You are on page 1of 9

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

ULASAN WEBINAR

FALSAFAH DAN ISU SEMASA

UPU3112 (GROUP G)

Disediakan oleh:

NAMA NOMBOR MATRIK

FARISYA IRDEANNA BINTI FAIDRUL D20221103773


IQMAR

NUR NAJIHAH BINTI MOHD NORDIN D20221103794

WAN NUR JANNAH BINTI WAN ASRON D20221102468

DAPHANEY ACHI D20221102289

MUHAMMAD IZUDIN BIN MD ISA D20222105089

PEMBANGUNAN INSAN SEJAHTERA


TAJUK
DALAM MENDEPANI CABARAN
IDEOLOGI SEMASA

PENSYARAH PUAN SITI AISYAH BINTI MOHAMAD ZIN


PENDAHULUAN

Ahli panel pertama iaitu Dr. Nurul Ain Norman merupakan Felo Penyelidikan
Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia. Seterusnya, ahli panel kedua ialah Prof.
Dr. Mohd Hazim Shah. Beliau merupakan professor kehormat Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun
dan Falsafah, Kolej Sains dan Sastera, UUM. Ahli panel yang terakhir ialah PM Dr. Zainal
Abidin Sabusi. Beliau merupakan pengarah Sejahtera Centre for Sustainability and Humanity,
IIUM. Webinar ini dijalankan pada jam 02:30 pagi hingga 04:30 tengah hari pada 19 April 2023
pada hari Rabu. Tema webinar ini ialah pembangunan insan sejahtera dalam mendepani cabaran
ideologi semasa. Isu yang dibincangkan dalam webinar ini bagaimana mengenal manusia melalui
kaedah kajian tertentu, kesan kepada generasi muda sekiranya mengabaikan kepentingan diri,
insan sejahtera, falsafah pendidikan kebangsaan dan ideologi pascamoden.

1
RUMUSAN SOALAN DAN JAWAPAN

Antara isu-isu penting yang dibincangkan oleh setiap panel ialah Cara-cara mengenal
manusia dalam konsep ihsan iaitu dengan mengenal melalui luaran , mengenal melalui kaedah
falsafah , melalui kaedah irfan nazari dan amali iaitu pembersihan jiwa dan mengenal melalui
wahyu dan agama. Kedua, panel mengatakan bahawa kita perlu menerima fahaman ideologi
pasca modenisasi. Pasca modernisasi mempunyai sejarah awal dari abad ke 18 dalam bentuk
gerakan enlightenment yang merupakan tapak kepada pemikiran modernis. Golongan muda
sekarang terdedah kepada pemikiran barat disebabkan oleh perkembangan teknologi.
Implikasinya, pengaruh agama merosot dalam kalangan orang muda kerana falsafah telah
mengambil peranan agama di negara barat. Golongan barat juga menekankan akan kepelbagaian
dan perbezaan antara satu sama lain menyebabkan sesuatu yang dilihat sebagai metanaratif
dilihat sebagai sesuatu yang tidak autentik kerana ia tidak mencerminkan peribadi manusia itu
yang sebenarnya. Golongan barat juga tidak menerima kebenaran atau nilai yang mutlak kerana
mereka menolak agama dan menganggap bahawa alam tiada pencipta. Ketiga, mengikut panel
ketiga erti sejahtera dalam peringkat pertama ialah spiritual, etikal dan emosional yang seimbang
dalam konteks dalaman diri. Manakala, pada peringkat kedua merupakan cabaran kepada
peringkat satu yang merupakan konteks luaran iaitu kognitif , intelek dan psikologikal untuk
melengkapkan konsep model sejahtera. Pada peringkat ketiga pula , apabila peringkat pertama
dan kedua telah tercapainya sejahtera maka peringkat terakhir merupakan kemampuan seseorang
insan untuk menyeimbangkan semua komponen itu dalam menangani isu psikologi, isu sosial,
isu kebudayaan dan isu ekonomi. Keempat, panel mengatakan bahawa kita perlu mengetahui
‘world view’ kita kearah yang mana agar dapat memenuhi ataupun mencapai kebahagiaan yang
sejati di dunia dan di akhirat. Disamping itu, panel mengungkapkan ketidak setujuanya terhadap
kenyataan bahawa pasca modenisasi bermula dengan kegagalan epistemologi, hal ini kerana
pasca modenisasi berpunca daripada hilangnya kepercayaan terhadap agama di kalangan
masyarakat barat serta kegagalan dalam kerohanian barat. Seterusnya, panel pertama mengatakan
bahawa kejadian manusia dalam teori darwin yang mengatakan bahawa manusia terjadi dalam
proses revolusi mengikut perspektif agama adalah kurang tepat kerana kerana ia menolak konsep
manusia menolak dan terpisah daripada konsep tuhan. Panel juga mengatakan bahawa bahasa
Al-quran berbeza dengan bahasa sains namun, Al-quran merupakan kitab suci dan mustahil

