You are on page 1of 8

Konsep asas falsafah dan falsafah pendidikan

1.Nyatakan salah satu tafsiran falsafah menurut Sharifah Alwiah Alsagoff

-Pertimbangan asas dan andaian mengenai pertimbangan terhadap perkara yang penting

-Falsafah mempersoalkan prinsip-prinsip reality, ilmu, dan nilai

-Falsafah cenderung mengumpulkan rumusannya kepada bentuk mazhab-mazhab atau sistem-


sistem pemikiran

-Falsafah ialah pendekatan yang rasional terhadap sesuatu masalah atau persoalan

-Falsafah ialah sesuatu penyiasatan yang komprehensif dan logical mengenai asas-asas
pemikiran atas semua aktiviti manusia, khususnya dalam bidang sains, seni, agama dan
pendidikan

2.Tugas utama seseorang ahli falsafah ialah menilai kehidupan dan pengalaman manusia.
Apakah salah satu cara yang digunakan oleh ahli falsafah bagi menilai kehidupan dan
pengalaman manusia?

-menganalisis

-memberi interprestasi

-mencari rumusan

3.Sebagaimana yang kita tahu, falsafah melibatkan diri terhadap kajian. Antara kajian tersebut
ialah?

Kajian tentang:

-ilmu

-alam nyata

-fitrah manusia dan masyarakat


4.Nyatakan pengertian istilah falsafah berdasarkan dua perkataan Yunani iaitu philos dan
Sophia

-perihal mencintai kebijaksanaan

5.Didapati bahawa falsafah semasa zaman Yunani dan selepas beberapa kurunnya
merangkumi bidang yang amat luas. Antara bidang tersebut ialah

-sains

-matematik

-teologi

-psikologi

-sosiologi

-ekonomi

6.Nyatakan salah satu metodologi utama sebagai kajian berlandaskan falsafah pendidikan.

-Analisis konsep

-Analisis Bahasa

-Kaedah Dialektial

-Pembentukan Teori

-Kaedah Fenomenikal

7.Nyatakan pengertian falsafah pendidikan berasaskan kepada pendapat E.D.Miller dalam


bukunya Questions that Matter (1984) yang telah menginterprestasikan falsafah sebagai usaha
memikir secara rasional dan kritis atas perkara-perkara yang penting.

-Falsafah pendidikan diertikan sebagai usaha memikir secara rasional dan kritis atas pendidikan
Cabang-cabang falsafah

1.Falsafah diklasifikasikan kepada empat cabang atau bidang kajian. Nyatakan salah satu
cabang falsafah tersebut.

-Metafizik

-Epistemologi

-Aksiologi

-Logik

2.Terdapat juga ahli falsafah yang membahagikan aksiologi kepada dua cabang lagi. Antara
cabang tersebut ialah ..

-aksiologi etika

-aksiologi estetika

3.Apakah yang dimaksudkan dengan metafizik yang merupakan salah satu cabang falsafah?

-Berkaitan dengan kajian realiti

4.Apakah yang dimaksudkan dengan epistemologi yang merupakan salah satu cabang
falsafah?

-Berkaitan dengan kajian ilmu

5.Apakah yang dimaksudkan dengan aksiologi yang merupakan salah satu cabang falsafah?

-Berkaitan dengan kajian nilai

6.Apakah yang dimaksudkan dengan logik yang merupakan salah satu cabang falsafah?

-Berkaitan dengan penaakulan


Perkembangan Pendidikan di Malaysia

1.Sebelum merdeka, sistem pendidikan di Malaysia terbahagi kepada 2 fasa. Salah satu fasa
tersebut ialah ..

-Sebelum zaman Kolonialisme British

-Semasa zaman Kolonialisme British

2.Sebelum zaman Kolonialisme British (1400-1786), pendidikan di Malaysia yang merupakan


Tanah Melayu pada ketika itu berasaskan kepada pendidikan Islam. Antara tempat-tempat yang
digunakan sebagai institusi pendidikan ketika itu ialah

-rumah-rumah guru

-masjid

-surau

-madrasah

-institusi agama (pondok)

3.Semasa zaman Kolonialisme British (1786-1956), pendidikan di Malaysia yang merupakan


Tanah Melayu pada ketika itu telah dibahagikan kepada 2 fasa. Antara fasa tersebut adalah
sebelum Perang Dunia Kedua (1786-1941). Antara sistem pendidikan yang wujud di Tanah
Melayu ketika itu ialah ..

