You are on page 1of 19

GIG1014 Falsafah dan Isu Semasa

Faridah_CH
METAFIZIK

• Satu cabang falsafah yang bermula dari • Bidang ilmu yang memberi penekanan
zaman Greek. kepada the ultimate nature of reality:
• Dari mana datangnya kita?
• Menjelaskan hubungan horizontal antara • Kenapa kita berada di sini?
insan sebagai manusia dan alam sekeliling. • Ke mana destinasi akhir kita?
Hubungan vertikal antara insan dan pencipta
juga dijelaskan. Seterusnya perbincangan
• Terdapat empat nama mengenai cabang
tentang sistem metafizik yang wujud dalam
falsafah ini iaitu:
kalangan manusia dihuraikan. Akhirnya,
• first philosophy
pembentukan metafizik dikaitkan dengan
• first science
perkembangan ilmu pengetahuan.
• wisdom
• theology

Faridah_CH
• Meta bermaksud melampaui/melepasi (bebas) / di atas atau tingkatan atas.
• Fizik merujuk kepada perkara atau alam yang bersifat material atau fizikal.
• Metafizik bererti sesuatu yang tidak bersifat fizikal. Misalnya hujah berkenaan
perananTuhan dalam sains, kajian terhadap konsep ruang dan masa, perbezaan
antara manusia dan tingkah laku, alam ghaib dan andaian terhadap konsep
sebab-musabab, sama ada ia mempunyai hubungan kemestian yang pasti
ataupun hubungan yang tidak boleh distrukturkan yang berkemungkinan ia
berkait secara bersahaja dan tidak menentu.
• Jadi metafizik merujuk kepada sesuatu yang melampau sempadan ataupun
batasan fizikal.
• Kajian metafizik merupakan kajian peringkat kedua ataupun second order study or
second order thinking, di mana first order itu merujuk kepada alam fizikal.
• Tujuan kajian metafizik adalah untuk mendapatkan kejelasan pemikiran
berkenaan konsep itu. Sebagaimana yang difahami semasa penggunaan harian
iaitu sebagai kesatuan pemikiran berkenaan sesuatu perkara. Termasuklah
berkenaan status ontologi iaitu kewujudan.
Elemen Metafizik

• Berunsur falsafah :
• kajian pada peringkat yang paling abstrak,
atau paling umum mengenai sesuatu
perkara/ fenomena/ alam. Contoh: jauhar
kerusi, sebab dan akibat.

• Berkaitan keagamaan dan kepercayaan


yang bersifat keagamaan:
• fenomena di luar alam nyata. Contoh:
hidup selepas mati, syurga, neraka. Benda
ghaib tidak boleh dibuktikan dengan deria
yang bukan rasional dan empirikal.
Metafizik dari sudut Falsafah

• Menurut Aristotle, metafizik ialah suatu kajian di peringkat paling abstrak atau paling
umum mengenai sesuatu perkara atau sesuatu fenomena yang berkaitan dengan
alam.
• Misalnya kita fikirkan tentang sesuatu objek seperti kerusi.
• Kerusi itu mempunyai warna dan tempat di dalam sesuatu ruang dan juga mempunyai
bauannya yang tersendiri yang kita boleh bau atau pun boleh kita rasai sama ada
kerusi itu keras atau lembut, dan sebagainya. Semua itu adalah sifat-sifat khusus yang
dikaitkan dengan kerusi itum tetapi kalua kita nyahkan semua sifat tersebut, apakah
yang tinggal pada kerusi itu?
• Yang tinggal menurut Aristotle adalah substance, yang tidak mempunyai kualiti-kualiti
khusus.
• Apakah yang dimaksudkan dengan substance?
• Substance dianggap oleh Aristotle sebagai gabungan dari jisim dan rupa bentuk
sesuatu objek itu.
Metafizik dari sudut Agama dan Kepercayaan
• Ia merujuk kepada fenomena di luar alam nyata.
• Misalnya, kewujudan tuhan, hidup selepas mati, hidup di alam barzakh, konsep syurga dan neraka.
• Semua ini adalah perkara-perkara yang tidak boleh kita sahkan melalui deria kita.
• Tetapi ia boleh disahkan melalui cara lain iaitu wahyu dan sebagainya.

