma

dalam bentuk yang konkrit. Selepas PRU-12, Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang yang

berada di tangan pembangkang juga memutuskan untuk menolak Islam Hadhari. 1040

Melihat pula Islam Hadhari selepas persaraan Abdullah, maka agak jelas ia semakin

1037
Marina Mahathir, ‗Religion is too difficult to do well‘, 16 Jun 2007,
http://rantingsbymm.blogspot.com/2007/06/religion-is-difficult-to-do-well.html (akses pada 17 September
2010); Jacqueline Ann Surin, ‗Strange idea, this book ban‘, The Sun, 21 Jun 2007; ‗Malaysian Court Ends
Ban on Book‘, The New York Times, 26 Januari 2010,
http://www.nytimes.com/2010/01/26/world/asia/26malaysia.html (akses pada 12 Julai 2010).
1038
Mohamad Abu Bakar, temu bual dengan pengkaji, 23 November 2009; Chandra Muzaffar, temu bual
dengan pengkaji, 29 Disember 2009.
1039
Mohamad Abu Bakar, temubual dengan pengkaji; Mohd Yusof Othman, temubual dengan pengkaji,
Bangi, 21 November 2009; Hoffstaedter, ‗Islam Hadhari: A Malaysian Islamic multiculturalism or
another blank banner?, 132 & 138.
1040
‗Rasmi: Tiada lagi Islam Hadhari‘, Malaysiakini, 9 Jun 2008,
http://www.malaysiakini.com/news/84161 (akses akhir pada 27 Disember 2010).

306
menghilang biarpun wujudnya persetujuan pentadbiran Najib untuk meneruskannya. 1041

Legasi Islam Hadhari yang ‗kelihatan‘ hanyalah dari aspek pembangunan fizikal seperti

Taman Tamadun Islam di Terengganu dan juga Institut Islam Hadhari di UKM.

Namun satu soalan yang wajar direnungi ialah mengapakah kebanyakan kajian

menghujahkan bahawa Islam Hadhari merupakan antara faktor penting yang membantu

Abdullah dalam PRU-11 2004? Adakah jika BN tidak mengalami prestasi yang teruk

dalam PRU-12, hujah-hujah ini akan dibangkitkan? Justeru tanpa meremehkan faktor-

faktor lain yang dijelaskan, kajian ini menegaskan bahawa Islam Hadhari tidak

memberikan impak yang mengesankan berikutan peningkatan dan penularan

konservatisme agama. Biarpun Islamis mempunyai kemarahan yang berasas, ia

kemudian diperlanjutkan kepada pembentukan sentimen terancam sehingga dapat

membingkaikan elemen-elemen seperti IFC, Kumpulan Artikel 11, Islam Liberal dan

Majlis Peguam sebagai ancaman yang amat berbahaya. Sebelum isu agama merebak

dengan lebih meluas, NGO seperti ABIM telah berikrar untuk beroperasi dalam

pendekatan yang tidak konfrontasi terhadap pihak lain bagi menjaga imej Islam. 1042

Namun perkembangan yang berlaku selepas itu tidak mengesahkan ikrar ini. Selain

daripada mencetuskan kekecohan, keagresifan yang ditunjukkan NGO Islamis telah

memarakkan emosi dan kegelisahan seperti penyebaran SMS ugutan bunuh terhadap

pendukung IFC, SMS yang menyatakan mahkamah akan menyokong permohonan Lina

1041
‗Pendekatan Islam Hadhari Akan Diteruskan‘, 12 November 2008,
http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=3564 (akses pada 23 November 2010).
1042
Yusri Mohamad, ‗Conversation: Giving Voice to Islam‘, The Sun, 17 Februari 2006.

307
Joy dan SMS berkaitan isu Azhar Mansor.1043 Penyebaran SMS seperti ini diakui

sebagai antara penyumbang terhadap reaksi hangat perwakilan dalam PAU 2006.1044

Bagi Ahmad Fauzi, kebangkitan Islamis seperti ini memprojekkan Islam yang tidak

mempunyai imej universal, sukar keluar dari kepompong etnosentrik dan menjadi

penyumbang kepada memburuknya hubungan etnik dalam era Abdullah.1045

Memburukkan persepsi ialah apabila birokrat Islam kelihatan tidak bersedia

menggunakan instrumen kuasa dalam bentuk yang memaparkan pertautan membina

dengan pihak bukan Islam. Sikap ini tidak tertumpu kepada jabatan-jabatan agama atau

mufti tetapi juga institusi birokrasi yang lain sehingga memaksa Abdullah untuk campur

tangan dalam beberapa isu. Ia memberikan ‗bola tanggung‘ kepada pihak bukan Islam

untuk berasa lebih gusar dengan melihat kepada ketidaksenangan yang dibangkitkan

dalam akhbar dan portal berita seperti Malaysiakini, Malaysian Insider, The Nut Graph

dan media pro-reformasi seperti NST, The Star dan The Sun. Bagi K.S. Nathan,

keputusan pembentuk kemerdekaan yang menyerahkan urusan agama kepada Raja-Raja

Melayu merupakan keputusan yang sangat penting kerana ia dapat menjadi pelentur

terhadap agenda politik golongan tertentu.1046 Dalam isu ―tanda salib biskut‖ contohnya,

Raja Nazrin menyatakan, I am very sad that people can be so petty. These are

unnecessary distractions when there are more pressing matters that deserve our

1043
Marzuki Mohamad, ‗Religion, Human Rights and Constitutional-Contract Politics in Malaysia‘,179-
180.
1044
Hishamuddin Hussein, ‗Interview: Hisham; The keris is here to stay‘, The Star, 26 November 2006.
1045
Ahmad Fauzi Abdul Hamid, ‗Islamist Realignments and the Rebranding of the Muslim Youth
Movement of Malaysia‘, 232-233.
1046
Dimaklumkan beliau dalam satu perbualan dengan pengkaji pada 2009.

308
attention.1047 Malah apabila ditanya mengenai situasi orang Melayu yang merasakan hak

dan kedudukan mereka dicabar, Sultan Selangor kembali mengemukakan semula soalan:

Kita mesti mencari puncanya. Sebagai contoh, isu fatwa. Satu pihak bercakap
pum, pam, pum. Orang bukan Melayu pun campur tangan. Puncanya ialah kita
yang salah kerana tidak betul-betul ikut prosedur [seperti dalam isu cadangan
pengharaman yoga]. Kita heboh sebelum buat sesuatu secara betul-betul.1048

Dalam sidang media terakhir Abdullah, apabila tidak dapat menyembunyikan

kekecewaannya apabila ditanya hakikat yang Islam Hadhari telah menukar sifatnya

sebagai menindas (repressive):

It is a big problem – overseas the idea is welcome. Even Indonesia. But here it is
all in a mess. Because we are fighting each other politically. Some PAS members
do not like the idea. It is a battle that goes on. Changing of the mind. To do
anything like that is not easy.1049

Di sebalik kontroversi yang berlaku, Abdullah tidak menjadikan ia sebagai penghalang

untuk terus menonjolkan mesej Islam Hadhari secara berterusan. Selepas PRU-12,

beliau melawat Kuil Buddha Maha Vihara sempena Hari Wesak iaitu pemimpin kedua

yang berbuat demikian selepas Tunku Abdul Rahman.1050 Selepas persaraan pula,

Abdullah meminjamkan legitimasinya dengan melancarkan Piagam Belas Kasihan,

sebuah pertubuhan untuk memupuk rasa belas kasihan antara agama yang diterajui oleh

Chandra dan Karen Armstrong – sesuatu yang turut dikritik oleh golongan konservatif

1047
Raja Nazrin Shah, ‗Interview: We need role models to bridge racial, religious divide‘, New Sunday
Times, 26 November 2006, 8.
1048
Sultan Sharafuddin Idris Shah, ‗Wawancara: Jangan dendam sampai mati‘, Mingguan Malaysia, 7
Disember 2008.
1049
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Final Interview with the media as PM‘.
1050
‗Pak Lah makes historic visit to Buddhist temple‘, The Star, 18 Mei 2008.

309
agama. 1051 Beliau juga menggesa ulama dan hakim syariah agar memberikan rasional

bertulis terhadap sesuatu fatwa atau keputusan untuk mengelak kekeliruan umum. 1052

Sebagai pengerusi IKIM, institusi tersebut juga terus menganjurkan dialog dan seminar

yang melambangkan pertautan konstruktif dan kerjasama antara agama.1053 Dengan

melihat kepada perkembangan era Najib, konservatisme agama merupakan elemen yang

akan terus memberikan pemberat penting terhadap pendekatan Islam sederhana.1054

6.4 KEBANGKITAN SEMULA PERANAN RAJA-RAJA MELAYU

Sejak sekian lama, institusi beraja dianggap sebagai mencerminkan dominasi politik

Melayu dan Raja-raja mengandaikan bahawa mereka juga turut berperanan sebagai
1051
‗Local chapter of Charter For Compassion launched‘, New Straits Times, 13 November 2009; ‗Pak
Lah Dan Chandra Terperangkap Dengan Jerat Pluralisme‘, 15 November 2009,
http://www.mykhilafah.com/berita-lokal/1751-pak-lah-dan-chandra-terperangkap-dengan-jerat-pluralisme
(akses pada 13Oktober 2010).
1052
‗Explain rulings, ulama told‘, The Star, 13 November 2009.
1053
Harus dijelaskan bahawa ucapan Abdullah pada World Council of Churches pada 3 Ogos 2004 yang
menyebut Islam enjoins pluralism tidaklah secara literalnya bermaksud Abdullah menyokong fahaman
pluralisme agama iaitu menyamakan agama-agama lain sebagai sama baik dan sama benar dengan Islam.
Pluralisme yang dimaksudkan dalam ucapan tersebut haruslah ditafsirkan sebagai meraikan kewujudan
kepelbagaian agama. Lihat juga Abdullah Ahmad Badawi, ‗Al-Quran dan Cabaran Pluralisme Agama:
Pengajaran masa Lalu, Keperihalan Semasa dan Hala Tuju Masa Depan‘ (19 Julai 2011),
http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?lg=1&opt=com_article&grp=1&sec=&key=2368&cmd=resetall
(akses pada 20 Julai 2011).
1054
Dalam era Najib, beberapa isu yang mendapat tumpuan ialah tindakan wartawan majalah Al-Islam
yang menyamar memasuki gereja untuk menyiasat dakwaan pengkristianan remaja Melayu, hukuman
sebat ke atas Kartika Sari kerana meminum arak (kemudiannya diringankan ke kerja amal), isu
penggunaan perkataan Allah yang kemudiannya mencetuskan serangan terhadap beberapa gereja,
demonstrasi sekumpulan Islamis yang mengguna dan memijak kepala lembu dalam bantahan terhadap
pemindahan kuil, dakwaan MAIWP bahawa sebuah program motivasi ESQ adalah haram kerana
mengandungi unsur Islam liberal dan nasihat Harussani agar tidak memakai jersi pasukan bolasepak
Manchester United kerana mengandungi simbol syaitan. Isu kalimah Allah contohnya telah membawa
kepada penubuhan Interfaith Relations Working Committee dan juga cadangan penubuhan National
Consultative Council on Religious Harmony (NCCRH) kerana keperluan yang lebih mendesak. Dua lagi
peristiwa yang mencetuskan kritikan bukan Islam khususnya daripada masyarakat Kristian ialah apabila
seorang penceramah agama popular menegah umat Islam dari meraikan hari Valentine yang disifatkan
sebagai tradisi buruk masyarakat Kristian dan tindakan Kementerian Dalam Negeri yang meletakkan cop
terhadap kitab Bible edisi Bahasa Melayu yang dirampas. Kemuncak kepada sindrom ini ialah apabila
Utusan Malaysia menyiarkan artikel yang mendakwa bahawa DAP dan sekumpulan paderi-paderi telah
berpakat untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara – dakwaan yang dibantah keras oleh
parti berkenaan dan golongan agama Kristian.

310
benteng pertahanan. 1055 Namun dengan dua krisis perlembagaan yang berlaku pada 1983

dan 1993, timbulnya anggapan bahawa ia merupakan proses pemusatan kuasa eksekutif

ke tangan elit pemerintah yang cuba untuk mengecilkan peranan dan fungsi raja-raja.1056

Roger Kershaw berhujah bahawa kekuatan eksekutif menjadi begitu jelas selepas krisis

perlembagaan 1983 sehingga menyebabkan kebergantungan eksekutif pada raja menjadi

minimal. 1057 Justeru menurut beliau, pihak eksekutif dapat menjalankan semua

peranannya dengan berkesan seperti dalam krisis kehakiman 1988 dan isu pemecatan

Anwar Ibrahim sepuluh tahun kemudiannya. Dengan kedudukan eksekutif yang begitu

kuat, keadaan itu sendiri menyebabkan institusi beraja seolah-olah enggan menonjolkan

diri kerana bimbang akan menjadi sasaran pembatasan kuasa selanjutnya. 1058

Kesultanan Perak harus diberi tumpuan khusus kerana negeri inilah yang membuka

jalan terhadap penyegaran semula peranan ini. Dalam syarahan umum Raja Nazrin Shah

pada 2004, beliau membangkitkan cabaran-cabaran yang perlu diberi perhatian oleh

institusi beraja dalam kerangka perubahan politik baru di Malaysia. 1059 Tindakan Sultan

Perak dan Raja Nazrin yang memberi beberapa isyarat mengenai kebebasan kehakiman

telah diulas sebelum ini. Namun sebagai memenuhi fungsi barunya iaitu sebagai

1055
Means, Malaysian Politics: The Second Generation, 113; Crouch, Government and Society in
Malaysia, 147.
1056
Hari Singh, ‗UMNO Leaders and Malay Rulers: The Erosion of Special Relationship‘, Pacific Affairs,
68, no. 2 (1995).
1057
Krisis perlembagaan 1983 menyaksikan sebarang pindaan rang-undang persekutuan akan tetap
diluluskan selepas 30 hari jika tidak mendapat perkenan Majlis Raja-Raja. Krisis yang kedua sepuluh
tahun kemudiannya menyaksikan UMNO melancarkan kritikan lebih hebat terhadap institusi monarki
berikutan salah laku yang membabitkan institusi beraja. Impak dari krisis ini menyaksikan kekebalan raja-
raja ditarik balik dan mereka boleh didakwa di Mahkamah Khas. Selain dari itu, kuasa pengampunan
terhadap diri sendiri, keluarga dan rakan terdekat juga turut ditarik balik.
1058
Roger Kershaw, Monarchy in South-East Asia: The faces of tradition on transition (Routledge:
London, 2001), 116.
1059
Raja Nazrin Shah, The Monarchy in Contemporary Malaysia (Singapura: Institute of Southeast Asian
Studies, 2004).

311
penyatu, Raja Nazrin juga turut membangkitkan aspek kepimpinan berintegriti, toleransi

agama, demokrasi dan perpaduan dalam versi perkembangan semasa. Lebih menarik

kerana pandangan-pandangan ini disampaikan dalam temu bual dengan akhbar-akhbar

perdana – sesuatu yang amat jarang kedengaran sebelum ini.1060 Tidak sahaja setiap

pandangan beliau menerima reaksi yang menggalakkan dari pemerintah tetapi juga dari

pembangkang dan masyarakat sivil. 1061 Hal ini tidaklah mengejutkan kerana latar beliau

yang mempunyai pendidikan dari Oxford dan Harvard sehingga ke peringkat Ph.D

menyebabkan idea-ideanya memaparkan tingkat intelektual yang jelas. Populariti beliau

menjadi lebih melonjak apabila beliau enggan menggunakan perbelanjaan kerajaan

negeri dalam majlis perkahwinannya dan hanya menjalankan majlis tersebut secara

sederhana. Tindakan ini sebenarnya amat penting kerana ia sekali gus membina

legitimasi institusi beraja yang dahulunya kerapkali dikaitkan dengan perilaku-perilaku

yang ―kurang menyenangkan‖ seperti pembaziran. 1062

Penekanan seperti ini bagaimanapun mempunyai rasional tersendiri. Dengan kepergian

Mahathir dari pentas kuasa dan iltizam Abdullah untuk menghormati prinsip semak dan

imbang, maka institusi beraja juga meyakini yang mereka akan turut dapat menyegarkan

semula peranannya. Kehendak ini pula dihujahkan ditimbal balik oleh UMNO yang

mula menghadapi suasana kegelisahan kesan dari proses keterbukaan dan kecairan

politik. Apabila isu ―istana Zakaria Deros‖ terbongkar, Sultan Selangor contohnya

1060
Lihat contohnya Raja Nazrin Shah, ‗Wawancara: Perkukuh institusi beraja‘, Berita Minggu, 17
Oktober 2004; Raja Nazrin Shah, ‗Interview: We need role models to bridge racial, religious divide‘.
1061
Awang Selamat, ‗Pertemuan dengan raja‘, Mingguan Malaysia, 6 Februari 2005; ‗A round backing
for Raja Nazrin‘s views‘, New Straits Times, 27 November 2006; ‗Make Raja Nazrin your adviser, PM
told‘, Malaysiakini, 7 Ogos 2007 (akses akhir pada 27 Disember 2010).
1062
Untuk analisis kritikal, lihat Wain, Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times,
khususnya bab 8.

312
memberi nasihat agar Zakaria meletakkan jawatan sebagai ahli Majlis Perbandaran

Klang dan menjelaskan secara terbuka ketidaksenangan baginda terhadap aduan-aduan

yang diterima membabitkan Zakaria. 1063 Dalam makna lain, Sultan Selangor mengambil

peranan yang lebih neutral dalam isu-isu akauntabiliti dan ketelusan walaupun ia

melibatkan ahli politik yang datang daripada UMNO.

Pada Julai 2007, institusi beraja menonjolkan peranan ini dengan lebih jelas apabila

menolak calon yang dicadangkan Abdullah untuk jawatan Ketua Hakim Malaya –

jawatan ketiga dalam hierarki jawatan badan kehakiman di Malaysia. Bagi sesetengah

pihak khususnya mereka yang skeptikal dengan kepimpinan Abdullah, ia diinferenkan

sebagai manifestasi kelemahan Abdullah yang memungkinkan konfrontasi baru antara

raja dan kerajaan. 1064 Namun aspek ini harus dilihat dalam konteks kesediaan Abdullah

untuk lebih bersikap responsif terhadap peranan institusi beraja. Hal ini diakui

kemudiannya oleh Raja Nazrin yang menyatakan kegembiraan mengenai kesediaan PM

untuk merundingi Majlis Raja-Raja dalam kaedah yang lebih bermakna pada tahun-

tahun kebelakangan. 1065

Selepas PRU-12 pula, Raja Perlis dan Sultan Terengganu enggan memberi perkenan

terhadap penubuhan kerajaan negeri baru pimpinan Shahidan Kassim dan Idris Jusoh.

Sememangnya dari aspek perlembagaan, kuasa tersebut telah diberikan dalam

1063
‗Sultan Selangor nasihat Zakaria letak jawatan‘, Malaysiakini, 28 Oktober 2006 ,
http://www.malaysiakini.com/news/58696 (akses akhir pada 27 Disember 2010).
1064
‗Rulers reject PM‘s choice for top judge‘, Malaysiakini, 8 Ogos 2007,
http://www.malaysiakini.com/news/70934 (akses akhir pada 27 Disember 2010); ‗Krisis antara PM, raja
dan Hakim‘, Siasah, 12 Ogos 2007; A. Kadir Jasin, ‗Handle Judiciously‘, Malaysian Business, 1
September 2007.
1065
Dipetik dari ‗Time right for formation of judicial commission, says Nazrin‘, The Star, 10 April 2008.

313
perlembagaan negeri masing-masing kerana kedua-dua calon yang dipilih Abdullah

tidak mendapat sokongan majoriti ahli dewan undangan negeri. 1066 Namun penolakan

tersebut adalah sesuatu yang luar biasa kerana amat jarang sekali pilihan PM ditolak

oleh raja-raja.1067 Dengan menghalang perlantikan tersebut, institusi beraja dilihat

berperanan sebagai pengimbang kuasa eksekutif dengan menolak ahli politik yang

dirasakan mempunyai reputasi yang boleh dipersoalkan.

6.4.1 Institusi Beraja Sebagai Pertahanan dan Pelindung

Selain daripada konsep ―pertahanan konservatisme‖ yang dihujahkan oleh Mohamad

Abu Bakar, Chandra Muzaffar dalam karya klasiknya Pelindung telah memerihalkan

bagaimana Raja-raja berperanan penting sebagai pelindung simbolik atau pemberi

―kelegaan psikologi‖ khususnya dari segi ketakutan terhadap ancaman bukan

Melayu.1068 Justeru, dalam suasanan keresahan kaum yang sarat dengan perbahasan

mengenai ―ketuanan Melayu‖ dan ―kontrak sosial‖ selepas PRU-12, situasi ini memberi

lebih peluang kepada institusi beraja untuk memainkan peranan tersendiri. Sebulan

selepas PRU-12, Tengku Mahkota Kelantan (kini Sultan Kelantan) memberi peringatan

mengenai ketuanan Melayu yang mula tercabar dalam sebuah perhimpunan yang

dianjurkan oleh gabungan NGO, Barisan Bertindak Perpaduan Melayu. 1069 Langkah ini

bagaimanapun dikritik oleh Karpal Singh yang menyifatkan ia bertentangan dengan

prinsip tidak campur tangan Sultan dalam politik. 1070 Detik ini dapat dianggap sebagai

1066
Shad Saleem Faruqi, ‗Bridging the politics-law divide‘, The Star, 16 Mac 2008.
1067
Ahmad Atory Hussain, Politik Melayu di Persimpangan, 169-170.
1068
Chandra Muzaffar, Pelindung ?, 92-93.
1069
‗Ketuanan Melayu tercabar‘, Utusan Malaysia, 13 April 2008.
1070
‗Stay out of politics, Karpal tells royalty‘, Malaysiakini, 29 April 2008,

314
saat di mana UMNO mula memperolehi satu ―kelegaan psikologi‖ apabila ia

merapatkan semula hubungan UMNO dan institusi beraja yang suram pada era

Mahathir. Dengan menganggap bahawa pihak bukan Melayu sedang cuba untuk

menghakis hak istimewa orang Melayu, nasionalis UMNO mendapatkan sokongan

institusi beraja untuk mencari kelegaan psikologi.

Mengambil kesempatan daripada situasi ini, Tengku Mahkota Pahang dan Tengku

Naqiyuddin Negeri Sembilan kemudiannya turut menggesa agar imuniti raja-raja yang

telah dibataskan oleh UMNO sebelum itu dikembalikan semula. Imuniti seperti ini

diperlukan dalam mana wujudnya keadaan apabila raja-raja dibawa ke mahkamah hanya

kerana menjalankan peranannya sebagai penimbang tara dalam sesuatu keputusan

penting.1071 Permintaan ini haruslah dilihat dalam konteks dua hala antara institusi

beraja dan UMNO. Dalam mana UMNO memerlukan institusi beraja untuk

mengukuhkan legitimasi politiknya yang sedang terjejas, beberapa anggota keluarga

diraja pula ingin menimbal hasrat tersebut dengan permintaan untuk mengembalikan

semula kuasanya yang telah dihadkan.

Namun harus diingatkan bahawa raja-raja tidak mempunyai pandangan yang seragam

dalam isu-isu politik. Sesetengah raja memberikan isyarat bahawa mereka telah

mempelajari pengajaran pahit dari era Mahathir bahawa ahli politik UMNO sukar untuk

diramalkan. Jika mereka menjalinkan hubungan yang terlalu rapat dengan UMNO, ia

http://www.malaysiakini.com/news/82129 (akses pada 27 Disember 2010).


1071
‗UMNO digesa kukuhkan institusi raja Melayu‘, Malaysiakini, 11 September 2008,
http://www.malaysiakini.com/news/89471 (akses akhir pada 27 Disember 2010); ‗Call to restore royal
immunity‘, The Sun, 27 November 2008.

315
mungkin berakhir dengan kekecewaan jika UMNO memperolehi semula kekuatan

dalam politik Malaysia. Hujah ini dapat menjelaskan mengapa institusi tersebut tidak

boleh semata-mata dilihat melindungi kepentingan UMNO dalam lanskap politik yang

telah berubah. Pada 16 Oktober 2008 dan buat pertama kalinya dalam sejarah, Majlis

Raja-raja mengeluarkan kenyataan terbuka agar semua pihak menghormati kontrak

sosial. 1072 Pada masa yang sama, seperti yang ditegaskan Sultan Selangor yang

merupakan penggerak utama kenyataan tersebut; Malaysia belongs to all races, not just

the Malays. The country is what it is today because of the contributions of all races and

that is something we must acknowledge.1073 Kejutan yang lebih besar ditunjukkan oleh

Raja Perlis yang membidas sesetengah pihak yang menggunakan konsep ‗Ketuanan

Melayu‘ dalam pengertian yang sempit bagi menjustifikasikan kepentingan peribadi.

Menolak bahawa konsep tersebut hanya layak diberikan kepada kaum tertentu, beliau

menegaskan [i]n Malaysia, every race is tuan.1074

Selain dari itu, peranan institusi beraja sebagai pertahanan dan pelindung telah mula

diperluaskan bukan sahaja dalam kes-kes yang melibatkan kepentingan Melayu-Islam

tetapi juga isu-isu politik baru dan yang melibatkan kerangka masyarakat multi-etnik di

Malaysia. Antara fakta-fakta yang dapat menyokong hujah ini ialah tindakan Raja

Nazrin yang menyatakan kekesalan mengenai ―isu tanda salib pada biskut‖ dan juga

peringatan mengenai ―kebebasan kehakiman‖. Sultan Selangor juga contohnya

1072
‗Peringatan Raja Melayu‘, Utusan Malaysia, 17 Oktober 2008.
1073
Sultan Sharafuddin Idris Shah, ‗Exclusive Interview between Wong Chun Wai with Sultan of
Selangor‘, 2 Disember 2008,
http://www.wongchunwai.com/index.php?option=com_content&task=view&id=694&Itemid=46 (akses
pada 1 Oktober 2010).
1074
‗Equal rights for all Malaysian, says Perlis Ruler‘, New Straits Times, 6 Mac 2009.

316
membidas tindakan PAS yang membantah konsert artis dan sikap birokrat agama dalam

pengharaman yoga.

6.4.2 Krisis Perlembagaan di Perak

Penggunaan institusi beraja sebagai pertahanan dan pelindung oleh UMNO

diperlihatkan dengan begitu jelas dalam krisis perlembagaan di Perak. Walaupun

kerajaan PR di Perak menang di negeri itu, ia tidak mempunyai kerajaan campuran yang

jelas biarpun memenangi 31 kerusi berbanding 28 di pihak BN. DAP pula walaupun

memenangi kerusi terbanyak iaitu 18 tidak mempunyai wakil Melayu bagi

membolehkan wakilnya dilantik sebagai Menteri Besar sebagaimana dikehendaki

Undang-undang Tubuh Negeri. Kerumitan itu bagaimanapun dirungkai apabila ketiga-

tiga parti bersetuju melantik Nizar Jamaluddin – ADUN PAS yang mempunyai latar

profesional yang cemerlang. Cadangan ini bagaimanapun dibantah oleh Lim Kit Siang

yang mengarahkan pemulauan acara angkat sumpah Nizar sebagai Menteri Besar.1075

Tindakan ini mencetuskan reaksi segera UMNO yang menyifatkannya sebagai

penghinaan kepada Raja Melayu dan ada yang mengesyorkan agar kuasa pemerintahan

diserahkan kepada BN. 1076 Apabila Sultan Perak pada akhirnya tetap memberi

perkenaan kepada kerajaan PR, situasi ini mengilustrasikan bagaimana Sultan

menyesuaikan tindakan mereka dengan prinsip perubahan untuk kekal relevan. Dalam

mana ia berfungsi sebagai benteng orang Melayu, gesaan atau pun tindakan melatah

dengan sikap DAP diketepikan kerana rakyat telah pun melakukan pilihan yang sah.

1075
‗DAP pulau majlis angkat sumpah MB Perak hari ini‘, Utusan Malaysia, 13 Mac 2008.
1076
‗DAP biadab‘, Utusan Malaysia, 14 Mac 2008; ‗Formula BN boleh bentuk kerajaan Perak‘, Utusan
Malaysia, 14 Mac 2008.

317
Lebih menarik kerana Lim Kit Siang sendiri dikritik dengan keras dalam blognya oleh

penyokong PR kerana tindakan tidak matang tersebut. 1077 Walaupun meminta maaf

kemudiannya kepada Sultan, bantahan yang ditunjukkan terhadap Lim menunjukkan

secara signifikan bahawa kesultanan Perak mempunyai sokongan dan penghormatan

yang kuat daripada massa biarpun di kalangan penyokong pembangkang. Menyedari

bahawa kerajaan baru Perak telah tercalar kerana tindakan Lim ini, adalah dapat

dijangkakan UMNO mula melihat ia sebagai satu peluang untuk terus mengenakan

tekanan. Hal ini boleh dilihat dalam satu lagi kes yang seterusnya iaitu apabila Karpal

Singh mengeluarkan kenyataan yang tidak bersetuju dengan campur tangan Sultan Perak

terhadap perlanjutan perkhidmatan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri. 1078 Dengan

sikap beberapa anggota DAP seperti Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming yang dilihat

terus mengusik kompromi politik yang telah ditetapkan antara pihak Melayu dan bukan

Melayu, situasi ini terus dieksploitasikan oleh akhbar-akhbar pro-UMNO khususnya

Utusan.

Sebagai contoh, pada November 2008, Utusan memberikan perhatian terhadap gesaan

Sultan Perak agar kontrak sosial tidak disentuh dan sekali lagi mengulangi jaminan

Majlis Raja-Raja sebelumnya bahawa teras-teras ini tidak akan dapat dipinda tanpa

perkenan Raja-Raja Melayu.1079 Pada 16 Januari 2009 pula, Utusan telah menyiarkan

ucapan Raja Nazrin dalam Kongres Ekonomi Islam Ketiga. Ia menumpukan terhadap

1077
Lihat dua entri blog Lim Kit Siang bertarikh 13 Mac 2008 yang menerima komen paling tinggi iaitu
‗No DAP CEC mandate for PAS Menteri Besar in Perak‘, http://blog.limkitsiang.com/2008/03/12/no-dap-
cec-mandate-for-pas-menteri-besar-in-perak/#comments dan ‗Apology to Perak Sultan and Regent – No
offence intended‘, http://blog.limkitsiang.com/2008/03/13/apology-to-perak-sultan-and-regent-no-
offence-intended (kedua-dua diakses pada 18 Oktober 2010).
1078
‗Karpal pertikai sultan‘, Utusan Malaysia, 6 Mei 2008.
1079
Sultan Azlan Shah, ‗Titah Penyerahan Memorandum Gabungan Melayu Perak‘, Utusan Malaysia, 6
November 2008.

318
pendedahan Raja Nazrin mengenai peristiwa pembukaan kampung baru melalui

Rancangan Briggs yang mencetuskan ketidaksenangan raja-raja pada 1950 kerana

mencuri hak orang Melayu.1080 Ketidaksenangan ini dikaitkan Utusan dengan tindakan

kepimpinan Nizar yang memberikan hak pajakan selama 999 tahun kepada kampung

baru Cina sejak memimpin Perak.1081 Dengan mengemukakan beberapa berita susulan,

Utusan seolah-olah menggambarkan ketidaksenangan Sultan Perak terhadap Nizar

dalam isu pajakan tersebut.1082

Niat sebenar Raja Nazrin tidak diketahui dan kajian ini tidak berhasrat untuk

berspekulasi mengenai perkara itu. Namun liputan Utusan tersebut hanya mewakili

enam baris daripada keseluruhan teks ucapan Raja Nazrin yang berjumlah 19

halaman. 1083 Dengan hanya menyiarkan empat berita mengenai ucapan itu, ia

mengabaikan beberapa tema utama ucapan tersebut yang turut menyentuh mengenai

kelemahan pelaksanaan DEB. Mempertimbangkan Raja Nazrin berasa sebak pada ketika

membaca perenggan peristiwa berkenaan, kesedihan tersebut seolah-olah telah dikaitkan

dengan perkembangan yang berlaku di Perak dalam situasi semasa. Lantaran itu, apabila

berlakunya pengambil alihan kuasa di Perak sebulan kemudiannya, UMNO dihujahkan

telah menunggu dengan mod bersedia bagi meningkatkan lagi invokasi terhadap institusi

beraja.

1080
‗Kampung baru dianggap curi hak tanah Melayu‘, Utusan Malaysia, 16 Januari 2009.
1081
‗Teliti pajakan tanah 999 tahun‘, Berita Harian, 2 Julai 2008.
1082
‗Nizar digesa letak jawatan‘, Utusan Malaysia, 17 Januari 2009; ‗Perak perlu pulangkan hak Melayu‘,
Utusan Malaysia, 17 Januari 2009.
1083
Raja Nazrin Shah, ‗Titah perasmian penutupan Kongres Ekonomi Islam Ketiga‘ (15 Januari 2009),
www.islam.gov.my/portal/pdf/2009/Titah/TitahRaja%20Nazrin.pdf (akses pada 12 Oktober 2010).

319
Krisis di Perak bermula apabila empat ADUN PR mengisytiharkan keluar daripada parti

masing-masing dan mengisytiharkan mereka sebagai calon bebas yang mesra BN. Nizar

kemudiannya memohon perkenan Sultan untuk pembubaran DUN tetapi Sultan yang

berpuas hati dengan majoriti yang dipunyai BN memperkenankan penubuhan kerajaan

baru. Oleh sebab enggan meletakkan jawatannya, Nizar menggunakan istilah ―sembah

derhaka‖ bagi menyatakan ketidaksetujuannya. 1084 Reaksi sedemikian hanya

menyerlahkan lagi dakwaan sikap anti-monarki PR dan kebarangkalian bahawa

Kesultanan Perak berasa tersinggung dengan reaksi yang ditunjukkan oleh beberapa ahli

politik PR tidak boleh dipinggirkan. Walaupun dari segi moralnya memanggil pilihan

raya baru merupakan tindakan terbaik – cadangan yang disokong suara berautoriti

seperti SUHAKAM, Tengku Razaleigh Hamzah, Hamid Pawanteh dan ahli-ahli

akademik1085 – Kesultanan Perak bertegas mengenai penubuhan kerajaan BN di Perak.

Malah Mahathir sendiri tidak berasa senang dengan tindakan tersebut kerana dua ADUN

daripada PKR yang melompat telah dihadapkan ke mahkamah berhubung dakwaan

rasuah. 1086

Namun, seperti yang telah diulas, ia sekaligus membuktikan perbezaan percaturan

politik yang dipunyai Najib yang telah pun berada dalam kedudukan Perdana Menteri

de-facto. Jika terdapatnya rundingan antara UMNO dan istana berkenaan perkara ini, ia

1084
‗Kenyataan media Pejabat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan‘, Utusan Malaysia, 6
Februari 2009.
1085
‗Perak crisis: Let the people decide‘, Malaysiakini, 4 Februari 2009,
http://www.malaysiakini.com/news/97597; ‗Sultan can dismiss MB, says law expert‘, The Sun, 6 Februari
2009; ‗Razaleigh: Polls sole source of gov‘t authority‘, The Sun, 6 Februari 2009; Azmi Sharom, ‗It‘s in
the constitution‘, The Star, 19 Februari 2009; ‗Suhakam calls for fresh polls‘, Malaysiakini, 6 Februari
2009, http://www.malaysiakini.com/news/97787; Khoo Kay Kim, ‗Wawancara: apabila kuasa
dicampuraduk‘, Utusan Malaysia, 4 Mac 2009; ‗Go back to the people, says senate head‘, The Star, 6 Mei
2009 (sumber-sumber Malaysiakini diakses kali terakhir pada 27 Disember 2010).
1086
‗Dr Mahathir tidak setuju tindakan BN‘, Utusan Malaysia, 5 Februari 2009.

320
tidaklah menghairankan kerana latar Najib yang berketurunan bangsawan

meletakkannya sebagai ―konservatif semulajadi‖ yang seringkali mempertahankan

status quo.1087 Ia membantu menyerlahkan hubungan simbiotis yang dipunyai antara

Najib dan Kesultanan Perak.

Dalam perkembangan lain, apabila Nizar menggunakan istilah ―sembah derhaka‖,

peluang ini dijana sepenuhnya oleh UMNO kerana sentimen ―penderhakaan‖ itu telah

wujud secara konsisten. Dengan bantahan agresif yang ditunjukkan penyokong PR

terhadap rombongan Raja Nazrin di Kuala Kangsar selepasnya, ia seolah-olah

membenarkan anggapan bahawa satu bentuk ―penderhakaan‖ telah berlaku.

Menyemarakkan persepsi ini ialah tindakan Karpal yang ingin mengheret Sultan Perak

di mahkamah dan sekali gus membenarkan kebimbangan Tunku Naqiyuddin sebelum

ini mengenai situasi raja-raja dibawa ke mahkamah kerana hanya menjalankan kuasanya

sebagai raja. Tidak kurang yang meningkatkan kejelekan UMNO ialah betapa

demonstrasi tersebut dilakukan oleh orang Melayu sendiri khususnya penyokong

PAS.1088 Justeru, PR di sisi yang lain harus menyalahkan diri sendiri kerana kekurangan

modus vivendi dalam menangani kekalutan tersebut sehingga menimbulkan kegelisahan

raja-raja Melayu.1089

1087
Karim Raslan, ‗Counting the cost of Malay conservatism‘, Straits Times, 23 September 2008; Ooi
Kee Beng, temubual dengan pengkaji.
1088
‗Patik mohon derhaka – Nizar‘, Utusan Malaysia, 6 Februari 2009; ‗Kereta Raja Muda, Raja Di Hilir
dibaling batu‘, Utusan Malaysia, 7 Februari 2009; ‗Tidak taat kepada raja adalah derhaka – Mufti‘,
Utusan Malaysia, 7 Februari 2009; ‗Saman Sultan Perak perbuatan hina raja – Najib‘, Utusan Malaysia, 7
Februari 2009; ‗PAS diperkuda DAP dan PKR‘, Mingguan Malaysia, 8 Februari 2009; ‗Bertindak tangani
penderhaka‘, Mingguan Malaysia, 15 Februari 2009.
1089
Sultan Sharafuddin Idris Shah, ‗Penegasan Terhadap Pergolakan Politik Yang Berlaku di Negeri
Perak Darul Ridzuan‘, Utusan Malaysia, 14 Februari 2009; ‗Pertahan institusi raja Melayu‘, Utusan
Malaysia, 6 Mac 2009.

321
Dilatari situasi ini, legitimasi Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar yang baru

ditingkatkan dengan lebih sistematik. Utusan dalam satu artikelnya menggambarkan

Zambry sebagai ―antara individu yang pernah ditahan di bawah ISA kerana

kelantangannya memperjuangkan hak-hak Melayu‖. 1090 Faktanya Zambry ditahan di

bawah ISA kerana terlibat dalam menyokong gerakan reformasi Anwar Ibrahim pada 20

September 1998. Namun dengan memberikan ulasan sedemikian, si penulis telah

meningkatkan legitimasi Zambry sebagai pendukung tegar hak-hak Melayu termasuklah

institusi kesultanan. Selain dari kerap mengaitkan perlantikannya dengan perkenan

Sultan, Zambry juga turut bersuara sebagai ―penganut konservatif Burke‖ apabila

mengingatkan kesan Revolusi Perancis terhadap institusi beraja. 1091 Walaupun kajian ini

tidak menafikan kepentingan perkenan dan hujah tersebut, tetapi ia telah diangkat oleh

UMNO sebagai satu pertahanan yang maha penting khususnya dalam kempen PRK

Bukit Gantang yang berlangsung selepas itu. 1092 Dengan menghubungkan kapasiti

jawatan Zambry dengan autoriti yang diberikan sultan, UMNO bukan sahaja

mengukuhkan legitimasi Zambry bagi jawatannya malah dapat mengidentifikasikan

autoriti Sultan kepada taatsetia rakyat. Hal ini dibuktikan apabila berlakunya penurunan

dalam undi etnik Melayu walaupun PRK tersebut dimenangi oleh PAS.1093

1090
Lihat artikel tulisan Zukifli Jalil, ‗Keutamaan Menteri Besar Perak Baru‘, Utusan Malaysia, 7
Februari 2009.
1091
Zambry Abdul Kadir, ‗Wawancara: Lihat secara objektif‖, Mingguan Malaysia, 8 Februari 2008;
‗Kemuncak penderhakaan‘, Utusan Malaysia, 10 Mac 2009; ‗Land titles soon for 490 families, says
Zambri‘, The Star, 12 Mac 2009. Fakta bahawa Zambry berjaya menyuntik wacana intelektual ke dalam
hujahnya tidaklah mengejutkan memandangkan beliau mempunyai kelulusan doktor falsafah dalam
Pemikiran Politik dari University Temple, Amerika Syarikat.
1092
Perkara ini diamati pengkaji yang melakukan kajian lapangan dalam PRK Bukit Gantang.
1093
Lihat Ong Kian Ming, ‗The April ‗tri-elections‘ in retrospect‘, Aliran Monthly, 29, no.3 (2009).

322
Walaupun krisis di Perak telah dirungkaikan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan

yang mengesahkan kerajaan BN di Perak pada Februari 2010, peristiwa tersebut telah

mengheret institusi kesultanan ke tahap yang tidak pernah dilihat berikutan kekalutan-

kekalutan yang timbul daripada peristiwa itu.1094 Abdullah secara tidak langsung

memberi ruang bagi penyegaran semula peranan institusi beraja dengan

penghormatannya terhadap prinsip semak dan imbang, integriti institusi dan

perundingan. Meski pun selepas PRU-12, institusi beraja tidak dapat mengelak dari

memainkan peranannya sebagai pemberi ―kelegaan psikologi‖ kepada UMNO, peranan

ini pada masa yang sama telah disesuaikan dalam kerangka perubahan semasa.

6.5 ISU BAHASA MELAYU: PPSMI

Berbeza dengan tiga komponen sebelumnya, polemik mengenai Bahasa Melayu lebih

berkisar kepada pengurusan legasi Mahathir. Pengenalan mengejut PPSMI pada 2002

oleh Mahathir bukan sahaja dibantah meluas oleh pejuang bahasa dan parti

pembangkang tetapi juga telah mengakibatkan perpecahan di kalangan BN dan UMNO

sendiri. 1095 Bagi Musa Hitam, ―ini satu soal yang begitu penting dalam sejarah

perjuangan UMNO selama ini [tetapi] ditukar tanpa perbahasan‖.1096 Walaupun tidak

menerima liputan media yang meluas pada era Mahathir, keterbukaan yang berlaku

dalam era Abdullah telah mengangkat isu ini dengan lebih menonjol khususnya melalui

1094
Antara kekalutan-kekalutan yang timbul berkaitan krisis perlembagaan di Perak ialah sidang DUN
kerajaan PR di ‗bawah pokok‘, tindakan speaker DUN lama, V.Sivakumar yang menggantung kedudukan
Zambry dan enam exco baru melalui jawatankuasa Tatatertib, tindakan dan campur tangan polis dalam
kekecohan DUN 7 Mei 2009, pertukaran kerajaan dari satu tempoh ke satu tempoh kerana keputusan
mahkamah, penghantaran komen-komen kesat terhadap Sultan Perak di Internet dan pembebasan dua
ADUN yang melompat parti kerana dakwaan rasuah.
1095
Firdaus Abdullah, ‗Akibat sampingan dari PPSMI‘, Utusan Malaysia, 26 Februari 2009.
1096
Musa Hitam, ‗Wawancara: Dr Mahathir ketepi tradisi UMNO‘, Berita Minggu, 10 Jun 2006.

323
akhbar pro-PAS seperti Siasah dan Harakah. Bukan sahaja dasar ini dianggap

membelakangkan Bahasa Melayu tetapi juga disifatkan ahli-ahli akademik dan tokoh

bahasa telah melemahkan pencapaian pelajar-pelajar Melayu dalam kedua-dua

subjek.1097 Menambahkan legitimasi ialah bantahan yang disuarakan oleh UMNO Johor

dan juga pihak bukan Melayu khususnya kaum Cina. 1098 Abdullah bagaimanapun

menegaskan dasar tersebut akan dikekalkan walaupun bersetuju untuk mengkaji semula

pelaksanaannya. 1099 Beliau mengakui bahawa desakan terhadap pemansuhan tersebut

semakin kuat kedengaran semenjak beliau menjadi PM. Namun setelah berbincang

dengan Hishamuddin yang merupakan Menteri Pelajaran ketika itu, Abdullah

memutuskan adalah lebih baik dasar ini diberi kesempatan untuk diteruskan selama

enam tahun bagi memberi lebih masa untuk dinilai keberkesanannya.1100

Pada 15 Januari 2009, Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) memulakan kempennya di

atas platform PAS bersempena PRK Kuala Terengganu yang diadakan. 1101 Pada waktu

ini seperti yang dilaporkan oleh Ainon Mohd pada 27 Januari 2009, Abdullah telah

mengarahkan Hishamuddin bagi memansuhkan PPSMI tetapi Hishamuddin tidak

melakukan sebarang tindakan. Ainon memetik perbualannya dengan senator dan juga

1097
Lihat Awang Sariyan, ‗Dasar bahasa Inggeris perjudi nasib bangsa‘, Siasah, 18 November 2005;
Shaharir Mohamad Zain, ‗Wawancara: Saya tak percaya keputusan PMR‘, Siasah, 3 Februari 2006;
Anwar Ridhwan, ‗Wawancara: Isu PPSMI: Dasar pelik bakal menghasilkan generasi ‗kuli‘‘, Siasah, 22
Februari 2009; Hassan Ahmad, ‗Wawancara: Bukan wayang kulit, tidak ada dalang!‘, Harakah, 13 Mac
2009.
1098
‗Saya tidak layan isu polemik perkauman‘, Utusan Malaysia, 11 November 2005; ‗600 NGO gesa
pulihkan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar‘, Siasah, 16 Disember 2005.
1099
‗PM: Dasar pengajaran Sains, Matematik dalam BI kekal‘, Utusan Malaysia, 12 November 2005.
1100
‗Pak Lah: I agree with Cabinet's decision‘, Malaysian Mirror, 9 Julai 2009,
http://www.youtube.com/watch?v=1voQ7eldPUo (akses pada 23 September 2010)
1101
‗50,000 risalah bantah PPSMI ditabur di KT‘, Malaysiakini, 15 Januari 2009,
http://www.malaysiakini.com/news/96486 (akses akhir pada 27 Disember 2010).

324
bekas Ketua Pengarah DBP, Firdaus Abdullah.1102 Dalam penyerahan memorandum

GMP di Parlimen pada 17 Februari 2009, ahli parlimen Kinabatangan, Sabah, Bung

Mokhtar Radin menganggap GMP sebagai ―anasir‖ dan seterusnya menimbulkan

kekecohan terbuka. Namun GMP berjaya menyampaikan memorandum bantahan

kepada Hishamuddin dalam suasana yang kondusif. Hishamuddin juga secara positif

menyifatkan demonstrasi yang akan dianjurkan GMP adalah ―perkara biasa‖ dan

―lanskap baru yang perlu kita sesuaikan diri‖. 1103

Tiga hari sebelum berlangsungnya perarakan ―100,000‖ rakyat bagi membantah PPSMI,

Ainon Mohd pada 4 Mac 2009 melaporkan perbualan bersemuka seorang senator

dengan Abdullah dalam tempoh terdekat. Senator tersebut telah menggesa Abdullah

untuk memansuhkan PPSMI kerana ia telah banyak membawa kesan negatif kepada

UMNO. Menurut senator itu, Abdullah menyatakan bahawa beliau sudah menulis surat

kepada Hishamuddin untuk memansuhkan PPSMI tetapi tidak ada tindakan susulan

diambil. 1104 Jika kenyataan Ainon ini berasas, maka arahan bagi pemansuhan PPSMI

telah dikeluarkan oleh Abdullah sebanyak dua kali. Dengan sikap berdiam diri

Hishamuddin, adalah tidak mengejutkan GMP dan PAS meneruskan perarakannya

selepas itu bagi memberi lebih tekanan kepada Abdullah agar menggunakan sepenuhnya

1102
Ainon Mohd, ‗Dolak-dalik Pak Lah‘, 27 Januari 2009,
http://universitipts.com/index.php/site/comments/dolak_dalik_pak_lah (akses pada 29 Oktober 2010).
Ainon Mohd dalam perbincangan ini bukanlah Ainon Mohd yang bertugas sebagai Setiausaha Akhbar
Abdullah tetapi merupakan bekas pegawai DBP dan bekas pensyarah universiti. Beliau banyak menulis
buku mengenai teknik berfikir bersama-sama suaminya, Abdullah Hassan, sarjana bahasa dan salah
seorang tokoh dalam GMP.
1103
‗Hasil kajian PPSMI ke kabinet‘, Utusan Malaysia, 18 Februari 2009; ‗Bung Mokhtar ditempelak
hina pejuang bahasa‘, Siasah, 22 Februari 2009.
1104
Ainon Mohd, ‗Hishamuddin Ingkar Arahan Pak Lah‘, 4 Mac 2009,
http://universitipts.com/index.php/site/comments/hishamuddin_ingkar_arahan_pak_lah (akses pada 29
Oktober 2010).

