You are on page 1of 13

Falsafah Pendidikan Barat

Falsafah Pendidikan Barat mengandungi unsur-unsur falsafah tradisional dan juga


aliran moden. Di antara falsafah pendidikan tradisional yang utama
ialah perenialisme dan essensialisme.Manakala, falsafah pendidikan moden yang
berpengaruh ialahprogresivisme, rekonstruktivisme, dan eksistensialisme.
Perenialisme
Perenialisme berasas daripada falsafah tradisional yang banyak dipengaruhi oleh
fahaman idealisme Plato (427-347 SM) dan Aristotle (384-322 SM). Sebagai aliran
falsafah pendidikan moden, perenialisme ini adalah dipelopori oleh R. M. Hutchins
(1899-1977), Mortimer J. Alder (I802-?) dari Amerika Syarikat, dan Jacques Maritain
(1882-1973) dari Perancis.
Mengikut ahli-ahli perenialisme, oleh kerana pengaruh materialisms,pragmatisme dan
fahaman sains, nilai moral dan rasional manusia semakin merosot. Untuk menyelamat
tamadun manusia daripada kelenyapan, fungsi asas pendidikan hendaklah
mengutamakan perkembangan potensi rasional individu, menolong mereka menemui
prinsip-prinsip mutlak, dan daripada itu, memahami dunia yang sebenar. Maka, tugas
utama dalam proses pendidikan ialah mendisplinkan mental dan jiwa pelajar, di
samping mengembang potensi menaakul. Sehubungan ini, membaca bahanbahan tulisan agung dari masa lampau merupakan tugas yang penting
bagiseseorang pelajar. Ahli perenialisme berpendapat, melalui pembacaan tulisantulisan cendekiawan zaman lampau, pelajar dapat bersemuka secara tidak langsung
dengan pemikiran mereka dan mempelajari cara memikir seperti mereka. Maka, tugas
pendidikan ialah memupuk kelakuan moral, menguasai alat pembelajaran, melatih
pelajar dalam 3M, iaitu membaca, menulisdan mengira, serta mengingat petikan-petikan
daripada karya-karyaagung sebagai asas kehidupan yang rasional dan matang pada masa
depan. Di samping itu, mereka berpendapat pula bahawa pendidikan
kemanusiaan, termasuk agama, ialah mata pelajaran yang penting dan
hendaklah dipelajari terlebih dahulu daripada pendidikan sains.
Essensialisme
Essensialisme pula berasas daripada falsafah tradisional.Pandangan pendidikan ahliahli essensialisme banyak dipengaruhi oleh falsafah idealisme dan realisme. Falsafah
pendidikanessensialisme ini adalah dipelopori oleh William C. Bagley (1874-1946) dari
Amerika Syariklat pada tahun 1938. Penyokong-penyokong essensialisme ialah
Thomas Briggs, Frederick Breed dan Issac L. Kandel. Selepas Russia berjaya

menghantar satelitnya ke angkasa lepas pada tahun 1957, essensialisme semakin


diutamakan sebagai pertimbangan asas dalam inovasi kurikulum sekolah.
Ahli-ahli falsafah pendidikan essensialisme, seperti James B. Conant (1893-1978) dan
Hyman George Rickover (1900-?), berpendapat fitrah manusia sebenarnya kekurangan
nilai-nilai murni yang sempurna. Sama ada dapat dibaiki untuk menjadi insan yang baik
adalah bergantung kepada pengaruh kebudayaan masyarakat, iaitu melalui latihan
intelek dan mental untuk membentuk personaliti dan mental mereka ke tahap
keharmonian dan penyempurnaan. Mengikut mereka, guru memainkan peranan yang
utama dalam proses pendidikan, membantu pelajar memperolehi keperluan dan kualiti
kehidupan orang dewasa, agar mereka dapat berjaya hidup dalammasyarakat secara
terus menerus. Guru hendaklah mengamalkan sikap pimpinan demokratik, mengambil
inisiatif untuk menjalankan tugas sebagai pengajar, kreatif membentuk iklim kondusif untuk
aktiviti pengajaran dan pembelajaran, dan mahir menggunakan teknik peneguhan ataupun
ganjaran dan denda. Sehubungan ini, guru hendaklah mempunyai kelayakan akademik
yang berpatutan, emosi stabil, dan juga memahami psikologi perkembangan kanakkanak dan remaja. Mengikut ahli-ahli essensialisme, ilmu diperolehi dengan berkesan
adalah bergantung kepada kerajinan dan tumpuan perhatian pelajar. Minat bukan kunci
kejayaan dalam pembelajaran. Minat boleh dipupuk selepas berusaha bersungguhsungguh daripada bimbingan guru secara terus-menerus. Pelajar
hendaklah memahami dan mematuhi kewibawaan dan pimpinan guru. Di
dalam bidang kurikulum, ahli-ahli essensialisme menyarankan kurikulum
sekolahhendaklah dibentuk berdasarkan keperluan masyarakat; bahan-bahan pelajaran
hendaklah disediakan secara rapi dan logikal; aktiviti pengajaran dan pembelajaran
hendaklah dirancang secara sistematik dan mengikut sekuen yang sesuai; dan kriteria
kenaikan darjah hendaklah ditetapkan secara rapi mengikut pencapaian peperiksaan. Di
dalam peringkat sekolah rendah, pendidikan 3M, (iaitu membaca,
menulis dan mengira) merupakan perkara-perkara yang asas diikuti dengan mata
pelajaran tambahan seperti sejarah, ilmu alam, sains dan bahasa asing. Mata pelajaran
yang kurang penting ialah pendidikan seni, pendidikan jasmani dan muzik. Di sekolah
menengah, pendidikan membaca dan menulis yang lebih khusus
hendaklahdiperkembangkan, diikuti dengan mata pelajaran arithmetik, algebra,
geometri, trigonometri dan kalkulus, fizik, kimia, biologi dan geologi.Seperti sekolah
rendah, mata pelajaran yang kurang penting ialahpendidikan seni, pendidikan jasmani
dan muzik, ditambah dengan mata pelajaran vokasional dan aktiviti luar bilik darjah
(iaitu aktivitikokurikulum).

