You are on page 1of 17

ALIRAN FALSAFAH

Aliran Falsafah Barat.

Falsafah Pendidikan Barat boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu falsafah tradisional
dan falsafah moden.Konsep setiap idea akan dirujuk kepada cabang-cabang falsafah seperti
metafizik, epistemologi, dan aksiologi. Secara ringkas falsafah pendidikan barat dapat dilihat
seperti rajah di bawah.

Realisme Idealisme

Mahzab Umum
Falsafah Barat

Parenialisme Esensialisme

Idealisme

Idealisme merupakan antara falsafah yang klasik dan terawal terdapat di Barat. Idea ini dating
daripada tokohnya yang terkenal iaitu Plato. Platoterkenal dengan bukunya yang berjudul
Republik. Antara tokoh-tokoh yang sealiran dengan beliau ialah Descartes, Spinoza,Kant,
Berkeley dan Hagel.Maznab ini memberi fokus kepada akal ( minda ) , jiwa dan
kerohanian.Akal,jiwa dan kerohanian adalah elemen penting dalam kehidupan manusia. Pada
pandangan mereka kebenaran hanya bergantung kepada elemen tersebut. Segala kebenaran,
keindahan dan keadilan boleh dicari dengan penaakulan yang berterusan dengan penuh
kesedaran, bukannya daripada kebendaan.

Idealisme dari segi cabang-cabang falsafah dapat dilihat seperti dalam di bawah.
Metafizik Epistemologi Aksiologi

Asas kewujudan bukan Kebenaran ialah idea dan Nilai dan etika adalah bersifat
berbentuk fizikal wujud dalam pemikiran dan mutlak.
Semua realiti dapat bebas daripada pengalaman Apa yang dikatakan bernilai
ditransformasikan ke dalam deria. seperti baik, cantik, hodoh,
bentuk fikiran, jiwa dan Pengetahuan wujud dalam benar atau jahat secara
kerohanian bentuk fikiran, ingatan, asasnya tidak berubah
Kewujudan sesuatu benda kefahaman, penaakulan dan daripada satu generasi
tidak perlu ditunjukkan sebagainya. kepada generasi yang lain
secara konkrit tetapi Manusia boleh mendapat atau daripada satu
memadai hanya disimpan di ilmu pengetahuan melalui masyarakat kepada
dalam fikiran seseorang dan intuitif, atau celik akal masyarakat yang lain.
dinyatakan secara lisan Oleh itu , aktiviti mental perlu Pendidikan bertujuan
sahaja. aktif melahirkan individu bermoral
Pengetahuan adalah rasional , dalam hal ini pelajar hanya
dan bersistematik , maka dibolehkan menerima
pengetahuan mengenai sepenuhnya apa yang telah
kewujudan adalah benar. diajar oleh guru.

Realisme

Falsafah ini dikenali sebagai falsafah meterialisme. Tokoh yang terkenal ialah Aristotle.
Beliau ialah salah seorang murid Plato. Antara tokoh lain adalah seperti Aquinas, Russel,
Broudy, Pestalozzi, Francis Bacon, dan John Lock. Idea ini memberi fokus kepada
keseluruhan reality ialah alam fizikal dan apa yang di luar alam fizikal tidak dianggap sebagai
reality. Walaupun sesuatu perkara wujud dalam alam fikiran, namun pemikiran tersebut perlu
selaras dengan kewujudannya dalam alam nyata.

Metafizik Epistemologi Aksiologi

Mengenali dunia dan Manusia dilahirkan Sesuatu nilai adalah


alam persekitaran denganfikiran, dirujuk kepada sejauh
sepertiobjek dan jirim kefahaman dan ingatan mana ia diterima dan
adalah melalui yang kosong. tidak bertentangan
pancaindera. Pengetahuan adalah dengan persekitaran.
Kebenaran tidak hanya hasil interaksi manusia Sebagai contoh , jika
wujud dalam fikiran dan dengan alam kebendaan masyarakat menerima
sepatutnya bebas memalui pancaindera. sesuatu itu sebagai
daripada penggunaan Tanpa kebendaan, bernilai , maka itulah
akal semata-mata. kebenaran sukar dapat nilainya walauoun pada
Manusia menemui dibuktikan. hakikatnya mungkin
sesuatu benda menerusi tidak sedemikian.
deria yang ada padanya.
Pragmatisme

Pragmatisme termasuk di dalam mahzab falsafah kontemporari. Di antara tokoh-tokoh yang


terkenal ialah John Dewey, Charles Darwin dan William James. Idea ini menyatakan alam
semesta adalah bersifat dinamik dan manusia perlu mendapatkan pengalaman. Falsafah ini
juga dikenali sebagai empirisme, fungsionalisme, eksperimentalisme atau falsafah orang
Amerika. Falsafah inifokus kepada pengalaman yang bersifat dinamik. Pragmatisme dari segi
cabang-cabang falsafah dapat dilihat seperti dibawah.