325
kuasa sebagai PM untuk membuat keputusan.1105 Selepas berlangsungnya perhimpunan

tersebut, adalah menarik untuk diperhatikan apabila Abdullah tidak langsung mengkritik

perhimpunan tersebut berbanding perhimpunan BERSIH dan HINDRAF. Beliau hanya

menggesa agar isu PPSMI diselesaikan sesegera mungkin bagi mengelakkan tekanan

yang lebih meluas dari kumpulan-kumpulan NGO.1106 Malah GMP sendiri turut

melahirkan penghargaan kepada Abdullah kerana reaksi yang baik dan positif. 1107

Namun dengan legitimasi kepimpinan Abdullah yang sudah berada di penghujung,

arahan Abdullah menerima tentangan senyap daripada Hishamuddin. Selepas

perhimpunan GMP berlangsung, Hishamuddin yang sebelumnya melihat demonstrasi

tersebut sebagai sesuatu yang tidak akan mendatangkan masalah mendakwa

perhimpunan GMP didalangi pembangkang. Beliau juga terus membayangkan bahawa

isu PPSMI tidak akan selesai dalam waktu yang terdekat dalam beberapa pertemuan

susulan dengan GMP selepas itu.1108 Dalam takat tertentu, keberatan Hishamuddin

mudah difahami. Dengan akhbar Utusan yang menampakkan pendirian

mempertahankan PPSMI,1109 menjadi individu yang menghapuskan legasi Mahathir

dilihat merupakan keputusan yang amat sukar untuk dilakukan Hishamuddin khususnya

1105
‗Abdullah perlu jujur‘, Harakah Daily.Net, 8 Feb 2009; Ahmad Lutfi Othman, ‗Lemahnya Abdullah
sampai ke akhir…‘, 26 Mac 2009, http://mindalutfi.blogspot.com/2009/03/ppsmi-lemahnya-abdullah-
sampai-ke-akhir.html (kedua-dua diakses pada 11 Oktober 2010).
1106
‗Selesaikan segera isu PPSMI‘, Utusan Malaysia, 8 Mac 2009.
1107
Hassan Ahmad, ‗Bukan wayang kulit, tidak ada dalang!‘.
1108
‗Didalangi pembangkang‘, Utusan Malaysia, 9 Mac 2009; ‗Kajian PPSMI ke kabinet sebulan lagi‘,
Utusan Malaysia, 13 Mac 2009; ‗Haah, Berpusing-pusing Tidak Ketahuan‘, 19 Mac 2009, http://arkib-
ppsmi.blogspot.com/2009_03_01_archive.html (akses pada 12 Oktober 2011).
1109
Penelitian mendapati kebanyakan rencana dan tulisan pembaca di Utusan Malaysia dibingkaikan
dalam bentuk menyokong PPSMI. Lihat contohnya ‗Saya produk bahasa Melayu dari kampung…‘,
Utusan Malaysia, 2 Februari 2009; ‗Budak kampung anggap PPSMI relevan‘, Utusan Malaysia, 16
Februari 2009; ‗Sampai bila…,‘, Utusan Malaysia, 16 Februari 2009; ‗Semua perlu sedar kepentingan
PPSMI‖‘, Utusan Malaysia, 10 Mac 2009; ‗Dasar PPSMI tidak perlu dimansuh‘, Utusan Malaysia, 10
Mac 2009; ‗PPSMI: perjalanan dituju anak cucu kita masih jauh‘, Utusan Malaysia, 4 Mac 2009; ‗Biar
pewaris bangsa tentukan‘, Utusan Malaysia, 5 Mac 2009.

326
pada saat pengaruh bekas PM itu sedang melonjak naik. Kebuntuan ini menjadikan

tokoh-tokoh GMP meneruskan kempen mereka di atas platform pembangkang dalam

PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau selepas itu.1110 Walaupun PPSMI dimansuhkan

tiga bulan selepas persaraan Abdullah, ia merupakan isu yang terus menimbulkan

perbezaan pendapat di kalangan konservatif dalam era Najib. 1111

6.6 KESIMPULAN

Abdullah telah cuba menyegarkan semula pendekatan yang sebelum ini diperkenalkan

oleh Tunku Abdul Rahman dengan menekankan budaya politik yang tidak etnosentrik,

toleran dan terbuka kepada perbincangan. Berpasangan dengan dasar keterbukaan dan

peranan yang dimainkan media alternatif dan juga tiga media konservatif sendiri,

kerangka ―kontrak sosial‖ yang selama ini memberi keseimbangan pada sistem itu mula

dibahas dan diteliti secara terbuka. Keadaan ini menimbulkan tekanan pada UMNO

yang mula meningkatkan invokasi terhadap kerangka konservatisme yang

dipertahankan. Islam Hadhari boleh dianggap berperanan sebagai paksi dalam

menentukan tempo penularan konservatisme ini. Gagasan yang sewajarnya

disinonimkan dengan toleransi, kesederhanaan dan penghormatan terhadap hak minoriti

kelihatan digunakan sebagai justifikasi bagi memperluaskan proses Islamisasi dalam

1110
‗Samad Said cabar pemimpin Umno berbahasa Inggeris dalam kempen pilihan raya kecil‘, Harakah
Daily.Net, 16 Mac 2009; ‗Buktikan kerjasama, bersatu tolak BN!‘, Harakah Daily.Net, 7 April 2009
(kedua-dua diakses kali terakhir pada 27 Disember 2010).
1111
Dalam era Najib, isu PPSMI terus menerima perhatian apabila sebuah badan bertindak ibu bapa
(PAGE) mendesak agar ia dilaksanakan semula. Gesaan yang serupa turut disuarakan secara konsisten
oleh akhbar-akhbar berbahasa Inggeris seperti The Star. Turut menyertai desakan ke arah pelaksanaan
semula PPSMI ialah sebuah NGO konservatif iaitu Jaringan Melayu Malaysia. Kerajaan melalui
Muhyiddin bagaimanapun menegaskan tidak akan melaksanakan semula dasar tersebut. Namun setelah
Mahathir meminta Najib untuk campur tangan, kerajaan memberikan kelonggaran untuk meneruskan
dasar tersebut secara opsyen sebelum dimansuhkan sepenuhnya pada 2016.

327
bentuk yang tidak konstruktif. Biarpun wujudnya bukti yang menyarankan bahawa

Islam Hadhari telah diguna bagi memajukan tuntutan yang berorientasikan kesaksamaan

oleh pihak bukan Islam, reaksi yang ditunjukkan Islamis membayangkan Islam Hadhari

sebagai instrumen yang tidak responsif dengan semangat multi-etnik.

UMNO boleh dianggap bernasib baik kerana era Abdullah menyaksikan institusi beraja

telah menonjolkan peranan barunya bagi mengimbangi kecairan politik yang berlaku.

Fungsi ini menjadi lebih jelas kelihatan selepas PRU-12 yang menyaksikan UMNO

meningkatkan pengikatan terhadap institusi beraja bagi mencari satu bentuk kelegaan

psikologi. Namun krisis yang berlaku di Perak sekali lagi membuktikan bahawa unsur-

unsur demokrasi dan tradisi akan sentiasa mengalami pergeseran dalam usaha

pengekalan status quo. Isu PPSMI pula menjadi satu lagi simbol reaksioneri kepada

pengurusan legasi Mahathir. Konservatisme membayangkan kebenaran dan PPSMI

dengan itu dijangkakan akan menghasilkan impak yang positif – sesuatu yang

dibuktikan Mahathir dalam pendekatan kawalan modal yang digunakan dalam Krisis

Kewangan Asia 1997-1998. Namun ia merupakan eksprimen yang tidak berjaya dan

kosnya terpaksa ditanggung oleh kepimpinan Abdullah. Jika wujudnya contoh mengenai

kelemahan dasar yang dirangka tanpa perundingan yang mencukupi, PPSMI merupakan

kes klasik dalam memperkatakan perkara ini.

Abdullah masih merupakan nasionalis konservatif dan mempercayai bahawa hierarki

yang wujud perlu dipertahankan berikutan keseimbangan yang telah dibawanya. 1112

Namun beliau cuba mengetengahkan semula pendekatan benign nasionalism yang telah

1112
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Menambah nilai perjuangan‘.

328
digunakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO terdahulu seperti Tunku, Tun Razak dan

Tun Dr. Ismail. Pendekatan ini merupakan satu pertautan aktif bagi membangunkan

komuniti Melayu tetapi dalam konteks kekeluargaan Malaysia tanpa menanggalkan

bagasi sejarahnya.1113 Justeru, beliau sedaya upaya cuba mengakomodasikan

kepentingan yang bersaingan biarpun UMNO menampakkan sikap tidak reseptif

terhadap ideanya.1114 Bab seterusnya iaitu bab yang terakhir akan melihat apakah

interaksi yang berlaku dalam UMNO yang menjadikan Abdullah akhirnya terkeluar dari

tampuk kekuasaan?

1113
Khairy Jamaluddin, ‗Time for a makeover‘, 48; Khairy Jamaluddin, ‗Interview: Mapping Change‖,
The Nut Graph, 17 Februari 2009, http://www.thenutgraph.com/mapping-change (akses akhir pada 27
Disember 2010).
1114
Najib juga mengikuti perisytiharan Abdullah bahawa beliau merupakan ―Perdana Menteri Untuk
Semua Rakyat Malaysia‖ dan meneruskan pendekatan laluan sederhana dalam gagasan Satu Malaysia.
Namun sehingga kini gagasan tersebut dilihat dengan skeptikal oleh golongan konservatif berikutan
kebimbangan bahawa ia boleh melorongkan jalan bagi memajukan agenda kesaksamaan. Dengan tindakan
Najib yang meneruskan liberalisasi ekonomi dengan lebih luas, PERKASA dan Mahathir mengambil
pendekatan antogonistik terhadap gagasan ini yang dilihat boleh menjejaskan hak istimewa orang Melayu.
Beberapa isu yang berlaku dalam eranya juga menunjukkan perbezaan antara retorik dan realiti seperti
tindakan Utusan Malaysia dan PERKASA yang cenderung memobilisasikan pendekatan etnik.

329
BAB 7

BERAKHIRNYA DETIK NEOKONSERVATIF

[Abdullah] is riding the tiger and he must not jump off.

Ulasan surat pembaca Malaysiakini dalam meramalkan kesukaran


yang akan dihadapi Abdullah untuk melakukan perubahan dalam
UMNO (17 November 2004).1115

Kuda yang ditunggang oleh Abdullah terlalu kuat dan akhirnya menendang
Abdullah keluar.

Shamsul Amri Baharuddin (Mac 2010)1116

7.1 PENGENALAN

Kajian psikologi telah menghujahkan bahawa golongan optimis lazimnya bukanlah

mereka yang mempunyai objektif yang paling realistik. 1117 Sikap Abdullah

mengilustrasikan kecenderungan ini. Dalam temu bual yang berlangsung dengan

majalah Asiaweek selepas sahaja PRU-10 1999, beliau ditanya sama ada UMNO boleh

mengubah ―cara lama‖ dengan menjadi parti yang lebih budiman. Balas Abdullah:

You are assuming that UMNO doesn‘t make any changes. UMNO is a party that
has been known to change with the times. UMNO has been committed to
development and the need for change.1118

1115
PJ Utara Resident, ‗Don‘t blame Pak Lah, he‘s riding the tiger‘, Malaysiakini, 17 November 2004,
http://www.malaysiakini.com/letters/31445 (akses akhir pada 28 Disember 2010).
1116
Shamsul Amri, temubual dengan pengkaji, 12 Mac 2010.
1117
Lihat Robert M. Collins, Transforming America: Politics and Culture in the Reagan Years (New
York: Columbia University Press, 2007), 54.
1118
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Interview: UMNO Is Known To Change‘, Asiaweek, 10 Disember 1999,
32.

330
Pendirian ini terus dikekalkan Abdullah sehinggalah tempoh awal kepimpinannya

sebagai PM. Walaupun menyedari UMNO telah mempunyai nilai-nilai yang berakar

umbi, beliau menjelaskan

[Beberapa kali saya ditanya] bolehkah saya mendapatkan sokongan daripada


UMNO untuk melakukan perubahan yang saya cita-citakan? … Saya rasa terhina
dengan pandangan mereka itu. Terhina bukan kerana (ia ditujukan kepada) diri
saya, tetapi kerana andaian mereka terhadap UMNO. 1119

Bab ini akan memperjelaskan dengan lebih lanjut beberapa jawapan terhadap sikap

optimistik yang dipegang Abdullah mengenai kemampuan UMNO untuk melakukan

perubahan. Tema utama perbincangan bab ini ialah interaksi yang berlaku antara

Abdullah dan unsur-unsur konservatif dan reaksioneri di dalam UMNO sehingga

membawa pengundurannya sebagai PM.

7.2 STRUKTUR KEKUASAAN UMNO DAN PERLANTIKAN KABINET

Berkuasanya UMNO sebagai sebuah institusi dapat diperhatikan apabila kepimpinannya

adalah penentu kepada siapa yang dilantik sebagai PM. Ia bukanlah sesuatu pilihan raya

umum yang menentukan penyandang jawatan tertinggi negara ini tetapi perwakilan akar

umbi UMNO yang berjumlah 2,600 orang. Kelompok akar umbi ini telah digelar dengan

pelbagai gelaran popular seperti warlord dan ‗UMNO-Putera‘ bagi menggambarkan

tingkat jaringan dan pengaruh yang dipunyai mereka. Struktur seperti ini merupakan

asas kepada cabaran yang dihadapi Abdullah kerana mana-mana pemimpin perlu

mempunyai sokongan akar umbi yang kuat. Hussein Onn yang kembali kepada UMNO

1119
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Kita tidak serius berubah‘.

331
pada 1969 dan terpaksa mengambil alih kepimpinan secara mengejut daripada Razak

pada 1976 merupakan contoh terdahulu kerana beliau tidak mempunyai peluang untuk

membina pangkalan sokongannya. 1120 Abdullah juga dihujahkan mempunyai situasi

yang serupa. Tersingkir sebanyak dua kali selepas PAU 1987 dan 1993 menyulitkan

kedudukannya untuk membina pengaruh yang konsisten berikutan ketiadaan sebarang

jawatan dalam kerajaan. Tidak membantu ialah beliau kemudiannya berada di

Kementerian Luar selama lapan tahun dan menjadikannya terpisah dengan kerangka

akar umbi UMNO yang begitu sinonim dengan politik penaungan bercirikan habuan

ekonomi. 1121 Dalam nada sindiran, Abdullah mengakui, ―orang UMNO pandai jaga diri‖

bagi mengulas sindrom penyisihan yang sering berlaku kepada mereka yang tidak lagi

memegang jawatan.1122 Hal ini sejajar dengan budaya ―pemenang mendapat semua‖

seperti yang dijelaskan oleh Musa Hitam:

What is splitting our party is the political culture in UMNO now – both the
winning and losing side realize that there will be attempts to finish off the loser‘s
political career. The loser will be cursed, condemned and obstructed not only in
their political activities but also to the extent of threatening their rice-bowl. This
fate is not only limited to those who contest, but also extends to their supporters.
His job is jeopardized; his business, his loans, his children‘s scholarship are
also threatened. Not surprisingly, the contests are so intense and finally divisive.
Hatred continues, animosity continues and purging continues. Under such
conditions, contest within UMNO has truly become a matter of life and death.1123

Namun dalam konteks keperibadian Abdullah seperti yang telah disentuh di awal

perbincangan, kemandirian beliau untuk bertahan di dalam budaya politik sedemikian

rupa merupakan sesuatu yang agak luar biasa. Menganggap dirinya ―tumbuh daripada

1120
Means, Malaysian Politics: The Second Generation, 54.
1121
Ahmad Fauzi Abdul Hamid, ‗The Impact of the Mahathir-Abdullah Ahmad Badawi Transition on
Civil Society Politics in Malaysia‘, 7; Nasir Hashim, temu bual dengan pengkaji, 28 Disember 2009.
1122
Abdullah Ahmad Badawi, temubual dengan pengkaji, 18 Mac 2010.
1123
Musa Hitam, ‗What has happened to UMNO?‘, Aliran Monthly, 20, no.2 (2000), 10.

332
benih UMNO‖,1124 Abdullah tidak pernah keluar daripada parti tersebut biarpun terlibat

dalam pertandingan klasik Team A dan Team B pada 1987. Meskipun beberapa

pemimpin Team B seperti Tengku Razaleigh Hamzah, Rais Yatim dan Ahmad Shabery

Cheek ―membakar jambatan‖ dan menubuhkan Semangat 46 selepas pengharaman

UMNO oleh mahkamah pada 1988, Abdullah serta beberapa individu lain seperti Radzi

Sheikh Ahmad, Shahrir Samad dan Hamid Albar kekal di dalam parti yang dihidupkan

semula oleh Mahathir itu.

Seorang lagi tokoh Team B yang tidak harus dilupakan ialah Musa Hitam yang dianggap

sebagai mentor kepada Abdullah. Musa merupakan individu yang menasihati Abdullah

untuk menerima jawatan Menteri Luar pada 1991 kerana dengan ketiadaan ruang untuk

memberikan habuan ekonomi, ia dapat memelihara imej bersih Abdullah. 1125 Musa

dapat dianggap sebagai ―suara terawal reformis‖ sebelum lagi istilah reformasi

dipopularkan lewat 1990-an. Menyusuri semula perbezaan pendapat antara Musa dan

Mahathir sewaktu berada dalam pentadbiran ―2M‖, Musa antara lainnya tidak bersetuju

mengenai peranan Mahathir dalam kebebasan kehakiman, pendekatan unilateral yang

cenderung digunakan Mahathir, pelaksanaan projek mega dan pengabaian terhadap

pembangunan luar bandar. Setelah bersara daripada politik, Musa menerima tugas

sebagai duta Malaysia ke PBB dan menjadi pesuruhjaya pertama SUHAKAM pada

1999 sehingga 2002. Sejajar dengan kedudukannya itu, beliau konsisten menyuarakan

pandangan mengenai keperluan UMNO untuk bersikap responsif dengan perubahan,

keterbukaan dan mengendurkan kawalan politik. Mantra ―berubah atau UMNO akan

1124
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Kita tidak serius berubah‘.
1125
Ismail Mohd Noor, Pak Lah: A Sense Of Accountability, 15.

333
diubah‖ telah dicanangkan oleh Musa pada ketika itu lagi. Beliau memaparkan

pendiriannya sebagai seorang yang terbuka, demokrat, menjunjung semangat multi-etnik

dan mempunyai kapasiti intelektual. Namanya malah dihormati di kalangan sarjana

kritis seperti Rustam Sani dan Farish Noor. Justeru, dengan melihat perubahan-

perubahan yang dilaksanakan Abdullah, sebahagiannya merupakan idea-idea yang

mempunyai keselarian dengan prinsip politik Musa. Namun, walaupun mempertahankan

Abdullah dalam beberapa isu, Musa tidak pernah menganggapnya sebagai ‗penasihat‘

Abdullah malah lebih melihat dirinya sebagai pengkritik penting.1126

Seorang lagi wakil Team B yang mendukung pendirian yang serupa ialah Ahli Parlimen

Johor Bahru, Shahrir Samad. Sebagai bekas Setiausaha Politik kepada Musa dan

merupakan anak didiknya, Shahrir mencipta kejutan apabila memenangi PRK Johor

Bahru pada 1988 di atas tiket bebas. Walaupun beliau menyertai semula UMNO

kemudiannya, kemenangan tersebut dianggap umum sebagai indikasi penolakan

terhadap Mahathir yang dilanda pelbagai kontroversi pada ketika itu. 1127 Kredibiliti

Shahrir sebagai ahli politik berfikiran bebas dan berprinsip tidak pernah dipertikaikan

oleh mana-mana golongan.

Perbincangan latar ini penting untuk difahami untuk membawa kita ke agenda reformasi

Abdullah seperti yang dicanangkannya dalam Manifesto BN 2004. Persoalan yang wajar

1126
Lihat Musa Hitam, ‗The spirit of ‗46 rises again‘; Musa Hitam, ‗What has happened to UMNO?‘;
Rustam Sani, ‗Petanda buruk pemimpin masa depan‘, Harakah, 1 April 2000; Henry L, ‗Musa Hitam has
proved us wrong‘, Malaysiakini, 6 Jun 2006, http://www.malaysiakini.com/letters/52108 (akses akhir
pada 27 Disember 2006); Musa Hitam, ‗Dr Mahathir ketepi tradisi UMNO‘; Musa Hitam, ‗Interview:
Rights come with‘, New Straits Times, 9 Disember 2007; Farish Noor, Di Balik Malaysia: Dari Majapahit
ke Putrajaya (ZI Publications: Putrajaya, 2008), 16.
1127
Hari Singh dan Suresh Narayanan, ‗Changing Dimensions in Malaysian Politics‘, Asian Survey, 29,
no.5 (1989).

334
ditimbulkan, apakah setelah memenangi PRU-11 yang bersejarah itu, Abdullah

mempunyai suara-suara seperti Musa dan Shahrir untuk menjaya dan mendukung

agenda tersebut? Walaupun Abdullah membawa dan melantik semula beberapa rakan di

dalam Team B seperti Radzi (Menteri Undang-undang de facto), Hamid Albar (Menteri

Luar) dan juga kehadiran beberapa lagi ―orang beliau‖ seperti Azmi Khalid (Menteri

Hal Ehwal Dalam Negeri) dan Aziz Shamsuddin (Menteri Pembangunan Luar Bandar

dan Wilayah), nama-nama ini tidaklah dikenali sebagai mereka yang berkecenderungan

reformis. Selain itu, oleh sebab pendirian anti-rasuah Abdullah yang menjadi agenda

pentingnya, perkara ini menjadi antara pertimbangan yang diperhatikan semua pihak.

Namun barisan kabinet pertama yang dibentuk Abdullah menjemput lebih banyak tanda

tanya berikutan tindakannya yang mengekalkan kalangan orde Mahathir dan mereka

yang mempunyai reputasi kontroversi berikutan dakwaan isu korupsi. Antara nama-

nama yang sering dibangkitkan pengkritik ialah Samy Vellu, Lim Keng Yaik, Rafidah

Aziz dan Nazri Aziz. Sudah tentu perkiraan realiti dan konvensyen perkongsian kuasa

tidak memungkinkan beliau menggantikan kabinet yang sepenuhnya baru. Lebih-lebih

lagi kerana kedudukan Abdullah yang masih merupakan Pemangku Presiden UMNO

pada ketika itu, ―banyak hati yang perlu dijaga‖.1128 Namun dengan mengekalkan

barisan sedemikian, ia menghantar mesej yang tidak selari dengan perubahan yang cuba

dibawanya. Melalui kemenangan besar yang dicapai, beliau boleh sahaja mengambil

peluang mengukuhkan persepsi mengenai agenda reformasi. Hal yang sama juga

tercermin dalam rombakan kabinet beliau pada awal 2006. Mempertimbangkan bahawa

Abdullah telah mengakui pada pertengahan 2005 yang beberapa perubahan yang

1128
Chamil Wariya, Kesinambungan dan Perubahan, 263.

335
dibawanya mula berdepan dengan sindrom lesu dan jumud, beliau boleh menggunakan

isyarat ini untuk memasukkan tokoh politik yang progresif seperti Shahrir Samad, Zaid

Ibrahim, Ahmad Shabery dan Saifuddin Abdullah dengan lebih awal tanpa perlu

menunggu keputusan PRU-12. Malah sahabat Abdullah seperti Annuar Zaini telah

mengingatkan agar Abdullah merombak semula ―pasukan bolasepaknya‖ kerana some

of his players are exhausted and old, while some are bought off by bookies.1129

Namun selain daripada terus mengekalkan nama-nama lama sebelum ini, Abdullah

membawa masuk tokoh seperti Zainuddin Maidin yang kerap menggunakan pendekatan

konfrontasi. Abdullah juga terus mengekalkan Rafidah walaupun reputasi Rafidah pada

ketika itu telah dipersoalkan berikutan kontroversi isu AP. Shahrir Samad ketika ditanya

mengenai keengganan beliau menyertai kabinet pada 2006 menjelaskan bahawa

kehadiran tokoh-tokoh lama seperti Samy dan Rafidah akan menyukarkan beliau untuk

membawa perubahan. 1130 Bagi Saifuddin Abdullah pula, beliau mempercayai yang jika

BN memenangi PRU-12 dengan majoriti dua pertiga, suara-suara pembaharuan seperti

beliau tidak akan dibawa masuk. 1131 Turut termasuk dalam keputusan Abdullah yang

mengejutkan ialah perlantikan Annuar Musa sebagai Ketua Perhubungan UMNO

Kelantan menggantikan Mustapha Mohamed. Bekas Menteri Pembangunan Luar

Bandar ini telah mencetuskan kontroversi kerana bagasi mengenai dakwaan

penyelewengan Program Perumahan Rakyat Termiskin. Pada PRU-12, UMNO hanya

berjaya memenangi dua kerusi Parlimen iaitu melalui Tengku Razaleigh dan Mustapha

1129
‗Pak Lah should reshuffle ‗football‘ team‘, Malaysiakini, 3 Disember 2005,
http://www.malaysiakini.com/news/44012 (akses akhir pada 28 Disember 2010).
1130
Shahrir Samad, temu bual dengan pengkaji, 15 Disember 2009.
1131
Saifuddin Abdullah, temu bual dengan pengkaji, 29 November 2010.

336
Mohamed. Satu lagi perlantikan yang serupa ialah perlantikan Muhammad Muhammad

Taib sebagai Ketua Penerangan UMNO yang terbabit dalam isu tidak mengisytiharkan

wang RM2.4 juta sewaktu kunjungannya ke Australia pada 1997. Tidak setakat itu,

Abdullah juga terus melantik bekas Menteri Besar Selangor ini sebagai Menteri

Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah selepas PRU-12.

Perbincangan yang dikemukakan ini dengan jelas memperlihatkan bahawa Abdullah

tidak mengambil peluang untuk memantapkan kabinetnya selepas beliau memperolehi

mandat besar dari rakyat pada 2004. Ketika ditanya pengkaji berhubung perkara ini,

Abdullah mengakui yang beliau ―salah perkiraan‖ tanpa mengulas lebih lanjut.

Perhitungan yang salah ini memberi kesan besar terhadap agenda reformasinya seperti

yang diperlihatkan dalam beberapa bab sebelum ini. Di Taiwan dan Jepun sebagai

contoh perbandingan, apabila rejim KMT pimpinan Chiang dan rejim LDP pimpinan

Koizumi ingin melaksanakan reformasi, salah satu strategi yang diambil mereka ialah

membawa masuk ahli politik yang berorientasikan reformis di dalam parti.

7.3 POLITIK PENAUNGAN DAN POLITIK WANG

Filem-filem seperti Abang (1981)1132 dan Matinya Seorang Patriot (1984)1133 arahan

pengarah filem dan penggiat teater Melayu tersohor Malaysia, Rahim Razali merupakan

antara filem-filem Melayu yang mendapat tempat besar kepada pengkritik seni. Namun

dua filem ini tidaklah semata-mata dikenang kerana mutunya tetapi merupakan dua

1132
Abang, Fleet Communications Sdn Bhd (1981).
1133
Matinya Seorang Patriot, Z.S.A Film Productions (1984).

337
filem terawal yang menggambarkan kebangkitan golongan korporat Melayu yang lahir

selepas pengenalan DEB. Dalam filem Matinya Seorang Patriot, elemen-elemen seperti

konsep ―Bersih, Cekap dan Amanah‖ (yang diperkenalkan Mahathir), korupsi dan

pembunuhan diangkat bagi menonjolkan dinamika yang berlaku dalam kelas menengah

yang muncul dalam era DEB – dasar yang diperkenalkan Razak sebagai reaksi daripada

tragedi 13 Mei 1969.

Pada asalnya DEB tidak dibangkangi oleh sesiapa hatta kepada pihak bukan Melayu

apabila ia diperkenalkan. Ia merupakan instrumen yang dirangka bagi membolehkan

orang Melayu bersaing dan jika ia gagal mencapai matlamatnya selepas 20 tahun, ia

akan diganti bagi mengelakkan ketakutan bukan bumiputera bahawa kerajaan akan

merampas hak mereka. Namun dengan hegemoni UMNO sepanjang 1970-an, DEB

kemudiannya menjadi instrumen yang membiakkan politik penaungan. 1134 Meskipun

politik penaungan merupakan lumrah biasa dalam mana-mana parti politik, parti

tersebut telah mengamalkan kaedah ini dalam bentuk yang berlebihan.1135 Bagi Ramon

Navaratnam yang merupakan salah seorang ahli ekonomi yang merangka DEB:

Some politicians got smart about it and wanted to allocate special reservations
and shares and stocks and contracts to Malays, and very often it went to the
wrong Malays, who had no clue about business.1136

Edmund Terence Gomez yang merupakan pakar dalam kajian hubungan politik dan

perniagaan UMNO menegaskan putaran sistem penaungan iaitu:

1134
Ooi Kee Beng, Era of Transition, 77; Ooi Kee Beng, Lost in Transition, 49-50; Edmund Terence
Gomez, temu bual dengan pengkaji, 26 Mac 2010.
1135
Khairy Jamaluddin, ‗Time for a makeover‘, 48 & 51; Saifuddin Abdullah, temubual dengan pengkaji,
29 November 2010.
1136
Dipetik dari ‗Malaysia questions ethnic preferences‘, 23 Julai 2009, http://news.bbc.co.uk/2/hi/asia-
pacific/8165746.stm (akses pada 12 Disember 2010).

338
[P]oliticians in power can distribute concessions to particular businessman who
will then use this to gain money, which will then be channelled back into the
party, which is used to secure grassroots support, which will then allow
politicians to remain in power. 1137

Keterlibatan UMNO dalam perniagaan juga telah mengubah struktur dan komposisi

keahlian. Daripada guru, petani, ketua kampung dan penghulu, ia kini dipenuhi dengan

kehadiran kelas menengah dan golongan korporat yang mendapat faedah ekonomi

daripada DEB. Hubungan kini dibentuk berasaskan perniagaan khususnya penaungan

dalam bentuk kontrak, lesen, permit atau saham. Dengan impian Mahathir yang ingin

melahirkan kelas usahawan Melayu dalam kadar yang segera, beliau menafsirkan DEB

dengan cara yang tersendiri iaitu bantuan luar biasa kepada usahawan Melayu.

Penekanan Mahathir terhadap dasar penswastaan dan projek mega juga terus

mengukuhkan modus operandi politik penaungan ini. Dengan bantuan Daim, beliau

berjaya melahirkan barisan jutawan Melayu dalam masa yang singkat seperti Halim

Saad dan Tajuddin Ramli melalui hubungan bertindan yang erat antara elit politik dan

elit ekonomi. Perkembangan ini menjadikan wajah dan budaya kekampungan UMNO

bertukar rupa dan PAU yang diadakan setiap tahun secara sinikalnya dianggap turut

menjadi medan bagi memaparkan sindrom materialisme seperti deretan kereta mewah,

tinggal di hotel lima bintang, berbual di restoran mewah dan obsesi mengejar kontrak

perniagaan. 1138 Impak keadaan ini digambarkan apabila pada 1985, Musa Hitam

1137
Gomez, ‗Pak Lah has powers to wipe out corruption‘.
1138
Crouch, Government and Society in Malaysia, 39; R.S Milne, ‗Malaysia-Beyond The New Economic
Policy‘, Asian Survey, 26, no. 12 (1986), 1368; Shamsul Amri Baharuddin, ‗The Economic Dimensions of
Malay Nationalism: The socio-Historical Roots of New Economic Policy and Its Contemporary
Implications‘, 251-253; Edmund Terence Gomez, temu bual dengan pengkaji, 26 Mac 2010; Ooi Kee
Beng, temu bual dengan pengkaji, 30 Mac 2010.

339
menggesa agar UMNO perlu kekal dengan sifatnya kekampungannya dan bukan

menjadi elitis.1139

Dengan perkembangan ekonomi yang lebih pesat pada dekad 1990-an, ramai ahli

UMNO lebih selesa untuk menjadi ketua bahagian dan ketua cawangan kerana kuasa

yang dimiliki untuk memberikan kontrak dan cadangan. 1140 Hujah ini dapat difahami

kerana untuk menjadi seorang Ketua Bahagian, seorang menteri mendedahkan jumlah

RM500,000 diperlukan dalam setahun bagi digunakan untuk sumbangan kepada

cawangan, sumbangan majlis perkahwinan dan sebagainya. 1141 Keperluan seperti ini

menjadikan kontrak perniagaan sebagai sesuatu yang harus dikejar dan dikekalkan.

Impak utama daripada politik penaungan ialah penularan gejala politik wang khususnya

dalam urusan pembelian undi untuk pertandingan semua peringkat sama ada bahagian,

cawangan dan pusat. Hal ini terpapar dengan lebih jelas dalam pertandingan 1987 – titik

yang dipersetujui sebagai merebaknya politik wang dalam skala yang lebih meluas sejak

ia mula dikesan dalam pertandingan 1981 dan 1984. Pada PAU 1993, politik wang

disifatkan berada di kemuncaknya1142 dan antara mangsanya ialah Abdullah sendiri yang

menyifatkan ia sebagai ―tidak dapat dilupakan‖. 1143

1139
Musa Hitam, ‗Ucapan Perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Pergerakan Pemuda Malaysia dan
Pergerakan Wanita UMNO Malaysia‘ (28 September 1985), dipetik dalam Ahmad Lufti Othman. Anwar
lawan Ghafar. Kuala Lumpur: Penerbitan Pemuda, 1993.
1140
Tengku Ahmad Rithaudeen, ‗Wawancara: Tiada kes pilih kasih‘, Mingguan Malaysia, 19 Oktober
2008.
1141
R. Nadeswaran, temu bual dengan pengkaji, 5 April 2010.
1142
Lihat Edmund Terence Gomez, ‗Political business in Malaysia: party factionalism, corporate
development, and economic crisis‘ dalam Edmund Terence Gomez (pnyt), Political Business in East Asia
(London: Routledge, 2002), 98; Chandra Muzaffar, ‗Letter to the Editor - UMNO: Empowerment and
Integrity‘, 21 November 2008,
http://www.justinternational.org/index.php?option=com_content&view=article&id=775&catid=51:archiv
ed-articles-2008&Itemid=146 (akses pada 12 Disember 2010).
1143
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Kita tidak serius berubah‘.

340
Justeru sejak menjadi PM, Abdullah konsisten menyuarakan gesaan untuk komuniti

Melayu bergerak ke arah meritokrasi dan bermain di padang yang rata tanpa bersandar

kepada kaedah pintu belakang dan sikap pengantungan terhadap kerajaan. Beliau tidak

menyembunyikan kekecewaannya bahawa sistem ekonomi Malaysia telah menjadi

ketagih dengan amalan untung atas angin. Walaupun menegaskan akan terus

mempertahankan hak-hak orang Melayu tetapi masanya sudah sampai untuk beliau

membunyikan loceng untuk membolehkan orang Melayu melepaskan tongkat dan mula

berlari. Beliau bertegas tidak akan menurunkan penanda aras bagi menjayakan agenda

meritokrasi ini dan mengkritik mereka yang gemar menggunakan jalan singkat untuk

mencapai kekayaan khususnya melalui DEB. 1144

Namun pada masa yang sama, idea ini tidak dikongsi secara menyeluruh oleh media

perdana Melayu dan juga UMNO. 1145 Pemuda UMNO contohnya menggesa agar

semangat DEB dihidupkan semula – tindakan yang umumnya tidak dipersetujui oleh

pakar.1146 Oleh sebab penekanan Abdullah yang tidak mahu menumpukan kepada

pembangunan fizikal, delegasi UMNO yang tujuh puluh peratusnya bergantung kepada

kontrak kerajaan juga berasa resah kerana kekurangan sumber untuk menampung

perbelanjaan politik.1147 Sebahagian daripada komuniti usahawan Melayu juga

membimbangi mereka tidak dapat bersaing dan menikmati peluang ekonomi dalam

1144
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Wawancara: Sekarang tempoh sukar‘, Mingguan Malaysia, 31 Oktober
2004; Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan The Harvard Club of Malaysia Dinner‘; Abdullah Ahmad
Badawi, ‗Kita tidak serius berubah‘; Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Dasar Perhimpunan Agung
UMNO 2005‘; ‗Abdullah mahu Melayu hebat politik, ekonomi‘, Utusan Malaysia, 10 Mac 2007.
1145
Martinez, ‗Malaysia in 2004: Abdullah Badawi Defines His Leadership‘, 195; O‘Shannassy, ‗Beyond
the Barisan Nasional? A Gramscian Perspective of the 2008 Malaysian General Elections‘, 101.
1146
‗Ariff: NEP revival not pragmatic‘, Malaysiakini, 24 Ogos 2005,
http://www.malaysiakini.com/news/39494 (akses akhir pada 28 Disember 2010).
1147
Lihat pandangan Shamsul Amri dalam ‗Pak Lah to come under scrutiny‘, Malaysiakini, 13 November
2006, http://www.malaysiakini.com/news/59436 (akses akhir pada 28 Disember 2010).

341
pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang dan projek Iskandar.1148 Selepas

pembentangan RMK-9, kerajaan dengan itu telah membuka hampir 33,000 kontrak

untuk diberi pada kontraktor kelas F.1149 Langkah ini disusuli apabila pada Disember

2006, kerajaan telah memperuntukkan RM600 juta ringgit bagi pembangunan luar

bandar yang akan diagihkan kepada kontraktor kelas F menerusi 191 bahagian UMNO

di Semenanjung dan Sabah. Walaupun ia dalam takat tertentu membayangkan

penekanan Abdullah kepada soal pembangunan luar bandar, ia juga boleh dianggap

sebagai satu langkah untuk meredakan kegusaran akar umbi UMNO berkenaan

kekurangan projek-projek yang boleh diraih.

Politik wang pula walaupun disifatkan Abdullah pada awalnya sudah menunjukkan

tanda-tanda terkawal, masih dianalogikan beliau seperti lalang yang akan naik semula

apabila dipotong.1150 Dalam pemilihan PAU 2004, berlakunya kejutan apabila Isa

Samad dan Ali Rustam memenangi dua kerusi teratas Naib Presiden berbanding

Muhyiddin yang pada awalnya mendahului pencalonan. Turut mengejutkan ialah

kekalahan tiga calon MT iaitu Kadir Sheikh Fadzir, Shafie Salleh dan Aziz Shamsuddin

walaupun masing-masingnya bertaraf menteri. Isa kemudiannya didapati bersalah

kerana mengamalkan politik wang dan digantung selama tiga tahun. Turut menarik

perhatian ialah beberapa dakwaan yang dilakukan terhadap anggota UMNO seperti yang

telah disentuh dalam bab empat meliputi sahabat baik Abdullah sendiri, Azman

1148
Khairy Jamaluddin, ‗GLC – Penggerak Agenda Melayu‘, (t.th),
http://rahimthambychik.blogspot.com/2007/06/glc-penggerak-agenda-melayu-khairy.html (akses pada 12
Julai 2010).
1149
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Menambah nilai perjuangan‘.
1150
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Wawancara: Cabaran pembangunan negara lebih utama‘, Mingguan
Malaysia, 19 September 2004.

342
Mahalan.1151 Namun selepas PRU-11, agenda ini didapati menjadi semakin perlahan dan

dalam sesetengah kes berpatah balik. Anggota UMNO digambarkan berasa tidak selesa

dengan agenda tersebut khususnya di kalangan akar umbi yang boleh mensabotaj parti

dalam sebarang pilihan raya yang dilangsungkan. Perkembangan ini menyaksikan

Abdullah memperlahankan agenda ini bagi menjamin kesetiaan mereka khususnya

dalam menghadapi pemilihan parti. 1152

Tiada kes buku teks terbaik bagi menyokong fakta ini selain isu ―istana Zakaria Deros‖

yang dibongkar oleh akhbar The Sun. Ia bukan sahaja menarik perhatian umum kerana

tindakan Zakaria yang membina rumah di kawasan kelas bawahan dan tanpa kelulusan

majlis tempatan tetapi juga tindakannya yang tidak membayar cukai taksiran selama 12

tahun. Turut terlibat dalam saga tersebut ialah dua lagi ahli Majlis Perbandaran Klang

iaitu Ketua Pemuda UMNO Kapar, Faizal Abdullah dan Mazlynoor Abdul Latiff yang

membina rumah tanpa kelulusan yang sama. Faizal kemudiannya meletakkan jawatan

sebagai ahli majlis dan tindakan yang sama disusuli oleh Zakaria setelah dinasihati oleh

Sultan Selangor dan MT UMNO. Selain daripada itu, Sultan Selangor juga secara

terbuka menjelaskan ketidaksenangan beliau terhadap aduan-aduan yang diterima oleh

rakyat membabitkan tingkah laku Zakaria. 1153 Ketiadaan tindakan susulan terhadap

1151
Azman kemudiannya didapati bersalah dan dihukum penjara dua tahun.
1152
Case, ‗How‘s my driving: Abdullah‘s first year as Malaysian PM‘, 144 & 147 ; Bridget Welsh, Ibrahim
Suffian dan Andrew Aeria, ‗Asia Barometer Survey: Malaysia Survey National Findings; Global Barometer &
Asian Barometer‘, National Taiwan University & Academia Sinica, Working Paper Series No. 46, December
2007,
http://www.asianbarometer.org/newenglish/publications/workingpapers/no.46.pdf (akses pada 12 Ogos 2011);
Shahrir Samad, temubual dengan pengkaji, 15 Disember 2009.
1153
‗Sultan Selangor nasihat Zakaria letak jawatan‘, Malaysiakini, 28 Oktober 2008,
http://www.malaysiakini.com/news/58696 (akses akhir pada 28 Disember 2010); ‗Zakaria: I made a
mistake‘, The Star, 1 November 2008; ‗Councillor Faizal also blames it on his architect‘, The Star, 1
November 2006; ‗Faizal repents, give up council post willingly‘, New Straits Times, 2 November 2006.

343
Zakaria menyarankan dilema yang dihadapi Abdullah untuk mengenakan tindakan yang

lebih tegas terhadap Zakaria dan akhirnya terpaksa kelihatan beralah. 1154 Ia memaparkan

bagaimana pengaruh yang dipunyai oleh seorang ketua bahagian UMNO yang diketahui

mempunyai keupayaan untuk mempengaruhi pembuatan keputusan dan sokongan akar

umbi. 1155 Dalam PAU 2006 yang diadakan dua minggu selepas itu, perwakilan UMNO

Kedah, Tajul Urus menyifatkan media mempunyai agenda tersembunyi dalam isu

Zakaria dan menganggap tindakan membina rumah tanpa kelulusan merupakan amalan

biasa bagi rakyat Malaysia.1156 Hal-hal ini dapat menjelaskan mengapa UMNO dilihat

keberatan untuk membincangkan isu-isu berkaitan rasuah dan integriti. Selain daripada

tentangan yang diperlihatkan dalam draf asal SPRM, perisytiharan harta dan gesaan

untuk tidak melibatkan SPRM dalam siasatan politik wang, perbahasan mengenai rasuah

juga tidak menarik minat perwakilan dalam setiap PAU yang berlangsung seperti yang

dibangkitkan Abdullah pada 2006.1157

Dalam pemilihan PAU 2008, politik wang merebak dengan lebih meluas apabila

bilangan aduan yang diterima Lembaga Disiplin UMNO mencecah 900 aduan. Syed

Hamid menyifatkan pemilihan di peringkat cawangan sebagai yang paling buruk pernah

disaksikannya. Rais Yatim yang cuba bertanding jawatan Naib Presiden pula secara

sinis mencadangkan agar jawatan-jawatan UMNO dibuka untuk bidaan tender.1158

1154
Edmund Terence Gomez, temu bual dengan pengkaji, 26 Mac 2010.
1155
Zakaria meninggal dunia tiga hari selepas keputusan PRU-12 diumumkan. Lihat laporan mengenai
kuasa dan pengaruh yang dipunyai Zakaria dalam Terence Fernandez, ‗Zakaria‘s legacy‘, The Sun, 18
Mac 2008.
1156
‗Protect Malay media, says delegate‘, The Star, 16 November 2006.
1157
‗Pak Lah: I wish there was more debate on corruption‘, Malaysiakini, 17 November 2006,
http://www.malaysiakini.com/news/59744 (akses akhir pada 28 Disember 2010).
1158
‗Pemilihan paling buruk‘, Berita Harian, 4 Ogos 2008; ‗Rais saran pemilihan secara tender‘, Utusan
Malaysia, 22 Oktober 2008.

344
Melalui fakta-fakta ini, elemen politik penaungan dan politik wang telah menjadi modus

operandi yang telah diterima meluas dalam interaksi politik UMNO dan menghapuskan

elemen-elemen ini dianggap menjejaskan keseimbangan yang telah wujud dalam sistem

tersebut. Seperti yang dirumuskan dengan objektif oleh Case:

On the one hand, voters demand that [Abdullah] reduce[s] government


corruption. But for him to do this in any serious way, would alienate many top
politicians inside UMNO who demand patronage, which is after all the main
motivation even for involvement in UMNO. It thus much more the fault of
UMNO‘s faction leaders, the so-called warlords, than it is Abdullah‘s (though
his family too seems to have engaged in corrupt practices) that the government
fared so poorly in the [12th general] election.1159

Ringkasnya, dalam sistem yang dicirikan oleh penaungan, politik wang, untung atas

angin, faksi dan kesetiaan, libasan politik yang pada awalnya tidak menjadi

kebimbangan Abdullah nampaknya merupakan sesuatu yang dianggar-rendahkan.

Seperti juga LDP yang beroperasi di atas politik penaungan dan politik wang sehingga

menyumbang kepada kejatuhannya pada 2009, masalah yang serupa telah terinstitusi

dengan serius dalam UMNO. 1160 Empat bulan sebelum persaraannya dan sebagai

sebahagian daripada reaksi mengenai masalah ini, Abdullah dalam temubualnya

bersama akhbar Sin Chew menyatakan bahawa DEB tidak lagi wujud kerana

pelaksanaannya telah menjejaskan aspek ketelusan dan tidak mesra pasaran.1161

1159
Case, ‗Interview [between Chaan Foon Hong] with William Case‘.
1160
Untuk kes Jepun lihat umpamanya Matthew Carlson, Money Politics in Japan: New Rules, Old
Practices (Boulder: Lynne Rienner Publishers, 2007). Malah dalam era Najib, UMNO menjemput bekas
menteri dari LDP, Kotaro Tamura untuk memberikan ceramah mengenai perbandingan antara
kemerosotan legitimasi LDP dan UMNO.
1161
‗Pak Lah: NEP No Longer In Existence‘, My Sinchew Com, 19 Disember 2008,
http://www.mysinchew.com/node/19429 (akses pada 12 September 2011). Walaupun Najib kemudiannya
menyatakan bahawa tindakan affirmatif di bawah DEB akan kekal, tetapi ia telah berubah kepada mesra
pasaran dan berdasarkan merit.

345
7.4 KONFLIK MAHATHIR DAN ABDULLAH: SINDROM REAKSIONERI

Di sebalik kontroversi yang muncul dalam pentadbirannya, Mahathirisme telah

mencipta suatu kebenaran politik khususnya pada masyarakat Melayu. Sehinggalah

beliau bersara, kelemahan yang wujud dalam pentadbirannya tidak menenggelamkan

kedudukannya sebagai wira di mata masyarakat Melayu dan fakta mengenai kejayaan

pembangunan yang telah dibawanya. 1162 Mahathirisme dengan itu dihujahkan telah

membentuk konservatisme kerana ia telah berjaya menyerap satu bentuk kebiasaaan

baik dari gaya kepimpinan, dasar-dasar yang diperkenalkan dan nilai-nilai yang telah

ditanamnya. Beliau telah menjadi satu kerangka yang membentuk wajah Malaysia selain

dari elemen-elemen yang telah diperuntukkan di dalam perlembagaan. Tidak

menghairankan, di saat-saat akhir sebelum beliau meletakkan jawatan, masih

terdapatnya pihak seperti golongan kelas menengah Melayu yang enggan melepaskan

beliau kerana membimbangi faedah-faedah yang akan turut terlupus.1163 Di peringkat

awal persaraannya, Mahathir masih dikejar untuk mendapatkan sokongan peribadi atau

orang tengah atas kedudukannya sebagai penasihat Proton dan Petronas. 1164 Justeru,

persoalan sama ada Mahathir akan campur tangan dalam pentadbiran Abdullah

merupakan persoalan pra-matang yang telah dijangka mempertimbangkan persoalan

reputasi dan legasi yang semestinya ingin dipertahankan beliau. 1165

1162
Zainal Kling, ‗UMNO and the BN in the 2004 Election: The Political Culture of Complex Identities‘,
165-167.
1163
Chamil Wariya, Kesinambungan dan Perubahan, 27-28.
1164
Mahathir Mohamad, ‗Wawancara: Saya bukan seperti Clinton‘, Berita Harian, 14 Mei 2005.
1165
Chandra Muzaffar, ‗The Emerging Scenario Under Abdullah Badawi‘, 11.

346
Perkara pertama yang cuba dipengaruhi Mahathir ialah pelantikan Najib sebagai TPM.

Selepas cubaan Mahathir untuk bersara pada pertengahan 2002, Mahathir berulang kali

memberi isyarat bahawa Najib merupakan calon yang sesuai untuk menjawat jawatan

tersebut. Selain daripada pertimbangan mengenai kebolehan Najib, Mahathir juga berasa

terhutang budi dengan peranan yang dimainkan oleh Razak yang menaikkan semula

karier politiknya dalam UMNO.1166 Namun sebaik sahaja Abdullah menjadi PM,

Abdullah menghantar mesej agar beliau diberi kebebasan untuk membuat keputusan.

Perkara ini disampaikan dengan lebih jelas apabila beliau memecat Ketua Pengarang

NST, Abdullah Ahmad yang banyak melobi pelantikan Najib. Pengosongan jawatan

TPM selama dua bulan menambahkan lagi spekulasi bahawa Abdullah sebenarnya turut

mempertimbangkan nama Muhyiddin sebagai TPM. 1167

Mahathir juga meyakini yang dengan memilih Abdullah sebagai PM, beliau akan dapat

―mengawal‖ Abdullah bagi meneruskan dasar-dasarnya dan juga apabila perlu, datang

mendapatkan nasihat dan merundinginya. Sangkaan Mahathir ternyata meleset kerana

Abdullah telah pun mempunyai intelektual neokonservatif yang menjadi pasukan

penasihat utamanya. Mahathir tidak menyangkakan Abdullah boleh menjadi begitu

berdikari dan hasrat beliau untuk menjadi seorang lagi Lee Kuan Yew yang terus

mengenakan pengaruh selepas persaraannya tidak kesampaian. Hal ini ditambah dengan

keputusan gemilang PRU-11 2004 yang lebih memberi tamparan kepada Mahathir. 1168

Beliau berasa tidak dihargai apabila ramai menyatakan Abdullah berperanan penting

1166
Mahathir Mohamad, ‗Q &A: Najib 'scared' he wouldn't be picked as DPM‘, Malaysiakini, 9 Mei
2007, http://www.malaysiakini.com/news/66986 (akses akhir pada 28 Disember 2010).
1167
‗Dr. Mahathir gembira pelantikan Najib‘, Utusan Malaysia, 8 Januari 2004.
1168
Shamsul Amri, temu bual dengan pengkaji, 12 Mac 2010; Edmund Terence Gomez, temu bual dengan
pengkaji, 26 Mac 2010.

347
dalam kemenangan besar PRU-11 sedangkan beliau juga mendakwa telah mewariskan

sebuah kerajaan yang kukuh. 1169 Merangsang lagi perasaannya ialah budaya penyisihan

yang menjadi sinonim kepada mereka yang sudah tidak berkuasa dalam UMNO. Tidak

ada anggota-anggota kabinet datang untuk bertanya khabar dan mendapatkan

pandangannya melainkan individu-individu biasa daripada UMNO. Satu-satunya nasihat

sukarela yang diberikannya kepada Abdullah ialah agar tidak menggugurkan seorang

menteri dalam rombakan kabinet 2004 – nasihat yang diikuti Abdullah.1170 Harus

diimbas bahawa Mahathir telah pun merasai pengalaman ini apabila dipecat dari UMNO

pada 1969. Pada waktu itu, tidak ada sesiapa pun yang berani datang mengunjunginya

bagi menyatakan sokongan atau simpati.1171 Justeru, apabila budaya ini dirasakannya

semula atas kapasitinya sebagai bekas PM, beliau menjadi seolah-olah lebih tidak

dihormati.