2
untuk bercanggah dengan sains dan seharusnya selari. Maka dengan itu teori revolusi belum
mendapat 100% keyakinan. Selain itu, panel kedua juga mengungkapkan isi penting mengenai
ideologi pascamodenisme seperti relativisme. Panel kedua menyatakan bahawa tidak ada
pegangan yang boleh diterima di dalam ideologi ini kerana kita memerlukan pegangan yang
memberikan kita keyakinan maka kita perlu mempunyai landasan dalam menjalankan
penyelidikan dan kajian tentang sesuatu. Akhir sekali, isu penting yang dinyatakan oleh panel
ketiga ialah pelajar perlu mendapat keseimbangan dari keempat-empat rujukan pendidikan iaitu
menjadi seseorang yang belajar untuk mengetahui (learning to know) , belajar untuk melakukan
(learning to do), Belajar untuk menjadi (learning to be) dan belajar untuk hidup bersama
(learning to live together). Panel juga mengatakan bahawa konsep insan sejahtera perlulah
diterangkan dalam konteks falsafah kepada mahasiswa dan digunapakai agar dapat difahami dan
dijiwai.

Didalam webinar ini saya dapati bahwa semua ahli panel menggunakan metodologi
yang sistematik yang terdiri daripada analisis teoritis mengenai kaedah dan prinsip yang
berkaitan dengan tajuk webinar iaitu perkembangan insan sejahtera dalam mendepani cabaran
ideologi semasa. Panel ketiga juga menunjukan ke sistematika nya dalam menerangkan hujahnya
dengan menggunakan powerpoint yang membuatkan penonton jelas dan lebih faham mengenai
topik yang diterangkan olehnya. Selain itu didalam webinar ini saya juga mendapati bahawa
setiap ahli panel dapat menjawab soalan yang dikemukakan dengan teliti kerana mereka
menggunakan dapatan kajian mereka serta menyelit contoh potongan ayat dari Al-quran dan
sumber lain yang mereka dapati. Namun, terdapat segelintir pelajar yang tidak dapat dan sukar
memahami konteks atau jawapan yang dikemukan oleh ahli panel. Hal ini kerana ada di
kalangan ahli panel tidak menjawab soalan yang diberikan dengan tepat malah menceritakan
begitu mendalam mengenai sesuatu ilmu falsafah menyebabkan munculnya kekeliruan kerana
tidak menjawab soalan yang asal serta memberikan pendapat yang tidak jelas. Ahli panel juga
sewajarnya menjawab soalan dengan menunjukkan hasil pembentangan seperti menggunakan
powerpoint dan sebagainya agar pelajar lebih memahami konteks atau jawapan yang diberikan
oleh ahli panel. Contohnya, salah satu daripada tiga panel yang terlibat menggunakan kaedah ini
dengan menggunakan powerpoint sebagai medium pembentangan jawapannya.