Metafizik Epistemologi Aksiologi

Pemikiran sahaja tanpa Pengetahuan adalah sebagai Sesuatu nilai adalah


pengalaman, realiti tidak proses. bergantung kepada situasi.
dapat ditentukan. Pengetahuan lahir daripada Situasi adakah berubah- ubah
Contohnya , kebenaran perhubungan atau . Nilai adalah bersifat
berkaitan perkara pengalaman dengan dinamik.
selepaskematian sukar persekitaran yang sentiasa Nilai tidak universal :
dipastikan kesahannya berubah. Contohnya perlakuan etika
kerana tiada siapa yang Pengetahuan yang baru perlu tidak akn menjadi universal
mempunyai pengalaman dari semasa ke semasa kerana masyarakat berbeza di
mengenaiperkara tersebut. diperoleh. antara satu sama lain.
Pelajar ialah pihak yang Dalam estetika , citarasa
sepatutnya lebih aktif dalam umum adalah berbeza
proses pengajaran dan mengikut kebudayaan.Ini
pembelajaran kerana pengalaman
masyarakat berbeza dalam
berbagai-bagai kebudayaan.

Eksistensialisme.

Merupakan mazhab eksistensialisme yang muncul selepas Perang Dunia Kedua.Mazhab ini
tergolong dalam mahzab falsafah yang kontemporari. Di antara tokoh yang terkenal ialah
Soren Kierkegaad, dan Karl Jaspers. Falsafah ini juga dikenali sebagai falsafah orang Eropah.
Kebanyakan idea dan pengetahuan seseorang adalah berasal daripada pengalaman bebas atau
laissez faire.Mengikut mazhab eksistensialisme, semua keputusan, pilihan dan pembelajaran
adalah bebas kepada setiap individu untuk menentukannya. Sehebungan itu kehidupan adalah
menjadi tanggungjawab individu itu sendiri.
Metafizik Epistemologi Aksiologi

Realiti adalah sesuatu Setiap pelajar mempunyai Seseuatu nilai itu dikatakan
kewujudan individu keperluan, kecenderungan adalah relatif kepada individu
Pada perkembangan serta minat yang berbeza .
seterusnya iaitu kemenjadian maka kurikulum adalah tidak Seseorang itu mestilah jangan
individu adalah selepas tetap, tidak sistematik dan hanya mengikuti dan
kewujudannya. tidak berstruktur. mematuhi norma nilai
Manusia bebas memilih Pelajar menggunakan sesuatu masyarakat semata-
kepercayaan serta arah pengalaman, bahan yang mata.
tujuan dirinya sendiri. berkaitan minat, dan Keserasian dengan diri sendiri
kecenderingannya untuk juga perlu dipertimbangkan.
mencapai matlamat
kesejahteraan diri seperti
yang dicita-citakan.
Pelajar juga digalakkan
menjalankan projek-projek
yang boleh menajamkan lagi
kemahirannya serta berkaitan
dengan jangkaan masa
hadapan mereka.

FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

Daripada aliran Falsafah Umum Barat (Idealisme, Realisme, Pragmatisme dan


Eksistensialisme) yang telah dihuraikan, wujudlah pelbagai Falsafah Pendidikan Barat (FPB)
yang merujuk kepadanya. FPB ini berkembang mengikut pendekatan dan teori tersendiri.
FPB boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu

Falsafah Pendidikan Barat Tradisional Falsafah Pendidikan Barat Moden


Essensialisme Progressivesme
Perennialisme Eksistensialisme
Rekonstruktivisme

Esensialisme

Aliran FPB ini berpunca daripada ideologi Realisme dan Idealisme. Profesor William
C. Bagley merupakan orang yang memperkenalkan Esensialisme pada tahun 1938 dan sangat
berpengaruh di Amerika Syarikat hingga ke hari ini. Tokoh-tokoh lain ialah Thomas Briggs,
Frederick Breed, Issac L.Kander dan Arthur Bestor. Esensialisme merupakan teori yang
mencadangkan penyampaian budaya dan pengetahuan menjadi teras kepada setiap generasi
baru sebagai tujuan pendidikan.