Apabila Anwar dibebaskan, ia dihujahkan telah merangsang lagi ketidakpuasan

Mahathir yang diketahui telah berusaha membuka jalan terhadap pemenjaraan tokoh

yang pernah menjadi timbalannya itu. 1172 Beliau menyifatkan pembebasan tersebut

sebagai administrative blunder.1173 Dalam wawancara dengan akhbar Berita Harian

pada 14 Mei 2005 (kurang sebulan sebelum isu AP didedahkan), Mahathir telah

memberikan kiasan bahawa dasar-dasar yang digubal Abdullah bertentangan dengan apa

yang telah digubalnya bagi menafikan tanggapan bahawa beliau masih mempunyai

1169
Mahathir Mohamad, ‗Q & A: Najib 'scared' he wouldn't be picked as DPM‘.
1170
Mahathir Mohamad, ‗Dr M - Taking the world by storm even after retirement‘, The Star, 18 Oktober
2004; Radzi Sheikh Ahmad, ‗Wawancara: Mari hentikan semua ini‘, Mingguan Malaysia, 13 Ogos 2006.
1171
Lihat Zainuddin Maidin, Mahathir Di Sebalik Tabir (Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors, 1994), 31-49.
1172
Joseph Liow, ‗The Mahathir-Abdullah Rift: What‘s really at stake?‘, IDSS Commentaries 94/2006;
Mohamad Abu Bakar, temu bual dengan pengkaji, 23 November 2009.
1173
Mahathir Mohamad, ‗Interview: Retired or not, Mahathir is still in his element‘.

348
pengaruh dalam pentadbiran Abdullah.1174 Seperti yang telah disentuh, beberapa isu dan

keputusan Abdullah seperti pembatalan landasan berkembar, isu AP, perlindungan

kepada Proton dan penjualan Augusta merupakan percikan-percikan yang telah

membuka jalan kepada konflik yang lebih terbuka antara Mahathir dan Abdullah.

Namun isu pembatalan Jambatan Bengkok adalah titik yang merenggut kesabaran

Mahathir walaupun beliau telah menyatakan tidak akan campur tangan selepas

persaraannya. 1175 Biarpun penjelasan dan jawapan diberikan oleh kerajaan, wakil Proton

dan juga beberapa menteri, Mahathir tidak menampakkan beliau berpuas hati dengan

jawapan yang diberikan dan mendakwa kepimpinan Abdullah sebagai pengecut (half-

past six). Sebagai usaha memperluaskan cakupan kritikannya, Mahathir mendapatkan

akhbar portal Malaysiakini yang sekian lama tidak disenanginya sewaktu menjadi

PM.1176 Impak beliau sebagai suara kepembangkangan diiktiraf oleh Ketua Pemuda

PAS, Salahudin Ayub yang menawarkan untuk menjadikan Mahathir sebagai Ketua

Pembangkang. 1177 Mempertimbangkan prinsip kolektif, hampir semua anggota kabinet

termasuklah Najib dan Muhyiddin mempertahankan keputusan pembatalan jambatan

yang telah didebatkan dengan terperinci. Namun Mahathir bersikap lebih taktikal

apabila mula menyatakan kesilapannya memilih Abdullah, memperluaskan kritikannya

ke intelektual neokonservatif dan juga mengambil sikap menyebelahi Najib. Mereka

yang rapat dengan Mahathir seperti Zainuddin Maidin juga gagal memujuk Mahathir

untuk meredakan kritikannya. Antara yang lantang mempertahankan Abdullah ialah

1174
Mahathir Mohamad, ‗Saya bukan seperti Clinton‘.
1175
‗I will continue to speak out‘, The Sun, 2 Mei 2006.
1176
Mahathir Mohamad, ‗Q&A: I‘m disappointed, says Mahathir‘, Malaysiakini, 23 Mei 2006,
http://www.malaysiakini.com/news/51427 (akses akhir pada 26 Disember 2010).
1177
‗Mahathir tolak pelawaan PAS‘, Utusan Malaysia, 8 Jun 2006.

349
Nazri Aziz yang tidak berselindung mengeluarkan kritikan yang tajam terhadap

Mahathir. Musa juga terpaksa tampil bagi mempertahankan Abdullah dari situasi yang

disifatkannya sebagai ―sindrom pasca Perdana Menteri‖. Satu-satunya menteri yang

mengambil pendirian lebih neutral ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar, Aziz

Shamsuddin. Bekas Setiausaha Politik Mahathir itu melihat ketidaksenangan bekas

ketuanya itu timbul berikutan kewujudan ―pihak ketiga‖ yang cuba mengawal

kerajaan. 1178

Plot konflik semakin dipenuhi spekulasi apabila Mahathir disembur dengan pemedih

mata pada Julai 2006 dalam siri lawatannya ke Kelantan. Walaupun bukan dilakukan

oleh mana-mana ahli UMNO, peristiwa ini dihujahkan meningkatkan simpati terhadap

Mahathir dan seakan-akan mengukuhkan dakwaan Mahathir bahawa wujudnya cubaan

untuk menyekat dia daripada berucap. Abdullah menyedari sentimen ini dan

menyatakan kemarahannya kerana ia pasti akan diambil kesempatan oleh pihak tertentu

untuk menyebarkan khabar angin.1179 Kunjungan Mahathir ke Kelantan dalam takat

yang lebih besar menyarankan kewujudan ―pihak ketiga‖ yang menggunakan Mahathir

dalam siri kritikannya terhadap Abdullah. Antara mereka yang didakwa memainkan

peranan ini ialah bekas Setiausaha Politik Mahathir, Matthias Chang, Abdullah Ahmad,

Ibrahim Ali (bekas Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas yang digugurkan), dua tokoh

1178
‗Syed Hamid tells Dr M: Accept change‘, Malaysiakini, 28 April 2006,
http://www.malaysiakini.com/news/50402 (akses pada 21 Jun 2012); ‗Najib ulas kritikan Dr.M‘, Utusan
Malaysia, 8 Jun 2006; Musa Hitam, ‗Dr Mahathir ketepi tradisi UMNO‘; ‗Dr M tak musuhi Pak Lah‘,
Utusan Malaysia, 21 Jun 2006; ‗Ada pihak cuba jejas hubungan PM, Mahathir‘, Utusan Malaysia, 21 Jun
2006; ‗Nazri isytihar perang terhadap Dr Mahathir‘, Berita Harian, 27 Jun 2006; ‗Mahathir‘s loyalty
questioned‘, New Straits Times, 28 Jun 2006; ‗Khaled: Malaysian have faith in Abdullah‘s
administration‘, New Straits Times, 28 Jun 2006; ‗UMNO has no plans to sack DrM: Najib‘, The Sun, 28
Jun 2006; ‗Mahathir calls Nazri a hatchet man‘, The Sun, 28 Jun 2006.
1179
‗PM marah insiden Dr. Mahathir disembur pemedih mata‘, Utusan Malaysia, 29 Julai 2006.

350
UMNO veteran yang mempunyai hubungan rapat dengan Mahathir, Sanusi Junid dan

Megat Junid dan juga pemilik tabloid politik, Era Baru, Idris Tulis.1180

Impak kritikan Mahathir bukan sahaja menimbulkan kekeliruan umum tetapi juga telah

menjadikan UMNO seolah-olah terbahagi kepada dua aliran khususnya di peringkat

akar umbi. Selain mula menggesa agar Abdullah berundur, Mahathir melancarkan siri

jelajah dan memberi ceramah dalam beberapa mesyuarat perwakilan UMNO. Beliau

juga menawarkan diri untuk bertanding bagi menjadi perwakilan Kubang Pasu ke PAU

2006. Walaupun Abdullah menegaskan tidak akan menghalang hasrat Mahathir, gesaan

meluas turut kedengaran agar taraf bekas PM itu tidak diletakkan di tempat yang tidak

sewajarnya. Pada pemilihan yang berlangsung, Mahathir hanya menduduki tempat

kesembilan dari 14 calon yang bertanding dengan memperolehi 227 undi dari 473

perwakilan. Beliau menyalahkan kekalahannya terhadap gejala politik wang di mana

delegasi telah diberi rasuah sebanyak RM200 untuk memilih calon-calon tertentu.1181

Harapan umum menjadi agak pulih apabila Mahathir bersetuju mengadakan pertemuan

hati ke hati dengan Abdullah menjelang Aidilfitri 2006. Pertemuan dua jam tersebut

1180
‗Sanusi kritik Abdullah, Khairy‘, Harakah, 16 Julai 2006; ‗Ibrahim Ali dan Matthias Chang didakwa
jadi dalang‘, Agenda Daily, 11 Ogos 2006; ‗Adnan: Only the desperate use Mahathir to slam Abdullah‘,
The Star, 11 Ogos 2006; Abdullah Ahmad, ‗Wawancara: Apa salah kalau saya atur program Mahathir‘, 15
Ogos 2006, HarakahDaily.Net (sumber Agenda Daily dan Harakah Daily Net diakses kali terakhir pada
28 Disember 2010).
1181
‗Risiko jika siri jelajah Dr Mahathir berterusan‘, Agenda Daily, 7 Ogos 2006; ‗Dr M calls for Pak Lah
to step down‘, Malaysiakini, 8 Ogos 2006, http://www.malaysiakini.com/news/55051; ‗Dr Mahathir
sanggup junjung Al- Quran dalam masjid…mari sama-sama sumpah‘, Agenda Daily, 13 Ogos 2006; ‗Pak
Lah: No problems with Dr M as delegate‘, Malaysiakini, 26 Ogos 2006,
http://www.malaysiakini.com/news/55929; ‗Debaran UMNO Kubang Pasu: Mahathir tewas...Mukhriz
terpilih‘, Agenda Daily, 8 September 2006 (kesemua sumber diakses kali terakhir pada 28 Disember
2010).

351
lebih banyak dimonopoli Mahathir yang bercakap selama sejam setengah manakala

Abdullah lebih banyak mencatat dan mendengar. 1182

Namun hasrat bagi melihat wujudnya keredaan meleset apabila Mahathir terus

mengkritik kepimpinan Abdullah sebelum Abdullah sempat memberi sebarang

penjelasan. Tindakan ‗serangan awal‘ ini bukan sahaja dilihat sebagai satu lagi indikasi

pendekatan Machiavelli yang didukung beliau tetapi juga mula membuatkan beberapa

pemimpin kanan UMNO berasa lebih rimas. Muhyiddin contohnya bersetuju dengan

gesaan agar Mahathir meletakkan jawatan sebagai penasihat syarikat kerajaan. Rafidah

pula menyeru agar kerajaan melupakan soal perdamaian dengan Mahathir dan

menyifatkan beliau tidak akan memaafkan Mahathir yang melemparkan berbagai-bagai

tuduhan kepadanya.1183 Siri kritikan tersebut hanya reda apabila Mahathir diserang sakit

jantung sebelum bermulanya PAU 2006 tetapi diteruskan semula sehinggalah sebelum

PRU-12. Pada ketika ini, Mahathir boleh dianggap telah mengambil peranan

pembangkang dan masyarakat sivil. Beliau mengkritik hampir kesemua perubahan yang

dilaksanakan Abdullah termasuklah pendekatan bukan konfrontasi Abdullah dengan

kuasa luar, kelembapan ekonomi, keupayaan mental Abdullah dan malah mendakwa

bahawa Abdullah merupakan PM satu penggal dan wujudnya gentleman‘s agreement

mengenai perkara itu sebelum jawatan tersebut diserah kepada Najib. 1184

1182
Mahathir Mohamad, ‗Transcript of Tun Mahathir‘s press conference‘, The Star, 24 Oktober 2006.
1183
‗Dr M: Abdullah‘s style bad for UMNO‘, Malaysiakini, 23 Oktober 2006,
http://www.malaysiakini.com/news/58560; ‗Ministers defend Pak Lah after Dr M criticisms‘,
Malaysiakini, 24 Oktober 2006, http://www.malaysiakini.com/news/58580; ‗Dr M wajar henti jadi
penasihat‘, Berita Harian, 30 Oktober 2006;‗Forget making peace with Mahathir‘, Malaysiakini, 8
November 2006, http://www.malaysiakini.com/news/59232 (kesemua sumber Malaysiakini diakses kali
terakhir pada 28 Disember 2010).
1184
‗Dr M: Malaysia did nothing as OIC chair‘, Malaysiakini, 29 Julai 2006,
http://www.malaysiakini.com/news/54663; ‗Pak Lah has ‗habit of lying‘‘, Malaysiakini, 11 September

352
Sesuatu yang menonjol dalam kritikan Mahathir ialah betapa ia sarat dengan

kontradiksi, ironi dan paradoks apabila beliau mengkritik elemen-elemen yang tidak

diberi perhatian oleh kepimpinannya. Pertamanya, dakwaannya bahawa ahli-ahli

UMNO dan para menteri tidak tahu menegur Abdullah dan menjadi penurut.1185 Tidak

kurang melucukan apabila Mahathir juga mendakwa Malaysia sebagai sebuah negara

polis dan wujudnya iklim ketakutan serta usaha sistematik untuk tidak membenarkan

beliau bercakap dalam dan bertemu orang ramai. 1186 Termasuk dalam hal ini ialah

dakwaan bahawa kerajaan berselindung di sebalik OSA dalam isu pengeluaran

maklumat jambatan bengkok.1187 Sekali lagi, dakwaan seperti ini tidak sukar untuk

dipatahkan memandangkan elemen-elemen tersebut telah disuburkan dalam era beliau

lagi – hakikat yang malah turut diakui oleh tokoh seperti Zainuddin Maidin.1188

Namun begitu, seperti yang telah diulas dalam bab tiga, pemerhati turut bersependapat

bahawa tindakan Abdullah yang lebih banyak mendiamkan diri daripada menjawab

kritikan Mahathir tidak membantu menjernihkan keadaan. Sejak dari awal, sikap

2006, http://www.malaysiakini.com/news/56587; ‗Dr M lancar ‗serangan terbaru‘ terhadap Pak Lah‘,


Malaysiakini, 12 Oktober 2006, http://www.malaysiakini.com/news/58129; ‗Pak Lah has ‗short attention
span‘, Malaysiakini, 7 November 2006, http://www.malaysiakini.com/news/59182; ‗Dr M: Pak Lah was
to serve only one term‘, Malaysiakini, 22 April 2007, http://www.malaysiakini.com/news/66282;
Mahathir Mohamad, ‗Q & A: Najib 'scared' he wouldn't be picked as DPM‘ (kesemua sumber
Malaysiakini diakses kali terakhir pada 28 Disember 2010); ‗PM: There was no gentleman‘s agreement
between me and Mahathir‘, The Star, 1 Februari 2008.
1185
‗Dr M tukar rentak‘, Berita Harian, 10 Jun 2006.
1186
‗Mahathir says M‘sia now a ‗police state‘‘, Malaysiakini, 23 Oktober 2006,
http://www.malaysiakini.com/news/58568 (akses akhir pada 28 Disember 2010); Mahathir Mohamad,
‗Why did I criticise the prime minister‘, New Straits Times, 28 Oktober 2006.
1187
‗Dr Mahathir sanggup junjung Al Quran dalam masjid…mari sama-sama sumpah‘.
1188
‗Zam: Dr M mudah lupa‘, Malaysiakini, 28 Oktober 2006,
http://www.malaysiakini.com/news/58688; ‗Penganalisa: Konflik Dr M-Pak Lah cetus suasana tidak
menentu‘, Malaysiakini, 30 Oktober 2006, http://www.malaysiakini.com/news/58733 (kedua-dua sumber
diakses kali terakhir pada 28 Disember 2010); Farish Noor, ‗Malaysia a police state? Is Mahathir
serious?‘, Aliran Monthly, 26, no.9 (2006).

353
berdiam diri atau elegant silence seperti yang diulas oleh Musa Hitam1189 menimbulkan

lebih banyak masalah apabila ia telah membuka ruang bagi pihak-pihak lain untuk

menjawab bagi pihak Abdullah dan reaksi seperti ini adakalanya hanya lebih

memburukkan keadaan. Biarpun banyak penerangan diberikan kepada umum tentang isu

jambatan, ia lebih banyak berbentuk perundangan dan memberi kesan kepada keyakinan

khalayak yang lebih mempercayai Mahathir. 1190 Dalam jawapan yang seringkali

diberikan, Abdullah menegaskan beliau hanya ingin menumpukan perhatian pada tugas

dan akan membiarkan Mahathir berbuat apa yang dimahukannya. 1191 Wan Esuriyanti

mendedahkan:

Musa Hitam yang pada awalnya memuji pendekatan berdiam diri Pak Lah
akhirnya turut memarahi Pak Lah [kerana enggan melawan]. Berilah apa saja
kritikan Mahathir kepada Pak Lah termasuklah apabila Pak Lah berada di luar
negara [dan reaksinya adalah sama]. Saya bawa laporan kepada dia dan katakan
‗this is what Mahathir said about you recently‘. Reaksi dia; ‗Ah. Biasalah.
Orang tua ni‘. Dia tak suka tapi tak mahu react. In politics, you have to defend
yourself to clear the air. Saya dan rakan-rakan yang lain seperti Kamal dan
Vincent banyak kali beritahu Pak Lah [mengenai hal ini]… [Dalam beberapa isu
yang melibatkan keluarganya], maybe he reacted too late to put down the fire.
Bagi Pak Lah; ‗Ini semua fitnah, fitnah‘ dan apabila beliau lambat [memberikan
reaksi], lama kelamaan api itu makin merebak. 1192

Dalam hubungan ini, tindakan Abdullah seakan-akan menyerupai watak yang pernah

ditonjolkan dalam dua filem terkenal, The American President (1995)1193 dan The

Contender (2000)1194 yang mengisahkan bagaimana seorang Presiden dan calon Naib

1189
‗Abdullah stays out of fray‘, New Straits Times, 9 Jun 2006; ‗Musa: Mark of a very good leader‘,
New Straits Times, 9 Jun 2006.
1190
Radzi Sheikh Ahmad, ‗Mari hentikan semua ini‘.
1191
‗Abdullah: Dr M free to say anything‘, The Star, 9 Jun 2006; Abdullah Ahmad Badawi, ‗Menambah
nilai perjuangan‘.
1192
Wan Esuriyanti Wan Ahmad, temu bual dengan pengkaji, 22 November 2011.
1193
The American President, Universal Pictures & Castle Rock Entertainment (1995).
1194
The Contender, Dreamworks (2000).

354
Presiden Amerika Syarikat enggan menjawab sebarang tuduhan yang dilemparkan

terhadap mereka kerana berpegang kepada soal integriti dan kerana tuduhan tersebut

tidak benar. Malangnya, realiti politik sebenar tidaklah semudah plot sebuah filem.

Hanya selepas PRU-12, barulah Abdullah menjawab dan memberikan reaksi yang lebih

tegas terhadap kritikan Mahathir – waktu yang sudah agak terlambat. Dalam kritikan

pertamanya terhadap Mahathir, Abdullah menegaskan yang iklim ketakutan lebih dirasai

pada era Mahathir dengan sekatan-sekatan tertentu seperti pemadaman liputan pada

Hussein Onn apabila Mahathir menjadi PM dan juga Operasi Lalang 1987 (di mana

lebih 100 ahli dan aktivis politik ditahan di bawah ISA). Beliau juga mengimbas bahawa

campur tangan Mahathir terhadap institusi kehakiman telah menyebabkan umum dan

masyarakat perniagaan berasa tidak yakin dengan institusi tersebut. 1195

Dalam temu bual terakhirnya dengan media sebagai PM, Abdullah tidak menafikan

kemungkinan bahawa beliau boleh mengendalikan kritikan Mahathir dengan lebih

baik. 1196 Namun apabila ditanya sekali lagi oleh pengkaji mengenai perkara ini,

Abdullah menegaskan:

[Kritikan Mahathir merupakan] satu kebebasan yang boleh berlaku dalam zaman
ini. If now another Mahathir is ruling this country, adakah anda boleh berbuat
benda yang sama?.. Kalau [saya hendak] bergaduh, banyak perkara yang akan
terkeluar. It will be bloody dirty1197

Dilihat dari sudut yang objektif bagaimanapun, boleh dipersetujui bahawa Abdullah

tidak akan mampu untuk ―menewaskan‖ kecekapan penaakulan (reasoning) dan logik

1195
‗Abdullah hits out at his critics‘, The Star, 7 April 2008.
1196
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Pak Lah‘s final interview with the media as PM‘.
1197
Abdullah Ahmad Badawi, temubual dengan pengkaji, 18 Mac 2010.

355
yang dipunyai Mahathir. Gaya dan pendekatan kepimpinan Abdullah yang lunak telah

mencorakkan beliau dalam pendekatan yang bukan konfrontasi. Mahathir seperti yang

ditegaskan Musa Hitam mempunyai keyakinan diri yang begitu tinggi 1198 dan dengan itu

mempunyai ―jawapan‖ terhadap sebarang persoalan yang dikemukakan kepada beliau.

Kritikan Mahathir terhadap Abdullah lebih merupakan ‗sindrom reaksioneri‘ yang ingin

mengekalkan status quo apabila Abdullah menyimpang dari tradisi dan preskripsi yang

ditetapkan beliau – khususnya meneruskan projek-projek yang dimulakannya dan

meningkatkan perbelanjaan bagi mengukuhkan ekonomi. 1199

7.5 PASCA PRU-12: KEBANGKITAN GERAKAN KONSERVATIF DAN


REAKSIONERI

Di sebalik keputusan PRU-12 yang mengejutkan, UMNO tidaklah sebenarnya

mengalami penurunan sokongan yang ketara dan masih memiliki pengaruh yang kuat di

kawasan yang majoritinya orang Melayu. Namun dengan kaedah etnisiti yang

dikempenkan oleh Mahathir dalam usahanya menumbangkan kepimpinan Abdullah

selepas PRU-12 – tuduhan bahawa UMNO tidak melakukan sesuatu untuk

mempertahankan hak dan hegemoni Melayu – ia dianggap merangsang situasi dan

gambaran bahawa kedudukan UMNO sebagai pembela orang Melayu telah terjejas. 1200

1198
Musa Hitam, ‗Dr Mahathir ketepi tradisi UMNO‘.
1199
Dalam memoir Mahathir yang dilancarkan dengan publisiti yang meluas pada Mac 2011, beliau
mengulangi hujah bahawa ketidakpuasannya terhadap Abdullah dilandasi oleh tindakan-tindakan yang
diambil Abdullah berhubung projek-projeknya seperti Proton, Bakun, pembinaan landasan berkembar dan
Jambatan Bengkok. Lihat Mahathir Mohamad, A Doctor In The House: The Memoirs of Tun Dr
Mahathir Mohamad (Petaling Jaya: MPH Group Publishing, 2011), khususnya Bab 62 (794-809). Dalam
era Najib juga, Mahathir terus mendesak agar pembinaan Jambatan Bengkok diteruskan. Beliau juga pada
awalnya bersetuju dengan cadangan projek kontroversi, Warisan Merdeka, bangunan tertinggi yang bakal
mengatasi Menara Berkembar Kuala Lumpur. Namun beliau kemudiannya menggesa agar ia tidak dibina
kerana membimbangi masalah lebihan hartanah.
1200
Mahathir Mohamad, ‗Ketuanan Melayu‘, 16 Mei 2008,

356
Seperti yang telah disentuh, invokasi ―Ketuanan Melayu‖ dilaungkan sebagai strategi

pertahanan yang begitu penting dalam tempoh ini. 1201 Hal ini berlaku dalam mana

strategi tekanan, perdebatan dan tawar-menawar terus dipraktikkan oleh parti-parti

komponen dan pembangkang dalam mengambil peluang terhadap kemerosotan

legitimasi UMNO. Antaranya ialah:

i. Keputusan kerajaan Pulau Pinang yang tidak lagi menggunakan prinsip


DEB dan akan menawarkan tender secara terbuka kepada semua
kaum. 1202

ii. Desakan MCA agar diberi lebih kebebasan dalam soal agama dan
membina sekolah-sekolah baru Cina.1203

iii. Perisytiharan Anwar untuk menggantikan ‗Ketuanan Melayu‘ dengan


‗Ketuanan Rakyat‘.1204

iv. Cadangan kerajaan negeri Selangor untuk membenarkan kemasukan


pelajar bukan bumiputra ke Universiti Teknologi Mara (UiTM). 1205

v. Kenyataan Ketua Wanita Gerakan, Tian Lian Hoe yang turut


menganggap etnik Melayu sebagai pendatang seperti etnik Cina dan
India.1206

vi. Gesaan agar diwujudkan jawatan Timbalan Pengerusi BN dari kalangan


MCA.1207
vii. Gesaan MCA untuk menghapuskan 30% ekuiti bumiputra dalam syarikat
senaraian awam. 1208

http://chedet.co.cc/chedetblog/2008/05/ketuanan-melayu.html#more (akses pada 29 Disember 2010);


Edmund Terence Gomez, ‗Umno still strong in Malay heartland‘, Malaysiakini, 4 Jun 2008,
http://www.malaysiakini.com/news/83920 (akses pada 22 Julai 2012); Case, ‗Interview [between Chaan
Foon Hong] with William Case‘; Anil Netto, ‗Mokhzani follows Dad out of Umno: Mahathir‘s multi-
prong strategy‘, 21 Mei 2008,
http://anilnetto.com/malaysian-politics/mahathirs-multi-prong-strategy-to-unseat-abdullah (akses pada 23
September 2010).
1201
Contohnya ‗Ketirisan ketuanan Melayu‘, Utusan Malaysia, 13 Mac 2008.
1202
‗Tiada lagi DEB‘, Utusan Malaysia, 12 Mac 2008.
1203
Thock Ker Pong, ‗UMNO dalam Dilema‘, 53.
1204
‗Kampung Baru hails 'Ketuanan Rakyat'‘, Malaysiakini, 15 April 2008,
http://www.malaysiakini.com/news/81390 (akses akhir pada 28 Disember 2010).
1205
‗Pelajar UiTM berarak protes‘, Utusan Malaysia, 13 Ogos 2008.
1206
‗We will remain true to BN if it fights for all Malaysians‘, New Straits Times, 11 Oktober 2008.
1207
‗Isu cadangan jawatan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional‘, Mingguan Malaysia, 19 Oktober
2008.

357
viii. Dakwaan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy bahawa
borang permohonan etnik bukan Melayu dalam jawatan sektor awam
dikoyak tanpa diproses.1209

ix. Penolakan MCA dan Gerakan terhadap terminologi ketuanan Melayu


yang lebih membayangkan ‗kebesaran Melayu‘. 1210

x. Tuduhan DAP bahawa kerajaan mengamalkan dasar apartheid dalam


dasar ekonomi. 1211

Di sebalik desakan dan dakwaan seperti ini, interaksi sedemikian tidaklah secara

simplistiknya boleh dianggap sebagai destruktif walaupun beberapa dakwaan seperti

yang dikeluarkan DAP boleh diperdebatkan. Hal ini sejajar dengan tesis bahawa

demokrasi yang matang memerlukan ketegangan yang relatifnya sederhana di kalangan

kuasa-kuasa politik yang bersaingan. 1212 Namun bagi UMNO, hampir kesemua isu-isu

yang berlaku selepas PRU-12 ini diperlihatkan dalam bentuk yang tegang tanpa

menampakkan kesediaan untuk berdiskusi, berbeza pendapat secara sihat dan

mengendurkan orientasi perkauman. Sebarang perdebatan terbuka yang menyentuh

aspek-aspek Ke-Melayuan akan dilihat sepenuhnya daripada prisma ancaman. 1213 Hal

ini lebih jelas kelihatan dengan melihat peranan yang dimainkan akhbar Utusan yang

cenderung membingkaikan isu-isu etnisiti secara berlebihan selepas PRU-12. Biarpun

sebelum PRU-12, akhbar tersebut memaparkan keterbukaan yang harus diberi kredit

seperti memberikan liputan tentang perjalanan muktamar PAS, perubahan ini tidak

1208
‗Mansuh ekuiti bumiputra‘, Utusan Malaysia, 28 Oktober 2008.
1209
‗Buktikan diluar dewan‘, Utusan Malaysia, 20 November 2008.
1210
‗Chua: Kita tidak terima Ketuanan Melayu‘, Malaysiakini, 27 November 2008,
http://www.malaysiakini.com/news/93861 (akses akhir pada 28 Disember 2010); ‗Koh: Ketuanan Melayu
could be misinterpreted‘, The Sun, 1 Disember 2008.
1211
‗Samakan ‗aparteid‘ berniat jahat‘, Utusan Malaysia, 2 Mac 2009.
1212
Seymour Martin Lipset, ‗Some Social Requisites of Democracy: Economic Development and Political
Legitimacy‘, American Political Science Review, 53, no.1 (1959), 97.
1213
Karim Raslan, ‗The Age of the Sledgehammer‘, The Star, 22 April 2008; Zainah Anwar, ‗An
overdose of stale tactics‘, The Star, 10 Ogos 2008.

358
bertahan lama. 1214 Artikel-artikel yang berbentuk provokasi seperti ―Azan, Jawi, Jais,

UiTM dan ba-alif-ba-ya‖ daripada wartawan kanannya, Zaini Hassan didakwa menjadi

punca terhadap penahanan Teresa di bawah ISA. 1215 Begitu juga cerpen ―Politik Baru

YBJ‖ dari Chamil Wariya yang mencetuskan kontroversi apabila menggambarkan

seorang ahli politik perempuan yang dibunuh kerana mengamalkan sikap perkauman –

tulisan yang didakwa dikiaskan kepada Teresa Kok.1216 Fakta ini bagaimanapun tidak

pula menyatakan bahawa hanya akhbar seperti Utusan sahaja yang cenderung

memainkan sentimen ini kerana diakui bahawa akhbar-akhbar Cina turut memainkan

sentimen sama dengan lebih meluas. Namun kerana akhbar seperti Utusan diterbitkan

dalam Bahasa Melayu dan difahami majoriti rakyat Malaysia, ia dilihat menjejaskan

peranannya sebagai pembina semangat ke-Malaysiaan.

Hal yang sama diperlihatkan dalam isu yang melibatkan Ketua UMNO Bukit Bendera,

Ahmad Ismail yang mengeluarkan kenyataan etnik Cina sebagai pendatang. Walaupun

Abdullah pada peringkat awal cuba mengambil pendekatan lunak dalam isu ini, Ahmad

Ismail kemudiannya terus menyelar etnik Cina agar tidak mencontohi kaum Yahudi di

Amerika disusuli dengan tindakan mengoyak gambar pemimpin Gerakan, Koh Tsu

Koon oleh penyokongnya. Beliau bukan sahaja enggan memohon maaf tetapi

menyebabkan Najib terpaksa mengambil inisiatif untuk berbuat demikian. Isu ini sekali

1214
Pandangan ini dikemukakan oleh bekas wartawan Utusan Malaysia, Hata Wahari. Lihat ‗Utusan has
lost its way, decries NUJ chief‘, Malaysiakini, 1 Oktober 2010 (akses akhir pada 28 Disember 2010). Hata
yang merupakan presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan dipecat pada Mei 2011 berikutan kritikan
berterusannya terhadap Utusan Malaysia.
1215
Zaini Hassan, ‗Azan, Jawi, Jais, UiTM dan ba-alif-ba-ya‘, Utusan Malaysia, 10 September 2008;
‗Teresa: I was made a scapegoat...‘, The Sun , 19 September 2008.
1216
Chamil Wariya, ‗Politik Baru YBJ‘, Mingguan Malaysia, 12 Oktober 2008; ‗YB Teresa reserves
suspicions on 'YB Josephine'‘, Malaysiakini, 15 Oktober 2008, http://www.malaysiakini.com/news/91341
(akses akhir pada 28 Disember 2010).

359
lagi menjadi contoh terbaik mengenai golongan ultra-konservatif dalam UMNO dan

kuasa yang dipunyai oleh seorang Ketua Bahagian. Hanya selepas itu, barulah Abdullah

dan UMNO mengambil reaksi lebih tegas dengan menggantung keahlian Ahmad Ismail

selama tiga tahun.1217

Selain peranan yang dimainkan oleh Utusan dan juga suara yang berada dalam parti,

kebangkitan gerakan konservatif dan reaksioneri ini juga ditandakan dengan kewujudan

hubungan segi tiga bertindan yang diwakili oleh NGO Melayu, individu-individu

berpengaruh dan juga jurublog. Pasca PRU-12 menyaksikan kebangkitan NGO Melayu

yang mempunyai hubungan simbiotis yang dekat dengan UMNO. Badan Bertindak

Perpaduan Melayu ditubuhkan dua minggu selepas keputusan PRU-12 dengan

dianggotai oleh 25 NGO Melayu. Ini diikuti dengan penubuhan Gagasan Melayu Perak

(GMP) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) pada September 2008. Badan-

badan ini berkongsi kesedaran yang sama iaitu melindungi kepentingan Melayu-Islam

yang dianggap sedang dikucar-kacirkan oleh liberalisasi politik yang berlaku.

PROWARIS pula merupakan golongan profesional muda Melayu pro-Mahathir dan

tidak menyenangi kepimpinan Abdullah. Ia membantah rancangan pembangunan

Iskandar dan menggesa Abdullah meletakkan jawatan selepas PRU-12.1218 Turut boleh

1217
‗Ahmad didn‘t mean it, says Abdullah‘, The Star, 31 Ogos 2008; ‗Umno apologises over racist
remark‘, The Star, 2 September 2008; ‗Ahmad Ismail: I‘ll not apologise‘, Malaysiakini, 4 September
2008, http://www.malaysiakini.com/news/89112; ‗Ahmad did it again, told Chinese not to be American
Jews‘, Malaysiakini, 8 September 2008, http://www.malaysiakini.com/news/89318 (kedua-dua diakses
kali terakhir pada 28 Disember 2010); ‗PM to Ahmad Ismail: Explain, or face action‘, The Star, 8
September 2008.
1218
Lihat http://www.prowaris.org/frame/index.html

360
diletakkan dalam kategori ini ialah gerakan silat Melayu yang mendakwa mempunyai

empat juta ahli.1219

Selain daripada itu, Utusan juga membawa suara-suara konservatif bagi memainkan

peranan dalam mengukuhkan suatu sentimen pertahanan. Selain daripada kolumnis

pojok, Awang Selamat, tokoh-tokoh yang seringkali menyumbang artikel dan

pandangan di akhbar berkenaan ialah Ridhuan Tee (sarjana di Universiti Pertahanan

Malaysia), Feris Omar (Presiden Prowaris), Harussani Zakaria, Ruhanie Ahmad (bekas

ahli parlimen Parit Sulong), Zainal Kling (sarjana di Universiti Perguruan Sultan Idris)

dan Ramlah Adam (sarjana di UiTM).1220 Tidak ketinggalan dalam mengukuhkan

sentimen ini ialah jurublog-jurublog yang tidak menyenangi kepimpinan Abdullah

seperti yang telah disentuh sebelum ini. Golongan ini merupakan antara pihak yang

membina hubungan erat dengan Utusan sehinggalah ke era Najib khususnya melalui

peranan yang dimainkan oleh Zaini Hassan dan Ahiruddin Atan – dua individu yang

pro-Mahathir.1221

Di sebalik perkembangan ini dan dilatari oleh iklim politik yang dipenuhi sentimen

etnisiti, Abdullah tidak menampakkan yang beliau ingin membelakangkan spektrum

1219
‗Jangan keterlaluan – Omar Din‘, Utusan Malaysia, 9 Februari 2009.
1220
Dalam era Najib, sikap konfrontasi Utusan dan Awang Selamat terus diperlihatkan apabila
menyokong pendekatan PERKASA dan Mahathir yang memberi sokongan pada pertubuhan itu.
Kecenderungan ini dikritik oleh pemimpin seperti Nazri, Khairy dan Tengku Mansor berikutan kesannya
terhadap gagasan Satu Malaysia. Selain terus menyiarkan liputan khusus terhadap individu seperti
Kalimullah dan Khairy dengan maksud yang kritikal, Utusan juga mencadangkan gerakan ‗1Melayu
1Bumi‘ yang ditolak oleh Mahathir sendiri. Kemuncak kepada kecenderungan ini apabila Utusan
menyiarkan rencana yang mendakwa DAP dan beberapa pemimpin Kristian bercadang untuk menjadikan
Kristian sebagai agama rasmi persekutuan.
1221
Lihat Awang Selamat, ‗Rocky's Bru dan juru blog‘, Utusan Malaysia, 28 November 2010; Zaini
Hassan, ‗Jika bloggers mesra–kerajaan beralih kiblat?‘, Utusan Malaysia, 1 Disember 2010.

361
sederhananya. Dalam reaksi terhadap persoalan ketuanan Melayu yang dibangkitkan

dengan meluas selepas PRU-12, Abdullah menegaskan istilah tersebut tidak

membayangkan maksud memerintah atau mendominasi tetapi keperluan untuk

mengukuhkan diri kaum Melayu agar mereka boleh memajukan diri dan tidak menjadi

kuli di tanah sendiri. 1222 Dua hari selepas mengumumkan tidak akan mempertahankan

jawatan Presiden UMNO, beliau mencadangkan BN mewujudkan keahlian terus bagi

membolehkan rakyat berbilang kaum menyertai BN. Hal ini menurutnya penting agar ia

dapat mewujudkan wajah ―Malaysia negara kita semua‖ khususnya bagi mereka yang

tidak mahu terikat kepada satu-satu parti.1223 Sekali lagi beliau cuba menyegarkan

semula idea yang pernah diamalkan dalam era Razak biarpun golongan pro-konservatif

menyifatkan langkah yang sewajarnya ialah menggesa orang Melayu memasuki

UMNO.1224

7.6 MUZAKARAH UMNO-PAS: TENTANGAN ‘NEOKONSERVATIF PAS’.

Namun dalam keadaan tertentu, Abdullah tetap menampakkan sikap yang realistik

terhadap percaturan politik perkauman negara. Insiden pemimpin DAP, V. David yang

memegang penyapu seperti yang berlaku dalam 13 Mei 1969 merupakan peristiwa

―mengecewakan‖ yang masih diingatinya sehingga kini. 1225 Di dalam MAGERAN,

Abdullah adakalanya terpaksa ditenangkan oleh Razak apabila memperkatakan

1222
‗Pak Lah explains meaning of ‗ketuanan Melayu‘, The Star, 29 April 2008.
1223
‗PM cadang BN wujud keahlian terus‘, Utusan Malaysia, 12 Oktober 2008.
1224
Pandangan ini dikemukakan oleh Ahmad Atory Hussain, Politik Melayu Di Persimpangan, 367-368.
Idea ini kemudiannya direalisasikan oleh Najib pada November 2010 namun ia masih dilihat skeptikal
oleh pihak tertentu kerana dibimbangi akan mewujudkan kumpulan liberal dalam BN. Lihat ‗Keahlian
terbuka BN perlu diteliti‘, Utusan Malaysia, 24 November 2010.
1225
Abdullah Ahmad Badawi, ‗The mellow life‘.

362
mengenai usaha membantu orang-orang Melayu.1226 Justeru, apabila berlakunya

pendedahan mengenai rundingan sulit antara UMNO dan PAS selepas PRU-12, ia dalam

takat tertentu boleh dianggap merupakan reaksi semula jadi Abdullah terhadap

pengalaman politiknya.

Pada 10 Mac 2008 iaitu tiga hari selepas PRU-12, berlangsung satu peristiwa yang tidak

di ketahui ramai sehinggalah ia didedahkan oleh Abdullah pada pertengahan Julai 2008.

Di kediaman Abdullah, satu pertemuan diatur oleh Khir Toyo dan dihadiri oleh

beberapa pemimpin PAS seperti Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa, Setiausaha

Agung PAS, Mustafa Ali dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Tokoh PAS

yang berperanan instrumental dalam hubungan ini ialah Nasharuddin yang dianggap

pemerhati sebagai ‗liberal‘ kerana imej progresifnya seperti muda, fasih berbahasa

Inggeris, mempunyai adunan pendidikan agama dan Barat serta perwatakan yang

terkawal. Walaupun kemasukan golongan profesional-reformis seperti Nasharuddin

telah mencirikan perubahan PAS sejak 2005, Nasharuddin akhirnya mengambil jalan

yang berbeza apabila beliau merupakan pemimpin tertinggi PAS yang hadir dalam tiga

siri pertemuan yang diadakan dengan UMNO selepas PRU-12. Dalam konteks kajian

ini, Nasharuddin dan tokoh seperti Hassan Ali (yang dipecat dari PAS pada 2012) lebih

sesuai dirujuk sebagai mewakili golongan konservatif kerana mereka merupakan

golongan pro-kepimpinan ulama yang meyakini bahawa masih wujudnya titik

pertemuan dengan UMNO dalam isu-isu yang membabitkan kepentingan Islam.

1226
Azam Aris, Jiwa Seorang Negarawan: Biografi Tun Azizan Zainal Abidin (Subang Jaya: Crestime
Holdings, 2011), 62.

363
Saingan kepada golongan konservatif PAS pula ialah Young Turks atau Erdogan

(bersempena dengan nama Perdana Menteri Turki) yang diwakili oleh mereka yang

dianggap pro-Anwar seperti Kamaruddin Jaafar, Mohamad Sabu, Khalid Samad, Husam

Musa, Salahuddin Ayub dan Mahfuz Omar. Kajian ini menganggap golongan ini

merupakan golongan liberal sebenar dalam PAS kerana ia lebih menumpukan

penyesuaian PAS terhadap agenda politik multi-etnik seperti kebebasan, keadilan dan

tadbir urus baik yang menjadi teras PR. Dengan kata lain, golongan ini merupakan

‗neokonservatif‘ dalam PAS. 1227

Siri pertemuan yang kemudiannya digemburkan sebagai hasrat mewujudkan ‗kerajaan

perpaduan‘ ini menyaksikan Abdullah dan Khir Toyo menawarkan hasrat untuk

‗berkongsi kuasa‘ dengan PAS di Selangor dan sanggup menerima Menteri Besar dan

Timbalan Menteri Besar dari kalangan ADUN PAS. Sebab terpenting yang menjurus

kepada penentangan Khalid Samad ialah penggunaan sentimen perkauman. Mengikut

versi yang ditulis beliau:

Mereka telah berkata ―PKR ada 15 kerusi DUN dan DAP ada 13 sedangkan PAS
hanya ada 8. PAS tidak sepenting DAP kepada PKR, lebih lebih lagi selepas
kerajaan Negeri selesai dibentuk. Malahan, mereka boleh terus memerintah
tanpa PAS kerana sudah mempunyai 28 kerusi dan seorang speaker. Kalau PAS
cakap lebih, mereka boleh minta PAS keluar. Tetapi PKR perlukan DAP dan
oleh itu PKR akan tunduk kepada tuntutan DAP‖. Mendengar hujjah [sic] YAB
PM, kita menjawab balik; ―Itu mudah diatasi YAB. UMNO arahkan 5 dari
ADUN UMNO lompat masuk PAS dan dengan itu PAS juga ada 13. Dengan itu
PKR tidak lagi perlu bergantung kepada DAP‖. Bila mendengar cadangan ini,
YAB PM geling kepala sambil berkata tidak boleh.1228
1227
Istilah ‗neokonservatif PAS‘ dalam konteks kajian ini tidak langsung mempunyai kaitan dengan fakta
bahawa Anwar Ibrahim secara kebetulan mempunyai hubungan baik dengan tokoh-tokoh neokonservatif
Amerika Syarikat seperti Paul Wolfowitz, bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan dalam era George Bush.
1228
Khalid Samad, ‗Islam & Melayu‘, 18 Ogos 2008, http://www.khalidsamad.com/2008/08/islam-
melayu.html. Lihat juga ‗Umno offered PAS to jointly rule S'gor‘ , Malaysiakini, 21 Julai 2008,
http://www.malaysiakini.com/news/86505 (kedua-dua diakses pada 7 November 2011).

364
Petemuan kedua dan ketiga pula berlaku antara Nasharuddin dan Abdullah di bangunan

Parlimen. Antara yang dibangkitkan dalam pertemuan tersebut ialah reformasi badan

kehakiman negara dan gesaan agar kerajaan menghentikan amalan diskriminasi terhadap

negeri-negeri yang tidak diperintah BN. 1229 Pendedahan rundingan tersebut

bagaimanapun mencetuskan ketidaksenangan Nik Aziz dan pemimpin-pemimpin PR.

Keadaan ini lebih dirasakan apabila Nasharuddin menyatakan bahawa isu dakwaan liwat

Anwar Ibrahim telah menjejaskan kredibiliti pemimpin itu dan kedudukan PR.1230

Selepas persaraan Abdullah, idea kerajaan perpaduan digugurkan oleh PAS kerana

skeptikal parti itu terhadap kepimpinan Najib.

Walaupun tawaran kerajaan campuran di Selangor menyarankan bahawa Abdullah

merupakan pemimpin yang tidak terlepas dari menggunakan pertimbangan perkauman,

peristiwa ini haruslah dilihat dalam konteks yang terpencil. Biarpun perundingan

tersebut menemui kegagalan, Abdullah tidak pernah menyalahkan mana-mana pihak dan

terus memainkan sentimen perkauman secara terbuka seperti yang dilakukan Khir

Toyo,1231 Mahathir atau juga Tengku Razaleigh yang berusaha memunculkan diri

sebagai ‗penyelamat‘ kepada UMNO selepas PRU-12.1232 Paling penting, Abdullah

tidak pernah menganggap bahawa sokongan orang Melayu terhadap DAP dan PKR

seperti yang terlihat dalam PRU-12 sebagai sesuatu yang perlu menerima latahan. Bagi

Abdullah, ia merupakan manifestasi bahawa parti politik berorientasikan perkauman

1229
‗Majlis Syura Pas restui muzakarah‘, Utusan Malaysia, 22 Julai 2007; ‗Pertemuan UMNO-Pas satu
anjakan paradigma‘, Utusan Malaysia, 27 Julai 2008.
1230
Lihat Karim Raslan, ‗Nasharuddin Mat Isa and Malay Unity‘, The Star, 22 Julai 2008
1231
Lihat Khir Toyo, ‗Impian saya‘, 20 Julai 2008, http://www.drkhir.com/2008/07/impian-saya.html
(akses pada 8 November 2011);
1232
‗Ku Li wants Umno to call EGM‘, Malaysiakini, 16 Mac 2008,
http://www.malaysiakini.com/news/79917 (akses pada 12 November 2011).

365
akan terus wujud tapi dasarnya akan menjadi lebih liberal. Sistem nilai orang Melayu

menurutnya telah berubah dan mereka kini tidak lagi takut untuk melakukan perkara

yang dahulunya dilihat ganjil seperti memberi sokongan kepada DAP atau PKR.1233

Pemimpin seperti Khir harus menyalahkan diri sendiri kerana beberapa isu dalam

kepimpinannya seperti isu runtuhan kuil dan tindakannya yang memberi hadiah penyapu

kepada majlis tempatan merupakan antara isu-isu yang menyumbang kepada keputusan

PRU-12.1234

7.7 DESAKAN PERALIHAN KUASA

Barang kali satu keputusan yang amat tidak difahami ialah kesesuaian Abdullah

memanggil PRU-12 pada 8 Mac 2008 dalam mana mandat BN hanya akan berakhir

pada 2009. Hal ini kerana banyak isu masih tidak dapat diselesaikan seperti kebangkitan

HINDRAF, isu video klip Lingam, kenaikan harga minyak, soal runtuhan kuil Hindu,

dan juga kritikan Mahathir.1235 Dalam isu yang membabitkan kaum India contohnya,

Abdullah telah dimaklumkan bahawa jika beliau meneruskan PRU pada Mac, sokongan

kaum India akan berpaling berikutan isu HINDRAF. Namun berikutan kejayaan yang

dicapai dalam setiap PRK yang diadakan sebelum itu khususnya di Ijok yang

mempunyai bilangan pengundi masyarakat India yang ramai, ia menjadikan kepimpinan

1233
Disesuaikan dari ‗Change Or Perish, Pak Lah Tells UMNO‘, My Sinchew Com, 18 Disember 2008,
http://www.mysinchew.com/node/19381 (akses pada 11 September 2011); Abdullah Ahmad Badawi,
‗Saya lakukan yang terbaik‘.
1234
Nazri Aziz, temu bual dengan pengkaji, 15 April 2010; Abdullah Ahmad Badawi, ‗The mellow life‘.
Khir Toyo kemudiannya didakwa di mahkamah pada Disember 2010 atas tuduhan rasuah melibatkan
pembelian dua lot tanah dan sebuah rumah mewah di Seksyen 7, Shah Alam.
1235
Shamsul Amri, temu bual dengan pengkaji, 12 Mac 2010; Nazri Aziz, temu bual dengan pengkaji, 15
April 2010.

366
Abdullah berasa selesa dan yakin. 1236 Tokoh veteran UMNO, Daim Zainuddin turut

meramalkan bahawa sejumlah lima negeri akan jatuh ke tangan pembangkang jika PRU

diadakan pada waktu terdekat – ramalan yang kemudiannya menjadi kenyataan dan

menjadi sebutan ramai pihak. Memburukkan lagi keadaan ialah pergolakan dalaman

yang berlaku menjelang persiapan PRU-12. Berbanding kempen PRU-11 yang

mengemukakan manifesto ‗Cemerlang, Gemilang dan Terbilang‘ yang diingati ramai,

tidak ramai yang dapat mengingati manifesto BN untuk kempen PRU-12. Dakwa

Zainuddin Maidin:

The BN manifesto was announced, but it was never distributed. At first, the printing
job was given to Utusan Melayu Malaysia Berhad, but it was eventually snatched by
the NST. The manifesto was nowhere to be seen. Where printing money had gone to
is still not known until today.1237

Justeru, jika adanya beberapa keputusan yang menyarankan bahawa kepimpinan

Abdullah tidak taktikal dan strategis dalam melakukan keputusan penting, pemilihan

tarikh PRU-12 dan juga strategi kempen PRU-12 dihujahkan mewakili kesilapan

terbesar beliau kerana ia seterusnya melorongkan jalan bagi pengunduran beliau sebagai

PM.

