You are on page 1of 1

KESIMPULAN

Kesimpulannya, falsafah agama membawa maksud berfikir tentang dasar-dasar agama mengikut
logik akal dan bebas. Falsafah agama adalah satu cabang falsafah berkenaan persoalan mengenai
agama. Termasuk sifat dan kewujudan Tuhan, pemerhatian terhadap pengalaman agama dan
hubungan antara agama dan sains. Dalam mengenali falsafah agama, terdapat beberapa ciri
Tuhan yang dikenalpasti iaitu Tuhan yang maha mengetahui, yang maha berkuasa, yang maha
pemurah dan penyayang, deisme, teisme, ateisme serta agnostisisme.
Di bawah falsafah agama, terdapat empat bentuk hujahan yang menyentuh mengenai
kewujudan Tuhan. Bentuk hujahan yang pertama ialah hujahan Ontologi, di mana ia
membincangkan sifat sesuatu benda yang membentuk alam, mempersoalankan berkenaan asal
usul sesuautu benda dan bagaimanan sesuatu benda boleh berubah kepada sesuatu yang lain.
Bentuk hujahan yang kedua ialah hujahan Kosmologi yang juga dikenali sebagai hujahan sebabmusabah yang menyatakan bahawa setiap benda mempunyai idea. Hujahan ini terbahagi kepada
dua cabang hujahan. Hujahan yang pertama ialah hujahan penyebab utama (moved-mover) dan
hujahan yang kedua ialah hujahan kebarangkalian-perlu (contingency-necessary). Bentuk
hujahan yang ketiga ialah hujahan Teleologi. Teologi dikenali sebagai hujahan rekabentuk
brdasarkan objek alamiah seperti haiwan dan manusia. Setiap komponen yang diciptakan atas
anggota badan mempunyai tujuan tertentu.
Oleh itu, empat bentuk hujahan kewujudan Tuhan terdiri daripada tiga bentuk hujahan
yang mana hujahan Kosmologi terbahagi kepada dua bentuk hujahan yang menjadikannya empat
bentuk hujahan mengenai kewujudan Tuhan.

You might also like