Memandangkan perkembangan intelek individu menjadi matlamat utama, tumpuan


diberi kepada pengajaran mata pelajaran tradisional yang asas seperti membaca, menulis dan
mengira (3M) di peringkat sekolah rendah. Manakala di peringkat sekolah menengah,
pendedahan diberi pada subjek yang lebih mencabar seperti Kesusasteraan, sejarah, Sains,
dan Bahasa Asing. Ia berfokus kepada pengajaran kemahiran asas, penguasaan konsep dan
prinsip kandungan mata pelajaran.

Walaubagaimanapun, kegiatan yang berkaitan kokurikulum seperti pendidikan


jasmani, kesenian dan muzik kurang diberi perhatian. Manakala dalam kurikulum, nilai-nilai
sosial, orang ternama dan penulis terkenal diberi penekanan. Bagi mencapai objektif
pendidikan, gurus haruslah menjadi role-model kepada pelajar. Cara ini dikenali sebagai
proses pengajaran berpusatkan guru. Guru dianggap sebagai orang yang berwibawa dalam
bidangnya. Guru juga mempunyai kawalan bilik darjah dan membuat keputusan mengenai
kurikulum tanpa banyak input daripada pelajar. Bagi pelajar pula, mereka harus berdisiplin
dan belajar bersungguh-sungguh untuk kemajuan diri.

Dari segi dasarnya, falsafah Esensialisme ini kurang diterima dalam falsafah
pendidikan di Malaysia kerana banyak member penekanan kepada peranan guru. Walhal
kurikulum di Malaysia mengutamakan pemusatan murid. Namun begitu, tidak dinafikan
bahawa guru memainkan peranan penting dan menjadi teladan kepada pelajar. Selain itu, dari
segi pelaksanaan pelajaran, ada sedikit persamaan iait penekanan kemahiran asas di peringkat
sekolah rendah.

Perenialisme

Perenialisme berpunca daripada mazhab realisme yang dikaitkan dengan tokoh Plato
(427-347SM) dan Aristotle (384-322SM). Fahaman falsafah ini dipelopori oleh Robert
Maynard Hutchins (1899-1977), Aldou Huxley , Livengstone dan J,Adler (1802). Falsafah ini
menekankan pendidikan konservatif disamping mengandungi unsur-unsur penguasaan
kemahiran asas, kaedah pengajaran ingatan dan juga latih tubi. Ahli perenialis mempercayai
bahawa tujuan utama pendidikan adalah untuk mengajar nilai dan ilmu yang sejagat dan
abadi.

Fahaman ini berfokus kepada perkembangan peribadi. Oleh kerana manusia ialah
manusia, maka mereka perlu diajar hal-hal yang berkaitan dengan manusia dan bukannya
berkaitan mesin atau teknik. Mazhab Perenialisme beranggapan pendidikan bukanlah
penghidupan tetapi persediaan untuk hidup dan prinsip pendidikan sentiasa berulang-ulang.
Dalam pendidikan, secara umumnya fahaman ini ingin melahirkan rakyat yang bermoral,
berakal, berakhlak dan berdisiplin.

Bagi mencapai matlamat tersebut, pendidikan berteraskan vokasional boleh


dimasukkan dalam matapelajaran akademik. Pelajar pelu didedahkan kepada matapelajaran
berbentuk sejarah, falsafah dan sains bagi mengetahui sumbangan orang ternama. Subjek
seperti bahasa, logic dan matematik perlu diajar untuk mencapai sesuatu kebenaran. Ini
bertepatan dengan ciri aliran ini yang beranggapan tujuan pendidikan adalah mencari dan
menyebarkan kebenaran. Kaedah pengajaran tradisional turut dititikberatkan seperti latih
tubi, pembacaan, penulisan dan ulangkaji.