Desakan bagi Abdullah meletakkan jawatan telah kedengaran sejurus sahaja keputusan

PRU-12 diumumkan. Di Kuala Lumpur, beberapa poster dan bunting UMNO digantung

di merata tempat dalam menyuarakan desakan yang sama. Selain daripada mendesak

Abdullah berundur, ia memancarkan penggunaan sentimen terancam seperti ―maruah

dipajak gadai‖, ―penjajahan bentuk baru‖, ―majoriti 140 umpama telur di hujung

1236
Tan, ‗No easy race to Putrajaya‘.
1237
Zainuddin Maidin, ‗Khairy can become PM in his old days‘.

367
tanduk‖ dan ―Melayu akan tergadai‖. 1238 Mahathir seperti yang dijangka menggesa agar

Abdullah berundur sebaik sahaja keputusan PRU-12 diumumkan. 1239 Desakan yang

sama turut dilaungkan oleh Mukhriz yang menulis surat terbuka agar Abdullah

meletakkan jawatan - tindakan yang pernah dilakukan oleh bapanya terhadap Tunku

Abdul Rahman selepas PRU 1969. 1240 Namun gesaan ini ditolak oleh Abdullah yang

masih mendapat sokongan dari anggota kabinet yang lain. Keinginan Abdullah untuk

kekal sebagai PM mempunyai asas tersendiri kerana pungutan suara yang dilakukan

oleh Merdeka Centre selepas PRU-12 menunjukkan sokongan penerimaan terhadap

beliau masih berada di paras yang baik iaitu 71%.1241

Dalam satu forum pada 1 April 2008, Mahathir dan beberapa pemimpin UMNO seperti

Mukhriz, Khir Toyo dan Puad Zarkashi terus menghalakan kritikan lantang terhadap

kepimpinan Abdullah dan menggesa agar kegemilangan era Mahathir dan UMNO

sebelumnya dihidupkan semula. Tidak sekadar itu, Mahathir terus mencipta ironi

apabila menggesa kuota pencalonan minima 30% yang diperkenalkan oleh beliau

dihapuskan kerana tidak menggalakkan pertandingan yang sihat.1242 Keadaan

bagaimanapun dikendurkan apabila dalam pertemuan Abdullah dengan UMNO Johor

1238
Lihat gambar-gambar ini di ‗Gelombang Perubahan Telah Bermula‘, 14 Mac 2008, http://minaq-
jinggo.fotopages.com/?entry=1473315&back=http://minaq-jinggo.fotopages.com/?page=0 (akses pada 23
November 2010).
1239
Mahathir Mohamad, ‗Transkrip Sidang Media: Khairy Punca BN tewas mengejut?‘, Malaysiakini, 9
Mac 2008, http://www.malaysiakini.com/news/79525 (akses akhir pada 20 Ogos 2011).
1240
Mukhriz Mahathir, ‗Mukhriz‘s open letter to Pak Lah‘, The Malaysian Insider, 14 Mac 2008,
http://www.themalaysianinsider.com/litee/malaysia/article/Mukhrizs-open-letter-to-Pak-Lah/ (akses pada
11 November 2011).
1241
Peninsular Malaysia Voter Opinion Poll:Perspectives on Issues, the economy, leadership and voting
intentions 14-21 Mac 2008, Merdeka Centre, http://www.merdeka.org/pages/02_research.html (akses
pada 16 November 2010).
1242
‗Abolish 30pc party support rule, says Dr M‘, New Straits Times, 30 Mac 2008; Tunku Aisha, ‗News
from MyKmu.Net forum held in PJ today‘, 1 April 2008, http://tunkuaisha.blogspot.com/2008/04/msias-
ruling-party-dissidents-launch.html (akses pada 12 Oktober 2010).

368
pada 11 April, perwakilan secara umumnya menyokong kepimpinan Abdullah dengan

syarat Abdullah harus membentangkan pelan peralihan kuasa selepas pemilihan parti

pada Disember 2010. 1243 Muhyiddin Yassin yang tidak banyak bersuara dalam

perjumpaan tersebut bagaimanapun mempunyai strategi yang berbeza. Dalam temu

bualnya dengan akhbar Mingguan Malaysia dua hari kemudiannya, beliau

mencadangkan perubahan kepimpinan harus berlaku dengan segera kerana situasi

UMNO yang disifatkannya ―cukup bahaya‖. Turut disentuh beliau ialah kelemahan

kepimpinan Abdullah dan faktor Khairy yang menyumbang penting kepada

ketidaksenangan di peringkat akar umbi. Selain dari menawarkan diri untuk memegang

jawatan lebih tinggi, beliau juga mengambil pendirian untuk bersetuju dengan kritikan

yang dilemparkan Mahathir terhadap Abdullah. 1244

Impak yang dicetuskan oleh pendirian Muhyiddin meninggalkan kesan berantai apabila

gesaan ini kemudiannya diikuti oleh pemimpin seperti Rais Yatim dan Khir Toyo.1245

Walaupun sebahagian besar kepimpinan UMNO negeri memberikan sokongan penuh

kepada kepimpinan Abdullah, gelora ketidaksenangan yang semakin menebal di

peringkat akar umbi sukar untuk diredakan seperti yang diperlihatkan dalam beberapa

pertemuan tertutup. Tumpuan utama dalam hubungan ini ialah puluhan pemimpin

bahagian yang berasa terpinggir apabila jatuhnya kerajaan negeri Perak, Selangor, Pulau

Pinang dan Kedah ke tangan PR. Mereka yang dahulunya merupakan ahli parlimen,

1243
‗Johor sokong PM‘, Utusan Malaysia, 12 April 2008; ‗Abdullah wins crucial support from Johor
Umno‘, The Malaysian Insider, 12 April 2008,
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/Abdullah-wins-crucial-support-from-Johor-Umno
(akses pada 18 November 2011).
1244
Muhyiddin Yassin, ‗Wawancara: Masa untuk perubahan‘, Mingguan Malaysia, 13 April 2008.
1245
‗Peralihan kuasa jangan terlalu lama‘, Utusan Malaysia, 15 April 2008; ‗Pengumuman peralihan
kuasa stabilkan parti‘, Utusan Malaysia, 15 April 2008.

369
ADUN atau ahli majlis kerajaan negeri telah kehilangan prestij, sumber pendapatan

tetap dan boleh mensabotaj kedudukan Abdullah.1246

Namun Abdullah terus memaparkan sikap terbuka dalam menghadapi tekanan yang

berlaku. Selain dari mendengar semua kritikan yang dilemparkan, beliau juga terus

berulangkali menekankan bahawa beliau bertanggungjawab terhadap keputusan PRU-

12. Dalam pertemuan tertutup Abdullah dengan semua wakil rakyat BN pada 14 April,

The Malaysian Insider melaporkan yang Abdullah menyampaikan ucapan yang berani

dan petah – berbeza dengan Abdullah sebelum PRU-12 yang ―membosankan‖.1247 Jika

hanya karektor dan sikap seperti ini dapat ditonjolkan oleh Abdullah sejak dari awal, ia

dijangka dapat mengubah persepsi mengenai kelunakan kepimpinannya.

Mahathir dalam pada itu terus menggunakan kelicikannya dengan memainkan ―strategi

pemecahan‖. Dengan bantuan blog yang dibukanya pada Mei 2008, ia memperluaskan

ruang dalam memperluaskan kritikan terhadap kepimpinan Abdullah. Mahathir juga

turut memuji Muhyiddin yang disifatkan sebagai antara ahli UMNO yang berani

bersuara. 1248 Pujian ini haruslah dilihat dalam konteks bahawa tidak lama sebelum itu,

Mahathir menyifatkan Najib sebagai ―pengecut‖ kerana tidak berani mencabar

1246
‗‗Unemployed‘ Umno warlords hold Abdullah‘s fate in their hands‘, The Malaysian Insider, 29 April
2008, http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/Unemployed-Umno-warlords-hold-
Abdullahs-fate-in-their-hands/ (akses pada 12 November 2011).
1247
‗Brave show from sharp and direct Abdullah‘, The Malaysian Insider, 15 April 2008,
http://www.themalaysianinsider.com/litee/malaysia/article/Brave-show-from-sharp-and-direct-Abdullah/
(akses pada 18 November 2011).
1248
‗Dr Mahathir: Muhyiddin gets my support‘, The Star, 11 Mei 2008,
http://www.youtube.com/watch?v=iibm8S51aBw (akses pada 23 November 2010).

370
Abdullah. 1249 Sembilan hari selepas perhimpunan ulang tahun UMNO ke-62 yang suram

dan tidak bermotivasi, 1250 strategi pemecahan ini mencapai kemuncaknya apabila

Mahathir mengumumkan keluar dari UMNO dan hanya akan menyertainya semula

selepas pengunduran Abdullah. Namun impak tindakan ini tidak berlaku dalam skala

yang meluas melainkan diikuti oleh isterinya Siti Hasmah, anaknya Mokhzani dan

Sanusi Junid.

Perkembangan dalam bulan Jun terus menyaksikan politik negara berada dalam keadaan

yang amat tidak menentu dan memberi kesan kepada persepsi mengenai kawalan yang

dipunyai Abdullah. Antaranya ialah tindakan dua ahli parlimen Parti Progresif Sabah

(SAPP) yang akan menyokong usul undi tidak percaya kepada Abdullah, kenaikan

tertinggi harga minyak, dakwaan penglibatan Najib dan Rosmah dalam pembunuhan

model Mongolia, Altantuya dan tuduhan liwat ke atas Anwar. Pungutan suara yang

dibuat oleh Merdeka Centre pada Julai mendapati sokongan terhadap Abdullah

menjunam ke tahap 42%.1251 Pada saat kekalutan politik dilihat mula menenggelamkan

agenda reformasi yang cuba diperkukuhkan semula oleh Abdullah, Karim Raslan

mengingatkan yang Abdullah must act and push the conservatives within the Cabinet –

Syed Hamid, Najib Razak and Nazri Aziz – to move forward.1252

Pada 10 Julai, Abdullah mengumumkan akan menyerahkan kuasa kepada Najib pada

Jun 2010. Selain daripada keperluan untuk menyelesaikan beberapa reformasi yang
1249
‗Najib: I'm no coward‘, Malaysiakini, 21 April 2008, http://www.malaysiakini.com/news/81717
(akses akhir pada 27 Disember 2010).
1250
Joceline Tan, ‗Najib does it his way to revive UMNO‘, The Star, 11 Mei 2011.
1251
Voter Opinion Poll 4-14 Julai 2008 (Q2/2008) Peninsula Malaysia, Merdeka Centre,
http://www.merdeka.org/pages/02_research.html (akses pada 16 November 2010).
1252
Karim Raslan, ‗Focus on Reform Agenda‘.

371
dicadangkannya, tempoh dua tahun itu juga diperlukan untuk memberi peluang kepada

Najib menimba pengalaman dan menguatkan semula parti. Beliau menyakini keputusan

tersebut diterima kerana ―mereka memberikan saya tepukan berdiri‖ – merujuk kepada

pengumuman yang dilakukan di hadapan ketua bahagian dan pemimpin ketiga-tiga

sayap UMNO. 1253 Namun ―tepukan berdiri‖ yang diberikan hanyalah sekadar tindakan

ritual yang dilapisi dengan gelombang yang dianggar-rendah oleh Abdullah. Muhyiddin

yang ketika itu berada di Jepun beranggapan bahawa tempoh tersebut disifatkan

sesetengah pihak sebagai terlalu lama dan menggesa agar pandangan akar umbi diambil

kira. Gesaan juga dibuat agar Abdullah menyerahkan kuasa secara berperingkat kepada

Najib untuk meyakinkan ahli-ahli UMNO. 1254 Najib bagaimanapun menolak untuk

mencabar Abdullah secara terbuka. 1255 Dengan memilih untuk menghormati pelan

peralihan kuasa yang diputuskan Abdullah, beliau kembali kepada prinsip kesetiaan

yang pernah diguna pakai ayahnya yang pernah didesak untuk mengambil alih

kepimpinan Tunku selepas 13 Mei 1969. Razak bagaimanapun enggan berbuat demikian

kerana mematuhi prinsip orang nombor dua.1256

Kekalahan UMNO di tangan PKR pada PRK Permatang Pauh pada Ogos 2008

membantu mengekalkan lagi tempo mengenai desakan kesegeraan peralihan kuasa. Pada

8 September, Khir Toyo menulis bahawa ―[UMNO] mempunyai pemimpin yang lemah

untuk memimpin‖ dan menggesa Mahahir memainkan peranan lebih besar untuk

membetulkan keadaan sedia ada. Beliau juga membayangkan bahawa peristiwa 13 Mei
1253
‗Pak Lah: I will step down in 2010‘, The Star, 10 Julai 2008.
1254
‗Muhyiddin: Tempoh terlalu lama?‘, Utusan Malaysia, 11 Julai 2008; ‗Too long‘, The Straits Times,
12 Julai 2008.
1255
‗Najib shoots down move to challenge Abdullah‘, The Star, 22 Julai 2008.
1256
Lihat Musa Hitam, ‗Kehalusan dan Wawasan‘ dalam Tun Razak: Potret Dalam Kenangan (Kuala
Lumpur: Yayasan Tun Razak & Utusan Publications and Distributors, 2006), 279.

372
boleh berulang jika Abdullah tidak berundur. 1257 Tiga hari kemudiannya, Muhyiddin

yang ketika itu berada di Singapura mengkritik pelan peralihan kuasa yang

disifatkannya sudah tidak mendapat perhatian. Menyifatkan kedudukan UMNO dan BN

sedang begitu terjejas, beliau menggesa agar Najib mengambil alih kepimpinan untuk

mendapatkan semula keyakinan umum. Turut bersetuju dengan gesaan tersebut ialah

Hishamuddin Hussein. Dalam mana Abdullah menyatakan kejutan terhadap kenyataan

Muhyiddin, Najib pula tidak dapat lagi menahan kehendak akar umbi dan kini

menyerahkan kepada ahli UMNO untuk menentukan pelan peralihan kuasa. 1258 Sekali

lagi, detik yang dipilih Muhyiddin menyarankan pertimbangan yang begitu taktikal. Hal

ini memandangkan suasana politik negara ketika itu berada dalam tahap yang agak

tegang berikutan tangkapan ISA, kontroversi mengenai Ahmad Ismail dan juga kempen

―916‖ Anwar yang sedang menghampiri.

Pada 14-16 September 2008, Abdullah dan Najib bertemu sebanyak dua kali dalam

tempoh tujuh puluh dua jam. Antara yang ditanya oleh Abdullah ialah sama ada Najib

masih bersetuju dengan pelan peralihan kuasa dan Najib memberikan jawapan yang

positif tertakluk kepada sokongan perwakilan. Pada 17 September, Abdullah

menyerahkan posisi Menteri Kewangan kepada Najib yang sekali lagi menyatakan rasa

komited terhadap pelan peralihan kuasa pada 2010.1259 Namun tiga hari selepas itu,

1257
Khir Toyo, ‗Krisis Kepimpinan: Pisau dan Mentimun di Tangan Kita, 8 September 2008,
http://www.drkhir.com/2008/09/krisis-kepimpinan-pisau-dan-mentimun-di.html (akses pada 13
November 2010).
1258
‗I did not mean to hurt Pak Lah: Muhyiddin‘, The Star, 12 September 2008; ‗Najib: Let Umno
members decide‘, New Straits Times, 13 September 2008; ‗Suara akar umbi lebih penting tentukan hala
tuju parti‘, Utusan Malaysia, 12 September 2008; ‗Abdullah terkejut‘, Utusan Malaysia, 12 September
2008.
1259
‗Pak Lah and Najib in four-hour meeting over 2010 transition plan‘, The Star, 16 September 2008;
‗Tanda keikhlasan PM – Najib‘, Utusan Malaysia, 18 September 2009.

373
akhbar The Star melalui kolumnisnya, Joceline Tan melaporkan bahawa mesyuarat MT

UMNO menyaksikan beberapa anggotanya seperti Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal,

Hishamuddin Hussein dan Rafidah Aziz mendesak dengan tegas agar Abdullah

mempercepatkan peralihan kuasa. Betapa vokalnya desakan tersebut hinggakan

Abdullah didapati ―terkesan‖ sebelum Najib menghentikannya. Suara yang

mempertahankan Abdullah hanya datang dari Annuar Musa. 1260 Walaupun pendedahan

ini dibidas oleh mereka yang dikatakan terlibat dalam mendesak Abdullah seperti

Hishamuddin dan Rafidah, 1261 pembocoran maklumat berkaitan mesyuarat MT bukanlah

perkara baru. Dalam mesyuarat MT mengenai pemecatan Anwar Ibrahim pada 3

September 1999, pendedahan yang lebih meluas telah tersebar dalam bentuk audio dan

cetakan amatur. Malah Azalina Othman yang turut merupakan ahli MT menyifatkan

tindakan pemimpin yang terlibat dalam mendesak Abdullah sebagai tidak adil kerana

membangkitkan perkara itu sewaktu mesyuarat hampir berakhir sehinggakan ahli MT

lain tidak berpeluang untuk mendebatkannya. 1262

Mesej yang tersaran melalui perkembangan ini ialah apabila pertimbangan realpolitik

menjadi pilihan utama, elemen-elemen lain sudah menjadi faktor pinggiran. UMNO kini

melihat Abdullah berada dalam keadaan yang amat lemah dan menghadapi jurang

kebolehpercayaan yang besar untuk meneruskan kepimpinannya. Bagi Saifuddin

Abdullah, individu yang menyokong sepenuhnya perubahan-perubahan yang dibuat oleh

Abdullah tetapi sukar untuk tidak bersetuju dengan desakan peralihan kuasa:

1260
Joceline Tan, ‗Pak Lah under pressure to exit‘, The Star, 20 September 2008.
1261
‗Tiada tekanan MT UMNO‘, Utusan Malaysia, 21 September 2008; ‗Mat Taib bidas ahli MT bocor
maklumat‘, Utusan Malaysia, 23 September 2009.
1262
‗Tiada tekanan MT UMNO‘, Utusan Malaysia, 21 September 2008.

374
[Apabila idea-idea perubahan Abdullah] bertembung dengan [persoalan]
keefisyenan dan keefektifan seorang pemimpin, waktu itu [UMNO] harus
berfikir dari segi practicality sebuah parti. Adalah cukup tidak bernasib baik
bahawa Abdullah harus menghadapi situasi [desakan peralihan kuasa].1263

Pada hujung minggu berkenaan, Abdullah dan keluarganya mengadakan perbincangan

berserta beberapa rakan lain di dalam parti, MT dan ketua perhubungan UMNO negeri.

Atas desakan penyokongnya yang marah dengan perkembangan yang berlaku dalam

mesyuarat MT, Abdullah digesa untuk mempertahankan jawatan Presiden dan mereka

menyakini akan dapat memperolehi 58 pencalonan minimum yang diperlukan.1264

Khairy pula memberi dua nasihat kepada Abdullah iaitu akan bersetuju dengan sebarang

jua pilihan yang dibuat dan ia harus dilakukan dalam waktu yang segera. 1265 Situasi

Abdullah pada ketika ini boleh dianggap menyamai dilema yang dihadapi Presiden

Nixon sewaktu ingin memilih sama ada untuk terus melawan atau meletakkan jawatan

berhubung krisis Watergate yang dihadapinya. Nixon akhirnya berundur dari kerusi

Presiden setelah kehilangan pangkalan sokongan tradisionalnya di kongres.1266

Pada 26 September, mesyuarat khas MT memutuskan untuk menangguhkan PAU 2008

ke Mac 2009. Penangguhan ini bagi membolehkan pelan peralihan kuasa berlaku

setahun lebih awal dan Abdullah hanya akan mengumumkan keputusan sama ada beliau

ingin mempertahankan jawatan presiden sebelum mesyuarat bahagian bermula pada 9

1263
Saifuddin Abdullah, temu bual dengan pengkaji, 29 November 2010.
1264
‗Pak Lah set to defend Umno presidency‘, The Malaysian Insider, 22 September 2008,
http://www.malaysianbar.org.my/legal/general_news/pak_lah_set_to_defend_umno_presidency.html
(akses pada 18 November 2010); ‗ Abdullah may seek re-election as Umno chief‘, Business Times
Singapore, 23 September 2008
1265
Khairy Jamaluddin, ‗Interview: Coming into his own‘, The Nut Graph, 18 Februari 2009,
http://www.thenutgraph.com/coming-into-his-own (akses pada 28 Disember 2010).
1266
Lihat Kutler, The Wars of Watergate, 532-539.

375
Oktober.1267 Bagaimanapun pemerhati dan kalangan terdekat dengan Abdullah telah

bersetuju secara umumnya bahawa Abdullah telah memberikan isyarat besar untuk tidak

mempertahankan jawatannya dengan menangguhkan pemilihan UMNO selama lima

bulan. 1268 Sesetengah bahagian UMNO pula telah mencalonkan Najib dan Muhyiddin

tanpa menunggu pengumuman rasmi Abdullah. 1269

Namun, Abdullah seakan-akan membiarkan pilihannya terbuka dan menjadikan keadaan

semakin dipenuhi spekulasi. Pada 2 Oktober, Abdullah tidak memberikan sebarang

jawapan yang menampakkan sebarang tanda untuk berundur dalam sidang medianya.1270

Empat hari kemudian, Mahathir menyatakan rasa tidak percaya bahawa Abdullah akan

mengosongkan jawatannya selagi pengumuman rasmi mengenainya tidak dibuat.1271

Ketidaktentuan ini lebih dirasai pada 7 Oktober apabila desakan untuk Abdullah

mempertahankan jawatan semakin bertali arus tiba dari para penyokong dan ketua

bahagian yang bertandang ke kediaman Abdullah sehingga ke dinihari 8 Oktober.1272

Biarpun pada satu ketika Abdullah memberitahu para penyokongnya bahawa beliau

akan tetap melawan, Wan Esuriyanti mengandaikan analisis dari Polis Cawangan Khas

mengenai jangkaan perpecahan yang teruk dalam parti menjadikan Abdullah mengubah

1267
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Sidang Akhbar Selepas Mesyuarat Khas MT UMNO 26 September 2008‘,
Utusan Malaysia, 27 September 2008.
1268
‗The long goodbye‘, The Nut Graph, 29 September 2008, http://www.thenutgraph.com/the-long-
goodbye (akses akhir pada 28 Disember 2010); ‗Musa: Delay a sign that Pak Lah may not stay', The Star,
4 Oktober 2008.
1269
‗Peralihan kuasa: UMNO Bahagian Cheras ambil langkah pertama‘, Agenda Daily, 28 September
2008 (akses akhir pada 28 Disember 2010).
1270
‗PM akan jumpa pemimpin BN‘, Utusan Malaysia, 3 Oktober 2008.
1271
‗Dr M does not believe Pak Lah will leave‘, The Malaysian Insider, 6 Oktober 2008,
http://www.themalaysianinsider.com/litee/malaysia/article/Dr-M-does-not-believe-Pak-Lah-will-leave/
(akses pada 3 November 2011).
1272
‗Ketua bahagian jumpa Abdullah‘, Utusan Malaysia, 7 Oktober 2008; ‗Despite surging support,
Abdullah will not defend Umno presidency‘, The Malaysian Insider, 8 Oktober 2008,
http://www.themalaysianinsider.com/litee/malaysia/article/Despite-surging-support-Abdullah-will-not-
defend-Umno-presidency/ (akses pada 3 November 2008).

376
keputusannya.1273 Akhbar Utusan menerusi Zaini Hassan pula telah menggesa secara

implisit bahawa Abdullah tidak harus melawan arus agar UMNO tidak menjadi ―kupang

tembaga‖ yang ―tidak bernilai‖. 1274

Pengumuman rasmi Abdullah untuk tidak mempertahankan jawatan kemudiannya

sekadar membenarkan satu sifat yang ada pada dirinya iaitu tidak tahu ―membuat

kejutan‖. 1275 Tidak seperti Mahathir yang diketahui sebagai seorang yang gemar

menggunakan elemen ini, Abdullah ternyata tidak mempunyai ‗kebolehan‘ tersebut.

Dilakukan dalam suasana ceria, Abdullah mengakui bahawa beliau mencapai

pencapaian yang kurang baik pada pilihan raya umum lalu dan merasakan perlu untuk

berundur daripada kepimpinan nasional. 1276 Antara yang mengesat air mata dalam

pengumuman tersebut ialah Setiausaha Akhbar Abdullah, Teoh Ai Hua yang

menyatakan kegembiraannya kerana berpeluang untuk bertugas dengan pemimpin yang

mengutamakan parti.1277 Ulas Zaid Ibrahim, ―seandainya Abdullah sedia untuk terus

melawan dan jika kalah [pun] selepas itu, sekurang-kurangnya beliau akan dilihat

memberikan tentangan‖.1278 Namun dalam satu temu bual selepas persaraan, Abdullah

menjelaskan:

… I could have fought, I suppose. But that would have caused serious damage to
Umno and the BN and people would have been forced to take sides. What would
that have achieved? What would the winner of this battle inherit? A shell of a
party? And what would have happened to the country when the ruling party was
involved in such a divisive battle at the time when the global financial crisis
needed all our attention?1279

1273
Wan Esuriyanti Wan Ahmad, temu bual dengan pengkaji, 22 November 2010.
1274
Zaini Hassan, ‗Antara pangkah dan keputusan Pak Lah‘, Utusan Malaysia, 8 Oktober 2008.
1275
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Kita tidak serius berubah‘.
1276
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Kenyataan Tidak Mempertahankan Jawatan Presiden UMNO‘.
1277
‗Abdullah remains cheerful‘, The Star, 9 Oktober 2008.
1278
Zaid Ibrahim, temu bual dengan pengkaji, 2 April 2010.
1279
Abdullah Ahmad Badawi, ‗The mellow life‘.

377
Bagi tokoh pembangkang seperti Nasir Hashim pula, ―saya gembira Abdullah berundur

kerana dia menderita‖.1280

7.8 HARI-HARI TERAKHIR SEORANG NEOKONSERVATIF DAN


PENGUKUHAN SEMULA PENGARUH KONSERVATIF

Sebaik sahaja mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan presiden, Abdullah

mula melalui detik keterpencilan. Pada hari pengumumannya, suara-suara yang hadir

bagi mendesak beliau kekal hanyalah terdiri dari beberapa kumpulan UMNO, Persatuan

Penjaja Melayu Wilayah Persekutuan, Persatuan Peniaga-peniaga Kecil dan Kesatuan

Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank.1281 Tokoh-tokoh yang diketahui membina nama di

bawah ‗penaungan‘ kepimpinan Abdullah seperti Kalimullah Hassan dan Patrick Lim

turut memulakan proses keluar dengan meletakkan jawatan masing-masing. Selain dari

segelintir anggota kabinet yang mula didapati menjauhi Abdullah,1282 beberapa majlis

yang dihadiri Abdullah selepas itu juga sudah tidak mendapat sambutan hatta daripada

pegawai-pegawai kerajaan sendiri. 1283 Di sisi yang lain, pengumuman tersebut tidak

disambut dengan reaksi ‗penutup‘ (closure) oleh Mahathir yang menggesa pula agar

Abdullah tidak mencampuri tugas Najib bagi mengelakkan penggantinya itu kehilangan

sokongan.1284 Beliau juga menyarankan agar konsep ―kerajaan yang kuat‖ dibawa

semula ke dalam kerajaan agar hubungan etnik dan pembangunan ekonomi dapat

1280
Nasir Hashim, temu bual dengan pengkaji, 28 Disember 2009.
1281
‗Abdullah remains cheerful‘, The Star, 9 Oktober 2008.
1282
‗Anggota Kabinet Diselar Mula Jauhi Pak Lah‘, 16 Oktober 2008, mstar Online,
http://beritamalaysiakini.wordpress.com/2008/10/16/anggota-kabinet-diselar-mula-jauhi-pak-lah/ (akses
pada 23 November 2010).
1283
Shamsul Amri Baharuddin, temubual dengan pengkaji, 12 Mac 2010.
1284
‗Mampu kukuhkan UMNO-Mahathir‘, Utusan Malaysia, 9 Oktober 2008.

378
berjalan dengan lebih lancar 1285 – dua perkara yang sering menjadi elemen kritikannya

terhadap Abdullah.

Sebagai kesan langsung, pengumuman Abdullah bukan sahaja memulakan

belasungkawa politiknya tetapi juga memperancakkan pemilihan PAU 2008. Perhatian

utama dalam hubungan ini terhala kepada pertandingan merebut jawatan Timbalan

Presiden yang dikaitkan meluas akan menjadi milik Muhyiddin. Bagi penyokong

Abdullah umpamanya, tindakan yang boleh dilakukan kini ialah meneruskan sokongan

kepada mereka yang berada di kem Abdullah. Calon terbaik bagi tujuan ini ialah Zahid

Hamidi yang merupakan individu pertama menawarkan diri untuk bertanding sebagai

Timbalan Presiden. Keputusan Zahid dilihat dibuat setelah penyokong Abdullah tidak

berpuas hati dengan peranan yang dimainkan Muhyiddin dan sanggup memberikan undi

kepada Zahid – bekas orang kanan Anwar yang dibawa semula Abdullah ke dalam

kabinet. Zahid yang pernah menjadi bekas Setiausaha Politik Najib bagaimanapun

menarik diri daripada pencalonan atas alasan menghormati bekas ketuanya itu.1286

Namun, walaupun dikaitkan sebagai penyokong Abdullah dan merupakan penyokong

kuat reformasi yang dianjurkan Anwar pada lewat 1990-an, Zahid memaparkan

pendirian yang berbeza sejak dilantik semula sebagai Timbalan Menteri pada 2004.

Selain tidak begitu vokal dalam isu-isu politik baru, beliau juga memaparkan

pandangan-pandangan yang ultra-konservatif dalam isu-isu yang melibatkan

1285
Mahathir Mohamad, ‗Do we need a strong government?‘, 13 Oktober 2008,
http://chedet.co.cc/chedetblog/2008/10/do-we-need-a-strong-government.html (akses pada 17 Oktober
2010).
1286
Joceline Tan, ‗Race for Umno deputy president no longer restricted‘, The Star, 4 Oktober 2008;
‗Zahid Hamidi tarik diri‘, Utusan Malaysia, 10 Oktober 2008.

379
kepentingan Melayu-Islam. Hal ini agak bertentangan dengan ikrarnya untuk

mempromosikan pendekatan Islam Hadhari yang sederhana semenjak dilantik sebagai

menteri yang menjaga hal ehwal Islam selepas PRU-12.1287 Dua nama lain yang

menyusul kemudiannya untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden ialah Ali Rustam

dan Muhammad Taib. Namun kejutan yang lebih besar diberikan oleh ahli parlimen

muda dari Pulai, Nur Jazlan yang turut menyatakan kesediaan untuk bertanding jawatan

yang akan dikosongkan Najib itu. Walaupun menarik semula pencalonannya kerana

tidak menerima sebarang sokongan, tindakan Nur Jazlan mempunyai signifikan

tersendiri dalam konteks kajian ini. Meskipun calon-calon seperti Zahid Hamidi, Ali

Rustam dan Muhammad Taib merupakan mereka yang dianggap sebagai ‗orang

Abdullah‘, ketiga-tiganya tidak dikenali dengan lencana reformis atau pun pendukung

idea-idea politik baru. Acuan ini tidak menyerlah dalam Nur Jazlan.

Walaupun dikritik keras kerana hasratnya, Nur Jazlan di sisi yang lain menganggap

tindakannya itu dilakukan bagi menghantar mesej mengenai keperluan untuk

meremajakan semula UMNO. Sebagai anggota PAC dan menulis di portal berita The

Malaysian Insider, Nur Jazlan menganggap dirinya sebagai ―rakyat Malaysia‖

berbanding Melayu. Biarpun turut menggesa agar Abdullah meletakkan jawatan dalam

perjumpaan Abdullah dengan UMNO Johor pada 11 April 2008, beliau melihat ia

sebagai langkah yang perlu untuk tidak membiarkan Mahathir dan Tengku Razaleigh

mengambil kesempatan dalam usaha UMNO untuk memulihkan kedudukannya. Nur

1287
Lihat contohnya ‗Zahid the Man of religion‘, The Star, 26 Mac 2008; ‗Don‘t challenge fatwa
council‘s credibility‘, The Nut Graph, 10 November 2008, http://www.thenutgraph.com/dont-challenge-
fatwa-council-credibility-says-zahid/ (akses pada 3 November 2011); ‗Jangan cabar Islam‘, Utusan
Malaysia, 1 Februari 2009.

380
Jazlan juga konsisten menyuarakan pandangan berkenaan kelembapan reformasi yang

berlaku dalam UMNO dan mempercayai bahawa keputusan PRU-12 berlaku disebabkan

sentimen etnosentrik Melayu-Islam yang mengabaikan sensitiviti bukan Muslim dan

kegagalan pentadbiran awam untuk merealisasikan dasar-dasar yang dibawa

kerajaan. 1288 Pendirian Nur Jazlan memaparkan lencongan ketara daripada pendekatan

yang digunakan ayahnya, Mohamed Rahmat – tokoh konservatif yang berperanan

sebagai instrumen ideologi Mahathir dan pada akhirnya hidupnya menulis sebuah buku

yang begitu kritikal mengenai bekas ketuanya itu.1289

Dengan Ali Rustam dan Muhammad Taib yang tinggal dalam senarai pencalonan,

kedua-duanya turut mempunyai bagasi tersendiri. Dalam kes Ali Rustam, walaupun

beliau merupakan pemimpin yang ‗senang disukai‘, Ketua Menteri Melaka itu tidak

mempunyai imej yang diperlukan untuk menjadi seorang TPM dan apatah lagi PM.

Menurut Ahmad Nidzamuddin Sulaiman, jika diandaikan Najib meninggal dunia secara

mengejut sewaktu menjadi PM, mahukah rakyat Malaysia menerima Ali Rustam

sebagai PM?1290 Keadaan yang sama boleh diterjemahkan terhadap Muhammad Taib

yang turut memiliki bagasi tambahan lain seperti yang telah diulas sebelum ini. Selain

itu, peranan Mahathir turut menyulitkan lagi peluang kedua-dua tokoh ini. Sesuai

1288
Diadaptasi dari Nur Jazlan Mohamed, ‗When the honeymoon is over…‘, The Malaysian Insider, 17
April 2008, http://www.themalaysianinsider.com/litee/malaysia/article/When-the-honeymoon-is-over/;
Nur Jazlan Mohamed, ‗The malaise of Umno and its latest casualty, Pak Lah‘; Kazi Mahmood, ‗Nur
Jazlan: The rising star of Malaysian politics‘, 15 Oktober 2008, http://www.jazlan.net/?p=241 ; ‗Facing up
to younger members‘, The Star, 29 Oktober 2009; N. Nashi Kala, ‗Transforming UMNO‘, The Nut
Graph, 25 November 2008, http://www.thenutgraph.com/transforming-umno/ (kesemua sumber atas
talian diakses kali terakhir pada 28 Disember 2010).
1289
‗The truth emerges‘, The Star, 25 Oktober 2009. Untuk bacaan lebih lanjut, lihat Mohamed Rahmat,
Akhir sebuah Impian (Petaling Jaya: The Malaysian Insider, 2009). Mohamed Rahmat meninggal dunia
pada 1 Januari 2010.
1290
Dinyatakan oleh beliau kepada pengkaji dalam kehangatan kempen yang berlangsung.

381
dengan pengaruh meluas yang dipunyainya, Mahathir menggesa agar ―penyokong-

penyokong Abdullah tidak boleh turut serta‖ dalam pentadbiran Najib dan memberikan

sokongan terbuka kepada nama-nama yang mendesak Abdullah berundur seperti

Muhyiddin dan Shafie. Gesaan ini dibalas Abdullah yang menyifatkan Mahathir yang

sudah keluar daripada UMNO bertindak seperti pengarah pilihan raya parti. 1291 Seperti

yang diulas, ia merupakan kali kedua Abdullah memaparkan ketegasannya dalam

menangani kritikan Mahathir.

Sesuatu yang tidak kurang menarik ialah hampir kesemua calon-calon yang

menawarkan diri untuk bertanding dalam sebarang posisi menyandarkan kempen

mereka atas mantra perubahan dan reformasi. Gesaan yang meluas tercanang ialah

kewajipan untuk UMNO melakukan perubahan atau akan diubah oleh rakyat. Kesemua

gesaan ini dilaungkan seolah-olah tidak menyedari bahawa Abdullah telah pun lebih

awal cuba membawa reformasi ke dalam UMNO. Seperti yang diamati oleh Khairy,

tidak ada yang bercakap bahawa reformasi yang sebenarnya turut meliputi getting rid of

the power and control mindset…, reforming governance institutions and amend

oppressive legislation [.]1292 Antara individu yang menampakkan penonjolan ketara

ialah Saifuddin Abdullah yang meneruskan sokongan terhadap budaya ―politik baru‖

seperti yang ditulis dalam buku yang mendapat perhatian ramai. Baginya, buku itu

1291
Mahathir Mohamad, ‗Pemilihan UMNO‘, 17 Oktober 2008,
http://chedet.co.cc/chedetblog/2008/10/pemilihan-umno.html (akses pada 17 November 2010); ‗PM bidas
Mahathir‘, Mingguan Malaysia, 19 Oktober 2008.
1292
Khairy Jamaluddin, ‗Time for a makeover‘, 48.

382
merupakan testimonial bahawa sepuluh tahun selepas 1999, UMNO menurutnya masih

berpegang kepada kerangka ―politik lama‖. 1293

Turut merangsang mantra perubahan pada ketika ini ialah pilihan raya presiden di

Amerika Syarikat yang didominasi oleh populariti calon Parti Demokrat, Barack

Obama. Pada rejim pemerintah, ia digunakan bagi menggambarkan keupayaan UMNO-

BN untuk melakukan perubahan dan bagi pihak PR pula, slogan We Can yang

digunakan Obama diaplikasikan sebagai metafora bagi membuktikan kesanggupan

rakyat Malaysia untuk menolak kerangka politik perkauman. Buat sementara, sentimen

perubahan ini ternyata terus menyebelahi PR apabila PAS memenangi PRK Kuala

Terengganu yang diadakan pada Januari 2009. Tidak membantu Abdullah kerana calon

BN yang tewas ialah bekas setiausaha politik beliau, Wan Farid Wan Salleh.

Begitu pun, menghampiri perlantikan Najib, pihak pembangkang dan pro-reformasi

berasa resah dan memandang peralihan kuasa yang berlaku sebagai tidak akan

menguntungkan mereka. Kepada pihak bukan Melayu, harapan diutarakan agar

Abdullah dapat meninggalkan satu legasi yang akan dikenang seperti pemansuhan ISA,

DEB dan akta-akta kawalan yang lain – desakan-desakan yang telah kedengaran

semenjak keputusan PRU-12 diumumkan. Permintaan ini dilatari oleh spekulasi meluas

bahawa Najib akan mengembalikan semula pendekatan Mahathir yang autoritarian.

Walaupun golongan ini mengkritik kepimpinan Abdullah, mereka masih merasakan

Abdullah sebagai pemimpin yang relatifnya bersih dan boleh dipercayai. Meskipun

1293
‗Amid strident cries, a voice for reform in Umno‘, The Malaysian Insider, 18 Disember 2008,
http://saifuddinabdullah.wordpress.com/2008/12/18/amid-strident-cries-a-voice-for-reform-in-umno
(akses pada 26 November 2010); Saifuddin Abdullah, temubual dengan pengkaji, 29 November 2010.

383
Najib secara terbuka membayangkan bahawa beliau tidak akan kembali kepada era

politik lama dan komited terhadap idea-idea reformasi yang dimulakan Abdullah,

pungutan suara yang dikeluarkan oleh Merdeka Centre pada 3 Februari 2009

menunjukkan populariti Najib berada di belakang Abdullah. Tumbangnya kerajaan

Perak pada keesokan harinya lebih menyedarkan pembangkang bahawa mereka kini

akan berhadapan dengan seorang tokoh yang lebih licik berbanding Abdullah. Justeru,

permintaan agar Abdullah tidak menyerahkan jawatan kepada Najib adalah

kebimbangan yang difahami. 1294 Aktivis sosial, Haris Ibrahim umpamanya menulis surat

kepada Abdullah pada 4 Mac 2009 dan mengingatkan:

Please do not misunderstand this massive support for you to stay on as a


sudden surge of confidence in your leadership. The truth is that many still feel
that you were weak and not forceful enough in pushing forth the many reforms
you spoke of in your early days.We do not, however, think that you are evil.1295

Perhatian umum lebih tercuit apabila Abdullah dan Anwar bertemu dalam satu majlis

bagi meraikan seorang guru tarekat, Syeikh Mahmud Al Majzub di Hulu Langat,

Selangor. Spekulasi tercetus mengenai pakatan yang mungkin wujud antara kedua-
1294
Disesuaikan dari Ong Kian Ming, ‗What‘s next for Pak Lah?‘, Malaysiakini, 18 Mac 2008,
http://www.malaysiakini.com/news/80005; Wan Azizah Wan Ismail, ‗Conversations: The reluctant
politician‘, The Sun, 26 Jun 2008; ‗Karpal: No one should pressure Abdullah to quit‘, The Star, 4 Oktober
2008; Ong Kian Ming dan Yun Yang, ‗Najib ascendency will see return of Dr M‘, Malaysiakini, 7
Oktober 2008, http://www.malaysiakini.com/news/90799; Baradan Kuppusamy, ‗Mahathir may return to
centre stage‘, Malaysiakini, 11 Oktober 2008, http://www.malaysiakini.com/news/91086; Hsu Dar Ren,
‗Pak Lah and his legacy‘, The Malaysian Insider, 12 Oktober 2010,
http://www.themalaysianinsider.com/mobile/opinion/article/Pak-Lah-and-his-legacy/; ‗Najib says no
return to Mahathirism‘, The Malaysian Insider, 2 Disember 2008,
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/Najib-says-no-return-to-Mahathirism/ ; ‗Pas minta
Abdullah kekal‘, Siasah, 1 Februari 2009; ‗Najib's ratings fall‘, 3 Februari 2009,
http://www.merdeka.org/media/109-030209.html; ‗GMP Mahu Pak Lah Kekal sebagai PM, Jangan
Serahkan Jawatan kepada Najib‘, 12 Mac 2009,
http://universitipts.com/index.php/site/comments/gmp_mahu_pak_lah_kekal (akses pada 16 November
2010); Najib Razak, ‗Wawancara: Bentuk pasukan pembaharuan‘, Utusan Malaysia, 22 Mac 2009
(kesemua sumber dalam talian diakses kali terakhir pada 28 Disember 2010).
1295
Haris Ibrahim, ‗Dear Pak Lah‘, 4 Mac 2009, http://harismibrahim.wordpress.com/2009/03/04/dear-
pak-lah-2/ (akses pada 12 September 2011).

384
duanya khususnya mempertimbangkan tindakan Anwar yang lebih banyak menghalakan

kritikannya terhadap Najib selepas PRU-12. Namun, dakwaan ini dinafikan oleh

Abdullah dan Anwar.1296 Zaid yang pada ketika ini telah pun dipecat dari UMNO turut

mencuba nasib dengan mengemukakan gesaan yang tidak realistik agar Yang Dipertuan

Agong tidak memberi perkenan kepada perlantikan Najib. 1297

Menghampiri PAU 2008 yang dilangsungkan pada 24-28 Mac 2009, plot pemilihan

dipenuhi anti-kemuncak apabila beberapa individu yang dikaitkan sebagai berada dalam

kem Abdullah terlibat dalam dakwaan rasuah dan politik wang. Ali Rustam didapati

bersalah kerana terlibat dalam politik wang dan digantung dari bertanding. Turut

menerima amaran tetapi tidak menerima tindakan ialah Khairy. Menerima tempias yang

sama ialah sekutu Khairy dan juga ahli MT, Norza Zakaria yang didakwa di mahkamah

kerana memberikan rasuah serta siasatan SPRM terhadap Azalina Othman berhubung

penemuan wang tunai RM70,000 di tangan setiausaha politiknya. Ringkasnya,

perkembangan ini seakan-akan memberi konteks terhadap hari-hari terakhir Abdullah

sebagai presiden UMNO. Lebih memperjelaskan konteks ini ialah dengan melihat

perjalanan PAU 2008 yang tidak dipenuhi dengan ‗sentimen perpisahan‘ untuk

Abdullah. Risalah dan terbitan berkala yang disebarkan dalam perhimpunan menghantar

mesej berkenaan prospek kehilangan kuasa UMNO dan keperluan untuk mengukuhkan

semula kekuatan parti. Sebuah majalah bermutu tinggi E9, turut dijual secara terbuka

dengan tiga dari lima keluarannya menonjolkan tokoh-tokoh seperti Mahathir, Najib dan

1296
Video pertemuan ini boleh dilihat di ‗PM dan Syeikh Mahmud al-Majzub‘, 10 Mac 2009,
http://www.youtube.com/watch?v=O6qoqwgPDd8&feature=related (akses pada 12 Oktober 2010);‗We
did not hold talk‘, The Star, 12 Mac 2009.
1297
‗Dr M: Zaid‘s plea to King on Najib ‗very stupid‘, The Star, 20 Mac 2009.

385
Muhyiddin. Kandungannya secara umum bersikap sentimental terhadap era Mahathir

dan mengkritik kepimpinan Abdullah serta pasukannya. Majalah yang jelas memerlukan

kos penerbitan yang tinggi ini tidak lagi ditemui di pasaran selepas itu. 1298

Dalam ucapan dasar terakhirnya sebagai presiden UMNO, Abdullah mengesa ahli-

ahlinya memberi perhatian terhadap ―loceng yang berdering kuat‖ untuk parti tersebut

melakukan perubahan. Lima elemen yang menurutnya telah membuatkan rakyat

menjauhkan diri daripada UMNO ialah sikap UMNO yang tidak mendekati rakyat,

tumpuan yang kurang seimbang kepada masyarakat luar bandar, menjauhi generasi

muda, perbalahan berpanjangan di dalam parti dan asakan faktor materalisme. Sambil

menegur UMNO yang seakan-akan terhenti daripada mengadaptasi perubahan. beliau

menggesa agar ―orde lama‖ yang dicirikan dengan sekatan terhadap kebebasan dan

keterbukaan terhadap kritikan tidak harus dikembalikan ke dalam pendekatan UMNO.

Abdullah menyedari bahawa wujudnya gerakan reaksioneri apabila menganggap

timbulnya nostalgia ―di kalangan yang lebih tertarik dengan cerita-cerita

menyeronokkan‖ daripada ―laluan lama‖. Beliau turut mencadangkan bahawa masanya

telah tiba untuk mempertimbangkan penetapan tempoh maksimum bagi pemegang

jawatan parti dan memberi hak memilih pemimpin kepada semua ahli bagi mengatasi

politik wang. 1299 Sesuai dengan pendekatan keadilan yang sentiasa menjadi

dukungannya, UMNO dimohon Abdulah untuk tidak sekali-kali mengamalkan fahaman

ekstremis kaum dan agama. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang

1298
Laman sesawang majalah ini boleh dilihat di http://e9malaysia.blogspot.com/ (akses akhir pada 14
Ogos 2011).
1299
MIC pada tahun yang sama membuat ketetapan bahawa jawatan-jawatan utama parti hanya boleh
dipegang selama tiga penggal sahaja. Pada Februari 2011 pula, Mahathir menyatakan persetujuannya agar
perkhidmatan PM dihadkan kepada lapan tahun sahaja.

386
menyokongnya – kepada Razak yang membawanya ke dalam MAGERAN, kepada

Hussein Onn yang melancarkan karier politiknya dan terpanjangnya kepada Mahathir

yang melantiknya sebagai PM. Menganggap dirinya sebagai manusia yang ―tidak sepi

dari melakukan kesilapan‖ dan ―mungkin tidak dapat memenuhi semua perkara‖ yang

pernah dijanjikan, beliau memohon maaf di atas semua kekurangannya. 1300

Namun gesaan Abdullah tidak menampakkan penerimaan penuh minat daripada

perwakilan kerana perubahan yang nampaknya ingin diterjemahkan ialah ke dalam

bentuk sebelumnya. Beberapa ucapan reaksioneri yang kedengaran menegaskan

keperluan untuk mengembalikan pendekatan lama yang tidak dipraktikkan oleh

Abdullah.

i. Wakil Pemuda Kelantan, Mohd Affendi Yusof mencadangkan UMNO kembali


menggunakan pendekatan keras terhadap pembangkang.1301

ii. Wakil Pemuda Pulau Pinang, Mohd Zaidi Mohd Said menjelaskan bahawa
kesilapan terbesar UMNO ialah membebaskan Anwar dari penjara1302 dan
menggesa agar Ahmad Ismail dilepaskan daripada penggantungan. 1303

iii. Wakil Puteri UMNO, Mazlina Lazim menggesa agar jawatan-jawatan dalam
GLC diberikan kepada penyokong setia UMNO.1304

1300
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Dasar Perhimpunan Agung UMNO 2008‘.
1301
‗Hot rhetoric and Pakatan-bashing‘, Malaysiakini, 25 Mac 2009,
http://www.malaysiakini.com/news/100990 (akses akhir pada 28 Disember 2010).
1302
‗Umno silap bebaskan Anwar‘, Malaysiakini, 25 Mac 2009,
http://www.malaysiakini.com/letters/100984 (akses akhir pada 28 Disember 2010).
1303
‗Lift Ahmad Ismail‘s suspension‘, delegate says, The Nut Graph, 25 Mac 2009,
http://www.thenutgraph.com/lift-ahmad-ismails-suspension-delegate-says/ (akses akhir pada 28 Disember
2010).
1304
‗Delegates push Umno to go far right, not wide‘, The Malaysian Insider, 27 Mac 2009,
http://mt.m2day.org/2008/content/view/19827/37 (akses pada 11November 2010).

387
iv. Selain daripada jawatan-jawatan dalam GLC, wakil Melaka, Hasnoor Hussin
turut menggesa agar penyokong-penyokong UMNO juga harus menguasai
universiti dan juga sektor awam. Beliau memberikan contoh peranan yang
dimainkan oleh Naib Canselor Universiti Teknologi Mara, Ibrahim Abu Shah.
Beliau mengingatkan jika Najib ingin kembali kepada akar umbi, UMNO harus
kembali semula ke era kegemilangannya yang ditandai dengan kawalan
menyeluruh.1305

v. Wakil Pulau Pinang, Musa Sheikh Fadzir mempertahankan keperluan kuasa


melulus permit kepada Ketua Bahagian, mengkritik tindakan membanteras
politik wang dengan mencadangkan pemansuhan Lembaga Disiplin dan
keperluan menggunakan kuasa selagi ia masih ada. 1306

vi. Wakil Kelab UMNO luar negara, Wan Md Hazlin Hassan menggesa agar
biasiswa bagi pelajar yang menyokong pembangkang ditarik balik.1307

Justeru, keputusan yang diterjemahkan perwakilan dalam PAU 2008 boleh dianggap

mencerminkan sentimen pengukuhan golongan konservatif. Muhyiddin berjaya

mengalahkan Muhammad Taib bagi jawatan Timbalan Presiden dan kerusi Naib

Presiden pula dimenangi oleh Zahid Hamidi, Shafie Apdal dan Hishamuddin Onn.

Aliran pengundian juga memberi petunjuk bahawa perwakilan memerlukan suara-suara

konservatif dalam MT dan boleh berkompromi dengan calon yang mempunyai reputasi

yang kontroversi. Hal ini diperlihatkan dalam pemilihan nama-nama seperti Noh Omar,

Mohd Puad Zarkashi, Tajuddin Abdul Rahman, Bung Mokhtar dan Jamaluddin Jarjis.

