You are on page 1of 31

KONSEP FALSAFAH

falsafah mengkaji kewujudan manusia, hubungan antara manusia dari perspektif sains kognitif, sains tulen diibaratkan sebagai pepohon, manakala falsafah diumpamakan seperti tanah di mana pepohon tumbuh dengan suburnya. (terjemahan)- Ayn Rand, Philosophy, Who Needs it (m/s 2)

Membezakan antara idea sah dan yang mengelirukan Cth: apa itu taakulan baik atau kurang baik

Spekulatif, perkaitan sebab-akibat Cth: apa itu kebenaran? Siapa manusia?

Etika dan estetika Cth: apa itu kebaikan? Apa itu kecantikan?

Ilmu dan kepercayaan Cth: apa itu ilmu? apakah sumbersumber ilmu pengetahuan?

Metafizik
Dalam bahasa Greek, meta bererti selepas. Istilah ini berasal karya Aristotle Meta ta physica Prinsip Pertama : selepas fizik , yang bermaksud perkaitan perkara yang keluar daripada fizik. Cabang falsafah yang mengkaji tentang sifat realiti Mengkaji Apa yang wujud di dunia ini dan susunaturnya. Metafizik sebenarnya bersifat spekulatif (dengan pemikiran semata-mata)

Memberi fokus kepada perkaitan sebab dan akibat. Menurut kamus, metafizik merujuk kepada ilmu mengenai segala yang di luar alam biasa atau yang tak kelihatan. Sememangnya metafizik cuba menjawab persoalan-persoalan yang jauh melampaui penyiasatan saintifik. Boleh juga ditakrifkan sebagai satu kajian berkenaan wujud.

Siapa itu manusia?

Adakah Tuhan itu wujud?

Apakah itu hidup?

Apa itu kebenaran?

Metafizik mengutarakan soalan-soalan seperti berikut:


Adakah dunia ini semata-mata terdiri daripada jisim sahaja?

Apakah itu kebebasan manusia?

Ahli metafizik menghuraikan terdapat 2 jenis wujud: umum dan mutlak.


1) UMUM: mengkaji benda yang bersifat umum iaitu benda yang akan berubah atau menghilang. Ada tiada, tiada ada. 2) MUTLAK: mengkaji sesuatu yang benar-benar ada iaitu tiada permulaan dan penghabisan, berterusan tanpa apa-apa perubahan.

Masalah yang menjadi dasar perbincangan ahli metafizik


1) Pengekalan dan perubahan
Teori Heraclitus dan Cratylus Teori Parmenides dan Zero

2) Akal dan bahan


Teori Cartesian Teori Materialis

Teori Heraclitus
Seorang ahli falsafah yang menyokong teori perubahan. Beliau menegaskan semua benda akan berubah da bertukar-tukar. Cuma prinsip ini yang tidak berubah. Kesimpulan yang dibuatnya: seorang tidak mungkin menjejak ke dalam sungai yang sama 2 kali kerana sungai itu bukan tetap sama sekali seperti dahulu

Teori Cratylus
Beliau berpendapat, apabila mengambil teori berubah dengan serius, maka tiada benda yang kekal akan ditinggalkan termasuk juga pengekalan hukum berubah itu. Jika segala benda berubah, maka erti perkataan yang kita gunakan dalam berbahasa juga berubah. Kesimpulan daripadanya: seorang tidak boleh menjejak kakinya ke dalam sungai yang sama sekali pun kerana pada biasa ia menjejak kakinya ke dalamnya, sungai itu sudah berubah.

