You are on page 1of 13

MBE 10103

FALSAFAH PENDIDIKAN DALAM


PTV_Falsafah Pendidikan Barat…

MOHAMAD ZAID BIN MUSTAFA

1
5.0 FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT
 Falsafah ini membincangkan aspek-aspek pendidikan yang
muncul di dalam masyarakat di barat. Aliran fahaman
pendidikan ini termasuklah Esensialisme, Perenialisme,
Progresivisme, Rekonstruksionisme dan Eksistensialisme.

 Ia bermula daripada falsafah umum seterusnya melahirkan


falsafah-falsafah pendidikan;
 Pragmatisme - progresivisme & rekontruksionism
 Idealisme & realisme - esensialisme
 Idealisme - perenialisme

 Falsafah Pendidikan, selain daripada bertanyakan soalan


berkaitan metafizik, epistimologi dan aksiologi ia juga
bertanyakan berkaitan dengan soalan-soalan pendidikan.

 Ahli-ahli falsafah ini juga cuba memberi makna kepada konsep-


konsep sejagat yang mendifinasikan proses pendidikan seperti
konsep pendidikan, pembelajaran, kurikulum dan sebagainya.

2
5.1 ESENSIALISME
 Di bentuk oleh William C. Bagley 1938. Ahli2 lain
ialah:
 Thomas Briggs
 Frederick Breed
 Issac L. Kandel

 Ia menjadi amalan dan budaya di AS dan juga


seluruh dunia.

 Antara kajian tumpuan bagi ahli2 falsafah ini ialah:


 mengkaji semula perkara-perkara perlu dimasukkan ke
dalam kurikulum sekolah
 membezakan diantara program-program sekolah yang
penting dengan yang kurang penting
 Membentuk semula autoriti guru di dalam bilik darjah
(Kneller, 1971)

3
 Falsafah ini merupakan falsafah tradisional atau konservetif maka
ia telah menarik perhatian kepada mereka yang mempercayai
tentang kebaikan untuk mengekalkan tradisi dan tamadun
sesuatu masyarakat.
 Elemen-elemen yang diperlukan dalam pendidikan boleh didapati
daripada pengetahuan semasa dan juga pengetahuan masa
lampau. Bagi mereka tumpuan utama dalam kurikulum ialah
perkara-perkara yang dianggap penting dan benar-benar
diperlukan.
 Sekolah rendah – penting ialah pembacaan, penulisan, percakapan,
ejaan, dan ilmu kira-kira dan barulah diperkenalkan sejarah, ilmu
alam, sains fizikal dan biologikal dan bahasa asing, yang kurang
diperlukan ialah kesenian, muzik & pendidikan jasmani.
 Sekolah Menengah – perkara penting di peringkat sekolah rendah
dikembangkan diantaranya ialah ilmu kira-kira menjadi ilmu hisab
(algebra, geometri, trigonometri dan kalkulus), sains fizikal menjadi
fizik, kimia dan geologi, yang kurang penting ialah kesenian, muzik
dan pendidikan jasmani serta ditambah dengan subjek vokasional.
Semua bentuk kokurikulum diterima tetapi tidak diberi tumpuan.
 Nilai2 masyarakat juga diajar sepanjang kurikulum persekolahan
(sosial & kebudayaan golongan atasan) nilai2 poliktik &
cendikiawan serta nilai-nilai penulis-penulis terkenal.
4
 Ahli2 falsafah ini berpegang kepada pendekatan tradisional
terhadap pendidikan iaitu 3M (membaca, menulis & mengira).

 Guru merupakan model dan seorang yang berpendidikan serta


berpengetahuan dalam kebudayaan bangsa dan nilai2 tradisional
masyarakat.

 Guru mestilah mempunyai pendidikan liberal, berpengetahuan,


memahami secara mendalam psikologi kanak-kanak, seorang
yang boleh menyampaikan fakta-fakta dan keunggulan kepada
generasi muda, seorang yang menggunakan asas-asas falsafah
dan sejarah pendidikan serta seorang yang tekun melaksanakan
tugas.