Paling mengejutkan ialah keputusan perwakilan yang memilih Ketua Putera UMNO,

Abdul Azeez Abdul Rahim yang memperolehi tempat terakhir iaitu ke-25. Meletakkan

seorang pemimpin yang terkenal kerana ‗keranggian‘ (flamboyant) berbanding

1305
‗Change, as Umno understands it‘, The Malaysian Insider, 27 Mac 2009,
http://mt.m2day.org/2008/content/view/19793/32 (akses pada 11 November 2010).
1306
Ibid.
1307
‗Tarik balik biasiswa‘, Utusan Malaysia, 28 Mac 2009.

388
pemimpin seperti Shahrir Samad yang tewas menghantar satu mesej yang tidak

konstruktif. Sejajar dengan prinsip politik beliau, Shahrir kemudian meletakkan

jawatannya dalam kabinet. Dengan hanya tiga suara progresif yang terpilih iaitu

Saifuddin Abdullah (tempat ke-15), Ahmad Shabery Cheek (tempat ke-23) dan juga

Khairy yang memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO, adalah agak melucukan

apabila seorang kolumnis akhbar perdana menganggap ia sebagai kemenangan ―pasukan

reformis‖.1308

Pada hari terakhir perhimpunan, Abdullah menegaskan tidak menyimpan rasa marah

terhadap Muhyiddin yang sebelum itu memohon maaf pada Abdullah. Menyatakan

beliau memberikan maaf pada Muhyiddin, perkara yang lebih penting menurutnya ialah

agar persahabatan ahli-ahli UMNO terus berkekalan. 1309 Sebagai reaksi dari cadangan

Abdullah, Najib yang kemudiannya diisytiharkan sebagai presiden baru mengumumkan

bahawa sistem pemilihan UMNO tidak lagi terletak di tangan kira-kira 2,600 ahli tetapi

akan berpindah ke tangan 60,000 ahli pada peringkat bahagian.

Namun keraian terakhir yang sewajarnya dimiliki oleh Abdullah sebagai presiden

UMNO bagaimanapun dialihkan oleh kehadiran Mahathir yang diberi tepukan berdiri

sebanyak tiga kali – satu lagi petanda jelas mengenai ‗kerinduan‘ Mahathirisme di

kalangan perwakilan.1310 Individu yang bukan lagi merupakan ahli UMNO, paling

lantang mengkritik Abdullah dan menyumbang kepada kemerosotan BN pada PRU-12

1308
Lihat tulisan Zubaidah Abu Bakar, ‗Reformists' win augurs well for party's future‘, New Straits Times, 27
Mac 2009.
1309
‗Saya tidak pernah marah Muhyiddin- PM‘, Utusan Malaysia, 29 Mac 2009.
1310
‗The return of Mahathirism‘, The Nut Graph, 31 Mac 2009, http://www.thenutgraph.com/return-of-
mahathirism/ (akses pada 12 Ogos 2011).

389
kemudiannya dijemput menaiki pentas. Walaupun Abdullah dilihat cuba mendakap

Mahathir dengan lebih erat, reaksi yang serupa tidak kelihatan di pihak Mahathir.

Bersama-sama Najib, ketiga-tiga pemimpin itu kemudiannya bersama-sama menjulang

tangan dan kedudukan Mahathir yang berada di posisi tengah menyerlahkan simbol

mengenai kedudukan sebenar pusat kuasa UMNO. Titik perdamaian yang dijangka

menyusul selepas peristiwa itu kekal sebagai ilusi apabila tiga hari selepas itu Mahathir

terus mengkritik Abdullah sebagai punca terhadap semua permasalahan yang berlaku

dalam negara.1311 Beliau seakan-akan memperolehi kesempatan dalam wawancara

dengan stesyen televisyen BBC itu untuk ‗menyimpulkan‘ kepada seluruh dunia legasi

penggantinya itu pada matanya.

Hari-hari terakhir di pejabat Abdullah sudah tidak sesibuk seperti sebelumnya dengan

panggilan telefon yang semakin berkurangan. 1312 Tidak seperti Mahathir di akhir

pemerintahannya yang masih cuba didapatkan oleh golongan tertentu, autoriti yang ada

pada Abdullah dianggap sudah tidak bernilai. Sambil mengulangi janji untuk tidak

mengkritik kerajaan, Abdullah menyatakan yang beliau tidak ―tahu untuk marah‖ jika

Najib mengambil keputusan untuk tidak meneruskan projek-projek yang telah

dimulakannya. 1313 Dalam mesyuarat kabinet terakhir pada 1 April, Abdullah tetap

kelihatan gembira. Sekali lagi beliau menegaskan akan menyokong kepimpinan Najib

1311
Mahathir Mohamad, ‗Q&A: 'My only mistake was to choose this man'‘, Malaysiakini, 31 Mac 2009,
http://www.malaysiakini.com/news/101377 (akses akhir pada 28 Disember 2010).
1312
Diceritakan oleh Setiusaha Sulit Abdullah, Thajudeen Abdul Rahman. Lihat ‗Abdullah‘s aide
remembers valuable advice on scandals‘, The Star, 3 April 2009.
1313
‗Abdullah mahu kesinambungan‘, Utusan Malaysia, 1 April 2009.

390
dan mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan sepanjang menjawat

jawatan PM. 1314

Tidak ramai juga yang bersesak di hadapan Putrajaya pada 3 April 2009 bagi meraikan

Abdullah berbanding sambutan yang diberikan kepada Mahathir di tempat yang sama

pada 31 Oktober 2003. Satu kenyataan yang bersesuaian untuk menggambarkan saat

Abdullah meninggalkan Putrajaya selepas itu ialah temu ramah yang diberikannya pada

1987 mengenai politik UMNO yang penuh kejutan:

Siapa Sangka Datuk Musa [Hitam] yang sedang sedap duduk di kerusi TPM dan
dijangka orang yang paling dekat dengan kerusi PM akan bertindak meletakkan
jawatan? Dan lagi, siapa sangka Tun Hussein, anak Datuk Onn [Jaafar] yang
sudah dilupakan orang tiba-tiba muncul kembali dan dalam masa yang singkat
terus menjadi Perdana Menteri! Dan sebelum itu tidak pernah orang menjangka
Tun Razak dalam usianya yang masih muda akan kembali ke rahmatullah.
Begitu juga dengan Datuk Harun [Idris], seorang tokoh yang akan menjadi calon
Perdana Menteri telah menerima nasib yang kita semua maklumi. 1315

Tidak ada sesiapa juga yang menjangkakan Abdullah yang diberi mandat bersejarah

pada 2004 terpaksa berundur daripada kekuasaan selepas hanya 1,918 hari menerajui

negara. Keesokannya, Mahathir terus menenggelamkan persaraan Abdullah dengan

mengumumkan akan menyertai semula UMNO. 1316

1314
‗Emotional last meeting‘, The Star, 2 April 2009.
1315
Wawancara Abdullah dengan majalah Era, No. 41, 1987. Dipetik dari Ahmad Lufti Othman, Anwar
lawan Ghafar (Kuala Lumpur: Penerbitan Pemuda, 1993), 126.
1316
‗Mahathir masuk UMNO esok‘, Utusan Malaysia, 4 April 2009.

391
BAB 8

KESIMPULAN

[PRU-12 merupakan manifestasi bahawa] konservatisme lama membunuh


[Abdullah] dan liberalisme baru tidak mengizinkan dia menang. Apa yang
[Abdullah] buat tidak cukup untuk memenuhi hasrat [golongan] liberalisme.

Mohamad Abu Bakar1317

Kajian ini telah membincangkan UMNO sebagai sebuah rejim konservatif dan

mengemukakan hipotesis bahawa legasi dan kepimpinan Abdullah dapat dilihat dalam

satu kerangka teoritikal baru iaitu neokonservatif. Ia mengandungi tiga ciri penting iaitu

penyegaran semula dasar era Tunku Abdul Rahman dan Razak, menyesuaikan dasar-

dasar era Mahathir dan yang terpentingnya, reformasi ekonomi politik yang telah

dilakukan Abdullah dalam kerangka rejim konservatif yang ditunjangi UMNO.

Pendekatan neokonservatif yang dibawa Abdullah merupakan proses mencari trajektori

status quo dan keseimbangan sistem yang baru walaupun beliau masih bersandar kepada

kerangka asas rejim tersebut. Namun dalam melaksanakan perubahan ini, ia

menyebabkan grid keseimbangan, keharmonian dan kebolehramalan sistem tersebut

terjejas dan menimbulkan reaksi defensif dari golongan konservatif dan reaksioneri yang

berada dalam sistem khususnya UMNO dan Mahathir. Jika Abdullah tidak melakukan

penyimpangan dan mengikuti sepenuhnya preskripsi yang telah diletakkan Mahathir,

maka konflik dijangkakan tidak mungkin tercetus. Namun penyimpangan inilah yang

menyebabkan tiga elemen penting sistem iaitu keseimbangan, keharmonian dan

1317
Mohamad Abu Bakar, temu bual dengan pengkaji.

392
kebolehramalan menjadi terjejas. Kemuncak dari kehilangan keseimbangan ini

dicerminkan melalui keputusan PRU-12 yang meyaksikan rejim pemerintah kehilangan

majoriti dua pertiga dan kehilangan lima buah negeri ke tangan pembangkang. Kedua-

dua unsur iaitu konservatisme dan liberalisme sentiasa bertingkah dan dalam usaha

untuk cuba mencari keseimbangan antara kedua-duanya, Abdullah mendapati beliau

akhirnya dihukum dalam PRU-12 dan seterusnya disingkirkan oleh sistem yang sama.

Hujah ini tidak pula menafikan beberapa kelemahan yang wujud dalam kepimpinannya

seperti kelewatan dan sikap beralahnya dalam melaksanakan reformasi, kegagalannya

memantapkan barisan kabinet, kekurangan realpolitiknya dalam menangani kelasakan

politik UMNO dan juga isu-isu yang menyelubungi pasukan penasihat muda dan

keluarganya. Namun tanpa menjadikan faktor ini sebagai pemberat terpenting,

konservatisme yang terinstitusi merupakan titik fokal yang menjaringi dan membataskan

kesemua perubahan-perubahan yang cuba dilakukannya.

Biarpun begitu, kita juga telah menyaksikan konflik yang tercetus tidak sahaja

mempunyai dimensi destruktif tetapi juga telah menjelmakan impak-impak yang

konstruktif dalam sistem politik negara. Abdullah telah meletakkan duluan (precedent)

dengan melonggarkan sistem politik yang agak tertutup dan telah cuba untuk

menanamkan beberapa prinsip pengorganisasi baru dalam amalan rejim pemerintah

seperti pemaparan budaya politik yang lebih beradab, kepentingan konsensus dalam

pembuatan keputusan, keperluan untuk tidak mengabaikan generasi kepimpinan muda,

pelaksanaan pembangunan yang lebih seimbang, penekanan kepada soal-soal integriti

dan akauntabiliti, penghormatan terhadap unsur-unsur demokrasi, keperluan untuk

membawa masuk teknokrat dan penjawat awam yang berintegriti tinggi, kepentingan
393
untuk bersikap adil terhadap semua kaum serta keperluan untuk bersaing atas dasar

merit.

Melihat kepimpinan Abdullah melalui lensa konservatisme juga membolehkan eranya

dapat difahami dengan lebih dekat dengan meneroka interaksi antara faksi-faksi

konservatif yang berlainan ataupun politik intra-elit dalam sebuah parti dominan seperti

UMNO. Justeru, kajian ini telah mengkelaskan faksi-faksi UMNO dalam era Abdullah

berdasarkan darjah keresponsifan mereka terhadap persoalan reformasi politik. Pertama,

neokonservatif yang dicerminkan oleh tokoh seperti Abdullah, Khairy Jamaluddin, Zaid

Ibrahim dan Zaki Zahid. Turut boleh diletakkan dalam kategori ini ialah tokoh politik

muda seperti Saifuddin Abdullah dan Nur Jazlan yang berpotensi untuk menjadi

generasi kedua neokonservatif. Di luar lingkungan kepimpinan Abdullah, dua individu

UMNO yang disifatkan berada dalam kategori ini ialah Musa Hitam dan Hamid

Pawanteh. Golongan ini dapat dianggap merupakan golongan liberal dalam UMNO dan

merupakan mereka yang mendukung sepenuhnya aliran ‗politik baru‘. Aliran kedua

ialah ―progresif konservatif‖ yang berkongsi beberapa ciri dengan neokonservatif seperti

sikap skeptikal terhadap beberapa legasi Mahathirisme, menyenangi dasar keterbukaan,

mesra media, menjunjung semangat multi-etnik dan kritis. Namun golongan ini

umumnya mempunyai darjah liberal yang terbatas seperti masih bersikap berhati-hati

dengan takat dan kaedah reformasi itu dilakukan. Antara mereka yang boleh

dikategorikan dalam kem ini ialah Shahrir Samad, Ahmad Shabery Cheek dan Nazri

Aziz.

394
Faksi ketiga pula ialah aliran perdana UMNO iaitu ―konservatif tradisional‖ yang

dicerminkan oleh tokoh seperti Mahathir, Najib dan Muhyiddin. Golongan ini lebih

pragmatik dan mewakili pandangan majoriti ahli UMNO. Kumpulan terakhir pula ialah

―ultra konservatif‖ dan ―reaksioneri‖ yang ditandai seperti perwakilan-perwakilan

agresif UMNO dalam PAU 2006 dan 2008, Ketua Bahagian UMNO Bukit Bendera

Pulau Pinang, Ahmad Ismail serta akhbar Utusan Malaysia. Bagi kumpulan seperti ini,

status quo harus dipertahankan dengan sebarang jua kaedah.

Begitu pun, seperti mana kaveat yang digunakan oleh Jae Hyon Lee dalam kajiannya

mengenai faksi nasionalisme UMNO,1318 keempat-empat kategori ini tidaklah

bermaksud bahawa setiap tokoh yang diletakkan dalam sesuatu faksi merupakan contoh

paras cemerlang mengenai posisi yang dipunyai mereka. Sebarang pengkategorian yang

dinyatakan merupakan deskripsi yang berbentuk relatif dan lebih berbentuk

kecenderungan seseorang individu berbanding individu yang lain. Ia sekadar

mencadangkan satu petunjuk umum dalam memperkatakan faksi-faksi yang wujud

dalam UMNO khususnya dalam melihat reformasi politik yang berlangsung dalam

kepimpinan Abdullah. Seperti yang telah dijelaskan dalam bahagian metodologi,

memandangkan konservatisme mempunyai sifat yang cair, maka darjah konservatisme

sesuatu tokoh tidak berbentuk mutlak. Dalam kes neokonservatif umpamanya, Zaid

Ibrahim boleh dianggap lebih liberal berbanding Abdullah dan Khairy (sekiranya Zaid

masih berada dalam UMNO). Begitu juga dalam kes progresif konservatif di mana

individu seperti Shahrir Samad pastinya mempunyai darjah keresponsifan terhadap

perubahan yang lebih tinggi berbanding Ahmad Shabery Cheek dan Nazri Aziz.

1318
Hyon Lee, ‗UMNO Factionalism and the Politics of Malaysian National Identity‘, 36.

395
Kronologi Abdullah sebagai reformis juga tidaklah menyamai laluan yang menimpa

pemimpin reformis Kesatuan Soviet, Gorbachev seperti yang diamati beberapa pihak.

Tiga faktor dikemukakan bagi hujah ini. Pertamanya, sehingga tamat pemerintahan

Abdullah, reformasi yang dilakukan beliau tidaklah menukar secara fundamental bentuk

rejim politik BN seperti yang dilakukan Gorbachev. Kebanyakan reformasi yang

dilakukan Abdullah menerima tentangan dan tidak dapat dilaksanakan dalam bentuk

asal yang diinginkan. Kedua, kejayaan Gorbachev melakukan reformasi dalam

kepimpinannya turut membayangkan satu ironi apabila ia akhirnya menyumbang kepada

pembubaran rejim Soviet. Dari sudut pandang media dan ahli akademik Barat, beliau

dianggap reformis yang berjaya. Namun dari perspektif kebanyakan rakyat Russia,

Gorbachev merupakan personaliti yang tersisih kerana menyumbang terhadap

pembubaran Soviet. Justeru, membandingkan Gorbachev dengan Abdullah turut

menyarankan bahawa Abdullah telah melakukan kerosakan yang amat teruk kepada

rejim pemerintah – tanggapan yang dipegang oleh golongan konservatif dan penyokong

Mahathir.

Terakhir, pengkaji beranggapan tokoh yang lebih sesuai untuk dibandingkan dengan

Abdullah ialah Nikita Khrushchev iaitu reformis pertama Soviet Union. Kedua-dua

mereka mewarisi kepimpinan yang kuat, cuba melakukan reformasi dalam sistem yang

konservatif tetapi akhirnya menerima tentangan golongan konservatif berikutan

perubahan-perubahan yang cuba dibawa telah menjejaskan keseimbangan rejim. 1319

1319
Perbincangan lebih lanjut mengenai hujah bahawa sejarah Abdullah lebih menyamai Khrushchev
boleh dilihat dalam Muhamad Takiyuddin Ismail, ‗Abdullah Ahmad Badawi dan Nikita Khrushchev
Sebagai Reformis: Suatu Perbandingan‘, Kajian Malaysia, 30, no.1 (2012).

396
8.1 KEPIMPINAN NAJIB RAZAK: DARI KONSERVATIF KE
NEOKONSERVATIF?

Apakah pula implikasi reformasi Abdullah terhadap kepimpinan Najib Razak? Sesuai

dengan sifatnya sebagai konservatif semulajadi, Najib mengambil alih kepimpinan

dengan kredibiliti yang berbelah-bahagi (ambivalent). Peranan yang dimainkannya

dalam kontroversi pengambil alihan kuasa di Perak pada Februari 2009 membuktikan

kuasa adalah pertimbangan penting politik beliau. Begitu pun, Najib juga menyedari

bahawa jika beliau masih berpegang kepada kerangka politik lama, rejim pemerintah

akan terus dijauhi rakyat. Sejajar dengan ikrar implisit beliau untuk tidak kembali

kepada Mahathirisme dan meneruskan reformasi yang dimulakan Abdullah, beliau

mengisytiharkan bahawa era kerajaan lebih mengetahui dan kawalan berlebihan telah

berakhir, beliau meminda perlembagaan UMNO bagi menangani politik wang,

meneruskan liberalisasi ekonomi, meneruskan pendekatan laluan sederhana menerusi

gagasan Satu Malaysia, meneruskan agenda pembanterasan rasuah, bersetuju untuk

mengkaji semula ISA dan mengisytiharkan penggunaan ISA sebagai alat kawalan

politik telah berlalu serta bersikap terbuka dalam isu penglibatan mahasiswa dalam

politik.

Namun pada masa yang sama, Najib tidak meremehkan fakta yang UMNO berasa moral

revulsion terhadap kepimpinan Abdullah. Dengan Mahathir yang mengambil peranan

lebih dominan di tepian koridor kuasa, beliau dalam takat yang tertentu harus

mengembalikan semula legitimasi sistem yang telah ditandai dengan wajah

Mahathirisme. Justeru, bagi menjamin kelancaran kepimpinannya, Najib terpaksa

397
melakukan ‗proses normalisasi‘ dalam takat yang tertentu. Selain mengambil pertautan

yang lebih membina dengan Mahathir, beliau juga melantik anak Mahathir, Mukhriz ke

dalam kabinet. Walaupun meneruskan konsep pembangunan lunak yang ditekankan

Abdullah, adalah nyata Najib lebih menekankan preskripsi pertumbuhan ekonomi yang

menjadi perlambangan penting era Mahathir. Sebahagian daripada hal ini diperlihatkan

dalam penggubalan Program Transformasi Kerajaan, hasrat menjadikan Malaysia

sebagai negara berpendapatan tinggi dan juga pembinaan bangunan tertinggi, Warisan

Merdeka yang mendapat bantahan ramai.

Berikutan kebangkitan golongan ultra-konservatif seperti PERKASA, NGO Melayu dan

juga Utusan Malaysia, struktur sokongan Najib menjadi lebih terpecah. Beliau cuba

untuk tidak dilihat oleh elemen-elemen ini sebagai beralah terhadap suara-suara

liberalisasi yang sebelum ini telah mengenakan pengaruh penting dalam era Abdullah.

Lima bulan selepas persaraan Abdullah, Francis Loh mendapati:

Abdullah‘s attempted reforms have remained stillborn, and in some cases have
been reversed. Those who have vested interests in the existing system have
resorted to the old politics of ethnicity and patronage to try and hijack not just
Abdullah‘s reforms, but the emergence of a new politics based on principles and
on good governance.1320

Jaminan Najib mengenai bahawa hak-hak istimewa orang Melayu akan tetap terpelihara

dalam PAU 2010 merupakan cubaan untuk mengendurkan keresahan golongan

konservatif kesan dari dasar liberalisasi ekonomi yang sedang berlangsung.1321

Ditambah dengan kesanggupan Mahathir untuk menjadi suara naluri bagi pihak

1320
Loh, ‗We demand development and democracy‘.
1321
‗No disputing the Malay rights‘, New Straits Times, 22 Oktober 2010.

398
konservatif seperti PERKASA, Najib harus dilihat bersedia mempertahankan status quo.

Justeru, beliau terpaksa melunakkan Model Ekonomi Baru (NEM) 1 yang dilancarkan

pada Mac 2010 dengan mengembalikan semula agenda pro-Melayu melalui penubuhan

Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU).1322

Turut membezakan kepimpinan Abdullah dan Najib ialah pengembalian semula

pendekatan politik agresif yang dicerminkan melalui perisytiharan ―walau berkecai

tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa…walau apa pun yang terjadi,

Putrajaya mesti kita pertahankan!‖.1323 Hal ini mempunyai kaitan dengan kepimpinan

Abdullah yang tidak menekankan persoalan politik keras dan lebih gemar menggunakan

pendekatan lunak dalam pertautannya dengan pihak pembangkang dan pro-reformasi.

Kesan daripada kaedah ini, UMNO melihat ia telah memberikan kesan libasan kepada

kelangsungan politik parti tersebut. Contoh yang boleh dikemukakan ialah serangan

berterusan terhadap Anwar Ibrahim. Berbanding era Abdullah juga, kebebasan dan

keterbukaan juga kelihatan dilaksanakan dengan berhati-hati dengan pendekatan

kawalan cuba untuk dipraktikkan semula. Dua contoh dalam hubungan ini ialah

cadangan pengenalan undang-undang hasutan berkenaan penggunaan Internet dan

pembentukan Majlis Perundingan Media yang disifatkan bertujuan untuk mengetatkan

kawalan maklumat.1324 Desakan untuk pemansuhan AUKU juga ditolak oleh kerajaan

walaupun mendapat sokongan beberapa suara perdana. Terence Netto menyimpulkan

situasi ini dengan baik apabila menyifatkan Najib telah melaksanakan perestroika
1322
‗Malay nationalists biggest hurdle to NEM‘, Free Malaysia Today, 22 September 2011,
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2011/09/22/malay-nationalists-biggest-hurdle-to-nem/
(akses pada tarikh yang sama).
1323
‗Penegasan Najib‘, Utusan Malaysia, 22 Oktober 2010.
1324
‗Dons: Media council plan a bid to combat dissent‘, Malaysiakini, 27 Julai 2011,
http://www.malaysiakini.com/news/171151 (akses pada 27 Julai 2011).

399
without glasnost.1325 Contoh lebih konkrit bagi mengukuhkan hujah Netto ini ialah

dengan melihat reaksi kerajaan dalam menangani perhimpunan BERSIH 2011.

Sebelum perhimpunan berlangsung, pentadbiran Najib telah menggunakan kaedah

preemptif iaitu dengan menangkap penganjur dan mereka-mereka yang didapati terlibat

dalam mempromosikan perhimpunan tersebut. Selain mengisytiharkan BERSIH sebagai

pertubuhan haram, kerajaan juga menahan lebih 100 orang individu termasuklah ahli

politik dan aktivis. Enam anggota PSM pula ditahan bawah Ordinan Darurat atas

dakwaan cuba menghidupkan semula gerakan komunis dan juga melancarkan perang

terhadap Yang di-Pertuan Agong. Setelah campur tangan Yang di-Pertuan Agong,

Sultan Mizan Zainal Abidin, BERSIH bersetuju untuk mengadakan perhimpunan di

stadium seperti yang dianjurkan Najib. Namun kerajaan terus mengenakan kaedah tiada

kompromi dengan melakukan tangkapan terhadap mereka yang mempromosikan

perhimpunan tersebut. Ini termasuklah larangan menggunakan Stadium Merdeka

sebagai tempat perhimpunan, sekatan jalan raya secara besar-besaran dan mengenakan

perintah larangan memasuki Kuala Lumpur terhadap 91 individu yang dikaitkan dengan

BERSIH, Pemuda UMNO dan PERKASA.

Biarpun Kuala Lumpur dikenakan sekatan besar-besaran pada 9 Julai, BERSIH tetap

berjaya menganjurkan perhimpunan yang dianggarkan dihadiri oleh 50,000. Dakwaan

kekerasan polis muncul dengan meluas dan pendirian kerajaan yang umumnya bersikap

defensif dalam menangani perhimpunan itu mencetuskan bantahan dan kekecewaan

1325
Terence Netto, ‗For Najib, it‘s perestroika without glasnost‘, Malaysiakini, 10 Disember 2010,
http://www.malaysiakini.com/news/150426 (akses pada 12 September 2011).

400
termasuklah daripada media serta pertubuhan antarabangsa. Turut tidak bersetuju

dengan beberapa pendekatan yang digunakan kerajaan ialah suara-suara perdana seperti

Saifuddin Abdullah dan Marina Mahathir. Malah tindakan kerajaan yang melarang

pemakaian baju kuning BERSIH dan memadamkan sebahagian liputan majalah The

Economist berkenaan peristiwa tersebut tidak dipersetujui Mahathir sendiri. Enam

tahanan PSM hanya dibebaskan selepas 28 hari setelah menerima desakan meluas

termasuklah daripada Khairy Jamaluddin dan MIC.

Kritikan meluas yang dilemparkan terhadap kerajaan berhubung pendekatannya

menangani BERSIH 2011 membuktikan pengaruh golongan konservatif yang

dilaporkan berperanan penting dalam memberikan nasihat yang agresif kepada Najib

dan mahukan beliau tidak bertolak ansur terhadap pertubuhan itu. 1326 Najib

kemudiannya mengakui bahawa kerajaan tersilap dalam pendekatannya mengambil

contoh penapisan terhadap majalah The Economist yang disifatkannya sebagai ―cara

lama‖. 1327 Bagi memperbaiki imej beliau yang merudum, beliau kemudiannya bersetuju

menubuhkan Jawatankuasa Terpilih Parlimen untuk meneliti reformasi sistem pilihan

raya. Tidak sekadar itu, beliau juga mengambil keputusan lebih drastik dengan

mengumumkan pemansuhan ISA dan digantikan dengan dua undang-undang

pencegahan baru, memansuhkan tiga Akta Darurat yang masih berkuatkuasa dan juga

pemansuhan Akta Buang Negeri 1959. Beberapa undang-undang kawalan lain yang

turut dilonggarkan ialah Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan

1326
‗Najib‘s latest moves a sign of returning to the centre‘, The Malaysian Insider, 16 Ogos 2011,
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/najibs-latest-moves-a-sign-of-returning-to-the-
centre (akses akhir pada 12 September 2011).
1327
‗PM: Media censorship no longer effective‘, The Star, 15 Ogos 2011.

401
1984, Akta Polis 1967 dan kebenaran berhimpun secara aman kecuali demonstrasi

jalanan. Selain berikrar untuk tidak menahan mana-mana individu hanya kerana ideologi

politik, kerajaan juga akan memindahkan kuasa melanjutkan penahanan daripada pihak

eksekutif ke pihak kehakiman. 1328

Di sini, kita harus kembali kepada konteks kajian ini. Perkembangan selepas episod

BERSIH 2011 menyarankan bahawa impak dari reformasi yang diasaskan Abdullah

tidak dapat dipusing semula oleh Najib. Walaupun sebahagian reformasi yang dilakukan

Abdullah bersifat pra-matang dan tidak terhasil dalam bentuk asal yang diinginkan, ia

telah meninggalkan kesan psikologi yang kuat di kalangan rakyat yang mahukan

perubahan politik terus dilaksanakan seperti yang terlihat dalam mesej PRU-11 dan

PRU-12. Meskipun wujudnya cubaan untuk menghidupkan semula pendekatan kawalan

dalam era pasca Abdullah, Najib akhirnya terpaksa mengakui bahawa ia merupakan

usaha yang lebih banyak mendatangkan keburukan terhadap pentadbirannya.

Kegembiraan Abdullah mengenai pemansuhan ISA adalah dijangkakan kerana ia sekali

gus memenuhi hasrat beliau yang ingin ia dimansuhkan tidak lama selepas

persaraannya. 1329 Namun sesuatu yang lebih penting ialah beberapa pengakuan yang

diberikan Abdullah berhubung isu tersebut. Abdullah buat pertama kalinya secara

terbuka turut mengingatkan Najib mengenai cabaran dan tentangan dalaman yang bakal

wujud. Harus dijelaskan bahawa Abdullah tidak pernah secara terbuka memberikan

1328
Najib Razak, ‗Teks penuh perutusan khas Hari Malaysia‘, Malaysiakini, 15 September 2011,
http://www.malaysiakini.com/news/175954 (akses pada 15 September 2011).
1329
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Penerimaan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Falsafah
Demokrasi)‘, Warta UUM, 17 Julai 2009.

402
pengakuan tersebut. Walaupun dilorongkan jalan keluar oleh partinya sendiri, beliau

tidak pernah menyalahkan UMNO secara terbuka kerana gagal mendapatkan sokongan

yang diharapkan. Dalam temu bualnya dengan The Sun pada Disember 2008, beliau

menganggap tentangan UMNO terhadap reformasi-reformasi yang cuba dibawanya

bukanlah satu ―bangkangan‖ atau ―sabotaj‖ tetapi pandangan pelbagai kumpulan yang

mahukan suara mereka didengari. 1330 Ketika ditanya perkara yang sama dalam temu

bual dengan akhbar Sin Chew, Abdullah berasa yakin bahawa ahli-ahli UMNO sedang

berusaha untuk berubah.1331 Jawapan yang senada turut diberikan kepada pengkaji

apabila beliau menyatakan yang tentangan terhadap perubahan dalam eranya ―tidaklah

terlalu kuat‖.1332 Ringkasnya, beliau sedaya upaya tetap cuba memelihara reputasi

UMNO.

Namun bermula pada 2011, Abdullah didapati menjadi lebih berterus-terang. Dalam

wawancara dengan akhbar The Edge pada Februari 2011, Abdullah menjelaskan dengan

lebih terperinci cabaran dan dilema yang dihadapi dalam melaksanakan reformasi dalam

eranya. Malah apabila ditanya sama ada reformasi-reformasi yang dilakukannya

merupakan tindakan yang terlalu drastik bagi UMNO dan sektor korporat sehingga

menyumbang kepada persaraan awalnya, Abdullah menjawab:

Yes, perhaps it did contribute in a way. Change is always difficult to accept and
those who are unhappy will try and preserve the status quo... [S]ometimes we
are so entrenched, anything new will be resisted. 1333

1330
Abdullah Ahmad Badawi, ―Man on a Mission‖.
1331
―Change Or perish, Pak Lah Tells UMNO‖, My Sinchew Com, 18 Disember 2010,
http://www.mysinchew.com/node/19381 (akses pada 11 September 2011).
1332
Abdullah Ahmad Badawi, temu bual dengan pengkaji, 18 Mac 2010.
1333
Abdullah Ahmad Badawi, ‗The mellow life‘.

403
Begitu pun, wawancara tersebut kelihatan tidak diberi perhatian oleh media-media

utama termasuklah media alternatif. Hanya selepas pemansuhan ISA oleh Najib, barulah

Abdullah mengeluarkan kenyataan yang lebih terbuka mengenai penentangan berbentuk

―senyap‖ yang wujud daripada golongan hardliners. Selain terus mengingatkan bahawa

sikap ―menentang peralihan zaman akan membawa rebah‖, Abdullah turut menegaskan

bahawa beliau tidak pernah menyesali tindakannya memberikan lebih kebebasan

walaupun ia merupakan antara faktor yang menyumbang kepada keputusan PRU-12.1334

Dua hari selepas itu, Abdullah turut mengulas reaksi yang diberikan Nazri Aziz bahawa

tentangan yang berlaku dalam eranya turut berpunca daripada ketidakjelasan reformasi

yang ingin dibawa Abdullah. Menafikan tanggapan ini, Abdullah pada masa yang sama

mengakui yang beliau seharusnya lebih bertegas dalam membawa perubahan-perubahan

dalam eranya.1335

Namun apakah perkembangan terkini menjadikan Najib sebagai neokonservatif?

Walaupun jawapan bagi persoalan ini merupakan sesuatu yang masih pra-matang untuk

dijawab, pengkaji tanpa sebarang prejudis memberikan jawapan ‗tidak‘ bagi soalan ini.

Najib mungkin telah beralih dari ‗konservatif tradisional‘ ke ‗progresif neokonservatif‘

tetapi beliau dijangkakan akan terus mengambil pendekatan yang lebih konservatif

berbanding Abdullah. Percaturan dan retorik politik Najib seperti yang telah diulas

dalam perbincangan sebelum ini menyarankan bahawa beliau tidak akan menjadi

‗Gorbachev‘. Dengan kekuatan golongan konservatif dalam parti dan juga

1334
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Balas Penerimaan Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan Dalam
Pembangunan Modal Insan oleh Universiti Malaysia Kelantan‘.
1335
‗Pak Lah admits should have been forceful with reforms‘, The Malaysian Insider, 21 September 2011,
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/pak-lah-admits-should-have-been-forceful-with-
reforms (akses pada tarikh yang sama).

404
―konservatisme birokratik‖ yang terinstitusi, Najib sehingga kini menghantar mesej

yang agak bercampur-campur dalam konteks reformasi yang dianjurkannya. Beberapa

perkembangan yang menyusul selepas pengumuman pemansuhan ISA dapat dijadikan

petunjuk preliminari bagi menyokong hujah ini:

i. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengharamkan


siaran klip video, ‗Undilah‘ yang didapati mempunyai mesej partisan. Abdullah
menjadi individu pertama dalam UMNO yang berasa tidak senang dengan
tindakan tersebut diikuti oleh Khairy. 1336

ii. Tindakan UIA yang menggantung sarjana perlembagaan terkenal, Abdul Aziz
Bari yang didakwa mempersoalkan titah Sultan Selangor. Walaupun keputusan
itu ditarik semula, tindakan UIA yang seolah-olah ‗tunduk‘ terhadap desakan
golongan konservatif mencetuskan ketidaksenangan meluas daripada mahasiswa
dan ahli akademik. 1337

iii. Dalam kes ‗UKM4‘, Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan peruntukan 15


(5a) AUKU yang melarang penglibatan pelajar dalam parti politik adalah
bertentangan dengan perlembagaan. Walaupun kerajaan kemudiannya bersetuju
untuk meminda peruntukan tersebut, ia tetap menegaskan bahawa kebenaran
hanya diberi kepada pelajar berusia 21 tahun dan rayuan terhadap penghakiman
Mahkamah Persekutuan tersebut tetap akan dikemukakan. 1338 Institusi seperti
UiTM yang dikenali sebagai universiti yang diterajui oleh golongan pro-kerajaan
totok turut tidak bersetuju untuk memansuhkan AUKU. 1339

1336
‗Pak Lah puzzled by MCMC snip of ‗Undilah‘ video‘, The Malaysian Insider, 24 September 2011,
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/pak-lah-puzzled-by-mcmc-snip-of-undilah-video/;
‗Klip Undilah: Tindakan SKMM rosak imej BN, kata Khairy‘, The Malaysian Insider, 1 Oktober 2011,
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/klip-undilah-tindakan-skmm-rosak-imej-bn-kata-
khairy/ (kedua-dua diakses pada 1 Oktober 2011).
1337
‗Aziz Bari perlu diambil tindakan‘, Utusan Malaysia, 13 Oktober 2011; ‗Ezam mahu Aziz Bari,
MalaysiaKini disiasat‘, Free Malaysia Today, 13 Oktober 2011,
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2011/10/13/ezam-mahu-aziz-bari-malaysiakini-
disiasat/ (akses pada tarikh yang sama).
1338
‗Suhakam gesa bebas 13, henti guna ISA hingga akta baru digubal‘, The Malaysian Insider, 19
November 2011, http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/suhakam-gesa-bebas-13-henti-guna-
isa-hingga-akta-baru-digubal/ 9akses pada 27 November 2011)
1339
‗Tidak perlu pinda AUKU, kata VC UiTM‘, Malaysiakini, 11 November 2011,
http://www.malaysiakini.com/news/181096 (akses pada tarikh yang sama)

405
iv. Tindakan kerajaan yang terus menggunakan ISA terhadap 13 individu yang
didakwa terlibat dalam kegiatan militan pada 17 November 2011. 1340

v. Kritikan meluas terhadap Akta Perhimpunan Aman yang dibentangkan kerajaan


pada 22 November 2011 yang dianggap lebih menekan dan mengekang
kebebasan. Tujuh dari seksyen akta berkenaan kemudiannya dipinda semula oleh
kerajaan. 1341

vi. Jika Pepinsky ada mengemukakan hipotesis bahawa ‗kelemahan‘ Abdullah ialah
tidak menggunakan percaturan kawalan, pendekatan keras dan strategi pecah-
perintah terhadap pembangkang sebelum PRU-12, maka retorik dan suasana
yang berlangsung dalam PAU 2011 dan juga perkembangan-perkembangan
terkini dapat dianggap mencerminkan pengembalian strategi ini menjelang PRU-
13. Antaranya dakwaan DAP adalah agen penyebaran agama Kristian,
peringatan mengenai kehilangan kuasa orang Melayu, hasrat PR melantik PM
bukan Melayu dan carutan- carutan yang agresif. 1342 Tidak setakat itu, desakan
juga mula dilakukan oleh golongan konservatif agar kerajaan membuka semula
kes ‗akaun induk RM3 billion‘ yang membabitkan Anwar 13 tahun lepas. 1343

8.2 ABDULLAH DAN PENILAIAN SEJARAH

Benarkah sejarah akan menilai Abdullah dengan lebih baik seperti yang diramalkan

beberapa pihak atau ia sekadar ungkapan klise yang sering dikeluarkan untuk pemimpin

1340
‗AUKU dipinda, k'jaan akan rayu keputusan mahkamah‘, Malaysiakini, 24 November 2011,
http://www.malaysiakini.com/news/182266 (akses pada tarikh yang sama).
1341
‗Putrajaya agrees to amend assembly Bill‘, The Malaysian Insider, 26 November 2011 (akses pada
tarikh yang sama), http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/putrajaya-agrees-to-amend-
assembly-bill (akses pada 2 Disember 2011)/
1342
‗Ahmad Maslan stands by Malay power remarks‘, The Malaysian Insider, 29 November 2011,
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/ahmad-maslan-stands-by-malay-power-remarks/;
‗Umno Youth calls PAS, PKR ‗bapok‘, ‗pondan‘ and DAP ‗enemy of Islam‘, The Malaysian Insider, 30
November 2011, http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/umno-youth-calls-pas-pkr-bapok-
pondan-and-dap-enemy-of-islam/; ‗All DAP supporters are 'bangsat', says delegate‘, Malaysiakini, 30
November, 2011, http://www.malaysiakini.com/news/182846; ‗Umno: DAP pasti lantik bukan Melayu
PM atau ‗boneka‘ jika Pakatan perintah‘, The Malaysian Insider, 1 Disember 2012,
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/umno-dap-pasti-lantik-bukan-melayu-pm-atau-
boneka-jika-pakatan-perintah/ (kesemua diakses pada 1 Disember 2012).
1343
‗Cadang SPRM siasat dakwaan secara komponen‖, Utusan Malaysia, 19 Jun 2012.

406
yang sering terkeluar dari kekuasaan dalam cara yang kontroversi? 1344 Dalam satu surat

yang ditulis oleh bekas Perdana Menteri Britain, Harold Macmillan kepada Presiden

John F. Kennedy, Macmillan pernah menegaskan; It is not the things one did in one‘s

life that one regrets, but rather the opportunities missed. 1345 Apabila Abdullah ditanya

mengenai banyak peluang yang terlepas dalam sidang medianya yang terakhir, beliau

tidak menafikan tanggapan ini. 1346 Temubual dan kenyataan-kenyataan yang terbaru

yang datang dari beliau juga turut menyarankan betapa Abdullah menyesali tidak

menggunakan sepenuh peluang yang ada untuk melaksanakan reformasi-reformasi yang

diniatkan beliau. Justeru, penilaian sejarah mengenai Abdullah akan sentiasa

direncatkan oleh fakta ini.

Vincent Lim dilapor pernah meramalkan bahawa Abdullah akan menjadi PM yang

paling tidak popular dalam sejarah. Ramalan beliau ini bukanlah dibuat selepas

pengunduran Abdullah tetapi pada tahun 2004 iaitu selepas dilantik dalam pentadbiran

Abdullah. Beliau juga meramalkan sebelum PRU-12 bahawa PRU tersebut akan

mengulangi PRU 1969 yang tidak popular itu.1347 Mempertimbangkan kredibiliti dan

kedudukan beliau, Vincent harus diberi kredit dalam takat yang besar. Kepada golongan

pro-reformasi dan pembangkang, Abdullah pada umumnya tidak popular kerana gagal

1344
Lihat contohnya Tunku Abdul Aziz, ‗Pak Lah‘s Legacy‘, My Sinchew Com, 7 Mac 2009,
http://www.mysinchew.com/node/21937 (akses pada 2 Disember 2009); Lopez, ‗PM Abdullah‘s legacy‘;
Johan Jaafar, ‗Najib menjadi PM pada waktu paling mencabar‘.
1345
Dipetik dari Theodore C. Sorenson, Kennedy (Bantam Book: New York, 1966), 851.
1346
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Pak Lah‘s final interview with the media as PM‘.
1347
Lihat Eddie Low, ‗PM's Chinese Political Secretary, Datuk Dr Vincent Lim Kian Tick Resigned‘,
http://sungaisiput.blogspot.com/2008/11/pms-chinese-political-secretary-datuk.html, 3 November 2008
(akses pada 27 Oktober 2011). Kenyataan Vincent yang dilaporkan oleh Eddie di dalam blognya
merupakan kenyataan yang disampaikan oleh salah seorang pembantu rapat Vincent yang pernah bertugas
di Jabatan Perdana Menteri. Perkara ini dimaklumkan oleh Eddie kepada pengkaji melalui e-mel bertarikh
28 Oktober 2011.

407
melaksanakan dengan berkesan kesemua janji-janji yang dikemukakan. Hal yang serupa

lebih tercermin apabila melihat populariti Abdullah di kalangan UMNO. Seperti juga

Tunku Abdul Rahman yang dilorongkan jalan keluar selepas PRU 1969, UMNO juga

tidak akan berkompromi dengan pemimpin yang dilihat ‗kalah‘.

Namun pemerhatian yang bebas dari prejudis akan tetap menganggap bahawa Abdullah

tidak harus dinilai dengan kayu ukur Mahathir. Pertama, beliau mengetahui bahawa

perubahan-perubahan yang dilaksanakannya akan mendatangkan kesan libasan tetapi

tetap menongkah arus untuk melaksanakannya. Kedua, melainkan bagi pembangunan

Iskandar, tiada satu pun legasi Abdullah merupakan legasi yang boleh dilihat kerana

beliau menumpukan kepada usaha memperkemaskan fabrik, tisu dan organ-organ

dalaman batang tubuh negara berbanding memberi perhatian terhadap usaha

memperindahkan kecantikan luaran tubuh tersebut. Ketiga, jika diandaikan Mahathir

memilih Najib selepas persaraannya seperti yang didakwa oleh tokoh tersebut, apakah

wujudnya potensi untuk perubahan berlaku dengan lebih cepat?

Justeru, kepada mereka yang masih dapat melihat kepimpinan Abdullah dengan lensa

yang objektif – hatta kepada golongan pro-reformasi – kepimpinan Abdullah yang

kurang dihargai masih mempunyai tempat yang tinggi. Apabila seorang penulis

alternatif menganggap Abdullah sebagai disappointment of the decade, majoriti komen-

komen pembaca tidak bersetuju dengan kesimpulan yang dibuat. Walaupun golongan ini

menyedari kelemahan kepimpinan Abdullah, mereka tetap mengiktiraf bahawa beliau

merupakan pemimpin yang relatifnya bersih, mempunyai personaliti yang

menyenangkan, telah memberi ruang untuk memperkukuhkan pengupayaan rakyat,


408
memberi penghormatan terhadap demokrasi, berani mengakui kelemahan, tidak bersikap

etnosentrik dan menghadapi kesulitan dalam menguruskan sistem yang diwarisinya. 1348

Apabila Presiden Mesir, Hosni Mubarak diusir dari kekuasaan dalam revolusi yang

berlaku pada 11 Februari 2011, Wong Chin Huat menyifatkan:

The man to thank for Malaysia not being like Egypt now is… Abdullah Ahmad
Badawi, who loosened the one-party state‘s political control in 2003-2004 and
later unwittingly ushered in the political tsunami in 2008. Both incidents
democratised the Malaysian state and rebuilt its legitimacy to some extent.1349

Di sini, kita harus merenung hujah yang pernah dikemukakan oleh Bernard Susser

bahawa satu manifestasi negatif falsafah konservatif ialah apabila ia digunakan bagi

menguasai versi sejarah yang autoritatif dalam melegitimasi rejim yang berkuasa. 1350

Dalam konteks Malaysia, penilaian sejarah seringkali menjadi persoalan yang

didebatkan seperti yang diperlihatkan dalam beberapa isu. 1351 Dalam takat tertentu,

Abdullah boleh dianggap merupakan contoh terbaru mengenai penguasaan versi sejarah

oleh rejim yang berkuasa.

1348
Justin Ong, ‗Dissapointment of the decade: Pak Lah as fifth Prime Minister‘, The Malaysian Insider,
30 Disember 2009, http://www.themalaysianinsider.com/litee/malaysia/article/Disappointment-of-the-
decade-Pak-Lah-as-fifth-prime-minister/ (akses pada 2 Januari 2010 dan 12 Ogos 2011). Komen-komen
pembaca tersebut tidak lagi berada dalam domain portal berkenaan tetapi sempat disimpan oleh pengkaji
yang mengaksesnya pada 2 Januari 2010.
1349
Wong Chin Huat, ‗Interview: Lessons from Egypt for Malaysia‘, The Nut Graph, 14 Februari 2011,
http://www.thenutgraph.com/lessons-from-egypt-for-malaysia/ (akses pada 8 November 2011).
1350
Susser, Political Ideology in the Modern World, 39.
1351
Selain dari contoh mengenai pengiktirafan tentang golongan kiri, lihat juga Chandra Muzaffar,
‗History and ethnic sentiments‘, The Malaysian Insider, 15 November 2010,
http://www.themalaysianinsider.com/breakingviews/article/history-and-ethnic-sentiments-chandra-
muzaffar/ (akses pada 28 Disember 2010); ‗Biased history‘, The Sun, 13 Disember 2010; Andrew Aeria,
‗History or Soviet-style propaganda? That is the question‘, Aliran Monthly, 14 Ogos 2011,
http://aliran.com/6365.html (akses pada 13 Ogos 2011). Contoh lebih jelas mengenai polemik pentafsiran
sejarah ini boleh dilihat dalam isu ‗Mat Indera‘ yang dibangkitkan oleh Timbalan Presiden PAS,
Mohamad Sabu.

409
Sebagai meneruskan klise gelaran ‗bapa‘ yang sering dikaitkan dengan seseorang PM

yang telah bersara, Abdullah dalam domain umum dianggap sebagai ―Bapa

Pembangunan Modal Insan‖.1352 Kajian ini tidak berhasrat mempersoalkan gelaran ini.

Namun jika gelaran ini ingin digunakan, ia haruslah difahami dalam bentuk yang lebih

holistik. Walaupun Abdullah tidak pernah menyatakan legasi yang menjadi

kesayangannya, kajian ini menganggap keterbukaan politik dan penghormatan terhadap

demokrasi merupakan sumbangan yang amat dekat di hati beliau. Selain dari beberapa

contoh yang telah dijelaskan, beberapa petunjuk lain boleh dijadikan sandaran. Selepas

persaraannya, Abdullah bertemu dengan sekumpulan duta-duta negara Eropah dan

ketika ditanya mengenai sumbangan yang menggembirakan beliau kepada negara,

Abdullah menjelaskan I have given people more chance to speak. 1353 Sewaktu Abdullah

menerima ijazah kehormat Pembangunan Modal Insan dari Universiti Malaysia

Kelantan (UMK) pada 19 September 2011, Abdullah mengingatkan bahawa kebebasan

hak bersuara yang mencukupi seperti yang terlihat dalam pemansuhan ISA adalah perlu

untuk membina modal insan yang lebih bertanggungjawab. 1354

Hujah-hujah ini bukanlah dikemukakan untuk menyatakan bahawa Abdullah lebih layak

untuk dianggap sebagai Bapa Keterbukaan apatah lagi Bapa Demokrasi. Persoalan yang

lebih penting untuk ditanggapi ialah pemahaman mengenai konstruk sejarah.

Mengapakah Tunku yang amat dikenali kerana sikapnya yang memberatkan keadilan

1352
Dalam PAU 2009, UMNO melalui sebuah pameran memberikan motto ‗Era Pembangunan Modal
Insan‘ kepada Abdullah. Lihat ‗Pak Lah ialah Bapa Pembangunan Modal Insan‘, mStar Online, 25 Mac
2009,
http://mstar.com.my/variasi/momen_terkini/cerita.asp?file=/2009/3/25/mstar_momen_terkini/2009032516
0800&sec=mstar_momen_terkini (akses akhir pada 19 Ogos 2011).
1353
Abdullah Ahmad Badawi, temubual dengan pengarang.
1354
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Balas Penerimaan Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan Dalam
Pembangunan Modal Insan oleh Universiti Malaysia Kelantan‘

410
kepada semua kaum tidak pernah digelar dengan Bapa Keadilan? Mengapakah Hussein

Onn yang digeruni kerana sikap tegasnya terhadap pembanterasan rasuah tidak

dianggap sebagai Bapa Integriti? Dalam maksud lain, apakah legasi yang

membayangkan anti-tesis kepada karektor UMNO-BN tidak akan mendapat tempat

dalam wacana perdana atau penulisan buku teks di sekolah? Hujah ini dalam takat yang

tertentu boleh diperjelaskan dengan melihat penerbitan buku bergambar, ―Pak Lah‖.