Teori Parmenides
Segala yang berada dalam dunia yang berubah ini tidak boleh dipunyai oleh dunia yang mutlak atau dunia yang wujud kekal. Hanya satu sifat yang dipunyai oleh aspek yang tetap bagi dalam alam ini ialah wujud. Aspek yang berubah bukanlah sebahagian daripada wujud. Kerana ia bukan dipunyai oleh aspek yang kekal. Ia merumuskan : being is, Non being is not

Teori Zeno
Zeno berpendapat bukan sahaja dunia yang berubah ini tidak mempunyai apa-apa yang berkenaan dengan dunia yang kekal dan mutlak, tetapi konsep berubah itu sendiri adalah tidak mungkin. Segala percubaan menerangkan perubahan atau pergerakan akan berakhir dengan kontradisi. Menerima falsafah Parmenides: hanya yang kekal dan tak berubah adalah nyata.

Teori Cartesian
Descartes mengatakan, akal & bahan adalah dua benda yang berbeza. Sifat yang paling asas bagi akal ialah pemikiran, manakala bagi bahan ialah kualiti geometrinya. Kiraan panjang, dalam, lebar adalah nature bagi bahan fizik. Pemikiran adalah nature bagi bahan yang berfikir. Persamaannya, segala benda hanyalah satu bentuk extended, segala yang terdapat dalam akal pula pemikiran yang berlainan.

Teori Materialis
Peristiwa mental sebenarnya sama dengan peristiwa fizik. Segala idea adalah satu set kejadian fizik dalam sistem saraf dan otak kita, Misalnya, mata kita nampak warna merah, ini akan diterangkan sebagai hasil daripada gelombang cahaya yang meransang saraf optik, yang akan menyebabkan sesuatu corak pergerakan dalam otak kita.

Implikasi metafizik dalam pendidikan


terdapat dua pandangan metafizik yang berlainan:
Manusia bersifat kerohanian Manusia sebagai organisme kebendaan.

Manusia Bersifat Kerohanian


Ahli metafizik berpendapat:
akal adalah berlainan dengan jirim, sesuatu yang bukan kebendaan, yang menerima idea dan membentuk satu konsep yang dapat diingat dan digunakan pada masa kemudiannya. Segala yang ada dalam realiti boleh diubah kepada keadaan mental dan boleh dibuat kesimpulan

Implikasi dalam pendidikan:


Pendidikan dapat mempengaruhi entiti Manusia bersifat kerohanian maka nature manusia tidak akan berubah dan akal manusia adalah bebas.

Tujuan Pendidikan: Mencapai penyedaran diri, pengetahuan diri dan perkembangan diri. Kurikulum: Mestilah bercorak membebaskan akal dan membiarkan individu mencapai tingkat tertinggi. Pemilihan pelajaran yang dapat melatih akal seperti membaca, menulis, melukis dan mengira. Kurikulum mesti termasuk subjek kemanusiaan, kesenian, sains dan matematik.

Manusia Sebagai Organisme Kebendaan


Manusia adalah organisme kebendaan yang bersatu dengan alam dunia. Manusia adalah organisme yang mesti membuat penyesuaian untuk terus hidup.

Tujuan Pendidikan:
Melatih murid berfikir secara rasional, bebas dan baik Kerana fungsi kecerdasan manusia ialah untuk menyelesaikan masalah. Mendidik kemahiran berfikir dan penggunaannya dalam interaksi sosial. Pendidik juga mesti bertujuan untuk mensosialisasikan individu kerana ia tidak boleh dipisahkan dengan masyrakat.

Kurikulum: 1. Pragmatis:
Sains praktik penting dalam pendidikan. Sains membolehkan manusia memperlaku dan mengawal alam sekelilingnya.

2. Realis:
Memberikan pandangan sederhana bagi pelajaran sains dalam pendidikan. Menegaskan kepentingan praktikal dalam pendidikan. Kurikulum dalam pendidikan mestilah fleksibel. Perbezaan individu perlu ditegaskan, bukan kepuasan yang sama bagi semua murid.

Kesimpulan
Kontradisi dalam bidang metafizik ini tidak dapat diselesaikan kerana manusia belum mencapai peringkat yang dapat mengetahui hakikat sebenar. Oleh itu, kedua-dua pihak mestilah saling menghormati bagi mengelakkan pertikaian yang merugikan manusia.

