You are on page 1of 5

PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN SEMESTER 1 TAHUN 1

UJIAN

KAMPUS: IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK, BANDAR ENSTEK

ANGKA GILIRAN: 2022162400061

KOD KURSUS: EDUP 2072

KURSUS: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan di Malaysia

JUMLAH MARKAH: 30 markah

KELAS : KUMPULAN 3/ ELMKR/ PENDIDIKAN MORAL SEKOLAH RENDAH

NAMA: CHANG POH TING

JAWAPAN:

1. Cabang-cabang falsafah terbahagi kepada epistemology (ilmu), aksiologi, logic


dan ontology (hakikat). Dalam konteks metafizik atau ontologi, cabang falsafah
yang berkaiatan dengan kajian sifat dan asal usul mengenai realiti mutlak. Istilah
ini berasal daripada nama tajuk Meta ta physica dalam karya Aristotle “Prinsip
Pertama”. Metafizik merupakan perkara yang keluar daripada fizik. Mengikut
istilah falsafah, ontologi ialah pengajian yang meliputi kewujudan dan kejadian.
Metafizik Aristotle pada asasnya berkaitan dengan masalah-masalah seperti
bahan dan penyebabnya iaitu Tuhan. Ia mempersoalkan perkara-perkara seperti
alam, jiwa atau roh dan kehidupan. Ia cuba memberi perhatian kepada konsep
yang keadaannya tidak boleh diukur seperti reality, perubahan, kendiri dan jiwa.
Manusia adalah kehidupan metafizik, mempunyai keinginan untuk mendapat
sedikit sebanyak pemahaman mengenai keadaan benda yang muktahir daripada
pelbagai cabang pengetahuan awam dan pengalaman persendirian. Bagi
epistemologi, episteme berasal dari perkataan Yunani yang bermaksud
pengetahuan. Logi atau logos bermaksud ilmu. Ia merupakan falsafah ilmu atau
lebih dikenali sebagai teori pengetahuan. Dalam teori pengetahuan ini akan
membahaskan tentang sumber pengetahuan dan kebenaran atau kesahihan
pengetahuan. Sumber pengetahuan terbahagi kepada falsafah barat dan falsafah
timur. Falsafah barat terdiri daripada empirisisme dan rasional manakala falsafah
timur terdiri daripada instuisionisme dan Wahyu. Dalam konteks Aksiologi, ia
merupakan teori nilai iaitu perkara yang berkaitan dengan nilai seperti baik dan
buruk, benar dan salah. Ia mempersoal sama ada nilai itu objektif atau subjektif.
Ia terbahagi kepada dua cabang iaitu nilai etika dan nilai estetika. Etika
menyatakan prinsip-prinsip moral dan tingkah laku manusia. Ia mengkaji
kebajikan seseorang, kebaikan sesuatu masyarakat, kebaikan sesuatu
kehidupan. Manakala estetika merupakan perkara kesenian iaitu kriteria bagi
kecantikan dalam kesenian, alam sekeliling, pengalaman perseorangan dan
kehidupan. Aksiologi dalam pendidikan adalah seperti etika perguruan,
pendidikan Moral, pendidikan Islam dan kebersihan serta keceriaan. Logik
merupakan suatu proses penaakulan yang mengandungi logik deduktif dan logik
induktif. Logik adalah hujah yang sistematik. Logik induktif merupakan
pengukuran dalam kajian tentang bidang pendidikan, penggunaan statistik untuk
penyelidikan tentang aspek pendidikan. Logik deduktif merupakan taakulan
dalam pendidikan seperti dalam falsafah pendidikan. Logik sebagai kaedah untuk
mengesan falasi yang mengenai pendidikan.