Selain dilancarkan hanya setahun selepas persaraan Abdullah, lebih dari 2000 unit

cetakan pertama buku tersebut hanya diedarkan ke Perpustakaan Desa seluruh

negara. 1355 Tidak sahaja kandungannya yang bersifat begitu selektif, buku tersebut juga

hanya boleh dibeli secara terus dari pengedar dan tidak diletakkan di kedai-kedai buku

utama seperti lazimnya. 1356 Ia seolah-olah mencadangkan bahawa ―nilai komersil‖

Abdullah tidaklah begitu tinggi berbanding karya-karya atau penghormatan mengenai

Mahathir yang terus menjadi ―satu industri‖ dan menerima publisiti meluas.1357

Sejajar dengan kesedaran ini, maka Mahathir menggunakan sepenuhnya peluang yang

ada untuk terus menghitamkan sejarah kepimpinan Abdullah. Menyedari jika sesuatu

hujah dibangkitkan berulang kali, maka ia akan menembusi psikologi khalayak, beliau

sehingga kini terus membidas Abdullah sebagai penyebab terhadap semua permasalahan

1355
‗Perdana Menteri Tidak Boleh Ganggu Tugas Perisik - Tun Abdullah‘, mStar Online, 7 April 2010,
http://mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_berita&file=/2010/4/7/mstar_berita/20100407151355 (akses
akhir pada 11 Ogos 2011).
1356
Dimaklumkan oleh BERNAMA kepada pengkaji sewaktu ingin membeli buku tersebut.
1357
Selain memoir Mahathir yang kini menjadi jualan terlaris, antara karya-karya umum yang diterbitkan
dalam tempoh empat tahun kebelakangan ialah Dr Mahathir: Warkah Terpilih Dari Pemimpin Dunia
(2008), Zainuddin Maidin, Surat Daripada Dr.Mahathir (2008), Barry Wain, Malaysian Maverick (2009),
Dalina Ismail, How To Think Like Mahathir (2010), Tom Plate, Conversations with Mahathir Mohamad
(2011), Wong Sulong, Notes to the Prime Minister (2011) dan yang terbaru, buku meja kopi yang
dilancarkan pada November 2011, ‗Che Det‘. Pada 11 Oktober 2011, pertandingan menulis esei mengenai
Mahathir turut dilancarkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia.

411
yang berlaku dalam negara dan UMNO. Malah beberapa kritikannya terhadap Abdullah

diberikan liputan besar oleh Utusan Malaysia menjelang PAU 2011.1358 Sikap Mahathir

terhadap Abdullah mencadangkan dengan jelas prinsip Machiavelli bahawa setiap

pesaing bukan sahaja perlu disingkirkan tetapi:

that men must either be caressed or else annihilated; they will revenge
themselves for small injuries, but cannot do so for great ones; the injury
therefore that we do to a man must be such that we need not fear his revenge.1359

Turut sama mengkritik Abdullah ialah individu-individu yang pernah mendukung

pentadbiran Abdullah seperti Rais Yatim dan Azalina Othman. 1360 Malah kolumnis The

Star, Joceline Tan yang sebelumnya memaparkan sikap mengangkat kepimpinan

Abdullah kini begitu konsisten menjadikan Abdullah sebagai ‗bahan perbandingan‘

berbentuk negatif apabila memperkatakan perkembangan UMNO pada era Najib. 1361

Selain dari itu, beberapa isu atau dakwaan yang melibatkan kepimpinan Abdullah terus

diteropongi. Hal ini diperlihatkan dalam beberapa isu seperti dakwaan menyerahkan dua

kawasan blok minyak di Limbang kepada Brunei, dakwaan melindungi Rais Yatim yang

didakwa merogol dan dakwaan bahawa beliau cuba dirasuah dalam tender percetakan

mata wang. Biarpun tiada satu pun isu yang ‗melekat‘ setelah diberikan penjelasan oleh

Abdullah, beliau akan berhadapan pula dengan isu-isu yang melibatkan kepimpinannya

1358
Lihat contohnya ‗Tun M tetap boikot kempen‘, Sinar Harian, 6 Oktober 2009;‗Tough for Najib to get
two-thirds, says ex-PM‘, Malaysiakini, 18 Oktober 2010, http://www.malaysiakini.com/news/145650
(akses akhir pada 28 Disember 2010); Mahathir Mohamad, ‗Wawancara: Menangi hati orang Melayu‘,
Mingguan Malaysia, 20 November 2011; ‗Najib di landasan betul‘, Utusan Malaysia, 29 November 2011.
1359
Nicolo Machiavelli, The Prince, Terjemahan Luigi Ricci (Fort Worth: RDMc Publishing, 2008), 8.
1360
Lihat kritikan Rais Yatim dalam ‗Ancaman siber kian merbahaya‘; Rais Yatim, ‗Najib dan dua
negarawan‘, Sisipan Khas Peralihan Kuasa Utusan Malaysia, 3 April 2009; Zulkifli Jalil, ‗Bebas
daripada belenggu luar‘, Utusan Malaysia, 31 Ogos 2011. Kritikan Azalina Othman pula boleh dilihat
dalam ‗Rafidah, Pak Lah tak suka Puteri, dedah bekas ketua‘, Free Malaysia Today, 9 April 2011,
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2011/04/09/rafidah-pak-lah-tak-suka-puteri-dedah-
bekas-ketua/ (akses pada 1 September 2011).
1361
Lihat contohnya Tan, ‗No easy race to Putrajaya‘; Tan, ‗Najib does it his way to revive UMNO‘.

412
secara tidak langsung seperti perbicaraan kes PKFZ, isu penggabungan ECM-Libra,

pertukaran saham MAS dan Air Asia dan isu kerugian Pusat Fidlot Nasional.

Namun Abdullah tidak pernah memaparkan reaksi yang defensif terhadap kesemua

kritikan dan dakwaan ini melainkan menjawab mengikut keperluan. Beliau seakan-akan

menyedari bahawa ia merupakan kesan dari dasar keterbukaan yang telah dimulakan

kepimpinannya dan kini, subjek dan sejarah kepimpinan beliau akan turut dijadikan

perbincangan umum seperti mana masyarakat memperkatakan mengenai legasi

Mahathir dalam eranya. Mengenai ketidaksenangan berterusan Mahathir, Abdullah

menegaskan; If I engaged in a war of words with my detractors, it would involve Najib

as well. 1362 Walaupun memaklumi ketidaksenangan Rais Yatim berhubung dasar

keterbukaan, Abdullah bersikap terbuka dan menganggapnya sebagai proses

percambahan fikiran.1363 Kritikan Azalina Othman pula sekadar mengesahkan sindiran

Abdullah bahawa ―orang UMNO pandai jaga diri‖. Joceline Tan juga pastilah lebih

bernasib baik berbanding ketuanya, Wong Chun Wai yang pernah dibidas oleh Mahathir

setelah menulis dengan kritikal kelemahan tokoh tersebut.1364 Kepada Najib, Abdullah

bukan sahaja memberitahu yang beliau tidak akan berasa cemburu jika penggantinya itu

berjaya melaksanakan tugasnya dengan lebih baik,1365 malah:

[I]f he wants to discard policies for the good of the country, he should go ahead.
I am not going to raise hell if he changes policies because I understand that
things change, situations change and that we are not infallible. When things
change, situations change, policies need to be changed. It is an evolving thing.
As a former prime minister, I have had my chance, my opportunity. Now it‘s

1362
Abdullah Ahmad Badawi, ‗The mellow life‘.
1363
Abdullah Ahmad Badawi, temubual dengan pengkaji.
1364
‗Dr M: Comment not fair‘, New Straits Times, 31 Mei 2005.
1365
Abdullah Ahmad Badawi, temubual dengan pengkaji.

413
Najib‘s turn. If I don‘t agree with something, I will give him my views in private,
if he wants to listen. That is the way it should be.1366

Namun sekuat-kuat ketahanan dalaman yang seringkali menjadi senjata utama Abdullah,

beliau seakan-akan turut terkesan akhirnya dengan kritikan berterusan Mahathir. Bukan

menjadi rahsia apabila beliau dikritik oleh Mahathir (terbaru ialah di Johor Bahru pada

Jun 2012)1367, tidak ada sesiapa pun dari UMNO yang tampil untuk

mempertahankannya. Mereka yang mempertahankan Abdullah ironinya merupakan

mereka yang berada di luar sistem UMNO. 1368 Justeru, apabila Abdullah dilaporkan

mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan kerusi Kepala Batas dalam PRU-

13,1369 ia bukanlah suatu tindakan yang mengejutkan kerana peranannya dalam UMNO

seakan-akan telah disempitkan kerana dibayangi oleh kehadiran dan kritikan tanpa henti

Mahathir.

Paradoks terbesar bagi Abdullah ialah fakta bahawa dimensi humanis beliau adalah

elemen yang melonjakkan kariernya ke peringkat tertinggi dan dimensi ini jugalah yang

akhirnya turut menyumbang kepada pengundurannya. Dua pandangan terpencil

1366
Abdullah Ahmad Badawi, ‗The mellow life‘.
1367
‗BN still weak because of Pak Lah, Dr M tells Johor Umno‘, The Malaysian Insider, 2 Jun 2012,
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/bn-still-weak-because-of-pak-lah-dr-m-tells-johor-
umno (akses pada 21 Jun 2012).
1368
Selepas kritikan Mahathir terhadap Abdullah di Johor Bahru, beberapa pihak telah menyelar sikap
Mahathir yang tidak pernah berhenti dari menyerang penggantinya itu. Lihat umpamanya Aspan Alias,
‗Yang baik itu datang Dari Mahathir, yang tak baik itu datang dari Pak Lah‘, 3 Jun 2012,
http://aspanaliasnet.blogspot.com/2012/06/yang-baik-itu-datang-daripada-mahathir.html; Ooi Heng, ‗BN
masih lemah kerana Mahathir (Bahagian II), Merdeka Review, 11 Jun 2012,
http://www.merdekareview.com/bm/news_v2.php?n=13143 (kedua-dua diakses pada 21 Jun 2012).
1369
‗Scramble for Kepala Batas as Pak Lah declines re-election‘, The Malaysian Insider, 8 Jun 2012,
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/scramble-for-kepala-batas-as-pak-lah-declines-re-
election (akses pada 21 Jun 2012).

414
Reverand Sherman Kuek dan aktivis sosial, Chris Anthony dapat menjelaskan perkara

ini:

I know why many people feel you do not deserve to be the leader of the nation. It
is because of the virtue you embrace. You seek to be open, godly, moral, honest,
and inclusive - everything a successful politician can never truly be. And this is
why I honour you. For the first time as a Malaysian citizen, under your
leadership, I had felt like I meant something to this nation. And I felt like I
mattered. And I felt like a Malaysian. I am proud that you were my Prime
Minister, for all that you had succeeded in doing and failed to do. You have
shown yourself to be examplary [sic] in character, and that has been of utmost
importance in the political climate of Malaysia today.1370

The many admirable age-old qualities of Pak Lah make him more of a decent
man and lesser politician in today‘s world which may partly explain his short
stint as Prime Minister and leader of the ruling Umno and Barisan Nasional
(BN). In a world that measures success by material gains and power it may be
timely to pay tribute to his man for his humility, simplicity and unwillingness to
hurt the feelings of others including his enemies... Pak Lah might not have
brought great structural and material developments to the country to earn the
backing of his political colleagues but by his virtues and the opening of a greater
democratic space, he has certainly won a place in the hearts of ordinary
Malaysians of all races. They would really miss his gentlemanly hand in the
local political arena that is becoming increasingly more aggresive, hostile and
vengeful.1371

8.3 AGENDA PENYELIDIKAN MASA HADAPAN

Seperti yang dijelaskan, kajian ini bukanlah satu biografi mutlak kerana ia tidak meliputi

beberapa perkembangan sebelum Abdullah menjadi PM seperti latar keluarga, zaman

kecil, era persekolahan, era menjadi pegawai kerajaan, era menjadi ahli politik dan

1370
Sherman Kuek, ‗Thank You, Pak Lah‘, 3 April 2009,
http://www.shermankuek.net/2009/04/thank_you_pak_lah.php (akses pada 10 November 2011).
1371
Chris Anthony, ‗Pak Lah- a symbol of moderation and tolerance‘, 5 April 2009,
http://drctoni.blogspot.com/2009/04/pak-lah-symbol-of-moderation-and.html (akses pada 10 November
2011).

415
sehinggalah beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri. Walaupun begitu, ketiadaan

elemen-elemen ini tidaklah dianggap mencacatkan pemahaman mengenai Abdullah

memandangkan sebahagian besar aspek-aspek tersebut telah disentuh seimbas lalu bagi

memberi penerangan latar. Lebih lagi, telah banyak buku-buku separa ilmiah yang telah

ditulis mengenai aspek-aspek tersebut seperti yang telah di sentuh dalam bab sorotan

kajian. Kajian ini dapat dianggap melengkapkan karya-karya lain yang telah ditulis

mengenai Abdullah walaupun pendekatan yang diambil pengkaji tertakluk kepada

pendekatan akademik.

Namun maksud yang lebih penting yang ingin ditonjolkan atau disumbangkan oleh

pengkaji melalui tesis ini ialah keperluan untuk tidak mengenepikan sumbangan setiap

pemimpin yang ada tanpa mengira sama ada mereka merupakan pemimpin perdana

ataupun bukan perdana dan sama ada mereka mempunyai pandangan umum yang tinggi

atau sebaliknya. Hal inilah yang berlaku kepada pemimpin seperti Tun Dr. Ismail

apabila hanya selepas 33 tahun kematiannya, barulah satu biografi autoritatif dihasilkan

oleh sarjana seperti Ooi Kee Beng. Fakta bahawa ia kemudiannya menjadi antara karya

biografi terlaris dapat menjelaskan peminggiran yang berlaku dalam kajian-kajian

mengenai tokoh-tokoh politik negara. Lebih lagi, gambaran serta penilaian mutlak

mengenai sesuatu kepimpinan tidak harus dilakukan dalam kaedah yang serta merta

memandangkan perkembangan masa hadapan dan sejarah kepimpinan yang seterusnya

dapat memberikan satu tafsiran baru terhadap kepimpinan yang telah pergi. Ia

merupakan satu proses yang saling melengkapi dan saling mengukuhkan khususnya

dalam lensa sejarah. Tanpa berniat prejudis, ―keberadaan‖ Mahathir di pentas kuasa

dalam tempoh yang amat lama telah menyebabkan wujudnya ―ketidakadilan‖ terhadap
416
dua pemimpin yang berada dekat dengan era tokoh tersebut iaitu Hussein Onn dan

apatah lagi Abdullah sendiri. Kedua-duanya memegang jawatan dalam tempoh yang

hampir sama, lebih cenderung dianggap pemimpin transit dan dilihat umum tidak

memberikan banyak ―sumbangan besar‖ dalam tampuk kepimpinan mereka. Persepsi

dan pandangan seperti ini tidak harus dibiarkan menjadi satu fakta.

Sehubungan itu, kajian ini mengambil sikap untuk ―meraikan‖ mereka yang ―agak

terpencil‖ seperti Abdullah agar era kepimpinan beliau dapat diletakkan sebagai

―jambatan penghubung‖ antara era lama yang ditandai oleh Mahathirisme dan juga

permulaan kepada sebuah era baru. Kajian ini pastinya mempunyai kelemahan dan

kekurangan dan tiada sebarang kajian dapat dianggap memuaskan hati dan bersikap adil

kepada semua pihak. Malahan, ia dijangka akan mencuit perasaan pihak tertentu

termasuklah Abdullah sendiri yang tentu sahaja tidak akan bersetuju dengan beberapa

kesimpulan dan rumusan yang dinukilkan. Namun untuk berlaku adil kepada Abdullah,

pengkaji harus juga berlaku adil terhadap setiap kelemahan, kesilapan dan paradoks

yang wujud dalam kepimpinannya demi mencapai satu maksud dan kesimpulan yang

objektif. Tanpa berpegang kepada premis ini, tentu sahaja ia tidak dapat membantu

dalam menjelaskan bagaimanakah seorang pemimpin yang menaiki kekuasaan dengan

keraian yang gemilang terpaksa turun dari tangga kekuasaan dalam cara yang ‗tidak

diduga‘ lima tahun kemudiannya?

Dalam nota akhir, pengkaji tetap berpegang kepada hujah bahawa konservatisme akan

sentiasa berperanan dalam menjadi pemberat penting terhadap sebarang proses

perubahan dan reformasi yang ingin diambil dalam kerangka politik Malaysia yang
417
ditunjangi UMNO. Selain dari keperluan untuk terus memperbanyakkan penulisan

mengenai tokoh-tokoh politik, agenda penyelidikan masa hadapan boleh ditumpukan

kepada beberapa tujahan penting seperti melihat kepimpinan Mahathir dalam

hubungannya dengan ideologi konservatisme, membandingkan Abdullah dengan

beberapa pemimpin reformis yang lebih berjaya seperti Koizumi dan terpentingnya,

melihat penerusan reformasi dalam kepimpinan Najib.

Apakah hipotesis pengkaji bahawa Najib merupakan progresif konservatif boleh

bertahan atau beliau akan menukar dirinya kepada neokonservatif? Apakah Najib

berjaya mengekalkan momentum dalam reformasi-reformasi yang dijanjikan? Apakah

beliau akan meneruskan beberapa reformasi lain seperti IPCMC dan juga liberalisasi

ekonomi dalam skala yang lebih besar? Adakah beliau berjaya mengimbangi

sokongannya dalam UMNO? Apakah interaksi yang akan berlaku antara kepimpinan

Najib dan golongan konservatif dan ultra-konservatif dalam UMNO? Di manakah

kedudukan neokonservatif generasi kedua dalam era Najib? Apakah perwakilan UMNO

akan terus meningkatkan konservatismenya dalam mengekang penyerapan unsur-unsur

liberalisme dan perubahan? Bagaimana reaksi yang ditunjukkan oleh institusi-institusi

berkaitan pemerintah terhadap proses reformasi ini? Apakah spekulasi bahawa

Muhyiddin yang dilihat lebih konservatif akan mencabar Najib? Bagaimana pula

peranan Mahathir dalam hubungan ini? Apakah Najib berjaya untuk menjadi pemimpin

reformis seperti Koizumi? Adakah nasib yang menimpa Abdullah akan turut dialami

Najib? Dengan melihat kepada perkembangan semasa dalam era Najib, interaksi antara

faksi-faksi konservatif dalam UMNO mempunyai kerelevenan untuk diterokai dengan

lebihlanjut.
418
RUJUKAN

TEMUBUAL BERSEMUKA

Abdullah Ahmad Badawi, Kuala Lumpur, 18 Mac 2010.

Ahiruddin Atan (jurublog dengan nama Rocky Bru), Petaling Jaya, 4 November 2009.

Chandra Muzaffar (Ph.D/Profesor: USM), Petaling Jaya, 29 Disember 2009.

Edmund Terence Gomez (Ph.D/Profesor: UM), Kuala Lumpur, 26 Mac 2010.

Ibrahim Suffian (Pengarah badan pungutan suara, Merdeka Centre), Bandar Baru Bangi,
8 Disember 2009.

Mad Nasir Shamsuddin (Ph.D/Profesor: UPM), Serdang, 9 April 2010.

Mohamad Abu Bakar (Profesor: UM), Kuala Lumpur, 23 November 2009.

Mohd Yusof Othman (Ph.D/Profesor/Pengerusi Institut Islam Hadhari: UKM), Bangi,


21 November 2009.

Nasir Hashim (Ph.D/Pengerusi Parti Sosialis Malaysia), Kuala Lumpur, 28 Disember


2009.

Nazri Aziz (Menteri Kabinet era Abdullah dan Najib), Kuala Lumpur, 15 April 2010.

419
Ooi Kee Beng (Ph.D/Fellow di ISEAS), Singapura, 30 Mac 2010.

R. Nadeswaran (Bekas Timbalan Editor akhbar The Sun), Petaling Jaya, 5 April 2010.

Responden Yang Tidak Dinamakan (Bekas Pegawai Jawatan Utama Sektor Awam),
Petaling Jaya, 13 Disember 2009.

Saifuddin Abdullah (Timbalan Menteri Kabinet era Abdullah dan Najib), Kuala
Lumpur, 29 November 2010.

Shahrir Samad (Menteri Kabinet era Abdullah), Kuala Lumpur, 15 Disember 2009.

Shamsul Amri Baharuddin (Ph.D/Profesor Ulung: UKM), Bangi, 12 Mac 2010.

Wan Esuriyanti Wan Ahmad (bekas Setiausaha Akhbar kepada Abdullah), Subang Jaya,
22 November 2011.

Yazid Othman (kenalan Abdullah/Presiden Persatuan Wartawan Melayu Malaysia),


Shah Alam,17 Disember 2009.

Zaid Ibrahim (Menteri Kabinet Era Abdullah), Damansara, 2 April 2010.

PERBINCANGAN TIDAK RASMI

Ahmad Nidzamuddin Sulaiman (Ph.D/Profesor Madya: UKM) – melalui pertemuan


sosial.

Anthony, Chris (pengamal perubatan dan aktivis sosial di Pulau Pinang) – melalui e-mel
bertarikh 28 Oktober 2011.

Cohen, Stephen (Ph.D/Profesor: New York University) – melalui emel bertarikh 10 Mei
2010.

420
John Liu (bekas penyelaras SUARAM) – melalui pertemuan sosial.

Kuek, Sherman (Pengarah Diocesan Pastoral Institute


Diocese of Melaka-Johor) – melalui e-mel bertarikh 28 Oktober 2011.

Nathan, K. S. (Ph.D/Profesor: UKM) – melalui pertemuan sosial.

Low, Eddie (jurublog) – melalui e-mel bertarikh 28 Oktober 2011.

Rodan, Garry (Ph.D/Profesor: Murdoch University, Australia) – melalui emel bertarikh


3 September 2009.

Wan Abd Rahman Wan Abd Latiff (bekas pensyarah UKM) – melalui pertemuan sosial.

KAJIAN LAPANGAN

Perhimpunan Agung UMNO 2008, 24-28 Mac 2009.

Kempen Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang Mac 2009, 1-6 April 2009.

BUKU, JURNAL DAN MONOGRAF

Abbott, Jason P. ‗Democracy @ internet.asia? The challenges to the emancipator


potential of the net: lessons from China and Malaysia, Third World Quarterly,
22,no.1 (2001): 99-114.

Abdul Rahman Abdullah, Pemikiran Islam di Malaysia: Sejarah dan Aliran. Depok:
Gema Insani, 1997.

Abdul Rahman Embong, Negara-bangsa: Proses dan Perbahasan. Bangi: Penerbit


UKM, 2001.

421
Abdul Rahman Embong, ‗Beyond the crisis: The Paradox of the Malaysian Middle
Class‘ dalam Abdul Rahman Embong (pnyt.), Southeast Asian Middle Classes:
Prospects for Social Change and Democratisation. Bangi: Penerbit UKM, 2001.

Abdul Rahman Embong, ‗Rethinking Development and Developmental Studies‘,


Akademika, 68 (Januari 2005): 91-94.

Abdul Rahman Embong, Development and Well-Being. Bangi: Penerbit UKM, 2005.

Abdul Rahman Embong, ‗Menjejaki Masa Depan Negara Melampaui Wawasan 2020‘
dalam Sivamurugan Pandian et al. (pnyt.), Abdullah Ahmad Badawi: 3 Tahun di
Putrajaya. Kuala Lumpur: Utusan Publications, 2007.

Abdul Rahman Embong, ‗Developmentalist State in Malaysia: Its Origin, Nature and
Contemporary Transformation‘ dalam Nelson, Joan M., Meerman, Jacob dan Abdul
Rahman Embong (pnyt.), Globalization & National Autonomy: The Experience of
Malaysia. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies & IKMAS, 2008.

Abdul Rahman Embong, Malaysian Studies: Looking Back, Moving Forward. Puchong:
Persatuan Sains Sosial Malaysia, 2010.

Abdul Rahman, Tunku. Sudut Pandangan. Petaling Jaya: Heinemann Educational


Books, 1979.

Abdul Rashid Moten dan Tunku Mohar Mokhtar, ‗The 2004 General Elections in
Malaysia‘, Asian Survey, 46, no. 2 (2006): 319-340.

Ahmad Atory Hussain, Politik Melayu di Persimpangan: Suatu Analisis Pilihan Raya
Umum 2008. Kuala Lumpur: Utusan Publications, 2009.

Ahmad Fauzi Abdul Hamid, ‗The UMNO-PAS Struggle: Analysis of PAS‘s Defeat in
2004‘ dalam Swee-Hock, Saw dan Kesavapany, K.(pnyt.), Malaysia: Recent Trends
and Challenges. Singapura: Institute of Southeast Asian Studies, 2006.

Ahmad Fauzi Abdul Hamid, ‗Malay Anti-Colonialism in British Malaya: A Re-


appraisal of Independence Fighters of Peninsular Malaysia‘, Journal of Asian and
African Studies, 42, no. 5 (2007): 371-398.
422
Ahmad Fauzi Abdul Hamid, ‗Islamist Realignments and the Rebranding of the Muslim
Youth Movement of Malaysia‘, Contemporary Southeast Asia, 30, no. 2 (2008):
215-240.

Ahmad Fauzi Abdul Hamid, ‗Implementing Islamic Law within a Modern


Constitutional Framework: Challenges and Problems in Contemporary Malaysia‘,
Islamic Studies, 48, no. 2 (2009): 157-187.

Ahmad Fauzi Abdul Hamid, ‗Politically Engaged Muslims in Malaysia in the Era of
Abdullah Ahmad Badawi (2003-2009)‘, Asian Journal of Political Science, 18, no.
2 (2010): 154-176.

Ahmad Lufti Othman, Anwar lawan Ghafar. Kuala Lumpur: Penerbitan Pemuda, 1993.

Ahmad Mustapha Hassan, Membina & Meruntuh Malaysia. SIRD: Petaling Jaya, 2008.

Angel Lin dan Avin Tong, ‗Re-Imagining a Cosmopolitan ―Asian Us‖: Korean Media
Flows and Imaginaries of Asian Modern Feminities‘ dalam Chua Beng Huat dan
Iwabuchi, Koichi (pnyt.), East Asian Pop Culture: Analysing the Korean Wave.
Hong Kong: Hong Kong University Press, 2008.

Anoushiravan Ehteshami dan Mahjoob Zweiri, Iran and The Rise of its
Neoconservatives. London: I.B Tauris, 2007.

Azam Aris, Jiwa Seorang Negarawan: Biografi Tun Azizan Zainal Abidin, Subang Jaya:
Crestime Holdings, 2011.

Balaam, David N. dan Veseth, Michael, Introduction to International Political


Economy. New Jersey: Prentice Hall, 1996.

Baradat, Leon P., Political ideologies: Their Origins and Impact (Ed.Ke-5). New
Jersey: Prentice Hall, 1994.

Barraclough, Simon, ‗Managing the Challenges of Islamic Revival in Malaysia: A


Regime Perspective‘, Asian Survey, 23, no. 8 (1983): 958-975.

423
Barraclough, Simon, ‗The Dynamics of Coercion in the Malaysian Political Process‘,
Modern Asian Studies, 19, no. 4 (1985): 797-822.

Braatz,Werner E, ‗Two Neo-Conservative Myths in Germany 1919-1932: The ―Third


Reich‖ and the ―New State‖‘, Journal of the History of Ideas, 32, no. 4 (1971):
569-584.

Brown,Wendy. ‗American Nightmare: Neoliberalism, Neoconservatism and De-


Democratization‘, Political Theory, 34, no. 6 (2006): 690-714.

Burke, Edmund, Reflections On The Revolution in France, pnyt.,Conor Cruise O‘Brien.


Harmondsworth: Penguin Books Ltd, 1968.

Caballero-Anthony, Mely, ‗Political Transitions in Southeast Asia‘, Southeast Asian


Affairs (2005): 24-44.

Carlson, Matthew, Money Politics in Japan: New Rules, Old Practices. Boulder: Lynne
Rienner Publishers, 2007.

Case, William, ‗Semi-Democracy in Malaysia: Withstanding the Pressures for Regime


Change‘, Pacific Affairs, 66, no. 2 (1993): 183-205.

Case, William, ‗Malaysia‘s Resilient Pseudodemocracy‘, Journal of Democracy,12, no.


1(2001): 43-57.

Case, William, ‗Malaysia‘s General Elections in 1999: A Consolidated And High-


Quality Semi-Democracy‘, Asian Studies Review, 2, no.1 (2001b): 35-55.

Case, William, ‗How‘s my driving: Abdullah Badawi‘s first year as Malaysian PM‘, The
Pacific Review, 18, no.2 (2005): 137-157.

Case, Wiliam, ‗Malaysia in 2007: High Corruption and Low Opposition‘, Asian Survey,
48, no.1 (2008): 47-54.

Chamil Wariya, Abdullah Ahmad Badawi: Perjalanan Politik PM ke-5. Kuala Lumpur:
Utusan Publications, 2004.

424
Chamil Wariya, Kesinambungan dan Perubahan: Malaysia di Bawah Pentadbiran
Abdullah Ahmad Badawi. Kuala Lumpur: Utusan Publications, 2004.

Chandra Muzaffar, Pelindung. Pulau Pinang: Aliran Kesedaran Negara, 1992 (Versi asal
1979).

Cheah Boon Kheng, Malaysia: The Making of a Nation. Singapura: Institute of


Southeast Asia Studies, 2002.

Chin, James dan Wong Chin Huat, ‗Malaysia‘s Electoral Upheaval‘, Journal of
Democracy, 20, no.3 (2009): 71-85.

Chin, James. ‗New Chinese Leadership in Malaysia: The Contest for the MCA and
Gerakan Presidency‘, Contemporary Southeast Asia, 28, no.1 (2006): 70-87.

Ching-fen Hu, ‗Taiwan‘s Geopolitics and Chiang Ching-Kuo‘s Decision to Democratize


Taiwan‘, Stanford Journal of East Asian Affairs, 5, no.1 (2005): 26-44.

Christie, Kenneth, ‗Regime Security and Human Rights in Southeast Asia‘, Political
Studies, 43 (1995): 204-218.

Cohen, Stephen F., ‗The Friends and Foes of Change: Reformism and Conservatism in
the Soviet Union‘, Slavic Review, 38, no. 2 (1979): 187-202.

Cohen, Stephen F., ‗Was the Soviet System Reformable?‘, Slavic Review, 63, no. 3
(2004): 459-488.

Collins, Robert M. Transforming America: Politics and Culture in the Reagan Years.
New York: Columbia University Press, 2007.

Crespo, Jose Antonio, ‗The Liberal Democrat Party in Japan: Conservative


Domination‘, International Political Science Review, 16.2 (1995): 199-209.

Crouch, Harold, Government and Society in Malaysia. St. Leonards, NSW: Allen &
Unwin, 1996.

425
Derichs, Claudia dan Fleschenberg, Andrea (eds.), Religious Fundamentalisms and
Their Gendered Impacts in Asia. Berlin: Friedrich-Ebert-Stiftung, 2010.

Derichs, Claudia, ‗Malaysia in 2006: An Old Tiger Roars‘, Asian Survey , 47, no.1
(2007): 148-154.

Duverger, Maurice. Political Parties: Their Organization and Activity in the Modern
State. New York: Wiley, 1963.

Edinger, Lewis J, ‗Political Science and Political Biography: Reflections on the Study of
Leadership (I)‘, The Journal of Politics, 26, no.2 (1964): 423-439.

Farish Noor, Di Balik Malaysia: Dari Majapahit ke Putrajaya. ZI Publications:


Putrajaya, 2008.

Fatini Yaakob, Daim Yang Diam. Kuala Lumpur: Imbas Cemara, 1987.

Femia, Joseph, ‗Hegemony and Consciousness in the thought of Antonio Gramsci‘,


Political Studies, 23, no.1 (1975): 29-48.

Feng Chan, ‗Order and Stability in Social Transition: Neoconservative Political Thought
in Post-1989 China‘, The China Quarterly, 151 (1997): 583-592.

Festenstein, Matthew dan Kenny, Michael, Political Ideologies. Oxford: Oxford


University Press, 2005.

Fewsmith, Joseph, ‗Neoconservatism and the End of the Dengist Era‘, Asian Survey 35,
no. 7 (1995): 635-651.

Fischer, Johan, ‗We shift channel when Mahathir appears: The political internet and
censorship in Malaysia‘, Akademika 75 (2009):43-63.

Freeman, Michael, ‗Human Rights, democracy and ‗Asian Values‘‘, The Pacific
Review, 9, no.3 (1996): 352-366.

426
Funston, John, Malay Politics in Malaysia: A Study of UMNO & PAS. Kuala Lumpur,
Heinemann, 1980.

Funston, John, ‗Malaysia‘s Tenth Election: Status Quo, Reformasi or Islamization?‘,


Contemporary Southeast Asia, 22, no.1 (2000): 23-59.

Ganesan, N. ‗Malaysia in 2002: Political Consolidation amid Change‘, Asian Survey, 43,
no.1 (2003):147-155.

Ganesan, N. ‗Malaysia in 2003: Leadership Transition with a Tall Shadow‘, Asian


Survey, 44, no.1 (2004): 70-77.

Gatsiounis, Ioannis, ‗Islam Hadhari in Malaysia‘ dalam Hillel Fradkin, Husain Haqqani
dan Eric Brown (pnyt.), Current Trends in Islamist Ideology, Vol.3 (Washington:
Hudson Institute, 2006).

George, Cherian, ‗Media in Malaysia: Zone of Contention‘, Democratization, 14.5


(2007): 893-910.

Ghazali Mayudin, Jamaie Hamil, Sity Daud dan Zaini Othman, ‗Isu-isu Dominan dalam
Politik Malaysia‘ dalam Ghazali Mayudin, Jamaie Hamil, Sity Daud dan Zaini
Othman (pnyt.), Demokrasi, Kepimpinan dan Keselamatan. Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia, 2006.

Giddens, Anthony, Runaway World: How Globalisation Is Reshaping Our Lives.


London: Profile Books, 2002.

Gomez, Edmund Terence. ‗Political business in Malaysia: party factionalism, corporate


development, and economic crisis‖ dalam Edmund Terence Gomez (pnyt.),
Political Business in East Asia, London: Routledge, 2002.

Gomez, Edmund Terence. ‗Governance, Affirmative Action and Enterprise


Development‖ dalam Edmund Terence Gomez (pnyt.), The State of Malaysia:
Ethnicity, Equity and Reform, New York: RoutledgeCurzon, 2004.

Gorbachev, Mikhail. Gorbachev: On My Country and the World. New York: Columbia
University Press, 2000.
427
Gramsci, Antonio. Selections From the Prison Notebooks of Antonio Gramsci,
Suntingan dan Terjemahan Hoare, Q dan Nowell Smith, G, London: Lawrence and
Wishart,1971.

Hall, Ian dan Rengger, Nicholas, ‗The Right that failed? The ambiguities of
conservative thought and dilemmas of conservative practice in international
affairs‘, International Affairs, 81, no.1 (2005): 69-82.

Hampsher-Monk, Iain, The Political Philosophy of Edmund Burke. London: Longman,


1987.

Hari Singh dan Narayanan, Suresh. ‗Changing Dimensions in Malaysian Politics‘, Asian
Survey, 29, no. 5 (1989): 514-529.

Hari Singh. ‗Democratization or Oligarchic Restructruring? The Politics of Reform in


Malaysia‘, Government and Opposition, 35, no.4 (2000): 520-546.

Hari Singh. ‗Tradition, UMNO and political succession in Malaysia‘, Third World
Quarterly, 19, no. 2 (1998): 241-254.

Hari Singh. ‗UMNO Leaders and Malay Rulers: The Erosion of Special Relationship‘,
Pacific Affairs, 68, no. 2 (1995): 187-205.

Hayati @ Habibah Abdul Talib dan Khairul Anuar Mohd Ali, ‗Aspek Kualiti,
Keselamatan Dan Kesihatan Di Kalangan PKS Makanan: Satu Sorotan Kajian‘,
Jurnal Teknologi, 49 (E) Disember 2008: 65-79.

Heywood, Andrew., Political Ideologies: An Introduction. Houndmills:


Macmillan,1992.

Hew, Denis. ‗The Malaysian Economy: Developments and Challenges‘, Southeast Asian
Affairs (2008): 207-222.

Hilley, John, Malaysia: Mahathirism, Hegemony and The New Opposition. London:
Zed Books, 2001.

428
Hobsbwam, Eric, ‗The Invention of Tradition‘ dalam Hobsbwam, Eric dan
Ranger,Terence (pnyt.), The Invention of Tradition. Cambridge: Cambridge
University Press, 1983.

Hoffstaedter, Gerhard ‗Islam Hadhari: A Malaysian Islamic multiculturalism or another


blank banner?, Contemporary Islam, no.3 (2009): 121-141.

Honderich, Ted, Conservatism. Boulder:Westview Press, 1990.

Huntington, Samuel, ‗Conservatism as an Ideology‘, American Political Science


Review, 51, no. 2 (1957): 454-473.

Hwang, In-Won. Personalized Politics: The Malaysian State under Mahathir.


Singapura: Institute of Southeast Asian Studies, 2003.

Ishak Shari, ‗Penerusan Agenda Sosial di Malaysia Dalam Era Globalisasi: Isu dan
Cabaran‘ dalam Norani Othman dan Mandal, Sumit K. (pnyt.), Malaysia
Menangani Globalisasi. Bangi: Penerbit UKM, 2000.

Ismail Noor, Pak Lah: A Sense Of Accountability, pnyt., Elina Noor, Kuala Lumpur:
Utusan Publications, 2003.

Jayasooria, Denison. ‗Agenda Sosial Pak Lah: Kepentingan dan Impak Terhadap
Keluarga berpendapatan Rendah‘ dalam Sivamurugan Pandian (pnyt.), Abdullah
Ahmad Badawi: Satu tahun di Putrajaya. Kuala Lumpur: Utusan Publications,
2006.

Jayasuriya, Kanishka, ‗Understanding ‗Asian values‘ as a form of reactionary


modernization‘, Contemporary Politics, 4, no.1(1998): 77-91.

Jesudason, James J., ‗Statist Democracy and the Limits to Civil Society in Malaysia‘,
Journal of Commonwealth and Comparative Politics, 33, no. 3(1995): 335-356.

Jomo K. S, The Way Forward?:The Political Economy of Development Policy Reform


in Malaysia. Kuala Lumpur: University of Malaya, 1993.

429
Jost, John T., Glaser, Jack, Kruglanski, Arie W. dan Sulloway, Frank J. ‗Political
Conservatism as Motivated Social Cognition‘, Psychological Bulletin, 129, no. 3
(2003): 339-375.

Kassim Ahmad, Mencari Jalan Pulang. Petaling Jaya: Zi Publications, 2008.

Kau, Michael Ying-mao. ‗The Power Structure in Taiwan‘s Political Economy‘, Asian
Survey, 36, no. 3 (1996): 287-305.

Kershaw, Roger, Monarchy in South-East Asia: The faces of tradition on transition.


Routledge: London, 2001.

Kesavapany, K, Mani, A dan Ramasamy, P. (pnyt.), Rising Indian and Indian


Communities in East Asia. Singapura:I nstitute of Southeast Asian Studies, 2008.

Kessler, Clive, ‗Islam, the State & Desecularization‘ dalam Norani Othman, Mavis
C.Puthucheary dan Clive Kessler, Sharing The Nation. Petaling Jaya: SIRD, 2008.

Khoo Boo Teik, Paradoxes of Mahathirism: An Intellectual Biography of Mahathir


Mohamad. Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1995.

Khoo Boo Teik, ‗The Value(S) Of A Miracle: Malaysian and Singaporean Elite
Constructions of Asia‘, Asian Studies Review, 23, no.2 (1999): 181-192.

Khoo Boo Teik, Beyond Mahathir: Malaysian Politics and its Discontents. London:Zed
Books, 2003.

Khoo Kheng-Hor, Abdullah Administration: Abdullah Ahmad Badawi & His


Government From Sun Tzu‘s Perspective. Subang Jaya: Pelanduk Publications,
2004.

Kirk, Russel, The Politics of Prudence. Detroit: ISI Press. 1993.

430
Kollner, Pätrick, ‗The Liberal Democratic Party at 50: Sources of Dominance and
Changes in the Koizumi Era‘, Social Science Japan Journal, 9, no. 2 (2006): 243-
257.

Kua Kia Soong, May 13:Declassified Documents in the Malaysian Riots of 1969.
Petaling Jaya: Suaram, 2007.

Kutler, Stanley I, The Wars of Watergate: The Last Crisis of Richard Nixon. New York:
W.W Norton & Company, 1990.

Lee Ban Chen, Agenda Melayu atau Agenda Rakyat. Petaling Jaya: SIRD, 2005.

Lee Hock Guan, ‗Malay Dominance and Opposition Politics In Malaysia‘, Southeast
Asian Affairs (2002): 177-195.

Lee Hock Guan, ‗Malaysia in 2007: Abdullah administration under siege‘, Southeast
Asian Affairs (2008): 187-206.

Lee Kuan Yew, ‗Culture is Destiny‘, Foreign Affairs, 73, no.2 (1994): Xx-XX.

Lee, Raymond L.M, ‗Patterns of Religious Tension in Malaysia‘, Asian Survey, 28, no.4
(1988): 400-418.

LI Xiushi, ‗Japanese Neo-Conservative Foreign Strategy‘, Global Review, Winter


(2007):166-182.

Liao, Ping-hui. ‗Rewriting Taiwanese National History: The February 28 Incident as


Spectacle‘, Public Culture, 5, no.2 (1993): 281-296.

Lim Hong Hai, ‗Public administration: The effects of executive dominance‘ dalam
Francis Loh Kok Wah dan Khoo Boo Teik (pnyt.), Democracy in
Malaysia:Discourses and Practices. Surrey: Curzon Press, 2002.

Linden, Carl A., ‗Khruschev and the crisis of the regime of the Marxian Prince‘ dalam
Theodore Taranovski (pnyt & terj.), Reform in Modern Russian History. New
York:Woodrow Wilson Centre Press, 1995.

431
Liow, Joseph Chin Yong, ‗Political Islam in Malaysia: Problematising Discourse and
Practice in the UMNO–PAS ‗Islamisation Race‖, Commonwealth & Comparative
Politics, 42, no.2 (2004): 184-205.

Liow, Joseph, ‗The Politics Behind Malaysia‘s Eleventh General Election‘, Asian
Survey, 45, no.6 (2005): 907-930.

Lipset, Seymour Martin, ‗Some Social Requisites of Democracy: Economic


Development and Political Legitimacy‘, American Political Science Review, 53,
no.1 (1959): 69-105.

Loh, Francis Kok Wah dan Saravanamuttu, Johan (pnyt.), New Politics in Malaysia.
Singapura: Institute of Southeast Asian Studies, 2003.

Loh, Francis Kok Wah, ‗Developmentalism and the Limits of Democratic Discourse‘
dalam Francis Loh Kok Wah dan Khoo Boo Teik, Democracy in Malaysia:
Discourses and Practices. Surrey: Curzon Press, 2002.

Loh, Francis Kok Wah, ‗The March 2004 General Elections in Malaysia: Looking
Beyond the ‗Pak Lah‘ Factor‘, Kasarinlan: Philipine Journal of Third World
Studies, 20, no.1 (2005): 3-24.

Machiavelli, Nicolo, The Prince, terjemahan Luigi Ricci, Fort Worth: RDMc
Publishing, 2008.

Mahathir Mohamad, A Doctor In The House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir


Mohamad. Petaling Jaya: MPH Group Publishing, 2011.

Mannheim, Karl, Essays on Sociology and Social Psychology. London: Routledge,


1966.

Martinez, Patricia, ‗Abdullah Badawi Defines His leadership‘, Southeast Asian Affairs
(2005): 191-210.

Marzuki Mohamad, ‗Religion, Human Rights and Constitutional-Contract Politics in


Malaysia‘, Intellectual Discourse, 16, no.2 (2008): 155-186.

432
Mauzy, Diane K. dan Milne, R.S.,‗The Mahathir Administration in Malaysia: Discipline
Through Islam‘, Pacific Affairs, 56, no.4 (1983): 617-648.

Mauzy, Diane K., ‗The Challenge to Democracy: Singapore‘s and Malaysia‘s Resilient
Hybrid Regimes‘, Taiwan Journal of Democracy, 2, no.2 (2006): 47-68.

Maznah Mohamad, ‗The Unravelling of a Malay Consensus‘, Southeast Asian Affairs


(2001): 208-225.

Maznah Mohamad, ‗Malaysia in 2002: Bracing for a Post-Mahathir Future‘, Southeast


Asian Affairs (2003): 149-167.

McClosky, Herbert, ‗Conservatism and Personality‘, The American Political Science


Review, 52, no.1(1958): 27-45.

Means, Gordon P., Malaysian Politics. London: Hodder and Stoughton, 1976.

Means, Gordon P., Malaysian Politics: The Second Generation. Oxford: Oxford
University Press, 1991.

Means, Gordon P., ‗Soft Authoritarianism in Malaysia and Singapore‘, Journal of


Democracy, 7, no. 4(1996): 103-117.

Milne, R.S, ‗Malaysia-Beyond The New Economic Policy‘, Asian Survey, 26, no.12
(1986): 1364-1382.

Milne, R.S dan Mauzy, Diane. K., Malaysian Politics under Mahathir. London:
Routledge, 1999.

Milner, Anthony, ‗What Happened to ‗Asian Values‘‘ dalam Segal, Gerald dan
Goodman, David.S.G, (pnyt.), Towards Recovery in Pacific Asia. Routledge:
London, 1999.

Ming Kuok Lim, ‗The function of blogs in democratic discourse‘, Journal of Global
Communication, 2, no.1 (2009): 313-326.

433
Minkenberg, Michael, ‗The New Right in Germany‘, European Journal of Political
Research, 22 (1992): 55-81.

Mohamad Abu Bakar, Mahasiswa Menggugat, Kuala Lumpur, Pustaka Antara, 1973.

Mohamad Abu Bakar, ‗Islamic Revivalism and The Political Process in Malaysia‘,
Asian Survey, 21, no.10 (1981): 1040-1059.

Mohamad Abu Bakar, ‗Politik Malaysia: Antara Tradisi dan Demokrasi‘ dalam
Mohamad Abu Bakar, Potret Masa (Jilid 1):Persaingan Ideologi dan Pemulihan
Tradisi. Petaling Jaya: Gateway Publishing, 1994.

Mohamad Abu Bakar, ‗Konservatisme dan Konflik: Isu ‗Kafir-Mengkafir‘ dalam Politik
Kepartian 1955-2000‘, Pemikir, Julai 2000: 121-159.

Mughan, Anthony dan Scully, Roger M, ‗The Triumph of Conservatism in the West‘,
The Brown Journal of World Affairs, 3, no.1 (1996): 229-235.

Muhamad Takiyuddin Ismail, Aliran Neokonservatif Dalam Dasar Luar Amerika


Syarikat, Sintok: Penerbit UUM, 2007.

Muhamad Takiyuddin Ismail, ‗Abdullah Ahmad Badawi dan Nikita Khrushchev


Sebagai Reformis: Suatu Perbandingan‘, Kajian Malaysia, 30, no.1 (2012): 71-
106.

Muhammad Khalid Masud, ‗Muslim Perspectives on Global Ethics‘ dalam Sullivan,


William M. & Kymlica, Will (pnyt.), The Globalization of Ethics. New York:
Cambridge University Press, 2007.

Muhammad Syukri Salleh, ‗Islam Hadhari Dari Perspektif Pembangunan Berteraskan


Islam‘, Pemikir, Januari 2005: 53-88.

Mohamed Fadzil Che Din, ‗Meneroka Elemen Psikologikal Abdullah Ahmad Badawi‘
dalam Sivamurugan Pandian et al. (pnyt.), Abdullah Ahmad Badawi: 3 Tahun di
Putrajaya. Kuala Lumpur: Utusan Publications, 2007.

434
Mohamed Jawhar Hassan, ‗Dasar dan Inisiatif Tiga Tahun Pentadbiran Abdullah‘ dalam
Sivaurugan Pandian et al. (pnyt.), Abdullah Ahmad Badawi: 3 Tahun di Putrajaya.
Kuala Lumpur: Utusan Publications, 2007.

Mohamed Rahmat, Akhir sebuah Impian. Petaling Jaya: The Malaysian Insider, 2009.

Mohamed Salleh Lamry, Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan Kemerdekaan. Bangi:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2006.

Mohamed Samsudeen Sajahan et.al, ‗Media warfare content analysis of the conservative
and alternative media during the Bukit Selambau Malaysian by-election‘, Journal
of Law and Conflict Resolution, 2, no.1 (2010):1-10.

Mohd Yusof Kasim dan Azlan Ahmad (pnyt.). Politik Baru dalam Pilihanraya Umum.
Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2002.

Munro-Kua, Anne, Authoritarian-Populism in Malaysia. London: Macmillan


Press,1996.

Musa Hitam, ‗Ucapan perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Pergerakan Pemuda


Malaysia dan Pergerakan Wanita UMNO Malaysia pada 28 September 1985‘ dalam
Ahmad Lufti Othman, Anwar lawan Ghafar. Kuala Lumpur: Penerbitan Pemuda,
1993.

Musa Hitam, ‗Kehalusan dan Wawasan‘ dalam Tun Razak: Potret Dalam Kenangan.
Kuala Lumpur: Yayasan Tun Razak & Utusan Publications and Distributors, 2006.

Nagata, Judith, ‗Religious Ideology and Social Change: The Islamic Revival in
Malaysia‘, Pacific Affairs, 53, no.2 (1980): 405-439.

Nagata, Judith. ‗How to be Islamic without being an Islamic state: Contested models of
development of Malaysia‘ dalam Akber S.Ahmed dan Hasting Donnan (pnyt),
Islam, Globalization and Postmodernity. New York: Routledge, 1994.

Nakamura, Masashi dan Umezaki, So. ‗Malaysia in 2005: Long journey to structural
reform‘ dalam Yearbook of Asian Affairs. Chiba: Institute of Developing
Economies, 2006.
435
Nathan, K.S. ‗Globalization and the Post 9/11 Era: Problems and Prospects for Multi-
Religious Coexistence and Cooperation in Southeast Asia, Europe and America‘
dalam dalam Nathan, K.S. (pnyt.), Religious Pluralism in Democratic Societies.
Singapore: Konrad-Adenauer-Stiftung, 2007.

Nathan, K.S. ‗Malaysia: The Challenge of Money Politics and Religious Activism‘,
Southeast Asian Affairs (2006):151-171.

Nazrin Shah, Raja. The Monarchy in Contemporary Malaysia, Institute of Southeast


Asian Studies: Singapura, 2004.

Neher, Clark D., ‗Asian Style Democracy‘, Asian Survey, 34, no.11(1994): 949-961.

Nevitte Neil dan Gibbins, Roger, ‗Neoconservatism: Canada Variations On An


Ideological Theme?‘, Canadian Public Policy, 10, no.4 (1984): 384-394.

Nisbet, Robert A., ‗Conservatism and Sociology‘, The American Journal of Sociology,
58, no. 2(1952): 167-175.

