You are on page 1of 1

Metafizik merupakan gabungan dua patah perkataan iaitu meta dan fizik.

Meta bermaksud
melampui, melebihi dan di atas atau tingkatan atas manakala fizik pula bermaksud perkara
atau alam yang bersifat material atau fizikal. Pada masa yang sama metafizik didefinisikan
sebagai sesuatu yang melampui sempadan atau batasan fizikal dan ianya merupakan kajian
peringkat kedua. Dalam konteks falsafah terdapat dua pengertian utama mengenai metafizik.
Pengertian yang pertama adalah melalui sudut pandangan falsafah iaitu yang telah dirungkai
oleh ahli falsafah iaitu Aristotle. Beliau mengatakan bahawa metafizik adalah kajian yang
berada pada peringkat paling abstrak atau paling umum. Seperti alam neutral yang
memikirkan mengenai sesuatu perkara seperti jasad. Sebagai contohnya adalah kerusi.
Pengertian yang kedua adalah melalui sudut keagamaan atau kepercayaan terhadap agama.
Metafizik melalui sudut ini adalah fenomena di alam luar nyata serta ianya biasa difahami
oleh orang awam seperti kehidupan selepas mati. Mealalui sudut pandangan keagamaan ianya
tidak dapat ditentukan menggunakan deria kita.

You might also like