-Pendidikan peringkat menengah

-Pendidikan peringkat rendah

-Latihan Perguruan

-Pendidikan Vokasional dan Teknik

-Pendidikan tinggi
4. Sistem vernakular yang wujud di Tanah Melayu dahulu telah menghasilkan sekolah
vernakular. Antara sekolah vernakular tersebut ialah

-Sekolah Melayu

-Sekolah Cina

-Sekolah Tamil

-Sekolah Inggeris

5.Kenapakah British menggunakan dasar untuk tidak mendirikan sekolah menengah aliran
Melayu sebaliknya ditubuhkan sekolah menengah aliran Inggeris?

-Mendidik anak-anak Melayu untuk menjadi nelayan dan petani sahaja

-British melihat pendidikan tinggi dalam kalangan orang Melayu akan mencetuskan perasaan
anti-kerajaan

6.Nyatakan tujuan sekolah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua (1786-1941).

-Memberi anak-anak Melayu pendidikan asas selama 6 tahun (sehingga darjah 5 sahaja)

7.Antara ciri-ciri sekolah Inggeris semasa zaman Kolonialisme British ialah .

-Terletak di bandar

-Mewajibkan orang bukan Islam untuk mempelajari agama Kristian

-Memperluaskan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar

-Bantuan kewangan dan sokongan daripada British


8.Tujuan sekolah Inggeris semasa zaman Kolonialisme British ialah .

-Menghasilkan para lulusan yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris

-bagi mengisi jawatan dalam sektor kerajaan

-bagi mengisi jawatan dalam sektor perdagangan

-Memberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi

9.Nyatakan sebab Rancangan Cheesemen dilupuskan pada tahun 1949.

-tidak berfokuskan integrasi nasional dalam pelbagai kaum

10.Tujuan sekolah-sekolah Tamil didirikan oleh pemilik-pemilik lading semasa zaman


Kolonialisme British ialah .

-bagi mendidik anak-anak pekerja di ladang

11.Apa yang telah diperkenalkan dalam Laporan Aminuddin Baki tahun 1964?

-Pendidikan aneka jurusan

12.Antara ciri Laporan Aminuddin Baki 1964 ialah ..

-Wujud sekolah vokasional

-Wujud sekolah teknik


13.Antara cadangan yang terdapat dalam Laporan Kabinet ialah

-Tumpuan diberikn kepada 3M iaitu membaca, menulis, mengira

-Kedudukan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua selepas bahasa Melayu

-Fokus kepada pendidikan kerohanian, disiplin yang kukuh

-Pendidikan menengah atas terbahagi kepada 2 jurusan iaitu;

-jurusan akademik

-jurusan vokasional

-Tambahan tempoh melanjutkan pelajaran dari 9 tahun kepada 11 tahun

-Kurikulum ala Malaysia ditegaskan

14.Apakah yang telah dikemukan dalam Akta Pendidikan 1996

-Mengemukakan satu undang-undang baharu tentang pendidikan bagi maksud melaksanakan


dasar pendidikan negara

15.Tujuan diperkenalkan Akta Pendidikan 1996 adalah untuk .

-Memansuhkan Akta Pelajaran 1961


16.Antara cadangan Penyata Rahman Talib ialah

-Pendidikan percuma di sekolah rendah

-Sistem kenaikan darjah secara automatik sehingga ke tingkatan 3

-Peperiksaan penilaian darjah 5 diwujudkan

-Pendidikan Moral dititikberatkan

-Pendidikan teknikal dan vokasional dipertingkatkan

-Pelajaran agama Islam diajar jika terdapat sekurangnya 15 orang murid atau lebih yang
beragama Islam

-Kawalan mutu pelajaran dipertingkat di sekolah rendah dengan adanya Jemaah nazir

-Program latihan perguruan diberi penekanan

17.Antara cadangan Laporan Fenn-Wu 1951 ialah

-Sekolah Cina dikekalkan

-Bahasa Cina diajar sebagai bahasa ketiga selain bahasa Melayu dan bahasa Inggeris

-Membentuk sekolah kebangsaan, tetapi sekolah Cina dibenar diuruskan secara berasingan

-Sukatan pelajaran sekolah Cina akan bertumpu kepada hal-hal yang berlaku di Tanah Melayu

You might also like