Ahli-ahli essensialisme pula menyarankan nilai-nilai masyarakat termasuk nilai-nilai


sosial, kebudayaan, politik, cerdekiawan dan penulisan yang terkenal hendaklah diajar
sepanjang peringkat persekolahan. Sehubungan ini, guru hendaklah mempunyai
kelayakan dan kemahiran dalam bidang nilai-nilai masyarakat tradisi dan masyarakat
moden.
Progresivisme
Progresivisme berasas daripada falsafah naturalisme danpragmatisme. Falsafah
naturalisme adalah dipelopori oleh Jean J. Rousseau (1712-1778: Perancis), Heinrich
Pestalozzi (bangsa Swiss : 1746-1827) dan Freidrich Froebel (bangsa Jerman : 17821852), semasa zaman reformasi di antara tahun 1712hingga 1860.
Mengikut Rousseau, kelahiran manusia adalah suci dan semula jadi seperti kain putih,
dan coraknya pada masa depan adalahdipengaruhi dan ditentukan oleh alam
sekitarnya. Maka, Teori Pembelajaran Semula Jadi, yang berasaskan daripada falsafah
pendidikan Rousseau ini, menekankan hasil pembelajaran seseorang adalah
dipengaruhi dan ditentukan oleh alam sekelilingnya. Teori pembelajaran ini bercanggah
dengan memaksa pelajar belajar seperti yang disarankan dalam Teori Disiplin Mental. la
sebaliknyamenyarankan agar menunggu timbul minatnya terhadap pembelajaran.
Maka, Teori Pembelajaran Semula Jadi menekankan keberkesanan pembelajaran
bergantung kepada kesediaan pembelajaran seseorang, yang telah menjadi salah satu
prinsip pengajaran dan pembelajaran yang utama dalam masakini.
Naturalisme merupakan teras falsafah pendidikan Rousseau. Beliau menegaskan,
untuk membentuk manusia yang ideal, kita harus ; melaksanakan pendidikan bercorak
naturalisme. Di dalam alam sekitar, mengikut kajian beliau, kedudukan orang dewasa
dengan kanak-kanak adalah berlainan. Oleh itu, di dalam aspek pendidikan, kedua-dua
kumpulan mereka hendaklah dipandang berlainan. Tambahan pula, kanakkanak hendaklah diajar cara yang sesuai mengikut peringkat perkembangan
umur mereka. Kanak-kanak akan menjadi mangsa sekiranya mereka dipaksa belajar
mengikut pendidikan orang dewasa.
Manakala, pragmatisme adalah dipelopori oleh John Dewey (1859-1952), William H.
Kilpatrik (1871-1965), Boyd H. Bode (1873-1953), dan Harold V. Rugg (1886-1960) dari
Amerika Syarikat.
Falsafah pragmatisme adalah dilahir daripada andaian bahawa ilmu pengetahuan
dapat diperolehi melalui cara perhubungan manusia dengan alam sekitarnya. Ahli
falsafah yang menggunakan pendekatan pragmatik ini berpendapat bahawa sesuatu
idea, prinsip atau fakta hanya boleh dikatakan benar dan bermakna apabila idea,