Nor Azizah Zainal Abidin dan Halimah @ Nasibah Ahmad, ‗Corporate Governance in
Malaysia: The Effect Of Corporate Reforms And State Business Relation In
Malaysia‘‘, Asian Academy of Management Journal, 12, no.1 (2007): 23-34.

Norani Othman, ‗Muslim Women and the challenge of Islamic


fundamentalism/extremism: An overview of Southeast Asian Muslim women‘s
struggle for human rights and gender equality‘, Women‘s Studies International
Forum 29 (2006): 339-353.

Nordin Kardi, ‗Cabaran Agenda Sosial‘ dalam Sivamurugan Pandian (pnyt.), Abdullah
Ahmad Badawi: Satu tahun di Putrajaya. Kuala Lumpur: Utusan Publications,
2006.

Nordlander, David, ‗Khruschev‘s Image in the Light of Glasnost and Perestroika‘,


Russian Review, 52, no.2 (1993): 248-264.

436
O‘ Shannassy, Michael, ‗Beyond the Barisan Nasional? A Gramscian Perspective of the
2008 Malaysian General Elections‘, Contemporary Southeast Asia, 31, no.1 (2008):
88-109.

O‘ Sullivan, Noel, Conservatism. London: Bent, 1976.

Oakeshott, Michael, Rationalism in Politics and Other essays. London: Methun &
Co.Ltd, 1967.

Ooi Kee Beng, Era of Transition: Malaysia After Mahathir. Singapura: Institute of
Southeast Asian Studies, 2006.

Ooi Kee Beng, ‗Bangsa Malaysia: Vision or Spin‘ dalam Saw Swee-Hock dan
K.Kesavapany (pnyt.). Malaysia:Recent Trends and Challenges. Singapura:
Institute of Southeast Asian Studies, 2006.

Ooi Kee Beng, Arrested Reform: The Undoing of Abdullah Badawi. Kuala Lumpur:
REFSA, 2009.

Ooi Kee Beng, Lost in Transition: Malaysia under Abdullah. Petaling Jaya: SIRD,
2008.

Ooi Kee Beng, The Reluctant Politician: Tun Dr Ismail and His Time. Singapura:
Institute of Southeast Asian Studies, 2006.

Osman Bakar, ‗Islam and Politics in the Post-Mahathir Era‖‘dalam Briefing Notes on
Islam, Society and Politics. Washington: Centre for Strategic and International
Studies, 2005.

Oxford Dictionary Of Current English. Edisi Kemaskini. Oxford: Oxford University


Press,1998.

Pempel, T.J., Regime Shift: Comparative Dynamics of The Japanese Political Economy.
Ithaca and London: Cornell University Press, 1998.

437
Pepinsky, Thomas B., ‗Malaysia: Turnover Without Change‘, Journal of Democracy
18.1 (2007): 113-127.

Pepinsky, Thomas B. ‗The 2008 Malaysian Elections: An End to Ethnic Politics?‘,


Journal of East Asian Studies, 9, no.1 (2009): 87-120.

Paridah Abd Samad, Abdullah Ahmad Badawi:A New Breeze in Malaysia‘s Politics.
Kuala Lumpur: Partisan Publication, 2008.

Pempel, T.J., Policy and Politics in Japan: Creative Conservatism. Temple University
Press: Philadelphia, 1982.

Poole, Lynne, ‗Germany: A Conservative Regime in Crisis?‘ dalam Allan Cochrane,


John Clarke dan Sharon Gewirtz (pnyt.), Comparing Welfare States. London.
Milton Keynes: The Open University, 2001.

Puhle, Hans-Jurgen, ‗Conservatism in Modern Germany‘, Journal of Contemporary


History, 13, no.4 (1978): 689-720.

Puthucheary, Dominic, ‗James Puthucheary: His Friends and His Times‘ dalam
Puthucheary, Dominic dan Jomo.K.S (pnyt.), James Puthucheary: No cowardly
past. Kuala Lumpur: Insan, 1998.

Pyle, Kenneth B., The Japanese Question: Power and Purpose in a New Era, Ed. Ke-2.
Washington: American Enterprise Institute Press, 1992.

Raja Ahmad Aminullah, Minda Tertawan: Intelektual, Rausyanfikir dan Kuasa.


Petaling Jaya: SIRD, 2011.

Rashila Ramli, ‗Abdullah Ahmad Badawi: Perspektif Governans dan Gender‖ dalam
Sivamurugan Pandian et al. (pnyt.), Abdullah Ahmad Badawi: 3 Tahun di
Putrajaya. Kuala Lumpur: Utusan Publications, 2007.

Reuter, Ora John dan Remington, Thomas F., Dominant Party Regimes and the
Commitent Problem: The Case of United Russia‘, Comparative Political Studies,
42, no.4 (2009): 501-526.

438
Robertson, David, The Penguin Dictionary of Politics. London: Penguin Books, 1993.

Robison, Richard, ‗The politics of ‗Asian Values‘‖, The Pacific Review, 9, no.3 (1996):
309-327.

Rodan, Garry, ‗The Internationalization of Ideological Conflict: Asia‘s New


Significance‘, The Pacific Review, 9, no. 3 (1996): 328-351.

Roziah Omar, ‗Memacu ke Arah Wawasan 2020 dan Millenium Development Goals:
Agenda Pembangunan Sosial‘ dalam Sivamurugan Pandian (pnyt.), Abdullah
Ahmad Badawi: Satu tahun di Putrajaya. Kuala Lumpur: Utusan Publications,
2006.

Rustam A. Sani, Social Roots of the Malay Left. Petaling Jaya: SIRD, 2008.

Sakakibara, Eisuke, Structural Reform in Japan – Breaking The Iron Triangle.


Washington: The Brookings Institution, 2003.

Sandhu, K.S. dan Mani, A. (pnyt.), Indian Communities in Southeast Asia. Singapura:
Institute of Southeast Asian Studies, 1993.

Saravanamuttu, Johan. ‗Malaysia: Political Transformation and Intrigue in an election


year‘, Southeast Asian Affairs (2009):173-192.

Sargent, Lyman Tower, Contemporary Political Ideologies, Ed.Ke-10. Belmont:


Wadsworth Publishing Company, 1996.

Schamis, Hector E., ‗Reconceptualizing Latin American Authoritarianism in the 1970s:


From Bureaucratic-Authoritarianism to Neoconservatism‘, Comparative Politics,
23, no. 3 (1991): 210-220.

Schumann, Hans-Gerd, ‗The Problem of Conservatism: Some Notes on Methodology‘,


Journal of Contemporary History, 13, no. 4 (1978): 803-817.

Scott, James C., Political Ideology in Malaysia: Reality and the Beliefs of an Elite. New
Haven: Yale University Press, 1968.

439
Scruton, Roger, A Dictionary of Political Thought. London: Pan Books, 1982.

Sen, Amartya, Human Rights and Asian Values. New York: Carnegie Council on Ethics
and International Affairs, 1997.

Shamsul Amri Baharuddin, ‗Debating About Identity in Malaysisa: A Discourse


Analysis‘, Southeast Asian Studies, 34, no. 3 (1996): 476-499.

Shamsul Amri Baharuddin, ‗The Economic Dimensions of Malay Nationalism: The


socio-Historical Roots of New Economic Policy and Its Contemporary
Implications‘, The Developing Economies, 35, no. 3 September 1997: 240-261.

Shamsul Amri Baharuddin, ‗Making Sense of Politics in Contemporary Malaysia:


Resisting Popular Interpretation‘ dalam Trends and Issues in East Asia 2000.Tokyo:
FASID, 2000.

Sivamurugan Pandian, Abdullah Ahmad Badawi: Jalan Ke Puncak. Kuala Lumpur:


Utusan Publications, 2005.

Sivamurugan Pandian, ‗Abdullah Ahmad Badawi: Praktis Gaya Kepimpinan Seorang


Perdana Menteri‖ dalam Sivamurugan Pandian et al. (pnyt.) Abdullah Ahmad
Badawi: 3 Tahun di Putrajaya. Kuala Lumpur: Utusan Publications, 2007.

Sorenson, Theodore C., Kennedy. New York: Bantam Books,1965.

Strauch, Judith. ‗Tactical Success and Failure in Grassroots Politics: The MCA and
DAP in Rural Malaysia‘, Asian Survey, 18, no.12 (1978): 1280-1294.

Struve, Walter, ‗Hans Zehrer as a Neoconservative Elite Theorist‘, TheAmerican


Historical Review, 70, no.4 (1965): 1035-1057.

Suhaimee Saahar @ Saabar, ‗Isu-isu utama sebelum, semasa dan selepas PRU 12: satu
analisis kandungan blog-blog politik Malaysia terpilih‘, Jebat 35 (2008): 81-96.
Susser, Bernard, Political Ideology in the Modern World. Boston: Allyn & Bacon, 1995.

440
Syed Ali Tawfik Al-Attas dan Ng Tieh Chuan, Abdullah Ahmad Badawi: Revivalist of
an intellectual tradition, Subang Jaya: Pelanduk Publications, 2005.

Syed Husin Ali, ―Pengenalan‖ dalam Lee Ban Chen, Agenda Melayu atau Agenda
Rakyat. Petaling Jaya: SIRD, 2005.

Syed Hussein Alatas, Corruption and the Destiny of Asia. Petaling Jaya, Prentice Hall,
1999.

Tan, Nathaniel dan Lee, John (pnyt.), Religion Under Seige. Kuala Lumpur: Kinibooks,
2008.

Thock Ker Pong, ‗UMNO dalam Dilema‘, Pemikir, 53 (2008): 19-47.

Ting, Helen. ‗Gender discourse in Malay Politics‘ dalam Edmund Terence Gomez
(pnyt.), Politics in Malaysia: The Malay Dimension, New York: Routledge, 2007.

Ting, Helen. ‗The Politics of National Identity on West Malaysia: Continued Mutation
or Critical Transition‘, Southeast Asian Studies, 47.1 (2009): 29-49.

Tompson, William J., ‗Khrushchev and Gorbachev as Reformers: A Comparison‘,


British Journal of Political Science, 23, no.1 (1993): 77-105.

Ufen, Andreas, ‗The 2008 Elections in Malaysia: Uncertainties of Electoral


Authoritarianism‘, Taiwan Journal of Democracy, 4, no.1 (2008):155-169.

Verma, Vidhu. Malaysia: State and Civil Society in Transition. Petaling Jaya: SIRD,
2002.

Vincent, Andrew, Modern Political Ideology, Ed-2. Oxford: Blackwell Publishers,


1995.

Wain, Barry, Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times. Singapura:


Institute of Southeast Asian Studies, 2009.

441
Walcott, Charles E., Warshaw, Shirley Anne, dan Wayne, Stephen J., ‗The Chief of
Staff‘, Presidential Studies Quarterly, 3, no.3 (2004): 464-489.

Weiss, Meredith, ‗The 1999 Malaysian General Elections: Issues, Insults and
Irregularities‘, Asian Survey, 40, no. 3 (2000): 4`13-435.

Weiss, Meredeith, ‗Malaysia‘s 12th General Election: Causes and Consequences of the
opposition‘s surge‘, Asia Pacific Bulletin, 17 Mac 2008.

Welsh, Bridget, ‗Attitude towards democracy in Malaysia‘, Asian Survey, 36, no. 9
(1996): 882-903.

Welsh, Bridget, ‗Tears and Fears: Tun Mahathir‘s Last Hurrah‘, Southeast Asian Affairs
(2004): 149-155.

Welsh, Bridget, ‗Malaysia in 2004: Out of Mahathir‘s Shadow‘, Asian Survey, 45, no.1
(2005): 153-160.

Wilson, Francis G., ‗A Theory of Conservatism‘, The American Political Science


Review, 35, no.1 (1941): 29-49.

Wong, Joseph, ‗Maintaining KMT dominance: party adaptation in authoritarian and


democratic Taiwan‘ dalam Edward Friedman & Joseph Wong (pnyt.), Political
Transitions in Dominant Party Systems: Learning to lose. Routledge: London,
2008.

Yeoh, Michael dan Farizal Mohd Razali, ‗Reinventing Governance in Corporate


Malaysia‘ dalam Swee-Hock, Saw & Kesavapany, K. (pnyt.), Malaysia: Recent
Trends and Challenges. Singapura: Institute of Southeast Asian Studies, 2006.

Zainal Kling, ‗UMNO and the BN in the 2004 Election: The Political Culture of
Complex Identities‘ dalam Saw Swee-Hock dan K.Kesavapany (pnyt.), Malaysia:
Recent Trends and Challenges. Singapura: Institute of Southeast Asian Studies,
2006.

Zainuddin Maidin, Mahathir Di Sebalik Tabir. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors, 1994.
442
Zakaria Ahmad, ‗Malaysia: Quasi-Democracy in a Divided Society‘ dalam Larry
Diamond, Juan J.Linz dan Seymour Martin Lipset (pnyt.), Democracy in
Developing Countries,Volume Three, Asia. Boulder: Lynn Reiner,1989.

KERTAS KERJA (PERSIDANGAN, SEMINAR DAN PROSIDING)

Abdul Rahman Embong, ‗Public Opinion Survey and Anti Corruption Reform‘, Kertas
Kerja 5th Regional Anti Corruption Conference, Beijing, China, 28-30 September
2005.

Ahmad Fauzi Abdul Hamid, ‗The Islamic Opposition in Malaysia: New Trajectories and
Directions?‘, Working Paper Series No.151. Singapura: S.Rajaratnam School of
International Studies, 2008.

Ahmad Fauzi Abdul Hamid, ‗The Impact of the Mahathir-Abdullah Ahmad Badawi
Transition on Civil Society Politics in Malaysia‖, Kertas Kerja 6th International
Malaysian Studies Conference, 5-7 Ogos 2008, Universiti Malaysia Sarawak,
Kuching.

Chandra Muzaffar, ‗The Emerging Scenario Under Abdullah Badawi‘, Trends in


Southeast Asia Series 1. Singapura: Institute of Southeast Asian Studies, 2003.

Ciulla, Joanne B. ‗Ethics and Effectiveness: the Fabric of Leadership‘, dalam Charles
Sampford, Charles & Connors, Carmel (pnyt.), World Ethics Forum Conference
Proceedings, Griffith University, 9–11 April 2006, Keble College, University of
Oxford.

Fatimah Arshad, ‗Pertanian sebagai Perniagaan‘, Kertas Kerja Konvensyen Pertanian


Kebangsaan 2007 anjuran Biro Pertanian UMNO Malaysia, 27-28 September 2007,
Seremban, Negeri Sembilan.

Idris Zakaria, ‗Liberalisme/Pluralisme‘, Kertas Kerja Seminar Ancaman Akidah,


Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang, 23 September 2006.

443
Ismail Sualman, Ngu Teck Hua dan Saraswathy Cinnasamy, ‗Pilihan Raya Umum 2008:
Kajian Analisa Isi Kandungan di Akhbar Terpilih‘, Kertas Kerja Seminar Media
dan Pilihan Raya Umum 12, 12 Mei 2008, Fakulti Komunikasi dan Pengajian
Media, Universiti Teknologi Mara.

Okada, Kentaro, ‗The Transformation of Japanese Conservatism and Koizumi


Revolution‘, Kertas Kerja Canadian Political Science Association Annual Meeting,
2007, University of Saskatchewan, Saskatoon.

Raja, Sivachandralingam Sundara, ‗Komuniti India Dalam Arus Pembangunan


Malaysia, 1957- 2008‘, Kertas Kerja 6th International Malaysian Studies Conference,
5-7 Ogos 2008, Universiti Malaysia Sarawak, Kuching.

Zamihan Mat Zin al-Ghari, ‗Ajaran Sesat dan Bahayanya Terhadap Agama dan Negara‘,
Kertas Kerja Seminar Pemantapana Akidah dan Perpaduan Ummah Negeri Melaka,
3 April 2008.

WACANA AKADEMIK

Barlow, Colin, ‗Malaysian Agriculture In Transitions: 1960-2010‘, 15 April 2010,


IKMAS, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

DOKUMEN

Abdullah Ahmad Badawi, ‗Interview: Steps Forward‘ dalam The Report: Malaysia
2007. Oxford: Oxford Business Group, 2007.

Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Balas Penerimaan Ijazah Kehormat Doktor


Keusahawanan Dalam Pembangunan Modal Insan oleh Universiti Malaysia
Kelantan‘, 19 September 2011, Universiti Malaysia Kelantan.

An analysis of Malaysia‘s 12th general election‖, 13 Mac 2008, Asian Strategy and
Leadership Institute (ASLI)

444
Cemerlang, Gemilang, Terbilang. Kuala Lumpur: Barisan Nasional, 2004

Laporan Audit Bureau of Circulations Malaysia, 5 Disember 2007.

Laporan Dewan Rakyat, Parlimen Kesebelas, Penggal Ketiga, Mesyuarat Pertama. Bil
4, 20 Mac 2006.

Laporan Dewan Rakyat, Parlimen Kesebelas, Penggal Ketiga, Mesyuarat Pertama. Bil
5, 21 Mac 2006.

Malaysian Human Rights Report 2007. Petaling Jaya: Suaram, 2008.

Peninsular Malaysia Voter Opinion Poll:Perspectives on Issues, the economy,


leadership and voting intentions 14-21 Mac 2008, Merdeka Centre,
http://www.merdeka.org/pages/02_research.html (akses pada 16 November 2010).

Rancangan Malaysia Kesembilan:2006-2010. Putrajaya: Unit Perancang Ekonomi,


2006.

The Merdeka Statement. Kuala Lumpur: ASLI, 2007.


http://www.cpps.org.my/sub_page.aspx?catID=169&ddlID=170 (akses pada 12
September 2010.

Voter Opinion Poll 4-14 Julai 2008 (Q2/2008 Peninsula Malaysia), Merdeka Centre,
http://www.merdeka.org/pages/02_research.html (akses pada 16 November 2010).

TESIS

Gazaly A. Malek, ‗The Outcome of the Radical-Conservative Conflict in Modern Malay


Politics : The Malayan Union Crisis and The triumph of Conservatism, 1942-1948‘,
Tesis Sarjana (Concordia University, Kanada, 1994).

Lee, Jae Hyon. ‗UMNO Factionalism and the Politics of Malaysian National Identity‘,
Tesis PHD. School of Politics and International Studies, Murdoch University,
Australia, 2005.
445
Rolls, David, ‗The Emergence of The ‗Jiang Zemin Era‘: Legitimacy and the
Development of The Political Theory of ‗Neo-Conservatism‘:1989-1995‘. Tesis
PHD (University Of Southern Queensland, 2004).

MAJALAH/SIARAN BERKALA

A. Kadir Jasin, ‗Political Pressures Frustrates Utusan-NSTP Merger‘, Malaysian


Business, 1 Februari 2007.

A. Kadir Jasin, ‗Handle Judiciously‘, Malaysian Business, 1 September 2007.

Abdul Rahman Embong, ‗Nilai Asia: Kesatuan Dalam Kepelbagaian‘, Dewan Budaya,
Mei 2003.

Abdul Razak Chik, ‗Bright babes in arms‘, Malaysian Business, 16 Mei 2005.

Abdullah Ahmad, ‗Playing Yours And Mine‘, Off The Edge, November 2008.

Abdullah Ahmad, ‗Noblesse Oblige‘, Off The Edge, Februari 2009.

Abdullah Ahmad Badawi, ‗Interview: UMNO Is Known To Change‘, Asiaweek, 10


Disember 1999, 32.

Aeria, Andrew, ‗An Open Letter to Abdullah Ahmad Badawi‘, Aliran Monthly, 24, no.3
(2004):19-20.

Ahmad Awang, ‗Wawancara: PUM Alat Pas?‘, Detik, 15 Oktober 1999.

Anwar Ibrahim, ‗Interview: Renaissance Man II‘, Off The Edge, 26 Julai 2006.

Asan Ali Golam Hassan, ‗Ekonomi: Hendak Membangun Bersama Siapa?‘, MASSA, 31
Januari 2004.

446
Astora Jabat, ‗Memerangi Ulama PAS diperangi Ulama UMNO‘, Al-Islam, Mei 2004.

Baharom Mahusin, ‗Kegelapan Politik Abdullah Badawi Tak Lama‘, MASSA, 16


Januari 1999: 44-45.

Che Khalib Mohamad Noh, ‗Wawancara: Aspirasi TNB‘, Dewan Ekonomi, September
2008.

Cochrane, Joe dan Kent, Jonathan, ‗Drifting Toward Extremism‘, Time, 4 Disember
2006.

Daim Zainuddin, ‗Wawancara: Saya tidak pernah diam‘, Dewan Ekonomi, Mei 2008.

Farish Noor, ‗Malaysia a police state? Is Mahathir serious‘, Aliran Monthly, 26, no.9
(2006): 11-12.

Fathi Aris Omar, ‗Islam Hadhari Alternatif Konservatisme PAS dan Institusi-Institusi
Agama Kerajaan‘, Al Islam, Julai 2004.

Fong, Kathy. ‗Special report: GLC Transformation: Abdullah‘s greatest success‘, The
Edge, 6 April 2009.

Frederick, Jim, ‗Standing Their Ground‘, TIME, 2 Mei 2005.

Gomez, Edmund Terence. ‗Factionalism and Money Politics in UMNO‘, Aliran


Monthly, 13, no.9 (1993): 35-39.

Gomez, Edmund Terence. ‗Jockeying for power in the new Malaysia‘, Far Eastern
Economic Review, Julai/Ogos 2008.

Habhajan Singh, ‗Reforming parliament‘, Malaysian Business, 16 Februari 2005.

Hadenan Jalil, ‗Interview: Not simply fault finding‘, Malaysian Business, 1 Disember
2005.
447
Heim, S.Mark, ‗A different kind of Islamic State‘, The Christian Century, 5 Oktober
2004.

Hishamuddin Rais, ‗Bogel dan Perang Siber‘, Detik, 15 Mei 1999.

Hussain Mohamed, ‗Kebebasan media: Sekadar Igauan‘, Tamadun, Jun 1999.

Ishak Shari, ‗Wawancara: Nasi Belum Menjadi Bubur‘, Tamadun, Disember 1997.

Iskandar Mizal Mahmood, ‗Wawancara: Serving the Country‘s Needs‘, Malaysian


Business, 1 November 2005.

Jomo K.S, ‗Silap Mahathir dan Anwar‘, Tamadun, Julai 1998.

Jumaatun Azmi, ‗Tiada Koordinasi Punca Industri Halal tempatan lembab‘, Dewan
Ekonomi, April 2006.

Kamaruddin Said, ‗Perlembagaan dan Pembinaan Bangsa Malaysia: Satu pandangan


Sosiologi‘, Dewan Budaya, Jun 1992.

Khairy Jamaluddin, ‗Model Nation‘, TIME, 10 Mac 2003.

Khairy Jamaluddin, ‗Interview:Time for a makeover‘, Off The Edge, 9 Januari 2009.

Khoo Boo Teik, ‗De-Mahathirising Malaysia‘, Aliran Monthly, 23, no.8 (2003): 2, 4-6.

Khoo Boo Teik, ‗Khairy Jamaluddin: A sketch of a young man as a politician‘, Aliran
Monthly, 26, no.8 (2006): 2-7.

Kuppusamy, Baradan. ‗Facing Malaysia's Racial Issues‘, Time, 26 November 2007.

448
Lemiere, Sophie, ‗Apostasy & Islamic Civil Society in Malaysia‘, ISIM Review, 20
(2007): 46-47.

Leong, Keith. ‗You Can‘t Trust Old People‘, Off The Edge, November 2008.

Liow, Joseph Chin Yong, ‗The Mahathir-Abdullah Rift: What‘s really at stake?‘, ISDD
Commentaries, 94/2006.

Mahathir Mohamad, ‗Nilai Asia‘, Dewan Budaya, April 1995.

Mahathir Mohamad, ‗Interview: Not simply a car‘, Malaysian Business, 16 Julai 2005.

Mahathir Mohamad, ‗Vision 2020: Are we on track?‘, Malaysian Business, 16 Ogos


2008.

Manimaran, G. ‗Menuding jari tak selesaikan masalah‘, MASSA, 27 Mac 2004.

Maznah Mohamad,‗The UMNO Malaise‘, Aliran Monthly, 20, no.2 (2000): 2-6.

Mohamad Abu Bakar, ‗Politik Melayu: Kekirian dan Islamisasi‘, Dewan Budaya, Mei
1990.

Mohamad Abu Bakar, ‗Apabila Melayu Celik Politik, UMNO yang rebah‘, Tamadun,
Mac 1999: 22-24.

Mohamed Nawab Mohamed Osman, ‗Where to Islam Hadhari?‘, IDSS Commentaries,


120/2006.

Mohamed Nawab Mohamed Osman, ‗Marginalisation and The Indian Community in


Malaysia‘, RSIS Commentaries, 131/2007.

Mohd Zuki Pileh, Hamidah Zabidi dan Rahaiza Ismail, ‗Harapan Baru Masyarakat
Tani‘, MASSA, 1 Mei 2004.

449
Musa Hitam, ‗Interview: Malaysia-the spirit of ‘46 rises again‘, Aliran Monthly, 9, no.1
(1989): 35-39.

Musa Hitam, ‗What has happened to UMNO?‘, Aliran Monthly, 20, no.2 (2000): 7-10.

Netto, Anil. ‗Clampdown on media freedom‘, Aliran Monthly, 23, no. 2 (2003): 2-6.

Ngui, Clarence Y.K. ‗Seeing The Green Lights‘, Malaysian Business, 16 November
2004.

Ong Kian Ming, ‗The April ‗tri-elections‘ in retrospect‘, Aliran Monthly, 29, no.3
(2009): 9-14.

Ramakrishnan, P. ‗Troubling times‘, Aliran Monthly, 26, no.10 (2006): 37-40.

Rustam Sani, ‗Wawancara: Penyakit pemimpin negara membangun‘, Tamadun, Ogos


1998.

Salleh Abas, ‗Nazri, here are the new facts‘, Aliran, 26, no. 8 (2006).

Salleh Majid, ‗All Eyes On MAS‘, Malaysian Business, 16 Januari 2006.

Salleh Mohd Noor, ‗Bioteknologi akan mengambilalih peranan IT dalam pembangunan


negara‘, Dewan Ekonomi, April 2005.

Sze, Joanna. ‗40 MB‘s Richest Malaysian‘, Malaysian Business, 16 Februari 2004.

Tan Seng Giaw, ‗Kualiti Ahli Parlimen di Malaysia‘, MASSA, 15 Mei 2004.

Wong Kok Keong, ‗Freer media under PM Abdullah?‘, Aliran Monthly, 26, no. 5
(2006): 37-38.

Wong Kok Keong, ‗The Pak Lah Factor‘, Aliran Monthly, 24, no.3 (2004): 36 & 40.

450
Zainal Abidin Wahid, ‗Wawancara: Membangun tetapi tidak maju‘, Tamadun,
Disember 1997.

AKHBAR (BERCETAK)

Abdul Aziz Mustafa, ‗Semuanya salah Dr Munir sahaja‘, Siasah, 30 Disember 2005.

Abdullah Ahmad Badawi, ‗Wawancara: Pemimpin Perlu Bersih‘, Utusan Malaysia, 9


Oktober 1993.

Abdullah Ahmad Badawi, ‗Wawancara: Faktor manusia amat penting tentukan


kemajuan negara‘, Berita Harian, 11 Februari 2004.

Abdullah Ahmad Badawi, ‗Wawancara: Apa salahnya anak saya berniaga‘, Mingguan
Malaysia, 7 Mac 2004.

Abdullah Ahmad Badawi, ‗Wawancara: Saya akan gembira apabila indeks rasuah
bertambah baik‘, Berita Minggu, 6 Jun 2004.

Abdullah Ahmad Badawi, ‗Wawancara: Cabaran pembangunan negara lebih utama‘,


Mingguan Malaysia, 19 September 2004.

Abdullah Ahmad Badawi, ‗Wawancara: Ini Tanggungjawab Besar‘, Mingguan


Malaysia, 19 September 2004.

Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Dasar Perhimpunan Agung UMNO 2004‘, Utusan
Malaysia, 24 September 2004.

Abdullah Ahmad Badawi, ‗Wawancara: Sekarang tempoh sukar‘, Mingguan Malaysia,


31 Oktober 2004.

Abdullah Ahmad Badawi, ‗Wawancara: Kita tidak serius berubah‘, Mingguan Malaysia,
17 Julai 2005.

451
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Wawancara: Cabaran laksana Misi Nasional: Di Sebalik
Rancangan Malaysia Kesembilan‘, Utusan Malaysia, 4 April 2006.

Abdullah Ahmad Badawi, ‗Interview: PM Answers The Question‘, New Straits Times, 8
Ogos 2006.

Abdullah Ahmad Badawi, ‗Wawancara: Menambah nilai perjuangan‘, Mingguan


Malaysia, 12 November 2006.

Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Dasar Perhimpunan Agung UMNO 2006‘, Utusan
Malaysia, 16 November 2006.

Abdullah Ahmad Badawi, ‗Transkrip Sidang Akhbar: Abdullah jawab pelbagai isu‘,
Utusan Malaysia 17 November 2006.

Abdullah Ahmad Badawi, ‗Sidang Akhbar Selepas Mesyuarat Khas MT UMNO 26


September 2008‘, Utusan Malaysia, 27 September 2008.

Abdullah Ahmad Badawi, ‗Kenyataan Tidak Mempertahankan Jawatan Presiden


UMNO‘, Utusan Malaysia , 9 Oktober 2008.

Abdullah Ahmad Badawi, ‗Wawancara: Demi parti dan negara‘, Mingguan Malaysia,
12 Oktober 2008.

Abdullah Ahmad Badawi, ‗Conversations: Man on a mission‘, The Sun, 4 Disember


2008.

Abdullah Ahmad Badawi, ‗Wawancara: Saya lakukan yang terbaik‘, Mingguan


Malaysia, 22 Mac 2009.

Abdullah Ahmad Badawi, ‗Pak Lah‘s final interview with the media as PM‘, The Star, 2
April 2009.

Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Penerimaan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah


(Falsafah Demokrasi)‘, Warta UUM, 17 Julai 2009.
452
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Interview: The mellow life‘, The Edge, 7 Februari 2011.

Abu Talib Othman, ‗Conversations: Baby steps on the rights road‘, The Sun, 2 Disember
2005.

Ahmad Rithaudeen, Tengku. ‗Wawancara: Tiada kes pilih kasih‘, Mingguan Malaysia,
19 Oktober 2008.

Ani Arope, ‗Interview: Ani: TNB got a raw deal‘, The Star, 6 Jun 2006.

Anwar Ridhwan, ‗Wawancara: Isu PPSMI: Dasar pelik bakal menghasilkan generasi
‗kuli‘‘, Siasah, 22 Februari 2009.

Appell, Douglas, ‗Political News Web Site Struggles To Profit In Malaysia‘, The Asian
Wall Street Journal, 15 Februari 2001.

Arulamam, Jeeva. ‗After seven years of change‘, StarBizWeek, 25 Jun 2011.

Awang Sariyan, ‗Dasar bahasa Inggeris perjudi nasib bangsa‘, Siasah, 18 November
2005.

Awang Selamat., ‗Pertemuan dengan raja‘, Mingguan Malaysia, 6 Februari 2005.

Awang Selamat, ‗Melayu dikhianati‘, Mingguan Malaysia, 7 Disember 2008.

Awang Selamat, ‗Melayu dikhianati‘, Mingguan Malaysia, 31 Mei 2009.

Awang Selamat, ‗Rocky's Bru dan juru blog‘, Utusan Malaysia, 28 November 2010.

Azlan Shah, Sultan. ‗Titah Penyerahan Memorandum Gabungan Melayu Perak‘, Utusan
Malaysia, 6 November 2008.

Azlan Sultan Abu Bakar, Tengku. ‗Conversations: Right royal politician‘, The Sun, 8
Mei 2008.
453
Azman Mokhtar, ‗Defence first, then offence‘, The Edge, 1 Disember 2008.

Azman Mokhtar, ‗Interview: Keeping The Engine Running‘, The Star Bizweek, 25
September 2004.

Azman Mokhtar, ‗Interview: Leading The Change‘, The Edge, 27 Disember 2004.

Azman Mokhtar, ‗Wawancara: Pertahankan aset strategik‘, Utusan Malaysia, 30 Julai


2006.

Azmi Kamaruddin, ‗Conversations: Review will reveal the truth‘, The Sun, 21
September 2006.

Azmi Sharom, ‗Conversations: Seeking academic freedom‘, The Sun, 13 Julai 2006.

Azmi Sharom, ‗Time to get rid of draconian ISA‘, The Star, 18 September 2008.

Azmi Sharom, ‗It‟s in the constitution‘, The Star, 19 Februari 2009.

Barrock, Leela. ‗A year of twists and turns for Proton‘, The Edge, 27 Disember 2004.

Chamil Wariya, ‗Politik Baru YBJ‘, Mingguan Malaysia, 12 Oktober 2008.

Chandra Muzaffar, ‗Wawancara: Kembali memahami sejarah‘, Mingguan Malaysia, 28


Ogos 2005.

Chandra Muzaffar, ‗Undesirable shortcut on the road to power‘, New Straits Times, 9
Ogos 2008.

Che Khalib Mohamad Noh, ‗Wawancara: Hanya mampu ‗menangis‘ jika…‘, Mingguan
Malaysia, 29 November 2009.

454
Cumarasmawany, Param. ‗Conversations: Speaking up for justice‘, The Sun, 26 Nov
2005.

Daim Zainuddin, ‗Wawancara: Nilai Najib secara ikhlas‘, Mingguan Malaysia, 22


November 2009.

Damodaran, Rupa. ‗Abdullah‘s keen interest in developing agriculture‘, New Straits


Times Special, 2 April 2009.

Emir Nasran Abdullah, ‗Empat faktor besar Shafei Salleh dipecat‘, Siasah, 17 Mac
2006.

Endon Mahmood, ‗Wawancara: Semuanya takdir Tuhan-Endon‘,Utusan Malaysia, 1


November 2003.

Fadhullah Jamil, ‗Islam Liberal: Perkembangannya di Malaysia‘, Siasah, 29 Mac 2009.

Fatimah Arshad, ‗Bajet pertanian 2006 propertumubuhan‘, Utusan Malaysia, 4 Oktober


2005.

Fatimah Arshad, ‗RMK-9 era pertanian‘, Utusan Malaysia, 5 April 2006.

Feriz Omar, ‗Wawancara: Jangan sampai orang Johor jadi macam Palestin‘, Siasah, 9
September 2007.

Fernandez, Terence. ‗Zakaria‘s legacy‘, The Sun, 18 Mac 2008.

Fernandez, Terence. ‗It‘s tough-Lah for a nice guy‘, The Sun, 28 November 2008.

Fernandez, Terence. ‗It‘s all about seeking the truth‘, The Sun, 16 Jun 2009.

Fernandez, Terence. ‗The reluctant Chief Justice‘, The Malay Mail, 6 September 2011.

455
Firdaus Abdullah, ‗Akibat sampingan dari PPSMI‘, Utusan Malaysia, 26 Februari 2009.

Gnanalingam, G. ‗At your service‘, The Sun, 29 Januari 2008.


Gunasegaram, P. ‗It‘s all in the execution now‘, The Edge, 27 Disember 2004.

Gunasegaram, P. ‗The myth of Mahathir‘s invicibility‘, The Sun, 3 Ogos 2006.

Hamdan Adnan, ‗Wawancara: Suhakam diperbodohkan Naib Canselor?‘, Siasah, 16


Disember 2005.

Hanif Omar, ‗The fence that eats the rice‘, Sunday Star, 12 Ogos 2007.

Harun Hashim, ‗Wawancara: BPR masih belum telus‘, Mingguan Malaysia, 13 Julai
2003.

Harun Idris, ‗Wawancara: Melayu pecah, Cina buat tuntutan‘, Mingguan Malaysia, 10
Oktober 1999.

Hassan Ahmad, ‗Akui kesilapan‘, Utusan Malaysia, 12 Mac 2008.

Hishamuddin Hussein, ‗Interview: Hisham; The keris is here to stay‘, The Star, 26
November 2006.

Izmas, ‗Benarkah mereka di tingkat empat yang buat keputusan?‘, Siasah, 4 Ogos 2006.

Izmas, ‗WPI untuk siapa?‘, Siasah, 30 Mei 2007.

Izmas, ‗Bayaran ex-gratia: Jumlahnya terlalu tinggi‘, Siasah, 16 November 2008.

Kalimullah Hassan, ‗Khairy Jamaluddin – bane or boon‘, New Sunday Times, 16 Mei
2004.

Kalimullah Hassan, ‗Buang yang keruh…‘, Berita Minggu, 5 September 2004.

456
Kalimullah Hassan, ‗Untouchable we‘re not but we stand firm‘, New Straits Times, 27
April 2005.

Kalimullah Hassan, ‗Getting the right player for a winning team‘, New Straits Times, 16
Februari 2006.

Kalimullah Hassan, ‗And who really is demonising whom?‘, New Straits Times, 11 Jun
2006.

Karim Raslan, ‗Counting the cost of Malay conservatism‘, Straits Times, 23 September
2008.

Karim Raslan, ‗The Age of the Sledgehammer‘, The Star, 22 April 2008.

Karim Raslan, ‗Focus on Reform Agenda‘, The Star, 8 Julai 2008.

Karim Raslan, ‗Nasharudin Mat Isa and Malay unity‘, The Star, 22 Julai 2008.

Karim Raslan, ‗Challenge of Reform‘, The Star Special Issue, 11 Julai 2009.

Karim Raslan, ‗What‘s next for Malaysia?‘, The Star, 24 Ogos 2010.

Kesavan, Ragunath. ‗Conversations: In the eye of the storm‘, The Sun, 14 Mei 2009.

Khairul Ariffin Mohd Munir, ‗Wawancara: Pembela: Bukan setakat membela isu
murtad‘, Siasah, 18 Ogos 2006.

Khairy Jamaluddin, ‗Wawancara: Perjalanan saya bukan mudah‘, Utusan Malaysia, 11


Julai 2004.

Khairy Jamaluddin, ‗Wawancara: Kita terus terang saja kali ini‘, Mingguan Malaysia,
31 Julai 2005.

457
Khairy Jamaluddin, ‗Conversations: The Truth about Khairy‘, The Sun , 23 Oktober
2008.

Khairy Jamaluddin, ‗Wawancara: Saya rela jadi mangsa dari jadi seorang biadap‘,
Siasah, 16 November 2008.

Khoo Kay Kim, ‗Wawancara: Berfikir sebagai Bangsa Malaysia‘, Berita Minggu, 21
Ogos 2005.

Khoo Kay Kim, ‗Wawancara: Perlembangan hidup mesti berasaskan sejarah‘, Siasah, 3
November 2006.

Khoo Kay Kim, ‗Wawancara: Tidak faham sejarah punca masalah kaum‘, Berita
Minggu, 26 November 2006.

Khoo Kay Kim, ‗Wawancara; apabila kuasa dicampuraduk‘, Utusan Malaysia, 4 Mac
2009.

Kuppusamy, Baradan. ‗Abdullah need only make some changes‘, The Star, 8 Julai 2008.

Kuppusamy, Baradan. ‗Tajudin‘s antics shows up BN‘, The Star, 29 November 2008.

Lim Teck Ghee, ‗Interview: A tweak in time saves nine‘, The Sun , 9 Oktober 2006.

Lopez, Leslie. ‗PM Abdullah‘s legacy‘, The Straits Times, 2 April 2009.

M. Shanmugam, ‗Corporate: Khairy on his share purchase‘, The Edge, 16 Januari 2006.

Mahathir Mohamad, ‗Interview: Dr M - Taking the world by storm even after


retirement‘, The Star, 18 Oktober 2004.

Mahathir Mohamad, ‗Interview: Retired or not, Mahathir is still in his element‘, The
Star, 19 Oktober 2004.

458
Mahathir Mohamad, ‗Wawancara: Dr M menilai kepimpinan‘, Mingguan Malaysia, 31
Oktober 2004.

Mahathir Mohamad, ‗Wawancara: Apa salah saya?‘, Mingguan Malaysia, 13 Februari


2005.

Mahathir Mohamad, ‗Wawancara: Saya bukan seperti Clinton‘, Berita Harian, 14 Mei
2005.

Mahathir Mohamad, ‗Transkrip Dialog: Saya sanggup direndam ke dalam tong tahi…‘,
Siasah, 29 September 2006.

Mahathir Mohamad, ‗Transcript of Tun Mahathir‘s press conference‘, The Star, 24


Oktober 2006.

Mahathir Mohamad, ‗Why did I criticise the prime minister‘, New Straits Times, 28
Oktober 2006.

Mahathir Mohamad, ‗Wawancara: Sekarang tidak ada Umno, yang ada ‗Umyes‘…- Dr
M‘, Siasah, 26 Ogos 2007.

Mahathir Mohamad, ‗Wawancara: Menangi hati orang Melayu‘, Mingguan Malaysia,


20 November 211.

Mohamed Azam Mohamad Adil, ‗Interview: Very few have abandoned the faith‘, New
Straits Times, 19 November 2006.

Mohd Mokhtar Ismail, ‗Need to strike the right balance‘, The Star, 31 Oktober 2009.

Mohd Sayuti Omar, ‗Kisah akhbar di Jalan Riong‘, Siasah, 3 Mac 2006.

Mohd Sayuti Omar, ‗Wacana Politik: Tidak mencapai matlamat sebenarnya?‘, Siasah,
28 Disember 2008.

459
Muhyiddin Yassin, ‗Wawancara: Masa untuk perubahan‘, Mingguan Malaysia, 13 April
2008.

Musa Hitam, ‗Wawancara: Jangan ulangi kesilapan saya‘, Mingguan Malaysia, 31


Januari 1999.

Musa Hitam, ‗Wawancara: Dr Mahathir ketepi tradisi UMNO‘, Berita Minggu, 10 Jun
2006.

Musa Hitam, ‗Interview: Rights come with‘, New Straits Times, 9 Disember 2007.

Nadeswaran, R. ‗No evidence of MACC‘s neutrality‘, The Sun, 16 Mac 2009.

Najib Razak, ‗Wawancara: Bentuk pasukan pembaharuan‘, Utusan Malaysia, 22 Mac


2009.

Navaratnam, Ramon. ‗Conversations: Use the whiplah‘, The Sun, 8 Julai 2006.

Nazri Aziz, ‗Temubual: Jaga Parlimen: Seperti saya mengantuk PM sorong bantal‘,
Agenda Daily, 26 Januari 2005 (akses akhir 25 Disember 2010).

Nazri Aziz, ‗Conversation: Pro-people, passionate politician‘, The Sun, 16 Disember


2005.

Nazri Aziz, ‗Interview with Nazri Aziz: The video clip, the walk, the panel, New Straits
Times, 28 Oktober 2007.

Nazrin Shah, Raja. ‗Wawancara: Perkukuh institusi beraja‘, Berita Minggu, 17 Oktober
2004.

Nazrin Shah, Raja. ‗Interview: We need role models to bridge racial, religious divide‘,
New Sunday Times, 26 November 2006.

Nordin Kardi, ‗Tidak mudah mengisi kebebasan‘, Utusan Malaysia, 22 September 2008.

460
Norraesah Mohamad, ‗Jangan indah khabar dari rupa‘, Mingguan Malaysia, 3 Oktober
2004.

Osman Bakar, ‗Wawancara: Biarkan mereka berdebat‘, Siasah, 7 Julai 2006.

Pandikar Amin Mulia, ‗Conversations: Order in the house‘, The Sun, 12 Jun 2008.

Pawancheek Marican, ‗Wawancara: Pindaan perkara 121 (1A) hakis kuasa mahkamah
syariah‘, Siasah, 20 Januari 2006.

Pereira, Brendan. ‗Arrest and jail me‘ if you dare‘, New Straits Times, 18 September
2006.

Radzi Sheikh Ahmad, ‗Wawancara: Mari hentikan semua ini‘, Mingguan Malaysia, 13
Ogos 2006.

Rais Yatim, ‗Wawancara: UMNO perlu bersedia hadapi Anwar‘, Siasah, 19 Ogos 2005.

Rais Yatim, ‗Najib dan dua negarawan‘, Sisipan Khas Peralihan Kuasa Utusan
Malaysia, 3 April 2009.

Raja Aziz Addruse, ‗The Royal Commission‘s task‘, The Sun, 29 November 2007.

Raja Petra Kamaruddin, ‗Wawancara: Lepas bebaskan Anwar, saya mahu bebaskan
Malaysia‘, Siasah, 21 Julai 2006.

Rejal Arbee, ‗The Maybank debacle and race relations‘, Era Baru, 29 Jun 2007.

Ruhanie Ahmad, ‗Missing Link dalam pembatalan jambatan‘, Siasah, 19 Mei 2006.

Ruhanie Ahmad, ‗Perlu bertindak bijaksana ke atas ‗Keranis‘, Siasah, 2 Jun 2006.

461
Ruhanie Ahmad, ‗Wawancara: UMNO tidak peka dominasi kuasa asing‘, Siasah, 2
November 2008.

Rustam Sani, ‗Menggilap-gilap mitos buruk‘, Harakah, 9 September 1999.

Rustam Sani, ‗Petanda buruk pemimpin masa depan‘, Harakah, 1 April 2000.

Rustam Sani, ‗Siapa hina usahawan Melayu?‘, Siasah, 28 April 2006.

Rustam Sani, ‗Mahathir menembak kakinya sendiri‘, Siasah, 23 Jun 2006.

Rustam Sani, ‗Dari segi teknikalnya, kita tak mungkin korup..!‘, Siasah, 18 Ogos 2006.

Rustam Sani, ‗Khairy Jamaluddin, politikus muda tetapi perseptif‘, Siasah, 1 September
2006.

Rustam Sani, ‗Mahathir gila talak terhadap kuasa?‘, Siasah, 2 Mei 2007.

Rustam Sani, ‗Khairy Jamaluddin: Pemimpin rempit berkelulusan Oxford‘, Siasah, 9


Mei 2007.

Rustam Sani, ‗Melayu bacul – atau sengaja dibaculkan‘, Siasah, 16 September 2007.

Rustam Sani, ‗Hindraf terjebak dalam politik perkauman BN‘, Siasah, 2 Disember 2007.

Salleh Buang, ‗Pergi dan kembali orang undang-undang‖, Utusan Malaysia, 30 Mac
2004.

Samsuri Roslan,―Mahathir lebih mesra media berbanding Pak Lah?‖, Siasah, 19 Ogos
2005.

Sang Lamri, ‗Kepimpinan setahun Pak Lah bersandarkan kekuatan dalaman‘, Berita
Minggu, 31 Oktober 2004.

462
Shad Saleem Faruqi, ‗Bridging the politics-law divide‘, The Star, 16 Mac 2008.

Shad Saleem Faruqi, ‗Restoring judicial dignity‘, The Star, 20 April 2008.

Shaharir Mohamad Zain, ‗Wawancara: Saya tak percaya keputusan PMR‘, Siasah, 3
Februari 2006.

Shamsul Amri Baharuddin, ‗Not just a mechanic but an good social engineer‘, New
Straits Times, 10 April 2006.

Shamsul Amri Baharuddin, ‗Abdullah will have his plate full‘, New Straits Times, 9
November 2006.

Shamsul Amri Baharuddin, ‗Wawancara: Lahir masyarakat lebih terbuka‘, Mingguan


Malaysia, 28 Januari 2007.

Shanmugam, M. ‗Long road ahead for TENAGA‘, The Edge, 27 Disember 2004.

Sharafuddin Idris Shah, Sultan. ‗Wawancara: Jangan dendam sampai mati‘, Mingguan
Malaysia, 7 Disember 2008.

Sharafuddin Idris Shah, Sultan. ‗Penegasan Terhadap Pergolakan Politik Yang Berlaku
di Negeri Perak Darul Ridzuan‘, Utusan Malaysia, 14 Februari 2009.

Sidek Hassan, ‗Wawancara: Ubah sikap, turun kuasa‘, Mingguan Malaysia, 4 Februari
2007.

Sidek Hassan dan Ismail Adam, ‗Conversations: In the public service‘, The Sun, 12
Disember 2007.

Sidek Hassan dan Yong Poh Kon, ‗Conversations: Progress and shortfalls‘, The Sun, 21
Ogos 2008.

Surin, Jacqueline Ann. ‗An open letter to the PM‘, The Sun, 1 Jun 2006.

463
Surin, Jacqueline Ann. ‗Strange idea, this book ban‘, The Sun, 21 Jun 2007.

Syed Ahmad Idid, ‗Interview:I became the invisible man‘, New Sunday Times, 11 June
2006.

Syed Ali Alhabshee, ‗Wawancara: Isu Kalimullah-Zam: Perbuatan bocor mesyuarat


parti kepada pihak luar tidak harus berlaku –Syed Ali‘, Agenda Daily , 2 Februari
2006 (akses akhir 25 Disember 2010).

Syed Ali Tawfik Al-Attas, ‗Wawancara: Jangan sempit makna Islam‘, Mingguan
Malaysia, 19 November 2006.

Syed Ali Tawfik Al-Attas, ‗Interview: This has nothing to do with religion‘, New Straits
Times, 31 Disember 2007.

Syed Hussein Alatas, ‗Conversations: Debunking the myth‘, The Sun, 2 September
2005.

Tan Chee Khoon, ‗The rising stars of the future‘, The Star, 21 Mei 1986.

Tan, Joceline. ‗Petra survives the bad press‘, The Star, 14 Januari 2007.

Tan, Joceline. ‗Party has all to gain by being nice‘, The Star, 7 November 2007.

Tan, Joceline. ‗Battle for the Chinese votes‘, The Star, 4 Februari 2008.

Tan, Joceline. ‗Pak Lah under pressure to exit‘, The Star, 20 September 2008.

Tan, Joceline. ‗Race for Umno deputy president no longer restricted‘, The Star,4
Oktober 2008.

Tan, Joceline. ‗No easy race to Putrajaya‘, The Star, 13 Februari 2011.

Tan, Joceline. ‗Najib does it his way to revive UMNO‘, The Star, 11 Mei 2011.
464
Tann, Maryann. ‗Malaysia Airlines straightens course‘, The Edge, 27 Disember 2004.

Ungku Aziz, ‗Wawancara: Orang Melayu perlu dipaksa berubah‘, Utusan Malaysia, 9
April 2006.

Ungku Aziz, ‗Wawancara: Bara kesedaran sudah ada‘, Mingguan Malaysia, 9 April
2006.

Vengadesan, Martin. ‗This Tiger‘s Still Roaring‘, The Star, 25 Julai 2010.

Wan Abd Rahman Wan Abdul Latif, ‗Pengundi hantu mampu kalahkan PAS‘, Siasah, 2
Disember 2005.

Wan Azizah Wan Ismail, ‗Conversations: The reluctant politician‘, The Sun, 26 Jun
2008.

Wong Chun Wai, ‗Pile on pressure against the corrupt‘, The Star, 29 Mei 2005.