EPISTEMOLOGI
Bidang kajian berkaitan pengetahuan. Berasal daripada perkataan Yunani episteme yang bermaksud ilmu atau sains dan logos yang bermaksud keterangan. Epistemologi berfokuskan kepada penganalisisan, penghasilan ilmu dan tuntutan ilmu. Epistemologi juga berfokus kepada cara untuk memperoleh ilmu dan kesahihan cara memperoleh ilmu.

Apa itu ilmu?

Apa yang diketahui oleh manusia?

Apakah sumbersumber pengetahuan?

Epistemologi mengutarakan soalan-soalan seperti berikut:


Adakah ilmu statik atau senantiasa berubah?

Bagaimanakah kita tahu bahawa kita ketahui sesuatu?

Proses Perkembangan Epistemologi


Wujudnya pendekatan-pendekatan dialektik iaitu mazhab materialisme dan idealisme kedua-dua mazhab ini berkembang bersama dengan empirisme dan rasionlisme yang mana idea mereka dianggap lebih mantap dan sistematik.

Teori epistemologi berdasarkan Idealisme


Penekanan kepada penguasaan ilmu daripada kesedaran kepada kefahaman. Ilmu didapati daripada pemikiran rasional atau pengalaman yang subjektif. Menolak refleksi otak manusia terhadap dunia dengan secara objektif.

Teori epistemologi berdasarkan Materialisme


Menekankan pendekatan ilmu daripad kefahaman kepada kesedaran. Ilmu sebagai sesuatu persepsi secara langsung dan refleksi yang pasif. Hal ini menyebabkan teori ini tidak dapat menghuraikan masalah ilmu rasional dengan tepat.

Teori epistemologi berlandaskan empirisme dan rasionalisme


Dua mazhab yang paling berpengaruh terhadap pendidikan masa kini. Kedua-dua teori merupakan huraian falsafah yang berkembang ketika revolusi sains pada abad ke-17. Kedua-duanya memfokuskan kepada mencari ilmu asas yang kekal. Perbahasan antara keduanya adalah berpusatkan ke atas kemungkinan ilmu yang dilahir secara semula jadi. Sama ada, melalui penaakulan tanpa pengalaman dahulu (a priori) atau sebaliknya (a posteriori)

Empirisme
Pengalaman mewujudkan ilmu yang benar. Minda manusia sebagai lembaran kosong sehingga kesan persepsinya daripada pengalaman sensorinya. Ahlinya terdiri: Locke, Berkeley dan Hume

Rasionalisme
Ilmu yang diperoleh tanpa pemerhatian atau eksperimen. Penyataan Decrates: saya memikir, saya wujud Ahlinya terdiri : Descrates, Leibniz dan Spinoza

Gabungan Empirisme & Rasionalisme


Immanuel Kant( 1724-1804), ahli falsafah German pada abad ke-18 menggabungkan dalam teorinya. Mengikutnya: tanpa organ-organ deria manusia, kita dapat mengenal pasti kesan dan kesedaran benda yang terwujud, tetapi tanpa kefahaman, kita tidak dapat membentuk konsep daripadanya Maka, proses memperoleh ilmu ialah melibatkan persepsi, imaginasi, dan kefahaman yang berinteraksi dengan penaakulan.

EPISTEMOLOGI DALAM MEMPEROLEH ILMU DAN KESAHAN MENCARI ILMU

Pandangan pakar bidang

wahyu
Berasaskan

pengalaman pancaindera

Sumber-sumber ilmu

Logik:
akal untuk berfikir

Intuisi.
Pengetahuan yang diperoleh oleh seseorang melalui cetusan idea secara tiba-tiba dan tidak disedari

Kaedah saintifik:
Pengumpulan penganalisisan sistematik temu bual pemerhatian soal selidik

Rujukan
Abdul Fatah Hasan.(2001) Pengenalan Falsafah Pendidikan, Pahang: PTS Publication & Distributor. Choog Lean Keow.(2008) Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Mok Soon Sang.(2009) Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd

You might also like