Falsafah ini menekankan aspek pendidikan kepada pelajar yang pintar dan aspek
pendidikan vokasional kepada pelajar yang lemah. Dalam Penyata Razak 1956, falsafah ini
menjadi ikutan dan panduan untuk perlaksanaannya iaitu mementingkan kualiti dan pelajar
bijak (pada peringkaat Darjah 6) unutk meneruskan pengajian di peringkat menengah.
Manakala pelajar lemah dimasukkan ke aliran vokasional atau sekolah lanjutan. Fahaman ini
menekankan amalan demokrasi kerana beranggapan rakyat akan maju jika pendidikan diajar
dengan betul.

Progressivisme

Fahaman ini dikaitkan dengan mazhab pragmatism. Aliran pemikiran Progresivisme


adalah bertentangan dengan perenialisme. Ia dipelopori oleh Jean J. rousseau (1712-1778),
Heinrich Pestalozzi (1746-1827), Freidrich Froebel (1782-1852) dan John Dewey. Namun
penulisan dan pemikiran John Dewey yang banyak mempengaruhi falsafah ini. Ahli
progressivis percaya bahawa kebenaran adalah relative dan tentatif.

Fahaman ini meletakkan persekitaran dan masyarakat adalah factor penting dalam
pembentukan generasi masa hadapan. Individu yang dilahirkan di dunia ini ibarat sehelai kain
yang putih. Oleh itu, pendidikan berperanan mencorakkan manusia mengikut persekitaran
dan masyarakatnya. Ilmu membawa seseorang ke arah pertumbuhan dan perkembangan.
Memandangkan pengetahuan boleh menerangkan realiti masa kini, maka kanak-kanak perlu
dididik cara berfikir berbanding dengan hal yang perlu difikirkan. Oleh kerana percaya
bahawa kanak-kanak akan memilih yang terbaik untuk diri mereka, maka kurikulum
hendaklah berdasarkan minat, kandungan dan aplikasi masalah manusia.
Menurut John Dewey, pendidikan di sekolah bukanlah persediaan untuk hidup tetapi
merupakan sebahagian daripada penghidupan itu sendiri. Maksud di sini ialah persekitaran
sekolah harus menyediakan kerja berbentuk kemahiran bagi mengasah bakat yang ada. Idea
John Dewey ini ada hubungkait dengan Falsafah Pendidikan Negara yang menekankan
amalan demokrasi, kemahiran bakat dan perkembangan potensi individu. Menurutnya lagi,
proses pendidikan terdiri daripada proses psikologi dan sosiologi. Oleh itu sekolah
berperanan penting bagi melahirkan rakyat yang bermoral dan bertanggungjawab antara satu
sama lain. Persaingan juga kurang diutamakan kerana beranggapan bahawa sifat manusia
adalah berbaik-baik sesama manusia.

Dalam fahaman ini, guru yang berkesan adalah guru yang memainkan peranan
sebagai pembimbing menggunakan kaedah inkuiri dan penemuan untuk memperolehi ilmu
pengetahuan melalui usaha diri sendiri. Pembelajaran yang sesuai ialah mengikut keadaan
yang berubah-ubah. Ini bermakna pengetahuan yang benar pada masa kini mungkin tidak
benar pada masa akan datang. Manakala pelajar merupaka individu yang berpengalaman,
bermotivasi kendiri dan mempunyai naluri kendiri. Pemikiran ini juga berpusatkan pelajar,
amalan demokrasi dan amalan sosial yang sihat. Fahaman John Dewey yang berkaitan
dengan Falsafah Pendidikan negara ialah mengutamakan kemahiran individu, melahirkan
manusia yang berpotensi, cergas dan kreatif.

Rekonstruksionisme

Aliran falsafah Rekonstuksionisme muncul pada tahun 1920-an dan berasal dari
fahaman progresivisme. Ia dipelopori oleh John Child, George Counts (1899-1974), Harold
Rugg (1886-1960) dan Theodare Bernald yang berasal daripada fahaman progresivisme tetapi
inginkan pembaharuan.

Falsafah ini menentang fahaman progresivisme yang telalu menumpukan kepada


pemusatan pelajar. Ahli rekonstruksionalisme melihat sekolah sebagai pemangkin penting
untuk meningkatkan keadaan manusia melalui pembaharuan pendidikan dan sosial. Oleh itu
pendidikan haruslah tertumpu kepada pembentukan semula masyarakat, melalui
pembentukan perkembangan ekonomi dan membuat keputusan secara bersama.