3
Di dalam webinar ini saya dapat menjelaskan implikasi perbincangan yang terjadi
kepada kehidupan mahasiswa dan mahasiswi masa kini. Salah satu implikasinya ialah mahasiswa
dan mahasiswi dapat meluaskan pengetahuan mereka mengenai ilmu falsafah di dalam diri
mereka. Antaranya ialah mengenai kepentingan mengenal diri dalam konteks perspektif barat
dan agama dalam kehidupan. Sebagai contoh, seorang ahli panel telah menerangkan mengenai
faktor keterbukaan dimana mahasiswa dan mahasiswi terdedah kepada pemikiran dari luar
melalui teknologi yang didapati sekarang seperti internet. Oleh itu, mahasiswa dan mahasiswi
terdedah dengan pelbagai bentuk pemikiran kerana tidak ada cara lain lagi untuk menyekat
pemikiran mereka menjadi lebih terbuka berbanding dengan zaman dahulu. Hal ini menyebabkan
mahasiswa dan mahasiswi terikut dengan pandangan barat menyebabkan mereka tidak
mengenali diri mereka kerana ingin mengikut perkembangan moden dari barat agar tidak
kelihatan kolot. Namun, dengan mengikuti perbincangan webinar ini mahasiswa dan mahasiswa
dapat pengetahuan yang lebih mendalam mengenai agama islam dengan lebih lanjut dengan
mendalami falsafah islam yang mementingkan pemikiran agama.

4
ANALISIS
Bagaimana anda mendapati kandungan webinar berkait dengan khusus ini?
Saya mendapati kandungan webinar ini dapat berkait dengan khusus ini kerana khusus ini
mengajar tentang falsafah dan isu semasa manakala kandungan webinar ini juga selaras dengan
tujuan khusus ini. Selain itu juga, boleh dilihat pada webinar ini banyak sekali para panel
membincangkan dan mengetengahkan tentang perkara insan sejahtera. Sebagai contohnya panel
pertama iaitu Dr.Nur Ain Norman yang menerangkan konsep insan dan maksud insan sejahtera
pada menit yg ke 8 dan minit ke 47 oleh panel ketiga iaitu Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Sanusi.
Insan sejahtera juga telah ditekankan dan diajarkan di dalam khusus ini.

Bagaimana webinar ini dapat memperkukuhkan kefahaman anda?


Bagaimana webinar ini dapat memperkukuhkan kefahaman saya adalah kerana para panel atau
penyampai menggunakan perkataan yang mudah untuk difahami. Dengan sebegini memudahkan
saya untuk berfikir tanpa perlu bersusah payah untuk mencari maksud atau info sesuatu perkara
yang telah disampaikan oleh pihak penyampai. Seterusnya, kebanyakan soalan atau bahan
perbincangan yang dibincangkan amat memenuhi syarat pemikiran seperti mana para mahasiswa
seperti saya pikirkan dan bahan perbincangan ini memberikan jawapan yang mudah dan
muhasabah untuk dipahami dengan baik.

Apakah kekuatan dalam hujah setiap ahli panel?


Di dalam webinar ini boleh dilihat beberapa kekuatan dalam menghujah yang telah dipamerkan
oleh setiap ahli panel antaranya seperti mempunyai pemahaman yang tinggi dalam menghujah
atau menyampaikan sesuatu info itu. Sebagai contoh boleh dilihat pada ahli panel Prof Dr
Muhammad Hazim Shah yang mempunyai banyak ilmu dan pemahamannya tentang
perkara-perkara yang berkaitan dengan falsafah. Selain itu juga, kekuatan yang dapat dilihat
adalah keyakinan setiap ahli panel dalam menyampaikan sesuatu jawapan yang telah
dipersoalkan kepada mereka. Disini boleh dilihat ahli panel yakin dan faham akan jawapan yang
mereka telah berikan kepada setiap persoalan yang dituju kepada mereka.

Pada pandangan anda, apakah yang menjadikan ahli panel webinar telah melakukan yang
terbaik dalam mempersembahkan pandangannya?

5
Pada pendapat saya, yang menjadikan setiap ahli panel webinar ini telah melakukan yang terbaik
dalam mempersembahkan pandangan mereka adalah dengan adanya penyusunan ayat atau
kata-kata yang diberikan dengan baik. Dengan adanya perkara ini dapat memudahkan para
penonton mengetahui tentang perbincangan yang telah di hujahkan. Selain itu, aliran dalam
membincangkan suatu persoalan kepada persoalan yang seterusnya telah dilakukan secara
bertahap, ini juga merupakan faktor yang menyumbang dalam cemerlangnya penyampaian
mereka. Justeru, hal ini akan dapat memudahkan penonton-penonton memahami setiap perkara
dari satu bahagian ke satu bahagian yang lain.