prinsip atau fakta itu telah diuji secara objektif serta saintifik, dan membawa hasil yang
memuaskan. Dengan perkataan lain, kebenaran sesuatu idea, prinsip atau hukum
bergantung kepada hasil yang diperhatikan secara objektif dalam sesuatu penyelidikan
yang dijalankan.
Ahli-ahli falsafah pragmatisme, seperti Pierce dan John Dewey,berpendapat pula
bahawa cara yang paling berkesan untuk memperolehi ilmu pengetahuan ialah
menggunakan kaedah penyelesaian masalah. Mengikut mereka, usaha mencari
penyelesaian sesuatu masalah dilahir daripada keperluan dan minat. Aktiviti
menyelesaikan masalah akan dapat dilaksanakan dengan berkesan apabila timbulnya
keperluan dan minat untuk menyelesaikan masalah tersebut. Di bawah konteks
pendidikan, pendekatan pragmatik pula menjadi sesuatu kaedah mengajar dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Dengan penggunaan kaedah penyelesaian masalah,
pelajaran akan menjadi lebih mudah, lebih menarik dan lebih bermakna kerana pelajaran
adalah dirancang mengikut keperluan dan minatpelajar.
Kemunculan aliran progresivisme pada tahun 1930-an adalah bertujuan menentang
pendidikan tradisional yang disifatkan sebagai pasif dalam pembelajaran, kerana ia
mengutamakan kemahiran mengingat dan latihan yang rapi. Lantaran ini, John Dewey
dan ahli-ahli progresivisme yang lain menyarankan progresivisme untuk menentang
aliran perenialisme, khasnya mengritik autoriti guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Di dalam fahaman progresivisme, pelajar merupakan peranan utama
dalam pembelajaran. Mereka berpendapat segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran
hendaklah dirancang berdasarkan minat, keperluan dan kebolehan pelajar. Mereka
menggambarkan pelajar sebagai individu yang berpengalaman, bermotivasi kendiri dan
mempunyai naluri ingin tahu. Oleh itu, mereka harus diajar dengan pendekatan kajian
sosial, projek, penyelesaian masalah dan ujikaji. Guru yang berkesan adalah guru
yang memainkan peranan sebagai pembimbing dan penasihat dengan membimbing
pelajar menggunakan kaedah inkuiri dan penemuan untuk memperolehi ilmu pengetahuan
melalui usaha diri sendiri. Sehubungan ini, pcrkara-perkara yang hendak disampaikan
patutlah berlandaskan minat pcngalaman dan kebolehan pelajar.
Mengikut Dewey, pendidikan di sekolah merupakan sebahagian kehidupan harian
pelajar. Maka, sekolah bukan sahaja tempat untuk memperolehi ilmu pengetahuan,
tetapi juga sesuatu tempat untuk pelajar bckerja dan hidup secara bermasyarakat.
Sehubungan ini, beliau menyarankan mata pelajaran seperti Kemahiran Hidup
diperkenalkan dan tlipelajari dengan kaedah praktik di dalam bengkel sekolah, demi
memupuk kemahiran daya cipta di kalangan pelajar.

Sebagai masyarakat kecil, sekolah hendaklah berperanan untuk mendorongkan


kerjasama di kalangan anggota-anggotanya di samping mengamalkan kepimpinan
demokratik dalam hal pengurusan dan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Dengan perkataan lain, ahli-ahli progresivisme menyokong
penggunaan strategi kolaboratif dan koperatif dalam aktiviti-aktiviti pendidikan. Guru
hendaklah menggalakkan pelajar mengambil inisiatif sendiri dan menggunakan kaedah
kerja praktik dan pengalaman sedia ada untuk memperolehi ilmu pengetahuan dan
menguasai kemahiran menyelesaikan masalah. Ilmu sains sahaja merupakan ilmu yang
sebenar. Oleh itu, proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dilaksanakan
berdasarkan langkah-langkah kajian sains, termasuk aplikasi prinsip "membuat sambil
belajar".Kaedah sains merupakan kaedah koperatif, dan di bawah aplikasinya dalam
kehidupan bermasyarakat ialah sesuatu kaedah bersifat demokratik. Ini bermakna,
mengikut mereka, sekolah hendaklah beroperasi sebagai organisasi yang bercorak
demokratik.
Rekonstruktivisme
Rekonstruktivisme merupakan falsafah pendidikan yang dipecahkan daripada aliran
fahaman progresivisme dan menjadi suatu falsafah sendiri. Pelopor utama aliran
fahaman rekonstruktivisme ialah George S. Counts (1899-1974) dam Harold O. Rugg
(1886-1960), kedua-duanya adalah penyokong pragmatisme John Dewey.
Ahli-ahli rekonstruktivisme berpendapat falsafah pendidikan progresivisme hanya
sesuai digunakan dalam masyarakat yang stabil; oleh itu, adalah perlu mengadakan
sesuatu falsafah 'krisis'seperti rekonstruktivisme untuk menyelamat kebudayaan
masyarakat yang kian diancam dan menghadapi masalah keruntuhan. Tambahan pula,
mengikut mereka, progresivisme terlalu mementingkan pendekatan dan proses
pendidikan, hingga mengabaikan objektif dan hasilnya. Mereka berpendapat, tugas
utama pendidikan hams mengandungi objektif eksplisit, iaitu membentuk "Order Baru
Masyarakat" sebagai objektif yang ideal, membaiki masyarakat, merealisasikan
demokrasi untuk masyarakat dan sarwa jagat, demi membawa kebajikan dan
kesejahteraan untuk manusia.
Aliran fahaman rekonstruktivisme mula menjadi perhatian di dalam tahun 1950-an,
apabila Theodore Burghard Hurt Brameld (1904-?) menggabungkan teori
progresivisme dengan behaviorial sains sebagai asas rekonstruktivisme. Beliau
berpendapat pengalaman sebenarnya ialah hasil interaksi manusia dengan elemenelemen dalam alam persekitaran dan alam sosial, di mana pengalaman individu