Perkaitan antara agama dan kepercayaan


• Dalam fahaman agama, dikatakan bahawa realiti itu tidak hanya terhad kepada yang bersifat jasad
yang boleh diketahui melalui kaedah rasionalis, empiris dan seumpamanya.
• Tetapi realiti itu juga boleh terdiri daripada sesuatu yang bukan bersifat jasad seperti roh yang ada
pada tubuh badan kita, kewujudan malaikat, jin dan sebagainya.
• Dengan itu, apa yang boleh dikaitkan di sini adalah bahawa dari segi keagamaan, realiti itu tidak
dihadkan hanya kepada yang bersifat material ataupun yang bersifat idea kerohanian semata-
mata, tetapi merangkumi kedua-duanya.
• Ia jelas berbeza dengan pandangan materialis yang menolak akan realiti kerohanian ataupun realiti
yang bersifat mental.
Teori-teori Kewujudan
1. Teori Materialisme

• Hanya jasad atau jirim yang wujud secara hakiki.


• Idea atau perkara yang tidak material hanya wujud dalam imaginasi.
• Benda yang wujud secara hakiki terbahagi kepada dua bahagian:
• Benda-benda yang bersifat jasad atau material seperti kerusi, meja, gunung-ganang, sungai, air dan
sebagainya.
• Benda-benda yang bukan material seperti idea-idea yang ada di dalam minda kita.
• Bagi pihak materialisme, idea tidak mempunyai realiti yang tersendiri tetapi bergantung
kepada sesuatu yang bersifat jasad atau otak.
• Minda itu adalah hasil daripada pergerakan fizikal di dalam otak.
• Mereka menolak kewujudan sesuatu yang bukan material.
• Mengenai perkara yang bukan bersifat idea pula seperti kepercayaan terhadap alam
ghaib, roh dan sebagainya, mereka mengambil jalan yang mudah dengan mengatakan
bahawa perkara-perkara tersebut sebenarnya tidak wujud tetapi hanya wujud dalam
imaginasi kita.
2. Teori Idealisme
• Kewujudan hakiki bukan bersifat material, tetapi bersifat mental / bersifat idea / kerohanian.
• Kita hanya mempunyai sensasi atau imej terhadap jasad material di dalam minda sahaja.
• John Barkeley (pelopor fahaman idealisme) mengatakan bahawa kita tidak mengenali jasad yang
berada di luar capaian pancaindera kita secara langsung, tetapi kita hanya mempunyai sensasi atau
image akan jasad tersebut di dalam minda kita.
• Sensasi atau image itu adalah bersifat mental dan bukannya fizikal.
• Fahaman ini mengatakan bahawa hanya alam minda itu yang wujud dan alam fizikal itu tidak dapat
kita kenali secara langsung.
• Fahaman sebegini sebenarnya boleh membuka ruang kepada kepercayaan terhadap kerohanian,
kerana ia menganggap bahawa realiti itu bukan bersifat fizikal, sebaliknya bersifat bukan fizikal.
• Dengan itu, konsep-konsep seperti roh, umpamanya yang terdapat dalam fahaman agama boleh
diterima kerana roh bukan bersifat jasad tetapi adalah sesuatu yang difahami melalui minda kita dan
dikaitkan dengan sesuatu yang bersifat kerohanian atau spiritual yang tidak mempunyai sifat
material.
Hubungan Insan dengan Alam

• Manusia mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memastikan


kehidupan dan alam berkesinambungan antara satu sama lain.

• Bumi ini dianugerahkan dengan segala prasarana dan sumber


kehidupan yang banyak untuk manusia hidup dengan penuh makna dan
bahagia.
Kosmologi
• Kosmos bermaksud alam dan logi bererti ilmu. Secara umumnya kosmologi adalah
cabang ilmu astronomi yang berkait dengan kewujudan dan perubahan alam semesta
dari awal kejadiannya hingga sekarang dan seterusnya.
• Sebagai insan yang berfikir, manusia mampu memahami asal kejadian alam ini sama ada
dari sudut metafizik atau empirikal.
• Tidak timbul pandangan yang mana lebih tepat dan besar di peringkat ini.
• Apa yang penting adalah kesedaran sebagai manusia yang mampu berfikir akan
kewujudan diri dan alam sekeliling yang didiami.