 Oleh itu ahli-ahli falsafah ini menganggap inisiatif pendidikan


terletak dibahu guru bukan pada pelajar. Bagi ahli-ahli ini
pembelajaran memerlukan pelajar berusaha bersungguh-
sungguh dimana ia memberi penekanan kepada kepentingan
disiplin kendiri.

5
5.2 PERENIALISME
 Ia juga membawa pandangan pendidikan yang konservatif dan
tradisional. Bagi mereka manusia adalah makhluk yang rasional dan
sekolah merupakan agensi masyarakat yang bertujuan untuk membentuk
manusia menjadi rasional.

 Menurut Johnson dan rakan-rakan (1969), tujuan pembelajaran terletak


dalam aktiviti-aktiviti untuk mendisiplinkan akal, mata pelajaran yang
boleh digunakan ialah matematik, bahasa, logik dan buku ternama.
 Tujuan sejagat pendidikan ialah untuk mencari dan menyebarkan
kebenaran. Bagi mereka kebenaran adalah sama dimana-mana. Oleh itu
pendidikan mestilah sama diseluruh dunia. Maka kurikulum sekolah perlu
menegaskan perkara-perkara sejagat dan tema-tema kehidupan manusia
yang tetap. Subjek-subjek nya ialah kognitif, moral, estetika dan prinsip-
prinsip agama.
 Ahli-ahli perenialisme mencadangkan kaedah-kaedah pengajaran seperti
ingatan, pembacaan, penulisan latih tubi dan ulangkaji. Ahli-ahli ini juga
mempercayai pendidikan mestilah diberikan kepada pelajar-pelajar yang
pandai sahaja dan kepada yang kurang pandai diberi latihan vokasional.

6
 Bagi ahli-ahli falsafah ini bagi mereka sekolah tidak diwjudkan untuk
melatih tugas-tugas pekerjaan. Tugas-tugas melatih ini diserahkan
kepada pekerja-pekerja didalam berbagai-bagai bidang pekerjaan.
Begitu juga sekolah bukan tempat untuk memperbaiki semula
masyarakat. Bagi ahli-ahli ini demokrasi akan maju jikalau masyarakat
dididik dengan betul.
 Ahli-ahli ini juga menyarankan pelajar belajar hasil-hasil karya orang-
orang ternama dalam bidang kesusasteraan, falsafah, sejarah dan
sains.
 Bagi ahli-ahli falsafah perenialisme pelajar dapat mendisiplinkan
akalnya dengan bersungguh-sungguh mempelajari perkara-perkara
yang dianggap penting pada masa lampau, tetapi masih lagi brguna
pada hari ini.

 Mereka juga berpendapat bahawa kesedaran kendiri memerlukan


disiplin kendiri dan disiplin kendiri dapat diperolehi hanya melalui
disiplin luaran.

7
5.3 PROGRESIVISME
 Ia dibentuk di Amerika Syarikat pada pertengahan tahun 1920-
an, falsafah pendidikanya mengambil asas daripada falsafah
umum pragmatisme yang dipelopori oleh Charles Pierce, Charles
Darwin, Wiliam James, Wiliam Kilpatrick dan John Dewey,
namum penulisan John Dewey banyak mempengaruhinya.

 Menurut falsafah ini sekolah adalah sebagai unit masyarakat


yang bersifat demokratik.

 Kelahiran individu manusia ke dunia ini adalah bersifat suci


seperti kain puteh justeru itu persekitaran serta masyarakat
banyak mempengaruhinya.

 Diantara prinsip terkandung dalam falsafah ini ialah pendidikan


sebagai proses yang mencorakan manusia mengikut
persekitaran yang ada. Pelajar berperanan dalam aktiviti
pembelajaran manakala guru menjadi pembimbing dalam
proses P&P.

8
 Kurikulum yang dilaksanakan dalam sistem pendidikan adalah
berkisar kepada pengalaman peribadi dan sosial pelajar.
Dimana kurikulum berteraskan kepada subjek sains sosial.

 Walaubagaimanapun kurikulum bersifat merentas disiplin adalah


diperlukan kerana dalam kehidupan aktiviti penyelesaian
masalah adalah melibatkan kemahiran komunikasi, kemahiran
menggunakan logik matematik dan proses inkuiri saintifik.