merupakan tempat utama dalam proses interaksi tersebut. Nilai berubah mengikut
perubahan masyarakat. Nilai yang tertinggi akan dapat dicapai apabila individu dan
masyarakat memperolehi kepuasan dalam peringkat penyempurnaan. Sehubungan ini,
sekolah seharusnya menjadi sesuatu organisasi yang mengamalkan
prinsip rekonstruktivisme. Hal ini memerlukan pelajar mematuhi segala prinsip tingkah
laku yang ditentukan dan berusaha mempertingkatkan kualiti pembelajaran mereka.
Mengikut mereka, teori progresivisme yang menyarankan kaedah penyelesaian masalah
tidak mempunyai objektif dan nilainya, dan cara yang berkesan untuk mengkaji masalah
sosial ialah teknik perbincangan, yang akan dapat mencapai matlamat penyelesaian
masalah sosial, dan seterusnya membentuk masyarakat sosial yang harmoni
dan sempurna. Maka, teori rekonstruktivisme, di dalam usaha membina masyarakat
baru, menumpukan usaha kepada perkembangan ekonomi dan kebajikan sosial
manusia. Mereka percaya bahawa sekolah bolehmemainkan peranan membentuk
semula masyarakat yang harmoni dan sempurna. Maka, peranan guru bukan sahaja
menyampaikan ilmu pengetahuan, tetapi juga, yang lebih pentingnya, membawa isu-isu
sosial yang penting untuk dibincang dan diselesaikan secara usahasama. Ringkas kata,
teori rekonstruktivisme menekankanteknik perbincangan dan penggunaaan kemahiran
berjikir kritis dan kreatif dalam penyelesaian masalah. Untuk mencapai matlamat
pendidikan ini, bahan-bahan pelajaran hendaklah distrukturkan secara sistematik dan
bersepadu. Mata pelajaran kemanusiaan hendaklah menjadi fokus utama dalam
rancangan kurikulum sekolah, agar membentuk pelajar yang berperikemanusiaan,
berlandaskan kebudayaan masyarakat yang ideal.
Eksistensialisme
Aliran fahaman eksistensialisme merupakan falsafah pendidikan Barat yang
berasaskan naturalisme Rousseau dan mazhab humanis,adalah dipelopori oleh Carl
Rogers (1902-1987), dengan mengutamakan pembelajaran kendiri dan bukan ilmu
pengetahuan. Ahli-ahli eksistensialisme berpendapat pelajar tidak patut
mengorbanindividualiti mereka untuk memperolehi ilmu pengetahuan. Maka,
pembelajaran yang berkesan harus mempunyai makna kepada individu yang
berkenaan. Hanya melalui cara ini, pelajar barulah berupaya bertindak berdasarkan
ilmu pengetahuan dan kefahamannya dalam situasi mengikut masa dan keadaan yang
sesuai. Mereka menekankan kurikulum yang menjadi fokus utama hendaklah
dipindahkan daripada perkara alam dunia kepada dunia personaliti. Ini bermakna bahan
pembelajaran, cara belajar, kuantiti pembelajaran dan nilai-nilainya hendaklah
ditentukan oleh pelajar sendiri. Pemilihan dengan tepat atau silap adalah
tanggungjawab pelajar sendiri. Guru hendaklah menghormati pandangan dan pemilihan