Jika dilihat dari aspek pendidikan, aliran ini mahukan perubahan, proses dan
pembinaan semula masyarakat. Kurikulum rekonstruktionis menekankan sains sosial dan
kaedah kajian sosial. Ia berfokus kepada kecenderungan kini dan masa depan serta pada isu
nasional dan internasional. Subjek dan dan kemahiran yang diajarkan adalah yang dapat
mengenalpasti dan membantu menyelesaikan masalah masyarakat. Pembelajaran adalah aktif
dan ada hubungan dengan masyarakat hari ini dan masa depan. Oleh itu, guru tidak harus
takut tentang komitmen untuk membantu membina sebuah masyarakat baru. Mereka
bertindak sebagai agen perubahan dan pembaharuan. Guru juga membantu pelajar menyedari
masalah yang dihadapi oleh masyarakat.

Selain itu, fahaman ini juga menekankan amalan demokrasi dalam pendidikan.
Sekolah merupakan agensi utama bagi menggerakkan perubahan sosial politik dan ekonomi
dalam masyarakat. Untuk mencapai matlamat tersebut, sekolah perlu menyediakan
kemudahan tertentu agar pelajar dapat mengembangkan bakat, kebolehan dan pemikiran
mereka. Namun begitu, falsafah ini menolak unsur berasaskan metafizik iaitu tidak
mementingkan pendidikan keagamaan.

Eksistensialisme

Aliran eksistensialisme ini muncul pada abad ke-19 dan diperkenalkan oleh Soren
Kierkegard. Fahaman ini member fokus kepada fitrah kewujudan manusia. Ahli eksistensialis
berpendapat bahawa manusia dilahirkan tanpa sebarang tujuan. Mereka melihat realiti
sebagai subjektif dan idefinisikan oleh individu sendiri. Oleh yang demikian, seseorang
bertanggungjawab kepada diri sendiri dan dengan itu bebas untuk menentukan matlamat serta
membuat keputusan sendiri tanpa merujuk kepada autoriti luar.

Dari aspek pendidikan, ahli eksistensialis berpendapat guru atau sistem sekolah tidak
berhak untuk menekankan matlamat pendidikan ke atas pelajar. Memandangkan setiap
individu bertanggungjawab atas pendidikan masing-masing, maka kurikulum eksistensialis
tidak mempunyai matapelajaran yang khusus. Namun, matapelajaran yang bersifat
emosional, estetik dan berfalsafah seperti kesusasteraan, drama, perfileman dan seni adalah
sesuai. Mata pelajaran ini menggambarkan keadaan manusia dan keadaan membuat pilihan.
Kurikulumnya juga menekankan aktiviti luahan perasaan, eksperimen, kaedah dan media
yang menerangkan emosi, perasaan dan pengertian dalaman.

PERBANDINGAN ANTARA FALSAFAH PENDIDIKAN


Tradisional.

PERENIALISME ESENSIALISME
KONSEP Secara semulajadi, cirri manusia Penekanan diberikan kepada
bersifat sejagat dan tidak perkara-perkara asas
berubah-ubah
MATLAMAT Mengajar ilmu dan nilai bersifat Mengajar ilmu dan budaya yang
PENDIDIKAN sejagat dan abadi bersifat asas sahaja
TUMPUAN Kurikulum: bidang kemanusiaan Kurikulum: kemahiran 3M
dan kesusasteraan. Guru: penyampai ilmu yang
Guru: penyampai ilmu yang mahir
pakar Kaedah mengajar: didaktik
Kaedah mengajar: didaktik Murid: penerima ilmu yang
Murid: penerima ilmu yang bersifat pasif
bersifat pasif