2. Falsafah berasal daripada Bahasa Greek iaitu philosophia. Philo


bermaksud mencintai manakala Sophia bermakna kebijaksanaan atau pengetahuan
atau kebenaran. Ilmu falsafah merupakan ilmu yang menyelidik yang berkaitan
dengan Tuhan, manusia dan alam sekitar. Dari segi pandangan Barat, falsafah
bermaksud mencintai dan hikmah. Falsafah Barat menerangkan falsafah sebagai
suatu ilmu fizikal yang bertujuan kehidupan manusia dan hubungan dengan alam.
Pandangan Islam menyatakan falsafah merupakan hakikat sesuatu Tuhan yang
berada dalam kemampuan manusia untuk mendapatkannya. Dalam konteks
pandangan Timur, seorang invidu yang memiliki satu garis panduan tingkah laku
berdasarkan nilai-nilai abstrak. Terdapat perbezaan pandangan mengikut tokoh-
tokoh.
Daripada pandangan barat, Aristottle menyatakan falsafah ialah ilmu
kebenaran. Kebenaran diperolehi oleh seseorang dengan ilmu metafizik, logik,
retorik, etika, estetika, ekonomi dan politik. Belaiau menyatakan bahawa Pendidikan
sebagai ilmu yang bersifat etikal dan politikal. Pendidikan adalah berhubung rapat
dengan politik, dan perlu berkuatkuasa sebelum pelaksanaanya.Pendidikan sekolah
harus dihadkan kepada warganegara sahaja. Kanak-kanak hamba tidak layak
dididik. Pendidikan harus mengutamakan rasional individu.Pendidikan bukan sahaja
untuk mendapatkan ilmu pengetahuan, malah untuk mengecap kegembiraan dan
kebaikan dalam kehidupan dari sudut intelek dan personaliti. Daripada pandangan
Plato terhadap falsafah pendidikan, pendidikan merupakan proses seumur hidup.
Pendidikan merupakan proses untuk membentuk individu yang berakhlak
mulia. Proses pendidikan dapat membentuk warganegara yang baik serta setia dan
mematuhi undang-undang negara. Perkembangan emosi dan kesihatan fizikal perlu
dipentingkan.
Daripada pandangan tokoh Islam, menurut Al Farabi, falsafah dilihat dari dua
sudut iaitu falsafah teori iaitu mengetahui sesuatu yang ada manakala falsafah
amalan adalah apa yang perlu ada dalam perbuatan. Menurut Al-Khindi, falsafah
mempunyai tiga aspek yang meliputi ilmu fizik yang berasaskan benda, ilmu
matematik yang berkaitan dengan ilmu hitung dan ilmu ketuhanan yang tidak
berkaitan dengan sama sekali. Menurut Ibn Khaldun yang merupakan seorang tokoh
falsafah, sejarah dan sosiologi, beliau berfokus kepada ilmu mistik dan teologi.
Terkenal dengan hasil kerjanya dalam falsafah sejarah dan sosiologi (Umraniyat).
Penulisan al-Muqaddimah (Pendahuluan) adalah untuk mengenali fakta-fakta
psikologi, ekonomi, persekitaran dan sosial yang menyumbang kepada kemajuan
tamadun manusia. Menganalisis dinamika hubungan kelompok serta menunjukkan
kepentingan al-Asabiyya (perasaan kekitaan) bagi mewujudkan tamadun baru serta
meningkatkan kuasa politik. Setiap orang mendapatkan ilmu pengetahuan melalui
organ tubuh yang diberikan oleh Tuhan. Tidak setuju dengan penggunaan kekerasan
dalam mendidik anak-anak. Ilmu pengetahuan dibahagikan berdasarkan tingkat
pemikiran. Pengetahuan yang diperoleh hasil daripada memahami sesuatu perkara.
Pengetahuan tentang perkara yang harus dan tidak harus dilakukan. Menurut Ibn
Khaldun, ilmu pengetahuan sangat penting dan lebih mudah diperoleh dengan
bantuan dan ajaran guru.
Daripada pandangan Timur iaitu Tagore dan Confucius, pandangan terhadap
falsafah Pendidikan adalah berbeza sekali. Pendapat Tagore tentang Pendidikan
adalah Kekurangan pendidikan – penghalang utama kemajuan masyarakat di India,
punca segala masalah lain.Pentingnya sains, teknologi, sains pertanian dan latihan
dalam kraf tangan desa. Tanpa latihan sukar untuk mengatasi masalah kemiskinan
luar bandarPerkembangan kerohanian dan sains sama penting.Mencadangkan
pengajaran Sejarah dan Geografi untuk menggalakkan objektiviti dalam pemikiran
dan memudahkan perubahan sosial yang diingini.Tidak bersetuju penggunaan
Bahasa Inggeris kerana ia menghalang asimilasi apa yang telah diajar, dan
menghadkan pendidikan kepada kawasan bandar dan di kalangan kelas atasan.
Memberi tumpuan dalam menggalakkan kreativiti, kebebasan pemikiran, membawa
kegembiraan dan kesedaran tentang warisan budaya yang telah diabaikan.
Pendidikan sebagai alat atau agen perubahan untuk menjadikan lelaki dan wanita di
India menjadi lebih rasional dan tidak terlibat dengan aktiviti sosial dan individu yang
tidak bermakna. Pelajar perlu menguasai pemikiran saintifik. Beliau mahu guru
menggalakkan pemikiran konstruktif, keinginan mencabar pemikiran diri sendiri untuk
meneroka idea baru serta kegigihan dan keinginan menakluki dunia melalui usaha
dan keberanian dalam pemikiran dan tindakan. Sifat-sifat sedemikian telah membuat
negara-negara barat mara ke hadapan. Beliau tidak bersetuju dengan pengajaran
dan pembelajaran yang sangat tertumpu kepada buku teks. Menurut Confucius,
beliau menekankan kepada penguasaan ilmu pengetahuan dan memilki moral yang
tinggi untuk melahirkan individu vudiman yang berupaya (xiancai) atau individu yang
berkualiti (junzi) yang bermulia tinggi dan kompoten. Menurut beliau, pendidikan
merupakan satu proses untuk memupuk kesempurnaan tingkahlaku manusia dan ini
boleh dicapai melalui amalan tingkahlaku yang bersopan santun, bertimbang rasa,
ikhlas hati, sederhana serta dapat membina akhlak dan etika serta peradaban
individu yang menekankan penguasaan nilai dan pengetahuan. Pendidikan adalah
untuk semua, tanpa mengambil kira status sosioekonomi atau kedudukan sosial.
Aspek kurikulum berfokus kepada Pendidikan Moral & buku-buku Confucius.
Pendidikan merupakan alat mengekalkan nilai dan norma masyarakat, mengekalkan
kebudayaan masyarakat untuk membawa kestabilan, kesejahteraan dan
keharmonian kehidupan. Tujuan pendidikan adalah membimbing dan mendidik agar
sentiasa bersedia menjadi generasi-generasi penerus bangsa serta mewujudkan
manusia-manusia yang bermoral, pandai, dan mempunyai rasa tanggungjawab
kepada masyarakat, bangsa dan negara.