pelajar dan tidak patut memaksa pelajar menerima nilainya. Permainan yang
mempunyai unsur kreatif dan pendidikan seni mengandungi nilai etika dan estetik yang
tinggi, kerana kedua-duanya membongkar konflik di antara individualiti dengan alam
persekitaran, mencetuskan perasaan dan emosi pelajar, dan oleh itu, membolehkan
pelajar mengembangkan potensi mereka dengan sempurna. Maka, sekolah hendaklah
menyediakan peluang untuk pelajar menemui kendiri diri dan memupuk kemahiran
berfikir secara reflektif untuk menilai diri serta keupayaan disiplin diri. Amalan falsafah
pendidikan eksistensialisme banyak didapati daripada sekolah-sekolah terbuka di
Amerika Syarikat, Taiwan, Jepun dan model Sekolah Summerhill di United Kingdom.
Perbezaan asas diantara falsafah2 tradisional (idealisme dan realisme) dan falsafah2
moden (pragmatisme dan eksistensialisme) ialah perhubungan di antara cara dan
matlamat. Bagi falsafah2 tradisional, matlamat telah ditentukan terlebih dahulu oleh
autoriti di luar dan manusia hanya mempunyai suara dalam mencapai matlamat
tersebut. Manakala bagi falsafah2 moden manusia mempunyai suara dalam
menentukan kedua2 cara dan matlamat yang hendak dicapai. 5
6. 3.1 IDEALISME Merupakan falsafah yang tertua sekali di dunia. Ia dapat dikesan
sejak zaman India purba di Timur dan zaman Plato di Barat. Diantara ahli2 falsafah
yang tergolong dalam mazhab falasafah ini ialah Plato, Rene Descartes, Baruch
Spinoza, George Berkeley, Immanuel Kant, George Wilhelm Friedrich Hagel dan
Samuel Taylor Coleridge. Ahli2 falsafah ini sering bertentangan pendapat dalam
banyak perkara. Walau bagaimanapun, mereka bersetuju bahawa jiwa atau kerohanian
manusia adalah penting sekali dalam kehidupan dan alam jagat ini. Ia merupakan satu
sistem yang memberikan penekanan terhadap peri mustahaknya fikiran, jiwa dan
kerohanian. Dalam menjawab persoalan METAFIZIK, iaitu Apakah kewujudan atau
realiti? Idealisme menganggap bahawa asas kewujudan ialah dalam bentuk kerohanian
dan bukan berbentuk fizikal atau dalam bentuk fikiran bukan dalam bentuk metarial 6
7. Idealis sebenarnya tidak menafikan tentang kewujudan alam fizikal di sekeliling kita
seperti bulan, bintang, rumah, bukit dan sebagainya. Tetapi mereka tetap menganggap
bahawa walaupun kesemua benda tersebut wujud dengan nyata. Kesemua benda
tersebut hanyalah satu anggapan atau satu sari pemikiran. Hanya fikiran sahaja yang
nyata atau benar. Oleh itu kesemua benda tersebut dapat diperturunkan kepada fikiran
atau kerohanian. Menurut Deley (1966), idealis mempercayai bahawa semua perkara
yang dialami oleh fikiran adalah hasil kepintaran yang dialami oleh fikiran adalah hasil
kepintaran mutlak. Johnson (1969), pula menyatakan bahawa fungsi akal manusia
ialah berfikir mengenai sesuatu perkara. Menurut Van Scotters, Kraft dan Haas (1979),

oleh kerana idealis mempercayai tentang kepentingan akal dan ideal, maka tumpuan
dalam pendidikan ialah melatih akal, menyuburkan roh dan menguasai idea. Idealis
menyatakan pendidikan mestilah memberi perhatian dalam melatih akal dan pendidikan
mestilah memberi perhatian terhadap roh atau jiwa. 7
8. Idealis juga mempercayai bahawa kanak2 adalah sebahagian daripada alam
kerohanian yang mutlak. Dalam hal ini pendidikan mestilah berusaha memupuk dengan
lebih dekat lagi keakraban diantara pelajar dan unsur2 kerohanian tabii serta memberi
penekanan kepada keharmonian diantara manusia dan alam jagat. Mereka mestilah
melihat alam jagat ini sebagai sesuatu yang mempunyai makna dan tujuan (Kneller,
1971). Idealis juga percaya bahawa kebebasan dan rasionaliti adalah dua konsep
yang penting dan berkaitan diantara satu dengan lain. Dimaksudkan dengan
kebebasan ialah seseorang itu mengamalkan kebebasan kehendak dalam membuat
keputusan sendiri. (mesti ada sikap tanggungjawab). Rasionaliti pula adalah
bermaksud proses mencari dan mengeluarkan idea. Idealis menganggap bahawa idea
sebagai satu kemungkinan yang terdapat dalam diri kanak2 yang perlu dibentuk dan
bukan sebagai satu perinsip di luar diri kanak-kanak. Kedua2 konsep tersebut,
kebebasan dan rasionaliti, menunjukkan keadaan pengajaran Socrates. 8
9. Mengenai persoalan EPISTIMOLOGI, idealis mempersoalkan tentang
pengetahuan, idealis mempercayai bahawa seseorang itu boleh memperolehi
pengatahuan melalui cara selain daripada kaedah saintifik. Mereka menganggap
bahawa keimanan, keautoritarian, taakulan(kebolehan berfikir dgn. logik) dan
intuisi(mengetahui & merasai) boleh digunakan sebagai alat untuk mendapat
pengetahuan. Bagi Plato, pengetahuan sebenar adalah hasil taakulan sahaja, beliau
juga berpendapat bahawa idea adalah saripati(isi atau pokok) dan wujud bebas. Beliau
juga bersependapat dengan Kant dan Socrates iaitu pengetahuan adalah lebih baik
dikeluarkan daripada pelajar2 disebalik mencurahkan kepada mereka. Berkeley,
seorang idealis yang subjektif, berpendapat bahawa manusia dapat mengetahui hanya
perkara2 yang boleh dilihat, dirasai dan diertikan oleh manusia itu sendiri. Disamping itu
pengetahuan manusia adalah setakat fikiran mereka sahaja. 9
10. Hagel pula berpendapat pengetahuan hanyalah sah dan benar apabila ia
terbentuk menjadi satu sistem (Teori Kesepaduan). Tujuan pengajaran bukanlah
semata-mata menyampaikan maklumat kepada pelajar sahaja tetapi tetapi juga
membantu mereka untuk memberi makna dan susunan ke atas maklumat tersebut.
Menjawab persoalan AKSIOLOGI, iaitu apakah nilai?, ahli2 falsafah idealisme
menganggap nilai dan etika adalah mutlak. Apa yang dikatakan sebagai baik, benar dan
cantik secara asasnya tidak berubah daripada dari satu generasi kepada generasi yang
lain. Menurut Daley (1966), nilai adalah hakiki; Tuhan merupakan sumber kepada