Moden

PROGRESIVISM REKONSTRUKTIVISM EKSKSTENSIALISM


E E E
KONSEP Matlamat berupaya Sekolah merupakan Manusia
menyesuaikan diri landasan untuk bertanggungjawab ke
terhadap membentuk masyarakat atas diri sendiri
perubahan
MATLAMAT Menghasilkan Mengasaskan corak
PENDIDIKA individu yang budaya baru
N sedia menghadapi
perubahan dalam
kehidupan seharian
TUMPUAN Kurikulum: Kurikulum: bidang sains Kurikulum: bidang
kebebasan untuk sosial estetik dan falsafah
memilih mata Guru: agen perubahan Guru: pemangkin ilmu
pelajaran yang Kaedah mengajar: Kaedah mengajar:
ingin dipelajari Berpusatkan murid berpusatkan aktiviti
Guru: pembimbing Murid: berani mencuba dan murid
dan pengurus dan bersifat aktif Murid: penerimaan
Kaedah mengajar: ilmu yang bersifat aktif
induktif
Murid: mencari
ilmu dan bersifat
aktif
IMPLIKASI FALSAFAH ISLAM TERHADAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI
MALAYSIA
Konsep falsafah menjelaskan pemikiran dan prinsip-prinsip sebagai panduan dalam
melaksanakan sesuatu perkara. Pembentukan falsafah ini adalah hasil gabungan daripada
matlamat-matlamat pendidikan, dasar-dasar dan amalan-amalan supaya menjadi sesuatu yang
logik, tekal dan jelas. Falsafah pendidikan di Malaysia telah dipengaruhi unsur-unsur
daripada falsafah lain dari pelbagai bidang. Ideologi-ideologi di dalam Falsafah Pendidikan
Islam juga telah banyak mempengaruhi pembentukan Falsafah Pendidikan Negara (FPN)
yang berteraskan kesepaduan antara intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Berikut merupakan
falsafah negara yang telah terbentuk berbunyi:

“Pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi


individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah usaha untuk melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran masyarakat dan negara.”

Kurikulum berteraskan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah diwujudkan bagi mengganti
kurikulum lama di Malaysia. Kurikulum yang mengamalkan sistem pendidikan bersepadu
dibentuk kepada dua kategori iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Fokus pembentukan KBSM dan KBSR
ini menekankan asas dalam usaha pembentukan sahsiah, peribadi, emosi dan semangat
tanggungjawab kepada diri, masyarakat, dan alam sekitar. Di samping menekankan aspek
keseimbangan fardhu ain dan fardhu kifayah.

Sandaran kepada Falsafah Pendidikan Islam ini bertujuan untuk memastikan unsur-unsur
ilmu dan perkara yang berkaitan agama tidak diabaikan dalam membentuk masyarakat yang
berkembang maju selari dengan peredaran zaman yang kian mencabar. Hasrat tersebut, telah
direalisasikan dengan menyelitkan idea-idea daripada tokoh-tokoh Islam di dalam ciri-ciri
FPN sebagai prinsip yang harus dipegang oleh setiap pelajar. Idea ini banyak mengusulkan
tentang

aspek kerohanian di mana manusia haruslah menyembah dan patuh kepada tuhan serta
mengamalkan nilai-nilai murni yang menjadi pedoman hidup seseorang individu. Bukan
sahaja aspek kerohanian yang diutamakan tetapi aspek intelek juga dititik beratkan untuk
menyediakan manusia yang berpengalaman dan berilmu pengetahuan seterusnya melahirkan
masyarakat yang dapat berfikiran luas dan terbuka, berpandangan jauh dan mempunyai
kebolehan untuk menjalankan tugas dengan sempurna.

IMPLIKASI FALSAFAH TIMUR TERHADAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN


DI MALAYSIA

Prinsip yang diutarakan oleh Falsafah Pendidikan Timur bertujuan untuk mencapai
kebijaksanaan, mengekalkan struktur kekeluargaan, menggubal undang-undang dan
memenuhi kehendak sosial dan ekonomi. Mata pelajaran seperti muzik, kesusasteraan dan
sejarah yang dilaksanakan di Malaysia adalah kurikulum yang terdapat dalam pendidikan
China dan India.

Kedua-dua Falsafah Pendidikan Confusius dan Falsafah Pendidikan R. Tagore masing telah
memperkenalkan peranan guru sebagai penyampai ilmu yang mahir, fasilitator, serta sebagai
pemangkin bagi menggerakkan perbincangan murid dan penjana idea yang bernas dalam
kalangan murid. Oleh itu, pendidikan sekarang lebih tertumpu kepada pendidikan
berpusatkan murid dalam membentuk sebuah proses pembelajaran dan pengajaran yang
berkesan secara dua hala antara murid dan guru di dalam bilik darjah.