3. Falsafah pendidikan barat mempunyai asasnya dalam falsafah asas. Falsafah


tradisional dan moden mempunyai perbezaan bagi matlamat dan kaedahnya.
Falsafah tradisional menyatakan matlamat adalah di luar kawalan bagi
seseorang. Individu bebas memilih kaedah untuk mencapai matlamat manakala
falsafah moden menyatakan bahawa manusia boleh menentukan kedua-dua
matlamat dan kaedah untuk mencapai matlamat. terdapat banyak mazhab
mengenai falsafah pendidikan tradisional barat. Tamadun Barat terbahagi
kepada dua jenis iaitu tradisional dan moden. Bagi falsafah traditional, ia terdiri
daripada parenialisme dan esentialisme. Perenialisme dipengaruhi oleh fahaman
idealisme. Ciri-ciri asas semula jadi manusia adalah berbentuk universal dan
tiada had masa. Ciri yang mendefinisikan manusia adalah rasionaliti. Oleh itu,
rasionaliti dan intelek mestilah disemai melalui pendidikan. Perenialisme
bertujuan pendidikan adalah mengajar nilai dan pengetahuan yang berbentuk
universal dan tiada had masa. Perennialisme berfokus kepada perkembangan
diri. Ini adalah keranan manusia perlu diajar mengenai kemanusiaan dahulu dan
bukannya mesin atau teknik. Ia lebih mengutamakan perkembangan potensi
rasional individu, membantu mencari prinsip mutlak dan memahami dunia yang
sebenar. Bagi esentialisme, ia adalah fleksible, terbuka untuk perubahan, toleran
dan tidak terikat dengan dokterin. Esentailisme berkaitan dengan keperluan dan
kepentingan dalam hidup untuk kehidupan yang sempurna dan baik. pendidikan
sebagai persediaan untuk pekerjaan dan kewarganegaraan. tujuan utama
pendidikan adalah menyampaikan budaya dan ilmu kepada setiap individu. Ia
mementingkan pembentukan peribadi. Kurikulumnya dari topik yang mudah
kepada yang lebih kompleks dan menekankan kemahiran 3M (menulis, mengira,
membaca). Manakala bagi falsafah moden, ia terdiri daripada progresivisme,
rekonstruktivisme dan eksistensialisme. Bagi progresivisme, ia menggunakan
pendekatan induktif bagi mencapai matlamat pendidikan. Ia membentuk
penerangan sendiri yang menerangkan fenomena yang didedahkan. Pelajar
diberi kebebasan secara fizikal dan mental untuk mengembangkan bakat dan
kemampuan tanpa dikekang oleh rintangan daripada orang lain. Bagi
rekonstruktivisme, ia adalah hasil daripada progresivisme. Ia memberi syor untuk
membaiki dan membina semula masyarakat. Ia melihat pengasasan corak
budaya baru serta penghapusan penyakit sosial sebagai tujuan pendidikan.
Sekolah sebagai pemangkin yang penting untuk meningkatkan keadaan manusia
melalui pembaharuan pendidikan dan sosial. Bagi eksistensialisme, ia
merupakan pembelajaran kendiri, dan bukan mencari ilmu pengetahuan. Hanya
pembelajaran yang berkesan sahaja yang mempunyai makna kepada individu
berkenaan. Ia berfokus utama kurikulum dipindahkan daripada perkara alam
dunia kepada dunia personaliti, bersifat bebas dan berdasarkan minat pelajar.

You might also like