semua nilai. Kesemua nilai adalah tetap dan merupakan idea2 hakiki Tuhan. Nilai yang
tidak berubah bagi Tuhan ialah kebenaran, kebaikan dan kecantikan. Semua nilai ini
wujud dalam realiti. Oleh kerana Tuhan merupakan sumber nilai, maka manusia
hanyalah bermoral apabila mereka hidup mengikut kehendak Tuhan. 10
11. Menurut Van Scottes, Kraft dan Haas (1979), oleh kerana idealis menganggap
nilai sebagai mutlak, maka dasar dan kaedah persekolahan mestilah menggambarkan
dan memperkembangkan nilai2 tradisi yang dianggap oleh masyarakat dan orang2
ternama sebagai berguna dan berharga. Menurut Kneller (1971), dengan mengajar
nilai2 yang tetap ini, manusia dapat hidup dengan lebih harmoni. 11
12. 3.2 REALISME Mazhab ini juga dipanggil materialisme atau naturalisme. Dalam
banyak perkara mazhab ini banyak bertentangan dengan mazhab idelisme. Jika
idealisme memandang alam kerohanian sebagai realiti, realisme sebaliknya
memandang alam kebendaan sebagai realiti. Bagi realisme, keseluruhan realiti ialah
alam fizikal dan apa juga di luar alam fizikal seperti apa yang terdapat dalam fikiran
tidak dianggap sebagai realiti (Daley, 1966). Idealisme biasanya dikaitkan dengan
Plato manakala realisme pula telah diasaskan oleh Aristotle. Diantara jurucakap2 utama
mazhab ini ialah Betrrand Russel, Francis Bacon, Alfred North Whitehead dan St.
Thomas Aquinas. 12
13. Apakah realiti? Golongan pertama menganggap hanya kebendaan sahaja yang
nyata. Golongan ke2 menganggap realiti adalah kebendaan dan kerohanian.
Golongan ke3 pula menganggap semua benda termasuk fikiran dan kerohanian
sebagai realiti. Mereka bersetuju bahawa alam kebendaan adalah realiti (Power,
1982). Disebabkan perbezaan tersebut ia telah dipecahkan kepada beberapa
kumpulan; Realisme Rasional (terbahagi kepada 2) Realisme Keagamaan
Realisme Klasikal Realisme Natuaral / Saintifik 13
14. Bentuk utama realisme keagamaan ialah skolastisisme (falsafah rasmi Gereja
Katolik Romawi). Kedua-duanya berasaskan kepada falsafah Aristotle. Bezanya ialah
realisme klasikal berpegang terus kepada falsafah Aristotle, manakala skolatisme
berasaskan kepada falsafah St. Thomas Aquinas. Aquinas mencipta satu falsafah
Kristian yang baru dan kemudianya dikenali Thomisme, ia agak berlawanan dengan
Platonisme. Ahli realisme klasikal dan realisme keagamaan bersetuju bahawa alam
kebendaan adalah nyata dan wujud diluar akal orang melihatnya. Ahli Thomisme tetap
menganggap bahawa kebendaan dan kerohanian telah dicipta oleh Tuhan. Ahli2
Thomisme juga menyatakan bahawa manusia merupakan cantuman kebendaan dan
kerohanian dimana jasad dan roh menjadi satu. Mereka juga berpendapat manusia