Wong Chun Wai, ‗Minority dictating the rules‘, The Star, 20 Mei 2006.

Wong Chun Wai, ‗New politics demands reforms‘, The Star, 28 Mac 2008.

Wong Chun Wai, ‗Pak Lah is ready to move on‘, The Star, 2 April 2009.

Wong Chun Wai, ‗Risky venture for promoters, The Star, 14 Ogos 2011.

Wong Kim Kong, ‗Wawancara: Tafsiran hakim cetus konflik‘, Mingguan Malaysia, 22
Januari 2006.

Wong Sai Wan, A Review Has Many Meanings‘, The Star, 2 Mei 2008.

Wong Sai Wan, ‗Changing corridors‘, The Star, 21 Mei 2010.

465
Wong Sulong, ‗Dr M, Pak Lah and the economy‘, The Star, 14 June 2006.

Yong Poh Kon, ‗Pemudah has made doing business in Malaysia easier‘, New Straits
Times Special, 2 April 2009.

Yusri Mohamad, ‗Conversation: giving voice to Islam‘, The Sun, 17 Februari 2006.

Zaid Ibrahim, ‗Interview: An advocate for reform‘, New Straits Times , 23 Mac 2008.

Zainah Anwar, ‗Interview: Don‘t let the mob prevail‘, The Star, 28 November 2006.

Zainah Anwar, ‗How the tables have turned‘, The Star, 30 Mac 2008.

Zainah Anwar, ‗An overdose of stale tactics‘, The Star, 10 Ogos 2008.

Zainah Anwar, ‗In step with the rakyat‘, The Star, 5 Oktober 2008.

Zaini Hassan, ‗Antara pangkah dan keputusan Pak Lah‘, Utusan Malaysia, 8 Oktober
2008.

Zaini Hassan, ‗Azan, Jawi, Jais, UiTM dan ba-alif-ba-ya‘, Utusan Malaysia, 10
September 2008.

Zaini Hassan, ‗Jika bloggers mesra–kerajaan beralih kiblat?‘, Utusan Malaysia, 1


Disember 2010.

Zaini Ujang, ‗Lonjakan Pengajian Tinggi Sepanjang Kepimpinan Pak Lah‘, Berita
Harian, 2 November 2008.

Zainon Ahmad, ‗Best to exit like a statesman‘, The Sun, 11 September 2006.

Zaki Azmi, ‗Interview: Judge me by my deeds‘, The Malay Mail, 6 September 2011.

466
Zambry Abdul Kadir, ‗Wawancara: Lihat secara objektif‘, Mingguan Malaysia, 8
Februari 2008.

Zubaidah Abu Bakar, ‗Reformists' win augurs well for party's future‘, New Straits Times, 27
Mac 2009.

Zulkifli Jalil, ‗Keutamaan Menteri Besar Perak Baru‘, Utusan Malaysia, 7 Februari
2009.

Zulkifli Jalil, ‗Bebas daripada belenggu luar‘, Utusan Malaysia, 31 Ogos 2011.

Zulkifli Nordin, ‗Wawancara: Bersatulah demi Islam‘, Mingguan Malaysia, 26 Oktober


2008.

LAMAN SESAWANG (AKHBAR ATAS TALIAN, BLOG DAN SEBARANG


SUMBER ATAS TALIAN)

A. Kadir Jasin, ‗Exorcising the Abdullah-Mahathir demon‘, 14 Julai 2006,


http://kadirjasin.blogspot.com/2006/07/exorcising-abdullah-mahathir-demon.html
(akses pada 12 Oktober 2010).

Abdul Aziz, Tunku. ‗Malaysia, no pass in the corruption index‘ 22 November 2009,
http://news.asiaone.com/News/AsiaOne%2BNews/Asian%2BOpinions/Story/A1St
ory20091122-181469.html (akses pada 11 Mei 2010).

Abdul Aziz, Tunku. ‗Pak Lah‘s Legacy‘, 7 Mac 2009,


http://www.mysinchew.com/node/21937 (akses pada 2 Disember 2009).

Abdul Rashid Abdul Rahman, ‗Interview: Ex-EC chief: Ongoing study on indelible ink
a 'big joke'‘, Malaysiakini, 27 Oktober 2011,
http://www.malaysiakini.com/news/179751 (akses pada tarikh yang sama).

Abdullah Ahmad, ‗Q & A: ―Mahathir told me to be careful‖, says Dollah‘,


Malaysiakini, 13 Mac 2004, http://www.malaysiakini.com/news/19058 (akses akhir
25 Disember 2010).

467
Abdullah Ahmad, ‗Wawancara: Apa salah kalau saya atur program Mahathir‘, 15 Ogos
2006, HarakahDaily.Net (akses akhir 28 Disember 2010).

Abdullah Ahmad Badawi, ‗Competing For Tomorrow‘, Ucaptama Oxbridge Society of


Malaysia (6 Mac 2003),
www.oxbridgemalaysia.com/.../OC%20Acting%20PM%20Keynote%20Address.pdf
(akses pada 23 November 2009).

Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Mewarisi Kejayaan‘ (3 November 2003),


http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=paklah&id=2817 (akses pada 13
November 2009).

Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Pembentangan Bajet 2004‘ (10 November 2003),
http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=paklah&id=2819 (akses pada 13
November 2010).

Abdullah Ahmad Badawi, „Ucapan The NEAC Dialogue Forum‟ (13 Januari 2004),
http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=paklah&id=2828 (akses pada 4 Ogos
2011).

Abdullah Ahmad Badawi, ‗Pelancaran dan Perasmian Islam Hadhari‘ (30 Januari 2004)
http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=paklah&id=2830 (akses pada 11 Jun
2010).

Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Malaysian Education Summit 2004‘ (27 April
2004), http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=paklah&id=2840 (akses pada 12
Ogos 2011).

Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Mesyuarat Bersama Pertubuhan-Pertubuhan Bukan


Kerajaan Mengenai Keganasan Seksual‘ (11 Mei 2004),
http://www.kpwkm.gov.my/new_index.php?page=speech_content&speech_groupid
=6&year=2004&speechID=219&lang=malay (akses pada 13 April 2010).

Abdullah Ahmad Badawi, ‗Culture of High Performance For G.L.C‘s‘ (14 Mei 2004),
http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=paklah&id=2847 (akses pada 7 Julai
2010).

468
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Plenary Commision on Faith and Order of the World
Council of Churches‘ (3 Ogos 2004),
http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=paklah&id=2874 (akses pada 11 Jun
2010).

Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan di Persidangan Halatuju Sektor Perindustrian dan


Asas Tani‘ (12 Ogos 2004),
http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=paklah&id=2879 (akses pada 7
November 2010).

Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Perasmian Malaysia International Halal Showcase


(MIHAS 2004)‘ (16 Ogos 2004),
http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=paklah&id=2880 (akses pada 17 April
2010).

Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Bajet 2005‘ (10 September 2004),


http://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/ub05.pdf (akses pada 18 April 2009).

Abdullah Ahmad Badawi, ‗Islam Hadhari‘, Ucapan di The Oxford Centre for Islamic
Studies‖ (1 Oktober 2004),
http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=paklah&id=2897 (akses pada 6 Jun
2010).

Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Perasmian Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai
Murni‘ (11 Januari 2005),
http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=paklah&id=2914 (akses pada 13
September 2010).

Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Women‘s Institute of Management (W.I.M) Annual


Lecture Series‘ (15 Januari 2005),
http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=paklah&id=2916 (akses pada 12 Januari
2010).

Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Keenam


(MAPPA VI)‘ (23 Januari 2005),
http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=paklah&id=2918 (akses pada 12 Jun
2010).

469
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Perasmian BioMalaysia 2005‘ (28 April 2005),
http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=paklah&id=2942 (akses pada 6 Mac
2010).

Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan The World Ethics and Integrity Forum 2005‘ (29
April 2005), http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=paklah&id=2943 (akses
pada 27 Ogos 2010).

Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan The Harvard Club of Malaysia Dinner‘ (5 Mei 2005)
http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=paklah&id=2945 (akses pada 12
Disember 2009).

Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Dasar Perhimpunan Agung UMNO 2005‘ (21 Julai
2005), http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=paklah&id=2970 (akses pada 10
November 2010).

Abdullah Ahmad Badawi, ‗The G.L.C Transformation Programme‘ (29 Julai 2005),
http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=paklah&id=2973 (akses pada 7 Julai
2010).

Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Pembentangan Bajet 2006‘ (30 September 2005) di
http://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/ub06.pdf (akses pada 12 November 2010).

Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Pembentangan Rancangan Malaysia Kesembilan


(RMK-9)‘ (31 Mac 2006), www.mampu.gov.my/pdf/rm9%202006-2010.pdf (akses
pada 13 Februari 2010).

Abdullah Ahmad Badawi, ‗Initiative for the G.L.C.Transformation Programme: Launch


of Green and Red Books‘ (26 April 2006),
http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=paklah&id=3009 (akses pada 7 Julai
2010).

Abdullah Ahmad Badawi, ‗Interview: Prime Time For Badawi‘, Fortune, 10 Julai 2006,
http://www.ericellis.com/badawinterview.htm (akses pada 27 Mac 2010).

470
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Pelancaran Wilayah Ekonomi Johor Selatan‘ (4
November 2006), http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=paklah&id=3054
(akses pada 6 Julai 2010).

Abdullah Ahmad Badawi, ‗Transkrip Sidang Media: It was just rumours then‘,
Malaysiakini, 6 Julai 2007, http://www.malaysiakini.com/news/68284 (akses pada
25 Disember 2009).

Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Pelancaran Wilayah Koridor Ekonomi Utara‘ (31
Julai 2007), http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=paklah&id=3123 (akses
pada 6 Julai 2010).

Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Bajet 2008‘ (7 September 2007),


http://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/ub08.pdf (akses pada 6 Mei 2010).

Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Pelancaran Wilayah Ekonomi Koridor Timur‘ (29
Oktober 2007), http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=paklah&id=3150 (akses
pada 15 Mei 2010).

Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Pelancaran Koridor Pembangunan Sabah‘ (29


Januari 2008), http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=paklah&id=3169 (akses
pada 6 Julai 2010).

Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Pelancaran Sarawak Corridor of Renewable Energy‘


(11 Februari 2008), http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=paklah&id=3170
(akses pada 6 Julai 2010).

Abdullah Ahmad Badawi, ‗Relaxed Abdullah faces the press‘, Malaysiakini, 18 Mac
2008, http://www.malaysiakini.com/news/80037 (akses akhir pada 25 Disember
2010).

Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Delivering Justice, Renewing Trust‘ (17 April
2008), http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=paklah&id=3173 (akses pada 12
Januari 2010).

Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Bajet 2009‘ (29 Ogos 2008),


http://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/ub09.pdf (akses pada 23 Jun 2010).

471
Abdullah Ahmad Badawi, ‗Ucapan Dasar Perhimpunan Agung UMNO 2008‘ (26 Mac
2009), http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=paklah&id=3230 (akses pada 12
Disember 2009).

Abdullah Ahmad Badawi, ‗Temubual dengan Open University Malaysia‘ (18 Januari
2011),
http://www.oum.edu.my/oum/index.php?c=handbook&v=art_view&domid=24&pa
rent_id=247&cat_id=247&art_id=562&lang=eng (akses pada 5 September 2011).

Abdullah Ahmad Badawi, ‗Al-Quran dan Cabaran Pluralisme Agama: Pengajaran Masa
Lalu, Keperihalan Semasa dan Hala Tuju Masa Depan‘ (19 Julai 2011),
http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?lg=1&opt=com_article&grp=1&sec=&key=
2368&cmd=resetall (akses pada 20 Julai 2011).

Aeria, Andrew, ‗History or Soviet-style propaganda? That is the question‘, Aliran


Monthly, 14 Ogos 2011, http://aliran.com/6365.html (akses pada 13 Ogos 2011).

Ahiruddin Atan , ‗The Malay Kali, Brendan, Guna‘, 12 September 2006,


http://www.rockybru.com.my/2006/09/malay-kali-brendan-guna.html (akses pada 3
Ogos 2011).

Ahmad Lutfi Othman, ‗Lemahnya Abdullah, sampai ke akhir…‘, 26 Mac 2009,


http://mindalutfi.blogspot.com/2009/03/ppsmi-lemahnya-abdullah-sampai-ke-
akhir.html (akses pada 11 Oktober 2010).

Ahmad Zaki Zahid, ‗Wawancara: Mana ada lulusan University Oxford dan Cambridge
di Tingkat 4‘, Agenda Daily, 24 Ogos 2006 (akses akhir 25 Disember 2010).

Ainon Mohd, ‗Dolak Dalik Pak Lah‘, 27 Januari 2009,


http://universitipts.com/index.php/site/comments/dolak_dalik_pak_lah (akses pada
29 Oktober 2010).

Ainon Mohd, ‗Hishamuddin Ingkar Arahan Pak Lah‘, 4 Mac 2009,


http://universitipts.com/index.php/site/comments/hishamuddin_ingkar_arahan_pak
_lah (akses pada 29 Oktober 2010).

472
Another Brick In The Wall, ‗Watch Closely Now: Kali and the Robbing of ECM Libra
Avenue, 30 April 2007, http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2007/04/watch-
closely-now-kali-and-robbing-of.html (akses pada 30 Oktober 2011).

Anthony, Chris. ‗Pak Lah- a symbol of moderation and tolerance‘, 5 April 2009,
http://drctoni.blogspot.com/2009/04/pak-lah-symbol-of-moderation-and.html (akses
pada 10 November 2011).

Anuar Zainal Abidin, ‗Q & A: Islamic influence in judiciary worrying‘, Malaysiakini, 5


Julai 2006, http://www.malaysiakini.com/news/53457 (akses akhir 27 Disember
2010).

Aspan Alias, ‗Yang baik itu datang Dari Mahathir, yang tak baik itu datang dari Pak
Lah‘, 3 Jun 2012, http://aspanaliasnet.blogspot.com/2012/06/yang-baik-itu-datang-
daripada-mahathir.html (akses pada 21 Jun 2012).

Azlan Shah, Sultan. ‗50 Years of Constitutionalism and the Rule of Law‘ (29 Oktober
2007),
http://www.malaysianbar.org.my/speeches/opening_address_by_hrh_sultan_azlan_s
hah_at_the_14th_malaysian_law_conference.html (akses pada 10 Oktober 2010).

Bakri Omar, ‗Wawancara: IPCMC: Polis tetap dukung kerajaan‘, mstar Online, 31 Mei
2006,
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2006/5/31/TERKINI/Mutakhir/IPCMC_
Polis_tetap_dukung_kerajaan_wawancara&sec=mstar_berita (akses akhir 26
Disember 2010).

Case, William, ‗Interview [between Chaan Foon Hong] with William Case‘, 29 Jun
2008, http://extramplification.blogspot.com/2008/07/interview-with-professor-
william-case.html (akses pada 23 Oktober 2010).

Chandra Muzaffar, ‗Letter to the Editor - UMNO: Empowerment and Integrity‘, 21


November 2008,
http://www.justinternational.org/index.php?option=com_content&view=article&id
=775&catid=51:archived-articles-2008&Itemid=146 (akses pada 12 Disember
2010).

473
Chandra Muzaffar, ‗Interview: On Islamic Inclusivism and Muslim Exclusivism‘, 19
Oktober 2009, http://worldmuslimcongress.blogspot.com/2009/10/chandra-
muzaffar-on-islamic-inclusivism.html (akses pada 15 Julai 2010).

Chandra Muzaffar, ‗History and ethnic sentiments‘, The Malaysian Insider, 15


November 2010,
http://www.themalaysianinsider.com/breakingviews/article/history-and-ethnic-
sentiments-chandra-muzaffar/ (akses akhir 28 Disember 2010).

Elegant, Simon, ‗Regime Change‘, TIME, 31 Oktober 2003,


http://www.time.com/time/asia/2003/mahathir/story.html (akses pada 18 Mac
2010).

Elegant, Simon, ‗A Husband‘s Grief‘, TIME , 24 Oktober 2005,


http://www.time.com/time/nation/article/0,8599,1122060,00.html (akses pada 23
Julai 2008).

Gomez, Edmund Terence. ‗Q & A: Pak Lah has powers to wipe out corruption‘,
Malaysiakini, 15 Jun 2005, http://www.malaysiakini.com/news/36993 (akses pada
12 Julai 2009).

Gomez, Edmund Terence. ‗Umno still strong in Malay heartland‘, Malaysiakini, 4 Jun
2008, http://www.malaysiakini.com/news/83920 (akses pada 22 Jun 2012).

Hamid Pawanteh, ‗Interview: Checking power in Malaysia‘, The Nut Graph, 31 Julai
2009, http://www.thenutgraph.com/checking-power-in-malaysia/ (akses pada 4
September 2011).

Hamid Pawanteh, ‗Interview: Confusing party with the government‘, The Nut Graph, 3
Ogos 2009, http://www.thenutgraph.com/confusing-party-with-government/ (akses
pada 4 September 2011).

Haris Ibrahim, ‗Dear Pak Lah‘, 4 Mac 2009,


http://harismibrahim.wordpress.com/2009/03/04/dear-pak-lah-2/ (akses pada 12
September 2011).

474
Hashimah Suffian, ‗Pak Lah‘s ―kalangan tercemerlang‖‘, Aliran Monthly, 29
September 2000, http://aliran.com/archives/monthly/2000/0929.html (akses pada
14 Ogos 2011).

Hassan Ahmad, ‗Wawancara: Bukan wayang kulit, tidak ada dalang!‘, Harakah, 13 Mac
2009 (akses akhir 27 Disember 2010).

Hazlan Zakaria, Wind of change, Malaysiakini, 28 November 2011,


http://www.malaysiakini.com/news/182635 (akses pada tarikh yang sama).

Hishamuddin Rais, ‗Pak Lah – Gorby Malaysia‘, Malaysiakini, 2 April 2008,


http://www.malaysiakini.com/columns/80763 (akses pada 13 Julai 2009).

Hossein Bastani, ‗The Fight between Iran‘s Neoconservatives and Conservatives, 19


Jun 2008,
http://www.cfr.org/publication/16598/fight_between_irans_neoconservatives_and
_conservatives.html (akses pada 14 November 2008).

Hsu Dar Ren, ‗Pak Lah and his legacy‘, The Malaysian Insider, 12 Oktober 2010,
http://www.themalaysianinsider.com/mobile/opinion/article/Pak-Lah-and-his-
legacy/ (akses akhir 28 Disember 2010).

Jasbant Singh, ‗Prestasi siapa janggal: Amrin atau Khalid?‘, Malaysiakini, 27 Oktober
2011, http://www.malaysiakini.com/news/179715 (akses pada tarikh yang sama).

Johan Jaafar, ‗Najib menjadi PM pada waktu paling mencabar‘, The Malaysian Insider,
5 April 2009,
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=3
139:pelan-peralihan-kuasa&catid=16:isu-nasional (akses pada 25 Disember 2009).

Kabilan, K., ‗10 Reasons Why Parthiban Won‘, Malaysiakini, 1 Mei 2007,
http://www.malaysiakini.com/news/66682 (akses akhir pada 26 Disember 2010).

Kazi Mahmood, ‗Nur Jazlan: The rising star of Malaysian politics‘, 15 Oktober 2008,
http://www.jazlan.net/?p=241 (akses pada 28 Disember 2010).

475
Khalid Samad, ‗Islam & Melayu‘, 18 Ogos 2008,
http://www.khalidsamad.com/2008/08/islam-melayu.html (akses pada 7 November
2011).

Khairy Jamaluddin, ‗GLC – Penggerak Agenda Melayu‘, Utusan Malaysia (t.th),


http://rahimthambychik.blogspot.com/2007/06/glc-penggerak-agenda-melayu-
khairy.html (akses pada 12 Julai 2010).

Khairy Jamaluddin, ‗Interview: UMNO‘s resistance to change‘, The Nut Graph, 16


Februari 2009, http://www.thenutgraph.com/umnos-resistance-to-change (akses
akhir 26 Disember 2010).

Khairy Jamaluddin, ‗Interview: Mapping Change‘, The Nut Graph, 17 Februari 2009,
http://www.thenutgraph.com/mapping-change (akses akhir 27 Disember 2010).

Khairy Jamaluddin, ‗Interview: Coming Into his own‘, The Nut Graph, 18 Februari
2009, http://www.thenutgraph.com/coming-into-his-own (akses akhir 28 Disember
2010).

Khairy Jamaluddin, ‗Interview: I‘m not a political opportunist‘, Malaysiakini, 6 Mac


2009, http://www.malaysiakini.com/news/99709 (akses akhir 25 Disember 2010).

Khir Toyo, ‗Impian saya‘, 20 Julai 2008, http://www.drkhir.com/2008/07/impian-


saya.html (akses pada 8 November 2011).

Khir Toyo, ‗Krisis Kepimpinan: Pisau dan Mentimun di Tangan Kita‘, 8 September
2008, http://www.drkhir.c om/2008/09/krisis-kepimpinan-pisau-dan-mentimun-
di.html (akses pada 13 November 2010).

Khoo, Bernard. ‗Move Over Joceline Tan, Here Comes Aniza Damis‘, 30 Oktober 2007,
http://zorro-zorro-unmasked.blogspot.com/2007/10/move-over-jocelin-tan-here-
comes-aniza.html (akses pada 7 November 2011).

Koh, Stanley. ‗The Ghost of Mahathirism‘, Free Malaysia Today, 27 Julai 2011,
http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2011/07/27/the-ghosts-of-
mahathirism/ (akses pada 28 Julai 2011).

476
Koh, Stanley. ‗The Ghost of Mahathirism‘, Free Malaysia Today, 27 Julai 2011,
http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2011/07/27/the-ghosts-of-
mahathirism/ (akses pada 28 Julai 2011).

Koh, Stanley. ‗Najib‘s non-moment‘, Free Malaysia Today, 20 September 2011,


http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2011/09/20/najib%E2%80%9
9s-non-moment/ (akses pada tarikh yang sama).

Kok, Teresa. ‗Abducted‘ Doctor‘s Wife Back In Husband‘s Arm‘, 27 September 2006,
http://teresakok.blogsome.com/2006/09/27/abducted-doctor-wife-back-in-husbands-
arm/ (akses pada 23 Ogos 2010).

Kok, Teresa. ‗Sad lah, Pak Lah !!‘, 21 Mac 2006,


http://teresakok.blogsome.com/2006/03/21/sad-lah-pak-lah (akses pada 27 Ogos
2010).

Kuek, Sherman. ‗Thank You, Pak Lah‘, 3 April 2009,


http://www.shermankuek.net/2009/04/thank_you_pak_lah.php (akses pada 10
November 2011).

Kuppusamy, Baradan. ‗Mahathir may return to centre stage‘, Malaysiakini, 11 Oktober


2008, http://www.malaysiakini.com/news/91086 (akses akhir 28 Disember 2010).

Kuppusamy, Baradan. ‗Badawi's 'Toothless Bills' Harm Reform Agenda – Critics, 16


Disember 2008, http://ipsnews.net/news.asp?idnews=45129 (akses pada 23 Julai
2009).

L, Henry, ‗Musa Hitam has proved us wrong‘, Malaysiakini, 6 Jun 2006,


http://www.malaysiakini.com/letters/52108 (akses akhir pada 27 Disember 2010).

Lee Ban Chen, ‗KKDN cuba mempertahankan timbalan menterinya?‘,


http://leebanchen2009.blogspot.com/2007/03/kkdn-cuba-mempertahankan-
timbalan.html. 21 Mac 2007, (akses akhir pada 26 Disember 2010).

Lim Kit Siang, ‗―Bangsa Malaysia‖ – has it been abandoned by Cabinet, UMNO and
BN?‘, 23 Mac 2007,
http://blog.limkitsiang.com/2007/03/23/bangsa-malaysia-has-it-it-abandoned-by-
cabinet-umno-and-bn (akses pada 12 Oktober 2010).

477
Lim Kit Siang, ‗Special Complaints Commission – totally different creature and very
negation of IPCMC proposal‘, 14 Disember 2007,
http://blog.limkitsiang.com/2007/12/14/special-complaints-commission-totally-
different-creature-and-very-negation-of-ipcmc-proposal (akses pada 27 Ogos 2010).

Lim Kit Siang, ‗Apology to Perak Sultan and Regent – No offence intended‘, 13 Mac
2008),
http://blog.limkitsiang.com/2008/03/13/apology-to-perak-sultan-and-regent-no-
offence-intended (diakses pada 18 Oktober 2010).

Lim Kit Siang, ‗No DAP CEC mandate for PAS Menteri Besar in Perak‘, 13 Mac 2008,
http://blog.limkitsiang.com/2008/03/12/no-dap-cec-mandate-for-pas-menteri-besar-
in-perak/#comments (akses pada 18 Oktober 2010).

Lim Kit Siang. ‗Abdullah‘s warning against return of Mahathirism – Will Najib scotch
talk of imminent ISA arrest of Anwar?‘, 26 Mac 2009,
http://blog.limkitsiang.com/2009/03/26/abdullah%E2%80%99s-warning-against-
return-of-mahathirism-%E2%80%93-will-najib-scotch-talk-of-imminent-isa-arrest-
of-anwar (akses pada 13 Januari 2010).

Loh, Francis Kok Wah, ‗We Demand Development and Democracy‘, Aliran Monthly 6
(2009),
http://www.aliran.com/index.php?option=com_content&view=article&id=1042:we-
demand-development-and-democracy&catid=87:2009-6&Itemid=45 (akses pada 15
November 2009).

Low, Eddie. ‗PM's Chinese Political Secretary, Datuk Dr Vincent Lim Kian Tick
Resigned‘,http://sungaisiput.blogspot.com/2008/11/pms-chinese-political-secretary-
datuk.html, 3 November 2008 (akses pada 27 Oktober 2011).

Mahani Zainal Abidin, ‗Malaysian Economy Under PM Abdullah Ahmad Badawi‘ (27
March 2006), http://ccas.doshisha.ac.jp/eng/Eseminars/e2005-09b.pdf (akses pada
12 Februari 2010).

Mahathir Mohamad, ‗Ucapan The Official Dinner in Honour of the RT.Honourable


Margaret Thatcher Prime Minister of the United Kingdom of Great Britain &
Northern Ireland‘ (5 April 1985),
http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=mahathir&id=1385 (akses pada 13
September 2009).

478
Mahathir Mohamad, ‗Malaysia: The New Way Forward‘ (Terjemahan) (28 Februari
1991), http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=mahathir&id=538 (akses pada 16
Disember 2010).

Mahathir Mohamad, ‗Q&A: I‘m disappointed, says Mahathir‘, Malaysiakini, 23 Mei


2006, http://www.malaysiakini.com/news/51427 (akses akhir pada 26 Disember
2010).

Mahathir Mohamad, ‗ Q&A: Najib 'scared' he wouldn't be picked as DPM‘,


Malaysiakini, 9 Mei 2007, http://www.malaysiakini.com/news/66986 (akses akhir
28 Disember 2010).

Mahathir Mohamad, ‗Transkrip Sidang Media: Khairy Punca BN tewas mengejut?‘,


Malaysiakini, 9 Mac 2008, http://www.malaysiakini.com/news/79525 (akses akhir
pada 20 Ogos 2011).

Mahathir Mohamad, ‗The Ex-Gratia Payment‘, 9 Mei 2008,


http://chedet.co.cc/chedetblog/2008/05/the-exgratia-payment.html (akses pada 29
Disember 2010).

Mahathir Mohamad, ‗Ketuanan Melayu‘, 16 Mei 2008,


http://chedet.co.cc/chedetblog/2008/05/ketuanan-melayu.html#more (akses pada 29
Disember 2010).

Mahathir Mohamad, ‗Do we need a strong government‘, 13 Oktober 2008,


http://chedet.co.cc/chedetblog/2008/10/do-we-need-a-strong-government.html
(akses pada 17 Oktober 2010).

Mahathir Mohamad, ‗Pemilihan UMNO‘, 17 Oktober 2008,


http://chedet.co.cc/chedetblog/2008/10/pemilihan-umno.html (akses pada 17
November 2010).

Mahathir Mohamad, ‗Q&A: 'My only mistake was to choose this man'‘, Malaysiakini,
31 Mac 2009, http://www.malaysiakini.com/news/101377 (akses akhir 28
Disember 2010).

479
Mahathir Mohamad, ‗Malaysian Maverick‘, 24 Disember 2009,
http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/12/malaysian-maverick.html (akses pada 23
Januari 2010).

Marina Mahathir, ‗Religion is too difficult to do well‘, The Star, 16 Jun 2007,
http://rantingsbymm.blogspot.com/2007/06/religion-is-difficult-to-do-well.html
(akses pada 17 September 2010).

Maznah Mohamad, ‗Mahathir: maverick, machiavellian or merely mainstream‘, Aliran


Monthly, 1 Mei 2010, http://aliran.com/1409.html (akses pada 23 November 2010).

Mior Isfandy Mior Azizan, ‗Legasi Pak Lah Mentransformasi Sektor Pertanian‘, 20
April 2009, http://www.waubebas.org/ms/node/643 (akses pada 23 Julai 2009).

Mohamed Ariff, ‗The Drivers of Competitiveness in Malaysia‘ (t.th),


www.apec.org.au/docs/amfta-ariff.pdf (akses pada 12 Disember 2009).

Mohd Dzaki Jusoh, ‗Semangat Patriotisme dan Kesukarelaan-KP BTN‘, 15 November


2005),
http://www.btn.gov.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=209:s
emangat-patriotisme-dan-kesukarelaan-kp-btn&catid=18:berita-muka-
depan&Itemid=178 (akses pada 13 Disember 2009).

Mukhriz Mahathir, ‗Mukhriz‘s open letter to Pak Lah‘, The Malaysian Insider, 14 Mac
2008, http://www.themalaysianinsider.com/litee/malaysia/article/Mukhrizs-open-
letter-to-Pak-Lah/ (akses pada 11 November 2011).

Mukhriz Mahathir, ‗Interview: Being Mahathir‘s son‘, The Nut Graph, 12 Mac 2009,
http://www.thenutgraph.com/being-mahathirs-son/ (akses akhir pada 28 Disember
2009).

Mustafa Kamal Anuar, ‗Towering Figures and Forgotten Heroes‘, Aliran Monthly, 25,
no.1 (2005), http://aliran.com/archives/monthly/2005a/1g.html (akses pada 12 Jun
2009).

Mustapa Mohamad, ‗Transkrip 60 Minit Bersama Menteri‘, 13 Ogos 2008,


pmr.penerangan.gov.my/index.php/.../24-yb-dato-mustapa-mohamed.html (akses
pada 10 Januari 2009).
480
Najib Razak, ‗Teks penuh perutusan khas Hari Malaysia‘, Malaysiankini, 15 September
2011, http://www.malaysiakini.com/news/175954 (akses pada 15 September 2011).

Najib Razak, ‗Ucapan Penerimaan Jawatan Sebagai Presiden dan Penggulungan‘ (28
Mac 2009), http://1malaysia.com.my/my/news_archive/transkrip-ucapan-
penerimaan-jawatan-sebagai-presiden-dan-penggulungan/ (akses pada 20 Jun
2012).

Nashi Kala, N. ‗Transforming UMNO‘, The Nut Graph, 25 November 2008,


http://www.thenutgraph.com/transforming-umno/ (akses akhir 28 Disember 2008).

Nazri Aziz, ‗Q & A: Negotiating the shoals‘, Malaysiakini, 22 Februari 2006,


http://www.malaysiakini.com/news/47284 (akses akhir pada 26 Disember 2010).

Nazrin Shah, Raja. ‗Titah perasmian penutupan Kongres Ekonomi Islam Ketiga‘ (15
Januari 2009),
www.islam.gov.my/portal/pdf/2009/Titah/TitahRaja%20Nazrin.pdf (akses pada 12
Oktober 2010).

Netto, Anil. ‗Mega-projects are back to boost Malaysian egos‘, 3 September 1999,
http://www.atimes.com/se-asia/AI03Ae02.html (akses pada 18 Mac 2010).

Netto, Anil. ‗Mega City Project Robs Common Green‘, 12 September 2007,
http://ipsnews.net/news.asp?idnews=39227 (akses pada 19 Mac 2010).

Netto, Anil. ‗Mokhzani follows Dad out of Umno: Mahathir‘s multi-prong strategy‘, 21
Mei 2008, http://anilnetto.com/malaysian-politics/mahathirs-multi-prong-strategy-
to-unseat-abdullah (akses pada 23 September 2010).

Netto, Terence. ‗For Najib, it‘s perestroika without glasnost‘, Malaysiakini, 10


Disember 2010, http://www.malaysiakini.com/news/150426 (akses pada 12
September 2011).

Ong Kian Ming dan Oon Yeoh, ‗Why doesnt‘s Pak Lah fight back‘, Malaysiakini, 22
Mei 2008, http://www.malaysiakini.com/news/83250 (akses akhir 25 Disember
2010).

481
Ong Kian Ming dan Yun Yang, ‗Najib ascendency will see return of Dr M‘,
Malaysiakini, 7 Oktober 2008, http://www.malaysiakini.com/news/90799 (akses
akhir 28 Disember 2010).

Ong Kian Ming, ‗What‘s next for Pak Lah?‘, Malaysiakini, 18 Mac 2008,
http://www.malaysiakini.com/news/80005 (akses akhir pada 28 Disember 2010).

Ong, Justin, ‗Dissapointment of the decade: Pak Lah as fifth Prime Minister‘, The
Malaysian Insider, 30 Disember 2009,
http://www.themalaysianinsider.com/litee/malaysia/article/Disappointment-of-the-
decade-Pak-Lah-as-fifth-prime-minister/ (akses pada 2 Januari 2010 dan 12 Ogos
2011).

Ooi Heng, ‗BN masih lemah kerana Mahathir (Bahagian II), Merdeka Review, 11 Jun
2012, http://www.merdekareview.com/bm/news_v2.php?n=13143 (diakses pada 21
Jun 2012).

Ooi Kee Beng, ‗The Struggle for Malaysia‘s political leopards to change their spots‘, 19
Ogos 2009, http://www.iseas.edu.sg/viewpoint/okb19aug09.pdf (akses pada 28
Ogos 2009).

Pak Idrus, ‗Of friendship and Pak Lah...‘, 23 Mac 2008,


http://idrus.blogspot.com/2008/03/of-friendship-and-pak-lah.html (akses pada 26
September 2011).

Pillai, M.G.G.,‗Civil war in Putrajaya between the Scholars and the Ninjas‘, 3 Ogos
2004, http://newskini.serveftp.net/mgg-pillai-view-1980.html (akses 25 Disember
2008).

Phar Kim Beng, ‗The rise and rise of Khairy Jamaluddin‘, Agenda Daily 21 Julai 2004.

PJ Utara Resident, ‗Don‘t blame Pak Lah, he‘s riding the tiger‘, Malaysiakini, 17
November 2004, http://www.malaysiakini.com/letters/31445 (akses akhir pada 28
Disember 2010).

Ragayah Mat Zain, ‗Explaining The Trend In Malaysian Income Distribution‘, EADN
Income Distribution Project (2003), www.eadn.org/reports/iwebfiles/i06.pdf (akses
pada 13 Disember 2009).

482
Rahimin Affandi Abdul Rahim. ‗Kebudayaan Melayu dan Islam: Analisis terhadap
cabaran semasa (Bhg Akhir)‘, Ummatanwasatan.Net, 19 Mei 2009,
http://ummatanwasatan.net/2009/05/kebudayaan-melayu-dan-islam-analisis-
terhadap-cabaran-semasa-bhg-akhir (akses pada 22 September 2010).

Raja Petra Kamaruddin, The Khairy Chronicles,


di www.mindbloggin.net/ebook/tkc.pdf (akses pada 13 September 2009).

Reme Ahmad, ‗Opinion polls suddenly hot in Malaysia‘, 14 Julai 2009,


http://blogs.straitstimes.com/2009/7/14/opinion-polls-suddenly-hot-in-malaysia
(akses pada 23 Februari 2010).

Saifuddin Abdullah, ‗Perspektif: Keterbukaan Kekuatan Pak Lah‘, 6 November 2006,


http://belia.org.my/content/view/115/43/ (akses pada 23 Julai 2008).

Shahrir Samad, ‗Tidak wajar Tun pertikaikan Pak Lah‘ (t.th),


http://www.shahrir-umno.com/main.php/main.php?i=berita&berita=843 (akses
pada 3 Ogos 2010).

Shahrir Samad, ‗Q&A: No strong reasons to sack Salleh‘, Malaysiakini, 25 September


2007, http://www.malaysiakini.com/news/72830 (akses akhir pada 26 Disember
2010).

Shamsul Amri Baharuddin, ‗"The Amazing "Race" - Revisiting the 2006 UMNO
General Assembly‘, 14 Disember 2006,
http://opinionasia.com/Revisitingthe2006UMNOGeneralAssembly (akses pada 23
Oktober 2010).

Sharafuddin Idris Shah, Sultan. ‗Exclusive Interview between Wong Chun Wai with
Sultan of Selangor‘, 2 Disember 2008,
http://www.wongchunwai.com/index.php?option=com_content&task=view&id=694
&Itemid=46 (akses pada 1 Oktober 2010).

Song Eu Jin, ‗The MAS business turnaround‘, The Malaysian Insider,


http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/article/the-mas-business-turnaround-
song-eu-jin/, 13 Ogos 2011 (akses pada 23 Ogos 2011).

483
Surin, Jacqueline Ann. ‗Q & A with KLUE‘, 1 September 2008,
http://www.klue.com.my/articles/1156-QA-Jacqueline-Ann-Surin (akses pada 4
Ogos 2011).

Syahril Kadir, ‗Apa yang Pak Lah rasakan sekarang agaknya eh..‘, 2 April 2008,
http://syahrilkadir.wordpress.com/2008/04/02/apa-yang-pak-lah-rasakan-sekarang-
agaknya-eh (akses pada 17 Januari 2011).

Syed Azidi Aziz, ‗Najib Will Bring BN To Speedy End‘, 26 Oktober 2008,
http://kickdefella.wordpress.com/2008/10/26/najib-will-bring-bn-to-speedy-
end/#comments (akses pada 26 Januari 2010).

Syed Hamid Albar, ‗Syed Hamid talks to The Star Online (Part 2)‘, 23 Oktober 2008,
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/10/23/nation/20081023135041&sec
=nation (akses pada 12 September 2010).

Syed Imran, ‗Siapa bakal penghuni Aras 4, Blok Utama, Kompleks Perdana Putra‘, 28
Oktober 2008, http://kudaranggi.blogspot.com/2008/10/siapa-bakal-penghuni-aras-
4-blok-utama.html (akses pada 19 Januari 2010).

Teoh, Patrick. ‗Thank you NST‘, 28 Oktober 2007,


http://www.niamah.com/2007_10_01_archive.html;
(akses pada 7 November 2011).

Tunku Aisha, ‗News from MyKmu.Net forum held in PJ today‘, 1 April 2008,
http://tunkuaisha.blogspot.com/2008/04/msias-ruling-party-dissidents-launch.html
(akses pada 12 Oktober 2010).

Welsh, Bridget, Ibrahim Suffian dan Aeria, Andrew, ‗Asia Barometer Survey: Malaysia
Survey National Findings; Global Barometer & Asian Barometer‘, National Taiwan
University & Academia Sinica, Working Paper Series No. 46, December 2007,
http://www.asianbarometer.org/newenglish/publications/workingpapers/no.46.pdf
(akses pada 12 Ogos 2011).

Wong Chin Huat, ‗Interview: Lessons from Egypt for Malaysia‘, The Nut Graph, 14
Februari 2011, http://www.thenutgraph.com/lessons-from-egypt-for-malaysia/
(akses pada 8 November 2011).

484
Yoong, Jed. ‗In Malaysia, Signs of Government Reform‘, 29 Mei 2008,
http://www.asiasentinel.com/index.php?option=com_content&task=view&id=1228
&Itemid=31 (akses pada 31 Disember 2009).

Zainuddin Maidin, ‗Khairy Can Become PM In His Old Days‘, 13 Jun 2012,
http://zamkata.blogspot.com/2012/06/khairy-can-become-pm-in-his-old-days.html
(akses pada 22 Jun 2012).

Zakhir Mohamed, ‗Kalimullah back in ECM Libra, Tony Fernandes now in‘, 29 April
2007, http://bigdogdotcom.wordpress.com/2007/04/29/kalimullah-back-in-ecm-
libra-tony-fernandez-now-in/ (akses pada 30 Oktober 2011).

Nota: alamat laman sesawang bagi rujukan akhbar dalam talian, Harakah.Daily.Net
dan Agenda Daily tidak dapat dikemaskinikan kerana kedua-dua portal telah menarik
keluar simpanan arkib semenjak 2012. Namun sebahagian dari rujukan-rujukan
tersebut masih boleh ditemui dalam pautan dan carian umum.

FILEM / DOKUMENTARI

Abang, Fleet Communications Sdn Bhd (1981).

Matinya Seorang Patriot, Z.S.A Film Productions (1984).

The American President, Universal Pictures & Castle Rock Entertainment (1995)

The Contender, Dreamworks (2000).

485
LAMPIRAN-LAMPIRAN

486
LAMPIRAN A – SENARAI PENERBITAN

Muhamad Takiyuddin Ismail, ―Politik Malaysia era Abdullah Ahmad Badawi: Dari
Falsafah Konservatisme ke Neokonservatisme: Satu Analisis Preliminari, Manusia
dan Masyarakat, 17 (2009): 109-126 (Terbitan Berwasit Tidak Terindeks).

Muhamad Takiyuddin Ismail, ‗Dasar keterbukaan dalam tadbir urus demokratik:


Transisi Konservatisme ke Neokonservatisme‘, Prosiding Seminar Dasar
Malaysia, UPENA UiTM Shah Alam, 2009: 435-455 (Terbitan Berwasit Tidak
Terindeks).

Muhamad Takiyuddin Ismail, ‗Nota Penyelidikan: Pertemuan Dengan Seorang


Neokonservatif: Abdullah Ahmad Badawi‘, Science and Arts Intellectual Series, 1,
no. 1 (2010): 7-10 (Terbitan Berwasit Tidak Terindeks).

Ahmad Fauzi Abdul Hamid dan Muhamad Takiyuddin Ismail, ‗Abdullah Ahmad
Badawi And The Emergence of Neo-conservatism‘, Proceeding of The Second
Asian Conference on the Social Science 2011, The International Academic Forum,
2011: 472-484 (Terbitan Berwasit Tidak Terindeks) (boleh diakses di
http://iafor.org/ACSS_CONFERENCE_PROCEEDINGS_2011.pdf )

Muhamad Takiyuddin Ismail, ‗Konservatisme Dalam Politik UMNO: Satu Sorotan


Kajian‘, Jebat, 38, no.1 (2011): 57-80 (Terbitan Berwasit dan Terindeks Dalam
MyAIS dan ISC) (boleh diakses di
http://pkukmweb.ukm.my/jebat/v2/?cont=v&item=2&vols=45&art=435 )

Ahmad Fauzi Abdul Hamid dan Muhamad Takiyuddin, ‗The Monarchy And Party
Politics In The Era Of Abdullah Ahmad Badawi (2003-09): The Resurgence Of
The Role Of Protector‘, Prosiding PSU-USM International Conference On
Humanities and Social Sciences 2011, Prince of Songkhla University, 2011
(Terbitan Berwasit dan akan diindeks dalam SCOPUS).

Muhamad Takiyuddin Ismail, ‗Abdullah Ahmad Badawi: Legasi Neokonservatif‘,


Prosiding Kolokium Pascasiswazah Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh USM
2011, Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh USM, Pulau Pinang, 2011: 323-327
(Terbitan Berwasit dan Tidak Terindeks).

487
Muhamad Takiyuddin Ismail, ‗Agenda dan Kekangan Reformasi Abdullah Ahmad
Badawi dan Nikita Khrushchev: Suatu Perbandingan‘, Kajian Malaysia, 30, no.1
(2012):71-106 (Terbitan Berwasit dan Terindeks Dalam Scopus).

Ahmad Fauzi Abdul Hamid dan Muhamad Takiyuddin Ismail, ‗Abdullah Ahmad
Badawi: A Malaysian Neo-Conservative?‘, Japanese Journal of Political Science,
13, no.3 2012 (Terbitan Berwasit dan Terindeks Dalam ISI dan Scopus) (dalam
proses percetakan. Akan diterbitkan pada September 2012)

Ahmad Fauzi Abdul Hamid dan Muhamad Takiyuddin, ‗The Monarchy And Party
Politics In The Era Of Abdullah Ahmad Badawi (2003-09): The Resurgence Of
The Role Of Protector‘, Asian Survey (Terbitan Berwasit dan Terindeks Dalam
ISI dan Scopus) (dalam proses percetakan. Dijangka diterbitkan pada 2012)

488
LAMPIRAN B – KRONOLOGI KARIER POLITIK ABDULLAH

26.11.1939 Dilahirkan di Kampung Perlis, Bayan Lepas.

Menerima Pendidikan Awal Di Sekolah Melayu Permatang Bertam,


Sekolah Laki-Laki Methodist dan Sekolah Menengah Agama Daeratul
Maarif Wataniah.

1958 Mengetuai Persatuan Pelajar Pulau Pinang dan Seberang Perai ketika
belajar di Sekolah Tinggi Bukit Mertajam.

1961 Menerima pendidikan tinggi di Universiti Malaya dalam Pengajian Islam.

Mengetuai Gabungan Persatuan Melayu Semenanjung (GPMS) sewaktu


tempoh pengajian hinggalah tahun 1964.

1964 Menjadi guru dalam waktu yang singkat di Sekolah Tinggi Bukit
Mertajam selepas menamatkan pengajian.

1964-1969 Menyertai Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai Penolong Setiausaha

1965 Menyertai UMNO sebagai ahli biasa

1969-1971 Dilantik sebagai Ketua Penolong Setiausaha dalam Majlis Gerakan


Negara (Mageran).

1971-1974 Dilantik sebagai Pengarah Belia di Kementerian Belia dan Sukan

Mula mengendalikan program yang kemudiannya dikenali secara rasmi


dengan nama Biro Tatanegara pada 1981.

Jawatan akhir dalam perkhidmatan awam ialah Timbalan Ketua


Setiausaha.

1977 Menjadi Ketua UMNO Cawangan Bertam

1978 Dipilih sebagai Ahli Parlimen Kepala Batas setelah memenangi kerusi
kawasan itu pada Pilihan raya Umum 1978 dan kekal sehingga kini.

Dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Wilayah Persekutuan.

1979 Mengetuai UMNO Bahagian Kepala Batas dan Timbalan Pengerusi


Perhubungan UMNO Pulau Pinang

489
1980 Dilantik Timbalan Menteri di Kementerian Wilayah Persekutuan dan
Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang

1981 Terpilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO sehingga 1984

Dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

1984 Terpilih sebagai Naib Presiden UMNO sehinggalah tahun 1993

Dilantik sebagai Menteri Pendidikan

1986 Dilantik sebagai Menteri Pertahanan

1987 Menyertai ‗Team B‘ yang diketuai Tengku Razaleigh Hamzah dalam


PAU 1987 bagi mencabar Mahathir Mohamad.

Digugurkan dari kabinet sebagai kesan langsung penglibatannya dalam


Team B walaupun berjaya mempertahankan jawatan Naib Presiden
UMNO.

1990 Terpilih lagi sebagai Naib Presiden UMNO dalam PAU 1990.

Mengetuai delegasi UMNO dalam Majlis Perundingan Ekonomi


Kebangsaan (MAPEN 1)/ Pengerusi Jawatankuasa Penstrukturan Semula
Masyarakat

1991 Kembali dalam kabinet dan dilantik sebagai Menteri Luar Negeri dan
kekal dalam jawatan ini sehingga 1999.

1993 Gagal mengekalkan jawatan Naib Presiden dalam PAU 1993 tetapi
masih menduduki Majlis Tertinggi UMNO sehingga 1996

1996 Menang semula sebagai Naib Presiden dalam PAU 1996.

1998 Menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang

1999 Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas pemecatan Anwar


Ibrahim dari kerajaan dan parti pada September 1998.

Mengetuai Kementerian Dalam Negeri.

Menjadi Timbalan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN)

2000 Terpilih sebagai Timbalan Presiden UMNO tanpa bertanding


menggantikan tempat Anwar Ibrahim.

490
31 Oktober Mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Mahathir.
2003

21 Mac 2004 Memimpin BN dalam kemenangan terbesar dalam sejarah dalam PRU-
11

8 Mac 2008 Memimpin BN yang mengalami prestasi terburuknya dalam PRU-12

8 Oktober Mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO


2008

28 Mac 2009 Menyerahkan jawatan Presiden UMNO kepada Najib Razak

3 April 2009 Menyerahkan jawatan Perdana Menteri Malaysia kepada Najib Razak

491
LAMPIRAN C – SEPULUH UCAPAN / WAWANCARA TERPENTING
ABDULLAH

Di bawah ialah sepuluh ucapan dan wawancara yang dirasakan pengkaji adalah begitu
penting dalam menggambarkan pemikiran, cabaran dan juga dilema yang dihadapi
Abdullah dalam melakukan perubahan dalam eranya. Senarai ini diharapkan dapat
membantu para pengkaji lain yang ingin melakukan sebarang kajian mengenai
Abdullah.

‗Ucapan Plenary Commision on Faith and Order of the World Council of Churches‘
pada 3 Ogos 2004

‗Ucapan The Harvard Club of Malaysia Dinner‘ pada 5 Mei 2005.

‗Wawancara: Cabaran laksana Misi Nasional‘, Utusan Malaysia, 4 April 2006.

‗Wawancara: Menambah nilai perjuangan‘, Mingguan Malaysia, 12 November 2006.

‗Ucapan Dasar Perhimpunan Agung UMNO 2006‘, Utusan Malaysia, 16 November


2006.

‗Ucapan Delivering Justice, Renewing Trust‘ pada 17 April 2008.

‗Conversations: Man on a mission‘, The Sun 4 Disember 2008.

‗Ucapan Dasar Perhimpunan Agung UMNO 2008‘ pada 26 Mac 2009.

‗Interview: The mellow life‘, The Edge, 7 Februari 2011.

‗Ucapan Balas Penerimaan Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan Dalam


Pembangunan Modal Insan oleh Universiti Malaysia Kelantan‘ pada 19 September
2011.

492
LAMPIRAN D - SALINAN BUKTI PENERBITAN JURNAL/ ANUGERAH

i. Manusia dan Masyarakat , 17 (2009)

493
ii. Jebat , 38, (1) (2011)

494
iii. Kajian Malaysia, 30 (1) (2012)

495
iv. Japanese Journal of Political Science (dalam proses percetakan. Akan
diterbitkan dalam keluaran 13 (3), September 2012.

496
v. Asian Survey (dalam proses penerbitan. Keluaran penerbitan masih belum
ditentukan)

497
vi. Anugerah Penyelidikan Terbaik Persada Kencana Universiti Sains Malaysia
2011 (Kategori Sastera Tulen).

498

You might also like