You are on page 1of 2

REFLEKSI

Selepas menyertai program perkhemahan Bina Insan Guru, saya


telah mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan dan nilai murni.
Sebelum mula aktiviti BIG kami, kelas kami telah mengadakan dua
kali mesyuarat untuk membahagikan jawatankuasa dan juga perkembangan
tugas masing-masing. Saya telah mendapat AJK dokumentasi dan saya
perlu juga bertugas sebagai juru gambar. Oleh itu, saya telah meminjam satu
camera daripada saudara Lee Yau Guang. Keseluruhannya, aktiviti ini
dijalankan dengan bagus kerana semua ahli jawatankuasa berfungsi dan
bertugas secara bagus. Berus dan cat disediakan dalam tempoh yang
pendek. Walaupun bilangan kelas kami sikit tetapi kami masih bekerjasama
untuk menjayakan sesuatu program. Nilai kerjasama telah saya pelajari pada
setiap kali kami bekerja dalam sekelas.
Selepas persediaan semua, kami telah menjalankan tugas kami pada
hari berkenaan iaitu 4 April 2015. Kami telah menyediakan semua peralatan
dan kami mula membahagikan tempat kerja masing-masing. Dengan
pembahagian kerja, kami pun menjalankan akitviti ini dengan lancar dan
jaya. Kami berjaya cat tempat letak kereta dengan peralatan yang
disediakan. Walaupun cuaca tidak bagus seperti kami ingin dapat tetapi kami
tetap jalankan tugas kami.
Selepas aktiviti ini, saya berasa amat puas hati dengan hasil kami.
Pertama kali, saya cat garisan tempat letak kereta. Pengalaman ini amat
dihargai dan akan saya simpan dalam hati selama-lamanya. Selepas itu,
kami mengadakan jamuan bersama-sama dan mengadakan post mortem
pada masa ketika itu.
Saya berasa amat gembira kerana dapat bekerja dalam satu kelas
dengan rakan-rakan seunit saya. Walaupun kebanyakan masa kami tidak
bersama tetapi masa menjalankan aktiviti secara seunit masih berfungsi
dengan duduk sama tinggi, berdiri sama rendah. Saya sangat suka aktiviti
luar kelas seperti macam ini. Aktiviti khidmat masyarakat amat berfaedah
kami kerana kami membakti kepada masyarakat. Kami tidak harap balasan
1

daripada orang lain tetapi kami harap masyarakat berasa gembira dengan
hasil kami.
Melalui aktiviti ini, hubungan silaturahim antara satu sama lain telah
menjadi semakin rapat. Kami lebih percaya kepada antara satu sama lain
walaupun pergaduhan dalam kelas kadang-kala akan berlaku. Post mortem
telah banyak memberikan setiap orang meluahkan perasaan sendiri
terhadap aktiviti ini. Oleh itu, kebanyakan tidak puas hati telah semua orang
cakap pada masa itu.
Akhirnya, saya berucap ribuan terima kasih kepada pensyarah yang
banyak membantu kami, orang yang membantu kami dan semua ahli yang
terlibat aktiviti tanpa mengira secara langsung atau tidak langsung.
Sekian, terima kasih.

You might also like