merupakan makluk yang abadi dan ditempatkan diatas muka bumi ini untuk mentaati
dan mencintai Penciptanya. 14
15. Realisme natural / saintifik muncul bersama kebangkitan sains di Eropah dalam
abad ke 15 dan ke 16. Diantara jurucakapnya ialah Francis Bacon, John Locke, David
Hume dan John Stuart Mill. Dalam abad ini termasuklah Ralph Barton Perry, Alfred Noth
Whitehead & Bertrand Russel. Bersifat ragu & ingin mencuba, rlisme natural
menganggap bahawa falsafah mesti cuba mengikut ketegasan dan kobjektifan sains.
Ahli2 realisme natural menafikan kewujudan alam kerohian kerana ia tidak dapat
dibuktikan oleh itu ia tidak mempunyai kepentingan falsafah. Ia juga berpendapat
manusia sebagai organisme biologi mempunyai sistem saraf tinggi ciptaannya, oleh itu
tidak perlu menganggap pencapaian manusia disebabkan oleh dua perkara yang
berasingan iaitu akal dan roh. 15
16. Bagi ahli realisme keagamaan, pelajar2 mestilah belajar mengenai hasil-hasil
ciptaan tuhan di muka bumi ini, pandangan mereka tujuan pendidikan ialah
menyediakan pelajar untuk kehidupan akhirat. Bagi realisme klasik pula ialah untuk
membolehkan pelajar menjadi seorang yang seimbang dari segi intelaktualnya.
Mengenai pengetahuan, ahli2 realisme mempunyai pandangan yang berbeza drp. ahli2
idealisme. Mereka menolak pandangan ahli idealisme yang menyatakan bahawa setiap
perkara yang diperolehi adalah berlandaskan kepada fikiran semata-mata. Bagi mereka
apa yang kita amati bukanlah sesuatu yang dibentuk semula oleh akal tetapi ia wujud
dengan sendiri. Ahli2 realisme juga menganggap bahawa fikiran manusia kosong
semasa dilahirkan. Manusia akan belajar melalui pengalaman menggunakan deria
mereka dan ia akan disimpan dalam otak. Bagi realisme, inisiatif pendidikan terletak
pada guru. Guru akan menentukan perkara2 yang akan dipelajari oleh murid. Bagi
mereka matlamat pendidikan ialah untuk mengajar pengetahuan2 yang dipilih. 16
17. Mengenai nilai (aksiologi), ahli2 relisme besetuju dgn. ahli idealime iaitu asas nilai
pada dasarnya adalah tetapi mereka bertentangan pendapat sesama sendiri. Bagi
mereka nilai telah ditentukan drp. tabii. Menurut Kneller (1971), ahli2 realisme klasikal
bersetuju dgn. Aristotle iaitu terdapatnya hukum moral sejagat yang boleh ditaakul dan
yang telah menyatukan manusia sebagai makluk yang rasional. Ahli2 realisme
keagamaan juga bersetuju dgn. pendapat ini tetapi mereka tetap menyatakan bahawa
hukum tersebut telah dibentuk oleh Tuhan yang telah diberikan akal untuk
memikirkanya. Ahli2 idealisme menganggap manusia sebagai makluk yang sempurna,
manakala ahli2 realisme saintifik manganggap sebaliknya. Ahli realisme berpendapat
guru berperanan menyampaikan sesuatu nilai yang benar2 jelas kepada pelajar2nya.
17

18. Bagi ahli realisme klasik pula, mereka berpendapat bahawa selain memberi
tumpuan kepada kandungan pelajaran, sekolah juga bertanggungjawab menghasilkan
pelajar yang menyeluruh dan sederhana dalam segenap hal. Ahli2 realisme
keagamaan berpendapat hukum2 semula jadi tidak mencukupi. Ia perlu disertai dgn
hukum2 ciptaan Tuhan. Oleh itu sekolah bagi mereka mestilah mengajar kepada pelajar
hukum2 tersebut supaya mereka dapat mengabdikan diri mereka kepada Tuhan. Ahli2
realisme saintifik sebaliknya menganggap bahawa pengajaran tentang kebaikan dan
keburukan sepatutnya datang dari pemahaman manusia mengenai tabii dan bukanya
dari prisip2 agama. Bagi mereka penyakit dianggap keburukan dan kesihatan
dianggap kebaikan. 18
19. 3.3 PRAGMATISME Dibentuk oleh ahli2 falsafah Amerika Syarikat. Diantara
pengasas2nya ialah Chales Sanders Peirce (ahli fizik & matematik), William James
(psikologi & teologi) dan John Dewey (sains sosial & biologi). Selain pragmatisme,
falsafah ini juga dikenali sebagai ekperimentalisme, empirisisme, instrumentalisme dan
fungsionalisme. Kunci perkataan yang dipegang oleh ahli falsafah ini ialah pengalaman
dan penyelesaian masalah. Mereka mempercayai bahawa pengalaman manusia
menggambarkan realiti. Mazhab falsafah ini juga diakatakan lahir bersama2 dgn
kebangkitan sains dan kaedah saintifik, teruatam sekali drp hasil usaha Charles Darwin
dgn teori evolusinya dan Albert Eistein dgn teori relatifnya. Mazhab ini lebih memberi
tumpuan kepada cabang2 epistimologi dan aksiologi dan sedikit kepada cabang
metafizik. 19
20. Menurut ahli pragmatisme, oleh kerana realiti dicipta melalui interaksi individu
dengan alam sekelilingnya, makapelajar mestilah belajar mengenai alam ini apabila
mendatangkan kesan kpd dirinya. Sekolah dikatakan tidak dapat dipisahkan drp
kehidupan seperti mana pelajar tidak diangap terpisah drp alam seselilingnya. Dari
segi epistemologi, ahli2 pragmatisme mempercayai bahawa manusia dapat mengetahui
hanya melalui pengalaman (Daley, 1966). Oleh itu pengetahuan adalah hasil daripada
interaksi manusia dengan alam sekeliling, dan segala kebenaran yang diperolehi hasil
interaksi tersebut merupakan sumber pengetahuan. Menurut ahli2 pragmatisme,
keseluruhan pengalaman bukan hanya cara tetapi juga matlamat kepada individu.
Mereka berpendapat idea hanya bermakna akibat drp pengalaman, pengalaman secara
asasinya adalah berbentuk sosial dan manusia mengharapkan dalam hidup dengan
mengkaji secara eksperimen keseragaman dalam pengalaman. Ahli2 ini juga
menyatakan bahawa kaedah kepintaran merupakan cara unggul untuk mendapatkan
pengetahuan. Seseorang itu juga dapat memahai sesuatu dengan mengenali masalah
dan selesaikan masalah tersebut. 20