• Alam secara umumnya terbahagi kepada dua iaitu :


• Alam fizik (alam al-Syahadah) iaitu alam nyata yang dapat dicapai oleh pancaindera manusia.
• Alam metafizik (alam al-Ghaib) iaitu alam yang tidak dapat dilihat oleh anggota pancaindera
manusia, namun ia wujud.
Ekologi
• Ekologi adalah satu cabang sains yang mengkaji habitat dan interaksi antara benda hidup dengan
alam sekitar.
• Perkataan ekologi berasal dari Greek, oikos bererti rumah dan logos bermakna sains.
• Perbincangan ilmu ekologi dilihat dari aspek sains, falsafah dan agama.
• Dari aspek sains, ia merupakan salah satu cabang sains yang membincangkan habitat, interaksi
antara kehidupan dan alam sekitar.
• Dua tugas penting manusia yang berkait rapat dengan ekologi adalah pemeliharaan dan
pemuliharaan alam.
• Semua kehidupan saling memerlukan dan saling bergantung antara satu dengan yang lain.
• Memelihara bermaksud menjaga dan melindungi alam seperti mengawal penebangan pokok dan
menjaga keindahan serta kebersihan sungai.
• Memulihara bererti memulih alam supaya berada dalam keadaan baik.
• Alam sekitar menyediakan sumber makanan kepada manusia dan segala keperluan lain.
• Dari aspek agama, manusia sebagai khalifah ditugaskan untuk mengurus dan mengatur alam
sebagaimana dikehendaki oleh Tuhan yang mencipta alam ini melalui sistem yang teratur, teliti
dan seimbang.
Hubungan Insan dengan Tuhan
• Fokus utama kehidupan ialah manusia dan segala berkaitan dengannya.
• Segala tingkah laku manusia, aktiviti dan tindakannya terhadap alam dan sesama
mereka selalunya bergantung kepada hubungan manusia dengan Tuhan.
• Jika baik hubungannya dengan Tuhan, maka baiklah tindakannya atau hubungannya
dengan alam.
• Ahli-ahli falsafah mengemukakan pandangan masing-masing mengenai hubungan
antara manusia, Tuhan dan alam.

Rene Descartes (1596-1650)


Teologi/Kepercayaan/Akidah

• Teologi adalah hasil daripada proses pertimbangan dan penilaian akal manusia
yang berkaitan dengan ketuhanan, keagamaan dan kerohanian.
• Setiap manusia mempunyai kepercayaan sendiri berdasarkan kedudukan geografi
dan latar belakang kebudayaan. Contoh, bangsa Eropah menganut agama
Kristian, bangsa Arab di Timur Tengah menganut agama Islam.
• Persoalan penting yang sering dibangkitkan dan jawapan diberikan adalah
rencam. Pertembungan antara pemikiran berdasarkan sains dan metafizik
berlaku dalam menjelaskan perkara ini.
• Mereka yang berpegang kepada konsep empirikal sebagai sumber, percaya
kepada konsep evolusi Darwin.
• Mereka yang berpegang kepada metafizik pula percaya kepada perkara yang
disampaikan oleh agama masing-masing.
Kerohanian

• Kerohanian merujuk kepada perkara-perkara berkaitan dengan roh (spiritual).

• Berkait rapat dengan perasaan dalaman manusia yang melibatkan emosi dan
pertimbangan akal secara logik.

• Agama sangat menekankan konsep kerohanian kerana inilah sumber pegangan


moral manusia secara umum.

• Kepentingan aspek rohani dalam pembangunan insan sangat berkait rapat


dengan hubungan manusia dengan Tuhan. Dari perspektif Islam, keimanan dan
kepercayaan kepada Tuhan yang didasari oleh hakikat tauhid yang sebenar dapat
dihasilkan melalui antaranya ialah menginsafi kebesaran dan keesaan Allah S.W.T,
memelihara kesucian agama dengan menegakkan syariat agama serta yakin
balasan akhirat di atas setiap perbuatan di dunia.
Aliran-aliran Metafizik yang berkaitan dengan Fahaman Keagamaan
ATHEISME THEISME MONOTHEISME
• Ia merujuk kepada fahaman yang • Fahaman ini mengatakan bahawa
mengatakan bahawa tuhan itu tidak • Mempercayai kewujudan Tuhan
wujud. walaupun kewujudanNya tidak Tuhan itu hanyalah satu-satunya.
• Fahaman ini berpegang kepada dapat dikesan melalui cara-cara • Tuhan wujud, tetapi
pandangan bahawa realiti alam ini hanya biasa, pancaindera, akal yang kewujudannya hanyalah
terhad kepada kewujudan benda-benda Tunggal/Esa.
yang nyata seperti manusia, alam sekitar, rasional dll.
objek-objek fizikal dan mungkin juga idea. • Mereka menekankan akan
• Tetapi Tuhan sebagai sesuatu yang
• Namun, mereka tidak menafikan keEsaan Tuhan.
berlainan daripada semua itu tidak bahawa Tuhan itu wujud. • Ini adalah fahaman tauhid dalam
wujud. Islam.