Apakah kelemahan utama panel dalam persembahan pandangannya ini?

Sepanjang sesi ini, para panel telah menyampaikan pendapat dan penerangan yang terbaik,
namun terdapat sedikit kepincangan mereka dalam mempersembahkan pandangan tersebut.
Dalam pusingan pertama, panel pertama tidak dapat memberikan jawapan bagi persoalan
mengenai pengabaian kepentingan mengenal diri dengan jelas. Jawapan yang dikemukakan
beliau itu lebih kepada pesanan kepada umum agar tidak terpesong dari pegangan agama serta
menekankan pentingnya mencari kebahagiaan yang sejati dan mutlak. Namun begitu, beliau
tidak mengupas dengan lebih terperinci tentang implikasi yang bakal terjadi jika pengabaian itu
berlaku. Ini telah menimbulkan lebih banyak pertanyaan berbanding memberi pencerahan
terhadap soalan yang diajukan.Selain itu, panel yang ketiga juga tidak dapat menjawab soalan
yang diajukan oleh para penonton dengan baik semasa sesi soal jawab berlangsung. Soalan yang
diajukan ialah mengenai etimologi sejahtera. Semestinya sebagai seorang ahli panel, penonton
mengharapkan agar soalan diajukan dapat dijawab dengan baik. Namun, panel yang ketiga tidak
mampu menerangkan maksud sejahtera dalam konsep emitologi dengan baik.Didapati juga
sepanjang webinar ini, para panel banyak menggunakan istilah-istilah yang tidak biasa
digunakan oleh umum, khususnya golongan bukan akademik. Penggunaan istilah-istilah ini juga
tidak diberikan penjelasan sebenar-benarnya mengenai maksud dan konteks istilah. Ini akan
membuatkan para penonton umum keliru atau kurang faham dengan dialog yang disampaikan.

Apakah aspek yang anda rasakan panel terkhilaf, kurang tepat dalam menyatakan
pandangannya?

6
Sepanjang webinar ini, apa yang dapat dilihat ialah para panel tidak menyatakan dari mana
sumber fakta yang digunakan bagi menyokong hujah mereka. Situasi ini kelihatan seperti para
panel sekadar menghuraikan pendapat mereka berdasarkan kefahaman mereka tanpa didukung
bukti yang kukuh. Pada pendapat saya, jika para panel menyertakan sumber dan bahan rujukan
yang digunakan bagi memperoleh fakta yang dinyatakan, ini akan mendorong para penonton
untuk mencari dan menelaah sendiri sumber tersebut pada masa akan datang untuk lebih
memahami hujah-hujah yang diajukan.

Apakah persoalan lain yang wujud dalam webinar ini?

Persoalan lain yang wujud dalam webinar ini ialah adakah pengaruh dan fahaman agama tidak
signifikan dalam pascamodenisme, dan jika ada, apakah kepentingannya bagi masyarakat dan
individu.

7
PENUTUP

Kesimpulannya, jelaslah perkongsian ilmu daripada webinar ini yang bermanfaat dan dapat
memotivasikan supaya dapat mencari keseimbangan antara kecemerlangan akademik dan
kecemerlangan dari segi sosial. Topik webinar Pembangunan insan sejahtera dalam mendepani
cabaran ideologi semasa ini amatlah membuka mata mahasiswa dan mahasiswi supaya dapat
menggunakan ilmu kemanusian di dunia nyata.Selain itu , mahasiswa dan mahasiswi perlulah
mengambil peluang menggunakan konsep falsafah dari segi keagaman fikiran dan sebagainya
dalam kehidupan harian supaya terdapat perubahan di generasi akan datang yang akan lebih
membawa kepada positif impak dan seterusnya mahasiswa dan mahasiswi juga perlu mengambil
peluang dengan adanya landasan yang rasional dalam falsafah ini untuk mengetahui ilmu tentang
budaya budaya selain budaya barat yang digahkan.

You might also like