21. Menurut Daley (1966), kaedah saintifik yang boleh digunakan untuk
menyelesaikan masalah ialah: Mengenali masalah tersebut Mengumpul maklumat
Membentuk hipotesisi Mencuba hipotesis Mentafsikan keputusan Apa yang
diutamakan oleh ahli2 ini ialah kanak2 mestilah belajar drp sifat ingin tahu yang ada
pada dirinya, manakala guru pula mestilah menggalakan sifat igin tahu dikalangan
pelajar2nya mengenai perkara2 yang mendatangkan faedah sepenuhnya kepada
mereka. Mengenai aksiologi ahli2 falsafah mazhab ini mempercayai bahawa nilai
adalah relatif dan berubah apabila kebudayaan dan masyarakat berubah. Disamping itu
nilai yang diamalkan oleh masyarakat adalah berbeza dari satu masyarakat dengan
masyarakat lain.
22. 3.4 EKSISTENSIALISME Muncul di Eropah selepas perang dua ke 2. Soren
Kierkegaard (Denmark), telah menyediakan asas bagi falsafah ini. Menurut Van
Scottes, Kraft dan Haas (1976), falsafah ini terlalu individualistik dan terlalu bergantung
kpd faktor2 subjektif seperti intuisi, merenung ke dalam, penghayatan emosi dan
perasaan keseorangan. Diantara jururucakap utama falsafah ini ialah Albert Camus,
Jean Paul Sartre, Martin Heideigger & Mauirice Merlean Ponty. Asas falsafah ini ialah
manusia bertanggungjawab terhadap dirinya sendiri untuk menetapkan matlamat dan
membuat keputusan yang bebas daripada norma-norma kumpulan. Terdapat
percangahan, satu kumpulan memberi penekanan kepada individualime dan satu
kumpulan memberi peneanan kepada perhubungan individu dengan masyarakatnya. 22
23. Mengenai realiti (metafizi), ahli2 falsafah ini menganggaprealiti didefinasikan oleh
individu. Mereka menyatakan manusia dilahirkan, memasuki alam kewujudan,
membesar dan seterusnya menyedari tentang kewujudannya, keadaan dirinya dan
penghidupannya. Seseorang itu menentukan apakah dia akan jadi, iaitu bebas memilih
arah tujuan dirinya sendiri. Menurut ahli eksistensialisme, kewujudan seseorang itu
merupakan nilai asas bagi dirinya. Mereka mempercayai bahawa manusia itu sendiri
bertanggungjawab terhadap sistem nilainya sendiri. Bagi mereka seseorang itu
mestilah jangan mengikuti dan mematuhi norma nilai sesuatu masyarakat semata-mata.
Jika masyarakat dibenarkan memaksa sesuatu nilai, maka manusia akan hilang sifat
ketulenan dan kemanusiaanya. Guru mazhab ini perlu menilai dan menghargai
kebebasannya dan juga menghormati kebebasan orang lain, samada pelajar, rakan
sejawatnya ataupun pentadbir.
24. Pandangan Eksistensialisme darisudut Epistemologi ( ilmu ) Pendapat mereka iaitu
manusia mengetahui melalui pengalaman. Tahap pengalaman yang tinggi: bila mereka sedar
mengenai wujudnya benda dan manusia itu sendiri. Tidak ada kriteria atau oobjektif yang
boleh menentukan samada pemahaman seseorang itu betul atau salah. Dari itu kebenaran
sentiasa relatif ikut pertimbangan seseorang.

25. Pandangan Ekksistensialisme dari sudut Aksiologi ( nilai ) Wujud seseorang itu merupakan
nilai asas dirinya. Manusia itu sendiri bertanggungjawab terhadapp sistem nilainya sendiri.
Daley ( 1966): manusia bertanggungjawab terhadap tindakannya. Mungkin tindakan individu
ada mengganggu orang lain. Bagi ahli falsafah ini: Nilai adalah perkara yang peribadi dan
individu. Pertumbuhan dan perhubungan aantara manusia selalu membawa kepada
kegembiraan dan tragedi, pengharapan dan kehampaan. Kaedah pendidikan yang sesuai
dengan dasar ahli falsafah ini adalah seperti dialog, penyiasatan dan merenung ke dalam..

You might also like