 Sumber muktamad bukanlah drp buku, sebaliknya buku


hanyalah sebagai alat dalam proses pembelajran

 Ahli-ahli ini memberi tumpuan kepada proses pembelajaran,


berbeza dengan esensilisme dan perenialisme yang memberi
perhatian kepada mata pelajara.

 Mengikut fahaman mereka guru bukanlah sebagai pendeta yang


menguasai dan membekalkan segala ilmu tetapi bagi mereka
guru adalah pembimbing pelajar keranapelajar berkeupayaan
memikir, meninjau dan membuat penerokaan mengikut minat
masing-masing.

9
5.4 REKONSTRUKSIONISME
 Aliran ini dikatakan pecahan daripada mazhab falsafah
pragmatisme yang muncul sekitar tahun 1920-an sebagai yang
dicadang oleh John Dewey dalam bukunya Reconstruction in
Philosophy.
 Mengikut fahaman ini masyarakat adalah sebagai matlamatnya.
Tokoh-tokohnya adalah seperti George S. Counts dan Harold
O.Rugg mereka adalah penyokong kuat kepada John Dewey.
 Aliran ini adalah lanjutan daripada aliran progresivisme, ini kerana
mengikut pendokong aliran ini pembentukan semula masyarakat
adalah sesuatu yang perlu dilakukan dengan segera.
Perkembangan yang pesat dalam bidang teknologi mendesak akan
perlunya order baru dalam masyarakat.
 Aliran ini juga berpendapat pelajar perlu disedarkan dengan
masalah sosial, ekonomi, politik dan teknologi yang terus
berkembang.
 Guru dan pelajar adalah agen pembaharuan dan agen
penyelesaian masalah sosial. Matlamat pendidikan adalah ke arah
pembentukan masyarakat baru, masyarakat global yang saling
bergantung antara satu sama lain.
10
 Prisip-prinsip terkandung dalam falsafah ini bahawa pendidikan
bertujuan untuk pembaharuan perkara-perkara yang terdapat
dalam sistem sosial. Sekolah adalah sebagai permulaan kepada
pembeharuan yang perlu dalam sistem sosial.
 Kandungan kurikulum terdiri daripada pelbagai masalah sosial,
ekonomi, politik yang dihadapi oleh manusia dan meliputi juga
masalah peribadi dan sosial yang dihadapi oleh pelajar.
 Guru hendaklah menyedarkan pelajar kepada masalah yang
dihadapi manusia, membantu mereka mengenal pasti masalah
yang ingin diberi tumpuan oleh pelajar dan tentukan bahawa
pelajar mempunyai kamahiran yang akan membolehkan mereka
mengatasi masalah tersebut.
 Guru hendaklah menggalakan pencapahan pemikiran sebagai
kaedah untuk menghasilkan penyelesaian altenatif.
 Menikut mazhab ini sekolah merupakan agensi utama bagi
menggerakan perubahan sosial, politik dan ekonomi dalam
masyarakat.

11
5.5 PENUTUP
 Sebagai rumusannya dapat dikatakan mazhab yang dikemukan
mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing. Mazhab-
mazhab ini juga banyak mempengaruhi perkembangan
pendidikan di seluruh dunia.
 Tetapi tidak ada persetujuan yang dicapai oleh pembuat dasar,
perancang kurikulum, pentadbir sekolah, guru, pelajar dan
masyarakat umum mengenai falsafah pendidikan mana satu
yang diamalkan.
 Di malaysia contohnya falsafah pendidiknya tidak berlandaskan
kepada mana-mana mazhab secara keseluruhan. Sebaliknya
sistem pendidikan negara adalah berlandaskan kepada dasar-
dasar kerajaan yang memerintah.
 Walaubagaimanapun tidak dinafikan bahawa sistem pendidikan
negara ini mempunyai unsur-unsur falsafah yang telah
dibincangkan. Contohnya ialah sistem 3M (menulis, membaca
dan mengira) yang berlandaskan kepada falsafah pendidikan
esensialisme.
12
Sekian .Terima kasih

13

You might also like