AGNOSTICISME POLITHEISME
• Fahaman ini mengatakan bahawa sama ada • Mengatakan bahawa Tuhan itu wujud
tuhan itu wujud atau tidak, itu tidak boleh tetapi kewujudan Tuhan adalah lebih
kita ketahui, kerana pemahaman kita daripada satu.
sebagai manusia adalah terhad dan
kebolehan kita untuk mengenali alam juga • Fahaman ini dipercayai oleh sesetengah
terhad melalui deria dan pemikiran. agama yang mengatakan bahawa Tuhan
itu adalah lebih daripada satu malah
• Semua ini merupakan kekangan terhadap banyak. Namun merka tidak menafikan
kebolehan kita untuk mengetahui realiti kewujudan Tuhan.
yang wujud.
ALIRAN PEMIKIRAN/ KEPERCAYAAN METAFIZIK

• Tiga aliran pemikiran atau kepercayaan berkaitan • Atomisme : kepercayaan bahawa dunia fizikal
dengan metafizik: teisme, ateisme dan terbentuk daripada komponen atom yang
agnostisisme. tidak boleh dirungkai.
• Teisme : kepercayaan akan wujudnya Tuhan atau • Occasionalisme : kepercayaan bahawa jiwa
dewa dewi.
dan tubuh tidak berhubung dalam hubungan
• Monoteisme : kepercayaan akan wujudnya hanya sebab dan musabab tetapi hanya
satu Tuhan. dimungkinkan dengan perantaraan Tuhan.
• Ateisme : kepercayaan yangmenafikan Tuhan. • Realisme : kepercayaan terhadap dunia
• Agnostisisme : wujud atau tidaknya Tuhan adalah tanpa ilusi atau sebarang penjelasan
sesuatu yang tidak diketahui dan tidak dapat tertentu. Dunia seadanya.
diketahui.
• Idealisme : kepercayaan bahawa realiti tidak
• Politeisme : kepercayaan kepada banyak Tuhan boleh dipisahkan daripada kefahaman dan
dan dewa-dewi. persepsi manusia.
• Pluralisme : kepercayaan yang menerima semua • Nominalisme : kepercayaan bahawa konsep
agama-agama yang ada sebagai benar. umum tentang sesuatu perkara tidak
menunjukkan perkara sebenar.
METAFIZIK UNTUK KEMAJUAN ILMU

• Ahli falsafah merujuk perbincangan mengenai metafizik kepada akal.


• Ahli sains menjadikan pancaindera sebagai asas rujukan dalam
membincangkan metafizik.
• Ahli agama menjadikan wahyu sebagai teras kepercayaan dalam
perbincangan metafizik.
• Ketiga-tiga ini saling menguatkan dalam mencari kebenaran dan mencapai
kebahagiaan dalam kehidupan.
• Pandangan berkaitan metafizik:
• Positivisme : sains merupakan satu-satunya pengetahuan yang sah.
• Empirisme : fakta empirikal adalah pernyataan paling kukuh untuk menerangkan
tujuan pengetahuan.
• Pandangan tersebut tidak boleh diterima secara mutlak kerana terdapat pelbagai
kejayaan besar dicapai oleh saintis yang berpegang teguh kepada ajaran agama
dan kepercayaan kepada metafizik.
• Secara umumnya, agama dan pegangan isme memisahkan sains dan metafizik.
Islam tidak menganggap sains terpisah daripada ajaran agama yang disampaikan
melalui wahyu. Islam menyeru supaya manusia sentiasa mempunyai sifat ingin
tahu dan bertanya tentang alam, kewujudan manusia dan hubungan dengan
Pencipta.
• Kaedah saintifik dan empirikal perlu dipelajari dan diambil manfaat untuk
kemajuan manusia.
• Tiada pertentangan antara sains dan agama jika manusia memahami dengan baik
dan mampu menggunakan kebijaksanaan akal di tempat yang benar.
• Berpandukan ajaran yang dipegang dalam agama masing-masing, gunakanlah
kepercayaan metafizik untuk lebih mendalami ilmu demi kemajuan manusia
sejagat.
Sekian, terima kasih

Faridah_CH

You might also like