Falsafah Pendidikan Guru (FPG) juga telah diperkenalkan untuk menghasilkan guru yang
berkualiti dan berupaya mencapai aspirasi pendidikan negara. Sesuai dengan peredaran masa
dan dalam memenuhi keperluan diri, masyarakat dan negara, sukatan pelajaran sentiasa
diolah dan diubah. Hal yang sedemikian telah menggalakkan kementerian pelajaran untuk
meningkatkan kualiti guru melalui kursus-kursus yang dianjurkan setiap tahun bagi
memastikan peranan guru sebagai fasilitator dan pemudah cara kepada kepada pelajar
terlaksana dengan berkesan.

IMPLIKASI FALSAFAH BARAT TERHADAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN


DI MALAYSIA
Bukan semua elemen di dalam Falsafah Pendidikan Barat boleh diadaptasikan di dalam
pendidikan negara. Hanya elemen yang releven sahaja boleh di ambil dalam aplikasi
pendidikan

di Malaysia. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dibentuk mirip kepada falsafah


pendidikan progresivisme dan rekonstruksionisme menekankan matlamat pendidikan untuk
mencapai kesejahteraan diri dan membentuk masyarakat yang harmoni dan makmur.

Falsafah pendidikan progresivisme mengutamakan perkembangan pelajar dari segi intelek


dan fizikal. Selain daripada kurikulum pengajian bidang kemanusiaan dan sains tulen,
falsafah progresivisme memperkenalkan pengajian bidang teknik dan vokasional dengan
mementingkan operasi penyelidikan sebagai pemangkin pembangunan teknologi bagi
melahirkan masyarakat yang saintifik, progresif dan inovatif. Berdasarkan falsafah ini,
pelajar diberi kuasa dan kebebasan untuk memperkembangkan bakat dan pembelajaran
mereka. Sekolah pula berfungsi sebagai tempat dimana ilmu penyelidikan dilakukan seperti
di makmal dan pelajaran bukan sahaja diterima dari guru semata-mata tetapi dilakukan
melalui penyelidikan untuk memperkembangkan ilmu. Manakala falsafah pendidikan
rekonstruksionisme dikesan dan dihayati di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai
berfungsi untuk mengembangkan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu di dalam
membentuk insan yang harmonis dan seimbang.

Falsafah tradisional di dalam falsafah pendidikan barat juag banyak mempengaruhi sistem
pendidikan di Malaysia. Antara kesamaan yang dapat dilihat adalah melalui kurikulum
essensialisme dan parennialisme. Sumbangan kurikulum essensialisme terhadap
perkembangan pendidikan negara ialah guru sebagai model, penerapan nilai-nilai murni
dalam setiap mata pelajaran, mata pelajaran dibahagikan kepada teras dan elektif seperti
pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan 3M iaitu membaca,
menulis dan mengira melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).

Pendidikan di Malaysia mempunyai matlamat untuk menyatupadukan rakyat dan dapat


membekalkan pekerja-pekerja mahir untuk pembangunan ekonomi negara serta melahirkan
rakyat yang berdisiplin. Ketiga-tiga matlamat ini merupakan kesan daripada fahaman
essensialisme dan parennialisme. Disamping itu, aliran parennialisme mementingkan nilai
supaya pelajar dapat menyeimbangkan antara pembangunan manusia sebagai insan dan
kemajuan sains dan teknologi. Parennialisme yang rasional akan membantu melahirkan
rakyat yang berkualiti.

RUJUKAN
1.Noriati A.Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkifli Mahayudin, Zakiah Noordin, (2012) Falsafah
dan Pendidikan di Malaysia, Siri Pendidikan Guru, Selangor, Oxford Fajar

2.Elias, Emelina (2010) Implikasi falsafah barat ke atas falsafah pendidikan kebangsaan,

3.Abu Bakar Nordin, Ikhsan Othman (2008). Falsafah tensialismependidikan dan Kurikulum,
Tanjung Malim: Quantum books

4.Mohd Salleh Lebar (2002). Perancangan Pendidikan Peringkat sekolah dan IPT,Kuala
Lumpur: Sanon Printing corporaton Sdn Bhd
Abu Bakar Nordin, Ikhsan Othman (2008). Falsafah tensialismependidikan dan Kurikulum,
Tanjung Malim: Quantum books

Mohd Salleh Lebar (2002). Perancangan Pendidikan Peringkat sekolah dan IPT,Kuala
Lumpur: Sanon Printing corporaton Sdn Bhd

You might also like